Thursday, 2 February 2017

WAJAH2 PAS YANG MENGELIRUKAN


Baru semalam kononnya telah terjalin persetujuan untuk bekerjasama antara Pas dengan Bersatu bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Ia dikatakan harapan baru yang lebih cerah untuk melihat UMNO dan BN dapat dikalahkan.

Hanya ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi lagi sebelum persetujuan muktamad akan ditandatangai oleh Presiden kedua-dua parti,  Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sendiri dalam kenyataan medianya melahirkan rasa syukur dan gembira atas persefahaman yang dicapai semalam, sambil berharap dapat menandatangani perjanjian rasmi dengan Hadi dalam tempoh beberapa hari akan datang ini.

Namun, sementara Hadi masih berdiam diri dan tidak berkata apa-apa mengenai perkembangan semalam itu, lain pula nada yang kedengaran daripada mulut lain-lain pemimpin Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas, Mahfodz Mohamed berkata, Pas hanya akan bekerjasama dengan Bersatu sekiranya parti itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan Amanah.

Jika Bersatu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, maka kita tidak akan bersama dengan mereka, walau dengan apa alasan dan sebab sekali pun, ujar beliau.
Ini dah kira mengada-ngada dan mencipta alasanlah ni...bukankah Pas sudah tahu Bersatu ada perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan yang didalamnya sah ada DAP dan Amanah?

Maka, bagaimana mungkin diletakkan syarat mesti tinggalkan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas?

Lagi pula, bagaimana untuk menjadi kerajaan dan mentadbir Malaysia yang ada kaum Cina dan bukan Melayu kira-kira 35 peratus sebagai komponen masyarakat jika tidak bekerjasama dengan DAP?

Bagi Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki pula, kerjasama Pas dengan Bersatu itu masih jauh lagi perjalanannya, malah jika diteliti mungkin lebih banyak selekoh, simpang, lopak, lurah dan gaung yang harus dilalui sebelum perjanjian rasmi dapat dimuktamadkan.

Berikut adalah kenyataan beliau:-

Belum ada apa-apa keputusan muktamad daripada pertemuan tersebut. Cadangan-cadangan dari PPBM berkaitan dengan bentuk-bentuk kerjasama dengan PAS dan GAGASAN SEJAHTERA (GAGASAN), akan diteliti oleh Jawatankuasa PAS Pusat (JKPP) dan kemudian akan dibawa ke Majlis Syura Ulama PAS (MSU). MSU lah yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak.

Sebelum ini MSU telah memutuskan hubungan tahaluf siyasi (pakatan politik) dengan DAP, yang boleh difahami juga sebagai haram berkerjasama dengan DAP. Berdasarkan keputusan MSU itu, tidak mungkin PAS akan berpatah balik untuk menjalin kerjasama dengan DAP secara langsung atau tidak langsung. Perkara ini pasti akan menjadi asas untuk JKPP dan MSU membuat keputusan.

Selain daripada itu, PAS sudah komit bersama-sama blok GAGASAN. Sekiranya keputusan nanti, PPBM akan dibenarkan bekerjasama dengan PAS iaitu bermaksud menyertai GAGASAN, akan ada pula proses membuat keputusan selanjutnya, iaitu mendapatkan persetujuan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) untuk menerima kemasukan parti baru. Oleh sebab itu, resolusi semalam masih jauh untuk dimuktamadkan.

Dr Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Sementara itu, esok 3hb Februari, Hadi Awang dan Najib Razak sekali lagi akan bergandingan di pentas yang sama dalam majlis pelancaran kapal untuk menghantar bantuan makanan kepada umat Islam di Rohingya.
Majlis akan diadakan di Pelabuhan Kelang dan walaupun ia difahami tidak berkaitan dengan politik, tetapi kenapa  Hadi saja yang diajak oleh Najib untuk bersama?

Mengapa pula Hadi nampaknya lebih mudah menerima ajakan Najib, meskipun "kotor dan cacat celanya" Perdana Menteri itu menjadi bualan di seluruh dunia?

Apakah mesej di sebalik kehadiran Hadi esok sedangkan baru semalam Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mukhriz Mahathir dikatakan telah berjaya menjalin persetujuan kerjasama antara Pas dengan Bersatu?

Walaupun ada yang mengatakan saya tak berapa faham politik serta menyarankan agar berhenti menulis, saya sebenarnya membesar dalam suasana keluarga Pas serta pernah terlibat aktif dalam UMNO.

Untuk itu, rasanya saya cukup faham dengan watak dan perangai orang-orang politik ini, baik Pas mahupun UMNO.

Memang syukur dan Alhamdulillah jika perjanjian kerjasama dapat dimuktamadkan akhirnya antara Pas dan Bersatu, malah tentunya itulah harapan majoriti rakyat yang inginkan perubahan, tetapi selagi Pas dipimpin oleh Hadi, keyakinan saya tetap sama - ia tetap sukar menemui titik persamaan dan pertemuan demi pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti itu hanyalah membuang masa saja.

Bak kata pepatah - sekilas nampak ikan di kolam, dah tahu nak dimasak apa untuk dijadikan hidangan. (SH 02/02/2017).

138 comments:

  1. Dari situ kita boleh nilai mana satu pemimpin PAS yang jadi budak suruhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm PIS ni ada berapa org Napoleon? Cuba teka. :-)

      Delete
    2. Apa yg bersih tentang hadi?

      Delete
    3. Ramai giler TROJAN UMNO dlm PAS. Maklumlah rezeki ngajar agama melimpah ruah, sekali ceramah dpt kutip 20-50k. Duit free xpayah audit, syok woo joli katak ni.

      Joli sakan mcm artis tengah top mencanak naik nama gitu. Bila dah tua, barulah kalut mohon rumah PPRT.

      Delete
    4. Jika para sahabat Nabi Saw seperti Saidina Umar Ibni Khattab,Saidina Hamzah Ibni Abdul Mutallib,Saidina Khalid Ibni Walid dan Saidina Ali Ibni Abi Talib masih hidup sudah barang tentu Peminpin-Peminpin Pas yang berperangai begini pasti di pancung leher nya..............!!!

      Delete
  2. Padan muka jamal kena tangkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal jamban kena 117 kanun acara jenayah utk siasatan menceroboh premis niaga yg sah dan curi dalam bangunan.. Tu yg tv3 ckp td... Klu salah betulkan.

      Delete
    2. Biasa la tu, ada masa2 kena main wayang sikit.

      Delete
    3. Tak serik2 otak dirogol bergilir2 oleh media dan apparat geromboleh UMNO BN. Bila la nak sodar sikik..

      Delete
    4. labu labi....satu lagi...mencabul wanita dipremis itu...ada cctv yg rakam...

      Delete
  3. Ada tiga ekor dalam PAS yang amik dedak dari Najib. Cuba teka siapa....

    ReplyDelete
  4. Tuan budin, jangan le peduli sangat komen tentang politik tu..banyak bezanya dengan orang belajar politik dengan berpengalaman dalam politik...ibarat teori dengan praktikal, lain kesimpulannya walaupun subjek yang sama...
    Walaupun saya tak pandai politik, saya dapat lihat tindakan pas ni cuma sekadar melepaskan batuk ditangga aje..mereka bukan betul2 nak berkerjasama dengan ppbm, berbincang dengan syarat yg bukan2 yg pasti tak dapat di penuhi..sementelah itu berbaik2 dengan umno..come on lah...

    ReplyDelete
  5. bodohler bersatu kalau percaya kat pas. ingatlah pas bertanding bukan utk menang; tp utk menangkan bnumno. ini tlh pas buktikan bila pas letak calon dikerusi2 pkr yg menangkan bnumno.

    walau apapun, Amanah mesti letak calon dikerusi2 pas bg mengelakkan kemenangan percuma kpd bnumno.

    hingga kini pas gagal saman SR sptmn najib gagal saman wsj.

    ReplyDelete
  6. Aku dah kata dulu lagi.
    Pas ni parti syaitan
    bertopengkan Islam...

    ReplyDelete
  7. Aku betul2 naik muak dah tengok muka2 orang2 PAs ni,hati busok dan keji.....sejak dauhulu sampailah sekarang hidup puak2 ni asyik dok bertopengkan agama......menyampah sungguh2 aku..

    ReplyDelete
  8. tanda-tanda pru14 semakin dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 20:08.
      tepat. pru14 dah dekatlah tu.
      * annuar digantung jawatan.
      ini wayang opera cina.
      * minyak naik.
      dulu 20 sen.
      semalam 20 sen.
      jumlah 40 sen.
      dekat pru14 turun 40 sen.
      ini tektik menipu rakyat.
      * terbaru jamal ditangkap.
      ini wayang opera cina.
      apa pun, seronok bila baca.
      kalau salah 20 tahun penjara
      dan sebatan, berapa kali tak tahu.
      boleh sesiapa tolong
      bayangkan macam mana agaknya
      jika jamal tu kena sebat.
      coming soon. ramai lagi akan
      jadi kambing hitam. tunggu!
      kah... kah... kah...

      Delete
    2. Dalam Pru14 nanti.
      Mahyuddin
      Wan Azizah
      Lim Kit Siang
      dan Mat Sabu
      patut laung macam Anwar:
      "Hari ini Pakatan Harapan
      Menang esok minyak turun.

      Delete
    3. 20 54

      Dan tolong naik kan gaji pokok.

      RM1000 dah tak releven.

      Delete
  9. Semak aku tengok muka lebai hadi...
    Tak ada nur....
    Muka pembohong...

    ReplyDelete
  10. Dari geluk jampi aku, yg aku nampak pas nk perkuda bersatu. Pas akan bertanding di kawasan majoriti melayu, dgn faktor bersatu peluang pas untuk menang akan meningkat. Sedang kan bersatu pula di suruh bertanding di kawasan campuran yg peluang menang tipis. Klu ikut formula pas, maka Kelantan, trengganu dan Kedah akan balik di perintah oleh pas bersama dgn pertambahan kerusi parlimen. Krn bg pas, bersatu adalah alat utk mereka capai tujuan mereka... Fuhh..bravo!!! Genius!! Marvelous!!.... atau GET LOST!!!

    ReplyDelete
  11. "Jika UMNO mempunyai hubungan dengan MCA atau MIC , maka kita tidak akan bersama dengan mereka, walau dengan apa alasan dan sebab sekali pun, ujar beliau"

    Kalu Parti Bersatu syaratkan pd PAS mcm ni masok akal tak?
    Senang cerita, yang dok belit atas kepala LOBAI tu, bukannya kain serban, tapi ULAR kapak. AWAS!

    ReplyDelete
  12. Dah komen semlm..hari ne...eeeehhh..eehhh.. lupa ..PAS ne blom hbis keliling..,bab tu kerjasama blom dpt dicapai..tak dpt dinafikan..memang ada sstgh pemimpin parti ne..membusukan parti...dr awal nk khianat,tak mustahil terus jd pengkhianat..cakap party berprinsip...mana prinsip??????...paksa org ikut kehendak parti ini..nama nya kuku besi!!! Ketua lanun dah kamceng dengan ketua perompak.... lanun / perompak lain terpaksa @ dipaksa "wala"..hurmmm..klu dlm politik dipanggil "budak suruhan"...dlm pertubuhan kongsi gelap/ samseng dipanggil "anjing "..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...ada satu istilah lagi....balaci...sesuai utk jamal jamban and the gang

      Delete
  13. Lebai2 Pas mengelarkan diri mereka ulamak. Tapi kata2 dan tabiat serta tingkah laku mereke spert ular dalam semak.
    Klau tak berhati2 sprt djalanraya, akan dpatuk olih ular2 ni. Sprti ular lebai2 ni mana tahu makna integrity dn ckp berbelit2. Hadi akan KO perjanjian tu slepas pencuri 1mdb bgi amaran.

