Monday, 26 June 2017

AKHIRNYA SABAH, SARAWAK TOLAK CUKAI PELANCONGAN, DIMANA SUARA "MENTERI JANTAN"?


Pada 15 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan isu cukai pelancongan yang mencetuskan perbalahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dengan Sabah dan Sarawak, telah selesai.


Menurut Zahid, isu itu telah dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu dan persetujuan telah dicapai bahawa tiada lagi kenyataan dikeluarkan berhubung perkara tersebut.

"Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet dan kami memutuskan bahawa isu tersebut telah selesai, dan tiada lagi kenyataan boleh dikeluarkan sama ada daripada pegawai kerajaan negeri atau persekutuan.


"Saya sendiri bertemu dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak pada Rabu. Isu ini telah ditutup dan mari kita buka buku baharu," kata beliau pada sidang media di sini.


Itu kata Zahid pada 15 Jun lalu, tetapi apa jadi hanya tidak sampai dua minggu setelah pengumuman selesai itu diucapkannya.


Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg berkata, cukai pelancongan tidak akan dilaksanakan di Sarawak pada 1 Julai ini kerana perbincangan mengenainya dengan Putrajaya masih lagi berjalan.


Kata beliau, segala-galanya belum muktamad, hanya cara kerja yang selesai, sedangkan ada isu lain yang perlu dibincangkan, antaranya ialah berkaitan tempahan awal bilik-bilik hotel.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Masidi Manjun juga senada dengan Sarawak bahawa cukai pelancongan tidak akan dikuatkuasakan di negeri itu pada 1 Julai depan ini.


Alasan beliau ialah hotel-hotel belum lagi mendaftar untuk cukai tersebut.


"Jadi, bagaimana kerajaan akan mengutip cukai itu," katanya sambil menambah, persediaan logistik lain juga masih belum selesai.


Sebelum ini, isu cukai pelancongan itu mencetuskan perbalahan antara Nazri dengan Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah yang tidak setuju dengannya.


Nazri kemudian melabel Abdul Karim sebagai menteri "setahun jagung"  dan dalam waktu yang sana meletakkan dirinya sebagai "menteri jantan".

Perbalahan juga kemudiannya merebak antara Nazri dengan dua menteri lain iaitu Fadilah Yusof dan Abdul Rahman Dahlan dan Sarawak mengumumkan pengunduran diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.


Bagaimanapun, dengan dua kenyataan daripada pemimpin Sabah dan Sarawak yang mengatakan cukai pelancongan tidak akan dilaksanakan pada 1 Julai di kedua-dua negeri tersebut, bukan saja kenyataan Zahid Hamidi yang menyebut isu tersebut telah selesai sebagai tidak betul, malah pendirian yang berbeza dengan kerajaan Pusat terus dikeluarkan tanpa rasa takut.


Bahkan, ketegasan tidak melaksanakannya pada 1 Julai, bermakna Sabah dan Sarawak jelas telah menang dan menundukkan Najib, Zahid dan Nazri dalam isu cukai pelancongan ini.


Lebih ingin diketahui, di mana Nazri selepas ini, masih "jantan" lagikah beliau? (ShahbudinHusin26/06/2017)

40 comments:

  1. jantan....tapi takde kote.....sama la tiga3 ni......3 abdul pun lagi jantan.....

    yg ni 3 samdol.....

    -dad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantan? Mana jantan nya? Badi pun takda di kaki nya. Kalau betul betul bersabung, tersungkur le. Cakap aje gah.

      Di gelar "nightclub bouncer", makna gengster. Memang gitu dari cakap dan tindakan nya. Nk debat dengan Tun M pun, kata orang dia cari helah, tak jadi.

      Jadi katun dalam gomen. Tiga tiga orang itu memang katun. Yang akaplagi satu satu cakap Bahasa Inggeris berterabur di New York. Di ketawakan orang di dunia.

      Harap pengundi tukarkan gomen nih di Pru1 supaya tak ada katun dalam gomen akan datang.

      Delete
    2. taji bro bukannya badi...

      Delete
  2. Satu samdol beraya diBali.
    Tn Budin, mohon topik Bali ,boleh?

    ReplyDelete
  3. Hebat sambutan rumah terbuka Perdana Menteri
    Sokongan kuat kepada PM kita, rakyat terus beri
    Bukan spt mantan PM penakut Matdey Malabari
    Raya tahun ni, ke London si tua ni melarikan diri

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh…

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Tukar lah cara awak untuk menunjukkan taat setia pada Najib.

      Kalau orang Sarawak dan Sabah boleh berubah tak kan awak tak boleh berubah..

      Delete
    2. panggil jamuan raya mmg la ramai..panggil ceramah najib tgk ramai mana nak mai..kot kerah habih budak ipt uni bomba semua bg ramai.

      Delete
    3. benyai 0001,
      Pergi london duit sendiri, lagi mulia dari guna duit rakyat joli diBali.
      Exprez Obama mesti resah dlm cuti, ada org dtg cari....

