Friday, 3 February 2017

ANNUAR MUSA YANG DIKAITKAN RASUAH, MALANGNYA ISMAIL SABRI YANG DIANGGAP SALAH


Kadangkala timbul rasa seronok juga menyaksikan perbalahan sesama sendiri dalam UMNO berkaitan isu penggantungan jawatan Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara.

Di mana-mana mereka berbual-bual memperkatakan isu itu, jelas wujud dua kelompok yang berbeza.

Walaupun Ismail Sabri Yaakob, selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab kepada Mara telah menjelaskan penggantungan itu hanya sementara dan bagi membolehkan siasatan oleh audit dalaman dilakukan, terlihat ramai yang menyalahkan beliau atas apa yang berlaku itu.

Mesyuarat khas yang memutuskan penggantungan Annuar bukan saja dikatakan tidak mungkin diadakan tanpa restu Ismail Sabri selaku menteri, bahkan tindakan menggantung Pengerusi Mara itu juga dikhabarkan mustahil diambil jika tidak mendapat lampu hijau daripada beliau.

Seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi pengerusi agensi kerajaan suatu ketika dahulu berkata, mana mungkin Ahli Majlis Mara berani bertindak sesuka hati terhadap pengerusi mereka sendiri kalau tanpa restu atau arahan orang yang lebih tinggi jawatannya.

Maknanya, kepercayaan ramai dalam UMNO ialah tindakan menggantung Annuar bukan saja atas restu, bahkan juga kerana kehendak Ismail Sabri.

Mereka percaya, hanya jika Ismail Sabri setuju, barulah tindakan penggantungan itu dapat diambil, manakala jika Ismail tidak mahu, bermakna Annuar boleh dielakkan daripada digantung jawatannya.

Persoalan ramai dalam UMNO ialah untuk apa Ismail Sabri mahu mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap Annuar, sedangkan beliau tahu Pengerusi Mara itu adalah juga Ketua Penerangan UMNO dalam waktu yang sama?

Tidakkah beliau sedar tindakan penggantungan itu seperti menconteng arang ke muka Najib yang melantik Annuar selaku Ketua Penerangan UMNO?

Kata kawan-kawan dalam UMNO yang celupar pula, jika pun Ismail Sabri mahu menunjukkan ketegasannya berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, apakah beliau sendiri begitu bersih luar dan dalamnya?

Secara umumnya, soal percanggahan kepentingan dalam penajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan tidaklah direstui oleh banyak pihak, kecuali oleh segelintir pendedak, tetapi kata mereka, biarlah SPRM atau  PDRM saja yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Annuar.

Dengan mendahului tindakan terhadap Annuar, kata banyak pihak dalam UMNO, Ismail Sabri seolah-olah meletakkan Pengerusi Mara itu bersalah sebelum penyiasatan dijalankan terhadapnya.

Lagi pula, tambah mereka, apakah tidak ada cara atau kaedah lain untuk bertindak terhadap Annuar, selain secara mendadak menggantung jawatannya?

Sekiranya terbukti ada salah laku, penyelewengan atau rasuah melibatkan Annuar sekali pun, Ismail Sabri, jelas mereka lagi, sebagai menghormati kedudukannya yang dilantik Najib itu, beliau sepatutnya berbincang dengan Perdana Menteri dahulu sama ada perlu menasihatkannya berundur atau meletakkan jawatan sebelum proses penyiasatan diambil terhadapnya.

Dalam keadaan sekarang, apabila Najib bukan saja mengekalkan kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO, malah mahu ruang diberi kepada beliau untuk membersihkan namany, gambarannya ialah seolah-olah Perdana Menteri memberi sokongan moral kepada Annuar berbanding Ismail Sabri.

Maka, apa nasib Ismail Sabri sekiranya penyiasatan SPRM mendapati Annuar tidak bersalah akhirnya?

Letak jawatan sebagai menteri?

Mungkin mustahil Ismail Sabri sanggup meletakkan jawatan, tetapi niatnya untul bertanding Naib Presiden UMNO tentunya sudah tidak bermakna lagi kerana nampaknya sudah ramai yang bersuara mahu mencantasnya pula. (SH 03/02/2017).

129 comments:

  1. Saje je kes ni...nak alih orang melayu semua jangan pikir pasal minyak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat2 setuju, klu ikut utusan dan tv3,kenaikan di Malaysia rendah banding dgn negara jiran.. Syukur kata pokcik dan mokcik bijan prihatin...tp Ada tp nya..

      Delete
    2. ADAKAH KIT SIANG MASIH MAHU SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT FOREX DAN BMF?

      Selama lebih daripada 20 tahun sejak 1993 Kit Siang telah menuntut supaya ditubuhkan RCI untuk menyiasat kerugian FOREX Bank Negara.

      Anwar juga menuntut perkara yang sama pada tahun 2012 dan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu walaupun beliau menjadi Menteri Kewangan.

      Hari ini kita diberitahu kerugian adalah lebih besar daripada apa yang telah diberitahu pada mulanya.

      Dan kita masih tidak tahu sama ada kerugian adalah sepenuhnya kerana perjudian di pasaran tukaran mata wang asing atau sama ada sebahagian wang itu sebenarnya dicuri dan disembunyikan atas nama ‘kerugian FOREX.

      16 September 2008 menjadi sejarah Malaysia sebagai hari kehinaan. Hari itu adalah hari apabila 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional sepatutnya telah melompat kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sepatutnya telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

      Itu, bagaimanapun, tidak menjadi dan sebaliknya Najib Tun Razak mengambil alih enam dan setengah bulan kemudian pada 3 April 2009.

      Mahathir juga mempunyai sejarah kehinaan 16 September sendiri. Dan 16 September 1992, yang dikenali sebagai ‘Black Wednesday’.

      Itu adalah hari George Soros menyerang pasaran tukaran mata wang asing dengan modak US$ 8 bilion daripada pinjaman bank yang membawa pulang keuntungan sebanyak US$ 1.2 bilion dalam hanya beberapa hari.

      Malangnya, Bank Negara Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak US$ 10 bilion, atau RM98 bilion mengikut nilai pada hari ini.

      Beberapa orang daripada sahabat marah untuk bercakap tentang kerugian FOREX Bank Negara, yang mereka katakan berlaku 25 tahun yang lalu dan oleh itu adalah tidak lagi relevan.

      Hujah mereka, kita mesti bercakap tentang peristiwa-peristiwa hari ini, seperti isu 1MDB.

      Berhenti bercakap mengenai isu Bank Negara FOREX, yang merupakan cerita lama. Tulis tentang 1MDB!

      1MDB bukan kerugian manakala kerugian FOREX Bank Negara adalah wang rakyat yang telah hilang tanpa pulangan walau sesen pun.

      Jika mereka mahu bercakap tentang 1MDB mari kita bercakap mengenai 1MDB.

      1MDB melibatkan RM42 bilion manakala jumlah sebenar yang melibatkan skandal FOREX Bank Negara tidak disahkan lagi dan orang-orang yang berbeza mengesahkan jumlah yang berbeza.

      Delete
    3. ............
      1MDB mengalami masalah aliran tunai sementara skandal FOREX Bank Negara melibatkan wang lebur begitu sahaja.

      1MDB adalah mangsa sabotaj manakala skandal FOREX Bank Negara melibatkan menyembunyikan kebenaran dan berbohong kepada Parlimen.

      1MDB sedang disusun semula dan sedang pulih manakala kerugian Bank Negara FOREX adalah mencampak wang ke dalam longkang dan hilang selama-lamanya.

      Setakat ini RM30 bilion telah diperolehi daripada 1MDB dan lebih lagi akan diperolehi pada masa terdekat sementara tiada ada apa-apa hasil dari kerugian FOREX Bank Negara.

      Satu laporan pasukan petugas khas, laporan AG, laporan PAC, siasatan SPRM, siasatan PDRM, dan sebagainya, telah dijalankan ke atas 1MDB tetapi tidak pernah dilakukan perkara yang sama mengenai kerugian FOREX Bank Negara.

      Kerugian FOREX Bank Negara telah dinafikan dan secara senyap-senyap disapu di bawah tikar itu seolah-olah ia tidak pernah berlaku sementara 1MDB adalah sebuah buku yang terbuka.

      Tidak ada apa-apa manfaat diperolehi daripada kerugian FOREX Bank Negara manakala 1MDB menyebabkan lapan pengkalan tentera, TRX, Bandar Malaysia, dan pembangunan dan aktiviti ekonomi yang akan berlangsung selama 20 tahun akan datang.

      Setelah perniagaan 1MDB matang sepenuhnya syarikat itu akan mengunjurkan keuntungan.

      Tambahan pula, 1MDB mendapatkan tunai sendiri daripada pinjaman bank manakala kerugian FOREX Bank Negara melibatkan suntikan tunai daripada kerajaan.

      Malah pendahuluan RM3 bilion 1MDB daripada kerajaan itu akan dibayar balik sebaij 1MDB menebus sebahagian daripada pelaburannya.

      Sekarang, semua yang sangat jelas dan didokumenkan. Banyak penyelidikan telah dilakukan dan jawapan yang telah disediakan banyak kali.

      Oleh itu perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai kerugian FOREX Bank Negara.

      Adakah Bank Negara benar-benar kehilangan US$ 10 bilion bermain pasaran tukaran mata wang asing atau sebahagian wang sebenarnya masuk poket dan disembunyikan di bawah ‘kerugian FOREX? Apakah kerugian sebenar? Adakah Anwar tahu?

      Delete
    4. EKSPORT MINYAK SAWIT KE CHINA MENINGKAT SUSULAN LAWATAN PM


      Adakah kita tahu berapa ramai orang – terutamanya peneroka FELDA dan pekebun kecil mendapat manfaat daripadanya?

      Ini kerja sebenar untuk manfaat rakyat dan negara – bukan sabotaj seperti apa yang dilakukan oleh Mahathir, Rafizi dan geng pembangkang.

      EKSPORT MINYAK SAWIT KE CHINA MENINGKAT SUSULAN LAWATAN PM

      TELUK INTAN: Malaysia kini kembali menjadi pengeksport terbesar minyak sawit sebagai minyak makan ke China, sekali gus mengatasi Indonesia, apabila mencatat peningkatan 53.6 peratus bagi tempoh enam bulan terakhir 2016.

      Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata ia adalah perkembangan positif dengan lonjakan jumlah eksport minyak sawit negara daripada 647.1 tan bagi tempoh Januari hingga Jun 2016 kepada 993.9 tan antara Julai dan Disember tahun yang sama.

      “Import minyak sawit Malaysia ke China merosot kira-kira 50 peratus pada Januari hingga Jun 2016 berbanding tempoh sama 2015. Pada Januari hingga Jun 2016, kita hanya mengeksport 647.1 tan berbanding Indonesia yang mengeksport 1,256.9 tan.

      “Namun kemudiannya, kita mengatasi (jumlah) eksport minyak sawit Indonesia pada suku ketiga dan keempat, yang menyaksikan prestasi eksport mereka menurun 21 peratus kepada 993.2 tan metrik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

      Beliau berkata demikian selepas melawat seorang warga emas berusia 100 tahun yang tinggal di Jalan Woo Saik Hong di sini, dengan diiringi Kaunselor Menteri Kedutaan China ke Malaysia, Ma Jia.

      Siew Keong berkata, peningkatan eksport minyak sawit Malaysia ke China adalah susulan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada awal November tahun lalu.

      Sementara itu, Ma berharap Malaysia akan kekal sebagai pengeksport utama minyak sawit sebagai minyak makan ke China pada masa hadapan.

      Ketika lawatan di Beijing, pada 3 November, 2016 Najib mahu China kembali menjadikan minyak sawit Malaysia sebagai import minyak makan terbesar negara itu.

      Perkara berkenaan dibangkitkan ketika pertemuan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping ketika mesyuarat delegasi di rumah tetamu kerajaan di Diaoyutai, dan Xi menyambut baik cadangan itu.

      Malaysia pernah menjadi pengeksport minyak makan terbesar ke China, namun selepas itu berada di belakang Indonesia dan Kesatuan Eropah.

