Saturday, 7 April 2018

BENARKAH EXCO KEDAH DAN DIKATAKAN BAKAL CALON BN PARLIMEN MERBOK ADA HUTANG RM48 JUTA?


Ahli Exco Kedah, Tajul Urus Mohd Zain kini disebut-sebut sedang berada di senarai teratas untuk bertanding di kerusi Parlimen Merbok dalam pilihanraya akan datang.

Namanya sedang menjadi sebutan ramai - dari Alor Setar hingga ke Putrajaya - dan Tajul Urus sendiri boleh dikatakan gembira dengan perkembangan tersebut.

Beliau dipercayai menjadi pilihan pihak tertentu yang rapat dengan Najib Razak dan kebiasaannya, adalah terlalu sukar untuk Perdana Menteri menolak kehendak pihak terbabit.

Kerusi Parlimen Merbok sekarang dipegang oleh Prof. Dr. Ismail Daut yang berjaya menewaskan pencabarnya,  Nor Azrina Surip daripada PKR dalam pilihanraya 2013 yang lalu dengan majoriti 4,122 undi.

Tajul Urus pula adalah Adun Tanjung Dawai merangkap Exco Negeri Kedah setelah menang menewaskan calon Pas, Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dengan majoriti 3,780 undi.
Pada pilihanraya umum 2008, Tajul Urus dipilih sebagai calon BN untk kerusi Parlimen Merbok, tetapi beliau tewas kepada Rashid Din daripada PKR dengan kekurangan 3,098 undi.

Dengan yang demikian, kiranya benar Tajul Urus dikembalikan untuk bertanding di Parlimen Merbok, ini tidak ubah seperti cubaan menebus kembali kekalahannya dalam pilihanraya 2008 yang lalu itu.

Soalnya, apakah Tajul Urus benar-benar calon yang "winnable" dan bukan liabiliti kepada UMNO dan BN?
Berdasarkan dokumen mahkamah yang diterima, beliau dipercayai ada mempunyai hutang sebanyak RM48 juta dengan sebuah bank berkaitan projek pembinaan kilang di Sabah.

Akibat kegagalan membuat pembayaran, bank tersebut telah menyaman tiga defendan, termasuk Tajul Urus pada 2016 dan pihak mahkamah pada 2017 telah mengarahkan pembayaran sebanyak RM48 juta itu terhadap ketiga-tiga defendan.

Pada 26 Mac lalu, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan ketiga-tiga defendan berhubung rayuan mereka terhadap pembayaran hutang tersebut.

Ini menjadikan ketiga-tiga defendan tersebut terpaksa membayar hampir RM70 ribu sebulan kepada bank berkenaan.

Sekiranya benar Tajuk Urus masih berada di senarai teratas untuk dipertaruhkan bertanding dalam pilihanraya akan datang, lebih-lebih lagi jika dipindahkan bertanding di peringkat Parlimen, adakah beliau, dalam keadaan bebanan hutang yang ditanggungnya sekarang ini, benar-benar merupakan calon yang layak, "winnable" dan tidak merupakan suatu liabiliti kepada UMNO dan BN? (ShahbudinHusin 07/04/2018)

16 comments:

  1. PH MENYIARKN IMAGE LOGO KEADILAN DLM SETIAP POSTING MULAI SEKARANG.. BIAR MUDAH DIHAFAL OLEH SEKELIAN RAKYAT.

    SEBARKAN LOGO UNDI KEADILAN DLM DUNIA CYBER!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBARKAN LOGO KEADILAN DLM SETIAP POSTING BLOGGER PRO PH MULAI SEKARANG

      Delete
    2. "pilihanraya umum 2008, Tajul Urus dipilih sebagai calon BN untk kerusi Parlimen Merbok, tetapi beliau tewas kepada Rashid Din daripada PKR dengan kekurangan 3,098 undi."

      Nampak lah ada sebab lain dari populariti nya si Tajul di tonjolkan ke Merbau.

      Tajul kena terima lah ada "the big picture" Najib akan kata, tak kira dia faham ke tak frasa itu.

