Monday, 3 April 2017

AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?


Keputusan pihak polis melarang debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz yang sepatutnya diadakan pada 7 April depan atas faktor keselamatan, ketenteraman awam dan mengelakkan kacau-bilau, nampaknya ditolak oleh pelbagai pihak.

Bukan saja pemimpin-pemimpin blok pembangkang yang tidak dapat menerima alasan pihak berkuasa itu, malah pemimpin-pemimpin UMNO, termasuk Nazri sendiri menolak alasan itu.

Bagi Tun Mahathir, debat itu ditolak permitnya tidak lain kerana Najib Razak takut kebenaran akan terdedah.

"Berani kerana benar, takut kerana salah," tegasnya.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyifatkan pembatalan itu bercanggah dengan Perlembagaan dan pihak polis telah bertindak di luar bidang kuasa yang sepatutnya.

Ia katanya, berikutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak polis tidak lagi mempunyai kuasa untuk menghalang sesuatu perhimpunan aman di mana pihak penganjur hanya perlu memberi notis pemakluman beserta syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh mereka.

Majoriti pemimpin pembangkang yang lain rata-ratanya ketawa dengan keputusan pihak polis itu sambil menyifatkan ia hanyalah langkah untuk menyelamat dan menjaga air muka Najib yang terpalit penuh, bukan terconteng sikit,  dengan skandal kewangan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima melalui akaun peribadinya.

Di pihak UMNO, selain Nazri sendiri yang terus kecewa dengan tindakan pihak polis itu, Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani dan Pengerusi PUNB, Ali Rustam juga berpendirian hampir senada dengannya.

Kata Johari, "kalau tak boleh (dapatkan permit), buat saja di hotel, selesai masalah."
Ali Rustam berkata, debat antara Tun Mahathir dengan Nazri itu wajar diteruskan berikutan dunia semakin terbuka dan politik sudah berada di peringkat matang.

Nazri yang seperti biasa tidak menyembunyikan kecewanya kerana sudah dua kali pihak polis membuat pembatalan, selain menyindir majlis debatnya mungkin hanya boleh diadakan di Auditorium Polis di Cheras atau Antartika saja, turut mendedahkan bahawa Najib bukanlah dalang di sebalik tindakan pihak polis itu.

Beliau berkata, Najib bersetuju dengan debat itu, malah mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mahu berdebat dengan Tun Mahathir.
"Kita berjumpa di Parlimen dua minggu lalu...beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana sudi berdialog.

"Saya rasa ini masalah pihak polis," ujar Nazri lagi.

Kiranya Nazri tidak bersandiwara dan benar bahawa Najib bersetuju dengan debat itu dan pembatalan semata-mata disebabkan oleh pihak polis,  bermakna ia bukanlah masalah yang tidak boleh diatasi.

Pihak polis, sepertimana semua sedia maklum, adalah di bawah bidang kuasa  Menteri Dalam Negeri yang dipegang oleh Zahid Hamidi yang sekaligus juga merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Apakah sebagai menteri, beliau tidak ada kuasa langsung membatalkan penolakan debat oleh polis Shah Alam itu?

Kalau benar Najib sendiri turut bersetuju, apakah masalahnya Zahid perlu takut atau ragu-ragu untuk mengarahkan pihak polis memberi kembali kelulusan kepada Sinar Harian meneruskan acara debat itu?
Jika di Kuala Kangsar sebelum ini, meskipun Zahid sudah memberi lampu hijau dan ia kemudian dengan senang-lenang ditukar menjadi lampu merah oleh pihak polis, apakah di Shah Alam ini Menteri Dalam Negeri begitu lekeh sehingga tidak mampu menukar kembali lampu merah menjadi lampu hijau?

Ayuh Zahid....inilah masanya untuk membuktikan kemampuan sebagai  pemimpin yang berwibawa dan berani.  Bola kini di kaki anda, siapa lagi selain Menteri Dalam Negeri yang boleh memberi arahan kepada pihak polis?

Zahid pasti dapat melonjakkan lagi namanya jika berjaya memenuhi kehendak majoriti rakyat yang mahu melihat debat Tun Mahathir - Nazri itu menjadi kenyataan, selain menunjukkan kerajaan kini benar-benar sudah matang dan terbuka. (ShahbudinHusin 034/2017).

116 comments:

  1. Tindakan Dato Najib membatalkn debat adlh baik kpd kesejahteraan negara. Kita x nk berlaku provokasi nnti terutamanya pkr. Kita nk pastikn tiada hasut menghasut antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tindakan yg bagus ..najib boleh elakkan tun madey bogelkaan dia dengan kes 1 mdb...
      Ko memang bijak buat andaian..

      Delete
    2. Sbb tu kena debat. Dua belah pihak boleh tegakkan hujah mereka. Hasut menghasut timbul bila terlalu banyak perkara dihalang. Walhal dlm undang2 negara boleh buat debat. Syaratnya cuma bagi notis 10 hari.

