Monday, 20 March 2017

SOMBONG BONGKAK ATAU NAZRI ADA MUSLIHAT LAIN?

Sekali imbas, Nazri Aziz kelihatan begitu sombong, angkuh dan berlagak bila mengatakan beliau tidak memerlukan sama sekali penyokong UMNO menghadiri debatnya dengan Tun Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini.

Sebaliknya, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, beliau  seorang diri mampu menangkis dan menjawab sebarang soalan dalam debat itu nanti.

"Saya hendak minta orang UMNO dan BN tidak usah hadir, saya tidak ada masalah, saya seorang boleh.

"Lagi pula, bukannya saya hendak bercakap dengan penyokong UMNO dan BN. Saya hendak bercakap kepada wakil pembangkang, saya mahu mereka dengar penjelasan saya," kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas.

Jika tidak ada aral melintang atau pihak polis tidak membatalkannya di saat-akhir kerana faktor keselamatan atau kalau tiada arahan secara tiba-tiba daripada pihak atasan, debat antara Nazri dengan Tun Mahathir akan dilangsungkan pada 25 Mac, jam 3.00 petang di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Debat itu tentunya menjadi perhatian seluruh rakyat untuk melihat sama ada Nazri mampu menjawab, menangkis dan berhujah dengan Tun Mahathir berkaitan pelbagai isu semasa seperti 1MDB, dana RM2,600 juta yang mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, pelaburan China, skandal BMF dan lain-lain perkara yang mencengkam negara.

Dari segi logiknya, sesiapa pun tentunya memerlukan penyokong dalam debat seperti itu kerana ia mampu memberi lebih keyakinan, menaikkan semangat dan menambah kekuatan minda.

Tetapi, lain benar dengan Nazri, beliau sebaliknya tidak memerlukan penyokong dan mahu berdepan hanya seorang diri dengan Tun Mahathir yang dianggap seorang negarawan hebat dan insan terpilih dari segi pemikiran dan kebijaksanaan.

Apakah Nazri seorang yang sombong, angkuh dan bongkak atau beliau seorang diri memang benar-benar mampu berhadapan dengan Tun Mahathir yang pastinya disertai ribuan penyokongnya dari seluruh negara?

Ataukah mungkin Nazri ada muslihat lain di sebalik tindakannya itu?

Berdebat dengan Tun Mahathir, barangkali terlalu sedikit yang percaya Nazri mampu tampil cemerlang. Bukan saja kerana Tun Mahathir dilihat bukan tandingannya, tetapi juga kerana isu-isu yang menjadi topik perdebatan itu terlalu banyak kesalahan dan kecurangannya untuk dipertahankan.

Apakah dalam hal ini Nazri hanya mahu bersendirian dalam debat itu kerana tidak mahu penyokong UMNO dan BN menyaksikan beliau dikalahkan dan dibelasah oleh  hujah-hujah Tun Mahathir?

Kalah di depan mata penyokong sendiri mungkin agak mengaibkan bagi Nazri berbanding disorak oleh penyokong pembangkang yang memang semujadinya diketahui tidak menyokong beliau.

Maka, dengan ketiadaan penyokong sendiri, barangkali Nazri dapat meminimakan aib dan merah di mukanya jika hujahnya dapat dipatahkan atau ketika hujah-hujah Tun Mahathir membuatkannya terkedu kerana tidak mampu membalasnya.

Yang kedua, adakah Nazri enggan penyokong UMNO dan BN hadir dalam debat tersebut kerana tidak mahu  mereka termakan dengan hujah-hujah Tun Mahathir yang akhirnya akan menyebabkan bertambahnya lagi undi kepada pihak pembangkang.

Nazri ada menyebut bahawa kehadirannya dalam debat ialah untuk beliau bercakap kepada penyokong pembangkang, tetapi beliau nampaknya lupa bahawa Tun Mahathir juga ada tugas iaitu untuk bercakap dan meyakinkan penyokong UMNO dan BN mengenai pelbagai isu dan kedurjanaan dalam negara yang diakibatkan oleh kleptokrasinya gaya kepimpinan Najib.

Jadi, adakah Nazri cuba menghalang sesiapa daripada termakan atau terpengaruh dengan hujah-hujah bernas Tun Mahathir nanti? (ShahbudinHusin 20/03/2017).

97 comments:

  1. Replies
    1. Maknanya 99.9% sebaliknya. Jadi dari 49% pengundi sendiri 48.9% pun tak yakin jadi. Jadi come on 0.0001% yg kat dlm blog ni. Bagi hujah yg meyakinkan bahawa anda yakin debat ni jadi. Move move move. You bos is coming, look busy. (Betul tak). Kite bukan budak sekolah tinggi. Omputih berterabur.

      Delete
    2. Apalah punya sial nasib si botak ni.

      Delete
    3. Tan sri tajol rosli pun tak dapat mai. Dia sakit pinggang.
      Pak Abu Hassan ada gout.
      Man pen high blood
      Presiden dan ahli2 Mubarak pun tak boleh nak pi sebab tak dapat dedak.
      Tak pa lah nazri botak JASA ada.
      Phooooooaaaattttt zakar shit akan gagah pi sokong hang.

      Delete
    4. Dia mcm bulan puase la. Gastrik pun sampai. Bile raye hilang sakit.

      Delete
    5. # Hj hadi wajib nasihat najib suruh losemah tutup aurat.
      # tutup aurat tu wajib bg Islam Rasullullah.

      Delete
    6. Keruak si karabau dah kena gastrik

      Delete
    7. Dah jelas mesti dibatalkan last minit punyelah.

      Delete
    8. Kikikiki.. Bijan tuduh rakyat sabotaj ekonomi?? Huh!! Yg dia pinjam duit ah long yahudi tanpa tujuan produktif tu la sabotaj ekonomi krn kesan nya ringgit jd jatuh dan sebab kan huru hara dalam negara bila harga barang naik.. Ahaksss ptui.. Bodo piang!!!

      Delete
    9. Si nazri ni tak takut sebab bukan dia yang songlap duit 1mdb, dia bengang pak zam panggil dia pondan padang renggas ahahaha... Ego jantan dia tercalar wakaka.
      Ni dia nak tunjukkan kat org ramai dia ada telo dan telo dia keras macam buah jambu bukan macam najib telo lembik ... setengah masak je ahahaha.

      Delete
  2. Silap 2 debat tah kemana. Tau2 dia umum masuk PPBM. Mane tau. Dlm politik takde yg kekal. Selalu ada kejutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia msk PPBM suruh jaga jamban mahyudin je..

      Delete
    2. Silap hari bulan dia boleh bunuh diri tu!!!

      Delete
    3. Uih, jahatnya la kawan2 aku ni. Kesian kat dia. Dah la kena tinggal. Tapi bila ingat mulut dia, ok la kot. Doa je.

      Delete
    4. Ye tak ye jugak. Silap2 sebelum debat mula...Nazri isytihar letak jawatan kabinet dan keluar parti...kah kah kah.

