Sunday, 26 March 2017

ANTARA TUN MAHATHIR DAN NAZRI, SIAPA YANG SEPATUTNYA LEBIH DULU BERTANYA SOALAN?


Menurut kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, beliau mendiamkan diri ketika bertemu dengan Tun Mahathir Mohamad semalam kerana tidak ditanyakan sebarang soalan.


"Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang menikmati cendol.


"Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia, (tetapi) dia tak bertanya," kata Nazri sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita.


Dalam ertikata lain, Nazri tidak sedia untuk berbual-bual atau bertanyakan sebarang soalan kepada Tun Mahathir, sebaliknya hanya menyediakan dirinya dengan jawapan semata-mata.


Ada Tun Mahathir bertanya soalan kepadanya, maka adalah jawapan keluar daripada mulutnya. Tiada soalan daripada Tun Mahathir, diam sajalah dia.


Begitukah yang sepatutnya?

Nazri berkata demikian sebagai menjawab sindiran Tun Mahathir yang menyebut dirinya hanya mendiamkan diri saja sepanjang kira-kira setengah jam pertemuan tersebut berlangsung.


Kata Tun Mahathir, "Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. 


"Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak... saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya."


Sekarang Nazri mengakui beliau memang hanya mendiamkan diri dalam pertemuan dengan Tun Mahathir itu, cuma beliau ada jawapannya yang tersendiri.


Tetapi jika kita imbas sebelum itu, Nazri menunggu selama kira-kira tiga jam di depan MRSM Kuala Kangsar bagi menanti ketibaan Tun Mahathir, meskipun beliau  sedia maklum majlis debatnya dengan bekas Perdana Menteri itu sudah pun dibatalkan kerana tidak diberikan permit oleh pihak polis.


Dillaporkan Nazri sengaja datang awal dan sanggup berada di bawah payung besar di tengah-tengah panas di depan MRSM semata-mata untuk menanti ketibaan Tun Mahathir dan bagi mengelakkannya daripada dianggap sebagai pengecut.


Kemudian, apabila mengetahui Tun Mahathir berada di kawasan Lembah Sungai Perak untuk menghadiri satu program lain anjuran Bersatu, Nazri bergegas ke sana untuk segera bertemu dengan lawan debatnya itu.


Mereka kemudian dipertemukan dengan duduk semeja sambil menikmati cendol dan laksa.


Berdasarkan rentetan itu yang menggambarkan keghairahan Nazri untuk bersua dengan Tun Mahathir, di samping kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas yang  boleh dianggap sebagai tuan rumah juga, siapakah yang sepatutnya lebih dulu memulakan bicara dan harus bersikap lebih peramah?


Kenapa hanya beliau yang menantikan soalan daripada Tun Mahathir dan tidak Nazri sendiri yang berani untuk mula menanyakan soalan?


Selain itu, buat apa beliau sanggup berpanas menunggu selama tiga jam dan kemudian bergegas ke kawasan Lembah Sungai Perak untuk bertemu Tun Mahathir jika akhirnya hanya menunggu saja Tun Mahathir bertanyakan soalan kepadanya?


Sekadar berani bercakap...itu Sungai Perak....buat apa? (ShahbudinHusin 26/03/2017).

55 comments:

  1. Pondan Padang Rengas pun perlu jaga maruah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gile ape nak lawan bos lama... bos lama bibir tak berlipstik la...

      kite klu jumpe bos lama yg garang, tegas dan tahu macam2 pasal kita dulu... lagi mau angkat muka ka...

      tak yah debat la dsnazri... apa yg dah dilakukan pun dah cukup dah utk bijan..

      cukup2 la.. biar bijan jawab sendiri nnti... better u tukar laluan shj...




      Delete
    2. Jangan kutuk dia pondan, dia tahu debat x dibenarkan pihak berkuasa tapi dia sanggup tunggu berjam-jam.Tunggu macam tu sebenarnya apa yang dia mahu tunjuk?bangang atau samseng? Dah duduk semeja lidah jadi kelu bila sudah jumpa bos lama yang pernah dibodek suatu masa dahulu.

      Delete
    3. Ini kalilah Kita benamkan partai Barang Naik @ BN.. Ini Kali lah,!!!

