Sunday, 10 December 2017

YANG DISASARKAN ISTERINYA ATAU APANDI? APAKAH PEGUAM NEGARA SANGGUP MENDAKWA ISTERINYA SENDIRI?


Entah kenapa, secara tiba-tiba saja ada perwakilan UMNO daripada Pulau Pinang meminta agar portal berita The Malaysian Insight segera disiasat kerana didakwa giat menghina pemimpin negara, terutama Perdana Menteri, Najib Razak.

Lebih sensasi, perwakilan terbabit mendakwa berdasarkan cariannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM, portal berita berkenaan adalah dimiliki oleh isteri Peguam Negara, Apandi Ali iaitu Faridah Begum.

Dalam masa yang sama, Ketua Pengarang The Malaysian Insight, Jahabar Saddiq adalah adik kepada Faridah.

"Kami mahu pihak berwajib siasat siapa Faridah Begum ini. 

"Jangan biarkan portal itu terus-menerus menyerang Perdana Menteri kita, cari sampai ke lubang cacing," kata Mohd Nashrol Hisham Abdullah, perwakilan UMNO Pulau Pinang tersebut.
Apa, bagaimana dan bila The Malaysian Insight sebenarnya telah menghina pemimpin-pemimpin negara dan Najib?

Adakah mengkritik dan menegur, di era yang kononnya penuh keterbukaan dan didakwa lebih baik berbanding  kepimpinan pemimpin terdahulu, juga merupakan suatu penghinaan?

Ataukah serangan kepada Faridah Begum itu hanya suatu bentuk "pukul anak sindir menantu" dan tekanan yang sebenarnya ditujukan kepada Apandi sendiri yang pernah mengarahkan siasatan dibuka semula terhadap 1MDB serta beliau juga mewujudkan pasukan petugas khas memantau siasatan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad yang didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan isteri orang?

Adakah ini bermakna Apandi mula tidak disenangi dalam menjalankan tugasnya?

Jika begitu, siapakah yang mencaturkan agar perwakilan UMNO Pulau Pinang itu untuk membuat serangan kepada isteri Apandi?

Berhubung apa yang dibangkitkan oleh perwakilan itu berkenaan The Malaysian Insight, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak dengan pantas memberi reaksi bahawa siasatan akan segera dijalankan.

"Laporan berkenaan The Malaysian Insight telah diterima dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM akan menjalankan siasatan.

"Kita akan buat siasatan dan jika didapati melanggar akta yang ada, kita akan beri laporan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan seterusnya dapat diambil," kata Salleh lagi.

Dengan perkembangan ini, apakah jika SKMM mendapati ada kesalahan atau akta tertentu yang telah dilanggar oleh The Malaysian Insight dan Faridah Begum, maka akhirnya Apandi selaku Peguam Negara akan membiarkan pendakwaan dilakukan terhadap isterinya sendiri?

Wahhh...ini sudah jadi rekod dunia, suami mendakwa isteri sendiri!!

Atau akhirnya Apandi yang terpaksa berundur dan meletakkan jawatannya? 

Dan itukah matlamat yang sebenar-sebenarnya memang disasarkan?(ShahbudinHusin 10/12/2017)

75 comments:

  1. Ok..🐵🙈🙉🙊🐒

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pegawai kerajaan boleh direhatkan atas sebab sebab kesihatan..



      Macam tak biasa pula...

      Delete
    2. Terfirstlah pulak kd..gani patail...???!??❌❌❌

      Delete
    3. Dlm UMNO, tinggi mana pun seseorang itu, jika tak mengikut asas rukun hidup penyamun, akan ditendang dan dicantas kluar jua akhirnya.

      Ini percaturan mudah.

      Delete
    4. Tunggu nak kena sembelih je dah. Kalau Keruak tu bersuara, maknanya arahan Rosmah Mansorlah. Takkan Najib pulak.

      Keh..keh..keh..keh..

      Delete
    5. Di belakang Amerika, ada Zionist Yahudi...!!

      Di belakang Najib Dayus, ada Rosmah Puaka...!!

      Delete
    6. Ada udang sebalik batu
      Ada benda yg tersirat.
      Ada benda yg nak dijerat.

