Thursday, 9 February 2017

TEMPAT DAH DAPAT, TAPI BAGAIMANA DENGAN UMNO - HADIR ATAU TIDAK?


Hanya beberapa hari saja lagi, himpunan besar-besaran anjuran Pas berhubung Akta 355 akan diadakan. Perhimpunan pada 18 Februari itu sudah diberi kelulusan oleh DBKL untuk diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Bermakna, Pas sudah memperolehi tempat yang dirasakan sesuai untuk berhimpun, meskipun rancangan asal mahu mengadakannya di Dataran Merdeka tidak membuahkan kejayaan.

Cuma, dalam tempoh 10 hari lagi sebelum perhimpunan itu diadakan, bagaimana dengan pendirian UMNO mengenai acara tersebut?
Adakah UMNO akan turut hadir berhimpun bersama-sama dengan Pas atau membiarkan saja Pas berkumpul bersendirian sesama mereka?

Dalam mesyuarat MT UMNO 27 Januari lalu, Najib Razak ada mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang memperhalusi dari segi undang-undang berkaitan Akta 355 itu sebelum memutuskan sama ada akan hadir atau sebaliknya.

Sudahkah kajian itu diperolehi hasilnya dan bila pula kata putusnya akan diumumkan?

Adakah ia akan diumumkan sebelum 18 Februari atau selepasnya?

Janganlah sampai Pas berasa kecewa kerana mereka sudah dua kali hadir dalam program bersama UMNO dan Najib iaitu Solidariti Rohingya di Stadium Titiwangsa dan pelancaran flotila ke Rohingya di Pelabuhan Kelang, baru-baru ini.

Nampak sungguh tidak berbudi bahasa jika  UMNO tak boleh membalas kebaikan Pas itu dengan hadir sekali di Padang Merbok 18 Februari nanti. (SH 09/02/2017).

138 comments:

  1. Replies
    1. Oleh kerana jabatan kajicuaca meramalkan hujan lebat dan ribut kencang pada hari perhimpunan di Padang merbok.. Secretariat pas/umno terpaksa di batalkan demi keselamatan pengunjung. Segala kesulitan amat di kesali... Majulah sukan utk negara... He he..

      Delete
    2. Mesti jadi isu hangatkan sekiranya tiada wakil umno datang perhimpunan ruu 355 kan..ye lah perhimpunan thaipusam ari ni, wak jahid datang kasi ucapan tanpa memperhalusi apa2 pon, takkan perhimpunan ruu 355 tak nampak muka? Hehehe..

      Delete
    3. Teman rasa adalah tepat kalo Umno hadir sama bagi sokongan padu himpunan buku 555.......eh sori silap..... himpunan 355 pada 18/2 ni.

      Terlanjur dah sedondon...berpimpin tangan apa salah bagi sokongan pada rakan karib. Ini baru dikatakan sehati sejiwa.....irama dan lagu tak boleh dipisahkan kata P.Ramlee.

      Tetiba aku terkenang pulak P.Ramlee nyanyi dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok (1961)......."cilaka punya penyamuuuuun, sial..!!....bikin rosaklaaaaa ana punya prograaaaammm......"

      Tak caya sila check tengok cerita P.Ramlee tu balik....kihkihkih.

      Delete
    4. Kenalah hadir walaupun dalam kesipuan sebab dah masuk perangkap pas. Akhirnya mengena jugak.

      Lagipun RM90 juta dah ada dalam tangan berarak sakanlah. Lepas ni boleh buat road show pula di seluruh tanah air.

      Delete
    5. Bro phantom,senak siot perut aku asyik ketawa...

      Delete
    6. Hehehe....

      Salam perjuangan bro mat noor dan semua bro2 sekelian.

      Delete
    7. dulu lagu resmi buat modal pru ..hudud pas. lagu hudud pas dah berkarat tak laku seduit pun. sekarang buat lagu ruu355 pulak sebagai modal menipu pengudi melayu pru14 nanti. pemimpin pas sejak azali tak habis habis asyik nyanyi saja. kalau tidak masakan ulamak tuan guru ds hj hadi ditendang dari kerusi mb oleh rakyat terengganu sendiri. buat jatuh imej isle saja.

      Delete
    8. Aku juga rasa Perhimpunan ini akan ditangguhkan..

      Delete
  2. Kak mah bagi tau sami tu tgh sibuk thaipusam dan blum boleh bg kata pemutus lg,maka laki Kak mah pun sedang memperhalusi lg RUU 355...ini citer yg betul yg akan kuar dlm utusan Malaysia nnti.. Oleh kerana tun Dr mahathir akan di penjarakan krn menyebabkan Malaysia bankrap 30 tahun dulu, maka RUU 355 akan dibentang selepas budget 2018 dan ini juga telah di persetujui oleh presiden pas datuk seri Hj Abdul hadi awang... Utusan Malaysia 10 februari 2017 dan disambut oleh BERNAMA Dan Reuter.... Sekian.. Ceritera pembaca berita tv3 yg telah di tonton skrg lebih 2.8 juta org utk segmen berita jam 8.00 mlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My point is that the decision that wrecked havoc to our economy was decided by a 3rd party.. That bozo is only an instrument for a 3rd party to achieve his or her own agenda.

      Delete
  3. Dah bosan dgn politik melayu ni..tunggu je la pru nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mubarak dan BTN pun dah terlajak bodohnya

      Delete
    2. Kak mah suruh Bini yb aktif kt media sosial.. Teman Tak sabor nk tunggu deme tu masok blog tuan budin ni.

      Delete
  4. Tiba-tiba Wak Jahid mengumumkan satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memperhalusi penyertaan Umno dalam perhimpunan bersama Pas 18 Februari ini. Sebelum jawatankuasa ini ditubuhkan, satu sektariat akan dibentuk yang anggotai wakil dari kedua-dua belah pihak dalam usaha untuk merangka pertubuhan jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini dijangka akan bermesyuarat dalam jangka masa terdekat..kih kih kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Kalau betul kerana nak memperkasakan mahkamah syariah tak payah pikir terlalu panjang sampai kena tubuh satu jawatankuasa untuk memutuskan hadir atau tidak.


      Pemimpin PAS hadir 2 program UMNO tak ada pun tubuh jawatankuasa.

      Itu pun PAS tak rasa hangat hancing nya air kencing UMNO.

      Delete
    2. Alasan umno sebijik mcm alasan pas waktu nak tolak pakatan harapan..hehehe, dah elok dah, penyamun jual penyangak...

      Delete
  5. RUU 355, yang disediakan oleh jakim, dirompak oleh pas dan akan dibentangkan oleh bn. Let see the rest of the show.

    ReplyDelete
  6. Tsunami Cina memang tidak dapat dikawal lagi. Tsunami Melayu kalau terjadi amokannya tentulah akan menyebabkan kerosakan yang lebih dahsyat.

    ReplyDelete
  7. Awat nak berbincang soal nikah kahwin sekalikah. Bagus lah kalu macam tu, jangan kena serang dengan bini2 tua sudah lah.

    ReplyDelete
  8. Wayang tamil saja...

    ReplyDelete
  9. Haiya Din jangan lah tertipu oleh MO1 ini yang hanya bersandiwara. Berani ke dia tidak hadir sama dengan si ketua ularmak itu.

    ReplyDelete
  10. Dari info yg tak dapat disahkan puncanya Bijan tak turun pasal kak mah tak bagi, wak jahid je datang, tuan presideng mungkin datang sekejap pas tu tak dapat tunggu lama sal ada meeting syiah antarabangsa di iran..yg lain walaunta penyokong datang walaupun hujan lebat..