      # tangkap AG afundi
      # tangkap barua JASA
      # tangkap barua Singapork
      # tangkap barua komunis
      # tangkap barua losemah

      Ini Kali lah
      Kita ubah PM najib ke sg.buloh
      Kita benamkan BN

      Ini Kali lah!!!!

      Delete
    4. Sudahlah Nazri tak usah difikirkan sangat sebaiknya masuk parti pembangkang sajalah,,awak bodek-bodek Najib pun tak guna sebab Najib kayakan Cina bernama Jho Low

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Kalau dia buka mulut, terkeluar dan termuntah segala dedak yg diberikan bijaN.

      Delete
    7. 07:04
      Xtahan sy baca komen saudara..hahahahaha
      Patut diam 1000 bhs..

      Delete
  2. Laa...takan semua tak tau kut sebab apa Nazri membisu seribu bahasa...Tun M kan selalu cakap kt ceramah2 dia yg menteri2 UMNO kalau bercakap akan tersembur dedak2 drp mulut. Kira betul la nazri punya alasan...dia diam sebab menghormati Tun M tgh makan cendol. Kang terbukak mulut longkang nazri tak pasal2 masuk dlm cendol.

    ReplyDelete
  3. Orang duduk sibuk dengan masalah negara, kos tinggi, barang harga naik.

    Ini sibuk masalah kejantanan.

    Zaman sekarang orang perempuan yang tidak ada kejantanan pun berani.

    Tak payahlah nak sibuk pasal kejantanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikot resmi ade baWANG, asyik menyalahkan orang disekeliling lobai.asyik menjadi admin syurga dan neraka, orang belum tahu lagi apa undang2 persendirian lobai, belum tahu lagi apa kesalahan yang dinaikkan hukuman pak lobai ni , bila dapat bentang dia tangguh, lain masa monteng pula.Neraka kepada orang yang tidak terima bulat2 kerana tidak tahu apa jenis punya undang2 persendirian yang lobai nak bentang dan syurga kepada orang yang menerima bulat2 macam pak pandir walaupun tidak tahu apa punya undang2 yang dia mahu bentang.Lobai sangat maksom , kena terima dan dinafikan hak untuk tahu apa dalam serban ruu355 persendirian lobai

      Delete
  4. udah lah tu bg alasannya nazri woii.. he is nothing. tak penting pun nazri ni pd najib. tu pasal najib kasi post menteri pelancongan dan kebudayaan.. kesian..

    ReplyDelete
  5. Minggu ni aku trrkesima siket... Sultan johor pun dah pandai cakap B.E.R.A.M.B.U.S dan utusan mainkan isu sabotaj ekonomi Malaysia dan beberapa blogger dan main kan isu sabotaj ekonomi Malaysia. .. dua ayat yg pernah bagi komen banyak pasal barua dan anjing Singapork yg suka sabotaj ekonomi... hanya satu perkataan saja lagi yg belum disahut sesapa lagi oleh mana2 pihak dan individu berpengaruh di Malaysia iaitu "BARUA SINGAPORK atau ANJING SINGAPORK"

    pasal sapa dulu nak tegur atau nak sapa arau sial dulu x penting naj layan barua singapork yg sedang kepanasan dan ketandusan isu selain dari buat fitnah sabotaj ketenteraman Malaysia. .... awasi musuh dalaman yg jadi Barua Singapork ini....

    Daulat tuanku .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat mana ada kuasa nk sabotaj ekonomi, kena sabotaj adalah. Kos sara hidup yg makin tinggi dgn GST dan income tax lg, berapa leh take home para pekerja. Yg sabotaj ekonomi adalah bijan dan laki dia losemah, tubuh kan 1mdb tanpa tujuan produktif dan pinjam 50 billion USD utk Joli katak dan kumpul reta. Bila masa bayar bunga pd ah long yahudi juga dlm USD mana taknya ringgit merundum. Bila ringgit merundum mula chain reaction dlm ekonomi Kita. Bijan boleh menipu dlm parlimen kununnya bkn ringgit je yg jatuh tp lain2 matawang juga jatuh. Abis tu baht naik, rupiah naik dan sing dollar naik tu apa. Dasar kleptokrat. Jatuh je BN, bijan dan losemah jgn di bagi lari. Sumbat dlm penjara sg.buloh smpi dia report.. Kikikiki.. Barua singapork dan komunis.. Ini kalilah.