      Delete
    4. Kah kah kah kah .

      Akal kau memang hebat , memang terbaik . Itulah pasal najib borjoget kegembiraan apabila ada malaun saperti awak dan Salleh Keruak .

      Ma'af Mr J . Kami tidak se biol yang awak sangka . Kami tak bodoh saperti yang Najib sangka . Kami tak bahalol saperti yang Salleh Keruak sangka .

      Betullah saperti yang awak katakan. Yang di curi adalah duit IPIC .

      Tetapi haram zadah nya , MOF kena bayar US 1.2 billion kepada IPIC pada tahun ini juga ??

      Mengapa MOF terpaksa mengambil alih bond US3.5 billion termasuk tanggungan faedah faedah sekali yang di jamin olih IPIC ??

      Hasil penyelesaian itu membuktikan duit yang di curi bukannya duit IPIC , sebaliknya duit 1MDB .

      Saya dan mungkin ramai lagi berani malabelkan PM Malaysia kini adalah yang paling " idiotic ". Tolonglah jangan anggap rakyat semua adalah sama 'standard' dengan dia .

      Delete
    5. Anon 02.39..
      Klu org kategori bebal maarop mcm ko ni memg payah. Cakap la berjela2 skali pn, tatap dibalas dgn pusing sana pusing sini.

      Rakyat M'sia x bodoh mcm yg ko sangka bai. Hanya segelintir puak2 mcm ko ni yg bebal & bodo cuba nk membodohkn org lain. Trmasuk la si budin admin manyak masyuk ni.

      Ikut ko laa bai. Kitar smula la lawak trulung drama 1MDB ni smpi kiamat pn. Apa2 pn tggu cet det lambung, ko & macai2 lain libas.

      #steadybro

      Delete
    6. Syabbas DS NAjib atas sifat penyabar & tenang
      Dia tak melatah walau pelbagai fiitnah dicanang
      Kunjungan rumah terbuka, buktii rakyat senang
      Fiitnah apa pun, puak haprak tak akan menang

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh…

      Delete
    7. MOF kena bayar US 1.2 billion kepada IPIC pada tahun ini juga ??

      Mengapa MOF terpaksa mengambil alih bond US3.5 billion termasuk tanggungan faedah faedah sekali yang di jamin olih IPIC ??

      Kenapa ek???? Klau tak salah kenapa nak bayar bunga ???

      Delete
  4. .
    .


    Kelantan dan Terengganu akan tetap punya laksanakan cukai perlancongan kerana mengikut hukum..

    ReplyDelete
  5. Sabah dan Sarawak heroes... hati-hatilah naik belon atau heli. Tutup rezeki Umno curi duit rakyat, kamu tak selamat. Lagipun kamu MP gila undi sokong cukai pelancongan di Parlimen bersama Pandikar yang tak cukup tidur!

    ReplyDelete
  6. .
    .

    Memalukan Najib. Ini bukan sekali Nazri memalukan Najib, dulu dia juga yang berdegil nak berdebat dengan Mahathir.

    Sekarang Sarawak dan Sabah tak nak ikut arahan cukai yang konon telah dipersetujui oleh kabinet. Lalu kedua-dua negeri mengumumkan keputusan dan bukan nya membuat kenyataan.

    Dulu boleh lah cakap orang Sarawak dan Sabah bodoh.. ikut je apa Menteri Semenanjung suruh. Silap Nazri lah tidak ambil tahu kemajuan mereka dalam mentadbir negeri ..

    ReplyDelete
  7. Inilah akibatnya apabila kerajaan masakini terdesak untuk mendapatkan uwang .

    Manakan tidaknya ?? MOF baru saya mengeluarkan RM 741 juta untuk memulangkan uwang deposit Bandar Malaysia .

    Sekarang terpaksa mencari lagi US600 juta (anggaran 2.5 billion ringgit ) untuk membayar IPIC . Tambahan US600 juta lagi menjelang hujong tahun ini . Ini tidak termasuk bayaran faedah keatas bon US 3.5billion yang di jamin olih MOF . Semua bayaran itu tidak termasuk didalam bajet 2017 . Se bagaimana di ketahui ( tidak termasuk pencacai Najib yang bijak pandai terutama Mr J dan Mat Singapork ) , bajet 2017 sudah pun di posisi negative dari mula .

    Cadangan penambahan barangan yang hendak di GST sudah terbengkalai . Harga minyak se dunia pun dalam 'mode' menurun . Apa yang tinggal untuk Najib laksanakan hanyalah dengan penambahan kamera AES . Katanya untuk mengurangkan kemalangan . Lebih dari itu , ia hanyalah untuk semata mata untuk memperolihi dana mengisi kantong MOF cara mudah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita dh xperlu Sebut lg nama mat jilat tu

      Lama dh xnampak

      Mungkin dh insaf gamaknya

      Delete
    2. Ptuii! Mana mungkin mat jilat itu sudah insaf, semakin mereng lagi...adalah!

