Thursday, 14 September 2017

ADAKAH KERANA SIBUK NAK PERKUKUH EKONOMI AMERIKA, NAJIB TERLUPA TENTANG ROHINGYA?


Beberapa hari sebelum Najib Razak berlepas ke Amerika, kebetulan isu Rohingya kembali meletus menjadi bualan dunia, riuh dinyanyikan kononnya perkara itu adalah antara perkara yang akan dibangkitkan dalam pertemuan beliau dengan Donald Trump.


Selain Zahid Hamidi yang mahu Najib membangkitkan isu tersebut kepada Trump (ehh, macam Zahid pulak jadi Perdana Menteri dan beri arahan kepada Najib), seorang timbalan menteri dengan gaya bodek dan ampunya mengatakan penindasan dan pembunuhan Rohingya akan menjadi agenda besar dalam pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden Amerika itu.


Gambaran yang cuba ditonjolkan ialah seolah-olah Najib adalah pejuang Islam sejagat dan bertemunya beliau dengan negara kuasa besar dan polis dunia itu bukanlah semata-mata untuk dirinya dan Malaysia saja, sebaliknya turut membawa sama isu kemanusiaan demi kepentingan dunia.

Tapi, apa jadi akhirnya?


Ada Najib membangkitkan isu Rohingya dalam pertemuannya dengan Trump?


Berdasarkan rakaman video dan berita-berita daripada seluruh dunia berhubung pertemuan Najib - Trump, termasuk daripada portal pengampu dan berbayar yang semata-mata menjaga kepentingan Najib, UMNO dan BN, tidak tertulis atau terdengar satu perkataan pun tentang Rohingya telah dibangkitkan secara terbuka oleh beliau.


Begitu juga, tiada sebarang respon balas daripada Trump mengenai Rohingya yang dilakukan secara terbuka dalam pertemuannya dengan delegasi Malaysia.


Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, dalam ulasanya mengenai pertemuan Najib dengan Trump, turut membidas kerana isu Rohingya tidak langsung disentuh oleh Perdana Menteri.


Kenapa jadi demikian?


Apakah kerana Najib terlalu sibuk dengan idea-idea untuk membantu mengukuhkan ekonomi Amerika, yang dilihat banyak pihak umpama ular lidi mahu menyuapkan makanan kepada ular sawa atau seperti penghuni rumah setinggan cuba menawarkan bantuan kewangan kepada orang kaya yang tinggal di banglo, maka beliau terlupa kepada nasib umat Islam Rohingya?


Berbanding isu Rohingya yang ditindas dan dibunuh kejam, apakah terlalu penting bagi Najib untuk membantu mengukuhkan ekonomi Amerika yang jauh lebih besar dan sudah sedia kaya itu?


Jika dilihat daripada bahasa tubuh melalui rakaman video pula, ketika Najib mengumumkan tawaran untuk membantu mengukuhkan ekonomi Amerika itu,  Trump lantas dilihat menegakkan badan dan memeluk tubuhnya secara tiba-tiba.


Apa isyaratnya?


Agaknya dalam fikirannya berkata, biar betul mamat ni datang jumpa aku nak pulihkan ekonomi Amerika!!


Mungkinkah juga ketika itu beliau sedang menahan dirinya daripada ketawa berdekah-dekah dengan kelucuan yang dianggapnya melebihi sketsa Maharaja Lawak?

Atau barangkali Najib sengaja tidak mahu membangkitkan isu Rohingya kerana diketahuinya Trump adalah pemimpin Amerika paling anti Islam dan kempen-kempen pilihanrayanya dulu banyak dipenuhi dengan keinginan untuk menjadikan Amerika hanya untuk orang Amerika dan menyekat kemasukan orang Islam?


Dalam keadaan demikian, Najib sudah tentu hanya akan berkata sesuatu yang mengikut selera dan diketahuinya disukai  Trump serta sama-sekali tidak akan menyentuh perkara lain yang tidak digemari oleh pemimpin kuasa dunia itu.


Lalu, tertipulah mereka yang meletakkan harapan tinggi kepada Najib kerana pada hakikatnya beliau sendiri masih bergelut untuk menyelamatkan dirinya daripada pelbagai kemelut dan skandal yang bukan lagi rahsia.


Bagaimanakah orang yang nasib dirnya sendiri pun tidak menentu, mahu memperjuangkan nasib orang lain? 


Sudah pasti, keutamaan tentang dirinya adalah perkara pokok yang akan didahulukan melebihi perkara-perkara lain.


Dalam konteks tindakan DOJ terhadap pelanun-pelanun 1MDB, keutamaan Najib hanyalah cuba untuk membeli jiwa Amerika. 


Tawaran untuk mengukuhkan ekonomi Amerika, di sebalik di Malaysia sendiri ramai yang tiada pekerjaan dan projek-projek prasarana masih tidak sempurna, membeli jiwa Amerika itulah tujuan dan matlamatnya.


Itulah Najib sebenarnya!! (ShahbudinHusin 14/09/2017)

87 comments:

  1. Trump yg jemput najib ato najib yg lobi nak jumpa trump?

    Kalo trump yg jemput ape tawaran amerika kod malaysia?....tapi najib yg terhegeh2 bagi tawaran kpd trump...hehehehe...isu rohingya tak bincang?....

    Kenapa tak de sidang media?...biasanye selepas pertemuan rasmi dengan presiden amerika ade sidang media di rumah putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya misi ke Amerika ni.........untungnya lebih ke Trump sebab Trump boleh gebang pada rakyatnya dia berjaya bawak masok pelaburan berbilion USD hasil jual pesawat dari pertemuannya dgn najib.