      Depan kasi debat, belakang keluar arahan tak boleh. Wayang.

      Delete
    3. 1839. Ko jaga sikit, apa ko kata Najib batalkan. Nazri kata polis batalkan. Ko ni nak kena catu bekalan taek ko nii....betulkan balik kenyataan fitnah ko itu segera!@

      Delete
    4. Tanyalah Polis kenapa batal debat...

      Elok jugak..takut Madey kena heart attack semasa debat

      Delete
    5. Anon 21.03 , aku takut Tun Madey tak ada apa apa, kau dgn Najib serta geng dia cirit berit tak senang duduk sebab mungkar habis terdedah bukti polis asyik batal debat sebab Rosmah halang hi hi hi

      Delete
    6. Terlampau lampau riak sungguh anon 21:03 ni.

      Cakap tak tengok orang langsung.

      Jatuh saja najib nanti kemana kau nak cari makan?

      Delete
  2. Aku first lagi..pas pis pus..ostad audi q7 mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Yup macam ko yg first fuck ko nye nenek keris berayon

      Delete
    3. Budok brayok memang suka fuck jubo ayam..kahkahakah..

      Delete
    4. Keris hanya sesuai pada org melayu yg berani menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran. Pada saudara keris berayon yg hanya menyokong kleptokrasi. tukar lah nama saudara . Lèbih sesuai guna nama " kote berayon .kerana umno dan porno berpisah tiada dari dulu ,kini dan selamanya. Logo umno pun boleh gantikan lambang keris dengan batang kote bersilang.

      Delete
    5. Spesis gen Y suka kpd banyak like dan first. Yg dikejar hanyalah first dan like. Buat blog dan sendiri komen, lagi best dan banyak first wooo.

      Delete
    6. Anon pas pis pus, hang lupa tekan refresh sebelum pos komen. Tu yang dapat no. 2 tu. Mamat2 pantai timur jakun yg suka mencarut tu, baik hang pi main jauh2..Tak ada sivik langsung..Apa2 pun aku minat ustaz audi q7 orang kampung hang. Mana pi la dah low profile dah..

      Delete
    7. Anon 20.05

      Jubo ayam kat reban Din Ayam ke???

      ha ha ha ha ha.....

      Delete
    8. Keris berayon kepala bapak kau..!
      Nickname gempak tp jd anjing peliharaan umno najib..!

      Menyirap darah dgn macai yg memperalat nama senjata bangsa..!

      Delete
    9. Haha..aku lmbat satu saat..apsal ntah si keris berayon ni..mabok kut..

      Delete
    10. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. Selayak nya TUN MAHATHIR KITA ANGKAT calon parlimen PRU 14 untuk jatuhkan Regime Najib Razak.Diorang gerun terhadap aura tun and gandingan anwar bersama tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh memang ke??

      Dia nak ke??

      Delete
    2. Madey nak ajae ketam berjalan betul...

      Dulu masa ada kuasa, dia jadi diktator.
      Media semua dia kontrol
      Siapa yg menentang dia di pecat/di singkir
      Anak dia jadi jutawan segera

      Delete
    3. Anak dia jadi jutawan tak mengapa. Tak mcm kau jadi pencacai.
      Kau apa ada?

      Delete
  4. Pandai sungguh bijan auta
    Sokong nazri pergi debat
    Paksa zahid tunjuk kuasa
    Supaya dia kena pecat..

    Dalam hal ini debat
    Nazri dan zahid jadi mangsa
    Dua dua bijan nak sekat
    Untuk dia tahankan kuasa..

    Ini cuma pandangan saya
    Mungkin betul mungkin salah
    Walau nampak macam tak caya
    Umno BN memang sudah parah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali rustam boleh berdebat ker. Cakap pun tak reti.
      Tabur dedak kau pandailah ali.

      Delete
    2. Kenapa salahkan Najib??

      Tanyalah Polis...

      Elok juga. Takut Madey kena heart attack semasa debat

      Delete
    3. Nak debat apa lagi,,semua fulus najib sudah sebat,,dia bagi juga dengan Jho Low si musibat........!!

      Delete
    4. Umno ibarat kapal yg sudah karam. Anak kapal masing masing cuba selamatkan diri.
      Tak ubah pepatah melayu....Saperti enau dlm belukar, melepaskan pucuk masing masing.
      Najib kata dia tak larang debat, zahid kata dia sokong...yg jadi ksmbing hitam polis...
      Masih kah ada lagi bangsa ku yg tak sedar lakunan ini?

      Delete
  5. Najib setuju debat tapi polis tak setuju....mcm belit keling ni...
    Ade ramai polis dan fru tak boleh jjaga?...himpunan Bersih puluh ribu peserta polis boleh jaga ....

    Buat kat bukit aman laa..kawasan paling aman...
    .

    ReplyDelete
  6. 1839, tak faham. Bukan kah nazri dah kata najib tak terlibat malah memberi ucapan tahniah lagi.

