Saturday, 26 August 2017

NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA


Baru dua hari lalu Najib Razak menulis di blognya dengan menyatakan bahawa negara kini berada dalam mood positif untuk beliau mengadakan pilihanraya umum, namun nadanya kini berubah dengan tiba-tiba.

Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyatakan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan 5 hingga 9 Disember depan boleh ditangguhkan kiranya pilihanraya perlu diadakan terlebih dahulu.

Kata-kata Najib itu seolah-olah memberi gambaran kemungkinan Parlimen akan dibubarkan pada November atau Disember ini.

Selepas berkeyakinan jentera UMNO sudah bersiap sedia, prestasi ekonomi yang baik, KDNK memberangsangkan, rizab Bank Negara melebihi AS$100  bilion dan perpaduan rakyat di tahap tertinggi ekoran Sukan SEA yang sedang berlangsung, beliau hari ini berkata, tiada sebab bagi rakyat mahu menukar kerajaan yang ada.

Tambahnya, pengiktirafan daripada beberapa pihak, termasuk negara luar terhadap Malaysia membuktikan tahap pembangunan sedang berada di landasan yang tepat dan dengan yang demikian, kerajaan yang ada haruslah dipertahankan oleh rakyat.
Jika sudah berkeyakinan keadaan negara dalam mood positif, kenapa Najib harus bimbang dengan pertukaran kerajaan sehingga terpaksa menggunakan pujian daripada beberapa negara lain sebagai sandaran terbaru hujahnya?

Adakah beliau mula panik melihat sambutan rakyat terhadap program Tun Mahathir kebelakangan ini?

Apakah bila ada pujian daripada negara-negara lain, bermakna negara sedang dalam keadaan yang benar-benar baik untuk rakyatnya?

Apakah semua orang luar tahu permasalahan sebenar dalam rumahtangga negara kita?

Meskipun ekonomi dilaporkan berkembang positif dan semua yang lain dicatatkan baik-baik belaka,  semua orang juga sedar semua itu hanyalah di atas kertas semata-mata dan langsung tidak mencecah, apalagi dapat merubah kehidupan rakyat.

Itulah sebabnya, di sebalik semua yang kononnya positif itu, ramai masih terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, wang dalam poket rakyat tidak pernah kecukupan, pengangguran tetap tinggi, siswazah berpuluh ribu tiada pekerjaan, perniagaan merudum dan rata-rata tertekan meneruskan kehidupan.

Berbeza dengan era Tun Mahathir di mana rakyat hidup sejahtera, ramai ahli perniagaan berjaya dan usahawan kelas menengah dilahirkan sehingga setiap kali lawatan beliau ke luar negara, pelbagai persefahaman dan perjanjian ditandatangani, sebaliknya di zaman Najib ini yang tampak benar-benar berjaya dan mencapai tahap bilionnaire hanyalah dua orang - Jho Low dan Najib sendiri.

Dalam hal berkaitan, tidakkah juga Najib sedar, di sebalik pujian daripada negara lain yang disebutkannya itu, ada beberapa negara lain, bahkan lebih banyak jumlahnya, sedang menyiasat dan telah menjatuhkan hukuman berkaitan skandal 1MDB dan pembelian kapal selam Scorpene?

Adakah Najib sedar bahawa selain kedua-dua skandal itu dikaitkan secara langsung dan tidak langsung dengan dirinya, yang lebih memalukan ialah skandal 1MDB telah mencatat rekod sebagai yang terbesar dalam sejarah dunia dari segi jumlah kehilangan wang yang dilaporkan dapat dikesan?

Maka, jika pengiktirafan daripada ulama Tunisia kononnya Malaysia adalah gambaran negara dengan imej Islam yang sebenar mahu dijadikan alasan jangan menukar kerajaan, bagaimana pula dengan penyiasatan oleh Amerika, Switzerland, Perancis dan beberapa negara lain berhubung skandal yang memalukan nama Malaysia yang juga boleh dianggap pengiktirafan terburuk?

Bukankah penyiasatan dan hukuman yang sudah dijatuhkan oleh dua tiga negara lain itu dengan sendirinya membuktikan Malaysia adalah tergolong sebagai negara penyamun atau istilah modennya, kleptokrasi?

Kalau sudah demikian jadinya kepada negara dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana salahnya keinginan rakyat mahu menukar kerajaan yang dirasakan ia boleh menjanjikan kehidupan lebih baik buat mereka? (ShahbudinHusin 26/08/2017).

73 comments:

  1. Replies
    1. Membuat pilihan ada bersangkut paut dgn soal keyakinan. Keyakinan pula dtg dr byk faktor. Salah satu yg paling utama ialah knowledge. Pengetahuan kita ttg sesuatu isu dan perkara, kefahamn kita dlm menilai sesuatu perkara... barulah pilihan sebetul2 dgn erti kata memilih. Bukan atas sebab lain spt takut dan terpaksa...