    ReplyDelete
  14. Cakap suka berdolak dalik
    Tahaluf siyasi sudah tak cantik
    Dulu kata abang dan adik
    Kini musuh selalu nak jentik

    Pelbagai syarat dia kenakan
    Sebab dah sama warna pakaian
    Mesti direstu parti Ikatan
    Parti Ikatan? Siapa pimpinan?

    Esok nak sama lancarkan kapal
    Mungkin tak sedondon orang dah mual
    Kalau dah kamcing Pakatan nak tinggal
    Toksah merayu pada yang bebal

    Lupa pada amanat dulu
    Umno dikafir masyarakat keliru
    Tak mintak maaf seluruh Melayu
    Muka selamba macam yang itu

    Rakyat dah sedar mana pilihan
    Tak mesti syurga kepala berserban
    Tak serban juga percayakan tuhan
    Sokong perompak bertambah beban..



    ReplyDelete
  15. Bersatu...tolonglah berhati2 dengan pas munafik. U always have to be three steps ahead when dealing with these munafikun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas ni berangan nak memerentah negara takut Kelantan yang dikendong akan cicir. Dah elok dalam pakatan apa perlunya marah kepada DAP kerana tak sokong RU 355 kerana itu hak mereka. Nampak sangat Pas ni tidak ada keikhlasan dalam usaha untuk tumbangkan BN. Sekarang ni bukan kita keliru tetapi ahli2 Pas dah mula fikir berkali bolih diandaikan sebagai Abdullah Ubai.....yang mengetuai PAS....

      Delete
  16. .

    Kalau dah begitu syarat nya siapa lah dalam PAS yang gatal masih teruskan rundingan.

    Ada yang kata Hadi tahu dan tidak bantah !

    Jika betul lah, mereka yang terlibat mewakili PAS harus dikenakan tindakan keluar bertindak atas nama parti.

    Atau PAS ada dua kumpulan ?

    Jika dua kumpulan, kumpulan mana yang mesti wala pada kumpulan yang satu lagi ?

    Kumpulan yang mana benar-benar mewakili kehendak majoriti ahli nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Kali ini ada tanda-tangan ..
      Ada nama. Ada jawatan.

      Pun boleh pusing cakap ..

      Delete
  17. "Pas hanya akan bekerjasama dengan Bersatu sekiranya parti itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan Amanah."

    Ayat keramat dari ulama PAS, amat kecewa baca statement seperti ini, kita berlapang dada tidak mahu buruk sangka terhadap PAS tetapi ini pula mereka pulangkan paku buah keras.

    Amat kecewa! Walaubagaimanapun kena tunggu kenyataan Tun sebelum kita mengerakkan tindakan selanjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Tun kan dah kata..

      Apa alasan pun.. mereka yang tidak bersama dengan pembangkang adalah yang nak memenangkan Najib.

      Delete
  18. Dah agak dah. Itulah wajah PAS yang sebenar. Parti yang tidak tetap pendirian. Parti yang was-was. Tiada jawapan yang PASti dari PAS. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Jika termeterai pun perjanjian dengan PPBM, PAS boleh memutuskannya dengan mudah tanpa berfikir panjang. Kata dua terletak pada pemimpin wahid PAS iaitu Ayoh Chik Hadi Awang. Kalau hitam katanya, maka hitamlah semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Itu kita yang cakap.

      Tapi yang pro Najib akan cakap PAS konsisten berpendirian .


      Tapi percaya lah mereka pun sangsi dengan Hj Hadi. Pendirian Hj Hadi macam taugeh ..

      Delete
    2. Kalo hitam kata boleh tahan lg bro, tapi kalo dah hitam hati mcm siri kat oasis 106 tu, cemana?..

      Delete
  19. pas dah kurang tokoh, ceramah pun tak menarik ramai orang, macam-mana kata pengaruh kuat untuk tawan 4 negeri, lepas PRU nanti ramai yg bersara nanti terutama hadi, yg lain hilang kerusi Adun, Parlimen

    ReplyDelete
  20. PAS tak sincere lah

    ReplyDelete
  21. "Lagi pula, bagaimana untuk menjadi kerajaan dan mentadbir Malaysia yang ada kaum Cina dan bukan Melayu kira-kira 35 peratus sebagai komponen masyarakat jika tidak bekerjasama dengan DAP?"
    Tiada masalah bagi PAS. Kerjasama dgn MCA dan Gerakan bukankah elok?
    Ye ke idok?

    ReplyDelete
  22. Pas memang makan keliling
    Partinya islam cakapnya keling
    Tuan presideng suka berpusing
    Pada najib jugak dia nak menjeling..

    ReplyDelete
  23. Penasihat DAP, Lim Kit Siang kini dilihat seolah-olah telah ‘dibeli’ oleh Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad.

    Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa, tindakan Kit Siang juga kini dilihat terlalu ‘menjaga’ Mahathir dan mengikut telunjuknya sahaja.

    “Kit Siang kini telah diikat oleh Mahathir, sayapnya telah dipatahkan serta hilang sudah taringnya malah ramai juga menganggap dia telah ‘dibeli’ pengerusi PPBM itu.

    “Sebagai contoh, mengenai skandal Bumiputera Malaysian Finance (BMF) dan Forex yang melibatkan Mahathir, dia (Kit Siang) hanya mengambil langkah berdiam diri sahaja,” katanya.

    Menurut Tunku Aziz, ketika skandal itu berbangkit, pendirian Kit Siang amat konsisten dan pernah menggelar Mahathir yang kini sekutu kuatnya sebagai penyangak.

    “Kit Siang terpaksa berlembut dengan Mahathir walaupun pernah menggelar pemimpin itu penyangak.

    “Namun Kit Siang sehingga kini masih berdiam diri dalam skandal BMF yang ada kena mengena dengan Mahathir.

    “Justeru, saya minta Kit Siang nyatakan pendiriannya mengenai skandal yang dikaitkan dengan pentadbiran Mahathir selama 22 tahun, demi ketelusan dan akauntabiliti yang diperjuangkannya selama ini,” katanya.

    Tunku Aziz hairan mengapa sehingga hari ini Kit Siang tidak bersuara dalam isu berkenaan sedangkan beliau antara pemimpin paling lantang menuntut supaya Mahathir disiasat berhubung skandal BMF.

    Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff mendesak satu kertas siasatan dibuka berikutan dakwaan CIA, wujudnya penyelewengan membabitkan BMF dan Forex semasa era pemerintahan Mahathir.

    Sementara itu, beliau juga sempat memerli tingkah laku Kit Siang mengenai skandal ini dan mengatakan dia kini sudah menjadi seorang yang ‘pemalu’

    “Dia sebelum ini sangat lantang bersuara mengecam tindakan Mahathir satu ketika dulu kini sudah menjadi seorang yang sangat pemalu,” katanya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cerita lama bro,Lim kit siang sudah berbaik2 dengan mahathir setelah menyedari ada penyangak yg lebih berbahaya masakini cuma dia konfius tentang tunku ni bekas ahli parti dia yang lebih sudu dari kuah..

      Delete
    2. Aku pun konpius dgn tunku Aziz tua kutuk ni.. Mentang3 dh dpt jawatan dlm SPRM yg makan gaji buta, maka citer zaman Tok Adam nk do jaja nya pd boss nya bijan supaya nampak relevant, dh leh sambung contract lg kt SPRM lps ni. Aku syak dia ni naturalize Malaysian asal Singapore, krn tak fasih berbahasa melayu.org mcm ni klu Kita jumpa Kita baling taik ke muka dia.

      Delete


    3. Usahlah ambil pandangan Tunku Aziz ini. Siapa dia? Dia di angkat sebab sekejap dalam DAP. Lebih baik lagi ambil pandangan dari Sheikh Kadir.

      Delete
  24. Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memanggil Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan terlibat dalam skandal dengan seorang wanita.

    Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dipanggil dalam masa terdekat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIJ setelah pihaknya menyerahkan semua dokumen berkaitan kes berkenaan kepada jabatan tersebut hari ini.

    “Saya difahamkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM untuk beliau cukup syarat memanggil Tan Sri Muhyiddin.

    “Fail berkaitan kes ini juga telah dibuka dan diteliti dan pihak kami akan bantu untuk salurkan segala dokumen dan bukti. Justeru, JAIJ akan panggil Tan Sri Muhyiddin untuk bantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya yang hadir untuk memberi keterangan dan menyerahkan dokumen dan bukti mengenai kes tersebut di Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, di sini sebentar tadi.

    Azwanddin tiba di pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAIJ pada pukul 10.45 pagi dan meluangkan masa selama setengah jam bertemu Shaiful Najib.

    Pada 2 September tahun lalu, Azwanddin menggesa Muhyiddin memfailkan saman terhadap peguam, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Datuk Nika Gee Siew Yee kerana melibatkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes perceraian berprofil tinggi pasangan berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe.. Lepas ni album ziana zain Kita lancarkan balik ke pasaran.. Tik for tat.

      Delete
    2. .

      labu labi

      Belajar angkat kening sebelah.

      Buat bila tuan depan Najib atau Ros.

      Hubungan sulit apa lah yang sampai berdokumen-dokumen ni ?

      Yang terang-terang pun tak tangkap nak tangkap yang sulit.

      Delete
  25. yidin tak ada teloq ka dok merayu pas.orang dah tak mau terhegeh-hegeh.Buat keputusan muktamad tanpa pas, rancang strategi berkesan untuk hadapi BN/Pas.Takut apa menang kalah bukan Pas yang tentukan tetapi Allah . Tak percaya kat Allah ka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Yakin baru kawan dan lawan hormat. Jgn nk alat pd org lain. Walau yg daftar pribumi tu sikit, yg sokong tp lum daftar lg ramai.

      Delete
  26. Inilah yang dinamakan strategi MAKAN KELILING. Pusing pusing tapi tak mustahil kena pancing , ujung-ujung PBBM kena kencing kencing kencing , last PAKATAN HARAPAN pun bau HANCINGGGGGGGGG......AWASSSSS....

    ReplyDelete
  27. Kemana Menghilangnya Mahathir?
    Minggu lalu, antara perkara yang paling hangat diperkatakan adalah pendedahan laporan siasatan pihak CIA terhadap skandal penyelewengan Bumiputra Malaysian Finance dan kehilangan USD $ 10 bilion dalam skandal Forex. Kedua-dua isu ini nyata menyesakkan Tun Dr Mahathir sehingga beliau mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sekadar penafian semata-mata.

    Lebih melucukan, Mahathir juga bertindak menunding jari kepada kerajaan kononnya ini adalah satu konspirasi mahu memburukkan namanya. Tidak ketinggalan, “zikir” wajib Mahathir yang turut sama mengaitkan isu membabitkan 1MDB dengan kedua-dua skandal yang telah didedahkan kepada umum.
    Setelah diselamatkan seketika sempena Tahun Baru Cina, penghujung minggu lalu, tiada lagi kelibat Mahathir atau setidak-tidaknya beliau mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kedua-dua isu ini. Timbul juga persoalan, kemana menghilangnya Mahathir? Kenapa secara tiba-tiba Mahathir senyap seribu bahasa?

