Thursday, 15 June 2017

INILAH BERITA YANG MENGGERUNKAN NAJIB....

Pakatan Harapan yang bakal didaftarkan sebagai gabungan rasmi parti-parti pembangkang untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang, sudah hampir memuktamadkan persetujuan untuk meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.

Ia berikutan mesyuarat Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi sebagaimana diminta oleh Anwar Ibrahim untuk memutuskan perkara tersebut, difahamkan telah  bersetuju meletakkan bekas Perdana Menteri selama 22 itu tahun untuk mengetuai Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Persetujuan meletakkan Tun Mahathir tidak lain ialah agar PH dilihat lebih lebih kukuh, lebih aura dan lebih meyakinkan untuk mengalahkan Najib Razak dan seterusnya menyelamatkan negara selepas gabungan itu berjaya mengambil alih kerajaan nanti.

Menurut laporan sebuah portal, struktur yang dipersetujui untuk mengetuai PH ialah Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, sementara Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, masing-masing dinamakan sebagai Timbalan Presiden PH.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang masih berada di penjara pula diletakkan sebagai Penasihat PH.

Sebelum ini, parti-parti dalam PH berbeza pendapat dengan pelbagai pandangan yang berlainan mengenai struktur kepimpinan PH. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu lalu, dilaporkan telah dibentangkan struktur Anwar sebagai Ketua Umum, Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden.

Bagaimanapun, PKR dikatakan tidak berani memberi persetujuan kerana ia berbeza dengan apa yang dipersetujui Anwar sebelum ini.

Bersatu pula dikatakan mahu Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Muhyiddin diletakkan sebagai Presiden PH bagi tujuan mewujudkan "tsunami Melayu"  dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, DAP melalui Lim Guan Eng tidak bersetuju Bersatu memegang kedua-dua jawatan penting itu kerana menggambarkan wujudnya monopoli sesebuah parti dalam PH.

Namun, Guan Eng bersetuju sekiranya Tun Mahathir diberikan satu peranan utama dalam PH untuk memungkinkan kebarangkalian lebih tinggi untuk mengalahkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti.

Dengan persetujuan PKR terhadap struktur baru PH yang meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, DAP, Amanah dan Bersatu pastinya juga tiada halangan untuk bersetuju sama dengannya.

Inilah struktur terbaik PH yang mampu memberi keyakinan kepada semua  lapisan rakyat serta menampakkan cahaya terang bagi masa depan negara yang gemilang sebaik Najib, UMNO dan BN dapat ditumbangkan.

Struktur baru dengan Tun Mahathir mengetuai PH ini juga pastinya memberi ketakutan dan kegerunan kepada Najib. Segala ilmu, pengalaman dan strategi semasa mengungguli lima kejayaan dalam pilihanraya umum antara 1981 hingga 2003 dahulu, tentunya akan diguna dan disesuaikan semula oleh Tun Mahathir dan PH bagi tujuan menyingkirkan Najib yang dikenali sebagai kleptorat unggul di persada dunia.

Gambaran lain ialah masalah kepimpinan dalam PH sudah dapat diselesaikan dan ini juga memberi petunjuk beberapa perkara lain juga boleh diputuskan melalui perbincangan dan musyuwarah.

Melalui sosok Tun Mahathir sebagai "panglima perang"  untuk mengetuai PH dalam pilihanraya umum akan datang, Najib sudah boleh menghitung hari-hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri kerana bukan saja Melayu, Cina, India dan semua kaum lebih meyakini beliau untuk memenangi pilihanraya, malah ia juga memberi kepercayaan yang tinggi kepada semua lapisan rakyat untuk meyakini bagaimana negara bakal dipulihkan ekonominya sebagaimana sentuhannya semasa berkuasa dahulu.

Yang paling dekat rakyat akan dapat melihat kesan menggembirakan mereka sebaik Najib, UMNO dan BN dikalahkan dan PH menguasai kerajaan ialah GST akan disifarkan, beberapa subsidi dikembalikan dan wang yang hilang,  termasuk berkaitan 1MDB akan segera didapatkan semula serta petualangnya di bawa ke muka pengadilan.

Adakah sesiapa masih mahu menolak cahaya yang bakal dibawa kerajaan baru nanti? (ShahbudinHusin 15/06/2017).

