Wednesday, 1 February 2017

KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?


1. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa telah digantung jawatan serta merta sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara ) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW).

Saya ucapkan tahniah diatas keberanian dan ketegasan pengurusan Mara dan Ahli majlis Mara yang bermesyuarat khas tanpa pengetahuan Annuar Musa untuk menggantung jawatan beliau dengan serta merta.

2. Penggantungan terhadap Annuar Musa diambil kononnya untuk memasti dan mengelak dari sebarang campur tangan Annuar Musa terhadap pasukan audit dalaman Mara membuat siasatan.

Tindakan ini bagi saya adalah langkah yang wajar untuk memastikan tiada unsur salah guna kuasa dilakukan oleh orang yang berkepentingan iaitu Annuar Musa.

Langkah sebegini wajar menjadi amalan dalam semua peringkat pengurusan pentadbiran negara kerana setiap salah laku hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah dan tanpa mengambil kira siapa yang melakukannya.

3. Persoalannya adakah amalan ini juga membabitkan anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga ke peringgat Timbalan Menteri dan juga di peringkat kerajaan negeri.

Menggantung Annuar Musa untuk siasatan yang membabitkan penajaan tak sampai RM2 juta berbanding siasatan keatas PM Najib dan akaun peribadinya dengan wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion  dan wang SRC RM42 juta adalah sesuatu yang pelik serta tidak munasabah.

Memang tiada peruntukan undang-undang untuk menggantung PM tetapi PM Najib boleh dengan rela hati menggantung tugasnya sebagai PM dan Menteri Kewangan dengan mengambil cuti dan jawatan PM serta Menteri Kewangan dipangku untuk mengelak dari campur tangan dan salahguna kuasa Najib yang boleh mengganggu pasukan penyiasat.

4. Oleh kerana Najib masih berdiri sebagai PM semasa siasatan dibuat keatasnya dan 1MDB maka berlaku  'kacau-bilau' dalam SPRM semasa diserbu PDRM  sehingga berlaku pertukaran segera pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) walaupun kemudiannya dibatalkan adalah membuktikan memang berlaku unsur salahguna kuasa orang yang berkepentingan iaitu Najib.

Apa tidaknya,dalam kes memecat Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada tahun 2016, Najib menggunakan kuasanya sebagai orang yang berkepentingan dalam kes sisatan untuk  memecat  TPM dan Peguam Negara semata-mata bagi mengelak Najib didakwa.

Malangnya rakyat Malaysia kerana dipimpin oleh jemaah menteri dan pemimpin Umno/BN sebagai kerajaan yang korup serta Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang 'pelahap' (glutton).

Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
1 Feb 2017/4 Jamadilawal 1438H.

75 comments:

  1. Anuar digantung restu najib tapi najib sapa nak restu dia digantung???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berharap PM Najib di gantung tugas sekiranya beliau gagal mengambil tindakan wajar berkaitan dengan skandal BMF dan kerUS 10 billion BNM dal urusniaga matawang.Saya tidak akan menyokong Umno lagi jika skandal ini tidak di tangani mengikut lunas undang-undang.

      Delete
    2. Ko nk kami nyanyi ramai2 lagu ziana zain.. Nak tak? Lagu nyayian tu kami upload kt YouTube.. Jgn tak tengok rugi.. Jgn pejam Mata atau terbeliak mata.. Nyayian ziana zain mantap.. Tak caya tanya isa samad felda..he he.. Jahat nya ese.

      Delete
    3. Anon 1501 kes bmf ko blum lahir lg. Masa pinjaman diluluskan zaman Hussein onn ayahanda hishamuddin dan bnm losses utk fight currency Kita jgn menjunam. Mmg la kena spend rezab utk pertahankan ringgit... Cuba ko tanya berapa billion rezab Kita rabak baru2 ni pertahankan kan ringgit tak kurang 50 billion.. Fast forward 30 tahun Dari skrg nilai nya dh jd 2.6 billion..Ko Ada belajar quantum physics tak? Atau blue ocean strategy atau fluid engineering? Klu jawapan lom lg..GI Ngaji dulu.. Tp pangkah umno BN tau.

