Friday, 25 May 2018

POLIS, JANGAN LAYAN PERMINTAAN ZAHID HAMIDI INI!!!


Sebagaimana yang dilaporkan media, Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi meminta pihak polis memulangkan wang yang dirampas oleh pihak polis dari kondo mewah yang didiami oleh anak Najib Razak yang dikhabarkan berjumlah RM130 juta.

Alasan Zahid berbuat demikian ialah kerana mendakwa wang tersebut merupakan lebihan daripada sumbangan dana kempen pilihanraya umum yang lalu.

Kata beliau lagi, UMNO amat memerlukan wang tersebut bagi keperluan membina semula parti yang baru kalah dan hilang kuasa baru-baru ini.
Hello Zahid Hamidi, benarkah wang tersebut merupakan lebihan  dana kempen pilihanraya?

Jika ia merupakan dana pilihanraya, mengapakah wang itu tidak ditemui di kediaman peribadi Najib di Jalan Duta atau di Seri Perdana?

Mengapakah ia ditemui di kondo mewah anaknya?

Kalau ia dana pilihanraya juga, mengapa Najib tidak menyerahkan lebihan wang itu kepada Bendahari UMNO atau menyimpannya di ibu pejabat UMNO?

Persoalan juga, jika ia dana pilihanraya, mengapakah wang tersebut antaranya dalam bentuk 26 matawang asing?

Mengapakah wang itu ditemui bersama barangan kemas dan intan bernilai yang dianggarkan bernilai RM200 juta serta bersama 284 kotak berisi beg tangan mewah yang juga nilainya berjuta-juta di dua kondo milik anaknya?

Adakah ia sengaja disorokkan di situ atau mahu dibawa lari ke mana-mana benua lain, tetapi hajat itu tidak kesampaian berikutan Tun Mahathir Mohamad lebih cekap dengan dulu menyekat Najib dan Rosmah daripada meninggalkan negara?

Tak mahukah Zahid Hamidi menuntut sekali intan berlian dan beg tangan mewah yang turut dirampas polis itu?

Sebenarnya adalah memalukan apabila Zahid Hamidi mahu menuntut wang tersebut serta mendakwa ia merupakan lebihan dana pilihanraya, sedangkan Najib diketahui umum terpalit dengan skandal mega 1MDB yang menjadi buah mulut di seluruh dunia serta sedang disiasat berkaitan penggubahan wang haram.

Lagi pun, Najib sendiri hanya setelah beberapa hari wang tersebut dirampas oleh polis, barulah beliau mendakwa ia merupakan derma atau dana pilihanraya yang tidak digunakan.

Kenapa tidak awal-awal lagi mengatakan ia derma pilihanraya?
Bagaimana agaknya jika Najib dan Rosmah sempat meninggalkan negara dengan jet peribadi kenalannya yang dipercayai dari Indonesia beberapa hari setelah kehilangan kuasa tempoh hari, adakah mungkin masih ditemui wang berjuta-juta tersebut?

Dalam hal ini, adalah lebih terpuji jika Zahid Hamidi berdiam diri saja dan menyerahkan sepenuhnya kepada penyiasatan pihak polis untuk menentukan kedudukan sebenar wang tersebut.

Dengan meminta pihak polis memulangkan wang tersebut atas alasan ia merupakan derma pilihanraya, walhal siasatan polis belum berakhir lagi, Zahid Hamidi yang baru dilantik menerajui UMNO, dilihat tidak bebas serta masih terkongkong untuk membela serta mempertahankan Najib, bekas bossnya itu.

Cakap-cakap kedai kopi sudah mula kedengaran, jangan-jangan apabila wang itu dikembalikan nanti, ia akan diserahkan semula kepada Najib.

Oleh itu, lebih baik pihak polis jangan layan sama sekali permintaan Zahid Hamidi ini.

Lagi pun, mustahil Zahid Hamidi tidak mempunyai dana sendiri atau tidak mampu untuk menguruskan UMNO!! (ShahbudinHusin 25/05/2018).