      Delete
    5. PAS TIDAK MUNGKIN BEKERJASAMA DENGAN PPBM YANG PENUH SKANDAL

      Pakatan Harapan sedar bahawa mereka amat memerlukan PAS walaupun DAP yang mengetuai pakatan tersebut sering bersengketa dengan parti itu. Meskipun DAP cuba menukar keadaan tersebut namun PAS dan DAP tetap berpatah arang berkerat rotan.

      Kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) diberi tugas khas untuk memujuk PAS agar menjalinkan kerjasama dengan mereka.

      Satu pertemuan dua wakil PAS dan PPBM yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan permulaan kepada langkah tersebut. PAS dan PPBM yang bertemu ‘secara rahsia’ telah membincangkan jalan untuk bekerjasama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

      Ia melibatkan pertemuan antara Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

      Namun ramai pihak melihat kemungkinan wujudnya kerjasama rasmi antara PAS dan PPBM masih terlalu jauh apatah lagi hasil perbincangan itu belum mencapai sebarang kata putus.

      Malah PAS sendiri mahu meneliti dulu semua cadangan kerjasama daripada PPBM sebelum dibawa ke majlis syura ulama (MSU).

      Menurut penganalisis politik, parti PAS tidak mungkin akan bekerjasama dengan PPBM yang penuh dengan skandal. Pemimpin kanan PPBM termasuk presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dibayangi dakwaan skandal dengan isteri orang, Nika Gee Siew Yee hinggakan pasangan itu bercerai.

      Semalam, dokumen lengkap merangkumi akuan bersumpah (SD) oleh bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agusti, iaitu bekas suami Nika mengenai dakwaan hubungan sulit Muhyiddin dan Nika serta keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2015 berkaitan perceraian Stanley dan bekas isterinya itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk tindakan lanjut.

      Bukan itu sahaja, malah skandal seks turut menyelubungi orang kuat PPBM Anina Saadudin apabila beliau dikaitkan dengan dakwaan terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.

      “Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan, tersebar baru-baru ini. Walaupun Anina disingkirkan sebagai ketua srikandi wanita PPBM namun beliau masih lagi mempunyai pengaruh yang besar dalam parti tersebut.

      Selain itu, Ketua Armada PPBM Syed Saddiq juga dikatakan kaki “Clubbing” berikutan tersebarnya gambar-gambar beliau menari ketika berada di luar negara sewaktu terlibat dalam pertandingan debat.

      Dan skandal paling hebat abad ini adalah skandal Forex serta BMF melibatkan Pengerusi PPBM sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkemungkinan besar membongkar eleman jenayah berat beliau terhadap rakyat Malaysia dan negara.

      Sebelum ini Majlis Syura Ulama’ memutuskan tahaluf siyasi (pakatan politik) PAS dengan DAP. Mereka memutuskan “haram” berkerjasama dengan DAP.

      Kita juga amat maklum bahawa PPBM dan DAP kini bagai isi dengan kuku. Sekiranya PAS bekerjasama dengan PPBM, ia seolah-olah seperti PAS bekerjasama dengan DAP.

      Delete
    6. NAJIB MAHU LAKSANA SUBSIDI BERSASAR, ELAK KETIRISAN


      Kerajaan akan mengguna pakai dua pendekatan baharu dalam mendekati rakyat termasuk mengubah dasar subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar dalam memastikan bantuan yang disampaikan, mencapai kumpulan sasar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

      Perdana menteri berkata sistem bantuan ataupun subsidi secara pukal perlu diubah kerana terdapat pembaziran dan ketirisan dalam sistem pelaksanaannya memandangkan warga asing serta pelancong turut menikmati bantuan itu.

      “Kita nak ubah dasar daripada bantuan secara pukal, subsidi pukal kepada bantuan dan subsidi secara bersasar ataupun ‘targeted assistance’ and ‘targeted subsidy’. Ini kerana kalau bantuan diberi pukal ataupun subsidi pukal, banyak ketirisan dan ketidakadilan berlaku.

      “Kalau subsidi minyak, siapa untung, mereka yang ada kereta besar lagi untung, mereka yang jadi pelancong, pekerja asing pun untung,” katanya ketika berucap merasmikan ‘Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor’ di Sekolah Kebangsaan Ijok di Bestari Jaya pada Jumaat.

      Perdana menteri menarik perhatian bahawa sekiranya kerajaan dapat berjimat menerusi subsidi minyak, dana yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk disalurkan bagi bantuan lain yang lebih bersasar dan menguntungkan rakyat.

      Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

      Dalam pada itu, Najib turut menempelak pembangkang yang dilihat sering mengkritik kerajaan setiap kali harga minyak naik sedangkan peningkatan itu bukan salah kerajaan kerana ia ditentukan pasaran dunia.

      Beliau secara sinis berkata pembangkang membisu apabila kerajaan berjaya meningkatkan harga sawit sehingga RM3,300 setan.

      Beliau berkata kenaikan harga komoditi itu adalah hasil kejayaan beliau ke China Oktober tahun lepas, apabila negara itu bersetuju meningkatkan pembelian komoditi sawit dari Malaysia.

      “Harga sawit naik RM3,300 setan, harga getah pun naik tiga kali ganda. Malah, saya pernah tanya seorang pesara guru yang ada empat hektar kebun sawit. Dia sekarang dapat pendapatan bersih RM4,000 sebulan,” katanya.

      Perdana menteri dalam kunjungan ini turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk membangunkan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Sungai Sembilang di sini sebagai hab agro pelancongan utama di negara ini.

      Katanya kawasan Kuala Selangor berpotensi besar dalam industri agro pelancongan yang boleh memberi manfaat kepada bukan hanya golongan nelayan tetapi juga kepada seluruh rakyat di kawasan Parlimen itu.

      “Kita kena ubah cara berfikir untuk segarkan lagi kawasan kita. Misalnya, saya memberi peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan membangunkan Sungai Sembilang (Jeti) sebagai hab nelayan. Apa yang akan berlaku adalah nelayan boleh jadi orang menjual tangkapan ikan sendiri, bukan melalui orang tengah.

      “Dengan cara ini peningkatan pendapatan nelayan dua kali ganda akan berlaku,” katanya.

      Pada majlis itu, Najib turut melancarkan monumen Transformasi Nasional 2050 (TN50) SK Ijok sebagai simbolik kepada usaha serta visi kerajaan dalam membentuk hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun akan datang.

      Beliau juga melawat dan memberikan sumbangan barang keperluan asas kepada seorang ibu tunggal, Mariamah Haji Yaakob, 70, di rumahnya di Kampung Jalan Kemajuan, Batu 8, Ijok di sini.

      Katanya beliau telah mengarahkan Irmohizam untuk meneliti bantuan yang diperlukan ibu tunggal itu termasuk bantuan menggantikan zink rumah yang usang.

      Delete
    7. KENYATAAN TERKINI PEGUAM NEGARA: ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH?


      Akhirnya. Membetulkan salah satu lagi yang dilakukan oleh seorang Peguam Negara yang lepas.

      Fakta-fakta baru ditemui yang entah macamana Peguam Negara sebelum ini boleh terlepas pandang.

      20170203-rayuan-pulau-batu-putih-ag

      ——–
      ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH ?

      Nampaknya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah sengaja kalah dalam kes pertikaian wilayah di Pulau Batu Puteh kepada Singapura selepas didakwa menerima rasuah.

      Baca seterusnya disini:
      http://says.com/my/news/attorney-general-malaysia-receive-bribe-lost-pulau-batu-puteh-case

      Pulau Batu Puteh pada asalnya dalam wilayah Kesultanan Johor yang diasaskan pada tahun 1528, dan kekal di bawah Kesultanan baru Johor di bawah pengaruh sfera British berikutan pemeteraian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 antara United Kingdom dan Belanda .

      Baca seterusnya disini:
      https://en.m.wikipedia.org/wiki/Pedra_Branca,_Singapore

      Delete
    8. [VIDEO] ANAK MAHATHIR TAUKEH ARAK KATA RAFIZI RAMLI




      Selagi Mahathir atau anak-anaknya tidak menyaman atau mengatakan bahawa Rafizi adalah pemfitnah, maka ianya benar bahawa anak-anak Mahathir adalah tauke arak.

      Atau Rafizi boleh mengeluarkan kenyataan bahawa beliau “hanya bergurau” sekali lagi.

      Kita tunggu sehingga salah seorang daripada mereka akan memberikan jawapan.

      Pakatan – kelompok penipu, pakar U-turn dan suka kepada fitnah.

      Delete
    9. Adakah lagu ziana zain telah tidak laku lg? Tidak jika kita bernyanyi beramai2.

      Delete
    10. SEMAKAN FAKTA MALAYSIAKINI: TIADA KESALAHAN FAKTA KOMUNIKASI STRATEGIK BN


      Mkini sekali lagi menyemak fakta Komunikasi Strategik BN (BNSC) Penyata berbanding Tony Pua. Ternyata Mkini tidak dapat mencari apa-apa kesalahan fakta BNSC. Malah, kesimpulan mereka adalah bahawa peningkatan Februari itu wajar – bertentangan dengan kenyataan Wan Azizah dan Tony Pua sebelum ini.

      Mkini juga menegaskan apa yang BNSC jelaskan bahawa berlaku ‘undercharging’ pada harga bulan Januari yang kemudiannya diganti sebahagiannya pada Februari
      —-
      APAKAH KENAIKAN HARGA MINYAK BENAR-BENAR WAJAR?

      SEMAKAN FAKTA | Harga RON95, bahan bakar yang paling banyak digunakan oleh pengguna jalan raya Malaysia naik 20 sen dalam dua bulan berturut-turut kepada RM2.30 seliter.

      Kenaikan mendadak itu mencetuskan perang mulut antara Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dengan Pasukan Komunikasi Strategik BN.

      Malaysiakini, setelah menapis kenyataan oleh kedua-dua pihak yang turut diwarnai dengan cela-mencela antara satu sama lain mendapati terdapat persamaan dari segi harga RON95 yang diunjurkan untuk bulan Januari dan Februari.

      Kedua-duanya, BN dan Pua bersetuju bahawa harga sebenar bahan bakar RON95 untuk bulan Januari adalah RM2.19 seliter. Tetapi bagi bulan Februari pula, BN menyatakan harga RM2.26 manakala Pua pula meletakkannya pada paras RM2.23 – perbezaan sebanyak tiga sen.

      Sebelum membuat penyelidikan lanjutan ke atas hujah-hujah keduanya, wajar untuk melihat kepada justifikasi harga runcit RM2.30 seliter untuk RON95 pada bulan ini.

      Bayar lebih tinggi daripada harga pasaran?

      Ya, harga runcit bahan bakar RON95 pada bulan ini ialah RM2.30 seliter adalah lebih tinggi daripada harga yang ditentukan oleh mekanisme harga automatik (APM).

      Para pengguna bahan bakar itu membayar lebih empat sen, mengikut perkiraan BN. Menurut Pua pula, ia adalah tujuh sen lebih.

      Untuk berlaku adil, para pengguna menikmati subsidi sebanyak sembilan sen apabila membayar RM2.10 untuk seliter petrol RON95 pada bulan lepas.

      Kedua-duanya, BN dan Pua bersetuju bahawa harga sebenar bagi bulan Januari sepatutnya RM2.19 seliter.

      Kenapa bergantung kepada angka BN, Pua?

      Ini kerana kerajaan tidak mendedahkan pengiraan sebenar apabila harga bahan bakar bulanan diumumkan.

      Malah, kerajaan tidak mengumumkan harga bahan bakar baru kepada orang ramai, sebaliknya menyerahkan kepada pengedar petrol yang kemudian mendedahkannya kepada media.

      Walaupun kaedah pengiraan menjadi pengetahuan awam – dan sesiapa sahaja, termasuk BN dan Pua boleh membuat anggaran.

      Penzahiran telus pengiraan bulanan akan mengelakkan perang mulut antara pembangkang dan parti pemerintah.

      Bagaimana harga petrol dikira?