      Delete
    4. Jangan gantung tugas Najib. Gantung je leher Najib.

      Delete
    5. Rakyat keseluruhn kena main peranan utk mggantung najib..

      Delete
    6. Assalammuallaikum.
      Dari anak singapura.

      Bro labu labi saya salute tabik hormat lah bro

      Subject2 tu tak terjangkau oleh kami.

      Bro kau memang OTAI.

      Insyaallah perjuangan ko akan berhasil.

      Wasalam

      Delete
    7. Salam bro dari singapura, saudara dan jiran Kita.. He he.. Kawan suka jgk bergurau dgn anak2 ni.. We can agree to disagree but yg tua Kita hormati Dan yg muda Kita sayangi.

      Delete
    8. merujuk kepada perenggan 8... ha ape lg, pakatan harapan mungkin boleh wujudkan dalam manifesto pilihanraya ~ adakan satu peruntukan menggantung kuasa pm...





      Delete
    9. Anon 1938 nk gantung kuasa pm kata kamu.. Ke kamu kena gantung dulu... PM ada absute power bawah NSA.. Ko gi pangkah umno/BN..GI solat maghrib dulu, dah kul berapa ni.

      Delete
    10. Semasa siasatan 1mdb dulu memang pengarah2 Dan CEO nya telah di gantung tugas untuk satu jangka waktu.

      Delete
    11. Ye le kot, tp mana report nya. Semua dh kena OSA.. Kita jgn ckp hal OSA nnti kena simpan. Pokcik tak pe dh tua, klu kena simpan leh buat amalan bekalan nk balik nnti.. Ko tu muda lg, g pangkah umno/BN Selamat.

      Delete
    12. Kejora Punky...

      Usah menyampuk hal orang2 tua. Dah berapa kali saya ingatkan sejak 2013 lagi di blog Pisau, Parpukari, Kluangman & Putra Merdeka. Dah ler umur setahun jagung, sekolahpun entah di mana & sampai tahap berapa? Nah ambik singgit, pi main jauh.

      Delete
    13. He he.. Budak2 nk membesar mmg nakal sikit.tu Pakcik othaman bg singgit simpan belanja sekolah.dah g main jauh2.

      Delete
    14. Salam pak Othaman,sekarang blog parpukari dah tk semeriah dulu.waktu itu bila saya on je komputer mesti bukak houspk dulu dan blog chedet.begitu pantas masa berlalu.

      Delete
    15. dlm nk gantung najib jgn lupe satu perkara.. AG.. ini punca najib tak boleh disiasat.. AG ni yg perlu digantung.. bkn jawatan tapi gantung smpai mamposs..

      Delete
  2. Hidup dato mahfuz....
    Wa caya lu...
    Bukan macam lobai albisuwi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semenjak dua menjak ni bila selalu berdamping dgn TUN,aku lihat dato mahfuz ni da tak selengeh lagi ar.

      Delete
  3. Haha..itulah kelebihan ketua lanun...polis /sprm/pihak yg berwajib dibawah arahan dia ..tak ikut arahan ...kena tukar tempat kja..digantung..dipaksa letak jawatan..disingkir dr jawatan..diancam..diugut bunuh..itu cara ketua lanun..satu lagi..apandi alien dah jilat bersih ketua syaitan...cakap bersih..takde kes..takde pendakwaan..huuhhhh...ini lah apaandi alien...Study High High..Stupid Never Die..🤒🤒..dengan dedak yg ada..siapa iman yg terlilih liur melihat dedak..agak mustahil mengantung MOI..dgn erti kata lain..penguatkuasa tiada kebebasan menjalnkan tugas...begitu mulianya NajisBadak..suci..bersih dimata UmnokBeend dan penyangjung lanun yg dungu/bodoh ini...klu mengharapkan menteri Umnok nk gantung ketua lanun mereka....hummmm...."think long long" dia org ne..sebab silap silap dia org sendiri tersingkir dan tergantung🙄🙄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good one bro..keep it coming.