      Kemudian banyak usahasama demeterai yg lebih favour kepada US.......musuh US adalah musuh Msia jugak....dan Msia nak tolong kukohkan ekonomi US......untung Trump.....

      Msia cuma dapat gebang duit KWSP sebanyak USD3 atau 4 billion akan digunakan untuk tujuan pembelian tu dan beberapa usahasama ternasok menentang terorist etc......

      Tapi kita tak dengar pulak ditawarkan dengan apa2 pelaburan baru oleh Trump untuk Msia.....

      Jurucakap White House, Sarah Sanders pulak enggan mengulas lanjut ketika ditanya oleh wartawan US tentang siasatan DOJ atas MO1........sebaliknya Sarah berkata.....

      “Kami tidak akan mengulas berkenaan siasatan yang masih dijalankan oleh DOJ kerana siasatan itu tidak bersifat politik.........ini sudah tentu tiada kaitan dengan apa-apa yang akan berlaku esok."..........maknanya Kerajaan dan Presiden Trump tak campor dalam hal siasatan jenayah oleg FBI........dan tiada apa2 jaminan diberi oleh Trump dalam hal tersebut.

      Bijak2 pak kadok.....menang sorak tapi tak sedar kampong tergadai.

      Delete
    2. Najib yg terhegeh-hegeh nak jumpa Trump nak aota seluruh Malaysia konon aura dia memang hebat dari Tun Mahathir & DS Anwar Ibrahim.

      Najib didapati cabut larikan diri dari wartawan2. Ini laporannya dari Washington yg saya terjemahkan dalam BM.

      "REUTERS melaporkan Rumah Putih pada asalnya merancang untuk membenarkan wartawan ke Oval Office di mana berlangsung pertemuan Najib dengan Trump, tetapi menukarnya pada saat-saat terakhir.

      Timbul persoalan, Adakah Najib gerun ditanya pelbagai persoalan mengenai skandal 1MDB memandangkan ada kes-kes mahkamah berkaitan penyelewengan wang 1MDB di Amerika Syarikat?

      Inikah sikap panglima bugis yg dulu mendabikdada di Kuantan....???

      Bacul...Dayus...Pengecut.....!!!

      Delete
    3. Elok juge tak ada press conference tuuuuu.......takot kang tak terjawab soalan wartawan deme.......dahle di sana mengamalkan kebebasan bersuara oleh media2 mereka.

      Aterrrr.....dah memang tau apa yg bakal disoal.......skandal money laundering related to 1MDB tak dapat nak ditutop.......satu dunia dah tau.......all reporters menunggu nak soal menda ni lerrrrr............lebih2 lagi siasatan jenayah FBI.

      Tun Mahathir dulu tak pernah lari dari mana2 soalan baik dalam debat, temuramah Q&A dari reporters seluroh dunia atau pon mana2 press conference.

      Malah kita boleh tengok Tun M hentam balas soalan dan statement yg dibuat oleh wartawan asing sama ada dalam siaran program TV atau dalam press conference yg pro-barat.

      Tun Mahathir dulu hentam dasar luar US yg satu dunia tau memang pro-Yahudi.........Tun M dengan sardin smackdown Bush di PBB.........Tatcher pon pernah kena polisi "Buy British last".

      Di zaman Tun M.......kita tak pernah ada hati nak bantu kukohkan ekonomi US dan Britain. Kita dok ralit buat pembangunan KLIA, Putrajaya, LRT, Menara KL, Petronas Twin Tower, highway2, Langkawi development, hospital2, universiti2............dan bermacam infrastruktur Msia yg boleh kita nikmati hasilnya hingga hari ni..........cuma orang rabun buta jerrrr yg tak nampak.

      Delete
    4. Tepat sekali komen anon.

      Najib yang hadir dan 'menawarkan bantuan' kpd Trump sedang respon Trump jelas tunjukkan sikap tak heran pun dengan 'tawaran ufti' Najib ni.

      Adakah perbuatan sebegini tidak lagi termasuk pelakuan 'bersegera kepada orang kafir kerana takut ditimpa musibah'.

      Sama-sama fikirkan.

      Delete
    5. Kawan2 yg teman hargai.......kejap lagi Kejora and the gang akan punch card untuk bertugas......

      Kita udah paham bebenor cam mana gaya orang giler ni............please don't be carried away by them......

      Bior deme ke laut......bior lantok menyalak sorang2 macam anjing rabies.

      Salam perjuangan untuk sumer bro2....

      Delete
    6. Yang pastinya, duit tidak akan beranak dengan sendirinya, melainkan perlu dilaburkan untuk dibiakkan. Dan itulah yang dilakukan oleh Najib berbanding BAIL-OUT syarikat-syarikat anak dan kroni seperti yang dilakukan oleh Dr. Mahathir menggunakan wang KWSP atau pun menjahanamkan dan merugikan MAS semata-mata untuk menutup kerugian besar perjudian FOREX!!!

      Delete
  2. Najib ke amerikana jumpa Tram nak cari publisii...

    Nak suap tram kononnye ekonomi.malaysia kukuh....nak beli satu cctv pon tak mampu hingga mati polis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 peruntukan penting rakyat Msia perubatan dan pendidikan dipotong..........hingga klinik dan hospital gomen tak cukop stok ubat.........baru2 ni pulak elaun pelajar perguruan dihapuskan.

      Dalam pada beberapa subsidi rakyat ditarik dan beberapa peruntukan rakyat dipotong sana sini........Msia berhajat besar nak tolong kukohkan ekonomi US yg memang lebih maju dari kita........

      Bijaaakkkk tu yeooppp.......Trump tak payah kerja keras........rezeki datang depan pintu........duit kederat rakyatnya pon tak berusik......

