Tuesday, 27 March 2018

JHO LOW BELI KAPAL MEWAH EQUANIMITY GUNA DUIT CURI 1MDB - INI BUKAN BERITA PALSU, OKAY!!!


Jabatan Kehakiman AS atau DOJ mengulangi pendiriannya bahawa bilionaire kontroversi, Jho Low membeli kapal mewah Equanimity berharga hampir RM1,000 juta adalah dengan menggunakan "dana yang dicuri dan diselewengkan" daripada 1MDB.

"Memang, seperti dakwaan sepanjang aduan, Jho Low adalah dalang utama yang mencuri berbilion ringgit wang 1MDB," kata DOJ dalam pemfailannya di mahkamah di California Tengah, semalam.

Pemfailan itu adalah sebahagian daripada usaha DOJ untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya melantik kerajaan Amerika Syarikat sebagai penjaga kepada kapal Equanimity yang dirampas itu.
Sebelum ini, kapal tersebut dirampas oleh FBI dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia di perairan Bali.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak menjelaskan, berita yang bersumberkan DOJ berkaitan 1MDB tidak akan dikategorikan sebagai berita palsu.

"Anda boleh petik mereka (apa yang DOJ kata), berdasarkan laporan itu, ia tidak tergolong sebagai berita palsu," kata beliau.

DOJ sebelum ini mengatakan sebanyak AS$4.5 bilion wang 1MDB telah dicuri dan diselewengkan, kemudian digubah secara haram melalui pelbagai sistem kewangan antarabangsa, termasuk di Amerika Syarikat.

Jabatan ini kini sedang berusaha merampas AS$1.7 bilion daripada jumlah AS$4.5 bilion yang dicuri itu  yang telah digunakan untuk membeli pelbagai aset seperti kediaman mewah, jet peribadi, kapal layar, lukisan mahal, barang kemas dan macam-macam lagi.

Bertepatan dengan jaminan Salleh Said Keruak itu, maka melapor, menulis, dan menghebahkan kenyataan DOJ bahawa Jho mencuri dan menyelewengkan dana 1MDB berjumlah AS$4.5 bilion bukanlah menjadi kesalahan kerana ia tidak tergolong dalam kategori berita palsu.

Begitu juga dengan melapor, menulis dan menghebahkan pemfailan DOJ kepada mahkamah semalam bahawa kapal mewah Equanimity telah dibeli oleh Jho Low dengan menggunakan dana yang "dicuri dan diselewengkan" daripada 1MDB, turut bukan merupakan berita palsu.
Pokoknya, berdasarkan dapatan DOJ, memang keyakinan mereka ialah wang 1MDB telah "dicuri dan diselewengkan", dengan dalang utamanya adalah Jho Low.

Maka, sekali lagi,  kita bebas untuk mengatakan bahawa berdasarkan DOJ, sebanyak AS$4.5 bilion dana 1MDB telah "dicuri dan diselewengkan" oleh Jho Low, termasuk untuk membeli kapal mewah Equanimity berharga RM1,000 juta yang dirampas, baru-baru ini.

Ia bukan berita palsu, okay!!!

Kalau tak percaya, tanyalah Salleh Said Keruak? (ShahbudinHusin 27/03/2018)

128 comments:

  1. Power bank pelesu termasuk tak sebagai berita palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang sudah lama akan "mati" jika tiada "berita palsu".

      Delete
    2. Hp Samsung yg ko dpt tu pn pelesu jugak?jgn2 dedak pn dedak pelesu

      Delete
    3. mak badak tu hantu ke manusia? napa selamba je dia naik jet kerajaan free

      Delete
    4. Dah lah Jho Taek di biarkan meleluasa tanpa apa apa sekatan apatah lagi

      Delete
    5. Dah lah Jho Taek di biarkan meleluasa tanpa apa apa sekatan atau seksa, kalau lah puak depa pertahankan dia, nyata lah bersubahat tak terhingga.

      Tapi bagus Said Keruak tu kata boleh "quote" apa DoJ kata, tak salah, bukan fake news punya berita.

      Ayoh kekawan, mari lah kita pula berleluasa. Kita quote apa saja yang DoJ kata. Bertalu talu, sehingga pengundi di seluruh pelusuk negara nampak dan fahamkan penyelewengan 1MDB dan pengsonglapan itu dengan nyata.

      Delete
    6. Apa nak diharapkan kpd keruak. Jaga karabau dia tahu laa

      Delete
    7. Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa urusan pindah milik lot tanah banglo di No 25 Jalan Pinhorn di George Town atas nama Phang Li Koon kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah dibuat pada 2015.

      Penolong Pengarah (Pendaftaran) Pejabat Tanah & Galian Pulau Pinang Mohd Syukri Mohd Mokhtar,33, berkata urusan pindah milik itu dibuat pada 4 petang 21 Oktober 2015 dengan sebanyak 1/1 bahagian dan tanah itu yang menempatkan banglo mewah Lim adalah tanah jenis pegangan kekal yang berkeluasan 944 meter persegi.

      "Tarikh daftar yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang adalah pada 7 Dis 1983. Cukai tanah bagi tanah ini adalah sebanyak RM510.

      “Tanah ini (No 25 Jalan Pinhorn) adalah berstatus ‘First Grade’ bererti pemilik tidak perlu mengemukakan permohonan untuk menukar syarat sekiranya ingin mengubah kegunaan tanah sama ada kepada tanah berstatus industri, pertanian atau pembangunan," katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada perbicaraan hari kedua kes rasuah Lim dan Phang.



      Mohd Syukri, saksi pendakwaan ke-25, turut memberitahu bahawa sebelum ini, lot tanah itu adalah atas nama Ming Holdings (M) Sdn Bhd dan urusan pindah milik tanah berkenaan daripada Ming Holdings kepada Phang dibuat pada 10.54 pagi 2 Dis 2008.

      Penolong Pengurus Cawangan Maybank Islamic Cawangan Jalan Penang, Ooi Beng Joo, 57, pula mengesahkan bahawa Lim telah mengeluarkan cek berjumlah RM100,000 bertarikh 20 Mei 2014 daripada akaun Maybank Islamic miliknya dan dibayar kepada Phang.

      Saksi pendakwaan ke-23 itu juga mengesahkan bahawa cek RM420,000 bertarikh 17 Ogos 2015 milik Lim juga dimasukkan ke akaun Phang.

      "Berdasarkan penyata akaun Lim Guan Eng bagi Ogos 2015, saya sahkan terdapat satu transaksi pengeluaran wang pada 26 Ogos 2015 iaitu transaksi ‘inward clearing cheque’ sebanyak RM420,000 melalui cek tersebut," katanya.



      Perbicaraan kes itu, yang sepatutnya berjalan sehingga Jumaat, ditangguhkan ke 9 April selepas Hakim Hadhariah membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim untuk menangguhkan kes itu atas alasan perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

      Gobind dan Lim mahu menghadiri sesi pembentangan usul persempadan semula kawasan pilihan raya dan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018.

      Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

      Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di Pulau Pinang pada 18 Julai, 2014.



      Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

      Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

      Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

      Delete
  2. Mana pencacai2 penjilat dan pembela jho low? Semua dah jadi pengkhianat kepada negara ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jholow dan Jibby: sepasang jin ifrit membawa malang kepada orang Malaysia. Audzu billahi minnash shaitanir rajim.

      Delete
  3. Ko ada dpt per bnk pelesu ke...Samsung x dpt?

    ReplyDelete
  4. Sebagai reaksi balas ge­saan 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi yang mahu kerajaan menggugurkan cadangan Rang Undang-Undang Anti berita Palsu, Menteri Beliak Sakan berwajah Bangla memutar belit macam kembar Siamnya KJ (Kejora Jahanam) konon sasaran Najib-umno adalah maklumat palsu bukan pemberi mak­­­lumat. Apa-apa pun pemberi maklumat akan tetap mendapat perlin­dungan, konon2 katanya.

    Boleh percaya ker cakap si Bangla nih.......??

    ReplyDelete
  5. PAS DAH MULA MENJILAT UMNO NAJIB

    Selain UMNO, kenyataan Prof kongkang terkangkang, Kamarul Zaman mengenai kekangan usia Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh itu turut dipertahankan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali yang melihat kecaman dilemparkan terhadap pensyarah itu hanya disebabkan ‘khayalan’ pengguna media sosial.

    Apakah berjuta-juta orang yang tonton kebengapan & kebiadapan Prof Kongkang itu semuanya tidak waras & berkhayal.....??

    Sekor lagi professor kangkong dah meyerlahkan kebengapannya, kali ini di pihak pas pis pus, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali.......!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. prof kitol zaman terkencing basah bila tun masuk duduk dlm bicara sinar harian


      baook punye prof


      basar seluar tercirit


      machai umno bapok

      Delete
  6. Wah banyak betul duit si arab mata sepet tu yer! Macam macam dibelinya! Maklumlahhhh! Senang dapat! Easy come, easy go! Mana pegi suara suara "pembela melayu" yg dok bkokok ari ari kat tb3 tu ye! X nak amik pusing ke, usaha skit biar duit yg kena rampas tu dpt balik. Tak kan DOJ tu nak tipu kottt! Sajee buat kes...dia org ada reputation yg nak kena jaga! Tak patut kita rakyat ni yg bersusah payah nak kena tanggung pulak kann!

    ReplyDelete
  7. org bebal mcm rejim haram tak blh beza antara berita palsu tipu fitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak badak pun bela babi ..haram tau..jho lo

      Delete
  8. Kalau bukan berita palsu apa yang menghalang Msia untok siasat jho lo tu? Tak ke besar punya haram jad

    ReplyDelete
  9. kalau tak nak berita palsu 1mdb, declassify ag report. simple, tapi takdak telor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AG pun bagi berita palsu

      Delete
    2. bang, auditor general. kalau ag pandi tu memang tu penipu!

      Delete
    3. AG yg di atas merujuk kpd Attorney General atau dlm bahasa msianya ialah Peguam Negara.

      Delete
    4. Dad,

      That short notes of yours has world apart differences...

      1. Auditor General with integrity.

      2. A Thorny General with no integrity.

      Delete
  10. Najib di kedah 2 hari...umum rumah percuma untuk nelayan...bantuan khas untuk petani padi...kedah dah goyang..

    Zahid di negeri sembilan....negeri pon goyang?...

    Polis diberi ASB khas ...askar pon diberi ASB khas..

    AsB yg sedia ada pon tak pernah penoh....bank rakyat umum dividen 16_% 2 kali ganda dari divuden ASB...

    Dana ASB 2 dikecilkan...

    Beraat najib...

    Tumpuan memancing undi oleh zahid dan najib nelayan petani padi askar dan polis...sabah najib dan zahid tak boleh buat ape2' dah...

    ReplyDelete
  11. mungkin najib dan geng2 sedang crack kepala,bagaimana nak pastikan cerita 1mdb tak tersebar luas..bulan 4/5 ada lagi sambungan kes claire di london,..andaikata najib,hadi,nik abduh,dr zuhdi disapina,untuk kes ini...adengan yg dinantikan oleh rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti peguam tanye lain lobai hadi jawab lain...hadi ade masaalah pemahaman..