      Delete
    2. Abis la ko Jid....! FBI ngan DOJ dia tak kira punya. Atok seri ka, atok tak berseri ka, omputih Amareka bedal semacam je Jid. Ko pun Jid nobody kat Amareka jadi, ko mesti habis punya. Takda sapa yang sanggup jadi perisai manusia untuk pertahankan ko Jid..! Ko percaya la cakap aku. Huh, paling seram bila terkenangkan banduan negro.. huu... kus semangat... kah kah kah.

      Delete
    3. RCI Memali SOP polis dipatuhi. Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terpengaruh dengan Amanat Haram Hadi Awang telah mati dalam kesesatan. Hadi Awang perlu mohon keampunan kepada ahli Umno terutamanya Najib Razak. Hadi Awang wajib bertaubat nasoha atas dosa memecah belah umat Islam sejak 1970 hingga kini.

      Terkini SOP Polis yang sebenarnya telah dicabuli semasa zaman Najib.

      Polis dengan tanpa motif telah membunuh seorang wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan menggunakan bahan letupan dipercayai bom C4!

      Lebih memeranjatkan mereka berdua merupakan pegawai polis yang juga bertugas melindungi Menteri Pertahanan pada masa kejadian iaitu 2006!

      Adakah RCI ALTANTUYA perlu diadakan? Lebih 10 tahun berlalu pembunuhan tanpa motif Altantuya sangat mencurigakan!

      RCI Altantuya membolehkan kita bukan sahaja tahu motif pembunuh.. malah kita juga akan tahu sejauh mana bebasnya badan kehakiman daripada cengkaman kuasa eksekutif.

      RCI ALTANTUYA RAKYAT TANYA BILA?

      Delete
    4. Jenis org suka d puji. Kalau negara luar puji x apa tapi kalau kondem, x boleh. Itu mencampuri urusan negara org.
      Adui Najib. Level dia ni sesuai jadi ketua negara Swaziland atau Timbuktu saja.

      Delete
    5. 1mdb tahi kucing bro hanyalah khayalan Budin2 dan sekutu dgnnya selagi takdir Tuhan jugak lah turun nya sebagai mana mantan turun .... menyalak lah soghupo anjiong .... bukit tak tumbang .... Budin2 & sekutu dgn sakit tokak hilang suara hanyalah bunyi bunyian sughupo tin berel kosong .... bising jo .
      .. tahi kuda pun tak dak.

      Delete
    6. NANTI PRU14 BARU TAHU SIAPA KELUAR TAHI..HAHAHA
      JANGAN ADA YANG LARI KELUAR NEGARA PULAK. KALAU RASA BENAR ..TUNGGU.. MACAM ANWAR ..BARULAH DINAMAKAN PEJUANG..

      Delete
  2. Mana satu berita dunia yang ingin dipercayai..

    1) Malaysia diiktiraf dunia atau...
    2) Malaysia pemimpinnya mencuri wang rakyat..

    Jika percaya berita 1) kenapa pula percaya berita 2)

    Kalau tolak berita 2) tolak juga lah berita 1)

    Berita dari dalam negara harus menjadi keutamaan dan ambil berita luar negara untuk mencari kebenaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan
      Jika percaya berita 1) kenalah juga percaya berita 2)

      Delete
    2. Jika terlalu yakin nak tunggu Apa lagi??
      Bubar lah Parliament...!!

      Delete
    3. Bro Shafiek.....sabor dulu yeoppp....kena tanya mem dulu.....

      Delete
  3. Malaysia diiktiraf dunia bkn sbb najib yg membuka mata dunia..

    Idea dari TUN M!!! Tak lupa juga kepimpinan yg bersama menjayakannya waktu itu..

    Jadi najib tak payahla nk sembang berlagak bagus..sedar diri sikit..

    Kalau takut dgn kuasa rakyat,buat keje elok2 sikit..semenggah sikit perangai tu..kalau org semua dah benci,tak payah nak segan2 letak jawatan..ni tidak,muka tebal tak tau malu..pakai kulit ba alip ba ya ke hape..

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat ekonomi malaysia sampai 300 000 rakyat msia lari bekerja di singapore. Kerja bawak forklift di singapore gaji sd2000 x 3 = rm6000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ekonomi dah bagus sangat.....eloklah dibayar habis sumer hutang2 IPIC yg tersemput2 hari tu........esok lusa jelaskan sumer hutang piutang 1MDB. Buat apa tertangguh2 bagi malu jerrr........langsaikan sumer hutang.

      Delete
    2. You're damned right Phantom .

      Yang kata 1MDB banyak harta lebih dari bala ni hanya Arul Kanda kaki auta serta Mr J kaki putar .

      Sampai la ni , Mr. J tak tunjukkan list harta 1MDB dan juga list bala 1MDB .