45 comments:

  1. Kita kena tunggu duri dan gunting keluar dari daging dan lipatan untuk memecahbelahkan PH.

    Ia akan selari dengan apa jua kemajuan yang dicapai dalam PH.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Maaf...

      Kita karaoke dulu yaa... mbah ada set karaoke dirumah....jadinya enak bangat....

      Bapak bapak ada.....


      Mbah putarkan lagu dangdut lagi yaa....

      ...asalnya lagu Mbak Cita Citata.......sakitnya tuh disini.....

      Ayoh, sama-sama yaa...



      Judulnya...

      SAKITNYA TUH SUKANYA TUH

      ...three four....

      Sakitnya tuh di sini Di dalam hatiku
      Sakitnya tuh di sini Melihat kau melingkup
      Sakitnya tuh di sini di kena oleh mu
      Sakitnya tuh di sini dimain oleh mu

      Kerasnya hatimu
      Aniaya diriku
      Kotornya caramu
      Mengkhianati aku
      Sakitnya hatiku
      Hancurnya jiwaku
      Di depan mataku
      Kau sedang menipu

      Sukanya tuh di sini Di dalam hatiku
      Sukanya tuh di sini Melihat Pas dilingkup
      Sukanya tuh di sini Pas kena oleh mu
      Sukanya tuh di sini Pas dimain oleh mu


      Sakit sakit sakitnya tuh di sini
      Suka suka sukanya Pas di buli


      Delete

    2. BARISAN HARAPAN

      Inilah barisan kita
      Yang ikhlas berjuang
      Siap sedia berkorban
      Untuk ibu pertiwi

      (berentak rap)
      Tun M dan Kak Wan seiring menggempur warga atasan dan pertengahan...

      Mat Sabu, Husam dan Ustaz Ahmad Awang sejalan menggempur pakcik makcik di kampung dan felda...

      Mukhris dan Izzah seiring dan sejalan menggempudr putra dan putri serta siswa dan siswi...

      Kami warga Harapan akan menggempur dengan cara sendiri pada keluarga dan tetangga...

      Ayuh semua bergerak seiring....

      Sebelum kita berjaya
      Jangan harap kami pulang
      Inilah sumpah pendekar kita
      Menuju medan bakti

      Andai kata kami gugur semua
      Taburlah bunga di atas pusara
      Kami mohon doa
      HARAPAN berjaya!


      Semboyan telah berbunyi
      Menuju medan bakti....

      -fauziasmara-

      Delete
    3. BERSATU ni sikit hari lagi, ramai la yg jadi mcm Chegu Bard, Mat Ezam punyalah. Bekas UMNO ni boleh dilelong jual beli ja.

      SPR pula terpaksa doublekan usaha. Kesemua jabatan2 kerajaan yg jadi BARUA BN, akan terus eksploit apa yg boleh. Asalkan Najib dan BN ttp menang PRU. SPRM mcm biasa la.. sumer xder kes punyalah. PH akan terua diaudit dan itu ini supaya kelihatan berpecah.

      Jgn yakin sgt bro. Berpuluh tahun dah kita kene tipu dgn SPR, masih tak serik2 dan tak sedar2 lagi. Lu ingat Najib dan menteri2 mau hilang duit yg dikumpul derang dgn sekekip mata ka? Kendian anak bini turun naik mahkamah dan masuk jel??

      Hihi..disinilah peraban BARUA2 BN yg setia terutama keseluruhan barua jabatan2 kerajaan yg dilantik oleh UMNO BN menganjingkan diri secara berjemaah semaksimum mungkin. Ada barua India dan barua Cina juga. Jgn ingat barua Melayu ja.

      Pesanan gua, jgn letak harapan tinggi sgt. Sarawak pun sapu bersih. Inikan pulak barua2 yg sedia ada tak akan berdiam diri punya.

      Delete
    4. Rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portal Free Malaysia Today.

      Siti Kasim mendakwa bahawa golongan pondan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diberkas kerana terdapat peruntukan dalam perundangan Syariah yang membenarkan pihak berkuasa untuk menangkap golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita.
      Siti Kasim menambah, "Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral."

      Aktivis Orang Asli itu membayangkan masa depan negara ini bakal menjadi seperti Indonesia, di mana pihak penguatkuasa di negara tersebut begitu aktif dalam usaha membanteras golongan LGBT.