50 comments:

  1. Amboi bijaknya. Dia igt kita bodo ke. Kenapa hujah ini tdk dikeluarkan semasa rampasan atau sehari slps rampasan. Kenapa kenyataan ini br dikeluarkan sekarang slps DS menyatakan bhw itu wang derma. Apakah zahid x tahu jumlah wang derma kpd umno semasa pru14? Kalau itu adlh wang derma tentu ada penyata bukti utk mengelakkan KENA CUKAI LHDN. Bijak-bijak belaka pemimpin UhmNo ni. Kalau pemimpin mereka kata makan tahi maka tahi lh yg mereka makan. Perumpamaan saja...jgn marah dak UhmNo nnt posa batal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi Najib tidak keluarkan bukti itu wang derma, tidak boleh di anggap begitu. Kita tahu Najib banyak membohong - wnag "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" kata DoJ USA di kata nya wang derma dari putera Arab.

      SPRM dah kata si Arab yang mengaku dia penderma itu tidak boleh menunjukkan bukti. Contoh nya, gamak nya, ia lah akaun bank dia yang menunjukkan wang itu di hantarkan nya ke akaun bank Najib.

      Delete
    2. Tuan Shah.........wang money laundering yg dibekukan oleh pihak Swiss dan US tu deme tak derrr bising nak claim balik..........padahal berrrrbillion-billion banyaknya........kalo diguna untuk pembangunan rakyat kan banyak manfaatnya.

      Duit money laundering yg dibekukan di luar negara tu deme buat donno, buat bodoh jerrr..........macam kan tak derrrr kaitan apa2......

      Tapi bab2 beg birkin, hermes, rantai, gelang, cincin perrrmata dan jongkong2 emas tu deme titik beratkan pulaaakkk.

      Rakyat Msia......sila bukak mata dan nilaikan di mana logiknya yeop...

      Delete
    3. Dah sampai masanya rumah zahid hamidi pulak diserbu polis & sprm

      Ntah brapa jota pulak yang ada tsorok

      Jam Thierry Mugler ntah brapa bijik dia ada

      Benarlah kata bijak pandai:

      1) Seseorang mengambil masa 2-3 tahun utk belajar bercakap, tetapi seumur hidup pun dia belum tentu pandai untuk berdiam; dan

      2) Diam menutup kebodohanmu

      Skg nampak bebenar bodohnya wak jahid ni

      Dia ingat dia menteri dalam negeri lagi gamaknya

      Delete
    4. Deme ni udah tak relevan lagi yeop.....
      Udaaah sampei masanya deme tu ditalkinkan di PRU15 nanti........insha-Allah ameen.....

      Delete
    5. Selagi ada wang di dapati di tangan, di rumah atau di bank dia, Najib senang2 kata wang derma. Kepala Bapak Dia.

      Jika demikian dia perlu beri senarai nama dan butiran peribadi "penderma" itu. Jumlah nya besar2, bukan pakai masuk "tong derma" yang di letak di rumah nya di mana pendermma tidak di ketahui siapa dan berapa banyak.

      Macamm2 helah Najib coba pakai. Semalam hampir 7 jam di "interbiu" gamak nya (sepatut nya interrogated") SPRFM.

      Bukan sikit2 masalah di buat Najib. Kes 1MDB sahaja mesti 5-6 jam soal siasat punya. Kes RM120 juta wang tunai perlu 1-2 jam sekurang kurang nya.

      Banyak masa terbuang, banyak rasa resah (anxiety) bermacam rupa di rasai rakyat. Celaka Najib. Bedebah besar. Kalau zaman Kerajaan Melayu Melaka, kot dia dah di tikam Hang Jebat.

      Takpa lah, pihak Polis dan SPRM sekarang mengambil tindakan ke atas dia.

      Delete
    6. Sikit2 derma......sikit2 derrrrmaaaa....

      Ilmu apa yg dipakai sampai ramai sangat tengok jadi kesian asik bagi derrrrmaaa maanjaaanggg ajerrr....??

      Delete
    7. Wang yg dijumpa dalam bagasi deme nak claim...........yg berrrrbilion-bilion dibekukan oleh Swiss dan US tu apa pasal senyaappp....??

      Delete
    8. Memang orang jawa yang bodoh, tidak seperti orang jawa yang lain

      Delete
    9. Zahid cuba memujudkan persepsi atau tangggapan dimata rakyat dan polis bahawa wang berjota jota tu bukan wang sumber haram..dia macam la tak tahu ini bkan sprm yg dulu lagi dah yg nak dgar bukti air liur..