      Apa yang nyata harta yang ada pada 1MDB hanya 4 keeping Tanah tu saja .

      Mr. J juga selalu mengwarwar kan tentang pembinaan 8 lapangan terbang TUDM yang baru . Yang sedang dalam pembinaan hanyalah di Sendayan sahaja . Itu pun terhegeh hegeh . Daro sumber yang saya perolihi ,suntikan sebanyak 2.7 billion ringgit yang dijanjikan 1MDB tidak tertunai . Setakat ini hanya 700juta sahaja yang di terima .

      Delete
    3. Kesssiaaannn Jebon asik tertelan taik Kassim Baba.....

      Tulah jangan cepat melatah......kalo setakat gebang atas kerrtasss ajerrr tak guna beb......

      Check dulu betol2........tolak campor bahagi.....tengok berapa ciput yg tinggal......balance yg tinggal tulah sebenarnya angka yg sebenar.

      Delete
  5. Salam Tn Budin .

    Correction to your posting first .

    Malaysia punya reserve adalah US100 billion . Bukannya rm100 billion . Guess , it is a typo error on your side .

    Jika reserve Malaysia RM100 billion saja , Najib tidak akan terpekik terlolong di Johor baru baru ni . Dia dengan bangga dan sombong menyatakan Malaysia tidak bangkrap .

    Tambah dia , kita ada reserve US 100 billion ( anggaran 425 billion ringgit ) bukannya 60 billion ringgit ketika BNM rugi Forex sebanyak 30 billion pada 1993~1994 .

    Tetapi Najib terlupa nak kata Malaysia mempunyai hutang hampir mencecah 1 trillion ringgit . Interest payment saya adalah dalam anggaran 30 billion setahun ... sama dengan kerugian Forex !

    Manakala hutang Malaysia hanya berada sekitar 90 billion sahaja pada tahun 93~94 .

    Ini menampakkan ke barallan perdana menteri yang kita ada sekarang . Cerita muka depan sahaja , yang belakang hendak di sembunyikan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutang luar negara ke dlam negara..tak detail tu..jgn menipu org..

      Delete
    2. Terrrbaikkk Bro Diny.....!!

      Betol kata mike.......kita sumer patut ingat hutang negara dekat2 trillion.......

      Pencacaiii akan meletop-letopkan kesah reserve negara yg USD 100 billion tu...........tapi deme takkan sebut hal hutang dan faedah negara yg tinggi macam gunong yg hampir2 trillion tu.

      Bukan tak ingat.........tapi saja nak gebang kat pakcik makcik di kampong terutama felda settlers.......maklom apa sangatlah yg deme tu tau pasal hutang dan faedah.

      Ini cerita cuma laku kat cerok2 jerrr..........tapi tak boleh nak belit yg berpengetahuan.

      KEPADA PAKATAN HARAPAN..........harap ambik perhatian.........tolong includekan dalam ucapan2 anda.......pasal hal reserve negara yg tak bawak apa2 makna..........sebab hutang dan faedah negara yg kita kena tanggung terlampau tinggi.

      Delete
    3. Betul la tu anon 00.02, berita dr BNM laporan suku pertama 2017, yang menipu najib dan AG tapi melayu kepundek percaya.

      Delete
    4. Bila sebut hutang , maknanya hutang . Dalam Negara ke atau luar Negara ke , dia tetap hutang ! Itu kena kamu faham .

      Adakah kamu ingin nyatakan bahawa hutang di dalam Negara tidak perlu di bayar ??

      Delete
    5. Terima kasih Pak Diny atas pembetulan..

      Delete
    6. Oooop , melompat penjelasan saya @ 00:12 .

      Itu di tujukan kpd anon 00:02 .

      Delete
    7. Diny, hutang negara dilihat pada %GDP. Zaman TDM hutang pernah cecah >100% GDP. Hutang kini 52% GDP turun dari 54% dari 2 thn lepas. Tahun ini akan turun lagi akibat harga minyak lebih dari budget. Rizab pun mencecah lebih USD 100 billion. Alhamdulillah ekonomi negara mampan.

      Delete
    8. Ekonomi mampan kepala bapak kau la j...pi mampos

      Delete
    9. Mr. J , kamu hanya melihat GDP pada dasarnya sahaja . Kenyataan yang datang dari kamu adalah lantunan dari mulut menteri kewangan paling bingai . Tidak ketinggalan kepada para pendongak dia yang terdiri dari para badut dan idiot .

      Mengapa saya berani berkata bagitu ? Kerana mereka ini hanya berani meluahkan secara kasar ( bertujuan mengaburi mata rakyat) tentang GDP yang berkembang serta hutang Negara pada hanya 52% GDP .

