Monday, 6 February 2017

DARI BUKIT KIARA KE TROPICANA


Esok, Selasa 7 Februari 2017, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang akhbar bersama Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara.

Bagaimanapun, seperti yang disebut oleh Zaid sendiri, Kelab Diraja Selangor pada saat-saat akhir tidak membenarkan tempat mereka digunakan untuk sidang akhbarnya itu.

Zaid seterusnya mendakwa, pembatalan yang dimaklumkan pada 6 petang, Ahad lalu dibuat  kerana "desakan politik" pihak-pihak tertentu, meskipun tempahan dan bayaran sudah dibuat sejak seminggu yang lalu.
Tiada sebab khusus mengapa pembatalan itu dilakukan, tetapi dipercayai kerana ia melibatkan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Tidak putus asa atau lemah semangat dengan pembatalan tersebut, Zaid segera mengubah lokasi sidang akhbarnya itu ke kediamannya di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.

Malah, sidang akhbar pada 9.30 pagi esok tetap akan dihadiri oleh Tun Mahathir dan Lim Kit Siang sebagaimana yang dirancang pada peringkat awalnya.

Maknanya, meskipun cuba "dicaras", program itu tetap berlangsung tanpa terjejas apa-apa. Cuma lokasinya saja yang berubah.

Untuk itu, para wartawan dan petugas media, dipersilakan datang beramai-ramai ke Tropicana pada esok pagi. Lupakan saja Kelab Diraja Selangor, Bukit Selangor.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai apakah sidang akhbar Zaid bersama Tun Mahathir dan Lim Kit Siang itu, sama-sama kita tunggu perkembangannya nanti? (SH 06/02/2017).

107 comments:

  1. Mengapalah ada unsur unsur gaib yang takut sangat dgn tun,zaid dan kit siang ni..

    Nak buat sidang akhbar pun tak boleh.macam dah takut dengan bayang bayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiiikk.......kata orang tua nyanyok baling gelas pon tak pecah. Pehal pulak nak gerun dgn orang tua nyanyok tu??

      Dulu pentas Nothing to Hide tetiba jadi Everything to Hide pon gara2 orang tua nyanyok tu jugak.

      Ini macam punya orang tua pon korang nak takut ke?? Nampaknya bukan orang tua tu yg baling gelas tak pecah......tapi korang yg takut diri tu pecah.

      Pehal korang......punyalah kelam-kabut, gempar tak tentu arah macam dikejar badak semata kerana satu orang tua..???

      Delete
    2. Nothing to Hide pun jadi nowhere to hide.

      Kata baling gelas pun tak pecah tapi nak buat PC pun dihalang.

      Soalnya, 'Patutkah saya takut kepada seorang tua berumur 90 tahun?'.

      Jawapannya sama ada patut atau tidak itu yang kedua. Yang pertama lagi disahkan benar ialah konfom pak ajib takut habis.

      Walaupun dgn TV3 suku, Utusan Meloya, Kejora dan Unknown pak Ajib masih takut nak benarkan Tun M bercakap dengan media.

      Bgmn tidur malam pak Ajib agaknya ya?

      Delete
    3. Hanya orang-orang yang buta hati sahaja yang tak mengerti akan permainan jahat MO1...........!!

      Delete
    4. 7 HB hari selasa la..tuan budin kata hari khamis..mabuk ketum ke apa??? He he

      Delete
  2. Reformasi juboq rizal6 February 2017 at 17:56

    Hidup najib, mati umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup tun Rosmah, our PM in waiting... All hail tun Rosmah!!! Long live tun Rosmah!!!

      Delete
    2. Jika boleh semua yang terlibat membodek MO1 pun wajib ditalkimkan dari hidup berpolitik. Kerana mereka2 inilah negara jahanam dan purak peranda. Hidup malaysian.

      Delete
    3. Kau punya nama handle memang win. Langsung tak censored..

      Delete
  3. Tempat nak press conference pun ada org nak caras.. Kata Bersatu parti baru la, tak ramai ahli la...awat takut sangat?? Pakatan Harapan nak umumkan sesuatu pun ada yg tak senang? Ada harapan baik ni nak menang pru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Press conference boleh di adakan, tp oleh lagu ziana zain nk di kumandangkan.. Tu yg PC tu kena caras!!

      Delete
  4. Masa ko memerintah dulu ko maki bapa dia (Sultan Kelantan) sebagai penyeludup , sekarang dia dan gang balun ko balik..rasakan
    Dapat cash

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di bawah sosma,aduan boleh di buat krn ada hamba rakyat yg membuat akaun bahawa sultan Kelantan dan pemaisurinya di tuduh sebagai penyeludup.. Ini tuduhan berat yg mesti kena ada 4 saksi dan SD sekali.

      Delete
  5. Aikkk? Katanya hempok gelas pun tak pecah, rupanya baru dengar TUN M , UMNu BeEnd sudah pecah kepala fikir sabotaj. Ptuiii, malu la...opps lupa, urat malu dh putus. Kesiaan

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Tanda-tanda kejatuhan Regime MO1 semangkin terserlah........!!

      Delete
  7. saya tidak tahu apa nasib saya jika orang najib/rosmah sudah mengetahui tentang hasrat saya utk bergerak aktif d Pekan.

    banyak yg bergurau bahawa besar kemungkinan saya akan d sambut dgn 'tong simen'.

    saya dgn selamba mengatakan bahawa ia nya tidak mungkin akan berlaku olih kerana saya ni 'small kuciret' saja.

    tapi apa yg jelas orang asal, warga felda, orang bandar Pekan sudah 'bosan' dgn pasangan klepet ini.

    saya sedang berusaha mencari formula bagai mana undi drpd dlm kem2 tidak d manipulasikan.

    degan gerakan 'Pekan bangkit' saya tlh menyeru supaya mereka menuntut agar 'maruah' mereka d pulihkan semula kerana mereka sedar n amat malu dgn pasangan yg mencuri,merompak n melanin tanpa segan silu.

    in sya'allah saya yakin akan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Jangan lupa Admin, ye, tolong ambil gambar nak tengok berapa ratus org pemberita dalam dan luar negara datang


      Delete
    2. Selagi kak mah tak telefon pak rahman, jangan takutlah..insyaAllah takde apa2..hehehe gurau jer pak rahman...sebetulnya, kita berpaksikan kebenaran, kalau kita goyah, apa akan jadi pada anak bangsa kemudian..selagi ada kudrat, kita guna untuk kebaikan..insyaAllah pak rahman, Allah bersama orang yang benar..
      Salam perjuangan dari saya untuk pak rahman..
      Salute!!

