Sunday, 12 February 2017

KERJASAMA TIDAK, SAMAN PUN TIDAK, FAHAM-FAHAMLAH YERR....


Hari ini, Presiden Pas, Hadi Awang telah menjawab dua persoalan yang sebenarnya sudah boleh dikira itulah pendirian rasmi parti tersebut.

Pertama, ketika diminta mengulas mengenai tempoh sebulan yang diberikan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad kepada Pas untuk memberi kata putus mengenai kerjasama antara kedua-dua parti, Hadi berkata, keputusan mengenainya sudah pun ada.

Beliau menjelaskan, tanpa menunggu tempoh sebulan yang diberikan itu, Pas sudah mempunyai dasar untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

"Tak perlu tunggu sebulan untuk membuat keputusan dengan Bersatu. Kita sudah ada dasar, semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tidak ada hubungan dengan mereka.

"Bila dia (Bersatu) dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah," kata Presiden Pas itu lagi.
Dalam masa yang sama, Hadi juga memberitahu, Pas akan membuat keputusan selewat-lewatnya di Muktamarnya pada 28 April nanti mengenai hubungannya dengan PKR.

Ikut logik, oleh kerana berbanding Bersatu, hubungan antara PKR  dengan DAP dan Amanah lebih akrab kerana ketiga-tiga parti itu anggota Pakatan Harapan, maka tentulah jalinan kerjasama selama ini antara Pas dengan parti pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail itu lebih wajar diputuskan juga.

Malah, oleh kerana Hadi tidak mahu menunggu tempoh sebulan sebagaimana yang diminta oleh Tun Mahathir, meskipun Mukhriz Mahathir yang mewakili Bersatu dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Pas ada mengeluarkan kenyataan bersama ke arah untuk bekerjasama, Pas seharusnya tidak perlu menunggu sehingga tarikh Muktamarnya untuk memutuskan hubungannya  dengan PKR.

Putuskanlah dengan segera hubungan dengan PKR sebagaimana Pas menolak kerjasama dengan Bersatu!

Dalam masa yang sama, baik Bersatu mahupun Pas, kedua-duanya haruslah membubarkan pasukan yang sebelum ini beberapa kali sudah bertemu untuk merundingkan kerjasama tersebut.

Semuanya sudah tidak bermakna lagi berikutan jawapan Hadi itu.

Kedua, meskipun Tuan Ibrahim beberapa hari lalu mengatakan Pas akan mengambil tindakan saman terhadap Husam Musa berhubung dakwaannya mengenai penyaluran wang RM90 juta melibatkan pemimpin tertentu parti itu yang didakwanya melalui Affin Bank, tetapi Hadi nampaknya memberi gambaran enggan berbuat demikian.

Bagi Hadi, tindakan Husam meminta disaman adalah helah yang sengaja dilakukan oleh Adun Salor itu kerana tidak mahu bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kalau bawa ke mahkamah benda bohong, bila kalah tak boleh tanding pilihanraya. Kalau tak mahu bertanding, beritahu senanglah," tambah beliau.

Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Husam kemudiannya, alasan Hadi itu agak melucukan kerana saman sivil, meskipun seseorang itu kalah, ia tidak menghilangkan kelayakan untuk bertanding dalam pilihanraya. 

Yang menyebabkan hilang kelayakan bertanding ialah jika disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum denda lebih RM2,000 atau penjara dua tahun.

Selain itu, kata Husam lagi, oleh kerana kes belum dibawa ke mahkamah, bagaimana Hadi boleh membuat kesimpulan beliau akan kalah dalam kes tersebut?
Yang nyata, jawapan Hadi itu lebih merupakan alasan untuk tidak mengambil tindakan saman kepada Husam.

Bermakna, saman kepada Sarawak Report tidak ketahuan hujung pangkalnya sehingga sekarang dan saman kepada Husam pula hampir pasti tidak menjadi kenyataan.

Jika dihubungkaitkan antara kedua-dua jawapan Hadi hari ini iaitu mengenai penolakan untuk bekerjasama dengan Bersatu dan mungkin pula memutuskan hubungannya  dengan PKR serta dalam masa yang sama  enggan menyaman Husam, tidaklah sukar memahami apa kedudukan Pas dalam pilihanraya akan datang.

Pas nyata akan bertanding bersendirian dan tujuan bertanding itu bukanlah untuk menang pilihanraya atau untuk memastikan Islam dapat disemarakkan melalui perjuangan parti itu. 

Tujuan bertanding hanyalah untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN agar dapat terus kekal berkuasa melalui percaturan tiga penjuru. 

Kalah atau menang bukan lagi penting bagi Pas, yang mustahak ialah dapat membantu sehabis baik kepada Najib mengekalkan kuasanya.

Agaknya jika kali ini kalah semua 70 kerusi pun, Pas tetap akan berkata, "tidak mengapa" serta jawapan tambahan lain kepada para penyokongnya ialah,  "yang penting bukan menang di dunia, tetapi di syurga."

Syurga yang mana? Faham-fahamlah yerr....(SH 12/02/2017).

105 comments:

  1. Salam sejahtera semua rakan2 pejuang cyber.

    Mohon izin untuk memberi sedikit pandangan perkara yang kecil tapi bukan remeh.

    Perkara ini pernah disebut oleh pak rahman jpc sebelum ini dalam blog ini.

    Kini saya ingin sebutnya pula.

    Saya mohon sahabat2 agar menjauhi kata2 lucah, mencarut, maki hamun dan menghina fizikal manusia lain di dalam komen2 yang dibuat.

    Ia langsung tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada komen2 sahabat2 semua.

    Maaf sekiranya ada yang berasa dengan teguran ini. Sungguh saya berniat baik.


    ReplyDelete
    Replies
    1. pas parti syaitan bertopengkan islam.
      tindakan hadi tidak ada ciri-ciri islam.
      tapi lebih menjurus kelakuan syaitan.

