Sunday, 8 April 2018

PESANAN KHAS ANWAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENJELANG PRU 14


Sepertimana yang pernah saya ungkapkan dulu, jasad saya dipenjara, tetapi jiwa saya tetap merdeka.


Tidak bermakna bagi kalangan yang merasakan bebas tetapi hidup dengan permikiran terbelenggu, takut menyatakan yang hak dan menafikan rompakan besar yang berlaku seperti dalam skandal 1MDB dan Felda.


Saya ingin menyeru semua, terutama kalangan muda untuk tampil secara berani mendokong Agenda perubahan dan menyokong PH dalam PRU 14. 


Inilah peluang terbaik untuk kita mengecapi udara bebas, peduli nasib rakyat yang kini terbeban dengan karenah harga barang yang meningkat akibat cukai GST.


Berilah peluang kepada PH mengendali negara dengan mengutamakan kepentingan rakyat.


Kecuaian dan keengganan kita bertindak sekarang akan memerangkap kita di bawah pimpinan UMNO-BN; yang terus angkuh dan meneruskan budaya memunggah kekayaan memperkaya golongan kecil pemimpin.


Dedak dan habuan hanya diedar menjelang PRU untuk mengekalkan kuasa.


Ayuh, marilah kita mara bersama menggunakan hak kita dengan bijak, menolak kezaliman dan rasuah pemerintah UMNO-BN , dan mengangkat martabat dan darjat bangsa dan negara Malaysia.


Anwar Ibrahim

95 comments:

  1. Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy". Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.

    Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).

    *Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :*

    25 di Sarawak.
    22 di Sabah.
    21 di Johor.
    12 di Perak.
    10 di Pahang dan Kedah
    5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
    4 di Melaka dan Terengganu.
    3 di Perlis dan Penang.
    2 di Kuala Lumpur.
    1 di Putrajaya dan Labuan.

    Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.

    UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.

    Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.

    *Bagi PRU14 akan datang BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.*

    Semasa PRU12 belum lagi ada kes :

    🔴 1MDB
    🔴 GST
    🔴 RM2.6B
    🔴 Harga barangan naik.
    🔴 Harga minyak tak menentu.
    🔴 Matawang merundum.
    🔴 Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
    🔴 Biasiswa MARA tiada.
    🔴 Subsidi pelajaran di potong.
    🔴 Subsidi kesihatan di potong.
    🔴 Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
    🔴 Akta MKN.
    🔴 Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
    🔴 Pembuangan pekerja yang ramai.

    Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.

    Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

    Dan jika rakyat Sabah di dalam PRU14 ini nanti menolak BN maka kerusi pembangkang akan bertambah.

    Dan jika rakyat tidak termakan dengan gula-gula serta janji palsu BN terutama orang-orang Melayu dan mereka mengundi PPBM yang akan menentang UMNO walaupun akan diganggu oleh PAS maka ianya akan menjadi satu perubahan kuasa yang amat besar.

    Barang diingat juga untuk memerintah negara ini hanya memerlukan kemenangan kerusi mudah sebanyak 112 kerusi sahaja.

    *TERPULANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG-ORANG MELAYU,* jika masih ingin tersepit hidup dengan ekonomi yang tidak menentu, serta terus-terusan di bohongi maka mereka akan mengekalkan UMNOBN.

    *JANGAN TERMAKAN PROPAGANDA UMNO* bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP kerana ianya tidak akan berlaku, kerana DAP hanya bertanding 52 kerusi Parlimen dan jika DAP menang kesemua kerusi pun ianya bukan suara majoriti.

    Dalam BN, hanya UMNO sahaja membawa suara Melayu.

    Tetapi di dalam Pembangkang hanya DAP sahaja mewakili suara CINA.

    Dan juga kena letak dalam fikiran bahawa jika UMNOBN kalah Melayu tidak akan melarat dan menjadi bangsat kerana Kelantan bukan UMNO perintah, Penang bukan UMNO perintah dan Selangor juga bukan UMNO perintah. Steady je Melayu di sana.

    *Yang akan menjadi MELARAT adalah pemimpin-pemimpin UMNO / BN yang akan di bawa kemuka pengadilan.*

    *SAJA NAK BAGITAU, SEKIRANYA UMNO BN kalah, PERDANA MENTERI tetap MELAYU.*

    Agama rasmi negara ini tetap *ISLAM.*

    Bahasa kebangsaan tetap bahasa Melayu.

    *RAJA-RAJA MELAYU* tetap bersemayam di singgahsana.

    *VIRALKAN*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu mencelah dan luar tajuk pos di sini sebab berita penting:

      TMJ's poltical views against Tun M

      https://www.nst.com.my/news/politics/2018/04/354757/tmj-time-restore-system-damaged-93-year-old-individual

      Rulers are above the law. They should not engage in or be drawn into politics.

      Delete
    2. Saya di fahami bahawa di Facebook, sudah ramai yang memberi pendapat against what he says.

      Delete
    3. Nak ciplak sikit dari komen yang keluar di bawah, nak perkuatkan pendapat2 saya di atas -

      Dr Mahathir: Kritikan TMJ Bantu PH Jadi Lebih Popular

      Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kritikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) terhadap beliau secara tidak langsung membantu Pakatan Harapan (PH) lebih dikenali rakyat.

      “Ia berkesan untuk menjadikan Pakatan Harapan lebih popular. Anda sudah lihat komen di dalam Instagram dan Youtube, itulah komen rakyat. Saya rakyat juga, tetapi saya tidak mahu komen,” kata pengerusi PH itu dalam program “Fund raising luncheon: The Battle for Johor” di sini, hari ini.

      Delete
    4. Sabenar nya, dah banyak di perkatakan -

      TMJ's words make PH more popular, says Mahathir

      Free Malaysia Today

      Delete
    5. Malaysia election: Johor crown prince urges Johoreans not to 'change the boat if engine is not broken'
      The Straits Times

      Won't change even if it is heading towards destruction?

      Delete
    6. Or if the boat has a pirate captain and loaded with drunken crew?

      Yo ho ho and a bottle of rum.

      Delete
    7. Apa pulak yang di cakap nya nih?

      TMJ weighs in on raging debate, says doesn't side Najib or Dr M

      Published on Today 7:53 pm | Modified on Today 8:07 pm

      Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim has responded to a raging debate following comments he made yesterday on the Johor Southern Tigers Facebook page.

      In his comment piece yesterday, which coincided with the dissolution of Parliament, Tunku Ismail waded into political territory, stating that there was no need to change the engine of a ship simply because of a problematic skipper...

      Delete
    8. https://www.malaysiakini.com/news/418928

      Delete
    9. TMJ ,for sure has overstep his boundary . He has to learn his limitation as far as Malaysian politic is concerned . He can be an icon on his own right and not trying to be a celebrity .

      Delete
    10. Tahniah & syabas.Walau tuan di penjara namun perjuangan tetap diteruskan. Maafkan saya kerana pada era/dekad ini saya tidak 'berupaya' aktif dalam NGO dan seumpamanya namun daya yakin 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang...justeru salam perjuangan diteruskan jua dengan cara yang kita berdaya.

      Delete
    11. Fuhhh...Taniah dan cayalah TMJ kerana kasi kaw2 punya pada si Madey tu. Baru dia tau..bertemu buku dengan ruas. Selama ni dia ingat istana Johor suka sangat ke kehadiran Madey dan pimpinan2 PH bertandang ke Johor..kalau berrtujuan untuk merapatkan lagi perpaduan dalam kalanagn rakyat Johor takpe jugak, ni datang untuk menyebar berita palsu, fitnah dan hasut sesukka hati, memang nak kena lahkan.
      Madey dan PH ni masih tak baca sejarah lagi ke...kan UMNO , parti keramat tu dilahirakan kat istana Johor. Dah tentu ada sentimen dan hubungan yg amat2 erat antara parti tu dengan istana Johor..ibarat aur dengan tebing, takkan berpisah sampai bila2. Jangan ingat rakyat Johor begitu mudah nak beri sokongan pada PH begitu saja..langkah mayat mereka dulu. Cinta dan kesetiaan rakyat Johor pada istana dan parti keramat UMNO ni memang tak boleh dipertikaikan langsung...mereka berbangga dengan jolokan johor sebagai kubu kuat UMNO yang mustahil tumbang sampai bila2 pun. Hanya mereka yg tak faham bahasa saja yg tak boleh terima hakikat tersebut. Pendirian rakyat Johor dah ditegaskan sejak azali lagi...Madey dan PH jangan buang masa lah kat Johor, membazir masa, tenaga dan wang ringgit aje !!!!!

      Delete
    12. Terpaksa saya katakana , kamu tongGeng Najib adalah orang melayu ( jika kamu melayulah ) seorang penjilat tegar yang mata buta , otak senteng dan telinga pekak .

      Saya juga tak pasti sama ada kamu bercakap melalui mulut atau melalui buntut .?

      Sebelum kamu memuji serta memuja TMJ , kamu baca dahulu perlembagaan . Jangan kamu api2 kan perasaan kurang senang rakyat keatas institusi raja dan kesultanan melayu itu . Kamu kaji serta lihat sekeliling sosio dan struktur rakyat Negara ini .

      Janganlah akibat kebaculan mulut , tiada jaminan suatu masa nanti , akan tiba ketika rakyat menolak terus system raja dan sultan melayu ini .

      Geng najib , sedangkan Ottoman Empire yang bagitu gah suatu ketika dahulu pun rebah tanpa meninggalkan kesan .

      Delete
    13. Pak diny

      Biasalah mulut dia tu kan mulut pajak gadai.

      Bukannya dia tak tahu.

      Dia saja buat2 tak tau yg umno johor dah tinggal sarang saja lagi pun.

      Delete
    14. QUOTE : RAKYAT want the truth VOTE PH. YOU WANT ANSWERS ON.2.6B DONATION VOTE PH, YOU WANT TO KNOW THE FINDINGS OF THE AUDITOR GENERAL VOTE PH, YOU WANT TO KNOW THE CONTENTS OF THE PAC REPORT VOTE PH.
      NOTHING COMES FREE - VOTE PH TO KNOW THE TRUTH.

      Delete
    15. Anak kepada jurulatih hoki Douglas Gomez yang dilaporkan dikasari oleh sultan Johor pada tahun 1992, Sultan Iskandar pada tahun 1992, menyifatkan tempoh berkenaan sebagai kebangkitan rakyat biasa yang tampil mempertahankan mendiang bapanya.

      “Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan,” tulis Brian dalamFacebook miliknya malam semalam.

      Ia selepas cucu Sultan Iskandar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengimbas semula sejarah hitam pada 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.

      Menurut Brian dalam tulisannya, beliau masih ingat apabila bapanya pulang dari istana dengan mata yang lebam.

      “Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah.

      “Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya.

      Menurutnya, berikutan insiden itu, ayahnya menjadi bahan percaturan antara “mereka yang dilantik ke kuasa dan mereka yang dilahirkan ke kuasa”.

      Menurutnya, ketika itu beliau menyedari bahawa kuasa sebenar bukan milik pihak berkuasa tetapi wujud dalam naluri manusia yang dapat membezakan antara betul dan salah.

      “Ia (kuasa sebenar) wujud dalam keberanian, keyakinan-diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada.

      “Kuasa sebenar milik rakyat,” kata Brian ( atas , kiri ).