    ReplyDelete
  11. tajaaan sinetron by umno bintang utama pas lebai harap boleh sapu semua juara2 oscar ni. tak sabar nak tonton

    ReplyDelete
  12. Umno mungkin hantar wakil.. Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Jamal Yunos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamil Khir yg wajib gi. Kan minum teh di London semata-mata nak explain pasal RUU355 ni.

      Delete
    2. Bro John Doe, Bro Labu, Bro Mat Noor, Pak Rahman, Bro Fan Tun dan semua Bro2.....

      Sama2 kita tengok walimatulurus 18/2 ni.....Alhamdulillah bagai pinang dibelah kapak....eh sori....dibelah dua....moga kekal ke akhir hayat....

      Delete
    3. Sori Bro Zack....teman lupa nama kome di ateh tu tadi...ramei benor orang kita, manekan teman boleh ingat semuanya......

      Bro....akad nikahnya tu belum dapat diputuskan bila....sebab pihak pengantin yg sebelah sinuuun tu belum bagi keputusan lagi.....masih malu2 nak buat keputusan....mulut kata mau tapi hati kata tak mau.......tengah kesipuan lagi bro....

      Tunggu le hari Selasa nanti kita tau le jawapannya. Sabor dulu bro....tunggu sampei Selasa....

      Delete
    4. Aik..

      Kalau tak jadi tak kena refund ka?

      Delete
    5. Tu burok siku namanya bro....udah bagi jadi hak orang le.

      Delete
  13. hajat hati nak bwat dkt dataran mandeka dpt kat padang merbok pulak,tapi tak pa pejuangan hukom isle mesti d teruskan walaupong malaisa ni negara isle,yg jd bangang poak amno dah ada kuwasa nak himpon kebendanya,hangpa nak kutip duit sumbangan ke.
    merbok nama burong.mlayu mmng sangat suka burong,kalu gila burong dah dtg habih suma dgn bini asik main burong saja kerojenya,pagi ptg siang dan mlm.

    ni nak tunjok isle atau mlayu yg power dlm negara malaisa.
    mmg mlayu tak takut sama cina dap.
    kalu bapak cina dap ,cina singapork hangpa tak takut juge ke.
    kalu bapak cina dap lepas bom pakat mampuih habis.isle dgn mlayu bungkuih .
    isle dok tang mana mlayu dok tang mana.
    tapi takpa kalu mati alhamdulillah dpt masok sorga bulat-bulat.
    poak amno telepas dari hukoman sebab juai bangsa mlayu.poak pas pulak lepas dari hukoman sbb juai agama isle..

    mlayu marhaen juga dok tekulat-kulat mcm taik kambin bulat-bulat.sbb palak bapak mlayu dan palak bapak isle udah kaput.mlayu marhean jd mcm berok kena belacan sbb takdak kepala bapak nak tunjok jalan dan membela nasib mlayu sampe hilang maruah sebagai bangsa mlayu dan d pandang hina sampe mampuih.

    ReplyDelete
  14. Amirul mukminin Malaysia si Najibun yang kononnya memiliki kuasa pemutus di dalam pakatana Barisan Nasional (ikut kata Unknown) sedang memperhalusi siapa yang nak dikecewakan, isteri2 sahnya (MCA, Gerakan dan MIC) ataupun kekasih gelap yang sedang dalam proses perbincangan untuk pertunangan (PAS).

    Semua kaki wayang dan jurucakap tu pun kaki auta dan putar belit.

    Apa apa pun Jamil Khir tetap wajib pi. Kan dah sampai ke London buat penerangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara john doe, Tok men tak dapat hadir krn berselisih tarikh dgn program penerangan RUU 355 di perancis. Tok men amat kesal krn Tak dapat hadir dan berjanji akan hadir diprogram akan datang.. He he..

      Delete
    2. Dah kena dah....penyangak jumpa penyamun. Satu untuk ko satu untuk aku....dua untuk ko dua untuk aku.....semua untuk aku...kosong untuk ko...hehehe

      Delete
    3. My dear bros labu and phantom.

      Nasib baik teman tahu deme ni main wayang ja, tidak mesti teman masuk wad pening dok mikio perkara2 berikut:-

      1. Bercintanya dah lama siap sedondon macam pengantin, nikahnya bila plak?

      2. Walaupun ini perhimpunan anjuran PAS tapi yg wajib hadir ialah Jamil Khir, tapi dia pun kena tunggu arahan Amirul mukminin Najibun. Dulu ke London Amirul mukminin tak halang ka?

      3. Walaupun perhimpunan ni anjuran PAS tapi Mustafa Ali spender besar wajib tak pergi (sebabnya faham2 sndirilah no), tapi disebabkan arahang Presideng mungkin dia gi jugak.

      P/s - baca kalimah wajib dalam konteks bahasa dan bukan istilah.

      Delete
    4. Bro john doe...PS tu mesti untuk si unknown tu kan...hehehe, jgn risau le bro, dia sibuk menguruskan majlis akad nikah padang merbok ni..bro tak tau ker...dia saksi 25% untuk majlis ni...haha jgn marah ye unknown teman gurau aje...

      Delete
    5. Isssh issh...25% udah pegi ke unknown ropenye?? Melepasle si kassim pentelon.

      Delete
    6. Bro anon.

      Sudah gaharu cendana pula ..

      Hehehe...

      Delete
  15. Puak serban dah nak berkumpul
    Ajak pasangan tersenyum simpul
    Tolonglah datang jangan diuzur
    Kami diajak dua kali pun muncul

    Tolonglah hadir jangan tak datang
    RRU 355 sama dibentang
    Bukankah kita dah makan sedulang
    Adakah MCA jadi penghalang?

    Sedondon lagi kita bersama
    Tunjukkan Melayu kita ni brother
    Amanatku dulu lupakan saja
    Mana yg secret ku buat selamba

    Dubai tuan belahan hati
    Hamba berserban semua menanti
    Jangan tak datang besarnya rugi
    Di blog Budin protun mengeji

    Blog si Budin memangnya dahsyat
    6.6 kita masak disiat
    John Doe, Labu Labi,Othaman Ahmad
    Cass, the Phantom kuat menyengat!..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro fan tun..always the best!!!

      Delete
    2. Bro Fan Tun, well done bro....!!
      Jangan lupa buat pantun khas untuk walimatulurus tu bro...

      Delete
    3. Gendang dipaluuuuuuu.... pengantin maluuuu..

      Delete
    4. Duduk bersandiiiing....tersimpul malu.

      Kita tunggu Bro Fan Tun punya penangan pantun dia lagi ummmmphh bro.....

      Delete
    5. Setuju dgn bros labu, zack dan phantom.

      To bro fan tun, keep it up and on.

      To everyone, salam perjuangan.

      Delete
    6. Salam perjuangan bro John Doe....

      Mike jangan lupe...stay alert for the walimatulurusssss.....heyyy libang libu pengantin nunggu jawapan di sinuuuuun.....

      Delete
  16. John pls do not forwards the little bros in Sabab and Serawak dah pernah bagi warning dekat big bro di putrajaya.
    Pening ingat nak main kayu 3 tapi rahsia dah terbongkar. Nasib hang lah luncai oii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes bro.

      I purposely did not mention all the other partners of the so called kuasa pemutus (unknown punya bahan ulangan), except for the trio, otherwise I would have to use the word concubines instead of legal wives to describe their partnerships.

      LOL!!!