      Sebab itu le dia tk nak org amno/bn datang tengok dia keluar parti. Jangan main2 dgn Nazri, beliau ada magic dalam berpolitik...kihkihkih

      Delete
  3. Selain takut ahli umno Padang Rengas terpengaruh dgn hujah Tun Mahathir ia juga bertujuan meminimakan bilangan kehadiran bagi menggambarkan debat tidak mendapat sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau org dia mungkin la tak nak dtg. Pasal konfiden tu rendah. Tapi bagi org tun ramai yg tak sabar. Bukan over konfiden, cuma excited. (Betul ke eje).

      Delete
    2. Bekas menteri Israel 20 tahun yang lalu,sewaktu sesi soal jawab bersama Tun M tergagap-gagap nak jawab soalan Tun M,,inikan pula si budak taik si botak,,cuma-cuma Tun masuk di kocek nya.........!!

      Delete
  4. Nazri bengang 3 juta ahli umno dan saf kepimpinan semua bisu...macai2 media arus perdana dan blogger2 semua senyap...macam tak debat....sedangkan tun madey bukan saje di sokong oleh Bersatu malah mendapat galakan dari rakan2 dlm PH...beza antara PH dan umno dan bn....tanda2 umno dan bn nak tumbang...masing2 tak peduli lagi antara satu sama lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk tv3 ade promosi tak. Kalau takde memang tak direstui la tu. Ini kira dah menderhaka.

      Delete
    2. # tangkap AG afundi
      # tangkap barua JASA
      # tangkap barua singapork
      # tangkap barua komunis
      # tangkap barua losemah

      PM najib menipu di parlimen kata ringgit jatuh dgn matawang serantau, tp baht, rupiah dan sing dollar semua naik, hanya ringgit je jatuh. Krn najib pinjam ah long yahudi, nk kena bayar dlm USD. Ringgit akan jatuh lg

      # tangkap bijan sumbat kt penjara sungai buloh pasca Pru 14

      Ini kalilah.. Kasi ramas tetek Ciput akak langsuir dan kasi " semen" akak langsuir.. Kikikiki

      Delete
  5. Kalau yg hadir tu semuanya pembangkang tak guna juga. UMNO juga kena P, barulah mereka tahu samada MP mereka tu pondan ke idak.

    ReplyDelete
  6. Tiada masalah pun Dato Nazri tidak memerlukan penyokong. Bukankah pendebat yang tiada penyokong itu lebih hebat dan berani. Dato Nazri memiliki keberanian yang luar biasa untuk berdebat dengan Tun Madey. Tun Madey seharusnya turut tidak menjemput pembangkang lain untuk melihat perdebatan. Come on Tun M. Tunjukkan keberanianmu.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    #Saya memohon maaf atas typo saya hari tu sehingga mengundang kutukan dan cacian para pengkomen sekalian. Saya sepatutnya tulis Kuala Ketil di Kedah. Tetapi pada masa itu saya tertulis Kuala Ketil, Sabah. Saya ketika itu sedang marahkan Syafie Afdal yang berasal dari Sabah sebab menentang Dato Najib dan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg mau akui kesilapan sendiri adalah yg berjiwa besar, semoga dewata mulia raya memberikan hidayah supaya dapat lihat pasangan klepet tu dlm wujudnya dialam maya ini.

      Delete
    2. Kalau acara debat secara langsung kat rtm, tv3 atau astro awani tak perlulah penyokong. Nazri ada berani???

      Delete
    3. Ooo ye ke. Ok ok. Tak pe, tu bukan cacian. Tapi bergurau. Tapi kutuk tu ada. Biase la. Tak tahan kutuk. Jgn berumah tepi pantai.

      Delete
    4. .
      .

      Terlalu lama untuk menyedari dan mengakui kesilapan yang kecil.

      Dan sudah tentu lebih lama lagi untuk tuan menyedari kesilapan besar kerana memihak kepada penguasa yang bernama Najib.

      Kesilapan Kuala Ketil Sabah tidak lah sebesar mana pun jika di bandingkan dengan kerugian 1MDB, hutang kerana gagal merancang kewangan yang bagus dan mengamalkan cash is king.

      Saya memuji sikap tuan kerana mengakui kesilapan yang begitu kecil yang saya tidak ambik pot langsung.

      Tetapi tuan sedar kah bagaimana sikap pemimpin melayu kita terutama UMNO yang bukan sekadar tidak kesal dengan kesilapan mereka malah mereka menjawab dengan cara yang lagi bodoh dan ketawa selamba ?

      Delete
    5. Kalo tak cakap nazri tak perlu penyokong nak cakap ape lagi?...kalo nazri kata ramai penyokong akan datang,macai akan kata nazri hebat ramai penyokong...

      Delete
    6. Nak takut apa nora danish ada

      Delete
    7. Alumni nukasel unibersiti. Kalu pakai ayat ikhlas memang awal2 lagi penentang kalah. Mcm seleberiti yg kuar astro tu, mula ayat " sejujurnya " memang x leh sanggah dah, konpom jujur. Pasal nazri x bawak penyokong yg kamu kata kira dia teror lah dan kamu mintak tun tunjuk keberanian dgn tidak membawak penyokong juga, aku nak bgtahu. Suruh nazri gi debat sorang2 bawah jambatan lg baik. Nak debat tp x nak orang dengar. Apa punya lulusan unibersiti punya pinggan.

      Delete
    8. Sebenarnya takde sape pun kisah, cuba saya cakap ipoh kat johor, takde sape pun yg pedulik. Pasal saya mengaku sebelum ni, spm cukup makan. Tapi yg buat salah tu terlalu berbangga dgn pendidikan dia, hingga setiap komen disertakan dgn kebanggaan dia, jadi benda tu jadi point la. Tu tak cerita yg jumpa org besar2 lagi. Tapi tak pe la. Org dah mengaku salah. Ok, stop lawak kuala ketil.

      Delete
    9. Budak kampong wan peah tu

      Delete
  7. Bkn apa tu....lps debat senang nk spin la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar spin tu tugas JASA foad zakar shit.. Kikikiki

      Delete
  8. Bodoh nak mampus budak kg gajahh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak langsuir kena sontot dgn gajah.. Mak oiii.. Mau rabak tu...Kikikiki.

      Delete
  9. 1. Nothing to hide
    2. Bukan gomen
    3. Bukan umno
    4. Permit belum dapat
    5. Tv1 tak akan siar
    6. Ahli umno tak perlu hadir
    7. Mahathir bukan Ketua Pembangkang

    As a psychologist....i hzve one thing to conclude.....last minute cancellation....

    Words abuzz in umno circle....no debate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Losemah don't give her consent.. So batal lor.. Kikikiki

      Delete
    2. Loosemah yg bini dia nama najib tu ka?

      Delete
    3. Wish JASA head and boys are around. Puad, Tan tin tun faisal should be around to support nazri

      Delete
    4. Dulu pernah dibenarkan debat antara shabery cheek dgn anuar ibrahim. Penyokong umno sumer nampak mulut shabery cheek berbuih2. Kali ni kalu jadi pun baru 5 minit start, ada lah alasan terpaksa diberhentikan, boleh teka punya.

      Delete
  10. .
    .

    Penyokong Nazri tidak ada pun tak apa. Dia orang boleh tenguk video atau secara live.