      Sama bodoh dgn geng najib pak jahod ni hahahahaaha




      Delete

    10. Wak Jahid mesti coba. Dapat tak dapat lain kira.

      Dia nak tunjukkan ahli Ameno dia keroje kuat.

      Kalo Polis serah duit tu kpd dia, dia akan hebohkan, lihat apa aku dapat utk korang. Menang le dia jadi Presiden Ameno.

      Delete

    11. Mudin tak berani cakap gamak nya.

      Dulu dia Mwnteri Amaran Dalam Negeri. Skg tak berani kasi amaran kpd Polis pulangkan duit.

      Dia pun rasa dah suei. Sebab sepupu Najib.

      Delete
  2. Zahid ni selamanya bodoh.Senanh je mengaku duit umno.Tangkap ke najib tu cepat,selagi makib tu tak ke dalam selagi itulah akan keluar ayat2 yg amat memualkan dari pengikut2 yg bodoh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo bijak takkan anak dibinkan kepada datok yeop.

      Delete
  3. Mana boleh di pulangkan selagi belom selesai siasatan.

    Jika sudah selesai pun jika Polis mahu bawa kes ke mahkamah di atas apa2 tuduhan, tidak boleh pulangkan wang itu. Ia menjadi bukti / evidence.

    Berbagai kes boleh di bawa ke mahkamah. Mataw wang asing ada had yang boleh di bawa masuk ke negara ini / di simpan.

    Tapi jika wang itu disyakki berkaitan dengan 1MDB, panjang lah cerita. Perlu tunggu kes 1MDB selesai di mahmakah baru boleh di pulang.

    Kot pulang ke Kerajaan. Setakat ini tiada bukti itu wang Umno.

    ReplyDelete
  4. Zahid hamidi tak mintak polis pulangkan balik Ke duit rakyat yang disonglap untuk bayar hutang IMDB? Bodoh punya zahid. Memang patutlah jahanam barisan nasional kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bertambah jahanamla amno berboskan si bodoh bernama wak jahid ni

      Sebab tu yang masih setia dalam amno semuanya sama ada gila pangkat (umpama shahidan kassim derhaka), gila duit (azeez baling) atau gila betul (jamal tongkol)

      Tu mcm samsul debat skg ni kompom tangan dok atas dahi dok menung kenapa menggatal join amno siap jadi calon. Kerja kat majlis perb. nilai dah letak, btanding kalah, parti pun dh jahanam. Nak keluar tv lagi pun dh naik segan. Kalau alhijrah kesian kat dia nasib baik la dia anak beranak. Kalau alhijrah xnk reputasi jatuh alamat nganga je la dia bawak uber sambil jual nasik lemak sempena seruan dan asuhan mantan bos dia

      Delete
  5. Duit sudah dihantar ke BANK NEGARA.
    Memang tak bole, tak akan dan tak mungkin dikeluarkan balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Minah.........deme pakei undang2 Gohead Gostan Saddiq Segaraga dari negeri Isketambola.........bukan ikot Bank Negara punya regulation.

      Harap maklom.

      Delete
    2. Wak jahid skg sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat raja bomoh yg xjadi btanding lawan dia haritu utk menjalankan upacara 'tarik duit' bagi mendapatkan duit najip tu

      Delete
    3. Hehe..mmng org ameno ni fanatik dlm ilmu2 sihir bomog ni ker. Mungkin Pak Jahid ke tanah Jawa utk temu dukun indo yg terhandal utk kerah jin dan jembalang korek peti besi Bank Negara dan terbang di awan bawa balik su er brg2 dan wang rampasan ke tumah Pak Jahus jawa kunto al mosanto rav
      Cun perosak serannga

      Delete
  6. rejim zalim LAKNATULLAH..rejim jahaliah..neraka kau

    ReplyDelete
  7. Gamak nya, jika di pulang wang itu Zahid yang pegang. Bermaharaja lela dia dengan RM120 juta. Dan lain2 wang yang di kata "derma".

    Saya yakin setiap Ringgit wang begitu ada lah wang haram. Kalau tidak, takkan di simpan di rumah.

    Harap Polis pastikan siapa yang mengarahkan menghantar wang itu di simpan di tempat kediaman itu. Saya ingin lihat Rosmah di libatkan. Di tohmah di mahkamah, di dapati bersalah dan di penjara.