      Nampak nya senang lah PH nak menang di situ. Sebab nyata Tajul bukan "winnable candidate". Kot dia "dispensable candidate".

      Delete
    3. Apa tah lagi "mempunyai hutang sebanyak RM48 juta dengan sebuah bank berkaitan projek pembinaan kilang di Sabah.

      "terpaksa membayar hampir RM70 ribu sebulan kepada bank berkenaan."

      Mesti tak terdaya dia. Jadi menteri pun, tak boleh bayar.

      Apa kah dia tak dapat apa apa dari RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib yang Shahril Ketua Bahagian Umno Johor Bahru kata dia terima RM1 juta dulu itu?

      Kesian, tak terpilih untuk menerima ganjaran. Kot dia boleh mintak tolong dari Shahrizat yang di gelar "lembu kondo".

      Apa? Dia dan / suami pun terhutang bank berjuta, lembu punya pasal?

      Moral of the story: Jangan melembu. Kedua dua Shahrizat dan Tajul.

      Delete
    4. Cilakak punya Tajul Urus

      Buat busuk nama aku je

      Ntah apa yg diuruskannya tak tahulah aku

      Tak terbawak dek nama

      Damn

      Delete
    5. Tadi saja p jln kat opis pakatan. Terkejut ramai dok berkumpul. Tau2 depa rupanya dok ambil sticker logo pkr. Aku tumpang sekaki. Blh lekat kat kereta sampai hari mengundi. Tak sangka sampai mcm tu punya ramai. Rasa yakin bn tumbang d kedah

      Delete
    6. Kenapa muka menteri masa bubar parlimen sengal semacam aja, terutama MCA dan MIC dan hishamuddin,
      Aku tak leh lupa smpi bila bila,

      Delete
    7. Berita Terbaru. Ketua ameno Bdr Tun Razak has been cleared by police of positive drugs finding. This is FAKE NEWS! Tetiba takde kes. Eh eh sama mcam kes 1MDiBabi tu ye. Si AG Apandit meng-clear kan " si Penyamun dari salah guna dan apa2 rompakkan duit 1EmdiBabi tu. Boleh percaya ke ini statement!. Ingat semua Rakyat bodoh! Amboi senang2 si Klepto dan Si Jawa Komedi arah polis "Clear kan" si mamat ni. Klu pembangkand, takde kes pun akan direka bukti utk kenakan si lawan. Yg kes Pemuda PKR Selangor tu, dia beli umah banglow yg dilelong kemudian hutang Along lagi utk bayar duit rumah. Tapi si Jamal Jamban dengan dengki dan khianat, siap bawa helikopter ambil gambar umah Ketua Pemuda PKR tu. Pastu mgadu kat SPRM suruh siasat kekayaan si mangsa ni. Amboi byk cantek hangpa ameno haprak ni. Yg boss kau dan Mak Badak tu kaya raya,shopping sakan di llaur negara juta2 pakdi kredit kad, siap ada duit juta2 dlm Bank dan berlian permata mahal2, pink diamonds sampai beratus juta tu perhal, Jamal Jamban tak minta pula SPRM atau polis siasat dua2 laki bini klepto ni!. Aku dah naik meluat tahu dgn org2 Melayu mcam kamu ni. Mcam ni punya perangai baik Melayu2 mcam puak hangpa ni hilang di dunia lah! Semoga Allah ganti dgn Melayu2 Baru, bukan melayu UMNIO baru ye. Sbb UMNO dah tak guna , tak bule diselamatkan lagi.
      Even though ada di saat2 parlimen dah dibubar, dan himounan Parti Pembangkang diterajui Tun M baru2 ni dpt sambutan di nun negeri sebelah selatan tu,ad pula suara yg menasihat dan merayu rakyat supaya jgn tukar kapal, tukar enjin saja. Janga marahkann parti kerana kelakuan burok seorang tu sahaj. Pastu berpendapat nakhoda yg ada sekarang ni pun tak payah ditukar, perlu dinasihati dan diminta tukar perangai dan diminta tukar haluan kapalke laluan yg betul sahaja. Masaalah nya bukan semua enjin boleh ditukar. Ada yg rosak langsung, tak boleh repair pun. Sama mcam Nakhoda atau peminpinnya sudah rosak!. Dah dia rosakkan diri tapi ini kasi rosak satu negara, kasi rosak ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Kasi rosak nama harum Malaysia stu dunia dgn skandal 1emDeeBee, lagi perlukan nakhoda macam ni lagi kah utk terajui negara. Ada ramai lagi good souls adn wise ones that can manage and lead this country to success and make Malaysia Great Again!. I dunno what to say anymore if some people refused to accept the damaged done by this Pirate (not Captain) and still want to retain him. Allah saja yg maha pengasih dan maha memerhati saja yg dapatkan selamatkan rakyat dan tanah air ku.

