Monday, 15 May 2017

BAWA ANAK KE CHINA, ADAKAH NAJIB TIADA PERASAAN MALU?


Saya amat hairan apabila melihat Riza Aziz serta Ashman Najib yang duduk di belakang Najib Tun Razak di dalam satu majlis lawatan Perdana Menteri  ke Hangzhou!!

Boleh Ketua Setiausaha Negera (KSN) beri pencerahan kepada 30 juta rakyat Malaysia apa jawatan dua budak ini dalam kerajaan?!

Adakah mereka berdua memegang sebarang jawatan kerajaan masakini kerana posisi kedudukan di dalam majlis tersebut seolah-olah mereka juga berjawatan tinggi dalam kerajaan?!

Dalam majlis tersebut mereka berdua kelihatan duduk di barisan kedua di belakang kerusi Najib Tun Razak.

Ketua Setiausaha Negara mesti beri pencerahan kepada keseluruhan rakyat Malaysia mengenai apa kepentingan Riza Aziz serta Ashman Najib yang turut serta dalam majlis tersebut?!

Adakah kos perbelanjaan mereka berdua yang mengikuti rombongan Perdana Menteri ke China ditanggung oleh kerajaan Malaysia?!

Kalau kos perbelanjaan Riza Aziz dan Ashman Najib ditanggung oleh pihak kerajaan; ini sudah bercanggah dengan undang-undang dan berlaku unsur-unsur 'conflict of interest' seterusnya salahguna kuasa.

Perbuatan Perdana Menteri  ini amat tidak beretika!! Ahli keluarga sendiri diheret ke hulu dan hilir dalam urusan rasmi kerajaan.

Anak-anak Perdana Menteri  tidak seharusnya berada dalam mesyuarat atau taklimat di antara kerajaan dengan kerajaan kerana mereka bukan pegawai kerajaan.

Kita juga mahukan Ketua Setiausaha Negara mengesahkan secara rasmi itu majlis apa?!

Ini satu 'precedent' yang tidak baik sama sekali dan tidak harus berulang kembali!!

Sepertimana yang diperkatakan tadi kedua-dua budak ini tiada kaitan serta tidak ada 'locus standi' dalam urusan kerajaan Malaysia.

Deklarasi Rakyat  yang mewakili 1.4 juta orang penandatangan selaku pembayar cukai mohon pencerahan dan kenyataan rasmi oleh  Ketua Setiausaha Negara dalam isu ini.

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator 
Deklarasi Rakyat
15 Mei 2017

Ulasan Blog -  Jika kita perhatian tindakan Najib membawa anak-anaknya dalam lawatan rasmi ke luar negara ini bukanlah bukanlah kali pertama. Sebelum ini juga beliau pernah melakukan perkara yang sama.

Nampaknya Najib tidak ada "perasaan malu"  langsung kepada 30 juta rakyat Malaysia. Bukan saja disebabkan mereka itu anak-anaknya yang tidak seharusnya terlibat atau dibawa dalam urusan rasmi kerajaan, bahkan juga kerana Riza Aziz dinamakan secara langsung dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman AS.

Maknanya, lagi anaknya itu dikaitkan dengan skandal 1MDB, lagi ghairah Najib mahu menunjuk-nunjuk beliau berani atau gembira membawa anaknya itu ke mana-mana.

Di mana agaknya "perasaan malu"  Najib kepada pembayar cukai negara ini?

Apakah beliau ingat sebagai Perdana Menteri, beliau bebas melakukan apa saja di negara ini?

Selain KSN perlu menjelaskan perkara ini, yang paling penting ialah kita sebagai rakyat, pembayar cukai dan pengundi mesti menamatkan dengan segera  kelakuan seorang Perdana Menteri yang tidak beretika dan tidak ada "perasaan malu" seperti ini. (ShahbudinHusin 15/05/2017).

132 comments:

  1. Dalam Mathnawi karangan ulama sufi, Rumi, ada diceritakan tentang kisah sekumpulan haiwan yang takutkan singa yang mengganas. Singa itu kuat merajalela dan memburu apa saja haiwan untuk dijadikan makanannya.

    Untuk menangani masalah tersebut, haiwan lain berpakat. Tahaluf siyasi tercapai di kalangan para haiwan. Mereka akan mencabut undi setiap hari untuk memilih haiwan yang akan diserahkan kepada singa sebagai habuan.

    Dengan itu, mereka berjaya mengelakkan singa daripada mengganas secara rambang dan tidak perlu hidup dalam ketakutan. Cumanya, haiwan yang diundi mesti akur menjadi makanan sang singa.

    Dijadikan cerita, tibalah pada suatu hari seekor arnab diundi untuk diserahkan sebagai makanan kepada sang singa. Maka beranglah sang arnab.

    "Sampai bila kezaliman ini perlu dibiarkan?" katanya.

    Maka arnab pun membatalkan tahaluf siyasinya dengan haiwan-haiwan yang lain.

    "Biar aku saja mendepani sang singa dengan caraku sendiri," kata sang arnab. Arnab itu yakin dia punya kepintaran dan cukup matang untuk mendepani sang singa.
    Anekdot tulisan Rumi itu berakhir dengan sang singa diperangkap ke sebuah telaga buruk dengan tipu helah arnab. Dan sang arnab diangkat sebagai wira oleh para haiwan yang kemudiannya hidup selamat daripada ancaman singa itu.

    Haji Hadi dan PAS ada kemungkinan akan menjadi seperti arnab itu - wira kepada rakyat Malaysia yang sangat mereka jaga akan maslahahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ni komen tak ada kaitan..buat membazir ruang sahaja..

      Delete
    2. Nak tunjuk pas tu cerdik spt certain
      Apa punya cerita la dol
      Arnab PAS dah lama Kena kurung dgn singa UMNO
      HARI2 DOK RATAH ARNAB PAS sehingga menjilat jari lagi

      Delete
    3. lebai mana pulak yang sesat ke sini..
      ini yang dikatakan bangan oleh RM..

      Delete
    4. Hati2 kalian dgn neo komunis Mr.j,sahabat jahil serta singapork.

      Mereka akan pertahankan kepentingan China komunis termasuk menjual negara ini.

      Tidak ada dalam sejarah dunia, sorang PM ditipu oleh anak cina umur belum 30 tahun berbillion ringgit.

      Jika dia mudah ditipu, maukah kalian ber PM kan dia.