    Dan pihak Polis pun tidak boleh halang debat atas sebab keselamatan kerana yang hadir semua nya penyokong Mahathir.

    Nazri ni macam dah boring jadi orang UMNO atau hukum karma sedang berjalan ke atas dia.

    Wallahhuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      .

      Lagi pun ramai ahli UMNO tak cukup bijak untuk faham mengenai isu yang berat yang akan di debat. Lebih-lebih lagi mereka malas nak ambil tahu.

      Mereka hanya datang jika dedak di sediakan untuk mereka.

      Delete
  11. saya ulangi prediksi saya jika debat d adakan :-

    1)tun m akan ratah nazri hidup2

    2)angkara nazri, pasangan klepet kita akan d telanjangkan olih tun m tanpa belas kasihan.

    bayang kan lah rupa kedua dua mereka ini jika d hadap kan d hadapan khalayak ramai tanpa busana - HUDUH !!!

    nazri! nazri ! apa lah dah engkau buat kpd pasangan klepet ini ? - KESIAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Rahman , marilah kita ramai ramai beri sedikit kata kata semangat kat nazri ni .

      Jika mengatakan dia macam macam nanti , kecut perut pula dia .

      Nanti Najib jadi kecut teloq pula nak beri ' green light ' .

      Khuatir juga last last Ketua Penjilat Najib arah cancel debate atas factor keselamatan .

      Ingin saya nyatakan kepada pihak pihak Najib , jangan risau , kami adalah manusia yang bertamaddun .

      Delete
    2. Pak Diny,

      Sbb kita ni bertamadun lah yg dia risau. Hehe..

      Delete
  12. Actually, it is all very simple: it is neither bongkak nor muslihat, instead he is really very sad that his brothers and sisters in robbery are not with him in the so called debate (but which he and a few others in their media have called it nothing but a dialogue)!

    ReplyDelete
  13. Semua bijak pandai dalam negara wajib dijemput untuk menjadi saksi perdebatan itu nanti.Tujuan Nazri hanya untuk mengaibkan Tun semata-mata.Tengoklah nanti,semua buah-buah bodoh akan dilepaskan.

    ReplyDelete
  14. Nazri cuba lagak berani
    Biar debat handle sendiri
    Umno jangan ramai disini
    Aku tunjuk terror menteri

    Umno langsung tidak berbunyi
    Mungkin bengang dengan Nazri
    Atau ada yg tersembunyi
    Umno sendiri perkena Jibby

    Tun Mahathir sudah sedia
    Semua fakta dalam kepala
    22 tahun Tun ketua
    Hal negara faham segala

    Asal jangan kansel tetiba
    Bila Jibby pening kepala
    Rahsia terlondeh dia pun hiba
    Sungai Buloh membawa gila

    Semua hotel dah fully booked
    Hajat hati ingin menjenguk
    Kalau Protuns datang kelompok
    Bro John, Pomen,(dll)boleh ditengok!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak pegi. Teringin jugak nak bersua muka dgn member alam maya. Tapi apakan daya, kekangan masa dan poket yg menghalang. Nak tunggu sponsor memang takde. Kerana perjuangan kita tak dibayar. Dan kita tak perlu dibayar. Tapi insyaallah disatu hari, jika kita berjaya pada pru nanti. Jika diizinkan allah, bersua juga kita akhirnya. Harap dpt meraikan kemenangan bersama. Amin

      Delete
    2. Sdr fan tun, sdr pomen. Memang saya pun teringin nk pergi tp ada kekangan lain plak.

      Kalau jadilah, sesiapa yg hadir boleh kongsi cita.

      Delete
  15. Pengerusi 1MDB pun lari debat 1MDB tetiba KDN anto Polis halang Tun M berucap 'nothing to hide'. Kesudian Padang Rengas utk berdebat dengan Tun M adalah fenomena persoalan hangat untuk rakyat memberi komen dan maklumbalas terhadap keihklasan pihak berkuasa samada akan menghalang atau meneruskan perdebatan.
    Sehebat mana DSNA beliau tetap orang bawahan DSN. Kalau bos tak suka debat diteruskan takkanlah anak buah nak menokeh!!! Ini persoalan displin parti UMNO..... SU pun tengah tunggu time saje untuk mencelah.

    ReplyDelete
  16. FGV pulak nak kena jual....

    KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) is understood to be in talks with two companies — one linked to businessman Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary and the other China-based China National Cereals, Oils and Foodstuffs Corporation (Cofco) — to take a strategic stake in the ailing plantation company.

    Betul ke tidak??? Kita tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah bahana kerana nafsu serakah sorang betina, semua Kita tanggung..padan muka Kikikiki.. Pangkah lg dan lg... Klu x cukup nk bayar hutang kt along yahudi boleh jual anak dara pada warga China yg akan masuk beramai2 tak lama lg.

      Delete
    2. DULU FGV NI YG KEDUA TERBESAR SELEPAS FACEBOOK 20B

      SKRG NILAI ? 500JUTA ?

      MAK OIIII BANGLA INDON PUN BOLEH TAKEOVER... CIPUT

      Delete
  17. Bijan and beijing tidak dapat dipisah. Siapa lah bijan tampa beijing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shutt..kang kena c4 baru tau

      Delete
  18. Mana akak selagork simen tu..xdpat dedak ke..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sebut. Dia kat depan ATM. Tunggu duit. Selagi tak masuk, selagi tu tak kerja. Simen simen, kikiki. Kejap lagi

      Delete
  19. Nazri lupa taun 90 sapa bg dia jd senator. Konon kuat sangat aktif umno KL tapi nak bertanding tempat selamat. Lepas dpt senator meragam menangis nak jd ahli parlimen plak sampai tun m kena panggil masa tu yb hamzah zain minta di bagi laluan untuk bertanding di chenderoh kubu kuat umno. The rest is history..... Ni nak lawan balik oramg tua yg bagi nafas pada dia dalam umno. Memang muka x malu x mengenang budi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesis ni ada budi ke? Budi yg Kita nk bg lps Pru 14 ialah sosma, bg puak2 ni rehat kt penjara sg buloh untuk muhasabah dan muhasarawak diri.. Kikikiki..

      Delete
    2. Ya...semua spesis dari umno dan pas yg berkerja kuat selama ini kita bagi depa cuti rehat salepas pru14.
      Semua penyokong penting mereka pun turut sama termasuk pegawai tertinggi jabatan terpilih.
      Kita buka semula pusat peranginan terkenal Pulau Jerjak dan boleh lah mereka semua bercuti disitu....he..he...he...
      Itu budak unknown, budak u kelly, khalid samad boleh ikut ronbongan, semua free...ha...ha.....

      Delete
  20. Tun PM selama 22 tahun PM. Dia tahu selok belok musuh dan pesaing politik.

    Ramai orang dia yang sentiasa memberi pendapat apa lain yang nak di buat. Termasuk Dato Kadir Jasin, bekas NST Group boss. Apa news angle media akan pick up, apa yang tak.

    Walau pun Tun M tak PM lagi, dia ada setaf di Yayasan itu ini yang dia ketuai. Yang berperanan politik - depa jugak beri pendapat.

