Friday, 4 August 2017

JIKA ADA RAKAMAN, DEDAHKANLAH DAN NAJIB TENTU INGIN TAHU SAMA BUTIR PERBUALAN PENUH TUN MAHATHIR DENGAN ZAHID HAMIDI

Mempertahankan dirinya berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau cuba meminta simpati atau sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakaman pertemuan itu ada dalam simpanannya.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, usaha mahu menjatuhkan Najib itu dirancang oleh Tun Mahathir dalam pertemuan antara mereka.

Tun Mahathir, tegasnya, telah menyatakan mengenai perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib yang akan dilakukan melalui kerjasama antara pemimpin pembangkang dengan  beberapa pemimpin UMNO.

Usaha kedua yang dirancang oleh Tun Mahathir, jelas Zahid Hamidi lagi ialah dengan cara menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong agar Baginda memecat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Jangan bohong, rakaman itu masih ada dalam simpanan saya," ujar Zahid Hamidi sambil menambah, pertemuannya dengan Tun Mahathir pada 2015 itu diadakan selepas 10 hari beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilakukan dengan keizinan Najib.

Benarkah Zahid ada rakamannya?

Adakah rakaman itu dalam bentuk audio atau video?

Adakah rakaman dilakukan secara sembunyi atau disedari oleh Tun Mahathir?

Jika dirakam secara sedar, logikkah Zahid Hamidi yang datang ke rumah Tun Mahathir membawa alat rakaman bersamanya dan sudah tentu juga perlu meminta izin untuk meletakkan alat rakaman di atas meja?

Dari segi logik juga, oleh kerana pertemuan itu diadakan di rumahnya, Tun Mahathirlah yang paling mungkin memasang alat rakaman bagi pertemuan tersebut.

Tetapi, kalau pun benar ada rakaman pertemuan itu dan Tun Mahathir mendedahkan kepadanya mengenai dua perancangan untuk menjatuhkan Najib, yang ingin diketahui juga, termasuk tentunya oleh Najib sendiri ialah apakah respon atau jawapan balas Zahid Hamidi mengenainya?

Ketika Tun Mahathir bercakap tentang undi tidak percaya terhadap Najib, apa sebenarnya jawapan balas Zahid?

Adakah beliau sekadar diam, sedia memberi sokongan atau menentangnya?

Begitu juga berhubung memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, apa respon Zahid berkenaan dengannya?

Diam, setuju atau tidak setuju?

Jika dapat didedahkan rakamannya, Najib barangkali paling teruja untuk mengetahui butiran penuh perbualan Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir itu.

Maka, untuk membuktikan kebenaran kata-katanya bahawa beliau tidak menggigit tangan orang yang pernah memberinya makan, Zahid Hamidi wajib mendedahkan rakaman itu kepada umum.

Hanya setelah rakaman itu didedahkan, barulah diketahui sama ada Tun Mahathir yang berbohong atau Zahid yang tidak bercakap benar.

Oh ya...sebelum terlupa, perlu diingatkan juga bahawa janji Zahid Hamidi sebelum ini untuk mendedahkan bukti mengenai amalan Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad Sabu dan dalang tragedi Lahad Datu sampai sekarang belum ditunaikan lagi.

Begitu juga dengan kata-katanya bahawa beliau telah berjumpa dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa menyumbangkan RM2,600 juta kepada Najib, sehingga sekarang juga tetap diragui dan tidak dipercayai, termasuk oleh mereka yang tinggal di Bagan Datuk sendiri.

Malah, cabaran terbaru Tun Mahathir agar Zahid Hamidi dapat menunjukkan bukti salinan kad pengenalan yang bertulis "Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty" tidak dapat ditunjukkan sehingga kini.

Jadi, adakah kata-kata Zahid Hamidi kali ini boleh dipercayai, melainkanlah jika beliau benar-benar berani mendedahkan rakaman yang didakwa dimilikinya itu kepada umum? (ShahbudinHusin 04/08/2017)

163 comments:

  1. Zahid lontar bom asap aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo la ko ni Budin2 rakaman ni boleh di buek2 .. ko ni mcm tak biaso plak, video sret seraund pun dah byk o'ang buek .. ni kan plak rakaman suworo lagi enteng ... Siapo pun payah nak cayo. Boto tak Budin .. Budin2

      Delete
    2. Kalo betol ada rakaman......sila dedahkan rakaman tu. Habis citer....jangan beretorik.....walk the talk.

      Delete
    3. Klentong macam budak darjah 1

      Delete
    4. Tuan Shahbudin......teman nak suggest tolong padam setengah dari posting kopipessss sebab bila dah overload dgn komen......komen yg kita post tu tak dapat masuk dan dipulishkan.

      Teman rasa bukan teman sorang yg alami hal ni....rasanya kawan2 yg lain pun pernah terkena jugak.

      Bila kita post komen, komen tak boleh dipublishkan. Tajuk yg lepas ada 3, 4 komen balas teman pada macai tak boleh dipublish.

      Teman rasa sebab dah overload sangat dgn komen gamaknya.

      Harap Tuan Shah tak biarkan blog ni diambik kesempatan oleh kopipes penoh dgn sampah dia......

      Setengah2 kopipesnya eloklah dibuang supaya dapat bagi laluan pada posting kami.....harap maklom dan terima kasih.

      Teman ucapkan syabas dan tahniah pada Tuan Shah atas istiqomah tuan berjuang dalam blog ini dgn ulasan demi ulasan semasa tanpa jemu.

      Salam perjuangan.

      Delete
    5. sokong.

      topik yang di ulang-ulang yang macai jho low tak terjawab sebelum-sebelum ini... kita bagi hujah kita.. dia senyap selepas hujah dia di patahkan...

      Tiba-tiba dia kopipes hantar lagi... dia memperbodohkan kita dan buat orang lain yang hanya melayari blog ini menyampah!

      ikut akta komunikasi adalah satu kesalahan menyiarkan artikel kopipes tanpa kebenaran tuan punya artikel.

      Delete
    6. Sokong Bro Phantom. Kena padamkan.

      Bila komen2 dari tukang buang sampah, membuang sampah sarap merata2..akan menjadi bebanan.

      Komen2 yang seterusnya akan stuck.

      Delete
    7. Zahid terdesak sehingga memerlukan beberapa hari untuk cari idea menjawab Tun M,,,dah basi Zahid dan Kami muak mendengar cerita dongeng kamu........!!

      Delete
    8. Sepuluh ayat zahid, satu perkataan jer betul, nama dia jer betul. Yang lain tu tin kosong belaka. Bukti syiah gred a, ke laut. Bukti jumpa pak arab dan lihat cek ke laut juga kerana pindahan cara atas talian. Fakta iskandar kutty pun hanyut ke laut. Bukti zahid penipu lebih banyak berbanding benar.

