Saturday, 23 September 2017

LIMA PROJEK GAGAL, NAJIB BINGUNG PILIH TARIKH PILIHANRAYA?


Najib Razak dilaporkan masih bingung untuk menentukan tarikh pilihanraya umum akan datang berikutan beberapa "projek" yang dijangka memberi kelebihan kepadanya tidak mencapai sasaran yang diharap-harapkan.

Setelah dibelenggu dengan skandal 1MDB yang semakin menjerut leher politiknya, pergantungan Najib kepada China adalah pilihan yang diharapkan bukan saja membantunya menyelesaikan hutang-hutang syarikat pelaburan itu, tetapi juga bertujuan mendekatkan lagi pengundi Cina kepada BN setelah dalam pilihanraya sebelumnya peratusan menolak kerajaan begitu tinggi sehingga Najib sendirinya melahirkan rasa kecewanya kepada mereka.

Andaiannya apabila Najib memberi banyak projek kepada syarikat dari China, pengundi Cina yang dianggap "sepupu" kepada China tentulah secara automatik akan beralih mendekati BN dan kerajaan.

Tetapi, perkara itu jelas tidak berlaku. Orang Cina tidak gembira dengan pemberian terlalu banyak projek kepada syarikat China kerana akhirnya segala-galanya didatangkan daripada negara tersebut. Mereka tidak mendapat apa-apa, waima untuk membekal benda-benda yang kecil sekali pun.

Selain itu, apa yang dikata pelaburan daripada China itu sebenarnya adalah hutang yang terpaksa dibayar oleh rakyat dalam tempoh 15 atau 20 tahun akan datang. 

Maka, beralihnya kiblat Najib kepada China tidak membantu memperbaiki sokongan pengundi Cina kepada BN, malah dengan pemberian projek yang terlalu banyak, pendekatan Najib lebih dilihat ancaman kepada kedaulatan dan masa depan negara.

Projek kedua yang diharapkan dapat membantu Najib memenangi pilihanraya ialah Sukan SEA. Meskipun pencapaian pingat melehihi sasaran dan rakyat bersatu menyokong atlit mencapai kejayaan, yang terlebih gemilang menyerlah di sebaliknya ialah Khairy Jamaluddin.

Najib seolah-olah tiada markah di sebalik kejayaan Sukan SEA. Pemimpin UMNO sendiri ramai yang lebih memuji KJ, baik kerana kesediaannya berada di hampir semua acara yang melibatkan atlit negara, ucapannya yang dikata menyerlahkan bakat kepimpinannya dan bijaknya beliau bermain di media sosial untuk menonjolkan dirinya.

Sebab itu, selepas Sukan SEA berakhir, tiada "feel good factor" yang begitu menyerlah menyinari wajah Najib yang sedia kelam dengan pelbagai isu dan masalah.

Selepas Sukan SEA, Najib menonjolkan pula kunjungannya ke Amerika atas jemputan Donald Trump yang dianggapnya suatu peluang terbaik untuk menonjolkan beliau bukanlah buruan DOJ atau FBI.

Namun, sebelum pun beliau berlepas ke Amerika, tujuan itu telah pun musnah apabila pentadbiran Amerika menjelaskan kunjungan Najib tiada kena-mengena dengan DOJ. Siasatan dan tindakan DOJ, kata mereka, akan tetap diteruskan tanpa apa-gangguan.

Di samping ketibaan Najib di Amerika tiada sambutan rasmi, tiada permaidani merah, tiada kereta rasmi, tidak diberi kediaman rasmi, hanya Duta Malaysia menyambutnya di lapangan terbang, malah menyewa sendiri hotel kepunyaan keluarga Trump sebagai tempat penginapan, lebih memburukkan imej Perdana Menteri di mata 31 juta rakyat Malaysia ialah berhubung ungkapannya mahu membantu mengukuhkan ekonomi negara kuasa besar itu.

Siapa kita mahu membantu ekonomi Amerika?

Menawarkan wang KWSP untuk melabur di Amerika bagi projek-projek infrastruktur di ketika nilai ringgit begitu lemah, jelas adalah pilihan yang tidak munasabah, selain kemudahan infrastruktur dalam Malaysia sendiri banyak yang masih kurang dan tidak teratur.

Najib kemudian mengumumkan untuk membeli pesawat Boeing yang mencecah RM50 bilion. Di ketika MAS membuang ribuan pekerja, mengecilkan saiz syarikat dan menamatkan beberapa laluan antarabangsa, membeli banyak pesawat baru tentu saja menimbulkan banyak persoalan.

Oleh kerana MAS sudah lama menggunakan sistem pajakan, ada kebarangkalian pesawat itu adalah untuk syarikat pemajak yang kemudian MAS akan memajaknya dalam tempoh yang panjang.

Pembelian RM50 bilion ini juga menimbulkan pertanyaan, berapa komisyen yang bakal diperolehi oleh pihak yang mengaturnya?

Kata mereka, jika membeli kapal selam yang berharga tidak sampai RM5 bilion dahulu pun Razak Baginda boleh dapat komisyen RM500 juta, berapa pula broker baru akan dapat habuan melalui pembelian RM50 bilion ini?

Siapakah pula broker baru tersebut?

Lantaran itu, berkunjung ke Amerika sama-sekali tidak memberi kelebihan kepada Najib untuk mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.

