Friday, 9 June 2017

KETUA POLIS NEGARA TAK HARUS TOLAK TAWARAN TERBUKA SARAWAK REPORT


Dalam reaksinya berkaitan bayaran RM9.5 juta yang dibuat oleh Najib Razak kepada peguam Shafee Abdullah sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menjemput pengendali portal berkenaan, Claire Rewcastle Brown untuk datang ke Malaysia bagi membantu siasatan.

Reaksi Khalid itu secara langsung memberi gambaran bahawa pihak polis mula tergerak hati untuk melakukan siasatan, barangkali bukan saja kerana sudah banyak laporan polis dibuat mengenainya, bahkan sebenarnya itulah juga keinginan majoriti rakyat.

Rakyat hanya ingin melihat kebenaran akhirnya terungkai dan tidak lagi diselindungkan.
Tetapi, untuk Claire datang ke negara ini tentunya agak mustahil kerana ada beberapa waran tangkap terhadapnya atas dakwaan "mengganggu demokasi berparlimen" dan "menyebarkan berita palsu".

Jika beliau setuju datang ke Malaysia untuk membantu siasatan sebagaimana yang diminta oleh Khalid, pastinya sesampai saja di KLIA sudah ada anggota polis yang akan mencekupnya. 

Ia tidak ubah seperti beliau "menyerah lehernya sendiri" kepada pihak polis.

Dengan bersetuju menerima jemputan Khalid itu, belum tentu kehadirannya dapat membantu siasatan, sebaliknya penangkapan dan pendakwaan akan berjalan terlebih dahulu.

Akhirnya, mungkin siasatan tidak akan ke mana-mana.

Lantaran itu, sesiapa pun yang berada di tempat Claire, mereka tidak mungkin akan memenuhi jemputan Khalid itu.

Tetapi Khalid nampaknya telah menunjukkan kepada rakyat keinginan beliau untuk melakukan penyiasatan berhubung dakwaan wang RM9.5 juta yang melibatkan Najib dan Shafee itu.

Dalam itu, jika Khalid kekal dengan keinginan untuk melakukan penyiasatannya, beliau yang sebaliknya kena bersetuju dengan tawaran Claire iaitu pihak polis Malaysia yang kena datang ke UK untuk menemubualnya.

Kata Claire, beliau sedia untuk menjawab apa juga soalan daripada polis Malaysia sekiranya Khalid menghantar anggotanya untuk bertemunya di UK.

Saya juga percaya detektif Bukit Aman tidak sukar mencari jalan untuk berhubung dengan saya sekiranya mereka mahu, katanya lagi.

Selain itu, Claire juga mengatakan maklumat yang didedahkannya selama ini bukanlah rahsia bagi Khalid sebagai salah seorang anggota pasukan petugas khas menyiasat 1MDB kerana "tiada apa yang beliau tidak tahu mengenainya."

Dokumen berkaitan juga pasti ada di atas mejanya dan beliau memiliki salinannya, walaupun keputusannya sebelum ini....menutup siasatan, tambah Claire.

Namun demikian, sekiranya benar Khalid ingin melakukan siasatan dan membuat perbandingan antara dokumen yang dimilikinya dengan apa yang ada dalam pengetahuan Claire, beliau tidak ada pilihan lain selain segera menghantar anggota polis ke UK bertemu dengan pengendali Sarawak Report itu.

Segala-galanya kini di tangan Khalid kerana Claire sudah membuat tawaran terbuka untuk membantu siasatan, tetapi ia mesti dilakukan di UK, bukan di Malaysia.

Khalid tiada alasan untuk menolak tawaran Claire jika beliau masih kekal dengan keinginan yang sama untuk melakukan penyiasatan dan memberitahu kebenaran kepada 31 juta rakyat Malaysia tentang wang RM9.5 juta itu. 

Selebihnya, bank yang terlibat, Najib dan Shafee - semuanya ada di Malaysia dan tidak sukar untuk melakukan penyiasatan.

Sediakah Khalid berbuat demikian? (ShahbudinHusin 09/06/2017)

79 comments:




  1. Maaf...

    Kita nyanyi dulu yaa...


