Saturday, 15 July 2017

SAMPAI ELAUN GURU PELATIH PUN KENA MANSUH, DUIT GST RM40 BILION SETAHUN PERGI MANA?


Perdana Menteri, Najib Razak selama ini begitu marah dan tersinggung   apabila ada dakwaan bahawa Malaysia di bawah kepimpinannya adalah negara yang gagal atau selalu disebut sedang menuju kepada bankrap.

Kata beliau, mana mungkin semua itu berlaku kerana asas ekonomi negara masih utuh, pertumbuhannya berkembang dengan baik dan Malaysia masih menjadi antara tumpuan pelabur asing.

Dengan Bank Negara meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi antara 4.3 hingga 4.8 peratus, Kementerian Kewangan pula menjangka kadar KDNK tahun ini boleh mencecah 5.0 peratus, berbilion pelaburan daripada China mencurah datang di samping pelbagai penilaian lain yang bersifat positif, Najib selalu mengatakan andaian negara gagal itu bukan saja tidak benar, malah berniat jahat.

Dengan kata lain, berdasarkan semua gambaran itu, negara tentulah mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.

Puak-puak pembela Najib pup selalu menepis tanggapan negara gagal atau menuju bankrap itu dengan mengatakan McDonalds dan KFC selalu penuh, musim Hari Raya di Jalan Masjid India sesak seperti biasa, Tesco serta Mydin tetap dikunjungi ramai dan setiap kali musim perayaan, lebuhraya padat dengan kenderaan.
Lebih dari itu, kata mereka lagi,  Najib juga adalah pemimpin terbaik dalam menguruskan negara ini berbanding yang lain-lainnya.

Hehehehe.....lawaknya!!

Jika begitu, adakah berita terbaru yang mengatakan elaun untuk pelatih guru yang mengikuli latihan di IPG akan dimansuhkan pada tahun depan dan mereka diminta memohon pinjaman PTPTN, bukan satu lagi petanda bahawa negara kita tiada wang dan boleh ditakrif sebagai gagal?

Selain elaun yang akan dimansuhkan mulai tahun depan itu mengejutkan ramai ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka pada ke IPG pada minggu lalu,  elaun yang diterima untuk tahun ini iaitu tahun terakhir diberikan juga berkurangan menjadi RM430 saja sebulan berbanding RM650 sebulan sebelum ini.

Berapa sangat jumlah pelatih guru pada setiap tahun sehingga bebannya terasa sangat besar bagi kerajaan untuk menanggungnya sedangkan bakal-bakal guru ini memainkan peranan penting menyumbang dari segi pendidikan kepada anak bangsa?

Bukankah pelatih-pelatih guru itu apabila menamatkan pengajian, mereka akan terus berkhidmat dengan kerajaan sehingga pencen?

Jadi, apa masalahnya meneruskan pemberian elaun pengajian dan sara hidup seperti sebelum ini berbanding menghendaki mereka meminjam dengan PTPTN yang hanya menyebabkan mereka sudah  pun menanggung hutang sebelum menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan?

Kenapa sebelum ini, elaun itu boleh diberikan, malah ketika era kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang dikata paling lemah dan tidak tahu apa-apa itu pun, ia tidak pernah dihentikan?

Mana perginya semua wang dalam negara kita sekarang?

Siapa yang boros dan kuat berbelanja?

Mana juga perginya tambahan RM40 bilion setahun yang dikutip melalui GST sejak cukai itu diperkenalkan oleh Najib?

Kenapa sebelum adanya GST yang bermakna tiada tambahan RM40 bilion kepada negara, elaun pelatih guru sentiasa dapat diberikan?

Tidak cukup lagikah tambahan RM40 bilion itu serta wang berbilion-bilion lagi yang kononnya datang dari China untuk memakmurkan negara, yang sebahagian kecil penerimanya ialah bakal-bakal pendidik anak bangsa?

Kalau bukan negara gagal atau sedang menuju bankrap di bawah pimpinan Najib, gelaran apa lagi kita mahu panggil  kerajaan sekarang?

Kepada guru-guru, bakal guru, guru pencen, ibu-bapa kepada guru, ibu-bapa bakal guru, anak guru, menantu guru dan segala yang berkaitan dengan guru, inilah masanya untuk menukar kerajaan kerana hanya kerajaan baru nanti akan mengembalikan segala elaun dan kemudahan itu seperti yang biasa diterima sebelumnya. (ShahbudinHusin 15/07/2017).

109 comments:

  1. nanti macai ckp duit gst,cukai itu ini semua masuk kocek kroni TUN.hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau pun disonglap oleh kerajaan DAP Penang...haha

      Delete
    2. Dalam situasi ekonomi meruncing, pelabur asing cabut lari, kilang di sana sini gulung tikar, peluang pekerjaan di kerajaan langsung tak ada..boleh2nya Najib Rosmah bergoyang gambus zapin menjamu selera disiarkan secara langsung di tv.

      Saya baru sat suruh isteri saya tukar channel tv2 atau terus tutup agar tak membazir karen.

      Delete
    3. .
      .
      mohon berambus yg setuju elaun dipotong... kena check semua kolej komuniti, kolej2 budak2 miskin yg dapat sara tp dipotong, duit2 kebajikan yg dihentikan, duit segala bantuan... telan ke mana duit gst, duit saman, duit cukai2... calako botul...
      .
      .

      Delete
    4. Hutang dah melebihi pendapatan , itu sebab sentiasa tak cukup.

      najib dgn kerajaan pulak belanja boros, duit negara diorang buat macam duit bapak diorang.