      Delete
    9. wak jahid... ko punya statement, ko punya tektik org dah baca la... dah basi la... tak payah la nak buat muka serius jawo ko tu...

      harapan tak payah hantar wakil la utk tombangkan ko... mulut ko aje dah mcm sampah... elok serahkan aje kepala ko dekat bijan... tengok dia je 'cah keting' ko sebelum pilihanraya... tesembam begoleng-goleng... ko tahu tak, perbuatan ko yg konon2ny 'alang2 pekasam yg diseluk' ahahhahaha bukan 'alang2 menyelok pesam' yea.. sekarang nie dah buat karier politik ko mereput dan busuk, pekasam tak jadi, busuk wei...

      udah2 la weii wak... gi teman khir toyo aje la... abiskan aje duit yg dah ditabung sejak kecil tu...


      Delete
  2. ISU ZAHID MERUPAKAN ISU RAKYAT
    BUKAN DIADILI OLEH HAKIM MAHKAMAH
    HAKIMNYA ADALAH RAKYAT
    BERDASARKAN PENDAKWAAN TUN TERSEBUT
    SEMUA BUKTI PERLU DIDEDAHKAN DI MEDIA
    SESUATU YANG MENARIK
    UNTUK DI SELAMI DAN DIKAJI
    TEPUK DADA TANYA SELERA
    YANG PENTING KEBERANIAN
    ANTARA PENDAKWA DAN TERTUDUH

    MAIN SEMBUNYI-SEMBUNYI ELAKKAN.
    NANTI TERUS MENJADI PERSEPSI
    RAMAI LAK DAPAT DOSA

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKTI PEMBELAAN DIRI!!!!!
      BIAR RAKYAT MENJADI HAKIM
      KERNA RAKYAT KINI TELAH TERDEDAH
      DENGAN LEDAKAN MAKLUMAT

      TAK PERLU BUAT REPOT POLIS
      DAN TAK PERLU NAIK MAHKAMAH

      POLITIK DEMOKRASI ADALAH HAK RAKYAT
      UNDI RAKYAT PENENTU SEGALA

      Delete
  3. Wah zahid sudah belit. Ini serupa mimpi jumpa penderma arab.
    Ala jibo bukan tak tahu semua orang nak jatuhkan dia.
    Paling benci aku dengan hipokrit, depan lain belakang lain. Tengok Tun relaks je dia cakap nak jatuhkan jibo dan dia tak takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid ada buat rakaman masa pergi jumpa dgn penderma arab ker?

      Mustahil tak ada!!!

      Delete
    2. Bro Zack....bab ni gerenntiii tak ada yeop..!!

      Sumpah dah jumpa pak arab tu tapi sorry tak der rakaman hokkayyy.

      Samalah macam Audit dah dibuat....Laporan Audit pon dah siap tapi..sssshhhhh....raaahhhsiaa yeooopppp.....

      Delete
    3. wak jahid ni kalau bercakap tentang 10 perkara hanya 0 je yang betul yeop...

      Delete
    4. Setuju bebenor bro....

      Delete
    5. Mulut dah herot bila bercakap

      Kalau asyik dok bercakap bohong saja tak mustahil tak lama lagi kena stroke.

      Delete
    6. alamak zack kalau dia kena stroke sape nak jaga anak dia yang janda tu...nanti aku jugak yang kena.

      Delete
    7. Kakakakakah...
      Aaiikkk....berajat ke yeoppp....???

      Delete
    8. Jgn yeop nanti pecah kepala kena pukul

      Delete
    9. bro phantom...kan da bilang
      noor dgn noorul kan tak jauh,hihihi macam kena gitu.

      Delete
    10. Yeop...kata org....ada chemistry.....kalo udah gitu bagai dikata....teman ucap selamat le yeopp....
      Hehehehehe.....

      Delete
    11. Aisey bro , you all miss the boat lah ,

      Anak dia yang itu baru saja bernikah semula bulan lepas di Mekah .

      Delete
    12. Alamakkkkk.....melepassss bro mat noor.....

      Delete
    13. ELOK LAH KALAU JAHID DEDAH PULAK RAKAMAMAN PERBUALAN DIA DGN PAK ARAB BERBINCANG PASAL DERMA TU BOLEH BUAT BUKTI GRED A+++ BARU SEMPOIIIIIII KAN CAIIIIIII....

      MACAM LA KITORG NJ DUNGUUUUUUUUU SGT MCM KEJORA TU NAK PCAYA CKP PAK JAHID NI

      Delete
    14. fuh nasib baik pak diny kasi info..betul kata zack silap2 boleh pecah kepala kena pukul dgn wak diragui..hehehe

      Delete
    15. 9 yang wak Jahid cakap, 12 tak boleh percaya...

      Delete
  4. Serial liar...dah kena kantoi baru n buat cerita tegakkan benang basah...kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua tiga hari senyap rupa2nya dok pikir nak klentong apa. hahahaha

      Delete
    2. Kawan2 baca link The Star ni...

      http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/04/zahid-hamidi-tape-conversation-mahathir-topple-najib/

      Ini orang memang talam 2 muka.......berpura2 dgn Tun M depan lain belakang lain.

      Hadis Rasulullah saw:
      “Manusia yang paling buruk adalah orang yang bermuka dua, yang mendatangi kaum dengan muka tertentu dan mendatangi lainnya dengan muka yang lain."
      (HR. Bukhari dari Abu Hurairah ra.)

      "Barangsiapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka."
      (HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)

      Delete
    3. BILA ORG ITU MULA BERBOHONG MAKA DIA AKAN TERUS BERBOHONG UNTUK MENUTUP PEMBOHONGAN YANG DIMULAKANNYA....CONTOH DAH ADA IAITU MO1/MO2 KESAYANGAN KEJORA TU...

      Delete
    4. Lama-lama mencuri...

      Delete
  5. sifat penipu ahmad darogi a.k.a jahid komidi berpisah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg zahid ni Chief Putar Alam.

      Delete
    2. Ahmad Darogi atau Ahmad Diragui

      Delete
    3. Errrrrr....rasanya dua2 tu bro.....

      Delete
  6. Orang yg telah tersepit akan mencari alasan....mudah aje tunjukkan ini rakaman sebagai bukti...bukan melalak nak cover dari tuduhan...wak Jahid buat komidi mcm budok2....ade brani wak tunjuk bukti kalo tun madey cabar?...bisu laah sekali lagi...
    Tun dah fikir2 masak2 seblm buat tuduhan kerana tun tak cakap sembrono...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana rakamannya zahid?

      Rakyat nak tahu siapa yg sebenar benarnya pembohong.

      Delete
  7. Lanun Bugis tahu Jawa ni parasit. Kj Rohingya ngan Jawa ni kempunan la nak jadi PM. Rakyat dah lama kenal tembelang dua ekor ni. Padan muka. Kah kah kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUBLAI KHAN BERKATA:
      PH akan menawan putra jaya
      dengan sokongan rakyat keseluruhan
      bukan melalui perang kejam(demo)

      Bila PRU 14 nih
      Bilo nak buek
      dah tak sabo den///////

      Delete
  8. Timbalan Perdana Menteri yang suka bercakap bohong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok muka pun muka pembohong

      Delete
    2. Blogger Jebat Must Die memberi gelaran baru kat TPM Zahid .... Timlan Penipu Malaysia .