      Delete
    3. Seperti pak Rahman saya juga punya keyakinan 100% bahawa segala usaha kita semua termasuk pak rahman dan tuan admin pasti akan berjaya.

      Bila dan bagaimana kejayaan itu akan diperolehi memang tiada siapa yang tahu tapi sunnatullah mengatakan ia tetap akan berjaya.

      Apa pun terima kasih banyak2 pak rahman.

      SALUTE.

      Delete
    4. Pak Rahman.....Allah bersama orang yg berjuang ikhlas menentang kemungkaran.

      You can do it !!

      #Respect Ayahanda Tun M
      #Respect Pak Rahman

      Delete
    5. anon 19:26,

      selain sms saya tlh d fon olih rosmah sebanyak 2 kali.

      dia akan terkejut beruk bila dia dpt tahu tentang plan saya ke hadapan.

      ini lah sms saya terakhir pd beliau bertarikh 13 sept 2016. 'sudah lah! tak guna kita panjangkan isu . in sya'allah kita akan bertemu d pekan dlm pru 14 kelak. adious!'

      Delete
    6. Pak Rahman....sape sebenarnya yg politician??? Kak Semah atau abang jeeb?? Yg masuk bertanding dalam PRU tu sape....laki atau bininya??

      Politik dia orang ni memang macam tu ke.....bini boleh masuk campur?? Kalo gitu, besar sungguh pengaruh bini2 deme ni ye.....patutlah asal laki mati jer bini ambik alih.

      Hidop Malaysia.
      Malaysia asal boleh !!

      Delete
    7. En. Rahman
      Sy nak ingatkan satu je. En kena siapkan ramai pemerhati, pengawal tong undi dan cctv semasa hr mengundi dan kiraan undi pd setiap kaw pembuangan undi. Benda mustahil selalu berlaku.

      Delete
    8. Dalam kiraan pertama kalah,ada mamat tu kalah....meraung teresak2 beb...lps gelap gelita... Letrik terputus... LPs ada letrik blk, Kira balik... Mamat tu menang tipis...tp tajuknya menang!!! Jin yg bg Si mamat tu menang ending of story kena fitnah Dan kena siasat... Sian pencen tak dapat apa pun dapat... Sakit ati dapat, malu pun dapat!!!

      Delete
  8. sudah lumrah manusia apabila berlakunya penolakan akan mula menuding jari dan pembatalan tempat tersebut tak ada kena mengena dengan tangan ghaib orang lain. zaid perlu menerima hakikat tersebut..dah Tuan Rumah tak nak, tak perlu salahkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ari tu masa booking tuan rumah kata ok je, tup2 bila nak sampai harinya katanya x boleh, mana tak mendatangkan suspicious..modus operandinya sama macam pas plak, mula2 kata ok, siap sign lagi..tup2 kata hanya jumpa saja...sah tangan ghaib..

      Delete
    2. Bukan tangan ghaib..

      Tapi dedak yang ghaib ke dalam poket masing2..hehe

      Delete
    3. Kalau dh booking dh diterima Wang pun dh dibayar.. Maknanya itu dh jd tanda jadi... Klu dh hampir tarikh lepas tu Batal, maka tuan Rumah tidak amanah... Maka elok la Kita boikot je puak2 tu.

      Delete
  9. Kalau tuan rumah tak nak kenapa terima bayaran dari zaid?kan ada yang tak kena tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Mat Noor.....samalah dengan kes dah hantar jemputan majlis pertabalan tapi tetiba tak cukop kerusi pulak.

      Cuba peratikan sekarang banyak berlaku hal macam ni.....jangan rasa pelik.

      Delete
    2. Mungkin org yg terima tempahan bukan org UMNO.
      Nanti aku cek tengok...nak kena posting ke Royal Belum nih...

      Delete
    3. Bro phantom.

      Itu kes kesipuan. Hehe..

      Delete
    4. Bro John Doe, Bro Mat Noor......punyalah banyaaakkk kes kesipuan sekarang ni..........malu takut pecah lobang pekong.

      Delete

    5. Sebab Mahathir kaki pukul...Cuba Tanya Anwar


      Delete
    6. .
      .

      Kelab Golf kena pulangkan deposit sekali dengan denda pembatalan..

      Jadi lokasi baru, kalau bayar pun tak penuh sebab Kelab Golf bayarkan !

      Delete
    7. Royal Club Selangor cepat sangat memberi persetujuan ke atas permohonan Dato' Zaid. Sekarang ni tak boleh cepat sangat kata YA. Permohonan tu kena keluar pintu pagar pusing satu Bukit Kiara, masuk Federal highway, Penchala Link, Bangsar, Desa Waterpark, Sungai Besi, Lebuhraya Mex sebelum sampai kat atas meja tingkat 4 Bangunan Perdana Putra..kih kih kih...

      Delete
    8. Org tua kutuk tu mmg samseng.. Tu yg di londehnya kes 1mdb smpi PM yg escort nya UTK pasukan elit PDRM mencecet lari.. Wa salute la..mmg samseng giler wa cakap lu.

      Delete
  10. Mengapa ahli umno, especially pemimpin takut dengan mahathir....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut dengan orang tua nyanyok, baling gelas tak pecah??? Tu yg lawak sarkis, kelakar tu bro........

      Delete
    2. Sebab Mahathir kaki pukul ... Tak caya Tanya Anwar

      Delete
    3. Nama pun dah sidang media.
      Tun M dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang yg. dikatakan pernah menulis tentang perihal skandal MBF semasa diera Tun M.
      Isu ini ditiup oleh cybertrooper UMNO, akan tetapi ianya tak menarik atau tak menjadi perhatian.
      Tun M tak halang pun LKS terbit buku tersebut.