    Mbah putarkan lagu dangdut boleh...

    ...asalnya lagu siti badriah..suamiku kawin lagi...

    Ayoh, sama-sama yaa...



    Judulnya...

    PM KU DIAM LAGI

    ...three four...


    Aku telepon gak diangkat-angkat

    Aku sms gak dibales-bales

    Sudah berbulan gak jawab jawab

    Yang bertanya nunggu kebingungan


    Ada rafizi tahu... bawa berita duka

    Rupanya Peeeyeemm ku sedang bahagia...

    ..mengumpulll harta..


    Songlap lagiii, PM ku telahhh songlap lagi

    Dedak lagiii, PM ku beri dedak lagiiiiii

    Tipu lagiii, rakyat seemuuaaa di tipu lagi

    Diam lagiii, PM kuuu diam lagiii


    Hancur, negara ku hancur, rasanya ku ingin kabur

    Sakit, batinku sakit, dunia terasa pahit





    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah.. Khalid ni ingat Claire ni bodoh mcm dia jugak.

      Khalid ini mmg perangai penyamun jugak. Teringat dlm filem gua PRamlee dgn penyamun, siap ada tuan hakim lagi jatuhkan hukuman pancung kpd Kassim Baba.

      Delete
    2. Bukit aman reti siasat kes profil tinggi?


      Dah setahun pdrm siasat src... Nak byk mana lagi masa?

      10 tahun... Eh kes Anwar laju jeeeer siasat...


      Bila 1mdb FGV DAH JADI 100 TAHUN

      TUTUPLAH PEE DEE AAR EEM.. BUAT MALU RAJA RAJA MELAYU..

      TUKAR PPMM ... SENANG JADI BARUAH PM

      Delete
    3. Raja2 pun dah kena dedak dgn Najib. Sultan Pahang aka Raja London dpt 2 juta. Raja2 lain x kan la dpt RM500 sensorang. Ini duit pow pun dah 2 juta.

      Rakyat x berani kacau Raja sbb raja adalah jelmaan Tuhan. Siapa melawan, ku tunjal2.

      Delete
    4. polis raja di malaysia..dr dlu smpi la ni jd barua...aiya..ini mcm susah lor..

      Delete
    5. Siang Malam meroyan....

      Delete
    6. Dgn orang kita bolehlah nak goreng......tapi dgn orang luor lebih2 lagi UK.....janganle nak bodohkan deme.

      Takot sok kita juge yg malunye.....aterrr berapa lama nak tegakkan benang basah yeopppp....

      Dgn Jho Low gemok lagikan kalah....inikan pulak media UK.

      Hmmmm....pikiole yeopppp.....

      Delete

  2. Kadang kadang bila bersendirian rasa sayu dan buntu dengan apa yang terjadi pada negara tercinta ni...

    Seperti tak ada jalan keluar...

    Orang melayu semakin tamak haloba...

    Golongan orang yang bertakwa atau takut pada Allah sudah tiada...

    Yang ada hanya agamawan yang berpura pura...

    Apa akan jadi pada anak cucu kita nanti...

    Kita akan pergi juga suatu masa nanti..

    Adakah kita akan biarkan mereka terkapai kapai dalam kehidupan ini...

    Di bumi sendiri...

    Kejamnya kita pada anak cucu kita...

    Adakah kita ni bapa atau datuk yang tidak berguna...

    Sahabat sekelian...

    Masih adakah antara kita yang ikhlas berjuang tanpa balasan...

    Saudara seagama ku sekelian....

    Apabila bangun bersolat subuh setiap hari, pandanglah wajah anak anak kita yang sedang dibuai mimpi...

    Tanyalah pada diri sendiri, adakah suatu ketika nanti mereka masih mampu bermimpi...

    dikala kita sudah tiada....

    Sahabat sekelian...marilah kita bangun.... berjuang....walau dengan cara sendiri...

    Setiap dari kita ada peranan masing masing....

    walau kita cacat, buta atau pekak...

    selagi masih bernyawa....