      Delete
    7. Ada byk benda yg apandi tahu ttg najib,
      Luar dan dalam segala lobang yg ada pada pd tubuh badan najib dan rosmah apandi dah hidu,
      Mungkin apandi ada sikit eksen dgn najib atau rosmah,
      Atau ada dedak yg tak cukup bagi pd apandi,
      Keadaan sudah tidak tentu di hala,
      Najib sudah tak tentu arah,
      Mungkin ada yg tercucuk punggung masing masing,
      Atau ada yg tersentap,
      Masing masing sudah di kuasai prasangka,
      Mudah di kuasai syaitan dan iblis jika hati mmg sudah busuk hanyir mkn duit Haram,
      Hati kedua dua pihak sudah tidak berjiwa, krn jiwa sudah lama mati di makan rahsuah yg terlampau byk bilangan nya dlm hati perut,

      Delete
    8. Najib ada minta sesuatu pd apandi yg tidak boleh apandi sanggup laku kan,
      Iaitu mencipta sesuatu yg memboleh kan Tun M di tahan polis,
      Apandi mungkin berkata there is no way to get is done, all is end of the road,

      Delete
    9. Ada lah satu idea yg bodoh dan memperbodoh kan diri tahap maximum yg menyebabkan apandi menolak utk menerbit satu tangkapan yg tidak berasas,
      Mr J kena faham ini,
      Kami tidak komen sebarangan, ini melalui fakta,

      Delete
    10. Ye jalan mati utk najib bnumnopas

      Delete
    11. Dengan ucapan najib yg meloya kan pening kepala bapak kau apandi dengar, itu yg apandi sakit hati dengar,
      Najib cukup confidence dgn ucapan nya yg memual kan tu,
      Gerak geri badan yg menyakit kan hati tengok,
      Segala gala nya dari atas sampai bawah, semua nya cari jalan mampos,
      Org kata,
      Buang tabiat nak mampos,
      Sedia utk najib umnobnpas mampos pada pru14,
      Ini komen suka rela bukan berbayar,
      Aku top up sendiri data,

      Delete
  2. Ana 1st..alhamdulillah emas utk Ana.

    ReplyDelete
  3. Sejak bila puak pembangkang ini cinta Apandi Ali? Bukankah sentiasa suruh letak jawatan? Apakah mereka yg diperasan ada masaalah dgn DSN tiba tiba jadi suci? Bak kata bekas Armada bahwa parti pembangkang ini bak mesin basuh besar. Boleh sucikan kotoran dan dosa sesiapa yg masuk dgn cepat. Begitulah dosa TDM, TSMY, DSZI dll dibasuh hingga putih melepak. Namun rakyat tak lupa. Mungkin kerana itu org Islam dlm pembangkangpun tidak takut memfitnah, mengkeji dan mengangkat evengelis sebagai pemimpin. Dosanya boleh dibasuh. Macam fikiran yahudi - buatlah jahat manapun tetap masuk syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr j..ko nii faham ke idakk posting budin nii..merepek ntahhapahapantah..prOoTt 💨💨dmuka ko..

      Delete
    2. Bila Najib nak jumpa Trump main golf lagi Mr J? Mintak tolong Rosmah telefon Putin dan Netanyahu. Kalau boleh Hadi Awang sama.

      Keh..keh..keh..keh..

      Delete
    3. Masalah utama J adalah malas membaca. Sebab tu tak faham isu. Bila dah tak faham, disalahkan pula yahudi, kemudian evangelis. Malangnya maksud eangelis pun dia tak tahu. Agaknya dia tak pernah buka kamus, sebab tu be... (isi le sendiri).

      Delete
    4. Suci dosa hakmilik esklusif Parti Lebai.. u/p Mr J.

      Parti Suci © ® ™
      Ulama Suci © ® ™
      Suci Dosa Dengan Taubat © ® ™

      KEH..KEH..KEH..KEEEEHHH..

      Delete
    5. PJL, bukankah ini cara pendokong pembangkang? Dulu Ghani Patail dikeji habis suruh resign. Bila diberhentikan pula dijadikan hero. Kini AA dikeji. Kalau apa apa hal terjadi apakah AA akan jadi hero baru pembangkang. Plot pembangkang sangat mudah - siapa yg benci DSN dikira suci dan bersih. Siapa yg sokong dikira korup dan jahat. CRB yg kafir pun dikira mulia dan benar pasal fitnah DSN/TGHH. Menteri Luar Saudi dikira bohong dan jahat pasal benarkan kata kata DSN. Fikir fikirlah sikit.