    Saya fikir berjuta rakyat Malaysia mahu lihat itu di lakukan terhadap Rosmah. Ramai yang kata bahawa Najib jadi begitu sebab Rosmah. Jenis yang tak boleh sesiapa mengata tak boleh, tak mahu, tak sanggup buat apa saja yang di mahukan nya.

    Termasuk Ketua Setia Usaha Negara Ali Hamsa yang membenarkan Rosmah gunakan jet eksekutif Kerajaan untuk pergi sini sana. Tak pernah KSN seorang Mamak - Najib pecahkan tradisi PTD, dulu nya sentiasa Melayu sejak lepas Merdeka. Di pilih Najib mungkin di atas kepala beberapa Melayu yang lebih kanan. Dia tahu bahawa si Mamak itu akan mebongkok ke belakang untuk memenuhi kehendak dia. Dan Rosmah.

    Tun Mahathir masih belom gantikan Ali Hamsa kerana perlu nya menentukan "continuity of regular PTD service". Saya punya "hopeful thinking" ia lah bila sudah nyata stabiliti Kerajaan bahru akan di ganti nya Ali Hamsa.

    ReplyDelete
  8. Kalau betul duit itu milik UMNO, Zahid mesti buat laporan Polis mengatakan Najib curi duit lebihan derma PRU14.

    Sepatutnya duit derma yang diterima President-Party MESTI dimasukkan dalam akaun-party, bukan disimpan secara tunai(cash) dirumah sendiri, rumah anak atau rumah kawan.

    ReplyDelete
  9. Lega rasanya tak ada timbalan perdana menteri mcm zahid ni! Klu x tiap kli dia bsuara atas kapasitinya sbgai TPM, kita akan rasa malu dan geli geleman kerana isi kenyataan yg kuar dri mulut beliau tidak mengambarkan beliau adalah TPM!!!!!

    Sekarang atas kapasitinya sbgai pemangku presiden umno, lantakla nak ckap apa pun, sementelah lagi umno ni bukan parti yg cerdik pun!

    Itu pun rasanya x lama dia pangku jawatan tu! Kalau umno masih jugak simpan dia kat situ, mmg ummo ni parti haprak sehapraknya!

    ReplyDelete
  10. Geng najib lom ade yang nak di copy and paste lam ni.....lembab betul penulis sampah dia nak keluarkan artikel untuk yg ni hari ni.....tengah pikir camne nak goreng ayat yer.....heheheheheheheh

    ReplyDelete
  11. Bagi bukti dulu wang lebihan sumbangan dana pru...zahid ni kuat klentong..

    Boleh ke wang derma pru simpan bawah bantal?...ahli2 umno tak syak wang dana pru di salahguna?..beratus juta tu?...

    ReplyDelete
  12. Bed birkin zahid tak mintak dipulangkan?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg birkins tu Rosmah yg punya. Lagipun leceh pula nk kena lelong beg birkins tu e-bay utk dapatkan duit. Klu yg wang tunai berkilo2 tu lebih praktikal eal jahid nk tuntut konon. Berani dia nk tuntun birkins nanti kena msnderam dgn si Semah Badak tamak tu

      Delete
  13. BEGITU LA TAMAKNYA ORG UMNO.ASAL CKP WANG TAK KIRA HALAL KE HARAM,TERUS TERJUN SMP DPT.

    ReplyDelete
  14. Ini pendapat yang menarik (extracts). Tak tau ngapa M'kini tak terjemah -

    Raja of Perlis must abide by constitutional role
    Mat Kaki

    The Raja of Perlis has promised that his appointment of the menteri besar would be based on the state constitution. Instead, he has now helped induce a constitutional crisis.

    On May 13, it was reported that Perlis Umno liaison committee chairperson Shahidan Kassim had submitted several names including his younger brother Ismail Kassim to the monarch for his consent.

    But the monarch’s reason for the delay in making the appointment was: "Some names have been brought to me but I have not made a decision as I do not know them at all.”

    The monarch granted an audience to the acting president and acting deputy president of Umno yesterday. Instead of appointing an assemblyperson who has the confidence of the state assembly, the monarch appointed Azlan Man.