      Sama ada kamu sedar atau pun tidak , sector pembinaan dan perbelanjaan awam adalah penyumbang besar ke atas GDP . Jadi selagi harga rumah serta barang tinggi , GDP akan terus tinggi . Di sebaliknya " house hold debts" juga meningkat . Tahukah kamu "household debts" di Malaysia adalah yang tertinggi di rantau ini . Ia nya hampir sama banyak dengan GDP tahun 2016 iaitu lebih 1 trillion ringgit .

      Ini membuktikan "GDP growth" yang di canangkan adalah palsu (fake).

      Sebagai bandingan , cuba kamu rujuk kepada data yang diterbitkan olih "statistic department" .

      Untuk 5 tahun kebelakangan , apa yang patut turun telah naik . Sebaliknya apa yang patut naik telah merudum .



      Delete


  6. Bagaimana dengan hutang negara ?

    Sanggup kah Rosmah pulangkan Cincin Permata ?

    Mengapa tak sandar pada kata-kata Hadi Awang mengenai UMNO yang sudah tidak kafir lagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai sgt puak2 yg buat cerita karut..guna lah otak..

      Delete
    2. Cerita karut tidak mesti karut selagi tidak dibuktikan karut. Sekarang , gunakan otak ko dan buktikan cerita itu karut. Silakan....

      Delete
  7. Komen Mr J saya baca baris pertama, kedua jer..pastu senyum sendiri..and terus skip...baca next komen..Hahaha..
    Lantak ko la J..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan komen.....itu namanya spiiinnn gassinggg. Low class..!!

      Delete
  8. Malaysia tak sanggup lagi hidup bawah pemimpin diktator..mahafiraun..mengkayakan anak2 dan kroni..dan atas telunjuk dapigs laknat..cukup2 lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ...hang dok mengarut apa ni...
      banyak beristifar.....

      Delete
    2. 00.06.....kami yg hidup through out zaman Tun M ni OK jerrr.......tak rasa tertekan pon.......tukar kerja macam salin baju.....4 kali bertukar kerja langsung tak der hal..........tiap kali dapat kerja baru gaji lebih dari yg dulu.

      Tapi sekarang jangan harap nak tukar2 kerja.......kerja pon tak derrrr. Berlambak graduan menganggur........ada yg kerja toilet cleaner......bawak teksi uber, kerja KFC......

      Zaman sekarang terasa peritnya......sape yg ada perniagaan sendiri akan daoat rasa macam mana payah strugglenya.

      Zaman mahafiraun lebih mudah dari zaman sekarang. Zaman ni yg senang cuma yg makan dedak dan tukang yg bagi dedak jerrr......

      Delete
  9. Ekonomi kita amat bagus...

    - tak ada graduan melayu menganggur;
    - semua rumah semi dan condo habis terjual dan melayu lah pembeli utama; apa la sangat pembeli dari China tu
    - tak ada siapa beli rumah PR1MA sebab murah sangat, rakyat kita tak pandang la rumah kis murah
    - yg pi kerja di spore tu rakyat yg tak patriotik;
    - majoriti rakyat kita ada cash lebih di bank sampai hampir ke semua kita mampu buat renovation rumah dan tukar perabot selalu
    - ekonomi rakyat sangat bagus sampai tak ada siapa bising pasal gst 6% atau harga ikan kembong sekarang rm18 sekilo; kita semua mampu makan salmon dan cod so apa la sangat dgn ikan kembong
    - graduan sekarang belum konvo lagi dah dapat tawaran lebih 3 kerja
    - taraf hidup dah meningkat sehingga kita tak main la dgn proton ; sebab fresh grad pun mampu beli honda crv atau mazda cx5
    - pakcik makcik felda pun mampu pi holiday di london, sebab tu mereka sokong felda beli hotel kat sana, lepas ni beli la pulak hotel kat hawaii atau san francisco, orang felda dah muak ngan london laaa
    - rumah2 panjang kat sarawak tu sebenarnya holiday home untuk anak2 sarawak yg merantau; mak bapak dia orang sebenarnya tinggal di banglo
    - kita perlukan lagi banyak airport di dungun, ketereh, gua musang, baling, kota belud, segamat, dan banyak tempat lagi, kesian anak2 perantau susah payah drive berjam2 balik kampung, walhal majoriti mampu naik flight


    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi seorang hidup dlm alam fantasi PH. Realiti adalah org sakit dan mati akibat pencemaran dari kilang haram. Kilang haram yg dilindungi exco alam sekitar. Realiti juga korupsi dlm pengurusan Unisel. Realiti Perwaja bungkus, forex lesap duit, pkfz bungkus, mec bungkus, proton rugi 8 billion, kroni kaya. Fikirkanlah. Jangan rela jadi zombie yg tiada daya fikiran.

      Delete
    2. Adehhhhh...tetap tak bijak membezakan kerugian bisnes dan kecurian terangcang.

      Kau ni mmg sengaja buat buduh atau mmg buduh dari kecik j??