      Delete
    2. Teringat macam the Last Emperor of China punya concubines......hehe

      Delete
    3. Unknown atau sahabat suka label kan Kita sebagai penari?? KNP?? Krn Kita menari atas provokasi dia dan Kita menari ikut gendang dia... Skrg Kita bg gendang thaipusam Kat dia... Lps ni dia konpam masuk wad.. Pening darah tinggi naik... He he

      Delete
  17. .

    90% UMNO memikirkan alasan untuk tidak hadir.

    10% UMNO memikirkan apa sebab mesti hadir.

    Nama UMNO nak ikut serta program PAS yang kehadirannya ialah walaunta agak janggal buat pemimpin UMNO.

    Siapa yang bocorkan nama bank yang di kaitkan dengan RM90 juta ?

    UMNO sendiri kah atau pemimpin PAS yang sengaja bocorkan ?

    ReplyDelete
  18. .

    Selesaikan isu berus !

    Menteri UMNO arahkan hentikan serbuan ..

    Se belum ini cokelat haram sebab mengandungi babi.

    Menteri kata siapa yang beli kalau tak pasti tanya dan penjual mesti tahu dari pembekal jenis berus. Macam lah peniaga beli berus je..

    Main tanya je .. Hihihi.



    ReplyDelete
  19. Tak perlu MO1 nak perhalusi lagi kerana kesemua parti gabungan BN..MCA,MIC,GERAKAN,PBB,PBS,OPKO,PPP,PBRS dan kesemua sudah setuju dan sebulat suara memberi sokongan Akta 355.

    Malah kesemua president parti gabungan akan memberi sokongan dan menghantar rombongan tanda sokongan.

    Presiden Pas jangan kuatir dengan bilangan yang akan hadir kerana Najib sudah memberi arahan pada semua ahli gabungan diminta hadir dan diberi cuti tampa rekod.

    Tahiah pada tuang presiden!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yahoo dpt cuti tanpa rekod dgn elaun penuh... Hidup Kak mah!!!

      Delete
    2. Cuti tanpa rekod dgn elaun penoh.......jealous aku Labuuuuuu.....tak boleh jadi ni...!!

      Delete
  20. UMNO Sabah apa pendirian pula. Kenapa Salleh Keruak, Rahman Dahlan, Anifah Aman dan Musa Aman senyap saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno Sabah blum dapat green light lg dari Kak mah..he he..

      Delete
    2. Keruak si karabau yg paling bijak tak mahu berarak di seluruh sabah ker.

      Delete
    3. Bro Zack....apa2 tunggu hari Selasa bro....

      Delete
  21. Apalah nak jadi dengan politikus2 pas ngan umno nih...dikala rakyat marhaen dihimpit dengan segala macam kesusahan yg timbul dari harga minyak naik, gst dan harga barang keperluan yg tinggi, mereka masih boleh dok tarik tali pasal perhimpunan ruu 355 ni..tak prihatin langsung tentang masalah rakyat..hanya agenda politik dan perut mereka sahaja yg dipentingkan...pembela bangsa dan agama la konon...piiirrahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong bro.. Rakyat sedang tersepit dgn kos sara hidup sehingga umno/najib main kan filem lama 30 tahun bmf dan forex.. Lepas tu cuba laga2kan antara parti pembangkang... Pakar stategik nak akal kan rakyat Malaysia kena kerja overtime... Skrg zaman IT!!!

      Delete
    2. Orang pas bukannya tahu GST tu apa.

      Delete
    3. Mungkin depa ingat tu ubat kuat tak!Ialah kalau da gst(gosok sampai tegang).

      Delete
  22. Buang masa saja dgn perhimpunan tu. Bukan blh buat apa pun. Itu sebenarnya kerja umno-bn dan bukan kerja Pas.
    Yg Pas sibuk2 buat kerja bodoh ni buat apa? Kalau umbo-bn tak mahu buat, parti lobai nipun tak leh buat apa.
    Tak payah la na tunjuk jd jaguh tapi buat kerja bodoh mcm tak tahu undang2. Membodohkan pengundi memekak kat padang mcm membodohkan pengundi dulunya pasal assabiah la..hudud la..toghut la.

    ReplyDelete
  23. Ambank dan Affin Bank ada cerita
    2.6 bil masuk yang satu lagi 90 juta
    Yang satu WSJ namanya disaman selasa
    Yang satu lagi SR nak saman bila?

    Pelamin dah siap rapi dengarnya
    Para jemputan semua kad dah terima
    Pengantin lelaki mahupun perempuannya
    Jangan ada yang demam minta maaf saja

    Satu guna bangsa yang satu lagi agama
    Nampak gayanya gagal dah disangka
    Maka digunakan slogan anti islam
    Untuk takutkan melayu siang malam

    Perhimpunan nanti dikatakan bergaya
    Jutaan rakyat sokong dijangka mereka
    Takut sesuatu berlaku luar jangka
    Allah taala maha mengetahui segalanya

    Hudud PAS, RUU355 umno jadi taruhan
    Konon mertabatkan agama yang suci
    Selagi bukan dari Tuhan
    Selagi itu kegagalan menanti

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tak gunakan Bank Islam ker. Bank2 lain semuanya syubahah. Haram tu!!!

      Delete
    2. Bolak balik tok lebai Tuang Presideng-

      Masa partner dengan AI, video terlepas dikatanya 'video hanya besi, kena ada saksi'.

      Betul, hudud mesti sabit melalui penyaksian (shahadah) dan video tak cukup untuk sabit bawah hudud.

      Ini jawapan ikhlas atau salahguna?

      Yang nak berhimpun pasal RUU355 ni bukankah RUU355 ni ta'zir ka dan ta'zir boleh sabit melalui video.

      Habis yang berlakon pakai spender besar dalam video tu camna plak?

      Lebih sebab utk PPBM lupakan PAS.

      Delete
  24. Perhimpunan RUU355 diPadang Merbok itu bukan untuk memberi penerangan hal undang-undang agama tapi lebih kepada penerangan hala tuju melayu islam hasil gabongan PAS dan UMNO Baru.

    Tidak kah orang ramai rasa kelakar dan berfikir bila pemimpin PAS sibuk dengan RUU355 tapi dalam masa yang sama mereka terpalit dengan dakwaan menerima rasuah RM90 juta yang dikeluarkan melalui Affin Bank dan bersekongkol dengan penjenayah 1MDB menindas rakyat ?

    Jika orang PAS yang terpalit jenayah rasuah seperti disebut diatas berjaya melaksanakan undang-undang islam maka orang melayu jenis apa pula yang akan menanggung penderitaan hukuman itu ?

    Apakah orang seperti Haji Hadi dan Haji Najib boleh didakwa jika mereka didapati melakukan kesalahan seperti curi, zina, arak, judi dan kafirkan orang islam?

    Saya sebagai orang Melayu beragama islam tidak menyokong RUU355...semuanya main wayang.

    Dan saya juga tidak membenarkan ahli keluarga saya hadir dalam perhimpunan itu kerana perhimpunan itu secara jelas memperbodohkan orang ramai agar terus menyokong ulamak politik yang disifatkan oleh Najib terhadap warga felda sebagai HARAMJADAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bersetuju dengan anda

      Delete
    2. Setuju bebenor.. Tp nk cover line ahli marhean totok pas.. Maka hadi main wayang kununnya dap keras sgt anti Islam nya.. Tak yah ckp dap pun, Islam haram kan rasuah dan bersedondo dgn pencuri dan perompak...

      Delete
    3. Teringat spender besar la plak..

      Delete
    4. Bro...spender ke bendera tu....errrr...lupa pulak....macam akan2 rope bendera pon ada bro....