    Nine assemblypersons refused to turn up for his swearing-in showing their clear rejection of Azlan, and that Azlan did not command their confidence. Azlan was promptly sacked by Shahidan at a Kuala Lumpur press conference.

    It was obvious the Umno assemblypersons won the mandate to form the state government in Perlis. The Umno assemblypersons' action could only mean that they have no confidence in Azlan Man. Having been sacked, assuming it is validly done, Azlan is now an independent assemblyperson.

    At the most, Azlan has the confidence of the minority five other non-Umno assemblypersons He obviously does not command the confidence of the state assembly.
    The monarch’s appointment of Azlan Man has now induced a constitutional crisis. Azlan will not be able to advise the monarch on his exco, nor would he be able to conduct a successful first state assembly meeting to elect the state speaker.

    Something has to give. First, the monarch does a royal about-turn, revokes his appointment of Azlan, goes back to being strictly advised by all the assemblypersons to ascertain who commands their confidence and makes a new appointment.

    Second, Azlan Man could somehow show he suddenly commands the confidence of a majority of the assembypersons and that he should proceed to advise the monarch on his exco for swearing-in and conduct the first state assembly meeting to elect the state speaker.

    If Azlan cannot do this promptly, he must inform the monarch that he relinquishes his MB appointment. The monarch must then make a new appointment.

    The monarch must be reminded that the state constitution’s discretion in appointing the MB does not extend to allowing the monarch’s personal choice when he or she does not command the confidence of the assembly.

    The monarch does not have constitutional discretion in making the MB appointment as he sees fit. The monarch has to be advised by the assemblypersons in making the appointment of one who commands the confidence of the assembly.

    His political preferences cannot be allowed to come into the appointment. That would be a clear breach of the state constitution, the spirit of the Federal Constitution and constitutional monarchy conventions.

    The monarchy must stay a symbol of stability, continuity and national unity. He must stay above the political fray. He cannot play a political-chooser role. It is only by playing its constitutional role strictly by the state constitution, the spirit of the Federal Constitution and constitutional norms, that he can retain his political legitimacy and not induce political instability.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahidan pun salah juga. Bakpa nakkan adik jadi MB? Takda orang lain ke? Tak sedor rakyat tak suka nepotisme?

      Dahtu kurang ajor pulak halang yang lain pigi ke acara angkat sumpah. Cari jalan lain le, Mamat. Buat gitu ko nampak biadap kangjor.

      Delete
  15. Harap umat Melayu buka mata seluas2nya. Inilah wajah sebenar pemimpin anda yg berselindung atas nama bangsa. Padahal agenda Melayu langsung tak ada dalam kepala otak mereka. Yg difikirkan cuma duit, sanggup melahap harta rakyat sampai buncit perut, kenyang mcm ular sawa. Puihhhhh... Pergi jalanlah dgn. ketuanan melayu. Rupa2nya itu cuma alat untuk mereka memerah harta negara dan rakyat semacam hamba.
    Tahniah utk yg menolak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tau ke apa itu Ketuanan Melayu. Ko tak sebut
      apa. Apa salah nya ada Ketunan Melayu? Kamu Melyau ke bukan Melayu?

      Ketuanan Melayu ia lah Perkara2 (Klausa@) dalam Perlembagaan negara yang menyatakan tugas, fungsi dan tanggungjawab YDP Agung, Majlis Raja2 dan Raja2 Melayu di negeri2 yang ada Raja. Tiada persetujuan mereka tiada PM atau MB boleh di lantik dan angkat sumpah. Dan laksanakan tugas dengan resmi.

      Itu dah jadi Klausa2 sensitif. Di lindung Akta Hasutan. Tak boleh di bincang. Apa tah lagi di pinda.

      Jadi, apa salah nya Ketuanan melayu?

      Delete





    2. ketuanan melayu takde masalah......sebab org marah yg merosakan ia adalah org melayu jugak...yg menyondol buta2 pon org melayu jugak...yg tak faham bahasa pon melayu jugak....tuhan bagi akal kan? gunakan dgn waras

      Delete
    3. Kesultanan Melayu adalah institusi beraja yg termaktub di bawah perlembagaan. Noktah.

      Ketuanan Melayu adalah istilah yg menjadi psycho-war UMNO. Lebih mudah kalau kau hadamjan petikan ini.