      Pada tahun 1992, apabila Persekutuan Hoki Malaysia menggantung Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Iskandar daripada bermain selama lima tahun kerana memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan, ayahandanya menjadi berang.

      Sultan Iskandar kemudiannya bertindak memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukan kejohanan kebangsaan.

      Ini menjadikan Douglas Gomez sebegitu kecewa lalu membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.

      Benggang dengan perkembangan itu, Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis.

      Berikutan itu, satu sesi khas parlimen telah diadakan pada bulan Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu dibentang dan diluluskan.

      Delete
    16. Khatijah Nuno ...you're right point blank . We need answers . We need explanations . All these while there is only denials .

      We want and we need to know the true status of the very unique venture company 1MDB . During the formative year , it was claimed to benefit the rakyat . Currently it is bogged down with massive debts and liabilities .

      Claims of being able to meet all commitments through rationalisation and mon(y)etisation are all bullshit . Everything is done behind the guarded wall of Najib's trusted goons .

      The same goes with the Felda fiasco . Everything and everyone has been given a clean bill by the investigating agencies .

      Delete
    17. Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

      Kenyataan ketua editor SR ini dibuat setelah PAS, melalui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengancam akan mengambil tindakan saman.

      Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

      Bahasa mudahnya berita itu adalah sembang-sembang di kedai kopi sahaja tetapi dalam hal ini, Sarawak Report (SR) telah menjadikannya bahan artikel untuk tujuan jahat dan terancang menjatuhkan PAS.




      Maka ahli PAS 'jadian' pun membuat kenyataan "dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sepi."

      Katanya lagi “Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

      Kenyataan kedai kopi pun si 'jadi-jadian' ini anggap serius.

      Lagi malang puak-puak PAN/IKRAM.
      Raya sakan mereka menyerang PAS dengan isu ini. Mereka mengaikan apa yang dinasihatkan oleh Allah taala tentang berita daripada orang fasiq.

      Allah berfirman,
      يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
      “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

      Cikgu Halim kaki fitnah yang selalu menyerang PAS membuat posting dalam facebooknya..



      Wan Mohd Aman ini pun kaki fitnah kepada PAS, hari-hari buat posting menyerang PAS tak faham kenyataan "kecurigaan yang meluas" yang membawa maksud syak wasangka.



      Asal boleh hentam PAS kira rasa dia bahagia.


      Zulkiply Harun atau Greenboc juga hilang pertimbangan agama menyerang PAS dengan berita syak wasangka. Dia ni cakap agama macam ulama tapi pasal fitnah mengalahkan 'syaitan'.

      Kalau saya senarai posting cybertropper PAN/IKRAM nescaya berjela-jelalah artikel saya kali ini. Cukuplah.

      Dalam membalas posting mereka saya cakap kepada cybertropper PAN/IKRAM saya ada maklumat dimana wang RM90 juta digunakan.




      Pertama, Abdul Hadi Awang, Presdien PAS nak guna wang itu untuk membeli rumah besar dan mewah. Dia bekerja sebagai MP dan ADUN 30 tahun tak cukup duit. Walaupun ada elaun MB dan beberapa elaun lain dia masih tak cukup duit kerana suka berjoli.



      Kedua, MB Kelantan Ahmad Yaakob nak beli basikal Madone 5,9 SL basikal yang dihiasi 7 berlian supaya mudah untuk dia nak ke Masjid.



      Ketiga, Persuruhjaya PAS Terengganu, Saitiful Bahri nak tukar kereta volvo antik dihadapan rumahnya kepada model terkini, Volvo XC90 Excellence.

      Puak-puak PAN/IKRAM ni kalau kita kata mereka ini tongkat UMNO mereka marah tapi mereka tak sedar mereka buat kerja UMNO untuk buruk dan fitnah PAS.

      Saya cakap kalaulah andaian dan wasangka boleh dijadikan hujah dan bukti penyelewengan maka saya pun boleh buat begitu. Saya boleh katakan bahawa puak PAN/IKRAM dapat duit daripada DAP dan YAHUDI kerana "kecurigaan yang meluas" menunjukkan mereka boleh menjilat DAP!

      Delete
    18. SIDANG media Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas tamat Forum Town Hall Mega, Kerajaan Teknokrat anjuran Pemuda PAS Malaysia di Hotel De Palma Shah Alam malam tadi.

      MEDIA: Mengenai usul RUU 355 mungkin Tuan Guru boleh kongsikan mengenai selepas Parlimen dibubarkan usul RUU 355 tidak dapat bahaskan untuk kali kedua. Apa reaksi Tuan Guru sendiri mengenai ini?

      PRESIDEN PAS: Perlu diketahui usul RUU 355 ini usul persendirian, mengikut secara logikal usul ini bukan usul kerajaan terlalu payah, tidak mudah. Usul yang bukan kerajaan, perlu dapat sokongan untuk diizinkan. Setelah dapat sokongan barulah dibenarkan bawa usul ini. Setelah itu diundi, setelah diundi, menang maka dibenarkan usul dibawa, setelah dibawa dibahas dan diundi balik.

      Kita telah berusaha sejak tahun 1995, tak berjaya kerana mengikut peraturan Dewan (Dewan Rakyat) mesti sokongan diberi. Hendaklah mendahulukan usul kerajaan terlebih dahulu. Urusan kerajaan mestilah diutamakan, sekarang ini kita telah berjaya di peringkat awal. Usul ini telah diusulkan di serata negeri, hasil perundingan daripada Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat.

      Hasil rundingan dan mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran dan kita berjaya bawa usul ini, sekurang-kurangnya bila nak bawa, bila nak dibahas nak diundi sekali lagi hendaklah diutamakan agenda kerajaan. Itu bukan kerja kita. Kita telah berjaya di peringkat pertama, usul ini akan terus letak di situ pada Parlimen akan datang ini beri kerjasama dengan kita, kalau mereka menang boleh bawa dan kita rancang nak bawa sekurang-kurangnya menimbulkan kesedaran.

      Apa yang menjadi masalah terutama di negeri usul ini berkait dengan Syariah Islam, mengikut Perlembagaan, Syariah Islam ini bidang kuasa terhadap orang Islam sahaja, sebab itu orang bukan Islam tak campur tangan. Sekarang dah jadi orang bukan Islam itu campur tangan. Yang campur tangan itu diketuai oleh DAP ini yang menjadi masalah. Dan DAP ini kita tahu mereka ini menentang dalam Pakatan Rakyat (PR), ini antara sebab-sebab yang menyebabkan kita (PAS) tidak boleh bekerjasama kerana tidak menghormati kerjasama (kita) dalam PR.

      Dato' rasa tertipu dengan Barisan Nasional sebab tak dapat bahas?

      Tidak (rasa) tertipu. Kita telah bawa usul ini dalam Dewan Rakyat akan terus berada di situ cuma tunggu masa sahaja (bahas).

      Delete
    19. Dato' adakah Dato' bersedia untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Gagasan Sejahtera (GS)?
      Saya terserah perkara ini kepada rakyat yang akan menentukan siapa menang dalam pilihan raya nanti. Serah kepada pimpinan, ya memang adat Islam bukan untuk mengejar jawatan tanggungjawab kita memilih siapa yang kita mahu, bukan kita pilih diri kita sendiri.

      Laporan daripada Malaysia Dateline mengatakan pegawai Pejabat Agung PAS sahkan terima duit RM1.5 juta dakwa Mahfuz.
      Bukan kita boleh beli Pejabat Agung PAS lebih daripada itu lagi, ini sumbangan daripada ahli-ahli PAS di seluruh negara. Kita telah ada ahli PAS ini ada satu juta di seluruh negara, bahkan ahli PAS yang bagi RM1 ada ahli PAS yang bagi RM10, bagi beribu dan ada ahli PAS yang bagi kita sejuta pun ada sekarang ini.

      Jadi kata terima duit Umno itu macam mana, PAS Terengganu.
      Itu rakyat fikir sendiri kita nak lawan Umno, Umno bagi kita (PAS) duit suruh kita lawan dia.

      Ada tiga pemimpin daripada PAS iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Setiausaha PAS Terengganu dengan Bendahari Terengganu terima duit daripada pemimpin Umno sebanyak RM1 juta , lepas itu dia kata Umno juga bagi RM1 juta kepada Pejabat PAS, bulan lepas.

      Kita nak letak 130 (kerusi) bertanding, 130 ini PAS akan tanding kawasan Umno banyak, jadi Umno bagi duit untuk kita lawan dia.

      Maknanya Dato' menafikan perkara itu?
      Memang kita nafilah. Dan ada kes di England RM90 juta kita saman di mahkamah mengapa surat khabar England yang siar bukan surat khabar di sini, tak berani. Dan terang-terang kes ini Insha Allah kita akan menang dan sudah ada orang tengah pujuk kita tarik balik.

      Dato' akan ambil tindakan saman terhadap Mahfuz?
      Saya rasa itu satu hujah kebudak-budakan yang kita rasa bodoh kalau kita layan. PAS ambil duit Umno untuk lawan Umno, cerdik ke hujahnya?

      Dato', dilaporkan anak saudara Dato' akan lawan di Marang.
      Saya tidak ada maklumat, tidak ada maklumat anak saudara saya nak lawan, tak ada maklumat. Apa yang saya tahu ialah anak saudara dari keluarga dari jentera parti dan keluarga memainkan peranan besar untuk menang dalam pilihan raya. Sejak tahun 1982, saya dah jadi Adun dan jadi ahli Parlimen sejak tahun 1990 dalam keadaan empat kawasan Adun satu Dun menang, Parlimen saya menang, tiga Dun kalah. Kalau anak saudara seorang saja tidak cukup.


      DATO' TAKIYUDDIN HASSAN: Saya nak buat tambahan dakwaan Mahfuz Omar. Beginilah jawapan kita, kalau dia merasakan apa yang dia kata itu betul dan ada unsur-unsur rasuah saya cabar dia buat report SPRM. Kalau dia rasa itu ada unsur rasuah, please lodge the report. Bukan kita nak menafikan, dia kena buktikan.


      Ini berkenaan dengan PH semalam yang mengumumkan guna logo PKR untuk dipertanding, apa pandangan PAS sendiri?
      Itu terpulang kepada mereka sendiri nak guna logo mana pun terpulang kepada mereka, itu bukan hak kita. Nak pilih logo DAP ke nak pilih logo PKR ke, nak pilih logo mana-mana terpulang kepada mereka, kita tak nak campur.

      Dato', esok Adun Paya Jaras akan mengadakan satu pengumumanlah dalam satu event, jadi apa yang Dato' jangka, adakah Paya Jaras masuk ke PKR keluar PAS ke macam mana?

      Kita pernah dalam sejarah Presiden PAS masuk Umno tahun 1980-an, Adun ini kecil sangat. Presiden PAS masuk Umno, pernah. Jadi PAS terus masih berkembang kalau akar umbi kita kuat kalau cantas pokok kalau akar pokok kuat satu dahan cantas 10 dahan boleh tumbuh lagi.

      Delete
    20. Mata hadirin bertumpu kepada Ummi Hafilda Ali yang kelihatan duduk bersebelahan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis kutipan dana anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

      Ummi Hafilda ialah adik kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan musuh politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      Ketika ditemui wartawan kemudian, Ummi memaklumkan beliau sentiasa menyokong Mahathir.