      Delete
  6. Telah menjadi resam Melayu
    Orang tua dihormat selalu
    Tunggu lama dia dah malu
    Bila berjumpa lidahnya kelu

    Macam orang mabuk bercinta
    Bila jauh ingin berjumpa
    Bila sudah didepan mata
    Tajuk dialog dia pun lupa

    Nampak pulak Tun Siti Hasmah
    Lanjut usia semangat tak lemah
    Lemah lembut wanita berhemah
    Langit dan bumi dengan Kak Mah

    Budaya yang muda hormat yg tua
    Tak luak menegur bermanis muka
    Hanya bercakap sepatah dua
    "Itu sungai",ingat Tun tadika ke?

    Itu sebab jangan mencerca
    Tun negarawan dia dah lupa
    Baling gelas dah kena kaca
    Jumpa tak tahu nak cakap apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun


      Tu la jangan cakap baling gelas tak pecah kaca
      Rakyat mendengar gelak sahaja
      Inilah bahananya bila kuat mencerca
      Dah jumpa orangnya, kesipuan aje...

      Delete
  7. Kalau kita dengar pic dia semasa dia tunggu Tun diMRSM tu bukan main lagi ,siap cakap Tun dan penyokong2nya penipu dan termasuk juga blogger2 penyokong Mahathir yang bodoh katanya (sila ke utube untuk pengesahan).Tetapi yang peliknya setelah berjumpa Tun beliau kelihatan menikus,bertukar 360 darjah jadi orang baik2....betullah seperti ramai orang kata yang si Nazri ni ada penyakit otak....

    Bukan itu sahaja malah beliau juga siap mengatakan yang orang ramai2 yang datang menyambut ketibaan Tun tu seorang pun bukan orang Padang Rengas,tetapi yang dibawa masuk dari luar oleh puak2 Tun....tetapi yang lebih aku tertawanya bila Nazri datang ketempat Tun dikhemah PPBM terus penyokong Tun sambut dengan laungan"hidup Tun"....boleh pulak siNazri ni turut bertepok tangan...hehe.....kesian Nazri!!...sanggup menjatuhkan dirinya tidak bertempat demi dedak!!....

    ReplyDelete
  8. Lawan Najib: Ditohmahkan Mahathir ingin sesuatu
    MAHATHIR: APA SAYA MINTA DARI NAJIB UNTUK NEGARA, RAKYAT

    oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

    1. NAJIB mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

    2. Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam kerajaan. Tak hutang.

    3. Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

    4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

    5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

    6.Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

    7. Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

    8. Tetapi kehilangan wang kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila RM2.6 billion tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

    9. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki RM2.6 billion.

    10.Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan Umno telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

    11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada Umno tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

    12.Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.

    13. Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

    14. Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka.



    ReplyDelete
    Replies
    1. 15. Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

      16.1MDB hutang RM42 billion iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10 peratus.

      17. Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.

      18. Stesen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara China kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.

      19. Baki hutang diguna untuk beli tanah kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM60 kaki per segi sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 kaki per segi. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

      20. Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.

      21.Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 kaki per segi dari kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000 kaki per segi (50 kali ganda harga beli). Wajarkah kerajaan rugi sebanyak RM2,940 kaki per segi. Inikah perniagaan stategik 1MDB?

      22. Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

      23. Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

      24. Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.

      25. Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industri menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

      26. Apakah saya yang merosakkan imej negara?

      27. Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.

      28. Jika ada sesiapa yang merosakkan imej negara, ia adalah Datuk Seri Najib sendiri. Sebelum ini imej negara amat baik.

      29. Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah.

      Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.

      30. Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan

      Delete
  9. Dia kata dia tuan rumah...tuan rumah apa duduk diam2? Tetamu pula yg kena buka mulut? Ni adat bangsa mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini umpama golongan menganggap diri sebagai admin syurga dan admin neraka lobai pis pig.Lobai hadi pencarut jelek mahu kita terima undang2(ruu355) iaitu umdang2 persendirian pak lobai tanpa kita tahu apa undang2 yang hardie baWANG nak bentang.BODOH-BODOH manusia seperti ade baWANG terima 100% macam pak pandir tanpa pembentangan dan tanpa dijelaskan ruu355 kepada umum.al maklomlah ade baWANG sangat maksom dengan vetonya.Dia nak monteng, atau nak makan shushi kat jepung, nak buat amanat 1981, nak tangguh atau nak mencandat sotong hanya dia saja tahu.