    Jika ada sesiapa yang perasan, sepanjang penentangan Mahathir keatas kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib, boleh dikatakan, setiap hari, pasti akan ada kenyataan-kenyataan berunsur fitnah diterbitkan. Namun, setelah pembongkaran dua skandal ini, buat pertama kalinya, Mahathir hilang entah kemana dan langsung tiada sebarang kenyataan untuk hari keempat berturut-turut.

    Adakah Mahathir kini sedang mencari ilham untuk menjawab segala persoalan yang sedang berlegar-legar? Adakah Mahathir kini sudah ditahan oleh pihak CIA sehingga beliau tidak mampu untuk berkomunikasi seperti biasa? Adakah Mahathir terpaksa mengikut nasihat sekutunya untuk mendiamkan diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung skandal-skandal ini?

    Jangan ingat, rakyat akan mudah melupakan apa yang telah dilakukan oleh Mahathir selama ini. Sehingga hari ini, langsung tiada sebarang penjelasan kukuh kemana hilangnya lebih RM 45 bilion yang dilesapkan Mahathir hanya dalam dua skandal ini.
    Andai Mahathir mempunyai jawapan tersendiri dalam kedua-dua kes ini, Mahathir juga berhutang untuk menjawab kemana hilangnya wang yang dilaburkan kedalam Perwaja Steel, Proton, MAS dan banyak lagi entiti berkaitan kerajaan yang dilaporkan telah dilesapkan tanpa sebarang siasatan dan pendakwaan.

    Mahathir juga perlu menjawab, adakah pemilikan lebih 200 syarikat yang kini sedang diusahakan oleh beliau dan anak-anaknya berasaskan modal yang sah dan bukannya modal yang dikaut hasil penggelapan lebih RM 45 bilion yang kini cukup hangat diperkatakan.

    Mengambil pendekatan diam tidak boleh menyelesaikan masalah. Seluruh dunia tahu bahawa Mahathir adalah seorang pemimpin yang berani untuk bersemuka dengan dunia. Mana mungkin kali ini Mahathir akhirnya menemui rasa gentar dan takut untuk menjelaskan, apa yang sebenarnya berlaku di dalam BMF sehingga mengorbankan Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim dan kehilangan RM 44 bilion dalam Forex.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lg tangkap tun dan kami2 sekali tp skandal balak Dan xxx najib pun kena masuk mahkamah jgk la.klu nk korek kisah lama..kisah lama dia jd playboy kt londan masa jd student pun akan kami bongkar.Tok sah citer la kisah xxx dia dgn berapa betina...tit for tat..viral je kt YouTube.

      Delete
    2. .

      Hoi !

      Dah tahu mengambil pendekatan diam tidak boleh selesaikan masalah tangkap lah bawak masuk mahkamah.

      Apa salah 200 syarikat keluarga Mahathir jika di banding kan dengan 1MDB yang bukan kepunyaan Najib tetapi di guna oleh anak-anak Najib dan Isteri Najib?

      Pasal modal yang kononnya hasil penggelapan lebih RM 45 bilion ?

      Kalau modal RM 45 billion tak payah susah-susah nak bukak sampai 200 syarikat? Satu syarikat cukup .

      Tapi dengan RM 45 billion majlis perkahwinan anak-anak tak pulak belanja hiasan bunga sampai RM 1 juta, tak pulak Hasmah pakai cincin 3 juta.. tak pulak tempah baju dengan pereka fesyen Australia.

      Kira mereka anak beranak cukup berjimat .. berapa jumlah harta mereka sekaramg ?

      Delete
    3. bodoh punya balaci pemakan dedak....tak payah nak kaitkan mahathir dengan skandal BMF laaa....buta sejarah ke apa??? BMF meletup sebelum mahathir jadi PM....bodoh tak boleh nak ajar....

      Delete
    4. This does not mean you are holier-than-thou

      Delete
    5. Bahan sulat khabar lama nilai $0.30 Sen dijadikan tisu jamban untuk memburuk-burukkan Tun Mahathir.

      Sulat Khabar lama..sulat khabar lama..!!!

      Delete
  28. Pemahaman Agama Mahathir Dan Kit Siang Setaraf
    MASIHKAH anda ingat permusuhan diantara Lim Kit Siang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sebagai berkerat rotan berpatah arang? Namun kini kedua-dua mereka amat “akrab” atas dasar memusuhi pihak yang sama walaupun “perjuangan” mereka jauh berbeza.Kini kedua-dua mereka juga seolah-olah mempunyai pemahaman agama yang setaraf. Masihkah anda ingat berkenaan isu penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang majoritinya Melayu sehingga menyebabkan Hasan Ali dibuang dari parti PAS apabila menguris hati DAP berkenaan isu tersebut?

    Menurut sumber, Mirzan Mahathir telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings, yang telah melabur dalam San Miguel Corporation. Untuk makluman, San Miguel adalah sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filipina.

    Malah beberapa pihak turut mendakwa Lim Kit Siang dan Mahathir mempunyai pendirian yang setaraf dalam isu perjudian. Beberapa tahun yang lalu, sambutan Hari Jadi Mahathir dikatakan ditaja sepenuhnya oleh pemilik syarikat perjudian terbesar di negara kita. Menurut sumber tersebut lagi, Mahathir seolah-olah mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut yang mendorong mereka untuk mengadakan jamuan secara besar-besaran itu.

    Kita juga amat maklum bahawa perhimpunan haram jalanan Bersih yang dianjurkan oleh NGO pro pembangkang memperjuangkan kebebasan lesbian, biseksual, gay dan transgender(LGBT). Mahathir telah membuktikan bahawa beliau mempunyai fahaman yang sama apabila beliau sanggup turun ke perhimpunan haram tersebut untuk berjuang dengan landasan yang sama dengan Lim Kit Siang.

    Selain daripada itu juga, gambar anak-anak Mahathir yang dikatakan memilih cara hidup songsang tersebut turut viral di media sosial. Mereka juga dilihat semakin berani mempamerkan gaya hidup tersebut tanpa sedikit pun ragu-ragu dan tanpa perasaan bersalah kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita.

    Lim Kit Siang dan Mahathir bukan sahaja setaraf dari segi pemahaman agama, malah cara penyakit ingatan terpilih dan salah ingatan dengan memutarbelitkan kebenaran turut setaraf.

    Contoh ingatan terpilih Mahathir berdasarkan kenyataan beliau dalam buku “Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” oleh Tom Plate. Dalam buku itu, bekas perdana menteri itu dalam wawancaranya berkata dia telah menemui semua pemimpin pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap menjelang Operasi Lalang tahun 1987.

    “Dan awak tahu apa yang polis buat? Polis menangkap mereka. Habis kredibiliti saya,” kata Mahathir dalam wawancara itu.

    Ketika itu, Lim Kit Siang memberikan kenyataan yang berbeza pula, “Saya tidak pernah bertemu Mahathir dan dia tidak pernah memberikan jaminan kepada saya bahawa saya tidak akan ditangkap sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, walaupun sehari sebelum itu saya telah bercakap di Parlimen bagi membahaskan bajet 1988,” kata Lim.

    Kini PAS membuat kenyataan bahawa sejak Lim Kit Siang berkawan rapat dengan Tun Mahathir, ingatan beliau juga semakin berpilih-pilih. Nampaknya ingatan berpilih-pilih Mahathir kini berjangkit pada Lim Kit Siang pula.

    Memang menyedihkan apabila Mahathir kini telah meletakan diri beliau setaraf dengan Lim Kit Siang yang pernah beliau benci pada satu ketika dahulu. Pesan orang tua-tua dahulu kala, jangan benci sangat nanti jatuh terlalu sayang pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la macam hadi..dulu kata ameno kafir, skang siap berpegangan tangan dengan najib ameno..satu lagi,sejak dia kawan ngan najib, dia pun cakap pusing2 mcm najib..tak perasan ker..

      Delete
    2. Hurmm..lain topik/ lain isu org ketengahkan lain ko ni komen...kau belajar dr siapa ni..klu nk betauladankan Umnok bagus tak payah...ok..kau cakap pasal Forex/BMF ke yg Umnok kaitan dgn TM...dah buat laporan SPRM ke..bila nk siasat..NajisBadak ada telor ke...kemana NajisBadak masa kes berlaku...apa dia buat???? TM dah beri penjelasan..tapi klu dekat tv 3 suku..Rancangan Tipu Masyarakat..kelentong shje....IMBD vs BMF..kes yg jauh berbeza...tak perlu saya huraikan disini...jgn kau ikut jd penikus macam MOI..saya bpendapat klu nk siasat sila lah..tapi tak perlu berat sebelah..hemmm..hampas

      Delete
    3. .

      Apakah kita juga akan mengungkit keburukan Najib sekira nya Najib insaf dan menjadi orang yang rajin melaksanakan ibadat. Malah boleh membaca Al Quran dengan baik sekali.

      Tiba-tiba Zahid melakukan kezaliman seperti apa yang Najib buat, lalu Najib bangun dan lawan, adakah kita dedahkan siapa Najib satu ketika dulu ?

      Ya.

      Sebab kesan perbuatan dan kejahatan Najib sungguh dahsyat di banding kan dengan kesalahan Mahathir.

      Makan minum rakyat, tidak di jaga oleh Najib.

      Perubatan dan pendidikan, di dipertaruhkan oleh Najib.

      Rasuah dan dedak menjadikan Malaysia negara rasuah.

      Agama telah di politik kan ikut suka Najib. Sejahat-jahat Mahathir mempersoalkan hukum dia masih pertahan kan Islam. (Baca tulisan MAZA mengenai anti Trump)

      Delete
    4. Siapa pemegang stake Terbesar Pusat Perjudian Genting...??? Hasil yg dimakan turun temurun sampai ke cucu2nya termasuk Najib Razak & Hishamuddin Hussein. Jawab..jgn tak jawab....!!!!

      Delete
  29. Lima isu utama 2017: Punca dan solusi
    Isu 1: Krisis Keyakinan / Gejala Rasuah

    “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” (An-Nahlu: 90)

    Menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2016, Malaysia berada di kedudukan 55 daripada 176 negara, berbanding di kedudukan 54 pada tahun 2015. Manakala ukuran skor Malasyia merosot kepada 49, berbanding 50 pada tahun 2015. Di peringkat ASEAN, Malaysia berada jauh di belakang Singapura (ke-7) dan Brunei (ke-41).

    Terdapat beberapa kes rasuah berprofil tinggi disiasat oleh SPRM pada tahun 2016, cth. Ops Water Sabah, KSU, Tekun, Bank Rakyat, JKR Melaka, Tabung Haji. Namun, tanpa pendakwaan, tangkapan tidak bermakna.

    Malah perlu diingat, beberapa kes rasuah berprofil tinggi pernah ditutup kes, digugurkan daripada pertuduhan dan diampunkan cth. 1MDB, PKFZ, Erik Chia, Kasitah Gaddam, Khir Toyo, NFC. Jika diteliti, semua penangkapan ini diambil sebelum PRU, manakala keputusan penghakiman dijatuhkan selepas PRU.

    Antara punca wujudnya krisis defisit keyakinan terhadap PM / Kerajaan adalah:

    Kekurangan integriti, moral dan kejujuran pemimpin cth. gaya hidup mewah, janji tidak ditepati dsb.
    Kekurangan simpati, empati dan pemikiran logik pemimpin cth. seloka GST, pemotongan subsidi minyak, tol, minyak masak dsb.
    Kegagalan menangani skandal korporat cth. 1MDB (laporan BNM, Jabatan Audit, SPRM, PAC, derma 2.6 bilion), dan FGV / FELDA (kerugian, pembelian PT Eagle High) dsb.