      Delete
    6. Salleh Keruak org kg Mr J.
      Sesilap, J anak Salleh Keruak...

      Delete
    7. Anon 1356, DSN dah buat bantahan. Kini beliau akan hadiri OIC pasal isu ini. Beliau juga bersama negara Islam lain akan guna pentas UN untuk ketengahkan isu ini. Dlm pada tanya DSN apa dah jadi dengan pembangkang? Lain dari usaha lepas batuk ditangga PAN tiada nampak PKR dan PPBM suarakan kes ini dan jauh sekali buat demonstrasi. Apa jadi dgn Ketua Umum yg dicintai? Beliau pernah buat kenyataan 'Keselamatan Israel adalah keutamaan kami'. Apa dah jadi dgn TDM? Bukankah dulu kata 'wira' yg menentang US? Kini menikus? Takut DOJ tak baca skrip 1MDBnya lagi? Pandanglah pada puak sendiri dan soallah apa yg mereka buat.

      Delete
    8. Kenali UMNO:
      Baby shark do, do, do, do, dooo...
      Mommy shark do, do, do, do, dooo...
      Daddy shark do, do, do, do, dooo...
      Grandpa shark do, do, do, do, dooo...
      Grandma shark do, do, do, do, dooo...

      *shark = mempunyai imuniti undang2

      Delete
    9. Marah sangat Mr J pada CRB anak kelahiran Sarawak. Utusan Najib MO1 si "Khalid" bawa berita buruk daripada London?

      Delete
    10. Sejak bila US masuk OIC Mr J? Demi Rohingya Najib sanggup meredah Lautan India, Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Isu Palestin setakat lalu Lautan India sahaja?

      KEH..KEHH..KEHHHH..KEEEHHHHH...

      Delete
    11. Anon 1435, kalau kita tidak dibutakan oleh taksub dan benci kita akan nampak siapa yg membantu dan siapa yg hanya diam kerana dah bersekongkol dgn Yahudi untuk dapat sokongan. Sekali lagi saya seru - cuba jawab kenapa TDM dan AI hanya diam....

      Delete
    12. j, najib kan best friend terump. kak ros cakap, pagi2 buta pun terump boleh call dia. kenapa najib tak boleh call aje terump terus?

      takan la nak berdiri belakang oic kot.....kata pahlawan!

      Delete
    13. Mr J, ko ni faham ke tak faham pe yang KD ketengahkan..suka bodohkan diri Mr J kat sini..adakah ada ayat KD minta pertahankan AG? masalah betul puak2 umngok ni..dah le buta mata, pekak telinga, buta hati hinggakan tak dapat berfikir dgn waras..apa yang ada dalam kepala otak, MO1 mesti dipertahankan..kesian bangsaku..

      EX umno JERAI

      Delete
    14. Yesterday, I've asked you to buy Boeing or not to buy Boeing. You never answer.

      Today, Mr J please ask Najib - to meet Trump or not to meet Trump, that is the question. Dalam Dewan Rakyat, Najib kata Trump kawan baik, partner main golf dulu. Takkan tak boleh tolong rampas semula Baitul Maqdis guna My Best Friend's power?

      KEH...KEH...KEH...KEEHHH...

      Delete
    15. Mati kutu Mr J akibat perangai Najib kawan baik Trump. Dalam hati mesti Najib dimaki. Menyusahkan cybertroop Umno nak berhujah.

      Keh..keh..keh..keh..

      Delete
    16. Dalam isu Baitulmaqdis Tun M lebih jauh lantang bersuara dan mengecam Amerika berbanding MO1 pengecut.

      Delete
    17. Apa yg J merepek ni?
      TDM hanya diam?
      Dia ada tulis di Twitter lah, siap tag akaun Trump lagi mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

      Delete
    18. Anak Salleh Keruak Sabahan ni, memang dungu.
      Response pembangkang pulak yg ditunggunya.
      Ini isu antarabangsa weihh.
      Pendirian kerajaan sesebuah negara dari serata dunia yg ditunggu2.
      Yg menyatakan pendirian negara = disuarakan kerajaan yg sedang memerintah negara tersebut.

      Delete
    19. Itulah pun yg telah terjadi dan UMNO memang harapkan terjadi kpd sekelian rakyat Malaysia.
      Politikkan, politikkan, politikkan...

