Friday, 3 March 2017

UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?


Secara tiba-tiba pada 1 Mac lalu, tersebar berita mengenai pengarah pemasaran sebuah syarikat membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin kanan UMNO yang mendakwa melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta melibatkan yayasan yang diterajuinya.

Dana tersebut dikatakan adalah geran untuk membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM.

Laporan polis yang dibuat pada Isnin, 27 Februari itu kemudian dipanjangkan SPRM untuk tindakan seterusnya.

Ketika itu, semua orang berteka-teki siapakah pemimpin kanan UMNO tersebut, tambahan lagi apabila SPRM pada 2 Mac turut mengeluarkan kenyataan akan menyiasat "Ahli MT UMNO" tersebut, meskipun dilaporkan laporan polis itu sudah ditarik balik.
Dalam kenyataannya kepada media, pengarah pemasaran itu mengatakan beliau menarik balik laporan polisnya kerana menganggap kes yang dibangkitkannya sudah selesai.

Walaupun demikian, di media sosial khususnya, masih ramai yang tertanya-tanya siapakah "Ahli MT UMNO"  yang dikaitkan itu dan benarkan dakwaan yang ditujukan terhadapnya?

Ada juga yang mempersoalkan kenapa SPRM terlalu cepat memberi kenyataan dan dengan berani pula menyebut pemimpin berkenaan sebagai "Ahli MT UMNO"?

Segala-galanya hanya terdedah apabila Annuar Musa yang sedang berada di Mekah memberi respon agak panjang mengenai perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

"Kita terpinga-pinga dibuatnya berikutan adanya laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kemudian dengar pula laporan polis ditarik balik kerana sudah selesai cara baik,” kata Annuar dalam tulisannya di laman sosial itu.
Selain menafikan segala tuduhan yang ditujukan terhadapnya, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Pengerusi Mara turut menyifatkan, segala dakwaan terhadapnya dan melibatkan yayasan yang diterajuinya, adalah fitnah dan palsu.

“Apakah aduan palsu dan memberi maklumat palsu tidak perlu disiasat atau ‘tangan ghaib ini’ cukup berkuasa dan boleh mengatur segalanya mengikut selera mereka?

“Cukuplah saya membiarkan pihak tertentu bebas dengan tindakan mereka. Apakah undang-undang negara ini sewenang-wenangnya membenarkan tuduhan atau aduan untuk diviral sehingga pihak tidak bersalah menjadi mangsa fitnah demi fitnah.

“Apakah ini senjata peras ugut apabila kehendak seseorang atau taiko di belakangnya tidak ditunaikan atau bila lagi perniagaan seseorang tidak menjadi?” soal beliau lagi.

Sehubungan itu, Annuar kini menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa telah memfitnahnya.

Meskipun diketahui bahawa pihak yang membuat laporan polis itu adalah seorang pengarah pemasaran, di media sosial dan warung kopi orang-orang UMNO berhampiran PWTC, rancak diperbualkan bahawa seorang Ahli Majlis Mara adalah antara yang dikatakan terlibat mendalangi laporan polis kepada Annuar itu.

Individu berjawatan pengarah pemasaran itu pula  adalah seorang ahli UMNO dan pernah bertanding jawatan Exco Pemuda dalam pemilihan 2013 yang lalu, tetapi tewas.

Annuar sendiri dalam tulisannya turut menyebut tentang kewujudan "tangan ghaib" dan "taiko yang berada di belakang" dalam kemelut yang dihadapinya.

Siapakah "tangan ghaib" dan "taiko"  tersebut dan adakah Annuar memang menyedari ada musuh dalam persekitaran yang dekat dengannya?

Tidak lama sebelum ini, ketika Annuar berada di New Zealand, satu mesyuarat khas Ahli Majlis Mara telah diadakan secara mengejut dan hasilnya beliau telah digantung jawatan sebagai Pengerusi Mara untuk membolehkan siasatan dijalankan berhubung tajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd kepada pasukan bolasepak Kelantan.

Kali ini, ketika berada di Mekah, beliau sekali lagi menghadapi serangan berkaitan penyelewengan dana pula.

Adakah kedua-dua kejadian menimpa Annuar itu melibatkan Ahli Majlis Mara yang sama atau ada kaitan antara kedua-duanya?

Apakah permasalahan sebenar antara Annuar dengan Ahli Majlis Mara itu?

Siapakah yang bakal kena saman dengan Annuar kali ini?

Pengarah pemasaran yang membuat laporan kepadanya saja atau Ahli Majlis Mara yang menjadi sebutan ramai dan disebut sendiri oleh Annuar sebagai "tangan ghaib" dan "taiko" itu akan turut disaman sama?

Jika saman Annuar turut melibatkan Ahli Majlis Mara, barangkali pertama kali berlaku dalam sejarah di mana Pengerusi Mara menyaman Ahli Majlis Mara sendiri.

Satu lagi episod menarik dalam UMNO bakal menjadi tatapan kita dan boleh jadi satu lagi tanda UMNO ini semakin mereput dan wajib ditolak seluruhnya. (Shahbudin 03/03/2017).