    Budak mulut celupar itu mesti main lepas cakap aje. Tapi Tun M 91 tahun tentu tahu mcm mana nak tindas dan tangkis.

    Tak khuatir. budak itu akan kena lempang kalau membidas secara bangang. Lempang cara lisan le. Lempang cara fisikal tak boleh - sebab dia gengster.

    ReplyDelete
  21. DAP ADALAH “KING MAKER” PAKATAN, BUKANNYA MAHATHIR
    Walaupun kedudukan PAS dalam Pakatan Harapan belum di tentukan lagi , namun jika ikut kepada tradisi PAS akhir nya berkemungkinan PAS akan ada hubungan “politik” atau pun hubungan Piliharaya bersama dengan Pakatan Harapan dan bertuan kan DAP juga.

    PAS ada kah sebuah parti Politik berlogo Islam tetapi pendirian nya ada lah pendirian politik dan bukan nya pendirian Islam. PAS juga tidak yakin dengan bantuan Allah , maka atas sebab itu PAS bertahaluf Siyasi dengan DAP untuk melawan musuh Islam nya UMNO. Ini perkara yang telah berlaku, dan mungkin akan berlaku lagi.

    Dalam Pakatan Harapan , parti DAP sangat dominan dan mengusai parti lain nya terutama nya parti PAN.

    Malah parti PKR juga dalam kawalan DAP, sehingga ahli PKR sanggup mengusul kan apa sahaja kemahuan DAP seperti ladang babi mega.

    Malah ada ahli PKR sendiri mendapat gaji dari Ketua Menteri Pulau Pinang , ini bermakna PKR pun akur dengan DAP.

    Hanya sekali sekala pemimpin PKR terpaksa menunjuk kan mereka juga ada kuasa dengan bertindak sesuatu hanya untuk mengabui mata rakyat bahawa mereka bukan dalam kawalan DAP.

    Malah individu PKR seperti Rafizi Ramli juga dibawah kawalam DAP kerana memenangi kerusi kawasan Cina yang di pengaruh oleh DAP. Rafizi menang bukan kerana kebagusan nya , tetapi atas kempen DAP menyuruh orang Cina menggundi PKR.

    Itu sebab nya Rafizi perlu sangat menunjuk kan kepada masyarakat bahawa dia menggangu apa sahaja yang berbau Melayu Islam.

    Ini untuk memuaskan hati “King Maker” nya DAP.

    Rafizi hanya sasar agensi dan badan Pro Melayu dan di kuasai Melayu seperti FELDA , Tabung Haji , Tabung Angkatan Tentera dan apa sahaja yang “Malay base”.

    Rafizi tidak akan ganggu apa apa yang “Chinese base” seperti perniagaan dosa atau pun “sin business” seperti pertumbuan ratusan kali ganda kedai mesin slot, rumah urut , atau kedai arak.

    Seperti seorang hamba yang tahu siapa tuan yang memberi undi, begitu lah lagak nya anjing belaan.

    Dalam Pakatan Harapan, walaupun Mahathir yang sering muncul memberi komen itu dan ini berkenaan Pakatan , namun sebenar nya bukan Mahathir yang “call the shot” .

    Ia hanya wayang, yang paling berkuasa ada lah DAP dan Kit Siang.

    Jika terlihat Kit Siang atau DAP setuju kepada Mahathir ia hanya lah sementara sahaja kerana mahu menggunakan Mahathir untuk mendapat undi orang Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul DAP sebagai KingMaker buat masa ini tapi reverse psychology TunM akan lebih berkesan dengan memain perasaan PAS yg mana pada saat akhir akan menyertai Pakatan dalam usahasama politik pru 14. UMNO paalda PAS hanya lah loncatan sebagai bargaining factor untuk melonjakkan PAS dari PAN yg di taja penuh DAP. percaturan PH PAS akan di tawarkan Trengganu dan Kelantan manakala DAP masih tetap dengan Penang kemungkinan kompromi Perak dengan PAS.

      Manakala Selangor pada PKR Negeri Johor dan Kedah pada BERSATU yang akan menempatkan MUHYIDDIN sebagai PM interim sehingga Anwar di ampunkan.

      Negeri lain tidqk menjadi faktor pada pakatan harapan kali ini dengan Sabah dan Serawak secata sendiri akan menjauhi UMNO atas kecil hati dari ulasan TPM Zahid berkenaan RUU355.

      TSUNAMI MAHATHIR menggantikan RAHMAN dengan Muhyiddin dan Anwar sebagai PM PH.

      Delete
  22. Ketika Mahathir tidak umum siapa Perdana Menteri dari Pakatan , tiba tiba Anthony Loke pula mengumumkan bahawa Wan Azizah ada lah calon pilihan DAP.

    DAP melihat “Nizar Jamaluddin” pada diri Wan Azizah. Seperti mana Nizar melepaskan tanah negeri Perak kepada kaum yang datang kemudian dengan geran 999 tahun.

    Ketika Anthony Loke mengumumkan nama Wan Azizah , tidak kering air liur nya, Mahathir melenting membuat kenyataan Perdana Menteri Pakatan Harapan belum di putuskan lagi.

    Pasti sekali Mahathir panik, kerana jawatan itu ada lah untuk anak nya Mukhirz, semua pun tahu kerana sehingga ini di tulis Mahathir tidak pernah menafikan malah tidak juga mengiyakan nya.

    Apa yang Mahathir tidak dapat melalui Barisan Nasional Mahathir cuba dapati dari Pakatan Harapan.

    Boleh cakap apa sahaja melainkan jawatan “reserve” untuk anak nya itu.

    Persoalan, apa kah yang di cadang oleh Anthony Loke itu tidak di ketahui oleh Lim Kit Siang?

    Ini lah permainan politik tinggi ” high political maneuver”. ia sama dengan yang di main kan oleh Tun Mahathir dengan isu 1MDB.

    Umpan kan sahaja isu 1MDB maka jenuh semua orang menumpu kepada nya , sambil terlupa ia hanya diversion sahaja kepada isu induk , ia itu mahu menjatuhkan Perdana Menteri atas sebab agenda peribadi , ia itu mahu kan zuriat ya mengambil alih bila tiba waktu.

    Kembali kita kepada isu topik, nyata sekali DAP sudah miliki semua nya untuk berkuasa , .hanya penggundi Melayu sahaja masih belum masuk ke dalam bakul nya secara borong dan lognggok.

    Batu penghalang nya ada lah sebuah parti Melayu Islam ia itu UMNO.

    Namun kali ini dengan berjaya nya DAP membeli jiwa Melayu untuk menjadi balaci dan barua nya kemungkinan itu sudah semakin hampir. walaupun ada masalah dalaman dalam DAP.

    Apabila tiba waktu, Mahathir atau tidak DAP tidak peduli , DAP tidak perlu dengar cakap Mahathir dari parti yang di jangka menang tidak lebih 2 kerusi.

    Jika kerusi DAP lebih banyak , kenapa dia perlu akur dengan kehendak Mahathir? parti lain dalam komponen akur kepada DAP dan bukan kepada Mahathir, mereka sudah ada dalam Pakatan jauh sebelum Mahathir mencium tangan Anwar dan Kit Siang.