      Delete
    2. Jika nk berperang, jgn buka Medan perang banyak, satu Medan perang.. Satu lawan satu, baru lah semua sumber dpt digembleng dgn effektif. Strategi satu lawan satu mmg berkesan DLM Pru 13 lepas. Kita anggap je hadi dh jd komponen parti BN je lah

      Delete
    3. Kesian ahli ahli PAS diperbodohkan oleh pemimpin yg mabuk dedak+nasikangkang....

      Delete
  2. Ayuh PPBM apa lagi.

    3 nasihat dari saya:-

    1. Tinggalkan PAS
    2. Putuskan hubungan atau rundingan dengan PAS.
    3. Jangan disambung balik rundingan ini.

    Puak ini hanya bermain-main. Pendirian mereka tidak konsisten dan sentiasa berbolak-balik.

    Tinggalkan PAS dan percayalah kemenangan di tangan Allah dan bukan di tangan manusia.

    In shaa Allah kita akan tetap menang tanpa PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en john

      Saya dari n9

      Delete
    2. Wasalam bro Tajul.

      Terima kasih kenalkan diri..

      Oghang Nogoghi ghupanya..

      Salam perkenalan..

      Delete
    3. Apa yg lobai hadi nk jual pd pengundi Pru 14 nnti.. Tiket msk syurga dh tak laku.. Ruu 355 mgkn nk kena cantas.. Hadi memghadapi kecalaruan emosi skrg ni... Pangkat besar ketua ulamak donia dan presideng partai Islam terbesar di Malaysia... Satu2 nya partai yg dpt label Islam yg sah dari pendaftar pertubuhan Malaysia.. Gah siot!!!

      Delete
  3. Ayuh PPBM apa lagi.

    3 nasihat dari saya:-

    1. Tinggalkan PAS
    2. Putuskan hubungan atau rundingan dengan PAS.
    3. Jangan disambung balik rundingan ini.

    Puak ini hanya bermain-main. Pendirian mereka tidak konsisten dan sentiasa berbolak-balik.

    Tinggalkan PAS dan percayalah kemenangan di tangan Allah dan bukan di tangan manusia.

    In shaa Allah kita akan tetap menang tanpa PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dah aku cakap bab PAS dalam blog ni. Pelik betul nape Bersatu dok sibuk terhegeh2 lagi nak jalinkan kerjasama.

      Biarkan je la PAS amik kelantan. Memang susah nak ubah mentaliti org kelantan yg numud sebabnya hanya satu...ASSABIYAH mereka ni kuat sgt.

      Buktinya kalau jumpa sesama negeri mereka..kawan kat sebelah pun boleh lupa dah. Rasanya bab ni semua org kat semenanjung ni semua dah tau & sedia maklum.

      Islam bukan terletak pada betapa panjangnya serban @ betapa labuhnya jubah, fikir2kan..

      Delete
  4. 1. I have mentioned many times it is a waste of time for Bersatu to seek cooperation. Let PAS rots in due course, insyaAllah.

    2. Unless SR and or Husam are sued formally by PAS, it is assumed that the party leadership had actually received RM90mil from najib through Affin Bank. I strongly believe Husam and or SR have the proofs in their custody.

    3. Sarawak and Sabah have been right all along not to recognise this hypocrite political party to get firm footing in the 2 states.

    4. It is very clear beyond reasonable doubts that the party has used and abused islam for political mileage.

    5. The party, mired with serious controversies such as calling umno infidels, 2 imam leading prayers, animal slaughtered by umno members are not halal, causing havoc in marriages etc has no credibility and not qualified to lead muslims in malaysia what more to govern the country.

    LET THEM ROT TO ITS NATURAL DEATH......ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very well writren bro.

      Except I prefer the word PERISH to be used against them instead of the word ROT.

      By d way, are u the lawyer from East Malaysia by the name Z****?

      Just asking.. No obligation to answer bro..

      Delete
    2. Sorry bro.....I'm fed up with PAS. That's it.....full stop.

      Delete
    3. The demise of pas, a Malaysian political party with Islamic label is imminent. Their main leader by the name of hadi is too arrogant bordering stupidity. He just refuse to listen a sound reasons but his own self interest reason. Yes let them rot and perish from Malaysia political scene forever and ever.

      Delete


  5. PAN Dan PAS Gaduh, Tokong Lim Guan Eng yang kena. Kesian Tokong!

    “Rumah saya pun dalam nilai RM50,000 hingga RM60,000 sahaja. kalau kami (PAS) ada RM100 juta, apa nak jadi, kolam renang tiga saya akan buat,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

    Mursyidul Am PAS berkata, mana mungkin beliau masih kekal menggunakan kereta Proton Saga dan memiliki rumah sederhana jika dakwaan ADUN Salor Datuk Husam Musa mengenai dana RM90 juta itu benar.

    Hashim Jasin berkata, beliau kini hanya memiliki sebuah kereta Proton Saga dan rumah yang hanya bernilai RM60,000.

    “Saya ni Mursyidul Am dan (Datuk Abdul) Hadi Awang Presiden PAS. Saya pakai kereta (Proton) Saga je. Kalau ada RM90 juta, tak kan saya pakai kereta Saga je. Itu terjawablah rasanya.

    “Rumah saya pun dalam nilai RM50,000 hingga RM60,000 sahaja. kalau kami (PAS) ada RM100 juta, apa nak jadi, kolam renang tiga saya akan buat,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan guru hadi pakai keta apa ye? Brapa pulak harga rumah dia..

      Delete
    2. Jawapan mursyidul am yang tidak menjawab persoalan..

      Fuuh..

      Delete
    3. Umah dia harga pasaran 5 jota tapi dapat diskaun 2 jota, so 3J saja dia byr.

      Delete
    4. .

      Ada orang kebas berjuta-juta tapi simpan sahaja di dinding rumah.

      Dia boleh beli macam-macam tapi kerana dia tak beli apa-apa adakah dia tak terima duit tersebut dengan cara haram ?

      Wallahualam.

