Friday, 27 January 2017

SPRM, KAMI PUN TAK SABAR MENUNGGU!!


Susulan tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,  SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi.

Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
Ya, tunggu...tetapi siapakah ahli politi korup yang ada dalam senarai SPRM itu?

Ikan jerung, ikan gelama atau ikan bilis?

Jika di kalangan penjawan awam, mereka yang ditangkap sehingga ke taraf Ketua Setiausaha, apakah di kalangan ahli politik ia juga mencecah sehingga ke jawatan menteri dan timbalan menteri?

Sama seperti peringatan Dzulkifli kepada ahli-ahli politik iaitu "tunggu", rakyat juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM itu? 

Harap-harap "ikan" yang ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini.(SH 27/01/2017).

119 comments:

  1. Tunggu? sure? ....sure dhobi tak reject? atau NFA? u sure u sure? U sure kali ni? sure?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tangkap menteri umno yg korup..jgn mimpi la...silap2 mangkok tu kena buang keje..

      Delete
    2. Teman baru nak cakap tapi kamu dah cakap dulu hehehe.

      Umno mesti tak ada dalam list.

      Delete
    3. .

      Tangkap tetap tangkap.

      Kriteria, yang tua dan tidak boleh bertanding serta ada masalah serious dengan jantung. Yang ada musuh antara mereka.

      Yang sebelum mahkamah jatuh kan hukuman dah arwah.

      Delete
    4. SPRM tgh tunggu senarai calon2 YB yg akan di pre approved oleh najib. Jgn terkejut la tiba2 top of the list si zahid komedi. Kalau benar2 mau telus, najib patut boleh dicekup bila2 masa sebab siasatan SPRM sudah pun bermula sejak zaman Ghani Patail dulu. Tak perlu gebang2 konon sedang dlm proses menangkap YB2 kecuali seperti yg aku sangsi yakni sedang menunggu senarai dulu drp najib.

      Delete
    5. Mungkin dia sedang sibuk cari bukti untuk tangkap Ahli politik pembangkang.

      Delete
    6. Zahid komidee kono... pok jib terlopas...

      Hishan awawaw ganti zahid...

      Delete
    7. UNTUK TATAPAN BAPA SEGALA LANUN.

      TELADAN SAIYYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A.

      Suatu hari khalifah Umar bin Al Khattab menyewa unta untuk menziarahi sahabatnya. Tanpa disedari, serbannya tersangkut di celah pohon dan terlepas.

      Ketika diberitahu serbannya jatuh, Umar bergegas turun dari untanya dan lari mengambil sorbannya, lalu cepat cepat menaiki kembali untanya.

      Si pemilik unta berkata, "Kenapa tuan tidak pusing sahaja unta ini untuk kembali ke belakang sedikit untuk mengambil serban tuan, wahai amirul mukminin?"

      Saiyidina Umar berkata sambil tersenyum, "Sebab unta ini akadnya aku sewa untuk pergi dari rumahku menuju rumah sahabatku. Tidak ada perjanjian untuk keperluan lain."

      Pemilik unta: "Kalau begitu, kenapa tuan tidak menyuruh aku sebagai rakyat untuk mengambil serbanmu?"

      Saiyidina Umar menjawab, "Kerana serban itu milikku bukan milik kamu, kenapa aku mesti menyuruhmu? Apakah kamu kira jawatan khalifah punya hak sewenangnya untuk memerintahkan orang lain mengerjakan sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan tugasku?"

      ***********************************

      Sedar la lanun nyawa kamu digenggam Allah.
      Tidakkah kamu tahu Allah maha besar?
      Tidakkah kamu sedar Allah tahu apa yang kamu sembunyikan?
      Apakah kamu fikir kamu boleh hidup tidak mati-mati?
      Bagaimana kalau saat kamu kembali pada Allah dengan membawa dosa menganiaya hamba Allah yang lain dengan kuasamu dan membawa timbunan dosa kamu makan harta yang haram?
      Apa jawapan kamu saat kamu disoal malaikat?
      Kamu pemimpin korup yang akan didakwa di mahkamah Allah dan RasulNya.

      Berseronok dan bermegahla kamu dengan kuasamu selagi kamu ada masa sebelum tiba hari ketentuan Allah SWT.

      Sungguh kamu dan kuncumu tidak takut pada Allah SWT.
      Tunggula hari ketentuan Allah bagimu akan tiba.

      Delete
    8. Ahli politik itu, kalo tak Anwar Ibrahim, sapa lagi? Sambung lagi hukuman penjara.

      Kalo dah nama pun balaci umno..

      Delete
    9. 80% pasti zahid komidi di tangkap terpalit kes kemasukan bangla yang tiada peghujung ke negara kami Malaysia,mentang2 lah dia ni jawa jogja boleh buat sesuka hati di Tanah Melayu ke?

      Delete
  2. Tak lama lagi kena tukar kerja la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak professionalisme itu ketua polis dengan kenyataannya kepada orang awam ... macam ali baba buat pengumuman supaya anak buah perompak dibagikan masa untuk cepat melarikan diri.