      Delete
    3. Oooopp... Timlan .....Timbalan

      Delete
    4. SPRM tak mau siasat ker asset dia dulu 230 juta skrng mungkin lebih sedangkan ketua pemuda pkr pun kena siasat
      Berapa pula asset jamal jamban

      Delete
    5. Bro Diny.....kena bebenor tuuuu.....

      Delete
  9. Zahid sudah sewaktu dgn pemimpin PAS.
    Mati hidup semula pun saya x percaya Zahid.
    X silap saya SA ada mengeluarkan kenyataan media yg dia x akan rujuk UmNo selagi ada Zahid.
    Politik, politik juga tapi pekerti dan akhirat pun kena ingat juga.
    There is no permenant frieds n enemies in politics.

    ReplyDelete
  10. Wak Jahid dah ade rekod meniou jumpe keluarga diraja arab yg begi derma kpd najib _2.6 billion...SPRM dah buat kenyataan duit 2.6 bilion bukan dari raja arab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu statement yg teman tak akan lupa......

      Delete
  11. Semua ciri munafik lengkap dlm diri Zahid ni...kita yg tau berfikir,jgn percaya dgn lebong org2 spt ni....
    Berpada2lah membodohkan orang
    Ingat rakyrt msia semuanya mcm lembu kak ijat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada kuasa bolehlah dia bercakap besar
      Bercakap pun buat acuh tak acuh kat orang.
      Masa akan menentukan kenyataan
      Pembalasan Allah dah pasti
      kita tengok sajalah

      Delete
    2. Di UM, wak Jahid ni budak2 Akademi Islam tu...
      Berilmu, tak tentu akan amal.
      Beramal, tak tentu dilakukan ikhlas.
      Ada hidayah, kurang pada taufiq...

      Delete
  12. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/04/laporan-2-faktor-bn-mungkin-tewas-pru14/ KUALA LUMPUR: Faktor Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang dan skandal 1MDB mungkin menjadi punca Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

    Penilaian itu dibuat Global Risk Insights, sebuah penerbitan antarabangsa mengenai berita dan analisis risiko politik, yang diasaskan di London School of Economics.

    Laporan itu menyimpulkan PRU14 penting kerana Dr Mahathir kembali aktif dalam politik dan skandal 1MDB yang terus membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin menjadi punca kemenangan bersejarah buat pembangkang.

    Menurutnya, walaupun BN tidak pernah kalah dalam PRU dan semua perdana menteri Malaysia datang daripada Umno, kini tidak pasti jika parti itu dapat terus memerintah negara.

    Undi popular yang diperolehi BN merosot secara perlahan-lahan sejak beberapa PRU lalu.

    Pada 2004, BN memenangi 63.8% undi sebelum ia merosot kepada 51.4% pada 2008 dan 47.4% undi popular pada 2013.

    Bagaimanapun, ia kekal menguasai Parlimen, sebahagian besarnya disebabkan cara persempadanan semula kawasan pilihan raya.

    Laporan itu menyatakan penting untuk Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, keluar daripada persaraan pada usia 92 tahun untuk menyertai Pakatan Harapan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya, bagi menundukkan parti yang pernah dipimpinnya.

    Dr Mahathir dianggap tokoh yang mampu menyatukan Pakatan Harapan berpecah belah dan kepimpinannya mampu membantu gabungan pembangkang memenangi kerusi di kawasan luar bandar yang sukar ditembusi pembangkang sebelum ini.

    Satu lagi faktor ialah kaitan Najib dengan skandal 1MDB. Penyiasat Amerika Syarikat mengaitkan wang yang didakwa diseleweng daripada 1MDB ke akaun rakan dan sekutunya.

    Bagaimanapun, Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan pembabitannya dalam penyelewengan dana 1MDB.

    Laporan itu berkata, PRU14 mungkin menjadi penentu bagi politik Malaysia yang dilanda skandal rasuah, termasuk 1MDB, Felda Global Ventures Holdings (FGV), National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKRZ).

    Menurutnya, orang ramai semakin marah dengan kronisme, rasuah dan ketaksamaan bersistematik – bukan hanya di Malaysia, tetapi di beberapa negara lain seperti Brazil dan Pakistan.

    Dahulu, katanya, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kapasiti perkongsian maklumat dan media massa yang terhad mungkin menyekat kebimbangan pengundi Malaysia mengenai rasuah.

    Tetapi, hari ini, kapasiti perkongsian maklumat yang lebih baik dan cubaan pembangkang menggunakan dakwaan rasuah mungkin mengubah keadaan buat BN.

    ReplyDelete
  13. Lantik H2O jadi TPM ...jibaN dah hilang segala kepercayaan dgn wak jahid

    ReplyDelete
  14. Wak Jahid ni pun satu .

    Dia bilang ada menyimpan rakaman ketika berjumpa TDM . Sama ada auta atau benar belum dapat di pastikan olih kita semua . Saperti yang admin kata , Wak Jahid kena tunjukkan bukti rakaman barulah kita tidak sangsi lagi ,

    Selagi dia tak perdengarkan rakaman itu , memang sah Wak jahid kaki keletong . Wak Jahid ni memang seorang "perpetual liar" . cakap ikut sedap mulut je .

    Sebaliknya , dia kata Mahathir yang plan untuk gulingkan Najib . Kalau betul , apa isu nya ?? Mukhriz pun dah kata di mahkamah lagi , Mahathir mula nak gulingkan Najib dari tahun 2014 lagi .

    ReplyDelete
  15. Seseorang ke rumah orang dan merakam
    pulak percakapan,
    Sepatutnya kunjungan untuk mengerat
    silaturrahim!!!!
    Buat apa nak rakam-rakam
    apakah niat sebenar tetamu yang berkunjung,
    LAINLAH KALAU TETAMU TERSEBUT
    SEORANG AGEN 007???

    pening aku!!!!!!!!
    Bila dah jadi peguam cabuk tak dak lesen nih!!!!

    'TOMORROW NEVER DIE'

    ha......ha......ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dia pukul bekas boy friend anak dia.

      Tetapi mati2 dia nafikan.

      Akhirnya terbongkar juga.

      Delete
    2. Boyfriend anak dia saman....repot polis tak dilayan...samsing ni ingat dia kebal sangat...

      Delete
    3. Boleh tanya lagi boy friend anak dia.
      Kau kenal aku siapa?
      Amboiii takbur sungguh

      Delete
    4. biasa la bro orang banyak duit
      sombong sentiasa je la ar nanti kalau da kena stroke baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

      Delete
  16. Aaaiiikk..
    Tun M dah berjuang 3, 4tahun nak jatuhkan Najib.
    Tun M dah lama saran orang UMNO tinggalkan DSN.
    TSMY & the gang je lawan Najib.

    Tun M terbukti berdiri atas kaki sendiri dengan penuh yakin menentang dasar DSN dan UMNO.