      Delete
    2. Tu adat haramjadah namanya

      Delete
  10. Yang rumit permit. Tukar plan dr debat kepada wawancara...apa pulak komen polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tanya polis tapi tanya admin syurga@neraka iaitu parti pis pus pig.Yang rumit ialah bila lobai memaksa terima undang2 persendirian lobai(undang2 dari allah kononnya)

      Masakan orang mahu terima undang2 persendirian pak lobai sebelum mereka faham apa sebenarnya ruu355.

      Pihak banggang dan bodoh ialah pihak yang menangguh pembentangan ruu355.Kezaliman memaksa orang menerima apa yang mereka tidak faham@tahu, bila diberi peluang menyampaikan maklumat ruu355 persendirian lobai dia pula tangguh aka monteng.

      Delete
    2. Ini dinamakan permainan politik pak lebai.sesungguhnya memaksa orang menerima apa yang mereka tidak tahu menahu atau tiada usul periksa menerima adalah suatu tindakkan zalim manusia yang berpengaruh keatas manusia biasa.

      Delete
  11. Setelah saya meihat adegan Tun M dengan Dato Nazri semalam, saya berasa terpanggil untuk menjelaskan kenapa Dato Nazri berbuat demikian. Sebenarnya Dato Nazri menghormati Tun M sebagai bekas big bossnya dulu. Inilah tanda hormat yang diberikan kpd Tun M. Inilah adab. Adalah tidak beradab jika A
    Dato Nazri bertanyakan dulu soalan kepada bekas bossnya. Inilah budaya yang baik diamalkan dalam UMNO. Para pembangkang harus mencontohi akhlak orang UMNO. Dengan cara inilah kenapa rakyat perlu memilih UMNO sebagai parti pilihan pada PRU14 nanti. Semoga UMNO berkekalan memegang tampuk kerajaan di Malaysia.

    Nukilan Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat perlu menjadi walaun wala kepada sang lobai kerana pak lobai yang memegang kunci syurga dan kunci neraka.Disaat rakyat hendak tahu apa ruu355 iaitu undang2 persendirian puak lobai, boleh pula sang ularmak menangguhkan pembentangan kepada rakyat jelata.diluar lobai pong pang siapa x terima hukum undang2 persendirian maka nerakalah tempat mereka dan pada masa yang sama pak lobai mengundang seribu satu kekeliruan dengan perangai tangguh aka monteng.

      Delete
    2. 0136 Alumni universiti tahi babi.

      Delete
    3. Label ulama dan ustaz sape bagi??? Label berbagi sesama sendiri. Lepas tu syok sendiri.. Kikikiki..

      Delete
    4. .
      .

      Budaya yang di amalkan oleh UMNO ini lah yang menjadikan Pemuda pun jadi pondan dan tak tahu apa-apa pasal 1MDB dan hutang negara.

      Nak tanya pada Najib tak boleh sebab Najib lebih tua.

      Tanya soalan tak boleh tapi Nazri lah yang paling kuat mencela bos lama nya.

      Delete
    5. Mahathir dn Siti Hasmah meluat tengok muka Nazri. Mamat ni kurang ajar dn maki hamun Mahathir. Datang pun tidak diundang. Tk kn Mahathir lakibini nk bercakap dgn mamat tu????

      Delete
    6. Hormat haramjadah. Kat belakamg cakap baling gelas tak pecah, orang tua nyanyukla, macam2 hentam Tun kiri kanan, atas bawah, tu semua hormatla? Hormat kepala butuh!

      Inila orang yang tergamak gigit tangan yang menyuap dia dulu. Tak tau diuntung, tak tau nak berterima kasih.

      Delete
  12. Politik umnok dan pig adalah politik sesat.Rasis dan sentimen agama mereka hanya setakat cina yang pandai berpolitik sahaja.Kepada bangsa myanmar yang membunuh rohingya mereka x ada kata2 apa pun.begitu juga kepada pendatang asing dari nepal,bangla,pakistan,indon dan sewaktu dengannya.Ade ahwang x komplen dan x bangkang pon sistem ekonomi kapitalis umnok yang menyaksikan kemasukkan berjota-jota warganegara asing kedalam negara.sentimen agama dan bangsa hanya ditujukan kepada saingan politik semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya ade ahWANG membangkang puak yang berusaha penuh membawa berjota-jota pekerja kafirke dalam negara.Puak pig juga harus menolak pemimpin yang berkerjasama.dengan negara komunis china dan mengharamkan pemimpin yang bersalam tangan dengan pemimpin israel yang membunuh rakyat palestin.