      Delete
    2. Sedara saya tak faham apa isu yg sedara nk luahkan,mohon pencerahan ye.

      Delete
  3. Rasanya SPRM akan menyiasat menteri yang menyusahkan UMNO, contohnya Tajuddin Pasir Salak dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Maka jadilah umpama wayang kulit sahaja layaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli politik pembangkang yg akan disiasat dulu, geng umno mana lut, tak caya tungguuu..

      Delete
    2. Betul tu boleh cap jari.

      Delete
    3. mangkok sprm tak akan sentuh menteri umno. sprm akan serang ahli politik pembankang...dah boleh baca permainan umno yang jijik ni...

      Delete
    4. Lautmasin dan Anon 06.30
      Teman setuju bebenor kata kome.

      Delete
    5. Betul tu boleh kerat jari.

      Delete
    6. Macam yg kita semua tau ada kemungkinan yg akan jadi sasaran utama ialah Tun M. Ini isu yg hangat dimainkan waktu ni. Memang ada sebab kenapa isu Tun M dimainkan dengan giat sekali sekarang ni.

      Tun M yg menjadi musuh utama jadi Tunlah yg mungkin menjadi target utamanya. Itu possibility.

      Ini dah jadi satu lumrah.....dan satu negara dah dapat agak possibility ni.

      Sekarang ada 2 kemungkinan......sama ada ia benar2 jadi atau tak jadi. Ni yg kita tak pasti lagi.

      Jadi sama2 kita tunggu dan lihat apa episod seterusnya.

      Kita tengok sejauh mana seluang nak melaut.

      Delete
  4. How about THE elephant in the room for a start? Bukti kalau tak reti sangat minta dari DOJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. The assholes are an absolute disgrace to the institution of Justice in this country.
      Diorang memang berperangai macam kasta brahmin dan kshatriya menundukkan kita rakyat biasa.

      Delete
  5. Berani ke SPRM nam tangkap menteri..kalau tangkap pun AG kata tsk ada kes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg akan kena cekup ialah bekas PM yg terlibat dgn skandal BMF dan Forex Trading BN.Pendedahan baru di buat sedikit masa lagi ada laupran kepada SPRM,menjelang PRU mantan PM kena cekup dgn bukti kukuh.Mampusss.

      Delete
    2. Lepas report cia kantoi..
      Skrg skandal forex pulak? Kah kah kah
      Sape menteri kewangan waktu tu?
      Dan yg paling utama..si mo1 di mana waktu itu...

      Kah kah kah...this one will surely heavily backfire encik mo1...

      Delete
    3. Sebenarnya semua isu2 tersebut sudah pun terjawab publicly malah di parlimen. Ko nie mcm budak baru bangun tido lepas kencing malam. Kau tanya la sendiri MO1 ko tu. Zaman Tun M dulu mmg banyak peluru2 yg telah digunakan oleh pembangkang berkaitan dgn perwaja, bmf, memali, forex loss, proton, silterra dan mcm2 isu yg beliau sendiri menjawab dan ada yg bertindak menubuhkan penyiasat berkecuali utk memuaskan semua pihak. Apa2 pun rakyat masih menyokong BN kerana penerangan menyakinkan, tindakan yg berkesan, kebajikan rakyat masih tidak terjejas dan keyakinan yg kuat dgn polisi2 mantap kerajaan yg ditadbir oleh Tun M. Ungkit la apa pun takan menjadi kudis kepada beliau. Sekarang semua2 isu tu mcm "old news"...ungkit la camna pun...zaman2 isu panas tu dah berlalu. Jgn la bodoh sgt wei ayam2 ternakan najib yg cuba berkokok walhal korang mcm ayam2 betina jer yg cuba berkokok mcm ayam jantan sebab desperado punya pasal. Mcm ayam2 murahan chow kit yg perasan mcm ayam2 premium bukit bintang sebab najib bagi korang makan dedak gred A dan bisik kt telinga korang yg pekerjaan pelacur nie mulia asalkan patuh dgn dia sebagai bapak ayam. Serius la...btol2 aku tak paham kenapa menda obvious mcm isu 1MDB dan kelakuan2 najib yg menipu tak sudah2 sukar dipahami org. Bila aku cuba dgr ucapan2 najib psl skandal2 dia...daripada gaya dia sampai la riak2 muka dia...automatik rasa geli-geliman sebab nampak sgt muka menipunya. Kalau mau bongkar segala2 nya jgn tunggu CIA ka...KGB ka..Wikileaks ka...kasi bongkar semua sekaligus supaya Tun M boleh bagi nuke sekaligus kt kepala penyamun korang tu. Org dah muak dgn "old news" yg korang jaja walhal breaking news skrg adalah 1MDB...derma 2.6 billion...jh low...rosmah..riza aziz...ini punya skandal boleh menjadikan dinasti Tun Razak sebagai legend but in a wrong way dude! Sia2 usaha arwah bapak dia dulu yg kini dilumuri najis oleh si najib.