63 comments:

  1. Jgn bimbang. Kes2 juta gini, akan lenyap gitu ja. Kalo x kenal siapa UMNO, sia2 sajalah kita ikuti politik tanahair.

    Atas nama UMNO, sumer jadi beres. Tapi kalo x berkedudukan, face the music jo la yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah nasib si ikan bilis

      Delete
    2. Barangkali nasib Umno sudah hampir penghujung usia.
      Mereka hancur dari dalam.
      Badan yg sihat sudah diserang virus. Itu lah takdir.
      Tunggu dan lihat.

      Delete
    3. Anuar musang ... Panda Ali... Zakar caplin semua anok kelate yg menambah malukan negeri kelate

      Haramhadah banjir ... Tebang balak... Skandal skim cepat kaya TMB, hiway tak siap... Skandal blue valley projek strawbey... Tanah milik bekas TMB dan mustafa spender..

      Kalau bagi oghe kelate pegang negara mak oiii jahanam !!!

      Patut lah SIAM PUN TAK NAK KELATE.. BAGI JER SAMA MALAYA

      SAMPAI MATI KELATE JADI MISKN KEPARAT MEREMPAT SELAGi ADA MUSANG NIK ABUDOH..NIK MENYAMAR PANDI PANDA..
      ... But with due respect kpd ydp Agong yg sgt cuba nak cover balik cemuhan demi cemuhan terhadap negerinya yg di tadbir pak lebai serban belit dan ketua umno 1st class honours tapi haram pelabulran tak masuk kelate!!!

      Jahanam politik kelate.. Bersara lah Anuar musang stopa abudoh menyamar pandi

      Delete
    4. Malaysiabaru cukup lah kamu sekadar menghina politik jahat usah bangkitkan kenegerian,wlaaupun kamu ini confirm ada sperms anjing dalam darah kamu,itu tidak bermaksud kamu boleh menghina negeri kami Kelantan.

      Delete
  2. Dah kena dah...penyangak lapor penyamun!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodohnya Melayu.....malu seh...

      Delete
    2. Penyagak terbesar ialah pemain jual beli mata wang asing BNM di awal 1990an dulu.BNM rugi dia yg untung puluhan billion.Ini cara mudah mendapat wang dgn memanipulasi urusniaga.Langkah mereka lebih hebat dari G.SOROS.

      Delete
    3. Dah kt Mekah tu...taubat lah betul2...leh tulis kt FB...lagi..
      Nk tunjuk baik kapa...

      Delete
  3. Apa citer digital mall mara? Salah DAP lagi kot?

    ReplyDelete
  4. Se ekor musang dipinggir hutan
    Kisah berlaku di negeri Kelantan
    Apa saja si musang nak telan
    Makanan simiskin tak ketinggalan

    Dipadang rumput musang tak takut
    Apa yg dapat terus direbut
    Berbuat onar musang tak kecut
    Sebab berkawan tikus cencorot

    Banyaklah musang antara musang
    Musang ini memang terbilang
    Dikabinet dapur dia bersarang
    Dulu dah pencen dilupa orang

    Tiba pulak tikus cencorot
    Jadi bos menghisap curut
    Nampak musang boleh mengikut
    Terus diambil jadi pak turut

    Langsung musang menjadi member
    Cencorot merosak musang pun cover
    Dalam diam musang pekena
    Dirembat segala apa yg jumpa

    Datang Pak Atan bersatu padu
    Bersama rakyat musang diburu
    Cencorot juga ditangkap dipalu
    Amanlah kampung hidup yang baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaiklah bro fantun...


      Izinkan saya

      Didalam kampung penuh manusia
      Cencorot dan musang bermaharajalela
      Moga perjuangan Pak Atan akan berjaya
      Binatang2 ini kita masuk ke dalam zoo sahaja..

      Delete
    2. Yang pernah jadi rimau atau singa kita bagi tulang saja seminggu sekali.
      Biar depa rasa kelaparan saperti rakyat yg menderita dg kenaikan barang pengguna.
      Biar dia mati dalam zoo.

      Delete
    3. saya baca pantun fan tun ni dgn gaya irama pantun
      siap dgn lentikan tangan lagi
      baru la rasa lega dan lapang dada ni
      terima kasih

      Delete
  5. Perghhhh...makan rasuah pun berani jejak kaki ke Mekah. Memang betul2 org kelantan totok...halal & haram dua2 pun sebat.

    Buat dosa byk2 kat Malaysia..sampai Mekah cuci dosa...Terbaekkkkkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah menjadi trend..Orang2 umno saja yg berani merosakkan bandar suci mekah

      Delete
    2. Pi mekah tak semesti tunai umrah. Mungkin duduk hotel dekat mekah saja?

      Delete
    3. Ada org cakap rasuah Takpe. Janji.Sembahyang. Bukan saye kate aaa. Ketua pemuda yg kate. Kira cuci dosa ngan duit laa.

      Delete
    4. Fatwa mana yg dia pakai.Boleh bayar dam di mekah untuk tebus dosa di Msia

      Delete
    5. Tak perlu ke Mekah, di Malaysia pun ada Punasihat Lebai Musang Berjanggut yg boleh hapuskan dosa dan membuka pintu syurga untuk wala'un wala'un...pastikan dulu no ahli mesti dihafal.