    Mungkin nazri sendiri yg meminta polis batalkan debat ini. Atau ada kemungkinan nazri berbohong demi melingdung boss, bukan boss dia pernah melarikan diri dengan membuat U-turn satu masa dulu apabila dia diberitahu kehadiran tun.

    En Din, adakah depa semua menteri menteri ni berani lawan kehendak najib, bersembang saja yg lebih, nak tunjuk garang saja hakikatnya semua tahu. Yg nampak berani lani adalah MCA, MIC, GERAKAN, umno sabah dan parti2 dari sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan Bukan sabah tapi parti2 dari serawak.

      Delete
  7. Najib arah polis batalkan debat Tun M-Nazri, kata Salahuddin
    03 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
    Salahuddin Ayub
    Salahuddin Ayub
    Tindakan dua kali pihak polis membatalkan debat di antara Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas,membuktikan polis telah diarahkan berbuat demikian oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.
    Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pembatalan debat itu sesuatu yang melucukan atas alasan polis berkemungkinan berlaku kekecohan antara dua penyokong.
    "Adalah terlalu melucukan apabila pihak polis telah dua kali terpaksa membatalkan debat di antara DatukSeri Nazri dan Tun Dr Mahathir atas alasan bimbang berlakunya kekecohan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak.
    "Sebenarnya Datuk Seri Najib Razak yang bertanggugjawab mengarahkan debat tersebut dibatalkan kerana beliau terlalu bimbang kesan perdebatan itu akan menelanjangkan semua penglibatan beliau dan kroninya dalam isu 1MDB," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
    Beliau mengulas tindakan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff semala, yang dipetik berkata polis menerima 18 laporan daripada orang awam di Selangor yang membantah debat yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf pada 7 April ini.
    Sebelum itu debat sama antara dua seteru politik itu sepatutnya diadakan di Padang Rengas, Perak, pada 25 Mac lalu.
    Bagaimanapun, acara yang dikatakan bakal berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar itu tidak menjadi kenyataan apabila polis enggan membenarkannya.
    Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dipetik berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai
    Sambung Salahuddin lagi, beliau yakin pembatalan dua lokasi debat itu kerana Umno bimbang dengan pendedahan fakta yang akan dikemukakan Dr Mahathir.
    "Saya yakin dan percaya bahawa Tun Mahathir bukan sahaja akan mendedahkan fakta sedia ada berkaitan 1MDB tetapi juga bakal mengemukakan bukti-bukti terkini yang beliau terima untuk memastikan rakyat yakin bahawa Najib mengamalkan kleptokrasi terhadap dana awam untuk kepentingan peribadi dan keluarga beliau.
    "Ahli-ahli Umno berhak untuk merasa malu dan aib kerana dengan begitu ramai pimpinan Umno, hanya Datuk Nazri satu-satunya memiliki kejantanan untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. " Hanya Datuk Nazri satu-satunya memiliki kejantanan untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir."

      Habis yg lain mana pi kejantan depa, simpan dirumah kah.

      Delete
    2. Dalam bahasa yg paling mudah dulu pemimpin umno tolong melayulah.
      Hari ni kesemuanya pakat tolong diri sendiri dulu.
      Tok non panjang pengerusi umno negeri pulau pinang dok garu pungkoq kot.
      Hang tunggulah pertandingan pemilihan ketua bahagian umno nibong tebal kali ni.
      Orang kuis hang pi jauh jauh sampai ke sempadan thailand tu.
      Hang jgn balik lagi dah.

      Delete
    3. Alumni Dublin estate3 April 2017 at 21:44

      This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  8. Alaaaaa korang ni X faham lagi 2x5 alif min wau nun sarkis
    Ko tolak kat aku aku tolak kat ko
    Mcm Ruu 355
    Kalau tun Mana nak debat dgn haji Hadoi pun sama je skrip dia waima pasal 2mdb
    Tapi Yg paling hilsng telur dia Yg duk kat Puncak Alam tu

    ReplyDelete
  9. Every umno guys want to blame PDRM/Khalid for cancelling the debate. But they forgot PDRM/Khalid must listen to Zahid/KDN who in return must kowtow to Najib/Rosmah.

    PDRM/Khalid does not decide unilaterally. A PERSON MUST HAVE GIVEN THE INSTRUCTION TO REVOKE THE EARLIER APPROVAL.

    The fall guys are nazri, zahid, najib himself and Khalid. The INSTRUCTION MUST HAVE BEEN GIVEN BY ROSMAH'S GUARDIAN (5 ALTOGETHER.....how many indian, indonesian, siamese, malaysian?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..xde sape pun salah kn polis Anon 20:03.

      Rakyat Malaysia semua sedia maklum yg kuasa menteri lebih tinggi drp kuasa polis.

      Mustahil menteri2 tunduk dengan arahan polis terutamanya si pemegang portfolio berkenaan yg bernama Wak Jahit Komedi.