      Delete
  6. Tunggu tu maksudnya.. Kelulusan dari boss mana2 ahli politik yg cuba nk memberontak atau berkonspirasi utk jatuh kan kleptokrat.. Seperti biasa, skrip dh sedia dan Kita juga akan ditayangkan filem yg sama,mgkn dgn tajuk "tunggu.."..

    ReplyDelete
  7. Sebelum siasatan di jalankan silap-silap sudah ada di dalam tong simen......!!
    Macam kes Morris........!!
    Siapa lah agaknya mangsa seterusnya....!!

    ReplyDelete
  8. In any operations, element of surprise is crucial and always study the strength and weaknesses of your opponent... That will be executed accordingly. I am grateful having a job as a peon and living in ppr housing.. I can be anybody in my line of duty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i am happy that you are a happy PONDAN ....

      Delete
    2. Expect sooner than u expected.

      Delete
    3. I am feeling gay and happy, what a lovely day

      Delete
    4. Salam jumaat, moga Allah taala mudah kan urusan sedara.amin.

      Delete
    5. Alif,lam min,..segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam.

      Delete
  9. I bet the politicians are from opposition especially ex umno. My source says so

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp....maybe...who knows.??

      Delete
  10. Las skali pusing kata takda kuasa nak buat pendakwaan atau takde maklumat terbaru atau syor dakwa dengan akta yang mensabitkan hukuman ringan bla bla bla.. puih!

    ReplyDelete
  11. Boleh caya ker? Takut tunggu menjadi tunggul mati jerrr. Dah dekat election ni. Kaedah Catch & Release macam dalam dunia memancing tak mustahil akan menjadi strategi untuk mengolah kepercayaan orang ramai kononnya kerajaan sekarang serius untuk memerangi rasuah. Kes penemuan duit ratusan juta JANS yang didakwa tiada unsur rasuah mungkin satu contoh. Tangkap, waran dan lokapkan sekejap, akhirnya tiada bukti mencukupi lalu lepas. Duit hilang tak dapat dikesan dan dikembalikan. Tapi slogan berdentum dentam dilaung bertambah hebat dan gah...tapi akhirnya jadi sampah. Dah tangkap, pas tu saja lepas. Fishing games catch & release tak mustahil diguna pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.
      More like penjanaan News Headline utk primetime feed.
      Followup dipedapkan.Dadah utk audience TV3 terlebih suku.
      Masalahnya rating mainsstream media dh ting 6.2%.
      Apabila silap mata dibuat ulangkali...hilang bisa. Kesalahan dibuat ulang kali...tunggu. Bengap siot!

      Delete
  12. ha ha ha. lawak ka apa depa ni. ada ka munasabah pukat bilis, kembung dan gelama nak diguna dan harap dapat tangkap paus dan jerung???. Koyak rabak la weeiii! kelakar + sewel la hangpa kalau dok harap tikus pi tangkap kucing dan rimau. tok sah laa buang masa dok tunggu kucing tumbuh tanduk! baik pi makan pisang tanduk lagi baik laaa. SPRM tu bawah tapak kaki MO1 laa..bila bila masa saja boleh dihenyak sesuka hati. Tambah lagi dengan penangkis PM.. AG tuuu..kah kah kah...sakit perut aku tahan gelak dok fikir pasai harapan dan impian tak masuk akal rakyat nak tengok tikus belasah rimau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mana boleh tikus nak perangkap singa.

      Delete
  13. Najib selalu wssp mamat ni, dh makan ke belum, sehat ke, anak bini ok ke, sake tu dh dapat buang ke?
    Tk kn mamat ni nk taram najib pulak?

    ReplyDelete
  14. Dapat tertangkap basah berpuluh juta ..tunai...tiba-tiba tiada kes...rupanya itu duit ' cina mati ' untuk dibakar....hahahaha...Malaysia ku ada mcm2

    ReplyDelete
  15. Dapat tertangkap basah berpuluh juta ..tunai...tiba-tiba tiada kes...rupanya itu duit ' cina mati ' untuk dibakar....hahahaha...Malaysia ku ada mcm2

    ReplyDelete
  16. 2 from DAP, 2 from PKR, 2 umno and 2 ex umno...one at a time b4 pru14. Source - insider

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi tabur taik atas pembangkang dulu supaya orang tak undi.
      Bila dah dipalit dengan taik, tentu tak ada orang berselera dengan pembangkang.

      Kencingkan pembangkang kasi hancing dulu. Dah busuk siapa nak dekat.

      Delete
    2. err....from PAS takde ker??? kes balak di kelantan tu...terbaru kes tugu peringatan mangsa banjir...

      takde kot....dah mesra umno katakan....

      Delete
    3. Umno kan sedang merisik. Sekarang dalam fasa kenal mengenali, tawar menawar, berbalas hantaran. Majlis akad nikah sebelum tarikh pru14.