      Delete
  12. tak lama lagi 13 may. tapi tahun ni kita perlu rubah 13 may ini. kita perlu jadikan 13 may kali ini sesuatu yg harus kita banggakan.

    seblum ni 13 may ada lah peristiwa yg hitam dan sedih dalam sejarah malaysia.

    kita perlu rubah. kali ini 13 may bukan lagi peristiwa hitam, bukan lagi bangsa melawan bangsa, bukan lagi ada yang terkorban.

    kita jadikan 13 may tahun ini bangsa malaysia melawan kaki klepet, kaki penipu, kaki perompak, kaki lanun.

    kita gantikan haribulan yg bersejarah ini kepada sesuatu yg bangsa malaysia boleh berbangga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dad....

      13 Mei 1969, saya kena tidur lokap di Joo Chiat Police Station, Spore sebab langgar curfew. Pengalaman tak terlupakan.

      Delete
  13. msns geng maslan ni? tgh jupo tun pesal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun pesal yg bengap lembap tu pun boleh jadi org kuat JASA, x der kelas langsung...tapi x heran klu geng taik ni! Asal pandai mengampu...anything goes!

      He2 he2 he2

      Delete
    2. apa nak heran? maslan muka bodoh tu pun boleh jadi ketua It amno...dah sah yg dalam amno ni yg bodoh

      Delete
  14. Dr M slams ‘confused’ AGC officers over anti-fake news bill
    Michael Murty
    ShareTweetPinMail

    Pakatan Harapan chairman Dr Mahathir Mohamad says there is no need to rush the Anti-Fake News Bill 2018 and it can be discussed after GE14.

    KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan chairman Dr Mahathir Mohamad, who gatecrashed a briefing for opposition MPs on the recently-tabled Anti-Fake News Bill 2018, took officers from the Attorney-General’s Chambers (AGC) to task for their inability to answer questions on the proposed law.

    He said it clearly showed they did not even understand the bill.

    “I listened to the explanation given by their officers and from it, there were many questions raised that they could not answer.

    “They could not tell us which of our laws did not cover a situation which this bill covers.

    “It was very clear they were confused and they did not know the point of introducing this anti-fake news bill, besides it being a political tool.

    “They are proposing a bill that is covered by the present laws that we have, such as the Sedition Act.

    “This new bill is proposed in order to give the government power to detain its critics,” he said after the briefing at the Parliament building here today.

    Mahathir said there had been instances when Barisan Nasional (BN) leaders were guilty of spreading fake news and asked if action would be taken against them.

    He said there had also been instances when these leaders made statements that contradicted news reports.



    “Will this be considered fake news? Can the AG bring a case against the prime minister? Of course not.

    “So the point of this law is to stop the opposition from voicing its views or to be critical of the government.”

    Mahathir said there was no reason to rush the implementation of the law.

    “We do not have to rush this law as it is very serious and there are many objections to it, including from the Bar Council.

    “We should debate it at the next Parliament session, after the 14th general election.

    “The point of this law is political and it has no intention of safeguarding public safety or the rights of the people.”

    Under the anti-fake news bill, it is an offence to create, offer, publish, distribute, circulate or disseminate fake news. The proposed law provides for a fine not exceeding RM500,000, jail up to 10 years, or both.

    It is also an offence to directly or indirectly provide financial assistance to facilitate the spread of fake news or to abet the offence.

    The bill describes fake news as any news, information, data or report, which is wholly or partly false, whether in the form of features, visuals, audio recordings or any other form, capable of suggesting words or ideas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo pendakwa tak paham undang2 mcm mana nak dakwa?...tambah teruk kalo hakim plak tak paham...

      Delete
    2. Media prima sure kena tutup sbb banyak berita palsu. Edit temuramah spy kelihatan PH negatif dan bn positif. PH jgn gusar. Ikut rentak bn. Kejayaan menyebelahi kita. Org yg aku sembang dulu pro bn dah bertukar arah sokong PH. Mudah sikit la ni.

      Delete
  15. Really pity them, all Matdey's bloody buffalo
    Whatever Matdey bullshit, they blindly follow
    Even when dirty spilt, Matdey lick & swallow
    Rinning out of idea, they turn back to Jho Lo

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really pity them, all Najib's bloody buffalo
      Whatever Najib bullshit, they blindly follow
      Even when dirty spit, Najib and kejora lick & swallow
      Running out of idea, they backs the robber Jho Lo

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

      Delete
    2. Gutsy Mahathir gate crashes & bull dozes them all
      Coward Najib keeps on hiding with no balls

      Old man Mahathir journeys straight ahead
      Coward Najib goes his way in constant dread

      In courage, Mahathir, finds no fear
      and in fear Najib, weakness does appear

      In courage, Mahathir takes shape
      and in fear, Najib can't escape

      Delete
    3. From what unfortunate loins was such a cursed being born? Whose tyranny and grandiose falsehoods hold a nation ransom?

      Delete
  16. kalau jho low jadi calon BN gue confirm akan pangkah mamat ni.. benar bukan palsu...

    ReplyDelete
  17. HENDAK HAPUS GST : BILA BAB EKONOMI DENGARLAH DARI PAKAR, JANGAN DENGAR DARI ORANG POLITIK
    Apabila sesuatu perkara di serah pada bukan ahlinya, tunggulah saat kehancuran.

    Jika motosikal anda rosak, anda tidak hantar pada seorang Imam untuk memperbaikinya walaupun dia seorang alim, sebaliknya anda hantar kepada mamat mekanik.

    Kerana anda telah menyerah sesuatu kepada ahlinya.

    Begitu juga dengan hal ekonomi. Kita tidak boleh terus sahaja bergantung kepada orang politik semata mata, negara pernah kehilangan berbillion satu waktu dulu kerana hasil kerja orang politik yang mengenepikan orang ekonomi.

    Di Malaysia, apa yang harus di lakukan untuk mendapat undi rakyat dan menang pilihanraya?

    Gembirakan mereka dengan berita yang mereka suka dengar dan berikan apa sahaja yang mereka mahu termasuk menukar jantina atau pun menukar agama.

    Jika itu yang popular dan mendatangkan undi, maka itulah yang Pakatan Harapan akan lakukan.

    Ini dinamakan tindakan “populis”. Popular tetapi tidak terjamin lagi kebaikannya pada jangka masa panjang.

    Janji dalam manifesto pembangkang terbagi kepada dua.

    Yang tidak akan dilaksanakan dan yang mustahil untuk dilaksanakan.

    Kemudian ada juga yang tidak ada dalam manifesto tetapi akan dilaksanakan dengan penuh tipu helah apabila sudah dapat kuasa.

    Antaranya meletakkan badut Melayu menjaga institusi kewangan melayu seperti PNB, LTAT dan Tabung Haji supaya tidak ghairah membeli syarikat milik orang bukan Melayu.

    Selain dari itu, akan meletakkan orang Islam seperti Wan Ji yang siang malamnya menggangu agama Islam sahaja dan tidak sikit pun kacau agama lain untuk menjaga Jabatan Islam untuk jadi kurang Islam.

    Itulah Manifesto Pakatan, yang tersurat dan yang tersirat.

    Pada cadangan kononnya GST akan di mansuhkan oleh PH, ia adalah bohong belaka.

    Bohong umpama Bangla 40,000 dan cincin Rosmah dan “blackout“.

    Yang kena tipu hidup hidup adalah penyokong pembangkang sendiri bukannya orang lain.

    Kini kepimpinan PH termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menghapuskan GST pula.

    Untuk maklumat, tiada negara sejumlah 100 lebih di dalam dunia yang sudah guna sistem GST kembali kepada sistem SST.

    Dan terpenting, tiada yang menjadikan GST isu besar seperti Malaysia.

    Ini kerana negara mereka tiada DAP.

    Di Malaysia, DAP akan guna apa sahaja untuk kritik.

    Beruang Panda, GST, minyak naik turun, ikan kembong, sardin semua akan jadi isu selagi ada parti seperti DAP.

    Pada janji manifesto PH di mana GST akan di mansuh, ekonomi negara akan duduk dalam keadaan tidak menentu kerana bukan soal hapuskan GST tetapi juga dengan sistem SST berapa peratus dan berapa billion yang bakal di kutip tidak jelas.

    Kumpulan mana akan jadi mangsa SST? kerana hendak gantikan amaun untuk tadbir negara sudah kurang, maka siapa akan jadi mangsa SST?

    Korperatkah? Individukah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak badak xleh hidup tanpa gst..dia akn kurus tanpa gst

      Delete
    2. Meletak isa samad jaga felda same lah letak prompak jaga bank...

      Lebih parah letak najib sebagai pm..habis duit kerajaan kena rompak...

      Delete
    3. Jangan mengarut dengar dari pakar yang asyik mengejar duit. Jual tanah kapada negara asing hingga menjejas kedaulatan negara, kata Tun Dr Mahathir.

      Delete
    4. Tu la sebab knp negara jd mcm ni. najib ambil pencuri, penipu, penyeleweng, penyangak dan penagih dedak sbg penasihat. Lihat la latar belakang punahsihat² najib.

      Delete
  18. Banyak tiris jumlah kutipan, dikatakan tiris hampir RM30 sehingga RM40 billion.

    Jika zaman mengutip SST mereka yang bergaji RM2,000 pun sudah kena cukai dan jumlah rakyat masih sekitar 18 juta, apakah jika kembali kepada SST kerajaan yang nmenghapuskannya boleh mentadbir negara?

    Tambah lagi dengan gula gula yang banyak di tawarkan, dari mana wang akan datang untuk memberi kepada 32 juta rakyat dengan pendapatan negara ketika rakyat masih 18 hingga 20 juta?

    Pakar ekonomi Bank Dunia Faris Hadad Zervos menyatakan Malaysia akan “suffer” menderita jika GST di “abolish” mansuhkan.

    Pertanyaan Faris Hadad adalah dari sudut ekonomi dan bukan dari sudut politik seperti pembangkang dan penyokongnya melihat semua perkara dari sudut politik sahaja.

    Pertanyaan Faris Hadad misalnya mudah sahaja tidak perlu maki hamun untuk menjawab dan tidak perlu marah, soalnya pendapatan lain apakah yang akan di guna jika Malaysia menghapuskan GST?

    Dia bertanya kerana melihat perbezaan “apa yang di beri” tidak seimbang dengan “apa yang di kutip”.

    Soalan kedua Faris Hadad adalah adakah akan bergantung pada komoditi semata mata untuk “retain” perbelanjaan negara? dimana harga komoditi tidak menentu di pasaran dunia hari ini?

    Itulah antara soalan FHZ dari Bank Dunia.

    Sedangkan minyak turun naik mingguan pun penyokong pembangkang sudah melalak seperti hilang agama, masakan negara mahu bergantung kepada tidak ketentuan.
    Pakar ekonomis yang tidak berpolitik seperti Adli Amirullah dari Institut demokrasi IDEAS menyatakan menghapuskan GST adalah tindakan tidak baik dan tidak menjamin harga barang akan turun.