      Delete
    5. 22:37, teringat plak kisah pengarah air sabah tu ye..dalam jamban pun ada berjuta juta.. hehehe

      Delete
    6. Tn guru Hj hadi pakai keta kancil drive sendiri. Rumah ppr je dan bini satu je.dia bkn kejar dunia. Zuhud lg alim orgnya.. Jika berkata2 lemah lembut bahasa nya dan bila bersalam di padang mata org yg bersalam dgn penuh kasih syg... He he.. In your dream..

      Delete
    7. But the late tuan guru nik Aziz is..that the reason why I also gave my vote to pas in last election even though I am hardcore umno member.

      Delete
    8. TGHH ini penceramah di masjid/surau sekali ceramah mungkin dapat dua tiga ratus, tempat elite sikit dapat le 1000 kut sekali ceramah

      Delete
    9. Anon 0806 banyak tu.. Dlm satu hari berapa ceramah dpt buat.. Income tax bayar Tak??? Ke sorok tak bayar tax krn guna ini derma pd parti...odit LHDN sila siasat.. Bagi cukai taksiran anggaran kt Hj hadi.

      Delete
  6. Setuju bro john doe...
    Berbalik kepada artikel diatas, pas kata dia sudah ada dasar? Dasar apa? Tidak mahu bersekongkol dengan dap dan amanah?tapi boleh pulak menyokong pengklepet negara...memang dasar makan keliling...sudah2lah pas berbolak balik..mungkin hadi cuba mengubah persepsi rakyat dengan memberi alasan tak masuk akal, walaubagaimanapun kita kena bersangka baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar PAS ialah..

      Halalan toyyiban untukku haroman jahilan untukmu..

      DAN..

      Apa sahaja yang masyuk, itu halal untukku..

      Delete
    2. Pas hadi dh smpi dasar laut.. Tenggelam dh.. He he

      Delete
  7. Amanat hj hadi masih terpakaii lagii kerr..hehe💸💰💰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanat Hj Hadi hanya untuk matdey and kroni saja.

      Delete
    2. Amanat tu tidak dipakai ke atas penyamun, pencuri, perompak.

      Delete
    3. Amanat Hj hadi terpakai untuk partai dulu,kini Dan selamanya sahaja masa di keluar kan tahun 80 an dulu. Klu blum tarik balik masih berkuat kuasa la..fuh lega.. Kwn dh x sokong lg partai chop keris bersilang tu.

      Delete
  8. .

    Satu bulan bukan di beri pada Hj Hadi. Hj Hadi tolak memang semua tahu.

    Yang satu bulan itu untuk Tuan Ibrahim dan geng dia buat apa yang terdaya.

    Jika itu cakap Hj Hadi maka Tuan Ibrahim tolong ulangkan dan jangan buang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takut Tghh marah beb.

      Delete
    2. Cer faham betol2.. Bulan dilangit hanya ada satu.. Satu bulan !!!jd maksud tak ada time limit... Faham molek2 tu

      Delete
  9. Dennis the menace12 February 2017 at 22:11

    Sarawak Report terkini confirmkan
    tiada saman drp PAS terhadapnya.hanya Surat drp peguam PAS mewakili seorang pemimpin PAS. Mereka beri satu tempoh masa kpd SR.Tamat tempoh,senyap begitu saja. Sampai SR menyindir PAS apa hukumnya membohong dalam Hudud!

    Yg jelas, PAS memang takut nak saman.sama mcm yg sorang lagi tu. Berani kerana benar, takut kerana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut kerana persepsi, bro..

      Delete
    2. Opis boy yg di hantar utk serah surat saman tu dari mahkamah Malaya naik saman dayung sendiri menuju ke england. Ini langkah bijak tuang presideng utk jimatkan kos... Jgn kata tak saman !!! Blum smpi je..tunggu!!! Kita harap sampan opis boy tak tenggelam dh la..

      Delete
  10. Memang sudah sampai masanya PPBM tinggalkan atau putuskan saja rundingan dengan PAS.Sudah banyak kali saya tengok dan dengar kenyataan Haji Hadi dalam youtube yang brliau tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan mana2 parti yang ada kerjasama dengan DAP dan AMANAH.

    Haji Hadi juga mendabit dada kononnya parti PAS sekarang menjadi rebutan diantara pembangkang dan Umno....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu hadi tabik dada kuat2 mau pindah alam dia, krn dia ada sakit jantung!!!

      Delete
  11. .

    Tak nak saman sebab nak bagi Husam bertanding.. pulak. Selepas ini tidak patut PAS burukkan Husam sampai buat orang percaya Husam tak layak jadi calun.

    Mengapa tak kata Husam buat fitnah ?
    Kenapa tak berani cabar Husam tunjuk kan bukti ?


    Mampus lah kalau kata Husam fitnah sebab bukti ada dalam tangan Husam dan Husam perlu pertahankan maruah.

    Satu lagi, ya betul kereta proton.. rumah RM60,000 tak ada kolam. Tapi dah berumur macam ini, duit dan harta bukan untuk sendiri tapi untuk anak-anak, untuk menantu dan untuk cucu.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. tak payah runsing dgn ketiadaan pas ni, mereka pun dah rasa tak selamat kat kelate, kat Terengganu pun terlepas, undi pas akan merudum macam tahun 60han bila PRU nanti

    ReplyDelete
  13. .

    Menang tak penting.

    Syurga pun tak penting.

    Yang penting 90 jutaan.

    Itu untuk pemimpin.

    Walaupun pemimpin salah dan tidak amanah, pengikut masih lagi boleh masuk syurga sebab pengikut tak tahu dan memang betul-betul bersusah payah untuk agama Islam.

    Tapi tak menang tak apa, tak penting. Rasanya kurang tepat. Sepatut nya menang tak penting, yang penting menipu dan kena tipu.


    ReplyDelete
  14. .

    Satu lah sebab apa kena respek Hj Hadi...

    Sebab Hj Hadi dah tak malu dan selamba macam Najib.