      Habis punah ranah, sesat dan menyesatkan!!!

      Delete
  6. Syabas Fan Tun!!!

    Semuga selamat ayam di reban...

    ReplyDelete
  7. .
    .

    Pay back time.


    Dah kat Mekah, kenangan kan lah balik dosa-dosa yang terlepas dulu

    Dah ingat, mohon lah ke keampunan.

    Time Najib ni macam-macam kejadian dan peristiwa pelik. Sampai ke MARA yang sepatutnya tumpu pada membantu orang melayu jadi tempat saman menyaman dan fitnah.

    Ingat dulu-dulu je orang melayu yang berniaga selalu bermusuh dan berdengki khianat tapi rupa-rupa nya sampai sekarang dan dalam perniagaan besar.

    Melayu kekal macam ini selagi UMNO yang berkuasa. !

    1 UNDI BN = 1 UNDI RASUAH.

    Wassallam.

    ReplyDelete
  8. .

    Seteruk teruk Proton tak pernah terjadi macam ini.

    Seperti Proton, MARA dan FELDA sepatutnya di jual !


    1 UNDI BN = 1 UNDI RASUAH.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Seniman Kehilangan Ilham?
      Terbaik saja?
      No komen?
      he....he.....
      pilih jalan tengah?
      tak tahu nak pi kiri ke kanan?
      duduk tengah tengah jalan?
      mari lori balak.....pangg....padam!!!

      Delete
    2. Bro 7:43, unknown kat atas tu bukan la uknown aka sahabat tu..

      Delete
    3. Tq bro 08:00, patut pun sabelum ini ada komen dari 'unknown' gaya pro pembangkang.
      Kpd unknown baru, tak elok kamu guna 'unknown", jika kamu tahu nama unknown sedang jadi sasaran penembak.
      Nanti kamu saja saja kena tembak.

      Delete
    4. Saya pun setuju bro unknown tukar nama.

      Sbb tu unknown pendedak tu saya kena sebut unknown aka sahabat utk bezakan dgn unknown yg baru muncul ni.

      Nama penuh unknown aka sahabat ialah unknown aka sahabat nakhoda kapal korek.

      Delete
  10. Rasa rindu dengan komen2 power daripada saudara2 seperjuangan Encik Othman Ahmad,labu labi,pomen bawah pokok dan lain2.Rasa hilang kemeriahan tanpa anda semua!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tu.. InsyaAllah xlama lagi..

      Tapi yg herannya si nakhoda sewel, suhaili & kejola tak timbul2 ni.. Tgh beratur kutip dedak macam Berahim pendek ambik gaji kat Ketua penyamun dalam gua gamaknya depa tu skg

      Delete
    2. Betul.

      Terutama pak othman Ahmad yg begitu lama menghilang berbanding yg lain.

      Pak rahman jpc dan bro labu labi baru ja menghilang. In shaa Allah akan muncul balik tu.

      Delete
  11. Tak sangka ada gak yg rindu kat saya. Terima kasih bro 01.17 dan rakan seperjuangan. Jgn lupa juga utk John Doe, zack, tajul dan beberapa yg tak ingat. Maklum la. Dah dekat 40. Cepat lupa. Tak lupa untuk Tuan Bidin yg sentiasa ada isu yg boleh kami tumpang bahas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro kita tak perasan lagi pomen bawah pokok sudah naik taraf. No more pokok tapi dah ganti bumbung. Kini bergelar pomen smart.

      Delete
    2. Oh ya...rupa nya awak lah dulu pomen bawah pokok?
      Skrg sudah beli kedai sendiri?
      Tahniah sudah berjaya dlm perniagaan.

      Delete
    3. Amin. Terima kasih. Bukan beli. Sewa je. Tapi ada bumbung. Takde la bawah pokok lagi. Rezeki anak. Tak mewah, tapi cukup makan.

      Delete
    4. Bro pomen.

      Alhamdulillah janji halal. Berkat hidup.

      Delete
  12. Bro John,

    Menghilang bukan terus memghilang
    Mungkin tugas perlu disandang
    Nanti di blog segeralah datang
    Meriahkan komen sama bersidang

    Bro John teruskan usaha
    Bersama semua rakan sekata
    Unknown sahabat unstabled manusia
    Memang sah seorang pendusta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok bro fan tun. Terima kasih di atas kata2 semangat.

      Saya nak jawab melalui pantun juga tapi nanti saya akan habiskan 10 minit untuk mengarang 4 rangkap dan tetap akan kalah dgn bro.

      So saya jawab mcm biasa je laaa..

      Salam perjuangan bro.

      Delete
  13. Orang sarawak terkejut demam
    Atas kapal TATOOSH ada Bustari
    Sebab itu orang sarawak tergamam
    Tak nak involve kes najib dan 1MDB

    Bustari ke mekah haji dan umrah
    Kabui mata orang sarawak
    Pandai ambil hati selalu bersedekah
    Tersenyum selalu persis pelawak

    The truth shall prevail

    ReplyDelete
  14. .
    .