      Harga petrol ditentukan oleh APM yang bergantung kepada dua faktor utama iaitu Means of Platts Singapore (Mops) dan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berdasarkan purata bulan sebelumnya.

      Selain itu, terdapat juga kos tetap 31.73 sen seliter yang terdiri daripada 5 sen alpha (perbezaan antara Mops dan minyak yang dibeli di kilang), 9.54 sen untuk perbelanjaan mengurus, 5 sen keuntungan syarikat minyak dan 12.19 sen keuntungan buat pengedar petrol.

      Untuk maklumat lebih terperinci, sila lihat penjelasan Malaysiakini bagaimana harga bahan bakar tersebut api dikira disini. Sekadar nota, kalkulator tersebut hanyalah anggaran sahaja...............

      Delete
    11. ..............
      Bagaimana Pua, BN kira harga runcit RON95?

      Pua menyatakan purata Mops untuk RON95 pada bulan Disember ialah AS$ 66.553 setong (159 liter) yang menterjemah kepada AS$0.4186 seliter.

      Pada kadar tukaran wang asing purata sebanyak RM4.48 bagi setiap dolar AS, ia menjadi RM1.8753 bagi setiap liter.

      BN mendakwa Pua menggunakan angka yang salah kerana Mops purata pada bulan Disember seharusnya berada di paras AS$66.7646 setong manakala kadar tukaran asing diletakkan pada kadar RM4.4599 bagi setiap AS$1.

      Berdasarkan kiraan tersebut, BN meletakkan harga pada paras RM1.8727 bagi setiap liter RON95.

      Bagaimanapun, perbezaan antara pengiraan BN dan Pua adalah begitu kecil sehingga menyebabkan kedua-dua pihak memutuskan harga akhir pada bulan Januari ialah RM2.19 seliter, selepas mengambil kira kos tetap sebanyak 31.73 sen.

      Untuk bulan Januari, Pua meletakkan Mops purata pada paras AS$68.820 dengan kadar tukaran asing purata sebanyak RM4.42 bagi setiap dolar AS.

      BN meletakkan Mops purata bulan Januari pada kadar AS$69.3436 dengan kadar tukaran asing purata RM4.4592 bagi setiap dolar AS.

      Ini menyebabkan angka BN ialah RM1.9448 seliter dan angka Pua pula ialah RM1.9130 per liter, yang menterjemahkan kepada RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter selepas mengambil kira kos tetap 31.73 sen untuk bulan Februari.

      Daripada menuding jari ke atas siapa yang betul atau salah, angka-angka yang dinyatakan oleh kedua-dua pihak hampir sama.

      Kesimpulan

      Pua berkata perbezaan harga APM bagi bulan Januari (RM2.19) dan Februari (RM2.23) adalah sekitar empat sen dan mahu tahu mengapa pengguna kenderaan terbeban dengan kenaikan 20 sen ekoran kenaikan harga petrol baru-baru ini.

      Seperti yang dijelaskan oleh pasukan komunikasi strategik BN, para pengguna hanya membayar RM2.10 seliter pada bulan lalu apabila harga sebenar adalah RM2.19 setelah diberikan subsidi sebanyak 9 sen berdasarkan harga APM.

      Oleh itu, kenaikan tersebut bukan sahaja menyumbang lonjakan kecil harga minyak pada bulan ini tetapi juga harga pasaran bulan lepas (selain mahu mendapatkan semula kerugian subsidi).

      Berdasarkan anggaran tersebut, peningkatan sebanyak 15 sen bagi bulan Februari akan menjadi lebih dekat kepada harga APM.

      Bagaimanapun, jika sistem APM itu diuruskan dengan betul, harga yang dibayar oleh para pengguna masih akan berada dalam lingkungan purata walaupun terlebih atau terkurang bayar untuk beberapa bulan.

      Semakan fakta ini dilakukan oleh NIGEL AW.

      Delete
    12. Semak nk baca panjang2.. Esok nk makan apa? Nk masak Kari santan dh mahal.mkn rebus2 je lah jsnji kenyang.ptg leh goreng ubi, minyak masak goreng Ikan tu boleh pakai lg. Janji perut dan 7 anak kenyang. Klu sakit g klinik 1 Malaysia.. Ubat panadol penawar semua penyakit..syukur pd kerajaan umno/BN..Brim pun dpt.anak2 x dpt keje lg,mgkn qada Dan qadar..sabar.buat la apa keje pun,jd peon atau Pam attendant.. Krn susah dpt walau ada degree krn faktor ekonomi global kata utusan. Betul la tu utusan organ parti Kita umno.

      Delete
    13. Woii anon yg post panjang2 tu.....lagi panjang ko hantar lagi meluat aku dengan BN.

      Blaaaahlah lu.....cakaplah apa pon......aku dan family tetap takkan pangkah BN. So apa ko nak buat?? Hak mengundi tu hak aku.....hak rakyat.
      Haaaaktuiiii !!

      Delete
    14. Salam & selamat pagi bro labu labi....

      Hanya orang tersampuk jin saja boleh buat 8 posting dalam masa 24 minit (2:10, 2:12, 2:14, 2:17, 2:19, 2:23, 2:27 & 2:34). Entah dari tong sampah mana dia kutip & ngopipes bahan2 karut tak masuk dek akal lagi memualkan meliputi....

      celita sulat khabar lama,
      panggung wayang Rex,
      minyak kelapa parut,
      skandal seks,
      Najib tersasar jual laksa,
      Pas bertahyul toyol

      Apa kebenda nie...apakah Kejora dah sewel kerana jiwa dah tak tenteram dek dibelasah teruk saban hari..????

      Delete
    15. Nak nyanyi lagu ziana satu...
      mengapa kau pulak yg kurindu,
      walau ku tau payah bertemu,
      hidup dengan mu..
      Selebihnya tanya abg bijan kite..

      Delete
    16. 07.06...tak payah tanya abg bijan sbb dia suci lagi bersih.....kononnnnn

      Delete
    17. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    18. Anon 2:10....
      Tak payah lah nak jadi prof disini. Orang lain pun sekolah tinggi juga...macam anjing kurap buruk kepala nak jual ubat kurap.

      Delete
    19. The KGB mantra is to tell the truth, half truth or no truth at all and that how they check their population yo toe the line and to ensure that they observed the true and pure ideology.. Similar situation here,the organ will harped the " ketuanan melayu " to gain the rural Malay support and the Chinese is the bogeyman. In addition to that, one of the mufti alledged that Christian is converting the Muslim by the thousand if not million... What is their objectives? To stir trouble and buy votes thru brim. Their power base is in the rural area, easy for them to manipulate... How pathetic indeed...hidup najib,hidup rosmah our PM in waiting.. Hip hip horrey!!!

      Delete
    20. Jamal jamban is an agent. The agent is only an instrument not a human being. He can be discarded when his services is no longer needed or he has become a liability to his handler.

      Delete
    21. KejoraMeloya...tabung derma blom penuh lagi lah tu..budak TIN MILO...nak belajar menabung ke???? klu nk menabung belajar dgn kak mah kau..baru dpt beli cincin..klu nk senang dpt dedak gred tinggi belajar dgn Lebai Keldai Marang..ulamak yg diutus oleh PAS...klu kejora nk graduate Meloya...copypaste dgn Umnok..baru dpt auta panjang lagi...auta..auta TIN MILO...🙄🙄🙄🙄

      Delete
  2. jika pun Ismail Sabri mahu menunjukkan ketegasannya berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, apakah beliau sendiri begitu bersih luar dan dalamnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara pula bagaimana? Bersih ke luar dalam?

      Kalau nak menuduh, bawalah bukti?

      Delete
    2. .

      Kalau dia bukan ahli politik dan bidang tugas tidak ada kena mengena dengan pemberian projek .. bersih lah luar dalam..

      Ini cerita pasal rasuah.. bukan akidah !

      Delete
    3. Ini citer hal dalam kain umno,yg Tak ada kena mengena dgn Kita dia nk terlentang ke,tertiarap ke, tertumus ke, itu hal dia. Tak jadi kudis pada Kita.. Hanya Si arif billah a.k.a sahabat a.k.a akan menjual ceritanya yg mgkn betul, separuh betul atau rekaannya semata2 bg mengumbah persepsi rakyat dari hapak menjadi wangi untuk handlernya a.k.a tuan politik nya. Adu domba Dan manipulasi golongan marhean adalah operasi khasnya. Sentimen perkauman dan agama akan di gunakan dan di api2 kan dgn matlamat puak marhean yg menjadi tonggak kekuasaan tuan politik nya. Jampi tujuan menghalalkan Cara harus di baca 7 Kali setiap Kali kalamnya menulis dgn muka keluarga pertama di fokuskan.. Maka tertipu lah puak marhean atas permainan org upahan golongan elit dan bangsawan yg bertopeng rakyat di dahulukan,pencapaian di utamakan... INI lah kalam dajjal utk menipu Si marhean krn yg sebenarnya, keluarga bangsawan didahulukan dan pencapaian 2.6 billion kedalam akaun ambank di utamakan...marhean bertambah2 susah di bawah regim mappudulung Si bijan... Skrg masa sudah smpi untuk revolusi rakyat bg menentang golongan bangsawan yg menindas dan puak2 yg menjual agama demi kesenangan anak Bini sendiri. Sblm negara ini hancur... Ayuh anak watan yg patriotic maju utk hapuskan yg bathil Dan tegakkany yg hak.. Kekal abadi lah semua perwira Malaysia Ku.

      Delete
    4. Shamsul Anuar nak bukti? Berapa ramai dah mereka yg memberi bukti kena tangkap di bawah akta OSA?

      Delete
  3. Shmail Sabri tu lupa anuar musang tu org hrpan ketua lanun ....Shmail Sabri "tak tahu " apa yg dia buat tu salah / melanggar hieraki /melanggar prinsip lanun dan dia sendri pun tak tahu dia bslah..anuar musang apa peduli..big boss Pirates of Malaysia (PM) ada backup belakang....nk cepat naik jgn dulu lah shmail sbri..nak cantas anuar musang tu..pikir dulu .."power rangers "dekat ketua lanun tu berbahaya...diam diam Shemale Sabri.."FREINDLY FIRE " juga dia ni.. ingatkan anuar musang berbulu ayam..rupanya Shmail Sabri lagi ganas..dah jadi garuda..nk selamatkan dri lah..hehe..lakonan X..Files🤔🤔

    ReplyDelete
  4. Betul seperti telahan pak rahman jpc, dalam kelicikan permainan politik ismail sabri jauh ketinggalan dari anuar musa..tengok sekarang dah kena getahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Rahman orang lama....orang berpengalaman....sekilas ikan di air dah tau jantan betina.
      Salute.

      Delete
    2. Tapi bro berdua terlupa part yg paling Best pak rahman cakap.

      Let the fun begin..

      Delete
    3. Yes, salute to him..lama tak nampak comment dia. Sibuk di Pekan gamaknya..

      Delete
  5. Menang atau kalah lepas pru14 ini Ismail balik kampung le

    ReplyDelete
  6. Habis audit masok OSA. Serupa 1MDB selamat Najib selamat Annuar Musa. Drama UMNO.

    ReplyDelete
  7. Jangan layan emosi merusuh pada Ismail atau Anuar.... Pertengkaran diantara mereka tak ubah seperti gelombang dalam cawan saja. Mereka dari kumbahan yang sama. Sama sama menipu mencuri dan merompak duit rakyat.

    Anwar Musa tidak akan didakwa bersalah kerana dia memang bersalah sepertimana Najib bersalah sebagai penasihat 1MDB, menteri kewangan dan juga perdana menteri dalam kes 1MDB. Dan Najib tidak didakwa oleh peguam negara kerana Najib boleh pecat sesiapa saja termasuk Ghani Pattail.

    Dalam zaman pemerintah BN....., Polis, SPRM, Peguam Negara, ketua hakim, semuanya sudah jadi milik Najib dan Rosmah. Tiada lagi kesetiaan mereka pada agama Islam, bangsa Melayu dan negara yang menjadi tunggak utama dalam perlembagaan.