    Ya Allah, tolonglah daku yang tidak berdaya ini, daku tak mampu melakukannya bersendirian.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan agama pun dh dimelayukan...lebihkan ketuanan melayu dari agama.disangkanya melayu itu islam dan islam itu melayu..

      Delete
    2. Islam itu luas.bukan sekadar melayu

      Delete
    3. Melayu Malaysia ni sebenarnya keliru confused adakah Islam itu Arab atau Arab itu Islam. Maka sebab itu melayu mahu jadi arab. Mereka tak tahu yg bangsa Arab Kristian juga memanggil Tuhan mereka Allah. Jahilnya melayu tetapi tak nak mengaku.

      Delete
    4. Melayu macm nak khaskan islam utk 1 bangsa je plk skrg ni..lain org xbleh

      Delete
    5. -yang nak perbetul depa kata nak
      pelingkup
      -yang beritahu perkara yang benar depa
      kata fitnah
      -yang bagi gula-gula untuk kulum sehari,
      depa kata bagi beras seguni

      melayu....melayu......

      LAYU....DAN TERUS LAYU...

      Delete
    6. Nak berjuang apa?

      Minyak bremt dah jatuh 47usd

      Bila jatuh paras 40-45 utk 6 bulan maka pada sept oct duit ringgit akan jatuh balik 4.50-4.70 kerana rizab bank negara akan berkurangan..

      Bulan octobet 2017...bulan BALA... Sapa simpan dalam pelaburan baik cabut..

      Bak skrg pun boleh beli
      USD 4.27 SKRG...

      SATU KELUARGA SATU US DOLLAR!

      Delete

  3. Kura kura dalam perahu..

    Biarlah mereka berdrama untuk episod episod terakhir..

    Tak lama lagi dah

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kura kura dalam perahu

      Khalid pura pura tak tahu

      Delete
    2. kura-kura dalam toilet
      Mbah jolok pakai galah
      kesiankat khalid
      bertambah lagi masalah

      Delete
    3. Jangan mimpi le....

      Delete
  4. Moga ALLAH Memberi pertunjuk kepada sekelian rakyat Malaysia


    Amin ya rabb



    ReplyDelete
  5. Kita diperintah oleh regime kuku besi otokratik & kleptokratik UMNO itu lah punca segala masalah kita. Demokrasi hanya topeng mereka. Selagi kita tidak mahu mengubah nasib kita selama itulah kita bagi tiket kepada puak ini untuk terus-terusan menyembelih kita.

    ReplyDelete
  6. Nak harap Khalid si Bija Sura tu nak tegakkan keadilan..? Macam nak lihat babi terbanglah layaknya.

    ReplyDelete
  7. Khalid drama kuat..smbg kencang..mcm la die xtau ape yg claire ckp kan tu..lg mau drama..padahal die ade dlm kapal jibby gak..coi..

    ReplyDelete
  8. Jangan takut utk berubah wahai bangsaku bangsa Malaysia. Kau tidak akan derhaka pada bangsa dan agama kerana sesungguhnya kau yg membela bangsa dan agama daripada terus dikhianati oleh pengkhianat yg sebenarnya bernama Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kemana nye nak berubah...nak-nak Parti Madey...nak melingkop dah....

      Delete
    2. Kau yakin parti madey nak melingkop...

      Eloklah kau bagitau kat kiky supaya diberitau berita gembira ni kat tuan dia...

      Sebab tuan si kiky tak boleh lena banyak hari dah...

      ...asyik sebut bunga...bunga...

      Dia ceti ka...


      Delete
    3. 00.41...yg nak melingkop tu tukang sapu tegar.

      Dari sehari ke sehari satu persatu, pekong udah meletop. Nak pusing mana lagi......sendiri yg belit sendiri yg kantoi. Bila kantoi tuding kambing itam.

      Meraban teben jer taunye.....sain pun sain buta satu apa pon tak baca. Duit masuk akaun pon tak tau dari sape...dari mana.

      Mula2 kata tak ada duit free dalam akaun....lepeh tu kata ada pulak....macam magik boleh tukor2.