    Malah dakwanya dengan banyak pihak suka ambil kesempatan, maka harga barang akan melambung lagi tinggi jika negara kembali kepada SST.
    Pengarah Eksekutif SERC En Lee Heng Guie menyatakan sepatutnya rakyat dan negara harus teruskan apa yang sedia ada “move on” katanya dengan GST kerana yang penting adalah menentukan apakah yang akan di lakukan dengan kutipan GST.

    Menentukan yang terbaik untuk negara dengan wang GST yang telah di kutip.

    Bukan merombak dan negara berada dalam tidak ketentuan dan dalam keadaan “defisit” kerana jumlah hendak di beri amat banyak dan jumlah di kutip jauh rendah kerana wang sudah digunakan untuk hapuskan segala benda hanya untuk popular.

    Apakah, MARA akan dibubarkan untuk jimat wang? atau RELA akan dibubarkan? untuk “top up” kekuragan?

    Atau kakitangan awam akan di buang demi mahu seimbangkan jumlah perbezaan hasil pemansuhan GST?

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga merujuk pihak pakar pada apa apa yang hendak dilaksanakan baik dari hal trasportasi sehingga hal ekonomi.

    Malah pemberian BR1M juga atas nasihat dari Bank Negara Malaysia.

    Di luar negara mereka amalkan “food stamp” dan lain lain mode demi mahu gerakan ekonomi bawahan supaya “purchasing power” ada di groud.

    Rakyat harus fikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa sokong mak badak ? dia sokong gst.. kikiki..

      gemuk sama tahi badak

      Delete
    2. untung batu tenggelam untung sabut timbul, tapi mak badak boleh tenggelam timbull..sayang cai amno ngan mak badak

      Delete
    3. Aiiii! Dulu boleh buat!!!! Kena lah pandai cam TUN.. sbb tu la kena pilih PH ! Pandai la tun nak buat camana...siap ada subsidi lagi woiiii! Cayala TUN

      Delete
  19. JANGAN JADI PEMIMPIN YANG DULU CAKAP LAIN, HARI INI BUAT LAIN – PM
    Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas sikap bekas pemimpin tertentu yang disifatkannya sebagai tidak berprinsip sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan perkara pernah diucapkan mereka ketika berkuasa satu ketika dulu.

    Menurut Perdana Menteri, perkara itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana sebagai seorang pemimpin, seseorang individu itu perlu beristiqamah dan konsisten dalam memegang prinsip perjuangan.

    “Satu perkara yang saya tak boleh ‘tahan’ adalah dulu cakap lain, hari ini buat lain. Kalau dulu ada pendirian, hari ini kita mesti tidak berganjak dan itu baru namanya ada prinsip dan moral dalam berjuang.

    “Ahli Parlimen anda, Datuk Seri Mohd. Johari Baharom dalam ucapannya sudah nyatakan tadi bahawa di dewan inilah bekas pemimpin itu pernah mengingatkan supaya kita tidak melupakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana tiada parti lain boleh membela Melayu dan kaum lain tetapi hari ini, lain pula yang dibuatnya,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,000 hadirin yang menghadiri Majlis Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dewan Wawasan, Jitra, dekat sini malam ini.

    Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff.

    Pada majlis itu beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk pembinaan pasar baharu di Jitra selain RM400,000 bagi membaiki gelanggang tenis untuk pembangunan sukan itu di daerah ini.

    Mengulas lanjut katanya, beliau sendiri pernah mendengar nasihat daripada individu dimaksudkannya itu yang menyatakan seorang bekas pemimpin wajib menyokong pemimpin baharu kerana sewaktu mereka di atas, orang baharu inilah yang sentiasa menyatakan sokongan.

    “Itu satu nasihat yang amat baik tetapi hari ini apa yang beliau buat? Terus terang saya katakan saya ini tidak kuat dan saya menjadi Perdana Menteri kerana orang UMNO dan BN sokong, angkat serta pertahan saya.

    “Begitu juga dengan Mahathir. Selama 22 tahun dalam susah dan senang, dalam keadaan ribuan orang hendak tolak beliau, saya sebagai Pemuda UMNO pada masa itu, kita-kita inilah yang menjadi wira mempertahankan kepemimpinan beliau sebagai presiden parti dan Perdana Menteri,” katanya.

    Sementara itu Najib berkata, selaku Perdana Menteri beliau tidak sanggup sama sekali untuk mempertaruhkan masa depan negara semata-mata untuk menabur gula-gula atau ‘dedak’ seperti didakwa pembangkang kerana tanggungjawab dipikulnya amat besar.

    “Saya sentiasa amat sedar bahawa diri ini memikul harapan 30 juta rakyat Malaysia mengharapkan masa depan Malaysia dapat dijulang ke tahap yang jauh lebih tinggi.

    “Sebab itu saya buat perancangan jangka panjang Transformasi Nasional (TN50) dan dalam masa sama tidak melupakan keperluan seharian untuk tempoh terdekat atau sehari dua ini. Semuanya saya fikirkan termasuklah kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, keselamatan dan masa depan lebih cemerlang berbanding hari ini,” katanya.

    Beliau dalam pada itu turut menasihatkan rakyat supaya membuat keputusan tepat serta bijak yang tidak dipengaruhi emosi serta nostalgia semata-mata pada pilihan raya umum akan datang.

    “Kita kena fikir bukan sehari dua ini saja tetapi kena fikir satu jangka waktu yang agak lama sebab nak bangunkan sebuah negara bangsa apatah lagi sebuah peradaban, tentu sekali memerlukan lebih dari setahun dua untuk membuat perancangan jitu serta menjadikannya kenyataan,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak badak akn jadi seperti imelda marcos

      Delete
    2. PEMIMPIN YANG DULU CAKAP LAIN, HARI INI BUAT LAIN ia lah pemimpin yng ada sekarang ini.

      Cakap nak merintah dengan telus, tapai seleweng dan songlap.

      Delete
    3. Quote la ckp najib tu. Sat mn ada wang dlm akaun. Lps tu sy tak tau. Lps tu derma org arab utk umno. Lps tu pulang balik lps dah guna.
      Klu benar tunjuk la bukti transaksi wang tu. Tu la cth terbaikkkkkk

      Delete
  20. Najib is a leader with full of mission & vision
    His practice, not talk only but put into action
    He had work very hard, to develop the nation
    For sure, BN'll win The 14th General Election

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. zimbabwe= grace mugabe
      philipine= imelda
      malaysia= ?

      sape pandai boleh jawap..cyberpetpot umnobngok pun boleh try..walau korang bodoh macam maselan

      Delete
    2. Ni lah contoh bebal yg dimaksud! Camana nak convince org dgn pantun bodoh cam ni! Ha2 ha2

      Delete
    3. Najib is a ladder without of mission & vision
      His practice, talk only no action
      He had talked very very hard, to collapse the nation
      For sure, sorry BN'll lost The 14th General Election

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

      Delete
    4. Betui sgt la najib tu full of mission n vision. Mencuri duit rakyat la sj mission n vision yg dia tau. Cash is king. Cash=RM. RM= Rosmah Mansor. Rosmah Mansor is King. Hahaha. Najib? Aku yg menurut perintah sj la dia seumur hayat.
      HAHAHAAAAAAAAAH

      Delete
  21. Geng taik JASA tgh dok meeting tu! Bos mesti x puas hati nyer ngan prestasi dorang. Klu aku bos, dah lama aku terajang dorang keluar. Mmg low class! Brape gaji dorang dpt agaknya? Ntah apa dorang punya KRA agaknya. Tapi yg pasti klu aku yg marking, conform dpt KPI BE all the way. Bengap dan bebal tmasuk bos dia tuh!!!! Ha2 ha2

    ReplyDelete
    Replies
    1. HASA dah pening tak tau cara bagaimana nak promote najib...klentong pon dah mvm2 klentong tapi tak jalan...

      Delete
  22. DR MAHATHIR SUDAH HILANG TARING, KATA DR KAMARUL ZAMAN
    Temu ramah Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama akhbar Singapura, Sunday Times baru-baru ini membuka seribu pekung di dada pakatan tersebut.

    Selain daripada menonjolkan ketidaksefahaman para pemimpinnya, temu ramah tersebut juga mendedahkan kedudukan sebenar Dr. Mahathir yang rupa-rupanya tidak lebih daripada sekadar boneka dalam pakatan tersebut.

    Perkara ini disuarakan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya hari ini.

    Menurutnya, ulasan Dr. Mahathir mengenai janji memansuhkan tol dalam manifesto Pakatan Harapan membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang taring untuk menguasai Pakatan Harapan.

    “Setelah Tun Dr. Mahathir menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu, saya menggunakan ruang itu untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi boneka kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dalam Pakatan Harapan.

    “Apabila Manifesto Pakatan Harapan dilancarkan 8 Mac lalu, saya sendiri berasa sangat terkejut kerana mendapati bahawa, di sebalik penentangan keras Tun Dr. Mahathir ke atasnya, janji untuk menghapuskan tol ini turut terkandung di dalam Janji 6: Menghapuskan Kutipan Tol.

    “Tidakkah pengakuan Tun Dr. Mahathir di dalam akhbar ini (Sunday Times) adalah satu vindication (mewajarkan atau justifikasi) kepada kenyataan saya di depan beliau sendiri di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu?” soalnya dalam kenyataan tersebut.

    Selain itu, Kamarul turut mempersoalkan ketegasan Dr. Mahathir kini berbanding dahulu ketika beliau menguruskan ugutan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari MCA yang mengugut untuk meletakkan jawatan kerana berselisih pendapat dengan kerajaan negeri Selangor.

    Katanya, Dr. Mahathir ketika itu tegas dengan pendiriannya untuk mempertahankan tindakan kerajaan Selangor dengan mempersilakan ADUN tersebut untuk meletakkan jawatan dan memberi amaran jika MCA mahu bertanding semula di kerusi tersebut, mereka tidak dibenarkan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN).

    “Bandingkan sahaja ketundukan Tun Dr. Mahathir kepada DAP sekarang dengan ketegasan beliau kepada MCA dahulu. Akuilah sahaja bahawa Tun Dr. Mahathir sudah terlalu lemah untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak badak sedang menambah lemak dgn gst..say no to amno

      Delete
    2. Jecian doktor palsampah kankong kamarut...tersa betul maruah dua di pijak2 oleh tun madey....dah bodoo sangat...sendiri cari penyakit...bodoo sama dgn kejora bapuk tua tulur kicik..

      Delete
    3. Kakitangan uum pun nyampah dgn prof kantoi tu. Kesian.

      Delete
  23. MENELUSURI GERAK GERI KAKI NAJIB DI KUBANG PASU…
    lokasi dijejak oleh Perdana Menteri ramai yang pasang teropong ketika beliau melangkah masuk ke Dewan Wawasan Jitra.

    Apa tidaknya Kubang Pasu ialah bekas kawasan Parlimen dimana Tun Dr Mahathir Mohamad bertapak memerintah negara selama 22 tahun.

    Tidak kurang menarik Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharom ialah Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen kawasan itu.

    Mungkin orang sudah lupa beliau ialah bekas Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir dan merupakan orang ‘on the ground’ yang jaga kawasan itu.