      Tak tahu mana hujung, mana pangkal.
      Tak tahu yg mana satu isu Islam, yg mana satu isu manusia sejagat, yg mana satu isu antarabangsa, yg mana satu isu negara, yg mana satu isu bangsa, yg mana satu isu kepartian...

      UMNO memang berhajatkan rakyat berpersepsi isu baik2 yg diutarakan, diperjuangkan hanya dan hanya oleh parti UMNO - menjadi isu kepartian shj kesemua-muanya...!

      Delete
    20. J...kamu ini keturunan KERUAK? SALLEH KERUAK?...
      he....he.....patut pun selalu cakap belawok(bohong)
      Hari hari cakap belawok(keruak), belawok(keruak)...

      Delete
    21. Bagai PAN, satu dua tweet dah memadai. Yg usaha DSN. Yg berani nak demo PAS dan UMNO. Walau dicerita golf buddy namun tiada kompromi isu Baitul Makdis. Anon 1533 same question to you - what is PH going to do? Are they promising to stop all trade with US if they win? It is pointless trying to pin DSN when PH has no stand at all. PH is just basing its campaign by attacking issues without any stand or policies. Now is the time to state your stand and policy.

      Delete
    22. Knapa najib nk bantu us.

      PH tk mcm tu. Takat kokok yahudi xrugi apa sgt

      Delete
    23. J ni jamal jamban kot

      Delete
    24. 16:52....

      Raut wajah Salleh Ketiak pun dah nampak macam Selenga lahir tak cukup bulan.

      Kata wong Jowo...."Amit-amit, jabang bayi ojo kaget"....bermaksud, Selisih,.. mintak-mintak janganlah terkenan macam muka Salleh Ketiak.

      Delete
  4. itu lh hebat nya politik melayu.

    tujuan tersirat d luahkan dgn perbuatan n kata2 yg berselindung d sebalik kata2 tersurat.

    ReplyDelete
  5. Amat bagus punya pos. Bikin pening Apandi. Tahniah.

    Bila lapang, saya nak masuk lagi, tibai si celaka 1MDB.

    Kamus DBP kata, celaka = bawa malang. Tibai = gasak, hentam, bantai; pukul, balun (cara lisan aje le).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki sokong Najib, bini sokong Oppo

      Pasangan yang gemilang

      Boleh bikin Najib terlentang

      Hilang hulubalang

      Delete
  6. Terlalu banyak kes kes yang membabitkan orang politik penting pemerintah UMNO BN yg dilaporkan baik kepada SPRM atau PDRM tetapi berakhir dengan diam dan sepi saja atau dikatakan tiada kes dan bukti. Ini lah antara sebab kenapa kebocoran dan kehilangan wang negara tahap billion terus berlaku tanpa dapat dikesan pelakunya. Inilah punca sebenar negara Malaysia yg kaya sumber alam, tetapi taraf hidup rakyat semakin parah dan susah hari demi hari. Kisah individu2 tertentu yang rapat dengan mereka yang berkuasa yang super kaya hatta dlm usia yg muda bukan lagi perkara yg anih. Reza Aziz, anak tiri Najib Razak sendiri adalah antara contoh yang boleh dirujuk. Selagi UMNO BN dikekalkan, kehidupan rakyat akan terus melarat sekali pun pendapatan per kapita makin meningkat akibat dari agihan kek ekonomi yg tidak adil dimana kelompok yg rapat dan kroni penguasa membolot bahagian terbesar kekayaan negara. UMNO BN wajib dijatuhkan seberapa segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disokong sebulat suara. Najib desperate nak kepung Rakyat Malaysia bawah kangkang Rosmah Mansor! Nasi kangkang mujarab.

      KEH...KEH...KEHHH...

      Delete
    2. Jika kalian sayang kepada anak cucu kalian, PRU14 nanti jangan undi unnongok dan pispus. Dua virus perosak bangsa melayu dan negara nya. Virus no1 jelmaan Aldajjal dan virus no2 jelmaan syaitan.
      Guna akal yang waras menilai virus ini.

      Delete
  7. Geng penyamun mana reti setia klu x ada habuan. Tak lama lg kucar kacir la geng penyamun ni. Najib nazak hidup dgn labunya. Biarkan. Heheheh

    ReplyDelete
  8. Habis caca-marba satu Malaysia gamaknya! Apa dah dan akan jadi kepada Negara kita? Apa pulak ada masa depan ke untuk cucu-cicit kita?