      Delete
    2. Salam sdra Phantom....

      Semalam isteri saya ingin keluarkan duit EPFnya tapi diberitahu Najib telah keluarkan arahan semua pengeluaran duit EPF hanya untuk mereka yg berusia 60 tahun ke atas.

      Jgn2 ini ada hubungan dgn duit EPF yg Najib nak bagi kat Trump ker.....???

      Delete
    3. Wa'alaikumussalam Sifu Pak Othaman......

      Apa sebenar motif pengeluaran KWSP dilanjutkan hingga 60 tahun....?? Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.......

      Sebenarnya teman tak setuju pengeluaran EPF dilanjutkan hingga 60 tahun. Kenapa nak sekat hak rakyat ke atas duit kederat hasil titik peloh mereka...??

      Dahlah kos sara hidop masa kini tinggi......GST lagi nak bayar.....subsidi dan peruntukan rakyat dipotong dan dimansohkan...........laagiiii nak tahan duit EPF kaaaa.....???

      Alasan konon nak securekan kewangan rakyat...........takot rakyat habiskan duit EPF mereka dan bila mencapai umor 60 tahun ke atas......rakyat dah tak cukop wang untuk tampong kehidupan.....itu cuma satu excuse saja.

      Sebenarnya 55 tahun adalah peringkat umor yg tepat untuk rakyat yg mencarum EPF menikmati hasil tulang 4 kerat mereka. Tambah pulak ada antaranya tak sempat capai 60 tahun........duit hasil titik pelohnya tak sempat dinikmati.

      Kebanyakan rakyat yg 55 tahun ke atas dah tak berapa larat hari2 nak bekerja pergi pagi balik petang.........kalo boleh mereka nak menikmati hidop yg lebih santai........melainkan mereka yg komited dengan perbelanjaan yg besar seperti loan rumah yg tinggi maka terpaksalah bekerja hingga 60 tahun.

      Sebenarnya dengan duit himpunan EPF tulah yg membolehkan warga tua ni berehat.

      Kalo ada antara mereka yg gagal menjaga kewangan mereka dengan baik itu adalah satu hal yg terpinggir. Ini tak boleh dijadikan alasan untuk menahan sumer rakyat mengeluarkan duit sendiri hingga 60 tahun.

      Jangan dalam pada rakyat terpaksa mengikat perot menahan hajat menikmati duit mereka sendiri..........tapi dalam masa yg sama ada manusia yg ambik kesempatan mengguna duit rakyat untuk talian hayat politiknya.

      Tengok dividen EPF yg rakyat dapat untuk 3 tahun kebelakangan......
      2014 - 6.75%
      2015 - 6.40%
      2016 - 5.70%

      Kalo betol dikatakan pelaburan baik kenapa peratus dividen semakin menurun...??

      Sekarang nak buat satu lagi peleburan.........eeehhh sori pelaburan yg baru pulak dalam pada nilai RM jatuh dan kos sara hidop rakyat tinggi.

      Pikir-pikirkanlah.......

      Salam perjuangan kepada Sifu Pak Othaman dan sumer rakan2 yg dihormati.

      Delete
  3. Sibuk nak perkukuh ekonomi Amerika yang sedia kukuh. Negara sendiri yang ekonomi tengah nazak buat2 pejam mata...!

    ReplyDelete
  4. Jumpe 30 minit bukan sempat nak bincang isu Rohingya....Rohingya bukan tanggongjawab ajib...

    Kapal flotila najib dan hj hadi kena sekat dengan burma...

    Sembahyang hajst dan doa 2 bersaudara tidak dimakbulkan tuhan kerana mungkar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trump bukan orang yg friendly dengan Islam. Satu dunia tau hal ni.........nak ke Trump dengar pasal Rohingya...??

      Bukan Trump tak tau menahu pasal Rohingya ni............kalo betol Trump prihatin dengan nasib Rohingya......dia sendiri boleh tanya pasal tu dengan Najib kalo dia nak........tapi Trump lebih utamakan keuntungan untuk rakyat dan negaranya dari pikir hal yg lain.

      Delete
    2. Bro,bukan 30 minit la
      ....6 minit pun tak sampai... Jib
      .jib


      Delete
  5. Kecian Zahid komidi..usul Rohingya tak dilayan najib..

    Najib bukan berani cakap hal rohingya kod tram....bukan tram yg panggil najib...

    Najib yg terhegeh2 nak jumpa tram...jadi najib kena kena ikyt cakap tram..

    Najib nak makan angin di amerikana...

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya bawa pelaburan ke Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeoooppp.....sepatutnya gitulah.......tapi ni dah terbalik.....kita yg bagi pelaburan pada orang.

      Tak ada pulak Trump sebut nak tolong kukohkan ekonomi Msia........tambah import US beli produk Msia dengan lebih banyak lagi....

      Yg untungnya sale boeing naik........pekerja US yg untung.....makin produktiflah production deme.......dan makin terjaminlah ekonomi deme...

      Yg kesssiaaannn......graduates kita......ada yg cuci tandas, bawak teksi uber, jual nasi lemak anak dara.........

      Aterrr......mane buah pelior gamaknye...??

      Delete
  7. JOKE OF THE DAY
    "Agaknya dalam fikirannya berkata, biar betul mamat ni datang jumpa aku nak pulihkan ekonomi Amerika!!"

    tq. Shabuddin. joke untuk hiburkan harga barang yg naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibarat si pengemis nak menghulur derma berbilyon-bilyon. Hutang riba + 10% bunga haram 1mdb, Najib terkial-kial nak buat bayaran pertama kpd IPIC tulen.

