Thursday, 17 May 2018

MALAYSIA KINI MENUJU SISTEM DUA PARTI


Hanya kira-kira seminggu selepas Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan, gabungan tersebut yang sebelum ini terpaksa bertanding menggunakan simbol PKR, akhirnya telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.


Sejak awal ia cuba didaftarkan, Pakatan Harapan berdepan pelbagai masalah dan kekangan yang memang difahami tujuannya ialah untuk menghalang pendaftarannya daripada diluluskan.


Ia adalah cubaan untuk mengelakkan gabungan parti-parti  dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Amanah dan Bersatu agar tidak berjaya menggunakan satu simbol dalam pilihanraya umum yang lalu.


Dalam waktu yang sama, parti Bersatu yang telah dibubarkan oleh RoS sehari sebelum Parlimen dibubarkan juga kini sudah kembali menjadi sebuah pertubuhan yang sah.


Apa yang menarik, kedua-dua perkembangan mengenai Pakatan Harapan dan Bersatu ini berlaku ketika RoS masih diketuai oleh Surayati Ibrahim yang sebelum ini dilihat agak keras dan cuba mewujudkan pelbagai karenah  yang tidak munasabah.

Berita gembira oleh RoS ini juga berlaku ketika Menteri Dalam Negeri yang baru, Muhyiddin Yassin belum pun lagi mengangkat sumpah jawatan dan memasuki pejabatnya untuk menjalankan tugas.


Semua ini memberi erti bahawa RoS selama ini seolah-olah berada di bawah telunjuk dan ketakutan regim UMNO serta BN.


Kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan serta pulihnya semula status Bersatu turut menunjukkan, baik Muhyiddin atau kerajaan baru Pakatan Pakatan Harapan, tiada langsung campurtangan mengenainya.


Hanya setelah UMNO dan BN dapat ditumbangkan, barulah RoS dilihat dapat keluar daripada cengkaman ketakutan dan bertindak dengan sewajarnya.


Meskipun kelulusan Pakatan Harapan ini merupakan suatu khabar gembira kerana ia kini telah menjadi sebuah gabungan sah iaitu sama seperti BN, tetapi yang lebih penting lagi ialah Malaysia kini sudah melangkah setapak lagi kemajuan serta kematangannya dari segi politik.


Dengan adanya Pakatan dan BN, negara kita sekarang secara automatiknya sudah berada dalam sistem dua parti seperti kebanyakan negara lain di dunia ini.


Dalam buku pertama saya yang bertajuk Najib Perdana Menteri Terakhir yang diterbitkan pada 2011, saya pernah menyarankan bahawa untuk melihat politik yang matang dan faedah yang lebih maksima untuk rakyat negara ini, sistem dua parti adalah pilihan yang terbaik sekali.


Dengan adanya sistem dua parti, rakyat mempunyai pilihan yang lebih diyakini berhubung pilihan mereka dan pihak mana pun yang menang, parti berkenaan akan cuba memberi sebaik-baik perkhidmatan kepada orangramai.


Kegagalan memberi perkhidmatan dan menunaikan janji-janji semasa berkempen hanya akan memberi kelebihan kepada pihak lawan dan oleh itu, siapa pun yang berjaya menjadi kerajaan, keutamaan mereka adalah khidmat kepada rakyat.


Rakyat Malaysia kini seharusnya berterima kasih kepada Tun Mahathir yang bukan saja berjaya mengakhiri era pemerintahan BN yang penuh keegoan dan keangkuhan, tetapi juga menyediakan lembaran baru yang lebih baik dari segi politik buat rakyat dan generasi akan datang.


Terima kasih sekali lagi Tun!! (ShahbudinHusin 17/05/2018)

56 comments:

  1. Vacuum of power..BAGAIMANA IA TERISI!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dan selamat berpuasa bro.. lama menyepi?

      Delete
    2. 17 000 org hadir di pidato sulung Anwar Ibrahim

      sehinggakan hiway persekutuan pun org buat gila parking kereta !!


      Kalau campur semua di luar dalam tepi jalan senang senang 70 000 org hadir !!!


      puak BUDIN tak nak buat tajuk sebab MALU !!!

      SEBAB APA

      Sebab

      di atas pentas

      tanpa Tun Maha-tiau dan Tun Diam

      terserlah pemimpin hebat yg sgt sesuai menerajui NEGARA !

      TSMY - MAT SABU - LGE - WAN AZIZAH berserta 99 lagi pemimpin kanan ahli parlimen di lantik

      sgt matching dan lengkap utk di gandingkan menerajui negara !!!

      hanya mereka ini yg ada pun

      CECAH 70 000 ORG HADIR !!!

      tanpa Tun Tun , pun MALAYSIA HARAPAN BOLEH !!!

      Delete
    3. TUN MAHATHIR dah buktikan KELUAR-BIASAANnya yg MENAKJUBKAN sampai kini masih jadi tajuk berita/perbualan di media2 sodial utama seluruh dunia.....

      1. Memerintah kembali pd usia 93 tahun.

      2. Megalahkan BN-umno buat pertama kali dalam sejarah negara sejak kemerdekaan.

      3. Satu2nya pemimpin negara dalam dunia yg berjaya dalam p/raya sama ada dalam parti pemerintah maupun dalam parti pembangkang.

      Tun Mahathir is the Leader who always successfully got the mandate to lead his party to win the country's general election (6 times, mind you)...whereby the flamboyant DS Anwar Ibrahim has none (not even once)......!!

      THIS IS A STUNNING RECORD INDEED....!!

      Delete
    4. Flamboyant DS Anwar?? Getting senile aren't we, grandpa!!

      Delete
    5. Certainly not me,perhaps you are....!!

      Delete
  2. PUAK LIBERAL DENGAR SINI

    Jangan liberal agama, bekas pegawai khas Najib ingatkan Dr Mahathir
    Sheith Khidhir Bin Abu Bakar | May 17, 2018
    Fathul Bari Mat Jahaya bersetuju minda rakyat dan masyarakat dibuka tetapi mengingatkan mengenai batas agama.

    Fathul Bari Mat Jahaya. (Gambar Twitter)

    PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak berharap perdana menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh mempromosikan pemahaman Islam yang lebih sederhana, tetapi berkata ia tidak boleh sehingga menjadi “liberal”.

    Datuk Fathul Bari Mat Jahaya, ahli Exco Pemuda Umno yang pernah mengepalai Sekretariat Ulama Muda Umno itu berkata, Islam yang dimahukan ialah yang mengekang liberalisme, dan pada masa sama membuka sedikit pemikiran konservatif.

    “Kita tidak mahu buka sampai menjadi liberal. Kita tidak mahu liberal sampai meninggalkan fundamental agama. Fundamental itu tetap kena ada,” katanya ketika diminta komennya mengenai hala tuju pengurusan hal ehwal Islam di bawah kepimpinan Pakatan Harapan.

    Istilah ‘liberal’ merupakan antara tuduhan pihak berkuasa Islam sebelum ini terhadap ahli politik Pakatan Harapan dan badan sivil.



    Fathul, lulusan agaa dari Arab Saudi yang menyokong kuat dasar pentadbiran Najib sebelum ini untuk cenderung ke arah negara Timur Tengah itu, berkata selain mengajak dan membuka minda rakyat, batas-batas yag ditetapkan dalam al-Quran tidak dilanggar.

    “Tapi ada had dan ‘red line’nya,” kata Fathul. “Tak boleh menjangkaunya.”

    Menurutnya, perlu ada keseimbangan supaya tidak wujud fahaman terlalu konservatif di zaman maklumat yang terlalu banyak di mana ia boleh dinilai oleh ramai orang.

    “Lihat perkembangan Islam begitu positif di negara Barat dan Asia sendiri. Kita tonjolkan Islam moderat, yang mengimbangi duniawi dan ukhrawi,” katanya.

    Sejak mengambil alih kerajaan minggu lalu, Dr Mahathir belum menjelaskan dasar pentadbiran Islam kerajaannya.

    Ketika ditanya mengenai desas desus akan memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau berkata ia masih belum dibincang.

    Menulis dalam blognya buat kali pertama sejak pilihan raya umum yang baru lepas, Dr Mahathir berkata akan ada perubahan dalam pentadbiran Islam.