      Undi partai chop dacing atas risiko sendiri!!!

      Neo komunis dgn doktrin "cash is king" bukan lg kuasa dari muncung senapang.

      # demi Malaysia///

      Delete
    5. .
      .

      Tiba lah giliran arnab (PAS) di jadikan korban untuk singa (umno).

      Arnab yang makan dedak tak kan se cerdik arnab yang memerangkap singa dalam kisah tersebut. Arnab tersebut mengunakan helah tetapi arnab yang di beri dedak di umpan dengan ruu.

      Yang buat perangkap ialah UMNO dan yang kena perangkap ialah PAS.

      Apa umpan PAS untuk perangkap UMNO ?



      Delete
    6. DA yang meminta saya membandingkan proses pemutusan hubungan politik PAS-PKR sekarang dengan proses pemutusan hubungan politik PAS-PMS46 pada tahun 1996 dahulu.



      Hal ini kerana sindiran yang dibuat kepada PAS mengenai proses pemutusan hubungan PAS-PKR ini yang didakwa pelik ekoran kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, bahawa Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS pada 11 Mei lalu memutuskan bahawa “hubungan politik tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal” dan bahawa “sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat”.
      Sindiran yang dibuat kepada PAS mengenai proses ini adalah kerana “passing” yang didakwa dibuat dari Majlis Syura Ulamak PAS yang lebih tinggi kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lebih rendah yang didakwa tidak wajar.

      Sebenarnya, pihak yang menyindir proses ini juga menyindir amalan PAS sebelum ini yang melibatkan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS dan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden PAS.

      Hal ini kerana proses pemutusan hubungan politik PAS-PMS46 dahulu juga bermula dari Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Julai 1996 yang memutuskan bahawa “PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PMS46 di semua peringkat”.

      Setelah Majlis Syura Ulamak PAS yang diketuai oleh Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS membuat keputusan tersebut, maka ia dibawa kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menentukan bagaimana ia akan dilaksanakan.

      Sebab itulah maka Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden PAS menyusuli keputusan Majlis Syura Ulamak PAS ini dengan mengumumkan pula bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 14 Julai 1996, “dalam melaksanakan keputusan tersebut, membuat ketetapan bahawa keputusan itu berkuatkuasa mulai hari ini”, yang diikuti oleh beberapa keputusan lain yang dibuat olehnya untuk melaksanakan keputusan itu.

      Oleh itu, tiada yang pelik di dalam tindakan Majlis Syura Ulamak PAS menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk memutuskan sebarang tindakan politik sehubungan dengan pembatalan hubungan politik tahaluf siyasi antara PAS dan PKR ini.

      Yang sedikit berbeza hanyalah “wording” spesifik yang digunakan di dalam kedua-dua keputusan ini sahaja, di mana di dalam pemutusan hubungan politik PAS-PKR sekarang, Majlis Syura Ulamak PAS sekadar menyebut secara umum bahawa “hubungan politik tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal”, tetapi di dalam pemutusan hubungan politik PAS-PMS46 dahulu, Majlis Syura Ulamak PAS menyebut secara lebih spesifik lagi bahawa “PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PMS46 di semua peringkat”.

      Agak melucukan juga apabila melihat gelagat pihak yang menyindir proses ini dengan berlagak seolah-olah mereka adalah pakar yang serba tahu mengenai PAS sedangkan apa yang mereka perkatakan jauh lari daripada hakikat sebenar yang pernah berlaku di dalam PAS. –

      Delete
    7. Ha2...wira 90 jota...iman pon luruh

      Delete
  2. Apa sngat lah membawa anak2 dlm lawatan resmi kjaan d bandingkan dgn duit yg d dawka d curi dari perbendarahan negara.
    Kata ulama kalau mkn bersumberkan hasil yg jelas haram hati akan mati dan hilang rasa malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Ahli UMNO telah di bawa bersuka ria di Stadium Bukit Jalil. Belanja bawa rakyat dari serata pelusuk kampung dan Bandar lebih dari belanja membawa dua anak China.

      Perasaan suka naik bas dan masuk ke stadium sama dengan perasaan yang pergi ke China. Dua-dua bergembira dan dua-dua berseronok.

      Sepatutnya UMNO menghadiahkan 2 tempat untuk mengikuti rombongan Najib ke China dari menghadiahkan kan kereta .

      Tapi itu lah nilai otak dalam kepala ahli UMNO.

      Delete
  3. Sejak bila najip tau malu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Tuan Tajul ��

      Delete
    2. Yessss.....truly agree with Tajul.

      Delete
    3. .
      .

      Sejak Nothing To Hide.

      Delete
    4. Syaitan bertopengkan manusia mana ada perasaan malu. Pemerintah yg khianat duit rakyat dan makan duit haram suka ikut cara setan dan akan ikut setan sampai kiamat.

      Delete
    5. Anon 13.48,
      Bukan sejak nothing to hide tapi sejak menikah dengan hippo.

      Delete
  4. Demi Allah..aku tidak halalkan walau 1sen pun cukai yang aku bayar jika disalahguna oleh si polan dan keluarganya.

    Pegawai2 Lxxx yg tengah mengganas skrg ini...aku pun tidak redha dengan kerja korang selagi korang terus menyusahkan pembayar2 cukai yg jujur..sudah2lah tu mengemis dan menganiaya rakyat.

    Oh btw...cukai kena dibayar 2016 yg baru saja aku settlekan berjumlah rm 4×,×××.00. So, tolong jaga hati pembayar2 cukai spt kami. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Mr J ada cakap ... kerana pemimpin itu Islam dan jangan berketuakan orang kafir ..

      Yakin lah sekiranya Najib salah, dia akan terima hukuman di akhirat ...



      Delete
    2. Kita kena pakat mohon pada Allah biar kena didunia ini.
      Akan menjadi teladan kpd pemimpin yang akan datang.

      Delete
  5. NAJIB ADA PERASAAN MALU. TAPI PERASAAN MR CASH IS KING TERAMAT LEBIH KUAT.

    DESPERADO NAK MENANG PRU14 PUN AMAT KUAT. DAPAT TSUNAMI CINA DI PRU13, SEKARANG TAKUT KENA TAMBAH TSUNAMI MELAYU PULAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerit2 kat blog ja, tidak akan mengubah apa2. UMNO tetap kuat dan menang.

      Dengan pak2 lebai pun amal ibadat boleh dijual beli, masakan iman2 lobai pun tak boleh dilelong.