    Sehingga hari ini berapa ramai ahli UMNO Baru yang didapati bersalah dalam kes salah guna kuasa, tipu, curi dana rakyat dan rasuah yang telah dipenjara selain dari Khir Toyo ?

    Selagi Najib dan Rosmah masih berlegar di Putrajaya...semua tangkapan yang dilakukan oleh Polis dan SPRM terhadap ahli UMNO BN hanya sandiwara saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak payah excited sangat. Ini cuma smoke screen. Dibelakang takbir saling menelefon antara Sabri dgn Anuar. Cuma nk alih pandangan dari isu mutakhir 1mdb. So kita semua jgn hilang fokus. Game puak ni licik belaka. mereka boleh ambik kesempatan dari isu yg timbul. At the end sapa pun tak rugi malah dapat political dan personal milage. Cuba renung
      Annuar-dapat simpati rakyat Kelantan especially penyokong TRW.Alasan dia buat bukan untuk peribadi tp bolasepak Kelantan. So dapat sokongan buta.

      Sabri- Dapat sanjungan sebagai Menteri anti penyelewangan walaupun yg songlap dari puak sendiri.

      SPRM - Menyiasat walaupun ianya ahli politik pihak Kerajan. Tak pilih bulu konon.

      UMNO - Dapat advantage dari segi intergriti (konon). Ahli UMNO juga disiasat. Tapi at the end kita tau pasti didapati tiada bukti kukuh.

      Najib- Dapat bernafas seketika sbb isu 1mdb tengah panas di Switzerland.

      Nampak tak game penyangak ni..

      Delete
  8. pergolakkan dalam umno tak melibatkan kita...kita bukan penyokong umno...motif kita jatuhkan najib...kalau najib jatuh...automatik yang dibawahnya jatuh....
    tak sabar nak tengok...nan mansur..salleh belud...nazri rengas..tajudin salak..rizat lembu...azalina kasino...jamil ustaz haprak....bung bang mokhtar...inilah sebahagian dari penyumbang kejatuhan negara....kabinet najib yang ada sekarang adalah kabinet yang paling teruk dalam sejarah politik malaysia...
    SINGKIRKAN MEREKA...PENDERHAKA NEGARA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singkir2 juga Cass. Rakyat mahu mereka penyangak2 ni didakwa. Kalau didapati bersalah humban dalam penjara. Semua harta dirampas. Itu hukuman yang sepatutnya dikenakan pada penyangak2 ni.

      Delete
    2. Jangan lupa segala onar mereka kita hebohkan di tv3 setiap mslam jam 8 mlm buletin utama...dgn barisan beg birkin,koleksi Intan permata,brg kemas,duit yg berguni2.. Alah sama mcm SPRM tunjukkan dlm kes2 sblm ini... Dgn bersiri tiap malam.akhir sekali pengakuan salah mereka di kaca TV sebelum suami isteri Dan rakan karib mereka hardy boy di pancung di khalayak ramai di dataran merdeka oleh algojo yg di bawa khas dari Arab Saudi.

      Delete
    3. Jangan lekas terpancing dengan Tektik kotor Umno,,Annuar dan Ismail sering main golf bersama,,kita ini yang jadi bladyfool............!!

      Delete
  9. Malas nak ckp.pasal musang nih

    MALU RAKYAT KELANTAN

    dulu projek kesedar ksu dia kena dakwa

    Skrg projek mara pun kau dia kena dakwa !!!

    PEGI MANA MANA HARAMJADAH BUAT OGHE KELATE NAPOK MACGLHE BODO TOLOL BENGONG BAHALOL PARIAH MISKIN PELACUR MENATE SANGAT KELATE NIH !!!

    ReplyDelete
  10. The morale of the story: Do not look at me but look at who is behind me.
    Haha. Umno nak banteras salah laku dam rasuah d kalangan mereka........
    Tall order bro mcm mengharapkan Msia menang World Cup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kepala sampai ke ekor rasuah. Tak payah percayalah ini wayang.......semua main cover2 line.

      Delete
  11. Jangan tolak kemungkinan Annuar sendiri yg rancang penggantungannya. Dan menyalahkan Ismail. Drama politik bro...

    ReplyDelete
  12. .

    Apa lah salahnya jika ianya ikut peraturan undang-undang.?

    Kalau Ahli Majlis MARA tidak ada kuasa mengadakan mesyuarat dan yang ada kuasa ialah Menteri, jangan lah kata tidak tahu.

    Semua nya takut nak buat kerja yang betul.. dan takut nak mengaku tindakan yang dia ambil memang tidak salah.

    Habis nak biarkan Annuar begitu sahaja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Najib kekal kan Annuar Musa pun tak jadi hal sebab bukan Annuar sahaja yang begitu.

      Jika Ismail Sabri di persoalkan luar dalam nya.. seluruh kabinet dan pemimpin UMNO.. itu lah juga luar dalam nya yang serupa..


      Yang elok sikit dah keluar satu demi satu ..

      Dan tugas Ketua Penerangan UMNO tak ada kena mengena dengan kesalahan begitu.. dia cuma menerangkan kepada ahli bahawa UMNO kuat, Melayu hilang kuasa, peruntukan dedak, jangan memusuhi Lebai ..

      Delete
    2. Betul ker umno hari ini masih mempunyai keahlian seramai 3 juta?
      Kalau nak bercakap tu buatlah homework dulu jgn syok sendiri

      Delete
    3. Silap tu bro lebih dr 3 juta jika yg bernisan juga di ambil Kira. Dlm perhimpunan akan dtg najib akan di nobatkan sebagai presiden seumur hidup dan sepanjang masa, isteri nya akan di lantik sebagai presiden umno yg baru dgn gelaran the great mother of nation, lps rosmah anak dia Si ashman akan di nobatkan sebagai presiden dgn gelaran our dear leader...

      Delete
  13. aku baru tengok berita lima minit lalu...zahid hamidi cakap petugas khas akan melasksanakan tugas memberi taraf kewarganegaraan pada cina sarawak yang belum mendapat kewarganegaraan....

    aku hairan...kenapa masih ada ramai lagi cina sarawak yang belum dapat kewarganegaraan sedangkan mereka sudah lama berada di sarawak...dah berbukit bukit kekayan yang mereka dah dapat dah raih dibumi sarawak dan malaysia....
    takkan beribu ribu cina sarawak tak ada kewarnegaraan...sedangkan zaman taib mahmood....cina sarawaklah yang kaya raya..mustahil masa tu...mereka tidak diberi kewarganegaraan...? sedangkan itu kah masa mereka dapat apa saja.....

    dan sekarang...bila pengumuman ini zahid dah buat...senanglah cina di sarawak memangil saudara mara mereka dari mana mana untuk datang je sarawak untuk dapatkan kewarganegaraan...mudah sungguh sistem pentadbiran negara...
    patutkan sekarang ini...berlambak lambak warga cina dari china di sabah dan sarawak....mungkinkah ini sebahagian dari program kerajaan mewarganegarakan cina china di malaysia...

    andai ini yang sebenarnya berlaku..kerajaan hari ini dibawah bijan dan jahid...adalah pemimpin yang terhina sekali di negara...kerana sanggup menjual negara demi kepentingan diri...

    MALANGNYA MALAYSIA DIPIMPIN PENDERHAKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang berbelas-belas tahun dah dapat..

      Ini yang saudara cakap yang di panggil ke sana oleh mereka .. yang baru datang 3 atau 4 tahun !

      Bila dia orang beli Forest City, yang beli ialah Cina Sarawak.

      Delete
    2. Sama la jugak Pakistan carpet dr Pakistan yg pegang ic Sabah..tp nyanyi negaraku pun tau apalagi ckp org Sabah.jika pribumi bersatu berjaya memerintah, masaalah Imigran haram menjadi agenda utama. Klu boleh masuk kan dlm manifesto.

      Delete
    3. Nak hairan apa. Sheikh jho low putera raja arab saudi yg memberi derma peribadi kpd najib tu pun boleh ada dua passport @ sheikh Eric Tan Lan chow

      Delete
    4. Pakistan kat sabah dah majujaya.
      Baru sampai sabah pun dah dapat taraf bumiputera. Status anak negeri.

      Lahir di pulau gaya, di pulau banggi dan lain2. Cuba tanya dia pulau banggi di mana. Dia akan jawab di saaaana.

      Ada trading license. Dah buat bisnes barang2 electronic. Boleh buka kedai. Dulu usung carpet masuk ke kampong2. Jual secara hutang. 10 kali bayar. Kalau tak boleh bayar dgn duit boleh masuk bayar dalam bilik. 10 kali amput settle lah

      Delete
    5. Nauzubillah hi min zalik.. Jahat sungguh Si musang..abis berkapal di angkut nya sedara mara dia Pakistan.. Khiatnat negara Kita pancung je dia.

      Delete
    6. Bro zack,ada satu macai sudah bilang ar yang eric tan tu hanya @alias je,sungguh terserlah kepandaian dia bro.

      Delete
    7. Ada sbb bro, ce tanye wak jahit tu adik dia meniaga apa. Untung meniaga manusia ni hehe.

      Bak kata2 usin lempoyang dlm filem p ramlee "meniaga manusia lagi untung daripada menjual unta".

      Delete
    8. Wak jahit!!hehehe ni buat semangat aku datang balik ni kalau ada nama wak jahit,kalau lambat tanya melepas da....

      Delete
    9. Ds samy vellu mantan menteri kerjaraya memberikan ucapan dlm satu majlis belia berucap spt berikut " saya manyak susah ati pada pemuda2 kita yg suka menghisap Dada(h),tp saya byk suka pd pemudi2 Kita yg suka mrnderma Dara(h).

      Delete
    10. Hihihi...ucapan ni kalau tk silap pada 80an kan bro?

      Delete
  14. Sabery Cik Kebong Cik vs Annuar Musang Tahi Lalat Berjanggut. Who damn bloody cares? It's like choosing the devil and the deep blue sea. 3 words in wishing them, "GO TO HELL...!!!".

    ReplyDelete
  15. Aku pula pembangkang ialah he has been in this is the way to see the new York city and then you be able

    ReplyDelete
  16. Apalah yang malang sangat dengan Ismail Sabri ni?

    Najib yang curi duit tapi Muhyiddin dan Mukhriz yang kena pecat.

    Tak apa lah. Dah tak lama mana dah pun.

    Sementara tu, lets enjoy the show..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah sikit lagi.

      Cant wait to see who's next.

      Hopefully samseng Rengas..

      Delete
    2. Selagi ada the klepets selagi tu ceritanya lebih kurang sama jer. Pimai pimai tang tu jugak.

      Delete
    3. Takkan samseng rengas je john doe. Ni ada senarai top 3 samseng perak.

      1) wak jahit komedi
      2) nazri mafia
      3) tajuddin yamseng

      Delete
  17. PeRjaNjian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
    'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.

    Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.

    Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

    Oleh kerana pengaruh Pakatan Rakyat agak besar perkara ini tidak terheboh secara meluas. Tapi rungutan rakyat pada masa itu menggangap bila PR memerintah exco telah banyak dikuasai oleh DAP dan sangat berbeza dengan UMNO @ BN hanya satu sahaja exco untuk bukan Islam dan pengaruh Melayu menjadi kurang. Malah pengaruh Islam juga kurang dengan penjanjian tersebut. Sehingga penguasaan tanah negeri Perak memnjadi lebih terbuka.
    Perkara ini menyebabkan Sultan murka. Satu pertemuan sulit antara Sultan Perak dengan Presiden PAS telah dilakukan atas permintaan sultan. Presiden PAS minta untuk membawa seorang sebagai saksi dan mencadangkan DS Anwar sebagai teman bersama. Tapi sultan tak setuju. TGHH nak juga ada saksi maka Salahudin Ayub hadir dalam pertemuan tertutup. Banyak perkara yang sultan murka boleh tanya Salahudin Ayub. Ini juga antara faktor sultan tidak membantu kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak.
    Setelah serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama inI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu beg birkin boleh beli betapa kampit beras 10 kg agak nya ye? Beza antara elit bangsawan ialah beg birkin aku yg terbaik lum Ada di Malaysia lg.. Yg Si marhean menghitung duit antara cukup atau tidak untuk beli sekampit beras 10 kg utk di makan 7 org selama sebulan..aduh.. Harga petrol motor utk ayah nail lg, terpaksa lah ayah lupakan sarapan pagi..utk jimat nk byr van sekolah anak.