    Apabila individu saman, beberapa Ketua, Pegawai dan yang kena saman akan di sebut.

    Saman Polis akan di sebut Kerajaan Malaysia, KPN dan Pegawai berkenaan.

    Jika Anuar Musa saman Ahli Majlis, adakah saman Anuar Musa akan sebut Pengerusi MARA, Ahli Majlis MARA dan individu yang buat lapuran ?


    Pencerahan .... tk.

    ReplyDelete
  15. Kebanyakkan tangkapan SPRM melibatkan aktiviti anak beranak ye...

    ReplyDelete
  16. Unknown aka sahabat bn nama di kenali
    Selalu berkata jahil membangga diri
    Cabaran sumpah bro john doe dia tak berani
    Konon tak sesuai dengan prinsip diri

    Tak apalah kalau sumpah tak mau ikut
    Bro john doe mintak aminkan doa, itu pun kau takut
    Konon bukan syariat nabi untuk diturut
    Banyak doa nabi lain yg kita pakai apa yg kau mengarut..

    Bahasa melayu di guna berbunga bunga
    Mintak di translatekan ke bahasa inggeris, katanya boleh aja
    Konon tak nak jatuh standard depan semua
    Tapi banyak plak alasan dan syarat yg dia kemuka..

    Tak kisahlah sekiranya kita tak bersependapat
    Tapi unknown aka sahabat bn, aku nak pesan..janganla buat orang lain sesat!


    ReplyDelete
  17. Maruah sumbat bawah karpet.
    Rasuah? tak heran,! malah ia jd pameran.
    Agama dh jd retorik sukatan gram dan milligram ,bukan iman.
    Akhirat jadi ugutan.
    Mahu kunci? IKUT KATA KAMI!!
    Apa ini ?!
    Pos gambar depan kaabah, maka dh bersih lagi suci..
    JANGAN lah Kaabah,dijadi mesin basuh! Lahanat sikap tu
    Bila pandangan berbeza, dilabel, dikasta.
    Dengan kuasa yg hanya dipinjam, sanggup lupa Amanah.
    Lebih sanggup hirup nanah.
    Ribut yg kencang pun akan datang tenang.
    Melayu dh terlondeh pun, dgn sembang kencang,mmg terbilang.
    Sudah2 la UNDI lah yg lain pulak, Salahkan lah diri sendiri sama.
    Buat apa la dok undi bg kuasa dekat musang2 berjanggut penjual kincin jampi , dan ahli2 putar bangsa, penjual pertiwi, pemakan ketulan Taek Low?
    Sudahla



    ReplyDelete
  18. Akupun hairan..
    Dari dulu lagi kenapa jawatan2 tu diberi pada musang berbulu ayam.
    Dah tahu ia musang tapi masih beri kepercayaan
    Sudah pasti ayam2 adalah makanan musang

    ReplyDelete
  19. 09.39, depa mana ada yg baik baik lagi. Yg baik semua dah blah dari umno, yg tinggal yg busuk2 saja. Lani ni umno cuba nak jual barangan busuk sapa nak beli. Kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Tun dulu, yg ok dlm umno dah takde, semua masuk PAS. Tapi skang dlm pas pun tinggal yg pak turut je. Semua lari masuk PH dan BERSATU. Atau mungkin menjauhkan diri dari dunia politik. Ada gak logik kata Abby abadi yg malang nasib artis yg nak berhijrah, tapi jumpa PAS. Sori lari topik. Lunyai awek yg tak minat kat saya kena kutuk dgn totok PAS.

      Delete
  20. anon 750: 939
    Saya tak sangka anak negarawan tun razak akhirnya menjahanamkan legasi anegara kita , tu yg undi dia dulu tu. Tapi itulah namanya manusia kan . Namun itu jugalah hukum alam yg sentiasa berputar. Namrud, Hamman, Qarun , Kamal Attartuk dan lain2 akan berulang2 selagi belum kiamat. Jom ubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman tak boleh diwarisi, bakat pun bukan utk dipaksa utk menerima. Jadi pokok pasal akal fikiran dan jiwa rakyat yg lahir dari hati.

      Delete
  21. Thailand ada prayut setakat Ni yg terbaik yg lahir utk Thailand, Philippines ada Dutante, Indonesia ada jokowi,Malang sekali Malaysia dpt najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu rasanya tgk Jokowi duduk bersama rakyat indonesia dlm flight. Kerana bukan urusan negara. Nak kemana pakai duit sendiri. Jadi tak mungkin dia bercuti guna duit kerajaan. Agaknya la kot.

      Delete
  22. .

    .
    Malang...?

    Kita bukan ada satu .. Najib sorang.

    Kita ada Rosmah !

    ReplyDelete
  23. hidupnya Pakatan Harapan plus PPBM adalah dengan menyemai adu domba dan fitnah terhadap Umara', ulama, para ilmuan serta tidak terlepas marhean yang membantah kepadanya.

    hidupnya Pakatan Harapan plus PPBM adalah dengan menyebar tipu daya dan janji manis - "menggapai langit mencengkam bumi". maka berbondong-bondong golongan yang jahil lagi menyombong diri mengikut ibarat ikutnya biri-biri pada penggembalanya.

    ada dari kalangan si jahil itu telah merasa "nikmat" tipu daya mereka dan menyatakan kekesalan yg akan dibawa sehingga akhir hayat.

