Monday 20 March 2017

PENYERTAAN BERSATU, LOGO BARU AKAN PERKUKUH LAGI PAKATAN HARAPAN


Tidak sampai seminggu selepas menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan, hari ini Bersatu secara rasmi diterima menganggotai gabungan pembangkang itu yang matlamat utamanya ialah untuk menyingkirkan Najib Razak dan menumbangkan UMNO serta BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Penyertaan Bersatu diterima sebulat suara oleh semua parti dalam Pakatan Harapan.

Bersama kemasukan Bersatu itu, Pakatan Harapan juga mengumumkan persetujuan untuk merangka satu manifesto bersama serta penciptaan logo baru, selain mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.
Kesediaan Pakatan Harapan menyetujui langkah itu memperlihatkan mereka bersetuju dan tidak ragu-ragu dengan pandangan Tun Mahathir Mahathir betapa perlunya pembangkang bersatu hati, mempunyai satu manifesto dan satu logo yang dipersetujui bersama, jika benar-benar ingin menumbangkan UMNO dan BN.

Selama ini, baik Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan, oleh kerana ia tidak didaftarkan, tiada logo rasmi yang digunapakai dan dipersetujui bersama.

Tun Mahathir juga turut mencadangkan pertukaran nama baru yang lebih mantap dan diterima ramai, tetapi sekiranya nama Pakatan Harapan dikekalkan pun, ia sebenarnya tidak ada masalah.

Yang paling penting ialah perlunya ada kesatuan dan kebersamaan dari segi gerak kerja, semangat dan keinginan menyelamatkan negara yang seterusnya harus disusuli dengan wajah keyakinan di mata rakyat iaitu satu manifesto dan satu logo.

Sebelum pilihanraya 2013 lalu,  sudah terdapat usaha untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat secara rasmi, tetapi ia seperti tidak mendapat kerjasama dengan pelbagai halangan cuba ditimbulkan untuk mendaftarkannya dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ia kemudian menyaksikan semua parti yang bertanding menggunakan logo masing-masing. Meskipun demikian, blok pembangkang, di sebalik hanya dapat meraih kemenangan 89 kerusi Parlimen, tetapi mendapat sokongan 52 peratus undi popular rakyat.

Kali ini, dengan penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan dan Tun Mahathir dilihat akan mengepalai gerakan pembangkang bersama Anwar Ibrahim yang memberi inspirasi dari dalam penjara, laluan ke arah matlamat menumbangkan Najib, UMNO dan BN atas hujah terlalu banyak kecurangan dan kedurjanaan berlaku dalam negara, hampir pasti lebih mudah diterima rakyat.
Mungkin tidak harus ditulis secara secara detail dan panjang lebar di sini, tetapi dengan langkah Pakatan Harapan mendaftarkan gabungan itu secara rasmi serta mempunyai satu manifesto dan satu logo, disertai dengan beberapa tips yang akan dikongsi oleh Tun Mahathir yang tidak pernah gagal dengan kemenangan dua pertiga sepanjang 22 tahun berkuasa, beberapa langkah ke arah kemenangan hanya menunggu masa saja untuk diumumkan.

Malah dikhabarkan, Tun Mahathir juga mempunyai beberapa pilihan sekiranya Pendaftar Pertubuhan agak keberatan meluluskan pendaftaran rasmi Pakatan Harapan, yang sekaligus membantutkan perancangan menggunakan satu logo ketika bertanding dalam pilihanraya.

Persetujuan menerima satu logo untuk calon-calon Pakatan Harapan tidak diragui akan memberi kesan yang ketara dari segi penerimaan pengundi secara keseluruhannya dan akan melindungi banyak perkara yang cuba diseleweng atau dimanipulasi oleh UMNO dan BN ketika kempen diadakan.

Mimpi indah bagi rakyat yang inginkan perubahan dan mimpi ngeri kepada golongan petualang, dengan ini semakin hari semakin dekat untuk menjadi kenyataan melalui Pakatan Harapan yang terus bertambah kuat dan kukuh. (ShahbudinHusin 20/03/2017).

96 comments:

  1. PAKATAN HARAPAN....harapan rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR,DAP,AMANAH Dan BERSATU bergabong dlm satu pakatan yg menjadi mimpi ngeri buat
      najib dan umno..

      Delete
    2. gagasan rakyat malaysia memajukan negara

      Delete
    3. Tak mimpi ngeri pun...

      Sebab pemabngknag ni suka mneipu rakyat

      Bergabung dh lama ...tapi masing2.

      Nak buat satu logo?? Eloklah

      Lepas tu pilih lah satu Ketua

      Nnati ketua ni akan jadi PM bila pakatan menang..

      hehehe....kalau sekarang ni Najib bubar parlimen, terkencing terberak pembangknag di buat nyer

      Delete
    4. Jgn. jadi pakatan hangat2 taik kucing udah.

      Delete
    5. Terkencing tanda setonok nikmati kekalahan Najib..

      Kalau Najib menang pun

      HUTANG 50B 1MDB SAPA NAK BAYAR..

      JUAL MEGARA KEPADA CHINA SAPA NAK TANGGUNG

      MELAYU JADI BALACHI KOMUNIS SAPA NAK MENANGIS?

      NAJIB DAN BRIJING BERPISAH TIADA

      MAAF ANON 5.30 KAMI TERKEMCING ATAS KUBUR NENEK KAMU SEBENTAR TADI!!!

      Delete
    6. # tangkap AG afundi
      # tangkap barua JASA
      # tangkap barua singapork
      # tangkap barua komunis
      # tangkap barua losemah

      Ini Kali lah
      Ubah PM najib
      Simen kan BN barang naik

      Kikikiki.. PM najib menipu dalam parlimen kununnya ringgit jatuh sama dgn matawang serantau.. Kikikiki.. Tp baht, rupiah dan sing dollar sumer naik berbanding ringgit... TIPU SELAMBA YE!!!

      Ini kalilah Kita pastikan semua balaci dan barua losemah sama Bini dia bijan Kita rehatkan di penjara sg buloh pasca Pru 14..ini kalilah!!!

      Fuattt zakat shit leh rehat!!!

      Cubit sikit tetek Ciput akak langsuir dgn encik azalina lesbi Kikikiki..

      Goyangggg yanggg..Kikikiki

      Delete
    7. Setuju dan sokong apa Malaysia Baru kata.

      Nak Tambah: Tak payah mintak maaf kat benda Allah tuh, kita ada hak menenyeh dia.

      Delete
    8. Konsep bersama yang dikemukan oleh PAS iaitu PAS akan bertanding disemua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU-13 lalu jika dipersetujui oleh PAKATAN HARAPAN memang UMNO dan BN mudah dijatuhkan dan pembangkang tidak menghadapi masalah besar. Tidak akan wujud dan berlaku kecamuk seperti sekarang dalam pembangkang.

      Tapi malangnya PAKATAN HARAPAN tidak ada "belas ehsan" kepada parti PAN sendiri. Mereka tidak sanggup untuk memberikan kerusi mereka kepada parti PAN, rakan PH mereka sendiri. Mereka hanya mahu PAS bersama PH untuk melindungi niat mereka yang tersirat iaitu mereka nak 'perkudakan' PAS apabila bersama dengan PH, PAS berkorban kerusi untuk PAN dan BERSATU. Itu yang menjadi objektif utama mereka.

      Mereka nak jadikan PAS tangga untuk dipijak.
      Bila PAS setuju PAS bodoh dan diperbodohkan.
      Bila PAS tak setuju dijaja pula PAS nak UG dengan UMNO.
      Ini POLITIK JAHAT PAKATAN HARAPAN.

      Subky berkata adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan PAS.

      Kata Subky lagi “parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian" jadi PAS tak ada pilihan.

      "PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya" tanpa ada halangan.

      Tambah Subky “Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat"

      Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian, maka pilihan PAS tidak ada melainkan bertanding bersendirian.

      Saya setuju.

      Mungkin pada masa sekarang PAS 'sakit' dan 'menderita' kerana PAS terpaksa berhadapan dengan UMNO dan juga dengan fitnah dan tohmahan JAHAT PAKATAN HARAPAN.

