Thursday, 10 August 2017

TIADAKAH DIBUAT RAKAMAN "SIDANG MEJA LEPER" ANTARA PAS DENGAN ARUL KANDA?


Pertemuan antara Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dengan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini yang disusuli dengan parti Islam itu berasa puas hati terhadap pelan rasionalisasi syarikat pelaburan sarat masalah tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan.

Ramai yang kehairanan bagaimana Pas boleh berpuas hati terhadap penjelasan Arul Kanda serta menyoal apakah Pas sebenarnya betul-betul faham mengenai kemelut berliku-liku dan berbelit-belit yang membuatkan skandal 1MDB itu membusuk ke seluruh dunia?

Selain itu, ramai juga yang ingin tahu apakah bentuk penjelasan yang  telah diberikan oleh Arul Kanda dalam pertemuan selama 2 jam itu?

Tidak kurang yang bertanya, apakah Pas yang diwakili oleh 30 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man itu juga benar-benar faham dengan penjelasan yang diberikan oleh Arul Kanda?

Yang lain pula ingin tahu, apakah 30 orang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu hanya mendengar saja penjelasan Arul Kanda serta adakah mereka bertanya sebarang soalan kepadanya?

Tidak kurang yang bertanya, jika ada pertanyaan dibangkitkan, apakah bentuk soalan yang telah ditanyakan kepada Arul Kanda?

Dalam hal ini, Pas mungkin boleh menepis pelbagai tanggapan negatif itu jika mereka dapat mendedahkan bukti rakaman pertemuan tersebut kepada umum.

Jika diikut logik, tentulah Pas sepatutnya membuat rakaman video berhubung pertemuan dengan Arul Kanda itu kerana ia merupakan sebahagian daripada program parti yang penting untuk dijadikan rujukan.

Tambahan lagi, hanya Pas saja satu-satunya parti yang dilayan oleh 1MDB dan Arul Kanda untuk mereka "bertemu, berterus-terang dan berkongsi cerita" mengenai syarikat tersebut.

Kerana itu, membuat rakaman dan menjadikannya simpanan, hampir mustahil tidak dilakukan oleh Pas.

Apatah pula, dalam zaman digital dan serba pintar ini, membuat rakaman bagi sebarang acara bukanlah perkara yang asing lagi, malah boleh dikata sudah menjadi keperluan.

Dengan timbulnya banyak pertikaian bagaimana Pas boleh berpuas hati tentang pelan rasionalisasi 1MDB, tetapi akhinya hutang kepada IPIC pun asyik terkehel dan minta tangguh beberapa kali, hanya mendedahkan rakamannya saja merupakan jawapan terbaik kepada segala kesangsian terhadap Pas itu.

Setidak-tidaknya dapatlah diketahui sama ada Nasarudin Tantawi ada bertanya soalan atau tidak, apakah Nik Abduh hanya diam atau turut bangun dengan beberapa pertanyaan, apakah Khalil Hadi juga bertanya soalan dan adakah Mokhtar Senik hanya sekadar diam sepanjang sessi pertemuan?

Jika Zahid Hamidi pun ada membuat rakaman pertemuannya dengan Tun Mahathir Mohamad, nampak tak cerdik sangatlah jika pertemuan tersebut yang dianjurkan  sendiri dan ditempat yang mereka sendiri pilih, tidak dibuat sebarang rakaman oleh Pas, meskipun program yang pada awalnya adalah "sidang meja bulat" dengan menjemput beberapa tokoh lain,  akhirnya bertukar menjadi hanya "sidang meja leper" yang membabitkan 30 AJK Pas Pusat dengan Arul Kanda semata-mata.

Adakah Pas masih perlu belajar dengan Zahid Hamidi dalam  soal rakam-merakam ini?

Atau Pas sebenarnya sama seperti Zahid Hamidi, ada rakaman, namun keberatan untuk memberitahu atau mendedahkannya kepada umum atas sebab-sebab yang mereka saja maklum mengenainya? (ShahbudinHusin 10/08/2017).

202 comments:

  1. Rakaman ada tapi errrr.....diOSAkan....

    ReplyDelete
    Replies

    1. jangan kan rakaman.. . Nota penting tak ambil.. . Nota tangan pun tak ada..

      Lebai Abduh dengan Nasarrudin main handphone..

      Dalam PAS sebarang maklumat tidak di OSA kan... tapi sebarang maklumat yang didedahkan akan di DOSA kan.

      Delete
    2. Hehehe!!! Memang jadi Udang Kering la Si Guan Eng tu sekarang ni dibuatnya. Isu berkaitan dengan pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran tu semakin menjadi hangat.

      Seronok juga melihat Si Ketua Menteri Pulau Pinang menggelupor tak tentu arah. Skandal banglo mewah yang dibeli Guan Eng ini dapat disaksikan seperti sebuah drama sinetron atau drama slot akasia.

      Terlalu banyak sangat drama dan wayang Cina yang ditampilkan oleh Guan Eng sehingga boleh dirakamkan menjadi sebuah drama. Sesuai sangat ditayangkan di TV3 untuk tontonan umum.
      Mana tidaknya, bila skandal ini mula didedahkan, Si Guan Eng tu mula 'Menggelabah Biawak Bertaichi' mempertahankan diri dengan mengatakan pembelian rumah itu diluar harga pasaran kerana rumahnya tidak mempunyai kolam renang.

      Selepas itu, drama Guan Eng semakin menjadi apabila ajak Ahli Parlimen Tasek Gelugur, Datuk Shabudin Yahaya untuk ke Komtar, minum kopi sambil menjelaskan isu tu 'Satu dengan Satu'.

      'Part' paling klimaks pula, ialah apabila Si Guan Eng ajak wartawan ke rumahnya untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk meninjau - ninjau kawasan persekitaran rumahnya.

      Bila ditanya kenapa diadakan lawatan khusus untuk wartawan, Si Guan Eng tu kata, perkara itu bagi mendedahkan situasi sebenar kepada para wartawan yang menjadi telinga dan mata rakyat.

      Hahaha!!! Memang lawak betul membaca alasan yang diberikan Si Guan Eng ni. Rasanya Si Guan Eng lebih layak untuk menjadi pelakon atau pelawak dari jadi seorang Ketua Menteri di Pulau Pinang.

      Bahkan Si Guan ENg tu sekarang ni layak untuk menggantikan kedudukan Si Mahfuz Bean sebagai seorang Pelawak dalam Politik tempatan. Si Mahfuz Bean tu pun tak boleh buat lawak macam dia.

      Sepatutnya Si Guan Eng ni tampil ke Dewan Rakyat untuk menjelaskan skandal ini macam yang oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum ini. Bukannya buat rumah terbuka.

      Delete
    3. Guan eng dah menang kes seksyen 62 akta sprm bertentangan dengan perlembagaan...Pendakwa plak yg menggelupor...

      Delete
    4. 9:39

      Org duk kecoh psal duit berbillion hilang, lu kecoh psal benda remeh temeh. Ni satu lagi benda pelik pasal sprm ni. Duit kena seleweng x siasat, org jual murah kena dakwa. Skang ni kena hati hati nak jual apa apa. Kalau x laku, x boleh kita jual murah bawah harga pasaran. Tunggu jelah sampai reput. Sprm... sprm....

      Delete
    5. Hehehe!!! Herankan. Sejak timbulnya pendedahan mengenai isu pembelian rumah "Terlajak Murah" yang dibeli oleh Si Guan Eng tu dibawah harga pasaran, tetiba je Si Rafizi tu jadi bisu.

      Orang yang selama hari ini mendabik dada mengatakan KONONnya dia 'Suci' dari sebarang dosa tu cukup lantang mengkritik mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Kerajaan.

      Bahkan dakwaan yang dibuat juga turut melibatkan agensi Kerajaan sehingga tahap dia sanggup menghasut orang lain untuk mengeluarkan duit simpanan dalam akaun Tabung Haji.

      Tapi IRONIKnya, bila isu berkaitan dengan pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran Si Guan Eng tu, kenapa Si Raja Fitnah ni tiba - tiba menjadi bisu? Kenapa Si Rafizi hanya diam seribu bahasa?
      Yang hanya berbunyik setakat hari ini hanya Si Wan Azizah dalam satu kenyataan yang cukup basi untuk kita dengar. Kata Si Wan Azizah, tidak sepatutnya kita mempersoalkan isu tersebut.
      "Dalam kes membabitkan Lim, Azizah berkata pelbagai pihak sepatutnya menunggu sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan".
      Pulak dah!!! Kalau kena ke batang hidung dia, tau pulak dia nak suruh orang lain tunggu hasil siasatan dari pihak SPRM. Tapi kalau dia dok buat tuduhan terhadap orang lain, kenapa tak boleh tunggu?

      Delete
    6. PUOK UMNO NI DEPA PIKIAQ UNTUNG JAAAA...MACAM TENDER PROJEK KERAJAAN LAH..BENDA KOS RM100-200JUTA TAPI BOLEH PI SAMPAI RM400-500JUTA.YANG LEBIH PAKAT SEBAT SORANG SIKIT.

      Delete
    7. Kesian Si Rafizi ni ya. Takde lansung pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang sudi tampil nak tolong dia bayar saman fitnah yang telah dikenakan terhadap dirinya sebelum ini.

      Kalau nak suruh buat fitnah, semua orang suruh dia. Tapi bila dia dikenakan hukuman dan terpaksa membayar denda sebanyak RM 300 ribu kepada NFCorp, takde sekor pun pemimpin Pakatan yang bantu.

      Maka terpaksa la Si Rafizi tu jadi peminta sedekah demi menabung duit saman fitnah yang telah dilakukan. Itu pun katanya, Si Rafizi tu berjaya mengutip derma sebanyak RM 1.5 juta lebih.

      Si Rafizi tu mendakwa yang dia berjaya mengutip sebanyak RM1,585,014.49, iaitu lima kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya dibayar. Sumbangan itu katanya diterima daripada pelbagai pihak.
      Kiranya, berjaya juga la Si Rafizi tu kutip derma ya tak. Setidak - tidaknya, dia berjaya mengheret semua penderma tu untuk menanggung dosa fitnah yang telah dilakukannya sebelum ini.

      Tapi, belum pasti lagi betul ke tidak Si Rafizi tu berjaya kutip derma sebanyak itu. Al-maklum la, dia kan seorang yang suka menabur fitnah. Jadi, mana kita tau betul ke tidak kenyataan yang dibuat.

      Waima dia berjaya kutip sebanyak 1 billion sekali pun dan berjaya mengheret sejuta rakyat Malaysia untuk menderma, ianya tidak dapat menafikan hakikat bahawa Si Rafizi tu seorang Penabur Fitnah yang memang tidak boleh dipercayai!!!

      Delete
    8. Seorang bekas pemimpin PKR Kelantan meragui isu peletakan jawatan lantikan politik di negeri itu boleh diselesaikan walaupun pengerusinya dipanggil untuk memberi penjelasan.

      Bekas Ketua Biro Pendidikan PKR Kelantan Yusoff Abdollah berkata dipercayai pemimpin yang dipanggil akan berhujah dengan menggunakan alasan "suara akar umbi".

      "Jika ini berlaku, bayangkan apa akan jadi kepada Pakatan Harapan di Kelatan.

      "Sudahlah mereka ingkar untuk meletak jawatan, sekarang mahu mengheret presiden dan ketua umum untuk memikul biawak hidup yang boleh merosakkan nama parti serta maruah pimpinan pusat," katanya.

      Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu memberi arahan kepada PKR Kelantan supaya meletakkan jawatan yang diperolehi melalui lantikan politik ekoran berakhirnya kerjasama antara parti itu dengan PAS.

      Arahan itu menyebut peletakan jawatan berkenaan berkuat-kuasa serta merta.

      Bagaimanapun sehingga hari ini arahan berkenaan tidak dilaksanakan apabila hampir tiada seorang pun melepaskan jawatan yang diberi kerajaan PAS.

      Beberapa alasan diberikan PKR untuk menjelaskan mengapa arahan berkenaan belum dilaksanakan, termasuk menunggu arahan rasmi dari pusat.

      Semalam Malaysiakini melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan anggota parti itu yang dilantik kerajaan negeri belum melepaskan jawatan kerana menunggu tunggakan bayaran yang sepatutnya dijelaskan Kelantan.

      Anggota parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan sebelum ini semua penjawat lantikan politik tersebut menggunakan wang sendiri bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing.

      Hari ini pula Malaysiakini melaporkan Biro Politik PKR akan mendengar "rayuan" daripada ketua perhubungan parti itu di Kelantan.

      Memetik sumber Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir akan hadir ke mesyuarat mingguan biro itu pada Selasa depan.

      Yusof berkata apa yang dilakukan sesetengah pemimpin PKR di Kelantan menyebabkan parti itu tidak lagi diyakini rakyat.

      "Kalau melawan sikit, kena pecat 24 jam, tanpa bicara. Kadang-kadang nampak lebih garang daripada pemimpin Umno," katanya.

      Delete
    9. Para anggota parlimen PAS berkata orang bukan Islam seperti Indira Gandhi bukanlah satu-satunya pihak yang menderita dalam isu Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian)1976 itu tetapi golongan mualaf juga.

      Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen, setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan, didokong oleh 13 orang MP PAS, berulang kali enggan menjelaskan tindakan kerajaan untuk menggugurkan Seksyen 88A daripada pindaan akta tersebut.

      Takiyuddin berkata isu Seksyen 88A itu akan dibindangkan kemudian.

      Seksyen 88A secara berkesan menghentikan amalan saudara baru Islam untuk turut sama menukar agama anak mereka dan kemudiannya mendapatkan perintah jagaan kanak-kanak daripada mahkamah syariah.

      Amalan ini selalunya akan membawa pertelagahan di antara ibu bapa Islam dan bukan Islam, yang juga menyebabkan pergeseran di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

      Berhubung soalan Indira menderita selama lapan tahun dalam perbicaraan untuk mendapat hak penjagaan anak dengan suami mualafnya, Takiyuddin berkata mualaf juga turut menderita.

      Pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 akan dibuat malam ini.

      Takiyuddin juga bertegas perundangan berkaitan kahwin dan cerai seseorang Islam mestilah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

      Menurut Takiyuddin lagi pindaan tersebut merupakan suatu percanggahan sehingga kelihatannya seperti seorang mualaf itu dipaksa untuk menyelesaikan penceraiannya di mahkamah sivil.

      Atas sebab ini, PAS bertekad untuk menentang pindaan akta tersebut walaupun setuju dengan cadangan untuk membuang Seksyen 88A.
      Pindaan akta tersebut dibentangkan semula di parlimen selepas pihak kerajaan menggugurkan Seksyen 88A.

      Hal ini dibuat berdasarkan nasihat peguam negara yang menyatakan pindaan itu memerlukan kerajaan untuk meminda perlembagaan.

      Pindaan Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga dan pihak kerajaan tidak pasti sama ada pembangkang akan menyokong usaha ini.

      Delete
    10. Parti Gerakan Pulau Pinang membidas Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy atas kenyataanya bahawa hanya ahli DAP yang boleh memegang jawatan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

      Naib pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan DAP itu yang disifatkan beliau sebagai tidak demokratik.

      Pemimpin Gerakan itu menimbulkan soal kuota PKR dalam mengisi jawatan JKKK.

      Bagaimanapun Ramasamy, pemimpin Gerakan itu cuma mahu melaga-lagakan DAP dan PKR, tetapi pelantikan ahli-ahli JKKK adalah keputusan kerajaan negeri, bukan hanya DAP.

      Delete
    11. Wei haramjadah , kalau nak copy paste gi tampal kat blog abah kau, jangan tampal kat sini.
      Takde org baca pun... bodoh.

      Delete
    12. Tuan Ibrahim mengumpamakan skandal 1MDB seperti 'nasi yang sudah menjadi bubur' dan menegaskan bahawa apa juga yang berlaku kepada pelakunya, hutang 1MDB masih perlu ditanggung oleh rakyat.

      "Kalau pun ada kerajaan baru selepas PRU-14 dan semua yang terlibat menyeleweng berjaya ditangkap serta disumbat ke dalam penjara, namun hutang 1MDB masih perlu ditanggung rakyat dan kerajaan yang baru.

      "Masalah 1MDB wujud kerana hutangnya dijamin kerajaan dan telah diluluskan oleh mereka yang berkuasa hari ini," tegasnya.

      Tuan Ibrahim berkata, dalam taklimat kepada pimpinan tertinggi PAS itu, Arul berkata pelan rasionalisasi 1MDB itu "adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan".

      "Jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi AS$1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, sama ada kerajaan bertukar tangan atau pun tidak di PRU14," katanya lagi.

      Akhirnya, tegas Tuan Ibrahim, yang menanggung akibat itu ialah kerajaan dan rakyat, bukan mereka yang terlibat menyelewengkan dana 1MDB.

      "Hatta harta mereka yang terlibat dirampas pun, ia tidak mampu untuk membayar hutang 1MDB," tegasnya.

      Walaupun selepas pertemuan dengan Arul itu, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa pendirian PAS tidak pernah berubah dalam isu 1MDB.

      Malah, katanya, orang pertama yang menyarankan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) terhadap 1MDB ialah presiden PAS sendiri pada 2015.

      Delete
    13. Pas kuat imannya. Anak ternoda, dah berlaku terima je la. Laki kawin lagi, apa nak buat, terima seadanya, isteri curang,laki berharap kejadian curang isteri tidak berlaku lagi. Semuanya qada dan qadak. Pas berpolitik matang. Harap sangat najib setuju rci untuk siasat dirinya. Gitulah gaya pas berpolitik. Dah tak marah2, peringatan untuk jaga jantung.

      Delete
    14. Macy, dari terlalu risau 1MDB 'hilang duit' sepatutnya Macy risau beratus billion duit rakyat yg sah lesap dan tiada ragunya di zaman TDM. Apakah kita sibuk nak kitar semula pemimpin ini untuk 'selamatkatkan negara dari kerugian'? Bukankah kerugian mega itu berlaku zamannya? Bukankah puak reformasi juga yg tuduh beliau korup dan rompak harta negara untuk anak pinak dan kroni? Agak berapa ratus billion lagi akan lesap jika TDM naik? Apakah brainwash PH dah buat kita lupa atau redha dgn kerugian ini? Saya doa Macy akan sedar bahwa Macy hanya dicuci otak untuk memenuhi hasrat PH - naikkan evengelis liberal sebagai pemerintah.

      Delete
    15. J mana details plan rasionalisasi 1mdb? Sila bagi pencerahan, kau kan pandai. Semalam aku tanya...buat2 tak nampak.

      Delete
    16. Salam Mr. J.. andaikata apa yg kamu perkatakan ini adalah sebahagian usaha kamu untuk spin dan mengagung agung kan pemimpin yang ternyata membuat lebih kerosakan, moga Allah melaknat kamu dan keturunanmu di padang Mahsyar kelak.

      Delete
    17. Persoalannya yg hakiki ialah apa telah jadi pada RM3.5B yg telah dibayar pada IPIC kerana kita sekarang kena bayar SEKALI LAGI RM3.5B oleh kerana IPIC TIDAK TERIMA bayaran yg pertama.

      SIAPA YG CURI/SELEWENG DUIT ITU?

      KENAPA TIADA TINDAKAN OLEH 1MDB?

      Taksub kita bukan pada manusia atau kepercayaan, tetapi kepada KEBENARAN.

      Isu2 lain adalah isu2 yg REMEH untuk menolak perhatian drp isu hakiki diatas.

      Kaldai yg membondong banyak kitab2 diatas behunya adalah tetap KALDAI JUGA!





      Delete
    18. Pas menasihati DAP supaya tidak membuat dakwaan mengatakan parti itu menyokong dan berpihak kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

      Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ada ahli parlimen DAP menyerang parti berkenaan dengan mendakwa kenyataan Pas yang berpuas hati dengan 1MDB seolah-olah menunjukkan mereka memihak kepada syarikat pelaburan itu.

      "Saya nak nyatakan kami bukan berpuas hati dengan 1MDB tetapi kami berpuas hati kerana dapat berjumpa, mendengar penjelasan dan bersoal jawab. Itu maksud Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan sebelum ini.

      "Mereka (ahli parlimen DAP) turut membuat dakwaan dalam Dewan Rakyat bahawa Pas telah menjadi rakan sekutu BN sedangkan kita telah nyatakan pendirian kita sebelum ini,
      Beliau menyarankan DAP supaya mengadakan pertemuan dengan 1MDB seperti yang dilakukan Pas bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang timbul.

      "Pas memohon bertemu dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy selepas soalan Parlimen yang dikemukakan oleh ahli parlimen ditolak.

      "Mereka hanya tahu melalak dalam isu ini tanpa pergi kepada pihak sepatutnya. Sila adakan pertemuan dengan pihak 1MDB," katanya.
      Dalam pada itu, Takiyuddin (Kota Bharu - Pas) cuba untuk menerangkan mengenai isu taklimat CEO 1MDB.

      "Enam soalan Pas berkaitan dengan 1MDB tidak dijawab dan atas dasar itu, kami meminta penjelasan terus dari presiden, tidak sangka pula beliau bersetuju,

      Delete
    19. Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim percaya bahawa pelan "rasionalisasi" 1MDB sedang mencapai kemajuan dan cakap-cakap bahawa firma itu akan diselamatkan adalah "tidak relevan".

      Khalid, yang pernah menerajui Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd, berkata kesimpulan ini dibuat susulan taklimat oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada Isnin, lalu.

      "Perlu dinyatakan bahawa walaupun Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berjaya menilai operasi 1MDB tetapi tidak jelas jika firma itu boleh dipertahankan.

      "Pada taklimat itu, Arul Kanda menjelaskan kepada kami bahawa kedudukan kewangan semasa firma itu dengan menunjukkan kepada kami kunci kira-kira 1MDB berikutan pelan penstrukturan semula yang dijalankan oleh pihak pengurusan.

      "Kesimpulannya, nilai semasa aset bersih yang dimiliki oleh 1MDB mampu membayar liabiliti semasa dan masa hadapan serta akan mempunyai lebihan," kata Khalid, yang juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
      Beliau berkata 1MDB kini boleh membuat bayaran ke atas hutangnya apabila pendapatan dan keuntungan dari asetnya, yang kini di tangan Kementerian Kewangan Inc (MOF Inc), membawa hasil.

      "Memandangkan senario penstrukturan semula ini menunjukkan kemajuan baik, isu menyelamatkan 1MDB tidak relevan," tulis Khalid di laman Facebook semalam.

      Delete
    20. Huruf “A” pada logo Pakatan harApan bermaksud “GUNUNG”, kata Dr. M semasa pelancaran logo mereka. Dalam temubual selepas sesi tersebut, Wan Azizah turut mengesahkan bahawa simbol huruf “A” pada logo itu juga bermaksud “GUNUNG”.

      Pelampau evangelis Kristian juga mempunyai mandat untuk merampas “tujuh gunung” (Seven Mountains Mandate) . Tujuh Gunung Yang Mahu Dikuasai Evangelis Kristian adalah perjuangan pelampau evangelis Kristian Dominionisme yang mahukan negara kita dijadikan negara Kristian.

      Dari tulisan, laporan, ucapan, video dan pelbagai bahan bukti jelas bahawa mereka telah pun meletakkan sasaran-sasaran yang terkandung dalam tujuh sektor/bidang yang disebut dalam “Seven Mountain Mandate” (Mandat Tujuh Gunung) ke atas Tanah Air ini.

      Merampas dan mendominasikan kekuasan mereka ke atas semua tujuh sektor ini adalah syarat wajib untuk mereka mendirikan negara Kristian bagi kedatangan “Raja Agong” (King of Glory) yang akan memerintah “Kerajaan Tuhan” (Kingdom of God). Kesungguhan evangelis Kristian melaksanakan perancangan ini jelas dengan pelbagai program dan aktiviti yang bertali arus ke arah ini.

      Program-program yang disebut sebagai siri “All Nation Convocation” jelas untuk menyediakan Malaysia tunduk di bawah kerajaan “Raja Agong” yang berpusat di Jerusalem. Dalam tidak kurang lapan program dari siri majlis seumpama itu yang telah dilaksanakan, semua tema dan slogannya menjurus kepada “Paving the Way for the King of Glory” – yakni menyediakan Malaysia ini untuk kedatangan “Raja Agong”/Jesus Christ mereka.

      Salah seorang paderi kanan yang terlibat sama dalam majlis-majlis seperti ini, Henry Pillai, mengatakan bahawa Malaysia hari ini dalam kegelapan malam. Yang menyinari malam ialah cahaya bulan, dan bulan itu adalah simbolik kepada pemerintahan Islam ke atas Malaysia. Dia mengatakan sudah sampai masa untuk malam bertukar menjadi siang – memberi rujukan bahawa kerajaan Kristian akan menerangi bumi Tanah Air kita.

      Dan kerajaan itu sendiri sememangnya adalah salah satu sektor/bidang “tujuh gunung” yang mahu dirampas oleh pelampau evangelis Kristian. Ungkapan hasrat mereka mahu merampas kerajaan sering kali ulang laungkan.

      Dengan hasrat mengunung untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang ada, pelampau evangelis Kristian akan sanggup berganding dengan “bidak-bidak” yang tidak sedar percaturan yang dilakukan oleh pemain catur di belakang tabir. Orang-orang Islam yang dipergunakan merasa bangga apabila mereka mendapat tempat, peranan dan ganjaran bagi melaksanakan untuk kerja-kerja pelampau evangelis Kristian.

      Mereka bebal dalam politik. Diperguna musuh untuk meruntuhkan kedaulatan Islam di Tanah Air ini. Sesungguhnya mereka bebal.

      Delete
    21. Merapu pasal gunung pulak? Iman kuat, bangsa kuat. Iman tak kuat, bangsa bangsat. Simple.