    “Tekanan akan diberi oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang sahih,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANGAN BERSORAK DULU

      4 factors to look out for on future economic growth under PH
      Bloomberg | May 17, 2018
      Key concerns include how the government will offset a slump in tax revenue after eliminating 6% GST, and how it plans to reintroduce fuel subsidies.

      The Exchange 106 tower in Kuala Lumpur, one of the many big projects under the Najib administration. (Reuters pic)

      KUALA LUMPUR: A lack of policy clarity following Dr Mahathir Mohamad’s unexpected victory in last week’s elections is clouding the outlook for the Malaysian economy.

      While data on Thursday is set to show strong growth of 5.6% in the first quarter, according to a Bloomberg survey of economists, expansion for the rest of the year will depend on a number of policies that Mahathir must still lay out.

      Key among those are how the government will offset a slump in tax revenue after eliminating the 6% goods-and-services tax, plans to reintroduce fuel subsidies, and details on which infrastructure projects will be reviewed.

      Malaysia was riding an economic boom before the elections, underpinned by strong domestic spending and a rebound in exports.

      Bank Negara Malaysia had projected growth of 5.5% to 6% for 2018, with economists’ forecasts a little below that at 5.4%.



      Even with export growth set to ease, Malaysia’s strong growth drivers remain intact. Add to that rising oil prices and a possible boost to consumers from the GST move, fuel subsidies and higher minimum wages, and growth looks like it could be better than initially thought.

      Here are the top factors that have a bearing on the growth outlook:

      1. Goods ands services tax

      The Finance Ministry said yesterday the 6% GST rate will be set at zero percent from June 1, meeting a pledge made by Mahathir’s coalition on the campaign trail. Oxford Economics has estimated that scrapping the GST and implementing other populist spending measures may give a boost to gross domestic product of 0.2 to 0.4 percentage points. Disgruntled voters had blamed the tax, imposed in 2015, as a reason for their rising living costs, and removing it may help lower prices and ease inflation, supporting strong consumer spending.

      2. Budget deficit

      The GST move will leave a hole in the budget, which the government hasn’t said yet how it will fill. The fiscal deficit eased to 3% of GDP last year and Oxford Economics sees that widening to an average of 3.3% over 2018-19, compared with a baseline estimate of 2.8%. In order to keep debt under control and avoid a credit-ratings downgrade, the government will need to cut spending, and if it does that, economic growth may take a hit.

      “We are seeing some downside risks to our growth forecast for at least this year,” said Euben Paracuelles, an economist at Nomura Holdings Inc. in Singapore.

      “The bigger question is really how the revenues that will be gone might be substituted for either spending cuts or something else on the revenue side, that’s not clear at this point.”

      3. Infrastructure projects

      Mahathir’s Pakatan Harapan coalition has vowed to review all foreign mega-projects to ensure they were free of corruption, potentially stalling investment and construction. One of those projects could be the East Coast Rail Link, which has an estimated cost of RM55 billion and was slated for completion in 2024.

      4. Oil prices

      Malaysia is the only net energy exporter among Asia’s major economies and rising oil prices will benefit the economy. The energy industry contributed to one-fifth of GDP over the past decade and the government earns about 15% of its revenue from petroleum-related sources. Oil is trading near US$71 a barrel and with geopolitical tensions high, prices are set to remain elevated.

      Delete
    2. DULU KATA NAK HAPUSKAN PTPTN UNTUK SEMUA. SEKARANG DAH LIMIT RM4000 PULAK..BOLEH PERCAYA KE PH NI

      Abolishing tolls next, bankers told in session with new Putrajaya council
      FMT Reporters | May 17, 2018
      A source says a review of tolls was one of the key issues discussed at a meeting with bankers chaired by Daim Zainuddin and Zeti Akhtar Aziz.

      Abolishing toll collection is among Pakatan Harapan’s promises to be implemented within 100 days of coming to power.

      PETALING JAYA: The newly minted Pakatan Harapan (PH) government may now turn its attention to abolishing tolls, following its announcement yesterday that the goods and services tax (GST) will be zero-rated starting June 1.

      This was one of the issues discussed with economists in a dialogue session chaired by former finance minister Daim Zainuddin and former Bank Negara Malaysia governor Zeti Akhtar Aziz yesterday.

      A source told FMT that a review would be done of the tolls, but that no other details were presently available.

      The source said infrastructure projects would also be reviewed, although there would be no bias towards China investments as long as there was appropriate governance and the cost was not excessive.

      Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said last month that a PH government would end toll charges nationwide in stages.



      He said tolls would only be abolished based on the contracts the government had signed with concessionaires.

      In its election manifesto, PH had vowed to abolish toll collection and the GST, which it said would be replaced with the sales and services tax. It also pledged to implement targeted petrol subsidies, streamline minimum wages, suspend repayments of government study loans for those earning below RM4,000, and review mega projects in the country.

      These were among 10 promises which the coalition had said it would fulfil within 100 days of forming the federal government.

      According to the source, the changes to the GST are part of a comprehensive taxation review, which covers possible changes to corporation and income tax rates, including corporate gains tax and inheritance tax.

      “The objective is to put more money back in the hands of consumers, especially those in the B40 income bracket, to improve social and economic well-being,” the source added.

      The source also said the government was looking to reduce its role in the economy.

      Zeti and Daim are part of the Council of Elders, which was set up by Mahathir as an interim advisory body to the government.

      Its other members are former president and CEO of Petronas Hassan Merican, billionaire Robert Kuok and prominent economist Jomo Kwame Sundaram.

      Delete
    3. MAHATHIR - Man of Steel.
      NAJIB - Man of Steal......!!

      Delete
    4. Selamat berpuasa lebai... Adios.

      Delete
    5. MAZA SERONOK PARTI DIA MENANG

      Kerajaan boleh ditukar tanpa perlu tumpah darah
      Diterbitkan 17 Mei 2018, 11:33 pagi | Dikemaskini 17 Mei 2018, 11:36 pagi

      A+ A-

      Malaysia berjaya menunjukkan contoh bagaimana sesebuah kerajaan dapat digantikan tanpa menumpahkan walau setitis darah, kata mufti Perlis.

      Menurut Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pertukaran kuasa di negara ini dapat berlangsung sepantas "satu malam" saja.

      Menulis ringkas di Facebook Mohd Asri berkata kejayaan pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu juga menunjukkan rakyat Malaysia memiliki tahap tamadun dan sikap yang tinggi.

      "PRU Malaysia satu contoh yang baik untuk dunia Islam saksikan.

      "Ia juga satu kajian kes untuk pengajian Islam khususnya bagaimana pertukaran kerajaan berlaku tanpa menumpahkan setitis pun darah. Sepantas hanya dalam satu malam," katanya.

      Mohd Asri menambah apa yang ditunjukkan rakyat Malaysia pada minggu lalu juga membatalkan andaian sesetengah pihak kononnya Islam mengharamkan kerajaan ditukar atas alasan ia boleh menyebabkan pertumpahan darah.

      Lebih malang kata mufti itu ada golongan tertentu yang mentafsir nas secara harfiah (literal) tanpa memahami punca sesuatu itu diharamkan.

      "Sarjana fikah dulu mengharamkan penukaran kerajaan berdasarkan pengalaman mereka yang menyaksikan proses berkenaan menyebabkan pertumpahan darah serta kekacauan.

      "Bagaimanapun rakyat Malaysia membuktikan sikap yang baik dan demokratik boleh menjadikan proses tersebut aman dan memberikan manfaat kepada rakyat," katanya.

      Justeru menurut Mohd Asri kitab-kitab fikah berkaitan politik yang ditulis ilmuan silam perlu dibaca dan difahami mengikut konteks semasa yang mungkin berbeza.

      "Bukan semua pandangan sarjana yang lepas sesuai untuk diamalkan di masa kini," katanya.

      Delete
    6. DUNIA MENYAKSIKAN PRU 14....

      MAHATHIR - Man of Steel.
      NAJIB - Man of Steal......!!

      Delete
    7. Pas Pis Pus hanya dapat 2 negeri termundur, Kelantan & Trengganu.

      BN-umno pulak dapat 2 lagi negeri termndur, Pahang & Perlis.

      PAKATAN HARAPAN menyapu bersih di semua negeri2 pesat membangun di pantai barat; juga negeri Sabah & besar kemungkinan Sarawak....sekali gus bakal meraih 2/3 majoriti parlimen.

      Masih juga lagi nak menyonyeh-nyenyeh macam nenek tak dapat sentel tembakau ker 'lebai mandul'.....??