    Tambah lagi , Mahathir sedang sibuk menjawap kehilangan wang rakyat FOREX. silap haribulan DAP lah yang akan memenjarakan nya supaya tidak menggangu DAP menguruskan negara seperti yang dilakukan terhadap Najib.

    ReplyDelete
  23. BILA DAH SAHUT CABARAN TERIMA LAA..
    TAK PAYAH MERENYEH KE HULU HILIR
    BAWAK LA PENYOKONG BERJUTA JUTA
    NAZRI KAN DAH CAKAP DUA TAK GENTAR. ..

    TUNGGU JER 25 ARI BULAN NI
    DEBAT NAZRI DAN MAMAK KUTTY
    TAK PAYAH NAK GEBANG2 LAGI
    PENYOKONG BANYAK X BAWA MATI....


    UBAH & SIMEN MAMAK KUTTY 25 ARI BULAN NI...

    TELO MAMAK DAH GOYANG...
    KALU GOYANG KENCANG NANTI
    KITA SIMEN TELO BIO X GOYANG YANGGG
    SABTU NI TELO MAMAK GOYANGNYA TERHENTI

    KIKIKIKIKIKI....

    ReplyDelete
  24. DAP AKAN TENTUKAN SIAPA YANG AKAN JADI PERDANA MENTERI
    Satu krisis besar bakal meletup dalam Pakatan Harapan. Dan krisis besar ini adalah mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memegang Putrajaya. Mengikut kelaziman, parti yang paling banyak kerusi di parlimen dapat menentukan siapa menjadi Perdana Menteri. Dalam kes ini ia adalah DAP, yang dengan yakin meramalkan ia akan menang lebih daripada 40 kerusi Parlimen berbanding PKR yang kurang daripada 30 dan kurang daripada sepuluh untuk PPBM dan PAN – memberi mereka sejumlah kira-kira 85 kerusi.

    Malah, jika DAP boleh mendapatkan 90% atau lebih undi Cina, yang mereka percaya mereka boleh, maka kerusi parlimen mereka boleh mencecah sehingga 50-55. Tetapi itu bermakna hampir setiap pengundi Cina di Malaysia perlu mengundi DAP. Dan melainkan jika DAP boleh mengekalkan kempen benci-Umno, benci-Islam, benci-Melayu dan benci-Najib, ini masih belum pasti berlaku.

    Pada masa ini, DAP mempunyai paling banyak kerusi di parlimen manakala Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen. Dan ini bukan secara kebetulan. Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang di Parlimen kerana DAP mahu beliau atau membolehkan beliau untuk jadi Ketua Pembangkang – walaupun partinya mempunyai kurang kerusi daripada DAP. Dan ia adalah kelaziman bahawa Ketua Pembangkang di Parlimen adalah bakal Perdana Menteri, sama juga di UK.

    Mesej di sini adalah mudah. Jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan akan datang, Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri. Dan mesej yang lain adalah, seperti yang Dennis Ting katakan, DAP akan menentukan siapa menjadi Perdana Menteri – ‘orang Melayu yang betul’, seperti yang Dennis Ting katakan.

    Ada yang mengatakan kita tidak boleh membaca terlalu mendalam tentang ini. Mereka berhujah bahawa sebab DAP ‘melantik’ Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang adalah kerana Ketua Pembangkang mestilah Melayu-Islam dan DAP tidak mempunyai calon yang sesuai.

    Itu tidak benar. Pada tahun 2004, DAP memenangi 12 kerusi berbanding hanya tujuh untuk PAS dan hanya satu untuk PKR. Jadi Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang (kerana DAP telah meninggalkan Barisan Alternatif dan bukan lagi ahli pakatan pembangkang). Pada tahun 2008, PKR menang 31 kerusi berbanding DAP 28 dan PAS 23 dan Wan Azizah mengambil alih sebagai Ketua Pembangkang. Pada tahun 2013, DAP mengambil kembali majoriti apabila memenangi 38 kerusi tetapi mereka membenarkan PKR untuk mengekalkan jawatan Ketua Pembangkang. Dan mesej di sini adalah calon PKR adalah bakal Perdana Menteri.

    Jauh dalam pemikiran Kit Siang, pemimpin PKR itu akan menjadi Perdana Menteri walaupun DAP menang paling banyak kerusi. Dan jika Anwar Ibrahim tidak boleh memegang jawatan itu, maka Wan Azizah akan mengambil alih. Itu adalah perkara yang sama yang berlaku di Selangor. DAP mahu Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan kerana Anwar tidak boleh, DAP mencalonkan Wan Azizah sebaliknya (tetapi DYMM Sultan menolaknya).

    Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak seolah-olah beliau adalah Ketua Pembangkang, mahu memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Sebab itu beliau mengumumkan di UK bahawa Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum (tetapi melakukan pusingan U apabila beliau sedar beliau telah membuat kesilapan). Beliau kemudian berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan kerana beliau tahu bahawa sesiapa yang menjadi Perdana Menteri bukannya untuk diputuskan oleh beliau tetapi oleh DAP.

    ReplyDelete
  25. Politik adalah permainan nombor dan DAP mempunyai bilangan yang banyak. Perdana Menteri adalah mana-mana parti yang sebahagian besar kerusi berkata ia akan menjadinya. Dan pada masa ini orang yang Kit Siang – yang partinya mempunyai bilangan yang banyak – fikiran sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang adalah Wan Azizah. Dan dengan hanya satu kerusi, Mahathir tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri (kecuali Pribumi beliau boleh memenangi lebih daripada 50 kerusi pada pilihan raya umum akan datang dan menjadi parti yang paling banyak kerusi).

    Wan Azizah adalah calon yang lemah dan ramai yang mengatakan beliau tidak sesuai sebagai Perdana Menteri. Beliau tidak dapat mengadakan sidang akhbar tanpa seseorang memegang tangannya. Tetapi itulah yang penting. Kit Siang mahu calon yang lemah. Jika calon yang kuat maka DAP tidak akan dapat mengawalnya. Jadi, jika DAP boleh menang 40-45 kerusi atau lebih, dan PKR sekitar 20-25 kerusi – dan kurang daripada 10 kerusi untuk PAN dan Pribumi – DAP akan menentukan siapa menjadi Perdana Menteri.

    Pada tahun 1965, apabila Singapura keluar daripada Malaysia, rakyat Malaysia dan Singapura telah diminta untuk memilih sama ada mereka ingin menjadi rakyat Malaysia atau rakyat Singapura. Kit Siang, yang telah berhijrah ke Singapura pada tahun 1960, memilih kewarganegaraan Singapura. Pada tahun 1966, Lee Kuan Yew menghantar Kit Siang kembali ke Malaysia untuk menguruskan DAP, parti yang ditubuhkan hanya dua bulan selepas Singapura keluar daripada Malaysia.

    Wan Azizah dilahirkan di Singapura dan juga berpindah ke Malaysia bersama bapanya. Jadi kaitan Singapura antara Kit Siang dan Wan Azizah adalah sangat kuat dan ia sesuai dengan rancangan Kit Siang untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri dengan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ia akan menjadi satu langkah rampasan kuasa jika kedua-dua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah ‘rakyat Singapura’.

    .