      Delete
    22. Apa yang berlaku hari ini menunjukkan betapa hinanya PKR dan Pakatan Harapan.
      Selepas menaikkan harga SPLASH dari RM250 juta kepada RM2.9 bilion, mereka mahu Kerajaan Persekutuan menanggung perbezaan harga yang dinaikkan itu.
      Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 13 November tahun lalu pernah membangkitkan kebimbangannya mengenai lonjakan harga tawaran yang melampau itu.
      “Jika kerajaan negeri tidak berganjak untuk menawarkan RM2.7 bilion kepada Splash bagi pengambilalihan ekuiti, jumlah itu adalah 10 kali ganda daripada apa yang ditawarkan kepada syarikat itu pada 2013.
      “Kerajaan negeri perlu kembali semula ke Dewan Undangan Negeri dan nyatakan terdapat lebihan RM2 bilion perlu dibayar. Jika kerajaan negeri katakan mereka perlu membayarnya, ia akan diambil daripada rizab negeri dan anda perlu bertanya kepada rakyat Selangor adakah adil untuk digunakan?
      “Selain itu, Azmin menuding jari kepada saya dengan mendakwa tawarannya yang berjumlah RM2.7 bilion itu adalah lebih rendah daripada apa yang saya kononnya saya tawarkan,” jelas Abdul Khalid.
      Baca: Urusniaga SPLASH Bukan Seperti Jual Beli Nasi Lemak.
      Ahli Parlimen PKR, Wong Chen siang tadi menyerang Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kononnya di atas kegagalan Kerajaan Persekutuan menangguhkan pengambilalihan konsesi rawatan air SPLASH di Dewan Rakyat.
      Wong menuduh kerajaan Persekutuan sebagai tidak memiliki wang walhal Kerajaan Selangor turut meminjam wang sebanyak RM9.7 bilion pada 2015.

      Kerajaan Selangor kemudian menaikkan harga SPLASH dari RM250 juta kepada RM2.9 bilion dan mahukan kerajaan Persekutuan menanggung perbezaan sehingga RM2.4 bilion itu!

      Delete
    23. Mr j,

      Membaca posting anda membuat saya terkesima serta dalam masa yg sama tertanya tanya berapakah upah yg anda dapat hasil dari usaha anda memutar belit isu yg kekadang terbelit keleher sendiri. Apakah upah yg anda perolehi digunakan utk menyara anak bini, ibubapa dan makan pakai anda sendiri? Apakah anda begitu terdesak sehingga sanggup bersekududukan dgn kebatilan dan kebejatan. Adakah anda fikir usaha anda ini untuk membela kaum dan bangsa selain anda sendiri? Ketahuilah mr j, najib bukanlah melayu terakhir didunia ini. Patah tumbuh hilang berganti! Satu jari yg anda tundingkan kearah saya, empat lagi menunding kearah diri sendiri. Percayalah mr j, patah lengan bertongkat kuku, tidak sekali saya tinggalkan perjuangan saya walaupun dimata anda tampak lesu!.......

      Delete
    24. Kalau orang yang mempertahankan Perdana Menteri daripada didesak oleh puak - puak Pakatan Haprak tu dianggap sebagai 'Pemakan Dedak', apa pulak label yang boleh diberikan kepada puak - puak DAPigs ni?

      Sedang orang lain yang menjadi rakan sekutu kepada DAPigs beria - ia mendesak agar Si Guan Eng tu bercuti dari jawatannya sebagai Ketua Menteri, lain pulak kenyataan anak Si Karpal Singh ni.

      Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, anak kepada Si Karpal Singh tu mendakwa tidak ada sebab untuk Guan Eng memenuhi tuntutan diatas desakan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak sebelum ini.

      Kenyataan yang dibuat bersama dengan Pengerusi DAPigs Pulau Pinang itu juga menegaskan bahawa tiada bantahan yang dibuat oleh pemimpin DAPigs bagi mendesak Guan Eng pergi bercuti.
      Kiranya, suara - suara mereka yang seperti Ambiga dan Si Gay Tua Hisham Rais tu hanya sekadar suara Katak yang menyalak bukit. Suara mereka jelas tidak dipedulikan oleh puak - puak DAPigs tu.

      Dalam erti kata lainnya, DAPigs tak ambik peduli pun dengan suara mereka yang selama hari ini hanya dianggap sebagai Barua kepada parti itu. Setakat jadi Macai dan Pelacur kepada DAPigs boleh la.

      Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAPigs Pulau Pinang itu sekali gus membuktikan bahawa DAPigs tidak mengendahkan suara mereka yang menyokong parti tersebut. Kalau suara orang yang menyokong pun diorang boleh buat tak tau, inikan pulak kita yang takde kaitan ni. Lagi la diorang boleh buat tak peduli!!!

      Delete
    25. Anon 1401, TSKI adalah tokoh korporat dlm parti pembankang. TSKI telah puas hati terima pelan rationalisasi 1MDB. Terimalah saudara bahwa pakar korporat dah okay. Saudara pun rasanya bukan pakar korporat nak faham pelan itu. Tanyalah diri sendiri tentang padang Masyhar. Apakah fitnah yg diulang ulang akan bawa padah yg baik. Saudara tak boleh guna istilah saya ditipu kerana penjelasan dah diberi. Lagi kita nak pilih evengelis liberal sebagai pemimpin.
      Macy, apakah tiap orang yg tidak menganut PH itu dikira mendapat bayaran dan rezeki haram? Sebenarnya saudara tertipu kerana menutup mata pada segala penjelasan dan kebenaran.

      Delete
    26. Anon 1408

      Bukan RM3.5b tapi US$3.5b.

      Apa dah jadi? Arul Kandasamy bilang semasa kes ni meletus, "1MDB dah jadi mangsa kepada jenayah (penipuan)". Ada tak TITM tanya Kandasamy pada taklimat rasionalisasi baru-baru ini, "Hang ni big boss dan bertanggungjawab kepada 1mdb dan rakyat Malaysia, dah buat laporan polis atau belum?" Yang dah hanya lah haramjadah.

      Sebenarnya apa yang Kandasamy katakan itu adalah keterlanjuran. Terlanjur cakap hingga dia nak letak jawatan pun tong deram simin x kasi. Begitu juga menteri, hanya Johari kenal manikam, berkata dia ada bukti hitam putih bahawa aabar BVIM adalah anak syarikat IPIC yang sahih. Hitam atau putih entah ke mana, tap tip tup dia pun dipanggil oleh tong deram simin agaknya sebab dialah sekarang sibuk dok cari duit dalam gua "ya ingson mata kaji" nak bayar ipic balik kali ke-2.

      Memang songlapan US$3.5b itu lah ulu kepala bapak kepada masalah luput tarik bayar kali ke-2 yang 1MDB hadapi sekarang.

      Memang aneh kesedaran kita tertumpu kepada tarikh luput bayar sekarang daripada penyebabnya iaitu jenayah songlapan US$3.5b itu. Ironinya ialah kekhuatiran jenayah yang Kandasamy lafazkan itu hanya dia seorang sahaja. Ada kah kerajaan ini ambil peduli tentang kehilangan US$3.5b itu?

      Terpulang lah kepada masing-masing untuk membuat kesimpulan.

      Delete
    27. Anon 1408, sebab apa si tembam singkek berkata kepada keluarganya, "I've hit a goldmine!"

      Delete


    28. Apabila hanya Khalid seorang sahaja yang hadir tanpa kehadiran seorang lagi tokoh ekonomi maka apa juga Khalid tak boleh di terima ?

      Apakah mereka berdua tidak di jemput? Dan apa sebab mereka tidak hadir.

      Dalam negara ini bukan Khalid seorang sahaja yang bagus .. ramai lagi ..

      Apa lagi Khalid telah di ketahui akan berpihak pada PAS ..

      Delete
    29. Anon 1408, kena ingat bahawa bayaran US$3.5b tu bukan dibuat US$3.5b sekali gus tapi melalui beberapa kali bayaran, kalau x silap dalam 4 atau 5 kali.

      Dengan itu apa kah kesimpulan/rumusan/andaian yang Anon 1408 boleh buat?


      Sori ah Anon 1408, izinkan saya guna nama anda untuk mencuit fikiran orang-orang lain.

      Delete
    30. Mr. J.

      Berani saya katakan kamu berfikiran terlalu dangkal .

      Kamu bilang ratusan billion hilang di zaman TDM . Apa buktinya ?? Janganlah jadi macam Salleh Keluaq . Kata Salleh Mahathir 'laundered' beratus billion by quoting words from Barry Wain's book .

      Malangnya , sekali je saya sergah dia , terus tutup cerita tentang penulisan Barry Wain .

      Taraf kamu ni lebih rendah lagi dari Salleh . Kamu hanya pandai sebut lesap ratus billion .... mana buktinya ??

      1MDB yang penuh serta padat dengan " facts & figures" pula kamu katakan bersih lagi suci . Janganlah kamu Tarik nama Khalid Ibrahim kedalam kancah 1MDB ini . Dia tu sudah masuk 'kelas' Pak Lah . Ada dia buat 'statement' tentang perjumpaan itu ? Saya pun kurang pasti samaada dia mendengar penjelasan/ceramah yang di beri Arul Kanda atau dia pun tertidor saperti Pak Lah ? Serta , saya ingin beritahu kamu , sudah lebih 2 tahun Khalid ini tidak berparti . Tetapi kebelakangan ini kerap menghadiri perjumpaan anjuran PAS .

      Tak payahlah kamu nak doa doa untuk kami di sini . Lebih baik kamu berdoa untuk diri kamu sendiri supaya di jernihkan hati serta diterang minda juga di celikkan mata . Doakan juga untuk Najib agar dapat memperolihi dana untuk membayar IPIC sebelum Negara dan rakyat tidak terjerumus lebih dalam kedalam lubang najis .

      Bercerita tentang padang masyhar konon . Tanyakan diri kamu dulu yang sentiasa cuba mempertahankan perbuatan mungkar .

      Delete
  2. Pas berlagak paham atas perkara yg mereka sebenarnye tidak paham...sedapee keling arulkanda belit puak pas yg tak tak tahu kemelut dan rompakan 1mdb...

    ReplyDelete
    Replies



    1. HIDUP NAJIP SI AGEN KOMUNIS


      Mempercepatkan Malaysia jadi wilayah ke 63 China..

      Delete
    2. Lebai2 Pas bongok apa diorang tau. Beli kereta mewah + kawin 4 diorang expert laa.
      hahaha..

      Delete



    3. ZAHID KOMEDI DAN KSU KDN HAMPIR TOLOL KALAH SAMAN ISU 1MDB



      ZAHID DAN KSU ANTI BAJU BERSIH KENA BAYAR SAMAN BERJUTA KEPADA THE EDGE..



      Kerajaan rugi lagi buat kerja tolol komedi dan k.s.u

      Delete
    4. Isi wak jahid kalah saman

      Ini

      Akan keluar esok dalam shahbudindotcom

      Stanby komen berapi ya

      Delete
    5. Malaysiabaru, Malaysia akan diperintah Cina evengelis sekiranya PH naik. Sepatutnya ini yg patut menakutkan Melayu Islam. Bukan pelabur Cina..

      Delete
    6. J.. yg takut tu melayu bahlol macam kau, takut hilang dedak

      Delete
    7. KHAS KEPADA MR JEBON......

      Yg kita takot ialah Melayu yg kedarah duit Melayu
      Melayu yg samun Melayu
      Melayu yg lingkopkan Melayu
      Melayu kleptokrat yg mamposskan Melayu
      Melayu jenis ni ialah Jebon Lahanat dan kunco-kunconya.

      Dalam posting yg lepas pada 10 August......saya dah bagi keterangan balas pada dakwaan si Jebon ni konon Msia akan diperintah oleh Cina evengelis.

      KAWAN2 SUMERRR........
      Tengok macam mana dah diterangkan pon.....masih jugak Jebon Haramjadah Lahanat ni nak spiiin pasal isu yg sama.
      Hari ni lg sekali dia kata Cina evengelis nak perintah Msia.

      Woiiii Jahanam....ko baca posting aku di bawah ni yg aku post pada Artikel yg lepas....10 August 2017 at 02.27......baca jangan tak baca..!!

      Jebon.......bila BN letak Cina kapir MCA di satu kawasan sebagai Adun ada ke penduduk Islam kawasan situ bertukar agama sembah tokong???

      Bila calon MCA menang di satu2 kawasan .....kenapa ko tak kata org Islam kawasan situ lantik Cina kapir jadi pemimpin kawasan??? Lalu pulak anak tekak ko bila orang Melayu pangkah pemimpin Cina kapir MCA. Tak pulak ko kata apa2.....diam bisu jerr.....

      DAP ialah parti komponen dalam Pakatan sama macam MCA dalam BN......tapi sebab tok panglima penipu ko duk hentak dalam kepala korang yg DAP kuasai Pakatan.....dan Melayu hilang kuasa kalo pangkah Pakatan.......jadi maka tulah korang asik kata evengelist nak berkuasa.

      Dulu korang kata Kit Siang kuasai Pakatan.....Pakatan sumer tunduk pada Kit Siang.......ko tengok sekarang Kit Siang langsung tak dilantik pegang apa2 jawatan dalam barisan pemimpin utama Pakatan.....

      Barisan pemimpin utama Pakatan:-

      Ketua Pakatan....1 Melayu.

      Pengerusi Pakatan.....1 Melayu.

      Timbalan Presiden.....2 Melayu 1 Cina.

      Naib Presiden.....3 Melayu 1 Cina.