      Delete
  13. Kalau semata2 pi nak jumpa kemudian cuma tanya itu sg perak...buang masa saja. Mujur TDM tak kata " tak tanya pun"

    He5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia hanye nak tunjuk dia berani...tu saje tujuan dia...mungkin dia tunggu dia dipelawa masuk bersatu...

      Delete
    2. Nak tunjuk berani. Ego tak nak orang kata pengecut, penakut, pondan tapi dek terlampau ego dah nampak tolol dan pandir pula.

      Delete




  14. Dulu DAP Bersetuju Dengan Agenda PAS, Sekarang Menentang RUU355 – Matlamat Menipu Pengundi


    Apa yang telah dipersetujui apabila Setiausaha Agong DAP menandatangani pengakuan ini?

    PAS mempunyai hak untuk meneruskan agenda Negara Islam mereka.”

    Mengapa sekarang DAP marah dengan PAS dan RUU355?

    Oleh kerana PAS sedang meneruskan agenda Negara Islam mereka.”

    Semuanya hanya kerana nak menipu pengundi bagi mendapatkan undi mereka.



    ABCD
    (Asal Bukan Cina Dap)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab hardy tipu dap...pru13 tak bincang pon pasal hudud mudud.
      Rahsia hadi nak ug dengan umno terbongkar..

      Delete
    2. Sekurang-kurangnya DAP tak rompak berbilion-bilion duit negara dan Felda.

      Akaun peribadi Kit Siang pun tak ada 2.6 bilion.

      Melayu yang meranapkan Felda.
      Melayu yang rompak Melayu.

      Delete
    3. Asal Bukan BN
      Asal Bukan PAS...

      KITA UNDI SAJA KALI INI.

      Delete
  15. 5.51 adalah contoh melayu bodoh demi melayu korup.

    Saya melayu bukan kleptocratic. Saya berpegang pada agama islam dan bukan pada mengidolakan manusia yang mencuri hak rakyat.

    ReplyDelete
  16. Entah2 si "foot in the mouth" Nazri tak bersalam pun dengan Tun M.

    Bukan reti bahasa budak mcm gengster itu. Biadap, kata orang.

    Dia tak sedor dia kena snub. Tapi dia yang muda, dia patut bersalam dan bertanya khabar.

    Kurang didikan dan bimbingan budak itu. Bapak dia pun dulu Pegawai PTD tabiat satu macam, kata orang. Bapak borek, anak rintik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan kata awak, dia biadap.

      Delete
  17. Sori terlewat nak komen pasal Team A and Team B dlm Umno, B runding RM1p bilion untuk Najib letak jawatan, apa kah kata2 Najib di bawah ini nak mendapatkan sokongan? -

    'Be proud of our police force'
    The Star Online

    KUALA LUMPUR: The sacrifices of the Royal Malaysian Police in maintaining the nation's safety and security must always be held in high esteem and respect, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Tapi memang betul, anggota PDRM harus di puji di atas pengorbanan masa dan kadang2 nyawa mereka.

    Aku gembira kalau Team B itu berjaya tapi tak setuju kalau tawaran RM10 bilion tu menyebabkan harta2 UMNO di jual.

    Sebab habis lah harta Melayu, walau pun dalam nama Umno.

    ReplyDelete
  18. .
    .

    Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia - Nazri.

    Dah elok-elok Tun jalan-jalan dan di tegur sapa oleh pengundi Padang Rengas yang Nazri termenggah datang tapi tak tanya tak bercakap, itu dah menganggu privasi Tun.

    Nazri ada masa 3 jam menunggu... Jangan percaya kalau ada mana-mana wakil rakyat kata tak ada masa atau mereka terlalu sibuk. Dal sibuk boleh berbini dua, tiga...

    Begitu juga alasan Lobai 37 kalah dengan memberi alasan di perlukan di Pusat dan sibuk dengan tanggung-jawab sebagai Ketua Pemuda.