Di sebalik tuntutan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berkaitan 1MDB, Najib memilih untul menubuhkan RCI untuk menyiasat urusniaga forex. Tujuannya sangat jelas iaitu untuk memburuk dan mengenakan Tun Mahathir Mohamad seolah-olah kehilangan wang juga berlaku di zamannya menjadi Perdana Menteri dahulu.

Namun, dengan pengakuan Nor Mohamed Yakcop bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kerugian tersebut serta tidak pernah berbincang dengan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan ketika menjalankan urusniaga perniagaan matawang bagi pihak Bank Negara, tujuan Najib dengan sendirinya tersekat di tengah jalan.

Tiada alasan yang kukuh untuk terus mengenakan Tun Mahathir atau Anwar melalui RCI yang ditubuhkannya itu, bahkan dengan perletakan jawatan serta-merta Nor Mohamed Yakcop sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah bagai mengesahkan bahawa Najib tidak senang dengan keterangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang mengaku bertanggungjawab itu.

Sama seperti beberapa projek di atas, projek RCI forex juga terlihat gagal untuk menghasilkan sesuatu yang menggembirakan bagi tujuan membantu kemenangan dalam pilihanraya.

Ahad lalu, Najib menghebohkan satu sidang media khas akan diadakannya di ibu pejabat UMNO dengan kehadiran semua Ahli MT, Menteri Besar dan menteri-menteri, malah Zahid Hamidi terpaksa memendekkan lawatannya ke Perlis.

Ramai yang menjangkakan, kalau pun tidak berkaitan pilihanraya, sidang media itu mungkin mengenai pembubaran sebuah parti di Sabah atau mengumumkan kerjasama antara UMNO dengan Pas.

Sampai ketikanya, betul-betul anti klimaks jadinya, yang masuk UMNO dalam sidang media khas itu hanyalah Muhammad Mohd Taib seorang saja.

Apa sudah jadi dengan Najib? 

Adakah beliau sudah begitu bingung untuk menghadapi pilihanraya sehingga Mat Taib yang pengaruhnya tak sebesar mana dan sisi negatifnya lebih besar itu pun diraikan dan disambut dengan begitu begitu meriah?

Membawa Mat Taib masuk semula UMNO dengan sambutan yang meriah tidak saja menjadi bahan tertawa semua, malah tentunya juga tiada apa-apa kelebihan kepada Najib untuk mendepani Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir, begitu juga tiada markah tambahan untuk menawan semula Selangor.

Mat Taib terlalu jauh jika mahu digunakan untuk melawan aura dan pengaruh Tun Mahathir. Untuk konteks Selangor pula, Mat Taib bukan lagi zamannya untuk dipergunakan bagi menumbangkan Azmin Ali.

Sehingga ini lima projek Najib - meminta bantuan ekonomi China, Sukan SEA, kunjungan ke Amerika, RCI forex dan kemasukan Mat Taib ke dalam UMNO - semuanya gagal memberi impak positif untuk menang pilihanraya.

Satu-satunya harapan yang tinggal buat Najib ialah Bajet 2018 yang akan dibentangkannya pada 27 Oktober depan. Tidak mustahil tawaran bajet kali ini adalah gila-gila menariknya kerana ia bukan untuk ditunaikan, tetapi hanya semata-mata untuk memikat pengundi agar kuasa dapat dipertahankan.

Tetapi, jika impaknya juga negatif sebagaimana lima projek sebelumnya lantaran rakyat juga sedar Najib selalu bersungut negara tiada wang dan banyak bergantung kepada cukai GST, Najib tiada pilihan selain menganjakkan tarikh pilihanraya sehingga ke akhir tempoh iaitu pertengahan tahun 2018.

Ketika itu, Najib benar-benar sudah kebingungan untuk memilih tarikh yang dilihat mampu memberi kelebihan kepadanya, malah ketika itulah kita sebagai pengundi menjadi semakin jelas dan tiada pilihan lain selain beliau perlu ditamatkan tempoh perkhidmatannya sebelum bahaya lebih besar datang menimpa. (ShahbudinHusin 23/09/2027)

113 comments:

  1. Replies
    1. Cisss....gue ke4 je!! Hehe

      Delete
    2. Tahniah. Entah bila turn aku..

      Delete
    3. Cisssss, tuan-tuan ni tak tidur agaknya, berebut FIRST. Hehehe...

      Delete
    4. Mahligai seni...ko mana tau rasa best dapat first!! Kihkihkih

      Delete
    5. Kalau petang tadi aku tak sibuk belek2 wsapp..kurang2 pun dapat naib johan...cisss!!

      Delete
    6. Betul tu Anon17:57... dia mana tau nikmat dapat first..... macan first lady.... kan... kan... Tuan Budin

      saya baru 5 kali dapat first.

      from Papar, Sabah

      Delete
    7. Dapat sekali...pergh happy gua!!!