      "Inilah trend yang saya lihat di Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras agamawan yang ekstremis yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan turut melakukan yang sedemikian."

      Siti Kasim sebelum ini pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi berhubung isu LGBT dan Orang Asli malahan turut menentang sekerasnya pindaan RUU355 selain pernah mendakwa kewujudan Tuhan dirasai dari getaran dari dalam diri seseorang.

      Delete
    5. Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling mudah serta dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.



      Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Zainah membuat kenyataan tersebut dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu yang menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia.


      Kemudian kita diberita luaskan oleh kenyataan Profesor Dr Siti Musdah MuliaTidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin' (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

      Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

      Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, "Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?

      Quran lebih menekankan mengenai pelakuan." "Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks," katanya lagi. Tegasnya, "Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay.


      Siti Kasim semua orang kenal ada buat kenyataan baharu, rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portal Free Malaysia Today.

      Kenyataan pakar strategik pasrti AMANAH (PAN) sangat mendukacitakan.

      Lebai hairan tak ada pula ulasan-ulasan daripada ulama yang selalu keluar akhbar dan media dengan isu-isu lain tapi tidak dengan isu-isu ini? Kenapa?

      Kita dipolimikkan semula dengan isu wanita tidak perlu bersunat oleh seorang Mufti. Sedangkan bersunat bagi wanita (memotong labia minora klitoris (terima kasih teguran pembaca)) tidak wajib dan perkara ini telah lama dibahaskan. Kenapa tidak diserangnya golongan yang membawa ancaman fahaman Islam kepada generasi muda? Tapi cepat bertindak mencari kelemahan jika ada rakan seperjuangan ingin mendaulatkan Islam.

      Ada cerdik pandai universiti (golongan PHD) lebih gemar untuk mencabar debat dalam isu-isu politik seperti RUU 355 kononnya tak menepati Islam tetapi sunyi sepi dalam isu-isu yang mengacam umat Islam kini. Golongan ini sanggup menyediakan video, live youtube bagi membantah kelemahan rakan seperjuangan tetapi sangat pasif dalam isu-isu melibatkan ancaman kefahaman Islam oleh golongan liberal.

      Ada pula orang agama yang lebih gemar soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh antara satu sama lain sedangkan ketika ini umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan kedudukan Islam di negara kita. Umat Islam negara kita diancam kristianisasi tapi golongan agama ini leka berbalah soal khilaf.

      Ada ulama (dulu ketua persatuan ulama) yang lebih risau dia tidak boleh berkuliah atau berceramah di masjid daripada masalah-masalah umat Islam seperti ancaman fahaman yang dibawa oleh Sister In Islam. kumpulan LGBT, Gerakan Kristian Evangelis. Ulama ini tidak mahu menegur mereka ini kerana demi mendapat undi untuk menuju PUTRAJAYA. Putrajaya lebih utama daripada yang lain.



      Sangat malang kalau ulama sekadar dijadikan 'maskot' untuk sesuatu tujuan. Lagi malang kalau yang dijadikan maskot tak sedar dirinya dipergunakan. Hilang kemulian dirinya, malah didunia ini dia tersisih dengan masyarakat yang mahukan agama.

      Delete
    6. Justifikasi PAS mahu menggantikan UMNO/BN adalah bertujuan memandu rakyat ke arah keadilan dan kesejahteraan mengikut ajaran Islam. PAS sebagai pembela Islam berjuang untuk memurnikan situasi dengan gagasan suci, ISLAM MEMERINTAH, BUKAN DIPERINTAH.

      Apa pula justifikasi PH dalam usaha menggantikan UMNO/BN? Belum keluar satu ayat dari mulut Mahatir dan Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN secara tegas dan jelas. Yang diuar-uarkan ialah jatuhkan Najib. Yang diserang ialah kepimpinan Najib; bukan UMNO/BN. Kalau Najib tumbang, siapa dapat bagi jaminan PPBM tak kembali bersatu dengan UMNO?

      PKR, DAP dan PAN boleh pula bersetongkol dengan parti klon UMNO, iaitu PPBM. Aneh bukan? Kepimpinan negara perlu ditukar kerana ekonomi negara dan sosial telah menjuman teruk bermula dari era PM Mahathir lagi. Mereka inilah yang hari ini lari menubuhkan PPBM kerana konfrontasi dengan Najib.