      Delete
    3. J pi mampos la

      Delete
    4. Betullah j, ramai dah mati, kena letup, kena tembak, kena simen dlm tong dram dsbnya. Nasib baik ada brim, klu x mati kebulur pun ramai.yang mati pucuk jadi pondan boleh tahan jugak! Dlm kabinet pun dah berpuluh org..adehh..oh malaysia, tanahairku

      Delete
    5. j.....he he he.....no comment.

      Delete
  10. Rakyat tetap akan sokong bersatu..biar segelintir yg makan dedak je...jom terus sokong tun dan bersatu..

    ReplyDelete
  11. Jgn risau, kami semua akan undi.

    ReplyDelete
  12. Rakyat tekat sebagaimana mahathir berjuang untuk membela rakyat yg tertekan disebabkan kerajaan sedia ada dah rosak kerana tidak amanah dan klepetokrasi

    ReplyDelete
  13. keris merah bersepuh bunga raya
    AKAN MENGGEMPUR HABIS-HABISAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabo den pilihanrayo.....
      ayam den lopeh

      Delete
  14. Najib ku hormati. Tun ku hargai.

    ReplyDelete
  15. buat pertama kali dalam sejarah
    aku akan undi DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. KESIAN PARTI PAS
      SATU KERUSI PUN TAK MENANG
      'YANG DIKEJAR TAK DAPAT,
      YANG DIKENDONG TERCICIR'

      Delete
    2. DONGENG `PAK LEBAI MALANG` AKAN MENJADI KENYATAAN. APO NAK DIKATO , DAH ITU PILIHAN TUAN PUNYA BADAN. RASOKAN LAHHHH...

      Delete
    3. LEBAI KULUP PAS NI LEPAS PRU14 NAMPAKNYA KENA JUAL BALIK Q7 DAN PORSCHE ..SILAP SILAP YANG BINI BANYAK PUN KENA JUAL BINI..KESIAN .. INI BUKAN CUBAAN ..INI BETUL BETUL..

      Delete
  16. Kegelisahan pun terpampang bila pemberia bertanyacsoal trip USA.
    Terus di horeng..,"IF, if I go".
    Patutnya hepi giler babee.
    Tapi takut juga , FBI menanti...


    kesian Jubbo mmg tgh panik !! Silap2, dapat garilaah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trump tengah nak naikkan populariti dia di kalangan negara maju. Kemungkinan dengan memasang jerat untuk FBI cekup dan DOJ dakwa penjenayah money laundering terbesar di US! Najib mesti bawa satu family untuk menjadi modal politik PRU14. Conflict Interest Trump pula dapat tangkap penjenayah money laundering dapat naik nama!

      Delete
    2. Anon, apakah kalau DSN tak ditangkap saudara janji akan hentikan sebar fitnah 1MDB? Untuk kebaikan saudara juga...

      Delete
    3. Kerajaan dan UMNO parti yang mendukung kerajaan telah pun menjalankan berbagai kempen mencemarkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad setimpal dengan serangan beliau yang tidak berselindung lagi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

      Tetapi oleh kerana kerakusan, ketidakadilan, kebiadapan media UMNO;akhbar, televisyen ,blog dan portal maka simpati orang ramai lebih kepada Tun Dr.Mahathir.

      Bila tindak balas ini sampai ke peringkat menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kerugian Forex dan juga membangkitkan semula kes Memali yang berlaku lebih 30 tahun lalu maka semakin terserlah kepada umum bahawa ia lebih bermotifkan balas dendam politik yang tidak sesuai dengan norma kewarasan dan tidak pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah kemerdekaan negara ini.

      Rakyat yang waras dan berpendidikan dengan mudah dapat melihat ini sebagai pembuangan masa dan wang negara.

      Kemerosotan pengedaran Utusan Malaysia dan berita TV3 sehingga dianggap sebagai TV tiga suku oleh pengikut setia berpuluh tahun bukanlah kerana perkembangan media baru tetapi kerana mereka tidak lagi dihidangkan oleh amalan kewartawanan yang sihat sebaliknya tidak beretika, kotor, murahan dan ada kalanya amat menjijikkan.

      Maka itu dalam keadaan runtuhnya keyakinan awam ini kepada integriti dan kredibiliti media kerajaan maka sukarlah orang ramai untuk menerima penafian Kementerian Pendidikan bahawa ia tidak bertanggungjawab di atas penerbitan sebuah buku teks sekolah yang menyingkirkan nama Tun Dr.Mahathir dari senarai Perdana Menteri Malaysia.

      Saya sendiri apabila melihat sepintas lalu, berasaskan kepada kempen mencemarkan Mahathir selama ini maka saya terus percaya ini sengaja dilakukan untuk memadam nama Mahathir dari sejarah negara ini. Tetapi apabila melihat gambar Najib diletakkan nombor dua selepas gambar Perdana Menteri Tunku Abdul Rahan maka saya mulai meragukan kebenarannya.