    Tun M dipilih oleh suara orangramai. Waratawan luarnegara pun fokus.. bagaimana Tun M dah bawa tandatangan 1 juta orang rakyat Malaysia, Bawa usul undi tak percaya di Parlimen dan kini Tun M tidak takut dengan cemuhan DSN dan UMNO kerana orang dah tahu UMNNO tak daya menyekat kemaraan Tun M.

    Tun M memang berbisa.

    ReplyDelete
  17. Kesian Wak Jahid, langsung x kelihatan cybertrooper tajaan wanmemeedee yg nak bela wak jahid. Kesian wak jawa ni keseorangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib si penipu.Mulut pun dah herot.

      Delete
    2. Cybertrooper jiban pun tengah sama2 belasah wak jahid ni

      Delete
    3. Anon 2057: YESS.

      Delete
  18. Mcm biasa...wayang je

    ReplyDelete
  19. Sebelum Zahid jumpa Tun.. Tun dah memang lawan Najib dan nak tumbang Najib..

    Apa perlu nak di buktikan dengan rakaman?

    UMNO memang bagang

    ReplyDelete
  20. Best isu ni sebab nak tau sapa yang cakap betul..

    Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
    Siapa Cakap Tongong Nanti Dikembiri

    Salam Perjuangan Buat Rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  21. Kalu aku lah...hari ni kena tuduh, malam ni jugak aku dedah kan tape rakaman. Ni 4 hari baru cakap ada rakaman.

    Anyway, zahid dah dedahkan taktik dia pada umum. Soalnya, ada kerrr lagi yg berani terima zahid kat rumah? Ada kerr lagi yg berani buat private meeting ngan dia? Tah2 semua akan bawak recorder bila jumpa zahid, siap ada camera man dan video HD sekali. You wont have any friend left, zahid. Even your neighbours may avoid you.

    ReplyDelete
  22. UMNO perlu mengubah trend
    "AHLI POLITIK MUSANG BERJANGGUT"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu ubah trend.
      Moga mampos terus...!

      Delete
  23. https://www.malaysiakini.com/news/390927 Kesilapan moral Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan soal keturunan dalam kepimpinan Umno hingga menjadi bahan lucu dalam Parlimen tidak penting.

    Namun yang penting sekarang, tindakan itu memarakkan "fitnah" Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menutup blunder Zahid.

    "Fitnah" itu telah menimbulkan prasangka buruk antara kepimpinan dan ahli akar umbi yang boleh memecah-belahkan perpaduan Umno yang seberapa daya cuba dibendung oeh presidennya Datuk Seri Najib Razak.

    Semua jentera porpaganda Umno sekarang dikerahkan untuk menyemarakkan dakwaan Mahathir mengatakan Ahamda Zahid meminta pertolongannya untuk menggantikan Najib sebagai perdana menteri tidak lama selepas Najib melantiknya menjadi timbalan sebagai fitnah.

    Apakah ini benar-benar fitnah?

    Cuba diperhatikan dalam persengketaan Umno dengan Mahathir, Ahmad Zahid. Mahathir nampak seperti ada satu macam persafahaman antara mereka dengan dirinya tidak pernah menyerang Ahmad Zahid dan Ahmad Zahid pula berhati-hati dalam menyerang Mahathir.

    Bagaimanapun Ahmad Zahid barangkali menyedari bahawa sikapnya ini disedari tidak menunjukkan kesetiaan yang cukup dan tidak membantunya ke arah No 1 dan beliau memerlukan tindakan lebih berani dan agresif untuk menyerang Mahathir.

    Seperti kebiasaannya dalam beberapa kes, beliau gone overboard dan kali ini terperangkap dengan keterlanjurannya sendiri.

    Mahathir kehilangan satu-satunya orang harapan dalam Umno dan Ahmad Zahid kehilangan kredebiliti di dalam dan di luar parti.

    Malangnya media yang lantang ke hadapan untuk memulihkan imejnya juga tidak lagi berkredibliti, tidak dibaca dan tidak ditonton oleh ramai orang.

    Kesilapan besar bukan fakta kad pengenalan (IC) Mahathir atau Mahathir pecah rahsia Ahamd Zahid minta pertolongannya untuk jadi PM.

    Namun Ahmad Zahid telah memberikan senjata kepada Mahathir dalam keadaan beliau memerlukannya dan lebih buruk lagi mereka yang tampil ke hadapan untuk menjalankan gerakan pembersihan fitnah dengan mendakwa Mahathir berbohong terdiri dari hingus politik Umno.

    Budak-budak ini tidak tahu sejarah Umno. Mahathir membunuh musuh politiknya Tun Musa Hitam yang mahu merebut jawatannnya dengan mendedahkan surat Musa mahu Tengku Razaleigh Hamzah disingkirkan dari parti dan marahkan Mahathir kerana melantiknya semula sebagai menteri.

    Sampai sekarang Musa dan Tengku Razaleigh dalam keadaan mata berpandangan, hati berdendaman.

    Mahathir tidak ada kerugian apa-apapun bila dihina sebagai keturunan keling. Ahmad Zahid telah memberikan bola changgung (istilah sepak takraw) kepada bekas perdana menteri itu tepat pada masanya. Jadi, dia tendanglah. Budak-budak berhingus Umno sedang mengutip bola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhai, lain kali tak payah ler kopipes... cukup dgn link aje...

      buat letih nak scroll...

      Delete
    2. Ko pon nak temberang jugak?....hihihi...letih apenye...wak jahid nak kojol daa.

      Delete
    3. Kopipesss haram tu tujuannya nak sabotaj blog budin ni.....dia pikir sini tempat pelupusan sampah.

      Delete
    4. Kita nak buat lagu mana bro phantom dah budin tak mau delete.

      Delete
  24. Cakap Wak jahid pelik sangat
    Takkan jumpa tun pun perakam dilekat
    Dari awal dah nampak tak betulnya niat
    Adakah dia fikir dirinya 007, spy yang hebat..

    Sudah berapa lama isu dikata
    Diam dua tiga hari dia tanpa berita
    Mungkin dia dok fikir nak spin apa cerita
    Akhir filem mat sentul, spy malaya mendapat idea..

    Biar betul betul la wak jahid
    Cakap ko ni macam tak logik
    Kalau ada rakaman kasi le dalam youtube dimuat naik
    Biar semua rakyat tahu u cakap betul atau cakap serupa taik..

    Tapi kalau tiada pembuktian susulan
    Jangan lah rakyat berasa hairan
    Memang dah dijangka akan penipuan
    Ini bukan kali pertama yang dia buat beginikan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeop......cara menghina keturunan konon Tun M berpuloh tahun guna Melayu tu nampak sangat pemikiran lemah tak matang.

      Kan ke Melayu jugak yg beruntung nikmati macam2 kemajuan dari org darah campuran tu......???

      Bukan darah jadi ukuran tapi jasa dan bakti yg dipandang.

      Kalo nak buktikan keupayaan diri....buktikan melalui hasil kecekapan kerja atau performance sendiri.....bukan dgn merendah-rendahkan org lain.