      Delete
    5. Tu dah rating filem biru..he he.. Look like me, talk like me.. But is not me... Dia punya pusing dan menang kes.. Tu org ckp,klu nk pakai lawyer,cari yg boleh ckp Tamil.. Ini bkn rasis ye.. Ini pengamatan ikhlas.

      Delete
    6. 20.28....setuju !!

      Delete
  25. Betul ke cerita PAS dapat duit dari najib through bank Affin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer tanya tuang presideng pas dgn chairman affin bank.. Klu x benar saman husam dgn Sarawak report... Mula2 sembang kencang nk saman... Skrg dh senyap sunyi... Klu saman silap2 kena game balik..

      Delete
    2. Bab lain semuanya haram. Bab duit halal

      Delete
  26. Wkslm bro labu labi,
    Bro punya sanggah Unknown pun lari
    Kita rasa megah bro orang berani
    Bro jugak fakta semua boleh bukti
    Jibbo baca ketar nyorok belakang bini..
    Tq bro Labu Labi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 bro... Kita dh makin hari makin tersepit. Kes sorang ibu yg sembelih zuriat sendiri krn murung. Dan punca murung krn tekanan kos sara hidup.. Tragik dan sedih.utusan Malaysia juga lapor kan 1 dari 3 rakyat Malaysia alami masaalah mental tanpa sedar..... Kawan hari2 baca utusan Malaysia sejak mula pandai membaca.

      Delete
    2. Hadi dgn najib pun ada masalah mental juga.

      Delete
    3. Rasanya bro labu tak cukup sahaja info dengan utusan malaysia...ni mesti selalu tonton tv3 2.8m tu sekali kan?.

      Delete
    4. Mana tau ni bro? Kwn jgk tengok astro 321 celestial classic movies Dan 201 vanavil..klise

      Delete
    5. Tak lupa kejadian orang terjun dari jambatan Pulau Pinang sebab kes didenda seludup rokok. Tak salah denda RM2k lebih....tapi tak mampu bayar. Hidop terdesak...nak sara anak bini. Siap ada tinggalkan nota.

      Jalan yg dipilih memang salah dalam syarak....tapi hidopnya yg tertekan dan terdesak dengan kos sara hidop tu memang benar.

      Ikan bilis ditangkap dakwa didenda....tapi bapak jaws terrrrrlepaasss.......adil haram kejadah apanya ni???

      Delete
    6. Tu pun kes tragik murung jgk.punca kos sara hidup... Tp ada najib peduli?? Dia tak tau yg ikan kembong dh 20 henget sekilo.. Bg dia murah sgt utk bg tompok dia mkn...

      Delete
    7. Bro labu, kan dia makan steak kobe...kalo steak tu rega naik, baru le kot dia nak bising...

      Delete
    8. Orang yg makan ikan salmon, beef steak, lobster, daging badak....takkan tau rege ikan kembong, ikan selar.

      Delete
  27. Pilih,pilh,pilih....UMNO pilih.
    Yang mana satu ... mau tengok atau turun sokong RUU.
    PAS pulak subjek macam ni depa tekun setiap kali menjelang PRU. Cuma bila pernah bersama Pakatan depa silent.

    Orang MCA yg lantang membantah RUU ni. PAS macam tak biasa resam moderation rakyat Malaysia yg berbagai kumpulan etnik dan berbilang kepercayaan yg dianuti.

    Lainlah PAS klu kian jelas dakwah Islamiahnya yg telah atau terbukti berjaya memanjangkan tauhid Islam terhadap orang bukan Islam jadi muaalaf. Zakir Naik umpamanya terbukti berjaya berdakwah secara rasional , berani berdebat dengan sesiapa tanpa menggunakan saluran parti politik terbukti telah mengislamkan orang putih, gelap, sawo matang, kuning langsat.....

    Rasionalnya selagi si A, si B, si C etc tiada tauhid terima taufik hidayah memahami Islam PAS selepas muaalaf, jangan harap puak ni nak sokong RUU. Jadi beri ruang atau bilik untuk orang bukan Islam bertanya atau berdiskusi atau berdebat dengan pendakawahan PAS. Lihat apakah kebijaksanaan yg ditonjolkan oleh zakir naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakir naik tiru arwah Ahmad deedat. Teman baca buku Ahmad deedat utk subject comparative religion studies... Bini teman kalah debat dgn teman terus peluk Islam.. Lps tu teman peluk le dia bila dh halalan toyibban.. He he..

      Delete
  28. Mana ada MYR90mil, cuma MYR45mil jek. Ops...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro gst sama income tax dh di factor ke Blum? Kenaikan harga minyak pun kena faktor jgk.. Tu yg tinggal 45 juta... Bab duit lobai pun leh tinggal sorbannya. Tu kes makan sorang le tu.

      Delete
  29. Siapa dah tengok program utk hari tersebut. Dengar cerita macam sukanika saja. Banyak program hiburan saja. Taktau betoi ka dak. Tapi kalau puak ni buat dari pagi sampai mlm mesti merapu punya. Tunggu dan tengok. Sapa funder project ni. Berapa million pulak. Jangan duit rakyat sudahlah. Oh lupa duit hantaran banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro2 semua.. Cina bukak Kedai jual babi, org Islam masuk Tak Kedai tu? Tentu tidak kan.klu melayu yg ngaku Islam beli daging babi dan makan benda yg Allah dan rasulnya haramkan.. Salah cina yg jual babi tu ke?

      Delete
    2. Bro labu,bagi tuan presideng...makan babi haram tapi duit jual babi tak haram...pasal babi tetap babi dan duit tetap duit tapi yg salah cina yg jual babi tu jugak pasal kalo takde dia niaga, tiadalah babi..

      Delete
    3. Tepat sekali jawapan sedara. Logik yg sama Jamal sg besar pakai nk serang Kedai Judi. Islam haram kan Judi, Kita tak masuk tmpt mcm tu. Yg masuk tmpt mcm tu yg ic je tulis Islam.. Cer kome fikir balik..

      Delete



  30. TIDAK ada paksaan dlm UMNO.
    turun boleh
    tak turum boleh


    ReplyDelete
  31. Hadi kalau betoi hang ikhlas dengan umno hang tarik balik dulu amanat hang dulu yg kafirkan orang umno. Kalu hang tak berani buat tak payah aku cakap lagi jenis apa hang ni. I'm holding you and the rest responsible for everything that had happened within the ummah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tragic loss of life on the innocent people who believed in his amanat. He convenienly passed the blamed to the authorities then and security personnel except himself... And he collect monies out of people sympathy.. Then you judged yourself what kind of leader he is !!!

      Delete
    2. Agreed !!
      Well said bro Labu.

      Delete
  32. Bro Phantom,

    Dua Kali bro meminta
    Maknanya betul seperti dikata
    Meminang untuk anak teruna
    Saya tak pandai bolehlah cuba..

    Assalamualaikum kami dah sampai
    Bawa dulang si Bunga Rampai
    Hajat teruna kami menyampai
    Ingin bertanya si Mayang Mengurai

    Hajat besar kami sekeluarga
    Ingin benar bertanya bunga
    Di laman tuan sudahkah berpunya
    Jika belum teruna nak Cuba..

    Hajat datang untuk bertanya
    Jika puteri belum berpunya
    Teruna datang membawa tanda
    Cincin risik dibawa bersama

    Jika dua saling berkenan
    Hajat mulia kita tunaikan
    Mufakat kita seiring jalan
    Hari yg baik kita tetapkan..