      Polis cuma disuruh keluarkan sidang media dgn mereka2 alasan maharaja lawak mega utk tatapan rakyat Malaysia.

      Sejak dulu lagi rakyat Malaysia sedia maklum yg polis hanyalah anjing suruhan KERAjaan.

      Andaikata tun madey & nazri mafia kaki kongkek ini di tempat kan cuma berdua di dalam bilik kebal sekalipun, hanya debat secara online, maka mustahil juga debat ini akan berlaku KERANA TOPIK DEBAT tersebut puncanya ^_^



      Delete
  10. Debat cara bertamadun tak boleh. Bawa kereta jenazah cara mafia depan suk boleh pulak.

    ReplyDelete
  11. Masa polis tidak lulus padang rengas nazri kata tak ade sokongan dari umno sekatang nazri kata najib ucap tahniah plak..

    Bangkali nazri sendiri arah polis batal debat ...dia cuma nak tunjuk dia bukan pondan.. .sama dengan Rahman dahlan...lepas ni Rahman plak sekeh kepala nazri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20.13
      Ramai yg sependapat dgn anda.

      Delete
    2. Kalau Najib kata Tun Mahathir tu kaki U - turn ,

      Najip tu adalah kaki kelentong .

      KPN tu pula Kaki Penjilat Najib .

      Delete
  12. Sampai kiamat pun tak akan jadi debat Tun M - Nazri Aziz selagi MO1 tak bersuara secara terbuka minta beri laluan. Kerana apa MO1 cuma berdiam. Macam biasa la. Isu 1MDB pun diua membisu dan mengelak dalam parlimen, takut kerana salah. Tak ada bezanya dengan dialog/debat ini, takut kerana salah. Diam diam arahan diberi untuk pastikan debat/dialog tidak berlaku. Kalau MO1 betul ingin lihat debat/dialog berlaku, dah lama dia bersuara beri lampu hijau. Kalau dalam Nothing2Hide dia boleh lari, apa bezanya dengan debat yang topiknya menyentuh 1MDM, MO1 trauma dengan apa saja program dua hala berkait 1MDB. Faham faham saja la. So, jangan tunggu kuncing bertanduk lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Debat ni terlalu awal...

      Buat masa nak PRU 14 nanti (semasa tempoh kempen pilihanraya)

      Delete
  13. Apa yg boleh diharap pada si zahid ni. Beliau tidak lebih seperti burung tiong yg diajar tuannya berkata kata. Sebab tu boleh keluar kenyataan bahawa beliau sudah bertemu dgn tok arab yg menderma 2.6b. Tak sangka bahawa pemimpin pemimpin Umno la ni mempunyai otak sekecil biji mata burung unta. Tak dapat memikir mana yg hak dan bathil. Makan hasil haram bnyk sangat termasuk boss walaun.

    ReplyDelete
  14. rasanya keputusan debat boleh diramalkan dimana nazri akan menjawab lain dari pertanyaan mahathir , akhirnya utusan, termasuk tv3 akan melaporkan tahniah pada nazri kerana berjaya mematahkan hujah mahathir......

    ReplyDelete
  15. Info terbaru::

    Debat batal sebab :

    1) Polis tak bagi permit
    2) Takut Madey kena heart attack semasa debat

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Info terbaru::

      Debat batal sebab :

      1) Polis tak bagi permit
      2) Takut Madey kena heart attack semasa debat
      3) Madey liability kepada pembangkang, perlu ada sehingga PRU 14
      4) Takut mereka berdua tak bercakap
      5) Madey dah lupa skrip - kes 1MDB dah tak se gah dulu

      Delete
    3. anon 21:26.....jgn mencarut.

      Ini pun satu lagi sebab kenapa debat batal.

      6) Pengikut madey akan kuat mencarut!!

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. hehehe....akal tak ada langsung!!!

      Delete
    6. Ko ade berani debat dengan orang kena heart attack..cakap banyak merapu..

      Delete
    7. Macai najib merapu dan meroyan memang no 1... Nak berhujjah tak reti..

      Delete
    8. anon 21:34.....rileksla...kamu ni tak gentleman...Gunalah sikit akal

      Delete
    9. anon 21:37....siapa tak reti berhujah???

      marilah berhujah....hehehe

      Yg batal debat Polis. kenapa kamu marah pada Najib. ...Jgn buat andaian atau fitnah atau sekadar jadi penyampai berita2 bodoh dari blog pembangkang..

      Gunalah akal !!!

      Delete
    10. Banyak lah ko punya hujah 2141..masa unknown aka sahabat bn salahkah tuan budin pasal ruu 355 gagal dibentang boleh plak..itu lagi bingai, at least walau najib mati2 tak ngaku dia mo1..rakyat memang tahu itu dia kecuali ko dengan adun langkawi tu je yg tak tahu..serupa la dalam kes debat ni..