      Delete
    8. Yg menganjur tu geng2 ko jugak Budin2 .... nak buek mcm di Indon la si kapir lahanat ni ... mujur pihak raja2 amat memelihara kesucian agama Islam. Kalu seberang dah hancur kesucian agama dah sampai minyak dgn ayer pun boleh di campur2

      Delete
  2. camera chek..betollah aku pingat emas

    ReplyDelete
    Replies
    1. robot skip,,,skip punya pasal
      aku telopeh medal emas

      Delete
    2. Gue pun...hehe

      Delete
    3. MARA DI DIGITAL MALL BANKRAP


      BAGI LAH DAP URUSKAN


      BAGI LAH ORG BUKAN MELAYU TUNJUK KEHANDALAN MEREKA !!!


      MEI KAMI NAK AJAQ UMNO BENGONG BERNIAGA...


      MUDAH JER... ESOK BAGI KAMI ORG CINA MASUK MARA DITAHI MALL ... CONFIRM MAJU

      Delete
    4. Diorang ingat nak set up business komputer macam jual nasi lemak tepi jalan ke. Kalau niat tak betul jangan harap business boleh kencang. Hangat-hangat tahi ayam business entah ke mana. Last-last semua pakat pergi balik Plaza Low Yatt. Orang yang kau duk maki dulu-dulu jugak tempat kembali..

      Delete
  3. Maka aku isytihar kan tun telah menang sebelum bertanding mengalahkan umno Dan as sekali, semua is tun jawab dengan bergaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segalanya Najip Gagal


      Main betina gagal

      Belajar d notingham forest gagal walau berjaya jadi robin hood

      Konkek d p.d gagal

      Anak tiri gagal dan kantoi curi duit


      Woiiii ADA LEBIH 100 KEGAGALAN NAJIP.. APA LA KO BUDIN... BUKAN 10!!!

      TIDOQ KA APA BUDN

      Delete
    2. Sy pun nak ishtihar,
      Dengan ini tamat lah perhidmatan najib,
      Dan kerajaan PAKATAN sila ambil alih kerajaan sekarang,
      Perdana Menteri sementara ialah Tun Mahathir ,sebelum di umum kan PM yg betul Layak

      Delete
    3. LETAK JAWATAN SAHAJA NAJIB TUN RAZAK...LETAK JAWATAN SAHAJA NAJIB TUN RAZAK...LETAK JAWATAN SAHAJA NAJIB TUN RAZAK...LETAK JAWATAN SAHAJA NAJIB TUN RAZAK...LETAK JAWATAN SAHAJA NAJIB TUN RAZAK...LETAK JAWATAN SAHAJA NAJIB TUN RAZAK...LETAK JAWATAN SAHAJA NAJIB TUN RAZAK...

      Delete
    4. Yang paling bahagia jika beliau lepaskan jawatan tentunya mendiang Altantuya

      Delete
  4. Projek berbillion yg gagal di zaman TDM. Ingat Perwaja,BMF, Forex, PKFZ, MEC, Proton, MAS dll? Berapa banyak harta rakyat punah? Rakyat terbeban menanggung cukai kereta, tarif letrik tinggi, tol dan pulangan KWSP yg rendah. Apakah perbuatan TDM ini tiada pertanggungjawaban? Masih sibuk nak naikan beliau? DSN banyak membersihkan kembali masaalah beliau. Termasuk stuktur balik MAS, Proton, PLUS dan IPP. MAS dan Proton yg sentiasa rugi kini boleh bawa untung tanpa bebankan rakyat. PLUS dah dibeli khazanah dan dah bertahun tak naikkan TOLL. Tarif letrik dah bertahun tak naik kerana dah distruktur kembali oleh 1MDB yg dimomokan. Banyak business ini dikuasai kroni TDM yg peras darah rakyat untuk maximakan untung. Apakah mahu sokong manusia ini lagi? Dulu TDM ini juga dimaki hamun diblog pembangkang. Kini TDM dah disucikan. Ramai disini yg dihasut sampai taksub nak jatuhkan kerajaan tak kira siapa naik atau apapun jadi. Begitu hebat dakyah Evengelis dan hasutan Setan. Aqidah pun dibuang keluar.....sedarlah wahai sahabat. Jadikan Pesta Arak sebagai pengajaran dan titik berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mr j pemoja taek badak

      Delete
    2. yele ko kat atas first.tp kaki belit J first. wakkakkakkikiki

      Delete
    3. Kalau setakat kepandaian jual aset negara. Keling bunting pun pandai. Apa yg najib pandai mr j oii. Meniaga kedai runcit pun lingkup.Hehehekikikihahahakahkahkah

      Delete
    4. KERJA2 SYAITAN OLEH NAJIB TAK TERLUPAKAN:

      Projek yang paling gagal & menjatuhkan maruah Najib & negara ialah bila dia & Tok Pah bagai nak rak menjilat Obama & USA berkempen mendukung Perjanjian Syaitan TPPA hingga ditebarkan permaidani merah menyembah ke bawah duli Presiden Amerika.

      Apa kesudahannya...duit beratus juta dah ditaburkan tapi tidak mendapat keredhaan Illahi. Obama kemana...TPPA kemana...tapi duit rakyat tetap masuk poket Najib & handbag Rosmah berjuta-juta

      Delete
    5. Murad Murai mana?



      Dah berkokok belum

      Hari tu kata buat nak.letak jawatan kalau heboh


      Skrg kata nuat suruh gabenor letak jawatan


      Woi Apesal murad letak jawatan pada 1999? Setelah ad aset rm25juta


      Muraaad mooosad moose muraiii

      Cibai kapla lutut ko ..lahanat !!