      Ketua Setiausaha 1 Melayu

      Bendahari 1 India

      Jebon......ko tengok berapa jumlah Melayu, Cina dan India dalam barisan utama Pakatan??? Ko reti kira ke tak???

      Insha-Allah kalo Pakatan menang PRU....PM tetap dari org Melayu. Ko tengok Selangor ada ke MBnya Cina???

      Penang memang dari dulu KMnya org Cina.....baik dari masa pentadbiran BN dulu sampai sekarang pembangkang pon Cina.

      Terussskanlah dengan agenda korang untuk takot-takotkan org Melayu konon kalo tak pangkah BN Melayu akan lumpuh. Walhal kerusi yg DAP bertanding tak sampai setengah dari jumlah keseluruhan kerusi......dan bukan sumer kerusi DAP bertanding tu menang 100%.

      Di Selangor kerajaan negeri bawah Pakatan bagi 2 bulan bonus berjumlah RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam negeri Selangor yg rata2 org Melayu.........panglima marang meerrapuu marang sekeperrr ko pon tak dapat bagi macam tu. Apa cerrr??? Ada orang Melayu Selangor mamposss...???

      Terussskanlah dengan agenda korang untuk takot-takotkan org Melayu konon kalo tak pangkah BN Melayu akan lumpuh.

      Yg aku tau kalo Melayu pangkah penyamun Melayu memang mamposss.......contoh Felda.

      Sudahlah.......luuu punya agenda takot-takotkan org Melayu tu dah tak makan.....tak laku dah.

      Rakyat Msia dah educated.....yg berijazah/diploma berlambak2 macam kelkatu lepas hujan.....tumboh macam cendawan kukor.......

      Jebon......lagi ada hati mau tipu kaaaa?? Lepass ni sila spiiinnn lagi hokkayyy...!!!

      Delete
    8. Phantom, kuasa dipegang oleh parti yg paling banyak kerusi. Tak nampak bagaimana LKS boleh bubarkan PR dan buat PH? Atau bagaimana LKS boleh tentukan siapa MB Kelantan kalau PH menang. Siapa yg sebenarnya memegang ubun ubun Melayu PH?

      Delete


    9. Paling banyak kerusi belum tentu berkuasa. Lihat lah UMNO terus kecut mengenai isu hak bumiputera kepada Muslim India.

      Apa yang LKS boleh buat sekiranya PM Pakatan Harapan memerintah cara Najib. Najib senang-senang pecat Muhyiddin. Najib senang-senang pegang tengkuk Peguam Negara.

      Yang penting kuasa bukan kerusi.

      Jangkaan Husam jadi MB Kelantan tak mengejutkan melainkan jika LKS menamakan orang lain sebagai PM. Rakyat Kelantan melihat Husam sebagai tokoh anak Kelantan.

      Cuma LKS ingin memberitahu masih ada melayu yang baik dan menjaga amanah.

      Pemimpin Tertinggi dalam Pakatan Harapan mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pemimpin Cina DAP yang satu masa dulu hal begini tidak pernah di mimpikan oleh orang
      Melayu.

      Delete
    10. 22.34....SiJebon tu akan puuutarrr dan spiiinnn lg....tak caya tunggu esok.

      Yg bapak lanun dia melingkopkan orang Melayu tu dia tak kesah.
      Haramjadah..!!

      Delete
    11. Mr. J

      Tak payahlah kamu nak takut takutkan kami dengan perkataan evengelis itu .

      Kat mak cik Felda dan kampong bolihlah . Mereka ni ada yang tak reti guna tampon pun .

      Siapa yang takutkan pelaburan Cina ? Tiga dekad lamanya saya berniaga . Tidak saya nafikan ada mempunyai rakan niaga bangsa Cina . Saya bina syarikat saya tanpa 'political connection'. Saya bukannya Zahid yang mendapat 'duit terpijak' setelah putar dan belit Kretam Holding .

      Kamu kena faham perbedzaan antara 'investment' atau pelaburan dengan ' out right sale' atau jualan langsung . Apa yang Najib tengah lakukan sekarang adalah 'out right sale' . Pelaburan akan memberi menafaat berterusan kepada rakyat dan Negara . Sebalik nya 'outright sale' akan membawa bala berterusan ....

      Delete
  3. PAS sudah tidak bertaring sejak bergaul mesra dengan UMNO. Kini PAS menjadi Pak Turut saja. Siku dan lutut Pas luput setelah termakan dedak.

    ReplyDelete
  4. KUMPULAN pendesak hak Melayu, Perkasa hari ini mengecam majlis pecah tanah untuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), salah satu projek terbesar di bawah program One Belt One Road (OBOR) China di Kuantan kerana “terlalu China”.

    Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata ia bukti Malaysia sudah dijajah menerusi ekonominya.

    “Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah itu tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera tulisan Mandarin.

    “Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis itu. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin.

    “Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera Malaysia diletak atau digantung untuk majlis itu?

    “Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Perdana Menteri Najib Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek ECRL di Kuantan dan berkata ia pencetus perubahan dan haluan pemikiran bagi Malaysia kerana paling utama ia akan memendekkan masa perjalanan pergi dan balik ke pantai timur Semenanjung.

    Ia turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Majlis Negara China Wang Yang, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Liu Qitao dan Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Mohd Irwan Serigar Abdullah serta tiga menteri besar negeri Pantai Timur.

    Syed Hassan berkata lori dan jentera berat juga dibawa dari China dan Perkasa mahu tahu adakah pemadu lori dan pengendali mesin khas untuk pembinaan landasan kereta api itu juga dari China.

    “Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengendalikannya?

    “Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk untuk bekerja di projek ECRL,” katanya.

    Beliau juga mengecam pemimpin kerajaan yang didakwanya sanggup menggadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan.

    Katanya, keadaan itu tidak berlaku ketika negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan projek mega lain dalam negara sebelum ini.

    “Di mana jati diri pemimpin negara sekarang,” katanya.

    Projek mega yang disebutnya itu dibina pada zaman pemerintahan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa antara pengkritik tegar terhadap pentadbiran kerajaan sekarang yang melaksanakan projek besar dengan pembabitan China. – 9 Ogos, 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahu di'jajah'? Senang aje... Masuk utan buat rmh atas pokok

      Delete
    2. Narrative baru cuba disajikan oleh 903. Ko ni R&D atau Test sample.
      "maksud kp FDI itu baik"
      Betul la FDI itu baik.
      Tapi kalu sampai ko nak kna naik pokok tu, sah la ko monyet.
      Aku rasa2 nak FDI anak dara ko mlm ni boleh tak 903. Sekejapsaja.
      Faham tak narrative aku.ni.pulak?

      Delete
    3. Mat anon 903 tu sah beruk

      Ayat pun sama je standard menteri2 lembu yg dok ada skg

      Ayam mahal - takyah makan ayam

      Tol mahal - jangan lalu highway

      Peluang kerja xada - bawak uber atau jual nasik lemak

      Elok standby senapang gajah je tembak abis monyet2 mcmni

      Delete
    4. Najip peduli hapa dia paham ke tak apa china tanah besar tu cakap

      Lagikan surat yg bahasa malaysia pun dia tak baca main sain je

      Dia ada hajat nak dapat china doll satu gamaknya

      Delete


    5. Afrika - Jamaica pun tolak kuasa ekonomi besar China. Mereka bimbang rakyat mereka tidak di beri pekerjaan.

      Semua dari pakar kejuruteraan hingga guard keselamatan dari China.

      9 03 saya setuju dengan kamu. Sebab cucu cicit kamu akan kembali ke hutan atas kejayaan TN Nasib.

      Delete
    6. CAIIIII CAIIII SEMUA TU APA TAU...
      TUN M DAH CAKAP AWAL2 DULU,BERIBU RIBU PEKERJA DARI CHINA AKAN DIBAWA MASUK..TAPI CAIIII APA KISAH DAH DAPAT BRIM.CUKUP LA BUAT BELANJA NAK HIDUP

      Delete
    7. Anon 9:03 awak ahli umno cawangan mana? Bernas sungguh cadangan awak tu.

      Delete
    8. Anon 903
      Awaklah pemimpin masa depan yg dicari-cari.

      Delete
    9. Aneh, pelabur Cina ditentang tapi Cina evengelis nak dilantik sebagai pemimpin?

      Delete
    10. Mr j..harapan x pernah menentang pemimpin bukan islam..yg tentang adalah ameno.. tp yg pelik kenapa jibby jumpa china komunis? Bukan mr J risau dgn golongan ini? napa ckp x serupa bikin

      Delete

    11. MR J

      Dilantik sebagai apa ?

      Yang minta jawatan TPM MCA dulu sebelum dakwa DAP . Sekarang ada Cina bagi pendapat sudah tiba masa nya TPM dari kalangan kaum cina .. mana suara Pemuda UMNO.. Bidas lah jangan senyap..

      Delete
    12. Mr J .

      Tolong baca ulasan saya kat atas .

      ECRL tu kamu kata pelaburan ?? Bangsat pengtahuan punya orang !!!!

      Saya tak peduli kamu siapa .. Poad ke , Rahman Dahalan ke , Najib ke .. mari kita duduk bincang secara intellectual on this investment issue .

      Nak perkena kopi sekali pun , no problem . Nak yang 3 ringgit segelas kat mamak bolih , nak yang 13 rinngit segelas kat Papa Rich Bistro pun okey .

      Delete
  5. apo ko tak poyi intai, heboh tak habih2 dongki, diyo nak tape ko tak tape ko ... ko nak poduli buek apo. Budin2 poyi la mandi pueh2 baru segar ingatan ko tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa menatang yang kau cakap ni?
      Sorry tak faham.

      Delete
    2. Dia kata PAS bingai

      Delete
    3. Bahasa negara mana pulok ni?

      Delete
    4. Aaa ... mey mang ea, eko o'ang kono gulo2 dek Budin, eko patut donga nasihat den, coghito yg tontu dek soheh ko tak yg Budin sampaikan ... ko sambut dgn remeh atau jgn ambik pot langsung sobab kita ni dah bosa panjang baik kito utamo isu2 yg ponting, ini coghito tape ko video ko, gamba somuwo boleh di buek2. Tahu tak yo un sumuwo ni.

      Delete
  6. From my own personal opinion the whole thing was staged and scripted by umnonyer tink tank. And pas yet again fell into the trap.rationalisation is only half. Separuh lagi was not mentioned. Part yg mana money went missing and so on. And definately part when it matters the most. Audited reports and OSA thing. These two things yg perlu di clarify to public.kalau kita nak buat loan utk kete, salah satu dokument penting adalah payslip. Selagi bank x dapat payslip. Cakap lah kat bank tu kita ada emas segunung pun, bank x akan lulus.sama macam 1mdb ni. Cakaplah apa pun, boleh buat untung satu trillion ke, without audited reports, we are not gonna buy it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian Cybertrooper10 August 2017 at 08:49

      Bro Macy,

      I agree with you, especially the part where this whole fiasco is nothing more than a stage show fronted by UMNO/BN in order to gain support from a dying party.

      No one knows what actually transpired in the so-call discussion. For all we know, at the end of the sessions there could be some very thick envelopes going around the table.

      Afterall, Cash is King right?

      Delete
    2. Bro Msian Cyber......Cash is King....in other words....Cash is God...(to those who believe cash can save their ass...actually they don't believe in Allah).

      That's why they dare to pawn Allah and Islam just to make their offences "halal".....

      "Saya hanya takotkan Allah".....but the actual fact is......they never care about their sin to Allah swt....and they think they can get away with it.

      They are damn bloody shiiitttt..!!!

      Delete
  7. Lebai PAS sudahpun berpuas hati dengan penjelasan berkenaan 1MDB.

    Kita haruslah terima.

    Mengikut PAS kenapa tak berikan peluang kepada 1MDB.?

    Kes skandal ini baru saja berapa tahun, tak pun sampai 10 tahun dan walaupun satu dunia dah tahu dan melibat skandal berbillion ringgit, PAS rasa masih ok aja.

    Lobai PAS kata, rasuah sebenarnya tak merosakkan negara. Walaupun berbillion wang rakyat untuk untuk biasiswa, bantuan kepada rakyat susah hilang begitu saja, sebenanya tidak merosakkan negara.

    Yang penting RUU355 kena sokong.

    PAS sentiasa istiqomah dan berjuang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hukuman-hukuman di negeri Kelantan terutamanya hukum sebat untuk pemabok dan penzina.

    PAS telah maju setapak lagi apabila hukuman sebat akan dilakukan kepada khalayak ramai di negeri Kelantan.

    Orang Kelantan tertentulah beruntung kerana dapat lihat orang kena sebat.

    Lebai-lebai PAS nampaknya tak minat sangat tentang hal-hal rakyat susah kerana harga barang tinggi, harga rumah mahal, biasiswa susah dapat, rasuah tinggi.

    Yang penting, hukuman sebat mesti diperjuangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS mengamalkan, seseorang tidak bersalah selagi tiada bukti yg meyakinkan

      Pakatan pula mengamalkan seseorang itu bersalah selagi ia tidak membuktikan ia tidak bersalah.

      Delete
    2. Malaysian Cybertrooper10 August 2017 at 09:17

      Kalau PAS kata sembahyang Maghrib kena buat 7 rakaat maka kita pun HARUS TERIMA ke?