      Aii, tak kan nak tangkap tunangan orang:)

      Delete
  17. 456, Insider info:
    Yang Besar sikit 2 Cina , 6 Melayu Large. (+40 Melayu Medium, +60 Melayu Small) Tu pun kaku tak diDhobi.
    Memang sah la melayu islam (label only), tak ada amanah.
    Main wayang kuat. Yang EXTRA LARGE tak kena, tak bermakna juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Itu untungnya PAS berpolitik matang.

      Hihihi..

      Delete
    2. haha, PAS lg politik wayang. 90j sebat, berlakon warak. Pengedar tunggal MLM Produk Jus Koncin Lobai Marrengue, Tjap WalbUnta ibni baghal.

      Delete
  18. boleh percaya ke tu...saja nak bagi sedap hati rakyat je...nak pilihanraya ni...masak sangat dah...sikap ketua ketua jabatan ni....
    tengok kes sabah sudah.. makin senyap...dari 10 juta jamin tinggal 5 juta...
    macam tu lah nasib rakyat malaysia asyik kena kencing saja...
    kalau betul sprm nak benteras rasuah terhadap vvip ni...petgi saja ambush tak payah nak heboh...ini pergi heboh dulu...seolah olah macam bagitau pesalah pesalah ni supaya cepat buang srgala bukti...cepat sembunyikan apa yang patut...pindah apa yang patut...tukar nama apa yang patut..
    bila tiba harinya...tak ada bukti...bukti tak lengkap....macam tu lah sistem yang dipraktikkan kat negara kita....
    tunggu dan lihat je lah....kesian rakyat asyik diperbodohkan....

    ReplyDelete
  19. Tunggu bulan jatuh ke riba la nampaknya..

    ReplyDelete
  20. Ni kejap lagi penuh la ruangan komen Tuan Budin dengan tulisan-tulisan sampah yang panjang berjela yang lari tajuk. Semuanya berkisarkan serangan bertubi-tubi terhadap Tun M, paeti Bersatu dan DAP. Saya rasa sudah tiba masa Tuan Budin 'moderate' Tuan Budin punya blog. Buat seperti blog Apanama dan Zamkata yang menapis dahulu komen-komen yang masuk sebelum disiarkan.
    Sejak dua menjak ni blog Tuan Budin penuh dengan komen-komen 'sampah' dari troopers Umno yang banyak pos komen panjang-panjang yang lari dari tajuk. Sekali pos sampai berpuluh-puluh jumlahnya. Menyemakkan pandangan dan menyakitkan mata. Sampai setiap artikel yang Tuan Budin upload komennya mencecah sehingga ratusan jumlahnya yang sebahagian besarnya adalah 'spam' atau sampah yang dihantar oleh troopers Umno, bukannya komen yang benar-benar asli.
    Jika Tuan Budin tidak 'moderate' atau tapis dulu komen-komen yang masuk, dikhuatiri komen-komen yang bagus, bernas dan benar-benar ikhlas ke arah perjuangan kita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam blog Tuan Budin untuk dikongsikan bersama pengunjung lain di blog. Komen-komen yang bagus dan bernas itu tidak dapat dibaca kerana dikerumuni dan dikotori oleh 'sampah sarap' dari troopers Umno yang begitu menyakitkan mata.
    Saya ingat Tuan Budin perlu buat sesuatu terhadap komen-komen panjang lari tajuk yang kerap membuat kemunculan sejak-dua menjak ni. Blog ini Tuan Budin punya. Tuan Budin yang berhak dan berkuasa ke atas blog tuan, bukan komen-komen sampah yang dilambakkan oleh troopers Umno yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menghapuskan perbincangan ikhlas dan ilmiah di antara pengunjung blog yang genuine.
    Hapuskan komen-komen spam mereka seperti mana Tuan Budin hapuskan posting dari Miss Vi Indon yang kerap datang jual ubat kuat dekat ni blog ni. Sekadar memberi pandangan. Salam ikhlas Tuan Budin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju,saya sokong cadangan ini di laksanakan Dan mohon cadangan di tutup. Semak dgn artikel copy paste yg ulang tayang. Permisa dh bosan.

      Delete
    2. Klu.nak block.kena. block labu labi dulu.sbb.asik.bagi.orang.marah.je hehe..jgn marah gurau.Je...

      Delete
    3. Salam jumaat sedara, moga sedara sehat walafiat dan murah rezeki diberi Allah taala.amin.

      Delete
    4. 06.14 yang kau tulis ni pun panjang dan macam sampah.

      Delete
    5. Bahlol 10.56. Kau tu sampah!!..

      Delete
    6. Salam jumaat anon 1056 Dan 1111,semoga Allah taala mudahkan urusan sedara berdua. Amin.

      Delete
  21. Elok juga tuan admin padam komen copy paste yang menjela panjang tu.

    Ada masa sebabkan komennya dah makan banyak entry, bila tiba turn kita nak hantar komen, komen kita tak boleh masuk dalam blog. Rasanya tuan admin tak perasan tentang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Betul komen saya 2 kali tak masuk malam tadi.