      Delete
    2. Tepat sekali apa yang bro phantom bicara
      Yang penting apakah sumbangan individu tersebut pada negara
      Menghina keturunan adalah seburuk buruk cara
      Orang melayu memang berdarah campuran sebenarnya, kalau betul2 nak dikira..

      Ini cakap orang bangkrap idea
      Bersama penyamun menjahanamkan malaysia
      Jasa dan bakti tun m dipersia sia
      Waktu dulu dicium tangan olehnya beria ria..

      Tak terfikirkah dia pada suatu hari
      Bila dia bukan lagi seorang menteri
      Adakah sekelumit hormat orang nak beri
      Pada kaki kelentong dan penyokong pencuri ..



      Delete
    3. Sokong bro.....
      Good job !!

      Delete


  25. Zahid memang buat rakaman perbualan dengan orang yang penting. Bukan Tun sahaja.. sesiapa pun, termasuk percakapan dengan Najib, Rosmah..

    Jaga-jaga..

    ReplyDelete
  26. Memang la tdm nak gulingkan najib, itu kita tau, itu bukan isunya. Isunya, tun tuduh zahid minta support tun gulingkan najib. Dua isu berkaitan, tapi berbeza. Itu pun tak paham? Apa hal nya dengan zahid ni? Ada PhD dalam komunikasi, tapi tak boleh nak communicate dgn jelas isu yg berbangkit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak zahid nak putar isu...

      Delete
    2. Nak jatuhkan Najib pun cara yang betul dengan undi tak percaya dan hantar memorandum.. ingat Tun guna senjata ke.. guna bomoh jawa ke..

      Delete
  27. Ajib dah bagi keijinan kpd wak nak jumpa madey..agaknye ape klentong wak jahid kpd najib?...adekah rakaman dah di tunjukkan kpd najib?....hehehe

    ReplyDelete
  28. Selepas beberapa hari baru wak jahid bersuara...dlm beberapa hari ni wak sedang bertapa mencari ilham bagaimana nak reka jawapan kpd tuduhan madey...maka lahir lah idea rakaman...hehehe..
    Kalo betul ade rakaman wak dah awal2 lagi cakap ade rakaman...tak perlu bertapa mencari ilham... Wak nak buktikan wak pon pandai temberang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan bertapa. Dia dok buat sembahyang istikarah

      Delete
    2. Pasal 230juta tu tak jawab pun??

      Macc pun ckp tadi tak akan siasat.kalu nk siasat pun mudah jer.periksa je balik rekod bank jahid sejak 15taun lepas..kannnnnn?

      Delete
    3. Hahaha isu forex berpuloh tahun pun boleh korek apalah sgt kalau nak siasat akaun bank zahid tu yg baru berapa tahun je

      Delete
    4. Sprm tu ape la keja depa..dulu dah kecoh isu 9.5juta hakim pieee buat dek jer lagi

      Delete
  29. Ini dia rakamannya :
    UNTUK BUKU SEJARAH TAHUN 6,Tahun 2090

    Tun: aku nak guling ajib!
    Jahid : Tidak sama sekali!!
    Langkah mayat aku dulu
    Tun : aku nak guling jugak!
    Jahid : Bukan mudah nak guling ajib.
    Dia ada keris taming sari,
    Jangankan nak guling,
    Nak ulinya pun susah!!!
    Tun : Aku ada keris separung sari,
    Jahid : Tak berbaloi keris tu..
    Aku nak balik dulu..
    Sekian jumpa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambungan :
      5 minit kemudian jahid berpatah balik
      Jahid :Wahai Tun, berikan aku keris
      separung sari tu.
      Betul juga kata mu Tun,
      Baik aku cuba dulu
      Bukan apa,
      Inilah peluang aku naik,
      Bukan bertikam berdepan,
      Tapi tikam dari belakang,

      Tun : Selamat mencuba,
      Tapi ingat,jangan kau
      persenda aku di hari muka.

      Delete


    2. Selepas bertanya khabar masing-masing dan berita dilantik sebagai TPM...

      Siapa antara Tun dengan Zahid yang bertanya apa tujuan dan hajat datang berjumpa ini?

      Najib pun sama bodohnya sebab biarkan Zahid berjumpa Tun. Apa muslihat Najib pulak?

      Delete
    3. Menipulah. Najib pun tahu zahid pi jumpa tun

      Delete
  30. Come on la..

    Ada lagi ke orang yg percaya si saksi palsu tu?

    Bukti gred A mana? Dari dulu setakat guna air liur je.

    Kalau ada jugak orang yg masih percaya cakap2 si saksi palsu tu...memang bangang abadi la jawabnya..kah kah kah

    ReplyDelete
  31. Baca posting terbaru blog Kadir Jasin. Depa dah jumpa cara nak bayar duit IPIC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lontaran kata kata Dato' Kadiaq agak 'lembut' sedikit .

      Outsyed the box lebih "straight forward " membuat olahan terhadap penerbitan bon olih BNM ini .

      Delete
  32. Ahmat Daroji ooooi...

    Sedangkan video itu cuma besi...apalah sangat dengan rakaman kamu tu...

    ReplyDelete
  33. Jika betul wujudnya rakaman tu,tentu tv3 dah putar siang mlm....
    Mcm kes penderma pak Arab,org mcm ni mendakwa saban tahuntak miss buat umrah di akhir Ramadan...ish..ish...
    Hanya org yg buta hati,akibat miskin ilmu saje yg percaya Zahid dgn bosnya......

    ReplyDelete
  34. Kalau berpakat dengan Zahid, sebelum bermula suruh dia tanggal baju seluar..

    Selak telur dia sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik kata gitu,
      jahid tu kan ilmu agamanya tinggi

      Delete
    2. Ilmu agama dia je yang tinggi , kepala hotak dia senteng ...

      Delete
    3. Betul tu pak diny, sama spesis ngan hadi..

      Delete
    4. tak payah la selak telur dia,aku rasa da hangus da telur dia kena masak dgn TUN

      Delete
  35. Rakaman suara tu tak dapat disiar
    handset kena serang virus
    maklumatnya dah rosak

    ReplyDelete
  36. heheheh..kahkahhkahh..tete hehehe..den TERGOLAK bosar berguling..guling tak cukup tanah bilo den dongar wak zahid komidi 'berkomidi'lagi.
    Tak lmo dulu dio ado citor,najib diberi dero oleh ramai keluarga pemimpin arab..bilo orang tanyo dio..siapo namo keluargo itu..sampai sekarang dio tak jawab.
    sekang ni dio kato dio ado bawa pito rakaman..keke heheheheh..Apo laghiiiiiiiiiiiii zahid dongarkanlahhhhhhhhh
    Kalu zahid jawo diporongo ni kaki penipu sampai bilo2 dio akan menipu..ELOKlah tu..sikaki penipu..bersamoa kaki perompak.

    Punah negara malaysia dibuekanyo.


    naj

    ReplyDelete
  37. Slm kawan2,jgn lupa kempen dgn kekawan,kasi pukul habis beeend dlm pru ke 14,tak sabar2 lagi nak memangkah PH ni

    ReplyDelete
  38. Bole jadi pelakon aku ingin jadi SPY VERSI 2017. Ganti mat sentul. Minta mana2 pengarah buat. Adui apa nak jadi dgn kabinet skrg dah takda ke yg siuman sikit. Suka dgr lagu nyanyian mat sent. Sure pecah punggung.