      Rugi duit rugi boreh buat RCI nafsu buas najipppp... Bodo murad

      Delete
    6. Woi Mr J, projek-projek Tun M yang gagal yang kau sebut panjang berjela tu, ada tak Tun M kutip cukai GST dari rakyat nak cover balik duit-duit tu?

      Ada tak Tun M hapus SEMUA SUBSIDI barang keperluan asas rakyat nak cover balik semua kerugian tu? Ada tak Tun M HAPUS Elaun pelatih guru nak cover balik duit-duit yang burn tu?

      Tak ada kan? Pasal apa Tun M tak buat? Pasal Tun M tak mahu MENYUSAHKAN RAKYATTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..................................

      Delete
    7. J ada MBA....dari sekolah pondok kah kah kah kah

      Delete


    8. Kesemua kegagalan Tun di sebut sama dengan Sukan SEA yang tidak menjadi "feel good factor" pada Najib.

      Kegagalan Najib memancing pengundi cina dengan memberi Projek-projek kepada China mana kan sama dengan beralih kepada Jepun semasa Tun Mahathir yang berjaya membawa prinsip kerja Jepun 5 'S' dan dengan slogan Pekerja ada Harta Syarikat yang paling bernilai.

      Yang gagal dan betul-betul tak jadi serta menjadi punca Najib umumkan PRU lebih awal ialah RCI dan kemasukan Mat Taib ke UMNO.

      Yang paling teruk ialah menolong ekonomi Amerika ! Ini kerja gila.


      Tun Mahathir tidak menjadikan kerugian Proton, Perwaja, IPP sebagai masalah untuk buat PRU.

      Kerana tahap keyakinan diri dan kekuatan yang Tun Mahathir miliki tidak ada pada Najib.

      - TC -

      Delete
    9. setuju 17.39.

      Najib dan Rosmah leka mencuri dan menipu HAK RAKYAT Malaysia. Bila sampai masanya mereka berdua kena menyembah dan merayu-rayu kepada RAKYAT kembali untuk kuasa, jawatan, harta dan nama!

      Delete
    10. J....elok kamu ambil pencen lah.
      Hujah mu sudah tak perfom lagi.
      Beri peluang pada orang lain pula.....mungkin hujah mereka lebih meyakinkan.
      Sorry lah J......tempat kamu bukan disini.

      Delete
  5. Sudah terang lagi bersuluh kejora bapok belaan budin
    Hujah tin kosong, tuan admin buat mcm muka sardin
    Otai otai pakatan habis semua basah dah kena kencin
    Kejora bapok bermaharajalela buat mcm port anjin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di padang golf ana dan macy berbincang
      Sikap kojola yang nafsu sungguh kencang
      Bila di ajak jumpa 16.9 dia pula hilang
      Agaknya dok goncang peliaq sampai Goyang



      Kaaab kaaaaah kaaaaaaaah

      Delete
    2. Di fikiran kami kojola ni udah nasib malang
      Macam soldadu yang tak tau mana nak terbang
      Nasib baik peliaq kojola kami tak tebang
      Kalau tidak berangan si macy sambil main layang layang


      Kaaab kaaab kaaaaaaah

      Delete
    3. TAHNIAH BRO!!!!!!
      BAIK BAHASA PANTUN YOU
      ....NAMPAKNYA SEMUA DAH MAIN PANTUN
      LAMA-LAMA KEJORA NIH, MELANTUN

      Delete
    4. Kiiiii kiiiiii

      Dia cuti . Dah hijrah dari main bontot kpd main bond 007

      Tukar seleraaa..tapi Jgn salah sangka .kojola belum tobat...lagiiii ...tunggu dia balik hatyai

      Delete
    5. Woii! Mashiaharu bedebah,nak tebang anu aku
      Janggan mainlee,nanti demdamku berbuku-buku
      Hal Ms Masy ko, jangan cuba-cuba klentong aku
      Dah janji oii!!!!!!!!!!!!!, ikatan kami dua dah dipaku



      Kah kahhh kahhhhhhhhhhhhhh

      Delete
    6. Barua cai 17:42, keluar dgn bacul menyamar
      Sekalii M'siaHaru, nama hamba nak dicemar
      Marah betul puak2 ni, Macy teriima ku lamar
      Cara bapok bacul begini hamba tidak gemar

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

      Delete
    7. BRO KEJORA JANGAN LAH MARAH!!!!
      P. RAMLEE DAN POSAN
      KALO MARAH KENA JUAL LAK

      Delete
  6. Projek yang paling gagal & menjatuhkan maruah Najib & negara ialah bila dia & Tok Pah bagai nak rak menjilat Obama & USA berkempen mendukung Perjanjian Syaitan TPPA hingga ditebarkan permaidani merah menyembah ke bawah duli Presiden Amerika.

    Kerja2 Syaitan Najib yg membazirkan:

    Apa kesudahannya...duit beratus juta dah ditaburkan tapi tidak mendapat keredhaan Illahi. Obama kemana...TPPA kemana...tapi duit rakyat tetap masuk poket Najib & handbag Rosmah berjuta-juta

    ReplyDelete
  7. PH boleh mula memikirkan cara bagaimana untuk mengeluarkan Malaysia dan lain-lain negara daripada United Nation.