      Delete
    4. Sebab depa tau depa salah..deep down inside they know...tapi tak berani nak admit pasal dah dapat dedak dan risau hilang jawatan..

      Delete
    5. 20.56 .....orang berjalan ke depan bukan gostan ke belakang. Pehal ko nak ungkit hal lama zaman tok kadok......Tun M, Kit Siang, Mat Sabu, DS Anwar, Azmin, Husam dah laaaamaaaaa bersalaman, dah duduk satu meja...........tapi ko masih ketinggalan keretapi duk ungkit kesah dolu2.

      Tuan punya badan tu pon dah tak kesahkan hal dia orang sendiri.....tapi ko pulak yg tak lalu makan, kencing tak lepas, kentot tak lepas pasal orang2 dalam pakatan dah lupa kesah lama dan bersatu hati.

      Apa dah tak der idea lain??


      Delete


    6. Nama saja duk semeja... Tapi DLM hati masing nak cekek yg lain.
      Kolo kereta boleh gostan tapi mamusia dia tak boleh gostan ... Boleh u-turn.

      Delete
    7. Uturn dari orang baik jadi lanun sebat duit orang.
      Diturunkan pula duit tu pada anak keturunannya.
      Bagus punya Uturn boleh senang kaya raya.
      Jangan tak tidur malam, tak sudah risau hal melanun.

      Delete
    8. Kat Malaysia ni ada tak jawatan ahli nujum negara?kalau ada boleh ar suruh mamat 21,52 ni apply pasal dia tahu apa ada kat dalam hati orang.
      Betul2 punya power ar mamat ni

      Delete


    9. Patut le ada 488 buah syarikat .... melanun rupanya.


      Delete



    10. Semua madey punya trick. ... ada kita punya poket le


      Delete
    11. Bro Mat Noor....nak jadi ahli nujum negara tak susah bro......kena lulus 6% jer. Tak payah susah2 lulus 100%.

      Woiii anon......pegi merambus buat repot polislah pasal 488 buah syarikat tu. Apa kejadah yg setakat berani duk menyalak dalam wall Budin ni??

      Delete
    12. Ada lagi rupanya rakyat Malaysia jenis 3m ni,teringat kata kata tuan singh 'amacam lu punya bangsa mahu maju'.
      Orang maju sikit je da start la dia nya dengki irihati dan busuk hati..

      Delete
    13. Bro phantom,hihihi dia ingat kita buta hati cam dia la bro,salah tempat mahu hasut da...

      Delete


    14. Dengan ini maka kerajaan kami dengan bangganya mengistiharkan memamda Mohamed Noor sebagai Ahlil Nunum Negara.

      Delete
    15. Abangla ke ni?ejaan pun lintang pukang kah kah kah.

      Delete
    16. Buat sahabatku en mohamed noor & phantom,

      Anon 2253 dan yg belakang2 tu bukan setakat jd ayam daging patuk dedak tapi dah jadi Beruk kena belacan je

      Dah panas ponggong perambat dek najip sebab buat kerja yg tak ada hasil padahal najip dah pam 300 ribu tiap2 bulan

      Delete
    17. Bro Tajul Bro Mat Noor....itu peninggalan sisa2 6%....tu yg jadi hangat pijor nak marah tu.

      Delete
    18. Angkara dua laki Bini, 7 keturunan rakyat Malaysia tanggung hutang... Cer Kita buat people power mcm kt filipina zaman Marcos.. Baru le Kita tau berapa byk sbnrnya beg birkin si anu tu Ada... Teman sibuk jgk nk tau...

      Delete
  11. .

    Yang penting

    DAP bukan anti Islam !

    DAP bukan perkauman !

    ReplyDelete
    Replies


    1. ITU pendapat RBA


      Delete
    2. Pas tu taghut Dan assobiyyah. Brg siapa yg sembah taghut Dan assobiyyah maka dia telah jatuh kapir... Amanat Si any..tp Klu dia buat Tak apa krn dia capai makam makrifat lg kasyaf serta di beri ilmu laduni.. 90 juta tu rezeki... Jgn Kita persoalkan sumber.. Krn nnti Tak terjangkau Minda marhean Dan org awam... Nk jd gila... Bab hukum halal haram hanya Si anu je boleh bg hukum krn dia ada title gah hujjatul Islam ayatollah datuk seri Dr lg... Kamu apa ada... Nama pun Si polan bin Si polan.. Tak Ada title apa2 pun...

      Delete
  12. Bina negara oleh musuh agama?
    Sesebuah negara atau tamadun manusia ada kisah mula dan akhirnya. Ada sebab ia berkembang maju dan ada sebabnya ia jatuh dan runtuh. Semuanya disimpan di dalam lipatan sejarah sebagai pelajaran dan pengajaran buat manusia yang datang selepasnya.

    Di dalam al Quran Allah menceritakan kehancuran kerajaan-kerajaan besar seperti kaum 'Aad, Thamud, Ashabu Madyan dan kerajaan Firaun di Mesir. Ketika kerajaan-kerajaan tersebut runtuh, mereka hidup penuh kekuatan dan kemewahan. Ertinya, mereka hancur bukan kerana kemiskinan dan kemelaratan hidup. Tetapi kerana sebab lain yang mungkin di luar kajian dan kesepakatan manusia hari ini. Mereka dihancurkan kerana mereka memusuhi Allah dan rasul-Nya.

    Kita sering berbahas panjang tentang kemiskinan dan teruknya kedudukan ekonomi sesebuah negara. Kita sering jadikannya sebagai kayu ukur kebangunan dan kemakmuran sesebuah negara. Apabila negara dihimpit oleh kemurungan ekonomi akibat salah laku pemerintah atau sebab-sebab lain, maka kita secara mudah menganggap negara sedang di ambang kehancuran.