      Delete
    2. Brim kan ada.....banyak tuuuu....setahun sendawa tak berenti.....kenyang bro......

      Delete
    3. Syukur ada brim.. Zaman org tua kutuk Tak Ada semua tu.. Tp herannya imigran byk masuk..katanya keje byk.. Utusan yg kata gitu.

      Delete
  18. Nizar secara terang mengatakan bahawa perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam memang tidak terdapat dalam perlembagaan PAS. Benarkah begitu? Bukankah selalu dalam ceramah di ceruk ceruk kampung PAS sebut hendak buat negara Islam?

    Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak ada apa-apa untuk diulas kerana di peringkat nasional tidak ada sebarang perjanjian. “Ini ialah perkara Perak, lebih baik tanyakan kepada Perak tetapi di peringkat kebangsaan tiada apa-apa,” kata Guan Eng. Tetapi mengapa Nizar melenting bila ditanya oleh wartawan tentang Penjajian Pangkor 2?
    Selepas hadir di Selangor dalam isu Khalid Ibrahim, Kit Siang juga ada dalam majlis di Perak. Apakah kehadiran Kit Siang hanya untuk melihat 6 orang Exco DAP angkat sumpah di Perak? Guan Eng mengatakan bahawa tiada perjanjian di peringkat Pusat tetapi mengapa Kit Siang, bapanya yang juga Pengerusi DAP Pusat hadir di Perak? Apakah wujud perjanjian di peringkat negeri antara DAP dan PAS sebagaimana dalam Pangkor 2?

    Lagipun isi kandungan Pangkor 2 seperti melantik 6 orang Exco DAP di Perak memang sudah pun dikotakan oleh PAS di Perak.

    Pesuruhjaya PAS Perak pada masa isu perjanjian Pangkor II ialah Ustaz Ahmad Awang. Dialah yang menjadi rujukan kepada PAS Perak, pasal dia ni kan ULAMA YANG HEBAT!

    Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.

    Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNyA
    Nizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!!

    Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!

    Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini namanya politik menjual agama...apa pandangan rakyat kepada agama apabila pemimipin beperangai membelakangkan @ menjauhi agama ?????? tak berasa berslah ke pemimpin pada agama????Adakah Hudud menjadikan pemimpin PAS lebih baik..(saya refer PAS sebab mereka yg memperjuangkan Hudud)..macam mana perangai mereka???? mana Hudud mereka????jika Hudud itu memang ada ( bukan direkacipta)..mengapa tunggu nak dilulus baru diikut...????pada pandangan saya..masalah Malaysia politik bukan berpunca drpd Hudud....puncanya mereka bpura2 dgn agama dan mempolitikan Hudud ..berpura2 suci mengaburi mata rakyat dan dlm kita tak sedar mereka ini mencipta kemusnahan akhlak dan negara..

      Delete
    2. Tak ada satu pun ulama baik dari UMNO maupun PAS yg benar2 berwibawa & dapat dibanggakan.

      Saya lebih hormat pada anak watan bernama Syaikh Dato' Dr. Afifi al-Akiti, satu-satunya ilmuwan/cendikiawan Islam berbangsa Melayu tersohor yang kini mengajar di Universiti Oxford, UK.

      Baca nie....

      Afifi al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic philosophy and the History of science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.
      The prominent Malaysian Shafi’i scholar and jurist, Fellow in Islamic Studies at Oxford University, Sheikh Dr. Muhammad Afifi al-Akiti writes:

      The definition of a Muslim state is:
      “any place at which a resident Muslim is capable of defending himself against hostile forces (harbiyyun) for a period of time is a Muslim state where his judgments can be applied at that time and those times following it.”
      A non-Muslim who resides in a Muslim state is in our terminology: kafir dhimmi or al-kafir bi-dhimmati l-muslim (a non-Muslim in the care of a Muslim state).

      By definition, an area is a Muslim state as long as Muslims continue to live there and the political and executive authority is Muslim. (Think about this, for the Muslim lands are many, varied, wide and extensive; and how poor and of limited insight are those who have tried to limit the definition of what a Muslim state must be, whether realizing it or not thus tries to shrink the Muslim world!).

      Delete
  19. Geran 1000 Hektar Untuk 9 Sekolah Cina Perak Dan Dana RM15 Juta Untuk Sebuah Sekolah Ugama Pulau Pinang
    Sama ada secara kebetulan atau tidak, pendedahan pimpinan PAN negeri Perak Nizar Jamaluddin bahawa Kerajaan negeri Perak telah meng“anugerah”kan 1000 hektar (2471.05 ekar) tanah kepada 9 buah sekolah vernakular Cina swasta semasa beliau menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 berlaku hampir serentak dengan berita persetujuan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaja dan menanggung sepenuhnya kos berjumlah RM15 juta untuk projek pembangunan Pusat Pendidikan Al Itqan milik IKRAM (Itqan) di Teluk Kumbar Pulau Pinang.

    Kerajaan negeri Perak pada ketika itu dikuasai oleh pihak DAP dan dipimpin oleh seorang Menteri Besar dari PAS yang lebih cenderung kepada DAP serta dianggap sebagai proksi kepada parti rasis cauvinis DAP di Perak. Diberitakan bahawa bekas Menteri Besar ini juga mempunyai pertalian melalui silsilah kekeluargaan dengan beberapa pemimpin DAP.
    Manakala kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini diperintah dan dikuasai oleh parti rasis cauvinis yang sama.

    Satu perbandingan yang sangat ketara ialah 9 buah sekolah vernakular Cina swasta tersebut mendapat tanah manakala Itqan mendapat peruntukan kewangan.
    Isu penganugerahan tanah yang begitu luas kepada sekolah vernakular Cina tidak mendapat liputan yang meluas pada masa itu. Bagaimanapun, oleh kerana Nizar Jamaluddin mengungkitkannya kembali di dalam satu ceramah kepada para pengundi Cina baru-baru ini, kita rasa terpanggil untuk menyentuhnya bilamana Nizar menyatakan bahawa sekiranya parti pembangkang menang, mereka akan meneruskan dasar tersebut.
    Ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Nizar Jamaluddin dalam isu ini:
    Adakah sekolah-sekolah ugama rakyat swasta di Perak juga diberikan tanah 1000 hektar untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing?
    Adakah pemimpin PAN yang sangat pro-DAP tersebut berani mengulangi kembali isu pemberian tanah 1000 hektar ini di hadapan audiens dan pengundi Melayu di Kuala Kangsar hari ini?

    [Mungkin secara kebetulan, kerajaan China juga memohon tanah seluas 1000 ekar daripada kerajaan Sri Lanka untuk dijadikan zon pelaburan di daerah Hambantota pada awal tahun 2016. Sambil merujuk kepada pemberian satu blok tanah seluas 10,000 ekar kepada kerajaan China oleh kerajaan negeri Andhra Pradesh, Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata bahawa Sri Langka akan kehilangan para pelabur sekiranya peluang ini tidak diambil
    Mari kita beralih pula ke isu dana/pembiayaan berjumlah RM15 juta kepada Itqan. Ramai Netizen telah menyentuh isu ini, termasuk Naib Presiden PAN sendiri, Ustaz Hasanudin Yunus (yang mempertahankan pemberian dana itu). Bagi para pemimpin Ikram atau bekas pemimpin mahupun ahli-ahli Ikram sendiri, tidak ada apa yang pelik tentang “niat suci” dan “ikhlas” dari kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai parti rasis cauvinis DAP untuk membantu sebuah sekolah agama di bawah kelolaan rangkaian sekolah-sekolah Ikram (Musleh) di bulan Ramadhan ini.

    Ada di kalangan ahli-ahli Ikram yang menyambut berita ini dengan laungan Takbir di dalam sesetengah grup Whatsapp mereka). Malah ada yang cuba mengungkit upacara penyampaian “mock cheque” berjumlah RM200.000 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng kepada wakil Aman Palestin Pulau Pinang (AP). (Saya difahamkan bahawa sumbangan itu telah ditarik balik sebelum cek tersebut sempat dimasukkan ke dalam bank.

    Maksudnya, pemberian “mock cheque” di majlis rasmi benar-benar bertukar menjadi cek kosong. Menurut beberapa sumber, terdapat pihak yang telah menghasut Ketua Menteri supaya membatalkan
    pemberian tersebut dengan satu fitnah bahawa AP adalah milik ISMA yang kononnya baik dengan UMNO).

    Seorang Netizen dan warga Singapura menyimpulkan dengan baik sekali:
    “Rakyat Singapura sudah biasa dengan gula-gula sebegini. Diharap Rakyat Melayu-Muslim Malaysia berwaspada.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksah cong ler. Copy paste berjela-jela, tapi takde satu pun faedah bermakna yg PAS berikan kpd negara & umat, kecuali mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ukhuwah. Memakmurkan negara jauh sekali...PAS hanya berkebolehan makan persen kayu balak sampai hutan jadi gondol, cipta teknologi Air Jampi komat kamit para Lebai2, Ubat kuat tenaga seks, dirikan batu asas saja dan menginovasi tin milo jadi tempat tadah meminta-miinta sedekah orang ramai semasa ceramah.

      Macam tuu ada hati nak memerintah negara, boleh jalan daaa......!!!!!

      Delete
    2. Tin Milo tak perlu lagi. Kini kena masuk guni beras. Sekali masuk 90 juta. Baru teringat aku: bila lagi Lebai Malang nak saman Sarawak Report?

      Delete
    3. Aku rasa dorang pakai tong la bro nak isi 90 juta.Penderma da kasi tahu kalau tong nak isi duit boleh nak isi orang pun boleh.

      Delete
  20. pongpangpongpang3 February 2017 at 23:03

    Baling batu sembunyi tangan,kalau berak tengah jalan pun tak kan nak mengaku kot...

    ReplyDelete
  21. Umat Islam dan bangsa Melayu Malaysia sudah lama mengenali sepak terajang, tipu muslihat, kelicikan, semangat anti-Islam, agenda rasis cauvinis sekular parti DAP. Musang berbulu ayam di satu ketika dan harimau pemangsa di ketika yang, mengikut keperluan dan strategi politik. Bisa mengkhadamkan, menggula-gulakan, mengadu domba, mencaturkan langkah-langkah politik pihak lain, mencampakkan bibit-bibit perpecahan hatta di kalangan teman-teman politik dan tidak segan silu dengan amalan baling batu sembunyi tangan.

    Posing menarik yang kononnya mempamerkan sikap prihatin terhadap orang-orang Melayu yang ditimpa bencana (dengan posing menceduk nasi beriyani di bawah lantunan flash para pemberita), “membantu” seorang gadis Melayu Melaka, menyimpulkan muka serius dan ambil berat terhadap ugama Islam ketika mengumumkan “pemberian” bernilai RM15 juta … adalah satu skrip drama yang gagal meyakinkan umat Islam dan bangsa Melayu bahawa DAP bukan anti-Islam.

    Pemimpin DAP yang telah memperdaya sebahagian umat Islam satu ketika dahulu dengan kenyataan ingin “mencontohi” Khalifah Umar Abdul Aziz adalah orang yang sama menyeru supaya kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

    Kumpulan yang pertama dan bersemangat sekali membantah Usul Presiden PAS di Parlimen untuk memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah Malaysia adalah pihak yang sama yang berikrar untuk meraikan kemenangan calon-calon PAN proksi-DAP dengan julangan arak.

    Mereka sanggup “menggadaikan” ribuan ekar tanah kepada sekolah-sekolah vernakular (yang tidak ada peruntukan mengenainya di dalam Perlembagaan) akan tetapi memberikan saguhati segenggam tangan sahaja kepada sekolah-sekolah ugama rakyat. Malah ada di kalangan pemimpin parti rasis cauvinis DAP yang menggelarkan sekolah-sekolah ugama rakyat ini sebagai bersifat perkauman.