    Sekalipun berdepan badai politik Johari telah membuktikan kekuatan beliau yang tersendiri dimana kawasan Parlimen Kubang Pasu dan dua Dewan Undangan Negeri yakni Bukit Kayu Hitam dan Jitra kekal ditangan BN dengan majoriti besar semasa pilihanraya umum ke 13.

    Dewan Jitra juga pernah melakar sejarah tersendiri. Ini berlaku semasa kemuncak Dr Mahathir menghentam kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

    Pada September 2006 beliau tewas dalam pemilihan untuk jadi perwakilan UMNO bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO tahun itu.

    Dr Mahathir mendapat 227 undi, menduduki tempat kesembilan. Hanya tujuh calon yang mendapat undi terbanyak layak mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.

    Seramai 476 perwakilan membuang undi pada mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu hari itu.

    Beliau berhajat untuk jadi perwakilan bahagian itu agar dapat ‘ bersemuka’ dengan Abdullah di keramaian perhimpunan agung itu.
    Johari dikatakan menjadi bentang yang berjaya memintas cubaan itu. Namun ada kalangan pemerhati politik yang menyalahkan Dr Mahathir sendiri yang tidak ada ‘ grip’ pada bahagian yang pernah diketuainya.

    Anihnya kebelakangan ini ketika spekulasi terus berlegar dimana Dr Mahathir selaku Pengerusi pakatan pembangkang hendak bertanding pilihanraya umum ke 14 nama Kubang Pasu tidak begitu menjadi tumpuan.

    Lojiknya Kubang Pasu sepatutnya menjadi pilihan pertama Dr Mahathir.

    Sebaliknya teka teki kini cuma bertumpu antara Putrajaya dan Langkawi.

    Dalam pada itu ramai yang bertaruh Langkawi besar kemungkinan menjadi pilihan Dr Mahathir berentap.

    Kenapa Kubang Pasu tidak menjadi tarikan sangat kepada bekas Perdana Menteri itu dalam mengejar cita-citanya untuk menjatuhkan Najib.

    Apakah beliau bimbang sejarah September 2006 akan berulang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah mak badak jadi bohsia zaman tkc

      Delete
    2. Strategi Tun tu. Sat lg dia umum la spy kubang pasu dpt 1.3b. dia ikut rentak najib. Najib no choice. Labur duit sj la smpi kering kocek. Konek pun dah sentiasa menguncup tu.

      Delete
  24. Dalam ucapannya di depan hadirin di Dewan Wawasan yang turut disertai Johari, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff… Perdana Menteri turut menyingkap mengenai tindak tanduk Dr Mahathir yang disifatkannya tidak wajar.

    Baginya Dr Mahathir tidak konsisten dalam perjuangan dan tidak istiqamah dalam parti apabila sanggup menghancurkan parti keramat UMNO demi kepentingan peribadinya.

    Malah Najib berkata Dr Mahathir juga seperti ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila beliau sendiri mengkritik habis-habisan pemimpin di bawahnya yang menggantikannya, sedangkan beliau sendiri pernah meminta anggota parti agar sentiasa menyokong pemimpin baharu.

    “Saya cakap terus terang, saya jadi perdana menteri dan ada kekuatan kerana UMNO angkat saya dan Barisan Nasional (BN) sokong saya, kalau UMNO dan BN tidak angkat dan pertahankan saya, saya tidak akan kuat,” katanya.

    Najib kata beliau sendiri pernah mendokong bekas Perdana Menteri itu semasa pemilihan UMNO yang sengit pada tahun 1987 sekalipun lebih rapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

    Menurut beliau ini adalah atas semangat wala kepada kepimpinan.

    Beliau kesal Dr Mahathir sekarang sanggup buat U-turn berdakap dengan musuh-musuh politik yang dikecamnya dulu bagi menjatuhkan BN.

    Mengenai kerusi Parlimen Kubang Pasu, beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kawasan kubu kuat parti itu serta DUN Jitra dan Bukit Kayu Hitam dengan majoriti yang lebih besar pada PRU14.

    Najib Tun Razak juga beri jaminan bahawa beliau sama sekali tidak akan mempertaruhkan masa depan negara dengan memberikan janji-janji manis tanpa perancangan untuk membangunkan negara.

    Beliau berkata sebagai perdana menteri, beliau memikul harapan kira-kira 30 juta rakyat di negara ini yang mengharapkan kerajaan menjulang masa depan negara ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.

    “Saya tidak akan membawa tuan-tuan sekalian kepada satu keadaan di mana saya sanggup pertaruhkan masa depan negara semata-mata nak tabur ‘gula-gula’ atau pun dedak kepada rakyat kerana saya mempunyai tanggungjawab besar,” katanya.

    Sebagai pemimpin, Najib berkata, beliau telah membuat pelbagai perancangan jangka panjang untuk pembangunan negara antaranya seperti Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan pada masa yang sama memastikan keperluan asas rakyat diberikan keutamaan.

    “Kita juga nak tentukan keperluan seharian kita cukup, kalau seharian tak cukup tak sampailah masa depan, jadi kita kena pastikan dapur berasap, hidangan makanan cukup, kediaman rumah sempurna, anak dapat sekolah, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan, pendapatan meningkat dan keselamatan terjamin,” katanya.

    Pengerusi BN itu turut memberikan jaminan bahawa Zon Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam akan menjadi agenda pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang lagi, malah ia sudah pun dimulakan melalui penghapusan tol di kawasan itu bermula Januari lalu.

    “Tahun hadapan laluan di sana (pintu sempadan Bukit Kayu Hitam) akan dibuka 24 jam dan kawasan 12,000 ekar (Zon Bebas Cukai) merupakan titik permulaan gagasan pembangunan dari utara sampai ke selatan,” katanya.

    Najib kemudian mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan pasar Jitra dan RM400,000 bagi baik pulih gelanggang tenis yang disifatkan beliau sebagai salah satu bukti bahawa rakyat akan terus mendapat pelbagai manfaat jika BN kekal memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya bn menag, mak badak akan terus berleluasa.perabih duit rakyat

      Delete
    2. Jalo dah kuat bubar jer lah parlimen...kedah dah goyang...hehehe

      Delete
    3. Tun marah depa sbb x bust kerja yg baik. Najib marah sbb x sokong diri dia menyonglap. Tu la bezanya

      Delete
  25. SAYA TIDAK AKAN GADAI MASA DEPAN MALAYSIA DENGAN LONTAR JANJI MANIS, KATA PM
    Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa beliau sama sekali tidak akan mempertaruhkan masa depan negara dengan memberikan janji-janji manis tanpa perancangan untuk membangunkan negara.

    Beliau berkata sebagai perdana menteri, beliau memikul harapan kira-kira 30 juta rakyat di negara ini yang mengharapkan kerajaan menjulang masa depan negara ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.

    “Saya tidak akan membawa tuan-tuan sekalian kepada satu keadaan di mana saya sanggup pertaruhkan masa depan negara semata-mata nak tabur ‘gula-gula’ atau pun dedak kepada rakyat kerana saya mempunyai tanggungjawab besar,” katanya.

    Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat dan perjumpaan bersama UMNO Kubang Pasu di Dewan Wawasan, dekat sini, malam ini.

    Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff.

    Sebagai pemimpin, Najib berkata, beliau telah membuat pelbagai perancangan jangka panjang untuk pembangunan negara antaranya seperti Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan pada masa yang sama memastikan keperluan asas rakyat diberikan keutamaan.

    “Kita juga nak tentukan keperluan seharian kita cukup, kalau seharian tak cukup tak sampailah masa depan, jadi kita kena pastikan dapur berasap, hidangan makanan cukup, kediaman rumah sempurna, anak dapat sekolah, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan, pendapatan meningkat dan keselamatan terjamin,” katanya.

    Beliau juga membidas bekas perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak konsisten dalam perjuangan dan tidak istiqamah dalam parti apabila sanggup menghancurkan parti keramat UMNO demi kepentingan peribadinya.

    Malah Najib berkata Dr Mahathir juga seperti ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila dia sendiri mengkritik habis-habisan pemimpin di bawahnya yang menggantikannya, sedangkan beliau sendiri pernah meminta anggota parti agar sentiasa menyokong pemimpin baharu.

    “Saya cakap terus terang, saya jadi perdana menteri dan ada kekuatan kerana UMNO angkat saya dan Barisan Nasional (BN) sokong saya, kalau UMNO dan BN tidak angkat dan pertahankan saya, saya tidak akan kuat,” katanya.

    Mengenai kerusi Parlimen Kubang Pasu, beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kawasan kubu kuat parti itu serta kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Jitra dan Bukit Kayu Hitam dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

    Najib, yang juga Pengerusi BN, turut memberikan jaminan bahawa Zon Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam akan menjadi agenda pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang lagi, malah ia sudah pun dimulakan melalui penghapusan tol di kawasan itu bermula Januari lalu.

    “Tahun hadapan laluan di sana (pintu sempadan Bukit Kayu Hitam) akan dibuka 24 jam dan kawasan 12,000 ekar (Zon Bebas Cukai) merupakan titik permulaan gagasan pembangunan dari utara sampai ke selatan,” katanya.

    Najib kemudian mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan pasar Jitra dan RM400,000 bagi baik pulih gelanggang tenis yang disifatkan beliau sebagai salah satu bukti bahawa rakyat akan terus mendapat pelbagai manfaat jika BN kekal memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak badak teringin nak perintah? your head..ingat ni negara badak

      Delete
    2. Perghhh! Sana sini tabur duit! Alangkah baik kalau phanraya ni setahun skali...

      Delete
    3. bukan duit dia..duit rakyat..amno sial..kalo kat oversea party bertanding cari dana..ni depo perabih duit rakyat ..babi badak betul

      Delete
    4. Taj gadai tapi rompak heer..

      Delete
  26. “NAJIB RAZAK LEBIH BAIK”
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya membuktikan kemampuannya mentadbir negara dalam tempoh sembilan tahun sahaja berbanding 22 tahun pencapaian pemerintahan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata Najib cukup berjaya dalam banyak hal dan mencipta legasi jauh lebih baik daripada era sebelumnya.

    Beliau berkata, Najib berjaya membina Menara 106 dengan ketinggian mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina pada era Dr Mahathir; Lebuhraya Pan Borneo lebih panjang dan tanpa tol berbanding Lebuhraya Plus; membina Transit Aliran Massa (MRT) danECRL yang jauh lebih moden serta lebih laju.

    Katanya, Najib sangat cekal, komited dengan visi, agenda transformasinya dan tidak berhenti usaha membawa pembangunan serta pentadbiran berkonsepkan ‘dahulukan rakyat’ ke arah masa depan lebih baik dan lebih hebat lagi.

    “Dr Mahathir pasti mengakui bahawa anak didiknya, Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka.

    “Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar), ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan Dr Mahathir serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

    Annuar berkata, antara kejayaan Najib dapat dilihat menerusi pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017, yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

    Katanya, kejayaan NTP 2017 adalah pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700; pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion dan peluang pekerjaan diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu dengan nilai RM2.68 juta.

    “Setiap dasar dilaksanakan Najib adalah untuk kepentingan dan keuntungan pelbagai lapis rakyat,” katanya.