      "Saya rasa harus setia dengan Tun (Dr Mahathir). Malahan, hari ini bagi saya Tun is the Greatest leader, greatest PM ever," katanya.

      Meskipun Ummi (gambar) mengakui kelemahan Mahathir semasa menjadi perdana menteri namun beliau mengatakan, "satu dunia tahu salah laku (PM kerajaan sementara) Najib."

      "Saya menawarkan kepada Tun saya akan jelajah satu Malaysia bersama Tun untuk memperbetulkan persepsi negatif kepada Tun.

      "Ini bukan pasal Tun, ini pasal negara. Apa Najib cakap perbodohkan, kita perlu perbetulkan.

      "Tapi hari ini saya berjanji, bersumpah. Walaupun sekali Umno sembah saya untuk jadi penceramah Umno, sorry (saya tolak).

      Beliau menegaskan kehadirannya pada majlis hari ini bukan kerana wang tetapi bagi membuat sumbangan untuk majlis kutipan dana tersebut.

      "Sebenarnya, pada hari ini saya menyumbangkan beberapa ribu ringgit dalam majlis ini.

      "Jangan mulut-mulut hamlau kat luar kata saya harap dedak. Hari ni meja dengan Tun saya bayar RM5,000.

      "Saya tak perlukan dedak, in fact saya akan contribute rezeki bisnes untuk perjuangan Dr Mahathir kerana saya tahu dia berpaksikan kebenaran," katanya.

      - Dulu dapat dedak, sekarang masa untuk membalas. Jika Mahathir dapat jadi PM, anak beranak Mahathir selamat, kamu yang bersama akan dapat sedikit habuannya..

      Delete
    21. FITNAH akan menjadi modal dan senjata pilihan raya ahli politik yang tidak ada perkiraan dosa dan pahala.

      Oleh kerana itu, PAS menyokong penuh Akta Antiberita Tidak Benar di Dewan Rakyat baru-baru ini. Sebaliknya yang menentang adalah mereka yang berpotensi menjadikan fitnah senjata pilihan raya.

      Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mendengar pelbagai lagi berita palsu dan fitnah disebarkan sepanjang tempoh PRU ke-14.

      Allah Taala mengajar kita kaedah berhadapan dengan berita fitnah:

      لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ (12)

      “Alangkah baik tatkala kamu mendengar berita fitnah itu, orang-orang beriman lelaki dan perempuan bersangka baik terhadap diri mereka dan mereka menyatakan inilah fitnah rekaan yang sangat nyata.” (Surah an-Nur ayat 12)

      Delete
    22. PAS menyifatkan Naib Presiden PAN, Dato' Mahfuz Omar yang mendakwa PAS menerima RM1.5 juta daripada Umno sebagai hujah kebudak-budakan di mana dibuat tanpa merujuk kepada fakta sahih.

      Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hujah itu tidak perlu dilayan kerana mustahil PAS menerima duit daripada Umno sedang parti Islam itu berpendirian menentang Umno.

      Jelas beliau, PAS melawan Umno di kebanyakan kerusi yang ditandingi oleh parti tersebut berbanding DAP pada Pilihan Raya Umum nanti.

      "Rakyat fikir sendiri, kita nak lawan Umno, Umno bagi kita duit suruh lawan dia? Saya rasa itu satu hujah kebudak-budakan yang kita rasa bodoh kalau kita layan.

      "PAS ambil duit Umno untuk lawan Umno? Cerdik ke hujahnya?," kata beliau pada sidang media selepas forum Town Hall Mega, bertajuk Kerajaan Teknokrat: Penyelesaian Terbaik Untuk Rakyat dan Negara, di sini semalam.

      Memaklumkan perkembangan berkaitan, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengambil kesempatan menerangkan kes saman beliau terhadap laporan fitnah oleh Sarawak Report.

      Media itu dalam siaran portalnya telah mendakwa beliau menerima sejumlah wang yakni sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

      "Insha Allah kita akan menang dan sudah ada orang tengah pujuk kita untuk tarik balik (saman)," katanya pada program anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu di Hotel De Palma, di sini.

      Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan mencabar bekas Ahli Parlimen Pokok Sena supaya membuat laporan terhadap Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah sekiranya dakwaan beliau itu betul-betul ada unsur rasuah.

      "Kalau dia rasa itu ada unsur rasuah, please lodge the report. Bukan kita nak menafikan, dia kena buktikan," katanya.

      Baru-baru ini Mahfuz dalam ceramahnya di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah mendakwa tiga pemimpin PAS Terengganu iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Bendahari dan Setiausaha PAS telah menerima sejumlah RM1.5 juta daripada Umno yang dimasukkan ke akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah.

      Hadir sama pada malam tersebut, bekas Menteri Selangor, Dato' Seri Khalid Ibrahim, pimpinan Ikatan dan Berjasa

      Delete
    23. Bekas Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Terengganu, Dato’ Tuan Mat Tuan Ngah mengisytiharkan menyertai PAS kerana memilih parti yang terbaik.

      ”Saya memilih yang terbaik dari yang baik, dan saya menjadi ahli PAS,” ujarnya ketika berucap pada Ceramah Harap PGU 3.0 Edisi Felda di Dataran Ketengah Jaya, Dungun malam tadi.

      Katanya, walaupun sudah cukup selesa dengan pencen yang memadai, namun beliau tetap mahu melibatkan diri dalam politik kerana tanggungjawabnya kepada Allah.

      ”Saya merasakan bahawa saudara-saudara akan memberikan sokongan kepada PAS pada plihan raya kali ini,” ujar beliau dipetik Buletin Online.

      Beliau dilantik memegang jawatan tersebut pada 2 Mei 2011 sehingga bersara daripada perkhidmatan pada 2 Jun 2014.

      Selain itu, beliau berpengalaman mengurus Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PMINT bermula 1 Mei 2011.

      Tuan Mat yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia mula bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Negeri II di Pejabat Kemajuan Negeri Terengganu pada 1979.

      Beliau pernah memegang beberapa jawatan di Pejabat Tanah Daerah seperti Hulu Terengganu, Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman sebelum dilantik sebagai Pengarah Tanah dan Galian negeri ke-40.

      Delete
    24. Ketuanya pula buat muka tak malu menumpang Parti yang dicemohnya suatu masa ketika dahulu, ini semua dah rasa kemaruk ingin berkuasa.

      Aku lebih respek kepada akar umbi PPBM, dengan jelas mereka kata mereka ada maruah, tidak mahu mengemis dan menumpang mana2 parti yang ada.

      MACHANG: Tun Dr Mahathir Mohamad diibaratkan terkena hukum karma apabila cubaannya untuk menjatuhkan UMNO berlaku pula pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara.

      Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata keputusan menggunakan simbol PKR dalam kalangan parti pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut menjadikan bekas Perdana Menteri itu kini berada di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      Beliau berkata, jika sebelum ini Dr Mahathir berharap menjadi ‘boss’, namun sebaliknya belaku apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pula menerima Anwar sebagai ‘boss’. “Apa saja perkara yang dilakukan Dr Mahathir dahulu, terjadi kepada beliau.

      Beliau berusaha mengharamkan UMNO, tapi sekarang lihatlah apa terjadi kepada partinya. “Dr Mahathir juga seolah-olah ahli nujum apabila sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan kekal selepas tahun 2020, tapi dengan tiba-tiba PPBM pula sekarang ‘mampus keras’ (tidak bernyawa).

      “Sekarang (Dr Mahathir) tiada parti dan terpaksa menumpang PKR. Impiannya mahu menjadi Perdana Menteri sementara adalah angan-angan saja,” katanya pada Majlis Himpunan Bersama Rakyat Parlimen Machang, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang, di sini, menerusi laporan BH Online, hari ini.

      Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, kekalahan UMNO di Kelantan pada 1990 sehingga jatuh ke tangan PAS adalah disebabkan rakyat negeri ini marah kepada Dr Mahathir kerana bersikap kuku besi, bukannya demokratik.

      Katanya, beliau menubuhkan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan kembali UMNO lama, kerana UMNO baharu yang diwujudkan Dr Mahathir mempunyai pelbagai syarat. “Apabila berlaku pertandingan bagi pemilihan Presiden parti pada 1987, ramai rakyat Kelantan yang mengharapkan saya menang, termasuk orang UMNO sendiri, tetapi sebaliknya berlaku menyebabkan mereka marah kepada Dr Mahathir, saya tidak main duit, lawan secara jantan.

      “Malah, pelbagai pula tindakan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri untuk mengongkong UMNO termasuk tidak membenarkan orang muda dan guru bertanding serta menentukan segala tindakan parti bagi memastikan beliau kekal,” katanya.

      Delete
    25. PAS mencabar bekas naib presiden mereka Datuk Mahfuz Omar untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti parti berkenaan menerima dana daripada Umno.

      “Kalau dia merasakan apa yang dia katakan itu betul dan ada unsur-unsur rasuah, saya cabar buat laporan SPRM kalau dia rasa ada unsur rasuah," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

      Menurut Takiyuddin dalam hal seumpama itu tanggungjawab untuk menentukan sesuatu dakwaan terletak kepada pihak yang membuat tuduhan.

      “Bukan kita (yang kena) nafikan tapi dia (perlu) buktikan,” katanya semasa menjawab soalan wartawan di Hotel De Palma, Shah Alam malam tadi.

      Mahfuz dilaporkan portal Malaysiadateline sebagai berkata terdapat tiga orang pemimpin PAS Terengganu menerima wang sebanyak RM1 juta daripada pemimpin Umno tertentu.

      Beliau yang kini dilantik sebagai naib presiden AMANAH juga menamakan tiga individu yang menjadi pemimpin PAS Terengganu sebagai pemegang amanah kepada dana berkenaan.

      Enggan layan tuduhan

      Selain itu Mahfuz turut mendakwa sejumlah RM1.5 juta juga dimasukkan ke akaun salah satu jabatan PAS Pusat.

      Kata anggota parlimen Pokok Sena itu beliau membuat semakan mengenai hal tersebut dengan pegawai di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur dan mereka mengesahkan bahawa wang sejumlah itu memang telah dimasukkan ke akaun berkenaan.



      Sementara itu dalam sidang media sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut berseloroh bagi menjelaskan keadaan berkenaan.

      Kata Abdul Hadi, adakah PAS menerima duit daripada Umno untuk menentang parti itu sendiri.

      “Umno bagi duit untuk lawan dia. Kita letak 130 calon dan PAS banyak bertanding kawasan Umno bukan kawasan DAP.

      "Jadi (adakah) Umno bagi duit untuk lawan Umno? Fikirlah yang munasabah,” katanya.

      Abdul Hadi juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan saman ke atas Mahfuz kerana tindakan itu dilihat tidak matang.

      “Saya rasa itu kebudak-budakan, satu hujah kebudak-budakan yang kita rasa bodoh kalau kita layan. PAS ambil duit Umno untuk lawan Umno, cerdik ke?” katanya.

      Delete
    26. Tindakan biadab Pakatan Harapan (PH) mengumumkan penggunaan logo PKR sebagai lambang bersama blok itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) terus dibantah ahli DAP sendiri.