      Ditambah lagi songlap dan rasuah menteri2 dan kroni2 umno.... mampos.

      Yang jadi mangsa rakyat, haha gi laaa undi umno lagi !
      Padan muko.

      Delete
    5. Ini nasib negarawang MO1. Terpaksa ikut cakap dan kehendak bini yang melampaui batas.

      Najib lambang lelaki ditunggang oleh bini. Macam kaldai daaa..

      Yeeeeeeeeeeiiiiiiiehhhaaaaa!!!!!

      Delete
    6. Setiap hari bayar GST,
      Elaun guru pun habis dicuri.

      Duit ditabung penipu kuat,
      Rosmah Mansor pemboros sangat.

      Curi duit guna GST,
      Potonglah elaun Najib sendiri.

      Elaun Najib nak cuti meletop,
      Elaun guru nak sara hidup.

      1MDB berhutang audit tak tahu,
      Jangan MO1 kelepet cikgu.

      Rosmah Mansor kuat shopping,
      Curi duit guru mati kena guling!

      Delete
    7. Aaiiiikkk.....ni teman pelik bebenor ni.....patut dgn kutipan GST yg berbilion2 dan subsidi itu ini ditarik pon kita masih tak cukop duit nak tampung elaun guru pelatih???

      GST 2016 yg dikutip ialah sebanyak RM41.2 bilion.....patut GST ni jadi pendapatan tambahan pada najib.....errrr sori....pada negara.

      Patut zaman Tun M kita lebih susah dari sekarang sebab masa tu tak der kutipan GST. Walau Tun M tambah peruntukan bajet dalam pendidikan, perubatan dan bagi subsidi2 yg lain tapi kita tak pulak rasa susah.

      Tapi sekarang.....negara ada satu sumber kewangan tambahan baru yg besar.....yg bersumberkan dari rakyat tapi pelik kenapa rata2 rakyat bawahan rasa terhimpit dgn kos hidop????

      Bukan ke bila ada collection yg berbilion2, rakyat dan negara patut jadi mewah dan selesa????

      Mana peginya berbilion2 tu??? Apa Malaysia ni ada bela toyol ke duit boleh hilang lessapppp???

      Orang kata kalo nak tangkap toyol...tangkap tuannya dulu yeooopppp........

      Delete
    8. insha allah bro.
      tak lama lagi tak cukup tanah la tuan toyol tu nak lari.
      sekarang sitoyol tu da terperangkap kat kapal akunakmati dan da takde tempat lagi dia nak pergi.

      Delete
    9. Hermmm...si semah ni tak habis2 nak berhibur.harap haji hadi nasihat sikit kat rakan seguru dia dari umno tu.kate nak jadi penasihat

      Delete
    10. Kerana seorang cina bernama jho low....habis porak peranda negara malaysia

      Delete



    11. BUKANKAH KAMI UDAH BERKALI KALI SEBUT


      JUNE - NOV


      NAJIB TAK DE DUIT


      BAJET 2018 ...MAMPOS KITA



      SEMUA POTONG

      PROJEK MRT PUN KENA KERAT
      ( JUAL LAH G KENT / JOHAN BHD)


      YA TAK YA KITA DI AMBANG BANKRAP

      Delete
    12. Kata ekonomi baagusss.....
      Pelaburan masuk bilion2....
      Duit kerajaan cukop.....
      GST dibelanjakan untuk rakyat...
      Tidak ada berlaku money laundering.....
      Janji ditepati.....
      Prihatin kepada rakyat.....
      Rakyat didahulukan.....

      TAPI kenapa.......

      Hutang negara naik tinggi macam gunong.......
      Nilai RM jatuh menjunam.....
      Banyak subsidi rakyat ditarik...
      Bajet perubatan dan pendidikan rakyat dikurangkan.....
      GST dikenakan atas rakyat....
      Banyak kilang dan company tutop sana sini.....
      Pekerja ada yg dikurangkan dan dibuang........
      Jawatan2 pekerjaan banyak dibekukan......
      Elaun guru pelatih dimansuhkan.....
      Rakyat disuruh berjimat....

      BRIM dinaikkan tapi benda lain dipotong.....sama jugak tangan kanan memberi tangan kiri mengaut.

      Tolak campor akhirnya duk ditakat itu jugak.....ini macam kata ekonomi baik dan kukuh?? Apa bangang punya statement ekonomi baagusss......

      Delete
    13. BUDIN tak elaun tu dongki kesumat hehehe, BUDIN BUDIN tak do kojo lain hanya menghasut jo la kojo ko tu.

      Delete
    14. Anon 8.05,
      Ekau pulak kojo menjilat, mengipeh, menggosok lanun yo. Kojo melantak dodak yo. Diumpan sikit dek orang kau pun cair jadi pak turut.

      Apo yang dicakap dalam tv3, yang kelua lam utusan sumo ekau pecayo. Tak adola ekau nak cari bongkar habih cerito luar dalam boto2 dulu. Apo yang dikobaan dek orang, itula yang kau tolan bulat2. Mampuih kau jang dijual dek orang.

      Hihihihihi

      Delete
    15. Layan anon buat abih boreh jo

      Den dah sorik ama bang najip

      Malaysia ni tunggu masa jer..

      Kam dah baca bajet 18' ..

      DUIT PINJAM.CHINA JEPUN ..

      AMERIKA HARAM TAK BAGI DAH. MALAYSIA BLACKKISTED DI NEW YORK WALL STREER NASDAQ..