    Can you imagine Jesus the son of Mary (Isa ibnu Mariam) going to UN?

    ReplyDelete
  8. NAMA PUN MAT TAIB........
    KALU MAT KOMPUTER LAINLAH
    (TAIB DAH TAK DIGUNA DAH)

    NAK PROMOT BN,PAKAI SUKAN SEA
    AWAT INGAT OTAK RAKYAT DAH BASI

    NAK PULIH EMEJ JUMPA TRUMP
    ADAKAH SIMPANAN RAKYAT BER TONG DRUM

    BAJET 2018 CUBA PELUANG TERAKHIR
    NAMUN HATI RAKYAT DAH CAIR
    INI TANDA KUASA BN DAH NAK BERAKHIR

    ReplyDelete
  9. 5 PROJEK TU PALING CRMERLÀNG SEKALI

    TAHNIAH PM NAJIB


    KUKIKIKIKI

    ReplyDelete
  10. Najib nie dari pndangan pihak amerika n china aderlah talam dua muka krana dua pihak yg bersaing tidak akan prcaya pd jiban nie psal tue kita kna pow ngan teram n beijing

    ReplyDelete
  11. Ramai gak nak undi PH masa pru nanti,
    -aku-1
    -isteri aku-1
    -anak-anak aku-6
    -bapa aku-1
    -emak aku-1
    -bapa mertua ku-1
    -ibu mertua ku-1
    -abang aku-3
    -adik aku-2
    -anak-anak saudara ku-17
    -sepupu-sepupu aku-26
    -sepupu-sepupu sebelah isteriku -35
    -bapa saudara ku-4
    -ibu saudara ku-7

    reme lagi macam aku.

    DARI INVOVE KELUARGA DAN SANAK SAUDARA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu jiran sebelah rumah totok Umno siap lekat KELUARGA SAYA PENGUNDI BN. Sejak setahun lalu, stiker BN dah dibuang... tinggal ruang kosong aje! Angin perubahan makin bertiup kencang sejak Tun M buat parti baru!

      Delete
  12. Sepetang ku angan bersilih rindu
    Nak ku tatap, karya sang bitara
    Sampai kini ku tahan beradu
    Nakkan sebaris pantun Kejora

    cube abg. teke siapa saye?
    cayang abang..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan budin???????

      Delete
    2. Jam 17:16 pm, hamba di surau sembahyang
      Baliik bukak laptop, ada pantun surat layang
      Terus di fikiiran hamba, Macy ayu terbayang
      Sbb kat bawah pantun itu, ada tulis "cayang"

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

      Delete
    3. Woi bangang, kalau kau tak ada apa nak tulis, baik kau jangan tunjukkan kau bangang!!!

      Delete
  13. G amerika bkan bawak pelabur beli pesawat kwsp lebur jiban brjalan duit dhambur nyopping melampau tak reti tidur skali syairr daa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk hotel Trump pun guna duit Kerajaan Malaysia. Najib dan Rosmah hanya bijak mencuri dan melebur duit.

      Delete


    2. Kena jawab soalan Rafizi pulak ..

      Delete
  14. Mr j hujah anda tumpul dan diluar nalar akal yg sihat krana didoktrin perkauman serta fahaman sempit kultus tok lebai yg sula menghukum dan malas meneliti maksud asbab hukum itu ujud kira buta kayu bhasa pndeknyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dengan Ketua Unit IT (Isiperut Tipu) Umno di MyKemut dah tension dengan kebodohan Najib dan Rosmah.

      Tengok saja komen macai Najib dah tinggal Mr J sorang terpaksa bekap kebodohan ketara Najib Tun Razak.

      Yang macai lain terpaksa guna maki hamun, mencarut dan kata2 lucah untuk divert dan spin isu. Nak pertahan memang Najib PM UMNO paling lemah. Nak buat serangan Tun M isu lapok dan lama.. orang dah tak nak ambil peduli lagi.

      Nasib baik pembaca blog ini terbuka dan tiada yang response pada mereka ini.

      Sekali dah jilat lubang dubur Cina evengelis Jho Taek Low aka Eric Tan, selamanya akan jilat sampai licin sebab tak pernah bersihkan skandal 1MDB.

      Delete
    2. Ha ha ha ... MyKemut@MyKimak

      mana Jebon
      msna Bnpilihanku
      mana Kuntakinte
      mana Raplajingga
      Mana mana meraka yang pernah menyokong Tun M

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. ya.tulisan yg jadi panduan untuk mengundi nanti..hidup ph.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taknak abang kate kite gitu......

      Delete
    2. LARI.. LA..MASUK HUTAN!!!!
      JADI MANUSIA PURBA !!!!!!!!
      NGAN LUPA HANG BAWAK TULANG KOKANG
      BUAT SENJATA BURU BABI

      Delete
    3. menyampah aku!!!!!!!!!!!!
      siapa macy yang kejola tergilo nih???

      Delete
  18. Belanjawan nanti buatlah tawaran menarik apa pun..aku percaya rakyat tetap akan pilih PH khususnya BERSATU..jom ubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli Umno dah bersyukur jika bajet PERMATA dinaikkan... ikut kehendak Rosmah Mansor baru-baru ini.