      Percayalah, PAS tetap utuh dan menjadi kuat. PAKATAN HARAPAN pasti akan hancur dan kepalsuan mereka dalam ikatan PH akan terbongkar. Masa itu kita akan kenal siapa sebenarnya TUN MAHATHIR dan kita akan tahu sifat 'munafik' yang ada dalam pimpinan parti PAN yang mengkhianati JANJI dan SUMPAH SETIA kepada JAMAAH ISLAM dan perjuangannya. Kita akan sedar dalam PKR juga ada 'najis-najis UMNO' yang sembunyi disebalik kata-kata manis reformasi. Sudah pasti kita juga dapat melihat dengan jelas sifat ANTI-ISLAM DAP.

      Delete
    9. Hubungan antara Ketua Menteri Pulau Pinang dengan media menjadi kurang mesra tidak kira di utara mahu di selatan Semenanjung.


      Selepas disaman di Pulau Pinang oleh seorang wartawan, pengamal media di Melaka pula bertindak mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai tanda protes ke atas kenyataan Setiausaha Agung DAP itu.

      Sinchew Daily melaporkan, wartawan yang membuat liputan dalam satu majlis makan malam anjuran DAP Melaka pada Jumaat telah mengenakan pakaian hitam sebagai usaha mempertahankan maruah dan profesional pengamal media.

      Tindakan protes itu diambil susulan tindakan Guan Eng yang melabelkan empat akhbar bahasa Cina sebagai “Media Barisan Nasional (BN)” , tanpa menamakan surat khabar atau agensi media berkenaan.

      Guan Eng mula menggunakan frasa “Media BN” untuk merujuk akhbar bahasa Cina tertentu kerana beliau tidak berpuas hati dengan laporan mengenai 182 ahli DAP Melaka yang mengikut jejak empat wakil rakyat untuk meninggalkan parti.

      Dalam majlis makan malam pada Jumaat, Guan Eng dalam ucapannya sekali lagi mengulangi “Media BN” sebanyak beberapa kali, walaupun tidak menamakan agensi media berkenaan secara spesifik.

      Guan Eng antaranya mendakwa “Media BN” cuba memburuk-buruknya walaupun beliau tidak melakukan kesilapan. Pemimpin DAP itu turut menyeru suraya jangan mempercayai laporan “Media BN”.

      Dalam majlis tersebut, Ketua DAP Melaka, Tek Kok Kiew menyatakan bahawa pemimpin pusat DAP tetap bersatu walaupun sebanyak 182 ahli di Melaka memilih meninggalkan parti.

      Kok Kiew mengambil peluang menyindir MCA kerana sering berlaku perpecahan dan pertelingkahan antara presiden dan timbalan presiden parti.

      Sebelum ini, Ong Beng Siang, pemberita Guang Ming Daily memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.

      Beng Siang, 40, berkata beliau bertindak demikian untuk “membersihkan nama dan maruahnya serta rakan-rakan wartawan”.

      Guang Eng pada 22 Januari lalu dilaporkan berkata di Facebook bahawa terdapat pemberita yang mahu mencemarkan reputasi kerajaan Pulau Pinang.

      Delete
    10. Kikikiki.. PAS tak masuk masybuk PH, dia nk go lone ranger sama dgn tunangnya umno.. Di persilakam.. Adios...lobai2.. Mangkak!!!!

      Delete
    11. 18 Mei 2016:

      “Bekerjasama dengan Tun Mahathir akan menghakis keyakinan awam terhadap pembangkang. Pada pendapat saya, beliau ialah orang terakhir yang kita patut mengadakan kerjasama…”
      Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, memberi amaran mengenai bahayanya bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.


      10 Feb 2017:
      “Saya mendapati sangat pelik apabila Zaid sebagai ahli DAP memilih untuk membuat pengumuman tersebut tanpa berbincang dengan pemimpin parti. Dia patutnya lebih tahu.”
      Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, membidas ahli DAP yang baru Datuk Zaid Ibrahim kerana menamakan Dr Mahathir sebagai ketua pembangkang.

      18 Feb 2017:

      “Rakyat perlu diyakinkan bahawa pakatan pembangkang bukan hanya untuk mencapai matlamat jangka pendek tetapi dilihat terus kekal dan mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik. Kita harus jelas dalam apa yang kita mahukan dan apa hala tuju yang akan diambil sebelum PRU-14 bermula. Tanpa itu, cadangan mewujudkan satu logo malah pakatan pembangkang itu sendiri akan kehilangan tarikan­nya kerana rakyat mera­gui kemampuan kita da­lam jangka masa panjang.”

      Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, membidas cadangan Dr Mahathir agar pembangkang bertanding menggunakan logo yang sama.

      Umum mengetahui, Ramkarpal dan Gobind adalah anak kepada bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.

      Susah dinafikan hubungan DAP dengan Dr Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedikit sebanyak melahirkan ketegangan di dalam DAP.

      Selain komen Ramkarpal dan Gobind yang bernada negatif terhadap Dr Mahathir, DAP juga berdepan dengan letupan yang dilakukan oleh bekas wakil DAP daripada Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind dan juga pemberontakan di DAP Melaka.




      Shamster, seorang pensyarah kriminologi dan undang-undang, mendakwa beliau disokong majoriti ahli ketika melancarkan kritikan terhadap DAP di konvesyen parti atas isu kerjasama dengan Dr Mahathir. Shamster mengisytiharkan keluar parti 2 minggu selepas itu atas alasan hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

      Susulan letupan Shamster, DAP bergoyah sekali lagi apabila 4 wakil rakyatnya di Melaka pula keluar parti.

      “Alasan mereka keluar parti adalah kerana tidak bersetuju DAP berkerjasama dengan PPBM dan Tun Dr Mahathir (Mohamad), namun itu hanya alasan mereka sahaja,” kata ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP Liew Chin Tong.

      Delete
    12. Kenyataan Liew itu sedikit sebanyak mengesahkan wujudnya pergolakan dalaman di dalam DAP akibat persahabatan dengan Dr Mahathir.

      DAP dulu dan kini

      Melihat komen daripada anak Karpal dan juga letupan Shamster dan DAP Melaka, rakyat sudah pasti tertanya-tanya – jika Karpal masih ada – apakah semua ini akan berlaku dan berpeluangkah Dr Mahathir untuk mendekati DAP?

      Perlu diingat, pada 2012, Karpal pernah mencabar Dr Mahathir untuk mengisytiharkan harta yang dikumpul keluarganya sebelum beliau bersara di 2003.

      “Mereka (anak Dr Mahathir) adalah jutawan dan ketika beliau menjadi PM, beliau memastikan mereka diletakkan di tempat yang betul, di konteks yang betul. Beliau sendiri ialah jutawan,” Karpal dilaporkan mencabar Dr Mahathir yang mendakwa budaya nepotism di dalam pembangkang semakin menjadi-jadi.

      Dengan ketegasan Karpal yang dikenali umum, rakyat tertanya-tanya apakah Dr Mahathir akan dibiarkan bekerjasama dengan DAP tanpa perlu membuat deklarasi harta terhadap keluarganya sekiranya beliau masih ada?

      Tuntuan itu sekurang-kurangnya dapat membuktikan kejujuran Dr Mahathir dalam membendung masalah rasuah di dalam negara dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

      Pendek kata, mampukah Dr Mahathir melepasi saringan DAP jika Karpal masih ada?

      Apakah ada perbezaan ketara di antara DAP di bawah pimpinan Karpal berbanding DAP yang ada pada hari ini selepas ketiadaan beliau terutama daripada sudut mengadakan kerjasama dengan Dr Mahathir?

      Semua ini akan terjawab apabila pendirian DAP terhadap cadangan Dr Mahathir agar Pakatan Harapan diubah nama dan juga menggunakan satu logo bersama untuk bertanding di pilihan raya umum ke 14 nanti diketahui umum.

      Delete
    13. Tinggalkan parti lebai kampung hadi yg perasan diia kuat tu
      Buang mada je

      Delete
  2. Pakatan Harapan Rakyat (HARAPAN)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...Da lame dlm fikiran nie

      Delete
    2. Kalau dah buat satu Logo dan satu manifesto, kenalah lantik satu Ketua??? Ketua ni nanti akan jadi PM kalau pakatan ni memang...

      Boleh ke??