      Terbaharu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Pengkalan Kota di sini, Tan Eng Tut bertindak drastik meninggalkan parti pembangkang terkenal dengan rasis cauvinis itu dan menyertai Penang Front Party (PFP) lewat semalam.

      Beliau malahan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepimpinan tertinggi DAP serta tidak lagi yakini perjuangan parti berkenaan dalam usaha memperjuangkan hak rakyat Malaysia, khususnya kaum minoriti Cina.

      Beliau yang sudah menjadi ahli DAP selama 40 tahun berkata, parti itu kini hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu, terutama selepas menjalin kerjasama politik dengan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

      “Dulu Lim Kit Siang pernah mendedahkan skandal Bank Negara Malaysia dengan menuduh Mahathir sebagai dalang skandal itu, bahkan pernah gelar beliau sebagai punca kepada semua masalah yang berlaku di negara ini.

      “Tetapi sekarang, Kit Siang ibarat sanggup ‘jilat kembali ludahnya’ dan hanya berdiam diri terhadap segala tuduhan jahat yang pernah dilemparkan terhadap Mahathir,” kata Eng Tut, 72, dalam sidang media di sini pada Jumaat.

      Mengulas lanjut, Eng Tut yang pernah menjadi calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok pada PRU keenam berkata, beliau juga berasa amat pelik dengan keputusan parti itu dalam isu logo bersama.

      DAP dikatakan tidak mahu menggunakan logo sendiri pada PRU ke-14 sekali gus ujarnya, mengecewakan ribuan ahli tegarnya yang bangga dengan lambang roket sejak parti itu diasaskan pada 1965 susulan pemisahan Singapura.
      Tindakan itu dilihat luar biasa, selain tidak hormati pencipta logo berkenaan yang baru meninggal dunia pada 29 Mac lalu, Goh Hock Guan (gambar atas) dalam usia 83 tahun dan juga Setiausaha Agung pertama parti tersebut.

      “Dulu DAP bermati-matian mahu pakai logo sendiri, tetapi sekarang mereka sudah hilang arah tuju dan sanggup mengenepikan perjuangan asal pula. Jika saya tidak keluar parti pada hari ini, saya berasa seperti tiada maruah.

      “Saya perlu buat sesuatu demi negara,” kata Eng Tut yang sudah hantar surat keluar parti kepada Setiausaha DAP Pulau Pinang semalam. Mayat Hock Guan telah dibakar di krematorium Nilai, Negeri Sembilan pada 4 April lalu.

      Mendiang yang berasal dari Kedah, amat disegani rakyat kerana berjaya memimpin DAP menang 13 kerusi Parlimen ketika PRU pada 1969, namun bertindak meninggalkan parti itu ekoran tragedi berdarah perkauman 13 Mei 1969.

      Hock Guan yang juga arkitek perancang bandar terkenal di Malaysia, mencipta logo DAP dengan ada empat jalur di bawah roket itu melambangkan kaum di negara ini iaitu Melayu, Cina, India serta pribumi Sabah dan Sarawak.

      Ironi, berita kematian mendiang tidak diulas DAP yang marah Hock Guan keluar parti tersebut menyertai seterunya, Gerakan pada 1974 kerana tertarik imej Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein.

      Delete
    27. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa hari ini.


      Yee Cheu yang menyertai DAP sejak 18 tahun lalu, membuat pengumuman itu melalui laman Facebooknya susulan pembubaran Parlimen.

      Melalui 'posting' terkininya, beliau dipetik berkata: "Secara automatik, hari ini, 7 April 2018, tarikh pembubaran Parlimen secara rasmi adalah tarikh sama saya keluar DAP...demi kebaikan seperti yang saya umumkan beberapa bulan lalu.

      Beliau yang dihubungi kemudian, memaklumkan akan mengadakan sidang media esok bagi membuat pengumuman dan perancangan masa depannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

      Oktober lalu, Yee Cheu mengumumkan keputusannya meninggalkan DAP sebaik pembubaran Parlimen susulan tidak lagi senada dengan pucuk pimpinan.

      Beliau pada sidang medianya ketika itu dipetik berkata: "Kepimpinan DAP dan kerajaan negeri yang diterajui DAP enggan menerima kritikan ke atas mereka, sebaliknya mengkritik kumpulan tertentu yang didakwa 'mesra Barisan Nasional'.

      "Saya sudah berfikir meninggalkan parti sejak 2013 kerana terdapat banyak isu gagal diselesaikan seperti transgender, menghadkan kuasa, pembangunan lereng bukit, perancangan tempatan dan struktur.

      "Kini selepas pelbagai insiden yang berlaku, terutamanya kes tanah runtuh baru-baru ini, saya merasakan ini adalah masa terbaik untuk pergi."

      Yee Cheu sebelum ini, menjadi antara pemimpin DAP yang sering menyatakan kerisauannya dalam pelbagai isu alam sekitar, termasuk banjir yang kerap melanda Pulau Pinang dan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah pada Oktober lalu, yang mengakibatkan kematian 11 pekerja pembinaan.

      Beliau juga menggerakkan inisiatif menghadkan kuasa jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal, namun gagal dibawa ke Sidang DUN Pulau Pinang.

      Delete
    28. Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata, PAS akan mengadakan muktamar khas bagi menentukan pihak yang akan mereka pilih untuk membentuk kerajaan campuran, jika parti itu memenangi PRU14.

      “Persoalannya dengan siapa kita akan bekerjasama nanti, adakah Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, sila tunggu selepas pilihan raya umum kelak.

      “PAS akan pilih parti yang lebih dekat dengan Islam, namun sebelum itu akan adakan muktamar khas bagi mendapat maklum balas dan respons dari akar umbi.”

      Hadi berkata, Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS dan 3 parti kecil lain belum membincangkan calon perdana menteri mereka.

      “Saya serah perkara ini kepada rakyat, siapa yang akan tentukan siapa menang pada pilihan raya umum kelak, ia terserah kerana menjadi adab orang Islam bukan mengejar jawatan.

      “Sudah menjadi tanggungjawab untuk kita memilih siapakah pemimpin yang kita mahu, bukan kita yang pilih diri kita sendiri,” katanya.

      Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 130 daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU14 dan tidak menolak kemungkinan akan bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan campuran

      Delete
    29. PAS Kawasan Kemaman menerima anjakan positif menjelang PRU14 apabila bekas calon PKR PRU13 P.040 Parlimen Kemaman, Kamaruddin Chik menyertai PAS.

      Beliau menyatakan sokongan dan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kemaman sempena Majlis Perasmian Markas Induk PAS Parlimen Kemaman
      di sini, semalam.

      Penyerahan turut disertai bersama 19 borang ahli baru yang belum pernah menyertai mana-mana parti itu disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

      Menurut Kamaruddin, PAS merupakan parti yang paling tinggi aktiviti, bagus pengurusan dan lengkap dari segi organisasinya, serta pengurusan akar umbi.

      Puji beliau, itu termasuk mempunyai institusi sendiri seperti pendidikan peringkat awal iaitu PASTI, SRITI, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, kuliah-kuliah dan program-program agama yang merupakan sistem tarbiyah PAS di seluruh negara.

      "Saya telah lama menyimpan keinginan untuk menyertai parti gerakan Islam yang diiktiraf peringkat antarabangsa dan saya berbanga untuk mengisytiharkan secara rasmi menjadi ahli PAS seumur hidup.

      "Saya bersedia untuk bersama-sama membantu calon PAS di Parlimen Kemaman, Dun Chukai, Dun Air Putih, Dun Kemasik dan Dun Kijal dan saya akan bergerak samaada di cawangan atau UPU untuk memberi sumbangan bagi memenangkan calon-calon PAS di Kemaman, Insyaallah.

      “Pilihan saya untuk menyertai PAS adalah tepat dan saya menyeru kepada semua kawan-kawan supaya menjadikan PAS sebagai satu pilihan untuk berjuang menegakkan perjuangan berlandaskan Islam," katanya. -

      Delete
    30. This comment has been removed by the author.

      Delete
    31. PAS mengaitkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sikap tidak gentleman kerajaan BN.

      Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya turut berasa terkilan dengan perkara yang berlaku terhadap BERSATU.

      "Sejujurnya, memang kita rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Sebab dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia sepatutnya semua parti diberi peluang.

      "Kerajaan tidak sepatutnya memberikan alasan-alasan teknikal untuk berhadapan dengan pembangkang," katanya ketika ditemui media selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

      Terdahulu, ROS mengarahkan BERSATU yang diasaskan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dibubarkan sementara.

      Arahan yang dibuat di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan itu berkuat kuasa pada 5 April lalu.

      Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim menegaskan pihaknya tidak membuat keputusan tersebut berdasarkan "tafsiran peribadi".

      "Tafsiran ROS perlu digunapakai bukan tafsiran sendiri. ROS bertindak tanpa (dipengaruhi) mana-mana pihak," katanya.

      Sementara itu, Mohd Amar berkata, BN sepatutnya memberi ruang kepada semua parti pembangkang untuk bertanding dengan mengemukakan pandangan masing-masing.

      "Biar rakyat yang menilai. Jadi pada pandangan kita, sikap yang tidak gentleman daripada BN dalam berhadapan dengan BERSATU," katanya.

      Dalam perkembangan lain, penyandang timbalan menteri besar Kelantan itu turut memberi pandangan betapa banyak masalah dalaman akan wujud dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berhasrat menggunakan satu logo iaitu logo PKR pada PRU14 nanti.

      Katanya, ia susulan perbezaan ideologi dan sikap-sikap parti yang memang sukar untuk menerima satu logo.

      "Misalnya macam DAP, takkan mereka nak guna logo PKR dan orang-orang dalam parti BERSATU saya rasa sukar untuk guna logo PKR dalam pilihan raya.

      "Mungkin mengelirukan ahli dan mencetuskan perbalahan sesama mereka, kita jangka macam itu. Tapi saya tak nak komen banyak sebab itu masalah dalaman mereka, biar mereka hadapi," jelasnya

      Delete
    32. Malaysiakini hari ini menyiarkan Mat Sabu beremosi ekoran tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)​ membubar sementara Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sehari sebelum Najib membuat pengumuman mengenai pembubaran parlimen.

      Mengimbau kembali zaman pemerintahan mantan perdana menteri ketika itu, Mat Sabu berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membenarkan musuh politiknya menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. (ini fakta bohong)

      Semangat 46, sebuah parti politik serpihan Umno, yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1988 selepas kekalahan beliau menentang Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno.

      "Hey Najib...Tun Dr Mahathir Mohamad luluskan parti 46, luluskan parti Keadilan (PKR) untuk lawan secara demokrasi, ini kamu haramkan parti BERSATU. (Mahathir lulus PKR fakta bohong juga)

      "... kamu ingat dengan itu kamu boleh menang pilihanraya akan datang?", soal Mat Sabu di hadapan hadirin yang membanjiri kawasan padang awam di situ.

      "Pribumi ni parti Melayu. Kamu haramkan parti Melayu. Cis!" bentak Mat Sabu dalam ucapannya itu.

      SAMPAI BILA POLITIK BOHONG MACAM MAHATHIR PERLU UNTUK RAKYAT?
      MANA ISLAM KAMU DAN PARTI AMANAH ISLAM PROGRESIF SEPERTI DIGEMBAR GEMBUR PENULIS LUTFI?

      BOHONG BUKAN CARA ISLAM!!!