      Jika tak dapat bajet PERMATA tahun ini.... jika menang PRU14 tahun depan Rosmah Mansor akan minta berkali ganda!!!!

      Nak mencuri guna money laundering dah gagal...macai tukang angkat beg dikenali ramai...bank in 2 juta dah kantoi.

      Ini saja cara Rosmah Mansor boleh bayar kos rambut mengerbang RM1200, kos suntik vitamin dan kos hidup mewah ditanggung orang lain.

      Delete
  19. Pasti gah rak, kendurii rumah Macy nan ayu
    Persandingan gadis Iban dgn jejaka Melayu
    Di mlm pertama, kamii mesra berpujuk rayu
    Mlm kian larut, suara Macy lemah mendayu

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  20. Masa nan berlalu..manis..hidup berumahtangga
    Macy setia...abang dan rumah sentiasa terjaga
    Tunggu punya tunggu.....terasa sepi tak hingga
    Nak akan anak,Abg. rupanya mandul tak diduga

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  21. Macy kuu sayang,gadis suci keturunan iban
    Abang angankan Macy possingla berkemban
    Lepas kawin,abang bawa Macy ke Seremban
    Abang ganas tau,takut rumah panjang reban

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Kesian kathy bapok siang malam gila bayang
    Lagak mcm jantan tapi anu dah lama melayang
    Dgn bapok sopak tuan tanah cukupnya sayang
    Buatlah apa saja janji upahnya main belakang


    Kwang kwang kwang

    ReplyDelete
  24. Bukan najib saja binggung , hadi sendiri pun binggung sebab Pas sendiri susut sokongan dah , kalu pru nanti mungkin bungkus kesemuanya

    ReplyDelete
  25. Rambut Macy mengurai bilaa dibuka tocang
    Nafas kamii pun, makin bertambah kencang
    Sampan udah di aiir, pendayung ku pancang
    Macy sampai lupa nak makan pil perancang

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  26. Di mlm pertama, Macy nampak agak gelisah
    Walau Macy transgender hamba tidak kesah
    Terus hamba hunus, keris, yang hamba asah
    Cadar & kain batik...keronyok...lencun basah

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik kathy kejora yg abg sayangi! Telah lama abg mencari adik kathy segenap penjuru doonia. Abg dpt tahu adik berada disini. Abg ingin merayu adik kathy kembalilah kepada abg. Abg janji akan memuaskan nafsu adik kejora yg meluap luap itu..salam sayang. Muaaaahhhh

      Delete
  27. Kalau Najib dalam keadaan kebingungan..
    Salah diri sendiri. Janji Allah tetap benar..dah tak lama dah..masa untuk Najib/Umno/BN.

    Rakyat semakin bijak untuk menolak pemimpin yang korup,kleptokrasi.(masih gelap mata hanya tinggal 6% shj) itu pun..spesis meroyan, meracau2..(kejora/kejolla).

    ReplyDelete
  28. http://khairulryezal.blogspot.my/2017/09/rafiziramli-notis-kebangkrapan-dan.html?m=1

    LINK ATAS.... SENARAI PENDERMA INVOKE RAFIZI RAMLI.... SORANG PENDERMA BERJUTA JUTA RINGGIT... SIASAT SAPA INDIVIDU TSB SDAKAH KERJA MAKAN GAJI... PENJAWAT AWAM...ATAU BUISNESS MAN...?

    ADA KAH RAKYAY MSLAYSIA MRNDERITA SEPERTI YG RAFIZI.. MAMAK KUTTY.. CIFUT BABI CAKAP SELAMA INI..?

    JANGAN JAWAB " SAYA TAK TAHU"



    SPRM SILA SIASAT.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Derma Tok Arab dah jadi precedent case. Jika Najib boleh dilepaskan AG... maka semua DERMA selepasnya mesti lepas daripada dakwaan. Macai tak puas hati?? Kena buat RCI Derma Tok Arab. Malaysia corrupt under Najib regime.

      Delete
    2. Badak depan mata buat tak nampak. Semut seberang jalan yang ko sibuk. Phui.

      Delete
  29. DoJ FBI bia mau tangkap...saman..sita..?

    ReplyDelete
  30. Kejora sudah lupa macy yg d kejar Orang berusia
    Macy yg d sangka bukan bapok tapi otai perkasa
    Setakat batang lembik tapi ayat kejora punya berbisa
    Buka mata la.kejora jangan ko buat macam dah buta





    Kaaah kaaaaaaah kaaaaaaah

    ReplyDelete
  31. Ayat punya ayat kejora ingat dah berjaya
    Dapat macy yg d sangka bapok iban jelita
    Lampu di buka seutas benang sudah tiada
    Hah ! Baru kau tahu macy itu borosmah yg puaka


    Kaaab kaaaaah kaaaaaaaah

    ReplyDelete
  32. MENIPU PAHIT BUDIN NGOK BAB NAJIB MELAWAT WASHITON DC TRUMP tiada sambutan rasmi karpet merah?

    Tahulah madey cemburu dgn Najib. Sampai merasuah pelobi untuk lawat Bush..puihhh.. !!