      Delete
    8. Hoiiiii lebai...mak cik felda pun dh xpcaya citer ko tu h

      Delete
    9. DULU BN BUAT SEKARANG GILIRAN PH = 2 X 5 = 5 X 2

      Ahli Umno berang selepas polis halang jumpa Najib
      Minderjeet Kaur | May 17, 2018
      Abdul Rahim Abdul Rahman bertanya sama ada bekas perdana menteri itu dikenakan tahanan rumah.
      VIDEO INSIDE

      Abdul Rahim Abdul Rahman bercakap dengan pemberita di luar kediaman Najib Razak selepas dihalang masuk.

      KUALA LUMPUR: Seorang ahli Umno dari Negeri Sembilan kecewa selepas polis tidak membenarkannya melawat Datuk Seri Najib Razak di rumah bekas perdana menteri itu di Taman Duta, walaupun beliau mempunyai temu janji tengah hari ini.

      “Mengapa saya dihalang masuk? Apa jenis kerajaan hari ini?” kata Abdul Rahim Abdul Rahman, yang mewakili kelab peminat perdana menteri yang dikenali sebagai Kelab Sahabat Datuk Najib.

      “Polis tak benarkan saya masuk. Adakah dia di bawah tahanan rumah?” soalnya ketika dihampiri pemberita yang “berkampung” di luar kediaman Najib sejak gabungannya kalah pada pilihan raya, 9 Mei lalu.


      Kenderaan polis kelihatan keluar dan masuk dari banglo di Jalan Langgak Duta itu. Malam tadi, mereka mengambil barangan peribadi dari kediaman tersebut, termasuk beg tangan, dipercayai menjadi sebahagian bahan penyiasatan bagi tuduhan pengubahan wang haram.

      Rahim berkata beliau dan Najib berkawan selama bertahun-tahun, dan beliau mahu berjumpa dengannya.

      Beliau juga mempersoalkan pihak berkuasa yang menyiasat Najib.

      “Adakah ini negara komunis?” katanya sebelum meninggalkan tempat kejadian.

      Delete
    10. Hoooiiii lebai.. Mak kau kalau baca cite ko mesti dia ckap kau dunguuu

      Delete
    11. Masih hidup lagi lebaimoden? Alhamdulillah, tanpa dedak pun boleh menulis kan? Yang penting ikhlas Dan tulus.Teruskan mengkomen lebai,walaupun bukan lagi sebagai proUmno Dan proPAS,usaha gigih lebai amat dialu alukan sebagai pemantau,tukang ingat supaya PH tak sombong Dan bongkak macam BN suatu ketika dulu.

      Delete
    12. NAK KENA LESING TOK DIR

      RCI Forex - mahkamah tolak permohonan Dr M lucutkan hakim
      Diterbitkan 17 Mei 2018, 1:02 petang | Dikemaskini 17 Mei 2018, 1:22 petang

      A+ A-

      Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melucutkan Hakim Datuk Azizah Nawawi daripada membicarakan cabaran mengenai penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang (forex) Bank Negara pada sekitar tahun 1990-an.

      Hakim Azizah berkata Mahathir tidak menunjukkan wujudnya sebarang bahaya sebenar mengenai kemungkinan berat sebelah dan bukan hanya berdasarkan syak wasangka yang munasabah semata-mata.

      Menurut beliau, permohonan kali ini berbeza dengan cabaran terdahulu mengenai komposisi RCI yang dibicarakan oleh mahkamah yang sama.

      "Permohonan semasa adalah mencabar penemuan RCI kerana gagal memasukkan laporan keseluruhan nota prosiding termasuk testimoni lisan.

      "Sebaliknya, mahkamah menyedari bahaya dalam melucutkan fungsi dan tugas kehakimannya jika membenarkan permohonan itu."

      Hakim Azizah kemudian menolak permohonan Mahathir itu tanpa sebarang perintah mengenai kos.

      Peguam Mahathir, Irwan Izwat Mohd Noor berkata mahkamah kemudian menetapkan 25 Jun sebagai pengurusan kes dan dia akan mendapatkan arahan selanjutnya mengenai sama ada untuk membuat rayuan.

      Mahathir mahu Azizah melucutkan dirinya kerana mendakwa terdapat kecenderungan berat sebelah kerana hakim yang sama memutuskan satu lagi cabaran Mahathir terhadap keanggotaan iaitu pengerusi RCI itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon dikeluarkan.

      Pada awal Disember 2017, Mahathir memfailkan saman pemula dengan menamakan semua enam anggota RCI iaitu Sidek, Saw, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail selain bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta kerajaan sebagai defendan.


      Dalam samannya, Mahathir memohon deklarasi bahawa mana-mana 'Laporan Siasatan Diraja' oleh mana-mana RCI yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah sekiranya mengandungi semua bahan yang ditampilkan pada keseluruhan prosiding suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan di dalam prosiding RCI.

      Beliau juga memohon deklarasi bahawa laporan suruhanjaya itu tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan dengan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.

      Laporan RCI menyatakan Bank Negara kerugian kira-kira RM31.5 bilion susulan kegiatan spekulasi dalam tukaran wang asing yang berlaku antara 1992 hingga 1994.

      Ia antara lain menamakan Mahathir, bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai pihak yang bertanggungjawab atas kerugian itu.

      Delete
    13. TOKONG PERALATKAN 1MDB UNTUK MANDULKAN ISLAM MELAYU

      Menaruh harapan isu Islam pada k'jaan HARAPAN
      Omar Mohamed | Diterbitkan 16 Mei 2018, 9:41 malam | Dikemaskini 16 Mei 2018, 10:19 malam

      A+ A-

      Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya seorang wartawan tentang pendirian kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau kelihatan sedikit keliru.

      Ia berlaku pada Pada 14 Mei lalu. Lantas perdana menteri menjawab, kedudukan institusi yang penting itu bergantung kepada laporan yang diterima kerajaan.

      Jakim pernah menjadi sasaran segelintir masyarakat yang tidak senang dengan pendirian badan itu terhadap isu-isu fiqh tertentu sehingga menimbulkan polemik.

      Juga isu berkaitan penerbitan buku tertentu yang disifatkan tidak sesuai diedarkan di negara ini.

      Lebih drastik, muncul suara-suara nakal yang melontarkan idea agresif bahawa negara ini tidak perlu kepada badan seperti Jakim. Bagi mereka urusan agama tidak boleh dikawal oleh pemerintah. Begitulah lebih kurang justifikasi yang digunakan walaupun ia amat longgar dan mudah dipatahkan.

      Menghukum Jakim hanya berdasarkan polemik yang pernah berlaku adalah amat naif. Selain itu, apakah alasan-alasan lain yang wajar mendorong idea drastik begitu?

      Kemungkinan besar kelompok pembantah tidak tahu-menahu apakah peranan Jakim dalam membantu kemajuan Islam dan umat Islam di negara ini, termasuk menyelaraskan pentadbiran urusan agama antara negeri-negeri dalam Malaysia.

      Juga penyaluran peruntukan kewangan dari kerajaan pusat.

      Perlu pengalaman luas

      Berbalik kepada insiden yang berlaku ketika sidang media yang saya nyatakan tadi.

      Saya sendiri tertanya-tanya apakah sudah ada ura-ura begitu di kalangan pimpinan HARAPAN? Apakah HARAPAN mempunyai pendirian tertentu terhadap Jakim dan institusi-institusi agama Islam yang lain - seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan lain-lain?

      Saya menanti reaksi rasmi lanjut kerajaan HARAPAN tentang perkara ini. Terdapat 13 agensi berkaitan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

      Justeru, pemilihan menteri yang bakal mentadbir urusan ini perlu dibuat secara teliti.

      Tokoh itu haruslah seorang yang mempunyai latar pengajian pendidikan agama, atau sekiranya tidak sedemikian, mestilah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengetahuan dan pemikiran Islam.

      Dia mestilah seseorang yang mampu menyuntik idea bernas, berkemahiran menyusun atur pentadbiran urusan agama, terbuka kepada kepelbagaian dan perbezaan berkaitan kefahaman agama dan sarat dengan integriti dan kemahiran.

      Tidak kurang ramainya warga maya menamakan Nik Omar Nik Abdul Aziz di posisi yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkenaan.