      Delete
    2. .
      .

      Sebelum komen Creater, saya nak komen iaitu jika nak Najib di gantung semua parti mesti bersatu untuk mencapai persetujuan sama-sama. Dengan demikian baru lah nampak boleh di ambil tindakan.

      Tetapi saya ubah fikiran kerana yang sepatutnya ambil tindakan ialah pihak seperti SPRM, Polis, Peguam Negara ... mereka lah yang tidak ambil apa-apa tindakan.


      Seperti Annuar Musa, mana ada desakan dari ahli parti supaya Annuar di siasat.. semua nya pandai-pandai lah kau orang buat kerja kau orang...

      Sungguh Najib tak masuk campur.

      Tetapi mengapa kes duit masuk akaun Najib tiba-tiba SPRM tidak pandai buat kerja ?

      Delete
    3. "think long long" ... I like!!!

      Delete
    4. Haa..SPRM ada yg nk siasat..tpi cepat cepat ketua lanun..gunakan" power rangers" dia..satu cara klu masih nk teruskan siasatan.....pikirlah" periuk nasi" dekat tangan MOI..cara kedua..."you help me..i help you"..dedak punya power..NajisBadak tk tahu 2.6B masyukkkk akuan..apatah lagi SPRM????.😁😁😁😁😁😁...haaha.."bersih..bersih"..itu word apandi alien selepas jilat..hurmmm..

      Delete
  4. Annuar celak joli duit samun tapi Najib pulang balik. Banyak bezanya tu. Annuar celak pakai sendiri tapi Najib bebagi dgn ketua2 bahagian dengarnya. Beza sangat tu. Dulu pun dengarnya kes felda bila terkantoi tapi pulangkan balik duit, kes pun tutup. Malaya ni tak salah kalau tak kena tangkap dan kalau kena tangkap tapi pulangkan balik duit, tak salah. Tak percaya tanyalah pakar undang2 kita Yang Ariff tuan AG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tu bro, belanja Bini shopping dgn beli beg dan intan permata..OK tak salah. Derma utk fakir miskin dan yatim piutu.. Mcm saya ni he he..yg tu salah.

      Delete
    2. Si bini tu pulak, sebenarnya bini Menteri Kewangan atau Perdana Menteri? Boleh ker perempuan itu rembat kedua-duanya sekali harung? Hebat sungguh!

      Delete
  5. 1414, betul. ringkasnya otak Melayu diasuh dibeku dizaman kuno.
    - Jilat ketua mesti tak terhingga, walau sah zalim.
    - Momok akhirat jadi mainan ancaman Lobai kaloi, walaupun tak selari akidah.
    *Akal dibekukan tak bertempoh tamat, sentiasa taat, biarpun berkarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg betulnya melayu Ada haluan kanan yg sokong empayar British Dan puak Kiri yg sokong puak marhean dan empayar othmaniah.. Buat masa ni puak kanan memerintah.. Itu yg Kita Ada lah sebuah negara yg paling byk raja.. Tak masuk raja lingam,raja goppal dll. Sembah derhaka.. Takut gak kena sosma...tak pasai2 tgh mlm kena angkut.

      Delete
    2. 😂😂Rajalingam.Gopal ke..itu memang MOI tak tgugat..haha..apatah lagi menteri Umnok.. tak boleh buat mesyuarat gantung MOI..ingat masa perhimpunan Umnok..prinsip "WALAK "mereka..kena setia/hormat/taat..tak boleh derhaka/tak boleh tegur ..mesti ikut institusi presiden..itu prinsip parti lanun...Walak tak kena pada tempat..walaupun pun terpaksa..so klu macamne prinsip mereka....hurmmm....jgn nk mghrapkan pgantungan NajisBadak...."jauh tali dari leher"😂😂

      Delete
    3. Bro.org bangsawan jd kaya tu biasa, tp anak marhean kawin dgn bangsawan dan jd billionaires tp tak ingat asal usul dulu susah.. Kita nk panggil apa bro? Nnti teman carut kan buruk bunyinya.