      Fakta Untuk Parti Semangat 46

      Bila UMNO diharamkan (Sengaja diharamkan oleh Mahathir yang ada kuasa untuk menahan pengharaman) maka Mahathir daftar parti baru dengan mudah sekali kerana dia memang "mastermind" dalam pengharaman UMNO pada 15 Februari 1988. UMNO (Baru) ini dengan mudah diterima sebagai komponen BN yang ke-13 kemudian Mahathir jadi pengerusi BN semula.


      Kuli cuba hidupkan UMNO 46 tetapi gagal kerana Mahathir guna kuasanya untuk "membeli" hakim dan parlimen.

      Yang tubuh Semangat 46 ialah Osman bin Akhir bukan Kuli dan Geng.



      Usaha untuk tubuh UMNO 46 dihalang oleh Mahathir dan gengnya RoS pada masa itu (yang sekarang jadi musuhnya sekarang berkat doa Ustaz Fahdhil... kan kena atas kepala sendiri baru engkau Mahathir rasa jahat engkau dulu.. tapi tak apa Mat Sabu sayang Mahathir sanggup jadi tukang masak)

      Fakta Untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR)

      Untuk makluman pembaca Tun Mahathir mengunnakan ":rakan komponen BN", Ros untuk sekat pendaftran parti Keadilan Rakyat. Kenapa Mat Sabu Bohong. Nak jilat Mahathir pun tak payah bohong, rakyat sekarang tak boleh.

      Adakah Mat Sabu dah ikut perangai UMNO bohong untuk dapat sokongan?



      Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) atau Muslim CommunityUnion of Malaysia adalah parti politik Islam yang kecil yang ditubuhkan pada 1990 berpengkalan di Terengganu oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus bekas Persuruhjaya PAS Terengganu, Juga pernah menjadi Bendari PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. (Gambar diatas adalah lawatan Presiden PAS Abdul hadi Awang ketika dia sakit dulu sebelum meninggal)

      Parti IKATAN ditubuh oleh Abdul Wahab sel;epas dia keluar HAMIM. Dia beri parti ini kepada PKR kerana PKR tak boleh daftar disekar oleh TUN MAHATHIR MOHAMAD dan RAKANnya RoS.

      Abdul Wahab beri atas pujukan PAS termasuk Ustaz Fahdil.



      BILA TINGGAL ISLAM
      BOHONG JADI MAINAN MULUT
      KATA LAWAN UMNO TAPI PERANGAI DAH MACAM UMNO

      Delete
    33. Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, memutuskan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas kecewa dengan konflik dalaman parti itu.

      Beliau yang digantung keahlian sejak Ogos 2017 berkata, sudah cukup baginya untuk berada dalam parti itu selama 18 tahun kerana dakwanya, ada pihak dalaman termasuk barisan kepimpinan yang bertindak melancarkan ‘serangan peribadi’ terhadapnya.

      “Banyak pihak yang mencemburui, dengki dan tidak puas hati dengan saya…macam-macam mereka lakukan bagi menjatuhkan imej saya dalam parti.

      “Sehubungan itu, saya mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyertai parti lain kerana saya memerlukan platform untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam temuramah bersama mStar Online.

      Manikavasagam berkata, susulan keputusannya itu, beliau akan menyertai sebuah parti pembangkang lain dan pengumuman itu akan dibuat Sabtu ini.

      Jelasnya lagi, keyakinannya terhadap PKR ketika ini hanyalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim serta timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

      “Jika bukan Anwar, Azmin layak sebagai calon perdana menteri berbanding pihak lain sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14),” katanya yang pernah memikul tanggungjawab selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang ketika itu mempunyai 45 Ranting sebelum keahliannya digantung.

      Pada Ogos tahun lalu, PKR menggantung keahlian Manikavasagam selama dua tahun berikutan satu ucapan yang dibuatnya di Kuil Sri Balathandayuthapani, Kapar pada 8 April tahun yang sama.

      Manikavasagam mendakwa yang dia telah membuat rayuan berserta penjelasan dalam tempoh 14 hari selepas penggantungan itu, tetapi statusnya sehingga kini masih menjadi tanda-tanya.

      Malahan, jika penggantungan itu ditarik balik dalam masa terdekat sekali pun katanya, ia sudah terlambat kerana sudah membuat keputusan untuk meneruskan agenda politiknya.

      “Saya ikhlas berjuang dan berkhidmat untuk rakyat pelbagai kaum seperti menangani masalah dan kawasan setempat,” katanya.

      Mengenai PRU14, Manikavasagam menegaskan tindakannya keluar parti bukan disebabkan mahu bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

      Bagaimanapun beliau tidak menolak sekiranya diberi peluang oleh parti baharu untuk bertanding, termasuk di kawasan Parlimen Kapar.

      “Terpulang kepada mereka (parti baharu), kalau diberi peluang untuk bertanding, saya terima. Kalau dapat Kapar baguslah sebab saya sudah lama berkhidmat kepada masyarakat di sini dan sudah ada pengikut malah bermastautin di Meru,” katanya

      Delete
    34. Pas menafikan khabar angin mengenai tiga pimpinan parti itu di Terengganu yang didakwa menerima sogokan dari Umno untuk melawan Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14.

      Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, secara peribadi beliau kenal rapat dengan tiga pemimpin yang dimaksudkan malah dakwaan menerima wang untuk melawan Harapan di negeri ini tidak masuk akal.

      “Pas Terengganu telah sekian lama menafikan kewujudan parti itu (Harapan) di negeri ini. Baik PKR, Amanah, Bersatu dan DAP tak ada satu pun cawangan yang hidup dan aktif di Terengganu. Nak lawan buat apa?

      “Bersatu memang diakui sendiri oleh Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tak ada cawangan di sini, Amanah pula tak usah jadi kereta kancil ekzos besar. PKR pula, tolong senaraikan nama cawangan yang hidup dan aktif di Terengganu,” katanya.

      Azman berkata demikian bagi mengulas dakwaan ahli Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa terdapat tiga pemimpin Pas Terengganu menerima wang daripada Umno ketika berucap pada program di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah, baru-baru ini.

      Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Azman berkata, PRU kali ini Umno adalah lawan sebenar Pas yang mana akan ditentang habis-habisan bukan sebagaimana di dakwa.

      “Dalam PRU 14, lawan kita ialah Umno. Umno pula dah habis segala strategi untuk lawan Pas termasuklah persempadanan baru kawasan pilihan raya.

      “Tiba-tiba ada yang kata pemimpin Umno bagi duit kepada pimpinan Pas. Budak sekolah rendah pun boleh faham,” ujarnya.

      Dalam pada itu, Azman berkata, Pas tidak ‘kemaruk’ duit walaupun parti itu sering dilabel sebagai parti miskin.

      “Pas bukan parti miskin. Cuma orang Pas tak berlagak. Pernah dalam masa beberapa hari saja, Pas Terengganu boleh kumpul lebih RM500,000 untuk disumbangkan kepada Rohingya. Buat makan malam, ratusan ribu dihulurkan oleh ahli dan penyokong Pas.

      “Himpunan Fastaqim di Tok Jembal pula, lebih RM700,000 disumbangkan dari pelbagai sumber tapi bukan dari Umno. Sekarang bendera Pas ‘menghijau’ di segenap pelosok negara semuanya dari dana orang Pas sendiri,” katanya.

      Selain itu, katanya, markas Pas pula bernilai ratusan ribu setiap satu yang wujud di setiap cawangan.

      “Di Dun Jabi sahaja ada 23 cawangan,. Belum kira lagi tempat lain. Kalau campur semua nilainya jutaan ringgit. Banyak lagi kalau kita nak senaraikan.

      “Jangan hina sangat, mentang-mentang kita tok lebai kilas kain pelekat,” katanya.

      Delete
    35. PAS berkata kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersifat populis, sebaliknya PAS menawarkan polisi yang memindahkan beban cukai daripada rakyat kepada mereka yang layak.

      “Ini berbeza dengan manifesto PAS dan Gagasan Sejahtera yang menawarkan solusi untuk menampung tawaran memansuhkan GST, menghapuskan PTPTN, pendidikan serta perubatan percuma dan sebagainya dengan sistem percukaian lebih adil seperti cukai atas simpanan korporat dan cukai saham di Bursa Saham Malaysia,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

      Tuan Ibrahim berkata partinya juga lebih layak untuk menjalankan polisi yang menguntungkan rakyat kerana pemimpinnya lebih jelas bersih daripada rasuah berbanding BN dan PH.

      “Ini terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low berkata tiada pimpinan PAS yang disiasat atas kes rasuah daripada jumlah 92 pemimpin politik yang sedang disiasat SPRM – di mana 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin PH,” katanya.

      Menurut Tuan Ibrahim, manifesto BN yang dilancarkan Sabtu lepas merupakan pengakuan bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Oktober lalu gagal menawan hati rakyat walaupun disifatkan “termewah” oleh kerajaan.

      “Manifesto BN juga adalah satu pengakuan bahawa mereka sudah dapat merasai denyut rakyat yang semakin menolak mereka. Oleh itu rakyat perlu ‘dibeli’ dengan pelbagai ganjaran dan hadiah yang tidak terkandung di dalam bajet termewah Bajet 2018.

      “Berapakah peruntukan yang diperlukan untuk menampung manifesto BN sekiranya ia menang lagi, dan berapa lagi peruntukan tambahan yang bakal diminta BN ke atas bajet termewah 2018 untuk menunaikan janji-janjinya?” soalnya.

      Delete
    36. Inisiatif Pas kawasan Parit Buntar menyantuni pengundi Cina secara berterusan di parlimen tersebut membuktikan parti itu bersikap terbuka dan tidak sesekali mengenepikan kepentingan kaum lain di negara ini.

      Timbalan Yang Dipertuanya, Abu Bakar Hussain berkata, selaras dengan tuntutan agama Islam, sebagai makhluk ciptaan ALLAH SWT, masyarakat Cina juga berhak mendapat hak seperti digariskan oleh Islam.

      Menurutnya, Pas amat prihatin dengan semua bangsa di dunia dengan berusaha memberikan hak mereka termasuk hak sosial.

      “Melalui program Hi Tea bersama pengundi Cina, saya bersama Naib Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan, Ahmad Azhar Shahrin menyantuni mereka di samping memberi penjelasan berkaitan perjuangan dan manifesto Pas bagi menghadapi PRU14.

      “Program itu mendapat respons positif apabila sebilangan pengundi mengutarakan soalan berkenaan nasib mereka sekiranya negara ditadbir Pas yang berteraskan Islam.

      “Seramai 80 pengundi Cina hadir dalam program itu dan rata-rata mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan kami terutama dalam soal hak mereka sekiranya Pas memerintah negara kelak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

      Abu Bakar berkata, selain program dialog bersama pengundi Cina, Pas kawasan turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

      Menurutnya, Pas turut berkeyakinan mampu memperolehi sokongan pengundi Cina di Parlimen Parit Buntar sekurang-kurangnya tujuh peratus berdasarkan maklum balas positif diberikan mereka.

      Delete
  2. Ku Li: Dendam Hapus Umno, Dr M Macam Kena Karma
    Tengku Razaleigh Hamzah mengibaratkan Tun Dr Mahathir Mohamad “terkena hukum karma” kerana cuba menjatuhkan Umno tapi partinya pula dibubarkan.