      Kini dia menipu orang dgn mengguna duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja2 untuk konon mengukuhkan ekonomi USA. Habis terburai termuntah-muntah saya apabila dengar perakuan Najib kpd Trump.

      Nampak sangat Najib menghina diri sendiri dgn menjlat & membodek semua presiden USA.

      Delete
    2. Pak othaman,

      Para pencarum KWSP sudah mula menyumpah Najib.

      Apa kita mahu mudah lupakan bagaimana 4b wang KWAP dilesapkan tanpa audit.

      Hanya menunggu masa untuk Najib dimakan sumpah.

      Delete
    3. Dulu Najib & Tok Pa berabis ratusan juta duit kita hanya untuk menjilat & membodek Obama ttg perjanjian syaitan TPPA. Kesudahan, Obama ke mana, TPPA ke mana? Pun Najib tak serik2 & insaf di atas kebodohannya.

      Delete
    4. Petikan Malaysiakini 3 April 2017....
      Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.

      https://www.malaysiakini.com/news/377863

      Sekarang ada hati nak guna lagi duit kederat rakyat......kalo tak betol.......pelaburan boleh jadi peleburan......masa tu baru padan dengan muka kita sebab dividen EPF akan jadi makin ciput...!!

      Delete
  8. Ashraf ni mengada2 lebih....nak bodek najib.

    ReplyDelete
  9. Najib ni di ibaratkan tukang telek
    Nasib dia sendiri pun tak tau ini nak telekan nasib orang lain.

    ReplyDelete
  10. Najib tak boleh Jumpa lame2 Tram...najib tak boleh klentong 1mdb...semua dlm poket Tram...

    Jadi najib jumpa tram bagitau nak tolong suap tram supaya tram sukahati...nak beli banyak lagi jet...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani ker Mr Jebon klentong Tram...PAC dah bebaskan najib...ade surat dari menteri luar Arab saudi bagi derma 2.6 blion...hahaha... Jebon...Jebon..

      Delete
    2. Jibby masuk dalam Tram..blue Hippo tolak..ha.ha.ha..

      Delete
  11. Seperti kata sdraku john doe sebelum ini Najib pasti satu hari akan melakukan membela kaum kafir dari saudara seIslam.

    Najib is also now exposed for being me more concern on USA economic build-up than the plight & misery of our Muslim ummah, The Rohingya in Myanmar.

    Dia sanggup menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk beli kapal terbang boeing sedang kita tahu MAS berkeadaan tenat dan baru saja buang ribuan pekerjanya.

    Kenapa bodohnya pm Malaysia kali ini...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang bisnes untung baru boleh melabur lebih...ni tak..main guna duit yg di amanah untuk rakyat..Teram dalam hati.."Mangkuk ni mmg kaki klepet duit gamaknya..."

      Delete
    2. Dah lame boddooh...macai bodoos jer yg puji..kalo cedik RCI tak lingkop...

      Delete
    3. Will somebody tell off Najib & Rosmah to go back home immediately to pay their due respect to His Majesty, The late Sultan of Kedah and....... A FIRE has killed at least 25 people in the Malaysian capital of Kuala Lumpur, with students believed to be among the dead at Keramat.

      Delete
    4. Berani nak cakap......tak pasal goyang satou body kena sigong dengan siku......

      Eerrrr........ada ke apa2 special program perjumpaan yg dirangkakan khas untuk FLOM oleh 1st lady of US Melenia Trump...??

      Delete
    5. Najib ke us bukan pasal sebab yang diwar warkan macai dan menteri..pandangan saya sebab utamanya adalah untuk mengubah persepsi rakyat bahawa dia berani ke us, maknanya dia tidak terlibat dalam skandal 1mdb..nanti dlm pru inilah modal dia untuk menangkis serangan pembangkang bila isu 1mdb dibangkitkan..kalo alasan nak kukuh ekonomi us dan rohingya itu semua adalah bullshit sahaja..nice try najib but i think it wont work..

      Delete
  12. sape la yg jadi penasihat dia ni? Kesian Jibby, patut la sain surat buta-buta je..tak baca content dulu..untung la tukang bodek semua, janji dedak masuk ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat tu najib yg suruh buat...jadi tak perlu baca bila sain..

      Delete
    2. betul jugak...!!

      Delete
  13. Musuh amerikana musuh najib...syria musuh amerikana pon musuh najib jugak...palestin musuh yahudi musuh amerikana....jadi palestin musuh najib jugak?...

    ReplyDelete
  14. Gebang ja deras...

    ReplyDelete
  15. nak bantu ekonomi amerika...kahh..kah..kih..kih..kih..heheheheh,wakakakaka,kawakaka..BErguling2 tak cukup tanh..
    Najibbbbbbbbbbbbb..orng2 feldapun kau tak mampu bayar hutang mereka..
    kau nak bantu amerika....biar betul..

    ReplyDelete
  16. Biasalah bagi seorang pendusta
    Pada Evalengist dia berjumpa
    Hanya cerita untung dan harta
    Rohingya Islam dibuatnya lupa!

    Satu dunia cemuh mereka
    Dua President tidak disuka
    Satu President dibenci Amerika
    Satu lagi partinya luka!

    Seorang jack seorang nak tahu
    Apa yg boleh kau bagi aku
    Berhentikan siasatan itu ku mahu
    Ekonomi kau boleh ku bantu!

    Ular lidi nak lagak sawa
    Negara sendiri ekonomi kecewa
    Hutang billion tidak terbawa
    Konon nak bantu si super power!

    Makin parah nampaknya abang
    Sana sini nak buat hutang
    Asal dapat ditutup lubang
    Bermati mati kuasa nak pegang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermati-mati kuasa nak pegang?

      Akhirnya benar-benar mati di dalam keadaan berkuasa.