      Berasaskan kepada merit, saya menolak nama Nik Omar. Beliau hanya muncul dalam politik Malaysia beberapa minggu lepas sebagai pemidato. Beliau tiada pengalaman sebagai wakil rakyat dan belum pernah mentadbir sebuah parti politik. Belum juga diuji pengetahuan dan kefahamannya tentang pentadbiran dan pengurusan agensi-agensi agama di negara ini.

      Jawatan tersebut bukanlah jawatan politik yang boleh diserahkan kepada individu yang hanya berpengaruh dalam kempen pilihan raya, sebagai hadiah kemenangan. HARAPAN perlu menamakan tokoh lain, khususnya daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).

      Berasaskan kepada direction kerajaan yang mahu mengecilkan saiz kabinet, saya tidak terkejut jika menteri itu nanti diarahkan untuk menyusun semula agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri.

      Perahan otak bersama

      Saya bersetuju jika ia berasaskan kepada objektif dan penyelarasan fungsi. Kemungkinan besar wujud beberapa agensi yang menjalankan fungsi yang sama atau hampir sama, justeru ia boleh disatukan.a agensi-agensi yang berbeza strategi dan pendekatan tetapi berkongsi objektif, juga boleh disatukan.

      Delete
    14. TOK DIR TAK FAHAM ISLAM BERCAKAP PASAL ISLAM

      Pentadbiran agama Islam bakal berubah, kata Dr M
      FMT Reporters | May 17, 2018
      Dalam perutusan Ramadan, perdana menteri turut menasihatkan umat Islam untuk memahami Al-Quran dan bukan sekadar menghafal ayat.


      PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum yang menyaksikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) minggu lalu akan membawa kepada perubahan dalam pentadbiran agama Islam di Malaysia, dalam perutusan khasnya sempena bulan Ramadan yang bermula hari ini.

      “Tekanan akan diberi oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang sahih,” kata perdana menteri dalam catatan blog pertama beliau sejak dilantik ke jawatan tertinggi itu.



      Dr Mahathir berharap umat Islam bukan sahaja akan memanfaatkan bulan puasa dengan melakukan ibadah seperti terawih dan pengajian Al-Quran, tetapi mengingatkan mereka agar berusaha untuk memahami Al-Quran dan bukan sahaja menghafal ayat-ayatnya.

      “Al-Quran merupakan panduan yang utama bagi umat Islam. Panduan yang tidak difahami tidak mungkin menjadi kita umat Islam yang berjaya. Sementara kita menghafal, kita juga perlu faham ajaran sebenar agama Islam,” tulisnya.

      Dalam perutusannya, Dr Mahathir turut melahirkan kesyukuran kerana keputusan pilihan raya tidak membawa kepada kekacauan seperti “di sesetengah negara lain”, sambil merakamkan pengharagaan kepada pasukan keselamatan.

      “Alhamdulillah. Semua rakyat Malaysia sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengekalkan keharmonian serta kestabilan dalam negara.

      “Polis dan tentera juga memainkan peranan utama di dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman ini,” katanya.

      Sebelum hari pengundian pada 9 Mei, Dr Mahathir mengutus beberapa surat terbuka kepada pasukan keselamatan, termasuk kepada pegawai tinggi tentera, meminta mereka membenarkan anggota mereka memilih kerajaan tanpa paksaan dan tekanan, di samping bersikap neutral.

      Delete
    15. SKANDAL NAJIB BOLEH TUNTUT...SKANDAL TOK DIR NAK RABA KAT MANA

      Dr M: Malaysia akan hubungi beberapa negara, tuntut wang 1MDB
      Bernama | May 16, 2018
      Dr Mahathir berkata Beliau berkata penting bagi kerajaan mendapatkan balik wang yang masih ada di negara lain itu, dengan AS$4.5 bilion dianggar berada di Amerika Syarikat.

      Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jumlah agak besar itu akan menolong kita selesaikan beberapa jenis hutang. (Gambar Reuters)

      PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan menghubungi beberapa negara bagi mendapatkan balik dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB kerana jumlahnya yang besar boleh menyelesaikan beberapa jenis hutang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Beliau berkata penting bagi kerajaan mendapatkan balik wang yang masih ada di Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat dan mungkin juga di Luxembourg, dengan jumlah yang agak besar dianggarkan AS$4.5 bilion berada di Amerika Syarikat.

      “Dahulu, tidak ada pengakuan daripada kerajaan (pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak) bahawa duit ini berasal dari 1MDB dan dibersihkan di Amerika Syarikat. Oleh kerana, tiada pengakuan duit itu adalah duit Malaysia, tiada tuntutan dibuat.

      “Jadi, kita hendak buat kenyataan duit ini kepunyaan Malaysia, dan kita akan pohon supaya mereka bagi balik duit ini kepada Malaysia. Jumlah agak besar dan akan menolong kita selesaikan beberapa jenis hutang,” katanya di sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.



      Menurut Dr Mahathir, perkara utama yang mendapat perhatian kerajaan adalah isu rasuah khususnya 1MDB dan juga wang-wang yang diseleweng oleh kerajaan lama.

      Perdana Menteri berkata beliau sudah mendapatkan taklimat daripada pihak polis serta Ketua Audit Negara dan membaca laporan pengauditan 1MDB yang sudah dikelaskan sebagai dokumen terbuka.

      “Kita akan mengambil tindakan dan jika perlu, kita akan membuat laporan polis. Apabila sampai tahap, kita boleh membuat tangkapan, kita akan tangkap mereka yang bersalah. Untuk ini, tidak ada perbezaan antara orang yang tertentu untuk didakwa,” katanya,

      Semalam, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamed dalam satu kenyataan berkata laporan pengauditan 1MDB yang pernah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016 kini sudah boleh dirujuk orang ramai.

      Dr Mahathir berkata terpulang kepada polis untuk memanggil Najib bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.

      Ditanya sama ada bukti mencukupi bagi mendakwa Najib, Dr Mahathir berkata jika mempunyai bukti yang cukup, tindakan boleh diambil.

      Kepada soalan sama ada Najib dikenakan tahanan rumah, beliau berkata Najib hanya tidak dibenarkan ke luar negara.

      Kepada soalan sama ada Najib diberikan imuniti, Dr Mahathir berkata, “Kita akan ikut kedaulatan undang-undang dan undang-undang terpakai kepada setiap orang tanpa mengira beliau pernah menjadi perdana menteri.”

      Ditanya sama ada kerajaan sekarang akan menanggung hutang 1MDB, Dr Mahathir menjawab: “Ya, kita perlu menanggungnya. Jika hutang itu memberi implikasi kepada kerajaan, kita perlu bayar. Jika tidak kita akan disaman dan dijadikan bankrap.”

      Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata mana-mana pihak yang ditangkap tidak akan disoal siasat sehingga 4.00 hingga 5.00 pagi seperti dahulu.

      Delete
    16. OF COURSE ...PAS THE PARTY OF INTEGRITY

      Both party hoppers and PH get a slamming
      Sheith Khidhir Bin Abu Bakar | May 15, 2018
      It's a question of morals, says legal expert Shad Faruqi.

      Constitutional law expert Shad Saleem Faruqi says there are more ethical ways to handle the question of party hoppers than to simply accept them into the fold. (Facebook pic)

      PETALING JAYA: Constitutional law expert Shad Saleem Faruqi has denounced Barisan Nasional (BN) representatives who have hopped out of the coalition as well as Pakatan Harapan (PH) for accepting them, saying both sides have shown disregard for universally accepted standards of morality.

      Faruqi joins several commentators who have spoken against the defections, including political analyst Andrew Aeria, who described the defectors as traitors to their party as well as to the people who voted for them.

      “Hopping from one party to another is a despicable thing and it reflects very poorly on the MPs and assemblymen,” said Faruqi. “It’s as though they don’t have any principles and as though they have no loyalties except to money and themselves.”


      Turning to PH, he said he was appalled that the coalition had failed to see how unethical it was to accept into its fold representatives who were elected on a rival ticket.

      He said an ethical way of handling the situation would have been to tell the defectors to help PH achieve its objectives while remaining outside the organisation.

      “Tell them you don’t want them in the party, but they’re most welcome to support you in the Dewan Rakyat. Or tell them to become independent representatives. And then, if they want to support you, they can apply for membership in your party.”

      He acknowledged that there could be circumstances justifying party hopping, such as when Britain’s Winston Churchill left the Conservative Party in 1904 and joined the Liberals because he could not agree to the imposition of protectionist tariffs.