    Apabila ada yang mengingatkan tentang ugama dan murka Allah sebagai sebab utama kehancuran sesebuah negara, ramai yang berpaling dan menolaknya, malah menganggap ia sebagai mengarut dan mengada-ngada. Bagi mereka, redha Allah adalah pada kemakmuran ekonomi manakala murka Allah adalah pada kesempitan ekonomi.

    Negara kita sekarang sememangnya sakit kehidupan rakyatnya. Kenaikan harga barang dan sempitnya pintu rezeki rakyat begitu menghimpit kehidupan. Sudah pasti pihak kerajaan dan parti pemerintah menjadi punca utama keadaan ini. Polisi dan tindakan kerajaan yang lemah dan salah telah meletakkan negara dalam keadaan tidak stabil dan sering terlucut daripada kawalan dan pemanduan yang betul.

    Sekarang kita harus bertanya, adakah kerosakan negara kita yang mungkin akan semakin teruk adalah disebabkan oleh kemelaratan hidup atau oleh kejahatan pemerintah? Sudah pasti jawabannya adalah kerana pemerintah. Kemelaratan hidup adalah kesan yang dirasai oleh rakyat teramai. Tindakan pemerintah yang zalimlah yang telah memudaratkan negara.

    Wujudkah kemurkaan Allah di sini? Jawabannya ya. Allah memurkai pemerintah yang gagal menunaikan amanah pemerintahan dan kekuasaan yang dikurniakanNya. Unsur rasuah, pembaziran, salah guna kuasa, pilih kasih, penganiayaan, pengabaian terhadap fakir miskin dan sebagainya adalah punca-punca pengabaian terhadap perintah Allah yang menarik kemurkaanNya.

    ReplyDelete
  13. Kesalahan-kesalahan berulang sejak lama oleh pemerintah ini jika tidak dihalang sudah pasti akan terus menarik kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah pasti akan berakhir dengan hukuman yang lebih berat. Ia bukan sekadar kemelaratan ekonomi, bahkan kemelaratan kemanusiaan itu sendiri. Manusia akan meninggalkan ugama dan hidup seperti binatang yang merajakan nafsu dan kehilangan manusiawi dan ugama. Saat itu tiada erti lagi kehidupan yang didamba.

    Kerana itulah para ulamak yang benar dan ikhlas sering mengingatkan pihak pemerintah agar bertaqwa dan berlaku adil kepada rakyat. Suara dan seruan kepada Allah sentiasa diulang-ulang agar peringatan besar ini tidak hilang dan lenyap di tengah-tengah kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan.

    Anda telah menemukan jawaban bahawa kesempitan ekonomi dan kehidupan negara hari ini adalah berpunca daripada pengabaian terhadap perintah Allah agar negara ini ditadbir dengan prinsip taqwa dan keadilan sesama manusia. Justeru anda melihat Islam dan para pejuangnya begitu konsisten memberi peringatan kepada rakyat dan pemerintah agar mengislahkan negara menuju jalan yang lebih mendekati redha Allah.

    Saya ajukan kepada anda satu soalan penting. Bagaimana reaksi anda terhadap penyelesaian isu-isu negara tanpa mengambil kira soal kemurkaan Allah? Di negara kita, ada golongan yang melihat bahawa kemiskinan adalah punca keruntuhan negara yang disebabkan oleh pemerintah yang gagal mentadbir dengan betul. Kekuatan ekonomi menjadi kayu ukur kejayaan sesebuah negara. Bagi mereka, unsur redha dan murka Allah hanyalah sekadar mainan bibir bagi menarik hati rakyat yang beragama untuk menyokong mereka menjatuhkan pihak pemerintah.

    Bagi mereka, sebagai contoh, walaupun riba adalah aktiviti ekonomi dan kewangan yang dimurkai Allah, selama mana ia mendatangkan kerancakan kepada ekonomi negara, maka ia harus diterima dan dikembangkan. Begitu juga, jika aktiviti judi dan pelacuran diurus secara baik dan profesional, lalu membantu ekonomi negara, maka ia haruskan dibenarkan.

    Golongan ini akan segera menolak ajakan-ajakan kepada syariah Islam dan hukum-hukum agama yang disifatkan menyekat kebebasan dan hak-hak manusia untuk bebas membuat keputusan sendiri untuk diri sendiri dan masyarakat tanpa ikatan agama. Bagi mereka, agama mestilah dihalang mencampuri urusan negara. Agama bukanlah panduan yang praktikal dan sesuai untuk memajukan sebuah negara moden hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg benar hanya kalam Allah, lain tu citer separuh benar dan ceritera rekaan semata2.. But try harder.. Kipidap.

      Delete
  14. Apa reaksi anda? Tanpa menanti jawaban, saya ingin tegaskan bahawa inilah kemelut yang melanda negara kita hari ini. Kita sebenarnya bukan hanya berhadapan dengan krisis kemelaratan ekonomi dan kesempitan hidup rakyat sahaja. Bahkan krisis yang turut melanda ialah bagaimana melihat kepada penyelesaian sebenar isu-isu negara. Adakah dengan hanya menukar kerajaan lama, maka ia mencukupi untuk masa depan negara yang lebih baik?

    PAS mengingatkan rakyat bahawa kehancuran negara adalah kerana negara itu menjemput kemurkaan Allah. Apabila kemurkaanNya memuncak dengan kehendakNya, Allah pasti menghancurkan negara tersebut dengan seburuk-buruk kehancuran. Ia bukan lagi dengan menghancurkan ekonominya, bahkan ia membawa kepada fitnah terhadap agama dan iman. Rakyat akan sanggup mencari sesuap nasi dan keselesaan hidup walaupun terpaksa menggadai agama mereka sendiri. Adakah lagi kehancuran manusia yang lebih buruk daripada itu?

    Justeru PAS menyeru rakyat agar menolak sebarang penyelesaian yang menolak pesanan-pesanan agama. PAS menolak mereka yang bermusuh dengan Allah, Rasul dan agamaNya. Ia hanya ajakan meninggalkan kemurkaanNya menuju kemurkaanNya yang baru. Ia kerja sia-sia yang membazirkan masa dan usaha menuju kehidupan yang diredhai Allah.