      Jangan sekadar retorik ajer....

      Rakyat kat luar sana tak bodoh...

      Delete
    3. Anon 525

      YANG PENTING KETUA KAMI NANTI PM KAMI NANTI BUKA

      KLEPTOKRAT

      BUKAN BEIJING

      BUKAN LOOSEMAH

      BUKAN AYAHTOLILAH HADI PIN

      - NAJIB DAN BEIJING BERPISAH TIADA

      Delete
    4. Kenapa lah partai barang naik BN nk sibuk sape nk jd ketua PH.. Apa jd kudis ke cipap dia org, nk sibuk hal org... Yg pasti pasca Pru 14 sumer balaci dan barua losemah dan bininya bijan akan berehat kt penjara sg buloh dan sumer harta di rampas kepada yang di pertuan agong... Apa mcm tetek Dh goyang yanggg!!!!! Kikikiki

      Delete
  3. Mata memandang Roket terbang di puncak ganang bunga raya mekar berkembang

    ReplyDelete
  4. SATU LOGO PUN SATU LOGO LA LABUUU
    WALAU CAWANGAN DAN BAHGIAN CIPUT
    PRU 14 NANTI TAYANG AJER BENDERA TU
    TAK GENTAR WALAU PUN SECIPUT... PUIII....

    REFORMASI DULU LABIH MENCABAR
    PAKATAN RAKYAT LEBIH MENGETAR
    PH HANYA SETAKAT HENDAK MENGEGAR
    PRU 14 MASA RAKYAT PH AKAN DIAJAR...



    KIKIKKKIKI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak gentar tapi menggelongsor..Ahli banyak juta2 mcm dUMNO pun apa maknanya klu sokongan makin lama makin ciput, yang bermaruah makin lama makin menjauh, yang tinggal hanya pemakan dedak dan penagih bangkai.. .kohkohkohkoh

      Delete
    2. BN akan menang besar...

      Percayalah !!!

      Mahathir adalah liabiliti kpd pembangknag

      Lebih banyak penyeleweangn dan salah guna kuasa Mahathir akan di dedahkan semasa kempen PRU 14 nanti...

      Rakyat akan terkejut!!!

      Delete
    3. 524

      6 tahun mahathir PM ada proton

      6 tahun pak lah PM ada koridor utara koridor timur ada Iskandar

      6 tahun Najib PM ada seekor babi di lepas kan dlm bentuk Taek Jho Lok.. Ganas mcm yakjud makkud oleh tuannya najis bin Tun rojak yg kini mewujudkan hutang palind besar di dunia utk satu syarikat tolol.. 1MDB 50B

      KAMI TERKEJUT BERUK !!,RAKYAT TOLOL PILIH NAJIB!!

      Delete
    4. Setuju dan sokong penuh apa Malaysiabaru kata.

      Delete
    5. Kikikiki.. Putar la filem lama tun m pun tak beri kesan.. Semua filem lama daa...org skrg nk harga kembung turun mcm 3 tahun lepas boleh buat??? Tak boleh punya!!! Krn ringgit dh jatuh!!! Pasal apa ringgit jatuh??? Hangpa pinjam duit yahudi USD.. Musti ringgit jatuh lg.. Nk pulih ringgit senang saja... Rampas semua harta bijan losemah dan balaci utk kambus hutang 1 mdb segera.. Klu tidak, bunga nk byr lg banyak... Rakyat mampus!!!!! Ini Kali lah Kikikiki.

      Delete
    6. Sekor saja penyokong Najib di sini.

      Dah kena tibai beberapa penyokong Tun M.

      Aku keroje menyokong aje dah lah.

      Nanti ada komen yang menarik, aku nak tibai Projib tu jugak.

      Delete
    7. Macai kena buat kerja komen kat blog pembangkang, nanti x dpt dedak, statement semua takde fakta, hentam sajalah macai kan, janji pulus masuk.

      PRU14 Terpaksa jugak ada 3 penjuru sebab PAS bongkak tu taknak join PH, kita kasi PAS terduduk terus macam MCA.

      Delete
  5. Mesej pakatan dah sampai ke pelusuk kampung...bagus, tapi kena kerja kuat lagi. BN dah bagi bola tanggung...gst, nilai ringgit, fgvh, 1mdb, husni resign, DoJ, hutang negara bertambah, MARA, jho low, aabar abu dhabi, johari dan half picture, ecrl, forest city, bandar malaysia, banyak lagi...apalagi, libas jerrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg bola tanggung?? Apa yg dah sampai ke pelusuk kampung?? Alasan tu dari dulu lagi.

      Tapi tak menang jugak PRU, tak menang jugak PRN Srawak, Tak menang jugak PRK Kuala kangsar dan Sg Besar...

      Apa cerita???

      Sebenarnya, rakyat nak tahu apa yg Pembangknag nak buat kalau memerintah???

      Ceritalah sikit dan bagi tahu rakyat.

      Rakyat dh muak dengan berita dan cerita hari hari memburukkan BN...sedangkan banyak sebenarnya yg BN dah buat untuk rakyat...

      Delete
    2. Betul...memang banyak

      Hutang yang banyak..
      Klepet yg banyak..
      Cukai yg banyak..
      Tipuan yg banyak...
      Bala yg banyak...
      Penjualan aset yg banyak...

      Dan banyak lagi lah

      Kah kah kah

      Delete
    3. 521

      Mcmn nak menang kalau pikihanraya menipU

      ITU SEBAB KRNA BERSIH 6.0 BUKAN 12NIH!!!

      BAWAK BANGLA INDON MENGUNDI.. CAP CARI CAID BOLEH PADAM..BOLEH UNDI 10X ..ORG MATI MENGUNDI..PINDAH ORG MENGUNDI IKUT SUKA

      PALING TERUK ADA YG TAK DAPAT MENGUNDI...

      BANYAK BETUL TAKTIK CIBAI BN DAN PEMERINTAH NEGARA...

      SURUHANJAYA PAN*A* NEGARA

      Delete
  6. Betul rakyat YG cintakan keadilan Dan perubahan PERLU juga bertempur dgn menghasut keluarga rakan pakcik Makcik berubah minda

    ReplyDelete
  7. Pembangkang hanyalah menumpang hebat daripada Tun M. Cubalah jika Tun M tidak bersama pembangkang, pembangkang tetap haru biru dan kucar kacir. Pembangkang harus berterima kasih dengan UMNO BN sebenarnya. Bukanlah mendabik dada. Jikalau pembangkang menang PRU14, kemenangan itu sebenarnya hanyalah ilham drp UMNO.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe......Mahathir pun tak bo;eh caya sangat..

      Dia jaguh U - turn

      Sebab tu DAP very hati2..

      Delete
    2. Cetek sungguh pemikiran Alu Newcastle U. Pemimpin korang ada yg hebat ke? Seleweng 1MDB dan songlap berbilion masuk akaun sendiri tu hebat ke?

      Bila dia jatuh di Pru14, ada lain yg hebat ke?

      Apenda yang "Pembangkang harus berterima kasih dengan UMNO BN sebenarnya" tu, Mamat?

      "Jikalau pembangkang menang PRU14, kemenangan itu sebenarnya hanyalah ilham drp UMNO"? Cakap begitu, kau ni betul ke lulus Newcastle U? Aku dengar kau ha nya Kellie Castle U.

      Bosan membaca komen kau, tapi kau ada hak mengkomen. Jadi, aku pun tibai kau le. Sebab aku pun ada hak juga.

      Delete
    3. UMNO BN hanyalah menumpang hebat daripada Tun M. Cubalah lihat ketika Tun M tidak lagi bersama mereka, UMNO BN sudah jadi haru biru dan kucar kacir. Buat propaganda apa pun semua tak menjadi..

      UMNO BN harus ingat mereka terlantik ke jawatan kerana KUASA RAKYAT sebenarnya. JANGAN LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA...

      Bukanlah mendabik dada. Kemenangan pembangkang dalam PRU14, insyaAllah, sebenarnya adalah kerana RAKYAT DAH FED-UP dengan UMNO BN.


      Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University JR aka Unknown aka Sahabat JR

      Delete
  8. Buat apa simpan Perdana Menteri yang telah di nobatkan sebagai paling korup di dunia ini,,memalukan sangat-sangat.....!!
    Tak begitu Tuan Budin ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa pemimpin paling korup ialah mungkin LGE yg sedang dibicarakan. Kita tunggu dan lihat...