      Pasal UMNO kena game dengan Mahathir dan LKS berhubung jawatan TPM.

      Apa yang jadi ialah cina dalam DAP yang tidak suka Mahathir kini memberi sokongan kepada Mahathir.


      Delete
  22. kita tunggu sapa mampuih dulu.maksud aku yg siasat dan kena siasat dan yg dok berharap.
    tunggu yob , ada tiga pilehan 1.tunggu sampe kiamat 2.tunggu sampe mampuih 3. mana yg dulu datang..


    ReplyDelete
  23. SPRM,

    kuman-kuman diseberang sungei jelas kelihatan
    Walaupun terpaksa merentas sungai penuh buaya.
    Merintangi kain wayang pacak perlu berterusan
    Agar rakyat lupa kesedihan, hati terhiburvdan terus terleka

    Namun gajah bermaharajalela menari didepan mata.
    Dipaling pun tidak apalagi hendak disentuh pun tak mahu
    Demi bangsa, agama dan negara yang amat tercinta
    Kalau tak percaya tanyalah Soo Har Lee dan sekutu

    ReplyDelete
  24. Hari ini hari jumaat
    Khatib naik atas mimbar
    "ITTAQULLAH....WAUSIKUM BITAQWALLAH"

    On reflection, adakah MACC Commissioner takut pada Allah? Kalau takut pada Allah mengapa lebih takut pada manusia yang berkuasa?

    Islam mengajar kita jangan berbohong, tapi mereka ramai yang berbohong tanpa malu

    Islam mengajar kita jangan menyamun, ketua kita menyamun

    Islam mengajar kita jangan rasuah, tapi pembesar2 kita terima rasuah

    Dimanakah keislaman kita sebagai hamba Allah?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat sedara, Kita berpegang pd kalam Allah dan sunnah rasulnya.insyaallah Kita tak sesat jalan. Kita mohon pagi petang siang Dan malam utk di tunjukkan jalan kebenaran.. Amin.

      Delete
  25. "Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu". Boleh PERCAYA KA ? janji taik kucing!!!

    ReplyDelete
  26. Sekadar penyedap rasa..penyedap hati..alamatnya nak dekat PRU..matlamatnya tak jauh dari mengenakan pihak penentang dan yang tak sehaluan dengan para lanun..sekadar memenuhi dan nak membersihkan imej SPRM yang tercalar kerana pemecatan pegawai sejak kebelakangan ini...lakonan untuk menyiapkan filem PM ( PIRATES OF MALAYSIAN)..belum ada di pawagam TUNGGU..😆😆

    ReplyDelete
  27. dengar statement tu betul2...dia kata tunggu bukan tangkap.... so tunggu je l a sampai sudah yeeee

    ReplyDelete
  28. SEMUA NYA DRAMA BELAKA DAN AKHIRNYA TIADAKES

    ReplyDelete
  29. Salam Jumaat kepada tuan Budin dan semua peserta bloq.

    Masih pada topik SPRM seperti semalam. Ulasan saya sama seperti semalam, selagi Najib masih PM apa sahaja usaha membanteras rasuah hanyalah sia-sia dan lebih kepada wayang dan alat.

    Wayang adalah disebabkan yang dikenakan tindakan hanyalah bilis2 dan gelama sedangkan bapa jerung MO1 yang konon mendapat 'derma' failnya diNFA sekalipun akta berkaitan jelas memberikan definisi rasuah sebagai termasuk derma.

    Begitu juga kes FELDA. Shahrir Samad dengan nada tegas dan konstraktif mengatakan wujudnya ketirisan (rasuah la tu) di dalam FELDA, tapi Isa Samad masih bebas sebebasnya.

    Alat adalah disebabkan ia kini digunakan untuk menekan dan pihak tertentu, bukan sahaja ahli parti politik pembangkang bahkan juga ahli parti politik UMNO sendiri yang dilihat tidak kantau kepada MO1.

    Pendakwaan selektif berlaku. Kalau kamu geng MO1 atau ada menyimpan peluru maut ke atas MO1 maka selamatlah segala kegiatan rasuah kamu. Kalau kamu menentang MO1 maka siaplah segala kegiatan kamu.

    Saya masih tidak boleh telan keputusan SPRM bahawa wang tunai hampir 1/2 billion dalam keadaan paling mencurigakan diputuskan tiada unsur rasuah tetapi tiada sebarang penjelasan lanjut diberikan.

    Dan untuk Unknown, ya saya setuju dengan tindakan sewajarnya diambil ke atas mana2 ahli parti politik pembangkang sekiranya mereka terlibat rasuah. Saya tiada halangan malah menyokong penuh.

    Yang menjadi isu ialah pendakwaan selektif. Tiada guna ada undang-undang apabila pendakwaannya dibuat secara selektif.