    Ingat tak betapa dukacitanya Allahyarham TGNA apabila dikaitkan dengan tajaan Haji ? Dah lah nak pergi sendiri tak berduit, lagi tak berduit dari Hashim Jasin, bersuara juga dia pertahan kan tidak salah mengikut hukum kerana memenuhi niat seseorang.

    Namun akur dengan tekanan poltik dari UMNO Kelantan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Respek bro, cemana nak dpt pemimpin mcm ni..org fitnah, tak nak samang, kalo bertanding tak nak menang, org tuduh najib songlap wang, tak caye natang..orang cam ni 'rare' bro..

      Delete
    2. buat apa lagi nak join bersatu...? buat apa jugalah nak saman husam...sebab hadi rasa jerat sudah mengena umno dah masuk jebak....

      mujur umno dah terima...kalau tidak susah pas...sbb nak gubal RUU355 pun tentu lulus...sbb ku li pulak jadi dalang nak halang penggubalan RUU355 sbb ku li tengah berkempen tentang siapa yang sebenarnya berhak menggubal undang undang islam....kalau betul seperti apa yg ku li wawarkan....hanya sultan dan raja saja yang berhak gubal....ahli politik tiada hak....ku li ni pun satu ...kenapa hanya sekarang baru nak bersuara...baru nak bentang perlembagaan....?...apapun seperti yang diperkatakan...bijan sudah menyenarai pendek beberapa jawatan untuk hadi samada..
      1.menteri keewangan
      2.menteri luar
      3.menteri pendidikan
      4.menteri pelancungan
      5.menteri perdagangan
      antara bangsa
      6.menteri dalam negeri

      anda rasa yang mana hadi layak?....jom kita teka....

      Delete
  15. Gabungan pembangkang harus lebih agresif menjuarai isu2 yang dekat dengan masyarakat. PAS sekarang dilihat cuma mampu bermain dengan isu agama (hudud, RUU355, dll). Jangan biarkan PAS hijack isu2 masyarakat lebih2 lagi sewaktu berdekatan pilihanraya.

    ReplyDelete
  16. Abdul Hadi Awang berkata dasar PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

    Kenyataan itu memberi gambaran PKR dan PPBM tidak layak bekerjasama dengan PAS kerana keduanya berhubung rapat dengan DAP dan PAN.

    Parti paling layak bersekongkol dengan PAS adalah parti UMNO Baru kerana parti itu sememangnya tidak ada hubungan dengan DAP, PKR, PAN, dan PPBM. .

    Dengan penjelasan diatas sama ada bergabung atau mahu bersendirian seperti yang diumumkan oleh Hadi namun rakan seperjuangan PAS dalam pilihanraya ke 14 adalah UMNO Baru.

    Perhubungan itu terjalin mungkin setelah menerima rasuah dari parti Najib.

    Itu sebab nya pemimpin PAS beriya-iya mahu mengadakan perhimpunan H355 bagi menguji pengaruh mereka jika bergabung dengan UMNO Baru atas slogan "Melayu Islam "

    Ini bermakna musuh Pakatan Pembangkang bukan saja UMNO BN tapi PAS juga perlu diiktiraf sebagai musuh politik yang jelas.

    Jikalau Hadi tak saman Husam dan SR.. memang benarlah ulamak PAS makan rasuah.

    ReplyDelete
  17. Saya tidak pernah mendengar Husam atau sesiapapun yg menuduh this mursyidul am pas of recieving the money. Macamana pulak dia pi perasan. Puak puak ni dah semakin pelik.Elok sangat lah hampa jadi punahsihat kpd umno .Memang nampak macam nak punah dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..

      Itu menunjukkan duit yang PAS dapat banyak ..

      Kalau setakat 2 atau 3 juta kena makan sorang.

      Sepatut nya sebab dia Mursyidul Am lah dia bertegas Hj Hadi saman Husam.

      Ini dia macam tak nak mencari kebenaran. Dia boleh lagi berbangga kereta dia cuma proton saga. Orang tua macam dia memang sentimental. Berduit macamana pun dia tak akan jual kereta dia.

      Bila kena tuduh, marah pulak dan mengingatkan orang tentang dosa.

      Ada mahkamah pun tak nak guna.

      Delete
    2. Mana tau dia dah berguru dgn presideng parti cium keris.Simpan dalam akaun sendiri mursyidul am parti bulan mengambang tak dapat maklumat.Pasal tu dia nafi. Presiden parti cium keris buat macam tu, ahli parti relek aje buat tak kesah. Parti cium keris pakai undang2 dia sendiri. Parti bulan ni nak follow jugak. Parti bulan mengambang berdolak-dalik. Kan sama tebiat macam parti cium keris!

      Bagi kita tengok parti bulan mengambang haji hadi saman Sarawak Report dulu. Saman husam kalau tak mampu nak pergi English court. Nanti kita boleh tengok macam mana peguam negara najib nak halang sivil kes pulak. Belakang ketua sprm resign lagi seorang. Ketua polis negara najib boleh order henti siasatan.

      Dah jadi bercelaru la Malaysia ni.

      Delete
    3. Kadang2 org kalo dah buat salah, bila ditanya cepat melatah...bila diserkap muka berubah...bila diasak mula nak marah...kalo tak ngaku pun kita dah boleh agak dah...

      Delete
  18. Hadi hipokrit to the core.Tak mahu kerjesama dgn BERSATU,Sebab BERSATU berkawan dgn DAP dan AMANAH.

    nampak tak..punyalah MUNAFIK,Di Selangor dgn muka tak MALU,boleh selamba duduk sekuali dgn DAPig dan AMANAH.
    SEBAB APA Tuan-tuan..Sebab AL-FULUSSSSSSSSSS.
    Kerana fulus,lebai hilang kopiahnya,dah lupa Al-quran dan Hadith.

    ReplyDelete
  19. Undang-undang dunia yg senang pun tak faham, nak jalankan undang-undang dari langit.