      Hari selasa pon udah hilang dari kalendar. Kemudian freehold pon tak reti nak beza dgn leasehold....ejaan lain2 tapi maksudnya tukor jadi sama.

      Hmmm......sape yg nak melingkop yeopppp??

      Delete
  9. Nampaknya yang buat salah aeorang atau dua. Tapi yg vuba melindungi sungguh ramai dari pelbagai golongan peringkat. Ahli politik. Penguasa trmasuk juga ahli agama yang diam membisu ttg isu2 ini. Sanggup utk bersekongkol walau tau
    Yang mana benar. Apakah pulangan dan habuan yang diperolehi. Yang pastinya habuan balasan diakhirat pasti menanti mereka bersma ketuanya. Nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita sama sama berdoa dibulan ramadhan ini supaya tongkat tongkat yg mengampu bijan supaya diberi petunjuk oleh Allah.

      Delete
  10. Khalid ashburn ni tahu masa dia dah tak lama lg dah. Cockiness dia tu hanya wayang saja. Sebenarnya dia pun dah bersedia utk lari tinggalkan negara klu apa2 hal berlaku.

    ReplyDelete
  11. Claire Rewcastle pun tahu utk melindungi dirinya drpd berakhir di dalam tong drum ataupun berkecai kena letup c4. Nasib baik Xavier Justo tak jatuh ke tangan Khalid AB...kalau tak nasib dia mungkin serupa tiba2 je mati mengejut.

    ReplyDelete
  12. Pada saya walau sebanyak mana sekali pun kejahatan Najib sudah terlodeh tetapi selagi Pakatan Harapan terutamanya PKR tidak ada kejujuran untuk bersama parti2 lain dalam gabungan untuk menjatuhkan Najib dan BN maka selagi itulah gabungan ini akan gagal.PKR seharusnya menyedari bahawa mereka sebenarnya juga berada dihujung hayat seperti PAS.

    Hayat PKR kini berada dalam keadaan bahaya,mereka sepatutnya sedar bahawa hayat PKR kini bergantong kepada parti2 gabongan yang lain.....makanya sedar2lah diri tu sikit wahai kaum2 PKR!!..jangan terlalu sombong!!...dan meletakkan berbagai syarat untuk menentang BN....takut2nya nanti yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran!!.....

    Dan tentang DS Anuar yang telah menyerahkan saman bantahan terhadap kes liwat2 nya itu.Pada saya DS Anwar berhak untuk melakukannya,tetapi untuk mendapat kemenangan rasanya terlalu kabur....jelasnya yang salah tetap salah dan DS Anwar sebenarnya memang BERSALAH....kerana saya penuh yakin segala2 bukti yamg dikemukakan adalah saheh.

    Tetapi walau baigamana pun saya amat bersrtuju jika dato Shafie Abdullah disiasat oleh SPRM dibawah kanun2 yang lain.Kerana sebaigamana yang diketahui wang yang diterima adalah dari 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH dah nak melingkop dah...PKR-Parti Kencin Rakyat.....

      Delete
    2. -PKR MEMPERSENDA TUN DALAM KONGRESS
      DAN MENGGUGAT KEHARMONIAN PH
      -LEBIHKAN BERTATASUSILA DALAM BERKAWAN,
      -JANGAN PERASAN YANG PARTI AWAK NAKHODA
      -TINGKATKAN SEMANGAT SETIAKAWAN.

      Mari ku ajar saifuddin bagaimana nak
      berkata-kata ,begini
      "JIKA PH MENANG KELAK, KALAU BOLEH
      RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN,TIDAK
      KEBERATAN KITA PILIH ANWAR SEBAGAI PM"

      kat cantik kata gitu......
      rakyat sudah TAK kisah siapa PM
      Janji PH menang,
      inibukan tahun 1998

      Delete
    3. Tetapkan lah pendirian mu..

      Delete
    4. Dengar2 peguam DSAI dah fail utk perbicaraan semula..