    ReplyDelete
  39. perumpamaan jerat dengan pelanduk.

    yang baik si pelanduk lah.
    yang jahat si jerat... habis semua jadi mangsa bukan pelanduk.. dengan badak, anjing kurap..

    ReplyDelete
  40. Ni perangai zahid..suka lempar bom..Kasi letup Sana sini..Kasi gegar..bila suruh kemukakan bukti Diam seribu bahasa..
    Sama dgn kes 4 tan sri Dan senarai ahli parlimen Masa kes undi tak percaya najib..ada senarai tp pah kesudah Tak tunjuk..hampeh

    ReplyDelete
  41. Apakah tujuan sesaorang itu,bila berjumpa seorang yg lain berdua dgn secara rahsia merakamkan perbualan mereka tak diketahui oleh sesaorang satu lagi////
    Baikkah orng itu//
    dalam masa yg sama sesaorng itu menjatuhkan maruah orng yg dijumpanya dgn keturunan orng itu///
    bagaimana orng itu declarekan depan orang ramai dia ada rakaman,tapi dia tak dengarkan rakaman itu//

    Nampak sangat zahid dah kantol..woi zahid kau ingat kakmah akan terima alasan ko,kepala perompak hanya tunggu mmasa aje nak nyahkan ko,INGAAAAAAT RM230JUTA..Trump card najib untuk ko.
    ko kena ingat..tauke ambank dah kena bunuh.
    altantuya..kena c4
    timbalan pendakaraya kena bakar dlm kereta..
    bukankah kes-kes di atas mengangu kekuasaan najib.
    berhati-hati kamu..bila nak naik kapal terbang atau apa2 keinderaan sekalipun kena chek ..

    k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak ye jugak dalam banyak2 tempat kenapa dibakar kat hutan melintang..kalau nak diikutkan tempat tu tak jauh dari bagan datuk tu...hmmmm

      Delete
  42. Kojola, Mr J dan Abd Ghafur tak masuk lagi. depa tunngu tengah malam baru masuk..sebab takut kena belasah..pengecut mcm najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih la tu semalam sehari suntuk mencarut marut.....pagi ni bini pulak suruh cuci kain baju n pingan mangkuk..naye betul cabar orang sana sini tapi takut bini hahahahaha

      Delete
  43. si jahid ni nak percaya ke?

    dia jugak dulu dah jumpa pak arab yg kasi derma tu......apa lagi temberang jawa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan pak arab tu takde pulak rakaman kan?

      Penipu besar dia ni...

      Delete
    2. Tak sume Jawa mcm tu bro. Aku pun Jawa juga. Mungkin sorang tu je kut.

      Delete
    3. bukan maksud aku jawa bro.....tapi jawa sekor ni.....org rumah aku pun jawa.....

      point taken bro.

      Delete
  44. Kentut kalu bunyi saja kuat tapi bau tarak, tak macho jugak.

    ReplyDelete
  45. Apa pun apa kata tunjuk dan siarkan rakaman tersebut untuk rakyat menilai siapa yang bercakap benar dan berbohong. Berani kerana benar takut kerana salah atau dia dah terjangkit syndrom menipu tahap mega bos besarnya.

    ReplyDelete
  46. Ahmad Zahid Hamidi, you asked Mahathir to not lie? That’s rich, considering you haven’t exactly been known as a square shooter. Take for instance your claim of having met the supposed donor of the do-nay-shun of US$681 million to Najib. Next point, when you make a private visit to someone and you tape-record — presumably secretly — your conversation with the person, then it shows you have a dubious character. Not that you have exactly been known as a paragon of honesty, of course. But whatever, how about sending a copy of your tape to shabudin blog? We all would love to hear who said what. Can do? If you decline to, then we'll take it that you have lied yet again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. den dah kato..cousin najib tengah waiting infront the door.hahaaha ekau zahid in hot soup...
      shamudinn..sekang tengahhhh'the hisham is cooking'

      Delete
  47. Rakaman tak leh disiarkan lagi. Kena tunggu hari selasa.

    ReplyDelete
  48. selain motor besar, suka kamera
    kemana pergi nak rakam aja
    tak rakam Tok Arab bila bermesra?
    kalau orang lain mesti teruja!

    bro Perak Man memanglah benar
    wak Jahid ngomong nampak tersasar
    pelbagai janji telah dimungkar
    nak lawan Tun nampak kelakar!

    ada ke rakam masa memukul
    ada ke darah ada ke benjol
    jerong serang ikan tembakul
    dijaring nelayan jerong pun kojol!

    ada tak rakaman tentang big mama
    pusing shopping seluruh Australia
    dengan anak naik sepeda
    wang rakyat,wangnya dia..!

    pencacai bangsat komen berulang
    macam production didalam kilang
    masuk ke Budin bertambah malang
    kena hempuk sampai ke tulang!




    mana ada, Tok Arab yang bangang
    2.6 BILLIONS dermanya senang
    tiada dokumen tak mahu tayang
    agaknya duit datang melayang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Kononnya cakap dengan tun ada rakaman
      Segala dakwaan tun adalah pendustaan
      Tapi dah berapa kali dikantoi akan penipuan
      Tak sedarkah dia rakaman Atid dan Rakib dikiri dan kanan?

      Allah maha mengetahui
      Janganlah kamu berdakwa dakwi
      Tiada satu pun perkara dapat kamu sembunyi
      Ditempat ramai ataupun ditempat sunyi..

      Delete
  49. Zahid masih terus menyerang Tun walaupun dia tahu masa depan untuk dia kekal sebagai TPM sudah berkecai.

    Ini lah sikap Zahid. Dia bukan serang Tun untuk jadi PM lagi atau kekal sebagai TPM, kerana sudah tentu Najib tidak percaya kan dia lagi, tetapi kerana itu lah darjat sebenar Zahid. Perangai yang tak boleh di beri kepercayaan langsung.

    Zahid suka mengendeng-gendeng asalkan dan dalam sekelip mata dia boleh berpaling tadah.

    Apa pun jangan di layan Zahid ini.. tumpukan serangan pada Najib dan 1MDB !

    ReplyDelete
  50. ini betoi-betoi aku rakam
    COBAAN........
    ini betoi-betoi aku rakam
    COBAAN........
    ini betoi-betoi aku rakam
    COBAAN......

    ReplyDelete
  51. REPUTASI WAK JAHID HANCUR


    NAK TUNJUK HERO NAK BODEK NAJIP



    REPUTASI JAHID HANCUR BILA CARI GADUH ORG TUA


    HISAPUDIN JUGAK NAMPAK JAGUH SEBAB TAK CACI ORG TUA


    NAHAS KO JAHID

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dia anak Hussin Onn. Mulut dia tak bau longkang.

      Delete
  52. Wak Jahid bisa jadi pelakon sinetron indon aja dong... waduhhh bakatnya luar biasa hebat!