    1) kisah 34 buah keluarga yg dijadikan keldai tunggangan Nurul Izzah, kini telah terlepas dari mendapat sesuatu yang sepatutnya menjadi milik 34 buah keluarga itu - Residensi Kerinchi.

    2) kisah segelintir pendeposit Tabung Haji yang jahil lagi menyombong diri mengikut hasutan Rafizi Ramli agar mengeluarkan simpanan sepenuhnya dan secara automatik hilang giliran menunggu - akhirnya mereka menyatakan penyesalan kerana mengetahui si penghasut itu sendiri tidak mengeluarkan simpanannya dari Tabung Haji.

    3) kisah Kg Buah Pala yang ditaburkan janji oleh LGE dan diperkuat dengan pengesahan dari Anwar Ibrahim kini menjadi "lagenda" - kisah manis untuk dikenang penduduk Kg Buah Pala.

    Inilah secebis dari kisah "penyesalan" yang benar-benar menjadi pengajaran kepada mereka yang mahu berfikir.

    Aku juga hanya tergelak tatkala para politikus berhati serigala itu mengadu domba "keburukkan" program Klinik 1Malaysia lalu melancarkan tipu daya mereka yang terbaru di Selangor.

    Sebuah program kesihatan bernilai 500rm dan 1000rm untuk pergi ke mana-mana klinik swasta di Selangor - dengan syarat tidak melebihi 50rm sekali kunjungan didalam tempoh setahun.

    kos fee asas untuk klinik swasta berharga 30rm, jika ditambah ubat-ubatan ia akan melebihi dari baucer 50rm - sejujurnya program kesihatan ini adalah salah satu jalan untuk para politikus berhati serigala itu mengumpul kekayaan dengan jalan "halal" sebagaimana tabung Khairat kematian yang dibahagikan sesama mereka.

    Salam untuk semua
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin benda tu jadi. Tapi segelintir je kan. Biase la. Mane mungkin nak jaga semua. Tapi tgk selangor. Kenapa boleh menang lagi bbesar. Tak mungkin rakyat selangor ni senang kena tipu. Kerana kami dpt apa yg dijanjikan. Tak 100%. Tapi tgk klang ye. Kami Dpt 2 jambatan penting. Janji masa PRU12, yg satu dah siap sebelum PRU13. Yg satu lagi hampir siap. Yg lain jgn cakap. Jambatan yg dijanjikan masa PRK kuala kangsar ape cite. Mcm mane lak hospital yg dijanjikan masa PRU yg lepas2. Berapa biji siap. Hospital S.Alam hari tu sampai Khalid tak dibenarkan masuk utk tinjau kelewatan. Jadi bandingkan, fikirkan.

      Delete
    2. Unknown aka sahabat bn...in english please...kihkihkih..

      Delete
  24. Sorry unknown aka sahabat, kami dah tak mau beli barangan busuk. Dah expired. Kami nak product baru, latest modal. Pi tipu orang lain tak laku disini.

    ReplyDelete
  25. Mulia Sangatkah Tindakan Mahathir Mahu Menjatuhkan Kerajaan?
    Nampaknya, Tun Dr Mahathir sudah benar-benar hilang pertimbangan dalam setiap gerakan politiknya hari ini. Ini kerana, menerusi catatan terbaru dari blognya, beliau mempersoalkan kenapa mempersoalkan pendiriannya yang membuat pusingan U menyokong gerakan pembangkang dan bertindak menentang kerajaan.

    Sambil mengakui, memang beliau membuat pusingan U untuk menjatuhkan kerajaan dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak pembangkang, beliau juga membidas penyokong kerajaan yang masih kekal setia menyokong kerajaan dengan meyifatkan penyokong pro kerajaan ini sebagai orang bodoh yang kekal menyokong kerajaan walaupun tahu, kerajaan hari ini telah menghancurkan masa depan negara.
    Beliau sekali lagi mengulangi kenyataan fitnahnya sebelum ini yang mengaitkan skandal 1MDB dengan Datuk Seri Mohd Najib. Malah, beliau sekali lagi mengulangi tuduhannya yang mendakwa, Datuk Seri Mohd najib mencuri wang negara untuk kepentingan dirinya sendiri.

    Agak melucukan sebenarnya apabila melihat catatan terbaru Mahathir dalam blognya. Ini kerana, sehingga kini, kerajaan tidak pernah menghancurkan ekonomi negara seperti di dakwa Mahathir. Sebaliknya, banyak perkara yang dilakukan kerajaan yang ingin memastikan ekonomi negara kekal kukuh disamping membantu golongan sasar bangkit disaat berhadapan dengan kehidupan yang serba mencabar hari ini.

    Harus diakui bahawa kebanyakan dasar yang diambil kerajaan hari ini lebih menjurus kepada keperluan rakyat termasuk beberapa bantuan yang disediakan seperti Projek Perumahan 1 Malaysia, sistem penjagaan kesihatan seperti memperkasakan sektor hospital milik kerajaan, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan banyak lagi.