      KOMUNIS CHINA AKAN BAGI BYK SPT MANA VENEZUELA DAPAT..LAGI BYK..

      SIAPA ADA BUKU KOMUNIS..NAK BELAJAR MACAM MANA CHINA BOLEH KAYA MEWAH..

      Delete
    16. Bohong tahap nak mampos, itu lah kerja umno. Mereka bukan nak bela rakyat tapi bela najib. Tanpa najib malaysia akan lebih maju kerana tidak ada lagi yang nak menyamun.

      Delete
  2. .. isu begini sepatut nya dapat mempengaruhi bukan sahaja ibu-bapa atau sanak-saudara.. kerana guru satu pekerjaan yang mulia kini menjadi mangsa J Low...

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kalo pelath daripada kementerian lain seperti jururawat, pelatih perubatan, dan pelbagai pelatih lain tidak dapat alaun mama adalah TIDAK adil hanya pelatih guru saja yang dapat Alaun...

      Delete
    2. JOM SABOTAJ SAMBIL BUAT DUIT


      SATU KELUARGA SATU US DOLLAR


      1USD = MYR 4.296

      URUS KEWANGAN PUN TAK RETI

      LEBIH BAIK BAGI ITU RAFIZI

      NANTI RAKYAT DERITA DAN MATI

      NAJIP SERONOK SAKAN GOYANG KAKI

      Delete
    3. Adakah sama pelatih2 lain dengan mereka yang menghasilkan pelatih lain itu sendiri? Lebih adil dan saksama sepatutnya cikgu gaji lebih dari PM sendiri!

      Delete
  3. Bukan saja masukh elaun guru pelatih tapi skrg depa dok pujuk guru / kakitangan awam buat potongan gaji untuk byr zakat, dah nampak kebuluk sangat duit pekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu juga jadi mangsa bayar income tax yang bukan² je....setiap bulan!!!

      Delete
    2. Patutnya PM dan menteri2 potong gaji deme 10%-20%.....dan kurangkan perbelanjaan untuk majlis2 keraian.......bukan potong peruntukan untuk rakyat khususnya yg berkait dgn pendidikan dan perubatan.

      Delete
    3. pm kan billionaire,potong je gaji dia sebanyak 50%.

      Delete
  4. Shahbudin...sudah-sudah buat fitnah baruuu.... ingat sama kita ni tak tau ajal nak sampai bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meminjam posting bro john doe di blog Kluangman berhubung kait dengan perjuangan kita membasmi pemerintahan tak amanah & pembohongan.

      Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)

      Berjuang terus berjuang Without Fear And Favour..!!

      Salam perjuangan dan HIDUP PAKATAN HARAPAN...!!

      Delete
  5. eh!ada orang baru keluar dari gua la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrr......gua ke atau lobang jamban bro???

      Delete
    2. Mesti baru balik dari ostolia tu...sb tu tak tau hape hal kat sini.

      Delete
  6. Anon 22:58

    Di mana silapnya Shahbudin . Dia hanya menyampaikan serta menyedarkan apa yang sedang berlaku .

    Dari berita yang di paparkan dapatlah di harapkan tindakan yang lebih prihatin bolih diambil . Jikalau nak harapkan berita sebegini di terbitkan serta dihebahkan melalui akhbar harus perdana juga tv 3 dan RTM , sorry la .... jauh panggang dari api .

    ReplyDelete
    Replies
    1. .. anon 22 58 tidak memuliakan guru-guru yang telah mengajar dia dan anak-anak dia .. macamana keadaan pelatih dan guru menjalankan tugas tanpa duit yang mencukupi ...seperti kerani yang kerap monteng dan mc ..

      Delete
    2. diny yusof, esq

      Sdra Budin & Kluangman patut terus disokonmg di atas kegigihan berjuang tanpa mengenal lelah dan takut. Tahniah kepada mereka berdua.

      Delete
  7. Fitnah apa nya..tak baca surat khabar ke? Utusan tak siarkan kan ke? saya cadangakan baca lah Malaysia Kini .. berita Terkini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hari , tidak kira hujan atau rebut petir , aney tetap menghantar langganan surat khabar saya selalunya tepat pukul 6 pagi .

      Tetapi yang kamu cadangkan baca Malaysiakini tu ngapa ? Bukankah Malaysiakini tu dari segi penyaluran berita sama saperti yang di lakukan Budin ?

      Delete
    2. bro diny yusof...

      Diberitakan Bapak Talibarut Najib Rosmah,RPK sumber utama Kejora mendapat bahan kena gam mulut oleh pihak polis UK.
      -------------------------
      Raja Petra warned by UK police to stop harassing SR editor. July 15, 2017

      Police in the UK have issued a notice to Raja Petra Kamarudin that an allegation of harassment has been made against him by Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown.

      A report in Malaysia Today said the notice was served on him yesterday, and that he was told that he would be arrested and charged in court if he wrote any further articles about her or mentioned her name in any article.

      The notice served on him says that the sheer volume of articles regarding Clare Rewcastle Brown have been deemed to be harassing due to the abusive communication.

      Salam Perjuangan.

      Delete
    3. Elok sangat Raja Kapor itu diajar.
      Dia sesuai duduk korea utara.

      Delete
  8. Anon 2258 yang buruk dan zalim yang kerajaan kena kan pada rakyat semua kau cakap fitnah, bukak sikit otak tu, lagi parah bila tiba zaman anak cucu kau kalau macam ni punya kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2258 tu pemakan dedak patutlah buta kayu.