    #InilahPenyelesaianKita

    Sebagai penyelesaian terhadap Isu 1, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

    Memilih dan melantik pemimpin yang adil untuk jawatan utama cth. Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Pengerusi GLC dsb.

    Dalam sistem pemerintahan Islam, wujud sebuah institusi yang sangat penting iaitu Hisbah. Hisbah diwujudkan bagi mengawalselia bukan sahaja terhadap hasil dan perbelanjaan, bahkan dilakukan juga terhadap pemimpin yang mengurusnya (TGHA, Perbahasan Bajet 2016).

    Kebebasan institusi dan polisi ‘tiada tolak-ansur’ (zero-tolerance) terhadap rasuah, dengan memberikan kebebasan kepada SPRM dan Peguam Negara untuk menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah, tanpa mengira pangkat dan darjat.

    Membentuk suasana yang lebih demokratik di dalam Kabinet dan Parlimen - agenda ‘Pendemokrasian Kabinet’ - iaitu mengurangkan pemusatan kuasa yang sangat besar kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan (#MO1).

    Setiap Menteri wajar menunjukkan teladan dengan pemotongan 10%-20% gaji bulanan, serta memulangkan elaun minyak, tol, percutian, dan keraian, supaya dapat merasai denyut nadi rakyat bawahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu & punca utama rasuah & penyelewagan adalah bila orang yg sama menjawat terlalu lama jawatan PM, Men Kewangan & Ketua Penasihat 1MDB.

      Delete
    2. Hadi suruh lantik puak syiah mcm dia ke kabinet..
      Aku yakin kabinet dapur...he he.. Talak baca punya olang!!!

      Delete
    3. .
      .

      Nak buat penyelesaian dengan perkara-perkara yang baik tetapi berkawan berketuakan si jahat.

      Delete
  30. Isu 2: Ancaman Kedaulatan – US vs China

    "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)” (An-Anfal: 60)

    Malaysia sebelum ini bersungguh-sungguh untuk menyertai TPPA, walaupun dibantah banyak pihak atas faktor pertembungan geo-politik berbanding manfaat ekonomi yang minima. Terkini, Amerika Syarikat sebagai ‘broker’ utama perjanjian tersebut telah menarik diri daripada TPPA, sejurus kemenangan Presiden Trump.

    Semakin banyak projek mega diserahkan kepada syarikat China, sebahagian daripada polisi ‘One Belt One Road’ (OBOR) oleh China, terdedah kepada risiko pertembungan geopolitik di antara China dan Amerika cth. HSR, ECRL, Bandar Malaysia, Iskandar dsb.

    Konflik pertindihan wilayah di Laut China Selatan yang melibatkan tuntutan Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam dan China terhadap Kepulauan Spratlys dan Paracels, bakal menggugat kestabilan diplomatik di rantau ini. China dilihat semakin agresif dalam tuntutan wilayah tersebut dan Amerika mula mencampuri urusan ketenteraan di rantau ini, meletakkan Malaysia di kedudukan yang sangat rumit dan perlu ditangani dengan cermat.

    #InilahPenyelesaianKita

    Sebagai penyelesaian terhadap Isu 2, TGHA telah menggariskan pendirian PAS dan mengemukakan saranan kepada kerajaan mengenai rundingan TPPA dan kedaulatan negara, antaranya:

    Menolak campurtangan asing dalam urusan politik dalam negeri.

    TPPA menggugat kedaulatan dan undang-undang Malaysia, melibatkan pindaan 26 akta dan beberapa pekeliling Kerajaan supaya ’patuh-TPPA’.

    Kepentingan Malaysia wajar dilindungi secara Masyarakat Madani di peringkat global, iaitu agenda memperkasakan ASEAN (1 Rantau), OIC (1 Ummah), dan NAM (1 Kemanusiaan), tanpa bermusuh dengan sesiapa dan tidak berpihak kepada sesiapa.

    Mengelak daripada terlalu bergantung kepada sesebuah negara untuk menarik pelaburan sahaja dalam sektor strategik dan projek infrastruktur utama negara cth. pengangkutan, air dan elektrik, perumahan dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dan kena tumbuk rusuk (makan budi/persen) bila dia meminjam duit drpd dana Yahudi & China Komunis. Tanah & maruah negara habis tergadai & terjual.

      Delete
    2. Najib bukan nk kena tumbuk rusuk,tp tumbuk tedus ke hati.. Krn benak sgt2.

      Delete
    3. Benak kerana dedak!!!

      Delete
    4. .
      .

      23 02

      Kelakar lah.

      Kali ini kelakar.

      Kepentingan Malaysia wajar dilindungi secara Masyarakat Madani di peringkat global, ..

      Sendiri jaga lah !

      Negara lain pun tak terdesak sampai macam itu.

      Politik tu macam angin. Kat mana-mana pun ada. Nak tolak macamana ? Cakap tak pakai otak. TTPA tu politik ke atau ekonomi ?

      Mana ada politik di situ ada ekonomi. Begitu lah sebalik nya.

      Pemimpin mesti bijak memilih dan tidak mudah tunduk pada tekanan. Ada gaya tersendiri yang poaitif.



      Delete
  31. Isu 3: Kelembapan Ekonomi / Kejatuhan Ringgit

    “Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.” (Yusuf: 47–49)

    Pertumbuhan ekonomi 2017 diunjur malar (4%-4.5%), inflasi terus menjalar (2%-3%), pengangguran semakin menular (3.5%), dan ringgit hilang kadar (RM4.50/USD). Rakyat juga berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan kenaikan cukai dan kenaikan harga yang perlu dibayar, menyebabkan tabungan semakin sukar dan hutang isi rumah kian melebar (88% KDNK).

    Kerajaan dijangka akan menanggung defisit fiskal berjumlah RM40.3 bilion atau 3.0% kepada KDNK, meneruskan rekod defisit fiskal berturut-turut sejak 1998. Kutipan GST yang lebih tinggi pada tahun 2017, iaitu RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion pada tahun 2016 (cukai yang dikenakan pada semua barangan dan semua orang). Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga Jun 2016 berada pada paras RM655.7 bilion (53.2% KDNK).

    #InilahPenyelesaianKita

    Sebagai penyelesaian terhadap Isu 3, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

    Memperluas program waqaf bagi membangunkan dan membiayai tiga sektor penting dengan penglibatan pihak korporat dan individu bersama kerajaan, iaitu pendidikan (sekolah, IPTA, IPTS), kesihatan (klinik bergerak, pusat dialisis, pusat terapi, rehabilasi), dan infrastruktur (jalanraya, jambatan, air, elektrik, pusat rekreasi).

    Memperkenalkan cukai baru yang dikenakan kepada golongan kaya sebagaimana yang terkandung dalam Dokumen Hijau dan diamalkan di beberapa negara maju cth. Cukai Tambahan, Cukai Simpanan, Cukai Transaksi Saham, Cukai Keuntungan Modal.

    Membangunkan sektor keusahawanan dan inovasi sebagai penyumbang utama ekonomi negara cth. dana usahawan muda, usahawan tani, mengarus-perdanakan kerjaya vokasional, memposisi Malaysia sebagai Hab Industri Kreatif Islamik, mengawalselia perkhidmatan UBER/Grab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib & Rosmah kena tahan diri jangan asyik2 nak holiday shopping luar negara dan kurangkan guna jet mewah kerajaan yg menelan berpuluh juta untuk satu penerbangan. Selain itu, pembantu2 & babu2 khas di Kediaman PM & FLOM hendaklah dikurangkan.

      Delete
    2. Hadi faham ke idok yg GST 6% tu adalah bunga pinjaman 1mdb ygy najib pinjam dr banker yahudl keparat utk Bini dia shopping Dan anak tiri berjudi fi Vegas...sapa yg tolong bayar... Kita lerrr..semua rakyat Malaysia miskin dan kaya.

      Delete
  32. Isu 4: Kenaikan Inflasi / Kos Sara Hidup

    Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah pengurangan subsidi dan pemotongan peruntukan penting dalam Bajet 2017, khususnya pengurangan 10.4% peruntukan subsidi dan bantuan sosial, iaitu RM22.4 bilion berbanding RM25 billion pada 2016.

    Harga minyak petrol dan diesel diapungkan secara terkawal, kesan daripada dasar rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Ketiadaan peruntukan untuk pampasan konsesi tol menunjukkan kemungkinan kenaikan tol pada tahun 2017. Di samping itu, subsidi minyak masak dan keperluan asas lain telah mula dihapuskan, membawa kemungkinan kenaikan harga makanan di pasaran.

    Selain itu, bajet untuk universiti awam turut dikurangkan ke paras terendah sejak 2011 iaitu sebanyak RM6.2 bilion (kurang 20%), manakala beberapa agensi kerajaan yang penting turut menyaksikan pengurangan bajet antaranya JAKIM, BTN, MKN. Apa yang lebih dikesali, tiada peruntukan khusus untuk projek tebatan banjir di Kelantan dan Terengganu serta fenomena ombak besar di pantai barat, yang keperluannya sangat mendesak.

    Di samping itu, antara yang sering dilaungkan adalah pemberian BR1M yang dinaikkan daripada RM450 hingga RM1,200 yang akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

    Walaupun Perdana Menteri menyatakan BR1M bukannya rasuah, tetapi dengan jumlah penerima yang terus meningkat dan mencecah lebih 55% daripada jumlah pengundi berdaftar, ia suatu angka ‘deposit undi’ yang sangat signifikan bagi pihak Kerajaan.

    Ini ditambah pula dengan penerima baucer buku seramai 3.5 juta murid, kad debit IPTA seramai 1.3 juta pelajar, bantuan rakyat termiskin kepada 69 ribu keluarga, bantuan warga emas kepada 120 ribu penerima, bantuan OKU kepada 150 ribu penerima, projek bekalan air di 42 perkampungan orang asli, kenaikan elaun imam kepada 15 ribu penerima, kenaikan elaun guru KAFA kepada 33 ribu penerima, bantuan musim tengkujuh kepada 440 ribu pekebun dan penoreh getah, elaun sara hidup kepada 57 ribu nelayan, projek bekalan air kepada 5,200 keluarga peneroka FELDA, serta subsidi padi berjumlah RM1.3 bilion.

    Kesemuanya ini akan memanfaatkan jutaan penerima secara langsung dan membentuk segolongan masyarakat yang terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan, khususnya di kalangan segmen B40 dan penduduk luar bandar.

    #InilahPenyelesaianKita

    Sebagai penyelesaian terhadap Isu 4, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

    Mengutamakan Perbelanjaan Yang Perlu

    Mengurangkan kebergantungan hutang negara (hutang Kerajaan Persekutuan 53% KDNK, hutang Isi Rumah 87% KDNK)

    Mengukuhkan aspek modal insan (human capital) iaitu kualiti pendidikan rendah, menengah dan tinggi dalam negara serta akses penjagaan kesihatan rakyat (kawalan wabak, kesihatan kanak-kanak, wanita, warga emas), di samping memperluaskan aspek pemangkin (enablers) iaitu perumahan, infrastruktur dan ICT.