      Alih-alih PKR, DAP dan PAN berpakat pula dengan golongan desperado yang diketui oleh manusia yang mereka pernah labelkan sebagai MAHAZALIM. Bukankah parti pimpinannya kini, PPBM, adalah klon UMNO? Apakah perangai dan niat mereka sudah menjadi mulia dengan tiba-tiba apabila mereka menghulurkan tangan mereka kepada pemimpin PKR, DAP dan PAN?

      Mudahnya sifir politik para oportunis hipokrit pada hari ini. Maka terbuktilah kata-kata: Orang yang benar dipandang hina DAN para pendusta dipandang benar lalu diangkat menjadi pemimpin di kalangan mereka.

      Delete
    7. Luahan songsang yg ditimpa kekeciwaan & keresahan jiwa AnonyMOUSE 16:20 & 16:27....datang dari seorang Penyamar Pengecut lagi Penakut...sapa lagi kalau bukan si Kejora kaki klentong, penjilat Rosmah, Najib & Kairy Jamaluddin.

      Delete
  2. Ok....😱😱😱😱😱😨

    ReplyDelete
  3. TDM akan cipta satu lagi sejarah dlm arena politik M'sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan insyaAllah....

      ....kemenangan makin menghampiri...

      ....malaysia akan kembali mengharum...

      ...harimau akan kembali mengaum....

      ....rakyat akan kembali mampu tersenyum....





      Delete
    2. Pakar Strategist & Penyiasat Rafizi juga mengaku faktor Tun Mahathir adalah kunci kejayaan bagi menarik pengundi Melayu UMNO & Melayu atas pagar.
      UMNO/BN menang cukup2 makan di PRU 13 disebabkan sokongan Tun ketika itu. Di PRU 14 nanti, Pakatan Harapan pasti menang gemilang dgn lebih 2/3 majoriti kerana mendapat undi 90% Bukan Melayu & 55% undi Melayu/Bumiputera.

      Kejora....

      Aduhai Sang Kejora Pengecut Lagi Penakut...

      Naahh kaw, nak sangatt... dgn kehendak ketentuan Illahi sesuai dgn qadak & qadarNYA...The Grand Old Stateman is now officially once again The War Lord to crush UMNO/BN and and lead PAKATAN HARAPAN taking over Putrajaya.

      Pakai nampak Kejora diserang Semput, Rosmah kena Senggugut & Najib pula kena Gaut. Berita Tun Mahathir itu adalah hadiah Raya tahun ini merintis negara kembali ke landasan yg betul setelah diranapkan oleh badigol2 Tun Dol & Najib Rosmah.

      Padan muka mereka.....!!!!

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  4. Pengaruh Tun jangan dipandang rendah...sebelum ni...lama dah isu 1MDB dibawa oleh Rafizi dan pihak pembangkang..tapi seolah-olah tidak diambil endah oleh khalayak...
    Hanya setelah Tun membangkitkan isu 1MDB...baru lah ianya meletup hingga diberi perhatian oleh dikatakan semua rakyat Malaysia....

    ReplyDelete
    Replies


    1. Syok sendiri



      Delete


    2. ....sudah terbukti.....




      Delete
    3. Pengaruh Tun jangan dipandang rendah...sebelum ni...lama dah isu 1MDB dibawa oleh Rafizi dan pihak pembangkang..tapi seolah-olah tidak diambil endah oleh khalayak...
      Hanya setelah Tun membangkitkan isu 1MDB...baru lah ianya meletup hingga diberi perhatian oleh dikatakan semua rakyat Malaysia....
      -------------------------------

      Ulasan tepat on the dot....!!

      Bertahun-tahun ASWJ, SR, Tony Phua & Rafizi bekerja keras membongkar penyelewengan Najib & Rosmah, namun masih suam2 saja. Akan tetapi... sejak Tun mula bersuara mengelilingi seantero jagat, Dunia mula memberi perhatian serius terhadap penyelewengan iemdebik, MO1, Rosmah, Reza Aziz & Jho Low. Satu persatu dakwaan & hukuman undang2 telah dikenakan terhadap 1emdebik, bank2 serta orang yg berurusan dgn 1embdebik di Spura, London, Swiss, Abu Dhabi, Hing Kong, USA.