      Dia bukannya reti melayu pun.

      Nak bezakan diantara fakta dan fitnah pun tak tahu.

      Elok pi tengok cerita kartun kat tv tiga suku sajalah weiiiiiii...

      Delete
    2. Aduhhhhhhh..

      Memang aku tak paham sungguh sikap caiiii caiiii umno kekal mati ni.

      Sampai ke tahap elaun anak2 sendiri nak pi belajar jadi cikgu nak kena potong pun masih cakap OK Jugak lagi??????? Masih nak ckap agenda buruk pembangkang jgk ????

      Tak dapat ditafsir lagsung otak diorang ni.

      Tapi kini sudah jelas..sekadar politik perkauman yang menjadi pedoman mereka.asal melayu semua beres.

      Biar orang melayu melingkup,tersungkur,merempat,dihina,mintak sedekah,miskin semua tkde hal asal melayu bijan kekal jadi pm

      Phuiiiiiiiii

      Delete
  9. Mana pergi wang negara kita sekarang ni?
    -bantu fakir miskin
    -bantu anak yatim
    -bantu golongan golongan asnaf yg lain
    -bantu petani
    -bantu nelayan
    -bantu peniaga kecil
    -bantu orang kurang upaya
    -bantu peneroka felda
    -bantu kakitangan kera jaan
    -bantu orang kampong
    -bantu orang tua tua
    -bantu budak sekolah
    -bantu pemandu teksi
    -bantu pelajar universiti
    -bantu penjenayah
    -bantu perompak
    -bantu penyamun
    -bantu penyangak
    -bantu pemakan DEDAK
    perghhhhh jenuh...lagi mau tanya mana pegi wang negara?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantu kroni naik haji..

      Delete
    2. Duit denda Bank Negara sampai laa nie tak berbayar, ungkal tak hormati undang-undang atau memang dah kering,,,,,???

      Delete
    3. Aaikkkkk....kutipan GST berbilion2 pon tak der duit nak bayar denda BNM ke????

      Delete
    4. .. berani gabenor keluarkan notis tuntutan hutang ? ...

      Delete
    5. Aikkk operasi kutipan tertungak lhdn cecah billion2 mane pegi???

      Kutipan saman trafik berjuta2 mane pegi???

      Nanti ada pulak tambahan kutipan cukai hotel nak bagi sape juta2 tu nanti??????

      Takkan Nak buat hantar imam,jkk,ajk masjid,penghulu,ketua kampung yang pro umno gi haji lagi kotttt????

      Delete
  10. sejak najis jadi PM, semua undang2 tongang tebalik di buat nya. Duit songlap bond 1mdb (aka duit haram) di guna untuk taja pergi haji kerana nak pancing pengundi kampung. yang haram jadi halal. habis undang2 agama pun di langgar nya. Naji ni betul2 sialll.

    ReplyDelete
  11. bodohnya melayu2 macai DAP ni... isu elaun guru pelatih belum berlaku pun... baru cadangan... nape tak ulas penyelewengan wang BNM RM30Billion zaman mahathir??? penyelewengan wang rakyat di Penang utk banglo no swimming pool.... penyelewengan wang rakyat di selangor oleh Azmin dan konco2nya... semuanya dah berlaku lengkap dgn bukti2 yg sahih... bodohnya melayu2 yg sanggup jadi penjilat lobang taik kafir2 DAP PKR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pi lah jilat cokelat kat jubur najib

      Delete
    2. Kalu ada bukti dah lama azmin kena masuk court. Temberang la sampai esok pagi 00.05 lembu pun tak percaya dgn kau.

      Delete
    3. Anon 0005.

      Apa yang sahih nya , tolong jelaskan .

      Forex loss ... Najib kata nak tuboh RCI ... kau cuba Tanya kat Najib bila lagi ??

      Kisah bangle no swimming pool ... the case in the court now . So let the court make the decision . Don't you trust this court of law which apparently under the control of Najib .

      Penyelewengan wang rakyat Selangor ... mana , mana buktinya ?? Kau cakap ikut sedap lidah je .
      Adakah bukti penyelewengan wang rakyat di Selangor itu se sahih kehilangan wang lebih 100 juta ringgit milik KBS ?
      Adakah bukti penyelewengan wang rakyat di Selangor se sahih skandal Jabatan Air Sabah ? Sehinggakan di dalam almari , gerobok serta bawah tilam pun terjumpa wang .
      Adakah sesahih 42 juta wang SRC yang masuk akaun Najib .

      Janganlah kau senang senang menuduh kami ni melayu bodoh .. Buktikan diri kamu itu lebih bijak dari kami . Kalau setakat ada duit BRIM saja di dalam poket , tak usah pandai memperbodohkan kami .

      Delete
    4. ..kalau pakai otak yang berfungsi dengan baik .. cadangan itu dari mana? .. GST kutip 40 billion .. kata ekonomi baik .. dalam keadaan baik dan 40 billion .. boleh buat cadangan potong elaun .. Bangang.

      Delete
  12. Ikut la nasihat mat maslan, makan nasi goreng tanpa gst. Goreng dalam kuali besar boleh share 8 orang. Jangan lupa hias dengan timun...lepas grad nanti buat 2 kerja, sambil mengajar sambil jual nasi lemak atau bawak uber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sampai ada menteri goblok terlepas cakap kalau tak berduit suruh kita makan dedak ayam...SELISIH...!!

      Delete
    2. Menteri bodoh tu dah lama bisu.

      Delete
    3. Tulah kalo dah overdose Vitamin B = Bangang.