    ReplyDelete
  20. jawatan yang bakal dijawat hadi...
    1.menteri keewangan 1
    2.menteri dalam negeri
    3.menteri luar
    4.menteri perdagangan
    antarabangsa
    5.menteri pendidikan
    6.menteri pelancungan

    agak agak anda yang mana yang hadi layak?..mari kita teka siapa yang kena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den,teko,none of the above.Jawapannyo iolah, Montori 1MDB.Mahu Duit Boleh.

      Delete
    2. Semua yg di atas.

      Delete
    3. Menteri Tuang..

      Delete
  21. SR terbitkan artikel baru hari ini, menafikan dakwaan TITM yang PAS dalam proses untuk menyaman SR pasal 90 juta. Surat yang dihantar kepada SR hanyalah surat tuntutan agar SR menarik balik dakwaan itu. Itu saja. Tiada writ saman dikemukakan. Dan 2 bulan telah berlalu. Sehinggakan dalam perenggan terakhir, SR mengatakan Hj Hadi penakut dan pengecut.

    ReplyDelete
  22. yang gelap dah bersuluh,tunggu apa lagi.

    ReplyDelete
  23. Seperti yang pernah saya ulas, bukanlah tujuan PAS untuk menang tapi lebih pada nak kalahkan parti AMANAH disemua kerusi yang ditandingi AMANAH. Umno menang atau Pas yang menang bukan persoalan. Dap hanya kambing hitam untuk penyedap ayat ketelinga orang melayu.
    Jadi PPBM dan pakatan harapan bolehlah merancang untuk bertanding disemua kerusi PAS tanpa mempeduli satu lawan satu.
    Jika PAS tidak mahu bercampur dengan parti yang ada AMANAH dan DAP, saya rasa majoriti pengundi juga tidak mahu undi parti yang ada bercampur dengan najib dan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn bro joe.

      Saya pun pernah cadangkan yang lebih kurang sama. Ketiadaan PAS lebih mudah untuk dibuat pembahagian kerusi.

      Kerusi PAS hari ini biar AMANAH tanding. Kerusi UMNO pula biar PPBM bertanding.

      Delete
  24. Kura2 dalam perahu hu hu hu.....

    ReplyDelete
  25. Ana dah kata...tak guna berunding dgn macai2 bawahan...buang masa saja. Sebabnya yg bg kata putus tu adalah lobai Hadi.
    Ana dah kata...banyak kali dah benda ni berlaku..tapi..tak nak ambil pelajaran...masih nak berunding dgn parti lobai ni.
    Lebih baik la kuatkan kerjasama pakatan yg ada dan tumpukan utk tarik lebih banyak pengundi.
    Kau org bukan tak tahu...lobai hadi ni dah termakan nasi kangkang Najib.
    Habis fatwa2nya yg dibuat utk tarik pengundi2 dahulu oleh lobai Hadi dibakul sampahkan.
    Yg niaya pengundi2..termasuk aku. Boleh dibodohkan dgn fatwa2nya yg lalu.
    Jadi, saranan ana ialah tumpukan dan kuatkan pakatan harapn. Jgn terhengeh dgn parti agama lobai Hadi tu.

    ReplyDelete
  26. Saya amat bersetuju sama sekali tindakan Haji Hadi untuk tidak bergabung dengan Pakatan (sebut Pakatun) yang mana jelas parti2 komponen Pakatun menolak syariat Islam. Adalah elok PAS bersama BN yang sentiasa berusaha menegakkan keadilan dan kesejahteraan negara daripada anasir-anasir komunis khususnya dibawa oleh DAP. PakaTUN harus sedar sedikit demi sedikit fahaman komunis tersebar melalui DAP. Skrg PakaTUN sudah terlalu berani mengkritik pemerintah negara kita. Apa2 pun syabas saya ucapkan kepada Haji Hadi kerana tidak termakan dengan janji capati PakaTUN.

    Coretan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok bro alumni,

      U have made a statement as well as an allegation without condescending to facts.

      Therefore there is no case to answer.

      Delete
    2. "Bonjarbi"
      Apo khoban orang newcastle,den pornah jugak dok sano akhir 70'an.samo2 ngaji dgn ko punya ketuo.Tapi den super junior dio.Nak cito kek kau,ketuo kau tu maso kocik2 sekolah st.john jalan bt nenas kl.Bilo keputusan LC./MCE Hampehh,apak dio hantar london,ambik "A"Level,kat london dio joli sakan,abih minah2 salleh,minah russian dikorjokannya.Akhirnya exam "kantoi".Balik mesia,ssobab dio anak rajak,dio dapek jadi mb pahang,kek sinilah kisah cinto dia bermulo.dongan azean idrawati,cubo ekau tengok "BENJI" supo muko macam sapo.tu tak kiro dgn ziana zain di ming court P.D.nASIB BAIK DIO TERLOPEHH DI tolong oleh isa pendek tu hahh.kalau dio tahan isa pendek maknonyo tak lamo laghi fail lamo dio terbuka laa.

      okay,nanti bilo ko nak balik,tolongkan den boli baju original "ZLATAN ibra" no 9,kek old trafford.dan ko singgah kek harold bolikan den baju t-shirt warno kelaBu size L.Sementara duduk kat hearthrow tolong bolikan Rokok original U2.

      Nanti balik,den kirola bayar balik.
      Dongar cito sekang di manchester sojukkk,jgn lupo pakai baju sejukkk,nanti domam.

      ADIOS,GRAZIE,

      Delete
  27. Kerjasama tidak saman pun tidak
    Kawan baik nangka cempedak
    Nangka keras kegemaran badak
    Cempedak lembut memakan dedak

    Dulu cempedak tak suka nangka
    Banyak getah dimakan berdosa
    Jauhi nangka dapat pahala
    Tapi kini nangka dah member

    Dulu nangka cempedak marah
    Campur nangka dulu tak betah
    Towkey cempedak kini tak kisah
    Nangka bagi aku belasah

    Orang kampung sudah keliru
    Kalau nak pilih yg mana satu
    Nampak gaya cempedak dah haru
    Pada nangka I love you

    Nangka cempedak dipandang sinis
    Penduduk kampung hairan tak abis
    Makan cempedak tawar tak manis
    Nangka diekspot ke negara komunis

    Orang kampung jadi meradang
    Nangka cempedak terus ditendang
    Nampak pulak bunga yg kembang
    Bunga hebat cantik dipandang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thorbayeq bro fan tun..