      Ko nak jadi bodoh itu hak ko tapi jangan masuk sini menghasut orang utk terima buta-buta apa saja kata Parti Ajaran Syaitan ko tu.

      Delete
    3. Saya setuju dengan 9.09, walaupun duit berbillion dah hilang, ada hitam putih masuk akaun, tapi tak ada 4 orang saksi melihat masa wang bertukar tangan di meja komputer. Maka PAS tak boleh terima.

      Kalau curi ayam, dan 4 orang saksi nampak pencuri pegang ayam, maka PAS barulah terima. Orang PAS memang bijak dan jauh pandangannya. Sebab iut negeri Kelantan aman makmur dan menjadi negeri Terkaya di Malaysia.

      Delete


    4. Mengikut Islam..

      Sesuatu urusan hendak lah di serahkan pada ahli dalam urusan itu.

      AJK PAS tak layak sebab bebal ekonomi.

      Delete
    5. Saudara Malaysia Cybertrooper,

      Cuba baca betul-betul sebelum komen.

      Penulis menulis sindiran atau orang putih kata "Sarkastik" /Sarcastic

      Delete
    6. 10.26...Komen Msian Cyber tu dituju pada Anon 09.09....bukan Anon 8.52

      Delete
    7. Malaysian Cybertrooper10 August 2017 at 11:10

      Terima kasih bro Phantom,
      Saya mohon maaf 0852 & anon 1026 kerana lupa nak letak komen saya ditujukan ke anon yang mana satu.

      Salam perjuangan buat semua

      Delete
  8. 30 PAS Ajk contributed half a pool.
    Arul alone filled up the other half.
    Umno and Pas handlers and butkers were busy serving snacks and drinks.
    All the men had a wonderful hot bath in their own mutual piss.
    ...oh,
    and they lived happily ever after.

    Tun Fan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok sebuk apa dg PAS di sini., Nun jauh di sana, minah mat salleh ko telah di kerja kan cukup2 oleh peguam TGHH.

      Delete
    2. 913.
      Owhhh, PAs sini ko tu Sheriff Kunci Syurga tak boleh sapa sentuh. Lupa la pulak. Minta kunci,nak buat duplicate boleh?
      Pssst. Tu yg pegawai2 kedutaan ramai2 turun bayar lawyer TGHH london tu.
      Selamatlah duit tin milo sini tu kan?
      Bak ceket boleh?

      Tak beer. Baru Arul ada pass embelop tu ko letak kat mana?

      Delete
    3. Beginilah manusia yg tutup mata dan pekakkan telinga pada kebenaran. Fitnah juga yg dispin dgn ghairah.

      Delete
    4. Mr j..jgn buat bodoh..ketahuilah rosmah tu boros berbelanja

      Delete
    5. 22.26...Rosmah berbelanja guna tabong dari babi......eehhh sori...dari baby...tu yg Jebon tu tak kesaashhh.....

      Delete
    6. Anon 09:13 dan juga Mr. J

      Kamu kata peguam TGHH nak gonyoh minah mat salleh tu ??

      Gonyoh lah puas puas ... ada aku kisah . Cerita pun belum tamat lagi bahkan belum pun mula lagi .!

      Delete
  9. yg pi jumpa arul tu..bkn educated sgt.
    goreng pi bkn perasan pun.yelah..kalau paham pun..apa yg paham..hutang mkin betimbun..ataubpun..erm..arul bwk bagi sorang seguni..sbb tu x leh ada rakaman..settelll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MM, takkan TSKI tak educated kot? Tokoh korporat yg bertahun tahun pengalaman. Terimalah hakikat yg spin 1MDB hanyalah fitnah pembangkang untuk raih undi dgn timbulkan kebencian. Mereka yg tertutup akal akan terpedaya...

      Delete
    2. 1mdb fitnah? rugi tu pun fitnah? hutang x berbayar tu fitnah..udahle amik dedak tu

      Delete


    3. Sekali lagi apabila tokoh korperat jadi ahli politik tak semesti nya dia bagus sebagai ahli korperat bidang politik.

      Tanya Khalid jika dulu PNB ada hutang bertimbun apakah pelaburan PNB selamat ? Apa yang tinggal setelah pinjaman di bayar ?

      Khalid bukan hadir sebagai tokoh perniagaan, Khalid hadir sebagai orang yang membalas budi.

      Minta LHDN siasat harta dan hutang Khalid !

      Delete
    4. Mr J

      Kamu kena faham . Ada dua jenis tokoh korporat di dunia ini .

      Satu ... individu yang di lantik untuk menerajui satu satu syarikat . Golongan ini bolihlah di kategorikan berniaga guna duit orang . Jikalau penerajuan dia menjadi , diangkatlah dia sebagai tokoh korporat . Jika dia gagal , maki jadilah dia tokoh keparat .

      So , Khalid Ibrahim ni jatuh didalam kelompok ini .

      Yang kedua .. individu yang membina syarikat dia dari bawah dengan usaha sendiri serta modal sendiri . Kalau Berjaya , dia akan lebih di hormati sebagai tokoh korporat . Jika dia gagal , tiada siapa yang akan memnggil dia tokoh keparat . Melainkan dia sendiri yang hidup melarat . Syed Mokhtar Bukhari umpamanya .

      Najib mencuba untuk menjadi tokoh korporat dengan menubuhkan 1MDB tetapi bertukar menjadi tkoh keparat . Tidak ketinggalan juga Isa Pendek . Sayrikat terlingkup tapi mereka mereka ni kaya raya !

      Delete
  10. Nak tunjuk rakaman kat orang?

    Buat malu je

    Atas meja kompom bsepah gelas teh tarik landen

    Silap2 boleh kantoikan ada yg layan pay per view kat henpon

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi... layan pay per view... hehehe... siaran wrestling ke? hehehe... atau video zahid tengah temberang... hihi...

      Delete
  11. Org2 Melayu Islam sgt hormat, dan diasuh diam dengar apabila pihak agama memyampaikan sesuatu.
    Ini sifat mulia.
    Tapi tak kan dtg Lobai penyamar berlilit2 bertingkat kencing merata pun nak diam lagi?
    Hello, smell the kopi !!
    Balut the rokok daun !!
    Tunggu apa diam lagi dok biar PAS dan UmNO terus kencing?
    Takut dikata fitnah? Diugut tak masuk syurga?
    Mungkar depan2 sah jelas pun nak diam lagi. Salah kah sanggah? Bukan kah Nahi Mungkar itu AMAL?
    Diam apa lagi??
    Allah yg maha berkuasa, bukan parti atau manusia rakus.

    ReplyDelete
  12. Wont be surprised if they have asked something like:

    how many zeroes are there in a billion,

    what is bond, is there a number attached to bond; like 007?

    ReplyDelete
  13. Khalid ibrahim dan 30 AJK Pas puashati dengan penerangan Arulkanda yg mana saman doj adelah drama seperti kes Saddam husin dan duit 1 mdb tidak hilang...Ajk Pas dan Khalid Ibtahim tak baca laporan PAC yg jelaskan 28 billion duit 1ndb lesap tak dapat dikesan....laporan idit negara di OSAkan oleh najib...lenyata jewangan tahunan 1mdbb tidak disahkan oleh odit bertauliah..
    30 Ajk Pas dan Khalid Ibrahim mewakili
    Kelompok melayu dungu yg mudah ditipu oleh Arulkanda...

    Dlm satu majlis diskusi 1mdb Arulkanda dijemput gadir bersama Rafizi Ramli dan lokman adam...
    Arulkanda tidak berani hadir untuk berhadapan dengan Rafizi Ramli yg merupakan nelayu cedik yg tak boleh di belit oleh Arulkanda...

    ReplyDelete
    Replies


    1. Antara T.Ibrahim dengan Khalid sepatutnya yang Khalid lah yang mewakili kumpulan 30 jahanam untuk memutuskan hasil penerangan selama 2 jam tersebut

      PAS kalau tak boleh nak beri penjelasan kepada orang ramai.. mintak satu je.. Tolong bagi tahu soalan-soalan yang telah PAS kemukakan...

      Delete


    2. Samada Khalid takut di siasat oleh LHDN atau Khalid tidak lagi rasa payah nya mengupas kulit kelapa dengan upah yang berapa sen seperti mana dia menempuh kesusahan tersebut pada satu ketika dulu zaman belum ada GST.

      Pengalaman dan kebijaksanaan dalam mengendali PNB .. tidak semestinya menjadikan Khalid ahli politik yang bijak dan amanah.

      Kembali lah ke pengkalan jalan yang benar...

      Delete


    3. Apa jua pendapat PAS yang menyokong UMNO sukar diterima kalau tidak ada kenyataan dari pihak lain.

      Begitu juga kenyataan PAS yang berpuas hati tidak dapat di terima begitu sahaja lalu Khalid terpaksa pijak maruahnya dengan sama meletak diri nya setaraf pemimpin PAS.

      Delete
    4. Anon, terimalah hakikat. TSKI tokoh korporat yg luas pengalaman. Ramai kat sini sebenarnya bidang terjun dlm hal restructure ini tapi cakap macam pakar. Sepatutnya terima hakikat PAC kata tiada duit hilang. Aset 1MDB melebihi hutang. Terimalah cakap tokoh korporat TSKI yg kata pelan 1MDB baik. Cukuplah spin dan konfius diri sendiri akibat melahap muntah PH....

      Delete
    5. TITM dah U turn balik. Baru semalam dia puas hati.

      Tetiba hari ini dia complaint pulak ada krisis dalam skandal 1MDB.

      Minta rakyat jatuh Najib pulak untuk tangkap pesalah 1MDB.

      Parti Lebai...alahai...

      Delete


    6. Memang cara melayu berniaga. Berani berhutang sebab banyak aset. Bukan untuk tambah aset.

      Kalau ada perancangan yang lebih baik, sepatut nya jual aset dulu daripada berhutang. Bila untung beli aset itu semula. Sekarang dah bayar hutang dengan aset, apa yang tinggal?

      Bila berhutang tentu lah terdesak, kan ? Dengan keadaan terdesak nilai aset menjadi susut. 1MDB ada tarikh untuk selesaikan hutang dan perlukan duit dalam kadar segera.

      Yang penting matlamat 1MDB gagal dan kegagalan 1MDB bukan di luar kawalan tetapi kerugian yang di sengaja kan.

      Delete
    7. Mr. J

      Kamu pun banyak gaban je kat sini . Adakah Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan susulan dari 'briefing' Arul Kanda itu ?

      If he says nothing is wrong with 1MDB , straight away I will instruct my man to arrange an appointment with him today !

      Delete
  14. Warisan (Anak Kecil Main Api)


    Anak kecil main api

    Terbakar hatinya yang sepi

    Air mata darah bercampur keringat

    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya-raya

    Tergadai seluruh harta benda

    Akibat sengketa di antara kita

    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita

    Warisan berkurun lamanya

    Hasil mengalir ke tangan yang lain

    Kita kan merintih sendiri

    Jangan buang waktu lagi

    Majulah raih sebuah mimpi

    Hapuskan sengketa

    Teruskan usaha

    Kita kan gagah di nusantara

    Kita kan gagah di nusantara

    Kita kan gagah di nusantara

    Kita kan gagah di pentas dunia


    ReplyDelete
  15. As far as i know; arul is not fluent in malay. None of the PAS members is fluent in english.

    So, how did they manage during the meeting? One speak duck another speak chicken. Angguk angguk lah yetr

    ReplyDelete
    Replies


    1. Red Indian talk in English.

      Money no no hilang.
      Money here. Yes.. here.
      Ok... Ok.
      Rakyat money .. Rakyat money.
      1MDB no take the money.


      What happen next is all of them were shouting and dancing .

      Delete
    2. Ooohh..pas ?What the fish...

      Delete
    3. Anon 1011, TSKI fluent in both english and Bahasa Melayu. He is also a seasoned Corporate Leader. Please take his word and stop slandering 1MDB. There is no happy outcome from slandering.

      Delete
    4. TSKI dah makan dedak lama dah. Kantoi dek Anwar sebab tu di Langkah Kajang. Sekarang jadi penjilat tuan dedak. Macam Mr J. Syukurlah ko dan TSKI sama taraf J...

      Delete
    5. Kanda belanja kami sume makan nasi kandar. Kami berasa amat puas hati. Itulah pejelasan dari kami.

      Delete
  16. KUMPULAN pendesak hak Melayu, Perkasa hari ini mengecam majlis pecah tanah untuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), salah satu projek terbesar di bawah program One Belt One Road (OBOR) China di Kuantan kerana “terlalu China”.

    Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata ia bukti Malaysia sudah dijajah menerusi ekonominya.

    “Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah itu tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera tulisan Mandarin.

    “Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis itu. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin.

    “Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera Malaysia diletak atau digantung untuk majlis itu?

    “Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Perdana Menteri Najib Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek ECRL di Kuantan dan berkata ia pencetus perubahan dan haluan pemikiran bagi Malaysia kerana paling utama ia akan memendekkan masa perjalanan pergi dan balik ke pantai timur Semenanjung.