    ReplyDelete
  26. Walaupun Mahathir mahu Kit Siang untuk menyokong Mukhriz sebagai Perdana Menteri – yang bukan lagi Ahli Parlimen – realitinya adalah dengan hanya satu kerusi Mahathir tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa-apa. Pribumi mesti memenangi bilangan kedua terbesar kerusi di Parlimen. Dan jika PKR boleh menang 25-30 kerusi, ini bermakna Pribumi perlu menyasarkan untuk sekurang-kurangnya 30-35 kerusi. Walau bagaimanapun, Pribumi akan menjadi susah untuk memenangi walaupun lima kerusi pada pilihan raya umum akan datang. Dan persoalannya adalah bolehkah Mukhriz dengan sendirinya memenangi kerusi melainkan mereka memindahkan beliau ke kerusi yang selamat di mana mereka boleh bergantung kepada penyokong Cina DAP untuk undi?

    Jika anda membandingkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kepada Wan Azizah, beliau setakat ini merupakan calon yang lebih kukuh. Tetapi jika DAP menyokong Azmin untuk Perdana Menteri, ini akan menjadikan beliau lebih kuat dan ini akan membolehkan beliau untuk menghapuskan Wan Azizah. DAP, bagaimanapun, tidak mempercayai Azmin. Azmin masih berbaik-baik dengan PAS dan adalah proksi Mahathir dalam PKR. Jadi Azmin telah menunjukkan bahawa beliau boleh menyebelahi semua pihak pada masa yang sama. Dan Azmin akan menjual DAP jika ia sesuai dengan agenda peribadinya untuk bekerja dengan pihak lain, termasuklah Umno dan PAS, dua parti yang DAP sangat benci.

    Jadi, DAP akan memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan mereka telah memutuskan ia adalah Wan Azizah dengan membenarkan beliau untuk terus menjadi Ketua Pembangkang. Dalam erti kata lain, jikalau ramai yang tidak perasan, DAP mengatakan bahawa Wan Azizah adalah bakal Perdana Menteri dan DAP dan tiada orang lain yang boleh membuat keputusan itu. Dan jika anda mengatakan Wan Azizah adalah lembap, maka Mukhriz adalah lebih lembap.

    Sudah tentu, jika Pribumi memenangi 35 kerusi pada pilihan raya umum akan datang (dengan Mukhriz memenangi salah satu kerusi tersebut) terhadap PKR 30 dan DAP 40, maka Mahathir boleh menuntut supaya anaknya dijadikan Perdana Menteri. Sehingga itu berlaku, Mahathir perlu bertindak seperti seorang pengikut dan bukannya pemimpin. Dengan satu kerusi buat masa ini yang Pribumi ada, mereka tidak berada dalam kedudukan untuk membuat tuntutan. Pertama sekali, 10,000 anggota Pribumi adalah jauh dari 3.5 juta ahli Umno. Itu sendiri menunjukkan bahawa Mahathir dan Pribumi beliau tidak mendapat sokongan.

    Pada DAP isu ini adalah sangat mudah. Jika DAP menyokong Wan Azizah, Azmin sudah gagal. Jika DAP menyokong Azmin, Wan Azizah sudah gagal. Jadi DAP juga dapat memutuskan masa depan PKR. Dan masa depan DAP terletak pada masa depan PKR. Jadi, demi masa depan DAP, mereka perlu menentukan siapa yang bertanggungjawab dalam PKR. Dengan Wan Azizah yang bertanggungjawab, mereka mendapat Anwar di pihak mereka. Dengan Azmin yang bertanggungjawab, Mahathir akan membuat keputusan. Anwar berada di penjara dan bukkanlah satu ancaman. Mahathir terdesak dan tergesa-gesa jadi beliau akan menjadi sangat tamak.

    Seseorang itu tidak perlu menjadi bijak untuk mengetahui bahawa DAP adalah lebih selamat dengan Wan Azizah daripada dengan Azmin. Dan dengan PKR mempunyai bilangan kerusi kedua terbesar dan Pribumi bergelut hanya untuk terus bertahan, DAP tidak perlu melayan Mahathir atau Pribumi terlalu banyak. Dalam pada itu, bagaimanapun, DAP perlu melayan Mahathir dan Pribumi dalam peluang yang amat tipis bahawa mereka boleh mengambil sokongan daripada Umno. Ia adalah lebih baik untuk DAP ‘keeps its friends close and its enemies even closer’.

    ReplyDelete
  27. KENAPA PEMBANGKANG DI MALAYSIA TIDAK PERNAH MENANG?
    SEBUT saja pasal pembangkang di negara kita, hampir semua apa yang mereka katakan adalah tidak betul – tolak di Penang dan Selangor.

    Maksudnya bukan title pembangkang itu membuatkan mereka berlaku begitu tetapi kerana parti mereka dan nawaitunya.

    DAP yang menguasai pembangkang memang berniat jahat bukan untuk ambil alih kerajaan demi rakyat.

    Mereka mahu menghapuskan alunan demokrasi, mereka benci kesuburan Islam, mereka taknak bangsa Melayu dilayan lebih dan mereka mahu ‘Negara Islam’ dibubarkan.

    Cumanya mereka tak boleh beri alasan semua itu kerana majoriti pengundi di Malaysia adalah yang memerlukan semua faktor itu.

    Jadi mereka hanya boleh berterus terang begitu apabila bukan beragama Islam dan berbangsa Melayu sudah jadi majoriti di negara ini? Begitukah?

    Bukan rasis. Tapi tujuan DAP jelas iaitu mahu negara sekular. Mahu Malaysian Malaysia dan tidak mahu ada keistimewaan kepada mana-mana bangsa.

    Mungkin niat inilah yang menyebabkan Tuhan tidak beri mereka keizinan untuk menjadi Kerajaan Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa beza duduk bawah pemerintah kafir dengan pemerintah islam yang zalim lagi munafik?
      Apa yang rakyat dapat? Bila rakyat sudah mulai benci kepada pemerintah,,kebencian itu akan bertambah ramai setiap hari sehingga pemerintah itu sampai titik akhir.
      Tiada masa infiniti untuk satu kerajaan. Bila amanah rakyat dikhianati, tunggulah balasan dari rakyat.
      Tunggu dan lihat.

      Delete
  28. PAS MAHU RAMPAS KERAJAAN SELANGOR SELEPAS PRU14
    Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta pemimpin Pakatan Harapan tidak meroyan dengan sasaran PAS untuk menguasai Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

    Kata beliau, jika Pakatan Harapan berhasrat menawan Kelantan maka tidak salah PAS menetapkan sasaran merampas kerajaan Selangor yang kini ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    “Belah sana (Pakatan Harapan) sering cakap nak kalahkan PAS di Kelantan. Akan bertanding di semua kawasan PAS tanding.

    “Dah beriya sangat belah sana nak tawan Kelantan, apa pulak salahnya belah sini (PAS) nak ambil Selangor? Belah kita tak apa. Belah orang tak boleh. Kartun lah,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

    Nik Mohamad Abduh dalam pada itu membidas Pakatan Harapan kerana seolah-olah mahu memaksa PAS bekerjasama dengan mereka.

    Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) diketuai parti sekular DAP.