    ReplyDelete
  53. Ada rakaman ke wak? Dedahkanlah.. Mesti Najib pun nak dengar kan..

    Kang Najib minta dengar rakaman tu dan kamu cakap kamu hanya kelentong dan tiada rakaman maka Najib akan gunanya sebagai alasan untuk pecat kamu.

    Alah wak Jahid, satu Malaya dah tahu kamu ni penipu tegar. Dah banyak dah..

    Kamu telah letakkan keredhaan Najib di atas kemurkaan Allah, maka bersedialah kamu apabila Najib jatuhkan keputusannya ke atas kamu.

    Sekarang saya ada satu lagi ramalan baru. Sebelum Najib tumbang seperti nangka busuk, Zahid akan tumbang dulu di tangan Najib.

    Ia adalah sebagai pengajaran untuk menunjukkan kebenaran hadith Nabi bahawa seseorang yang mencari redha manusia dengan murkanya Allah, maka Allah akan letakkan nasibnya kepada manusia itu.

    Amat ketara Zahid benar-benar di dalam panic mode yang amat sangat, sebab dia dah sedar pun bahawa nasib dirinya hari ini betul-betul di tangan Najib.

    ReplyDelete


  54. Rupanya Najib tak kisah kerana Najib pun nak kalahkan Tun. Jika Najib memusuhi Zahid, UMNO akan berpecah.

    Najib tidak akan biarkan ini berlaku. Beberapa pemimpin UMNO bersuara mempertahankan Zahid dan ini menunjukkan pemimpin UMNO bersatu walaupun ada kebenaran nya apa yang Tun katakan.

    Tujuan Zahid mengaku ada simpan rakaman bukannya untuk menyerang Tun tetapi memberi alasan kepada pengampu Najib untuk bersatu lawan Tun. Ini memberi mesej kepada ahli Zahid telah di fitnah oleh Tun.

    Apabila ramai pemimpin yang serang Tun dan mempertahan Zahid maka sudah tentu ahli percaya Tun berbohong.

    Keparat sama keparat sanggup bertolak ansur tanpa memikirkan apa sedang berlaku pada rakyat dan negara.

    UMNO mesti di tumbangkan supaya negara selamat dari kedua-dua keparat ini.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat yang sangat menarik dan saya pun setuju.

      Kedua-dua Najib dan Zahid punya otak penipu yang sama. Bukan saja kuat menipu tapi juga amat bodoh sehingga sampai ke peringkat mereka menyangka dan percaya orang lain yang bodoh dan mudah diperbodohkan.

      Tapi Najib ada satu kelebihan yang tiada pada Zahid iaitulah Najib yang akan memilih calon-calon di dalam PRU dan berkuasa melantik sesiapa yang dikehendakinya ke jawatan-jawatan penting yang diidamkan manusia berhati duniawi semata.

      Najib akan berpura-pura terima 'kantau' Zahid sehinggalah tiba masa di mana kantau Zahid tidak lagi diperlukan. Pada ketika itulah Zahid akan ditendang keluar tanpa sebarang harga diri.

      Pada masa itu kesemua pemimpin UMNO akan memilih Najib dan tinggalkan Zahid sebab Zahid sudah tidak mampu berikan apa-apa lagi kepada mereka, hatta orang-orang yang pada ketika ini sedang bergayut kepada Zahid juga akan tinggalkannya kerana sedar ia sudah tidak mampu berikan apa yang mereka mahukan (kesemua pemimpin2 yg masih tinggal dalam UMNO hanya mahukan habuan sahaja dan hanya Najib mampu berikan habuan itu dan Zahid tidak lagi mempunyai kemampuan itu).

      Kepada Najib, percayalah bermula daripada hari Tun M dedahkan mengenai pertemuan Zahid dengannya, Zahid sudah pun hidup dalam kesengsaraan. Kamu pasti menang terhadap Zahid, maka janganlah kamu susah hati tentang Zahid dan 'pengkhianatannya' ke atas kamu.

      Kepada Zahid, sekiranya kamu baru sedar betapa sengsaranya jiwamu hari ini maka ketahuilah bahawa Najib telah pun dan masih sedang merasai kesengsaraan itu, dan apabila kamu 'kalah' kelak di tangan Najib maka janganlah kamu bersedih hati sebab itu adalah sebahagian dari tanda Najib akan tewas jugak akhirnya. Sekurang-kurangnya Najib juga akan merasa keperitan ditewaskan sebagaimana kamu merasainya. Equal bukan.

      Itu hanya bicara kalah di dunia. Saya kira tak perlulah kita berbicara tentang kekalahan di negeri abadi kelak sebab fikiran dan jiwa kamu berdua hanya dunia semata-mata.

      Kamu berdua telah merasa kehebatan duniawi yang kamu sangat2 inginkan, maka bersyukurlah dan nikmatilah ia selagi masih ada.

      Bagi aku pula, mohon disimpangkan Allah daripada menjadi seperti salah seorang daripada kamu. Wal'ayazubillah.

      Delete
    2. Good job bro...

      Delete
  55. Waktu sudah lepas tgh malam.
    Sekejap masuk lah lembaga hitam.
    Kopi paste kerja dimain hentam.
    Lidah maki bagai jeram.

    Hantu Kojola tak tidur malam.
    Makan tahek low bertalam talam.
    Hati mati rohnya hitam.
    Akibat jilat jubbo jibby yg masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam ni semua lembaga lembaga hitam rehat...sebab bos bos konpius, sebab tertanya tanya sapa rakam apa di mana.

      Delete
    2. Bahaya tu. Tentu ramai yg dah takut nak dekat dan berbual dgn dia. Takut kena rakam. Mulai dari sekarang tentu ramai yg mengelak utk berjumpa dia.

      Delete
    3. Apabila Zahid dihentam geng A9 tidak akan bekap sebab mereka tidak mahu dilihat oleh Najib menyokong Zahid.

      Habislah Zahid. Ratusan juta di dalam akaunnya tidak akan mampu menghilangkan kesengsaraan jiwanya takukan Najib.

      Allahu..

      Delete
  56. Jangan2 zahid sebenarnya hantar signal pada semua ketua bahagian dan ahli majlis tertinggi yang dia ada rekod semua perbualan tak? Ramai tak boleh tidur kot malam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakaman perbualan dgn boss dia pun tentu ada juga kot. Kalau betul mampus le boss dia. Mesti kena ugut punya. Kecut telor.

      Delete
  57. Sebelum Zahid pergi jumpa Tun pun Tun sudah lawan dan mahu menjatuhkan Najib dan Tun selama ini pun tidak pernah menidakkan ini,dan semasa menjadi saksi kepada perbicaraan saman DS Mukhriz kepada setia usaha politik Najib baru2 ini pun Tun ada menyatakan yg beliau cuba menjatuhkan Najib sejak tahun 2014 lagi.Jadi apa kejadahnya si mulut herot ni buat rakaman pertemuan beliau dengan Tun??....
    ini bermakna simulut herot ni tidak jujur dan berniat jahat.Dan ini juga menunjukkan pertemuan ini diatur dengan muslihat yang sangat kotor.