    Ia turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Majlis Negara China Wang Yang, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Liu Qitao dan Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Mohd Irwan Serigar Abdullah serta tiga menteri besar negeri Pantai Timur.

    Syed Hassan berkata lori dan jentera berat juga dibawa dari China dan Perkasa mahu tahu adakah pemadu lori dan pengendali mesin khas untuk pembinaan landasan kereta api itu juga dari China.

    “Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengendalikannya?

    “Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk untuk bekerja di projek ECRL,” katanya.

    Beliau juga mengecam pemimpin kerajaan yang didakwanya sanggup menggadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan.

    Katanya, keadaan itu tidak berlaku ketika negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan projek mega lain dalam negara sebelum ini.

    “Di mana jati diri pemimpin negara sekarang,” katanya.

    Projek mega yang disebutnya itu dibina pada zaman pemerintahan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

    Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa antara pengkritik tegar terhadap pentadbiran kerajaan sekarang yang melaksanakan projek besar dengan pembabitan China. – 9 Ogos, 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ....................ABUP.................

      Delete
    2. DULU ZAMAN TUN DAH DI TETAPKAN..KEPERLUAN KONTRAKTOR DALAM NEGARA UNTUK SUPPLY MATERIAL DAH BAHAN BINAAN PROJEK 50% ATAU LEBIH..BEGITU JGK TENAGA KERJA..

      JANGAN RISAU KONTRAKTOR MALAYSIA DAPAT KONTRAK MEMBEKAL BAHAN BINAAN TANDAS.DAN JUGAK MEMBINA TANDAS DI SEPANJANG LALUAN PROJEK ECRL

      Delete
    3. Actually, its not really that hard to figure what kind of tactical games najib is playing. Isa samad was removed from fgv and parked under spad for a reason. Killing two birds with one stone. He thinks He could have fooled us. Making people think that he is doing felda settlers a favour but actually he is sending his trusted acomplience to his new atm machine. Bukannya ecrl ni under spad?

      Delete
    4. Yesss you're right Bro Macy......in order to run a smooth thieving activity.......they sent the right person....the trusted one.

      Delete
    5. Hahaha tgok gayanya pemandu jentera2,lori semua pakai manpower dari tanah besar...semua jentera pun diimport khas

      Tak merasa la org kita..

      Delete
    6. sebenarnya najib tak nak orang kita jadi kuli batak la,dia nak orang kita jadi businessman sebagai penjual nasi lemak ataupun jadi tokoh koparate/keparat ke nanti dalam akaun leh ada juta2 cam wak jawa tu...

      Delete
  17. Yo PAS...terbitan bon terpilih!!!!

    ReplyDelete
  18. Ini macam kalau kapalterbang rosak,

    Kita panggil lebai-lebai untuk bincang.

    Pak lebai kata baca-baca jampi, adjust sikit pintu kapalterbang, pam tayar kapalterbang, pilot pakai sarban, buang semua arak.

    Pak lebai puas hati. Boleh cuba start enjin kapalterbang.

    ReplyDelete
  19. So long "bahasa jiwa bangsa" . Today najib compromised on the language used by his savior., tomorrow god knows what else. Take a wild guest. Dgr citer ada tanah kat putrajaya dia dah bgi kat arab saudi for saving his ass? Betul ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very simple macy. The ecrl pecah tanah event must have been organized by an event management company. Local companies know the protocol, the must haves and must dos. Most probably this event company is from china.

      Local govt official function is always conducted in bahasa...english is added only when necessary. Never the chinese language, or urdu, tamil, swahili, bangla....not even japanese or korean.

      Delete
    2. Jho lo speaks english; no interpreter required when talking to DoJ

      Delete
  20. Dah 2 hari dah, quite calm, after SR reported jho lho in talks with DoJ. Calm before the storms?

    ReplyDelete
  21. Terbaiklah budin. Arul tahu geng lebai tu mangkuk kacang je.

    ReplyDelete


  22. Kisah 1MDB melibatkan orang luar yang telah di hukum dan transaksi berlaku hampir di 5 buah negara.

    Duit merayap dari satu bank ke satu bank atas nama beberapa individu dan beberapa Syarikat melibatkan beberapa harta termasuk lukisan dan filem. Pasal sebab apa siasatan DoJ jauh sekali lah.

    PAS tak peduli itu semua samada proses ikut peraturan atau tidak dan bagaimana kaitan nya dengan Najib.

    PAS cuma ingin tahu .. bagaimana 1MDB selesaikan masalah ?

    Niat kalau dah tak betul dari awal penubuhan 1MDB maka selesai satu masalah, menyebabkan satu masalah lain pulak. Sekarang 1MDB ada bermacam-macam masalah, masalah tersebut menjadi masalah negara bukan masalah MDB lagi.

    Masalah negara yang rumit itu di selesaikan dengan meja leper selama dua jam !!


    ReplyDelete
  23. PETALING JAYA: A former ambulance service chief today said the health ministry’s expenditure of RM225.2 million for 500 ambulances was a hefty amount.

    The St John Ambulance Malaysia’s (SJAM) former commander-in-chief Dr Low Bin Tick told FMT that a standard ambulance usually cost around RM100,000.

    The more advanced bariatric ambulances may cost RM1 million, he said.

    According to a report in The Sun Daily, health ministry secretary-general Dr Chen Chaw Min said the 500 ambulances were being bought at a cost of RM225.2 million, with half of them fully equipped with the latest medical equipment.

    Some of the ambulances were equipped with advanced cardiac care devices, portable ventilators, portable medical suction units, foldable stretchers with safety belts, syringe perfusion pumps and vital sign monitors, he said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weihhhh....apa hal ni? Kaubnak sangat ka kena angkut ngan ambulance? Respek la sikit tajuk posting

      Delete
  24. Aku rasa pas kena ugut kes 90 juta. Terpaksa jadi pak turut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hanya meja leper, meja terbalik pun pas angguk juga.

      Delete
  25. saja nak Tanya. ada kah kumpula /rombongan drpd PAS ni d beri elaun kehadiran?(attendance allowance).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak jawab. awek mat salleh kat London akan bayar

      Delete
    2. Pak Rahman....mungkin upahnya begini.......RUU355 akan diluluskan dan dikuatkuasakan secara rasmi ke seluruh Msia selepas PRU14.
      Takkbeeerrr....!!

      Delete
  26. Persoalannya yg hakiki ialah apa telah jadi pada RM3.5B yg telah dibayar pada IPIC kerana kita sekarang kena bayar SEKALI LAGI RM3.5B oleh kerana IPIC TIDAK TERIMA bayaran yg pertama.

    SIAPA YG CURI/SELEWENG DUIT ITU?

    KENAPA TIADA TINDAKAN OLEH 1MDB?

    Taksub kita bukan pada manusia atau kepercayaan, tetapi kepada KEBENARAN.

    Isu2 lain adalah isu2 yg REMEH untuk menolak perhatian drp isu hakiki diatas.

    Kaldai yg membondong banyak kitab2 diatas behunya adalah tetap KALDAI JUGA!





    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 1407
      Pas kata...

      Bayar 10 kali lagi pun tak pe - kami puas hati
      Curi, seleweng tak pe = kami puas hati
      Tiada tindakan - tak pe kami puas hati
      Taksub pd kebenaran - arrr yg ni kami x puas ati
      Isu remeh - kami puas hati
      Kaldai pikul kitab - itu kami lah tu

      pas pis pus pus pus...al mampussssssss

      Delete
    2. 14.07....tu dah kira bunga yang asal belom??

      Lagi yg extra charge pasal lepas dateline akibat masalah teknikal tu lgi ??

      Delete
    3. soalan cepumas tu lah yang buat si jahil tu terkencit tak tahu camne nak spin.

      Delete
  27. Diversion
    ---------

    If anyone care to scrutinize and understand the latest SR's article on jho low, you cannot help but notice that Pak Lah is connected to this grand heist, directly or indirectly when he was the PM. Now i can appreciate why Khairy, though initially aggresive on call for investigation on jho low,now mellowed down,completely neutralised....sigh.

    ReplyDelete
  28. Mr j apa yg anda faham tentang pelan rasionalisasi 1mdb? Sila bagi pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pasal ko tak mau joint dg rumbungan PAS meja bulat. Lain Kali kalo tak tahu tanya pakar 1MDB, Mr Arul Kanda Kandasamy.

      Delete
  29. hanya Pakatan yang tidak berpuas hati kerana keadaan tidak memihak kepada mereka..mereka perlu mengekalkan isu 1MDB dengan mengaitkan apa sahaja untuk kelangsungan politik mereka..rakyat sudah bosan dengan pembohongan pakatan dan kerjasama pakatan dengan pihak luar adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan perkara ini menunjukkan cubaan mereka untuk menjual negara kepada pihak asing atas kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutang 1mdb pada IPIC pun kena mintak extension. Teknikel prblm apa? Units kat spore tu apa benda?

      Delete
    2. 1516
      Kalo bagi diarang puas hati pun tak ada faedah, diarang tidak akan undi BN...lebih balik bagi diarang panas ati

      Delete
    3. 1640....itu je niat kau?? Bkan nak tahu kebenaran dah berhujah atas pendirian sendiri??

      Alaahaiiiii...budak sekolah ke ni?

      Delete
    4. Mrj budak skolah pon hang rekrut jgk ka???

      Delete
    5. Puad punya bajet kena potong. Nak bayar hutang 1MDB punya pasal. Unit Cytroop JASA pun gagal untuk sebar propaganda 1MDB..

      Cytroop JASA Melayu Umno cap ayam pun cukuplah. Bukan nak jelaskan apa pun. Just a decoy to divert issues!

      Delete
  30. Apo susah2 pggl yo tok bomoh international cari duit 1mdb yg lesap Tu Kasi teropong sma dia mana duit Tu disorokkan oleh para jmbalang atau toyol2..zam zam alakazam!!-)

    ReplyDelete
  31. Mr J
    Utk kamu jawab soklan anon 14:39....
    ada baiknya kamu jelaskan dulu maksud RASIONALIZATION @ rasionalisasi yg tuan politik kamu heboh2kan tu....
    Jelaskan dulu maksud RASIONALIZATION tu , nanti senang je kamu boleh jawab soklan 1439 tu tau.....

    ReplyDelete
  32. Maaf En Shahbudin, saya c/p utk mengingat kembali dan info bagi rakan2 baru blog tuan. Tq

    KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
    13 JULAI 2017

    Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan

    Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;

    Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan.

    Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:

    1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;

    2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;

    3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;

    4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;

    5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan

    6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

    Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

    • Menghapuskan GST;
    • Menstabilkan harga petrol;
    • Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
    • Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
    • Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
    • Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan
    • Memulihkan FELDA.

    Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

    Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.


    Ditandatangani oleh:

    YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
    Pengerusi PPBM

    YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
    Presiden KEADILAN

    YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Presiden PPBM

    YB Tan Kok Wai
    Pemangku Pengerusi DAP

    YBhg Tn Hj Mohamad Sabu
    Presiden AMANAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. 16:25,

      Terima kasih. Refresh, semula kenyataan itu.

      Walaunta2,

      Peperiksaan akhir tahun( PRU14) sudah tidak lama..sila ulangkaji,hafal/hadam maklumat di atas. Apabila ditanya, senang untuk menjawab.

      Delete
    2. 16.25.....terima kasih atas reminder di atas....

      Bersatu kita !!
      Salam Perjuangan Bro....

      Delete
  33. Assalamualaikum Budin,

    Ada request. Tolong buatkan, surat terbuka. Kali ini untuk Tuan Man Tuan Ibrahim/Pas pula.

    Jangan lupa Cc kepada Mr J dan kawan2nya(walaunta2).mereka ahli tak berbayar shahbudindotcom

    Nak halau mereka..tak sampai hati.(maklumlah mereka tak ada tempat bergantung hidup). Kalau blog Budin ini tak ada..tak tahulah..apa nasib mereka? di mana mereka nak pergi?

    Oleh yang demikian, dengan adanya surat terbuka itu nanti, dapatlah menenangkan gundah gulana, jiwa2 walaunta.


    ReplyDelete
  34. Why the raids on tdm's children?

    A clear sign of desperation and defeat for najib. The switching of camps from umno to BERSATU is so rampant.....many unreported. Thats why all the attacks on tdm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sign of insecure too.....

      Delete
    2. he spit out.. u lick it..
      u spit out.. he licked back..

      kah..kah..kah

      ~ feeling nausea.. to vomit.. kah..kah..kah

      Delete
  35. Gerun dan takut sungguh macai mamakutty madeydengan pertemuan PAS-Arul Kanda.

    belum habis lagi 'menggoreng' cerita ini.. hehehe.
    failed.
    perang saraf makan diri sendiri..bersuka rialah.. sesama sndiri.. PRU14 nanti ketahuan le!

    ReplyDelete
  36. pong pang2.. bla2.. org itu tak betul najib tak betull..
    kah..kah..kah..
    3 ekor anak penyangak tak bayar tax LHDNN rupanya.. sakau sakan.. disenarai billionaire tp tak bayar cukai?

    apa ke jadah anak bangsawan kutty memalukan negeri Kerala shj! KARMA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pong pang..pong pang dah gian nak kena lempang ke..?

      Pong..pang...anak2 Tun M berniaga, mereka kembangkan ..buat duitlah.