      Delete
    3. Good job diny...

      Delete
    4. Mr j.soalan yang agak2 takleh spin dia buat2 tak bace lah pulak.bkan ape saje nak tgok akal pembelit dia setaraf bijan n salleh anak keruak ke tak

      Delete
    5. Cukai jamban x nak kutip ke? Hari2 org guna..

      Delete
  8. Semua kaki spin..sorg ckp selesai,sorg ckp dh bincang,sorang ckp taknak buat..bersatu hati taik kucing bn ni

    ReplyDelete
  9. Cukai apa lagi yang mahu dicipta untuk membebankan rakyat?

    ReplyDelete
  10. Mana Othaman penderhaka kaki hasad dendam
    Dah habis ke modal aota Wak mau menggodam
    Tidak mampu lagi ke jawab kita punya gurindam
    Ataupun raya ni tercekik dodol, dah kojol padam

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh…

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAKUT KOJOLA PADA OTHAMAN
      SEHINGGA TAK DAPAT TIDO MALAM
      TU SEBAB HARI HARI DOK MEROYAN
      UMPAMA ORANG GILA TALAK DIA MERENYAM

      Delete
    2. Menteri Jantan dah kecut telor

      Delete
  11. Tak habis2 lagi dengan dakyah ini Pudin bangkai
    Asyik nak merungut saja, otak dangkal ciput cikai
    Hal remeh temeh yg dibuat modal, mau dipertikai
    Mmg lah dlm dunia ini, ada pelbagai sistem cukai

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhhh…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan perkara remeh temeh, rasional lah sikit....

      Delete
    2. MEMANG DUNIA BANYAK CUKAI
      TAPI DUITNYA PM TAK TIBAI
      KALO KOJOLA OTAK DAH BINGAI
      MEMANG CAKAP MULUT MACAM CIBAI

      Delete
    3. Barulah ku faham...

      Mengapa dlm sejarah dunia, pemerintahan regim2 spt yg berlaku ketika zaman maharaja2 China dulu2 misalnya, regim Nazi misalnya, regim Saddam terhadap Kurdish misalnya; boleh tergamak berlaku kjdn pelupusan etnik...

      Moral: Berilah ubat/pencerahan cemaner terang/jelas sekali pun, x kan jalan/memberi penawar kpd manusia2 spt 6:08.
      Bebal yg serupa, malah jadik lebih bodoh & dungu. Menjadi barah. Boleh merebak yg akhirnya nyebabkan negara mati.

      Operate bagi buang jer manusia2 spt 6:08 nih...

      Delete
  12. Buat tak betul dengan Sabah & Sarawak akan membikin penduduk2 di negeri itu rasa fedap dan timbul cakap nak keluar Malaysia.

    Memang ada briged2 anggota tentera dan kontingen2 anggota Polis di sana untuk membenteras langkah2 terhadap itu.

    Tapi tindakan "fighting cock" nak lawan pasal cukai pelancong, akan mengurangkan Fixed Deposit Umno/BN.

    Tapi aku sokong Tun M dan barisan Pembangkang sekarang, lantak lah depa Umno/Bn Fixed Deposit kurang di Pru14.

    ReplyDelete
  13. .
    .

    Lain kali nak buat apa-apa tolong lah respek orang Sabah dan Sarawak. Bila UMNO BN dah tak tentu arah cara nya, mereka tak ikut. Bukan pasal dulu mereka takut tapi apa yang UMNO BN buat memerah duit dengan cara mengutip cukai adalah cara terdesak.

    Sepatutnya Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik atas kouta Sarawak dan Sabah berhenti lah jadi barua pemimpin UMNO. Yang ikut cara pimpin UMNO sini buat apa ?

    Malukan orang Sabah dan Sarawak. Menteri dan Timbalan Menteri yang jadi barua UMNO bila kena balik Sabah atau Sarawak, orang sana akan memandang hina pada mereka.

    ReplyDelete
  14. Road tax untuk kereta dan motor dah ada. Mungkin lepas ini roadtax untuk basikal dan pejalan kaki akan diperkenalkan....haha

    ReplyDelete
  15. ZAhid komedi dengan lawak dia.
    Makluk yang tidak ada integrity. Menyokong penyingkiran Muhyiddin dari umno yang mempersoalkan skandal 1mdb semata2 nak jadi orang No2 Umno.

    ReplyDelete
  16. Cukai Vape tak jalan.
    Cukai pelancongan dilawan.
    Cukai GST tak leh naikkan.
    Najib dan kawan2 kena sawan...

    ReplyDelete
  17. Mana dia telor samsing2 bn cakap kata samseng budah mentah mangkok semua gantung dekat telinga dan hidung samseng malaysia cakap tak serupa bikin baru samsing serawak dan sabah cakap dah kecut telor ha ha ha ha

    ReplyDelete
  18. Telor dah digoring!!!!!

    ReplyDelete