      Tumbang menyembah bumi.

      Delete
    2. Salam sayang & kerinduan pd sdra2ku Fan Tun, John Doe, Perak Man & semua rakan seperjuangan.

      Teruskan langkah kalian demi perjuangan yg Haq.....!!

      Delete
    3. Bro Fan Tun dan sumer.........evangelis tu point feveret Mr J.......padahal satu dunia tau Amerika pro-Yahudi sejak dulu........dan Trump pon bukan Islam friendly........

      Tambah pulak US membenarkan LGBT......in fact jadi negara yg boleh kawin sesama jenis.

      Tapi lalu pulak anak tekak siJebon telan menda haram ni........tak pulak dia takot bercengkerama berasmaradana dgn Trump.

      Kalo kena batang hidong dia......sumer jadi bersih lagi suci.....Halal toyyiban.....bapaaak dia...!!

      Delete
    4. Salam sayang kembali untuk pak Othaman yang dikasihi.

      Tak lupa untuk bros Fan Tun, Phantom, Perak Man dan semua sekali.

      In shaa Allah kita kekal di dalam perjuangan ini sehinggalah kemenangan muncul atau ajal kita menjemput terlebih dahulu.

      Mudah-mudahan semua yang gigih berjuang sempat melihat dan merasai hasil kemenangan itu. Aamiin.

      Delete
    5. Terbaik bro fan tun..

      Salam kembali pada pak othaman, bros & sis rakan seperjuangan
      Bersama samalah kita menolak yang bathil dan menentang kemungkaran
      Bila melihat sibijan dan trump yang terkenal anti islam mesra berpelukan
      Sekarang ni siapakah evangelis sebenar, boleh tak mr j terangkan..

      Eh nanti mesti dispin akan jawapan
      Bukan hanya melabur tapi itulah salah satu dakwah islam sibijan
      Memang hebat dah dia ni semenjak dengan sihadi mereka berkawan
      Perkataan arab senantiasa dibibir sahaja menjadi sebutan..

      Orang melabur bila ada wang lebihan
      Tapi sibijan melabur hutang ipic pun tak boleh ikut time buat bayaran
      Rakyat di negara sendiri dalam keadaan ekonomi tertekan
      Inilah contoh peribahasa kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan..


      Delete



  17. Tok nenek org Rohingya. Ada di sebelah utara saja..... Lari le pi sana..... Sume Najib nak kena cakap susah le macam ni.... Belajar le buat sendiri....usaha sendiri.... Yang Bangladesh pun satu hal.... Mengapa sekat org keturunan ko nak masuk.... Bukan ko yg bagi rezeki tetapi Tuhan yg bagi.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kan pembela islam....penasihat najib haji abdul hadi...

      Delete
    2. Anon 09:01

      Jika kamu kurang faham isu serta masaalah Rohingya, Rakhine , Myanmar serta Bangladesh , tolong jangan komen .

      Delete
  18. KO PERGI SENDIRI LA TLG CKP BUDIN. NAJIB MANA BERANI MCM KO. KALO KO BZ HANTAR JE ANJING ANJING YG SLALU MENYALAK KE SANA TLG SAMPAIKN BERITA KT TRUMP. Jgn mare.maafkn sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANJING2 BELAAN JHO LO BERANI NYALAK JEER...NAJIB PENGECUT...

      Delete
    2. ANJING JHO LO KEPANASAN....MENDIDIH HATI..NAK BELA NAJIB PENAKUT TAK BRANI...TAK DE MODAL...HAHAHAHA

      TRAM PON TAHU NAJIB PENAKUT...

      Delete
  19. Morning mate.

    Najib, which Malaysia are you living in?

    ReplyDelete
  20. Pusing laa kot maner pn budin. spin laa dan korek laa. puak2 munge & pakar fitnah si lapiji yg jd hamba DAP bkn tau apa pn. sblom DSN pegi kompang laa ttg A. bila A brlaku/tk brlaku kompang plak psl B. bila B brlaku/tk brlaku kompang plak psl C. gitu laa strusnya..bo layan laa puak2 jiwa parah ni. kikiki...

    #pssttt, mnyak naik lg x nk citer ke.?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape bukti budin spin?....ape bukti fitnah?...hahahaha...bengkak kepala ko kena sekeh...hehehe...budak bodoh bukak mulut...

      Delete
    2. Minyak naik bukan penyokong pembangkang jer tercekik....

      Penyokong najib pon kena sembelih dengan najib jugak...bodooos betul penyokong najib kena sembelih dengan najib sendiri.....sokong lah lagi prompak berjamaah...

      Delete
    3. Bukan ko jer kena senbelih...Kejora mr Jebon sahabat jahil Suharli dan seangkatan semua bkdoh biarkan najib sembelih....

      Delete
    4. Abis tu anon 906, kau expect kita org tulis apa? Tapi respect sama lu punya bos la, ekonomi us dia nak tolong! Perghhh! Dadah apa yg dia tgh lalok pun x tau la, tapi mmg power btul, sampai siput babi pun boleh terguling guling dibuatnya, apatah lagi manjing manjing yg kat sini. Joke of the day!

      Delete
    5. Depa ada kad ahli Umno dan kad ahli Pas. Ini kad istimewa tunjuk boleh dapat free...hahahaha...

      Free penampar Jepun.

      Delete
  21. Malaysia ada duit lagika.ops pakai duit pencen orang pulak najib ne..university pon tak da duit,sampai nk bayar pensyarah pon tersangkut2.hujan batu dinegeri org,hujan emas dinegeri org.lebih baik melabur emas di negeri orang.jangan lupa jib fail2 dan naik dan.tunggu kalah ja ...