    Annuar berkata, Dr Mahathir terpaksa mengakui hakikat Najib menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat dan menguruskan negara lebih baik daripada beliau.

    “Kehebatan dan kecekapan Najib yang paling menonjol berbanding Dr Mahathir adalah dalam enam aspek iaitu perpaduan nasional yang utuh; hubungan sangat baik dengan istana dan rating ekonomi lebih bagus.

    “Selain itu, Najib memainkan hubungan diplomatik lebih mantap, rizab negara hampir lima kali lebih tinggi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih berkembang,” katanya.

    Annuar mendakwa jauh di sudut hati Dr Mahathir pasti mengakui kehebatan Najib, namun beliau tidak mempunyai pilihan.

    “Apakan daya, Dr Mahathir tahu beliau sebenarnya tiada pilihan. Hati kecilnya tahu DAP bukan pilihan, Anwar bukan sesuai diberi peranan.

    “Dr Mahathir juga amat tahu Mat Sabu hanya sekadar ayam sabungan. Beliau tahu dek lukanya mendalam berpunca daripada pemecatan anak kesayangannya, Datuk Seri Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah tidak lama dulu.

    “Dr Mahathir nampaknya lawan tetap lawan sekalipun sudah tiada pakatan, sudah tiada harapan,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawan mak badak adalah campak kat sg buloh..biar madi dgn air tahik.. humban ngan jho lo..babi+ badak

      Delete
    2. Kaki klepet duit mara sokong kaki klepet duit 1mdb! Kikikikiki

      Delete
    3. Tapi tak bijak mcm tun madey

      Delete
  27. MAHATHIR SUDAH PELINGKUP BANYAK SELAMA 22 TAHUN, HENDAK LAGI 2 TAHUN?
    Dakwaan Mahathir Mohamad bahawa negara akan hancur jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus jadi Perdana Menteri dalam portal Malaysikini tidak mencerminkan keadaan sebenarnya.

    Itu satu lagi tuduhan rambang Mahathir sahaja tanpa asas yang kukuh. Sama seperti Mahathir kata negara ini hendak bankrap dan muflis sejak tiga tahun lepas, tetapi kini Malaysia tidak bankrup seperti ramalan Mahathir.

    Mahathir silap. Najib sebenarnya sekarang begitu berjaya membawa Malaysia ke peringkat yang lebih baik dan pada masa sama menyelesaikan masalah legasi ketika zaman Mahathir selama 22 tahun.

    Mahathir sudah melingkupkan begitu banyak harta negara ketika jadi Perdana Menteri dari tahun 1981 sehingga 2003.

    Skandal dagangan mata wang asing yang disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum ini pun sudah melibatkan kehilangan kira-kira RM31.5 bilion pada sekitar tahun 90-an dulu. Ketika itu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mendesak satu siasatan dijalankan tentang kerugian berkenaan.

    Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan sahabat baik Kit Siang ada dipanggil ahli panel siasatan tapi ketika ditanya, Mahathir kata beliau “tidak tahu” berkenaan kerugian itu.

    Syarikat Maminco menyebabkan negara rugi RM1.6 bilion. Syarikat itu diwujudkan untuk menguruskan hal ehwal industri dan perniagaan timah negara, selain cuba mengawal harga timah dunia.

    Untuk tutup kegagalan, kerajaan tubuhkan syarikat Makuwasa Securities untuk menguruskan kerugian dengan memanipulasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

    Dalam halaman 38 Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen Malaysia bertarikh 27 Oktober 1986 yang memetik ucapan Lim Kit Siang: “… skandal pembelian bijih timah secara misteri oleh Maminco di London pada tahun 1981 dan pelaburan KWSP Makuwasa yang melibatkan wang simpanan RM5 juta pencarum KWSP yang mengakibatkan KWSP mengalami kerugian sebanyak $9.9juta.” – Lim Kit Siang, Penyata Rasmi Parlimen (27 Oktober 1986).

    Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) juga menyebabkan negara rugi lebih RM2 bilion. Kerugian besar dalam Perwaja Steel pula lebih RM10 bilion, Kerugian akibat skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) adalah lebih RM4 bilion.

    Paling dahsyat ialah kegagalan Mahathir menguruskan ekonomi dengan baik, negara alami krisis matawang pada tahun 1997 menyebabkan pertumbuhan ekonomi merudum, peniaga gulung tikar dan rakyat hilang pekerjaan. Nilai ekuiti Bumiputera hanya naik 4 peratus sepanjang 22 tahun kerajaan berada di bawah pentadbiran Mahathir.

    SME Bank juga rugi RM1.18 bilion kerana skandal Repco Capital. Sekarang Mahathir juga sudah gagal sebagai Pengerusi PH kerana gagal mendaftarkan pakatan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengikut masa yang ditetapkan.

    Selepas sudah buat onar begitu lama, Mahathir letakkan beban pula pada Najib untuk selesaikan masalah legasi yang dicetuskannya dan pada masa sama cuba menjatuhkan Najib melalui cara yang salah.

    Menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Najib sangat cekal dan komited dengan visi dan agenda transformasinya untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

    “Lihat saja Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

    “Pastinya Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa anak didiknya, Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka,” katanya.

    Sudah perintah negara ini selama 22 tahun atau 5 penggal setengah. Masih tidak cukup lagi? Masih hendak minta lagi 2 tahun untuk jadi PM.

    Sudah sudahlah. Dulu kata kena berhenti sebelum kenyang. Sekarang ini kuda dan kucing kesayangan pun sudah “belahak” berapa kali dah setiap hari. Hendak apa lagi?

    Kerana dendam kesumat, dalam masa 2 tahun Mahathir akan buang habis kakitangan awam di Putrajaya. Dalam masa dua tahun, Mahathir, Kit Siang dan Anwar akan bergaduh rebut kuasa di Putrajaya.

    Ini akan berlaku kalau pembangkang dapat perintah negara ini. Melingkup habis jadinya. Jangan bagi pembangkang jahanamkan negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak badak menyebabkan negara rugi berbelion

      Delete
    2. Tapi adakah dlm akaun mahathir ada duit berbillion? Ha2 ha2 .. mcm org tu!!! Siap ada plak kutu salah masuk 42 jota dlm akaum dia. Kah kah kah! What a fucking joke!!!

      Delete
    3. 22 thn rakyat gembira. Bn sentiasa menjadi pilihan. Pak lah tumpang sekaki. Lps tu merudum. Najib lg teruk. Hilang majoriti popular. Buat la analisis yg bijak. Siap yg terbaik dan blh diharapkan.

      Delete
  28. TUJUH BERITA PALSU PALING EPIK PAKATAN HARAPAN

    Kata pepatah, siapa makan cili dialah rasa pedas dan adakah undang-undang ini tidak disenangi kerana mereka sendiri menggunakan berita palsu sebagai modal politik selama ini?

    Seorang pengguna Facebook, Muhamad Harris Nasril menyenaraikan tujuh berita palsu paling epik yang pernah disebarkan dalam arena politik negara melibatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

    1. 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk sebagai pengundi hantu

    Dakwaan palsu pembangkang ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Akibatnya, terdapat orang awam dituduh sebagai warga Bangladesh dipukul dan dimarahi semasa beratur untuk mengundi walaupun sebenarnya merupakan rakyat Malaysia.

    2. Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 hasil undi warga Bangladesh

    Berita palsu ini telah dinafikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, A. K. M. Atiqur Rahman yang menyifatkan berita tersebut sebagai tidak berasas dan dibuat oleh golongan tidak berakal.

    3. Kerajaan Persekutuan tutup paip air utama di Selangor

    Dakwaan tindakan sabotaj oleh kerajaan Persekutuan terhadap bekalan air di Selangor tersebar ketika negeri tersebut mengalami gangguan bekalan air selama hampir seminggu baru-baru ini. Berita tersebut dinafikan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

    4. Dokumen Langkah Kajang untuk jatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

    PKR dan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution menyatakan rasa kesal dan memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor itu kerana mengeluarkan satu laporan setebal 91 muka surat yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Abdul Khalid.

    5. Pertukaran kerajaan 16 September 2008

    Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah mendakwa telah mempunyai sejumlah wakil rakyat kerajaan yang akan melompat parti pada tarikh 16 September 2008 supaya pembangkang ketika itu dapat membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, 16 September berlalu begitu sahaja tanpa ada mana-mana wakil rakyat yang lompat parti.

    6. ‘Blackout’ semasa kiraan undi PRU-13

    Dakwaan berlaku insiden padam lampu semasa proses kiraan undi di beberapa kawasan telah membawa beribu penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di Stadium Kelana Jaya pada malam pengumuman keputusan PRU-13. Namun empat bulan selepas itu Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming bersetuju dengan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) bahawa tiada insiden padam lampu yang berlaku.

    7. Dr. Kamarul Zaman Yusoff ‘terkucil’

    Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof didakwa terkucil apabila berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sebuah forum baru-baru ini. Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Kamarul yang mendakwa beliau masih mampu berhujah dan menyatakan pendiriannya terhadap Dr. Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He2 he2..
      Dia bukan terkucil. Wa cayer! Dia tercirit jer! Ha2 ha2

      Delete
    2. Aku join ketawa hang. Betui sgt. Pengarah apa cam tu. Dah habis forum bhr nak tulih panjang2. Menegakkan konek yg mati pucuk

      Delete
  29. GEBANG BUKAN MAIN, PELUANG 50-50 SAJA? MACAI JUGAK KENA BODOH BUTA-BUTA
    MAHATHIR buat hal lagi. Dia pecah lubang Pakatan hanya ada peluang 50-50 saja untuk kalahkan BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. Cerita bukan main kencang sehingga lembu pendek pun boleh terbang tapi di hujungnya hanya 50-50 peluang menang.

    Asas pertama politik ialah, jangan dedah lemah depan orang. Itu yang tak pernah kita dengar Anwar kata Pakatan peluan 50-50 dalam PRU13 dulu, menang sesaja, rupa-rupanya di belakang, dia buat kira lain dengan Datuk Seri Najib menggunakan Jusof Kalla sebagai orang tengah, nasib baik Najib tak layan.

    Padanlah Mahathir, disebalik semua cakap besar dia mampu menang di mana saja (ayatnya menjelma), masih tak berani menentukan di kawasan mana dia akan bertanding, waima di Kubang Pasu yang dia pernah menjadi Ahli Parlimennya hampir separuh abad. Rupa-rupanya peluang 50-50 saja.

    Mahathir nampak sangat takdak kelebihan macam Azmin. Elok lagi Azmin. Azmin tunjuk bodoh dengan muka confident saja masa kata air empangan Selangor 100% penuh (bukan orang minum air empangan tapi air terawat). Mahathir langsung tak boleh cover-cover, pi bodoh dedah semua pulak.

    Jadi kepada macai yang memuja Pakatan ini silalah ambik perhatian kepada apa yang tua kutuk ini katakan, hangpa semua hanya ada 50-50 peluang menang saja. Belum lagi kita sebut pengakuan Mahathir bahawa Pakatan tak boleh laksanakan semua janji dalam manifesto mereka seperti penghapusan tol umpamanya.