      Delete
    8. Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

      Kenyataan ketua editor SR ini dibuat setelah PAS, melalui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengancam akan mengambil tindakan saman.

      Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

      Bahasa mudahnya berita itu adalah sembang-sembang di kedai kopi sahaja tetapi dalam hal ini, Sarawak Report (SR) telah menjadikannya bahan artikel untuk tujuan jahat dan terancang menjatuhkan PAS.




      Maka ahli PAS 'jadian' pun membuat kenyataan "dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sepi."

      Katanya lagi “Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

      Kenyataan kedai kopi pun si 'jadi-jadian' ini anggap serius.

      Lagi malang puak-puak PAN/IKRAM.
      Raya sakan mereka menyerang PAS dengan isu ini. Mereka mengaikan apa yang dinasihatkan oleh Allah taala tentang berita daripada orang fasiq.

      Allah berfirman,
      يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
      “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

      Cikgu Halim kaki fitnah yang selalu menyerang PAS membuat posting dalam facebooknya..



      Wan Mohd Aman ini pun kaki fitnah kepada PAS, hari-hari buat posting menyerang PAS tak faham kenyataan "kecurigaan yang meluas" yang membawa maksud syak wasangka.



      Asal boleh hentam PAS kira rasa dia bahagia.


      Zulkiply Harun atau Greenboc juga hilang pertimbangan agama menyerang PAS dengan berita syak wasangka. Dia ni cakap agama macam ulama tapi pasal fitnah mengalahkan 'syaitan'.

      Kalau saya senarai posting cybertropper PAN/IKRAM nescaya berjela-jelalah artikel saya kali ini. Cukuplah.

      Dalam membalas posting mereka saya cakap kepada cybertropper PAN/IKRAM saya ada maklumat dimana wang RM90 juta digunakan.




      Pertama, Abdul Hadi Awang, Presdien PAS nak guna wang itu untuk membeli rumah besar dan mewah. Dia bekerja sebagai MP dan ADUN 30 tahun tak cukup duit. Walaupun ada elaun MB dan beberapa elaun lain dia masih tak cukup duit kerana suka berjoli.



      Kedua, MB Kelantan Ahmad Yaakob nak beli basikal Madone 5,9 SL basikal yang dihiasi 7 berlian supaya mudah untuk dia nak ke Masjid.



      Ketiga, Persuruhjaya PAS Terengganu, Saitiful Bahri nak tukar kereta volvo antik dihadapan rumahnya kepada model terkini, Volvo XC90 Excellence.

      Puak-puak PAN/IKRAM ni kalau kita kata mereka ini tongkat UMNO mereka marah tapi mereka tak sedar mereka buat kerja UMNO untuk buruk dan fitnah PAS.

      Saya cakap kalaulah andaian dan wasangka boleh dijadikan hujah dan bukti penyelewengan maka saya pun boleh buat begitu. Saya boleh katakan bahawa puak PAN/IKRAM dapat duit daripada DAP dan YAHUDI kerana "kecurigaan yang meluas" menunjukkan mereka boleh menjilat DAP!