      Delete
    11. Cai 2141.. Aku rasa ko yg x guna akal..aku rasa ko yg akan kena heart attack kalu debat ngan tun m..belum naik oentas dah koma..takat mat salleh, israel tun m x gentar la..even prime minister australia paul keating pun tun m tibai..ni kan pulak jibby dan nazeri nora danish tu..

      Delete
  16. Zahid tak kan berani bukak mulut...dia akan bisu isu ini..sehingga najib pulih dari sakit bisu baru zahid boleh bukak mulut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. helo kawan!!

      Yg batak debat Polis. kenapa nak salahkan Najib..?

      Kamu dh kena tipu...

      Delete
    2. Ikut ajerlah arahan Polis..

      Debat dah byk dilakukan di alam maya..

      Tak perlu debat ...depan depan. Apalagi dgn orang tua macam Madey...Kesian dia nanti dimalukan dikhalayak ramai

      Delete
    3. Polis ade kuasa mutlak?..najib ato zahid tak boleh bagi arahan?...akai kat lutut...nak belit ler tu..

      Delete
    4. Itu orang tua ko sendiri ade berani debat?...cakap banyak...geng oengecut dan belit keling

      Delete
    5. anon 21:39....memang ada kuasa. Tu yang dia guna kuasa untuk batal atas sebab2 yang mereka nyatakan. Tak faham bahasa ke???

      Nanti ko kata menteri mempengaruhi polis pulak bila buat keputusan.



      Delete
    6. 21.45.. Ko ni mcm bengong jer...ini jes besar bagi najib...polis kalo nak bagi alasan biarlah mNasabah....ki paham bahasa tak..himpunan bersih puluh ribu polis bokeh kawal ini plak debat di dewan karang kraf yg boleh isi 150 orang jer...fru buat ape?..otak ko kat lutut tak mampu nak pikir lojik..betul tak?

      Delete
    7. 2135.. Yg akan malu dan kesipuan adalah jibby dan losemah..pecah lubang..kikii..nk pulak kalu buat live

      Delete
  17. Info terbaru::

    Debat batal sebab :

    1) Polis tak bagi permit
    2) Takut Madey kena heart attack semasa debat
    3) Madey liability kepada pembangkang, perlu ada sehingga PRU 14
    4) Takut mereka berdua tak bercakap
    5) Madey dah lupa skrip - kes 1MDB dah tak se gah dulu
    6) Pengikut madey akan kuat mencarut!!
    7) Tak nak Madey dimalukan dikhalayak ramai ( Dia kan negarawan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info terbaru:
      1. Macai jibby dah start mencarut sebab dpt arahan dari JASa
      2.Kes 1mdb selesai, berjaya buat jln free dari jb samapi kangar
      3. Rosemah al badaki mengistiharkan duit tabung sejak dari baby
      4. Ameno cawangan excited sbb baru blk dari melancong lps cuti sekolah.. Pasni hujung tahun masyuk lagi

      Delete
    2. Nak tambah sikitlagi.. Ameno kalah kat selangor sbb bnyk ajk kroni dan suku sakat sedara mara..
      Berita terbaru: banyak anak ketua ameno cawangan yg jantan jd penagih yg betina jd bosiak..

      Delete
  18. Kalo debat jadi lutut najib terketar2....tapi muka dia slamber..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cakap kau!!...aku takut Madey kena heart attack....

      Delete
    2. Nazri akan bawak samseng sungai besar dan samseng pasir salak di negeri pasir dua butir..

      Tu pasal polis tarik oermit...baru waa taauu..

      Delete
    3. Madey pun bawak samseng dia jugak...samseng orang orang macam kamu ni la....suka mencarut!!

      Delete
    4. Ki takp aysh takut pasal madey..dia doktor...

      Nazri akan bawak ramai tukang merapu

      Delete
    5. Kamu layak dicarut sebab bangang merapu..main2 plak...bodooh

      Delete
    6. Kalo diberi muka ko lagi tunjuk ngada2.. Kalo ko nak berjujjah bagi fakta...kalo tidak baik ko masuk dlm kain bini ko...

      Delete
    7. Bebas kan Anwar Ibrahim segera...!!

      Delete
    8. Kalo anwar dibebaskan lagi terok kepala najib kena sekeh..

      Delete
    9. Aku ckp ..kalu jd debat semua penyokong jibby dan pas pis pus dpt heart attack on the spot

      Delete
  19. Amacam. Kita buat di UK. Kat sana lagi best. Sejuk. Lagipun banyak peminat kat sana. Kalau KPN nak joint sama blh la. Belajar mcmana polis2 kat sana bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk buat kat sana...suka hati ko la...

      Polis UK pun bukan bagus sangat!!

      Delete
    2. Mana ki tahu polis sana bukan bagus sangat...
      Polis malaysia pon pegi kursus di uk..