      Delete
    4. Ohhh..itu..lupa daratan nampaknya..sekarang dah berendam puas2 dekat air...klu tak silap definisi Kamus Dewan Bahasa..binatang tu namanya "BADAK"..FIRST LADY BADAK of MALAYSIA..😂😂😂😂..First and One kan sama..MOI ( Malaysian Official Number 1).hahha

      Delete
  6. Apa yg kiter sibuk dgn filem bijan arahan bijan.. Filem tu laku ke, tak laku ke, apa ada kena mengena dgn Kita. Yg Kita nk fikir kan apa tajuk filem Kita utk Pru 14,boleh box office tak? Sape pelakun utama.. Lupa lak hero nya tun Dr mahathir dgn side kick nya ts muhyidin serta mukriz.. Heroine nya tun siti hasmah... Dan penjahat nya bijan dan side kick dia smah, pelakon komedi Ahmad maslan, sabri, tengkuk(palsu) adnan dan grup gangster tajuddin pasir salak dan nazri rengas... Oleh kerana filem ini filem Malaysia.. Kita Ada aksi solat,kungfu shoulin serta kalari payat.. Siap Ada gambar keretapi, taman bunga.. Pesawat adegan dusyum2... Terlupa la pulak pelakon undangan Jamal jamban dgn geng merah dgn acara tarian hebat lagu Tamil.. Bahasa melayu Selangor seli dgn inggeris tp tak pe subtitle Tamil, Malayalam, Telugu, two chew Hakka dan mandarin... Dtg la beramai2 filem hebat alaf ini... Bila? Next change GE14...tempah tiket anda sekarang 1 800 labu labi.. Tempahan awal dpt diskaun 90% dan toaster percaya... Telefon skrg!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enfing filem tu mgkn trajik.. Ada adegan gantung2,tembak menembak, gas pemedih mata.. Tp thriller je ni, tak leh nk citer semua... Hilang lah suspense Dan finale..??? Adalah hero akan kalah dgn penjahat??? Mungkin!! Tp spt yg telah berlaku kt klang, panggung wayang di bakar oleh penonton.. Kita mohon pada Allah SWT semoga hero Kita menang kt ending filem ni..ameen.

      Delete
  7. Annuar digantung tugas Sebab SPRM nak siasat. Najib tidak digantung Sebab tiada siapa nak siasat.

    ReplyDelete
  8. Klu ada duit dan pandai arah filem aku nk buat filem tajuk "antara dua darjat,sehari sejiwa" sebagai tontanan generasi skrg dan akan dtg.. Heronya mahathir heroine nya hasmah... Bagaimana mahathir dr keluarga marhean dapat mencuri hati hasmah Dari keluarga berada.. Dan bagaimana cinta mereka tidak pernah padam malah makin kuat diusia senja mereka.. Ada nyayian, tarian, dusyum2, air Mata..komedi.. Agak2 aku leh box office... Aku yakin sgt2.

    ReplyDelete
  9. As I have said earlier.

    THE REAL ENEMY OF THE STATE IS AG PANDI.

    MO1 is a world's Proven Thief.
    AG Pandi saved and kissed his arse.

    SPRM, BNM, Auditor General...whatever evidence you compiled...AG Pandi will shove them into his arse. He is appointed to do just that...Forget about PDRM...KPN is a true guard dog of Prime Thief through and through.

    AG Pandi colluded with Prime Thief.
    The rest of the Klepets...Let dogs eat dogs.

    We are now a nation of sheep ruled by the wolves....Wolves of Putrajaya...any relations to Wolves of Wall Street?...of course...the famed movie is produced by none other than the son of the Alpha Bitch.

    Let dogs eat dogs.

    I repeat, AG Pandi is the real enemy of the State. He is the prosecution, judge and the executioner all at once.