    Pentadbiran negara sudah menjadi setaraf prinsip sebuah kumpulan gangster. Ahli kumpulan yang kantau akan selamat. Ahli kumpulan lawan dan ahli kumpulan sendiri yang tidak kantau kepada taiko akan kena.

    Lebih malang ialah apabila ia adalah sebuah pentadbiran awam maka anggota2 awam yang jujur terpaksa menjadi kaki dan tangan kumpulan gangster ini tanpa rela di atas alasan 'saya hanya menurut perintah'.

    Umat2 dahulukala dihancurkan Allah akibat pemerintah membuat pengukuman selektif sebeginilah. Tak mustahil pemerintah Malaysia hari ini juga akan menerima nasib yang sama. Saya beroda ia akan benar2 berlaku. Aamiin.

    Saya perlu beredar dahulu disebabkan saya sedang menguruskan satu urusan keluarga yang penting di dalam beberapa hari ini. Alasan yg sama mengapa saya boleh masukkan komen yang banyak 2 malam lepas dan tidak dapat masuk malam semalam.

    Tentang kejadian 2 malam berturut-turut tersebut, nanti kalau saya dapat curi masa saya akan masukkan komen saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat sedara ku John doe moga Allah taala mudahkan urusan sedara.amin.

      Delete
    2. Setuju dengan John Doe......satu ulasan yg baik.

      Kewibawaan dan maruah SPRM bergantung kepada keadilan tanpa batas, tanpa mengenal erti "siapa".

      Kalau benar ada tindakan selektif.........ini akan akibatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka sebagai satu badan berkecuali......yg tak bias.

      Kita tak dapat nafikan ramai rakyat dah hilang kepercayaan kepada perundangan yg ada........kita kena terima hakikat ni walaupun pahit nak ditelan. Tengok jer apa komen orang dalam blog ni. Ini baru blog Shahbudin.......di luar kita tak tau lagi.

      Kita harap kepercayaan rakyat kepada institusi dan badan2 perundangan negara dapat dipulihkan sebagaimana yg sepatutnya...........tapi ini perlu disusuli dengan tindakan yg adil dan sama rata tanpa mengira sape orangnya dan apa statusnya atau besar mana kuasanya.........dengan tak ada isu selektif.

      Apa yg jadi bualan dan tanda tanya dalam negara kita dan jugak apa yg jadi tajuk siasatan oleh negara2 luar pon perlu diambik kira.

      Kita mau tindakan diambik tanpa mengira "siapa" dan dari parti apa..........sama ada orang politik dari parti memerintah atau pembangkang.........atau pon orang kebanyakan.

      Rata2 rakyat Malaysia berpelajaran tinggi.......mereka boleh berpikir dengan baik. Mereka ada kecekapan untuk berpikir dan boleh menilai tiap alasan atau tindakan yg dibuat.

      Renung renungkanlah.........demi satu keadilan.


      Delete
  30. Dato bahri tunggu dah berkurun. Akhirnya tak tahan terus bersara awal. Sebelum tu macam2 tindakan dia kena sebab bersuara cikit je. Sampai hari ni malaun nak kaitkan dia dengan kes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah hancurkan kuasa lanun mega Malaysia. Dah banyak orang dianiaya olehnya. Berselindung di sebalik kuasanya. Allah maha melihat kejahatan yang kau sembunyikan lanun. Kau dan kuncu kau tetap akan jatuh.

      Allah tak akan biarkan kau bermaharajalela menganiaya orang lain dan Allah tak akan halalkan duit haram yang kau makan. Moga hari Allah melepaskan negara ini dari pemimpin korup itu tiba dengan kadar segera.

      Allah akan bagi jalan dan lorongkan ke arah kejatuhan kau amin ya Allah.

      Delete
  31. Tahap kepercayaan rakyat terhdp sprm dah sampai taik busuknya. Lbh baik jgn ckp apa2 psl nak tgkp ahli politikus. Tp kamu tak buat dgn adil. Buat rakyat tmbh meluat je dgn kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kepala lanun tak ditangkap selagi itulah kepercayaan kita terhadap sprm luntur.

      Kalau setakat tangkap ikan bilis saja. Tak ada apa yang nak dibanggakan. Kepala lanun tetap terlepas. Rompakan mega tetap tak selesai.

      Delete
  32. bn kalah jer pru14, sprm pakat tunggu depan rumah. tapi kalu menang lagi, lambat punya tunggu la. ada pulak parti yang nak jadi blok ketiga untuk pecah undi kasi bn menang. tapi yang pasti, ikan bilis dulu sebelum ke laut dalam.

    ReplyDelete
  33. .

    Kalau dah cukup bukti dan keterangan , yang telah di perolehi oleh Pegawai Penyiasat, beku kan lah dulu semua harta dan duit individu tersebut.

    US beku kan semua harta 1MDB.


    Adakah selepas ini kita akan melihat ahli politik terutama UMNO akan guna kereta biasa-biasa..