      Delete
    2. Itu kau cakap saja. Tak baca ke analisa2 mereka yang berpengalaman dalam hal politik yang mengatakan PAS lebih popular dari UMNO.

      Dan PAS bukan nak bersatu dengan UMNO. Walau pun di laporkan Mr Cash Is King dah kasi RM90 juta. Masuk kocek pemimpin pemimpin PAS saja. Ada yg di laporkan alih alih dah beli kereta mewah.

      Delete
  6. Najib ni sejak jadi PM macam beruk dapat bunga.... malang sungguh rakyat Malaysia berPMkan si celaka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celaka rakyat malaysia yg berperangai beruk macam kau..

      Delete
    2. 1204 kamu maksudkan yang berperangai beruk mcm Najib, ye?

      Delete
    3. .
      .

      Bukan perangai macam beruk .. Tapi yang celaka tu ..

      Marah lah Najib di celaka kan...Tapi kalau UMNO dah celaka, apa makna nya..

      Delete
  7. Kot Najib ingat sebab dia golfing partner dengan Donald Trump 1-2 kali, dia ada special relations, anak tiri nya Reza Aziz kena sita harta nya pun, dia ingat boleh runding dengan Donald "kira" dengan mahkamah US.

    Sekarang dia baru tahu bahawa mahkamah US elom apa apa dah halang si Trump punya "Travel Ban Administrative Order" nak ketatkan kemasukan orang Islam dsb nya ke US.

    Ada lagi kes yang mahkamah blok kehendak Trump. Lain kali boleh cerita.

    ReplyDelete
  8. "Apakah beliau ingat sebagai Perdana Menteri, beliau bebas melakukan apa saja di negara ini?"

    Memang dia ingat begitu. Sebab Peguam Negara Gani Pattail dah di buang nya dengan serta merta tanpa notis tanpa sebab munasabah.

    Di ganti nya dengan Mat Pandi yang hampir serta merta dengan lantikan nya sebagai Peguam negara baru telah mengatakan Najib takda buat salah dalam kes 1MDB yang 10 negara dah siasat, 3 negara dah bawak ke mahkamah.

    US Dept of Justice dalam tindakan mengsita harta anak tiri Najib Reza Aziz dan kroni Najib Jho Taek gunakan kata kata "misappropriation of 1MDB funds and money laundering."

    Apa kedarah nya taka ada salah "MO1" yang bertanggung jawab pasal 1MDB.

    Jadi, takda jalan lain dari melingkupkan Najib di Pru14. Harap pihak2 berkenaan di PPBM dan barisan Pembangkang dah rancangkan acara rapi mendapatkan orang kampung dan yang berpendapatan rendah tak lupakan supaya jangan pangkah UMNO/BN di Pru14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang Najib boleh tuntut dia smama besar kuasa dengan Presiden US Donald Trump.

      Trump pun baru saja buang Director FBI. Dengan sewenang wenang nya saja juga.

      Hingga ada keluar pendapat Trump patut di "impeach".

      Di Malaysia takda sistem "impeach". Kot boleh di "bleach". Hehe

      Delete
    2. .
      .

      Ada dua orang tua tak ada telok..

      Satu Gua Musang ..
      Satu Kepala Batas..

      Tabik Tun Mahathir !

      Delete
  9. Mana musibat reti rasa malu. Bini di benarkan pakai eksekutif jet, tak pernah berlaku di zaman PM lain sabelom dia.

    Punya ketara muka kulit tebal hingga masa nak pergi Turkey, eksekutif jet biasa sedang di "service", maka di sewa (lease) suatu jet yang lain dengan harga RM90 juta untuk si bini guna.

    Apa daaaaaaaaa... Kena tumbangkan di Pru14 le, dema tu, yeop ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Najib is bloody fool kalau tak guna kuasa apabila ada kesempatan.

      Mana ada pemimpin UMNO yang berani ?

      Delete
  10. Mr. J akan kata...jangan buat andaian.

    ReplyDelete
  11. Mrj pun klau ada urusan rasmi...mstu bwk anak bini ikut.dpat makan free

    ReplyDelete
  12. Training them to become future successors.....
    Should ..opportunities arises..when opossition wins...
    please put them behind bars....confiscated all belonging..either hold by himselves/siblings/relative/
    or proxy......and return them back to the treasury...
    And that goes to his supporters and geng of thieves ..too

    ReplyDelete
  13. "KSN perlu menjelaskan perkara ini"? Tak tau le jika dia akan buat dengan memuaskan.

    Ingat, Najib pun "cunning", ambik bukan Melayu sebagai KSN - first time, tak pernah di buat dlm sejarah PTD, and over the heads of 1-2 Melayus yang lebih kanan.

    Itu pasal PTD pun nampak mcm "work to rule" aje, Najib buat "acara transformasi" itu ini, nakkan pegawai pegawai PTD laksanakan dasar dasar dia.

    Tapi macam mana tak lemah semangat depa di PTD itu - DEB pun di ketepikan Najib, biasiswa pun nak di beri nya kpd anak anak kaum yang terkaya di negara ini sejak berpuluh tahun, yang Robert Kuok senang2 kasi cek RM100 juta dan seorang jurutera jutawan Cina nak kasi RM30 juta tapi di tolak UTAR sebelom Pru13 dulu sebab dah banyak / ada ribuan jutawan Cina boleh derma untik biasiswa anak anak Cina.

    Pada hal anak Melayu dan Bumiputera takda tempat nak harapkan dapat biasiswa selain dari gomen.

    Bolak balik, kena buang juga Najib ini di Pru14 ini. Kita semua kena kerja keras supaya Umno/Bn lingkup di masa itu.

    ReplyDelete
  14. Patutlah negara asyik tak cukup duit. Dapat pemimpin yang tak amanah..kaki klepet...kalau duit gaji tak cukup senang jer. Just klepet duit perbendaharaan negara..Bini nak belanja mewah, duit gaji tak cukup, klepet tabung negara..senangnya hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelepet dan kleptokrat, brader.

      Banyak kerat yang di kelepet nya. Yang gemok pendek itu dah lah besor sangat susah nak kelepet, bau satu macam pulak.

      Moral of the story: Suruh semua saudara mara, kekawan dll jangan pangkah depa kelepet dan kleptokrat di Pru14 nanti.