    Even our last payung negara is tattered and torn...being drenched by Prime Thief "kencing".

    The "Real Power" is with us.

    WE CAN EFFECT A CHANGE...SAVE OUR NATION.

    Don't wait for others...
    YOU...yes!...it all start with you yourself...and every you becomes "US"...
    Yes!...We can effect a Change...Change the Government in next PRU.

    WE GOT THE POWER!

    ReplyDelete
    Replies
    1. We got the power.. Power ranger... Give sight beyond sight..citer apa tu bro?

      Delete
    2. Tak silap aku tu citer kartun thunder cats, kalo member depa hilang, bos dia (lion apatah)tengok dengan pedang pas tu sebut By power of the omen, give me sight beyond sight..kalo x silap ler, kartun 30 tahun dulu...hahaha..

      Delete
    3. Pandi is DEDAKMAN Penyamun Bugis .
      Kerjanya lain tak bukan hanya JILAT MENJILAT.
      Penyamun BUgis tetap dalam perlindungan DEDAKMAN Pandi

      Delete
    4. Anon 1643 sah ko sezaman dgn aku.. Alleycats bro.. Terima kasihhh!!!

      Delete
    5. Bro Putrakaren...

      I'm with you 100%. That Son of a Bitch is the prime stumbling block when the issue of 2.b billion was finally exposed in Najib's bank account early last year. That bloody Thorny General is the real thorn in the flesh of all Malaysian people. Had he not chucked the 'charge sheet & investigation report' in the dust bin, Najib would definitely be prosecuted back then & put behind bar..save all our troubles and the nation misery.

      Salam Perjuangan Wthout Fear And Favour...!!

      Delete
    6. Salam SDR othaman, dlm sepai ada sepai.. Tu yg ketua SB kena cantas.. Klu bertuhan duit dan tak ingat esok lusa nk mati.. Org mati mana leh bawak duit, reta dan Bini muda DLM kubur... Org mcm tu tak lama riwayat nya.. Tak kena stroke atau serangan jantung krn dh lemak Sgt.

      Delete
  10. Bro PutaKaren,

    I nang dari dolok having the same view.

    On the issue of save our nation, it is imperative that Sarawak ruling coalition must act accordingly. Kita sik dapat nandah dak Malaya ajak to act.

    Mun arwah tok nan masih ada, ok sikit. Abg jo tuk lembik, more concern nyapun position.

    So how can we help on our part?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Support us when putrajaya change hand and declare Sarawak pribumi friendly.

      Delete
  11. Inilah yang dikatakan Perlaksanaan Undang Undang Super Double Standard. Ini juga adalah bukti bahawa KEdaulatan Undang Undang tidak mendapat jaminan di bawah UMNO BN Najib Razak ketika ini. Undang undang diperkosa sesuka hati bila ia melibatkan VVIP istimewa seolah olah kedudukan mereka ini lebih istimewa mengatasi Raja Raja walhal mereka mereka ini hanya spesis Raja Kapur dan Raja Auta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape yg kena perkosa, dimana, berapa Kali dan Ada penetration tak..ni di bawah kanun acara jenayah.. Suspek sape? Saya nk 117 dia dulu.. Boleh bg kerja sama... He he.. Gurau je bro.

      Delete
  12. Siapa ckp tk de peruntukan undang2. Undang2 dn juga Perlembagaa menetapkan mana2 org yg punyai kuasa melantik mempinyai kuasa utk pecat atau gantung tugas penjawat tu. Dlm kes Najib hanya Agong tk mahu gantung tugas dia. Biak pi lah PM aku penyamun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Under national security act NSA.. The prime minister has an absolute power to call for state of emergency... Ko ni finale filem nnti.. Bila agak2 nk kalah.. Call state of emergency dan gantung perlembagaan la.. Ko faham tak ending filem ni.. Dulu sekolah ajar ilmu tawarikh.