    Jika anda bertanya, mengapa PAS menolak DAP dan mereka yang bersamanya, maka jawabannya adalah selaras dengan apa yang dijelaskan di atas. DAP menolak penyelesaian agama untuk negara. Bukan hanya untuk negara, DAP berani menolak dan menentang kehendak umat Islam untuk berubat dan mencari penyelesaian dengan agama Islam mereka sendiri. Ia adalah permusuhan yang nyata terhadap Allah dan agamaNya. Justeru PAS mengingatkan rakyat Malaysia agar menolak penyelesaian cara DAP.

    Islam adalah agama yang sempurna. Kecacatan umat adalah kerana jauhnya mereka daripada panduan agamanya yang sempurna. Adalah satu yang amat jelas mengapa umat Islam harus kembali kepada agamanya sendiri. Justeru adalah suatu yang amat nyata bahawa berjuang menegakkan agamaNya adalah satu kemuliaan yang tertinggi.
    NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | 06 Februari 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Concocted story but a good one,hilarious.

      Delete
    2. BERAPA BAHAGIAN DIA NI DAPAT DARI 90....

      Delete
  15. Peringatan diri
    DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 06 Februari 2017.
    1. Ada yang menzalimi Fuqaha dengan membuat FITNAH mendakwa Fuqaha "mencipta Fiqh menyokong kezaliman". Kenyataan itu sangat mengelirukan.

    2. Fuqaha tidak mencipta Fiqh dengan akal sendiri tetapi Fuqaha mengeluarkan hukum Fiqh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

    3. Fuqaha tidak mungkin menyokong kezaliman kerana semua bentuk kezaliman adalah HARAM dan wajib ditentang. Ia menjadi prinsip asas beragama. Tetapi Fuqaha menjelaskan panduan dan garis Islam dalam menentang kezaliman.

    4. Namun yang zalim ialah mereka yang hanya bersemangat dan beremosi menentang kezaliman tetapi tidak merujuk kepada panduan al-Quran dan al-Hadis dalam menentang kezaliman seperti dihuraikan oleh para Fuqaha. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar ada Fiqhnya.

    5. Antara Fiqh menentang kezaliman ialah larangan menentang pemerintah muslim secara kekerasan bersenjata tetapi wajib ditentang menggunakan kuasa dan lidah sebagaimana dipetik daripada Hadis Sahih kecuali ternyata kekufuran pemerintah muslim tersebut. Adab ini ditegaskan oleh Fuqaha seperti Imam Nawawi. Lalu ada yang zalim menuduh Fuqaha bersekongkol dengan pemerintah yang zalim kerana Fuqaha menegaskan Fiqh ini.

    6. Islam menegaskan antara kaedah berhadapan dengan pemerintah yang zalim ialah "menasihati"dan "menegur" mereka secara hikmah (kebijaksanaan) sebagaimana sabit dalam al-Quran dan al-Hadis. Lalu ada yang menjadi zalim apabila mempermainkan perkataan "nasihat" yang tersebut dalam al-Quran dan al-Hadis.

    7. Lebih zalim lagi mereka yang menentang kezaliman dan kemungkaran secara terpilih.

    8. Ayat-ayat al-Quran jelas mengharamkan kesetiaan diberikan kepada golongan kufur yang menentang agama dan hukum hakam Allah dan haram bersekongkol dengan mereka. Ia adalah kemungkaran dan suatu kezaliman terhadap agama. Namun, kemungkaran dan kezaliman ini dibiarkan dan dianggap kecil.

    9. Ayat-ayat al-Quran jelas mewajibkan umat Islam menegakkan undang-undang Syariat termasuk undang-undang jenayah. Meninggalkannya adalah satu Kemungkaran dan Kezaliman terhadap hukum Allah. Kezaliman ini tidak ditentang malah ada yang bersekongkol pula dengan golongan kufur yang menentangnya. Pelbagai dalih dibuat untuk tidak menyokong sebarang usaha menegakkan Syariat Allah.

    10. Rasuah adalah haram dan zalim.
    Pecah amanah pemerintahan adalah haram dan zalim
    Mencuri duit negara adalah haram dan zalim.
    Cukai yang dikenakan kepada orang miskin adalah haram dan zalim. Meninggalkan hukum Allah seperti undang-undang jenayah Islam tanpa diperjuangkan adalah haram dan zalim.
    Membiarkan golongan kufur yang menentang Islam berkuasa adalah haram dan zalim.

    Maka marilah kita melaksanakan kewajipan menentang semua kezaliman ini.

    Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritera sampah dr seseorg yg beri diri sendiri title Doktor falsafah yg di beli secara online dr u yg Tak ada akreditasi Malaysia tp Zimbabwe..

      Delete
  16. Sikap DAP Keras Terhadap Islam - Mursyidul Am
    DAP mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan Islam.

    Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, PAS pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan DAP.

    “Terkeluarnya DAP dari Barisan Alternatif pada 2001 kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam.

    “Sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha PAS melaksanakan undang-undang syariat di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Justeru, Hashim berkata, PAS tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP.

    DAP yang mengetuai Pakatan Harapan kini merupakan sekutu kuat kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), manakala PPBM ditubuhkan bekas pemimpin UMNO yang berdendam dengan parti itu.

    Mahathir berdendam dengan UMNO selepas hasrat beliau menggangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden ditolak akar umbi parti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try harder.. Citer tipu pun kena bg convincing baru org percaya. Kipidap.

      Delete
    2. PATUTNYA PAS SEBELUM BERTAHALUF DENGAN DAP ..DAH FIKIR KESAN NYA . DULU PUJI DAP BAGAI NAK RAK..BILA DAPAT 90J JE ..DAP JADI JAHAT..KENAPA DULU BOLEH BERPELUK CIUM..SEDARLAH PAS .