      Delete
    2. Setiap orang mesti kempeng saudara sendiri dan kawan kawan untuk tumbangkan umno/bn

      Delete
  15. Kim Jong Nam, Kim Jong On, Kin Jong Il,Kim Jong Jib,Kim Jong Jiz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. King kong jib, king kkng dak(badak)

      Delete
  16. Tahun lepas dj ashman buat show kat zouk singapore. Orang2 umno dan pas tau kerr citer ni? Mungkin dia nak buat show kat china pulak kot...andaiaaaaan saja kan mr. J?

    ReplyDelete
  17. Pas pis pus..mane ostad odi tu? X nk komen ke

    ReplyDelete
  18. riza aziz bukan anak pak jib. siapa bapa riza yg sebenar? hanya rosmah yg lebih arif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak Reza ia lah Aziz bekas eksekutif kanan Petronas.

      Tapi tak tahu lah kalau ada "biological parent" lain.

      Ada cerita tapi tak boleh di keluarkan di sini.

      Delete
  19. Komponen BN masih simpan org mcm ni sebab ada sabit.
    Tambah la MCA, dpt lantik cadre CCP sambil jadi broker.
    PAS dh sah la dh makan deposit taat.
    Yang mengecewa sekali puak keris karat. Apa lu tadak telur mau simpan lagi najis mcm ni.
    Budak A9 tak pelru ckp lah, fon clone pun jadi,jilat.
    Pentaksub Ayahbetollah Eddy nganga walaunta.
    Moga ALLAH bantu kita lejyapkan AristoKleptobrahmin dari muka bumi.
    Demi anak cucu yg kena tanggung hutang dan bakal hilang nusa

    ReplyDelete
  20. Memang dia mana ada kemaluan!!! Bagi dia tak ada istilah dapat kemaluan besar, malah dia menunjuk nunjuk dengan bangga walau pun ramai meluat dan benci.

    ReplyDelete
  21. Apa bende budin.. boss kau madey tu dlu pun bawak anak jgk.
    ini lah namanya pencacai tak tahu malu. Org lain buat salah, sendiri buat tak salah. Piiiirah mabuk!!!! Takde kelas punya pencacai!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi, Mamat, kasi tau le bila Tun M bawak anak, ke mana dan lawatan apa.

      Kamu menuduh liar jenis ultra kiasu ke?

      Delete
    2. Buat keje beb.. buat kajian, buat homework dlu seblm nk defend org. Tak pun cek ler dgn budin tu. Heheheeheehe

      Delete
    3. .
      .

      Masa kali pertama buat, Pembantu Rosmah, Salleh Keruak dan Nur Jazlan tak cakap apa-apa ..

      Kali kedua, buat .. Tiba-tiba ada yang jawab bagi pihak Suami Isteri tersebut..

      Tumpang tanya.. Lu siapa ?

      Delete
    4. 1449, amat bodoh le kamu menuduh cara liar, bila di desak butiran, mengata orang pulak.

      Kau sekolah mana dulu?

      Delete
  22. ISU NAK FITNAH DAN SPIN DAH TAK ADA LAGI
    MERAPU CARI BAHAN UTK SYOKKAN DIRI SENDIRI
    CAP BUNGA DAN PKR PARTI TUNGGU MASA MATI
    KUTTY BOBOI & JIDIN ELOK LAH BERUNDUR DIRI

    PRU 3 PENJURU KA ATAU BERBUCU SEMUA
    BUKAN HAL PAS NAK KISAHKAN ISUNYA...
    YG TERDESAK CEMAS PKR DAN CAP BUNGA
    PRU NNTI KERUSI PKR& BUNGA KALAH SEMUA


    kikikikikiki... BERAMBUS BARYA DAP@SINGAPORK..


    UBAH INI KALI LAH dan

    SIMEN... !!!!

    Kikikki...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hancur Umno! Kali ini Sudah pasti!

      Delete
    2. Salam akak tak niaga ke

      Hati2 akak jgn kena cekup dgn SB singapork akak ye.

      Akak gi niaga kt gay lang tu,jgn campur org nk diskus hal politik.

      Tu bangla, Myanmar, Pakistan dan mat black Africa dh beratur minta akak servis.

      Bye Akak lgbt plurisme sekular singapork.

      P/s beg kulit badak Akak dh bli ke?

      Delete
    3. Mat singapork ky mau ka

      Delete
    4. Ini akak?....mcam jantan jer...kalo betina mulut keras barang mesti keras...kalo jantan mulut keras barang lembik...hi3...

      Delete
    5. Buat Zack,

      Mat singapork xpakai ky

      Dia pakai minyak Goreng ikan je

      Delete
  23. 13.45
    Rasanya kamu silap,seingat saya,Tun suami isteri sgt low profile,kita rakyat kdg2 tak sedar adanya majlis perkahwinan anak2nya,wp ketika itu Tun merupakan PM Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan silap. Dia niat tak baik. Main tuduh liar, tak kasi tarikh, lawatan apa dsb nya.

      Jenis niat jahat itu perlu di tuding seboleh boleh nya.

      Delete
    2. .
      .
      Itu beza Mahathir dengan Najib.

      Mahathir telah menjadi seorang ayah masa anak-anak masih kecil.

      Najib baru sekarang nak jadi ayah.

      Budak dua orang tu, tak puas dapat kasih sayang masa Najib 'buat perangai' ..

      Delete
  24. Daripada siang malam cari kesalahan PM cubalah ambil pendekatan yg lebih positif. Cuba bentangkan apa polisi yg pembangkang ada untuk membawa Malaysia kehadapan. Setakat ini tak nampak apa apa. Pembangkang tiada PM, tiada kabinet bayangan dan tiada apa apa polisi baik yg munasabah atau tidak. Rakyat disuruh percaya pada sihir pembangkang negara akan aman sentosa dan makmur sejurus selepas pembangkang naik. Lain dari menyebar politik benci apa sebenarnya faedah blog ini? Pembangkang caca marba - tidur sebantal tapi mimpi lain lain. Mantan PM yg dah pencen pun diketengah untuk jawatan PM. Presiden PKR pun terigin jadi 'sleeping PM' tunggu suami keluar penjara ambil alih. Ranaplah negara tunggu sleeping PM ini menyerah kuasa pada suami penjenayah perbuatan terkutuk. Belum kira mantan timbalan PM yg mempunyai cita cita yg sama. Parti parti pembangkang tiada apa apa kesatuan hati dan matlamat untuk negara. Cuma bersatu nak tumbangkan BN. Belum sebut kabinet bayangan. Masing masing nak rebut jawatan penting. Polisi lagi tak nampak. Benci gst dan pengurangan subsidi kerana susahkan rakyat dan pada masa yg sama benci BR1M yg membantu rakyat kurang pendapatan. Konpius bila tiada polisi dan asyik main isu. Cukuplah buang masa kutuk BN. Cuba seralahkan apa PH sebenarnya boleh buat yg bukan bunyi macam cerita dongeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah hujah orang yg tak berfakta. Semalam nak tunjuk pandai, siap ungkit statistik growth rate dan kadar pengangguran...tapi tak mampu bahas tentang pengangguran sebenar, kadar bankrupsi penjawat awam, longgokan rumah bumi lot tak terjual, jumlah hutang ptptn. Kau dah cek statistik dengan ceupacs, mier, bnm, ptptn, epf? Jgn buat donno, bahas la dgn fakta. Jgn gebang lebih macam si sahabat. Atau pon kau ni lulus spm macam dia jugak.