      Prasangka saya ialah ini reverse psychology yang dilakukan oleh musuh UMNO dan kerajaan untuk menambah humilation terhadap Mahathir kerana mereka telah nampak kesan negatif yang sangat besar kepada UMNO dengan kempen memburukkan Mahathir selama ini terutama sekali setelah Timbalan Perdana Menteri mendakwanya sebagai keturunan India. Tugas mereka ialah mencipta dan menambah lagi kempen memburukkan Mahathir.

      Orang ramai memandang sinis terhadap penafian Menteri Pendidikan Madzir Khalid. Mereka tidak percaya dan menganggapnya sebagai kepura-puraan sebab kerajaan dan UMNO diketahui mahu memadamkan jasa Mahathir selama 22 tahun kepada negara.

      Untuk itu UMNO telah membuat lebih dahsyat dari sekadar menyingkirkan Mahathir dari buku teks sekolah. Maka bagaimanakah rakyat boleh percaya kepada penafian Mahdzir Khalid.


      Petikkan dari tulisan tan sri zam

      Delete
    4. Mmglah najib x akan ditangkap cik j ooi! Dia ada diplomatic immunity, tambah tambah lagi on official visit as head of a nation. Kalaupun dia didapati bersalah sekalipun oleh doj, dia x akan ditangkap kecuali kalau malaysian authority waived dia punya immunity. Siapa pulak malaysian authority? Dia sendiri. Cuma kalau ada waran tangkap, us akan declare persona non grata yg mana dia tidak dikehendaki di us. Sbb tulah najib nak amim oppurtunity ni utk tunjuk kat rakyat malaysia bahawa dia x takut ditangkap sbb dia x lakukan apa apa, walhal he is protected by diplomatic immunity. Jgn nak berak kat sini lah j!

      Delete
    5. You are right Macy .

      Saya baru je terfikir nak pulas sikit otak Mr J ni bila baca komen dia @ 02:46 . Rupa rupanya kamu dah pun bagi dia 'se biji' .

      Cuma nah tambah sikit .. US ni ikut system perundangan yang sama saperti apa yang di nyatakan olih Tan Seng Giaw ..

      " the person is not guilty until proven otherwise in the court of law " .

      Ini pun Mr. J tak bolih hadam . How are we going to banter on more serious issue ?

      Delete
  17. "Macamana Unknown, habislah kita
    Boleh ke bos, menang pilihanraya?
    Aku takutlah tak ada kerja
    kat Budin pun kita dihina!"

    Apalah kau J,bawak mengucap
    Kerja kita kan belum lengkap
    Apa nak takut, Bos dah cakap
    Kita bantai aje,Suhaili back up!

    "unknown Sahabat, kau dengar sini
    Aku masuk, kena bertubi
    Aku putar sana, ku putar sini
    Aiseyman... tak siapa peduli!"

    Takpelah J apa nak buat
    Kalau tak masuk dedak tak dapat
    Posting baru kau masuk cepat
    Tok Guru kata kerja kau berkat!

    "Berkat apa, aku yang kena
    John Doe, MC, Phantom semua bahaya
    Orang Pakatan kalau berfakta
    Lari aku.. macam nak gila! "

    Kerjalah J, sikit aje lagi
    Sementara ada masa, Mahathir kita keji
    Kita pun tahu parti Bos nak mati
    Pakatan menang esok, kita join DAP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Fan Tun......kita pakat hentam spiinn gasing macaiii.

      Tak sudah nak belit kita dengan mende atas kerrtaasss.......deme ni gebang jerrr lebih.......yg tak kaji selidik memang termakan dgn cakap deme ni.

      Terussskaannn perjuangan tanpa henti yeoppp.....

      Delete
    2. Terbaik bro fan tun..

      Macai datang kesini kononnya nak palam
      Alih2 mereka pula teruk dihentam
      Tapi kerana dedak kerja jugaklah siang dan malam
      Rajanya tunai biarpun haram..

      Mr j, nak goreng pasal ekonomi
      Konon nak spin hutang negara dan kisah gdp
      Free2 aje disekolahkan semula oleh pak Diny
      Disini otainya berpengalaman bukan hanya cakap sekadar teori..

      Ada sorang lagi gelarannya Unknown sahabat
      Pada pak rahman jpc dia nak sakat
      Biarlahlah pak rahman nak letak jawatan dia, buat apa ko yang sibuk sangat
      Tak abis2 dengan serigala, buat orang meluat..

      Semenjak dua ramai macai datang bertandang
      Sudah dapat rasa pakatan harapan nak menang
      Setiap posting budin, depa rasa tak senang
      Bila BN tumbang dah tentu dedak tak dapat, jawatan melayang..