      Tak ada pun PM disabitkan dengan rasuah...

      Delete
    2. Najib buang Peguam Negara dulu serta merta, lantik orang dia yang tentu lah tak akan dakwa boss nya.

      Kamu tunggu le bila Najib lebor di Pru14. Pandi akan di buang serta merta jugak dan dakwaan di mahkamah akan timbul bertalu talu, Mamat.

      Delete
    3. Najib sampai lah ni pun tak berani saman WSJ,,DOJ & SR kenapa agaknya ye ??

      Delete
  9. Macam mana dengan nama gabungan Din? Tun M hari tu cadang nak tukar nama sekali. Nama Pakatan Harapan bunyi tak berapa nak bestlah. Tak ada ummphh.
    Kalau bab nama ni, seeloknya dirujuk pakar bahasa. Depa ni banyak idea best-best. Sure boleh come up dengan nama yang bersesuaian yang melambangkan kekuatan dan perpaduan dikalangan gabungan dalam parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klaau sekadar nama ajer gah....tapi dalam kosong tak guna jugak

      Delete
    2. Mamat 515,

      Kalau berisi tapi RM2.6 bilion duit haram apa guna nya?

      DoJ USA dah kata "misappropriation of 1MDB funds and money laundering".

      Delete
  10. Pakatan Barisan Bersatu (PBB) sama bunyi macam Pertubuhan Bangsa Bersatu..

    BeeEnd dengar pun kecut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah buat satu Logo dan satu manifesto, kenalah lantik satu Ketua??? Ketua ni nanti akan jadi PM kalau pakatan ni memang...

      Boleh ke??

      Jangan sekadar retorik ajer....

      Rakyat kat luar sana tak bodoh...

      Delete
    2. Anon 0514 ko jaga kapal partai barang naik BN ko baik2 krn dh nk karam. Jd kudis ke kt cipap ko sape Kita nk lantik jd ketua PH... Ke jd kusta kot kt cipap ko.... Kesian kan!!!!

      Cubit cikit tetek Ciput akak langsuir.. Kikikiki

      Delete
  11. Modus Operandi ‘Malaysian Malaysia’ Didedahkan Bekas Aktivis DAP

    AIDCNews

    , March 17, 2017

    ...Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. …Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April (2012) yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja.

    Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.

    Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapura lah....

    Azan kita tidak akan benarkan.....

    Bahasa Inggeris, kita akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia Cuma sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris bahasa utama, bahasa kedua kita akan galakkan adalah bahasa Mandarin.

    Bagi DAP, bahasa Malaysia is a not value language.

    Inilah agensi pertama kita akan bubarkan selepas dua minggu kami tawan Putrajaya. MARA….Kita akan tubuhkan agensi lain bukan MARA. Nama MARA akan dihapuskan…..

    Tuan-tuan tahu tak dalam satu mesyuarat, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng kata apa, “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu…. Dia kata, nilai seorang Melayu ni, “Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value.” .......

    Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura....DAP paling benci tiga benda; Islam, Melayu dan Raja….Dia akan tukar Rejimen Askar Malaysia selepas ini. perkataan Melayu tu dia akan buang.

    Begitulah juga dengan Panglima Angkatan Tentera dengan KPN. Dua-dua jawatan tertinggi khas untuk orang Cina saja. Dia tak akan bagi dekat orang Melayu. Eksklusif untuk orang Cina…..

    Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam IFC. Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.

    Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. ....

    Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, “Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru.”….

    Tuan-tuan tahu tak, kalau DAP dapat perintah banyak warganegara Taiwan, Hong Kong, Singapura akan memohon jadi rakyat Malaysia selepas ini...... (baca sendiri artikel amat PENTING ini sepenuhnya)

    (Tok Landak)

    Nota: Kalau berita ni TAK benaq, kenapa Razali TAK diSAMAN oleh DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annoying 05:09

      Tak payahlah nak takutkan orang Melayu dengan cerita dongeng kau ni.... Bangun awal tu buatlah sembayang tahajud, ingat Allah... Bukan buat fitnah!

      1. DAP nak perintah Malaysia dengan 50 kerusi Parlimen???? Nak ubah perlembagaan pun tak dapat.

      a. Nak buang Agong kena ubah Perlembagaan
      b. Nak ubah bahasa kena ubah Perlembagaan
      c. Nak buang Islam pun kena ubah Perlembagaan

      Lojiklah sikit.

      2. Adakah AZAN di Pulau Pinang tidak kedengaran lagi??????? Di Xian, China memanglah dilarang.

      3. Kamu kata " “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu…. Dia kata, nilai seorang Melayu ni, “Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja."

      Yang ini nak tak nak aku kena sokong dengan pertambahan 'bangsa Melayu yang menyokong BN dan PAS'. Mengapa??

      a. Penguasa yang klepto pun masih sokong
      b. Penguasa yang jual agama pun masih sokong
      c. Dah tercekik dek pelbagai kenaikan harga pun masih sokong
      d. Kena tipu dengan tulisan yang tak berfakta (macam yang kamu tulis) pun masih sokong
      e. Nilai golongan Melayu ini kurang dari RM25 sahaja. Dapat kain pelikat sehelai, gula sekilo, susu setin, pun masih sokong.

      Mahkamah Syariah.... Hmm... Kalau setakat untuk nikah kahwin... buang masa aje. Kutip zakat pun berapa banyak yang bagi pada asnaf????Boleh ke bukan asnaf guna duit zakat untuk bayar kos guaman????

      Quote "kalau DAP dapat perintah banyak warganegara Taiwan, Hong Kong, Singapura akan memohon jadi rakyat Malaysia selepas ini" Tak payah DAP perintah, sekarang ni pun mereka dah dijemput untuk duduk di Malaysia dengan tanah pegangan kekal... Siapa yang bawa... Lu fikirlah sendiri.


      Pesanan unknown aka sahabat JR

      Delete
    2. Penyokong barang naik BN sakit cipap krn sibuk nk tau sape bakal PM pakatan harapan..Kikikiki.. Mangkak!!! Tangkap puadt zakar shit pasca Pru 14 rampas harta dia.. Kikikiki JASA mangkak!!! Kleptokrat Kikikiki.. Cubit cikit tetek akak langsuir.. Kikiki.

      Delete
  12. Kalau dah buat satu Logo dan satu manifesto, kenalah lantik satu Ketua??? Ketua ni nanti akan jadi PM kalau pakatan ni memang...

    Boleh ke??

    Jangan sekadar retorik ajer....

    Rakyat kat luar sana tak bodoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAGUS TUAN 05:13 HIGHLIGHTKAN SIAPA KETUA@PENGERUSI MEREKA JANGAN JADI PAKATAN HIPOKRASI BANYAK ILUSI...AKU TENGOK GAMBAR MESYUARAT KAT ATAS HANYA GENG MABUK NAK JADI MENTERI SAJA...SABU ADA, JIJAH ADA, NASUTION ADA...

      Delete
    2. lebih elok dan lebih integriti daripada menteri2 yg ada sekarang...lebih terpalit dengan skandal2...

      Delete
    3. Cetek lagi pemikiran korang? Alu Newcastle U jugak ke?

      Apa penting nya nak timbulkan hal pemilihan Ketua PH? Kan BN dah tunggang langgang akibat Najib nak bentangkan RUU255 atas nama UMNO/BN, melompat2 MCA, Gerakan, MIC dll yang nampak itu tanda PAS Hudud akn jadi realiti di negara ini?

      Macam mana Najib berpeluh memberi keterangan di mjesyuarat yang akan di adakan antara depa tak lama lagi, tak akan hilang risau dan curiga parti2 bukan Melayu/Islam kpd Najib nak ampu Hadi supaya dapat "kerjasama" di Pru14.

      Kan Najib dah desperado. Hingga kasi Hadi/Pas RM90 juta, kata orang. Duit haram pulak nya, sebab datang dari RM2.6 bilion "misappropriation of 1MDB funds and money laundering" kata DoJ USA, yang akhir nya masuk ke akaun bank si polan itu.