      Delete
  2. tajul dan wanita berpisah tiada

    ReplyDelete
  3. memgaharamkan bersatu ppbm


    tanda sifat pndan dan bapok seorang pemimpin kerajaan


    nak lawan gentelman tak dapat


    main haram haram macam tok guru hadi ajar


    telur kecut batang pelir mancis inilah ketua kpd 3juta ahli umno


    sifat pondan dalam pemimpin akan melemahkan megara yg d pimpin


    lihat saiz telur bNajib yg sebenar

    kalau pelir saiz mancis apalagi telurnya

    inilah


    ketua segala bapok di tanah melayu yg wajib di hapuskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar sini Wak Kengkang dan umnongko. Alar klu BN menang pun, menang TIPU! faham? Mula2 di Aktakan Fake News, kemudian suruh ROS banned PPBM then last minutes, tambah lagi dedak, janji tambah BR1M lagi dan hanya di bayar bulan Jun. Ooi Klepto Haprak, hang ingat kami bodoh. Indirectly gula2 kan rakyat dgn janji manis mu tambah dedak, tpi bayar Jun, Tu nak ugut rakyat2 melayu lah terutama yg golongan B40." Klu nk lebih BR1M, kena undi aku dan BN. Klu tak undi, takda BR1M tambahan".
      Amboi, amboi, amboi! Byk cantek kepit pondan mu, kepala botak mu dah bibir pink penipu mu ye!.. Dasar penipu, perasuah, penipu dan perasuah lah juga hingga ke akhir nya!. Geng2 ayuh PRU ni pakat keluar ramai2, kita vote Lanun Klepto, Queen Fake Nose and BN OUT for once and FOREVER ! ! !

      Delete
  4. Cyber trooper Umno dah henti attack? Dedak dah dapat? Ataupun Najib dah tak ada duit utk cyber trooper dah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Li We Why? Why miss ameno cyber trooper ker. Lebih aman la monyet2 tu takde terutama si Jekyll adn Hyde Wak Kejora Kengkang, sekejap jadi( Dr Jekyll) - LebaiModen, sekejap jadi Kejora (Dr Hyde)...

      Delete
  5. Ini pula lates update bukan Fake News, Najib dan BN pandai2 umumkan tambah BR1M lagi, tapi dibayra bulan Jun (agaknya pre-celebrate konon BN menang PRU) tu yg kalu nk perhabis duit rakyat dan dana negara. Ciss! Cilaka, jijik punya taktik, as if dia dangle carrot at the horses, klu nak i tambah BR1M, you all rakyat kena la menangkan BN/UMNO dulu PRU 14 ni. Wooi ingat duit kau dan Mak Badak ke, suka2 tabur dedak, klau dari poket kau ok la. Ni duit GST dan duit rakya2 yg dicukai. EC watper! Is this the right thing done by BN to woo the hearts of rakyat to win the votes at last minutes. Najib is just a CARETAKER no longer PM since parlimetn had been dissolved yesterday. Ooi SPRM dan MACC, kau org buat apa lagi tu tercegat. Bukan kah ini satu tindakkan yg sumbang.

    ReplyDelete
  6. 'Satu logo' Klepto tak mahu
    Nak sekat,ugut dan dedak
    Pengerusi EC dah bagitahu
    EC tetapkan boleh ke tidak!

    Ini jadi berita baru
    Takut benar Pakatan bersatu
    Lagi taktik nak buat haru?
    Logo dacing takpe pulak tu!

    Nampak macam nak cari salah
    Sengaja dicipta pelbagai 'masalah'
    Agar Pakatan tunduk mengalah
    kacau Pakatan nampak terserlah!

    Pada Pakatan teruskan usaha
    Gunakan segala law yg ada
    Diberi betis dah naik peha
    Sabar orang had berpada..

    Pada agensi mana yg ada
    Ingat akhirat tuju ke mana
    Berlaku adil wajib waspada
    Jangan sampai terus diguna!

    Rakyat menyaksi rakyat melihat
    Bau hanyir nampak kelibat
    Berlaku adil tak ampu si jahat
    Pakatan menang nanti disebat!

    ReplyDelete