      Delete
  17. Mahathir Yang Jadikan DAP Seperti Hari Ini
    DAP bukannya betul-betul satu kuasa yang disegani. Paling terbaik ia boleh menang hanya 20-24 kerusi parlimen dan tidak akan dapat mentadbir negeri. Tetapi pada 2008 Mahathir memastikan bahawa DAP boleh berkemungkinan menang 45 kerusi dan mempunyai sekurang-kurangnya satu negeri di bawah pemerintahan secara langsung dan dua negeri melalui proksi. Dan ia adalah semua kerana bekas Perdana Menteri ketika itu enggan mendengar ‘nasihat’ Mahathir
    Pakatan Rakyat memulakan gerakan agak hebat pada Februari 2008. Apa yang tidak disedari bahawa ini adalah gabungan keempat pembangkang selepas Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990 dan Barisan Alternatif pada tahun 1999, semuanya gagal dan dibubar selepas tempoh masa yang singkat. Dan setiap kali ianya ditutup adalah kerana DAP.

    20 kerusi DAP yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1990 menurun kepada hanya sembilan pada tahun 1995, jadi DAP tidak lagi mahu apa-apa ‘rakan kongsi’, manakala dalam pilihan raya umum 1999 DAP hanya memenangi sepuluh kerusi dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh kedua-duanya kehilangan kerusi mereka ( juga sebagai ahli pakatan pembangkang). Oleh itu DAP melihat bahawa pakatan pembangkang tidak menjaga kepentingan parti dan semua yang berlaku adalah keuntungan kepada rakan-rakan kongsi yang lain.

    Dalam pilihan raya umum 2004 DAP cuba nasibnya ‘pergi solo’ untuk melihat sama ada ianya boleh dilakukan seperti yang pada pilihan raya umum 1986 apabila ia tidak pernah menjadi ahli mana-mana gabungan dan memenangi rekod 24 kerusi daripada hanya 177 kerusi parlimen (atau hampir 14% kerusi). Ia kelihatan seperti setiap kali DAP menyertai dengan parti pembangkang lain maka kerusinya akan merosot. DAP hanya memenangi 12 kerusi pada tahun 2004, walaupun, tidak apa-apa lebih baik daripada sebelum itu.
    Jadi DAP mencuba segala-galanya. Ia masuk ke dalam gabungan parti serpihan Umno Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah). Ia masuk ke dalam gabungan satu lagi parti serpihan Umno (PKR Anwar Ibrahim) dan juga PAS. Ia ‘pergi solo’. Nampaknya semua tidak menjadi. Ianya sehinggalah 2008 bahawa nasib DAP mula nampak berubah apabila ia berjaya menyapu 85-90% undi Cina dan ‘Tsunami Cina’ membawa kepada gabungan baru berkuasa di lima negeri dengan 82 kerusi di parlimen.

    Apa yang berlaku pada tahun 2008 yang tidak berlaku pada tahun 1990, 1995, 1999 dan 2004? Mengapa ia berlaku pada tahun 2008 tetapi tidak berjaya pada tahun 1990, 1995, 1999 dan 2004? Mudah, dan jika anda memberi perhatian dalam dua tahun terakhir anda akan tahu jawapan kepada soalan itu. Apa yang berlaku adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Pada tahun 1990 dan 1995 itu adalah Tengku Razaleigh yang memimpin pembangkang . Pada tahun 1999 dan 2004 ia merupakan Anwar Ibrahim yang mengetuai pembangkang (dengan DAP ‘pergi solo’ pada tahun 2004). Pada tahun 2008 ia adalah Mahathir yang memimpin pembangkang , walaupun beliau adalah semata-mata pemimpin pembangkang de facto yang memainkan peranan di belakang tabir.

    Pada asasnya, pada tahun 2008 kawasan tumpuan Melayu tidak banyak berubah. Gerakerja tertumpu adalah di negeri-negeri pantai barat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Ini adalah lebih kurang negeri yang ‘berduit’. Ini adalah di mana terletaknya 70% daripada kuasa ekonomi Malaysia. Ini adalah di mana masyarakat Cina mempunyai kuasa dominan.
    Mahathir melancarkan kempen untuk menggulingkan Perdana Menteri dengan mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum pada bulan Jun 2006 yang lalu

    ReplyDelete
  18. Jadi Mahathir menumpukan kepada empat negeri ini. Dia mengarahkan Matthias Chang dan Ling Liong Sik untuk mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Cina, persatuan dan kumpulan peniaga untuk meminta Cina supaya menyokong pembangkang. malah ahli seumur hidup MCA beralih dan mengundi pembangkang. Mereka diberitahu bahawa satu undi kepada PAS adalah undi untuk DAP jadi jangan bimbang tentang mengundi PAS kerana Pakatan Rakyat adalah pakatan pembangkang pimpinan DAP. Oleh itu, pengundi Cina, walaupun orang-orang yang berada di pihak Barisan Nasional, mengundi pembangkang.

    Dan itu adalah apa yang berlaku pada tahun 2008 yang tidak boleh berlaku dalam empat pilihan raya umum sebelum itu. Ia mempunyai satu faktor yang sangat penting dan faktor itu adalah Mahathir. Mahathir mengadakan sidang akhbar di seluruh Malaysia dan secara terbuka kepada rakyat Malaysia supaya mengundi pembangkang untuk memberi Umno pengajaran. Umno mesti kalah pilihan raya dan pembangkang pimpinan DAP mesti dibenarkan untuk memerintah supaya Umno boleh dihukum. Malah Mahathir meletak jawatan daripada Umno untuk menunjukkan baha beliau serius mahu Umno dikalahkan dalam pilihan raya umum.
    Liong Sik dan Matthias dapatkan Cina MCA untuk mengundi DAP pada 2008 supaya Pantai Barat boleh diberikan kepada pembangkang dan Perdana Menteri boleh digulingkan

    Satu undi untuk PAS adalah undi untuk DAP, rakyat Malaysia diberitahu. Sebaliknya, undi untuk MCA, Gerakan, MIC, PPP, dan sebagainya, adalah undi untuk Umno. Jadi mengundi mana-mana parti dalam pakatan pembangkang, ia tidak kira parti mana, maka DAP akan mendapat manfaat. Dan jangan mengundi mana-mana parti dalam Barisan Nasional atau Umno yang akan mendapat manfaat.