    “Apa saja perkara yang dilakukan Dr Mahathir dahulu, terjadi kepada beliau. Beliau berusaha mengharamkan Umno, tapi sekarang lihatlah apa terjadi kepada partinya.

    “Dr Mahathir juga seolah-olah ahli nujum apabila sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Umno tidak akan kekal selepas tahun 2020.

    “Tapi dengan tiba-tiba PPBM [Parti Pribumi Bersatu Malaysia] pula sekarang ‘mampus keras’ [tidak bernyawa],” katanya seperti dilapor Berita Harian.

    Wakil rakyat Gua Musang itu berucap dalam Majlis Himpunan Bersama Rakyat Parlimen Machang, di SMK Bandar Machang, di sini, hari ini.
    Veteran Umno itu turut menganggap Dr Mahathir menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘bos’ susulan keputusan menggunakan simbol PKR dalam pilihan raya umum.

    “Sekarang (Dr Mahathir) tiada parti dan terpaksa menumpang PKR. Impiannya mahu menjadi perdana menteri sementara adalah angan-angan saja,” katanya.

    Pemimpin itu, yang mesra disapa Ku Li, menegaskan kekalahan Umno di Kelantan pada 1990 kerana rakyat marah kepada Dr Mahathir yang didakwanya “kuku besi”.

    Malah tujuan beliau menubuhkan parti Semangat 46 untuk menghidupkan Umno lama kerana Dr Mahathir mengenakan pelbagai syarat dalam Umno baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm pejuang nak dedak pru je.

      Delete
    2. Alaa...apa nak heran. Nama pun cooley. Ikut arahan utk sesuap dedak. Begitulah resmi org bangsawan. Tidak menipu dan menindas tak sah.

      Delete
    3. Tengku..apa cerita IMDB & GST? Rakyat bising kenaoa Tengku senyap?

      Delete
    4. Dia tu bukan kuli laa bro Ronin tapi barua!!!

      Akal cetek tapi angan2 panjang.

      Nama dia pun bukannya pejuang rakyat tapi pertualang rakyat.

      Delete
  3. MENGAPA GERUN HADAPI TUN M?

    Dia berusia 92 tahun, bekas PM selama 22 tahun. Dia tidak minta khidmat dukun, bomoh atau sami untuk memberi keyakinan kepada dirinya. Dia berpegang pada tali Allah dalam perjuangannya. Dia hendak memulihkan kembali maruah, hargadiri dan kewibawaan bangsa dan negara Malaysia yang tercemar. Dia hendak menghapuskan korupsi yang menggila, raja kezaliman yang semakin sasau, bisikan syaitan pihak berkuasa yang membawa bala pada rakyat yang tak berdosa.
    Itulah perjuangan suci Tun Mahathir. Itulah yang menjadi tenaga rasaksa rakyat jelata menyokong kepimpinannya. Itulah yang menggerunkan para koruptor kelas jerung, golongan munafik yang berserban, berjubah dengan janggut sejemput.
    Dia dihina dengan segala nista dan fitnah. Dia dihalang dengan segala tindakan kerana takut pada pengaruh seorang mantan PM yang jasa besarnya dikenang rakyat. Dia berjuang atas kudrat Allah dan derita rakyat yang menyentuh hati nuraninya. Dia pejuang tulen. Dia adalah harapan rakyat yang teraniaya. Dia adalah obor yang membawa harapan pada rakyat dan Pakatan Harapan.
    Demokrasi sudah mati di bumi bertuah bernama Malaysia ini. Mereka menjadi syaitan, iblis dan puaka yang menjelma dalam kerakusan kuasa yang hilang, bimbang hidup dalam penjara, hartabenda haram disita, pintu neraka menjelma.
    Jangan melampau. Kamu boleh minta bantuan iblis syaitan dan puaka tapi kamu tidak boleh mengatasi kuasa Allah dan ombak kebencian rakyat yang menentang kemungkaran dan kemunafikan kalian. Allah akan berpihak pada mereka yang berjuang di jalanNya. PRU 14 akan membawa perubahan gemilang pada rakyat jelata. Lagi banyak halangan dan gugatan terhadap Tun M yang berusia 92 tahun lagi kuat rakyat jelata menyokong kepimpinannya..
    ALLAH-HU-AKHBAR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg gerun dgn mahadey, pentertaan mahadey dalam pmbngkang hanya akan melemahkan lg pmbngkang, sbhgian rakyat yg telah sebati dgn gelaran mahazalim, mahafiraun akan keliru dgn tndkn ph, bkn semua org suka dgn mahathir yg telh mmerintah lebih 22 tahun, rakyat mmg telah muak dgn bn, tp rakyat taknk org yg sama yg dh mnimbulkan pelbagai masalah polotik sejak lebih 22 tahun lalu mnjdi pm.

      Delete
    2. Tak gerun kenape batalkan bersatu konon tak ikut perlembagaan....surat bersatu tak mau balas...pondan...

      Delete
    3. Perlembagaan mana yg bersatu ikut, adakah bersatu diuruskan dgn baik

      Delete
    4. Uku , Adakah kamu mahu bandingkan perlembagaan sebuah persatuan dengan perlembagaan sebuah Negara ?

      Okeyla , bersatu tak ikut perlembagaan lalu di bubarkan .

      Jikalau raja dan sultan tak ikut perlembagaan , haruskah kerajaan dan kesultanan itu di bubarkan ??

      Delete
    5. Uku tu orang bukit.
      Manalah dia tahu perlembagaan tu apa.
      Ubi kayu dia tahu laaaa.!!!

      Delete
    6. Toksah dilayan uku bongok tu

      Nama pun nak iras2 pak itam yg blambak kat kl skg

      Manala pak itam tau hal politik

      Hal proses syabu, black money, lanyak betina filipina montel pandai la dia

      Delete
  4. Dr Mahathir: Kritikan TMJ Bantu PH Jadi Lebih Popular
    Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kritikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) terhadap beliau secara tidak langsung membantu Pakatan Harapan (PH) lebih dikenali rakyat.

    “Ia berkesan untuk menjadikan Pakatan Harapan lebih popular. Anda sudah lihat komen di dalam Instagram dan Youtube, itulah komen rakyat. Saya rakyat juga, tetapi saya tidak mahu komen,” kata pengerusi PH itu dalam program “Fund raising luncheon: The Battle for Johor” di sini, hari ini.

    Turut hadir ialah Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Semalam, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan negara, tetapi bekas perdana aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

    “Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.



    “Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis TMJ di Facebook Johor Southern Tigers malam tadi.

    Tanpa menamakan Dr Mahathir, Tunku Ismail berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.

    Hari ini, Dr Mahathir berkata, mereka yang berminat menjadi ahli politik perlu bersiap sedia dikritik.

    “Sekarang ini ramai mahu sertai politik, anda tahu jika sertai politik, anda mendedahkan diri anda dengan pelbagai gelaran keji.

    “Saya sudah digelar dengan mahazalim, mahafiraun, diktator dan pelbagai nama yang tidak enak lagi. Jika sertai politik, mereka akan dapati semua gelaran keji ini akan menjadi nama baru anda.

    “Saya nasihati siapa yang tidak tahan digelar dengan gelaran keji, jangan ambil bahagian dalam bidang politik.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Raja berperlembagaan tidak boleh condong kpd mana2 parti...rakyat akan hilang rasa hormat kpd raja...raja sendiri yg timbulkan masalah ....

      Delete
    3. some of the comments from other(Sources of alternative media) abt HRH kat Selatan tu, saran rakyat kasi chance sama itu Nakhoda busok jdi PM lagi HRH deseprately cuba menyelamatkan Boss Klepto hang dan konco2 ponco seperti dibawah ini :

      Tuanku, the problem is the skipper is directionless and steering the boat into a mountain of deb. The rakyat need to take back the control of the boat and sack the skipper . Give a chance and help the new skipper with your wisdom. Daulat Tuanku !
      Tuanku, the problem is the skipper is directionless and steering the boat into a mountain of debt . The rakyat need to take back the control of the boat and sack the skipper . Give a chance and help the new skipper with your wisdom. Daulat Tuanku !

      Lotus Nacido said -
      Can I share something? TUN who originally not even a Malay, wanted so much to upbring the Malay race to a International threshold. He tried to do something in his 93 years life. My question is other then Tunku Abdul Rahman, what the hell did the royalty of great Nusantara did? What happen to you sir? I respected to you a lot thinking that you would bring a new blood into royalty's understanding to a new world! But WOW, 2.6B can do wonders even to you? Trust me Sir, just spend your time peacefully and calmly like what the England's royalty do spend on normal hard working's people TAX just eat, spend, sleep and take of your children to continue your legacy. I will still pay for you live happily ever after at the boleh boleh land forever!!!

      So at the end the leopard change its spots. All because of $$$$$$. I respected you till the end. Your grandfather deserve it because, he went overboard and showed the whole Malaysian royalty, that they are untouchables, until TUN interfered. YOU UNDERSTAND!? royals whom intefere politics don't deserve even a greeting. Say bye bye to Bansa J. Respect Bangsa Malaysia dululah, sebelum Bangsa J. Ini semua duit 2.6B. OMG. You of all the people. At the end Jibby could get you!!!.

      Delete
    4. Suruh dia bertanding sebagai calonlah baru dia tahu apa erti kesusahan kpd rakyat.

      Bila penyamun curi duit rakyat dia bukannya nak tolong rakyat tangkap penyamun tu.

      Delete
  5. Adakah Mahafiraun Sudah Bertukar Menjadi Maharajalawak?
    Pengerusi Empirical Malaysia, Anina Saadudin melemparkan persoalan apakah Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir yang dahulunya digelar Mahafiraun oleh pembangkang kini sudah bertukar menjadi Maharajalawak?

    Ini jelasnya berikutan tindak tanduk Dr Mahathir itu sendiri yang sejak akhir-akhir ini kerap membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

    “Hati saya merasa tidak sedap sejak akhir-akhir ini apabila Dr M kerap membuat kenyataan yang tidak lagi berbunyi seperti Mahathir. Aspek penilaiannya dan pertimbangan kewajaran Dr M kerap membingungkan.

    “Sesekali saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku kepada Dr Mahathir hari ini.

    Adakah Dr M masih sihat dan mampu berfikir seperti dulu hinggakan penilaian beliau terhadap sesuatu isu seperti tidak masuk akal dan mencurigakan?”, katanya dalam catatan terbarunya di laman facebook.

    Terkini jelas beliau, Dr Mahathir telah memfitnah Menteri Besar Kedah telah menjual tiga buah pulau di Langkawi kepada pihak dari China ketika berucap di Yan, Kedah 2 hari lalu.

    Soalnya bagaimana Dr Mahathir mendakwa beliau tahu tentang penjualan tersebut sedangkan beliau sendiri tidak tahu nama pulau-pulau tersebut.

    “Dr Mahathir juga tidak lagi bercakap berdasarkan “logical reasoning” seperti kebiasaan beliau dahulu. Beliau gemar membuat andaian-andaian berdasarkan imaginasinya ketika berucap.

    “Maafkan saya, ianya sudah seperti seorang datuk yang cuba menghiburkan cucu-cucunya. Saya bukan memperlehkan beliau tetapi anda nilaikanlah sendiri.