    Wahai saudaraku bro Phantom
    Doakan pasangan safe and sound
    We are happy top to bottom
    Anak ke kahwin,atau bro Phantom second round?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woisssh....jangan gitu bro fan tun...bukan anak teman....bukan teman.....tapi ni pengantin sedondon berpimpin tangan udah lama kita tunggu bersatunya.....udah lama bercouple bro.....dah jadi buah mulot orang. Kejap bertemu, kejap menepih, kejap tarik, kejap menolak.....masing2 masih kesipuan bro....

      Ini mike bro fan tun udah siapkan pantun walimatulurus....maka boleh le deme guna pada hari persandingan nanti. Tak lama dah bro.....kita tuuungguuuuu.


      Delete
    2. Bro phantom,Rasanya pantun bro fantun tak sesuai le untuk pengantin perempuan tu ..pasal dia tu bukan lg anak dara..x silap dah menjanda lebih dari 3 kali..

      Delete
    3. 23.00 tak per....bagi kredit sikit kat deme bro.... Janda bukan sebarang janda....kabornye janda meletop juta2 ongkos hantarannya.

      Delete
    4. Hebat pantun bro fan tun..

      Rasa macam nak bersampin plak.

      Hehehe

      Delete
    5. Teman dpt jd pengapit pun jd lah...kompang2.. He he

      Delete
  33. Apa Tujuan PKR Keluarkan Buku Penerangan Akta 355?
    Umum sedia maklum bahawa pada tarikh 18 Februari 2017, di Dataran Merdeka, PAS akan menganjurkan Himpunan Demi Solidariti RUU 355. Himpunan buat julung-julung kali diadakan ini diberitakan telah mendapat keizinan daripada pihak Polis DiRaja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemilik Dataran Merdeka.

    Himpunan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran rakyat Malaysia berhubung usaha PAS memperkasakan Rang Undang-Undang Syariah yang kali terakhir di gubal kira-kira hampir 30 tahun yang lalu. Bil persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini dilihat antara pemangkin hubungan lebih baik antara PAS dan UMNO yang menjadi parti yang menyokong penuh RUU355 ini di bentangkan di Parlimen.
    Menariknya, kira-kira seminggu sebelum himpunan mega ini diadakan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini telah melancarkan sebuah buku risalah mengenai pendirian parti berkenaan tentang Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, sekaligus bagi memberi penerangan berkaitan isu itu.

    Agak menghairankan kerana sebelum ini, PKR dan PAN bertindak untuk tidak menyokong perbahasan berhubung RUU355 ini pada Sidang Parlimen sebelum ini. Namun, segala-galanya berubah apabila PKR secara tiba-tiba cuba untuk menunjukkan bahawa mereka membantu PAS bagi menerangkan sisi yang kurang difahami oleh sebilangan kecil rakyat Malaysia berhubung isu RUU355.

    Apa tujuan sebenar PKR dalam isu ini? Bukankah sebelum ini, PKR bersependapat dengan DAP dan PAN bahawa isu ini adalah bil persendirian yang bukan diterima 100 peratus oleh penyokong Pakatan Harapan? Melihat kepada perkara ini, ianya kelihatan seperti mempunyai agenda yang tersembunyi jika diimbas dari keadaan semasa dan dari segi politik.

    Umum sedia maklum bahawa PAS masih boleh bekerjasama dengan PPBM dan PKR namun secara jelas menolak sebarang kerjasama antara parti-parti berkenaan dengan DAP. PAS kekal dengan pendirian untuk menolak sebarang hubungan dengan DAP dan menyatakan bahawa mereka tetap dengan pendirian untuk membentuk blok ketiga di kalangan pembangkang di Malaysia.
    Setelah melihat rundingan demi rundingan yang dijalankan PAS, PKR dan PPBM menemui jalan buntu, adakah dengan menerbitkan buku risalah tentang RUU355 ini, PKR berharap dapat memujuk PAS kembali kepangkuan Pakatan Harapan yang diketuai DAP?

    Tidak sukar untuk menjangka bahawa DAP sebenarnya terlalu terdesak untuk terus mengekalkan kuasa di semua Parlimen yang mereka wakili. Malah, DAP sedar, tanpa bantuan daripada para penyokong PAS, adalah amat mustahil buat mereka untuk mengekalkan kerusi Parlimen yang mereka perolehi dan seterusnya bakal memungkinkan DAP mengalami kekalahan buat kesekian kalinya.

    Justeru, antara langkah yang diambil DAP adalah meminta PKR dan PPBM melakukan rundingan bagi membolehkan PAS kembali ke pangkuan Pakatan Harapan. DAP tidak mengambil pusing bagaimana kedua-dua parti hambanya bekerja asalkan PAS kembali semula kepangkuan Pakatan Harapan.

    Jadi, tidak hairanlah apabila melihat PKR sanggup mengeluarkan sebuah buku risalah yang isinya dilihat seperti satu salinan daripada apa yang telah diperjuangkan oleh PAS sebelum ini. Penerangan dan segala isi kandungannya dilihat sama tanpa ada sebarang perubahan. Apa tujuan PKR dalam isu ini?

    Nyata sekali, PKR dan Pakatan Harapan kini dilihat benar-benar terdesak untuk menarik semula PAS menyertai mereka. Apa sahaja cara akan digunakan oleh PKR, PPBM, PAN dan DAP asalkan mereka mampu menarik semula PAS menyertai mereka termasuklah melaburkan sedikit peruntukan untuk menerbitkan buku risalah RUU355.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu Tak ada usaha tdm 30 tahun dulu, RUU 355 ni pun tak wujud. Pun nk fitnah org tua tu jgk. Makan duit yg bkn hak tu haram..period.

      Delete
  34. Sungguh malang nasib Protun sejak kebelakangan ini.
    Cubaan demi cubaan dilakukan untuk membersihkan nama Tun Mahathir, namun kegagalan demi kegagalan di temui.

    Najib umpama “tidal wave” tidak boleh di halang lagi.

    Semua pahlawan cangkul zaman Mahathir telah keluar untuk membela boss yang pernah memberi kedudukan dan habuan dizaman nya tetapi sindiran dan perli mereka tidak memberi kesan.

    Dari Tun Ling Long Sik, Rafidah Aziz sehingga lah totok “sign mati” yang sejati ia itu Kadir Jassin, Zainudin Maidin dan Sanusi Junid.

    Mereka seperti terpaksa keluar untuk memberi kenyataan menyebelahi Tun Mahathir.

    Umum pun tahu apabila Tun Mahathir selamat kan Liong Sik pada kes PKZ maka kena lah Liong Sik balas budi.

    Rafidah juga terpaksa tunjuk kesetiaan kerana tahu Mahathir tahu kisah AP King nya.

    Pada cubaan terkini TS Sanusi Junid di blog nya jelas sekali TSS cuba menjadi seperti Tun Mahathir ia itu menzikirkan isu lapuk dan basi ia itu 1MDB, walaupun sehelai bukti pun tidak pernah di tempel kan berkenaan 1MDB.

    Panjang lebar TSS cuba kaitkan ramai nama yang menjadi korban konon nya kerana 1MDB.

    Nama nama yang terkorban konon nya kerana durjana bernama 1mdb disenaraikan oleh TSS jelas sekali terkorban kerana kesilapan diri sendiri dan kerana silap langkah dan kerana sudah pun miliki rekod buruk masing masing.

    Lihat lah nama yang di petik seperti Khairuddin, Anina , Muhyiddin , Mukhriz dan Shafie Apdal.

    TSS terlupa yang kisah mereka ini telah pun jadi tontonan umum sebelum terkorban sendiri.

    Mereka tergolong dalam kategori “Self destruction” yang terkorban ikut jadual.