      “But to go into the election wearing one hat and then put on another hat after the election – that is immoral.”

      He would not speculate on whether there would be enough party hoppers to give PH two-thirds of the majority in Parliament, but if this were to happen, he said, a significant consequence is that the government will have the ability to amend the Federal Constitution”.

      Delete
    17. Before DS Anwar, it was revealed that Tun M was in fact the first one invited by Erdogan to OIC meeting but made clear the date is too soon as he is busy round the clock making homework to restore the mess at home. However, he may attend if the said meeting is deferred at later date convenient to him.

      Btw, one wonders does any of the Pas Lebai2 or 'lebai mandul' invited....??

      Delete
    18. Copy paste... Yg penting tun tak lah sebacul najib, main pecat, bagi alasan kesihatanlah, tiba2 Kevin hilang lah... Ko tampal la cerita apa pun.. tu menunjukkan realiti sekarang, bukan duduk ketakutan mcm zaman bijan...

      Delete
  3. pak lebai tigasuku ni masih ada lagi. ko tak pi tolong najib ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEMIMPIN PH TIDAK BERPENGALAMAN

      MB Johor perjelas tentang pelantikan Fizwan
      Bernama | Diterbitkan 17 Mei 2018, 5:53 pagi | Dikemaskini 17 Mei 2018, 6:26 pagi

      A+ A-

      Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata pelantikan Fizwan Rashidi sebagai ketua setiausaha sulitnya dibuat selepas beliau berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

      Beliau berkata Fizwan yang juga merupakan seorang penjawat awam kerajaan negeri Johor memiliki pengalaman luas sebagai setiausaha sulit kepada beberapa menteri besar Johor sebelum ini.

      "Beliau bukan di bawah lantikan politik dan sebagai penjawat awam kerajaan negeri Johor, dia biasanya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti kerana dia terikat dengan perjawatan.

      "Jadi, kalau orang kata dia orang Umno atau itu..ini, saya tidak boleh nak halang. Tapi bagi saya, keputusan ini bukan saya 100 peratus yang lantik. Ini pun saya minta sebab saya nak mulakan kerja dengan cepat," katanya kepada pemberita di Johor Bahru semalam.

      Osman berkata dengan mengambil orang baharu tiada pengalaman akan menyusahkan memandangkan kerajaan Johor merupakan kerajaan baharu yang perlu melaksanakan banyak kerja mustahak dengan seberapa segera.

      Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Fizwan mempunyai hubungan rapat dengan Barisan Nasional (BN) dan dipercayai anggota Umno sehinggakan pelantikannya kurang disenangi segelintir pihak.

      Dalam perkembangan lain, Osman berkata pihaknya akan memastikan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memberi 10 meter padu air percuma (kediaman) kepada golongan B40 akan dilaksanakan secepat mungkin.

      Katanya, beliau telah berbincang dengan exco bertanggungjawab dengan utiliti iaitu Jimmy Puah untuk mengemukakan kertas kerja bagi menentukan formula pelaksanaannya.

      "Selepas itu kita akan berbincang dengan pegawai kewangan negeri sebab ini melibatkan peruntukan RM36 juta setahun," katanya.

      Mengenai janji PH untuk memberi lesen peniaga kecil secara percuma, Osman berkata pihaknya akan melihat kaedah terbaik contohnya memberi subsidi tambahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjayakannya.

      "Kita tengok kewangan setiap PBT. Ada PBT yang tiada duit, ada PBT kaya. Jadi, kalau kita hendak mansuh (lesen) macamana caranya? Adakah kerajaan negeri akan beri subsidi tambahan dan sebagainya serta berapakah jumlahnya, ini akan kita lihat," katanya.

      - Bernama

      Delete
    2. THE EROSION OF ISLAM POWER

      Kemungkinan juga wujudnya agensi-agensi yang berbeza strategi dan pendekatan tetapi berkongsi objektif, juga boleh disatukan.

      Idea menyusun semula agensi kerajaan agar setiap satu jelas objektif dan fungsinya akan memberi impak positif kepada kecekapan agensi-agensi itu sendiri, selain menjimatkan kos.

      Namun, pegawai kerajaan yang terbabit tidak boleh dikorbankan. Ia bukan kerja mudah.

      Terakhir, dalam kemungkinan kementerian kewangan diketuai oleh Lim Guan Eng yang saya percaya tidak memiliki idea asas berkaitan pelaksanaan syariah dalam dunia korporat, saya mengharapkan menteri agama ini nanti memiliki kefahaman yang sangat jelas tentang itu agar dapat membantu dan melakukan ‘perahan otak’ bersama.

      Dr Mahathir tiada masalah dalam soal ini. Pada era beliaulah munculnya sistem kewangan Islam secara agresif di Malaysia.

      Apa yang saya ingin lontarkan di sini ialah mesti ada usaha berbentuk political will dalam kabinet baru Malaysia ke arah mengukuhkan pengurusan syarikat korporat berkaitan kerajaan (GLC) berasaskan kepada elemen Kerangka Kerja Tadbir Urus Syariah (Shariah Governance Framework).

      Ia boleh dilakukan secara berperingkat dan boleh juga diletakkan beberapa kategori yang akhirnya bermatlamat memastikan perjalanan setiap syarikat tersebut selaras dengan prinsip tadbir urus syariah daripada sudut operasi dan pelaburannya.

      Ia kerja besar dan memerlukan jadual kerja yang terancang dan pakar-pakar bagi membantu pelaksanaannya. Sebahagian mereka ramai yang ‘berkubu’ dalam sektor kewangan dan pelaburan Islam negara.

      OMAR MOHAMED ialah pemerhati politik yang meminati kelab Liverpool dan bekerja dalam sektor kewangan Islam.

      Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

      Delete
    3. THE HOPE OF INTEGRITY PARTY

      PAS konsisten anggap Anwar tak salah - Mohd Amar
      N Faizal Ghazali | Diterbitkan 16 Mei 2018, 3:48 petang | Dikemaskini 16 Mei 2018, 4:19 petang

      A+ A-

      PAS menyambut baik pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, kata naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

      Menurut beliau, PAS sentiasa konsisten daripada awal bahawa bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya.

      "Pembebasan Anwar adalah berita baik yang dinanti-nantikan rakyat. Kita konsisten sejak dulu Anwar tidak bersalah, ada konspirasi di sebalik tuduhan dan pemenjaraannya.

      "Kita juga berharap Anwar mampu memberi sumbangan baik kepada politik negara dan boleh meredakan suasana yang panas dan tegang hari ini," katanya.

      Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis angkat sumpah dan terima pelantikan sebagai timbalan menteri besar Kelantan dan sembilan exco kerajaan negeri di Istana Kota Lama, di Kota Bharu, hari ini.

      Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta.

      Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan dari Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.

      Wan Ahmad berkata rayuan pengampunan itu dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 hari ini.

      Pada Ogos tahun lalu, Nik Mohd Amar menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada bekas timbalannya itu berhubung tuduhan liwat pada 1998.

      Baca: PAS desak Dr M mohon maaf jika tuduhan Anwar meliwat palsu

      Dalam kes pertama itu, Anwar dituduh meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi kemudian dibebaskan oleh mahkamah persekutuan pada 2004.

      Bagaimanapun selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sekali lagi menghadapi tuduhan serupa - kali ini melibatkan bekas pembantu peribadi beliau pada 2008, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


      Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas bekas ketua pembangkang itu pada 2013. Anwar bagaimana berulangkan menegaskan kedua-dua kes berkenaan merupakan konspirasi untuk memusnahkan karier politik beliau.

      Tak jadi pendendam

      Sementara itu dalam perkembangan berasingan Mohd Amar berkata, PAS berharap kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak menjadi kerajaan pendendam sebaliknya mampu menjadi lebih baik berbanding BN.

      "Kita berharap HARAPAN tampil dengan imej berbeza walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri.

      "Kita juga mengharapkan Tun Mahathir meninggalkan cerita lama dan membuka lembaran baru sebagai Perdana Menteri baharu.

      "Berkaitan dendam itu bermacam-macam kerana ia terlalu luas. Kita tidak mahu kerajaan baru menjadi sebuah kerajaan yang berdendam," jelasnya.