    Pada asasnya, pertandingan ini adalah antara gabungan yang diterajui Umno dan pakatan pimpinan DAP. Apa-apa manfaat untuk Barisan Nasional sebenarnya adalah manfaat kepada Umno manakala apa-apa manfaat untuk Pakatan adalah keuntungan kepada DAP. Slogan ‘ABU’ (Asalkan Bukan Umno ) tidak bermakna hanya Umno. Ini bermakna semua pihak di dalam Barisan Nasional. Jadi, untuk menolak Umno anda mesti menolak keseluruhan Barisan Nasional.

    Ia sebenarnya sangat bijak dan Zainuddin Maidin yang juga dikenali sebagai Zam Tidur. Dia tidak sedar bahawa sejak 2004 bencana pilihan raya umum pembangkang telah pergi ke internet untuk cuba untuk memenangi hati dan minda pengundi, sebagaimana British pernah berkata. Dan sasarannya adalah negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia (yang mengapa Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor jatuh). Tambahan pula, Zam tidak sedar bahawa Mahathir akan menggunakan pengundi Cina untuk mencipta tsunami ini, yang Mahathir yang panggil sebagai ‘Tsunami Kaum Cina’.
    Adakah Zam sekadar bodoh atau adakah dia kuda Trojan Mahathir yang tugasnya adalah untuk mengelirukan Perdana Menteri?

    Sesetengahnya, bagaimanapun, mengesyaki bahawa Zam mengetahui semuanya ini. Dia adalah orang Mahathir dan mereka mengesyaki dia adalah sebahagian daripada permainan tersebut. Walaupun beberapa bulan sebelum pilihan raya umum Mac 2008 Zam memberitahu kepada Umno bahawa internet tidak memberi kesan dan pengundi tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan internet. Dia sudah sepatutnya tahu pada November 2007, apabila beliau berkata begitu, pengundi sebenarnya telah pun terpengaruh. Dan ini adalah mengapa syak wasangka bahawa Zam tahu tetapi dia adalah sebahagian daripada pasukan Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karangan panjang sgt, lebih quota. Isi kurang. Cuba lg.

      Delete
  19. Dan Zam bukan satu-satunya pensabotaj dalaman atau ‘kuda trojan’. Mahathir juga mempunyai pegawai Cawangan Khas dan lain-lain lagi bekerja untuk beliau untuk melemahkan Umno pada pilihan raya umum 2008. Malah, Mahathir juga menggunakan Cawangan Khas untuk mengelirukan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan selepas itu untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya mengambil tanggungjawab terhadap ‘bencana’ pilihan raya 2008 dan meletak jawatan. Dan itu adalah apa yang Abdullah lakukan 13 bulan kemudian.

    Sudah tentu, dalam tahun 2015 hubungan Mahathir dengan Cawangan Khas akhirnya terdedah (yang Abdullah tidak percaya selama ini) apabila Hamid Bador, orang nombor dua dalam Cawangan Khas, mengumumkan bahawa Cawangan Khas setia kepada Mahathir dan tidak kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak, atau Abdullah Badawi sebelum itu.
    Hamid mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa Cawangan Khas menyokong Mahathir dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri

    Bolehkah anda bayangkan kepala atau orang nombor dua CIA memanggil satu sidang akhbar dan mengumumkan bahawa CIA adalah setia kepada Hillary Clinton dan tidak kepada Presiden Donald Trump dan bahawa mereka akan melakukan segala-galanya dan apa saja untuk mensabotaj Trump dan memastikan bahawa dia digulingkan dari pejabat? Jadi, pada tahun 2015 itu adalah apa yang berlaku di Malaysia. Dan ini adalah ‘CIA Malaysia’ sama yang membantu menggulingkan Abdullah dan kemudian cuba untuk menggulingkan Najib.

    Ya, jadi Mahathir jadikan DAP sepertimana yang ada pada hari ini, dan semuanya kerana dia mahu menggulingkan Abdullah daripada jawatan dan memerlukan UMNO untuk berbuat demikian. Dan dalam episod yang akan datang kita akan bercakap tentang bagaimana Anwar buatkan PAS sepertimana yang terdapat pada hari ini, dan semua kerana dia tahu bahawa dia telah kehilangan Pakatan Rakyat kepada DAP.

    Jadi tunggu untuk seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abdul Hamid Bador mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa Cawangan Khas menyokong Mahathir dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri?
      Aku baca berita hampir setiap hari, tak pernah terbaca pula yang Dato' Hamid ada buat sidang media mengeluarkan statement begitu. Kau nak buat cerita agak-agak la. Ni dah kira mengfitnah. Kau ngan RPK boleh jadi rakan karib sebenarnya..

      Delete
    2. Yaa tuan2 sekalian mari tengok pesta kopipes dah bermula

      Kesian.. Blog sendiri tak laku maka jual maruah je la kat blog org

      Umpama org bertempik canang merekemen anak daranya yg dh ditebuk tupai kepada para hadirin kenduri kahwin org lain utk dibuat menantu - sapa pun tak nak layan

      Delete
    3. Our SB is amongst the best in the world. They work day and nite to ensure that we sleep soundly everynite.. Please show some respect OK..

      Delete
    4. Minta tolong SB tangkap je mamat kopipes ni..pandai2 kata bos cawangan khas ada konpirasi ngan Tun M..

      Delete
    5. CUBA LAGI..SETAKAT NI AK ADE ISI CUMA FANTASI SAJA..

      Delete
  20. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau. Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira jam 7 malam ini. Video pengumuman peletakan jawatan beliau berdurasi 1.21 minit turut dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi. Khamis lalu, Jamal ditahan di kediamannya dan ditahan reman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor. Pada Disember tahun lalu, Jamal bersama beberapa yang lain 'menyerbu' beberapa premis berkenaan di Ampang, Selangor. - BERNAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. So??? What??? He is not a human being but only a tool to meet certain objectives. Now he no longer needed and discarded.. That's all.

      Delete
    2. Eloklah tu, jangan la buat negara ni macam takde polis ngan undang2 walaupun kamu tu orang kuat politik..