    Masa yang betul-betul sibuk bagi Ahli Parlimen dan Adun ialah semasa berkempen di pilihanraya !

    ReplyDelete
  19. Shah,

    It took me 3 weeks to compile a list of graduates of Newcastle University Medicine Malaysia since its inception in gelang patah, johor.

    On behalf of all those who doubt the genuinity of an alumni of the said university, i wish to challenge this graduate to state ypur name, year of admission, faculty or course so that i can verify your status. Otherwise you have no shame and or a liar.

    I give you a week to respond failing which we can consider a goon dan tak tahu malu. Melayu apa penipu!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good job saudara anon 08.12...ini lah cara kita bahas, dan mematikan hujah org lain...dengan berasaskan fakta.

      Saya pernah hantam Khalid Samad palsu dlm blog ni pasal posting dia mengenai forex. Saya hujah guna fakta. Dia diam terus sampai hari ni.

      Saya gasak Sahabat@unknown 3 minggu lebih isu aramco. Akhirnya dia jawab. Jawapannya merapu, berbelit, MoU dan SPA pun tak tau beza. Akhirnya kita dapat menelanjangkan kebodohan dia, rupanya dia cuma tau baca, tapi tak faham...berlagak pandai lebih. Itu sbb saya kata kredibiliti dia dah masok longkang

      Delete
  20. Undi umno parti tertua
    Budak universiti muncul semula
    Sebab akhlak umno wibawa
    Tiada seleweng rakyat dibela

    2.6 masuk akaun menteri
    Muka tak malu rakyat khianati
    Minta rakyat sokongan diberi
    Masa yg sama kenakan gst

    Bila rakyat beri amanah
    Orang miskin hendakkan rumah
    Mereka mengharap hilanglah susah
    Tetapi berjuta menteri belasah

    Wang MARA peruntukan rakyat
    Untuk pelajaran kemahiran setempat
    Bukan sebagai wang korporat
    Tajaan bola menteri dah buat

    Harta negara banyak dilebur
    Orang lain buat dia menghancur
    Bersama keluarga pergi berhibur
    Berjuta seleweng kini dah bocor

    Kellie ini new village universiti
    Tapi yg baik dia tak reti
    Hanya yang buruk dia perhati
    He's number one sokong pencuri..





    ReplyDelete
  21. That person intruded upon dear Tun's space in Kuala Kangsar for one and only one reason which can be easily detected from his long presence earlier at MRSM Padang Rengas and his later remark on the Shah Alam debate next month: he wants the world to see that he has no fear whatsoever towards anyone including dear Tun. In short, he is the quintessential hero... All this is of course nothing more than what he views himself as since what others think of himself is totally, totally the opposite. Truly a sad figure - but then there is no surprise these days for Malaysia and the Malay community in particular from top to bottom and from one end of the country to the other is filled with tragic figures. It is the sign of the time?

    ReplyDelete
    Replies
    1. For your info MRSM Pdg. Rengas does not exist.

      Delete
  22. Salam semua.

    Debat tak jadi. Open secret....MTU tak bagi...anyone wanna bet with me?

    ReplyDelete
  23. Ikut adat Melayu dan agama, tetamu, walaupun tidak dijemput, sepatutnya memberi salam lalu menghulur tangan demi siratulrahim apabila mengunjungi tuan rumah.

    Begitulah perangai yang dah jadi tabiat bagi sesetengah orang UMNO. Bukan hanya yb pdg rengas yang mempunyainya malah kita acap menemui spesies-spesies UMNO ini dalam harian-harian kita.

    Kasar, biadap dan x tahu makna malu. Seolah-olah kurang mendapat asuhan yang betul.

    Lagi pun apakah relevennya siapa sepatutnya "memecah kebuntuan" dahulu kalau sitetamu adalah tetamu yang x dijemput, lebih-lebih lagi sitetamu x langsung memberi salam?

    Kalau saya, saya akan berasa amat malu. Malu kepada bahasa Melayu - hidung x mancung pipi tersorong-sorong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni malaysia smua olang boleh dtg maa. Manade tuan rmh? Haiyaa..
      Olang muda kena tegur org tua lebih dulu. Haiyaa.

      Delete
  24. DS Nazri turun padang rengas jumpa Tun sebab nak tgk ramai mana penyokong Bersatu kat saner:)

    ReplyDelete