      Delete
    2. Fakta kopipes boleh la mrj tu...yg mmg ade kuar utusan n tv3

      Delete
    3. J, kamu memang talibarut Umno/BN ke? sudah2lah...J

      kamu sibuk nak tahu pendekatan, polisi PH! kalau kamu hendak tahu sangat...saya cabar kamu J! PRU 14 kamu undi pemimpin PH boleh ?

      J, manifesto BN PRU 13.. apa yang telah mereka tunaikan!!??
      kamu jgn marah..kalau ada org maki,hina..

      Delete
    4. Anon, fakta dah diberi. Malaysia antara negara dunia yg dikira full employment. Graduan cari kerja dan orang nak tukar kerja itu akan tetap berlaku. Alhamdulillah kerajaan dah sediakan ptptn. Ada debat pembangkang dulu nak hapuskan ptptn - kan jahil? Pasal yg tak nak bayar balik tu pun salah kerajaan? Bila kena tahan pinjaman rumah dan passport pandai pula bayar balik. Sudahlah dengan spin ini. Cuba jawab soalan saya di atas. Apakah polisi PH ?

      Delete
    5. Kalau tak tahan kena balon siang malam, jangan jadi PM le. Letak jawatan aje, nanti kita letak Rozy sebagai PM.

      Bodoh bangang Mr J nih, pertahankan le gomen Najib, tak jawab apa yang orang balon tapi nak tanya mcm mcm pasal PH pulak.

      Kan otak tak semenggah tuh.

      Delete
    6. .
      .

      Apa beza polisi Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Perseketuan?

      Dua-dua mesti serupa dan satu arah.

      Pulau Pinang dan Selangor memberi hasil yang baik kepada rakyat.

      Polisi Najib wajib di ikut oleh Pemimpin Negeri..

      Jadi tenguk lah pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang.. Kalau nak tahu polisi PH.

      Delete
    7. Jol (short for nak kojol) kata "Mantan PM yg dah pencen pun diketengah untuk jawatan PM."

      Dia lebih baik pemikiran dan pendirian untuk kemajuan negara, Jol. Takda "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" yang US Dept of Justice cakap bila nak sita harta Najib punya anak tiri Reza Aziz dan Najib punya kroni Jho Taek.

      Delete
    8. Mr j...fakta apa kau bagi? Kau bagi statistics , dan cuma bagi terjemahan statistiks yg sangat mudah, budak form 5 pun boleh buat. Aku tengah belajar masters skrg, ada banyak statistiks sebagai rujukan. Menganalisa statistics pun dah makan masa, belum lagi terjemahan dan conclusion. Sah kau ni lulus form 5 nak tunjuk pandai.

      Delete
    9. Buang masa layan mr j, bukan tau apa sangat, takat kopipes dari msm, ulang di sini sbb umno tau orang disini tak baca utusan /tengok tv3/rtm

      Delete
    10. ".. bunyi macam cerita dongeng."

      Najib yang buat macam macam cerita dongeng. Perjanjian nak majukan Bandar Malaysia dengan conglomerate China dah jadi dongeng. Nak cari ganti pun kot akan dongeng - gomen China ketatkan keluar nya modal keluar negara sebab nak stabilkan mata wang yuan yang telah di buat devaluation di tahun 2014 dan dah mula berkesan.

      Nampak nya Bandar Malaysia akan jadi cerita dongeng.

      Tapi dongeng yang paling besar ia lah 1MDB. Dongeng itu pulak nya berbentuk skandal yang amat besar, di siasat di 10 buah negara luar, di bawak ke mahkamah di 3 negara, termasuk di US.

      Coba kau pertahankan dongeng itu semua, Mr J.

      Delete
    11. Melayan Mr J bukan buang masa. Sebab dia bagi kita peluang balon puak dia dengan cara yang berkesan - menjawab selaras atau tepat ke atas apa point yang di keluarkan nya.

      Dia tak jawab points yang kita balun Najib dan puak nya. Tapi kita terus sebat, belasah dan godam depa. Bagi Mr J malu dan points kita pembaca dapat tahu.

      Delete
    12. Fakta Mr J dari TV3 suku dan utusan, faham2 je lah.... kah kah kah

      Delete
    13. Kesian Mr J - kena kerumun.

      Moral of the story: bila nak cakap pasal Najib, pertahankan lah karutan karutan yang Najib buat, 1 MDB contoh nya.

      Delete
    14. Tak usah dok layan orang munafik. Dia pandai berpura pura. Selayaknya tempak manusia.munafi itu di neraka jahannam.

      Delete
    15. Mr j ckp duit 1mdb tak hilang tau..cuma berhutang je..1mdb ada buat sekolah, hospital dan jln free..kite je x nmpk..cuma ameno je yg nmpk..so korang jgn tak tau ek, 1mdb tu untung berbelion

      Delete
    16. Mr j neo komunis bkn nk pertahankan najib tp kepentingan China komunis.

      Lagu the international musti dlm sanubari.

      Apa2 foad zakarshit dan JASA mmg moron pertahankan puak aristokrat kleptokrat guna duit yg di perah dari rakyat.

      Semoga anda sumer di bakar dlm api neraka.