      Delete
  18. Elok la, kalau kerajaan BN kleptokrasi ditukar.....60 tahun memerintah bukan kejap, lama sangat...... Kita dh bagi peluang cukup lama utk BN/UMNO utk memajukan negara, dan setakat ni jelah hasilnya...........
    PRU 14 nanti, kita tukar pula kerajaan, dan untuk 5 tahun pertama, baru kita dapat lihat perubahan....... Yg selama ni BN/UMNO cakap diorang je yg boleh memajukan negara.....60 tahun memerintah, tak puas -puas nak ratah hasil negara.......ENOUGH IS ENOUGH......

    ReplyDelete
  19. Satu lagi, ak perhatikan Najib ni....
    Dia lebih suka terima pujian dr negara/pihak luar negara drp dengar rungutan org yg duk dlm negara ni.....buktinya, lihat la tv3 malam nanti....x pernah lekang dengan cerita ekonomi yg positif kononnya...KDNK negara capai 5.8%,rizab BNM capai usd 100 billion la, ringgit makin mengukuh la..........pernah tak tv3, tunjukkan kehidupan rakyat yg susah nk beli barang pun mahal sbb Gst??harga ikan ikan cecah rm 18-22 sekilo ade x?tak pun cerita pelajar kene derma kertas A4 utk kegunaan sekolah?? Jangan harapla, langsung x keluar kt tv3......semua yg baik/ positif pasal ekonomi negara walaupun membohong rakyat itulah yg keluar.....cerita kehidupan realiti rakyat yg kesusahan akibat kos sara hidup yg tinggi langsung.....LANGSUNG TIDAK WUJUD.....inilah propaganda NAJIBUMNO/BN yg akan pengaruhi orang orang FELDA masa PRU nanti

    ReplyDelete
  20. Shahbudin.com - jangan terlalu kuat memukul gendang takut nanti gendangnya sumbang. manusia-manusia jahil jangan terlalu asyik menari kelak tersadung menyalahkan bumi.

    In Shaa Allah (dan aku hampir pasti) PRU ke-14 UMNO/BN akan kekal sebagai kerajaan dengan bantuan daripada PAS.

    Lelaki Tua Renta sangat mengetahui akan kedudukan Pakatan Harapan akan runtuh setelah PAS tidak mahu lagi menjadi BARUA untuk menjayakan matlamat puak Cauvinist kafir DAP bersama COMANGGO.

    PRU ke-14 bakal diadakan pada awal tahun 2018 setelah menyelesaikan urusan yang dirancang sepanjang tahun 2017.

    dalam tempoh yang berbaki ini Pakatan Harapan perlu mengambil kesempatan bagi menyelesaikan urusan "perebutan" kuasa melalui pembahagian kerusi DUN serta PARLIMEN bahkan urusan mendaftarkan PH sebagai gabungan yang sah juga sangat sukar untuk dijayakan Para Serigala !!.

    ketahuilah bangsa Melayu bukan bangsa yang bodoh untuk membuang AGAMA dan BANGSA demi mengejar janji dan tipudaya yang ditabur oleh Para Serigala. hanya Melayu yang tidak kenal AGAMA serta hak BANGSA akan memilih PPBM,PKR dan PAN sambil dipimpin oleh Puak Cauvinist DAP

    sebenarnya aku sangat terhibur melihat Shahbudin.com dan manusia2 jahil dalam blog ini yang membina "dunia" mereka sendiri.

    aku tumpang simpati pada Rahman Jpc yg semakin mahir menggunakan ayat-ayat klise seorang politikus yang ditendang dan disisihkan - ibarat duduk di dalam kandang harimau sambil dikelilingi oleh nepoleon2 kecil (luahan rasa hati).

    kamu (Rahman Jpc) boleh meminta nasihat dari Ainina dan Khairuddin kerana dua orang ini terlebih dahulu merasa nikmat nya duduk di kandang Harimau sambil dikelilingi nepoleon2 kecil dalam PPBM.

    salam ya salam
    ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahla j, macam org x kenal bau busuk kau tu! Unknown konon! Cit!

      Delete
    2. Orang yg sama, Wan rosli,Ir unknown,unknown aka.

      Ditempat lain orng dah kenal DIA.Trade mark dia PAN DAN dAP. kALI NI DAP cHAUVINIS PULA.
      oRANG2 INI MEMANG pAKR mENGKAFIRKAN ORNG.
      Sedang dia sendiri,duduk tegar dibelakang kleopotrasi,Mca kominis,bersama china kominis tanah besar.
      dIA INGAT AGAMA ISLAM tu mak-bapaq dia punya,bangsa melayu pas/umno punya,atau mca/mic/gerakkan/pbs punya..Sedangkan agama suci murni ini untuk semua umat tak kira Arab /Ajam.

      Dari sahabat ISMA australia.

      Delete
    3. bagus sahabat....menggunakan ugama untuk melindungi perompak.....

      lepas doa lagi.....

      lepas mengkafirkan org islam, yg ko sendiri tak kenal.....

      ko dah macam hadi pulak dah.....