      Delete
  13. ORANG PUTIH akalnya lebih bijak dari Melayu
    (sehingga 9 Jun 2017)
    ke depan mungkin Melayu lebih cerdik

    Orang putih dah beritahu tentang kebobrokan kita,

    Bersediakah orang Melayu turun gelanggang
    dalam kes ini?????????

    Atau kita sekadar mengacah lebih,
    Atau kita sentiasa mengasah dan menghias keris,
    Panjangnya tak seberapa,
    lekuknya banyak,
    Namanya berhias dari pangkal ke hujung,
    HAKIKATNYA KERIS MELAYU PENDEK JE.....

    KITA IKUTI PERKEMBANGAN SELANJUTNYA

    TAHNIAH KEPADA BUDIN KERANA SENTIASA
    MEMBERI INFO YANG TERKINI & BETUL

    Dari cucu TAMINGSARI

    ReplyDelete
  14. Harap KPN bukan seorang Ketua Polis Negara yang bacul, bukti kes hampir pasti sudah boleh diperolehi, apa kah masih nak berdalih dalih lagi. Kegagalan KPN menyambut pelawaan dan kesediaan Claire (SR) mengesahkan lagi bahawa KPN tak ubah patong dan boneka Najib Razak yang boleh dijentik dipicit sesuka hati, Sekarang lah KPN boleh buktikan samada dia benar2 bermaruah atau tidak atau cuma mentekedarah wang cukai rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bacul pun..

      Delete
    2. Mmg dah lama bacul...

      Delete
    3. Mana ada MARUAH. Dah lama hilang.....

      Delete
  15. Alangkah bersajak kalau Claire boleh jawab "bukan sikit punya sandiwara" igp kini dalam bahasa melayu - ek eleh, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

    Alangkah bersajak kalau Rafizi boleh menjawab 'tilam carrier" igp dulu dalam bahasa melayu - ikan senohong gelama berduri, cakap bohong lama-lama jadi ex-igp.

    ReplyDelete

  16. Sudah pasti Clare Rewcastle gentar dengan saman fitnah yg di buat boleh PAS kpd nya berkaitan RM 90J.... Mungkin dia sedang mencari jalan keluar dg berusaha cuba menyelesaikan di luar mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kah..kah..kah...

      ..kah...kah...kah...

      ...derma untuk saman macamana...


      ...kah..kah...kah...katanya 4 juta...kah..kah..kah...

      Kau ni 2236...janganlah dok menyakat puak puak lobai tu...

      Delete
    2. Kikiki kikiki kikiki..tesedak kuih raya aku dgar clair takut kat pas

      Delete
    3. Kuat ke pas?

      Delete
    4. aduh si lobai ni.....
      aduh...duh.....duh.....

      /TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!

      Delete
    5. Puak Ajaran Sesat......masih tak percaya bos dia terima duit 90 sen.
      Bos dia maksum saperti nabi....mana mungkin terima duit haram.
      Bos dah kaya...dia nasih bawa tin milo untuk minta DERMA JIHAD.
      duit tabung memali pun habis diguna untuk berjihad!!!

      Delete
  17. Mungkin bijan dan al badaki sedang merancang untuk melarikan diri sebelum segala rahsia terbongkar. Kalau lobang dah pecah dan tak dapat di perbaiki lagi, ada kemungkinan segalanya sudah terlambat. Si mat twitter ni pon macam dah berpaling tadah. Mati kau kali ni bijan

    ReplyDelete
  18. Bunyi tin kosong jer tu. Mana ada telur, pm kentut terus kelu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey lagi kelu...kena bebiji-biji dek Si Jijah....padan muka ....tu nama eek muka tak tau malu...

      Delete
    2. Madey negarawan WEHHHHH...
      tiada gentar dilambung ombak

      HORMAT SIKIT BRO....

      Delete
  19. Pokoknya beranikah khalid mengkhanati tuannya...tak takutkah khalid dapuqnya tak berasap...Sudah tentunya 1000 alasan akan diberi....sudah tentu TIDAK....untuk mengkhanati tuannya yang selama ini memberi dedak...macam musa hassan tak lama lagi dedak akan sampailah kedapuq musa hassan....lambat atau cepat akan sampai kepenghujunganya...