    “Beliau juga kerap melakukan “slapstick joke” ketika berucap dengan mengejek dan melakunkan watak-watak tertentu yang membawa kepada gelak ketawa hadirin”, ujarnya.

    Soal Anina lagi adakah ini watak yang mahu dipertontonkan oleh Dr Mahathir kepada rakyat sebagai “calon Perdana Menteri yang sudah berubah” pada PRU 14?

    “Adakah ini caranya Dr Mahathir mahu dikenang oleh rakyat Malaysia apabila beliau sudah tiada suatu hari nanti?”, soalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainina tu gagal Bahasa Melayu. Tidak faham maksud tersirat.

      Delete
    2. Pejuang rakyat kat pengkhianat kpd rakyat?

      Yg mana satu ni?

      Tolong bagi pencerahan sikit

      Delete
  6. POLITIK TUN M KIAN MELALUT
    KETIKA menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad di­sanjung dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang sentiasa berhati-hati apabila ber­kata-kata dan sentiasa teliti dalam tindakan.

    Pelbagai pihak sama ada da­lam mahupun luar negara amat me­­ngagumi beliau, malah musuh-musuh politik ketika beliau berkuasa juga tidak mampu me­num­bangkannya, tetapi kini Dr. Ma­hathir sudah berubah watak.

    Daripada seorang bertaraf negarawan, Dr. Mahathir yang mencecah usia 93 tahun semakin tidak keruan dalam berkata-kata dan tindakan politiknya. Langkah keluar masuk UMNO dan kemudiannya bagaikan ‘bercerai talak tiga’ dengan parti yang cukup banyak berjasa dalam karier politiknya apabila menubuhkan PPBM menyebabkan beliau semakin ‘melalut.’

    Dr. Mahathir sudah tidak lagi berhati-hati dalam berkata-kata mahupun teliti dalam tindakan. Dendam politik yang membuak-buak dalam dirinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan beliau bagaikan hilang pertimbangan.

    Sememangnya hak Dr. Mahathir dalam usia 93 tahun untuk terus berpolitik walaupun mungkin dalam kalangan ahli politik sedia ada belum tentu dapat mencapai usia sedemikian, tetapi janganlah ‘melalut sangat’ sehingga perasaan hormat terhadap ketokohan beliau bertukar menjadi kebencian.

    Apa yang mengecewakan, ka­lau setakat mengkritik dasar-da­sar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengapa kerana Dr. Mahathir kini berada dalam Pakatan Harapan diketuai DAP, tetapi janganlah membuat kenyataan politik yang menghina rakyat.

    Tidak cukup lagikah dengan menyamakan bantuan kepada rak­­yat seperti BR1M sama taraf dengan makanan haiwan apabila menyifatkan ia sebagai dedak dan menjatuhkan hukum jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur.

    Tidak cukup lagikah ‘mengumpul dosa’ apabila menyatakan Najib tidak menyembah Tuhan tetapi menyembah cash? Tidak puaskah lagi melemparkan tuduhan bahawa kerajaan akan me­nipu dalam PRU-14 melalui undi pos? Seronok sangatkah mahu melihat UMNO tumbang?

    Kenapa perlu meneruskan ke­­celuparan dengan menghina rak­yat Sabah dan Sarawak pula de­ngan menyatakan mereka pemalas dan mempunyai mentaliti rendah? Kenapa bersekongkol de­ngan pemikiran jumud sekutu dalam Pakatan Harapan mahu mem­batalkan projek mega yang bertujuan membangunkan ekonomi orang Melayu di Pantai Timur?

    Hakikatnya terlalu banyak per­buatan Dr. Mahathir yang me­nunjukkan beliau sudah kehila­ngan arah dalam berpolitik, tetapi malangnya ketentuan sikap dan tindakan beliau itu tidak semena-mena mengheret rakyat.

    Dr. Mahathir sanggup menghina mereka apabila menerima bantuan rakyat. Dr. Mahathir sanggup memperlekehkan mereka kerana terus setia bersama BN dan Dr. Mahathir sanggup bercita-cita menghalang projek yang jika dilaksa­nakan bo­leh memberikan manfaat kepada bangsanya sendiri.

    Kalau demi menjaga hati dan membalas budi DAP kerana menyokong pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri dengan tidak lagi menentang konsep Malaysian Malaysia, silakan sahaja, itu hak beliau tetapi janganlah melakukan tindakan yang mengundang petaka kepada rakyat khususnya orang Melayu.

    Sepatutnya dalam usia sedemikian dan amat berpengalaman dalam berpolitik, Dr. Mahathir tidak mudah ‘melalut’ ketika berkata-kata dan bercelaru dalam tindakan. Namun malangnya, Dr. Mahathir bagaikan ‘seorang tua di kaki gunung’ yang cukup beremosi dalam menjalani sisa-sisa kehidupannya.

    Tetapi Dr. Mahathir bukannya ‘seorang tua di kaki gunung’, sebaliknya beliau seorang bekas Perdana Menteri yang anak-anaknya bertaraf bilionair dan seorang yang dipotret cukup cinta kepada bangsanya melalui puisi-puisinya yang akhirnya dianggap hanyalah satu sandiwara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa yg kelam kabut?

      BN ka PH?

      Sapa yg akhir2 ni asyik terkinja kinja dok jual nama bugis semula?

      Sesak nafas sgt dah ka sampai terpaksa mengemis minta sambung nyawa drp istana pulak.

      Bikin malu saja tu!!!!

      Delete
  7. Sudah pasti kita tidak mampu menghalang Dr. Mahathir untuk tidak terus ‘melalut’. Siapalah kita untuk menasihatkan seseorang yang bertaraf negarawan, te­tapi sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu, kita berhak menolak politik ‘melalut’ beliau, apatah lagi Dr. Mahatir bersekongkol dengan bekas musuh-musuh politiknya yang sekadar menerima beliau sebagai alat bagi meraih sokongan orang Melayu.

    Penulis percaya semakin ramai yang sedar Dr. Mahathir bukanlah lagi tokoh dikagumi seperti mana ketika beliau menjadi Perdana Menteri sehingga dianggap ‘Bapa Pemodenan’, sebaliknya beliau kini menjadi ‘Bapa Pembangkang’ .

    Sesungguhnya penulis bersim­pati dengan Dr. Mahathir. Ini ke­­rana dalam keadaan tubuh se­makin dimamah usia, beliau ma­hu terus menimbus segala kebai­kan dan jasanya yang pernah ditabur kepada negara dan ba­ngsanya melalui tindakan politik yang dianggap sudah melampaui batas.

    Kalau dikaji kenyataan dan tindakan beliau, sementara beliau begitu seronok bersahabat dengan DAP, PKR dan PAN, pihak-pihak lain termasuk rakyat yang dibantu oleh kerajaan tidak akan terlepas daripada serangan kecamannya.

    Semua itu berlaku hanya dise­babkan Dr. Mahathir sudah dikuasai nafsu amarah politik yang keterlaluan terhadap Perdana Menteri, sebab itulah sesiapa sahaja yang bersama kerajaan akan menjadi sasaran kenyataan ‘me­la­lut’ beliau.

    Kita tidak pasti bilakah Dr. Mahathir akan insaf dan sedar bahawa apa yang sedang beliau lakukan adalah tidak betul. Tetapi apa yang pasti Dr. Mahathir sudah terpengaruh dengan politik Pakatan Harapan sehingga beliau dilihat begitu mudah mengikut ­rentak politik tidak matang kelompok tersebut yang semakin kemaruk kuasa.

    Percayalah, kecelaruan tindakan dan fikiran politik Dr. Mahathir akan berterusan sepanjang PRU-14 berlangsung. Ramai sudah menjangkakan lebih banyak kenyataan kontroversi akan dilontarkan kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai modal lain memandangkan beliau sendiri telah menyatakan janji-janji pilihan raya Pakatan Harapan sukar dilaksanakan. Inilah bahananya apabila dendam politik menguasai diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 25 di Sarawak.
      22 di Sabah.
      21 di Johor.
      12 di Perak.
      10 di Pahang dan Kedah
      5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
      4 di Melaka dan Terengganu.
      3 di Perlis dan Penang.
      2 di Kuala Lumpur.
      1 di Putrajaya dan Labuan


      Sabah n sarawak yang cuma dapat tong biru,generator utk rumah panjang pada setiap kali nak pru pun tetap jadi fix deposit bn...huhhhhh


      Harap parti warisan kasi hentam kasi lunyaiiiii bn sabah ini kali

      Delete
    2. Tukul pejuang rakyat aka pejuang melalut ni sekali.

      Gila sikit2 sudah laa. Jgn pulak terlebih gila!!!

      Delete
  8. Mlm ni shift petualang rakyat....kejora bapuk tua tulur kicik rehatkan Geng Najis....keh keh...keh..

    ReplyDelete
  9. Pejuang Rakyat, malu pakai nama tersebut. U sepatut pejuang Umno.
    Pariah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan pariah. Dia pendokong Kleptocrat.

      Lagi bawah dari pariah.

      Delete
  10. Pejuang Rakyat, malu pakai nama tersebut. U sepatut pejuang Umno.
    Pariah.

    ReplyDelete
  11. Sudah lama saya perhatikan tindak tanduk raja , sultan serta para kerabat yang ada di Negara ini .

    Saya gembira dan rasa bangga , di dalam pergolakkan system monarki di dunia , Malaysia , walaupun terdapat pergolakkan , system raja berparlimen / berperlembagaan masih bertahan sehingga kini .

    Sedihnya , ada dikalangan mereka tidak faham tentang perjalanan pemerintahan Negara ini . Ada yang terlebih vocal tanpa sedar di mana kedudukkan mereka . Inilah yang terjadi kepada TMJ . Saya rasa dia perlu mendalami apa yang termaktub didalam perlembagaan .

    TMJ kena sedar , apa yang parlimen ketika di bawah Mahathir hanya mengurangkan kuasa mutlak raja2 sahaja ... bukannya menghapuskan kuasa diraja itu . Kuasa mutlak itu adalah yang bersangkutan keatas kekebalan raja2 dari didakwa akibat perilaku diluar bidang . Ini adalah rentetan peristiwa datuk TMJ sendiri yang membelasah hingga mati , kalau tak silap saya caddy golf dia tanpa bolih didakwa . Penggubalan undang2 untuk menghadkan kuasa mutlak yang di lakukan adalah untuk meredakan perasaan marah rakyat terhadap institusi raja .

    Ini adalah untuk memastikan kelangsungan kewujudan system beraja dari terus ditolak rakyat . Tidakkah rakyat terutama orang melayu jika system raja ini terhapus ?