      Delete
    4. Menteri yang digelak orang pasal lari bila ditanya soalan.

      Pengundi Menteri ni patut malu pada anak cucu.

      Delete
    5. Apa agaknya nanti jawapan tahap dedak si anak keruak atau nazry padang rengas tu...harap mereka jawab pakai otak kali ni bukan pakai kepala lutut.

      Delete
    6. Jangan nanti ada pulak menteri yg berfikir terlalu jauh dari luar kotak berkata kalau dah tak ada duit jangan makan la...

      Delete
    7. Jangan nanti ada pulak menteri yg berfikir terlalu jauh dari luar kotak berkata kalau dah tak ada duit jangan makan la...

      Delete
    8. Kepada kawan dan lawan....
      Tolong pesan kepada anakcucu sampai hari kiamat...JANGAN LAGI LANTIK ME NJADI KETUA KEPADA ORANG TAK HABIS SEKOLAH .
      INGAT SAMPAI BILA BILA.

      Delete
  13. hacklesson2349
    Najib menggunakan sepenuhnya apa yg telah disediakan utk nya oleh mahathir mohamed, abdullah bedawi tak sempat sbb belum siap sepenuhnye masatu, tu pon budak tingkat 4 dpt 100 jota dah. tapi mahathir macam nak tebos dosa nampaknya skang ni....ermmmmm mudahan mudahan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dosa apa tun buat sampai besar sgt nak kena tebus?..
      Semua yg Jadi sebab najib Tak Ada kena mengena ngam tun..
      Kalu nak salahkan org,yg patut disalah tun razak..
      Kalau malam tu dia Tak buntingkan Bini dia tak terhasil malaun bernama najib razak..
      Sikit2 salah org,org lain buat tahik,org lain yg ko salahkan..
      Ada otak komen guna lutut

      Delete
    2. Apolah dibuntingkan anak sial yang curi elaun guru? Padan pun anak sial ni takdo ijazah tak pass exam!

      Delete
    3. Knape dia org tak salahkan Queen Elizabeth...yg masih ada lagi, kalau tak jadi Queen ari itu British tak payahpun perintah Malaya...tentu org Melayu masih bersultan tak perlu kecoh mcm skrg ni.

      Delete
    4. .. Razak tak salah ... Queen Elizabeth tak salah .. yang salah Najib syok pada Rosmah bini orang .. karma .. yang menyusahkan rakyat ..

      Delete
    5. Apa keistimewaan Rosmah tuu sampai Najib sanggup tebus talak dan menceraikan isterinya yg tak berdosa? Ayu,..cantik..seksi..manis..ketat..?? Setahu kitorang, dia dah beranak-pinak & dua X menjanda. Lain ler kalau Ziana Zain, Erra Fazira atau Siti Nurhalizah. Entahhh, tak masuk dalam benak betul..!!

      Delete
    6. .. tak silap Rosyam Nor bertanyakan soalan pada Najib sebab terpikat pada Rosmah .. tak pasti pulak jawap Najib .. kalau tak silap Najib kata senyuman .. itu je ... pasal senyum sampai sanggup tebus talak ?

      Bagaimanapun bentuk fizikal Atlantuya dan Ziana Zain menunjukkan citarasa yang jauh .. tak padan dengan 'kerana.senyuman' ...

      Delete
    7. Caiiii pembodek rosyam tu

      Delete
    8. pasal nakkan semah sangat lah dia sanggup membayarnya(tebus talak).nah sekarang bila ada kuasa dia ingat semua orang boleh dibelinya..hanya yang bongok boleh la...

      Delete
  14. Perkembangan ekonomi 4-5‰ dan KDNK 5.0%‰ adalah sumbangan terbesar ekonomi Selangor dan PP, kalau tidak akan melingkup kepada sekitar 3‰..

    Rakyat samada berbelanja mewah atau sebagainya adalah hasil usaha rakyat dan bukan bermewah dari rompakan atau aktiviti perlanunan.

    ReplyDelete
  15. Tah...aku pun heran...
    Mana perginya Duit kerajaan Ni..
    GST kaut berkata2..
    Cukai pendapatan pun bukan main calang2..
    Duit minyak walaupun susut masih dapat..
    Nak kata guna utk projek mega..satu projek pun tak nampak..yg Ada semua projek Ali baba Kat China..
    Peruntukan kewangan kementerian semua kena potong..
    Subsidi semua dimansuhkan..
    Kekadang Kesian Kat Anak muda..Tak habis belajar lg dah kenal hutang,
    Habis belajar br start kena dgn gaji berapa sen dah start byk hutang..
    Bila ramai yg muflis,kata rakyat Tak reti handle Duit..
    Camner rakyat nk pandai bila gomen sendiri pun gqgal uruskan Duit..
    Ada Duit bg Bini joli Sana sini..
    Takder Duit pinjam Sana sini..
    Tak boleh pinjam,gadai/pajak tanah..
    Oh Malaysiaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai...macamlah tak faham, bukankah baru balik dari bercuti dari Bali & Australia...rombongan keluarga serta konco-konconya satu jet mewah rasmi kerajaan pulak tuu. Menginap di bilik suite termahal bukan calang2, taraf bilionairw presiden Donald Trump. Itu belum lagi nyopping sakan Rosmah. Mana tak kering kontang perbendaharaan negara.....???

      Delete
    2. OH YA..APA KESUDAHAN & PERKEMBANGAN PENYELEWENGAN/RASUAH INI?