    ReplyDelete
  22. klu lu mau ini projek proceed, klu lu mau ini kwsp punya duit, klu lu mau lg byk mou? tarak masalah. as long u back up us in this coming election.. otherwise u dont get anything.. pakatan will never proceed with this kind of shit.. everybody know these all bullshit, mesia didnt got money. but if najib still a prime minister anything boleh punya.. malaysia bankrupt pun dia tak peduli as long dia ada power. dia cuma takut kalah dan jd satu nasib sama marcos...

    ReplyDelete
  23. Jangan lupa guys,

    Najib telah membuat pengakuan 'your enemy is my enemy' kepada Trump.

    Trump dikenali dengan sifat anti-Islam yang terbuka hatta mahu meyekat kemasukan orang Muslim ke Amerika.

    Takkan Najib nak calarkan baiah ketaatan penuhnya kepada Trump demi bangsa Rohingya yang beragama Islam.

    Bukan sahaja Zahid seorang pendusta tetapi Asyraf Wajdi pun sekarang dah pandai bodek dan kelentong, dia pun sudah menjadi seorang pendusta.

    Kesian tengok Tok Pa dan Tok Anifah muka monyok ja masa bertemu Trump. Tapi mereka sendiri telah membuat pilihan.

    Saya juga dah tengok vid tu dan memang daripada bahasa tubuh kelihatan Trump adalah big bos dan najib hanya datang mengadap menawarkan persembahan ufti bernilai billion dollar untuk 'Malaysia menyelamatkan ekonomi Amerika'.

    Seperti entry tuan blog dan komen beberapa rakan di atas, saya sendiri pun tak tahu sama ada mahu ketawa atau mahu menangis melihat betapa bahlolnya Najib si bahlawan ini semasa mengadap Trump.

    P/s - Tunggu jap, macai A9 tengah meeting apa nak spin dan kelentong pagi ni. Kejap masuklah depa dengan spin bertaraf hampas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dah dibelenggu oleh dosa sendiri......kapir harbi pon boleh jadi kiblat.

      Delete
  24. trump kata hati2 dgn mo1 ni... klu dh nk tolong us mesti Malaysia terkaya didunia dan byk kelengkapan perang.

    dulu kan mo1 puji isis hebat boleh perambat askar Iraq.

    Obama juga ingatkan trump bahawa Malaysia ni ada raja bomoh teropong buluh yg canggih boleh tengok angkasaraya, lebih hebat dr NASA.

    tak lama nanti mo1 akan jumpa china pula nk bantu ekonomi mereka. byk lagi barang akan dibeli dr china yg miskin tu.

    mo1 kata Malaysia lebih kaya dr us sebb sekeping 1dollar us sama dengan ampaat keping RM1. ampaat berbanding satu, mestilah ampaat yg kuat.

    so lepas ni harith Iskandar tidak akan menang lagi anugerah lawak peringkat dunia. kita dah ada mr bean Malaysia yg baru. muka serius tp sgt lawak.

    org rohingya pasang telinga nk dgr mo1 sebut mereka depan trump.. hampa

    org rohingya kata aku gelap, org amerika cerah2. apakah mo1 rabun warna pi tolong silap org.

    membohong kalau tahap biasa adalah tk boleh dipercayai, tp kalau bohong tahap dewa... ini sudah jadi urusan hospital jiwa.

    mari kita kutip derma utk bantu amerika. surau2 dan masjid2 mesti mulakan edar tong tiap jumaat. tabung bantu Negara amerika.

    bukan mo1 tidak mahu tolong rohingya.. masalahnya rohingya tidak ada kapalterbang utk dibeli oleh Malaysia. kalau ada tentu mo1 beli dr rohingya sebb dekat.

    nanti.. hari tu beli kapalselam seorg awek dh mati mengejut. ni nk beli byk boeing sapa pulak awek yg nk mati mengejut.

    razak bagindo eloklah dapatkan lesen pesakit mental. sebelum mo1 lantik lagi utk beli boeing.

    maaflah aku pun sedikit sasau memikirkan budak bugis sekor ni lah..

    ReplyDelete
  25. Al fatihah utk mangsa kebakaran pelajar pelajar tahfiz darul quran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. انا لله وانا اليه راجعون
      Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt.

      Delete


    2. انا لله وانا اليه راجعون

      Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

      آمين آمين آمين يارب العالمين

      Delete



  26. Memang tradisi org Melayu Islam sejak berzaman2 suka membantu org org dlm kesusahan, pelarian dan juga membantu negara yg susah, itulah keistimewaan ogr2 Melayu, itu sebab ko dapati pelbagai bangsa ada di Malaysia

    Ini semua kerana org melayu islam percaya dg sunah.' Jika ko menolong org maka Allah akan menolong ko lebih dp itu lagi, dlm riwayat lain pula jika ko memberi satu Allah akan menggantikan balik 10.... Betul dak John Doe..... Yg penting kena redzo dan bersyukur.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saudara,

      "Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan kepada kamu sekiranya kamu bersyukur nescaya akan akan tambahkan (nikmatKu) kepadamu." (surah Ibrahim : 7).

      Kalau bantu Rohingya saya tidak ragu-ragu bahawa ia termasuk tanda orang-orang yang 'bersyukur' seperti yang disebut di dalam ayat di atas.

      Tapi kalau 'bantu ekonomi Amerika' guna duit amanah rakyat Malaysia dan berikrar pula kepada mereka bahawa 'musuhmu musuhku jua', ditakuti 'bantuan' sedemikian juga termasuk kategori ayat surah Ibrahim : 7 cuma bukan pada rangkap yang pertama seperti di atas, tetapi rangkap kedua ayat yang sama seperti berikut :-

      "Dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih".