    Buka mata dan telinga besar-besar wahai bahlol bahlol!!!

    ReplyDelete
  9. Kalau di negara lain,revolusi sudah jadi halal.Daulat RajaKapor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib raja kapor dan raja gopal akan ditentukan oleh generasi akan datang.
      Bukan keturunan dewa dari langit.

      Delete
  10. ya.mcm biasa..apandiak akan dihapuskan..sbb dah x larat nk cover kes kes maha berat lagi jelas..kalau dah x nk cover..najib akan salin org baru yg sanggup cover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada calon yang berani nak tutop kes? Kerja kosong akan dibuka. PEGUAM NEGARA MALAYSIA.

      #SKANDALSABAHWATERGATE
      #SKANDALMARA
      #SKANDALFELDA
      #SKANDALKPSPRM
      #SKANDALGOPI
      #SKANDAL1MDB
      #SKANDALKOMISYENSCORPENE
      #SKANDALMBJOHOR
      #SKANDALSRC
      #SKANDALAMBANK
      #SKANDALTABUNGHAJI
      #SKANDALYAPIEM
      #SKANDALKWSP
      #....

      KEH..KEH..KEEHHH..KEHHHH..

      Delete
    2. Semalam di sessi 'Hard Talk', Tun M berjanji apabila BN tumbang, semua kes2 yg tersebut di atas (termasuk kes pembunuhan2 misteri) akan dibuka semula untuk siasatan. Jika terbukti ada kesalahan, mereka yg terlibat akan dibawa ke muka pengadilan.

      Yg paling paling utama, GST akan dihapuskan kerana ini menyiksa rakyat. Bantuan sabsidi akan dipertimbangkan semula.

      Delete
    3. Janji Tun M dan Pakatan Harapan yg saya sebutkan di atas adalah 'Azimat' terkuat untuk menambat hati pengundi2, terutama sekali mereka di atas pagar.

      Delete
  11. Apa ni ? Makin berkecamuk dunia politik di malaysia , aritu Apandi tolong bebaskan Najib....

    arini bini apandi ali pula diminta utk disiasat .....semakin caca marba politik di Malaysia, sampai peguam Negara semua terlibat sekali dlm kancah politik.....

    Apa sebenarnya Najib nk sekarang ni? Nak tukar AG baru? Nk semua akhbar kt Malaysia ni ikut telunjuk dia?

    Inikah demokratik ala NAJIB yg dibanggakan oleh UMNO selama ni?


    ReplyDelete
  12. Salam 1malaysia!

    Salah satu strategy atau gerak kerja umno adalah untuk menghadkan atau menghapuskan saluran berita alternatif agar rakyat malaysia hanya bergantung kepada berita berita melalui mainstream media atau saluran alternatif yg pro najib shj. Utk tujuan itu, helah perlu dicari agar penutupan portal2 pro pembangkang dpt dijustifikasikan!

    Apa yg mereka cuba lakukan adalah dgn melakukan helah bahawa portal yg dipunyai oleh org yg rapat dgn najib juga boleh diambil tindakan, apatah lagi portal2 lain yg diklasifikasikan sbgai penyebar fitnah! Seharusnya kita perlu bersiap sedia dgn strategi atau plan b yg menyeluruh agar penyampaian maklumat dpt terus di salurkan seandainya tindakan diambil oleh mcmc utk menutup portal2 pro pembangkang.


    Najib sedar bahawa media alternatif telah memainkan peranannya dan menyebabkan mimpi buruk kepada beliau, maka sesuatu perlu dilakukan, tapi dlm masa yg sama ingin dilihat adil dlm tindak tanduknya.

    Oleh itu bersedialah, mungkin shahbudin blogspot dan yg sengkatan dgnnya adalah sasaran sebenar mereka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disokong sebulat suara. Najib desperate nak kepung Rakyat Malaysia bawah kangkang Rosmah Mansor!

      KEH...KEH...KEHHH...

      Delete
    2. macy, umno dah desperate. utusan dah nazak. media prima rugi. income dah kurang, terpaksa la cari jalan short cut.

      masih tak sedar lagi yang org dah reject mereka2 ni.

      strategy sekarang, sama macam bush buat dulu lepas 9/11. if u r not with me, u r against me.