      Tabik sama lu bro..

      Delete
    2. Nangka polestrin 4 dua ringgit,
      Cempedak goreng seringgit tak dapat lima;
      Dah memang sama2 kaki belit,
      Sorang jual tanah sorang gadai agama..

      He he tumpang pantun bang..

      Delete
    3. Buah cempedak & nangka diluar pagar
      Ambil galah tolong jolokkan
      Pas dan Umno harus diajar
      Pru yang datang wajib ditumbangkan..
      Saya pun nak tumpang jugak bro..hehe

      Delete
  28. parti lebai pas sejak dulu kala memang tak boleh percaya. hadi pun bukan lena tidur sebab asyik fikir RM90 juta.

    ReplyDelete
  29. Bila Hadi dah umumkan dasar PAS.... tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara...kesian pulak tengok muka Muhyiddin dan Mukhriz yang begitu serious mahu berpakat dengan PAS. Namun hajat diperlekeh kan.

    Telah ramai orang memberi pandangan dan nasihat tentang perangai pemimpin PAS tidak menghormati pandangan dan cadangan parti lain dalam menentang BN.

    Tapi nasihat itu jadi sampah saja.... Sama seperti Anwar Ibrahim melalui Azmin Ali dan Tian Chua tetap mahu bermukah dengan pas atas alasan satu lawan satu.

    Sekarang... Baru tahu. Dengan selamba Hadi memperbangangkan semua pemimpin PKR, dan PPBM. Memang kita perlu raikan dengan ucapan "PADAN MUKA".

    Berulangkali kita dengar mahu berbincang...mahu berbincang.... tapi akhirnya buang masa, buang tenaga dan menambah rasa bosan pengundi atas pagar diatas kebodohan pemimpin pembangkang menyusun strategi menentang Barisan National.

    Namun ada kemungkinan selepas ini Anwar Ibrahim pula melalui orang suruhan nya memujuk PAS agar bersama dengan pakatan pembangkang supaya formula satu lawan satu.

    Sampai Najib diumumkan tarikh pilihan raya perbincangan dengan PAS masih diteruskan.....

    Jika kebodohan itu masih terserla pada pemimpin pembangkang maka kepada pengundi yang anti BN.. Bolehlah rosakkan undi anda.

    Buang masa mengharapkan pada orang yang lebih bangang dari ahli UMNO Baru dan PAS.

    ReplyDelete
  30. Buat masa ini Umno memang dok bawah ketiak Haji Hadi sebab itu Hadi sekarang ni begitu berani cakap besar.......tetapi apa yang saya dengar diKelantan kedudukan PAS macam telor dihujung tanduk.Kedudukan PAS mungkin masih selamat jika dia bersama pembangkang.

    ReplyDelete
  31. Hairan.. Pas tak mau berkerjasama dgn dap dan pan.. Bukan pan dan dap yg ada 2.6billion dlm akaun. Tapi najib... Takmau kerjasama sbb pan dan takmau hudud (anti islam)bukan alasan yg munasabah sbb.. Umno pun takmau.. Mic pun macam tu juga dgn gerakan dan mca.. Byk lg komponen bn takmau hudud yg dikatakan anti islam... Hudud adalah modal politik pas.. Semua org boleh jadi islam.. Tapi tak semua org jadi pas.. Pas hanya parti.. Bukan agama.. Agama tidak ajar kita bermusuh walau berbeza pandangan (sampai keluar parti).. Ikutlah panduan hidup beragama bukan panduan hidup berpolitik parti... Kalu ada parti yg buat betoi kita kata betoi.. Mana yg salah kita sebut salah.. Adakah bermusuh atas dasar pilitik suatu ajaran dari islam?

    ReplyDelete
  32. Aku berani jamin kalau PAS bertanding bersendirian satu kerusi pun dia tak akan dapat,melainkan dia bergabong dengan pembangkang.Kalau ikut kata Haji Hadi beliau yakin tiga buah negeri telah berada didalam PAS iaitu Kelantan,Kedah dan Terengganu .

    Kepada rakyat diketiga2 buah negeri yang disebut oleh Hadi diatas saya menyeru dari hati yang ikhlas......cukup2lah mengundi parti PAS yang sesat ini!!....parti sesat yang bertopengkan Islam ini.....dah banyak sangat dah kerenah sesat yang dibuat oleh pemimpin2 parti sesat ini ....

    ReplyDelete
  33. Bagi penyokong PH dan Bersatu kita kalahkan PAS di
    PRU 14 nanti tak perlu layan mereka berbahas. Di Pahang rasa nya 1 Parlimen dan 3 DUN mereka akan
    akan bertukar ke PH & Bersatu

    ReplyDelete
  34. Aku hairan sungguh dg Mahathir nih

    Dah PAS kata tak suka ... tak suka lah

    Apa yang dok menyondol tak tentu pasal ni

    Tak faham bahasa Malaysia keeeeeeeeeeeeeeeeeee

    Hang, Mahathir, kena faham, hang tu bukan lagi PM, Hang tu dah jadi manusia biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang 813, tk perlu hairan.
      Spt hamg kata Suka PAs nk tak mau, Suka Sapa juga nak ajak bersama.
      Yg hang penin pasaipa? Ada rasa panas2 kok area pungkoq hang kot?

      Delete
  35. Bro semua,Any info tentang 4 orang dap melaka tu yer..bila azmin heboh menteri umno nak letak jawatan je tetiba depa isytihar keluar parti...macam nak spin news aja..ada unsur dedak tak dalam hal ni..