    ReplyDelete
  34. Boleh percaya ke ni Din, kes Jabatan Air Sabah depa boleh buat silap mata tukar kes dari rasuah ke money laundering. Lawyer Kak Ijat hantar surat sekeping kat AG boleh gugur kes yang dah pun bertahun bicara kat mahkamah. Dasyat AG Malaysia. Semua boleh kaw tim..

    ReplyDelete
  35. Bukankan budget SPRM sudah kena freeze? Tapi bak kata najib u have to deliver delivery deliver jgn bagi alasan wlupun budget dipotong...taik kucing..sprm dan najib saling memerlukan...dua2 tak boleh pakai..xkan dia berani tangkap bos dia sendiri kan

    ReplyDelete
  36. Ok kawan2,saya dah baca banyak entry disini. Rata2 persoalkan kewibawaan SPRM.Nampak? Kepercayaan adalah tunjang segala2nya. Mcm2 yg di labelkan terhadap SPRM. Itu pandangan umum,iaitu pandangan dari rakyat yg mahukan perubahan. Kepercayaan yg telah terhakis dari tindakan mereka sendiri iaitu SPRM.Salahkah rakyat berpandangan negatif kpd SPRM? TIDAK.
    SPRM telah gagal menangani isu besar sebenarnya. Percubaan mengalih isu sebenar takkan berjaya. Permainan.....hahaha
    Tak payah cerita panjang2 la....bertindak dgn segera kerana konsep tunggu ni tak baik untuk isu yg melibatkan kepentingan negara khasnya rakyat yg menjadi tunjang kpd ibu pertiwi yg di kasihi.
    Bertindak lebih baik dari menunggu,sbb siasatan telah pun di jalankan....yg di tunggu adalah hasil dari siasatan itu,bukan alasan dari siasatan itu.
    MASA UNTUK BERTINDAK ITU ADALAH SEKARANG! Nak tunggu apa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..tambah sikit.
      Jgn bagi Sykt Pandi Dhobi nk basoh atau NFA kes.
      Kalu perlu, tangkap dhobi tu sekali.
      SPRM kan DiRAJA, bukan DiPeeEmm.
      Betul tak? Jangan TUNGGU,buat LAANI.Ada bran?

      Delete
    2. Masa bertindak adalah pada PRU akan datang. Jika kita semua sokong PPBM bersatu dan ia menang dalam PRU nanti, saya percaya semua yang salah akan diambil tindakan.

      Delete
    3. 1130, sy 1056 nk tanya penuh sopan ni.
      Tuan cadang pada PRU baru bertindak.
      Apakah tuan juga spt maksudkan SPRM boleh sj bubar dulu, dan tubuh balik masa PRU14?
      Aoakah erti DiRaja tiada kuasa?
      Yang tangkap skrg semua wayang saja lah?
      Ok, kita bincang prrsoalan ini sj dulu.
      Sy tunggu. T.kasih

      Delete
    4. anon 1218,

      Dibawah pemerintahan sekarang, sudah tiada pemisahan antara tiga tunggak utama kerajaan, iaitu legislatif, eksekutif dan perundangan.

      Ini sudah terbukti, kerana SPRM dan PDRM (agensi eksekutif), AG dan kehakiman (agensi perundangan), tidak mampu menjalankan amanah mereka tanpa gangguan daripada menteri-menteri (badan legislatif).

      Pada pendapat saya, hanya melalui perubahan kuasa dalam PRU sahaja mampu mengembalikan pemisahan antara 3 tunggak tersebut, kerana sudah terbukti bahawa sekarang ini, badan legislatif sedang mengawal badan eksekutif dan perundangan, untuk mengekalkan kuasa, "survival" dan menutup penyelewengan yang berleluasa ketika ini.

      Delete
  37. Lepas ni mmg org politik pembangkang yg akan di buru,ingat Teo beng hock,dia disiasat kerana rm 2000 saja.tapi nnt bila BN dah lingkup,siap lah menteri ke
    Apa pangkat ke ,kejar sampai lubang cacing ,!!!!.tugas kita bantu kemenangan pembangkang dlm PRU 24.janji lah BOLIH !!!!!!...

    ReplyDelete
  38. buat habis duit pembayar cukai jer....pi mai pi mai tang tu...ade rokok sebatang ayoh chik? nok isap belang-belang gi tangkap ikang di Marang....kah kah kah kah

    ReplyDelete
  39. Tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak jatuh ke riba jugak....dah tau ending cerita dia...

    ReplyDelete
  40. Dia orang Najib yang dilantik oleh Najib.Mana mungkin orang ini seorang yang beramanah yang akan menangkap Najib.Orang politik yang mungkin dia akan tangkap adalah mereka yang menentang NajiBULLah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yang akan ditangkap ialah pembangkang terutama yang nak bertanding PRU akan datang ni macam Rafizi kena.