    ReplyDelete
  20. Nenek moyang pernah berpesan
    Rakan baik kita carikan
    curi ringgit habis habisan
    wang Negara haram dimakan..

    tok Penghulu dah buat onar
    ketua hulubalang tak cakap benar
    tok penghulu dah hulur dinar
    Ketua hulubalang mata berpinar!

    ketua hulubalang tak sedap hati
    rakyat menilai setiap hari
    mahu siasat sampai tak reti
    silap langkah dinar pun lari!

    orang kampung bertambah marah
    ketua hulubalang tidak amanah
    orang lain cepat disanggah
    penghulu khianat langsung tak marah!

    suatu hari kampung diserang
    Pendekar Pakatan dijemput orang
    Tok penghulu orang dah berang
    rakyat dah marah Penghulu temberang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini olang kuat meroyan lo....

      Delete
    2. 0033

      Wahai lobai kulup bana
      Duit derma saman pi kemana...


      Lobai muntah makan ketupat
      Tah tah dah beli alphart...

      Delete
    3. Terbaik bro fan tun..

      Ketua hulubalang bermuka selamba
      Semua operasi hashtag di twitter
      Hari hari kes jenayah diupdate faster
      Songlap penghulu dibiarkan ajer..

      Fail siasatan 1mdb dulu takkan tak baca
      Claire kata semuanya ada di sana
      Mungkin fail hanya disimpan dialmari kaca
      Kalo disiasat tiadalah dinar..

      Dijemput claire datang ke mari
      Sedangkan waran tangkapnya ada disini
      Kalo ketua hulubalang penegak keadilan yang berani
      Ke UK sanalah maklumat dicari..


      Delete
  21. Apabila dinilai dari kaca mata penonton luar yang tidak berkepentingan maka akan jelaslah bahawa Malaysia sudah jadi negara kanggaroo.

    Claire punya sebab yang kukuh untuk tidak hadir ke Malaysia dan Khalid pula tidak punya alasan lagi untuk terus beralasan.

    Inilah Malaysiaku di bawah penyamun MO1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR-Sarawak Roket sapa nak percaya - Kuda Tunggangan Dapig...

      Delete
    2. Itulah masaallahnya dengan mentality para malaun saperti yang di gambarkan olih anon 00:31 .

      Apabila laporan tidak menyebelahi bijan , di labelkan lah sebagai kuda tunggangan Dapig .

      Nasib Sarawak Report bolihlah di samakan dengan WSJ yang dikatakan membuat laporan putar belit , menipu dan tida bukti .
      Tetapi , malaun malaun ini dengan bangga dan tanpa segan silu memetik cerita tulisan Barry Wain tentang "kehilangan" US 100 billion olih Mahathir . Sedar kah malaun malaun ini , Barry Wain itu mewakili WSJ ??

      Betapa hipokrit nya si bijan dan macai macai dia ?????

      Delete
    3. Kempen Bebas Anwar-Hambar.....Awat macai tak kumpul macam dulu....

      Delete
    4. Tak usah membuang tenaga dan membazirkan masa untuk berkempen bebaskan Anwar .

      Perkara ini tidak akan berhasil selagi Pandi Pet tail , Khalid Ashburn serta Najib masih dudok di takhta .

      Delete
    5. Bro John Doe.....cayalah akan dicari satu jalan agar tak bertembung dgn SR. Habis2 reason pon sebab Claire tak nak turun ke Msia.

      Kalo anak jantan udah lama deme saman SR demi bersihkan nama dan maruah yeoppp......

      Delete
    6. 00.31... Ko cakap saper nak percaya SR...najib fobia nama SR...tak pernah berani saman SR...hik3...

      Delete
  22. Kihkihkih. cpat la skit PRU. x sabo nk tengok sape trlentang dan trlungkup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.PRU-14 PADA OGOS 2018
      SATU TAHUN 2 BULAN DARI SEKARANG!