      "amanat hj unknown"

      Delete
    4. anon aka sahabat,

      jgn seskali memikirkan yg saya sudah hilang semengat utk menjatuhkan pasangan klepet (penipu,pencuri n perompak) kamu.

      sebagai ahli seumur hidup, pergerakan saya sekarang sudah bolih mengembang k seluruh semanjung sungguh pun focus saya masih Pekan,Pahang.

      insya'allah,sebaik saja PH menawan Putrajaya nanti, kamu lah manusia yg akan saya cari dulu. hendak sangat saya lihat berapa berani nya kamu dp ketika itu.

      Delete





  21. Ramai diantara kami penyokong kuat Anwar berharap sekiranya kerajaan dapat mempertimbang RCI untuk menyiasat kejadian mata lebam saudara Anwar yg berlaku semasa berlaku semasa beliau di tahan oleh polis....ada khabar2 angin mengatakan dia dia menumbuk matanya sendiri. Benarkan demikian?....Saudara Anwar sendiri berkata kerajaan mengamalkan undang2 rimba.... Jadi kami penyokong Anwar berharap sangat kerajaan yg adil ini dapat segera menubuhkan RCI untuk menyiasat kejsdian tersebut.






    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI Altantuya bila? Lepas RCI mata lebam ok tak? Kalau lepas RCI 1MDB pun boleh juga.

      Kita susun RCI macam ni.

      RCI MEMALI.
      RCI MATA LEBAM.
      RCI ALTANTUYA.
      RCI 1MDB.
      RCI TRAGEDI TUALA PORT DICKSON.
      RCI TRAGEDI KEBAS BINI ORANG.

      Najib Bapok RCI Negara..

      Delete
  22. Dennis The Menace27 August 2017 at 08:51

    6.39 cai putar belit batu api UMPAS yg menyamar sebagai penyokong kuat Anwar. Tujuannya untuk melaga2kan parti2 dlm Pakatan. Dalam Pakatan,yg lepas telah berlalu, paling penting bekerjasama menumbangkan Bijan, umno dan BN.

    6.39 adalah batu api UMPAS.kita harus mengadakan RCI untuk mengenalpasti dirinya serta tujuan sebenarnya. Kawan2,RCI ye?

    ReplyDelete
  23. Malam keputusan PRU14 nanti,...apabila diumumkan di Parlimen Pekan dan seluruh semenanjung BN kalah,maka saya ingin mengingatkan juruterbang warga Malaysia yang akan melarikan Najib keluar negara agar mendaratkan pesawat selepas 1 hingga 2 jam di mana-mana airport dalam Malaysia.Sementara itu,RCI 2 kapalterbang MAS yang hilang dan yang ditembak jatuh tak nak buat ke???

    ReplyDelete
  24. Pada pendapat saya.

    Kerajaan takkan bertukar. Kerajaan tetap kerajaan. Cuma buat masa ni parti BN pimpinan UMNO yg dilantik oleh RAKYAT untuk memegang amanah untuk mentadbir kerajaan.

    Oleh itu, pada pendapat saya, apa yg perlu rakyat sedar dan penulis2 blog perlu tekankan adalah hak rakyat sebagai PEMEGANG SAHAM yg layak memilih CEO baru untuk mengurus MALAYSIA dgn lebih sempurna. Ini adalah kerana pada ketika ini kita sebagai PEMEGANG SAHAM, tidak mendapat pulangan yg sepatutnya malah terpaksa memberi dana tambahan untuk perbelanjaan operasi MALAYSIA pada ketika ini melalui kutipan cukai tambahan dan hapuskan subsidi.

    Pada pendapat saya, kesedaran rakyat kepada betapa pentingnya hak rakyat ini adalah paling penting untuk memastikan pemegang amanah yg dilantik untuk mengurus kerajaan Malaysia ini adalah penting.

    Kita, rakyat, sebagai pemegang saham boleh memilih sesiapa shj. Pakatan harapan atau PAS, jika prestasi mereka tidak memuaskan kita tukar lagi melalui demokrasi. Dan seterusnya yg baik utk rakyat.

    Kesedaran kepada hak kita adalah paling penting.

    ReplyDelete
  25. Tkde yg kekal jib... satu masa lu mesti turun jd org biasa atau turun sebb jd arwah.

    Setiap dibuat pasti dihitung buruk baik walau ramai balaci membela walau ramai walaun membodek walau ramai beryahanana

    Semua tu tkdpt membantu jib.

    Sehebat mana pun cincin satu masa xlg mampu dipakai.

    Kau betulkn kesalahan kau sebelum terlambat jib. Aku rakyat biasa kurang sikit tnggnjwb banding kau.

    Udah2 la tu jib. Kita semua bakal allahyarham.

    ReplyDelete