      Wal'ayazubillah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Bro john doe & rakan2 seperjuangan....

      Agak2 berani tak panglima bugis ini & isteri serta Zahid Komidi turun padang ke khemah pelarian Rohingya di perbatasan Myamar sepertimana Tun Mahathir lakukan ketika perang Bosnia & puak Serbia pd awal tahun 90an.....??

      Delete


    3. Membeli Boeing dp Amarika adalah juga untuk meningkatkan ekonomi Malaysia .... So ini adalah keadaan menang.,.. Aku fikir tiada masalah.... China sendiri pun menggunakan Boeing untuk penerbangan comecial....

      Lainlah kalo ko beli senjata canggeh seperti anti-missile missile seperti Jepun Korea S, dan Arab Saudi.


      Delete
    4. 10.52........dalam keadaan kita kena pinjam duit dari China untuk projek ECRL.....hutang IPIC belom habis......kerugian FGV belom dipulihkan.......dan hutang negara yg hampir2 trilion tu........kita patutnya lebih berhati2 dan teliti dengan wang yg disalorkan keluar negara.

      Delete
  27. ni semua atas nasihat busuk hj hadi pada najib suruh bantu amerika.

    tu lah hadi kawan dgn syiah iran... semua geng amerika tu sebeno nya

    ReplyDelete
  28. beginilah rupanya seorang pemimpin yang terdesak dan minta simpati bercakap. di depan rakyat bukan main bertempik hingga tersembur air liur
    http://celahgelegar.blogspot.my/search?updated-max=2017-09-13T21:39:00%2B08:00&max-results=1&start=3&by-date=false

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka meneran neran bila bercakap...merah macam bontot kera aku tgok

      Delete
  29. bukan puak pas dan umgok je didedaki

    trump juga cuba didedaki... hihihihi

    ReplyDelete
  30. Cai cai UMNO jgn nk spin lagi kata pelaburan kwsp 3-4 billion USD akan untungkan KWSP la, pelaburan Malaysia dkt US akan untungkan ekonomi Malaysia...... Donald Trump ni bukan bodoh,dia ni BUSINESS MINDED punya orang, dia akan pastikan setiap pelaburan yg dtg akan untungkan pihak Amerika.....dia keras dan tegas bukan macam JIBBY.....

    ReplyDelete
  31. kera di US disusukan
    anak sendiri mati kelaparan

    memang bapak kera besar betul lah yg susukan tu.

    eeehh.. tapi ada juga kera berserban yg syg.

    ReplyDelete
  32. Dah terlalu seronok buat fitnah dan terlalu di awang2 dipuji dipuja John Doe yang Islamik banget.... sampai tak perasan atau terawal buat komen....
    Cepatnya Budin buat tajuk baru.... 'ALAMAK MALUNYA"...... YO BUDIN.... hang tak maluker nipu bila sah PM Najib ada bincangkan isu Rohingya - "The New York Times melaporkan dan mengesahkan bahawa isu Rohingya adalah antara isu yang dibangkitkan Najib Razak kepada Donald Trump".

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ishk, ishk, semenjak Amirul-mukminin UMNO si Najib menunjukkan sikap 'bersegera kepada kaum kafir', sdr Suharli terus percaya kepada 'khabar kaum kafir' tanpa perlu bertabayyun pun.

      Anehnya khabar yang datang bersama keterangan ditolak pula.

      Jom baca transkrip verbatim drpd rakaman video pertemuan Trump-Najib.

      Mari kita sama-sama bermain permainan mencari kalimah Rohingya yang diperjuangkan Najib.


      ----------------------

      Remarks by President Trump and Prime Minister Najib Abdul Razak of Malaysia Before Bilateral Meeting

      PRESIDENT TRUMP: Thank you very much. It’s great to have the Prime Minister of Malaysia and his very distinguished delegation with us today. We’re talking about trade -- very large trade deals. We’re working on one deal where between 10 and 20 billion dollars’ worth of Boeing jets are going to be purchased, General Electric engines will be purchased, and many other things.
      Also, Malaysia is a massive investor in the United States in the form of stocks and bonds, and the stock exchange. And they have to be very happy because we’re hitting new highs on almost a weekly basis. And so we’re very proud of our stock market and what’s happened since I became President. So I congratulate you on those investments.

      But I just want to say, it’s an honor to have you here. It’s an honor to have your delegation with us. I believe you’ll be at the United Nations next week, and a lot of folks are going to be at the United Nations next week. It should be an exciting week, and we look very much forward to that.

      But I want to thank you very much for all of the investment you’ve made in the United States. Also, the Prime Minister has a major role in not allowing ISIS -- or, as you say, Daesh -- and others to exist. And he’s been very, very strong on terrorism in Malaysia, and a great supporter from that standpoint. So that’s a very important thing to the United States.

      He does not do business with North Korea any longer, and we find that to be very important. We had a vote yesterday on sanctions. We think it’s just another very small step -- not a big deal. Rex and I were just discussing -- not big. I don’t know if it has any impact, but certainly it was nice to get a 15-to-nothing vote. But those sanctions are nothing compared to what ultimately will have to happen.

      So thank you everyone for being here, and we appreciate it. Mr. Prime Minister, it’s a great honor to have you in the United States and in the White House. And thank you everyone for being here. Thank you very much. Thank you.
      Would you like to say something?

      PRIME MINISTER RAZAK: Thank you very much, Mr. President, for your invitation for me and members of my delegation to meet with you at the White House. I want to say that we come here with a strong value proposition to put on the table.