    Pakatan Harapan hari ini mengumumkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan turut menyertai gabungan pembangkang itu.

    Mahathir menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan UMNO dan Kerajaan Persekutuan kerana enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam perniagaan dan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm pas pun org tak sokong dia, jadi ape alasan org nak dengar cakap dia. Ooo, dengar la sendiri dan jadikan panduan hidup. Tahniah la ye. Cerah masa depan.

      Delete
    2. Itu budak nik abuduh tanding jawatan pun kalah minggu lepas. Mau cakap besar. Cakap dia dah tak laku dlm pas.

      Delete
  29. SAYA ULANG, KIT SIANG ADALAH SEORANG ANTI ISLAM’ – ANNUAR
    PRESS CONFERENCE (PC) TSAM
    DI BAGAN SERAI
    AHAD 19/3/2017

    Baru ni 15 haribulan dalam waktu sidang Parlimen, sewaktu saya berucap. Ada suara-suara daripada pembangkang, daripada DAP dan juga Lim Kit Siang. Ada yang menggunakan bahasa saya ni ayam, saya ni pondan, saya ni takut. Saya nak jelaskan sebab dalam Parlimen, kita ahli Parlimen ada immuniti. Oleh kerana kita ada immuniti, kalau saya melayan pada waktu itu, barangkali saya tidak dapat menggunakan masa saya itu untuk perkara-perkara yang lebih penting bersesuaian dengan status Parlimen sebagai tempat untuk kita berhujah.

    Tapi sama sekali, bukan bermakna saya takut atau pun ayam, atau pun pondan yang digunakan oleh Ahli Parlimen Segambut. Malah saya berani menyatakannya di luar benda yang sama. Sebab kalau saya kata di luar, kalau benda itu bersifat salah, saya boleh didakwa oleh pihak berkenaan. Kalau saya kata dalam Parlimen, mereka tidak ada peluang untuk dakwa. Jadi saya hendak katakan sekali lagi di luar Parlimen, di Bagan Serai. Bahawasanya, berdasarkan kepada beberapa fakta termasuk daripada ucapan Dr. Mahathir, bahawasanya Lim Kit Siang seorang rasis dan saya ulang. Berdasarkan kepada beberapa fakta termasuk ucapan Dr. Mahathir, Lim Kit Siang adalah rasis.

    Yang kedua saya hendak ulang sekali lagi, bahawasanya beberapa tindakan-tindakan Lim Kit Siang temasuk juga Lim Guan Eng. Saya tengok juga ucapannya di Parlimen bahawasanya dia akan menentang pelaksanaan undang-undang Islam dalam negara ini. Dan mereka juga menentang RUU 355. Pada saya, menentang sesuatu yang dilaksanakan ke atas orang Islam, yang bertepatan dengan hukum Islam teruatama hal ehwal Mahkamah Syariah. Pada saya adalah juga bersifat anti- Islam. Dan saya ulang, Lim Kit Siang seorang yang anti- Islam. Dalam tindakan-tindakannya, dan ini bercanggah dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan. Yang mana Islam itu adalah agama rasmi bagi negara. Dan Perlembagaan telah membenarkan sistem Mahkamah Syariah. Dan sistem Mahkamah Syariah itu telah ada cuma RUU 355 adalah tindakan-tindakan hendak mengemaskinikan sahaja.

    Maka, bagi seorang bukan Islam menentang begitu rupa, pada saya ia menunjukkan sikap menentang undang-undang Islam dan menentang ataupun bersikap anti- Islam. Jadi saya ulang sekali lagi Lim Kit Siang anti-Islam. Lim Kit Siang yang disebut oleh Dr Mahathir sebagai seorang rasis. Dan saya bersetuju, dan sekarang saya ulang di luar. Kalau Lim Kit Siang berasakan apa yang saya kata ini tidak benar, dia boleh mendakwa saya, dan saya bersedia didakwa oleh Lim Kit Siang, bila saya mengatakan Tun Mahathir mengatakan dia rasis atas sebab-sebab yang saya nampak ada kebenarannya dan saya menyatakan tindakan dia dalam beberapa hal, termasuk ucapan beliau dan anak beliau, beliau bersifat anti Islam.

    Yang ketiga, saya hendak mengulanginya sekali lagi. Beliau adalah seorang diktator politik, yang paling lama. Lebih daripada 50 tahun, UMNO dan Barisan Nasional sudah bertukar lima Perdana Menteri, tetapi beliau masih lagi merupakan satu-satunya orang yang menjadi de facto leader dan menguruskan DAP oleh satu dinasti iaitu Dinasti Lim. Dan beliau adalah seorang diktator, pecahkan rekod Robert Mugabe, memecahkan rekod Saddam Hussein, memecahkan rekod Kim Il-sung di Korea. Dan saya ulang sekali lagi, Lim Kit Siang adalah seorang diktator politik.

    So tiga dakwaan, silakan kalau dia nak dakwa saya. Kalau cakap dalam Parlimen, dia tidak boleh dakwa saya. So sekarang saya cakap di Bagan Serai.

    ReplyDelete
  30. MAHATHIR HARUS BELAJAR CARA SETIA TUN GHAFAR BABA – IDRIS HARON
    Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mencontohi Allahyarham Tun Ghafar Baba yang tetap setia kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) hingga akhir hayat.

    Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata kesetiaan kepada perjuangan bangsa yang sering dilaungkan Dr Mahathir sebelum ini hanya separuh jalan, tidak sama dengan perjuangan Ghafar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

    “Allahyarham Tun Ghafar yang mencipta bendera BN dan diguna pakai sehingga kini, adalah pejuang parti tulen, sekali gus menunjukkan kepada kita bahawa beliau adalah pejuang sebenar kepada agama, bangsa dan negara.

    “Amat sesuai gelaran Setia Sepanjang Hayat diberikan kepada beliau (Tun Ghafar), tidak seperti Tun (Dr) Mahathir yang hanya setia ketika ada jawatan,” katanya pada majlis Jamuan BN Parlimen Jasin di Dewan Lipat Kajang di sini, awal pagi ini.

    Yang turut hadir, Pengerusi BN Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalannya, Datuk Ghazale Muhamad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Biar Bingai asal setia.., apa pun jgn kira".
      INI MANTRA GILA.
      Tolong periksa segera., mungkin radiasi tonton tv3 suku telah alihkan kedudukan otak dilutut anda.

      Delete
    2. Saya pasti jikalau Tun Ghafar Baba masih hidup lagi , beliau pun akan geleng kepala melihat Najib serta macai macai nya menyonglap dan menggadai harta Negara .

      Delete
  31. SELAMAT MENIKMATI 7 HARI TERAKHIR WAHAI GUAN ENG
    PEJAM CELIK akhirnya tanpa disedari Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah berada dalam dunia kesuraman apabila dia hanya tinggal kira-kira 7 hari lagi untuk ‘hidup bebas’.



    Difahamkan bermula 27 Mac ini Guan Eng akan dibicarakan atas tuduhan dua kes salah laku dan rasuah yang melibatkan dirinya.



    Bagi pertuduhan pertama Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.



    Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.



    Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.



    Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.



    Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Lim).



    Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.