    Cuba tanya para penceramah dan pendakwah bebas di Pulau Pinang tentang masjid-masjid dan surau-surau yang memboikot dan melarang mereka dari memberi ceramah atau kuliah di dalamnya sekiranya mereka dikenalpasti sebagai tidak sehaluan atau tidak bersetuju dengan parti rasis cauvinis DAP.

    Umat Islam dan bangsa Melayu harus sentiasa perlu diberi peringatan bahawa DAP (termasuk juga MCA dan Gerakan) sama sekali tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam. DAP sentiasa terkehadapan mewakili suara penentangan di setiap kesempatan atau isu yang melibatkan kepentingan umat Islam atau usaha mendaulatkan Islam di negara ini.

    Justeru itu, ahli-ahli Ikram janganlah terasa teruja sangat dengan pemberian dana kepada Itqan Pulau Pinang. Liputan-liputan suratkhabar beberapa hari sesudah itu hanya menampilkan agenda politik DAP semata-mata yang cuba menolak “persepsi” anti-Islam DAP, bukan lagi tentang Itqan. Gambar beramai-ramai tentang persetujuan mendanai kos pembangunan bangunan baru Itqan hanyalah satu “publicity stunt” DAP yang berjaya.

    Di Perak, sembilan buah sekolah swasta Cina telahpun mendapat 2471.05 ekar tanah ketika DAP memerintah Perak, manakala RM15 juta akan disalurkan melalui kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek pembangunan Itqan di atas tanah milik individu. Dan dana ini hanya untuk sebuah sekolah ugama swasta sedangkan sekolah-sekolah ugama rakyat lain di Pulau Pinang hanya boleh bermimpi sahaja untuk mendapat perhatian (apatah lagi peruntukan sebanyak itu) dari kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksah cong ler. Copy paste berjela-jela, tapi takde satu pun faedah bermakna yg PAS berikan kpd negara & umat, kecuali mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ukhuwah. Memakmurkan negara jauh sekali...PAS hanya berkebolehan makan persen kayu balak sampai hutan jadi gondol, cipta teknologi Air Jampi komat kamit para Lebai2, Ubat kuat tenaga seks, dirikan batu asas saja dan menginovasi tin milo jadi tempat tadah meminta-miinta sedekah orang ramai semasa ceramah.

      Macam tuu ada hati nak memerintah negara, boleh jalan daaa......!!!!!

      Delete
  22. Parti rasis cauvinis DAP sedang tenat sekarang ini setelah PAS memisahkan diri dari gabungan parti-parti pembangkang. Mereka perlukan satu “proksi” baru untuk menjadi alat “buffer” (penampan) DAP dengan dwi-fungsi - mempertahankan serangan terhadap DAP dan menjadi “jurubicara” baru dalam perkara-perkara yang menyentuh Islam atau umat Islam.

    Mereka juga perlu kepada “pembela” DAP setelah gagal menundukkan PAS dan memastikan tidak ada sebarang penentangan dari kumpulan Islamis, atau setidak-tidaknya mengurangkan tekanan dari kumpulan-kumpulan ini.

    Apa yang DAP telah berjaya lakukan adalah menyediakan laluan (dan mungkin dana) bagi pembentukan parti politik baru yang dapat meneruskan agenda mereka secara tidak langsung. Kemunculan PAN (yang digerakkan sebahagian besar oleh ahli-ahli Ikram) telah memenuhi dan menyempurnakan strategi besar DAP. Kebetulan pula, pembentukan sebuah parti politik baru untuk membawa imej Islam (versi non-PAS) merupakan perancangan IRC/JIM/Ikram yang didokumentasi dengan nama Grand Design, yang bukti bercetaknya dikantoikan oleh salah seorang pimpinan Ikram (JIM) sendiri satu masa dahulu.

    Bagaimanapun, “nothing comes free. Everything has a price”, kata orang puteh.

    Ikram (dan PAN) selepas ini tidak akan dapat melepaskan diri dari persepsi kuat di kalangan masyarakat bahawa mereka adalah “proksi” kepada DAP walau bagaimana kuat dan bersungguh-sungguh sekali ahli-ahli Ikram cuba menafikan atau memadamkannya. Dan DAP sendiri akan tetap dengan ideologinya. Memperjuangkan kepentingan umat Islam pastinya tidak termasuk di dalam kerangka ideologi tersebut.

    Justeru itu, DAP mesti dihalang dari menjejakkan diri di Putrajaya. Sama ada menolak mereka di peti undi (termasuk menolak calon-calon proksi mereka) ataupun memberi perlawanan sengit terhadap agenda anti-Islam DAP disetiap kesempatan, medan, media dan perancangan.

    Tidak ada pilihan lain.

    #tolakDAP
    #tolakPAN
    #tolakproksiDAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksah cong ler. Copy paste berjela-jela, tapi takde satu pun faedah bermakna yg PAS berikan kpd negara & umat, kecuali mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ukhuwah. Memakmurkan negara jauh sekali...PAS hanya berkebolehan makan persen kayu balak sampai hutan jadi gondol, cipta teknologi Air Jampi komat kamit para Lebai2, Ubat kuat tenaga seks, dirikan batu asas saja dan menginovasi tin milo jadi tempat tadah meminta-miinta sedekah orang ramai semasa ceramah.

      Macam tuu ada hati nak memerintah negara, boleh jalan daaa......!!!!!

      Delete
  23. Muslihat Kit Siang
    Apabila penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang secara mendadak menghulurkan tangan persahabatan pada PAS setelah partinya berpatah arang berkerat rotan dengan Parti Islam ini sekian lama, sudah pasti ia menimbulkan seribu satu persoalan.

    Ramai yang hampir terpedaya dengan langkah baru Kit Siang itu dengan menyangkakan inilah peluang terbaik kedua parti terbesar di barisan pembangkang ini mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk memberi tumpuan menumbangkan BN. Jika PAS dan DAP boleh bersatu seperti sebelumnya, sudah pasti harapan pihak pembangkang semakin cerah dan kemungkinan pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam PRU akan datang dapat dielakkan.

    Langkah mengejutkan Kit Siang ini satu peluang baik buat kedua parti, dan ternyata Kit Siang seorang “negarawan” yang berjiwa besar.

    Itu sekurang-kurangnya pandangan mereka yang kosong jiwa politiknya.

    Namun hajat Kit Siang itu terbantut apabila Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang segera menolaknya.

    Kemungkinan penolakkan ini dilihat sesetangah pihak sebagai satu langkah angkuh dan sombong oleh PAS, tetapi mereka yang beranggapan demikian ternyata tidak memahami sejarah dan situasi politik antara PAS dan DAP.

    Menurut Tuan Guru, DAP punya agenda politiknya, begitu juga PAS dan kedua agenda itu sentiasa bercanggah mengakibatkan sebarang bentuk kerjasama diwaktu kini sesuatu yang hampir mustahil.

    Jika Kit Siang dan DAP dengan mudah boleh menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat satu ketika dahulu setelah gagal mempengaruhi perubahan kepimpinan dalam PAS, dan kemudiannya menjaja penubuhan sebuah parti kononnya untuk menggantikan PAS, kenapa hari ini Kit Siang mahu memadam semua episod getir itu dan membuka buku baru?

    Ada yang mengatakan tindakan Kit Siang itu sebagai “melutut” kembali pada PAS.

    Bagi saya seorang seumpama Kit Siang yang telah terjun dan berkecimpung dalam alam politik Malaysia sejak tahun 60an lagi tidak mudah “melutut” begitu apalagi pada PAS.

    Sebenarnya Kit Siang seorang strategis yang licik, walaupun beliau pernah gagal dalam percaturannya sebelum itu, tetapi kali ini ia terlalu yakin kerana beranggapan sokongan pengundi Cina tetap berada dalam genggamannya sehingga membawa ke PRU akan datang.

    Pada PRU lalu DAP menang 38 kerusi Parlimen (walaupun kalah 1 kemudiannya dalam PRK Teluk Intan). Kit Siang yakin DAP bukan sahaja boleh mengekalkan bilangan itu malah tidak mustahil menambah beberapa lagi.

    Keputusan PRK Teluk Intan selain Sg Besar dan Kuala Kangsar gagal menggoncang keyakinannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksah cong ler. Copy paste berjela-jela, tapi takde satu pun faedah bermakna yg PAS berikan kpd negara & umat, kecuali mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ukhuwah. Memakmurkan negara jauh sekali...PAS hanya berkebolehan makan persen kayu balak sampai hutan jadi gondol, cipta teknologi Air Jampi komat kamit para Lebai2, Ubat kuat tenaga seks, dirikan batu asas saja dan menginovasi tin milo jadi tempat tadah meminta-miinta sedekah orang ramai semasa ceramah.

      Macam tuu ada hati nak memerintah negara, boleh jalan daaa......!!!!!

      Delete
  24. Lalu kenapa perlu bantuan PAS?

    DAP sesungguhnya telah hampir mencapai maksima kekuatannya. Dengan bersandarkan undi bukan Melayu, khasnya undi Cina itulah sekitar bilangan kerusi Dewan Rakyat yang boleh DAP menang kecuali pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu mengundinya, sesuatu yang sukar dicapainya.

    Kit Siang hari ini bukan sekadar melihat untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan kembali berkuasa dalam kerajaan campuran di Selangor. Nafsu politiknya melonjak sehingga mensasarkan Perak, Negeri Sembilan dan mungkin Johor, malah ianya kini sudah memuncak hingga ke Putrajaya.

    Untuk menang dan berkuasa serta mungkin menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, DAP perlu menang sekurang-kurangnya 112 dari 222 kerusi di Dewan Rakyat.

    Di sanalah bantuan sebuah parti Melayu yang mampu menggugat monopoli Umno di kerusi-kerusi majoriti Melayu sangat diperlukan. Mana satukah parti itu?

    Parti yang berpengalaman dan sudah dikenali orang-orang Melayu, yang konsisten dalam perjuangannya, yang punya jentera yang berdisiplin dan bergerak malah disegani pula orang-orang Melayu jika tidak PAS.

    PKR mungkin boleh juga membantu tetapi tidaklah sebesar PAS kerana konsepnya yang lebih ke arah berbilang kaum.

    Pan pula serba tidak mengena buat DAP. Suatu eksperimen untuk menggantikan PAS yang terbukti gagal. Sedang PBBM atau Bersatu masih belum diuji.

    Lantaran itu demi mencapai agenda politiknya Kit Siang sanggup mengenepikan segala perbezaannya dengan PAS dan menghulurkan tangan persahabatan kepada Tuan Guru Presiden PAS walaupun ia tahu cubaannya itu tidaklah mudah dicapai.

    Harapan Kit Siang melalui pencapaian DAP antara 40 ke 50 kerusi ditambah dengan sumbangan besar PAS dari kalangan kerusi Melayu serta beberapa kerusi lagi dari PKR dan mungkin Bersatu, Putrajaya dapat ditundukkan.

    Tetapi ternyata pengalaman pahit PAS dengan DAP terlalu sukar buat PAS untuk dilupakan. Dan sebagaimana berpengalamnnya Kit Siang dalam politik, Tuan Guru Presiden PAS tidak kurang juga pengalamannya yang menjangkau hampir 40 tahun, pernah menjadi Menteri Besar, Ketua Pembangkang dan tidak pernah terkeluar Dewan sebagaimana Kit Siang sejak tahun 1982 (Tuan Guru kekal di kerusi DUN nya sejak tahun 1982 manakala Kit Siang pernah hilang taraf YB nya dalam PRU 1999).

    Menurut Tuan Guru malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah di kalangan umat Islam.

    Agenda ini merupakan asas perjuangan PAS. Jika DAP tidak boleh menerima sekalipun janganlah sampai menentang. Mana mungkin PAS boleh berkerjasama dengan parti yang tidak hormat malah menentang dasar dan prinsip perjuangannya. Jangankan PAS mana-mana parti lain pun tidak boleh menerima parti seumpama itu sebagai kawan.