    Lagi pun ini “fair game” jika mereka tidak menjadi korban , mangsa mereka ia itu DSNajib dan UMNO pula yang akan jadi korban. Maka adil lah permainan ini.

    Ini nama nya “Colateral damage”. Mustahil TSSJ yang “book worm” tidak faham permainan ini.

    Kita tidak perlu cerita auta TSSJ di sini kerana mereka yang suka cerita dongeng boleh terus layari blog TSSJ.

    Apa yang hendak kita sampaikan di sini ada lah , bagaimana di zaman Mahathir korban sebenar telah terjadi.

    Ia bukan korban persepsi seperti yang TSSJ sampaikan untuk mencuci berak Tun M.

    Di zaman pemerintahan Tun ujud korban sebenar, bukan nya korban persepsi.

    Nyawa telah terkorban dan melayang dengan nyata.

    Mangsa korban politik Tun Mahathir termasuk Arwah Abd Jalil, auditor yang di hantar untuk siasat skandal zaman Tun M ia itu BMF.

    Kes yang berskala mega hanya di hantar seorang sahaja auditor seolah olah untuk dijadikan korban sembelihan.

    Selain itu 14 nyawa umat Islam terkorban di peristiwa Memali diera Tun Mahathir.

    Ini ada lah korban benar, ia itu korban nyawa. Ia bukan korban persepsi seperti yang TSSJ cuba buat kepada individu yang berkaitan 1mdb.

    Maka berat nanang lah dalam era pemerintahan Tun Mahathir nyawa sudah terkorban.

    Malah ada beberapa individu juga pernah berseloroh , “jika gaduh dengan Mahathir, jangan selalu naik helicopter” kata nya.

    Bila di suruh perjelaskan dia enggan dan suruh kita cari sendiri “clue” nya.

    Bagi korban politik pula , sudah berapa individu telah menjadi mangsa kepada korban pllitik Tun M,.

    Hampir semua timbalan nya sudah menjadi korban. Kira lah sendiri.

    Bukan sahaja timbalan, malah Perdana Menteri sahaja sudah 2 ia itu Abdullah Badawi dan DS Najib.

    Mahukah kita kira Timbalan PM pula?

    Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim sahaja sudah cukup untuk menjadi contoh.

    Ia seperti game yang di mainkan oleh Tun Mahatnir untuk memanjangkan nyawa politik nya.

    Apabila sudah cukup tempoh , sesuatu akan dilakukan supaya timbalan baru akan muncul, maka yang baru tentu nya perlukan masa untuk menjatuhkan PM dan Presiden , maka gap yang baru dengan Perdana Menteri akan lebih jauh, maka tambah lah tahun untuk Tun M berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti 1mdb -doj, singapura,swiss
      Korban nyawa -attantuya sharibu
      Skandal BMF- setup suruhanjaya diraja
      TPM di pecat - Tan sri muhyidin
      Perbezaan ketara-
      Tun- cuba di malukan di malaysia tapi nama harum didunia antarabangsa.
      Najib- tak tau malu di malaysia dan nama busuk di dunia antarabangsa..
      Hidup Tun!!

      Delete
    2. 22.55....setuju !!

      Delete
    3. .

      Tidak ada sekelumit bukti pun yang pernah di tempel kan berkenaan penglibatan Mahathir dengan Memali dan pembunuhan Jalil.

      Ada juga orang kata jangan pergi ke puncak alam kalau tak suka pada Najib dan Rosmah.

      Timbalan Menteri yang jadi pesaing Perdana Menteri sahaja yang kena cantas. Itu biasa. Tapi sampai Menteri ada yang kena pecat dan terpaksa letak jawatan itu menjadi tanya ?

      Delete
    4. Teman nk gelak pun Ada, nk teroyak pun Ada. Org bkn minat nk dengor ceritera yg dh lalu. Yg org nk tau.. Apa yg gomen bila kos sara hidup boleh turun? Bila ringgit nk naik balik?? Apa yg najib buat?? Bila??? Nk perah rakyat lg adalah..suruh LHDN odit fail cukai Dan kenakan cukai tambahan melalui PCB.. Tau2 gaji dh tinggal suku...

      Delete
  35. Bagaimana pula mangsa kepada skandal Tun M?

    Mereka yang terpaksa di penjarakan kerana ikut arahan ?

    Mangsa mangsa seperti Gabenor , timbalan Gabenor Bank Negara?

    Selain itu pegawai tinggi bank sepertk Lorraine Esme Osman Rais Saniman dan lain lain?

    Sehingga kini sudah berapa ramai yang menjadi korban kepada Tun M?

    Mahu kah kita ambil kira korban politik Tun M seperti ulama dan para hakim?

    Kerana Tun M bergeseran dengan ulama , ahli umno terpaksa bersusah payah menjawap isu serta di maki hamun di masjid dan surau.

    Begitu juga dengan hakim, kerana mereka menjadi korban politik Mahathir jutaan ringgit terpaksa di bayar oleh kerajaan sebagai pampasan.

    Dan akhir sekali hampir sejuta lebih ahli umno menjadi korban politik Mahathir kerana nafsu kuasa Tun Mahathir mahu selamatkan nyawa politik sendiri lalu mengorban kan Parti UMNO yang asal untuk bentuk UMNO baru bagi menghalang Ku Li dan jutaan ahli UMNO penyokong nya dari menjadi ahli UMNO baru.

    Sedar lah sikit TS Sanusi, siapa yang durjana terhadap orang melayu dan UMNO, Najib kah Tun Mahathir?

    1mdb itu isu ciptaan Tun Mahathir sahaja, maka yang konon nya mangsa korban 1mdb itu hanya lah mangsa persepsi sahaja , mangsa sebenar ada lah yang seperti kami ceritakan di atas.

    Tidak elok menipu di umur senja hanya sebab ada perkara sulit yang kamu dan Tun sahaja yang tahu.

    Apa pun orang yang kamu serang itu ia itu DS Najib memiliki sifat terpuji seperti kesabaran yang tinggi.

    Dia tidak cepat pukul orang di airport hanya sebab tidak miliki kesabaran seperti “orang” itu walaupun Najib miliki kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Najib memang memiliki kesabaran tidak seperti 'orang' yang memukul orang di airport.

      Kesabaran Najib terserlah sungguh sehingga di sepak oleh iateri, Najib masih cool.

      Delete
    2. Kerana tersangat cool la sampai boleh disinggul oleh betara guru depan kamera.

      Delete
    3. Anon 22:27 & Anon 22:29 ...saya yakin manusia yg sama .

      Arwah Abdul Jalil adalah auditor yang di hantar ke Hong Kong olih BBMB , bukannya Mahathir . Skandal ini saya rasa Ku Li yang harus menjelaskan kerana BBMB lebih terjerumus kepada beliau .
      Skandal ini tidaklah terlalu mega jika di bandingkan dengan skandal 1MDB . Tiada satu pun asset Negara tergadai . Kalau tak silap jumlah yang masuk akaun Najib lagi besar .

      Gabenor dan timbalan Gabenor menjadi mangsa ? Siapa anda maksudkan ?

      Adapun Lorraine Esme Osman , Rais Saniman telah pun di hadapkan kemahkamah HONG KONG . Di dapati bersalah dan di jatuhkan hukuman olih mahkamah HONG KONG . Ia tiada kaitan langsung dengan Mahathir atau kerajaan ketika itu kecuali BMF adalah anak syarikat Bank Bumiputra .