      Aneh....kenapa di Malaysia tak ada dakwaan & hukuman terdapap 1 emdebik, Najib Rosmah, Reza Aziz & Jho Low, yer.....????

      Delete
    4. Konsep orang kita.biar salah tetap kena bela asal melayu..itu lah konsep yang menyelamatkan bijan dan umno selama ini.

      Delete
  5. Kalau PH menang pilihan raya dan Tun M jadi PM sekali lagi, ini bakal terjadi: roll the drum...

    1) GST dihapuskan serta-merta. SST kembali dilaksanakan.

    2) Ringgit naik dan kembali kepada 3.80 sen daripada 4.30 berbanding US dollar.

    3) Pelaburan luar negara datang mencurah-curah especially dari Jepun. Cukai-cukai lain dalam negeri akan dikurangkan berikutan peningkatan FDI. Tiada lagi squeezing money from Chinese businesses.

    4) Ekonomi berkembang dengan pesat dan mencatatkan pertumbuhan 8 peratus setahun.

    5) Kadar pengangguran jatuh mendadak. Graduan mendapat pekerjaan sejurus habis pengajian. Tiada lagi berita graduan engineering terpaksa jual nasi lemak ditepi jalan. Berita seperti ini adalah sesuatu yang memalukan kepada mana-mana negara. Bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sehingga diumumkan di parlimen.

    6) Hutang negara susut mendadak dari 907 billion kepada 300 billion.

    7) Rizab luar negara naik mendadak dari 97 billion kepada 400 billion.

    8) 5 juta pendatang Bangladesh akan dihantar pulang. Orang-orang Malaysia kembali mendapat peluang pekerjaan. Pendatang asing hanya dibenarkan bekerja di sektor 3D.

    9) Tiada lagi bencana dan malapetaka dasyat menghantui Malaysia. Tanah air Malaysia kembali diberkati Allah SWT. Nyawa setiap satu rakyat Malaysia adalah sangat beharga.

    10) Dana pelaburan negara akan diaudit secara forensik. Duit negara yang hilang berbillion-billion yang hilang diluar negara akan di cari sampai lubang cacing. Duit-duit itu kemudiannya akan dijadikan biasiswa untuk pelajar miskin dan membina perumahan kos rendah.

    12) Subsidi barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, petrol akan DIKEMBALIKAN semula kepada rakyat. Harga barang-barang keperluan asas akan DIKAWAL.

    13) Tun M bawa masuk semula Tun Daim dalam kerajaan dan menyuruhnya memperbaiki ekonomi Malaysia. Setelah setahun mengkaji, Tun Daim berjaya mengenal pasti punca kelembapan ekonomi. Dalam masa 3 tahun, Tun Daim berjaya menaikkan semula ekonomi Malaysia.

    14) Peruntukan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan kembali seperti biasa. Tiada lagi pemotongan bajet seperti tahun-tahun sebelumnya.

    15)Peruntukan pinjaman PTPTN tahunan akan ditambah. Tiada lagi potongan 5 peratus dan 10 peratus seperti sekarang. Kadar pemberian akan kembali seperti biasa. Bilangan mereka yang mendapat pinjaman pada kadar penuh akan kembali seperti sediakala.

    16)Kerajaan akan memikirkan cara lain untuk meningkatkan pendapatan negara seperti menggalakkan pelaburan luar negeri. Kerajaan tidak akan lagi menyiksa rakyat dengan pelbagai jenis cukai yang membebankan.

    17)Ekonomi negara kembali rancak selepas Tun Mahathir kembali menerajui negara. Kredibiliti dan keyakinan pelabur kepada Malaysia kembali naik.

    18)Salah satu sebab kenapa kerajaan kerajaan ligat mengutip cukai dari rakyat dengan cukai GST, Tourism tax dan LHDN yang terlebih ligat pungut cukai, kerana pelabur tidak lagi datang melabur di Malaysia. Pelabur tidak datang kerana krisis keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sekarang.