      Delete
  20. Satu negara cerita debat
    Bagi kebenaran tapi singkat
    Tun nak cerita, siapa rembat
    Tapi debat polis dah sekat

    Orang jahat memang begitu
    Takkan nak debat, sorok sesuatu
    Berterima kasih lakonan hantu
    Dia yang arah menutup pintu

    Bila cakap air liur disapu
    Khianat bangsa dia yg mahu
    Bila janji kuat menipu
    Konon memimpin serbanya tahu

    Bidalan berani kerana benar
    Sudah bersedia si Akhbar Sinar
    Jadi penganjur nak cerita benar
    Tetiba penakut dah buat onar

    Jika batal sudah diarah
    Rakyat benci bertambah marah
    Luka lama kembali berdarah
    Nanti Uzbekistan engkau berhijrah!




    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Ini pemimpin cakapnye putar
      Lempar batu sembunyi tangan
      Sembang integriti berdegar degar
      Bila nak berdebat dikata jangan..

      Walau tiada bukti secara nyata
      Polis diarah batalkan semula
      Debat ditakuti membuka cerita
      Tentulah empunya kepala ditimpa bala..

      Delete
    2. Terbaik bro fan tun dan bro perak man.

      Yg saya tahu apabila seseorang itu bercakap menyembur-nyembur air liurnya mcm najib itu tandanya dia sedang menipu disebabkan conciousnya berlawanan dengan lidahnya. Sang lidah rasa penat berlawan dengan conciois sebab itulah ia terlebih 'berpeluh'.

      Ini salah satu teori dalam psikologi jugaklah.

      Cuma seperti biasa ia hanyalah general rule dan tetap ada exception.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  21. .
    .

    Mana-mana Ketua Polis Negeri tak payah di suruh.. faham-faham je lah..

    Alasan di Padang Rengas di tolak memang dah tak logik ini kan pulak di Shah Alam.

    ReplyDelete
  22. BUKAN NAJIB YANG TIPU PAS
    Selepas solat isya' sekumpulan lebai singgah di kedai kopi untuk sembang politik sambil tengok berita TV. Biasalah. di kedai kopi ni screen-nya besar.

    Ketika sedang menghirup teh-tarik, hampir tersembur keluar air dari mulut, apabila dipaparkan berita yang sangat mengecewakan, lebih kurang macam ini:

    Maka berhamburanlah maki hamun mereka terhadap Najib. Macam-macam jenis haiwan disebut, termasuk biawak hidup.

    LEBAI A: Bukankah Najib dah janji akan sokong RUU355?

    LEBAI B: Betul. Siap hantar Jamil Khir join kita di Padang Merbuk lagi.

    LEBAI C: Dia pun kirim salam...aku dengar.

    LEBAI D: Najib penipu!

    LEBAI E: Tak betul tu...Najib tak tipu.

    Semua lebai terkejut mendengar kata-kata LEBAI E.

    LEBAI A: Kalau bukan dia, kamu bagi tahu aku siapa yang tipu?

    LEBAI E: Zahid Hamidi yang tipu. Dia yang sungguh-sungguh bagi tahu sahabat kita di Terengganu BN akan bentang RUU355.

    LEBAI B: Huh! Penipu! Jangan undi Zahid Hamidi. Jom kita letak calon yang mantap di Bagan Datoh dan tumbangkan dia.

    LEBAI E: Tak boleh.

    LEBAI B: Kenapa tak boleh.

    LEBAI E: Kat Bagan Datoh tu calon PKR yang bertanding. Kita masih ada tahaluf siyasi dengan PKR.

    LEBAI C: Aaahh! Putuskan ajer PKR ni. Diorang bukan ada jentera pun. Biar 3 penjuru.

    LEBAI E: Haha...Komer baca ni (sambil menghulur HP-nya):

    LEBAI A: Hadoi...! Kesian aku kat sahabat aku di Selangor...

    LEBAI D bangun dan start kapcainya.

    LEBAI A: Kamu nak pergi mana? Awal lagi ni?

    LEBAI D: Aku nak pergi rumah Lebai Nizar. Kot-kot ada lagi borang parti Amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobai.. bukan najib tipu...najib kincin..ha3

      Delete
    2. Lebai tak sudah lagii

      Ada lagi lebaii

      Delete
  23. Pelaburan Dalam Saham FGV Sebabkan KWSP Rugi?


    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.


    Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.

    "KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis," kata kementerian itu dalam menjelaskan mengenai strategi pelaburan agensi itu.

    KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.

    Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.

    ReplyDelete
  24. Saya setuju dan simpati dengan beliau. Menang payah bila polis bertindak seolah-olah mereka ada kuasa mutlak.

    Selepas polis bagi kebenaran bersyarat benarkan bahas itu diadakan di Shah Alam, tiba-tiba semalam polis hantar surat kata kebenaran asal dibatalkan.

    "Pelik, dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! " kata Hassamuddin dalam mesej Tweeter beliau.

    Surat polis yang dilampirkan oleh Hussamuddin mengatakan pembatalan dibuat kerana bantahan penduduk di kawasan berkenaan.