    Dan satu lagi yang aku sanggat2 muskil.....jika benar seperti dakwaan Zahid yang pertemuannya dengan Tun diketahui Najib!!....saya ingin bertanya kepada saudara2 semua munasabahkah cerita Zahid ini ,sedangkan pada masa itu Najib sudah melawan Tun!!....untuk apa Najib memberi izin kepada Zahid untuk bertemu Tun??...lagi pun Zahid baru sahaja sepuloh hari dilantek menjadi TPM merampas kuasa dari TS Mahyuddin....dan TS Mahyuddin adalah penyokong kuat Tun...jelas disini yang cerita simulut herot ni tidak boleh dipercayai langsong.

    Kepada saudara2ku semua marilah kita sama2 berganding bahu menentang manusia durjana ini dan kuncu2nya sehingga kita berjaya demi Negara tercinta ini.InsyaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puok umno mana ada rasa muskil2...apa saja keluar dari mulut bijan meneran neran macam nak berak masa berceramah tu pakat angguk kepala macam pokka..(spesis mengkarung@sesumpah)

      Delete
    2. Sebab sambil meneran neran nak terberak bekempen tu bijan sertakan dengan kejutan" insentif khas" dan "bonus khas" kahhh kahhh kahh kahh

      Delete
    3. hahahah..simulut herot ni..mengulangi script yg diciptakannya dulu..bila najib lantik kerismudin menjadi menteri tugas2 khas..dgn pantas zahid komidi kata,,dia yg bagitahu najib dan suruh melantik kriesmudin sebagai menteri tugas2 khas.

      bila orang suka berbohong,dan terus berbohong sehingga terlupa,perkara yg dibohonginya dulu,adalah cerita yg sama.berbohong untuk menutup pembohongan yg lain...last last KANTOIIIIIIII.

      Delete
  58. 'cerita/jawapan balas zahid penuh dgn 'lubang'.

    peguam yg kurang pintar pun bolih menjerat nya dlm process 'cross examination' d kandang saksi.

    kita tunggu pula respon tun m sekembali nya drpd luar negara.

    cerita dia d minta meletak kan jawatan pun d putar belit nya n olah semula. pokok nya selaku ketua pemuda, dia lah 'front man' anwar dlm rancangan mereka utk menjatuh kan tun m ketika itu.

    saya perhatikan (d perbendaharaan) ,2/3 hari sebelum d pecat kelakuan anwar pd masa itu tidak keruan kerana dia mungkin udah mengetahui yg 'grand design' nya sudah terbongkar.

    ikrar 'palsu' taat setia nya kpd ketua tidak d endah langsung olih tun m.

    saya percaya, jika zahid tidak meletak jawatan, maka malapetaka yg akan menimpa nya akan lebih berat n dahsyat.

    respon kpd kenyataan tun m mengenai rm230juta masih tertanggung!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Zahid bagi alasan yang dia sedar dia telah menjadi masalah pada UMNO sebab itu dia letak jawatan.

      Tapi mengadu domba yang dia di paksa tanda-tangan surat menafikan dia tertekan menyebabkan dia letak jawatan.

      Belit macam ini pun orang UMNO percaya.


      Zahid berbangga dia masih dalam UMNO dan tidak tubuh parti baru. Tapi sembahyang istikharah untuk kepastian samada UMNO atau PAS. Pohraah.. sebelum sembahyang hati dah di genggam nafsu dunia
      ... itu pun nak buat istikharah !

      Dengan 230 juta mahu Zahid masuk PAS ..

      Kencing Macai UMNO bolehlah.

      Delete
    2. Salam Datuk,

      Read an article in Malaysia Chronicles this morning. Looks like Zahid has his tail on fire and has to cook up stories to show mahathir's hatred for him and to appear he is a good muslim in the eyes of PAS and poor kpg folks. Again an explicit show of desperation, tailing najib very closely.

      Delete
  59. Subuh dh tiba, kojola tak jelma.
    Bilik krisis jasa bakar pelita.
    Belum habis scorpene,Otaiba keluar,
    Emel Jho Low kantoi pula,
    Banyak lagi dlm media,
    Todak pulak diMalaysia,
    UmnoBnPas kambus sini,londeh sana.
    Sampai bila,Melayu Islam nk nganga.
    BNM canai bond cucu,bond disedia.
    Byk sgt pening kepala.
    Yg penting utama....

    MANA BUTANG BATU PINK Mah Jelita !?
    JAWAP LA KAJOLA,
    Jho Taik Low, OTaik Ba.

    Kerajaan taik sentiasa

    ReplyDelete
  60. Ini mesti jenis komodor bukan yang terdapat dalam semak dikampong2.hulur lidah mungkin dekat dg satu kaki.

    ReplyDelete
  61. Semakin dalam lubang yg hang korek zahid oii.Sendiri korek sendiri terjun lah.

    ReplyDelete




  62. Kopipes, Kejola, Mr J dan lain-lain menganggap kerana mereka lah blog Tuan Budin jadi popular dan hangat

    Kita pula kata mereka macam hantu Raya yang suka kacau orang dan meracau-kacau kat sini. Dan usaha mereka untuk sabotaj blog Tuan Budin.

    Mereka tidak ada modal atau idea yang menarik sedangkan yang sokong Harapan dan Tun sentiasa memberi pandangan yang mekar seperti bunga raya.

    Komen J sendiri sejak akhir-akhir ini sudah kendur .. Kopipes atas kopipes dan kopipes, sampai 3, 4 kali. Sekali kopipes sampai 6 artikel, berjela-jela.

    Mereka akan kembali. Tapi adakah kembali dengan berwajah baru atau berwajah Hantu Raya juga ..?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mereka kembali..

      Imej yang sama saje..

      Kojolla, berambus kikiki dengan lucahnya..

      Unknown sahabat dengan kopipesnya..

      Mr J dengan menegak kan benang yang basah,beliau saje yang ensem..org lain hodoh dan DAP..DAP..DAP..

      Delete
  63. Zahid yg sama kata dah jumpa penderma Arab...
    Zahid yg sama kata ada rakaman..
    Jebat kata dia ni = Timbalan Penipu Malaysia

    ReplyDelete

  64. Zahid mesti ingat, Najib ada Rosmah. Bini Zahid tak setanding Rosmah.

    Kalau betul Zahid nak cuba nasib mengantikan Najib secepat mungkin se belum Najib tendang Zahid, Zahid perlu melibatkan bini dia sekali.

    ReplyDelete
  65. Wak Johid ni dah kantoi lobang isu jumpa arab dan kes IC Tun masih, lagi ingat rakyat Msia bodoh sangat nak percaya dia ke... jgn ingat orang kampung mudah diperbodohkan Wak !!!

    ReplyDelete
  66. Orang Bagan Datoh semua dah tahu Wak lobang....

    ReplyDelete
  67. Jap....jap.....jap... kita tunggu saleh said keruak komen hehehe

    ReplyDelete