    Kalau highlight yang ini jawabnya, tinggal 20% saja.

    Cakap pasal tol ini, disini saja nampak jelas Mahathir dah berbalah dengan pemimpin Pakatan lain secara diam. Silap-silap, manifesto yang dilancarkan tempoh hari bukan manifesto penuh, hanya separuh – itu pun awal-awal dah kata tak boleh laksana semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whateverla mr pelacur rakyat! We just don't like najib okeihhhh! He2 he2

      Delete
  30. SEBELUM BERLAGAK PANDAI, JAWAB DULU SOALAN BANK DUNIA
    Kenyataan tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) pun negara boleh dibangunkan adalah satu lagi karakter Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sentiasa ‘berlagak pandai’ walaupun hakikatnya sudah 160 negara melaksanakan sistem percukaian tersebut.

    Kenyataan tersebut juga boleh difahami yang pemimpin 160 negara tersebut termasuk negara kaya dan maju ‘kurang cerdik’ berbanding beliau yang masih mempertahankan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) seperti mana Myanmar dan Afghanistan.

    Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, jika diikutkan Dr. Mahathir, negara yang melaksanakan GST adalah bodoh kerana melakukan kesilapan beralih kepada sistem percukaian berkenaan.

    Oleh itu, dalam nada menyindir, beliau mencadangkan kepada calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu supaya membuka kelas ‘mengajar’ pemimpin 160 negara supaya tidak melaksanakan GST untuk mendapatkan sumber pendapatan.

    Katanya, kelas Dr. Mahathir itu juga harus disertai pakar-pakar ekonomi, kewangan dan percukaian dari seluruh dunia termasuk kepada pengurusan kanan Bank Dunia.

    “Tetapi sebelum itu, beliau kena jawab dulu pertanyaan ramai termasuk Bank Dunia, dari mana hendak tampung sumber pendapatan akibat kehilangan hasil lebih RM20 bilion apabila memansuhkan GST.

    “Persoalannya apakah ada sumber lain untuk ganti GST? Inilah wajah sebenar mereka yang amat terdesak untuk memancing undi walaupun hakikatnya 160 negara sudah melaksanakan GST. Adakah ini bermakna negara berkenaan bodoh atau melakukan kesilapan?,” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Sebelum ini Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal berkata, Malaysia bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan kerana kehilangan hasil yang banyak.

    Justeru, Hadad-Zervos membangkitkan lima persoalan utama kepada Pakatan Harapan diketuai DAP antaranya perbelanjaan yang akan dikurangkan selain sumber lain yang dijadikan pendapatan negara.-

    ReplyDelete
  31. 10 DOSA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN
    Hujah-hujah penolakan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP semakin tersebar dengan kenyataan bertajuk ‘10 Dosa Pemimpin Pakatan Harapan’ yang mendapat perhatian umum.

    Dengan menggunakan tanda pagar ##sayno2PH, hujah-hujah itu mula tersebar melalui pelbagai platform media sosial termasuk laman blog-blog di negara ini.

    Berikut merupakan antara intipati 10 hujah berkenaan mengenai dosa-dosa pemimpin pakatan:

    1. KLEPTOKRASI

    Perkataan ini sebenarnya terpakai kepada PH kerana sebagai “pemerintah” negeri mereka sendiri iaitu Selangor dan Pulau Pinang, rasuah di sana kelihatan semakin meningkat. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga menghadapi tuduhan rasuah.

    2. TIADA INTEGRITI

    Pemimpin PH terlalu banyak melakukan pusingan-U. Dakwaan salah urus negara Tun. Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun serta gerakan reformasi telah berubah secara dramatik. Jika dahulu PKR dan DAP mengecam Dr. Mahathir tetapi kini segalanya dilupakan, bahkan mereka berani mengatakan bahawa semuanya OK.

    3. KEDIKTATORAN.

    Ini terbukti dengan cara pemimpin PH menguruskan parti komponen mereka sendiri. Contohnya adalah DAP yang mana orang-orang yang bertentangan fahaman dipecat dan diketepikan. Malah mesyuarat agung tahunannya diadakan secara tidak demokrasi.

    4. KRONISME

    Pemimpin PH mementingkan kronisme dan nepotisme. Pelbagai dakwaan telah dibuat mengenai Tun. Dr. Mahathir Mohamad serta ahli-ahli keluarganya. Malah PKR yang terdiri daripada anak beranak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang terdiri daripada keluarga Lim Kit Siang pernah menuduh Dr. Mahathir mementingkan kronisme.

    5. BERSIFAT PERKAUMAN

    Dengan menggalakkan orang Cina untuk membenci MCA dan Gerakan, DAP menekankan budaya perbezaan pendapat antara kaum. MCA dan Gerakan kononnya disalahkan kerana gagal berjuang untuk kaum Cina tetapi DAP sendiri tidak mempunyai apa-apa untuk kaum Cina kecuali menghasut kebencian.

    6. PENIPU

    PH memberi harapan dan janji palsu. Terdapat terlalu banyak contoh tetapi cukup untuk mengatakan manifesto mereka pada masa lalu dan sekarang tidak praktikal dan tidak dapat dipenuhi kerana pelbagai sebab. Ia sama seperti menipu semua orang termasuk penyokong mereka sendiri.

    7. TIDAK BERGUNA DAN TIDAK BERUPAYA

    Mereka (PH) tidak boleh memerintah Pulau Pinang dan Selangor dengan betul tetapi masih berani untuk bermimpi memerintah negara ini? Krisis air telah menjadi masalah biasa di Selangor dan Pulau Pinang pula tenggelam dalam banjir kilat dan tanah runtuh serta pencemaran. Rakyat ditendang keluar dari rumah mereka sendiri!

    8. SUKA MENYALAHKAN PIHAK LAIN

    Pemimpin PH telah menguasai seni dan kemahiran menyalahkan BN kerana kesengsaraan negara dan kegagalan mereka. Taktik berkenaan disifatkan sebagai pengecut bahkan tidak sesuai pun untuk berada sebagai pembangkang.

    9. TIADA SIFAT KEPIMPINAN

    Disebabkan ketiadaaan pemimpin berkeupayaan, PH hanya pandai membuat pelbagai dakwaan yang tidak terbukti selain membuat pelbagai tuduhan yang tidak beradab bersama penyokong mereka. Calon-calon yang hendak diangkat sebagai Perdana Menteri pula adalah individu yang telah berumur 93 tahun selain individu yang telah disabitkan kesalahan liwat

    10. TIADA RANCANGAN KUKUH UNTUK MEMERINTAH

    Kerjasama parti-parti dalam Pakatan Harapan amat lemah dan hanya mengejar agenda yang mementingkan diri masing-masing. Ia bukanlah mengenai menyelamatkan Malaysia kerana Malaysia telah menunjukkan prestasi yang baik di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN.

    ReplyDelete
  32. 10 BUKTI DAP ANTI-ISLAM
    Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

    Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



    Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

    

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

    

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



    Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



    Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

    DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


    
Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

    

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

    

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,

    

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



    “Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yg diperkatakan tu wujud dlm bn sekarang.

      Delete
  33. Kapal mewah jho lo yg dirampas harga 1 billion...berapa harga kereta mewah kejora bapuk tua tulur kicik?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jho lo beli kapal mewah free...kejora tulur kicik?

      Delete
    2. Jho lo kaya raya, orang tu tukang pacak bendera ker wlaupun dah berpuluh tahun dlm umno! Kesian! Kikikukiki

      Delete
  34. Khairy: Sekali jadi diktator, selamanya Mahathir jadi diktator

    Pembangkang disifatkan sudah terperangkap dengan kelicikan lakonan bekas perdana menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya sudah insaf, kata Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin

    “Sekali jadi diktator, selamanya akan jadi diktator.

    “Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih terpaksa menanggung beban yang diciptanya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

    Tegas Khairy, beliau pernah menyenaraikan semua kesalahan dan kelemahan sepanjang pentadbiran Dr Mahathir, ketika membuat ucapan dasar Pemuda UMNO dalam perhimpunan agung parti itu.

    “Sebagai contoh, banyak perjanjian berat sebelah dimeterai ketika beliau menjadi perdana menteri, seperti penswastaan besar-besaran yang banyak menyebelahi syarikat swasta.

    “Serangan turut dibuat ke atas sistem kehakiman negara bila memecat ketua hakim dan masalah ini kemudiannya diperbetulkan ketika Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri,” kata Ketua Pemuda UMNO itu.

    ReplyDelete
  35. Jhonlo cina cedik...

    Kejora bapuk tua melayu paling bodoo...

    ReplyDelete
  36. Dedah hubungan dengan Israel – Bila DAP mahu saman Razali?
    Pada tahun 2012, ketika berceramah di Putrajaya, bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abd Rahman pernah mendedahkan misi DAP mahu menawan Putrajaya dan termasuk hubungan istimewa Israel dengan parti Roket itu.

    Antara yang didedahkan oleh Mohamed Razali adalah beliau mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang daripada G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang dilatih oleh pakar perisikan Israel.

    “Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP. Lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Saya merupakan wakil orang Melayu yang berada dalam G 17,” kata Mohamed Razali.

    Menurut beliau, G17 adalah merupakan satu jawatankuasa sulit, hanya Setiausaha Agung DAP dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja yang terlibat.

    Malah, beliau turut mendedahkan bahawa Lim Guan Eng selepas memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sering mengunjungi Singapura untuk bertemu dengan wakil kedutaan Israel.

    Selain itu, Mohamed Razali mendakwa DAP ditawarkan dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebanyak USD 300 juta oleh Israel dan juga mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan jika parti Roket itu berjaya menawan Putrajaya.

    “Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.

    “Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

    “Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

    “Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

    “Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

    “Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

    “Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

    “Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru.

    ReplyDelete
  37. ini bukan berita palsu
    DOA FADZIL NOOR DIMAKBULKAN : INGIN RAKYAT TAHU MAHATHIR ZALIM
    Akhirnya doa Fadzil Noor dimakbulkan Allah SWT dengan memanjangkan umur Dr Mahathir sehingga sekarang. Untuk menjelaskan lagi orang ramai melihat akan kezaliman sebenar Dr Mahathir ini, Allah memberi kekuatan yang hebat kepada YAB Dato Sri Najib Razak supaya terus bercakap benar dan tidak melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya walaupun diasak dengan begitu kuat oleh mentornya sendiri.
    Melalui serangan demi serangan ini rakyat Malaysia sudah mula didedahkan dengan pelbagai bukti kezaliman Dr Mahathir sepanjang beliau bergelar Perdana Menteri dan disambung lagi dengan agenda peribadi dan kroni-kroninya selepas beliau bersara pada tahun 2003 lalu
    Ketika kali kedua Dr Mahathir menjatuhkan Perdana Menteri iaitu Pak Lah (kali pertama Perdana Menteri yang dijatuhkan adalah Tunku Abdul Rahman Putra), Allah mungkin memberi peluang kepada kita semua untuk terus mempercayai Dr Mahathir Mohamed selaku negarawan yang amat disegani ramai.
    Namun untuk cubaan kali ketiga Dr Mahathir mahu menjatuhkan seorang ketua kerajaan Islam ini, beliau sudah menerima kesukaran dan terpaksa berlawan dengan bersungguh-sungguh (tidak lagi seperti cubaannya terhadap kali pertama dan kedua dahulu).
    Apa jua alasan demi alasan yang Dr Mahathir cuba berikan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, rakyat Malaysia sedikit sebanyak sudah mula mengenali siapa sebenarnya Dr Mahathir Mohamed ini.
    Diharapkan Dato Sri Najib Razak akan terus menjadi ketua kerajaan di Malaysia kerana perjuangannya untuk bangsa Melayu bukan kecil-kecil perjuangan, perjuangannya untuk perpaduan sesama bangsa di Malaysia bukan calang-calang agenda, perjuangannya untuk syiar Islam bukan suatu yang remeh temeh, dan perjuangannya untuk Malaysia bukan setakat terhenti pada tahun 2020.