      Penahanan pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbulkan persoalan tata kelola dana jabatan kerajaan diuruskan, lapor akhbar Malay Mail.

      Suspek berusia 56 tahun yang menjadi dalang menggelapkan kira-kira RM100 juta dana kementerian sejak enam tahun lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Kajang pada Jumaat.

      SPRM menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.

      Antara barang mewah lain yang dibeli dengan dana gelap tersebut ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.

      Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.

      Lapan kontraktor termasuk seorang wanita ditahan kerana didakwa bersubahat dalam kes itu.

      Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata dana itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan bayaran dibuat kepada 14 syarikat yang dimiliki kontraktor dan RM14 juta kepada akaun peribadi suspek.

      Azam berkata suspek sudah menyalah guna dana sejak 2010.

      “Tetapi dia mungkin melakukan perkara itu lebih awal melihat penglibatannya dalam KBS sejak 1998 dan memegang jawatannya sejak lapan tahun lalu,” katanya.

      Menjelaskan modus operandi, Azam berkata penjawat awam itu akan memastikan bayaran dari MSN disalurkan kepada syarikat untuk projek atau penganjuran program kementerian.

      “Tapi sebenarnya, projek itu tidak dijalankan. Dalam sesetengah keadaan, projek tidak wujud tetapi wang dibayar,” katanya.

      Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.

      Delete
  16. Tanya Menteri 3.85
    "GST...pasti harga barang turun!...."
    "Tak kan PM sebodoh tu!...."

    Mana pegi Menteri 3.85?
    Mana anjing Pasir Salak?
    Mana burung kruak?

    Mana anak cucu kita nak belajar?...
    Elaun guru pelatih kena tarik...
    Peruntukan Universiti kena potong...
    Tak lama lagi elaun guru dan gaji guru pun akan kena cantas...

    Dimana PELABURAN insan kita kalau segala macam peruntukan untuk pendidikan kena potong?

    GST untuk bayar hutang ke?

    Pegi mampos MO1...

    MrJ...elaun kamu pasti naik...

    Gendus!...

    ReplyDelete
  17. .. bukan sahaja pelaburan dari China .. termasuk dari India ... dan Pak Arab ... adakah kerajaan juga mengambil langkah yang sama dengan membekukan kursus-kursus latihan jabatan-jabatan kerajaan .. lawatan sambil kerja .. mesyuarat di luar kawasan ... elaun-elaun Pegawai kanan ... elaun ahli parlimen ? ..

    ReplyDelete
  18. Ketua kita ni mmg ikut peribahasa lama ' biar rakyat papa asal ente sekluarga bergaya'...

    ReplyDelete
  19. Tuan Budin ,

    Memang benar kerajaan telah Berjaya mengutip sebanyak 40 billion menerusi GST . Wang sebanyak itu memang tidak memberi kesan kepada perbelanjaan Malaysia .

    Ingatkan kembali ketika pembentangan bajet yang lepas . Terang dan nyata berlaku kekurangan sebanyak 40 billion . Jadi jika sungguh bagai di kata tentang kutipan 40 billion GST itu , ia hanya cukup untuk menyeimbangkan bajet saja .

    Bagaimana pula dengan USD 600 juta atau 2.5 billion yang terpaksa di bayar kepada IPIC sebelum hujung bulan ini ? Bagaimana pula kisahnya keatas pembayaran yang sama jumlahnya kepada IPIC menjelang hujung tahun ini ?? Bagaimana kisahnya bond USD 3.5 billion yang di ambil alih dari IPIC ? Di khabarkan 'bunga' keatas bond itu sekitar 5.9% setahun atau sekitar hampir 1 billion .

    Dari situ , berani saya katakan kantong MOF telah kosong . Kerajaan Malaysia sekarang ibarat "kais pagi makan pagi , kais petang makan petang "

    Tentang cerita pelaburan beratus ratus billion yang masuk ... cuma omong kosong , hanya sat pembohongan bertujuan menyedapkan telinga mendengar .

    Pelaburan apa dan bagaimana yang dikatakan olih Najib itu ?? Adakah pembinaan MRT , Forest City atau pun TRX Signature Tower itu di katakan pelaburan . Jikalau itu yang di maksudkan , saya cadangkan Najib serta punaisihat dia pergi sekolah semula ... belajar apa itu " corporate investment studies " .

    Ambil contoh pembangunan TRX Signature Tower 101 yang dijangka siap pada tahun depan . Saya pasti , apabila siap , Najib ( jika masih ada ) akan terhegeh hegeh melaungkan betapa hebatnya dia dapat melaksanakan projek mega itu .
    Apa yang kebanyakan rakyat tidak tau adalah , ia tidak membawa untung yang bolih dibanggakan kepada Negara ini . "Development right" untuk pembangunan ini telah pun di jual kepada Mulia Group milik salah seorang taikun cina Indonesia pada harga 665 juta ringgit . Itu saja pulangan yang nyata di perolihi olih Malaysia . Iaitu dengan menjual tapak pembangunan kepada syarikat luar .
    Dengan anggaran GDV sekitar RM 3.5 billion , saya percaya modal pembangunan akan di dapati dari dalam Negara ini . Sebaliknya , bolihkah kerajaan memastikan segala keuntungan tidak dibawa keluar dari sini ? Kalau inilah yang dikatakan pelaburan dari luar , saya kategorikan dia sebagai pelaburan hampas !

    Apa yang kita perlu adalah pelaburan saperti Intel , Samsung , Western Digital ,Hitachi yang datang serta membina kilang kilang industry .