      Delete
  13. kita nak lihat manifesto
    apa yg diperjuangkan
    dan mesti dilaksanakan bila menang mahupun kalah (buatlah yg within the capacity)

    ReplyDelete
  14. SATU LOGO PUN GEBANG KENCANG
    BULAN DEPAN MUKTAMAR PAS BERSIDANG
    MB SELANGOR DAH MULA BIMBANG
    BELUM PRU TIBA SELANGOR TUMBANG..




    KIKIKIKIKIKI..... UBAH INI KALI LAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIMPI AJE LE KAMU, MAT.

      DREAMING IS THE CHEAPEST FORM OF ENTERTAINMENT - IT DOES NOT COST A SEN.

      Delete
    2. Meh kita ramas tetek ciput akak langsuir lesbi dan tonyoh tempurung bulu2 kt bijik dia yg gatal sgt tu... Kikikiki

      Delete
  15. Akhirnya Mahathir Dapat Yang Dia Mahu
    Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang Jumaat lepas akhirnya membuahkan hasil. Kit Siang telah bersetuju kepada terma dan syarat Mahathir untuk partinya, PPBM yang turut dikenali sebagai Pribumi, akan menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.
    Syarat pertama adalah supaya pakatan tersebut dibuat secara rasmi dan berdaftar secara sah, sama seperti parti pemerintah, Barisan Nasional. Ia juga mesti mempunyai warna sendiri, logo dan bendera, sama seperti Barisan Nasional.

    Sebab untuk ini adalah supaya semua ahli-ahli Pakatan Harapan akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah nama, bendera dan logo yang sama, sama seperti Barisan Nasional, dan tidak lagi di bawah nama, bendera dan logo yang berbeza seperti sebelumnya empat pilihan raya umum.

    Mahathir berharap bahawa ini akan mengelirukan pengundi dan mereka akan keliru sama ada calon Pakatan Harapan adalah dari PKR, DAP, PAN atau Pribumi. Semua orang, tidak mengira parti mana mereka datang adalah dari Pakatan Harapan dan merupakan calon Pakatan Harapan.

    Itulah sebenarnya satu strategi yang sangat bijak dan telah terbukti sangat berkesan.

    Mahathir menyedari bahawa orang Melayu tidak akan mengundi DAP dan Cina tidak akan mengundi Pribumi atau PAN, yang dilihat sebagai masing-masingnya nasionalis Melayu dan parti Islam. Malah, DAP juga menyedari ini dan ini adalah mengapa minggu lepas Kit Siang memberitahu Pakatan Harapan untuk melupakan PAS atau Presidennya, Abdul Hadi Awang, dan cuba untuk bekerja di peringkat akar umbi PAS secara langsung untuk mendapatkan sokongan mereka. Pendek kata, ‘potong’ orang tengah dan pergi terus kepada akar umbi.

    Parti politik kedua terbesar di Malaysia selepas Umno adalah PAS. Umno mempunyai 3.5 juta ahli manakala PAS secara rasmi mempunyai hanya lebih satu juta ahli berdaftar. Adalah dianggarkan bahawa terdapat setengah juta lagi penyokong PAS yang tidak pernah mendaftar sebagai ahli berdaftar, khususnya di kalangan 1.5 juta atau lebih terdiri dari kakitangan kerajaan dan orang-orang di kawasan majoriti Melayu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
    DAP tahu bahawa tanpa akar umbi PAS mengundi Pakatan Harapan mereka tidak akan dapat untuk memenangi lebih daripada 70 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pakatan Harapan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk berarak ke Putrajaya, tetapi 125 untuk selamat (atau kalau seorang menyeberangi dan Pakatan akan tenggelam).

    Tetapi hanya akar umbi PAS semata-mata tidak mencukupi. Yang mungkin cukup untuk meningkatkan 70 kerusi kepada 90 atau lebih. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan lebih daripada 112 kerusi mesti juga dengan undi akar umbi Umno. Dan ini bermakna Pribumi Mahathir adalah sangat penting dalam mendapatkan tambahan 25 kerusi atau lebih.

    Itulah yang Kit Siang dan Mahathir perbincangkan pada Jumaat lepas. Dengan hanya PKR, DAP, Pribumi dan PAN, yang terbaik yang mereka boleh harapkan adalah 70 kerusi. Dengan akar umbi PAS mengundi bagi mereka ia boleh meningkat kepada 90. Dengan termasuk akar umbi Umno ia boleh pergi sehingga 115. Hanya dengan itu barulah Pakatan Harapan berarak ke Putrajaya. Dan ini bermakna identiti bersama untuk menggantikan PKR, DAP, Pribumi dan PAN adalah sangat penting.

    Walau bagaimanapun, di sebalik semua ini masih ada satu bahan yang hilang. Sepanjang tiga tahun yang lalu Mahathir dan pembangkang telah melancarkan Kempen Anti-Najib (ANC). Tumpuan adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib sendirian telah dipersalahkan di negara. Untuk ‘Save Malaysia’ maka Najib perlu disingkirkan dan diganti.

    Dan di sinilah masalahnya. Mahathir dan Pakatan Harapan melakukan perkara yang sama sepertimana Anwar Ibrahim dan Barisan Alternatif lakukan pada tahun 1999. Pada tahun 1999 tumpuannya adalah Mahathir. Menyelamatkan Malaysia dengan menyingkirkan Mahathir dan dengan menggantikan dia dengan Anwar Ibrahim, penyelamat, orang yang akan mengubah atau pembaharuan Malaysia (Pergerakan Reformasi tahun 1999).

    ReplyDelete
  16. Dan pada pilihan raya umum 1999 poster pilihan raya di seluruh Malaysia adalah foto Anwar dengan mata lebam yang terkenal. Anwar adalah maskot dan mata hitamnya adalah alasan untuk menendang keluar Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar.

    Dan ia hampir berjaya jika bukan kerana pengundi Cina yang merasakan ekonomi yang kukuh adalah lebih penting daripada keadilan, tadbir urus yang baik, ketelusan, menamatkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dan sebagainya.

    Jadi, pada tahun 1999 ia adalah sangat mudah dan sangat jelas. Mahathir buruk. Anwar adalah terbaik. Jadi dengan menendang keluar Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar. Ia adalah hampir seperti pilihan Trump-Clinton di Amerika.

    Hari ini, bagaimanapun, ia tidak begitu mudah dan tidak begitu jelas. Menendang keluar Najib dan menggantikannya dengan … err … menggantikannya dengan … .err … .Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Mat Sabu …

    Ya, pada tahun 1999 tiada kekeliruan, Hari ini, tiada pengesahan. Dan ini adalah kesilapan terbesar mereka lakukan pada 2014. Mereka menggunakan Najib sebagai sasaran. Najib adalah ‘bogeyman’. Mereka menyalahkan segala-galanya pada Najib. Mereka berkata mereka hanya mahu Najib diketepikan untuk ‘Selamatkan Malaysia’. Jadi sekarang mereka perlu memberitahu pengundi siapa yang akan mengambil alih dari Najib untuk menyelamatkan Malaysia. Ini adalah kegagalan untuk menjadikan pilihan raya kepada kempen anti-Najib.

    Mereka telah memutuskan bahawa untuk mendapatkan lebih daripada 70 kerusi parlimen yang mereka perlukan sokongan dari akar umbi PAS dan Umno. Mahathir dan Kit Siang mengatakan hal ini pada minggu lepas . Dan itulah sebabnya pada hari Jumaat Mahathir dan Kit Siang bersetuju bahawa jalan ke hadapan adalah satu gabungan yang didaftarkan secara sah dengan logo, bendera dan warna yang sama. Itulah terma dan syarat sebelum dia akan bersetuju agar Pribumi menyertai Pakatan Harapan.

    Sekarang bahawa mereka perlu berterus terang mengumumkan siapa Pengerusi Pakatan Harapan apabila ianya didaftarkan secara sah. Dan Pengerusi ini adalah Perdana Menteri ‘yang menunggu’. Dia akan menjadi orang yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila Najib digulingkan.
    Mahathir dan Kit Siang bersetuju pada Jumaat lalu bahawa calon yang akan dapat memenangi sokongan PAS dan akar umbi Umno adalah Mahathir sendiri. Jika mereka mahu lebih daripada hanya 70 kerusi Parlimen dan jika mereka mahu sekurang-kurangnya 115 kerusi itu Mahathir perlu disebut-sebut sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang.