      Ahli UMNO di maki hamun di masjid dan surau ? Di masjid mana tu ? Di surau mana tu ?
      Kalau benar terjadi ,implikasi nya tidaklah mudarat sangat kerana ahli UMNO tu bukannya ulama dan yang mamaki hamun tu pun bukannya ulama .
      Di zaman Najib ni mufti pun kena maki terutama yang seorang tu ...pun umor dah senja . Nak berjalan pun terpaksa di pimpin !

      Yang paling lawak apabila menyatakan isu 1MDB ciptaan Mahathir . Tak tahulah saya Najib bagi dedak jenis apa sampai bolih menulis kenyataan saperti itu ?? Tiada tercatit walau satu kali pun nama Mahathir ke atas penyiasatan samaada di Malaysia atau pun luar Negara .
      Walaupun siasatan di Malaysia masih tidak di ketahui hujung pangkalnya , di luar Negara lain pula ceritanya .
      Di Singapura , seorang demi seorang telah di jatuhi hukuman ... yang tertinggal hanyalah Low Taek Jho aka Eric Tan ....the missing link to MO1 .

      Pujian juga pada anon ni kerana mempunyai kehebatan menganalisa sifat seseorang . Manakan tidaknya ? Dia bolih berkata Najib memiliki sifat terpuji seperti kesabaran yang tinggi ??
      Tan Sri Nalla kalau dengar mesti bilang " poooodah " ! Adakah anon perasan tutur kata serta tindakan Najib kebelakangan ini banyak kecelaruan ?
      Memanglah tiada yang kena pukul ... tapi yang kena C4 dan di tong simenkan ..apa cerita ?

      Delete
  36. ‘KALAU ADA PAN TAK BOLEH, KALAU ADA DAP LAGI LAH TAK BOLEH’
    Syarat PAS kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengadakan hubungan politik atau menjayakan program ceramah bersama tidak berubah iaitu ‘jangan ada Parti Amanah dan DAP’.

    Demikian penegasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjelaskan status kerjasama antara partinya dengan PPBM.

    “Hubungan dengan Bersatu (PPBM) kita (PAS Pusat) benarkan adakan program bersama Bersatu (PPBM). Parti benarkan kalau PAS kawasan nak panggil PPBM dengan syarat tidak ada PAN (Amanah) dan DAP.

    “Kalau ada PAN (Amanah) tidak boleh (adakan program). Kalau ada DAP…lagilah tidak boleh,” tegas Tuan Ibrahim disambut sorakan ahli PAS yang hadir dalam sesbuah program di Terengganu, semalam.

    PAS dan PPBM sebelum ini menceru tumpuan banyak pihak selepas kedua-dua parti itu duduk semeja dan mengadakan rundingan bersabit kerjasama menuju Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan kerjasama antara parti itu dengan PPBM.

    “Saya bertemu dengan PPBM, saya beritahu keputusan yang kita bincang akan dibawa ke parti masing-masing. Dalam PAS, preside tidak boleh buat keputusan. AJK PAS Pusat juga tidak boleh buat keputusan nak bergabung atau tidak dengan Bersatu (PPBM).

    “Kita kena angkat isu itu ke Majlis syura. Syura yang ada kata pemutus. Syura akan tengok dari segi hukum, untung rugi, dalil dan nas. Bil Syura buat keputusan, parti akan ikut.

    “Syura pandu jalan. Syura macam lampu suluh. Dia tunjuk kat depan tu ada tiang, ada longkang. Bergantung pada pemandu, kalau nak langgar juga, bingunglah pemandu itu,” ujar Tuan Ibrahim disambut gelak ketawa hadirin.
    Tuan Ibrahim kemudiannya menegaskan PAS terpaksa memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak dasar Islam yang diperjuangkan selama ini.

    Justeru, PAS tidak lagi boleh berkompromi dengan parti majoriti Cina itu.

    “Kita dah buat keputusan, kita tak akan bersama DAP. Kita bukan tolak pengundi Cina. Kena faham, kita bukan perkauman. Kita tolak DAP kerana polisi DAP terhadap Islam, yang menjadi hak untuk orang Islam untuk melaksanakan.

    “Kita tidak bermusuh dengan pengundi Cina. Kita jumpa pengundi Cina, mereka datang jumpa kita dan mereka beritahu bukan semua Cina itu DAP dan kita kena ingat DAP tak pernah menang dalam pilihan raya melainkan PAS bersama DAP,” tegasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Perpepsi tentang DAP berubah apabila Zaid Ibrahim memilih DAP sebagai platform untuk perjuangan politiknya.

      Dalam hal memilih yang jelas lagi terang antara yang benar dengan yang salah, antara tindakan yang bijak dan yang tolol.... antara perasuah dan penentang rasuah .. antara UMNO dan PH... tak payah lah nak bagi majlis syura tunjukkan jalan dan memberi panduan.

      Masalah sekarang 'jalan yang berpetunjuk' memang telah tersedia signboard nya.. anak panah nya.. jarak nya ... pun ketua boleh buat u turn.

      Pengundi cina tidak memilih kerana agama tetapi memilih siapa yang tahu sangat ilmu ekonomi. Jangan tolak orang agama, orang yang buat hutang banyak pun pengundi cina tolak.

      PAS mana reti jaga ekonomi. Mustapha Mohamad pun mengakui kelemahan pentadbiran Kelantan dalam urusan ekonomi.

      Delete
  37. Pas dah buat kenyataan nak saman husam musa macamana depa dah buat dekat SR. At least thats what i understand reported by malaysia kini. So you poeple out there pls stop making false accusation against these god fearing ulamak. Or you land in hell. By the Mr labu i understand your line of questioning. Honestly i'm just one jahil individu. Sorry. Ingat nak ambil tunjuk ajar dari unknown tapi bila ingat pesan guru saya jika nak mengaji kena kenal guru dulu kalu tak tau guru mungkin syaitan. Bukan saya kata unknown tu syaitan tapi dia kena perkenal diri dia dulu dan kitab kitab yg dia buat ref.

    ReplyDelete
  38. Macam wartawan cabuk, Tun Faisal tibai AKJ
    KADIR DEFENSIF, TAKUT APABILA SKANDAL BMF, FOREX MELIBATKAN TUN M DIBUKA SEMULA
    1. Tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan "boss"nya diungkit dan didedahkan semula.

    2. Dalam tulisannya Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan 'laporan palsu' dan tersasar berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai BBMB atau mungkin juga kerana mahu melindungi "boss"nya.

    3. Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Mahathir.

    4. Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Dr Mahathir jadi PM pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.

    5. Banyak "cover up" berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai Bumiputera yang dipenjarakan telah dikambing hitamkan.

    6. Dalam skandal BMF, Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit.

    7. Jalil dibunuh supaya pinjaman yang besar kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera. Perdana Menteri ketika itu adalah Dr. Mahathir.

    8. Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.

    9. Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah 'bail-out' menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.

    10. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).

    ReplyDelete
    Replies

    1. Walaupun tidak ada baik out untuk 1MDB tapi rakyat dikenakan GST dan kenaikan minyak untuk bayar hutang berbillion-billion yang di buat oleh 1MDB.

      Begitu juga banyak yang mati kena bunuh samada di tembak atau di tekak semasa Najib. Kes disyaki sebab hutang dan di beri racun.

      Delete
  39. SKANDAL FOREX

    11. Berkaitan skandal forex Bank Negara, Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan Bank Negara dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, Bank Negara telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank untuk membuat keuntungan.

    12. Isyarat bahawa Bank Negara akan berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di Delhi pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab Bank Negara, iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai Ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran.

    13. Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, Bank Negara pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing Bank Negara amat agresif dan digelar sebagai “market bully". Penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?