    ReplyDelete
  38. ini bukan berita palsu
    Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan?
    Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan? Pada tahun 2000, Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS, pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

    Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato' Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?Kebanyakan rungutan dan ketidak puashati yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dan berpunca serta asal usulnya datang dari Mahathir sendiri.

    Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada media terutamanya media sosial dan blog untuk dihukumkan oleh masyarakat.

    Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya.

    Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.

    Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara. Dari bersifat penikus sudah menjadi singa garang tidak gentar pada gertakkan serta ugutan nakal.

    Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan?

    Senarai salah laku Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari . Dato' Seri Najib Razak yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir atas sifat hormat dan bersikap budiman kenang jasa yang dianggap sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada parti dan negara, kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir yang pasti membuat kedudukan Mahathir dikaca mata rakyat semakin dipandang serong dan sangsi.

    Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi pembela namun ramai dari mereka sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang bakal dibongkar itu. Dan mereka ini merupakan antara barisan utama dalam perbicaraan rakyat kini.

    Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit banyak yang kita boleh persoalkan.

    Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya.Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa agaknya doa fazil nor tu jika masih hidup utk najib?

      Delete
  39. ini bukan berita palsu
    doa-arwah-ustaz-fadzil-noor-kepada-mahathir-semakin-makbul
    Mungkin juga kita boleh menganggap, antara perseteruan politik yang paling di ingati adalah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor. Boleh dikatakan sepanjang Allahyarham menjawat jatawan tertinggi dalam PAS, sering kali kita melihat bagaimana pertembungan pendapat berlaku antara Allahyarham dan Mahathir.

    Paling diingati adalah bagaimana Allahyarham mendoakan supaya umur Mahathir dipanjangkan oleh Allah supaya Mahathir sendiri dapat melihat kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

    Pada ketika itu, mungkin ada yang memandang sinis doa berkenaan. Mungkin juga ada yang mentertawakan Allahyarham dengan doa ini. Malah, ada yang mendakwa, doa Allahyarham hanyalah sekadar doa ahli politik yang teruk dihentam Mahathir pada ketika itu.

    Namun, setelah beberapa dekad berlalu, doa yang dilafazkan Allahyarham kelihatan seperti di makbulkan. Manakan tidak, pada usia 92 tahun, disaat ramai rakan seperjuangan Mahathir dalam politik sudah meninggal dunia, Mahathir masih kekal berpolitik dan kini memilih untuk berjuang dipihak pembangkang.

    Pada usia 92 tahun ini jugalah, satu persatu kerosakan yang telah dicipta Mahathir dahulu semakin tersingkap. Bayangkan, kes penyelewengan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) sehingga menyaksikan seorang anak Melayu menjadi korban angkara mahu menutup kes sehinggalah kes Forex, semuanya tersingkap dengan sendirinya.

    Malah, beberapa kerosakan yang dicipta Mahathir seperti kehancuran Perwaja Steel, kerosakan teruk pada Proton Holding, mengaut wang negara hanya untuk mengayakan anak dan kroni serta bagaimana beliau mengkhianati perjuangannya sendiri menentang Lim Kit Siang serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini sudah terbuka dengan sendirinya.

    Sebelum ini, Mahathir masih mampu menyembunyikan segala kerosakan yang diciptanya hanya kerana perkembangan teknologi maklumat agak lewat tiba ke Malaysia. Mahathir boleh mengangkat dirinya suci tanpa melakukan sebarang kesalahan di mata rakyat.

    Namun siapa sangka, laporan siasatan penuh CIA yang menunjukkan Mahathir terlibat secara langsung dengan pelbagai penyelewengan dan skandal, mendedahkan belang dan wajah sebenar Mahathir, disaat beliau begitu beriya-ia mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Justeru, tidak salah kiranya andai kita menyatakan bahawa doa yang dilafazkan oleh Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor sebelum ini, hari ini sudah dimakbulkan. Segala kecurangan Mahathir satu ketika dahulu juga sudah tersingkap dengan sendirinya. Adakah Mahathir mahu menolak Qada dan Qadar Allah bagi melindungi segala salah lakunya?

    ReplyDelete
  40. ini bukan berita palsu
    DAPUR RUMAH MUKHRIZ SEBESAR RUMAH BANGLO!
    terkejut dengan tindakan PPBM meminta derma dari rakyat, pengasasnya Anina Saadudin turut mempersoalkan perkara berkenaan.



    Sedangkan Pengerusi PPBM atau Parti Bunga itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya selaku Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempunyai kekayaan yang amat luar biasa. Bukan lagi sebuah rahsia yang boleh disembunyikan daripada rakyat.



    Bekas ketua Srikandi Parti Bunga itu mendakwa saiz dapur rumah agam Mukhriz adalah bersamaan dengan sebuah banglo.



    “Saya mula bertanyakan tentang dana parti. Saya pernah ke rumah Mukhriz Mahathir, ianya sebuah istana yang dapurnya sahaja sebesar banglo.
    “Apabila saya selidiki dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk membina rumah sehebat ini, barulah saya ketahui bahawa beliau, memiliki 160 syarikat.



    “Tidak lama kemudian ada pula yang membisikkan kepada saya bahawa jet peribadi Falcon 900LX itu dimiliki oleh anak Tun M.



    “Saya terkejut tapi saya lebih terkejut apabila mendapat tahu bahawa Tun sendiri memiliki saham 50% dalam syarikat pembuat kapal terbang Jetfox!,” rengusnya dalam satu kenyataan.
    Beliau yang kini bergerak atas nama NGO amat kesal dengan cubaan Mahathir mahu ‘mengikis’ duit poket rakyat yang mereka sendiri anggap sedang tersepit dek kerana kos sara hidup terlampau tinggi di Malaysia.



    Tambah Anina lagi, sebagai seorang wanita yang pernah bersama-sama Mahathir berjuang melawan Perdana Menteri, Parti Bunga meletakkan isu penderitaan rakyat yang tidak cukup duit poket sebagai alasan utama kerajaan harus ditukar.



    Namun tidak beberapa lama sebelum PRU14 tiba, ternyata Parti Bunga itu cuba berubah wajah apabila mahu ‘mengambil’ duit poket rakyat pula. Jelas sekali Parti Bunga berkenaan tidak ikhlas dalam perjuangannya sendiri.



    Bayangkanlah jika ruangan dapur rumah agam Mukhriz sendiri pun sudah sebesar banglo, apakah kita anggap Mahathir dan para keturunannya tiada duit untuk disumbangkan sedikit kepada perjuangan sendiri?



    Rakyat harus sedar akan tipu helah dan permainan propaganda kotor oleh anak beranak ini. Mereka sebenarnya tidak mahu ambil berat tentang rakyat pun.



    Bagi mereka, perjuangan peribadi dan keluarga itu harus diutamakan dan menjadi realiti sebelum Mahathir meninggal dunia.

    ReplyDelete
  41. Mana yang saya tulis adalah berita palsu? Beritahu saya!
    Adakah kisah bahawa RM42 bilion wang 1MDB hilang BUKAN berita palsu?

    Saya berkata RM42 bilion wang 1MDB TIDAK hilang seperti Mahathir dan rakan-rakan Pakatan Harapannya dakwa. Adakah itu berita palsu?

    Adakah kisah mengenai AP bernilai lebih RM40 bilion yang Rafidah keluarkan berita palsu?

    Saya berkata Rafidah Aziz adalah ‘Ratu AP’ yang mengeluarkan AP lebih daripada RM40 bilion apabila beliau menjadi Menteri Perdagangan selama 21 tahun, seperti kata Anwar Ibrahim. Adakah itu berita palsu?

    Adakah cerita tentang Mukhriz mahu menjadi PM adalah berita palsu?

    Saya berkata Mahathir mahu Muhkriz menjadi Perdana Menteri, sebab itulah dia bertanding kerusi Ketua Pemuda Umno dan kerusi Naib Presiden Umno. Adakah itu berita palsu?

    Adakah kisah tentang Ho Kay Tat meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana pembiayaannya datang adalah berita palsu?

    Saya berkata Ho Kay Tat dari The Malaysian Insider telah meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana sumber wangnya untuk membiayai The Malaysian Insight datang tetapi ia tidak pernah dilakukan. Adakah itu berita palsu?

    Adakah kisah Clare tidak dapat menunjukkan bukti kepada mahkamah bahawa Najib membayar Hadi RM90 juta berita palsu?

    Saya kata Clare Rewcastle Brown sehingga hari ini tidak mengemukakan bukti kepada mahkamah bahawa Najib membayar Presiden PAS Abdul Hadi Awang RM90 juta. Adakah itu berita palsu?

    Adakah kisah mengenai hubungan sulit Muhyiddin dengan Nika Gee adalah berita palsu?

    Saya berkata Muhyiddin Yassin mempunyai hubungan dengan Nika Gee, seorang wanita yang sudah berkahwin. Adakah itu berita palsu?

    Saya boleh meneruskan lagi tetapi saya percaya maksud telah disampaikan. Ramai orang seperti anda berkata saya menyebarkan berita palsu. Tetapi jika apa yang saya katakan adalah berita palsu maka apakah kebenarannya? Hari ini, Mahathir mengaku bahawa dia menggunakan media asing untuk menyerang Najib, Umno dan Malaysia. Apabila saya menulis mengenai perkara tersebut tiga tahun lalu, mereka mengatakan itu berita palsu. Hari ini Mahathir mengatakan ia adalah benar.

    ReplyDelete
  42. Seman bapok tak beghani dah cakap besaq
    Kejora pakai pantun saja bukan main kasaq
    Tapi pantun BI, dia tak gheti nak kilaih kisaq
    Sat lagi dia bak keluaq la, 'your English suck'

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gutsy Mahathir gate crashes & bull dozes them all
      Coward Najib keeps on hiding with no balls
      Old man Mahathir journeys straight ahead
      Coward Najib goes his way in constant dread

      In all courage, Othaman finds no fear
      but in fear Kejora, weakness does appear
      In last encounter, Othaman took shape
      sadly in fear, Kejora hid & escape

      Delete
  43. INI BUKAN BERITA PALSU....
    Di Sebalik Pembangunan Tun Mahathir,Anak2 & Kroninya Yang Kaya Raya,Negara Hutang Meningkat.