    Ramai menjangkakan Pakatan Harapan akan segera membuat pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan dengan Mahathir sebagai Pengerusi. Pengundi kemudiannya akan diberitahu untuk membantu menyelamatkan Malaysia dengan menendang Najib keluar dan dengan menggantikan dia dengan Mahathir sebagai Perdana Menteri yang baru. Pakatan Harapan tidak mempunyai pilihan. Laungan mereka sejak tiga tahun lepas adalah ‘Save Malaysia’ dengan menyingkir Najib. Jadi sekarang mereka perlu memberitahu pengundi untuk menyingkir keluar Najib dan menggantikannya dengan Mahathir. Ringkas bahawa Mahathir tidak jadi bersara.

    Syarat Mahathir untuk Pribumi menyertai Pakatan Harapan adalah gabungan itu mesti didaftarkan secara sah dan dia menjadi Pengerusi

    ReplyDelete
  17. Adakah Benar-Benar Pakatan Harapan Akan Ada Satu Logo Sahaja?
    Pakatan Harapan (PH) pembangkang sebulat suara menerima PPBM sebagai anggota baru gabungan berkenaan.

    Keputusan diumumkan selepas Majlis Presiden PH mengambil langkah itu dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.

    “Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut,” menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAN.

    Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu.

    Sementara itu, PH juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

    “Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru,” kata mereka.

    Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad apabila mengumumkan menyertai PH, beliau meminta supaya pakatan pembangkang bergerak di bawah satu logo rasmi dan simbol rasmi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dan meniru gaya Barisan Nasional (BN).

    Banyak pihak hari ini memberikan pandangan apakah bentuk logo PH secara rasmi nanti yang akan digunakan ketika bertanding dan adakah juga ia akan meniru ala-ala logo BN juga.

    Mahathir sebagai contoh, enggan menggunakan nama yang berbeza dengan UMNO sebaliknya hanya menggunakan perkataan Pribumi berbanding Melayu padahal nama kedua-dua parti itu sama.

    Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun masih tidak boleh lari daripada imej BN dan UMNO serta mahu pembangkang pula meniru seperti parti yang menjadi kerajaan itu. –

    ReplyDelete
  18. PPBM AKAN LEBIH CELARUKAN PH, UJAR UMNO SELANGOR
    Umno Selangor menjangkakan penyatuan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menambah kecelaruan dalam pakatan pembangkang khususnya isu agihan kerusi.

    Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Johan Abdul Aziz, soal pembahagian kerusi sesama mereka akan menjadi ujian paling getir untuk gagasan itu kelak.

    “Pertamanya kompromi dalam menentukan soal kerusi, siapa yang nak berkorban kerusi?

    “Ketidakpuasan hati dan pertelingkahan tentang kerusi.

    “Siapa nak beri kerusi? Jumlah kerusi berapa? Saya rasa persefahaman itu (susah dicapai),” katanya ketika dihubungi Antarapos semalam.

    Semalam, PH sebulat suara menerima PPBM menjadi rakan komponen baru mereka, selain bersetuju mengadakan logo baru dan mengemaskini manisfestonya sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup Majlis Presiden PH di Parlimen.

    Johan berkata bukan soal agihan kerusi sahaja, malah siapa yang akan mengemudi pakatan pembangkang juga akan mencetuskan perbalahan dalam gagasan itu.

    “Dari segi pemilihan jawatan presidennya siapa? (Sepatutnya) presidennya itulah yang akan jadi perdana menteri, itu pun rakyat akan tertanya-tanya juga.

    “Rakyat mesti nak tahu siapa jadi perdana menteri, itu jadi satu cabaran kepada mereka untuk memilih presiden,” katanya.

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga adli baru DAP sebelum ini mencetuskan polemik apabila menggelarkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin de facto baru pembangkang.

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilabel sebagai pemimpin de facto pembangkang, namun ujar Zaid kuasa Anwar semakin terhad sementelah beliau kini dipenjarakan selepas disabit kesalahan sodomi.

    ReplyDelete
  19. PEMBANGKANG TIDAK BOLEH BUAT SIMBOL SAMA KERANA ASAS PERJUANGAN BERBEZA
    Cadangan Mahathir meminta Pakatan Harapan bekerjasama dengan partinya dan membuat sebuah simbol serta nama yang sama mirip Barisan Nasional dianggap lakonan peringkat awal menjelang PRU14 semata mata.

    Ini dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Selepas siri-siri pembohongan dan tipu helah pembangkang menjelang PRU13 lalu tidak menjadi, kini semakin menghampiri PRU14 pembangkang mula kembali dengan modus operandi yang sama. Kembali mencipta harapan dan membuat persepsi kepada rakyat.

    “Jangan terpengaruh dengan tuntutan kononnya jika UMNO dan Barisan Nasional kalah, keadaan akan menjadi lebih baik, sedangkan pembangkang hari ini sendiri tidak sekata dalam banyak perkara.

    “Mereka buat simbol dan manifesto yang hampir sama tetapi bagaimana boleh berjaya jika asas perjuangan pun tidak selaras, saya tidak percaya ia boleh dilakukan dan ini mungkin hanya lakonan peringkat awal bertujuan menjatuhkan BN dan UMNO” kata Dato Seri Najib ketika merasmikan mesyuarat kelompok UMNO Bahagian Pekan.

    Sekarang ini, dalam Pakatan Harapan terdapat tiga parti utama yang besar. DAP, PKR dan PAN.

    Selepas Mahathir “bercium mulut” dengan Lim Kit Siang, parti bunga dilihat hanyalah melukut di tepi roket sahaja. Tidak lebih dari itu.

    Mereka tidak mampu pun membuat logo yang sama bukan kerana tiada dana, tetapi kerana mereka ‘tidur satu bantal, tetapi sedang dilamun mimpi yang berlainan’.

    Mahathir siang malam bermimpi mahu anaknya jadi PM. Wan Azizah pun siang malam pasang angan angan Anwar jadi PM. Kit Siang pun sama juga, menyatakan tidak salah kalau angan angan hendak jadi PM.

    Sebab itulah sampai ke hari ini, satu nama pun tidak boleh disebut. Siapa sebenarnya calon PM Pakatan Harapan? Agenda parti mereka pula bercanggah antara satu sama lain.

    DAP sejak 1966 lagi sehingga ke hari ini masih mengekalkan perjuangannya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular. DAP juga mahu mewujudkan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

    PKR pula hanya satu perjuangannya iaitu mahu membebaskan dan melantik peliwat bernama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tidak kira apa pun cara, Anwar bagi mereka adalah individu yang paling layak.

    PAN pula sebuah parti suruhan DAP sahaja. Kerjanya sekarang adalah menjadi klon pada PAS. Kutuk PAS dan curi ahli PAS. Itulah kerja PAN. Melaksanakan apa sahaja yang disuruh DAP.

    Manakala PPBM pula jelas hanya mahukan Timbalan Presiden partinya diangkat sebagai mewarisi jawatan yang pernah disandang Mahathir iaitu Perdana Menteri.

    Tanpa sedar, Mahathir telah mempergunakan keseluruhan pemimpin dan ahli PPBM untuk melonjakkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Melonjak Timbalan parti bukannya Presiden parti.

    Cadangan satu simbol pembangkang ini benar-benar tidak akan menjadi. Hanya akan tinggal harapan sahajalah. Sama seperti Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat yang telah berkubur tanpa logo dan perlembagaan parti yang sama.

    Satu nama calon PM tidak boleh disebut, satu simbol parti tidak boleh direalisasikan, perlembagaan Pakatan Harapan pun tidak boleh dibuat.

    Ini bukti pakatan pembangkang sebenarnya tidak pun berpakat. Mereka hanya berpakat hendak rampas kuasa sahaja. Lepas rampas, masing masing akan menyamun harta antara satu sama lain.

    Keadaan akan jadi lebih buruk jika rakyat tersilap buat pilihan. Pembangkang sebegini bahaya, jangan digadai nasib bangsa pada pakatan semacam ini.