      Bercakap mengenai pendirian dan pandangan PR pula terhadap soal ini, saya teringat akan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penggulungan pada Kongres PKR Ke-7 di Petaling Jaya pada 28 November 2010.
      Katanya, konsep Ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti Rakyat termiskin di negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu, dan daripada kajian yang dijalankan, terbukti 97 peratus daripada kira-kira 65,000 isi rumah termiskin seluruh Malaysia terdiri daripada golongan Melayu-Bumiputera.
      “Kita tidak nafikan kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini, sebab itu pemimpin-pemimpin utama PR bersetuju menandatangani deklarasi bersama mempertahankan prinsip asal Perlembagaan negara. Kita bersetuju dengan Hak Istimewa Orang Melayu dan pada masa sama juga hak kaum lain turut terjaga,” katanya.
      Dalam akhbar Sinar Harian (1 Disember 2010), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dilaporkan berkata bahawa dari aspek sejarah, hanya Ketuanan Raja yang termaktub dalam Perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada Raja-raja Melayu.
      “Sebelum ini tidak pernah disebut ‘Ketuanan Melayu’ dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah, hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma Ketuanan Raja. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya.
      Kekeliruan antara konsep “Ketuanan Melayu”, “Ketuanan Raja-raja Melayu” dan “Hak Istimewa Orang Melayu” muncul selepas Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan konsep “Ketuanan Melayu” sebagai “slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.”
      Berdasarkan berita yang disiarkan di Sinar Harian (28 November 2010), kumpulan kecil elit Melayu itu adalah “mereka yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa menghiraukan nasib kaum sendiri."

      Akhir kalam. Aku Melayu tp aku bukan tuan dkt negara ni. Utk jadi tuan, aku kena bekerja keras mcm kaum pendatang.

      Delete
    4. Terima kasih Pangekr keluarkan pendapat.

      Bagus ko kata Ketuanan Melayu tu takda masalah.

      Mesti takda masalah. Sebab di lambangkan di institusi Raja2. Dan di keramatkan dalam Perlembagaan negara.

      Delete
    5. Bulat Ken,

      Sori aku masih tak paham maksud kamu. Panjang bebenor copy paste tuh. Aku coba fahamkan -

      Anwar kata, "konsep Ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti Rakyat termiskin di negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu .."

      Tak sebut apa itu Ketuanan Melayu, siapa itu tuan Melayu.

      “Sebelum ini tidak pernah disebut ‘Ketuanan Melayu’ dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah, hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma Ketuanan Raja. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya.

      Jugak tk sebut apa itu dan siapa Ketuanan Melayu.

      Delete
    6. Kekeliruan antara konsep “Ketuanan Melayu”, “Ketuanan Raja-raja Melayu” dan “Hak Istimewa Orang Melayu” muncul selepas Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan konsep “Ketuanan Melayu” sebagai “slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.”

      Ooooooo, itu kata2 poliik - political statement. Tapi tidak jugak mengata apa itu Ketuanan Melayu.

      Berita yang disiarkan di Sinar Harian (28 November 2010), kumpulan kecil elit Melayu itu adalah “mereka yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa menghiraukan nasib kaum sendiri." \

      Itu tafsiran bodoh - yang melakukan rasuah dsb nya bukan Ketuanan Melayu. Depa tahi orang Melayu. Bukan tuan, bukan Ketuanan Melayu.

      Dah kena tendang pun di Pru14.

      Delete
    7. "Aku Melayu tp aku bukan tuan dkt negara ni."

      Apasal "dkt"? Jangan marah aku kata itu aneh sikit. Sebab Melayu tak kata "dkt" negara ini, depa kata "di" negera ini. Takpa lah, kot itu soal bahasa saja.

      Oooooo, mendalam kata ko, "Utk jadi tuan, aku kena bekerja keras mcm kaum pendatang." Ko maksud kaum pendatang yg kerja keras tu "tuan"? Mana boleh.

      Tapi ko boleh kerja keras, jadi kiasu (tak salah, asalkan tak ultra kiasu). Jadi kaya raya, boleh gajikan pekerja dan jadi tuan.

      Kalo itu ko maksudkan, tak salah. Jangan marah ye, kot aku terpegaruh ngn nama kamu "Ken" tu.