    Menghormati prinsip federalism dalam aspek agihan peruntukan dan bantuan per kapita. Kelantan tidak disebut secara spesifik dalam ucapan bajet kecuali projek baikpulih jalan keretapi dan ECRL. Tuntutan royalti Petronas untuk Kelantan & Terengganu perlu terus diperjuangkan seperti Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maju ke Kelantan bawah pas bertahun2..berapa banyak peluang kerja baru di cipta oleh kerajaan pas Kelantan? Nk tampung deficit belanjawan g tebang balak..smpi org asal pun tak leh cri makan..ni model ekonomi pas... Budak tadika lg cerodik.

      Delete
  33. Mewujudkan Dana Insuran Pemberhentian Kerja

    Malaysia memerlukan dasar jaringan sosial (safety net) yang komprehensif sebagai langkah jangka panjang untuk melindungi rakyat yang terjejas dengan pemberhentian kerja atas faktor kelembapan ekonomi, cth caruman dalam bentuk tabarru’ dan takaful oleh majikan dan pekerja untuk insuran pemberhentian kerja (unemployment insurance) atau program latihan-semula (reskillilng)

    Program Mampu Memiliki Rumah (Affordable Home-Ownership) alternatif kepada Program Rumah Mampu Milik (Affordable Home)

    Kaedah Musyarakah - Perkongsian pemilikan bersama kerajaan dengan pembayaran bertangguh

    Kaedah Sukuk Al Ijarah - Melalui perkongsian pemilikan dengan individu atau organisasi

    Elaun Kos Sara Hidup (Cost of Living Allowance, COLA) Sementara oleh Majikan Swasta

    PAS mencadangkan agar COLA dilaksanakan sebagai pendekatan sementara sehinggalah ekonomi negara kembali teguh dan stabil. COLA juga boleh digunakan oleh pihak swasta sebagai langkah tengah dalam membantu kakitangan masing-masing dalam keadaan syarikat tidak mampu untuk menaikkan gaji tahunan dan memberi bonus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkeso pun dh main tarik tali.. Kes reject lg banyak dari lulus krn budget dh kena Potong.. Ni sembang Kedai kopi pd penyokong pas totok boleh la. Ubat spital pun dh byk Tak Ada.. Lg mau sembang deraih.

      Delete
  34. Isu 5: Gejala Sosial / Kualiti Pendidikan

    "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik” (Ali Imran: 10)

    Statistik berkenaan gejala sosial di kalangan belia negara amat membimbangkan, antaranya:

    Dadah - 26,668 penagih dadah pada tahun 2015 (purata 70 tangkapan sehari)

    Bunuh Diri - 1,100 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh 2008-2010 (purata 1-2 kes sehari)

    Cerai - 92,678 pasangan di seluruh negara bercerai dalam tempoh 2012-2014 (purata 156 perceraian sehari)

    Buang Bayi - 78 kes pembuangan bayi dilaporkan dari Januari - Ogos 2016 (purata 10 kes sebulan)

    Disiplin Pelajar - 13,359 pelajar terlibat kes disiplin berat pada 2014 (kelucahan, rokok, dadah, ponteng, gangsterism)

    Buli - 2,968 kes buli dilaporkan dalam tahun 2015 (purata 250 kes sebulan)

    #InilahPenyelesaianKita

    Sebagai penyelesaian terhadap Isu 5, PAS telah menggagaskan beberapa inisiatif dan cadangan, antaranya:

    Membentuk falsafah dan dasar pendidikan negara yang holistik bagi melahirkan insan soleh dan masyarakat yang bertamadun tinggi;

    Membina sistem keluarga yang sejahtera dan seimbang dari segi material dan spiritual;

    Memberi perhatian terhadap kanak-kanak dalam aspek kesihatan, pendidikan dan penghayatan agama, serta membentuk akhlak pemuda dan pemudi sebagai tonggak masa depan negara;

    Menutup ruang-ruang pengaruh luar yang tidak sihat, serta menghalang dan mengawal pergaulan bebas tanpa batas di kalangan anak muda, samada secara fizikal (cth. lepak, konsert) dan maya (cth. facebook, wechat);

    Memperkembangkan seni dalam semua bentuk (cth. penulisan, akhbar, radio, televisyen, pementasan) sebagai medium untuk membina dan membentuk moral masyarakat yang berkualiti;

    Memperkasa sistem perundangan dan mahkamah syariah di Malaysia, cth. EKJS, RUU 355, penjawatan hakim, kecekapan mahkamah, kualiti pendakwaan, pendidikan dan pencegahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statistik menunjukkan indeks gejala sosial tertinggi adalah Kelantan.. Kes dadah, zinae,buang anak dsbnya... Krn org muda kecewa krn peluang kerja Tak Ada. Ramai yg berhijrah ke lembah klang.. Statistik terakhir smpi 27 %.

      Delete
  35. Kesimpulan

    Menurut Presiden PAS, risalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) wajib dihayati semuanya, berasaskan kepada dasar tertinggi dalam Perlembagaan PAS termasuk pendekatan selaku pembangkang sehinggalah menjadi kerajaan, berkonsepkan dakwah dan mengajak seluruh manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah sahaja yang membawa rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

    Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahlu: 125).

    Adalah menjadi kewajipan ke atas sesiapa yang menjadi pemimpin menunaikan amanah sebenar-benarnya supaya sentiasa berpandukan ajaran Islam. Kewajipan PAS adalah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

    Kini, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

    Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah: 2) - HARAKAHDAILY 2/2/2017

    Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerusi parlimen Dan DUN wajib utk tuang presideng.. Kawasan mana marang.. Klu rasa popular mai tanding kt parlimen kepong.. Ada berani??? Tok sah sembang la.. Donia dulu...akhirat last sekali.

      Delete
    2. Apa komen pas pasal kes 1mdb ngan src..senyap je, baca ayat quran berdegar2'dan jgnlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat)'...biar betul korang ni..

      Delete
  36. Pembasmian rasuah: Peringatan kepada kerajaan
    TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 01 Februari 2017.
    Baru lima hari yang lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bangganya menegaskan bahawa Umno tidak mengamalkan rasuah (video: https://www.youtube.com/watch?v=ZbJyyvpANN8) sebagai menjawab amaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk lebih berhati-hati.

    Ramai yang menonton video tersebut sekadar mampu bergelak.

    Nampaknya gelak itu berasas apabila SPRM membuka satu kertas siasatan terhadap Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menggoyahkan kenyataan Tengku Adnan.

    Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa serta-merta semalam bakal disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa di Mara.

    Namun begitu, PAS ingin mengingatkan kerajaan bahawa prestasi membasmi rasuah bukan diukur melalui jumlah tangkapan yang dibuat SPRM tapi melalui jumlah pensabitan oleh Jabatan Peguam Negara. SPRM hanya mempunyai kuasa melakukan siasatan, bahagian pendakwaan adalah di luar kuasa mereka.

    Kegagalan untuk mensabitkan kesalahan di dalam kes PKFZ, kes NFC, kes bekas CEO Kumpulan Sime Darby dan kegagalan bertindak terhadap SRC International serta 1MDB masih menjadi titik hitam kepada prestasi pembasmian rasuah negara.

    Tidak hairanlah mengapa rakyat akan terus meragui kesungguhan kerajaan dalam membasmi rasuah.

    Tangkapan-tangkapan pegawai kerajaan berpangkat tinggi oleh SPRM hanya akan berakhir dengan gelaran “wayang” oleh rakyat jika kebanyakannya berakhir seperti kes Kasitah Gaddam dan juga Skandal Jabatan Air Sabah yang dikategorikan SPRM sebagai kes tanpa unsur rasuah dan di luar bidang kuasa SPRM selepas kes itu menggegarkan media dengan rampasan berjuta wang ringgit.

    Tuan Ibrahim Tuan Man
    Timbalan Presiden PAS
    1 Februari 2017 -

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM buka kertas siasatan kes balak dan tugu banjir yg guna duit yayasan Tok kenali. Lps ni baru sembang pasal rasuah.

      Delete
    2. Pasal buat batu asas, PAS memang pakar & ahli no. satu tak terbandingkan. Last2, batu asas tinggal batu asas saja...hapah pun takdak.....!!!

      Delete
  37. DAP memang anti Islam
    DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
    PADA 28 Januari, selepas majlis Hari Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di SPICE, Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah meminta peguamnya mengkaji kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana menyebut bahawa DAP anti Islam.

    Pelik kenapa baru sekarang Kit Siang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyifatkan DAP anti Islam sedangkan sebelum ini pelbagai pihak turut menyebut perkara sama. Dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam.

    Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, juga berpendapat DAP anti Islam. Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno pada 10 Disember 2015, Najib menyebut DAP anti perjuangan Islam. Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno pada 1 Disember 2016, Najib menyatakan syiar Islam dan pengamalannya akan tentu diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah.

    Perihal DAP anti Islam juga pernah disebut di dalam khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 24 September 2015 yang, di dalam konteks memperkatakan mengenai keperluan umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik, menyatakan “ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam”.

    Lanjutan khutbah tersebut, Pengerusi DAP Pahang waktu itu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, pun memberi kata dua kepada Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk meminta maaf kepada DAP dalam tempoh lima hari, jika tidak DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimanapun, selepas tempoh ini berakhir, hingga sekarang, tindakan undang-undang tidak diambil.

    Tidak pelik jika ugutan Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hadi ini juga akan tinggal sebagai ugutan semata-mata. Kit Siang pernah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 April 2013 dan terhadap seorang pemimpin kanan sebuah parti lain pada 1 Januari 2016, tetapi ternyata ia ugutan kosong semata-mata.

    Seperti disebut oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang, bahawa dalam beberapa isu membabitkan Islam seperti hudud DAP menentangnya, bermakna DAP menolak hukum Islam. Siapa yang tidak ingat kenyataan Karpal Singh pada 1990, “hudud against my dead body”?

    Sikap DAP terhadap Islam tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”. Walhal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah mengisytiharkan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2014 bahawa Malaysia bukan negara sekular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa byk org Islam yg dap dh bunuh? Tp bunuh anak luar nikah berlambak kt Kelantan, negeri Islam ala syiah..mgkn anak tu anak kawin kontrak yg di amalkan syiah.

      Delete
  38. Lebih jauh lagi, seperti disebut oleh Najib dalam Perhimpunan Agung Umno 2016, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi”.

    Sebab itulah jika dilihat kepada rekod DAP selama ini, perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam, sedangkan, hakikatnya, seperti sering disebut oleh pakar perundangan Islam negara, Almarhum Prof Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim, penganut Islam juga perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup mereka mengikut ajaran Islam.

    Sikap DAP terhadap Islam juga tergambar dalam kenyataan Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 berbunyi: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

    Mengikut konsep negara sekular DAP, bantuan untuk aktiviti keagamaan mungkin sahaja akan tetap diberikan kepada umat Islam, sepertimana yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang sekarang asal sahaja aktiviti ini tidak membabitkan aspek-aspek politik. Sebarang perlaksanaan hukum syariah, khususnya hudud, pula sudah semestinya tidak akan dibenar untuk dilaksanakan.

    Selain bukti umum yang diberikan terdahulu, termasuk juga penentangan keras DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah yang sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam yang melakukan kesalahan syariah sahaja, sebenarnya terdapat pelbagai contoh spesifik boleh diberikan mengenai sikap DAP yang tidak mesra Islam.