    Adakah ini yang Mahathir dakwa menghancurkan ekonomi dan masa depan rakyat Malaysia? Adakah bagi Mahathir, dengan membina bangunan pencakar langit dan infrastruktur yang gah pada mata dunia, barulah beliau labelkan kerajaan sebagai kerajaan yang hebat? Sebagai sebuah kerajaan, antara perkara yang paling diutamakan adalah menjaga kebajikan rakyat bukannya membina 1 lagi KLCC, KL Tower dan sebagainya.
    Jika beliau mendakwa, mereka yang masih kekal menyokong kerajaan adalah kelompok mereka yang bodoh dan makan rasuah atas alasan kerajaan hari ini mencuri wang negara melalui apa jua cara termasuk 1MDB, kenapa Mahathir tidak mengemukakan sebarang bukti dakwaannya? Kenapa Mahathir hanya berani berbunyi di dalam media dan tidak mengemukakan bukti salah laku kerajaan kepada pihak berkuasa?

    Adakah Mahathir hari ini sudah tidak percaya pada undang-undang negara? Jika begitulah tanggapan Mahathir, ini bermakna, beliau sendiri tidak lagi menghormati Perlembagaan dan Undang-Undang Negara. Satu soalan yang harus dijawab Mahathir, adakah perjuangannya menerusi Pakatan Harapan hari ini merupakan satu perjuangan yang suci dan berfaeedah untuk rakyat?

    Umum mengetahui antara perkara utama yang mahu dilakukan pembangkang di negara ini adalah menghancurkan sistem pemerintahan negara dengan apa jua jalan sekalipun. Mereka mencipta pelbagai fitnah dan majoriti pereka fitnah berkenaan kini berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah. Adakah ini yang dikatakan Mahathir sebagai telus dan suci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baca komen hang baris pertama saja.
      so jawapan ke atas soalan hang ialah YA tun M lebih mulia dari najib dan hadi awang.
      sekian.

      Delete
  26. Presiden parti agama (Pas) Abdul Hadi Awang berada di Bangkok pada 20 Februari lalu bertemu dengan bebarapa orang termasuk RPK. Apa agak nya diperbincangkan diantara raja pembelit dan raja kelentong. Be careful when the two meets must be up to something no good.

    ReplyDelete
  27. Pakatan Harapan Terjerat Dan Tidak Mampu Melangkah Lagi
    Pakatan Harapan dan Pribumi Mahathir menghadapi dilema yang besar. Siapa yang akan menjadi PM dan TPM jika pembangkang berjaya melangkah ke Putrajaya? Muhyiddin dan Mukhriz dari Pribumi tidak diterima oleh Pakatan Harapan. Malah, mereka mungkin tidak memenangi pilihan raya umum akan datang. Jadi sekarang mereka tidak lagi bercakap mengenai menggantikan Najib atau siapa harus jadi PM baru dan TPM dan sebaliknya hanya bercakap mengenai Umno dan BN. Dan ini adalah tepat seperti apa yang pegawai penasihat Najib mahu mereka lakukan.
    Semalam, Malaysiakini melaporkan sesuatu yang sangat menarik, yang anda boleh baca di bawah. Pada dasarnya ini merupakan satu lagi ramalan pilihan raya umum dari Rafizi Ramli. Jika sokongan kaum Cina kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang boleh ditingkatkan kepada 80%, Rafizi berkata, Pakatan Harapan dan PPBM aka Pribumi Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling mungkin boleh menang tambahan 27 kerusi Parlimen di atas 87 yang dimenangi pada yang pilihan raya umum terakhir.

    Ini bermakna pada pilihan raya umum akan datang pembangkang boleh menang 114 kerusi parlimen dan mereka memerlukan hanya 112 untuk membentuk kerajaan persekutuan.
    Rafizi mengesahkan Pakatan Harapan memerlukan Cina untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana PAS tidak lagi dengan pakatan pembangkang dan mereka kehilangan undi dari Melayu

    Bulan lepas, Rafizi meramalkan bahawa jika semua parti pembangkang bersatu di bawah satu gabungan (bermaksud PKR, PAS, DAP, PAN @ Amanah dan PPBM @ Pribumi adalah semua ahli-ahli Pakatan Harapan) maka mereka akan menang sekurang-kurangnya 125 kerusi parlimen berbanding Barisan Nasional 97 kerusi. Jika tidak maka Pakatan Harapan tidak akan dapat mengekalkan walaupun 87 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum pada tahun 2013 dan hanya boleh memenangi kurang daripada 70 kerusi kali ini.