    "Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima bantahan daripada penduduk sekitar kawasan tersebut.

    "Setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam, dengan ini kelulusan permit perhimpunan aman bertarikh 31 Mac 2017 adalah dibatalkan," kata surat itu.

    Alasan sajalah. Penduduk apa? Ini kawasan perindustrian!

    Sebab sebenar adalah melindungi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, sahabat beliau Jho Low dan anak Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz.

    Polis tahu yang Najib dan konco-konco pemakan dedak beliau akan dilondehkan sekali lagi jika bahas diteruskan.

    Najib serta para pemakan dedak beliau ada terlalu banyak bangkai untuk disembunyikan dan mereka tahu Nazri tidak mampu atau tidak akan pertahankan.

    Daripada sudut lain, saya setuju tak perlu bahas sebab semua kemungkaran dan kebejatan Najib serta pemerintahannya sudah diketahui oleh rakyat jelata yang celik dan berakal.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ade yg tidak berakal...otak kat lutut..

      Delete
    2. Dalam isu debat ni Tun M dah menang bergaya dah pun.

      Sama ada nak cuba sekali lagi atau tidak itu keputusan Tun M. Debat adalah dalah satu cara menyampaikan dan kesannya adalah lebih daripada ceramah sebab ceramah bersifat sehala. Debat pula memberikan peluang kepada kedua-dua memberikan point masing-masing.

      Apa pun maksimum cubaan 3 kali ja, lepas tu lupakanlah nak debat dgn nazri ni.

      Yang sangat2 pastinya ialah Nazri cakap serupa ular lidah dua. Ada pulak dia kata Najib setuju debat dan siap ucap terima kasih kat dia.

      Kalau betul sekalipun mustahil doa tak tau itu kelentong najib ja pun tapi dia buat2 tak tau lah sebab dia sendiri pun kotor jugak macam Najib.

      Dengar khabar chief Jr hadiahkan rumah 7m dan ferrari dkt isterinya. Wow!!!

      Delete
  25. Bukan dgn debat ini umno / bn dapat menangkis tuduhan pihak pembangkang ,sekurang nya umno gah dan bermaruah. Arahan pembatalan debat ada satu tindakan yg paling bodoh @ bingai sekali.nampaknya umno terkulai layu ibarat kangkung dicelur. UMNO x fikir ke apa natijahnya?." PERSEPSI RAKYAT ". Nampaknya langkah Umno semakin SUMBANG. Hanya menunggu masa untuk di TALKIN kan.
    # INI KALI LAH # KASI UBAH # TALKIN # # SIMEN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang nak cakap apa pun cakaplah....batu depa sudah kecik!!.....tau takut saja....tak pandai nak lawan dah!!...orang umno ni kebanyakan nya batu dia bini pegang....pak lebai tidak macam ini, bini depa ramai....he...he....ha...

      Delete
  26. Yang aku sangat menyampah mendengarnya bila Nazri asyik dok bagi amaran supaya Tun jangan LARI, pelik sungguh sibangang ni cakap macam tak ada otak....bila masanya Tun LARI?

    Pada aku simamat bengong ni adalah seorang yang terlalu penakut!!..sekarang ni dah jadi bertambah bengong disebabkan terlalu malu kepada diri sendiri lebih2 lagi kepada seluruh rakyat Malaysia diatas segala perkataan dan tingkah lakunya....sebab itulah dia bercakap begitu meracau sekarang ni!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong 23.41,
      Nazri sengaja tunjuk berani luar biasa ,,kerana nazri amat yakin debat tak akan jadi,,,,,beliau pun sedia maklum orang bodoh piang pun boleh tahu akibatnya,,,,, jika jadi debat maka nazri yg bertanggungjawab menamatkan riwayat umngok dan BN

      Delete
    2. Datuk Seri Nazri memang anak jantan....dia berani tidak spt menteri umno lain semua batu bini pegang...takut kawin lebih....kena mandrum...
      Lawan Datuk Seri....lawan...jangan biarkan Unknown Bn cakap Datuk Seri takda batu macam dia...malu orang Padang Rengas....

      Delete
  27. Aku hairan la..
    Kenapa semenjak 2 menjak ni aku lihat pendekar "sial kok" pasir salak terus membisu. Kemana di pergi hah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang dok merana buasir,,,,akibat di makan sumpah 7 keturunan,,,bukan Q7

      Delete
  28. Bro Perak Man apa nak buat
    Kita ada mata jom kita lihat
    Tun Mahathir power dan masih kuat
    Umno takut dia sampai lubang lahat!

    Ada satu makluk juga main peranan
    Dia pun menyibuk arah kiri kanan
    Peranan tidak nampak macam halimunan
    Rambut dia keras tengok tak berkenan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa dia makhluk tu?

      Hehehe..

      Delete
    2. Hahaha..Betul tu bro fan,

      Dalam apahal ada je dia
      Mengekor pahlawan sini dan sana
      Bila bercakap beria ria
      Walaupun tiada kena mengena

      Sebenar kalo diperati inilah punca
      Antara faktor perosak negara
      Hadis dan quran dia tak baca
      Diakhirat kelak pemakan bara..