    Dalam isu institusi Islam, Zairil Khir Johari telah mempersoalkan dalam portal berita Malay Mail Online pada 27 Jun 2015 kewujudan JAKIM. Lim Kit Siang sendiri telah mengongsi laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 9 November 2015 yang mencadangkan penghapusan JAKIM di dalam blog beliau, sekali gus menjadi petanda persetujuan beliau dengan cadangan tersebut.

    Lim Kit Siang telah mempersoalkan pada 1 Februari 2014 kandungan khutbah Jumaat yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi. Begitu juga dengan Tony Pua pada 15 Februari 2014 berkait dengan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine dan kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak main sentimen agama yg tak Ada isu pun dan nk buat persepsi buruk dap

      Delete
  39. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Qur’an, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, teruatama pada waktu Subuh, kerana, kata beliau, “bahkan juga 1500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

    Dalam isu solat hajat, Teresa Kok telah mempersoalkan dalam muka buku beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Ahli EXCO Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

    Dalam isu umrah di Mekah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, telah mempersoalkan dalam muka buku beliau pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Mekah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

    Dalam isu aurat, Nga Kor Ming telah menyindir dalam muka buku beliau pada Disember 2015 purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’.

    Dalam isu murtad, Datuk Ngeh Koo Ham telah mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

    Sikap DAP yang tidak mesra Islam ini juga tergambar di dalam tindakannya memutuskan hubungan dengan rakan-rakan pakatannya. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Januari 1995, Barisan Alternatif pada September 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

    DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
    Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN)
    Universiti Utara Malaysia

    ReplyDelete
  40. Fatwa: Kenyataan campur tangan benar, bukan fitnah
    AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN | 02 Februari 2017.
    KENYATAAN CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN ADALAH BENAR, BUKANNYA FITNAH

    Sebagai seorang bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (sehingga Disember 2015), saya menegaskan bahawa dakwaan wujudnya campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan adalah benar dan bukan fitnah yang direka.

    Hal campur tangan politik ini sebenarnya pernah dibincangkan di dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015. Salah seorang ahli mesyuarat yang hadir ketika itu ialah Sohibul Fadhilah Usyaz Haji Soid Mohd Amin (difahamkan sekarang beliau merupakan salah seorang AJK Parti Amanah Negara negeri Pulau Pinang). Selain beliau, ahli mesyuarat yang lain turut hadir mengikuti perbincangan tersebut.

    Ketika PAS bersama dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang, isu ini juga pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ketika Tuan Haji Mohd Sabu menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Tuan Haji Mohd Sabu yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Mesyuarat bersetuju supaya Tuan Haji Mohd Sabu sendiri mewakili PAS bagi menyuarakan bantahan melalui saluran dalaman Pakatan Rakyat.

    Perlu diingatkan semua pihak, dalam apa jua keadaan, kepentingan Islam hendaklah mengatasi kepentingan politik. Berasaskan prinsip inilah PAS Pulau Pinang mengambil tindakan membangkitkan isu campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan, untuk meletakkan institusi mulia seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri pada tempat yang sepatutnya dan bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.

    Oleh itu, perlu difahami bahawa isu ini dibangkitkan bukan bertujuan untuk memusuhi pihak berkuasa agama, atau pihak pentadbir kerajaan negeri, bahkan jauh sama sekali untuk bertentangan dengan pihak Mufti NegeriPulau Pinang atau para alim ulama di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri PulauPinang sekarang.

    Namun, jika pihak Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap berkeras mendakwa bahawa dakwaan ini adalah satu fitnah, beliau sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS Pulau Pinang.

    AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
    Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
    2 Februari 2017

    ReplyDelete
  41. MAHATHIR PEMIMPIN "MAKSUM" DIA TIDAK PERNAH BERSALAH SEPANJANG HAYATNYA!'
    1. Ya jika mengikut kefahaman penganut ajaran Mahathir "Geng Bunge" sememangnya Mahahir seorang yang "maksum" lebih mulia dari mana-mana Nabi. Ya Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai PM tidak pernah buat salah jauh sekali dari melakukan kesilapan. Anak kaya-raya bukan salahpun itu hak dia sebagai bapa beri semasa jadi PM.
    2. Mahathir amat pasti masuk syurga kerana haji orang lain adalah haram, orang dapat BRIM kaki rasuah malah menghina Rasulullah SAW menjadi permainan bibirnya sejak dahulu seperti janggut nabi, nabi tiada Gillette, nabi tiada pisau cukur jadi nabi tak bercukur termasuk nabi tiada RM2.6 bilion dalam akaun dan zaman nabi tiada 1MBD sambil bergelak ketawa dengan cina kafir DAP.

    3. Mahathir juga melahirkan anak-anak syurga seperti Marina penaung LGBT, seorang anak angkat gay seorang lagi lesbian, cucu pun LGBT satu dari anugerah atas usaha beliau memasukkan Anwar Ibrahim sebagai pesalah liwat seks luar tabii. Tapi semua itu tak apalah. Mahathir tetap seorang maksum. Dia terpelihara dari dosa. Semua "geng bunge" memujanya. Tak mungkin Mahathir salah. Tak apalah geng bunge kata ini hal peribadi
    4. Percayalah Mahathir tidak pernah salah. Dia semua betul. Dia tak salah bila syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan lain-lain lagi. Skandal BMF, Petronas "Bail-out" Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, Tabung Haji "Bail-Out" Maju Holdings, beri projek Cable Fiber Optic kepada Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz, kerugian Forex BNM (nilai sekarang RM44b), MAS, PKFZ dll. Semua bukan salah Mahathir. Mahathir tidak salah. Dia MAKSUM! Amalan kroni dan nepotisme tu baginya ada di syurga nanti.

    Apa sahaja yang Lim Kit Siang suarakan tahun 1984 dan 1986 menyalahkan Mahathir bukanlah salah sekarang. Mahathir juga secara automatik menjadi maksum jika bersekongkol dengan DAP. Sama-sama hikpokrit
    sebagai amalan mulia ke syurga nanti.
    . Pasti rakyat Malaysia tidak dapat lupakan tarikh disember 2015 apabila kerajaan terpaksa mengumumkan keputusan tidak popular apabila Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016. Berbakul seranah. Rupanya ERL milik proksi Madey YTL ditandatangani pada tahun 1997 diluluskan oleh Mahathir. Ditandatangi oleh Pengerusi Tabung Haji (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain).

    6. Ia perjanjian berat sebelah kerana harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic , lima tahun naik, lima tahun naik. Jika kerajaan tidak membenarkan kenaikan maka pampasan perlu dibayar RM 2.9b. JIka ada perundingan semula dengan syarikat konsesi maka terpaksa menyambungnya selama 30 tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.
    7. Akhirnya.. Pada tahun 2017 ini sahaja Express Rail Link Sdn Bhd bakal memperolehi RM1.1947 BILLION hasil dari cukai airport. Anggap sahajalah ini cara Mahathir punya sumbangan pada rakyat dan negara untuk Kroni dan Proksi. Dengan RM1.1947 billion itu Mahathir kata masih kecil dan sikit shaaja. Begitu juga dengan konsesi Tol serta perjanjian IPP yang ditandatangani zaman Mahathir menguntungkan kroni tu bukan salah Mahathir.
    8. Dengan semua yang berlaku, Percayalah Geng Bunge masih tetap memuja dan berkata Mahathir maksum tidak pernah bersalah. Mahathir adalah ahli syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini copy paste dari sumber mana? Boleh tolong linkkan?

      Delete
  42. TERBUKTI SEMUA SKANDAL MAHATHIR 'MENGKAMBING HITAMKAN' SIAPA YANG DIA MAHU!
    1. Sejak Mahathir menjadi PM 1982-2004 (22 tahun) ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. 4 % sahaja sejak 22 tahun jadi pemimpin drakonian. Syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.

    2. Sesiapa yang melawan akan dihumban ke dalam ke dalam lubang penjara Mahathir. Masa depan mereka gelap. ISA digunakan untuk menutup mulut kawan dan lawan. Itulah Mahathir. Siapa tidak kenal. Maha Firaun!

    3. Ada satu persamaan yang kita dapat kesan dari semua skandal Mahathir ketika dia berkuasa sebagai PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan diri. Paling penting ialah "mengkambing hitamkan" sesiapa sahaja dia mahu dari kawan, orang politik dan pegawai kerajaan /GLC yang pernah bekerja dengannya. Yang penting dia selamat. Ada banyak isu namun kita pilih beberapa sebagai membuka mata rakyat yang berkata sucinya Mahathir sehingga dianggap Tuhan Baru mereka kini.

    SKANDAL BMF- AHLI LEMBAGA PENGARAH DIDAKWA & JALIL IBRAHIM DIBUNUH!
    4. Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). BMFL adalah anak syarikat BBMB, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNB malah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB.
    5. Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!
    6. Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982 hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? misteri!. Akhirnya Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

    6. Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya. Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu.


    7. Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini copy paste dari sumber mana? Boleh tolong linkkan?

      Delete
  43. 8. Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982 untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.
    9. Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya. Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (pecah amanah RM76.4juta) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

    10. Mahathir sipemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.
    11. Kes yang tidak kurang menariknya ialah kes Skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ). Pendakwaan kes ini dibuat tahun 2011 melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion. Ramai yang terlibat terdiri dari pegawai dan tokoh pemimpin dipanggil termasuk Tun Mahathir.

    12. Apakah pertuduhannya? untuk menyelamatkan sesiapa yang terlibat ialah Dr Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh dimahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Termasuk dua pertuduhan pilihan lain.

    13. Sekali lagi tugas Mahathir di mahkamah hanya berkata
    "Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

    14. Apa jadi pada Skandal ini? Ling Liong Sik dibebaskan dari tuduhan pada tahun 2013. Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang pula bebas dari pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 PKFZ selepas tujuh tahun bicara. Mahathir dan Ling Liong Sik senyum saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini copy paste dari sumber mana? Boleh tolong linkkan?

      Delete
  44. 15. Pada Ogos 2016, seorang lagi "kambing hitam" Dr Mahathir iaitu Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM600,000.

    16. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada syarikat Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997. ( Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta)

    17. Ismail Zakaria meletakkan jawatannya selepas Sime Bank yang merupakan antara empat bank terkemuka negara pada ketika itu mencatatkan kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997. Kerugian itu disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran itu memerlukan suntikan modal lebih RM1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi. Kerugian bank tersebut dilaporkan selepas satu tahun diambil alih oleh Sime Darby Bhd. Bank berkenaan sebelum ini dikenali sebagai United Malayan Banking Corporation (UMBC).

    18. Itulah kuasa magik Mahathir. Wahyu Mahathir yang berkuasa ketika itu. Siapa berani tidak meluluskan arahan Mahathir untuk memberi pinjaman kepada syarikat taikun atau proksi Mahathir? Beranikah Datuk Ismail Zakaria tidak meluluskan pinjaman kepada Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd. (Repco), Low Thiam Hock.

    19. Repco Low juga didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada Januari 2016 atas pertuduhan mewujudkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu di Bursa Malaysia tahun 1997. Repco Low didakwa atas pertuduhan mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn. Bhd. membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Perbuatan itu dikira boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.

    20. Bayangkan ini – Bayangkan saham Repco diniagakan pada harga RM5 sesaham pada tahun 1996, kemudiannya dimanipulasi sehingga mencecah RM140 sesaham setahun kemudian dan pada tahun 1998, ianya menjunam kepada RM2.98 sesaham. Kaunternya kemudian digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenarai 3 tahun kemudian – yang menyebabkan beribu kehilangan wang mereka.
    21. Apa cara Mahathir melepaskan diri? sekali lagi Mahathir membuat surat perakuan ketika menjadi PM dengan membuat surat bertarikh 18 Oktober 2000 kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berhubung penglibatannya dengan Repco Low berhubung memanipulasi pasaran saham. Ia subahat yang licik. Akhirnya Repco Low juga ke dalam.