      Pong pang..pong..pong..anak tiri Najib, Riza Aziz..songlap duit jahanamkan negaralah..!

      Pong..pong..pong pang lagi..
      Lepas PRU14..dapat tahulah..ramai pak2 menteri tak byr cukai,zakat pun adalah..

      Pong..pong..pong pang..baik kau main kompanglah..dapat gak upah.

      Delete
  37. Blog ni lawak..
    sekor ludah sekor jilat..
    jap lagi sekor ludah sekor lain plak jilat.

    duduk dalam kandang.. bersoronok menyedap diri sesama sendiri.. dunia kat luar taknak lihat lagi binatang2 sarkas ni beraksi..

    sarkas tua bangka.. taktik dan pembohongan dah dikenali.. lontar batu nak bunuh 2 ekor burung sekaligus.. tp batu melantun pecah cermin rumah mereka

    kekekek
    again..to macai2 ketua perompak tua..

    " BIRDS WITH SAME FEATHER FLOCK TOGATHER.." >>>> penyangak-penyangak tua diketua ketua perompak negara ... sefikrah.. lololol

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 x 5 dan 5 x 2 brp 17:48 ?

      Delete
    2. 17:48 dah baper kali gua sound lu nak masuk blog ni gi basuh mulut tu dulu.! Berterabur air jubo jho lo bila ka bcakap. Busuk x tahan. Kau x pe la. Makanan kau! Tukang jilat jubo pun ada hati nak mengomen

      Delete
  38. Last throw of the dice for najib. Desperate time calls for desperate moves. Mahathir' s sons will used as bargain chips. Mahathir himself wouldn't care less if he will be indicted on forex charges. Najib saw this coming and something drastic needs to be done as time is not on his side. It is anybody' s guest what else mahathir has up his sleeves. Najib is hoping that things will go in his favor and secure another term of premierships. Najib is dead wrong. This time around is not about tdm or anwar or lim kit siang. It about him himself. Even by any slim chance,for arguement sake, tdm or anwar switch camp, that will not change what the majority of us feel about him. We want him down, plain and simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian Cybertrooper10 August 2017 at 18:26

      Macy,

      There is absolutely no way Tun will be indicted on the forex charges. However, should the unthinkable happens, then rest assured that the evidence thrown against Tun is a fabrication and tampered.

      After all, we are all well aware of how Najib has placed all his henchmen in the right places to ensure any legal proceeding will be in his favor. This is clearly shown with the swearing in of the new Head honcho....err... Judge.

      Delete
    2. This Najib will drag all to drain with him inside the toilet bowl.

      When DOJ starts to flush then we all will be damn as shit!

      Delete
  39. MENGAPA MADEY SANGAT CEMBURU DAN TAKUT DENGAN NAJIB? SEBAB NAJIB LUAR BIASA MOVEMENT NYA KEPADA RAKYAT.. KEBIJAKSANAANNYA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN BLUE OCEAN DAN AGENDA TRANSFORMASI BUKAN BERPAKSIKAN KRONI DAN PENYANGAK SEPERTI 22 TAHUN ZAMAN PEMERINTAHAN KETUA PEROMPAK NEGARA DULU.

    CARA MUDAH NAK JAHANAMKAN USAHA NAJIB IALAH LANCARKAN KEMPEN FITNAH DAN MEMBENCI NAJIB.. ITULAH TUGAS_TUGAS SYAITAN YANG DIAMBIL ALIH OLEH MADEY DAN KONCO2NYA.. MEREKA AKAN GAGAL DAN TERSUNGKUR DENGAN HINA.. ALLAH MAHA KUASA..ALLAH MELINDUNGI HAMBA-HAMBANYA YANG IKHLAS!


    Insya Allah dijangka akan berkembang pesatnya perkembangan ekonomi mendadak di Kelantan-Terengganu-Pahang apabila bermulanya ECRL ini.

    Banyangkan pembangunan dan limpahan rezeki akan mencurah-curah ke Kelantan dan Terengganu selain daripada rakyat pantai timur berulang alik dengan mudah dan selamat selesa, ia akan jadi satu produk pelancongan baru yang menjana ekonomi baru di negeri-negeri ini.

    Lihat sistem rel Padang Besar-KL Sentral sahaja sudah menjangkau kapasiti maksimum.

    UMP- Universiti malaysia Pahang akan menjadi pusat kejuruteraan rel termaju. Manakala jurutera2 muda lepasan ijazah akan mendapat peluang yg sangat banyak.. ini bukan mai2n punya skala projek. MRT skala kecil pun sudah banyak semua golongan dapat manfaat. Insya Allah

    Belum lagi dikira penduduk setempat yang akan melibatkan diri dalam kejuruteraan sivil, elektrikal, lanskap, dna hiliran2 lain. Syarikat2 di pantai timur yang selama ini tertinggal dr semua ini. Alhamdulillah satu kehebatan dan keikhlasan kepimpinan Kerajaan melalui inisatif berani DS Najib Tun Abdul Razak.

    Rakyat Kelantan-Terengganu-Pahang akan rasai satu kemudahan bentuk baru yang luar dari apa yang mereka rasai sebelum ini.
    MRL under MOF akan kendalikan projek ini dbawah kontraktor utama CCCC dibawah pembiayaan Bank of China. Konsep ini sama shj zaman Malaysia membina sistem bekalan air, empangan, infra2 lain melalui pinjaman Yen Jepun dan juga Korea Selatan

    Sistem Rel EMU Electric Metre Guage dlm Standard Guage merupakan satu design bijak oleh Kerajaan Najib berbanding rekabentuk sistem rel ETS-Komuter Padang Besar-Gemas sekarang kerana sistem Rel ECRL membolehkan tren dari rangkaian ETS dan Komunter KTM pantai Barat boleh memasuki sistem Rel ECRL. Tetapi tidak sebaliknya. Ini disebabkan Metre Guage ialah sistem lama dan terhad kapasitinya dan merugikan kerana Tren EMU tidak dapat mencapai kelajuan maksimum dalam kelas tertentu.

    Satu kesilapan zaman Madey apabila merancang double-tracking KTM pantai barat dibiarkan dengan mengekalkan sistem lama Metre Guage yang menyebabkan kelajuan maksimum EMU unit hanyalah sekitar 140-160Kmj dan tidak dikategorikan sebagai High Speed Train (EU Certification) berbanding spesifikai ECRL dan KLSG-HSR yan boleh mencecah 250-300 Kmj.

    Insya Allah dengan siapnya sistem hebat ini Betapa beruntungnya penduduk pantai timur dan Johor berbanding sistem rel KTMB pantai barat kerana kelajuan dan adaptasi dual-guage adaptor dikemudian hari dengan kelajuan sebenar Bullet Train di Jepun dan EU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian Cybertrooper10 August 2017 at 18:28

      Eh! Babi,

      Ko pegi komen dalam blog penyokong tuhan ko boleh tak? Kitaorang tak perlukan dongeng kopipes ko tu kat sini.

      Delete
    2. Najib tu gebang jer lebih, udahnya kita jugak la di cekiknya.

      Delete
    3. Alhamdulillah
      caci maki dan mengurangkan apa2 buat org itu..

      semoga tuan akan dapat hidayah satu hari nanti.
      :)

      Delete
    4. semoga 1832 dibuka pintu hati untuk melihat kemungkaran najib..

      Delete
  40. Blue Ocean Strategy + Program Transformasi yang diilham dan dilaksanakan DS Najib memang sangat bermanfaat dan mengurangkan begitu banyak kos 'atas angin' yang selama ini disapu mewah oleh kroni.

    Begitu banyak projek-projek dilaksanakan dengan padat selama baru 7 tahun ini. Jika ikhlas mahu adil dalam berhujah terlalu banyak yang dilakukan oleh beliau dr kekurangan dan kesilapan

    konsep UTC. RT cukup dekat denganhati rakyat. nampak remeh tapi ia bottom million solution untuk rakyat. pukul 10 mlm boleh dapat pasport lagi berbanding sebelum ini setakat 5 petang

    pakcik makcik yang buat urusan TH boleh ke Klinik ambil rawatan ringan, atau selesaikan urusan utiliti dalam satu bangunan yang selesa dan mudah

    Alhamdulillah.

    Doakan kemenangan besar PRU14 kepada UMNO BN supaya akan terhasil lebih banyak idea-idea terbaik PM kepada rakyat. Siapa yang dekat dengan beliau sahaja akan merasai dan mengenali beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan mempunyai strategi hebat untuk kesejahteraan rakyat.

    Insya Allah. mudah2an Aminn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesejahteraan rakyat?...... kau bgi komen dari australia ke?

      Delete
    2. ko cakap ada data? klu tak sama la dgn memfitnah

      Delete
  41. pak haji cakap....rakaman tak boleh jadi saksi.....kan dulu dia cakap macam tu...tak boleh pakai

    ReplyDelete
  42. Mengapa perlu mengamuk marah sangat..jika orang itu hanya melontarkan hujah dan pandangan?

    Mencerminkan peribadi yang buruk dan akal yang lemah.

    macam mana rakyat nak berkongsi kritikan dan pandangan kalau bagini sikap pro pakatan.

    Belum jadi pemerintah lagi sudah bongkak sombong.. apakah boleh rakyat harap dan boleh menang dengan sifat buruk begini?

    Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 18:36...anda dtg lewat, tak tahu hujung pangkal..terus sahaja nak beri nasihat.

      Sepatutnya..18:36, kena lihat dan siasat dari awal..hujah dan pandangan siapa yang korup dulu.

      18:36, bagus ada sifat nak menegur..Tapi, pastikan teguran kita itu benar2 disukai Allah SWT dan Rasul.

      Delete
    2. Ok. saya sekadar melihat pada skop disini.

      Delete
    3. semoga 1902 dapat menasihat rosmah dari boros berbelanja..sensungguhnya membazir itu amalan syaitan.

      Delete
    4. Jangan lupa tazkirah juga tentang tajuk seperti...

      Bersekongkol dengan pemimpin yang zalim.

      Menjual agama dengan harga yang murah untuk keuntungan diri.

      Menggunakan agama untuk menegakkan kebathilan.

      Berhutang dan tak bayar hutang.

      Ambil harta awam untuk anak bini.

      Menuduh fitnah tanpa kemuka fakta.

      Lari dari medan perang (khusus untuk peringatan macai Najib yang lari bila ditanya ke mana duit 1MDB bayar hutang Aabar palsu?)

      Juga Kejora yang lari terkencing-cirit birit bila Pak Othaman minta jumpa face to face...

      Delete
  43. Kacamata saya sebagai orang awam, Rasionalnya agak pelik oleh Pakatan:

    Menghapuskan GST; - 193 buah negara pakai GST-VAT. kenapa nak mundurkan sistem kewangan? India sendiri akan implement dual-GST system. GST mengelakkan cukai berlapis SST yang jauh lebih tinggi dan malangnya hasil tidak kembali kepada kerajaan. Hasil GST dikembalikan kepada rakyat secara menyeluruh.

    Menstabilkan harga petrol; - Harga Petrol akan stablil jika harga Crude oil/Brent dunia stabil. Sistem lama memukalkan turun naik harga Petrol setahun sekali kelihatan merugikan rakyat. Kerana turun naik harga pasaran memberikan chain-effect yang mudah dimanipulasi peniaga kepada oleh rakyat berbanidng sistem mingguan. Kini rakyat dapat nikmati real-time pricing of fuel at pump dan peniaga tak dapat lagi menipu dengan alasan bodoh harga minyak naik.

    Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat; - Usaha inilah paling banyak dilakukan kerajaan DS Najib berbanding zaman PM Mahathir. Zaman inilah semua orang dapat merasai sikit sebanyak bantuan terus daripada kerajaan berbanding dulu hanya Jabatan Kebajikan Masyarakt yang sangat lembab dan tidak efisien. Sila browse ke laman kerajaan untuk dapatkan pelbagai program bantuan kerajaan selain dr BR1M (golongan miskin), BB1M (student IPT), KR1M (orang awam), SL1M( fresh graduates), PR1MA (rumah pertama, kedua) etc. Sangat banyak rasanya nak disenaraikan bhelum dikira kad-kad diskaun Prasaran-Rel-Bas.Projek mega rel ialah bantuan jangka panjang untuk mebantu turunkan kos sara hidup dengan berkesan

    Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh ; - Sedang dilakukan dengan berterusan. Kepimpinan lama meninggalkan legasi bermasalah berakar umbi yang tidak mudah untuk dihapuskan sekelip mata. Ia juga melibatkan transfomasi parti-parti politik pembangkang juga supaya lebih matang dan bercakap benar tentang sesuatu isu dan isntitusi. Contohnya fitnah terhadap GLC-GLC seperti Tabung Haji dan FELDA menyebabkan rakyat tertipu.

    Memerangi rasuah hingga ke akar umbi; - Tidak nampakkah hari-hari SPRM membuat tangkapan dan dakwaan tanpa mengira sesiapa. Janganlah hanya bermotifkan dendam pada DS Najib, maka usaha ini dimanipulasikan. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia rasanya SPRM begitu aktif dan cepat melakukan usaha banteras jenayag rasuah dari bilis hingga ke jerung. Hanya persepsi pembangkang yang sering memanipulasi. SPRM ditubuhkan di zaman PM selepas PM 22 tahun.

    Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan - Siasatan Di Raja sedang dijalankan memgikut kronologi. Kenapa pula hanya fokus jumpa pada 1mdb sahaja? Isu skandal Forex yang melibatkan jauh lebih banyak dana negara hilang perlu diselesaikan dahulu sebelum sampai ke isu-isu lain. Adalah tak munasabah dan kelihatan BIAS apabila pembangkang hanya fokus pada isu 1MDB yang sengaja untuk dijadikan modal politik. Ini tindakan tak ikhlas dan memperalatkan minda rakyat

    Memulihkan FELDA. - FELDA sedang dipulihkan dari masa kesemasa. Pengerusi FELDA yang tidak popular jugak telah ditamatkan jawatannya. Overhaul dan siasatan terhadapa FGV dijalankan. FELDA berada dilandasan tepat untuk menjaga kepentingan warganya! Rasaya zaman PM 22 tahun lepas tidak pernah peduli soal kebajikan dan hala tuju FELDA melainkan setelah PM sekarang memberikan fokus yang jitu pada FELDA. Malah DAP sendiri amat cembur dan iri hati dengan perhatian tinggi kerajaan terhadap FELDA dengan tuduhan RASIS.

    Sekian.

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. perang rasuah kat akar untuk apa? kat kepala tu yang kena check dulu.....

      felda dulu banyak cash....tapi masuk siketot dgn kurnia jibo.....jadila macam sekarang.....

      mana pegi duit tabung haji? th jual semua plantation kat indonesia.....mana duit tu pegi?

      reformasi institusi? kenapa 2/3 hari ni irb pg office mukhriz, mirzan, mokhzani? ini formasi dari jibo, bukan reformasi....kenapa tak pegi office kj, riza?

      tuan, ko tolong kasi contoh lebih spesifik....jgn general....

      Delete
    2. Cemburu betul tengok piem kita tu..udah le masuk billion dalam akaun..cukai lhdn pun tak kena, zakat pun tak bayar..pas tu ada macai agama doa pula kesejahteraan..wow..seronoknya..
      kikiki..

      Delete
    3. Takmengapalah itu pendapat tuan. Saya hormati.

      Saya dengan pendapat saya. Tak salah kan?
      Yang benar Allah Maha MengeTahui. Yg zahir baik kita akui kebaikan sbb itu salah satu ciri2 tuntutan orang beriman. di belakang itu selagi tidak terbukti dia dengan Allah kalau ada penyelewengan. Tak kiralah dia atau sesiapa yang lain.

      Itu konsep dalam Agama. berlapang dada dalam batasan Syariat. Mudah dan tenang jiwa.

      Alhamdulillah.

      Delete
    4. Mentaliti puak ameno..
      1) Depan orang melayu- semua salah puak kafir, envegelist, LGBT (padahal ameno yg buat GST)
      2) Depan orang kafir- ameno x sknong undang Islam, Malaysia negara demokrasi

      Delete


    5. Anon 19 01

      Apa yang di tawarkan oleh PH tidak mustahil. Tuan perlu fikir di luar kotak.

      Samada Tuan berhenti berfikir setakat itu dan menelan apa yang di hidang oleh UMNO setiap hari. Sampai hari ini UMNO tak mampu balas tawaran PH seperti UMNO kan kekal GST kerana .. Apa beza reformasi dan transformasi ?

      Urusan dunia bukan sahaja dia dengan Allah sebab apa yang di buat boleh memberi akibat apa lagi yang buruk.

      Mengenai GST dihapuskan kerana kehidupan rakyat semakin terhimpit dan boleh di hapuskan dengan memotong atau mengurangkan kos peruntukan.

      BN tidak mampu menjawab berapa perbelanjaan percutian Najib ?

      Komisyen Kapal Selam yang di bayar oleh kerajaan sendiri kepada Konsultan, rakyat Malaysia. Kalau ambil warga asing lebih murah

      Tuan perlu bukak otak fikiran Tuan lebih luas kerana tuan bukan beri pandangan tapi Tuan buat tuduhan.

      Delete
  44. Alhamdulillah. Org baik tetap akan dipelihara Allah. Biarlah cacian dan fitnah berterusan lagi banyak pahala dan kebaikan dia dapat.

    Syabas DS Najib dan Kepimpinan UMNO BN.PRU14 lakukan yang terbaik Insya Allah rakyat pasti kenang dan sokong. Sekarang pun gelombang tu dah dirasai.
    Cuma dalam blog kecil begini lain kot suasananya!

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn anda 19:36, saya sendiri dapat merasai bukan shj gelombang tetapi lebih kepada tsunami. Tsunami melayu yg sedang melanda malaysia yg bakal meranapkan rejim kartel penjenayah berlesen.

      Delete
    2. Kat Blog sekecil ini la jgk caiii caii umno nak berkumpul..

      Delete
    3. Statistik pru PARLIMEN malaysia 2004 -2013
      (kesemuanya dimenangi BN)

      PRU11
      BN-198
      PMBANGKANG-21

      PRU12
      BN-140
      PEMBANGKANG-82

      PRU13
      BN-133
      PEMBANGKANG-89

      PRU14
      BN- ??
      PEMBANGKANG-???

      Delete
    4. Pembangkang tu PAS yg jadi juaranya .... Tak malu betul le puak TG ( TG stands for top dog) , kekayaan PAS hendak di songlap nya... Malu le sikit weoi.

      Delete
    5. sepatutnya top dog ialah td bukan tg.takde kemaluan ke?

      Delete
    6. Malaysian Cybertrooper10 August 2017 at 21:47

      Hahahaha... Betul tu bro Mohamed Noor,

      Nampak sangat la puak-puak pencacai UMNO/BN/PAS tak tau mengeja. Ada hati nak suruh kita malu.

      Sepatutnya dia la malu, dah la tak tau malu masuk blog penyokong PH, lepas tu bodoh tak tau mengeja pulak.... MALU LA BODOH!!!

      Delete
    7. ape nk heran bak kata tun m, yg tinggal dlm ameno ni yg bodoh belaka

      Delete
    8. TG stands for TOP DOG?

      Now I get it. 1MDB must be 1MGB to this poor fellow.

      Thats why they will never understand anything... at all..

      Delete
    9. By the way small blog with hundreds commentators is much..much..much..

      much better than big blog of pro 1MDB traitor but no comment... at all..

      Delete
    10. sian amnono..perkataan topdog pun depa x tau..hotdog tu daging anjing la?hihi..

      Delete
    11. Blog kecik ni la tempat berdiskusi rakyat jelata...berbanding blog hebat umno dimana pujian kepada diri sendiri memenuhi isinya

      Delete
  45. Terima kasih atas pandangan saudara.

    Setiap org mempunyai pandangan yg berbeza megenai sesuatu isu. Walaubagaimanapun, ianya hendaklah bersandarkan kepada logik akal dan fakta. Apa yg penting, keperluan asas utk kesinambugan hidup perlulah mencukupi. Perbandingan perlu dibuat supaya kita boleh memperbaiki apa yg kurang. Saya juga org biasa biasa dan tidak aktif dalam mana mana parti tapi x semestinya harus berdiam diri dan menerima apa apa shj yg dihidangkan sekiranya ianya memudaratkan saya dan keluarga.dalam negara demokrasi seperti malaysia. Kita diberi pilihan siapa yg perlu kita lantik menjadi pemerintah. Sekiranya pihak disebelah sana mempunyai sesuatu yg lebih baik ditawarkan, adakah salah utk kita mencuba? Negara akan maju jika pemikiran kita proggresif, tapi jika kita kolot negara akan tetap selamanya mundur

    ReplyDelete
  46. Asyik nak kopipes artikel perkauman je orang tu...adehhhh

    ReplyDelete
  47. Puashati daripada pakar2 ERT. Ekonomi Rumah Tangga. Makin becelaru nampaknya temasuk TITM. DULU akuvrespect kat dia la bi sejak pangku jawatan statemen pun berubah2 n kalut semacam. Walak kot. Cuba buka mata n buka hati n jujur dgn apa yg sebenarnya berlaku bukan utk jaga hati. Lupa pulak Nik Abduh tak join sekali ke. Ghairah nak baca ulasan dia ttg IMDB. kenapalah jadi lagu ni PAS OI. Semakin hilang arah tuju sejak nak jadi punaisihat kerajaan. Ingatĺah tentang akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijazah TITM pun bab pelancongan Pulau Tioman. Apalah dia faham pasal 1MDB? Yang lain tu lagi ke laut. Macam Melayu yang duk sokong Umno Pas la ni. Dah kena tipu pun masih sokong.. Sokong penjenayah antarabangsa pulak tu. Jahanam Umno dan Pas dah tak boleh baiki.

      Delete
    2. Tuan Ibrahim Tuan Man?

      Baru semalam dia puas hati dengan penjelasan 1MDB.

      Hari ini dia pula minta jatuhkan Najib the Founder of 1MDB.

      King Maker turns out King Joker.

      Delete


    3. Bila dalam kelompok PAS, TI ikut keputusan bersama. Itu bermakna bila TI cakap jatuhkan Najib itu pendirian dia sendiri.

      Bagi saya tak kena sebab seolah-olah mengamal cara Islam ikut keadaan. Wallahualam.

      TI sepatutnya bercakap mengenai Nazri yang kena kan cukai perlancongan bukan pasal 1MDB.

      Delete
  48. pe citer bai? dulu berdegar2 dgn umno kata nak membela rohingya konon.. skrg lu org senyap, setakat sekali hantar makanan tak payah berdegarlah bai..

    ReplyDelete
  49. antara ulama` dengan umara`
    Pertanyaan.
    Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Apa hukum mengikuti para ulama atau umara dalam hal menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah atau sebaliknya ?

    Jawaban.
    Mengikuti para ulama atau umara di dalam hal menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah atau sebaliknya terbagi kepada tiga klasifikasi.

    Klasifikasi Pertama.
    Mengikuti mereka dalam hal itu , serta dirinya rela terhadap ucapan mereka, mendahulukannya dan menrungut2 terhadap hukum Allah. Orang yang melakukan ini adalah kafir karena telah membenci apa yang diturunkan Allah, dan benci terhadap yang yang diturunkan Allah adalah suatu kekufuran. Hal ini berdasarkan firman Allah.

    “Artinya : Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka benci kapada apa yang diturunkan Allah (Al-Qur’an) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka”.[Muhammad : 9]

    Semua dosa akan dihapuskan kecuali dosa kufur. Oleh karena itu, setiap orang yang membenci apa yang diturunkan Allah, maka dia telah menjadi Kafir.

    Klasifikasi Kedua.
    Mengikuti mereka dalam hal itu sementara dirinya hanya rela terhadap hukum Allah dan mengetahui benar bahwa ia adalah lebih utama dan lebih sesuai bagi manusia dan watan akan tetapi karena mengikuti hawa nafsunya, dia kemudian mengikuti mereka dalam hal itu. Maka, orang seperti itu tidak kafir akan tetapi fasiq.

    Kenapa dia tidak kafir ?

    Jawabnya, karena dia tidak menolak hukum Allah akan tetapi rela terhadapnya namun dia menentangnya karena mengikuti hawa nafsunya. Maka dia sama seperti para pelaku perbuatan maksiatnya.

    Klasifikasi Ketiga
    Mengikuti mereka karena ketidaktahuannya. Dia menyangka bahwa hal itu adalah sesuai dengan hukum Allah. Situasi seperti ini terbagi lagi kepada dua klasifikasi spt berikut :

    Pertama : Memungkinkan bagi dirinya untuk mengetahuinya. Maka dalam hal ini dia adalah seorang yang melampaui batas dan berdosa atas hal itu sebab Allah memerintahkan agar bertanya kepada para ulama ketika tidak tahu.

    Kedua : Dia tidak mengetahuinya dan tidak memungkinkan bagi dirinya sendiri untuk mengetahui mana yang benar sehingga dia mengikuti mereka dengan hanya bertaqlid. Dia menyangka bahwa hal itulah yang haq, maka dia tidak berdosa sebab dia sudah melakukan apa yang diperintahkan kepadanya dan karenanya udzurnya diterima (secara syar’i).
    Oleh karena itu terdapat hadits dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud,.

    “ Barangsiapa yang diberi fatwa tanpa ilmu, maka dosanya (dipikul oleh) orang yang memberikan fatwa kepadanya”. [Hadits Riwayat Abu Daud, kitab Al-Ilm 3657, Ibn Majah semisalnya dalam Mukaddimah 53 dan Ad-Darimi dalam Mukaddimah juga 159]

    Andaikata kita katakan terhadap hal di atas, bahwa dia berdosa karena kesalahan orang lain, maka kesannya adalah timbulnya kesulitan dan kesukaran . Akibatnya, tidak ada manusia yang menaruh kepercayaan lagi kepada siapapun karena sangat berkemungkinan dia melakukan kesalahan.

    Jom muhasabah diri kita berada di mana...

    ReplyDelete
    Replies


    1. Almarhum Nik Aziz berada di mana ?

      Nik Abduh berada di mana ?

      Delete