      Number one, we want to help you in terms of strengthening the U.S. economy. I come with three specific proposals. Number one, we intend to increase the number of Boeing planes to be purchased by MAS. We are committed to 25 planes of the 737 MAX 10, plus eight 787 Dreamliners. And there is a strong probability -- not possibility – probability that we will add 25 more 737 MAX 10 in the near future. So within five years, the deal will be worth beyond $10 billion. That’s one. We will also try to persuade AirAsia to purchase GE engines.

      PRESIDENT TRUMP: Great.

      PRIME MINISTER RAZAK: Secondly, we have Employees Provident Fund, which is a major pension fund in Malaysia. They’ve got quite a big sum of capital to be exported. They have invested close to $7 billion, in terms of equity, in the United States. And they intend to invest three to four additional billion dollars to support your infrastructure redevelopment in the United States.

      PRESIDENT TRUMP: Great.

      Delete
    2. Sambungan...

      PRIME MINISTER RAZAK: And thirdly, our sovereign fund, Khazanah, they have an office in Silicon Valley. They have invested about $400 million, in terms of high-tech companies, and they intend to increase that investment as well.

      Secondly, the other goal of your administration, Mr. President, which is to make the United States safe -- and with that, the world safe -- we are committed to fight Daesh, IS, Al-Qaeda, Abu Sayyaf -- you name it. They are the enemy of the United States, they are also the enemy of Malaysia, and we will do our part to make sure that our part of the world is safe.

      We will also contribute in terms of the ideological warfare because you need to win the hearts and minds. And the key to it is to support moderate and progressive Muslim regimes and governments around the world, because that is the true face of Islam; that is the authentic face of Islam. The more you align with progressive and moderate regimes, the better it would be in terms of winning the hearts and minds of the Muslim world.

      PRESIDENT TRUMP: Right.

      PRIME MINISTER RAZAK: So, Mr. President, thank you once again. The United States has always been our partner for a long, long time. And this year is our 60th anniversary of our relationship, and I hope that today’s meeting will make it even stronger in the years to come.

      PRESIDENT TRUMP: Thank you very much. Appreciate it.

      END

      Kesimpulan; -

      Sungguh saya lebih mempercayai khabar Tn Budin gang dijadikan entrynya bukan kerana namanya lebih Islamik berbanding nama sdr Suharli tetapi integiritinya mengutip berita lebih thiqah.

      Delete
    3. Suharli,

      Didalam percubaan kamu untuk membuktikan kehebatan seorang PM paling baral , tanpa disedari kamu telah cuba memesongkan fakta .

      Isu Rohingya tidak ada di dalam ajenda perbicangan Najib/Trumps . Tolong nyatakan di bahagian mana , di bawah topic mana di portal New York Times ( atau akhbar lainnya yang bukan milik kerajaan Najib )terdapat kenyataan mengatakan isu Rohingya di bincang dengan panjang lebar ?? .

      Delete
    4. What the hell that skunk/punk Suharli is talking about? English is my mother tongue too and I never see a single word of 'Rohingya' mentioned in the transcript verbatim between Trump & Najib.

      Another moronic & devilish propaganda coming from BN Cybertrooper idiot.

      Delete
    5. SUHARLI MASROPPPP..!!!!

      KAU JGN TERLALU TAKSUB PADA BIJAN,PIKIR JGK DOSA PAHALA..JGN DI IKUT SGT SESETENGAH PEMIMPIN UMNO TU..

      ADA YANG SANGGUP MATI DEMI BIJAN

      ADA YANG NK SETIA PADA BIJAN SAMPAI HUJUNG NYAWA..

      ADA YANG NAK MATI BERSAMA BIJAN DALAM UMNO...


      Kahhhh kahhhh kahhhh kahhhh kahh

      Delete
  33. jgn main2 dgn trump nanti najib kena.. you are fired!

    ReplyDelete
  34. Alfatihah juga kepada pelajar2 tahfiz yg terkorban dlm kebakaran.

    Saya melihat gambar Bijan mengadap Trump,sebijik macam Siri TV ' The Apprentice'. Ada 4 orang sebaris Trump memandang Bijan. Dah macam Sesi interview lah pulak. Body language Trump,serious,peluk tubuh melambangkan ketidak selesaannya/authoritinya. Pulak tu nak ampu dengan berkata nak 'bantu Ekonomi Amerika'.. Terperanjat beruklah Trump. "Biar betul dia ni..!!".

    Bukannya official visit sepertimana cai2 pendedak melalak kat sini konon nya Bijan sangat dihormati hingga Trump hantar sampai ke kereta! Hi hi..

    Takde sekor wakil White House pun berada diairport samasa ketibaan, tiada sambutan resmi, tiada State Dinner yg menjadi kebiasaan Amerika meraikan tetamu, tiada rumah tetamu kerajaan seperti lazimnya. PM Singapura disambut dengan perbarisan hormat siap dengan tembakan meriam.

    Bijan dan isteri serta rombongan tinggal di Hotel Trump Dengan bayaran puluhan ribu semalam. Rupa2nya menantu Trump Jared Kuchner juga disebut2 sebagai Pelobi bagi pertemuan ini yg berlangsung hanya beberapa minit. Kebiasaannya para Pelobi dibayar, bukan percuma kan?..

    Trump rasa 'terangkat' apabila Bijan 'berjanji'nak bantu Ekonomi Amerika (hi hi.. nak tergelok Kak Chah) dengan pembelian kapalterbang RM10 billion US!

    Dalam masa yg sama, rakyat Malaysia akan lebih terbeban,lebih malu dimata dunia dengan kerenah Bijan yg betul2 tak masuk akal..

    Dalam hati Trump agaknyalah.. "ko nak tolong ekonomi aku,tolonglah.. But to me, you're fired! "

    ReplyDelete