      Delete
  21. .
    .

    Macang banjir lumpur !

    PAS lah yang tidak tak ikut pada kemungkaran Allah !

    Ada bezakan siksaan dosa riba dengan siksaan dosa balak haram ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata ulamak yg telah kasyaf itu..jika Pru 14 tak pangkah parti label Islam..bala lg besar akan turun... Faham molek2 tu.

      Delete
    2. Mr labu, maaf ye..pembetulan,tu bukan ulamak kasyaf tapi ulama buluh kasap..faham molek2 ye..

      Delete
  22. Woi!! korang kan dah ada Harakah. Kau ni dah kenapa menyemak pos komen kat sini panjang-panjang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt blog tuan budin popular.. Alah nk tumpang sikit je.. Tak kan Tak boleh..

      Delete
    2. Bro labu.

      Kalau dibaca secara analogi berbalik pernyataan 'blog tuan Budin popular', maka kita akan dapat 'blog projibo semua dah dibakulsampahkan orang kebanyakan, takdak sapa nak masuk'.

      Yang ni memang teman setujulah. Hehehe..

      Delete
  23. Assallamuallaikum.
    Dari Anak Singapura.


    Tak perlu kita bahas bab ugama bro2 semua.
    Yang penting.

    Masaalah yang besar jangan di perkecil kecilkan dan,
    Masaalah kecil di besar2kan.

    Lihat pada diri.
    Sungguh yakin kita di jadikan dari tanah, tetapi,
    Kenapa biadab sekali mengencing dan memberakkan tanah.

    Janganlah jadi orang yang sombong ketika berpijak di atas tanah.

    Maaf bro dan otai inilah antara satu dari masaalah besar yang di perkecil kecilkan.

    Mohon ampun dan maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak setuju. Agama adalah sebahagian dari hidup kita, asalkan dibahas secara baik dan beradab.

      Bukan bro Ismail dulu yang bangkitkan pasal tok Kenali. Apa cer pulak?

      Delete
    2. Bro singspore dah macam merepek pulak bercakap

      Delete
    3. Maksud beliau, di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung. Tok kenali adalah ulamak besar zaman beliau dan penasihat kepada moyang agung Kita sekarang. Tok kenali punyai ribuan anak murid di seluruh pelusuk nusantara. Dia manusia biasa yg telah pun merasai mati... Kita anytime je... Tp yakin dia pd Allah SWT dgn zikir Allah hu somad.. Allah saja tempat aku bergantung adalah tauhid yg mrngesakan Allah SWT semata2.. Ada Kah ini salah dan sesat???

      Delete
    4. Bro ismail, nak tanya skit ni..mana tanah dalam badan kita sekarang ni? Cer bro habaq mai sat..

      Delete
    5. Bro labu,

      Rasanya bro dah silap faham. Anon 00:27 dan sis Salwah tak mengatakan tok Kenali sesat dan seumpamanya, cuma menyanggah komen pak Ismail yang tidak mahu agama dibahaskan di sini.

      Memang ini komen pak Ismail yang aneh sebab agama adalah sebahagian dari kita dan menghalangnya daripada dibahaskan adalah merepek. Saya setuju dgn sis Salwah.

      Bro dan saya juga pernah bahaskan subjek yg ada kaitan dengan agama. Malah lebih pelik ialah pak Ismail sendiri pernah bangkitkan tentang tok Kenali yang jelas isi komennya adalah subjek agama dan kini pak Ismail kata jangan bahas subjek agama pula.

      Tinggalkan subjek agama, maka sebahagian besar daripada entry tuan blog dan komen2 yg ada semua tidak dibenarkan. RUU355

      Maaf pak Ismail. Kali ini saya tak setuju dengan komen pak Ismail. Malah ia bertentangan juga dengan apa yang pak Ismail pernah komen di sini.

      P/s. Walaupun saya tidak setuju dgn komen pak ismail, tak bermakna saya setuju dengan segalanya tntg subjek agama. Bebas memberi komen asal adab dijaga.

      Delete
  24. Kepada para wartawan dan pengamal media seluruh tanah air, jangan lepaskan peluang ini. Let's descent on Zaid's house tomorrow. Make the place an eventful one. Complete with vibrant and lively Q & A session. Turunlah beramai-ramai ke ke Tropicana Golf and Country Resort besok. Kita berkampung di sana. Jumpa anda di sana...

    ReplyDelete
  25. Hari selasa atau khamis klu ikut blog tuan budin..

    ReplyDelete
  26. Aku baca2 komen dlm ni semuanya yg sokong pembangkang mcm syok sendiri jeee...mcm dah yakin boleh menang pru14 nnt...kesian betui aku tengok baca....hangpa x tau lg....BN UMNO tetap menang mcm biasalah.....hangpa jgn dok beranganlah.....srlagi ada ckgu..ustaz..penyanyi...penduduk felda..flat...org2 umno masjid...surau...BN UMNO dapat sokongan padu tu....biarlah minyak mahal ke...gst ke...brg mahal ke....love BN UMNO....
    HIHIHI...acah je.....sindir orh umno ni...#jgn kecam ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecam jugak he he..apa nk buat negara dh nk hancuss dah nk jahanam... Sat lg nk menglingkup... He he baca dgn cara Ahmad nisfu punya dialog DA..

      Delete
  27. Betul.
    Selagi orang Melayu dok layu takpa takpa.
    SeLagi bingai sanggup telan taek low sambil hirup kincin jampi Lobai sedonia. Senang la Najis jual gadai londeh.
    Maka selepas PRU14, Malaysia dah boleh ganti nama Darul Nanyang kot.

    ReplyDelete
  28. kepada Bersatu, hentikanlah niat untuk berkerjasama dengan PAS parti lebai syok sendiri yang kini dah jadi tali barut rejim UMNO/BN yang dah begitu songsang. Kepada penyokong-penyokong UMNO/BN anda semua sebenarnya sedang mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan lagi.Salam hormat.

    ReplyDelete
  29. Tertubuhlah sudah Partai Angau SeMalaysia

    ReplyDelete