    Terus terang saya nyatakan , ada kalanya saya marah juga apabila melihat keletah sekelompok kerabat ini . Dimasa sama saya juga berharap ia tidak akan terhapus . Ini kerana , saya dilahirkan ketika Negara ini masih dipanggil Persekutuan Tanah Melayu . Sekarang , yang tinggal hanya Keretapi Tanah Melayu dan Raja2 Melayu . Itu pun kekadang timbul juga kemushkilan kerana melayu hanya pada nama saja ...anda fikir2kan lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apahal kau nk libatkan sultan, sultan sbg mnusia ada pndangan masing2 dlm politik, dgn ph takde langsung kelebihan dgn bn, sama2 teruk takkn sultan nk kata ph lebih baik, mahadey dh terlalu byk mnimbulkan msalah polotik sejak sekian lama nk dilantik lg jd pm, parti jenis apa mcmni, mcm dh ketandusan pmimpon yg amat sgt, kbodohan pmbngkang sekali lg akan tersrlah dgn bn berada dlm keadaan amat lemah mereka takkn mmpu mng, kerena mereka juga lemah takde apa prubahan dlm pmbngkang sejak sekian lama cuma kerana kelemahan bn mereka boleh bernafas,

      Delete
    2. Politik ni hak rakyat ka hak istana?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Istana mana pula yg ada hak

      Delete
    5. Oh .... pandai pula kamu kata "istana mana pula ada hak " .

      So , the palace has to keep their big mouth shut as far as politic is concerned .

      Delete
    6. Diny.. agreed wth you. Takotnya akan Melayu Hilang di dunia la, klu pihak2 istana cuba mencorakkan politik ikut pe'el dan kemahuan mereka. Tanpa diledui akibat dan kesan pada rakyat dan generasi2 yg akan datang. Kita masih teruns menerus diperintah Sang Klepto dgn restu pihak2 istana.

      Delete
  12. Syabas diny. Sy bersependapat dgn tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adilkah kalau istana boleh menyentuh hal politik tetapi politik tak boleh menyentuh hal istana?

      Di mana timbang taranya?

      Delete
    2. Politik mana yg tak boleh sentuh istana, mahadey dh sekian lama mnyentuh istana

      Delete
    3. Apa yang Mahathir sentuh ???

      Parlimen hanya menggubal kuasa mutlak kekebalan raja/sultan agar pendakwaan dibolihkan apabila melibat bidang2 di luar kawalan institusi itu sendiri .

      Ini di lakukan rentetan dari kejadian orang awam yang di pukul sampai mati olih orang istana tanpa bolih di dakwa .

      Delete
  13. Rakyat makin lama makin muak dgn politik mlysia,parti pmbngkang mahupun kerjaan bukannya baik tp semuanya bertambah buruk, usah kata mana2 pihak lebih baik dr pihak yg lain semuannya sgt buruk, bn dah diketahui kburukan pmbngkang terus mnunjukkn kbodohan yg teramat sangat, ksimpulan sbg rakyat biasa tak payah kita nk taksub dan mnipu org lain dgn mnyatakan pihak yg kita sokong lebih baik,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu ko setuju prompak dibiarkan memimpin negara?...

      Delete
    2. Aku mmg tak setuju, aku juga tak stuju pm skrg aja yg nk dimasukkn dlm pnjara bgmana dgn mahadey nk dilepaskan mcmtu dgn berbagai kesalahan yg masih mnjdi misteri, isu mamali, perwaja, penyalahgunaan kuasa semasa pertuduhan keatas anuar nk dilepaskn mcmtu aja ke

      Delete
    3. Uku tiga suku.






      Hang pi ikut najib masuk penjara sekali la.
      Boleh tolong basuh berak dia di sana nanti.

      Delete
    4. Ni pentaksub yg bodoh,bukn berani nak berkata benar, org yg zalim perlu ke nk dibela

      Delete
    5. Uku ... the choice is yours ..

      I don't deny both sides make mistakes . It is your choice to choose between the evil and the devil ..

      Delete
    6. These tyes of people wull always go for the devil and they willingly love to be devil associates and accomplices. Uku aka Timbuktu Pengkhinat Rakyat aka Wak Kengkang ni already sold their soul to devil Bugis Pinky lips and Devil Woman (you know who i meant-that Ratu Manderam pinky diamonds la) huhuhu

      Delete
  14. Fuhhh...Taniah dan cayalah TMJ kerana kasi kaw2 punya pada si Madey tu. Baru dia tau..bertemu buku dengan ruas. Selama ni dia ingat istana Johor suka sangat ke kehadiran Madey dan pimpinan2 PH bertandang ke Johor..kalau berrtujuan untuk merapatkan lagi perpaduan dalam kalanagn rakyat Johor takpe jugak, ni datang untuk menyebar berita palsu, fitnah dan hasut sesukka hati, memang nak kena lahkan.
    Madey dan PH ni masih tak baca sejarah lagi ke...kan UMNO , parti keramat tu dilahirakan kat istana Johor. Dah tentu ada sentimen dan hubungan yg amat2 erat antara parti tu dengan istana Johor..ibarat aur dengan tebing, takkan berpisah sampai bila2. Jangan ingat rakyat Johor begitu mudah nak beri sokongan pada PH begitu saja..langkah mayat mereka dulu. Cinta dan kesetiaan rakyat Johor pada istana dan parti keramat UMNO ni memang tak boleh dipertikaikan langsung...mereka berbangga dengan jolokan johor sebagai kubu kuat UMNO yang mustahil tumbang sampai bila2 pun. Hanya mereka yg tak faham bahasa saja yg tak boleh terima hakikat tersebut. Pendirian rakyat Johor dah ditegaskan sejak azali lagi...Madey dan PH jangan buang masa lah kat Johor, membazir masa, tenaga dan wang ringgit aje !!!!!

    ReplyDelete
  15. Ingat Istana senang2 aje melupakan sejarah hitam lagi kelam yang telah dipalitkan oleh Madey ke atas mereka dalam isu kekebalan Raaj2 dulu tu. kalau tanya Madey, mati2 dia takkan mengaku bahawa dialh perancang untam dalam isu tersebut..malah dituduhnya ketua hakim negara waktu tu yang membuahkan idea tersebut. Sejak berzaman lagi, cuba kita perhatikan ..pernahkah dia nak mengaku kesalahan dan kesilapan yg telah dilakukannya. Isu Memali..dituding jarinya pada Tun Musa. Isu Forex, gabenor BNM disalahkannya...kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai RM, dituduhnya George Soros.
    Tapi bila kena setepek dengan teguran bernas TMJ, tak boleh terima pulak..banyak cantik muka. Yang tiap2 hari dok kutuk, hina, caci, sindir DSNR tu boleh pulak. Seolah2 ada dua set penghukuman terpilih bagi Madey ni..hanya dia saja yg boleh menjatuhkan hukaman pada orang, tapi bila orang menghukum dia..melenting bagai nak rak, tak boleh terima pulak. Ajak dan hasut rakyat untuk sama2 mempertahankannya. Apa..ingat rakyat ni keldai dan kuda tunggangannya sesuka hati dia ke???
    madey kini dah dalam dilemma...dia tau bila istana dah berbunyi, dah tentu ini akan memberi kesan besar lagi negatif terhadap sokongan rakyat terhadapnya dan PH, kesan yang bakal mengubah perjalanan momentum PH di saat2 akhir menjelang PRU ni. Sebagai ahli poltik veteran yg mahir dalam sepak terajanag politik negara, madey tentunya dah dapat menghidu impakakibat dari suara2 dari istana ni..dan yakinlah, dalam masa terdekat ni, akan ada lagi suara2 keramat dari istana2 seluruh negara akan mendendangkan nada yang hampir sama spt TMJ...dan baru lah Madey sedar bahawa selama ini, istana yg diperdajalkannya dulu akan menggali kubur politik untuknya dan PH, tapi apa kan daya..nasi dah jadi bubur yang basi, beracun kalau dimakan !!!!!!

    ReplyDelete
  16. some of the comments from other(Sources of alternative media) abt HRH kat Selatan tu, saran rakyat kasi chance sama itu Nakhoda busok jdi PM lagi HRH deseprately cuba menyelamatkan Boss Klepto hang dan konco2 ponco seperti dibawah ini :

    Tuanku, the problem is the skipper is directionless and steering the boat into a mountain of deb. The rakyat need to take back the control of the boat and sack the skipper . Give a chance and help the new skipper with your wisdom. Daulat Tuanku !
    Tuanku, the problem is the skipper is directionless and steering the boat into a mountain of debt . The rakyat need to take back the control of the boat and sack the skipper . Give a chance and help the new skipper with your wisdom. Daulat Tuanku !

    Lotus Nacido said -
    Can I share something? TUN who originally not even a Malay, wanted so much to upbring the Malay race to a International threshold. He tried to do something in his 93 years life. My question is other then Tunku Abdul Rahman, what the hell did the royalty of great Nusantara did? What happen to you sir? I respected to you a lot thinking that you would bring a new blood into royalty's understanding to a new world! But WOW, 2.6B can do wonders even to you? Trust me Sir, just spend your time peacefully and calmly like what the England's royalty do spend on normal hard working's people TAX just eat, spend, sleep and take of your children to continue your legacy. I will still pay for you live happily ever after at the boleh boleh land forever!!!

    So at the end the leopard change its spots. All because of $$$$$$. I respected you till the end. Your grandfather deserve it because, he went overboard and showed the whole Malaysian royalty, that they are untouchables, until TUN interfered. YOU UNDERSTAND!? royals whom intefere politics don't deserve even a greeting. Say bye bye to Bansa J. Respect Bangsa Malaysia dululah, sebelum Bangsa J. Ini semua duit 2.6B. OMG. You of all the people. At the end Jibby could get you!!!.

    ReplyDelete
  17. QUOTE : You want the truth VOTE PH. YOU WANT ANSWERS ON.2.6B DONATION VOTE PH, YOU WANT TO KNOW THE FINDINGS OF THE AUDITOR GENERAL VOTE PH, YOU WANT TO KNOW THE CONTENTS OF THE PAC REPORT VOTE PH.
    NOTHING COMES FREE - VOTE PH TO KNOW THE TRUTH.

    ReplyDelete
  18. Anak kepada jurulatih hoki Douglas Gomez yang dilaporkan dikasari oleh sultan Johor pada tahun 1992, Sultan Iskandar pada tahun 1992, menyifatkan tempoh berkenaan sebagai kebangkitan rakyat biasa yang tampil mempertahankan mendiang bapanya.

    “Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan,” tulis Brian dalamFacebook miliknya malam semalam.

    Ia selepas cucu Sultan Iskandar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengimbas semula sejarah hitam pada 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.

    Menurut Brian dalam tulisannya, beliau masih ingat apabila bapanya pulang dari istana dengan mata yang lebam.

    “Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah.

    “Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya.

    Menurutnya, berikutan insiden itu, ayahnya menjadi bahan percaturan antara “mereka yang dilantik ke kuasa dan mereka yang dilahirkan ke kuasa”.

    Menurutnya, ketika itu beliau menyedari bahawa kuasa sebenar bukan milik pihak berkuasa tetapi wujud dalam naluri manusia yang dapat membezakan antara betul dan salah.

    “Ia (kuasa sebenar) wujud dalam keberanian, keyakinan-diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada.

    “Kuasa sebenar milik rakyat,” kata Brian ( atas , kiri ).

    Pada tahun 1992, apabila Persekutuan Hoki Malaysia menggantung Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Iskandar daripada bermain selama lima tahun kerana memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan, ayahandanya menjadi berang.

    Sultan Iskandar kemudiannya bertindak memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukan kejohanan kebangsaan.

    Ini menjadikan Douglas Gomez sebegitu kecewa lalu membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.

    Benggang dengan perkembangan itu, Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis.

    Berikutan itu, satu sesi khas parlimen telah diadakan pada bulan Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu dibentang dan diluluskan.

    ReplyDelete