      Delete
    3. Bijak ko Macy. Otak ko buleh bikin batu cincin. Salleh Keruak baru nak buka langkah dah kau kilas sampai tergolek doggie.

      Delete
    4. Salam sdr macy,
      Sediakan payung sabelum hujan.
      Jika blog tuan budin dipadam oleh Keruak.. ..bagaimana kita mahu berhubung dan dapat maklumat.
      Sdr mesti fikir satu cara supaya penyokong pakatan boleh berkumpul dan dapatkan no tel supaya boleh terus berhubung maklumat.
      John Dow ada idea?

      Delete
    5. Mengikut senarai skmm ada 18 blog bakal di gantung selama 2tahun.

      Blog yg tidak di tapis oleh admin confirm akan di blok utk minima 2 tahun.

      Kalau nak bukak blog perlulah rajin nak jaga.

      Apapun simpati jamal jamban yg berlagak sbg perisai beruang akhirnya di tambat oleh perisai besi.

      Lepas ni di mana kita nak buang berak kita tanpa jamal?

      Delete
    6. Well, to start with, pak Rahman idea of getting together would be something we all should seriuosly consider. Then, we can have our own wassup group and see where we all can fit in voluntarily in assisting our guys for the upcoming election.

      Hopefully we all can contribute something and make malaysia a better place to stay!

      Delete
  13. khairulryezall a/l osman kutty10 December 2017 at 15:44

    ADUI MENTERI] Isu harga naik sudah sejak zaman Rasulullah


    Isu harga barang naik didakwa sudah pun berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi sehinggakan hadis sahih riwayat Abu Daud daripada Anas bin Malik yang menjelaskan perkara tersebut.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, berdasarkan hadis sahih itu menunjukkan bahawa tindakan untuk tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara seperti yang dilakukan oleh perdana menteri adalah menyamai apa yang dituntut oleh Rasulullah S.A.W.

    “Walaubagaimana pun, atas sikap prihatin dan keadilan yang dituntut dalam Islam, presiden bersetuju agar barang-barang keperluan asas seperti gula, tepung, minyak masak dan gas memasak tidak akan dinaikkan harga.

    “Ini adalah kerana presiden merasakan, untuk memberikan kesejahteraan ke ada rakyat, kita mampu untuk memberkan subsidi melalui barang-barang keperluan asas,” katanya dalam ucapan penggulungann, sebentar tadi. - SH

    celahgelegar at 1:12 PM
    Share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan yg tentukan harga barang


      Ini fatwa terbaru UMNO. Semua salah tuhan dan nabi.

      Delete
    2. Mmg betul kenaikan harga brg telah berlaku dizaman Rasulullah s.a.w tapi perlu di ingat adakah dimasa itu dikenakan cukai lain selain dri zakat? Tidak ada gst, dan tidak ada road tax utk unta..he2 dan juga pemimpin tidak berbelanja sewenang wenangnya duit cukai dri rakyat!

      Delete
    3. Itu zaman sahabat rdh yg tinggi iman dan taqwa mereka.

      Sekarang zaman musibat yg tinggi klepet nya.

      Delete
  14. Dakwa siapa saja yg lawan Najib, supaya Najib selamat. Kesian Najib.

    Tetapi bila kita rujuk kisah salah laku , semua marah terutama rakyat.

    ReplyDelete
  15. Ada gambar jam tangan jenama Tissot dimana ada wajah Najib didalam nya. Dibelakang pula terukir Sahabat Najib.
    Tak pasti kesahihan nya.

    ReplyDelete
  16. http://keris7lok.blogspot.my/2017/12/senarai-pemimpin-ppbm-yang-keluar.html?m=1

    LINK ATAS ANDA BILA LAGI
    SENARAI YG KUAR AHLI TERKINI
    12 EKOR JER YG HADIR MEETING INI
    SUMA DAN BERAMBOS ANDA BILA LAGI..?


    KIKIKIKIKIKI.. BERAMBOSSSS BARUA DAP@SINGAPORK... PENSABOTAJ EKONOMI NEGARA INI KALI LAH.... TUNGGU PRU SINGAPORK KAMI DATANG...