      Delete
    17. MrJ....nabi kita pernah pesan yang 'Pengikut Dajjal Akhir Zaman akan datang kpd kita dengan menyamar perwatakan yg baik baik bertujuan supaya apa yg dikata oleh nya semua betul belaka walaupun itu pembohongan yang nyata.
      Tetapi hanya orang yg beriman saja dapat mengenal nya dengan tulisan tertera di dahi KAFIR.
      ....saya lun bukan lulusan sek agama, ada MrJ nak tambah atau kawan lain nak komen?....

      Delete
    18. Mr j
      Kamu ni ada mata buta
      Ada telinga pekak
      Ada mulut diam pada tuan kamu
      Ada otak tak boleh pakai

      Delete
    19. Mr Jongos..

      Memang sukar nak membela yang batil kan? Jika najip tu baik..tak perlu pun kamu bersusahpayah membela dia..(kecuali kamu dah kebulur dedak haram bagi anak2 kamu makan...tergamakkah kamu?)
      rakyat sendiri otomatik akan pertahankan dia..

      Tak sedar2 lagi ke?

      Delete
    20. MEMANG PTPTN NAK DIHAPUSKAN PH,
      TETAPI PH NAK BERI BELAJAR SECARA PERCUMA DI UNIVERSITI JIKA PEGANG PUTRA JAYA

      Delete
  25. Hadi msk operate jantung esok aku harap dia mati terus..hidup penuh dgn tipu menjual ugama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Jangan gitu.

      Nanti kalau betul-betul memang ajal dia datang besuk... bro, di persalahkan.

      Tapi kalau lah doa macam tu di makbulkan .. Dah ramai pemimpin UMNO 'jalan'

      Harap-harap pemimpin AMANAH datang melawat .. tu dah cukup !

      Delete
    2. Jgn mcmtu saudara.
      Islam tak ajar cara saudara fikir tu.
      Hadi hanyala org yg berbeza dari segi fahaman politik tapi bukan dari agama.
      Akhlak kita sebagai muslim kena doakan yg baik2 pada saudara muslim lain.
      Biar akhlak islam atasi fahaman politik. Tak suka hadi jgn doa yg tak baik. Cuma jgn undi pas. Itu sahaja. Isu jual agama itu dia dgn tuhan kalu betoi.

      Delete
    3. Macam tu sekali Anon. Berdoa yg baik. Jangan taksub golongan liberal kafir ini membuat kita terpesung jalan. Ingat doa yg buruk boleh balik pada kita.

      Delete
    4. Berapa ramai agaknya yg doa supaya PM cepat mati?

      Delete
    5. Mr J,

      Saya masih lagi ahli umno walaupun sakit hati dengan najib. Yang saya rungsing hadi belom minta maaf kerana kafirkan saya sebab saya ahli umno, mak dan bapak rakan srkolah saya bercerai berai sebab hadi.....so macam mana the worse happens? :)

      Delete
    6. 1604, ramai agaknya yg doa supaya PM cepat mati.

      Tapi jauh lebih ramai yang doa dia mati (politik nya) di Pru14.

      Tak boleh tahan rakyat di buat nya - "mismanagement" ekonomi negara, "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" kata DoJ kpd mahkamah US dalam kes nak sita harta anak tiri dan kroni Najib.

      Delete
    7. Anon 1604, saya simpati dgn saudara. Satu masa dulu PAS memang menggunakan politik takfir dan benci sebagai strategy politik. Ia tidak hanya babitkan TGHH dan TGNA tapi juga ustaz dan penceramah bawahan. Sedih saya bila hadir ceramah dengar ucapan begini. Terseralah pada saudara nak maaf ke tidak. Tapi kemaafan itu suatu yg lebih baik. PAS dah beralih ke politik matang alhamdulillah. Tapi politik benci ini kini menjadi DNA PH. Tengoklah blog ini - lain pada politik benci apa yg ada. Bila di soal apa yg PH akan buat masing masing tak terjawab. Belajarlah dari kesalahan PAS dulu. Buanglah politik benci kepada politik membina.

      Delete
    8. Mr J,

      Kalau the worse happens, should I forgive him?

      Till today, I belom dapat maafkan hadi

      Delete
    9. Mr J,

      PAS has never reached political maturity. It has succumbed to politics of money.

      Politics of hate is NEVER a trademark of PH. I am an umno man. Umno is sick with corruption and abuse. I will not leave the party but my votes go to non BN candidates for I believe in reality, truth and facts.....

      Wallahuaklam

      Delete
    10. I also hope hadi survives to see his fatwas eating into his final lapse of life

      Delete
    11. Pas dapat parti kecil nak joint PRU14,,,,syukur lah ,,,saling dapat lengkap melengkapi dalam Gagasan Bawah Tempurung

      Delete
    12. Anon, if you think DAP, PKR and PPBM are clean and holy you are fooling yourself. Already in Penang you can see symptoms of corruption with the CM himself charged. Same with PKR in Selangor. PPBM offcourse carries the baggage of many past misdeeds including the forex scandal that is being investigated now. Not saying all people in UMNO are clean but ler us deal with the rotten ones. Dont broadbrush the whole organization.

      Delete
    13. Mr J,

      I am not going into polemics. Saya setuju najib bersih. Semua lain kotor sebab itu najib pilihan Tuhan.

      Najib did not steal but recipient of donation of 2.6 Sen.

      Alhamdulillah, rakyat semua happy. Jho low is non existent. 1MDB adalah fitmah MAHATHIR....

      Hidup najib. Hidup hadi....

      May Allah show us the way to truth.

      Delete
    14. Mr J,

      Is lim guan eng a public official?

      Delete
    15. Anon 1705, only Allah knows all. If Najib is not clean he will have to answer. However todate it is clearly a psywar to take him down. Not unlike the psywar to take AAB down before. It was unfortunately lead by a mantan PM who wants to hold on to power. If you dont follow his instructions he will take you down. Unfortunately for him Najib was not easy to bring down. I guess people learnt from the AAB case. A lot of the 'news' you hear of Najib is thru this psywar network obviously now supported by opposition. Keep an open mind. Dont get fooled. To date there is nothing really substantial that links Najib to corruption.

      Delete
    16. Anon 1719, I dont know. The courts can decide. Does it matter?

      Delete
    17. Pusing2 tetap jawapan rasis jgk ko j

      Delete
    18. Hanya orang yang bersikap perkauman shj layak sokong umno..contoh paling hampir ialah mrJ kita

      Delete
    19. 1459 Berayukmakmu!!!