    ReplyDelete
  20. MARI TIRU MACAM BN
    Satu logo, satu simbol dan satu manifesto – sejak terbentuknya pakatan harapan dengan penyertaan aktif PPBM, perkara ini yang sering dibangkitkan dalam gabungan DAP, PKR dan PAN.

    Ideanya ialah jika mahu menumbangkan BN, kena ikut cara BN. Jika mahu berjaya menawan Putrajaya kenalah tiru macam BN. Kena berwajah seperti BN.

    Kali ini, walaupun pernah membuat beberapa kali cubaan dalam siri pilihan raya umum yang lalu, keempat-empat parti yang baru berkawan ini kelihatan bersungguh-sungguh.

    Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang akan memanggil mesyuarat peringkat tertinggi untuk membincangkan hal satu logo dan satu manifesto ini.

    Mereka percaya idea yang diangkat oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu perlu diterjemahkan dalam bentuk nyata. Cuma sekali lagi perkongsian yang nampak mudah seperti ini menjadi rumit apabila berkait politik apatah lagi membabitkan parti besar sarat ego seperti DAP dan PKR.

    DAP bersikap suam-suam kuku terhadap idea logo atau simbol baharu bersama ini. Almaklum DAP bimbang silap percaturan parti berlambang roket yang gah digunakan untuk memancing undi kaum Cina sejak 1969 akan tenggelam.

    DAP telah berjaya melalui ujian pilihan raya menggunakan lambang roket.

    Roket ialah DAP dan DAP ialah roket. Pengundi DAP tidak peduli siapa calon mereka, Yang penting mereka mewakili perjuangan parti berlambang roket.

    Lambang itulah yang pengundi DAP pangkah dalam kertas undi selama ini. Pengundi DAP tidak mengenal lambang lain terutamanya PAN atau bunga raya PPBM yang masih terlalu baharu.

    DAP pun pernah merungut pengundi mereka keliru semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar kerana tidak biasa dengan simbol PAN.

    Sebab itu sudah tentu dari kaca mata DAP dan sebagai parti paling lama serta berpengaruh, lambang roket perlu diambil kira sebagai simbol bersama pilihan raya pakatan harapan.

    Simbol baharu tidak banyak memberi kelebihan kepada parti yang sejak penubuhannya sehingga sekarang dikuasai oleh seorang individu sahaja.

    Apalah salahnya roket diangkat menjadi lambang bersama pakatan harapan. DAP pun sejak sekian lama telah ‘menyolek’ wajahnya sebagai parti untuk semua, bukan terhad kepada satu kaum sahaja.

    Dari satu sisi, cadangan ini nampak meyakinkan tetapi beranikah pakatan harapan berbuat demikian? Mungkin tidak, sebagaimana gagalnya gagasan Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, pakatan yang baharu dibentuk bukan berdasarkan asas yang kuat.

    Pakatan ini dibentuk untuk meniru cara orang lain kerana mereka berfikir hanya dengan cara bermuafakat seperti itu yang dapat menumbangkan BN.

    Selalu kita men­dengar sindiran tidur satu bantal mimpi lain-lain. Itulah yang berlaku sehingga ke saat ini.Apatah lagi pa­katan diketuai DAP ini tidak habis-habis me­nyerang rakan lama­nya Pas.

    .

    ReplyDelete
  21. DAP sendiri yang di­bantu oleh gerom­bo­lan pe­muka Mela­yu masih gagal me­ya­kinkan khal­ayak bahawa parti ini bukan anti-Islam dan anti-Melayu.

    Semakin mereka men­­cuba malah sema­kin me­­­nebal dan tam­bah me­­lekat label cau­vinis itu. Agaknya apa­lah yang sukar sangat untuk mereka melepaskan label itu.

    Dominan

    Mungkinkah kerana itu­lah wajah sebenar me­r­­e­ka yang tidak bo­leh di­tutupi lagi?

    Dari sisi ini, lam­bang PKR barangkali paling se­suai diguna­kan secara bersama.

    Lagipun di atas kertas PKR kini sedang memimpin pakatan harapan. Mahu tidak mahu, Wan Azizah tetap dianggap sebagai ketua dalam kalangan parti-parti dalam pakatan harapan.

    Cuma soalnya bersediakah PPBM atau Dr. Mahathir mengiktiraf PKR sebagai parti dominan. Antara misinya ialah menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

    Terlalu besar risiko yang perlu ditanggung oleh PPBM jika memilih untuk ‘bertuankan’ Anwar.

    Pilihan terbaik ialah mewujudkan satu simbol baharu. Lambang pilihan raya itupun dikatakan sudah lama disediakan cuma memerlukan persetujuan pimpinan parti-parti dalam pakatan harapan.

    Dan, di situlah masalah utamanya – mendapatkan persetujuan bersama. Jika dalam soal logo dan manifesto mereka bertelagah bagaimana mungkin dalam hal lebih besar khususnya yang berkait kuasa dan kekuasaan.

    Cabaran besar yang menanti sebenarnya bukan logo mahupun manifesto bersama tetapi pembahagian kerusi pilihan raya dan barisan Kabinet mereka.

    Akhirnya parti-parti ini tidak akan mencapai matlamatnya seperti diharapkan yang boleh dijadikan alternatif.

    Jauh sekali dapat berdiri teguh seperti BN yang diasaskan sebagai satu perikatan termasuk parti-parti dari Sabah dan Sarawak sejak 1973.

    Masalah utama parti-parti pembangkang ini ialah mereka gagal untuk membentuk identiti sendiri.

    Selama ini mereka berkibar atas kelemahan orang lain. Mereka hanya gah mahu mengubah orang lain tetapi gagal untuk mengubah diri sendri menjadi pemimpin yang lebih baik.

    Penyakit kronik yang menimpa pimpinan parti pembangkang ialah mereka sentiasa merasakan diri serba betul dan benar. Mereka juga seperti tidak pernah lelah meniupkan api persengketaan, permusuhan dan kebencian waima semasa rakyat menagih kebersamaan.

    Penyakit yang ini tiada ubatnya walaupun kelak mereka berjaya meniru cara BN. Penyakit inilah juga yang menjadikan apa juga pakatan yang dibentuk tidak kekal lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMU SALIN COPY PASTE KOMEN PANJANG PANJANG 1-2 MINIT ANTARA SATU DAN LAIN, YE MAT? TONJOL BETUL KAMU NIH.

      NANTI AKU LAPANG, AKU AKAN TIBAI APA YANG DI KATA DI SITU, OK?

      Delete
    2. .
      .

      Haji Hadi mahu 5 negeri.

      Orang UMNO Ke lima-lima negeri tu setuju ke ?

      Kerja tak seberapa mintak nya lebih. Buat hudud pun tak jadi, ruku pun terlepas, ada hati nak 5 negeri.

      Kenapa Najib tak kata ya atau tidak ?

      Delete
    3. Dgn amanat Hj hadee '81 pas akan tawan sumer negeri dan tubuh kan kerajaan negeri dan persekutuan..ini Kali lah.. Power punya amanat!!! Ini Kali lahhhh!!!!

      Delete
  22. Parti ciput, Chairman perasan boss, Presiden takut DAP ...
    Parti ciput
    Ahli berapa kerat
    Ceramah cuma berani tempat kuat, lain tempat kosong
    Penyokong tak cerdik serupa sekolah setakat darjah 5
    Pentaksub sokong pemimpin raja rasuah, merugikan negara, dan pelindung penjenayah. Marah bila dibentangkan kebenaran.
    Propaganda fake news, fakta out
    Hujah takde, cuma auta keling...

    Tapi Pengerusi nak jadi boss dan arah orang lain ikut cakap dia. Gempaq mesti lebeh ...

    Sayang Presiden parti takut DAP ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu depa dah ada logo, dah pilih siapa boss, dll, Dol.

      Kau bising apa guna nya. Nanti Najib berdentum di humban di Pru14, amacam?

      Baik kau pigi pujuk MCA, MIC dll yang menyinga Najib nak bentangkan RUU355 di Parlimen yang depa bukan Islam dah gentar dan kecut bola, takut kena potong dek PAS Hudud.

      Delete
  23. 214
    Awat tak bubar. Najib tunggu apa. Tolong habaq mai.