    Bagi pertuduhan kedua itu Lim didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



    Maka jika Guan Eng disabitkan bersalah, tidak mustahil minggu ini adalah minggu terakhir buat pemimpin diktator DAP itu untuk berkuasa dan bergelar ahli politik sebelum menerima hukumannya yang setimpal.



    Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pembangkang yang saban hari melaungkan anti rasuah dan benci rasuah. Hari ini terbuktilah bahawa yang merasuah itu adalah dipercayai pemimpin utama mereka sendiri. Syabas dan tahniah!

    ReplyDelete
  32. Syed Ali dedah muslihat DAP pecahkan undi Melayu
    ORANG Melayu perlu berhati-hati dengan dakyah politik perkauman yang disemarakkan oleh parti pembangkang terutama DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

    Beliau berkata, usaha memecahbelahkan undi di kalangan pengundi Melayu merupakan sasaran utama DAP bagi mencapai hasrat mereka menawan Putrajaya.

    "Muslihat DAP amat licik, mereka cuba pecahkan undi Melayu dengan menjadikan parti serpihan sebagai keldai politik mereka menjelang PRU ke-14," tegasnya.

    Parti pembangkang terutama DAP katanya, amat menyedari selagi orang Melayu kekal bersatu dan tidak berpecah adalah amat sukar bagi mereka menguasai kemenangan pada PRU akan datang.

    Oleh sebab itu katanya, DAP yang mendominasi parti-parti pembangkang dalam gabungan Pakatan Harapan mensasarkan beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu untuk memecahkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

    "DAP secara jelas memperalatkan parti serpihan seperti AMANAH, BERSATU dan PKR untuk memecahkan majoriti undi Melayu manakala parti rasis tersebut mengekalkan sokongan di kawasan majorirti pengundi Cina," katanya.

    Beliau mendakwa, DAP tidak akan meletakkan calon mereka bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu kerana menyedari parti itu akan ditolak rakyat.

    "Dengan memperalatkan parti serpihan yang diwakili minoriti orang Melayu, DAP berharap blok pembangkang akan memperolehi kemenangan," katanya.

    Sehubungan itu tegas Syed Ali, rakyat terutama pengundi Melayu perlu berfikiran matang untuk tidak terperangkap dengan muslihat politik yang dicanangkan DAP kononnya PRU akan datang merupakan peluang pembangkang untuk menguasai negara ini.

    "Jika pembangkag menangpun, DAP yang akan mempunyai kuasa mutlak manakala parti serpihan itu sekadar 'pak turut' dan tidak mampu berbuat sebarang keputusan..

    "Oleh sebab itulah, DAP memukul gendang kononnya UMNO dan BN akan bungkus kali ini (PRU ke-14), itu adalah prvokasi dan propaganda murahan mereka," tegasnya.

    Bagaimanapun beliau yakin, rakyat tidak mudah termakan dengan hasutan propaganda dan dakyah pihak pembangkang.

    Dalam hal ini, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa UMNO sengaja bermain dengan sentimen perkauman dengan memburuk-burukkan DAP untuk mengekalkan kemenangan.

    Sebaliknya beliau menjelaskan, DAP sejak awal penubuhannya telah membuat deklarasi bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan kaum Cina di negara ini dan menolak kehadiran partri yang mewakili sebahagian besar orang Melayu.

    "UMNO tidak membuat dakwaan melulu tetapi realitinya DAP hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja dan juga tidak pernah menyenangi apa juga usaha untuk menjaga kepentingan orang Melayu," tegasnya.

    "Jika benar DAP teras politkknya adalah untuk rakyat berbilang kaum, saya cabar DAP meletakkan calonnya di kawasan majorirti pengundi Melayu pada PRU akan datang.

    Berlainan dengan UMNO dan BN ujar beliau, meletakkan calon tanpa mengira tempat atau pola pengundi kerana matlamatnya adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.

    Untuk itu katanya, UMNO yang mewakili kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini perlu berperanan lebih pro-aktif memastikan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO tidak berpecah kepada beberapa kelompok kecil.

    Katanya lagi, kewujudan parti-parti serpihan seperti PKR dan BERSATU sekadar untuk melunaskan dendam politik pihak berkepentingan yang kecewa.

    "Faktanya jelas, wujud parti-parti serpihan asalahnya daripada UMNO, keluar parti dan tubuh parti baru kerana ada impian peribadi, paling ketara ada dikalangan mereka bermimpi untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane lu punya blog Aaa.mesti takde org masuk. Tu pasal tulis panjang2 kat sini. Terpaksa la tumpang blog shahbudin ye. Tapi sayang takde org bace. 6% pun tak minat baca. Ape isi pun tak tau. Meleret2. Asik Dap, mukhriz, pm. Nasib la lu dap. Brg lu orgbeli. Lu jual hp, pc semua melayu beli. Tapi kutuk lu balik. Tapi lu untung la, dpt duit melayu.

      Delete
    2. Faktanya jelas, fakta lu mengarut. Fakta yg dtg dari otak lu sendiri, dari tv3 sikit, dan tak lupa gabungan utusan dan harakah yg nak bangkrup.

      Delete
    3. Kalau kau cakap macam ni pada tahun 1969 , ada lah kebenarannya .

      Pada hari ni , MUNGKIN ada kebenarannya . UMNO pun sentiasa kata dia jaga kepentingan orang Melayu . MCA sentiasa menjaga kepentingan orang Cina . MIC pula jaga orang India . Jadi mana bedzanya dari segi kepentingan ?

      Yang jelas lagi nyata ... kerajaan masa kini adalah kerajaan kleptokrasi . Sebat sana , sebat sini bagi bini , anak tiri serta belaci .

      Cabaran pada DAP letak calun di kawasan majority Melayu . Awak ni adalah pencatur politik paling bingai ! Itu hara-kiri namanya boil .
      Apa kau tak cabar Pahlawan Bugis letak calun UMNO kat kawasan majority Cina ? MCA letak calun kat kawasan Melayu , mungkin bolih menang sebab Melayu macam awak hanya Nampak dacing .

      Oh ya , terlupa nak Tanya .. 1969 awak dah ada ke belum ?

      Delete
  33. TAK GUNA TERPEKIK TERLOLONG
    TUNGGU AJER 25 ARI BULAN NI
    TELO MAMAK DAH GOYANG YANGG
    SIMEN JER TELO MAMAK NANTI
    GOYANG NYER PUN AKAN TERHENTI. ..


    kikikikikiki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape yg terpekik ni bro zack.

      Delete
    2. Bro Zack,

      Nxt time tulis Tong Sam Pah nmbr brp, saya malas nk kira sampah2 ni.

      Delete
  34. Dlm kartun sponge bob, ada satu watak, name dia squid werd tak silap. Dia cakap ape tau. Dia kate org bodoh ni kalau bercakap, dia akan bercakap dgn kuat (Tulis pakai hurup besar termasuk sekali). Kerana dia rasa kalau dia cakap kuat org akan ingat dia pandai. Tapi hakikatnya dia tetap nampak bodoh dan semula jadi bodoh. Bodoh tahap gaban yg tak boleh diajar dan sebabnya selalu sedut habuk simen.

    ReplyDelete