    14. Bank Negara telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.

    15. Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB.

    16. Dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion 'lesap' dalam konteks wang yang digunakan sebagai 'bail-out', manakala dalam skandal forex Bank Negara, RM44 bilion benar-benar lesap.

    17. Mengambil kira jumlah wang yang hilang dan yang 'lesap' kerana digunakan untuk mem'bail-out' skandal BMF dan Forex ketika pemerintahan Dr. Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan? Terutamanya apabila skandal-skandal inilah yang telah menjadi punca krisis kewangan tahun 1997-1999 iaitu krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah Malaysia yang telah menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat hilang pekerjaan dan ramai menjadi papa kedana kerananya?

    18. Apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika "perkara lama" ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

    Oleh: TUN FAISAL ISMAIL

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Sekelumit bukti pun tidak ada kesalahan Mahathir.

      Pedulikan Kadir. Mahathir kata tubuh badan siasatan. Apa tunggu lagi ?

      Delete
  40. Akta 355 : PKR Terbit Buku Lawan Arus Usaha PAS
    PKR menerbitkan buku bertajuk “Pemerkasaan Perundangan Syariah di Malaysia” yang disifatkan melawan arus terhadap usaha PAS berkaitan Pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

    Buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan inisiatif Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, berasaskan kepada pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 20 Oktober 2016.

    PKR akan mengedar risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.

    “Kami memilih untuk mengedarkan kenyataan lengkap pendirian pimpinan KEADILAN mengenai RUU355 bagi mengelak kekeliruan dan menyebarkan sikap kami.

    “Keputusan pengedaran risalah ini dibuat secara sebulat suara oleh Mesyuarat Biro Politik kami.

    “Dengan hormat dipohon saudara-saudari membaca dengan teliti keseluruhan teks tersebut,”kata Wan Azizah dalam satu kenyataan.

    Buku risalah berkenaan boleh dirujuk secara atas talian melalui laman sesawang PKR, http://keadilanrakyat.org/syariah.

    ReplyDelete
  41. இந்திய கலாச்சார பண்பாட்டு மையத்தை தோற்றுவிக்க 2 மில்லியன் ரிங்கிட் ஒதுக்கீடு
    சிலாங்கூர், பிப்ரவரி 9: பத்துமலை திருத்தலத்தில் இந்திய கலாச்சார பண்பாட்டு மையம் ஒன்றை அமைக்க 2 மில்லியன் ரிங்கிட் ஒதுக்கீட்டை அரசாங்கம் அங்கீகரித்துள்ளது. இது மலேசிய வாழ் இந்துக்களுக்கு நற்செய்தியாகக் கருதப்படுகிறது. சமய சுதந்திர கோட்பாட்டின் கீழ் மலேசிய இந்துக்களின் சமய கலை கலாச்சார அம்சங்களை தொடர்ந்து பேண ஊக்குவிக்கும் வகையில் அரசாங்கத்தின் இந்நடவடிக்கை அமைந்துள்ளது.

    கலை உணர்வும் சமய கலாச்சார கலைகளும் அடுத்தடுத்த தலைமுறைக்கு கொண்டு செல்லப்படுவதற்கு ஏதுவாக இந்த மையம் செயல்படும் என பெரிதும் நம்பப்படுகிறது. மேலும், நாட்டின் இந்திய கலாச்சார பண்பாட்டு மரபை ஊக்குவிக்கும் முயற்சிகளுக்கும் இந்த மையம் மைல்கல்லாக அமையும் என எதிர்பார்க்கப்படுகிறது.

    இந்நிலையில், பத்துமலை திருத்தலத்தில் இந்திய கலாச்சார பண்பாட்டு மையம் ஒன்றை அமைக்க அரசாங்கம் 2 மில்லியன் ரிங்கிட் ஒதுக்கீட்டை அங்கீகரித்துள்ளதை ம.இ.கா. வரவேற்றுள்ளது. அத்திட்டத்தின் அமலாக்கத்திற்கு கட்சி முழு ஒத்துழைப்பு நல்கும் என அதன் தலைவர் டத்தோ ஸ்ரீ டாக்டர் எஸ். சுப்ரமணியம் தெரிவித்தார். நேற்றைய அமைச்சரவை கூட்டத்தில் இவ்விவகாரம் தீர்மானிக்கப்பட்டதாக சுகாதார அமைச்சருமான அவர் கூறினார்.

    அரசாங்கம் வழங்கியுள்ள அந்த ஒதுக்கீடு சிறந்த முறையில் பயன்படுத்தப்பட வேண்டும் என அவர் வலியுறுத்தினார். இந்திய பாரம்பரிய கலாச்சார பண்பாட்டு அம்சங்கள் கால மாற்றத்தினால் அழிந்து போகாமல், புதிய தலைமுறைக்கு இட்டுச் செல்லும் முயற்சிகளை வகுக்க இந்த மையம் சீரிய பங்காற்றும் என சுப்ரா நம்பிக்கை தெரிவித்தார்.–தி மலேசியன் டைம்ஸ்

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Bravo.. Precisely.

      Delete
    2. First time aku tengok bahasa ni kat blog tuan budin...tahu le ari ni thaipusam tapi jangan ler minum todi lebih2 sampai silap masuk blog..ni mesti sahabat unknown ni..

      Delete
    3. Tuan Budin.

      Ada mencarut dan bahasa lucah.

      Baris 4... pada Najib

      Baris 10 .. pada Rosmah.


      ada banyak lagi tu...


      Hihihi..



      Delete
    4. "அரசாங்கம் வழங்கியுள்ள அந்த ஒதுக்கீடு சிறந்த முறையில் பயன்படுத்தப்பட வேண்டும் என அவர் வலியுறுத்தினார். இந்திய பாரம்பரிய கலாச்சார பண்பா."

      Haaaahhh.....ambik ko !!!
      Apa kome ingat kome sorang jer tau cakap tamil???

      Delete
    5. Aduhai .... macam ni gaya kena tunggu Azzeez tolong interprate .

      Delete
  42. 18/2. Story board Buketin 3 suku siap.
    Camera angke siap. 0elakon Utama siap.
    Prop crowd penyokong palsu siap-
    Props :
    BerBas makcik Felda dan kampong shopoing Nilai dan oawatan percuma
    Putrayaya kl.
    Kerahan budak2 sekolah tahfiz tajaan Pas 90Juta dan Umno 2.6B.
    Bekalan T Shirt air mineral dan roti gardenia diberi percuma.
    Murahnya harga Islam dilelong.....

    ReplyDelete
  43. Tun Faisal,

    I would like to have an open public debate with you on Forex Loss vs 1MDB. I believe you are a lawyer and so am I. You agree, I will try yo get a venue in KL/Putrajaya.

    By the way I come from an east malaysian state, apolitical, a malay and a muslim.

    Just respond accordingly before I go one step further.

    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrr,

      You debate with Unknown aka sahabat first. He is the second best that we have after my goodself.

      If you cant beat him than only i go.

      Dont waste my time small lawyer. I have many other things to do.

      Delete
  44. Arta 335 No. Jika Arts 2.6b YES...

    ReplyDelete
  45. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman rumah, kereta
    pinjaman, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran,
    modal teroka, dan lain-lain. Atau anda menolak pinjaman oleh bank atau kewangan
    institusi untuk satu atau lebih reasons.You berada di tempat yang tepat untuk
    penyelesaian pinjaman anda! Kami firma pinjaman swasta, Kami memberi pinjaman kepada
    syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan
    2%. Faedah. Sila hubungi kami melalui e-mel suntrustlending@gmail.com

    ReplyDelete