      Tapi, pahal pun, Ketuanan Melayu ada lah kuasa yang ada pada YDP Agong, Majlis Raja2, Raja Raja Melayu di negara ini di mana takda "Assent" dari mereka, takda PM atau MB boleh jalankan kuasa itu dengan resmi.

      Thanks for the diskussi.

      Delete
  16. Tindakan and statement Zahid dan sebilangan ahli Umno utk kali ini, termasuk statement yg di buat oleh Azeez Rahim baru2 ini,lebih menonjolkan sifat bodoh,dungu,primitif dan langsung tiada 'class' bagi mewakili parti yg pernah mentadbir negara selama 61 tahun.. Tindak-tanduk dan taraf pemikiran spt ini lah yg amat memalukan UMNO serta pegasas2nya dan para pemimpin yg terdahulu..

    ReplyDelete
  17. Terlalu lama mentekedarah rasuah..kepentingan menghimpun harta duit..duuluu lg..ada kedengaran kalo mau buat wang harta banyak join umno..ntahlh..
    Skrng ada dengar ada syor bekas2 menteri umno hingga ke ketua cawangan dsita hartabenda wang ringgit untuk bayar hutang 1mdb..kan dorang pembodek pengampu melidungi tok najibalunwangbesar...hahahahaadakestaangkaap!!

    ReplyDelete
  18. Dahulu bekas TPM,menteri dlm negeri...itu semua "barang kes".kes masih lagi dlm siasatan awal...Sabor yeop kalau rezeki halal x kemana

    ReplyDelete
  19. Wak Jawa sudah merayu
    Pulangkan balik 'duit PRU'
    Ingat kerajaan buta kayu
    Tak berduit AmeNo pun layu..

    Duit parti ke duit songlap
    Beratus juta sudah terperap
    Wang cuci pasaran gelap
    Bukan derma dari Pak Arab!

    Bagan Datoh menang bergaya
    Betul ke orang heboh cerita
    Impot pengundi untuk berjaya
    Orang NGO bagi berita!

    Ini NGO pasal Ekonomi
    Presiden sendiri kumpul ic
    Ada bujang,isteri,suami
    Homestay bagi,poket diisi!

    8 Mei sudah bergerak
    Convoi kereta menuju Perak
    Sanggup menipu banyaknya borak
    Menang tak guna taraf haprak!

    Macamana nak jadi pemimpin
    Kalau menipu siapa yg yakin
    "betul,betul,betul" kata Si Ipin
    Spesis begini patut ditalkin!

    ReplyDelete
  20. Apakah Zahid ada bukti yg segala wang dirampas oleh polis itu merupakan dana / derma PRU untuk UMNO/BN?
    Sprt kata Tun M..., "Bullshit..."

    ReplyDelete
  21. Wak Jahid tu melayu celop. Imogran dari Jawa, dtg sini menyamar Melayu. Madok ameno. Zahid sebenarnya tak layak jdi menteri, patut jdi tauke tempe. Sbb wak Jahid don't hv the class to be a minister. Jahid bodoh

    ReplyDelete
  22. Typo error. Imigran. Masok ameno

    ReplyDelete
  23. Agen Slot Terpercaya
    Agen Situs Terpercaya

    88CSN game online yang lagi hitz dan banyak dimainin anak-anak muda sekarang lho,
    Kamu Jangan takut, game Online yang satu ini Aman dan Mudah dimainin Kok.


    atau hubungi kontaknya di Contact Kami:
    WA : 081358840484
    BBM : 88CSNMANTAP
    Facebook : 88CSN
    WWW.WES88.COM

    Ayo Cobain, selain Seru , juga menguntungkan lho
    Game mana lagi yang bisa ngehasilin Uang Asli
    Let's Play together

    ReplyDelete
  24. Agen Slot Terpercaya
    Agen Casino Terpercaya
    Agen Situs Terpercaya
    Agen bola TerpercayaJudi Sakong Terpercaya
    https://bit.ly/2ENk1VF

    *Bonus New Member 180%
    *Bonus New Member 50%
    * Bonus New Member 30%
    * Bonus New Member 20% Khusus Poker
    * Bonus Referral
    *Bonus Rollingan Casino Hingga 0.8%
    *Bonus 5% setiap hari
    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    WA : 081358840484
    BBM : 88CSNMANTAP
    Facebook : 88Csn

    ReplyDelete