      Delete
    2. Tapi aku ko blum beranak lg. Kami tak heran pun bijan nk PM smpi kiamat.. Krn yg hidup pasti akan merasai mati.. Itu hukum Allah. His late father passed away due to leukemia, may Allah blessed his soul.. And sickness is hereditary. But as good citizen I always pray that God Almighty give him long life to repent.

      Delete
  13. Teringat satu kes lama dimana seorang yang dituduh membunuh terlepas dari tuduhan tersebut tapi yang aneh, saksi dikiri dan kanan yang kena gantung???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Does not ring a bell.. Cer citer bro...pleaseeee..

      Delete
    2. .
      .

      Bagi tajuk ler...

      Malam Larut di Puncak Alam.

      Tak kan Kucing Kilat tuan masih ingat, yang ini tak ingat.

      Delete
    3. Bro 18:59,
      Kes bunuh banyak kat malaysia bro, kucing kilat tu satu2nya kartun seumpamanya didunia bro..beza besar tu bro...

      Delete
    4. He he.. Baru teman ingat, dua anggota UTK terima arahan ada ancaman keselamatan dari ketua nya. Operasi di lancarkan dan ancaman tu di neutralize kan. Bdk UTK tu pun jln tugas seperti. Tiba2 kedutaan Mongolia buat report melalui saluran diplomatic yg rakyatnya hilang. Maka gegak gempita la satu Malaya. Satu task force ditubuhkan,Si baginda sepupu sepapat bijan sbgai main suspect dan dua budak UTK tu terpinga2 di gari. Dgr citer boss yg kuar arahan tu tak ngaku arahan tu dia kuarkan dan dia sendiri pun tak ngaku dia polis tp hanya pegawai rela.. Oleh krn baginda byk duit, komisen scorpene tu bermillion leh la bayar lawyer mahal maka lepas la mereka. Tp yg UTK tu anak org marhean jd tak mampu bayar lawyer mahal.. Ending nya dua UTK tu ke tali gantung.. Tp ini lah pertama Kali boss UTK khianat pd anak buah.. Aduh kena angkut le aku mlm ni.. Krn dh terlebih kutuk..

      Delete
    5. Anon 18:59, kata kunci soalan ko ialah c4..kalo ko sebut ni, semua dapat teka kisahnya..hehe

      Delete
    6. Yang mana satu? Kes Al Ma'unah yg dekat Perak ke

      Delete
    7. Baginda dapat komisen 25 persen eh eh salah 25 juta,kaya kaya kayap...hihihi tu yang bini dia meraung 'bukan laki aku yang nak jadi dot dot',nasib baik tak jadi janda kaya...kalau tidak hihi ada chance ni.

      Delete
    8. Mike ni mat noor,ke situ halanya.. He he.. Tp teman pun dengor jgk ungkapan wanita Malang tersebut. Tp moral of story, Kita yg marhean ni jd bahan org bangsawan je. Deme duit bertimbun, Kita nk bli sardin king cup pun fikir sepuluh Kali.. Brg dh mahal..

      Delete
    9. Tu la masalahnya bro,pemimpin kat atas tak peduli langsung dgn nasib rakyat dibawah.
      Harga barang semua naik tapi ada mereka kisah?24 jam mereka cuma fikirkan tembolok sendiri agaknya.

      Delete
  14. SPRM, BNM, PDRM tidak pernah menutup kes 2.6b, 42j dan 1mdb. Masih dalam siasat walaupun sudah cukup bukti untuk dakwa mereka mereka yg dituduh. Hanya AG sj kata takdak kes. Tungggggguuuu remember that crime does not pay. You will eventually pay for your crime.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes bro.. Cannot agree more with you. Kipidap.. Good job.