    PAS memang bercita-cita mahu menang PRU, tetapi kemenangan yang PAS mahu capai adalah dengan kebebasan dan kemampuan untuk melaksanakan perubahan. Mustahil PAS boleh mengenengahkan agendanya jika menang bersama dengan DAP.

    Kalau mengikut percaturan Kit Siang, kiranya Putrajaya dirampas, dominasi DAP kelak terlalu besar dalam kerajaan sehinggakan mana-mana parti lain yang berada dalam pakatannya terpaksa akur dan tunduk padanya sebagaimana kerajaan campuran Perak pada tahun 2008 dulu.

    Bayangkan kerajaan Persekutuan sedemikian rupa.

    PAS mahu menang PRU tetapi matlamat kemenangan itu bukanlah dengan cara yang haram dan bertentangan dengan syarak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy paste berjela-jela, tapi takde satu pun faedah bermakna yg PAS berikan kpd negara & umat kecuali mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ukhuwah. Memakmurkan negara jauh sekali...PAS hanya berkebolehan makan persen kayu balak sampai hutan jadi gondol, cipta teknologi Air Jampi komat kamit para Lebai2, Ubat kuat tenaga seks, dirikan batu asas saja dan menginovasi tin milo jadi tem[at tadah sedekah semasa ceramah

      Delete
    2. You're right ... Hadi tak pernah kalah dari tahun 82 ...kenapa ?

      Sebab dia tak pernah keluar dari 'lubok' dia ia itu Marang .

      Saya sendiri pernah melihat betapa taksubnya orang orang Marang terhadap beliau . Semuanya terjungkang jungkit apabila Hadi berfatwa ...undi Parti Anak Syaitan di jamin syurga !!!

      Sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah kafir .

      Mengapa Fatwa Hadi bolih memukau otak fikiran orang2 Marang ... kerana majority penduduknya adalah nelayan .

      Oh ya , kejayaan terbesar Hadi ketika menjadi MB Terengganu ialah menambah isteri !

      Delete
    3. Tang tambah isteri tu saya tak tau..ni Intel gred A ka?

      Delete
    4. Hadi tak pernah kalah?

      Salah tu bro Diny. Dia memang pernah dikalahkan oleh seorang giant killer dari UMNO iaitu Datuk Abdul Rahman Bakar.

      Hadi mnenang semula selepas si giant killer digantikan oleh calon lain dari BN pada pilihanraya berikutnya.

      Bagus kalau Datuk Rahman ni diajak masuk PPBM. Semasa beliau mejadi YB dulu (tak salah pernah pegang Timbalan Menteri) tak ada pula dengar sebarang isu mahupun skandal.

      Hadi tidak kebal terhadap kuasa mengundi rakyat dan sudah tentu tidak kebal terhadap kekuasaan Allah.

      Delete
    5. Yek elehh...Hadi Awang & Najib Razak tak kebal pun,
      TEBAL MUKA ada ler, memang muka tak tahu malu...!!

      Delete
    6. Bkn setakat muka Tak tau malu.. Urat kentut pun dh putus Tak..he he

      Delete
    7. Sdra John Doe , memang benar Hadi Awang kalah kerusi parlimen sebanyak dua kali :

      1982 kepada Awang Abdul Jabbar dari UMNO
      1986 kepada Abdul Rahman Bakar juga dari UMNO .

      Tetapi bagi kerusi ADUN , Hadi Awang tak pernah kalah dari 1982 !

      Delete
  25. PAS Tidak Mungkin Bekerjasama Dengan PPBM Yang Penuh Skandal
    PAKATAN Harapan sedar bahawa mereka amat memerlukan parti PAS walaupun DAP yang mengetuai pakatan pembangkang sering bersengketa dengan parti tersebut. DAP dilihat cuba menukar keadaan tersebut namun akhirnya mereka tetap berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.

    Kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) diberi tugas khas untuk memujuk PAS agar menjalinkan kerjasama dengan mereka. Satu pertemuan dua wakil PAS dan PPBM di Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan permulaan kepada langkah tersebut. PAS dan PPBM yang bertemu ‘secara rahsia’ telah membincangkan jalan bekerjasama menjelang pilihan raya umum ke-14(PRU14). Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing mewakili PAS dan PPBM dalam pertemuan berkenaan.

    Namun ramai pihak berpendapat bahawa kemungkinan kerjasama rasmi antara PAS dan PPBM masih terlalu jauh. Apa yang dicapai semasa pertemuan tersebut belum muktamad. Menurut PAS, semua cadangan kerjasama daripada PPBM itu perlu terlebih dulu diteliti Jawatankuasa Pusat PAS sebelum dibawa pua ke majlis syura ulama (MSU).

    Menurut penganalisis politik, parti PAS tidak mungkin akan bekerjasama dengan PPBM yang penuh dengan skandal. Pemimpin kanan PPBM termasuk Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin dikatakan terpalit dengan skandal seks dengan isteri orang (ketika itu) sehingga menyebabkan pasangan tersebut bercerai.

    Semalam, dokumen lengkap merangkumi akuan bersumpah (SD) bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee serta keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2015 berkaitan perceraian Stanley dan bekas isterinya telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Johor untuk tindakan lanjut.

    Skandal seks turut menyelubungi orang kuat PPBM Anina Saadudin apabila beliau dikaitkan dengan dakwaan terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya. “Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Walaupun Anina disingkirkan sebagai ketua wanita PPBM namun beliau masih lagi mempunyai pengaruh yang besar dalam parti tersebut.

    Malah Ketua Armada PPBM Syed Saddiq dikatakan kaki “Clubbing” tegar berikutan tersebarnya gambar-gambar beliau menari ketika ketika berada di luar negara ketika terlibat dalam pertandingan debat.

    Skandal paling hebat abad ini adalah skandal Forex dan skandal BMF melibatkan Pengerusi PPBM sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkemungkinan besar membongkar eleman jenayah berat beliau terhadap rakyat Malaysia dan negara.

    Sebelum ini Majlis Syura Ulama’ memutuskan tahaluf siyasi (pakatan politik) parti PAS dengan DAP. Mereka memutuskan “haram” berkerjasama dengan DAP. Kita juga amat maklum bahawa PPBM dan DAP kini bagai isi dengan kuku. Sekiranya PAS bekerjasama dengan PPBM, ianya seperti PAS bekerjasama dengan DAP. Perkara tersebut tidak mungkin dipisahkan. Tambahan lupa PPBM diselubungi skandal-skandal yang bakal menghancurkan parti tersebut dengan sendirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksah cong ler. Copy paste berjela-jela, tapi takde satu pun faedah bermakna yg PAS berikan kpd negara & umat, kecuali mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ukhuwah. Memakmurkan negara jauh sekali...PAS hanya berkebolehan makan persen kayu balak sampai hutan jadi gondol, cipta teknologi Air Jampi komat kamit para Lebai2, Ubat kuat tenaga seks, dirikan batu asas saja dan menginovasi tin milo jadi tempat tadah meminta-miinta sedekah orang ramai semasa ceramah.

      Macam tuu ada hati nak memerintah negara, boleh jalan daaa......!!!!!

      Delete
    2. Satu : Perihal Stanley Clement Augustin . Sama ada benar atau tidak skandal isteri dia , mereka akan tetap bercerai . "Geragok" ini mana ada ' Chuntoi " bilang orang cina .

      Dua : Penyerahan dokumen skandal TSMY ke Jabatan Agama Islam Johor .. soalannya bolihkah pelapor ini mempunyai integrity ?? Kalau saya di ajukan soalan itu , saya akan bilang "... go to hell with this Ass Swan Den " ... oooppp sorry , dia ada tiltle Datok !

      Tiga : Syed Saddiq kaki "clubbing" ... what's wrong with that ??? Dia masih muda .

      Empat : Skandal Forex serta BMF ?? saya ada memberi ulasan keatas topic tersebut . Mungkin anon 23:28 ni baru tersedar dari tidor . Mungkin juga umornya baru setahun jagong ??

      Lima : Tentang haram mengharamkan ini memang sudah sinonim dengan perwatakan Parti Anak Syaitan . Jika 'sebulu' dengan dia semuanya HALAL .. duit yang di songlap olih Najib pun jadi halal . Sebaliknnya , jika tak sehaluan , semuanya jadi haram .. Sebenarnya , individu yang mentafsirkan halal/haram ikut cita rasa sediri ni lah yang haram jadah !!!

      Delete
    3. Nk bg api sikit.. Level tu kapir harbi...

      Delete
  26. PAKATAN APA, BENAR RAKAN BINCANG DENGAN “MUSUH”?
    DAP dalam diam rupanya memerhati dengan minat perkembangan perbincangan antara PAS dan Pribumi. Ini setelah Guan Eng yang terang-terang bermusuh dengan PAS, tanpa dijemput, tiba-tiba memberi pandangannya berhubung perbincangan antara Pribumi dan PAS yang gagal semalam.

    Apa yang Guan Eng komen itu tak penting tapi nampak sangat DAP pun sedar kalau perbincangan itu gagal dan PAS bergerak sendiri dalam PRU14 yang akan datang, kelebihan akan hanya dapat kepada BN apabila pertandingan 3 penjuru atau lebih berlaku.

    Sekalipun diasak dengan pelbagai serangan tapi dasar-dasar BN dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak banyak yang baik sehingga terpaksa ditiru Pakatan seperti BR1M atau diubah namanya seperti GST. Itu yang buat DAP bimbang kalau berlaku pertandingan 3 penjuru.

    Dalam masa yang sama, tindakan DAP ini bukti ketidakyakinan mereka terhadap PAN yang mereka juga menjadi orang kuat dibelakang penubuhannya. PAN sepatutnya ambil alih fungsi PAS tapi dengan beberapa keputusan pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak yang disertai parti tersebut, semuanya mengecewakan DAP. Banyak yang habis tapi hasilnya yilek.

    Orang-orang dalam parti PAN kalau tak sedar mereka tu ibarat habis madu sepah dibuang, tak tahulah kan. DAP ni bukan kira apa, dia kira kepentingan dia saja.

    Rakyat bagaimanapun boleh menjangka pakatan pembangkang yang caca marba dalam PRU14 yang akan datang. Pakatan apa najis macam ini kata bermusuh tapi dalam masa yang sama benar rakan gabungan berbincang dengan yang dikatakan musuh tadi tu? Guan Eng bolehlah claim dia tak tahu, tapi dengan perbincangan Pribumi-PAS ini dilapor secara meluas sejak beberapa bulan lalu, siapa yang dia nak auta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ow ..ya ke..Ini statements dr para ulamak yg diutus oleh PAS lah ???? takpe lh.bukannya rakyat buta tak tahu pemimpin parti lebai ini bersekongkol dgn Pirates of Malaysia ....klu nk makan tu..xpayah pandang kiri kanan.. makan keliling habis ok...takut org complaint party ini balaci/ anjing @ budak suruhan UMnok..

      Delete
    2. Creater 727qp, Salamualikum...

      Tolong bagi tau Kejora toksah cong...copy paste berjela-jela, buang masa kotorkan ruangan. Selama ini takde satu pun faedah bermakna yg PAS berikan kpd negara & umat, kecuali mengkafirkan sesama Islam, memecahbelahkan ukhuwah. Memakmurkan negara jauh sekali...PAS hanya berkebolehan makan persen kayu balak sampai hutan jadi gondol, cipta teknologi Air Jampi komat kamit para Lebai2, Ubat kuat tenaga seks, dirikan batu asas saja dan menginovasi tin milo jadi tempat tadah meminta-miinta sedekah orang ramai semasa ceramah.

      Macam tuu ada hati nak memerintah negara, boleh jalan daaa......!!!!!

      Delete
    3. Wlaikumslm..betul..memang xde faedah PAS.. nk memerintah negara ..mana cukup 90J..pesan saya kepada KEJORA BETINA copy paste panjang2 tak isi pun..MELOYA jk..Kejora Betina...klu ada org taja hati hati..takut kau jd anuar musang..nanti geng dedak kau yg lain "cakap tak tahu nanti"..."freindly fire "dgn kau...kau dah lah betina..kena taji nanti..