    BERAMBOSSSS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keris7lok berayon10 December 2017 at 18:59

      FUUUUCKKKKKKKKKKKKK.......KIKIKIKIKIKI

      Delete
    2. Dap sabotaj ekonomi? Jho low dap ke... oooo baru tau

      Delete
    3. Kenapa blog ini tibab2 ada bau bangkai, rasa2 macam kenal aja. Timbul bahasa 'f**k' itu, automatik teringat nek tempoyak. Sebut nek tempoyak, terlintas kelibat keris berayon, bila ingat spesi2 ini... tup tup tup... terpacul susuk kejora.

      SUSULAN ITU....TERINGAT AMANAT SEORANG PEJUANG KEBENARAN: TERINGAT AMANAT SEORANG PEJUANG KEBENARAN:

      Ini dia CV Jing Jibo @ Kejora -

      Anjing Jibo

      Anjing Jibo di blog ini sekor saja. Tapi coba membayangkan dia ramai, konon. Selalu masuk tak pakai nama, ada masa menyamar pakai nama yang orang lain dah pakai di sini, ada masa pakai nama seperti Keris Berayon dll. Semua Protun di sini tahu bahawa yang di hayon nya ha nya bola dia. Dan bola Jibo, bos dia.

      Bola yang kecut sebab Jing Jibo ni dah tua. Masuk sini pagi petang siang malam, walau pun pukul 2-3-4 pagi. Menipu, membohong, memfitnah. Dah tua baka tapi otak budak kecik. Itu pasal apa yg dia cakap selalu nya mcm bebudak.

      Anjing Jibo ini gunakan berbagai mode, cara, gaya bahasa, nada bercakap. Kekadang guna mode bertitik ... kekadang mode bebudak kikiki, hahaha, hehehe, puiiii, terakhir ini Warghh kaahh kaahhh kaaahhhh pulak. Terakhir lagi, banyak pantun memantun macam kartun. Di salin C&P nya pulak, selalu ulang rangkap yang sama. Lagi terakhir: dia salin komen2 Nek Tempoyak atau tulis atas nama itu.

      Tapi pada umum nya - terutama nya bila dia dah tak tahu nak response atau meradang – Jing Jibo itu mengarut, mengata Go Fly Kite, maki hamun dan mencarut. Dia di kasi makan dedak, takda melukut yang ada habuk beras sikit pun, takda zat, tak membina otak nya. Pengtahuan nya cetek, selalu nya bodoh, bangang, bongok, bingong, bingal, baghal.

      Anjing Jibo ini ia lah contoh penyokong yang Jibo kata di kempen PRU13 ada lah “bangang, hamjadah”, sebab tak membantu dia sikit pun dengan mengeluarkan fakta dan hujah yang munasabah untuk menaikkan imej dia yang merudum.

      Kita teruskan balas, bidas, sebat, belasah, hentam, tibai, kritik, kutuk, ketuk, sekel, pelangkong, kentot dan tahikan dia. Itu saja cara nak deal dengan dia.

      Delete
    4. pak othaman,

      looks like this issue has been planned out by some one in the inner circle. remember a couple of weeks ago, skirmish between manchester moron and ag? i doubt, they will shutdown MI. they are after ag pandi. MI also get some sponsors from within umno as claimed by the moron.

      there was issue of $$$ and pandi, claimed by the moron. pandi was going to take the moron to court, but lately things are quite.

      definitely they know who are behind MI all this while, but why now, during pau, it is brought up?? something fishy, ain't it?

      anyway, as i said earlier, we have clowns running the government, what do we expect? circus of pirates! just sit and watch!

      Delete

  17. Kita tak lupa Apandi pernah goyang-goyang bersama-sama pemimpin BN..

    Kita tak lupa macamana Apandi telah menyelamat kan ketua penyamun.

    Tapi yang buat orang bengang ialah cara UMNO yang mengaitkan isteri atau anak untuk tujuan politik UMNO.

    Sampai ke cucu Tun pun UMNO ambil kesempatan..

    Apakah kerana kesalahan yang mereka laku kan satu ketika dulu sehingga membuat penyokong HARAPAN marah, maka apabila perkara yang sama yang dilakukan oleh UMNO kepada pemimpin HARAPAN kena pula pada mereka berdua, kita pembangkang buat tak tahu?

    Itu lah bezanya BN dengan HARAPAN.


    ReplyDelete
  18. Apandi tak payah buat apa2 .. buat muka sardin je...

    ReplyDelete