      Delete
    20. Mr J

      You are wrong. We do not get news from postwar network. Any accountant worth calling him one knows what najib had done...stealing. Any policeman calling himself a policeman knows najib is a criminal. Any lawyer or judge worth his legal training knows that najib is guilty as per all allegations.

      Najib survived becos of apandi n Khalid.....

      As for u, Mr J I will not forgive you for spinning lies n abetting with a thief....period

      Delete
    21. Mr J mestikah ketua prompak dilantik jadi pemimpin negara?...kalo kumpulan prompak mesti dilantik jadi ketua prompak.

      Delete
  26. Mahkamah telah mewartakan PM najib ..bukan "public official"..(sudah menjadi satu "precedent".)...
    Soalanya... Kenapa dia dibenarkan berunding ..untuk menentukan masa depan negara Malaysia...
    Kenapa tak diberikan tugas kepada KSU..sesuai dengan jawatan..public official...
    Dia membawa diri sebagai "private official"..disebabkan tu...dia angkut anak/bini sekali... (yang pelik nya. kenapa diberikan kebenaran untuk berunding. ...Soalanya.adakah. .untuk kepentingan negara ..atau kepentingan UMNO..??)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusan itu dah sampai ke peringkat Mahkamah Feredal ke - Mahkamah tertinggi di negara ini, lebih tinggi dari Mahkamah Rayuan.

      Kalau baru di peringkat Mahkamah Tinggi sahaja, keputusan itu belom muktamad, brader.

      Delete
    2. Mahkamah Federal

      Delete
    3. CM adalah malaysian official.
      Maka PM sama Malaysian Official1.
      Pefuli PAS TALIBAN Kasi tumbang UMNO BN,
      Rakyat akan dakwa MO1, geng2 Aristoklepto, dan semua pemakan2 ANAK BUTIR TAHIK LOW JHO.
      Rampas semua harta utk dikebalikan pada Rakyat.
      Moga Allah bantu Rakyat yh dipriahkan, tanpa kira kaum atau agama.

      Delete
  27. PM yang berkulit muka dinosaur... Kemaluan pun takde...

    ReplyDelete
  28. Ya anon 15:53,dia akan ikut setan sampai kiamat sebab dia pun dah jadi setan.

    ReplyDelete
  29. Kesian Mr J kena kerumun
    Sebab bermatian nak cover penyamun
    Ingat durian rupanya timun
    Otak tak centre bila full moon..

    Pakatan kita dikata kafir
    Tujuh keturunan Mr J pandir
    Hidup dia tak tahu sifir
    Mudah2an mulutnya hanyir

    Kafir liberal itulah kita
    Penjilat komunis itulah dia
    Diberi mata sayangnya buta
    Rupa2nya kurang upaya!

    Menyuruh berpantun ke jalan baik
    Sedangkan dia menjilat taek
    Berpura pura orangnya baik
    Rupa2nya si mat tenggek!

    Mana dia ada, perasaan malu
    Air liur keluar tidak disapu
    Anak beranak team menipu
    Mak nak duit nak branded baju!

    Apa dikata dia tak peduli
    Ingat negara bapak dia bagi
    PRU datang lagi sekali
    Undi Pakatan kita tak rugi!





    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Pantun baik tu macamana
      Mungkin pantun dikarang yang tidak mengena
      Atau pantun memuji pemerintah sahaja
      Sekejap teman nak pikio cemana bait baitnya..

      Bijan seorang yang bijaksana
      Malaysia aman makmur bahagia
      Rakyat mewah tersenyum gembira
      Berbilion pelaburan masuk dari china..

      Bijan penentang yahudi amerika
      Imf, Doj itu semua jahat belaka
      Brics adalah penyelamat kita semua
      Walaupun komunis itu hal kecil sahaja..

      Dulu pas kuat membangkang kerajaan
      Tapi mereka berjaya bijan jinakkan
      Demi untuk negara dan perpaduan
      Tengoklah malaysia besarnya dia punya sumbangan..

      Kalo begini pantun yang kita buat
      Mungkin mr j tak bising sangat
      Tapi sori le mr j kita orang tak sokong kleptokrat
      Pantun sebegini, jangan harap le ko dapat..

      *pantun bijan diatas adalah rekaan semata mata, tidak sama dengan yang hidup atau yg nak mati.harap maklum*


      Delete
  30. Jangan haraplah KSN akan buat clearence...dia penyokong tegar... ingat tak sape top eksekutif yang beri arahan agar mantan AG dibungkus dulu?

    ReplyDelete
  31. Tak tau lg nak kata apa2 lagi kt najib ni......die ni mmg x tau malu langsung dgn rakyat malaysia....... Guna kemudahan jet kerajaan mcm kereta famili je...... Bini, anak beranak, sedara mara,semua bole masuk....... Zaman tun M, Pak Lah pun kita x pernah dengar cite mcm ni.... Zaman najib semua yg pelik dan mustahil semua jadi sebab Najib.....contoh....selama ni PM bukan ketua kerajaan ke?tiba -tiba keluar kenyataan najib bukan kakitangan awam....aikk. Kalao dh nama kerajaan, maknanya kakitangan awam la.....tp peguam najib spin ckp najib bukan kakitangan awam.....sama dgn isu jet ni.....dh peraturannya, kalau jet kerajaan... Yg bole pakai hanya ketua kerajaan atas urusan rasmi sahaja.....TIBA- TIBA nurjazlan ckp pulak ketua kerajaan ade hak utk guna pesawat rasmi kerajaan utk ape2 urusan termasuk bercuti dgn famili, AIKKK?.....nk tanye sikit, ape sumbangan anak2 najib kt negara ni? Sorang buat filem lucah Hollywood...... Sorang jadi Dj kelab malam Ekslusif... . Ade bayar cukai x?......si bapaknya....kaki joget shala la... Maknye kaki shopping.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat papa kedana hidup kais pagi makan pagi..

      Delete
  32. Azreen Klose sudah berbunyi
    Welcome to club 'say no to jibby'
    Di blog Budin kita tak sunyi
    Benda yg kotor mesti didhobi!

    Ramai disini sayang negara
    Kata si jibby kita derhaka
    Tak boleh hidup dalam berpura
    Pemimpin mewah rakyat berduka!

    Marilah sama berganding tangan
    Negara teruk dia buatkan
    Berbillion wang dia dah simpan
    Politik dia kita kapankan!