    19)Bila Mahathir kembali terajui tampuk kepimpinan negara, pelabur akan berpusu-pusu datang untuk melabur. Pelabur tahu bila Mahathir kembali jadi PM, pelabur boleh buat banyak duit. Their money will be in good hands. Mahathir track record sebelum ini as PM before showed it all. With Mahathir back at the top, investors will come in droves. Tiada lagi krisis keyakinan dalam kepimpinan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow klu dpt keadaan seperti dahulu.. sedia kala.. mmg terbaik... dan itulah yg kami doakn... semoga Allah perkenankn... cemas Malaysia dgn kepimpinan teruk bijan dan barisan

      Delete
    2. Harapan teman....Tun M dapat meletakkan semula Malaysia di persada dunia macam dulu2.

      Dulu Malaysia disegani oleh negara2 luar kerana ketegasan Tun M....mereka kagum dgn kepesatan pembangunan Msia. Orang Msia boleh berjalan megah bila ke overseas.

      Pendapat dan buah fikiran Tun M dipandang serius dan dihormati oleh pemimpin negara2 luar......bila Tun M berucap di PBB ramai pemimpin2 negara yg berpengaruh fokus pada ucapan beliau.

      Tun M tak pernah lari dari sebarang program ucapan atau forum soal jawab sama ada dalam negara atau di luar negara. Semua soalan akan dijawabnya dgn confident....ini baru betul2 dikatakan Nothing to Hide.

      Harapan rakyat Msia ialah Tun M dan Pakatan dapat kembalikan kegemilangan Msia macam dulu.....tapi mesti kita ingat ini hanya boleh berlaku jika kita jalankan tanggungjawab memberi mandat pemerintahan pada Pakatan.

      Jadi tiap daripada kita dan keluarga wajib jalankan tanggungjawab memgundi di PRU14 nanti.....jangan setakat berkokok di sini saja.....memangkah undi tu penting dan mesti ditunaikan.

      Penyamun dan kleptokrasi mesti ditamatkan di bumi Malaysia.

      Malaysia untuk rakyat Msia.......bukan untuk pangkat dan kuasa pemimpin.

      Moga Allah panjangkan usia Tun M dan pemimpin Pakatan yg lain demi menggalas tugas untuk rakyat Malaysia.....ameen.

      Delete
  6. Reality jgn dok berangan mat jenin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Impian akan terlaksana....

      ....menjadi kenyataan...

      Delete
    2. Lepas ni semoga tak ada lagi melayu islam yang akan berselfie dan bermain golf dengan yahudi,pemimpin barat,diktator afrika

      Delete
  7. Belum pun beberapa jam, fahmi fadhil dari PKR memaklUmkan (MOLE) TIDAK ADA PERSETUJUAN melantik Tun mengetuai PH.

    Inilah dalang (berita awal, berita pertengahan, berita akhir) bertujuan memecahbelahkan PH.

    Musang berbulu ayam ada di antara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M ialah satu nama yg berpengaruh besar bukan di Msia jer malah di luar negara........jadi memang tak heran kalo ada pihak yg rasa tergugat dan terancam

      Yg penting......sila letak agenda rakyat dan negara paling atas........tu yg lebih utama dari agenda parti dan pemimpin.......atau bertelagah dan sama2 jatuh tersungkur. Pilih mana nak???

      Pada Pakatan.....pikirlah sendiri beb......jangan buang masa lagi.....masa untuk hadapi PRU14 dah tak banyak.

      Ingat yeopppp.......tiap kesilapan pihak Pakatan akan menjadi satu keuntungan pada pihak lawan.....jadi tolong jangan murah hati sangatttt yeoppp........

      Kami rakyat dah bersedia untuk ubah......kome Pakatan pon tolong bersatu dan mantapkan barisan yeoppp.....jangan buang masa!!!

      Delete
  8. Belum ada persetujuan lantik Tun M ketuai Pakatan Harapan - PKR
    KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan masih belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung siapa yang bakal mengetuai gabungan tersebut.

    Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata sehingga kini pimpinan Pakatan Harapan masih lagi berbincang berhubung barisan kepimpinan gabungan tersebut.
    "Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan," kata Fahmi melalui temu bual telefon bersama Astro AWANI.

    Sementara itu, apabila ditanya sama ada benar Biro Politik PKR sudah bersetuju untuk melantik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata perkara tersebut adalah tidak tepat.

    "Inaccurate. (Tidak tepat). PKR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini," katanya dalam sistem pesanan WhatsApp kepada Astro AWANI pagi ini.