    Sekarang, saya tidak terlalu bimbang tentang angka dan bilangan kerusi ramalan mereka untuk menang dan sebagainya. Saya tahu kebanyakan orang akan memberi tumpuan kepada perangkaan. Apa yang saya lebih tumpukan adalah kepada hakikat bahawa sekarang Rafizi dan pembangkang tidak lagi bercakap dari segi ‘jika anda menentang Najib Tun Razak maka undilah pembangkang”. Sejak dua atau tiga tahun lepas Najib telah menjadi sasaran dan jeritan ‘menolak Umno dan Barisan Nasional jika anda tidak mahu Najib sebagai Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  28. Mahathir telah bertemu Anwar dua kali di mahkamah tetapi tidak akan menerima ‘peliwat tidak bermoral’ sebagai Perdana Menteri

    Hari ini mereka hanya bercakap tentang menolak Umno dan tidak lagi bercakap tentang menolak Najib. Pembangkang telah akhirnya menyedari bahawa menggunakan Najib sebagai ‘bogeyman’ tidak akan berjaya. Dan kedua-dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta pilihan raya negeri Sarawak telah membuktikannya. Menggunakan Najib sebagai sebab untuk tidak mengundi Umno atau Barisan Nasional bukanlah strategi menang pilihan raya.

    Jika mereka terus dengan strategi ini bahawa jika anda tidak mahu Najib maka undilah pembangkang, mereka perlu menjelaskan kepada pengundi siapa yang akan menggantikan Najib sebaik sahaja Pakatan Harapan melangkah ke Putrajaya. Jadi sekarang mereka tidak lagi bercakap tentang menewaskan Najib tetapi menewaskan Umno dan Barisan Nasional. Dan itu bermakna isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan akan menjadi tidak perlu disebutkan.

    Tahun lepas, di UK, Mahathir berkata Muhyiddin Yassin akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila Umno dan Barisan Nasional ditendang keluar dan lanjutan daripada itu, Najib digulingkan. Kemudian Mahathir sedar dia telah membuat kesilapan besar kerana skandal seks Muhyiddin dengan perempuan Cina yang sudah berkahwin.

    Menamakan Muhyiddin sebagai pengganti Najib sebenarnya memakan diri sendiri dan tidak lama kemudian Mahathir melakukan pusingan U dan berkata, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai siapa yang patut mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila Umno dan Barisan Nasional ditendang keluar.
    Tunku Aziz mendedahkan pakatan rahsia antara Mahathir dan Kit Siang untuk Mukhriz menjadi PM dan beliau (Kit Siang) menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ini hampir mencetuskan ‘gempa bumi’

    Kemudian, pada bulan Disember 2016, Mahathir dan Lim Kit Siang melakukan perjanjian. Kit Siang akan menyokong Mukhriz untuk Perdana Menteri jika Mahathir menyokong beliau (Kit Siang) untuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini adalah satu perjanjian rahsia tetapi ia telah bocor beberapa hari kemudian dan, sekali lagi, ia menarik tindak balas negatif. Bukan sahaja Malaysia belum bersedia untuk Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri (terutamanya Timbalan Perdana Menteri yang anti-Islam) tetapi Mukhriz dilihat sebagai calon yang paling tidak sesuai untuk Perdana Menteri.

    Untuk kebanyakan orang Mukhriz hanya Boboi. Dia tidak bercakap dengan baik dan tidak meyakinkan dan tidak petah. Jika dia hanya ‘Mukhriz Jusoh’ maka tidak akan ada yang akan memberinya peluang. Ia adalah kerana dia membawa nama Mahathir maka pembangkang memberinya sedikit ruang. Sebagai Timbalan Menteri atau Menteri Besar sebuah negeri yang kecil seperti Kedah kebanyakan orang boleh bertolak ansur dengan beliau. Tetapi ini adalah lebih kepada memberi muka kepada Mahathir (dan hanya kerana Mahathir kini menentang Umno jika tidak maka tiada peluang) dan bukannya kerana Mukhriz adalah yang hebat. Tetapi sebagai Perdana Menteri Malaysia ianya adalah mustahil dan yang paling akan merasa jijik pada pemikiran.

    Mahathir dan Kit Siang tahu bahawa Muhyiddin dan Mukhriz adalah tidak layak. Apabila Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan perjanjian yang Mahathir buat dengan Kit Siang (yang Mukhriz akan menjadi Perdana Menteri dengan Kit Siang sebagai Timbalan beliau dan Menteri Kewangan) bumi umpama bergerak dari bawah kaki Pakatan Harapan dan kami hampir menyaksikan gempa bumi.

    Mahathir adalah sangat tidak berpuas hati apabila rahsia ini bocor dan ia menjadi lebih teruk apabila Mahathir mengesahkan bahawa DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian, apabila dia sedar kesilapannya, dia cepat melakukan pusingan U dan berkata ia adalah MCA dan tidak DAP yang telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Itu adalah satu kesilapan yang teramat besar.

    ReplyDelete
  29. Pertama Mahathir berkata, jika anda mahu BR1M dihapuskan maka tendang keluar Umno dan Barisan Nasional dan undilah pembangkang kerana Pakatan Harapan akan menghapuskan BR1M. Kemudian, apabila dia sedar ini adalah satu kesilapan kerana rakyat mahu BR1M, Mahathir melakukan pusingan U dan berkata beliau menyokong BR1M sepenuhnya.