    Buta kayu ke ape media antarabangsa berduyun buat coverage rasmi ko kate takde sambutan rasmi?

    lepas tu jaja pula Najib disambut Trump krn Najib menjual negara? Kejap cakap tak sambut rasmi kejap ckp jual negara??

    bila sambut hebat spin pulak..apalah sangat Amareka Yahudi sambut, ada agenda bla2..
    puihh.. makin yakin aku akan mengundi BN UMNO PRU14!
    puak bengong Mahakutty terus gagal menjelang PRU14!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Limo pendek si Najib dengan limo panjang Tun M pun tak tahu beza... nak mengundi konon.

      Dik macai, Rafizi dan Irwan Siregar dah jelaskan protokol US sambut ketua kerajaan.

      Sambutan US kepada Najib hanya 30 minit sahaja adalah sambutan gaya pariah antarabangsa. Yang kelakarnya video disebar White House sendiri supaya Najib kantoi kerana guna KWSP untuk beli jet Boeing! DEMI MEMBANTU EKONOMI AMERIKA SYARIKAT????

      Delete
    2. Sumber delegasi yang tidak dinamakan memberitahu, agenda Najib untuk melambai tangan dan disambut karpet merah digagalkan oleh pentadbiran White House. Tiada maklumat lanjut sama ada arahan larangan foto Najib mendarat di US datangnya daripada Presiden US, Donald Trump atau agensi siasatan yang masih dalam proses pendakwaan jenayah pengubahan wang haram 1MDB. Sehingga kini, foto yang boleh diperolehi hanyalah menunjukkan Najib dan Trump..tanpa sebarang sambutan rasmi yang biasanya diberikan kepada seorang ketua kerajaan.

      Delete
    3. Agaknyer teram nk mnonton jiban si penjinak badak yg kumpulan sarkis dowg yg reputasi tersohor tahap internasional tpi hanya about half and hour jer teram dah boring cover ngan kiter beli pesawat hikhikhik

      Delete
  33. Project terakhir najib adalah bagdet..
    br1m nak rm5k
    gst dipotong jadi 5%..
    kakitangan awan bonus 3 bln..

    .............must be day dreamin'

    ReplyDelete
  34. Kegagalan Madey terang depan mata.. macaio buat pekak OKU mcm takde benda berlaku. Hari2 di ratibkan pasal nama Najib..ini cara sihir moden politik pakaton.. Mahakutty penyangak terbilang!

    kah..kah..kah.. mcm katak bawah tempurung puak2 penjilat PH mahakutaik ini..kikikik

    ReplyDelete
  35. Mmg jiban gagal tnggu meniarap
    Sbb meniaga si buluh kasap
    Hujung hilang xpyah nak harap
    Pangkal hilang tuduh pak arap

    Jumpa si mainland dia memajak
    Jumpa teram dia menyemak
    Kita tanggung dia anak branak
    GST mendapat kat kita pulak

    Skali syair daa hikayat malim klepet

    ReplyDelete
  36. Bro Din, strategi....Umno-Pas....caya sama lu
    Pancong....sekali dua jer,...bila gua tibai palu
    Hati2...,cai2 punya....jgn sampai ko dpt malu
    Hujung bulan nanti...gua punya...mcm selalu

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  37. Malam pertama,terungkap ceritera lama sejarah
    Abang si tuah,bertarung Macy si jebat penjarah
    Abang Tuah menikam,Masy Jebat ngelat serah
    Tilam koyak,anu tersangkut spring lalu berdarah

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa Bro Din,sikit-sikit jajan gua
      Pelan-plan bro..hulur..hulur bawah tangga
      Lu mau lebih ptun berahi.kita kongsi laa
      Bikin buku,kasi jual.manyiak untung aaa

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

      Delete
  38. Bila gagal tntu xlarat
    Brdpan ngan masalah yg lgi berat
    Kwsp aku dh sebat
    Tanda dekat nk dpt kualat

    Hikayat malim klepet

    ReplyDelete
  39. Ikatan saah, bermula dgn berkelahi & marah
    Ternyata Macy, bukan lah mudah jual murah
    Tapii, di mlm pengantin, Macy ayu menyerah
    Cadar baru berwarna putih, ada kesan darah

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini yang ako tak nak dongar ni...
      CEMBURU GAK AKU...AH....AH...

      Delete
  40. Ingaat Din, kita dua sama saling bergantong
    Misi bersama...pakatan,...kasi bakar rentong
    Pantun gua tu...sekali dua,..cantas & potong
    Hujung bulan...heh he...sama2 dapat untong

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pantun kejora nih...
      ada yang kontra ada lak yang mahunya
      peliknya aku..
      pelik...pelik

      Delete
    2. Hikhik sure kna jangkitan penyakit kelamin tahap 4
      Kuman dh serang ke pangkal otak
      Dah lama kot dia xdpat berak
      Tue toksik kpala otak hikhikhik

      Delete
  41. Jgn lupa bro Din...Umno-Melayu....semangat
    Plan A dulu....acah, balon...kasi betul hangat
    Pantun gua...cantas le juga...nampak sengat
    Hati2 bro....cai2 punya,....jgn obvious sangat

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik kathy yg sirindui, salam sayang dr abg man. Telah lama menanggung rindu, baru sekarang dapat bersua. Teringat sewaktu ketika dahulu, kita memadu kasih asmara.walaupun dik kathy x bukan ori, tapi hatimu tetap perempuan. Salam sayang dr abg man. Mmmuaaaaah