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's right...like the huge foreign investments catering for thousand employment, industrial & technology skill for the locals during the golden era of Tun Mahathir.

      Delete
    2. Orang kampung mana tahu pasal ni...huhuhuhuhu

      Ini yang rasa terkilan sikit.

      Delete
    3. No sweat..untuk orang kampung tahu ler kita terjemahkan dalam lenggok bahasa yg bersesuaian.

      Delete
    4. Terima kasih kpd Bro Diny dgn ulasan yg pendek tapi padat.

      Nampaknya kita digula2kan dgn halunisasi duit yg tak ada dalam tangan.....cakap meletop bilion2 tapi semua buat bayar hutang.

      Teman percaya dgn cakap Bro Diny......keadaan sekarang ni umpama kais pagi makan pagi.....tah2 makan petang pon tak cukup.

      Agenda sebenar manusia pecah amanah tu sedang bertarung hebat untuk menyambung talian hayatnya.

      Hanya dengan berpegang pada kuasa saja manusia itu boleh mengelak dari sebarang tangkapan, dakwaan dan dibicarakan.

      Jadi amat penting baginya untuk terus memegang kuasa......tapi berapa lama boleh menahan arus gelombang??? Lama2 terlambung terhanyut jugak.....last2 mampos lemas......berapa lama pekong boleh disimpan......saentero dunia dah terbau hanyirnya.

      Insha-Allah.....kita akan lihat sejarah pelarian pasangan kelepet Filipina Marcos & Imelda akan berulang kembali.

      Delete
  20. Saya amat berharap dan merayu sangat. Menteri umno tidak menyalahkan pihak yahudi dan agen barat dalam isu pemotongan elaun pelajar perguruan ni..

    Saya tidak sanggup lagi sekiranya ada melayu memalukan lagi bangsa melayu dengan retorik2 dan alasan bingai menteri serta caiiii pendedak yang taksub pada bijan itu..

    Tapi teringin jugak nak dengar jawapan spin mrj dan aka sahabat..nk tgok depa spin cmne kali ni..


    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh

    ReplyDelete
  21. .. PILIH LAH HAPUSKAN GST ... ATAU POTONG ELAUAN ? ...

    DEPAN KAUM TAMIL ... NAJIB KATA DIA LEBIH BAIK DARI PM YANG SEBELUM INI YANG BERASAL DARI INDIA ...

    KENA POTONG ELAUN GURU PELATIH .. RUPA NYA ANTARA PM-PM ...NAJIB SE ORANG YANG PARIAH ..

    ReplyDelete
  22. Duit pi mana? X nampak hutang bertimbun..bayar hutanglah.

    ReplyDelete
  23. Elaun guru pelatih pun ditarik balik? Ekonomi berkembang beb..rakyat malaysia makin makmur dan byk duit. Tak percaya? Tanya PM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya pm!!err baik jgn nanti dijawabnya mana ada duit dalam akaun saya...

      Delete
  24. Untuk-anon 0.005 penjilat coklat dzubur Amenos. Potong duit elaun guru pelatih bukan cadangan..dah dilaksanakan dah..untuk senior2 mereka elaun dah tinggal separuh..anak2 saudara, anak2 kawan2 dah lama mengeluh...tlg la prihatin sikit walaupun ko ada cokelat untuk dizilat ladzat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakaka...pedih menusuk ke dzubur si anon bangang penzilat coklat nadzib 0.005....

      Delete
    2. aduhh sakit perut aku ketawa dipagi buta ni..


      Delete
  25. Selagi orang yang bergelar orang beragama mengingkari peringatan Allah dengan menjadi bisu, pekaak dan buta dek tersumbat wang dedak haram, selagi itu lah juga negara malaysia akan tersungkur.

    Janji Allah itu benar.

    Jom.....kuasa dalam tangan anda. Pilihan anda siapa?

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan wak tak.lak lain tak bukan Tun Mahathir

      Buat apa pilih Najip perompak riang goyang pelir

      Anwar dulu penjaga khazanah yang sungguh mahir

      Bukan macam najip suka belanja mewah dek air mengalir


      TUMBANGKAN JOHOR DULU

      Delete
    2. Upgrade sikut utk 18+


      Pilihan wak tak.lak lain tak bukan Tun Mahathir

      Buat apa pilih Najip perompak riang goyang pelir

      Anwar dulu penjaga khazanah yang sungguh mahir

      Bukan macam najip belanja mewah dek cipap tak henti berair


      ... Khas utk kojola...


      TUMBANGKAN JOHOR DULU

      Delete
  26. Kasihan pada bakal guru pendidik anak bangsa
    Tiada lagi elaun dari kerajaan semasa
    Zaman tun m dulu golongan pendidik mendapat kedudukan istimewa
    Bukan sahaja elaun malah yang bagus diberikan biasiswa..

    Tapi sekarang tiada lagi keutamaan
    Graduan pun banyak tidak mendapat pekerjaan
    Guru dan misi nak posting pun tunggu sampai berbulan bulan
    Ada tu sampai bertahun, tak dipangil mengisi kekosongan..

    Ada pula menteri yang beri saranan
    Agar menjual nasi lemak dan membawa uber sebagai sumber pendapatan
    Begitulah pendeknya menteri tu punya pikiran
    Setakat saranan begitu tak perlulah menghabiskan masa 3-4 tahun di universiti kan?..