      Delete
    4. ORANG TAK PEGANG KUASA LEBIH MATANG

      PH jangan benci BN, PAS, pesan Rafizi
      Faiz Zainudin | May 16, 2018
      Naib presiden PKR berkata Barisan Nasional dan PAS ada tanggungjawab sebagai semak dan imbang kepada kuasa Pakatan Harapan.
      VIDEO INSIDE

      Rafizi juga mengingatkan media supaya berlaku adil dan memberi liputan kepada pembangkang. (Gambar Facebook)

      PETALING JAYA: Rafizi Ramli mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membenci pembangkang, termasuk Barisan Nasional dan PAS.

      “Pakatan Harapan ingat kita perlu sayang kepada pembangkang kerana mereka perlu menjaga kita.

      “BN dan PAS ada tugas besar sebagai pembangkang memastikan hak dan kepentingan rakyat di angkat,” katanya kepada ribuan penyokong yang berhimpun di Padang Timur, untuk meraikan pencetus reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru sahaja dibebaskan dari pemenjaraan.


      Rafizi juga mengingatkan media supaya berlaku adil dan memberi liputan kepada pembangkang.

      “Saya minta TV3, RTM, Utusan Malaysia dan semua media supaya berlaku adil kepada BN, PAS, PH untuk rakyat.

      “Saya minta terakhir sekali supaya sahabat dalam PH bahawa setiap sen yang dibelanjakan ialah milik rakyat. Yang meletak dan mengangkat kita ialah rakyat,” katanya.

      Hadir sama pimpinan Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, Amanah, DAP dan PPBM.

      Anwar dibebaskan pagi tadi dari Hospital Rehabilitasi Cheras di ibu negara, selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari, dan bertemu Agong di Istana Negara selepas mendapat pengampunan penuh.

      Anwar berkata perjalanan “dari penjara ke istana” hanya boleh berlaku kerana sokongan rakyat.

      Pengampunan diraja memansuhkan sekatan 5 tahun ke atas Anwar, bermakna bekas ketua pembangkang itu boleh menyertai politik serta merta.

      Delete
    5. BN MERABAN...KAU KAN MAJORITY...

      BN group woos PAS, PKR reps to form unity govt in Perlis
      Melissa Darlyne Chow | May 15, 2018
      This is despite BN sweeping 10 of the 15 state seats in the tiny state.

      Former Perlis MB Azlan Man said he was not aware of any proposal to make Shahidan’s brother, Ismail Kassim, the new MB. (Facebook pic)

      KANGAR: While the Perlis menteri besar stalemate continues, both PAS and PKR today admitted to receiving offers from a group of Barisan Nasional (BN) assemblymen to set up a unity government in Perlis.

      Perlis PAS chief commissioner and Sanglang assemblyman Mohd Shukri Ramli said today that he and Guar Sanji assemblyman Mohd Ridzuan Hashim were asked to join the group last Thursday, a day after the 14th general election concluded.

      Shukri said three other Pakatan Harapan (PH) representatives in the state, namely the assemblymen for Kuala Perlis, Sena and Indera Kayangan, had also received similar offers from the same group.

      “A meeting had taken place among the PAS, PH and two BN assemblymen, but no decision was reached,” he said during a thanksgiving kenduri held in Kuala Sungai Padang here today.

      Perlis remains the only state in the country which has not yet sworn in a menteri besar, six days after the 14th general election concluded.



      This was despite BN securing 10 out of 15 state seats, giving them a two-thirds majority to form the state government there.

      PH won three state seats, while PAS won two.

      It was previously reported that Perlis BN chairman Shahidan Kassim had proposed Tambun Tulang assemblyman Ismail Kassim as the new MB. Ismail is Shahidan’s younger brother.

      However, former Perlis MB Azlan Man, who contested in Bintong and won, said he was not aware of any such proposal.

      It is speculated that the nomination of the new menteri besar is dragging on following a dispute between the Shahidan-led faction and another faction of elected representatives led by Azlan.

      Shukri said they were not agreeable to the unity government mooted by this group as it would not be stable, considering some BN assemblymen would still remain with BN, while the rest would become part of the unity government.

      “It would be difficult to govern the state.

      “Of course, a unity government without an opposition would be able to run the state better.

      “All Perlis elected representatives need to come together if we want to form a unity government,” he told reporters during a thanksgiving kenduri here today.

      Newly-elected Kuala Perlis assemblyman Noor Azam Karap, who is from PKR, confirmed receiving the offer and said he had been personally contacted a day after the election with the proposal for a unity government.

      Azam said he had also met up with the group concerned on the same day, but they did not discuss anything and did not arrive at any decision.

      “That same evening I received another call again on the proposal to form a unity government. I rejected it immediately,” he told FMT.

      Aside from him, Azam said fellow PKR representative Gan Ay Ling, who is assemblyman for Indera Kayangan, was also approached with the idea.

      Delete
  4. saya ulangi saranan 'beware d ides of march'.

    saya yakin yg tun m sudah pun tahu apa yg sedang d mainkan olih individu tertentu d belakang tadbir.

    kita lihat saja apa tindak balas mereka jika UMNO terharam dlm masa terdekat.

    saya doakan agar PPBM d perkuatkan n berjaya menambah ahli2 parliament nya dlm masa terdekat.

    BERWASPADA !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat setuju dg pendapat Datuk. PPBM mesti terima mana mana wakil BN yg latar belakang nya baik untuk join PPBM.
      Tun tidak boleh menyerahkan PM kepada Anwar sabelum PPBM menjadi sebuah parti yg kuat.
      Dan saya percaya perkara ini sudah ada dalam fikiran Tun.

      Delete
  5. Lebai beruk tetap meroyan mcm biasa..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROS ALAT KERAJAAN PH

      Muhyiddin: ROS beritahu saya BERSATU kini parti sah
      Geraldine Tong & Alyaa Azhar | Diterbitkan 16 Mei 2018, 11:35 malam | Dikemaskini 17 Mei 2018, 1:05 pagi

      A+ A-

      Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggugurkan kes pertikaian terhadap BERSATU.

      "Sebagai presiden parti, saya dimaklumkan oleh ROS bahawa BERSATU sudah kembali kepada status asal sebagai parti sah," katanya dalam Himpunan Merdeka Rakyat yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya malam ini bagi menyambut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      ROS sebelum ini mengumumkan BERSATU dibubarkan sementara kerana gagal mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan.

      Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun menolak pembubaran itu dan kes berkenaan masih berjalan

      Delete
    2. THE EROSION OF MALAY POWER

      PERKASA rayu k’jaan tak lantik bukan Melayu jadi menteri kewangan
      Anne Muhammad | Diterbitkan 16 Mei 2018, 5:39 petang | Dikemaskini 16 Mei 2018, 6:23 petang

      A+ A-

      Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) merayu kerajaan baru supaya tidak melantik pemimpin bukan Melayu mengisi jawatan menteri kewangan.

      Pemangku presiden PERKASA Datuk Ruhanie Ahmad berkata, ini kerana, terdapat banyak institusi berkaitan orang Melayu di bawah kementerian itu.

      “PERKASA menolak sebarang usaha lantik bukan Melayu jadi menteri kewangan sebab di bawah Kementerian Kewangan ada banyak institusi, agensi dan jabatan-jabatan berkaitan dengan kesejahteraan bumiputera.

      Ruhanie turut menyatakan kebimbangan agenda bumiputera akan terancam sekiranya ia tetap berlaku.

      “Sekiranya diletakkan bukan Melayu, kami bimbang agenda Malaysian Malaysia akan diterapkan dalam dasar dan polisi Kementerian Kewangan dan saya rasa ini menjadikan masa depan sosioekonomi bumiputera terancam,” katanya.

      Ahad lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemegang portfolio Kementerian Kewangan dalam kabinet kerajaan baru.

      Selain Lim, Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan dua jawatan menteri kanan iaitu Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.

      Ruhanie turut berkata pihaknya akan tetap mengambil pendirian berkecuali dan dalam masa yang sama konsisten menyatakan pendirian untuk membela bumiputera.

      “PERKASA kekal berkecuali, bagaimanapun PERKASA akan menegur jika didapati kepentingan Islam, Melayu, bumiputera diabaikan disebabkan perubahan dasar-dasar kerajaan baru ini.