      Delete
  42. Dii mlm pertama, bahu Macy hamba pegang
    Pas tu, dgn lembut hamba rangkul pinggang
    Sbg pejuang, keris terhunus tgh gelanggang
    Hingga ke pagi... tidak sesaat pun renggang

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa dik kathy begitu tegar, bersikap dingin? Adik kathy usahlah berlagak jantan disini. Mereka bukan buta dik kejora, mereka nampak siapa dik kathy sebenarnya. Usahla diungkit kisah lama, mari kita berasmara seperti dulu. Abg man rela berhabisan utk adik kathy melakukan pembedahan membuang anu yg x berguna itu. Fikirkanlah..salam sayang dr abg man..muaaaahhhhhhh

      Delete
    2. Cerita menjadi semakin menarik bersegitiga
      Kathy bapok terungkap kisah putus cinta
      Rupanya hati lara ke tanah budin dia bawa
      Sambil menjual, sambil mengubat hati duka

      Kwannnng kwanggggg kwanggggg

      Delete
    3. Cis, menikus & menyamar lagi Seman bapok
      Dia cuba permain Kejora ini tua bujang lapok
      Nak letak nama, takut kepala dia ku hempok
      Si tuaa Kadok ni, hamba ratah mcm keropok

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

      Delete
  43. Mlm. prtama ,Macy ku cayang merayu-rayu
    Abang naik berahi,Macy ungkap I love you
    Pergi pedajal spring tilam ,buat nafsu kuyu
    Anu ku cedera,luka berdarah, aku jadi kayu


    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  44. Walau apa pun korang kutuk DS Najib aku tetap akn undi beliau kerana sifat mulia yg ada padanya..dia beri aku krim ..brim..trim..slim dan plim dan mcam2 im lg la...serta jasanya yg tak tak terbilang untuk negara amerika..hiduo dsn

    ReplyDelete
  45. kita lihat saja nanti sama ada tun m akan d larang memasuki Sarawak esok.

    barang d ingat bahawa 'tok uban' masih paling berpengaruh d sana n dia dgn tun m begitu rapat sekali hingga sekarang.

    jika tun m tidak d halang, maka hayat UMNO/Najib adalah saperti telor d hujung tanduk. (the end is really very near 4 this kleptocratic couple).

    saya tidak heran jika najib sedang bermatian sekarang utk mempengaruhi kerajaan negeri agar menghalang kemasukan tun m.

    'worse case scenario' bagi najib ia lah akibat lawatan ini 'parti pesaka' mungkin mengishtihar utk berkecuali (bermakna pro PH). kalu ini berlaku maka nampak nya najib/rosmah akan'tercirit warna hijau'.

    saya berpendapat bahawa tiada tarihk yg sesuai utk d adakan PRU14. mek semah dgn 'rakan2' nya tidak termampu utk mendapat kan nya drpd rakan2 d alam ghaib. mereka pun mungkin tahu yg 'd case is beyond redemption'.

    tak kisah lah sama ada mereka asal dari 'indonesia', thailand', 'india' atau orang asli, semua nya nak jaga 'reputation' mereka juga. salah perakuan ,maka hilanglah punca pendapatan yg lumayan.

    namun say baru saja ngeteh dgn rakan karib saya. dia pemimpin satu parti kecil yg bergerak 'aktif' d penang.

    mengikut nya apa pun senjata yg d gunakan olih PH, akhir nya UMNO/BN akan kekal d Putrajaya.
    dia mempunyai alasan2 tertentu.

    akhir nya kami tlh bersetuju utk tidak bersetuju. dlm hati saya, rakan saya ini sdg ujud dlm alam khayalan n masih d buai dgn 'wishful thinking'.

    namun ,jika dia betul, maka hancurlah usaha kumpulan terbanyak utk mengujudkan 'Malaysia baru'.

    ReplyDelete
  46. Untuk undi kawasan2 kampung yang mana penduduk2 nya memang di bawah telunjuk tok penghulu.. ketua kampung.. pengerusi jkkk.. ketua rumah panjang.. ketua adat.. buapak.. dan seumpamanya.. senang jer bagi Najib ni.. bagi duit kat ketua2 tu dah semua undi confirm ke BN. Tapi kawasan bandar dan pinggir bandar tu memang akan swing ke PH.

    ReplyDelete
  47. Salam pak rahman andaian individu pelbagai teori dan pendapat mari kita raikan dkati golongan terpinggir mungkin golongan ini penyumbang trbsar ph insyaallah impian untuk jdikan evil empire nie pmbangkang dstiap negeri jdi kenyataan

    ReplyDelete
  48. Dia bingung bukan saje pasal projek gagal tapi asmara sama tok lebai sudah jauh tersasar. Skang ni kena tendang balik terguling-guling. Mana nak buat election bila erection sudah tak stim bai !?

    ReplyDelete
  49. QUANTUM BINARY SIGNALS

    Professional trading signals delivered to your mobile phone every day.

    Start following our signals today & earn up to 270% a day.

    ReplyDelete
  50. GPS robot tripled the $100k deposit [live proof authenticated]

    I just got done with a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was AWESOME.

    During the webinar Mark and Antony shared their stories to success and answered questions about their new version of the GPS Forex Robot that is coming out TODAY!

    ReplyDelete