    ReplyDelete
  36. Harap penyokong2 PAS keluar parti kalau PAS masih berketuakan Hadi Al Dedaki Al Sotongi dan pemimpin yang mabuk untuk tidur sekatil dengan UMNO/BN.

    ReplyDelete
  37. Jadikan PAS dan UMNO sbg barisan pembangkang baru di Msia. Islam dan org Melayu lebih selamat.

    ReplyDelete
  38. Malu lah wei..SR dengan sinis betkata "dalam hudud apa hukum bercakap bohong" portal kafir tu beb..PAS ni jenis apa?tak takut tuhan ke...kesisn kat ahli PAS kena tipu...90j sah diterima ikut kenyataan Hadi.

    ReplyDelete
  39. Dasar pas yg berjaya ialah jual ugama dan jual balak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS mmg Pengeluar jus kincin Libai berjampi terbesar dunia, sejak diambil alih CEO Lobai El Hardy Walonta Del Marenggue Semvilan Fuluhyuta

      Delete
  40. Undi PAS= undi UMNO/BEnd
    Sama juga dgn =Undi Bijan,Semah,Geng gembala dedak,perasuah,pengklepto, penipu,pelelong pertiwi,pelahap wang rakyat.
    Sesiapa sj yg akui beramal dan bertanggung jawap pada generasi depan, TIDAK ada pilihan lagi... melainkan menolak
    PASUMNO & BE END. Tak perlu jadi MUNAFIK brfolak dalik. NO EXCUSE!!

    ReplyDelete
  41. Ramai yang komen dalam blog ni, bagus lah untuk kongsi idea dan pendapat, cuma saya nak ingatkan untuk diri saya dan kawan-kawan yang beriman dengan Allah. Apa yang kita tulis disini semuanya dikira sebagai amalan oleh Allah, tidak ada satu huruf pun yang tercicir dari kiraan Allah. Sekiranya apa yang ditulis itu memberi bermanafaat maka ia akan dikira sebagai amalan baik dan mendapat ganjaran baik dari Allah. Manakala sekiranya yang ditulis itu memberi mudarat, fitnah atau menyebar fitnah maka ia dikira sebagai amalan buruk dan akan mendapat ganjaran yang buruk dari Allah. Sentiasalah mohon pengampunan dari Allah kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. yang penting mungkar itu dituding dan dikenalpasti,maka barulah boleh yg buruk itu dibuang sisih, dan yg jernih diambil.
      Selain AlQuran dan sunnah, Manusia diberi akal utk beramal dan sentiasa boleh beramal. Dalam byk keadaan skrg Berdiam bererti tidak me Nahi Mungkar.

      Delete
    2. Harus diingatkan juga yg tak komen dalam ni pun, selagi pakai kaki, tangan dan mulut yg Allah berikan pun akan dikira juga, tiada yang terlepas..

      Delete
  42. Apa anda harap daripada sebuah parti politik munafiq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.
      PiS mmg dah jadi Pengeluar jus kincin Lobai berjampi yg terbesar dunia.
      Ini pencapaian baru sejak Partai diambil alih oleh CEO terkenal iautu Lobai El Hardy Walo'unta Del Marenggue Semvilan Fuluhyuta.

      Reply

      Delete
  43. Mana cai 6.6% ni,senyap je... boring la pulok,
    ke dah jadi 0.0%. Kejoraaaa... mung gi mano?????
    anon@sahabat....tolonggggggg.... kapal dah tenggelam kot
    BERSAMA MENGHAPUSKAN Umno+BN+PAS PIS PUS + Gagasan yg tak sejahtera...
    Topik: kerjasama tidak, saman pun tidak = munafik.

    ReplyDelete
  44. sekali lagi Tun Mahathir memberi "dateline" terbaru kepada PAS akibat dari gagalnya "dateline" yang pertama.

    PAS memulangkan buah keras dengan meminta Tun Mahathir menunggu sehingga selesainya muktamar PAS pada bulan april akan datang. Dan PPBM wajib meninggalkan DAP serta budak suruhannya PAN sebelum menjelangnya muktamar PAS nanti.

    Lucu sekali apabila PKR juga dibabitkan didalam urusan diantara PPBM dan PAS dengan tiba-tiba disandarkan hujah yg diikat pada akal,ilmu dan iman.

    katanya - PKR juga menjalin hubungan dengan DAP dan budak suruhannya PAN, lalu mengapa PAS tidak memutuskan hubungan dengan PKR lalu meninggalkan kerajaan negeri selangor ?

    bukankah kekal berdirinya kerajaan selangor pada waktu ini hanya diatas fitrah kejadian binatang yakni berpaksi pada sifat hukum rimba.

    tiada yang pelik apabila melihat kumpulan binatang buas dari spesis berbeza "kelihatannya" bagai bekerjasama untuk berkongsi melahap daging buruan walaupun secara hakikatnya mereka tidak bekerjasama, kerana sifatnya bagi binatang tidak disertakan dengan akal.

    dan ketahuilah hukum binatang (jungle law) yang kuat pasti akan mendapat lebih banyak habuan berbanding pada yang lemah.

    kerajaan selangor didirikan diatas sifat Pakatan Rakyat, maka matinya Pakatan Rakyat bermaksud runtuhnya kerajaan selangor - jadi apabila PKR, PAS dan DAP masing2 saling "bersama" sebagai kerajaan negeri selangor. dapatlah diketahui betapa sifat sebenar mereka jauh lebih buruk dan hina daripada kawanan binatang buas.

    Bukan soal pertandingan 3 penjuru yang menjadi persoalan, tetapi kerusi untuk PPBM yg mencetus masalah (sedangkan di waktu zaman Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan juga mereka saling berkhianat berhubung soal kerusi).

    hadirnya PPBM bakal mempercepatkan proses kematian Pakatan Harapan plus PPBM dan mempercepatkan juga proses kelahiran Pakatan yang baru buat tuan2 politikmu kelak.

    sebagai selingan - tarian yg sedang rancak diiringi paluan gendang, tiba-tiba terhenti apabila iramanya menjadi sumbang sehingga menyakitkan telinga.