    2. Disebabkan penafian Tun bahawa kekayaan luar biasa anak anak Tun adalah bukan ketika Tun jadi PM tetapi selepas Tun letak jawatan mokhzani baru menikmati hasil usahanya. Ini lah satu penafian yang MahaLawak saya dengar Tun.Disebabkan Tun nak bukti,saya lampirkan bukti seperti dibawah.

    3. Bukti yang saya perolehi ni diambil daripada sumber sah yang sangat boleh dipakai iaitu daripada Annual Report Kencana Petroleum milik Mokhzani anak Tun dan Laporan Jumlah Pelaburan Saham BSKL yang diterbitkan oleh BSKL pada tahun 2001,ketika itu Tun masih lagi perdana menteri.

    4. Bukti jumlah pelaburan saham company2 listed BSKL yang anak2 Tun invest pada tahun 2001 itu satu bukti bahawa anak anak tun Mirzan & Mokhzani menjana kekayaan ketika Tun masih lagi PM.Dengan jumlah pelaburannya yang besar dan byk,timbul persoalan daripada manakah modal pelaburan itu diperolehi.saya bersangka baik wang utk melabur saham BSKL itu anak2 Tun memperolehi daripada menang teka milo dalam cawan dan menang lari bawa telur puyuh dalam sudu.

    5. Pencapaian tahunan Kencana Petroleum yang diambil faktanya dlm annual report Kencana Petroleum juga menjadi bukti bahawa Mokhzani menjana kekayaan ketika Tun menjadi Perdana Menteri dengan memperolehi kontrak2 besar Petronas.

    6. Kontrak tersebut pada Tahun 2000,Kencana Petroleum Establishment of the Lumut Fabrication Yard covering an area of approximately 11 acres with a 5,000 metric tonnes (mt) load-out jetty dan Tahun 2002, Kencana Petroleum awarded a major fabrication (Offshore Structures) license by PETRONAS. Kencana Petroleum is one of only seven licensees in Malaysia.Kencana Petroleum also Awarded the Group’s first topside and jacket project. Sumber ini diperolehi daripada Annual Report Kencana Petroleum.

    7. Tahun 2000 dan 2002, Tun masih lagi PM.Tahun 2003 baru Tun letak jawatan.Aoakah Tun sudah lupa tarikh bila Tun letak jawatan?Ini bukti bahawa Mokhzani mencipta kekayaan ketika Tun jadi PM bukan sebagaimana Tun kata selepas Tun jadi PM baru mokhzani menikmati kekayaan.

    8. Berkaitan Mirzan anak Tun. Tahun 1994,Awal tahun 1994 Mirzan Mahathir berjaya memiliki Konsortium Perkapalan Berhad(KPB) dan disenarai di KLSE pada harga RM2.50 naik ke RM6.00 seterusnya naik RM16.00 .Konsortium tersebut kemudianya mengambil alih PNSL yang banyak mendapat kontrak dengan TNB, Kedah Cement, Perwaja, Bernas dan Petronas serta mengambil alih Malaysian Helikopter Services (MHS).

    9. KPB kemudian meneruskan penguasaannya dengan mengambil alih Pacific Basin Shipping HK pada harga 240 juta USD. serta mengambil alih 29% saham.MISC dari KWAP dgn harga RM9.20 sesaham. Akhirnya Mirzan terkangkang tanggung hutang USD 2 Billion. dan Petronas/MISC diarah beli 29% KPB. PNSL lingkup , MHS lingkup, MISC hampir lingkup , Mirzan yang untung.

    10. Puluhan juta projek diberikan pada Mirzan, anaknya untuk projek kapal. Mahathir beri jaminan kerajaan RM2 billion kepada projek Mirzan. Mukhriz menerusi Opcom dapat projek fiber optik bekal kontrak pada Telekom. RM102 billion wang rakyat digunakan untuk "bail out" syarikat kroni seperti Intrakota, ParkMay, Dana harta dan PKFZ.

    Ini fakta dan sumber yang diperolehi saya yang saya jadikan bukti untuk mengatakan bahawa Anak Anak Tun Kaya Raya dengan pelbagai jenis kontrak dan projek diperolehi dan kerajaan menanggung hutang apabila projek mereka gagal.Buktinya Petronas diarah untik beli saham company Mirzan untik modal byr hutang.

    Tun, ni beza saya dgn rafizi.rafizi cakap tak berfakta byk auta dan putar.saya siap fakta,bukti dan sumber bukti diperolehi, saya lampirkan utk perhatian Tun.Tun nak nafi ape lg anak Tun x,billionare,terang2 majalah forbes senaraikan mokhzani billionare malaysia. X,baik tipu tun Allah marah.

    Oklah Tun nanti sambung lg.bye
    sekian,wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So tunggu apa??? Tangkapla kalau salah! Ha2 ha2

      Delete
  44. ini bukan berita palsu
    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan PKR menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penipu.
    Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, tujuan sebenar Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia mahupun UMNO tetapi untuk melindungi kroni.

    “Dr Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Dr Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri, itupun kita harus berhati-hati kerana pastinya Dr Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Cubaan pemalsuan budak musibat mengutip bahan sampah busuk yg dah lapuk - SAMM tuduh Dr Mahathir penipu
      FMT Reporters, August 22, 2015

      Nampak sangat desperado budak sewel ini sampai dia sanggup pungut & hadam sisa2 bahan basi lapok.

      Delete
  45. Matdey semakin hari semakin resah runsing
    Rakyat tak terpengaruh cara dia riuh & bising
    Guna media dlm, dia tak reti nak kilas pusing
    Akhir nya mintak jugak bantuan media asing

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib gusar tidor mlm dah tak lena
      Nak jerat Tun tapi satu pun tak mengena
      Kena beli undi tabur duit dah direncana
      Tapi rakyat x sudi nak undi tu kepala bana


      Ha2 ha2 ha2 ha2 ha2 ha2

      Delete
    2. Takkan tempua bersarang rendah
      Jika tidak merasa gundah
      Orang lemas di dasar lautan
      Kenapa kejora di atas daratan...??

      Delete
    3. Lemas memikirkan supply dedak dah nak sampai ke penghujung!!! Ha2 ha2

      Delete
  46. Kesian pelacur rakyat ahli umno pacak bendera
    Kena sokong klepto, yelah anak bini kena sara
    Bini pakai suasa, tak mcm rosmah ada mutiara
    Mimpi jadi calon, teringin sgt pakai panamera


    Kikikikikikikiki

    ReplyDelete
  47. Perangai perangai pelik penyokong najib!

    Walaupun PH ditunjangi oleh hampir kesemua melayu, tetapi mereka masih lagi x dapat terima kenyataan dan membebalkan diri mereka mengatakan DAP berkuasa tanpa sebarang supporting arguement yg boleh diterima.

    Najib telah mengaku mempunyai 2.6billion dlm akaunnya dan disahkan menerima 42juta dri src. Mereka betul2 percaya bahawa 2.6billion adalah derma dan najib tidak tahu siapa masukkan 42juta dlm akaunnya. Kikikiki...what a joke


    Wlaupun ada pihak yg menwarkan kerajaan tanpa gst, mereka tetap enggan menerima malah cuba menyakinkan org lain utk memilih kerajaan ber gst....what a moron

    Jho lo mmh dah sah melakukan kesalahan melalui money trail yg diperolehi hasil penyiasatan doj dan audit negara, tapi mereka melenting bila rakyat inginkan jho lo ditangkap sedangkan merekalah yg beria ia dgn semangat perkaumannya! Pelik....


    Bersambung.....

    ReplyDelete
  48. Selamat bertemu kembali ....

    Kepada para pengomen serta pengomel di blog Tn Budin ini . Dari sudut pandangan saya , janganlah pening peningkan kepala ,juga mengambil pusing keatas post post yang di lontarkan olih sekor walaunta yang menamakan diri dia Pejuang Rakyat .

    Pejuang Rakyat bersangkaan dia seorang hebat kerana mampu melontar ceritera yang panjang lebar yang di 'copy~paste' dari sumber haramzadah . Pada dasarnya , Pejuang Rakyat ini tak lebih dan tidak kurang hanyalah sekor blogger keparat yang merempat . Blog nya sendiri sudah hancus , sunyi dan sepi lalu 'melompat' kesini setelah berpaling tadah dengan berkiblatkan kepada to'kong kleptokrat .

    Kepada srda Othman , Macy serta yang lain2 nya , don't waste time by responding to comments from this stupid idiot which goes by the name of Pejuang Rakyat . You will never have the chance to put forward any argument with this idiot . Each and his every comments ( which I dare say not) is a 'one way traffic'.

    His characteristic clearly proof that he is a 'Pejuang Keparat'.... a coward who hide behind his namesake !!

    ReplyDelete
  49. Suman belot UMNO sbb jawatan tidak dapat
    Sbb itu dgn Puak Haprak, dia rela merempat
    Biila Kejora cabar, dia terkejut dan terlompat
    Jom jumpa Wak, cakap je masa dan tempat

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. In all courage, Othaman finds no fear
      but in fear Kejora, weakness does appear
      In last encounter, Othaman took shape
      sadly in fear, Kejora hid & escape

      Delete
  50. Kojola alias Jinggila,the lunatic
    A many faces being,a spastic
    Not a true human,a plastic
    bombarded he is,face remains thick!

    0thaman was there,at Dataran Merdeka
    Waiting near the field,and in his car
    As his usual self,Kojola a 'komika'
    Hiding frantically, a distance so far!

    Kojola, a self proclaimed 'fighter'
    To Mat Maslan,he's no better
    Goons and crooks, he's to cater
    A sick person,thinking he's a doctor!

    He curses everyone,he doesn't care
    Eating his dedak away,like a mare
    His filthy words start up flare
    Smearing everyone, he's never fair!

    'A person with many names' it is him
    Gatecrashing here,fancies and whims
    High expectations,on dedak and 'brim'
    Jump into the ocean,let him swim!

    The day of reckoning that'll be soon
    He's bound to lick his own wound
    Siding Kleptos,it's always 'full moon'
    Once defeated, you're doomed,goon!

    ReplyDelete
  51. Si Mamat tonjol ni keluarkan komen panjang panjang tiap 1-2 minit, nyata dia copy paste, dia Umno punya cybertrooper yang Najib kata "bangang hamjadah" di kempen Pru13 dan akan kata "Kepala bapak kau" di kempen Pru14 -

    pejuang rakyat27 March 2018 at 22:51
    ini bukan berita palsu

    pejuang rakyat27 March 2018 at 22:53
    ini bukan berita palsu
    Adakah Doa

    pejuang rakyat27 March 2018 at 22:54
    ini bukan berita palsu
    doa-arwah-ustaz-fadzil-noor-kepada-mahathir

    pejuang rakyat27 March 2018 at 22:54
    ini bukan berita palsu
    DAPUR RUMAH MUKHRIZ

    pejuang rakyat27 March 2018 at 22:55
    Mana yang saya tulis

    ReplyDelete
  52. Bukan saja pejuang rakyat aka pejuang keparat pak othman juga tk perlu la layan pantun2 badakshit si loyar buruk kejora krn ia hanya buang masa dn tenaga saja lgpun pantun bangang kejora tu tak akn bawa kita semua mengundi party beend tong taik too...

    ReplyDelete