      “PERKASA juga akan sentiasa menyokong tindakan-tindakan dan dasar-dasar baru kerajaan HARAPAN yang memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

      Delete
    3. SI KATAK BUKAN PEJUANG SEJATI

      Ibrahim Ali letak jawatan presiden PERKASA
      Anne Muhammad | Diterbitkan 16 Mei 2018, 4:42 petang | Dikemaskini 16 Mei 2018, 5:53 petang

      Item 1
      Item 2
      A+ A-

      Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), semalam.

      Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden PERKASA Datuk Ruhanie Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat pertubuhan itu, hari ini.

      Menurut Ruhanie, Ibrahim meletakkan jawatan kerana kecewa orang Melayu tidak menghargai perjuanganya terhadap konsep agama, bangsa dan tanah air (alif ba ta).

      Ruhanie turut menolak peletakan itu ingin melobi jawatan politik.

      “No way, bukan melobi jawatan. (Peletakan jawatan) ini (kerana) kekecewaan dia (Ibrahim), orang Melayu tak hargai perjuangan alif ba ta,” katanya.

      Menurut Ruhanie, surat peletakan jawatan itu diterima jam 10 pagi semalam di ibu pejabat PERKASA.

      Katanya lagi, pihak Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA kini melantiknya sebagai pemangku presiden PERKASA dan dalam masa yang sama mereka merayu Ibrahim mempertimbangkan kembali keputusan tersebut.

      “Beliau memerlukan waktu sedikit, kita bagi waktu, bagi peluang bertenang seketika memikirkan semula kerana PERKASA sinonim dengan Ibrahim Ali.


      “Kita hargai komitmen dia dan dia ada visi yang fokus terutamanya perjuangan bangsa dan agama. Kita tolak peletakan jawatan dan gesa, merayu balik dia kembali ( ke PERKASA),” katanya.

      Menurut Ruhanie, keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membuatkan kedudukan PERKASA tercabar dan memerlukan perjuangan yang lebih agresif dalam memperjuangkan bumiputera.

      “Kita menghormati pilihan demokratik rakyat Malaysia yang memilih HARAPAN menggantikan BN. Kita hormati dan kita ucap tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kembali memberikan kepimpinan Malaysia dalam fasa kedua.

      “Kita ambil keputusan senario politik nasional, memerlukan PERKASA lebih cergas, fokus, lantang, agresif perjuangkan soal agama bangsa agama dan tanah air,” katanya.

      Delete
    4. KALAU DAH BERFAHAMAN LIBERAL

      Anwar sokong Guan Eng jadi menteri, awas ‘ular sawa’
      Faiz Zainudin and Robin Augustin | May 17, 2018
      Ketua umum PKR menepis dakwaan mengatakan penamaan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan mengancam institusi Melayu.
      VIDEO INSIDE

      Anwar berpesan kepada Lim tentang ‘beruang’, ‘gajah’ dan ‘ular sawa’ yang akan mencarinya. (Gambar Facebook)

      PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada penamaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan.

      Bercakap di ceramah pertamanya selepas 3 tahun dipenjara, Anwar, yang juga bekas menteri kewangan berkata, Lim mempunyai rekod prestasi yang baik di Pulau Pinang dan akan pastikan tender terbuka untuk semua projek kerajaan.


      “Kamu (pengkritik) marah sebab nama dia Lim Guan Eng. Kalau nama dia Mat Sabit sapu duit bilion takpa?” kata Anwar di depan ribuan yang berhimpun di Padang Timur, Petaling Jaya malam tadi.

      Beliau menepis dakwaan mengatakan tanggungjawab yang diserahkan kepada Lim itu mengancam institusi Melayu dan program untuk orang Melayu.

      “Kalau buat begitu (penyelewengan) serupa je dia (dengan pentadbiran sebelum ini). Kita mahu jadi lebih baik, pastikan kemewahan negara sampai ke tangan rakyat. Lim Guan Eng, bukan senang tugas kamu. Jaga baik-baik, macam-macam datang, ‘beruang’, ‘gajah’ dan ‘ular sawa’.”

      Delete
    5. VACANCIES FOR NON MALAY

      Serious shortage of English teachers, says union
      FMT Reporters | May 16, 2018
      Harry Tan sounds a warning of a continued drop in numbers and calls for more English teachers to be recruited for government schools.

      Teachers’ union leader Harry Tan says Kelantan alone is short of 500 English Language teachers.

      PETALING JAYA: The teachers’ union has urged the new federal government to increase the number of English Language teachers in schools, warning of a severe shortage soon.

      Harry Tan, secretary-general of the National Union of the Teaching Profession said Kelantan alone was short of 500 English teachers, and the number must be increased immediately or the problem would worsen dramatically in the near future.

      He said the numbers are likely to drop further. Malaysia currently has about 450,000 teachers altogether to serve the five million pupils in government schools.

      Tan said the importance of the English Language was undeniable with growing globalisation and it was crucial for the government to deal with the shortage and improve the level of English-language proficiency in Malaysia.



      “NUTP hopes that the new government will continue to support the initiative for Professional Up-Skilling of English Language Teachers which was already set in place by the education ministry.

      Tan said an English proficiency survey last year had ranked Malaysia at 13th of 80 countries, giving that as an example of the need for more teachers.

      Delete
  6. SEMPENA BULAN YG MULIA INI

    KAMI TAK SABAR NAK LIHAT PERANG YANG BARU BERMULA


    ANWAR VS DAIM


    SIAPA MAHA-TIAU NAK PILIH KALI NI


    https://m.malaysiakini.com/news/425411

    ( TAHNIAH HAKIM MAHKAMAH AGONG )

    JANGAN TUNDUK KPD FIRAUN !!

    MALAYSIABARU DI BELAKANG KAMU SEMUA !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro malaysiabaru...anda tak sepatutnye jadi batu api...

      Kalo anwar tamakkan kuasa beliau dah mula desak tun bagi tugas dlm kerajaan...

      Saya yakin lantikan majlis penasihat oleh tun setelah berbincang dgn anwar...tun pon sedar beliau pengerusi PH tanpa kuasa veto..dan tiada parti yg dominan dlm PH..

      Anwar telah beri peringatan kpd semua supaya sokong tun mahathir...

      Akhirnye bro malaysiabaru yg akan tinggal sorang diri jika mengharap perang antara Daim dan Anwar...

      Delete
    2. malaysiabaru,

      Saya sokong kata2 anda tak sepatutnye jadi batu api.

      Bagus jika anda keluarkan pendapat dengan cara menunjukkan mana yang baik mana yang tidak baik di lakukan oleh mereka.

      Pembaca akan membuat keputusan mana yang di suka.

      Delete
  7. Untuk nyatakan malaysia akan jadi negara 2 parti kurang tepat...yg ade sekarang 3 parti...Pas dengan ideoloji islamnye tak mungkin bergabong dengan BN dan PH...

    ReplyDelete
  8. Saya Malaysia bukan politik dua parti dan tidak pun menuju ke situ.

    Keadaan campuran parti2 politik di pihak Kerajaan dan Pembangkang itu akan berterusan hingga tak tahu bila.

    Kalau Umno di haramkan, mungkin timbul satu parti sahaja di antara Pembangkang. Tapi Melayu di kampong dll yang komservatif rasa nya tak mahu parti campuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir Malaysia ...

      Delete
    2. Nobody gives a damn what u think!

      And that is only my opinion!!

      Delete
    3. Ip man,bukan anda seorang yg mengundi..
      Kena terima hakikat..

      Delete
  9. Mohon menteri pelajaran semak semula penggredan cgpa universiti awam. Jumlah markah 65% boleh dapat cgpa 3.00. Sepatutnya, itu dalam golongan gred C.

    ReplyDelete
  10. JANGAN LUPA BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG SUDI MEMBERI PELUANG KEPADA TUN DR. M MENJADI PENGERUSI PAKATAN HARAPAN. KITA PERLU SEIMBANG DALAM MEMBERI PUJIAN. INI PERINGATAN IKHLAS. JIKA KITA HANYA MENYANJUNG SATU PIHAK SAHAJA, KEKUATAN KITA TIDAK BERTAHAN LAMA. INGAT, TERIMA PANDANGAN INI DENGAN JIWA BESAR. JANGAN KITA WARISI SIKAP REGIM YANG TERLALU MENYANJUNG PEMIMPINNYA. MAAFKAN SAYA KERANA TEROAKSA "BERCAKAP" BEGINI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree! Perhargaan harus diberi bila ianya layak utk diberi dan Tun mmg lebih dri layak! Tapi dlm masa yg sama, tidak perlu diperkecilkan sumbangan org lain yg sama sama dlm pakatan, bertungkus lumus bekerja utk merealisasikan harapan rakyat yg begitu dambakan perubahan!