      2.KUDA MALAYSIA ESOK?
      no 1 -0855@ 8055 @9855 @8955
      selamat mencuba

      RAMALAN BOMOH ALAM NUSANTARA JAGAT

      kalau tersisih,harap maaf



      Delete
  23. Dengar2 peguam DSAI dah fail utk perbicaraan semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu...kurang kurang penguam tu ada duit masuk untuk raya ni...

      Kalau depa berniaga murtabak kat bazar ramadan pun susah jugak...

      Tahun ni pembeli tak berapa ramai...

      Bazar kat tempat kau ramai tak...

      Delete
    2. Kerana shafeei dilantik oleh najib bukan peguam negara...pendakwaan tak sah...

      Delete
  24. FUYOOOOOO......!!!

    IGP DISARAN KE LUAR NEGARA
    KELUAR NEGARA JUMPA CLARA BOHSIA
    BANGLO LAJAK MURAH BLOGGER DI MALAYSIA
    BLOGGR YG DEDAH LANSUNG X DISAMAN JUGA

    YUKTES VIJEY BEKAS PEGUAM ALJUBOORI
    RM10 JUTA BAYAR SAKSI OSTOLIA KATANYA
    BERPULUH PULUH LAWYER SUDAH DIBAYAR
    BERAPA JUMLAH BAYARAN SEMUANYA...

    SAPIEE BUKAN HAKIM PUTUS BICARS
    DIA HANYA PRNDAKWA RAYA SAJA
    RM1000 SAJA YANG DIA CAKAPKANYA
    KALAU 100 JUTA PUN TAK ADA SALAHNYA
    YUKTES VIJEY DAH CAKAP ITU FEES BIASA
    UNTUK SEORANG PEGUAM YG TERNAMA


    BERAMBUSSSSSS..... BARUA DAP@SINGAPORK PLURALIST SYIAH EVANGLISTA PENSABOTAJ EKONOMI....


    INI KALI LAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat singapork bodos...ini kes pejabat peguam negara...bila peguam negara lantik peguam dari luar untuk mendakwa kerajaan yg kena bayar...per oasal plak najib yg bayar 9.5 jota?....ato najib bagi derma kpd mamak shafeei 9.5 jota dari sumber wang rompakan?...kenapa mamak shafei masih bisu nak buat penjelasan?...mamak shafei blm siap skrip rekaan ?....
      Mat singapork barua cina kominis...kikikiki...talibarut najib...

      Delete
    2. 2 peguam dah berani tampil mengaku terima bayaran najib...najib upah peguam kerana najib terlalu takut masuk mahkamah...

      Mamak shafeei peguam ternama bila lagi nak buat penjelasan?
      ..mamak ni kena tunggu kebenaran dari mat sungapork bodoos dulu?

      Delete
    3. Biasa la hero hindustan mmg lambat sikit nak kalah..

      Delete
    4. Rupanya mat singapork ni lebih bodoh dan dunggu daripada apa yang kota fikirkan..udah la dunggu.nak spin citer tapi tak reti pulak.

      Delete
  25. Khalid ingat SR ni bodooh mcm dia...Tak
    Perlu Khalid jemput SR datang KL kalo betul nak siasat...Bsnk ade rekod semua transaksi...khalid perlu mintak rekod bank jer sudah memadai...1 minggu siap siasatan..1 bulan boleh dakwa...habis citer...

    ReplyDelete
  26. Selepas pendakwaan anwar berakhir mamak shafei buat roadshow berceritavkejayaan dia mendakwa anwar...sekarang mamak shafeei tak mao buat roadshow citer dia terima upah dari najib 9.5 jotaa?...

    ReplyDelete
  27. Think and reflect....MENGAPA SHAFIEE TERLALU GHAIRAH MEMBUAT ROADSHOW SELEPAS ANWAR TERUS DIDAPATI BERSALAH?

    Bukan menuduh tapi mungkin telah terima bayaran tersebut?????

    ReplyDelete
  28. Ya..sdh banyak masyuukk itu yg rajin Sgt Si pie Tu...klu stkt 1K baik snggol2 bini aje dia kt rumah..

    ReplyDelete
  29. Kan pecah rahsia.....

    ReplyDelete