      Delete
  15. salam saudara labu labi...nak minta tolong tafsirkan
    mimpi saya mlm tadi....

    saya mimpi mcm ni...

    saya tengah berjalan ditengah terik matahari disebuah padang pasir....punyalah dahaga...lapar lagi..letih lagi...dalam saya mencari cari air tu...tiba saya ternampak dari kejauhan samar samar...dua pohon rendang....

    dlam kepayahan saya hampiri pohon yang pertama dgn niat nak tumpang berteduh...bila saja saya hampiri pohon tu...saya terdengar macam suara orang...saya pun intai...terperanjat bukan beruk saja terperanjat semua haiwan ...saya nampak bijan dan appandix
    baik punya berpeluk sambil bercium...beromen...sampai bunyi slurps slurps...saya lari..

    saya ingat nak tumpang berteduh...saya pun hampiri pohon kedua..begitu juga bila saya hampiri terdengar suara dan tepukan....saya intai juga...disitu saya terkejut jerung dan semua hidupan yg ada dlm laut...saya nampak salleh belud bagus punya sedang membelai
    isam felda sambil menggigit gigit manja telinga isam felda....dan tepukan tu rupanya datang dari bung bang mokh dan jam khir ...dua orang ni jadi penonton sambil mencakung...

    dalam saya kebingungan tu saya pun terjaga....
    apa makna mimpi saya tu saudara labu labi...boleh tolong tafsirkan....tima kacih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut buku primbun hamba dari tanah Jawa dan selepas hamba bertapa 3 jumaat kliwon, pada firasat hamba pas akan bersama bersatu pribumi dan Kita lawan satu lawan satu.. Insyallah kemenangan di pihak Kita.. Mengikut ilmu hamba, saudara kena korban seekor kambing utk Kita panggang dan makan bersama2..alhamdullilah... He he..

      Delete
    2. wow siap dengan buku primbun ni...tak silap saya suruh saudara tafsirkan mimpi...hahaha...
      kambing mana cukup...geng kita ramai...kurang kurang lembu new zealand...besar sikit..

      kalau nak makan kenduri besar...tunggu los pru 14 bila najib and the gang telungkup...tapi yang tak bestnya...wakil rakyat pun dah jadi sistem beraja...lepas suami mati...bini pulak jadi wakil rakyat...rakyat lain dah tak boleh merasa jadi wakil rakyat....pelik kan sistem politik kita...apa komen saudara...mcm kat kuala kangsar hari tu....laki mati bini ganti...?

      Delete
    3. Bro labu labi, setahu saya kitab primbon jawa kuno tu, ada setan kobar didalamnya, mungkin patageni tuan akan diganggu olehnya dan tafsirannya tersalah..saya cadangkan elok kiranya tuan guna kitab tajul muluk tanah melayu yg menggunakan kaedah falaq untuk menafsirkan mimpi saudara cass kita..mungkin keputusannya lebih tepat lagi..hehe

      Delete
    4. OK la tu bro.. Ni Bini baru kebumi... Laki dh akad nikah lg he he... Tp pada firasat teman lepas teman tengok dlm geluk jampi.. Org yg bagi arahan tu Gemuk je, rendang lg satu kabur2 je nampak beg birkin... Sape le tu, haram keme kenei.. Hr he

      Delete
    5. Apalah bro labu kambing mana cukup,kalau ratah badak boleh ar daging dia banyak dan kenyal.makan tak habis nya.

      Delete
  16. .

    Pembangkang pernah usahakan undi tidak percaya ke atas Najib. Jika berjaya mendapat sokongan semua ahli Parlimen kemungkinan Najib 'digantung' ada.


    Tetapi ada parti 'makan keliling' yang selamatkan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misteri tu.. Parti mana tu???

      Delete
    2. Entah bro setahu aku yang gelojoh nak makan keliling tu pak angkat setan.

      Delete
    3. .

      Parti KING MAKan daaaa...

      Delete
  17. untung ahli politik kita ni sebab depa hidup kat malaysia ni...kalau depa hidup kat thailand lah.....entah jadi apa pun tak tau....

    tapi aku saya rasakan satu hari bila rakyat dah betul betul tak tahan....teruk depa...sabaq manusia ada had dan batasan.....mungkin kalau sorang yang lepas geram....dapatlah polis kawal...tapi kalau semua rakyat....?

    ReplyDelete