      Rakyat telah pun memberi mandat kepada pakatan utk menerajui tampok pemerintahan dan ini adalah hanya permulaan kepada sesuatu yg lebih mencabar dihadapan kita. Sebagaimana pemimpin diatas sana yg perlu sepakat berkerjasama, kita yg dibawah ini juga perlu mengetepikan ketaksuban kita kepada org2 tertentu agar tidak timbul kecelaruan dlm halatuju yg boleh meretakkan permuafakatan yg terbina sesama kita! Dlm 10 perkara, mungkin hanya satu atau dua yg kita tidak sealiran! Kenapa kita perlu mengambil yg sedikit ini sbagai tapak utk kita bermula sedangkan kejayaan kita adalah berpunca dari lapan titik persamaan yg ada diantara kita semua!!!

      Diharap kepada rakan2 semua agar lebih berhati hati dlm memberi komen agar tiada perasaan yg tersinggung dan sama2 kita menegur utk kebaikan kerana kita semestinya tidak lari dri kelakukan kesilapan, tetapi teguran hendaklah atas dasar persahabatan!

      Selamat menunaikan ibadah puasa!! Salammmm!

      Delete
    2. Teramat setuju dgn komen Macy

      Delete
    3. Meruntuhkan yg ade amat mudah...membina amat payah...
      Kalo rasa kemenangan yg baru di perolehi amat mudah marilah pakat bergaduh...

      Delete
  11. JANGAN WARISI SIKAP REGIM BN YANG TERLALU MENYANJUNG PEMIMPINNYA SAMOPAI LUPA PADA PENGLIBATAN PIHAK LAIN.

    ReplyDelete
  12. Semakin kalut dibuatnya politik Msia ketika ini..tak sampai pun 10 hari PH membentuk kerajaan ,bermacam2 hal pulak yang timbul. kenyataan DSAI yang masih tidak mempercayai Tun Daim menunjukkan betapa ketidak puasan hati akibat dari hal2 dulu2 tu masih bersarang dalam hati DSAI. Ini dah tentu memberi signal yang langsung tidak enak dalam klanagn pentadbiran PH dan Tun M. Tun daim dibawa masuk kerana ajlakn dari Tun M..dah tentu ini menunjukkan kronimisme masih bertapak kukuh dalam pentabiran keajaan baru ni..sedangkan Tun M menegaskan kronisme tidak ada tempat dalam kerajaan baru. Begitu juga teguran nurul Izzah yang disokong oleh Khalid Samad berkaitan penggeledahan Polis di rumah DSAI sehingga 'ungodly hours' adalah sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku. Jadi tepatlah cakap2 dari rakyat yang mengatakan OPS Vendetta dan witch hunting ni dah bermula dengan rasminya...yang paling kesian, menjelang ramadhan dan tak lama lagi Aidil Fitri, 17 ribu penjawat lantikan politik telah ditamatkan perkhidmatan mereka..bukan kehendak mereka , tapi itulah satu2 kerjaya utntuk menyara anak isteri..adakah ini juga sebahagian dari manifesto 100 hari PH???? Ingat dan ambil iktibar dari titah ucapan DYMM Raja Nazrin..yang menang tak menang semuanya dan yang kalah tak kalah semuanya..

    ReplyDelete
  13. Kalau Nampak Mewah, Kita Terajang Dia – Anwar Ibrahim By Wartawan Menara -
    May 17, 2018 SHARE Facebook Twitter

    Petaling Jaya: “Kalau nampak kekurangan kita tegur, kalau nampak mewah-mewah, kita terajang dia, tapi bukan Dr Mahathir tapi yang lainlah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan BH Online.

    Selepas diberikan pembebasan serta-merta oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang berkenan untuk memberi pengampunan penuh, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) tersebut telah berkata sedemikian dalam ucapan sulungnya dalam Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur semalam di mana beliau meminta rakyat untuk tidak terus mempersoalkan sokongan padu beliau terhadap Perdana Menteri yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Sebelum itu, beliau menegaskan bahawa pilihan telah dibuat oleh rakyat. Oleh yang demikian, rakyat harus memberi ruang penuh kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya untuk meneruskan agenda membangunkan negara.

    Beliau berkata, “Saya kata kita sudah buat pilihan dan kita bagi ruang penuh kepada Dr Mahathir mentadbir negara. Menteri Kabinet harus diberi ruang untuk jalankan tugas dengan baik.”

    Anwar Ibrahim turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menyokong Tun Dr Mahathir jika Perdana Menteri tersebut tidak membawa perubahan baik kepada negara.

    “Saya sokong Dr Mahathir sebab dia dengan pasukannya ini komited untuk bawa perubahan ke arah kebaikan kepada negara.”

    Turut hadir pada malam tersebut ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Kalau nampak kekurangan kita tegur, kalau nampak mewah-mewah, kita terajang dia, tapi bukan Dr Mahathir, tapi yang lainlah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan BH Online.

    Seorang penonton TV3 semalam menjelaskan..

    "Semasa Anwar berkata '... kalau nampak mewah-mewah, kita terajang dia', saya dengar suara dari belakang Anwar menyebut nama Mahathir (mungkin maksudnya yang bermewah-mewah) maka secepat kilat Anuar menepisnya, 'tapi bukan Dr Mahathir, tapi yang lainlah,' kata Datuk Seri Anwar.

    Fikir-fikirlah apa maksud Anwar itu.

    ReplyDelete

  14. Thursday, 17 May 2018
    Agihan Exco Pulau Pinang Tidak Adil

    Seorang Adun PKR hari ini mendakwa barisan exco berat sebelah kepada DAP, walaupun kemenangan di 37 daripada 40 kerusi DUN pada pilihan raya baru-baru ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) secara bersama.

    Adun Penanti Norlela Ariffin berkata barisan exco PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor nampak lebih adil berbanding Pulau Pinang.

    Beliau berkata bilangan kerusi yang dimenangi PKR, Amanah dan PPBM dijumlahkan menjadi 18 kerusi, hampir menyamai 19 kerusi yang dimenangi DAP.

    Beliau berkata pada pilihan raya lepas mereka yang mengundi Pakatan Harapan di kawasan bandar kebanyakannya pengundi Cina, tetapi kali ini pengundi Melayu juga mengundi PH.

    “Barisan exco mesti seimbang dan mencerminkan perkongsian kuasa di portfolio penting. Pengundi Melayu memberi kepercayaan kepada kita apabila mereka menyertai PKR, Amanah dan PPBM,” kata Norlela.

    Brisan exco sekarang tidak termasuk ketua menteri ialah 7 dari DAP dan 3 dari PKR. Pecahan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri ialah 19 dari DAP, 14 dari PKR, 2 dari Amanah, 2 dari Barisan Nasional dan 1 dari PAS.

    “Saya harap Majlis Presiden PH boleh berbincang sama ada barisan exco mesti adil dan mencerminkan kedudukan di Dewan Undangan Negeri,” kata Norlela.

    “Porfolio utama iaitu perumahan, kerajaan tempatan, kerja raya, utiliti, sukan dan sebagainya sama seperti barisan exco penggal lepas.

    “Walaupun jawatan timbalan ketua menteri 1 diberi kepada Ahmad Zakiyuddin Ahmad Rahman yang dihormati sebagai seorang jurutera kawalan banjir, dia tidak diberi portfolio prasarana yang penting itu di mana dia oleh menyumbang kepakarannya.

    Zakiyuddin yang mewakili DUN Pinang Tunggal diberi portfolio hal ehwal Islam, pembangunan industri dan hubungan antara kaum.

    Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata barisan exco sekarang mengikuti nisbah 7:3 DAP kepada PKR seperti penggal lepas.

    Nisbah itu dianggap “formula kemenangan” bagi memastikan janji pilihan raya dipenuhi.

    Pada pilihan raya 2013, Pakatan Rakyat yang terbubar menang 30 kerusi DUN. DAP menang 19 kerusi, PKR 10 dan PAS 1. BN ketika itu memegang 10 kerusi.

    FMT sudah menghubungi Chow untuk mendapatkan komennya tentang kritikan Norlela dan sendang menunggu jawapannya. - free malaysia today


    ReplyDelete