    Pagi ini, ada laporan portal memetik sumber dalaman parti bahawa Biro Politik PKR sudah menyatakan persetujuan agar Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
  9. Semua kaum bersatu hatilah tumbang kan BN dalam pru 14

    Gunakan satu undi anda dengan se baik nya.

    Mana unknown aka Sahabat, Mr J dan lain

    PH Sudah ada panglima untuk mengemudi HARAPAN

    HARAPAN atur langkah secepat Mungkin

    Rakyat sedang menanti untuk malaysia

    Ingat Undilah HARAPAN

    ReplyDelete
  10. betul kluangman...

    sibudin salah satunya musang berbulu ayam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau lah anon 1315 musang berbulu ayam....

      ..komen pakai anon...musang yang takut dikenali....menyamar jadi ayam....kau patut jadi ayam kat chow kit...

      ....rabak....memang rabak...



      Delete
    2. sudah goyang ka... manyak sakit hati ka... jgn sampai bijan ngorat nenek ko... org dah nasihatkan dah...

      Delete
  11. Moga Allah berkati usaha rakyat malqysia yg ingin singkirkan kemungkaran.
    Kemungkaran yg nyata dan berleluasa yg dipelopori oleh UMNOBN dan PAS.
    Allah telah mengangkat sedikit deni sedikit kelumbong yg diletakkan oleh nedia UMNO BN dan sekongkol oleh PAS. Pembongkaran 1mdb dan perkosaan undang2 sudah tidak dpt dikambus lagi...
    MOGA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA...

    ReplyDelete
  12. https://www.theonlinecitizen.com
    https://rilek1corner.com santai bersama
    mr.damanhuri abas ...Bryan Lim Boon Heng dll
    link web pembangkang di Singapura sudah dapat sambutan hangat di Malaysia / Singapura/ Brunai/indonesia

    PASCA PEMBANGKANG HANGAT DI SINGAPURA
    NETIZEN 'LIKE' & VOTE SUPER NEPOTISMA SPURA
    DARI 100 RIBU KEMPEN 1 JUTA 'LIKE' ALAM MAYA
    BAHANG ANTI SUPER KRONI/NEPOTISMA BERMULA

    TAHNIAH RAKYAT DAN PEMBANGKANG DI SINGAPURA

    INI KALI LAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL, INI KALI LAH !!
      Kita pastikan UMNOBNPAS NEPUPUTISM akan dpt BAWAH 6% undi Rakyat sedar.

      Delete
    2. Ini kalilah sama2 anti penyamun....
      anti sebat dan rembat.....
      anti sapu duit haram.....
      anti samun.....

      Delete

  13. Adakah Azizah sebagai presiden akan dilantik sebagai PM....


    Dan apabila Anwar dibebaskan beliau akan menggantikan tempat Azizah sebagai PM.....


    ReplyDelete
  14. menang dulu bohhhh
    semua boleh jadi pm limguang mat sabu husam muhyiddin mahathir rafizi

    ReplyDelete
  15. TERBAIK!!!! JOM ALL MALAYSIAN. KITA GASAK NAJIB RAZAK YANG TELAH BUAT RAMAI RAKYAT HAMPIR NAZAK TARAF HIDUP DAN EKONOMI MEREKA!!! NAJIC RAZAK DAN REGIM KLEPTOKRASI UMNO BN WAJIB, WAJIB, WAJIB DITUMBANGKAN. INI HANYA BOLEH DILAKUKAN DENGAN HANYA MENOLAK UMNO BN & PAS DALAM GE AKAN DATANG DAN LENCUNGKAN UNDI BERPUSAT KEPAKATAN HARAPAN. INI SAJA PILIHAN YANG KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA ADA UNTUK MENGUBAH MALAYSIA KE ARAH SEWAJARNYA SERTA UNTUK MENGHERET PARA PERAKUS PERASUAH KE TEMBOK BATU BERJERJAK BESI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh nazak tu...dulu duit byak bleh tabur masa nak pru. Skrg susah nak tabur dh.sb duit derma dah pulang blik kat pak arab.kalu janji pun janji air liur jer ni kali.harap duit cukai hotel kot utk support kempen kali ni

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Paspispus dan gagasan PASIKAT nk letak dimana ye ?

    ReplyDelete
  18. Sokong penuh ph..amin ya allah syukur...hidup ph

    ReplyDelete