    Khabarnya seorang MP disertai tiga ADUN telah mengishtihar keluar dari DAP dan kini menjadi anggota BEBAS.

    siapakah dari kalangan golongan yang jahil lagi menyombong diri yang sanggup menari setelah mendengar paluan gendang yang sumbang ??

    salam ikhlas dariku untuk si empunya blog beserta sekalian penarinya.
    unknown aka sahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..

      unknown aka sahabat akhirnya muncul juga. Dengan komen merepek dia ni, bolehlah buat hiburan.

      Delete
  45. Yg Saudara sahabat maksudkan sumbang tu pasangan kekasih Sumbang mahram Lobai Kingcin dgn kekasih Kepitan Bugis tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10:46, awak begitu pandai berjenaka dan aku turut tersenyum sendirian. nampak seperti awak tidak sanggup membantah apabila diperlihatkan sisi jelik keadaan dan sifat tuan2 politikmu. kamu tidak sanggup menari dengan irama yang sumbang bukan ?

      apapun, masa semakin suntuk buat tuan2 politikmu terutamanya bagi PPBM.

      bahkan sang presidennya (Muhyidin Yassin aka Nika Gee) pernah berkata - "tiada makna kerjasama PPBM bersama Pakatan Harapan sekiranya tiada kerusi diberi kepada partinya".

      erm, dan ternyata kerusi untuk PPBM tetap ada, tetapi bukan daripada kawasan DAP mahupun PKR tetapi harus berbahagi pula dengan PAN.

      PAN dihidupkan dengan roh dan jasadnya milik DAP (ibarat hamba sahaya) dan mengikut perancangan awal - PAN akan bertanding menentang PAS pada PRU akan datang. kini dengan persetujuan DAP untuk menerima kehadiran PPBM, maka PAN akan berkongsi kerusi diatas arahan DAP.

      Yang amat menarik perhatian bagaimana PKR mengendalikan PAS dan Pakatan Harapan plus PPBM di selangor pada PRU yg akan datang ? PKR bagai si jantan yang punyai 4 ekor betina di selangor pada waktu ini, yang saling bermusuhan.

      Sekiranya PKR berjaya mengekalkan semua betinanya selepas dari PRU-14. ini bermakna kecelaruan allahyarham tan sri p.ramlee yang bertajuk - "keluarga 69" - tidak dapat menandingi kehebatan PKR didalam kecelaruan Pakatan Harapan plus PPBM bersama PAS.

      salam tengahari semua
      Ikhlas dariku unknown aka sahabat.







      Delete
    2. Huntong tuan politaek low 1134.
      90j dari 2.6B sah bayaran yg sgt murah.Lobai Kingcin mmg jual agama dgn harga lelong.
      Tuan politaek low 1134 masih boleh berjoli lelong pertiwi sampai Melayu tinggal taek gigi.
      Melayu jenis 1134, sokong bahagia dpt sikit sisa pun jadi lah, kan?

      Delete
    3. hehe, kamu hanya mampu merapu ibarat orang yang mabuk. tidak pernah berhenti dari membawakan adu domba dan fitnah.

      diakhir zaman akan datang suatu golongan yang membawakan khabar, dimulai hanya dengan pertanyaan dan kemudian segera berubah menjadi pendedahan dan seterusnya kepada adu domba dan fitnah.

      anehnya golongan yang membawa khabar dan beriman dengan khabar itu - tidak pernah membawakan pembuktiannya ke muka pengadilan dengan pelbagai helah dan alasan.

      paling mengujakan, pernah dua orang pemain politik yang terbang jauh ke negara barat dengan niat mahu "mengheret" Najib ke muka pengadilan berhubung kisah 1MDB.

      akhirnya tanpa sempat diperdengarkan untuk prosiding kes, dua politikus itu menarik kembali kesnya - dan sehingga kini masih dalam proses "mengemaskini" pertuduhan yg hendak ditambah.

      apa khabarnya husam musa bersama mathias chang ?

      apa khabar pula dengan kisah rompakan 1MDB di negara luar ?

      kepada si empunya blog, sekiranya ada perkhabaran terbaru mengenai kisah 1MDB palukan lah gendangmu, kerana sekalian manusia yang jahil lagi menyombong diri itu tidak sabar untuk menari sambil diiringi irama 1MDB.

      Salam zohor.
      unknown aka sahabat

      Delete
  46. unknown sahabat 1311. akhir zaman timbul golongan munafik jual agama dan pertiwi. Moga Zohor dan iman bukan semata utk kutip point syurga...tapi lebih dari itu.

    ReplyDelete
  47. zaman sekarang haji yang ada dalam politik...hampir semua haji gila burit...peliaq kawaq....mata pote pada amal makruf....buka mata nampak duit...lps dapat duit...cari lobang burit....tak peduli burit siapa...janji burit...semua paria kelas lapan...lebeh paria dari segala paria....bagi ceramah itu tak boleh ini tak boleh ...luaq ceramah ....tengok duit tengok burit...ayaq lioq depa meleleh...

    harap serban besaq bakui
    lepa duit habih depa tangkui

    tak kira klntn atau perlis
    semua sapu tenggiri dan bilis

    ReplyDelete
  48. zaman sekarang haji yang ada dalam politik...hampir semua haji gila burit...peliaq kawaq....mata pote pada amal makruf....buka mata nampak duit...lps dapat duit...cari lobang burit....tak peduli burit siapa...janji burit...semua paria kelas lapan...lebeh paria dari segala paria....bagi ceramah itu tak boleh ini tak boleh ...luaq ceramah ....tengok duit tengok burit...ayaq lioq depa meleleh...

    harap serban besaq bakui
    lepa duit habih depa tangkui

    tak kira klntn atau perlis
    semua sapu tenggiri dan bilis

    ReplyDelete
  49. Syurga yang mana? Jawapan saya dedak 90 juta.

    ReplyDelete