    Berapa lamakah hal begini hendak berterusan
    Apakah usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan
    Ekonomi dikatakan bagus sepatutnya menjana peluang pekerjaan
    Nampak sangat semua yang dikhabarkan hanyalah hiasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sekali


      Najip turun sembrong ..takut johor tumbang


      ALANG ALANG DATU SERI DATANG KE KAWASAN

      HISHAM PONDAN KATA KAMI NAK MINTA BANTUAN

      JANGAN RISAU SEGALA BIL AKAN NAJIP LUNASKAN

      RAKYAT SEMBRONG HANYA PERLU PASTI BN DI KEKALKAN


      main pantun pulak najip dan Hisham atas cadangan KOJOLA..

      Delete
    2. Umno ibarat pohon kayu besar yg semakin condong dan akan menyembah bumi sehingga tiba tsunami politik menjelang pru14 nanti, seterusnya reput dan lenyap dimakan anai anai

      Delete
    3. Najip kelam kabut turun sembrong

      Udah tahu bendera BN semakin condong

      Apa lagi yg najip mahu kendong

      Kalau bukan dedak dan janji kosong


      .... Blah la wei..... Johor tunbang.

      Delete
  27. Assalamualaikum
    Semasa pylang beraya ke Kuala Terenganu, afik ipar memberitahu ada satu kolej latihah guru di Gong Badak akan menyuruh pelajar2 utk tahun 3 ke atas mencari tempat tinggal di luar. Asrama mereka di ambil aleh oleh PERMATA.
    Sy tak faham mengapa tindakan ini di ambil kerana ramai pelatih2 guru yg datang sejauh Sabah Serawak, terpaksa mencari rumah sewa hanya kerana PERMATA mau kan asrama2 utk aktiviti mereka.

    ReplyDelete
  28. Berbicaralah dengàn fakta mengikut teks. Selamat berbahas.

    ReplyDelete
  29. sebab rosemah bershopping abis rakyat kena tanggungg

    ReplyDelete
  30. mr j mane...x nk komen ke

    ReplyDelete
  31. FUYOOOOOOINKKK..OINNKK

    SAMPAI KE PAGI BARUA MENCACAI
    KEADILAN DAILY KUTTY PEMBANTU ALJUBOORI
    ROKETKINI BRLOM BERBONYI LAGI NI...
    SATU KERUSI SATU KERUSI GEBANG SAMPAI PAGI
    KITA TENGOK SAPA YG KENA KALI INIIIIII...!!!

    KIKIKIKIKI... BERAMBOSSSS BARUA DAP@SINGAPORK

    INI KALO HAAAHH..!!

    ReplyDelete
  32. Budin..lari tajuk sikit..berkenaan dengan cukai pelancongan..atau pelencongan..aku tak paham kenapa menteri2 lain boleh angguk bersetuju dengan cadangan si nazri botak tu.
    Kalau kita tengok cukai pelencongan tu..nampaknya tak membezakan antara orang yang menginap di hotel atas tujuan betul2 melancong..atau orang yang menginap atas tujuan urusan rasmi. Semuanya dipukul rata dikenakan cukai pelencongan. Dah lah bajet Kementerian banyak kena potong..sekarang kena tambah kos pulak untuk derma cukai pelencongan kepada Nazri botak. Untung lar nazri botak dapat cilok peruntukan kementerian lain masuk kat kementerian dia.
    Dengar khabarnya, banyak payment kontraktor sangkut kat kementerian pelencongan tu..huhuhu

    ReplyDelete
  33. 'good teachers r costly. bad teachers cost more' - Bob Talbert.

    'the mediocre teacher tells. the good teacher explains. the superior teacher demonstrate. the great teacher inspires' - William Arthur Ward.

    ' bad teachers destroy whole communities' - saya.

    ini lah bahayanya jika bakal pendidik2 kita d abaikan.

    jika kita mahu tamadun kita mundur k belakang, maka teruskan lah usaha utk memberikan keutamaan yg rendah kpd pendidikan.

    MINTA D SIMPANG.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak rahman, kita sekarang sedang mundur kebelakang..no doubt!!

      Delete
    2. KERA-JAAN PERLU HANTAR GURU KITA KE CHINA KOMUNIS..

      BELAJAR DOKTRIN HIDUP TANPA ELAUN

      Delete
  34. Ostad odi Q7 x nk komen ke?

    ReplyDelete
  35. Pemimpin yg kejam Allah s.w.t hantar utk rakyat yg kejam, jgn la asyik salahkan kepimpinan, sebelum salahkan yg lain rujuk dulu pada diri, kita yg manja sgt sampai tak penah cukup.. tak payah la nak harapkan elaun itu ini.. besyukur la dgn apa Allah s.w.t dah bagi.. asyik nak komplen itu ini, badan dah gemuk lagi nak komplen hidup susah

    ReplyDelete
  36. Elaun2 menteri yg tak mendatangkan faedah pd negara minta mansuhkan. Klu pg melancong jgn suka2 kerajaan tanggung.
    Kata ekonomi antara terbaik, mcm2 pujian dari luar dijaja, ekonomi berada dilandasan betul, gst berbilion2. Tp rakyat tau dah bnyak bukti kerajaan miskin sbb najib dan umno bn. Cuma dia nak hias konon ada duit dgn jaja Br1m. Makin lama najib jd pm makin teruk ekonomi kita. Najib pun tak payah sibuk umno bnyak jasa dn berpuluh tahun jd kerajaan, tp najib lupa setiap pemimpin tak sama, wlupun naik ferrari belum tentu dpt lawan kancil sekiranya pemandu ferari tak pandai memandu. Najib dan menteri 3sukulh yg rosakkan malaysia.

    ReplyDelete