    ReplyDelete
  33. ANAK DI BAWA KE CHINA UNTUK PERSENDA AMERIKA
    KONON AKU ADA TUAN BARU ..
    JANGAN GANGGU HAAAAAAAAAAAAAAAAAA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah....
      Sama sama kita tengok....(tengok wayang)....he....he...

      Delete
  34. Bro Perak Man pedasnya kari
    Memang Mr J tak mahu lagi
    Mat Maslan masak, restoran rugi
    Pedasnya kari tertanggal gigi..

    Selalu dia sering memaki
    Sebab kita tak sokong jibby
    Pantun kita dia dah jaki
    Konon mencarut kita punya hobby..

    Mr Singapork dah makin teruk
    Pada kita dia memburuk
    Caci Mahathir dia kemaruk
    Kikiki seperti beruk!!

    Lu siapa nak hina Mahathir
    Tun PM, lu hingus berair
    Dari mula sampai berakhir
    Tun cemerlang,lu yang pandir!

    Nak halau orang ke Singapura
    Lu siapa, ada ke kuasa?
    Pakatuns semua orang Malaysia
    Pulau Kukkoos, lu punya desa..








    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..terbaik bro fan tun..

      Bila mat singapork dok mengutuk
      Mr j takde pulak dia nak kata buruk
      Diam dia sambil menunduk
      Ilmu agama dia simpan dalam gobok..

      Nampak sangat dia nemilih
      Pada kita dia tak kasih
      Cakap macam orang yang salih
      Dalamnya kotor luar je nampak bersih..

      Bro fan tun, budak berhingus memang macam tu
      Dengar cakapnya memang berbulu
      Kemudahan yang dinikmati sekarang dia tak tahu
      Semua dari perancangan dan jasa pemimpin dahulu..


      Delete
  35. In the very first place, one with kemaluan in him or herself would not have hold on to the prime minister post after all that has been exposed world wide in the last few years regarding the 1MDB and related cases. Hence, in his view what is really the big deal in dragging one's sons here and there - even for the so called official business? And there is also one's personal belief that Malaysia is one and one's family and cronies Sdn. Bhd. to be moulded according to one's whims and fancies and where official and personal matters mixed like gel...

    ReplyDelete
  36. Fuyoo..!!
    KUTTY PATUT KENA HEMPUK AJA
    CAKAP TAK SERUPA APA DIA BIKIN
    SEKARANG KUTUK NEGARA CINA
    BUKU DIA TULIS LAIN DARI YG LAIN

    TAK KE BABI NAMERNYER TU...!!!


    BERAMBUSSSS DAP@SINGAPORK BARUA'S

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOI ANAK TOKE GOLENG KROPOCK,
      LU MANYAK BISING LAGI,
      SINGAPORE NAGALA LOMBO 3, KAYA ITU LUNIA
      LU 2020 BELUM ITU MAJU
      LASUAH SAJA TAU,
      LUGI SINI SANA

      LAGI ALA LAKYAT MACIAM LU,
      NAGALA MALAYA BOLEH LINGKUP
      BOLO PUNYA OLANG!
      BUSUK PUNYA OLANG!
      LU BUTIR TAIK PUNYA OLANG !

      FROM :SINGAPORE MALI

      Delete
    2. Melayu rosak kerana UMNO.
      Islam rosak kerana PAS.

      Delete
  37. Mutusamy Fan Tun15 May 2017 at 23:33

    "CHAYA ADA SATU KAWAN"

    Chaya ada chatu kawann
    Worang Singapore dia mahu lawann
    Melayu cakap ada meroyann
    Mat Singapork kadd pengenalann..

    Chaya ada chatu kawann
    Sahabat unknown lagak someone
    Sama John Doe mau lawan
    Aamin doa langsung don't want..

    Chaya ada chatu kawann
    Hari hari masuk lawann
    Masterjee J, blog mau tawann
    Lu worang tarok,amma,pengsann!

    Chaya ada chatu kawann
    Nama Mark, Budin lawann
    Lu worang bantai tak bole tahann
    Pasar borong jual cendawann..

    Chaya ada chatu kawann
    Parti Yislam dia number one
    Tulong wamno, "I want, I want"
    Dhalam serbann ada berliann!

    Chaya ada chatu kawann
    Banyak wang dari dermawann
    Kata Arab tapi halimunann
    Mau tahu lebihh, tanya Ku Nann!

    Chaya ada chatu kawann
    Sudah tua tapi negarawann
    Ini worang bole kawann
    Worang jahat dia lawann!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mutusamy, saya juga ada kawan
      Itu semua worang yang sokong kebenaran
      Ini worang jahat kita musti kasi lawan
      Paddayappa!!, tabik spring sama lu la kawan..

      Delete
  38. Najib dan clan (umno bn) memang anggap diri maharaja, sebab tu dia buat sesuka hati. Malu mana ada dalam kamus dia. Kemaluan dia sudah dikasi oleh hippo.

    Satu cara saja untuk nyahkan Najib - nyahkan umno dan bn. Jangan undi bn dan pas dalam pru14. Undi Pakatan Harapan. Kita boleh selamatkan negara ini daripada keluarga perompak ini.

    ReplyDelete
  39. Kleptokrat ini tengah sibuk tabur duit kat Sabah. PRU-14 ini PATI juga akan turut sama jadi mengundi. PATI di Sabah (pendatang filipina) akan turut mengundi kerana kleptokrat sudah bekalkan IC kat dia orang ni. Sebab tu kleptokrat dan timbalannya asyik turun ke Sabah. Ada agenda berkait IC pengundi palsu serta agenda drama keselamatan berkait esscom.

    ReplyDelete
  40. Kaji semula sanjungan kita pada Tun Razak. Nama itu telah diguna oleh anaknya se olah olah Malaysia amat terhutang budi kepada hanya kepada bapanya. Selagi kita terus beri sanjungan kepada nama ini..ini adalah tiket kepada Najib utk mengheret seluruh keturunan Razak walaupun tiri untuk terus menikmati wang rakyat tanpa segan silu. Kalau ada rezeki pembangkang memerimtah..hapuskan legasi ini..TRX, unirazak, tun razak bla bla.., kekalkan jalan tun razak sudah. Saya akan memulakan kajian aspek negatif Tun Razak ini dari semua aspek..,skandal, perempuan, pembaziran dan semuanya, harta di luar negara dan akan mula di sebar menjelang PRU14 kerana apa yg dilakukan oleh anaknya amat memualkan.

    ReplyDelete