      Delete
  29. kalau nak suruh kita sokong dia, kenalah berwibawa, jangan main sembunyi mcm budak2.. berani kerana benar. betul tak umno?

    ReplyDelete
  30. Setiap kali polis batal Nazri akan melenting. Adakah ini sebahagian dari skrip drama?

    Seperti kata A Kadir Jasin amat sukar utk Nazri menjawab pelbagai soalan dari Tun M kecuali beliau menjawab secara loyar burok.

    ReplyDelete
  31. Soalan1
    Mengapa Allah mengambil TGNA kesayangan kita semua di kala kita mengharapkan Allahyarham dapat menbantu menyelamatkan negara.
    Jawapan: Kerana Allah menguji samada pas takut kepada TGNA atau sebenar2nya takut kepada Allah,,,jelas pas tak kisah hilang halatuju setelah TGNA sudah tiada lagi untuk di takuti..

    Soalan2
    Mengapa ajib menjadi PM
    Jawapan: Kerana Allah ingin menguji samada kita sebenar2 nya takut kepada Allah atau Cash King..
    Terbukti ramai yg amat takut kepada Cash King untuk jaminan keseronokan dan kemewahan di mahligai dunia,,namun di akhirat seksaan nya teramat lah dasyat lagi azab di neraka
    Kemungkinan yg tk percaya adanya balasan di hari akhirat saja yg tak ambil peduli malah sanggup bersekongkol dan bersubahat kepada kerosakan dan kedurjanaan yang sentiasa mendapat kemuliakan dari iblis dan syaitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 juta takut kpd king of cash...sanggup jadi bodooo.

      Delete
    2. Apo nak dikato
      Cempedak menjadi nangko
      Ramai orang Melayu hatinya buto
      Asal dari intan sudah menjadi kaco........

      Dah lewat ni Den nak gi menoreh,
      Takut tak dapat beli boreh.

      Delete
  32. apa nak dikata
    Cempedak menjadi nangka
    Umno dulu melayu dijaga
    Umno lani melayu diauta

    ReplyDelete
  33. Bersatu teguh bercerai roboh
    Ke hilir kehulu Umno suruh heboh
    Bagai retak menunggu belah
    Petunjuk jelas Umno akan kalah

    Bersatu teguh bela penyamun?
    Rela ketua Umno terus melanun?
    Terus berhutang keliling pinggang
    Anak cucu kita bayar hutang?

    Jika rakyat katakan tidak
    Dari sekarang wajib bertindak
    Jangan sekalipun mahu dipijak-pijak
    Bersatu bergabung jangan berganjak

    PH landasan permulaan perjalanan
    Rakyat membangkang tubuh gabungan
    Tukarkan kerajaan penuh kezaliman
    Wajib bertindak sebagai satu pasukan

    Jangan dipolemik siapa jadi ketua
    TDM Azizah Kit Siang bukan isunya
    Barisan PH diatur senantiasa siap siaga
    Moga Allah beri restuNya dan kemenangan pada kita

    DAP buangkan jauh identiti rasismu
    PKR lupakan perjuangan membebas individu
    AMANAH pisahkan imej hipokrit parti asalmu
    BERSATU wajib lari dari imej ketuanan melayu

    Berjuanglah untuk rakyat dan negaramu
    Bercakap bertindak wajib serupa
    Jangan diulangi kesilapan yang lalu
    Membentuk negara bermaruah merdeka

    ReplyDelete
  34. Bro john its true
    The thing is, its not new
    She's not sober, without any brew
    When Pakatan rules,bamboo river she'll go through..

    Seven millions for a house
    That's the way the woman is aroused
    It's like the bad cat hunting mickey mouse
    Or like presents given by Santa Clause

    ReplyDelete
  35. Ingin nak tahu, pernah kah nazri minta bukti bertulis dari najib apakah betul RM2.6 billion tu benar2 derma arab. Jika cakap saja tanpa bukti maknanya menipu. Nazri perlu ingat, sokong kemungkaran adalah serupa bersama2 melakukan dosa. Nazri wajib berani memberi tekanan kepada najib untuk menyatakan kebenaran. Nazri ada hak sebagai MT umno untuk menyuroh najib lepaskan jawatan sementara siasatan penuh dijalankan. Umno akan lenyep dengan najib sebagai presiden jika sekandal tidak ditangani dengan bijak. Melayu sekarang dah cerdik pandai, mereka tak dapat ditipu lagi. Agama islam saja tidak cukup jika masih penuh dengan skandal yang keji. Ingat allah nescaya diri selamat dan rakyat terbela. Bangunlah dari tidur......

    ReplyDelete
  36. Saya cadang debat diadakan di Hatyai. Penyokong juga tiada masalah untuk hadir di Hatyai

    ReplyDelete