      Delete
  27. amendalah....

    ini soal MARA yg kurang fulus nak buat keja2 yg MARA wajib buat (ape tujuan MARA ditubuhkan?) tapi pada masa sama boleh sponser team bola!!!!!!!

    Fakta ini sahaja dah cukuputk katolkan board, chairman dan sewaktu denganya... anda semua gagal laksanakan tanggungjawab anda sebagai pucuk pimpinan MARA (ape tujuan MARA?) anda semua patut letak jawatan @ kena tindakan. ini termasuk org2 kementerian skali sbg penaung @ pemegang amanah...

    jangan samakan dgn Apple kalau Apple sponser team bola... Apple sebuah organisasi yg buat duit dan ade duit maka suka ati die nak sponser sape, duit die dan die ade duit.... MARA tujuan die buat duit ke? ade duit ke? dah tu nape sponser? camner bole sponser? camner lepas? sape lepaskan duit? sape nak jawap?

    melayu...layu sungguh....

    ReplyDelete
  28. memang kita org melayu...rakyatlah yang aku maksudkan..asyik kena tipu saja dengan golongan atasan terutamanya pemimpin melayu...

    member aku kerja kat hotel...baru bagitau ada pesta yamseng kat bilik vip...merah merah muka beberapa ekor menteri mentekedarah arak...siap bawa bini lagi...bukan main bertukar pasangan menari...sentimental song....sedangkan tadi siang bukan main bersongkok lagi solat jumaat...

    lantak depalah...cuma yang aku nak bagitau kat sini...aku secara peribadi...minta sangat agar jamil khir baharom disingkirkan dari kabinet...minta dia kalah
    pru...jgn ada lagi kelibat dia dalam kabinet atau badan agama mana2 pun...menteri agama yang langsung tak berfungsi...menghalalkan yang haram....membiakkan maksiat dalam negara....termasuklah mufti mufti...dan ulamak....semuanya mentekedarah gaji buta....tunggu lah hampa semua...laknat ALLAH akan sampai....

    patutpun bangsa asing tak hirau dan tak endahkan agama islam...sebab mereka tau....menteri melayu kita ni lebeh barat dari yang barat...keparat.

    ReplyDelete
  29. menyirap darah aku bila datuk patinggi zahid hamidi...dah beriya berjanji nak bagi kewarganegaraan pada cina sarawak...berapa puluh ribu atau berapa juta pulak rakyat cina sarawak yang belum diberi kerakyatan...sabah pun sama...berapa juta pulak..

    setelah dapat kewarganegaraan...zahid juga berjanji akan mengarahkan menteri pendidikan membuat usul supaya pemegang sijil UEC diterima untuk bekerja sebagai penjawat awam....apa relevannya....sistem pembelajaran UEC di Malaysia ni...

    punya nak menang pru sampai sanggup korbankan prinsip....ingatkan zahid ni lain sikit dari najib...rupanya lebeh teruk dari yang teruk....

    harap pengundi kawasan zahid menolak pemimpin yang sanggup menggadai prinsip dan sanggup menggadai segala galanya.....

    harap pemimpin sebegini pendek umur....dari hidup membebankan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish mana bole bro. Dalam ni ada puak pemuja wak jahit, siap nak julang jadi pm untuk ganti si bijaN hehe.

      Jap lagi masuk puak pemuja wak jahit ni.

      Delete
    2. Hidup zahid, pahlawan ulung keturunan raden Fatah yg berjaya langgar kerajaan majapahit yg bathil lg zolim. Hisham mappudulung dpt nikmat Islam berkat dakwah dari pendakwah empayar Jawa Islam..DLM pertembungan Jawa dan bugis, saya sokong bugis,walau saya pun Ada sesudu dua darah bugis. Ingat perang Selangor!!! Bagaimana bangsawan bugis betkhiatnat pd bugis marhean....brg di ingat hisyam adalah bangsawan bugis.... Hidup Ds Dr zahid hamidi pahlawan kami...hip hip hooray.

      Delete
    3. Bro labu kau minum tongkat ali ke,masih semangat lagi dari dinihari tadi,betulnya power bro....

      Delete
    4. Sdra Mohamed Noor..

      Saya angkat tangan surrender dgn labu labi sebab gagal dapat kondakter bas untuk jadi isteri ke3. Pusingan akhir nampakya adalah pertembungan antara labu labi dgn hadi awang sebab mereka bermadu 3.
      Doakan sahabat kita labu labi menang, ye. Jgn marah....!!

      Delete
    5. Nak ubah rasuah bukan naik kan zahid ganti najib...tapi turun kn dua2 sekaligus.

      Delete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. Perlu lagi kah kita takut kepada dap. Kita tidak perlu takut kepada dap mengadai hak bangsa dan negara, umno is doing just fine. Dengan umno bumi dipijak sudah menjadi hak orang.

    ReplyDelete
  33. ni apa pulak ni tuan shahbudin...natalie mana pulak ni...iklan apa pulak ni....

    natalie....dont you ever try to step in here...your story doesnt meet to the requirement of this blog....you have got back your husband...so go on fuck your husband....dont mess this blog....

    ReplyDelete
  34. dalam malaysia kini....mca mula memprotes tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan tokong berkubah berbulan sabit di klang sebagai penghinaan terhadap kaum cina.....

    baca juga coretan Tan Sri Sanusi Junid ....sangat mendalam keterangan beliau.

    ReplyDelete
  35. Sungguh bodoh dan malang sekali bangsa melayu jika masih percaya yang pemimpin umno pelindung bangsa melayu. Bagai perpatah melayu 'harapkan pagar pagar makan padi' Benar sekali kata TDM umno sudah busuk sampai ke usus.

    ReplyDelete
  36. "Kata kawan-kawan dalam UMNO yang celupar pula, jika pun Ismail Sabri mahu menunjukkan ketegasannya berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, apakah beliau sendiri begitu bersih luar dan dalamnya?"
    bEGITULAH mENTALITI pUAK uMNO ... mELAYU mASIH lAGI mAHU bERGANTUNG kEPADA uMNO. dENGAN hUJAH tERSEBUT mENUNJUKKAN bAHAWA tIADA sEORANG pUN yANG bEBAS rASUAH dALAM uMNO ...

    ReplyDelete
  37. Ermm..panjang betul luahan hati kejora...😁😁..senyap jk dia pagi ni..isi kosong..kejora ini budak TIN MILO..luahan yg meloyakan ..KEJORA MELOYA..

    ReplyDelete
  38. cerita pasai rasuah musang ni kes kecik, kes reposisi tiang saja.
    Apa kata T7n Budin buat review terkii skkit tentang dibawah ni
    -Saman Court diswiss
    -Kapal mewah kit yg berlabuh lama sgt diPhuket tu
    -Jet mewah kita yg sita kat seletar tu
    -Jaja Arab yg tak sanggup subahat kes Ipic tu
    -Sbb apa Pulis#Wahid Dunia tak tahu dimana Anak tiri dan siTaek tu?
    -Wayang Kapal Flotilla laksamana Lobai & Laksasini Jibbo

    Kes WanEm Dibi ni penting sebab anak cucu kita nam warisi hutang2 ni semua, jgn lupa.ok Tn Budin, mohon pertimbangkan

    ReplyDelete
  39. Copypaste panjang dah semak samun
    Tak tidur malam nak bela penyamun
    Masuk disini dah kena hamun
    Dia ingat durian rupanya timun..

    Dulu dia power di tivithree
    Skrg dok dekat jabatan menteri
    Diberi tugas berkomunikasi
    Sokong dan ampu sorang pencuri

    Satu lagi nak buat 'jasa'
    Kerah pencacai dikumpul data
    Tugas membela pembohong besar
    Kueh Copypaste berinti auta

    Kesian sungguh pencacai jibo
    Sampai subuh dia tak tidur
    Kadangkala kita terhibur
    Tengok bodohnya pentaksub hippo..



    ReplyDelete
  40. Melayu muslim

    Dilahirkan di dunia sebagai muslim
    Kerana beribubapakan pasangan muslim
    Berbangga berbangsa berbahasa melayu
    Berbangga beragama islam yang satu

    Namun tak berguna berbangga bangga
    Cakap dan bikin jauh tidak serupa
    Salahguna kuasa rasuah merata merata
    Asal ada masyuuk semua belakang kira

    Penyamun dilindungi dipuja puja
    Peguam Negara Apandi punya angkara
    Twitter King khalid kata ya ya ya ya
    Kabinet dapur angguk setuju saja

    Kita punya agamawan berpelajaran
    Menteri mufti majlis fatwa kebangsaan
    Namun lembik langsung tak berkesan
    Lebih menjurus kepada kegagalan

    Minta dipuji tuntut dihormati
    Namun apa yang dapat dihina dikeji
    Takut bertindak salah sendiri
    Kemungkaran dibiarkan tanpa disekati

    Itulah melayu muslim dinegaraku
    Kemerdekaan dicapai credit to Tunku
    Dimusnahkan Najib tanpa segab silu
    Agamawan membuta memekak membisu








    ReplyDelete
  41. Kena terima hakikat, Melayu sgt kuat retorik mengalahkan Arab. Budaya sendiri yg baik ,yg diwarisi pun sudah dicampak, sekali bersana akalnya.
    Diadunnya elemen negatif padang pasir dan lanun laut dgn baik sekali, dan dipaksa seluroh bangsa Melayu telan bulat2.Roh dh hilang ,Jatidiri dh malap. Akan ada harapan lagi kah, entah?

    ReplyDelete
  42. 10.27,

    Bukan semua melayu muslim teruk
    Kerana mereka manusia bukan beruk
    Malang suka sangat mengArabkan melayu
    Ditiru bulat2, jatidiri melayu kaku

    Bagiku insan kerdil masih berharapan
    Dibangunkan dari tidur para agamawan
    Call a spade a spade right upfront
    Buang yang palsu ambil berkebenaran

    Khutbah jumaat dan forum perdana
    Seru perpaduan ummah bikin yang lain
    Berbicara rancak berbunga bunga
    Apa yang dicakap tak serupa bikin

    Never say late of our endeavour
    Speak your mind without exemption
    Move quickly without fear or favour
    Clearly provided in the constitution

    ReplyDelete
  43. 1054. beg to differ.
    Bila dimula ayat "bukan semua" itu tanda layu pada melayu itu.
    Hakikat bila lebih ramai yg buka mulutnya, dari ramainya yg tak buka mulut. Maka calling a spade a spade telah dh jadi fade.
    Andai yg ramai ada jatidiri, dan pulih anugerah akal dan tindakannya, yg lebih ramai yg buka mulut skrg tu akan terdiam.

    Mungkin pun melayu sudahpun lepas point 9f no return. Entahla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkn saudara pernah dgr perkataan " amok"...hanya bangsa melayu marhean saja yg mampu mengamuk utk keluar dari penindasan melayu bangsawan..kekal abadilah semua pahlawan yg berjuang utk keluar dari penindasan.

      Delete
    2. kajian ada pernah dedahkan hanya Orang melayu DAN mongolia yg dikatakan suka amok. Disamoping itu 2 bangsa ini juga pandai latah. Tapi bila sampai lepas point of no return tu, kadang2 disebut orang lama, masoknla fasa putih mata. Sebab Amok dhn latah tak byk mrmbina pun.

      Delete
  44. Kepada lembu pendek yang tulis panjang berjela tu....
    aku nak kabo aku skip tak baca pun apa benda yang kau
    copy paste tu... hahahaha...

    ReplyDelete
  45. Annuar penyamun lagi penipu ni betul2 bangsat. Cakap kes dia ni peribadi dan takde kena mengena langsung dengan parti. Tapi pegi pejabat SPRM pakai baju BN. Kalau dah dasar penipu, semua Annuar penyamun ni buat pun mesti ada silapnya. Kalau org Ketereh undi dia lagi, taktaulah nak cakap apa. Samalah baral macam Annuar ni

    ReplyDelete