    ReplyDelete
  24. 524

    Tak payah tunggu pru untuk dedah. Pada 25hb dipadang renggas boleh dedah dah. Kita tengok sapa nak tinggai spender saja nanti.

    Jadi jangan tak jadi. Peminangan dah di terima jadi kenduri tak jadi. Susah sangat kah saorang menteri kanan nak mintak permit Polis. Lain lah kalu tk minta. Dengar cerita tak mohon pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasca Pru 14 tumbang nya regim barang naik BN.. Foadd zakar shit akan di pasung di rumah pasung.. Ini kalilah!!!!

      Delete
    2. 917,

      Setuju, harga barangan naik akan menjadi sebab mustahak rakyat yang berpendapatan rendah (majoriti di negara ini - tak masuk kanak2 dalam angka 30 juta penduduk itu) bencikan Najib

      Di sana sini saya bual dengan mereka yang serupa itu, mereka mengkondem Najib pasal itu. Terutama harga petrol - amat perit kpd mereka yang mengguna motorsikal sebagai kenderaan harian.

      Pembangkang perlu eksploitasi isu ini sepenuh penuh nya, dari hujung ke pangkal, dari luar ke dalam, dari kepala ke lutut ke kaki.

      Delete
  25. 00.04.

    Sapa pm zaman reformasi dulu. Seperti hang kata lah lagi hebat. Lani orang yg kalahkan pasukan reformasi kini berada dalam kumpulan yg sama. Hancur Bn nampak nya. Mana boleh mimpi ngeri beberapa bulan ini sudah mau manjadi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. # pasung fuadtt zakar shit

      Delete
  26. .
    .

    Najib jadi Ketua sebab jawatan. Jika Najib tidak jadi PM standard Najib sama juga lah macam Nazri yang tidak ada penyokong jika debat dengan Mahathir di teruskan.

    Mahathir terus mendapat sokongan dan begitu juga Anwar walaupun tidak pegang kuasa atau mempunyai jawatan tetap memberi tekanan pada Najib.


    Lagi pun semua orang tahu Najib yang di katakan Ketua yang terlantik seorang suami yang takut bini.


    Hihihi.

    ReplyDelete
  27. .
    Ada baik nya juga di tukar nama PAKATAN HARAPAN kepada nama yang baru. Kerana bila jadi Kerajaan nama PAKATAN HARAPAN sangat tak sesuai. Masa itu bukan lagi nak berpakat dan bukan lagi satu harapan.

    Fikir kan semasak-masaknya kerana bila telah di daftar mungkin susah untuk di tukarkan. Jangan jadi macam BARISAN NASIONAL yang sekarang barisan nya ada pulak yang terkeluar satu iaitu PAS.

    Barangkali jika kita bagi idea di sini dapat membuka minda orang atas mendapatkan nama yang sangat releven dan bermakna.

    Sekian.

    ReplyDelete
  28. 521,

    Bukti sampai tak sampai ke kampong adalah pru nanti.

    Sejarah sepatutnya menjadi pegajaran.

    Awat hang tak mengikuti ceramah depa. Jangan dok hadap tv kerajaan hang tak akan tau apa depa nak buat jika menang.
    Hang tau dak maksud manifesto. Tunggu saja alah. Jangan gelabah tak tentu pasai.

    Apa yg najib dah buat yg kata banyak sangat tu.Tolong cerita sikit. Maaflah kami sebab kami tak buka berita TV kerajaan dan tak baca surat khabar kerajaan. Tapi macam tak nampak apa pun semua janji kosong ada lah. Penafian tampa fakta adalah. Ada satu BRIM RM1200. Syukur sangat lah. Umum saja belum bagi lagi brim harga barangan dah melambung naik.

    ReplyDelete


  29. Korang ingat ahli DAP percaya kat Mahathir ke?, diarang lebih percaya kepada Najib dp Mahathir. Bila buat satu logo saja nanti, habis lah diarang lari ke BN , MCA dan Gerakan memang dah lama tunggu nih.

    Yang paling rugi sekali ialah DAP, korang ingat DAP bodoh ke nak ambil resiko satu logo Dan satu manifesto?


    ReplyDelete
    Replies


    1. Teruskan mimpi kamu tuh, Mamat.

      Bodo ke kamu? MCA buang logo ke bila ada logo BN?

      Senang nak ada common manifesto - sebab nak jatuhkan Najib. Begitu ramai dah tak sukakan si Bugis Lanun, seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringgit masuk akaun dia.

      Delete
  30. 751,

    Pengajian hang sampai takat mana. Awat komen bodoh piang sangat.

    ReplyDelete
  31. 744.

    Hang ni masih mamai kot. Bangkit dari tidoq tu. Face reality.

    ReplyDelete
  32. 07:43
    MARI TIRU MACAM BN tapi jangan tiru perangai buruk sudah lah. Jangan jadi penyamun, perompak, zalim dan bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak tiru bila pemimpin nya "penyamun, perompak, zalim dan bodoh"?

      Bugis Lanun, seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringgit, kata oang. "Misappropriation of 1MDB funds and money laundering", kata DoJ.

      Delete
  33. 05:17
    1. LGE yg sedang dibicarakan. Kita tunggu dan lihat...

    Komen saya : Jangan kecewa jika LGE didapati tidak bersalah. Ya tunggu dan lihat ....

    2. Tak ada pun PM disabitkan dengan rasuah...

    Komen saya: Dah jawab berkali kali dah dan masih dengan persoalan sama. Tak mau faham faham juga. Kalu asah belakang parang pun dah tajam. Jemu lah.

    ReplyDelete
  34. Hari ni berape hari bulan aaa. Laju tgk org same komen. Payments dh masuk kot. Ye la, 21 biase org yg kerja kerajaan dah gajikan. Tu yg halal, yg tak halal pun dah kot. bleh la ambik stok lebih sambil memancing kat kolam waktu org kerja. Patut la super aktif. Yes, cergas cergas, duit dah bagi. Kerja kerja kerja.

    ReplyDelete
  35. Tun M seharusnya diberikan peluang untuk menerajui negara sekali lagi sementara menunggu Ds Anwar dibebaskan..mungkin untuk tempoh 2 tahun..hanya Tun M sahaja diyakini mampu menbantu memulihkan kembali negara..

    ReplyDelete
  36. Pakatan Haprak gabungan Parti Angkut Najis + Parti Kaki Rodok + Parti Dapigs + parti ciput cap bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki.. Partai barang BN dh sakit cipap.. Kikiki.. Meh cubit cikit tetek ciput akak langsuir lesbi.. Meh la yang yanggg!!!

      Delete
  37. PADU..... nama yg boleh ditimbangkankan..... gabungan byk nama parti....P (pribumi bersatu, pakatan keadilan rakyat).... A (amanah).... D (dap)....
    U (umum rakyat).....
    Kita bgi penumbuk PADU kt bn/umno sekali ngn pas bagi tumbang.....

    ReplyDelete
  38. Debat tak jadi....spt yg dijangka.

    ReplyDelete
  39. Gabung pun jd macai dap buat ape. Baik masuk dap je kan senang.. jd tukang basuh berak lim anak beranak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde sape yg jadi macai saper2..... suara rakyat majoriti yg dah bosan dgn puak klepet..... mca dlm bn pun sama mkn dedak.... ko yg masih bodoh sokong puak penyamun.....

      Delete
    2. Konon guna nama shavo odadjians... PUNK sangat la tu...

      Tak faham pulak apa yang tuan nama perjuangkan: "If anyone has a voice in today's society, they should use that voice righteously and benevolently."

      Apa makna 'righteously', apa makna 'benevolently' pun tak tahu. Setakat ikut membabi-buta saja... Pirah...

      Youre just a pap!!!

      Delete
  40. Tuan Shahbudin apa pun TAHNIAH blog anda telah berjaya menarik perhatian dedakian yg semakin hari semakin tergugat di tambah dengan keadaan separuh sedar akan kesalahan serta salah laku orang yg mereka pertahankan.

    Di tambah pula dengan sebutir akal yg boleh berfikir secara rasional betul atau salah apa yang mereka war warkan.

    Tahniah kerana berjaya memberi cabaran buat mereka yang masih dalam dilemma. Semoga semua yang berakal dapat menggunakan akal mereka demgan lebih baik. Amin

    ReplyDelete