    22. Bagaimana dengan Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mahathir dan anak-anak jugalah yang kaya.

    23. Apapun Mahathir belum senang kerana kes Forex Bank Negara rugi AS 10 bilion adalah seterusnya bakal dihadapinya. Sama-sama menantikan dramanya selepas CIA mendedahkan penglibatan Mahathir dalam Skandal BMFL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikayat hang ni sepatutnya 15 tahun dulu hang riwayatkan. Awat masa tu hang bisu, hang buta hang pekak kah?????? Kalu hang gebang masa tu Mahathir tak kan sampai 22 tahun jadi PM.
      Mahathir DAN seluruh anggota kabinetnya memang membina empayer keluarga masing2. Memang itulah amalan pemerintah sekuler. Tapi tidak menyusahkan rakyat. Bandingkan dgn PM n seluruh kabinetnya sekarang, dia dan keluarganya bersenang-lenang tapi rakyat marhaen terpaksa ikat perut. PATUTKAHHHHHHHHHHHHHHHHHH????

      Delete
    2. Kejora copy paste dari sumber mana? Boleh tak tolong linkkan? Asyik guna pakai bahan Sulat Khabar lama ajer.....!!!

      Delete
  45. WUJUD ATAS DASAR KEBENCIAN:
    2017 AKAN MENJADI TAHUN KEHANCURAN KEPADA PARTI CAP BUNGA (PPBM) MAHATHIR...
    Kalendar telah berubah dari 2016 ke 2017 dan disambut dengan tembakan bunga api (walaupun berlaku kemalangan di Klang) dan tidak kurang juga yg menerima kehadiran tahun 2017 dengan penuh kesyukuran, kerana setidak-tidaknya masih diberi peluang dgn umur yg panjang...

    Walau bagaimanapun, ketika orang ramai sedang meraikan permulaan baru 2017, rupa-rupanya ada yg terpaksa menerima kehadiran tahun baru ini dgn kedukaan serta debaran... mungkinkah tahun 2017 bakal menjadi tahun pengakhiran bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebuah parti yang lahir dari perasaan kebencian dan kepahitan? Ya, kebencian dan kepahitan yang tercetus dari hati pengasasnya, Mahathir... hanya kerana orang tua ini gagal pastikan bahtera Malaysia dibentuk, dilayarkan dan dikemudi dengan cara dan acuannya sendiri, maka beliau tega dan lebih rela menenggelamkan kapal yang sudah selesa belayar selama ini.

    Mereka mengatakan bahawa terdapat satu garis halus yg memisahkan antara cinta dan benci. Kemarahan berbisa Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak membuktikan bahawa garis itu lebih halus daripada apa yang cuba dibayangkan oleh orang ramai. Mahathir cuba sedaya upaya untuk melemahkan dan menghalang apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh Najib. Segala yang Tun Mahathir tahu, sehinggakan sikap pemurah Najib dilihat sebagai rasuah.

    Semua kebencian dan kepahitan ini adalah kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mengikut telunjuk Mahathir, enggan untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok dan tidak membantu meletakkan anaknya Mukhriz bagi mendapatkan laluan mudah untuk menjadi Perdana Menteri sekitar tahun 2021.
    Dalam menghadapi sesuatu yang saban hari semakin tidak menyebelahi beliau, Mahathir seperti seorang lelaki yang mengharapkan cinta selepas dibuang isteri sendiri. Malangnya, Mahathir enggan melihat, jauh sekali mengakui pada kesalahan yang dia lakukan, akhirnya Mahathir lebih rela menagih cintanya di tempat yg salah, biarpun ia hanya akan merosakkan semua pihak yg berada di sekelilingnya.

    Mahathir begitu tertekan dia adalah seperti orang mabuk yang merangkak atas katil dengan seseorang (Lim Kit Siang) yang sekiranya Mahathir masih siuman, dia tidak akan terfikir untuk melakukan perkara ini.

    Selepas beberapa kali mengalami kegagalan (Sarawak, Sungai Besar, Kuala Kangsar) bersama DAP yang mengetuai Pakatan, Mahathir fikir adalah lebih baik untuk cuba mewujudkan parti politiknya sendiri. Tetapi ramai tertanya-tanya, apakah Mahathir benar-benar mahu menubuhkan parti baru ini dan ia memang termasuk di dalam perancangan awalnya? Mungkin Mahathir berharap kerajaan akan menimbulkan masalah dengan pendaftaran parti (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), maka beliau boleh menuduh menjadi mangsa kezaliman kerajaan.
    Malang bagi Mahathir, pendaftaran (PPBM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah diluluskan tanpa sebarang halangan. Meninggalkan Mahathir tanpa sebarang visi yg khusus... menjadi mangsa kezaliman kerajaan memang satu perkara yg teruk, tapi rupanya lebih teruk lagi apabila dibiarkan terkontang-kanting dgn parti barunya itu... bukan saja telah meletakkan diri Tun M sebagai sebahagian drpd blok pembangkang, malah sepertimana parti2 pembangkang yg lain, PPBM juga umpama kapal yg dibina dan dibiar belayar tanpa kompas dan tanpa peta yg jelas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membazir & mencemarkan ruangan saja kalau sumbernya tidak ketahuan. Tolong linkkan, boleh....????

      Delete
  46. Disebabkan kejutan ini, sehingga hari ini, tidak ada seorang pun dari blok pembangkang, baik Tun M sendiri, Muhyiddin atau LKS yg berani tampil dengan penuh keyakinan, menyatakan secara terbuka kepada seluruh negara, "INILAH BARISAN KERAJAAN YANG PAKATAN HARAPAN TAWARKAN JIKA DIBERI MANDAT MEMERINTAH NEGARA..."

    Masing2 seolah-olah sedang bermain 'chak', mengacah dengan perkara yg remeh dan kemudian menantikan respon dari rakyat... Tun M mungkin cuba menguji penerimaan rakan2 barunya di dlm blok Pakatun apabila menamakan Muhyidin sbg Presiden PPBM, manakala Mukhriz sebagai timbalan... dan seperti diduga, tidak semua yg berminat dgn 'tawaran' Tun M itu... sekaligus membuktikan betapa Tun M sudah hilang taring dgn kuasa yg mutlak bilamana beliau memilih untuk bergelumang di dalam 'kubang' Pakatan Harapan, tak mungkin era kegemilangan 'diktator' selama 22 tahun dgn kuasa mutlak dapat dikembalikan apabila duduk di dlm blok Pakatan...
    Satu persatu masalah timbul di dalam PPBM; dalam keadaan segalanya masih tidak pasti, tentunya ini semua menjadi perkara yg paling malang buat Tun M... sbg sebuah parti yg baru setahun jagung, PPBM sepatutnya mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan, samada dari segi sokongan dari rakyat mahupun dari sudut penerimaan rakan2 pembangkang... tidak sepatutnya PPBM terjerumus di dalam kancah kontroversi, apatah lagi melibatkan isu2 moral...

    Isu2 seperti skandal Presiden parti dengan isteri orang, isu Ketua Srikandi 'pancut 4 kali', isu pengakuan Ketua Armada kaki clubing dan beberapa isu susulan yg disensasikan, hanya akan mencetuskan krisis kepercayaan di kalangan rakyat... malah, rakan2 pembangkang lain juga dilihat semakin berhati-hati dan cuba untuk mengelak daripada dikaitkan dgn PPBM...
    Hari ini, seorang demi seorang ahli2 PPBM yg boleh dikategorikan sbg 'orang kuat', mula meninggalkan PPBM dan Tun M... Khairuddin Abu Hassan, Ezam Md Noor dan beberapa nama besar lain sudah memilih haluan masing2 utk tidak bersama PPBM, walhal tempoh hayat PPBM belum pun cecah 1 tahun... adakah ini semua boleh dijadikan petunjuk ke arah kegemilangan PPBM?
    Seolah seperti menjadi kelaziman, asal saja muncul isu2 panas, skandal2 sensasi yg didedahkan di dalam media2 baru, maka UMNO BN lah yang akan dipersalahkan... hinggakan cerita2 yg sebegitu detail dan terperinci, babak2 di dalam kelambu, aksi2 di dalam kain pun masih mahu menuding jari kpd UMNO konon sebagai pencetus... logik akalnya, tak mungkin cerita2 seperti ini boleh tersebar, jika bukan berpunca daripada pihak yg rapat dgn individu2 yg terlibat... mereka inilah yg sudah membocorkan rahsia dan tidak sewajarnya UMNO BN dipersalahkan...

    Yang lebih meletakkan PPBM ibarat telur di hujung tanduk adalah rentetan atau asbab musabab kpd isu2 sensasi yg didedahkan... PPBM patut terima hakikat yg parti mereka tidak lah sesuci mana... jika bukan kerana gilakan kuasa, tamakkan kedudukan jawatan dan kemaruk kpd kesenangan duniawi, mustahil mereka akan tergamak meninggalkan perjuangan UMNO, mewujudkan platform baru dan kemudian menyerang dgn tujuan utk menjatuhkan UMNO semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membazir & mencemarkan ruangan saja kalau sumbernya tidak ketahuan. Tolong linkkan, boleh....????

      Delete
  47. Maka, apabila kesemua mereka yg dari kelompok golongan seperti ini dikumpul dan disatukan di bawah bumbung PPBM, mustahil mereka boleh meninggalkan tabiat buruk masing2, yakni tabiat suka mencantas dan menjatuhkan antara satu sama lain... dan yg membezakan antara satu dgn yg lain adalah, sejauh mana kesanggupan seseorang itu mahu menjatuhkan pihak satu lagi, tak kiralah samada kawan apatah lagi lawan...

    Tak hairanlah, walaupun PPBM baru saja diwujudkan, namun pergolakan politik dalamannya seolah ia sudah wujud berpuluh tahun lamanya... masing2 cuba untuk mencari ruang menonjolkan diri agar mendapat tempat dan memperoleh jawatan yg diimpikan... jika ada yg cuba menjadi batu penghalang, maka dia perlu disingkirkan, walau dgn apa cara sekalipun, termasuklah sampai ke peringkat menfitnah, membuka keaiban dan sebagainya...
    Mungkin ramai yg tidak bersetuju dgn pandangan aku ini... kononnya mereka menyertai PPBM kerana ingin berjuang, menjatuhkan pemimpin korupsi, mahu mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negara atau bermacam lagi alasan yg boleh disebut di mulut... REALITINYA???

    Lebih 90% ahli yg menyertai PPBM asalnya tidak memegang apa2 jawatan di dalam parti yg mereka sertai sebelumnya, samada di peringkat cawangan, bahagian mahupun peringkat tertinggi... tak kiralah, samada kerana mereka tewas dalam pemilihan peringkat parti ataupun mmg mereka tidak mendapat tempat dalam kalangan ahli sendiri... kumpulan inilah yg berbondong-bondong menyertai PPBM, samada secara terang-terangan ataupun menjadi gunting dalam lipatan...