    Seterusnya, Dr Mahathir berkata, jika Umno dan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Harapan, Muhyiddin akan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Kemudian Mahathir sedar masalah tergantung di lehernya bahawa ini juga adalah satu kesilapan kerana Muhyiddin mempunyai skandal seks dengan isteri orang dan tidak ramai akan bersetuju untuk menggantikan Najib dengan Muhyiddin (terutama sekali apabila pihak berkuasa agama Johor adalah kira-kira untuk mengambil tindakan terhadapnya) . Jadi, sekali lagi, Mahathir melakukan pusingan U dan berkata, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Najib digulingkan.
    Skandal seks Muhyiddin dengan Nika Gee tidak lama lagi akan melihat dia di Mahkamah Syariah Johor untuk menghadapi tuduhan

    Kemudian kita lihat Mahathir mengesahkan bahawa adanya perjanjian telah dibuat dengan Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Apabila Mahathir sedar bahawa ini adalah kesalahan besar dalam beberapa kesilapan maka dia lakukan lagi U-turn dan berkata ia adalah bukannya DAP tetapi MCA yang mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri.

    Tetapi satu perkara yang Mahathir tidak pernah lakukan adalah untuk mengumumkan bahawa Mukhriz tidak akan menjadi Perdana Menteri. Mahathir berdiam diri pada yang satu ini.

    Sebenarnya, tidak ramai yang menyedari bahawa ketika melalui kerjaya politiknya sejak tahun 1960-an Mahathir telah melakukan pusingan U demi U-turn. Tetapi pada masa itu dia berada di kemuncak kuasa dan boleh lari darinya. Hari ini, Mahathir bukan lagi orang yang terkenal seperti sebelum ini tetapi hanya anjing suruhan DAP yang didominasi masyarakat Cina dan DAP yang menguasai Pakatan Harapan. Jadi Mahathir tidak boleh lari dengan ‘U- Turn’ beliau dengan mudah lagi.

    Anda mungkin telah menyedari bahawa sejak beberapa bulan lepas Muhyiddin tidak lagi sangat penting dalam pembangkang dan tiada siapa yang bercakap banyak mengenai beliau. Begitu juga dengan Mukhriz. Pembangkang tidak boleh secara terbuka membuang Muhyiddin dan Mukhriz jadi mereka melakukannya secara beransur-ansur dan secara senyap-senyap. Bagi Pakatan Harapan, Muhyiddin dan Mukhriz adalah barangan yang sudah rosak dan perlu dikuburkan dan dilupakan.

    Ini adalah satu tamparan yang hebat kepada Pakatan Harapan kerana Muhyiddin dan Mukhriz dianggap sebagai dua jeneral utama. Lebih bermasalah jika Muhyiddin dan Mukhriz dibuang kerana siapa yang akan menggantikan mereka? Siapakah calon baru untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Mereka telah bersumpah ia bukannya Kit Siang. Ia sudah tentu bukannya Anwar Ibrahim. Anwar dan keluarganya tidak akan membenarkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Muhyiddin akan jatuh kerana skandal seksnya dengan Nika Gee. Dan mencadangkan Mukhriz sebagai pengganti kepada Najib adalah umpama dengan menggantikan Maharaja dengan seorang badut.
    Muhyiddin dan Mukhriz secara perlahan-lahan dan senyap-senyap dibuang tetapi kemudiannya siapa yang akan menjadi calon baru Pakatan Harapan untuk PM dan TPM?

    ReplyDelete
  30. Jadi siapa yang mereka ada untuk menggantikan Najib? Sebenarnya tiada sesiapa. Dan itulah sebabnya sejak beberapa bulan lalu mereka tidak lagi bercakap mengenai menggantikan Najib. Mereka tidak mempunyai seorang pun daripada pembangkang untuk menggantikan Najib. Jadi mereka hanya bercakap tentang menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Dan anda boleh melihat ini dari beberapa analisis pilihan raya lepas oleh Rafizi. ‘Menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan seorang Perdana Menteri yang baru’ tidak lagi laungan mereka.

    Ramai juga tidak percaya bahawa Muhyiddin dan Mukhriz boleh memenangi pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak diberi tempat di kawasan majoriti Cina dan DAP mengarahkan penyokongnya untuk mengundi mereka. Pendek kata Muhyiddin dan Mukhriz akan membuang masa mereka bertanding pada pilihan raya umum.

    Pakatan Harapan dan Pribumi perlu keluar dengan calon-calon baru untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi persoalannya ialah siapa? Sehingga itu Pakatan Harapan dan Pribumi tidak lagi akan bercakap tentang menewaskan Najib. Jika mereka lakukan maka perlu untuk menjelaskan ‘menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan siapa?

    Mereka akan terus bercakap mengenai menggantikan Umno dan Barisan Nasional dan akan berdiam diri mengenai siapa dari Pakatan Harapan dan Pribumi akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi mereka hanya boleh melakukan ini untuk berapa lama. Akhirnya mereka akan perlu menamakan siapa dari Pakatan Harapan dan Pribumi yang akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika dan apabila mereka berarak ke Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekuar dalam 69 tahun dh masan terok tu. Elok UBAH, dah tak boleh pakai pun. Kaku najis pun dh basi...buat bqja pu tan boleh...

      Delete