    1 soalan yg perlu diajukan kpd mereka2 ini, ADAKAH MEREKA AKAN TETAP MEMILIH UNTUK MENYERTAI PPBM SEANDAINYA MEREKA MEMANG SUDAH MEMEGANG APA2 JAWATAN DI DALAM UMNO? BULLSHIT!!! Tak perlu hipokrit, kerana tujuan korang menyertai PPBM memang kerana gilakan jawatan...
    Dalam keadaan yg serba tidak pasti, apa yg boleh dijanjikan oleh Tun M, Muhyiddin mahupun Mukhriz kepada rakyat Malaysia khususnya ahli2 PPBM sendiri untuk masa depan dan survival politik masing2? Jawapannya adalah NOTHING... Dan sebagai rakyat Malaysia yg diberi pancaindera mata, telinga dan akal, apakah penilaian yg selayaknya untuk PPBM? Adakah PPBM berpotensi menjadi payung untuk menaungi nasib masa depan anak bangsa? Adakah kita sanggup memperjudikan masa depan negara, menolak kepimpinan kerajaan UMNO BN yg sudah saban tahun membuktikan keupayaan organisasi sbg sebuah kjaan yg jitu, dan meletakkan nasib masa depan negara di dalam tangan2 penyangak2 politik yg maha gilakan kuasa? Anda nilailah sendiri...

    Jika masih ada dlm kalangan rakyat yg mahu meletakkan sandaran dan harapan kpd kelompok penyangak PPBM, maka, ANDA SEBENARNYA SUDAH MELAKUKAN KESILAPAN YANG BESAR...
    Kerana, dalam kemeriahan rakyat menyambut ketibaan tahun baru, tahun 2017, dengan azam, visi dan misi yg baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama dengan gerombolan pemimpinnya termasuk Tun Mahathir sebenarnya sedang menjengah masuk ke tahun 'KIAMAT', yakni pengakhiran buat mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak lenguh tangan scroll page down....haram jadah betul kerja menyusahkan orang ja....

      Delete
    2. Setuju

      Malah Abang budin parut delete je mesej2 kopipes yg menyemak ni

      Delete
    3. Membazir & mencemarkan ruangan saja kalau sumbernya tidak ketahuan.

      Kejora, tolong linkkan, boleh....???? Yg jelas kamu nie memang pakar copy paste asal boleh.

      Delete
  48. Yg nak bullshit panjang lebar elok buat blog sendiri

    ReplyDelete
  49. PAS boleh mengambil pendekatan seperti parti IPF suatu ketika dalu. walaupun tidak berada dalam BN kerana ditentang MIC, IPF masih menyokong BN dalam pilihanraya.

    ReplyDelete
  50. Buka blog takdak pengunjung, sebab tu tumpang kalu tidak berlubang guni dedak. Biaq pi dekat depa, cari makan. Tumpang populariti orang, tumpang cari makan. Tumpang buat semak.

    ReplyDelete
  51. Mohon sidetrack sikit Tuan Shahbudin. Harap pada portal berikut jadikan tajuk "Kenapa Kerajaan naikkan harga 20 sen harga petrol dalam keadaan harga minyak mentah dunia meurun bulan lalu".

    Saya secara peribadi tak dapat terima penganiayaan & beban rakyat oleh pentadbiran Najib kerana bila minyak naik, harga keperluan yg lain pasti turut naik sama. Bolehlah kita nanti hujahkan bersama untuk jadikan bahan untuk disampaikan kepada warga marhaen, terutama pokcik & makcik di kampung2. Terima kasih.

    Salam perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 SEN MINYAK MELALAK, 20 SEN BEG PLASTIK BISU

      Delete
    2. Malaysia ni pelik tuan, walaupun harga pasaran minyak turun, minyak kita harga naik..kalo diperhatikan statistik tahun lalu banyak kali perkara ini berlaku..mungkin pengiraan harga dilakukan mengikut kaedah matematik ahmad maslan kot, gst akan menurunkan harga..

      Delete
    3. anon 7.24....yang kau bodoh nih apasal??? 20 sen minyak tu.....kena beli jugak...yang beg plastik tu boleh pilih....bawak beg plastik sendiri...bodoh punya pemakan dedak....setaraf jamal jamban....takde iq...

      Delete
    4. 7.24..memang bodoh..terlebih bodoh..otak beku..

      Delete
  52. Ni no ni no ni no ni no..
    Ambulance sudah mari,
    Ayoyo..tanjung rambutan sudah lari..ayoyo
    Budin blog sini mari..ayoyo..tulis panjang mahu kashi..badakbagi..

    ReplyDelete
  53. siapa saja naik jadi pm aku macam ni juga.
    aku tak kaya aku tak miskin hidup sederhana saja.
    tapi masih mampu bela dan beri makan 30 kucing.
    aku bukan orang anwar, aku duduk atas pagar.
    yang aku nampak jelas dan nyata ialah allah
    sudah mulai bertindak dan melakukan keadilan.
    kecelaruan kedudukan mahathir dan najib sekarang
    disebabkan penganiayaan mereka terhadap anwar.
    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk atas pagar tu sudah kira bagus. tak keluar mengundi lagi bagus. terbaik kalau dapat duduk dalam sel bersama anwar.

      Delete
    2. ..

      Kalau yang nampak jelas dan nyata ialah Allah macamana masih lagi atas pagar?

      Ranting duri tengah jalan pun di alihkan kerana tidak mahu orang terpijak dan luka.

      Delete
    3. Tak aku sangka ada juga
      mereka yang bernabikan
      Mahathir dan Najib, terasa.
      Baguslah kalau begitu.
      Kah... kah... kah...

      Delete
  54. Pas takyah blagak hero la

    Nak tolong rohingnya konon

    Padahal mangsa banjir kat kelantan 2-3 tahun dulu pun masih ada yg dok dlm khemah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul....rela buat tugu....rm300k daripada buat rumah utk mangsa banjir...guna pulak duit Yayasan Tok Kenali...itu laaa parti lebai malang...

      Delete
  55. Itu lah Islam pas ala syiah. Buruk org di aib kan semahunya. Aib sendiri tutup rapat2. Klu pas pandai urus ekonomi Tak la balak di tebang. Allah suruh Kita lestarikan Alam. Kutip rohingya ramai pi bawak blk Kelantan. Anak muda Kelantan keluar Kelantan cri peluang kerja. Krn lobai2 pandai ceramah dan kutuk Sana sini tp tong Milo utk habuan mereka beredar. Duit yayasan kenali pun depa rembat... Mangsa banjir smpi la ni duduk khemah. Mb geli nk harung banjir dan hulur dgn tangan sendiri pd mangsa banjir.. Mgkn ini Cara amirul mukminin syiah boleh kot.. Mimbar solat jumaat minggu lepas ingatkan ttg tipu daya puak2 syiah dan ajaran sesat. Dan mimbat juga minta jemaah jauhi daripada mereka.

    ReplyDelete
  56. Awat lah kurang cerdik sangat bangsa aku. Taktau nak beza antara 2 kupang beg plastic dengan 2 kupang 1 litre petrol.Tu lah akibat dok tengok dan dengar sampah otak pun jadi sampah. Malas nak ajaq orang macam ni biaq depa duduk dalam keadaan depa lah.

    ReplyDelete
  57. Jangan sampai presiden bersatu serta partinya masuk perangkap politaik pas..kalau sudah terperangkap, pru14 ubn akan menang bergaya..Adakah bersatu akan jd ekor kpd pas bergelumang dngan taik.Mahukah..?

    ReplyDelete
  58. Sorry PAS, aku sudah tidak percaya pada parti lebai ni....no more vote for you. Aku akan menghasut.....jangan undi PAS lagi...memang parti jual agama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas parti Syaitan bertopengkan Islam.
      Hadi lebai Syaitan bertopengkan Manusia.

      Delete
  59. Tahniah kpd saudaraku yang telah memberi informasi terperinci sampai terkapai-kapai mamat-mamat yang hanya pandai memaki hamun tanpa fakta kukuh. Ingatlah puak-puak ini memanglah berperangani seperti golongan2 terahulu yang tetap menolak dakwah dan yang disampaikan oleh nabi-nabi ... tak apalah semoga dia tahu qiblat di mana ... ingat dan apa kesudahan nya apabila umat Islam sering bercagaran sesama sendiri berdengki sesama sendiri dan yang lebih parah menjadikan kafirun sebagai pedoman dan khalifah ...

    ReplyDelete
  60. semua orang hari yang baik,

    Saya tidak boleh menyembunyikan kesaksian yang besar yang berlaku dalam hidup saya saya akan menyukai setiap orang mengetahuinya, maka ia menjadi bagian itulah sebabnya saya ingin berkongsi kepada seluruh dunia dengan meletakkan iklan ini dalam talian, saya Kathy Flyer, Saya tinggal di Chattanooga, Tennessee Amerika Negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih Mr Logan kerana kebaikan kepada kehidupan keluarga saya, saya tidak pernah tahu bahawa masih terdapat pemberi pinjaman yang ikhlas dan boleh dipercayai seperti ini di internet dan di bumi. Hanya beberapa hari saya berada di carian untuk pinjaman sebanyak $ 95,000.00 Dolar, Seperti yang saya telah kehabisan wang untuk makan, Yuran sekolah, perniagaan saya telah benar-benar keluar modal dan sewa saya. Saya telah scammed kira-kira $ 5,200 Dolar sebelum ini, jadi dengan itu saya mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri saya dalam perniagaan itu lagi. Tetapi seorang kawan saya memperkenalkan saya kepada sebuah firma pinjaman kerana penampilan dan perbuatan saya dan juga saya mengadu kepada beliau. Dan saya memberitahunya bahawa saya tidak berminat dengan apa-apa perjanjian pinjaman lagi tetapi dia memberitahu saya bahawa masih terdapat pemberi pinjaman yang ikhlas dia akan mengesyorkan saya, dan dia memberi saya butir-butir orang ini Mr Logan Bryan kemudian saya memutuskan untuk memberikan satu perbicaraan lebih dan Saya amat bersyukur dan bertuah hari ini, saya telah diberi jumlah pinjaman sebanyak $ 95,000,00 Dollars oleh firma perkhidmatan kewangan berhemat yang besar ini, Jika anda memerlukan yang tulen, ikhlas, tahan lama dan amanah pinjaman layak pemberi pinjaman atau bantuan kewangan dan juga anda boleh dipercayai dan dipercayai, mampu membayar balik pada masa yang disebabkan oleh dana saya akan menasihati anda untuk menghantar kenalan anda kepada mereka melalui e-mel: (prudentfinancialservice1@gmail.com). baik Suami indah saya melanjutkan ucapan beliau kepada anda Mr Logan Bryan juga jika tidak kerana anda saya tidak boleh bayangkan hidup cara boleh bagi keluarga saya hari ini. Sila Saya sedang mengemis semua orang yang akan mencari post ini untuk membantu saya berterima kasih kepada beliau dan jika anda berada dalam memerlukan pinjaman yang tidak teragak-agak untuk menghubungi dia adalah legit i bermakna paling layak untuk dipercayai, Dan saya akan sentiasa berkongsi ini hebat kejutan dan kesaksian yang berlaku dalam hidup saya sehari-hari.

    ReplyDelete
  61. I'm Sonja McDonell, 23, Swiss Airlines Stewardess with current 13 oversea towns, very tender with lots of fantasies during emergency cases on board in my wonderful job. Lesbian girls & women are seldom in Indonesia. I think, it's the conservatism & ther're some discret & hidden relations. Am I right?
    Sonjamcdonell@yahoo.com

    ReplyDelete