      Delete
  41. berkatalah si marhean yang tidak mengetahui melainkan sedikit dengan segala macam adu domba dan fitnah terhadap SPRM - lagak dan gaya seolah-olah mengetahui luar dalam dan turut serta didalam setiap siasatan yang dilakukan SPRM.

    kata si polan - tumbangkan UMNO dan BN kemudian barulah SPRM dan segala sistem yang ada di malaysia akan telus dan bebas dan lebih asyik, tambah si polan yang lain semua menteri2 dari UMNO dan BN akan di buru lalu didakwa kemudian dijatuhkan hukuman.

    namun si polan itu seolah-olah lupa tuan2 politiknya juga merupakan pelaku rasuah dan segala sistem yang ada di malaysia bakal dicengkam untuk melindungi mereka dan kroni2nya.

    Di selangor dan P.Pinang masih berjalan dan semakin subur aktiviti rumah urut@persundalan,premis2 mesin judi,ketirisan dan kronisme serta nepotisme - apakah tiada aktiviti rasuah disebalik semua urusan itu ? apakah kamu masih mahu mengatakan tangan2 UMNO yg sedang mengira setiap sen dari hasil rasuah untuk melindungi ?

    namun dengan jalan apa tuan2 politik kamu mahu menjatuhkan kerajaan sedangkan mereka sendiri saling berkhianat dan menipu daya sesamanya didalam terang mahupun berselubung ?

    Dengan jalan apa tuan2 politikmu mahu membentuk sebuah kerajaan ? sedang mereka tidak sanggup memberi bai'ah untuk mendirikan tiang seri sebuah tahalluf siasyi dengan melantik kuasa pemutus dari kalangan mereka -

    bahkan tanpa segan mereka mengakui segalanya bergantung pada berapa banyak kerusi yg bakal dimenangi puak masing2 dan setelah itu mereka akan bermuafakat aka berpakat secara bersama atau secara rahsia (berkhianat lebih tepat) dengan menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi sebagai ukuran.

    Oleh sebab itu tuan2 politikmu bertungkus-lumus mempertahankan setiap "kerusi" masing2 dari didermakan pada sekutunya bahkan mereka sanggup untuk bertanding sesama sendiri seperti yang dilakukan pada PRN Sarawak.- kerana mereka hanya berpakat untuk menumbangkan UMNO/BN dan bukan berkongsi kuasa mengikut batas dan hak Agama serta Bangsa.

    tuan2 politik kamu melihat PAS sebagai lubuk untuk mendapatkan kerusi buat PPBM demi menjayakan projek "satu lawan satu". - hadirnya PPBM ibarat racun berbisa untuk tuan2 politikmu didalam Pakatan Harapan.

    Dengan jalan apa tuan2 politikmu mahu memenangi PRU ke-14 ? sedangkan sekalian dari si marhean yg mengikut kepada mereka diajar untuk mempercayai SPR tidak akan berlaku adil lalu memberikan kemenangan pada UMNO dan BN ?

    Lalu bagi golongan yang mahu berfikir ia pasti akan memilih UMNO/Barisan Nasional selagimana tuan2 politik diseberang sana masih bersifat bagaikan kawanan haiwan buas yang mengigit hatta sesama sendiri demi mendapatkan lebih banyak kepingan daging (kuasa).

    Dan tidaklah aku mendatangkan fitnah dan adu domba melainkan setiap dari apa yang disampaikan ini adalah bersandar pada sifat dan keadaan tuan2 politikmu.

    aku berlepas diri dari apa yang dikerjakan SPRM hanya satu doaku semoga amanah yang diberi dijayakan sebaik mungkin.

    Salam jumaat penghulu segala hari.

    pst - salah satu dari si polan itu adalah john doe. :)





    ReplyDelete
    Replies
    1. Alif, lam, min..segala puji bg Allah, tuhan sekalian alam. Salam jumaat, semoga Allah limpah kan rahmat dan hidayah dan di murahkan rezeki. Amin.

      Delete
    2. Hang pergi bilang juga rumah urut di seremban , JBharu fan KLumpur Darul umno yg bersepah ruah tu....

      Kaki penipu... abis tipu keliling, termasok mat n minah umno kat felda2 pun gov tipu...

      Delete
    3. Labu.......tak payohle kamu layan dia tu lagi........teman udoh cemuih melayan dia. Kamu tau ker sape maksud teman ni?? Dulu dia tu ada gelarannya tapi sekarang udoh pake anon jer pulak. Bukan kamu tak tau Labu.......hehehe

      Delete
  42. Ingatlah dulu sumpah jawatan
    Masa mula baru dilantik
    Jaga bangsa agama dan watan
    Dakwa tak kira buruk dan cantik

    BERSATU DAP kerja bersama
    Dengan PAKATAN satu destinasi
    Kepentingan negara lebih utama
    Daripada dibiar terus kleptokrasi

    Jangan dipandang sebelah mata
    Tun dan Kit Siang now like brother
    Tok Guru kita apa kurangnya
    Umno dikafir now together

    Kalau kita diberi amanah
    Lakukanlah bertanggungjawab
    Tak kira penyewa atau tuan tanah
    Tangkap perasuah dan pemakan suap

    Rakyat memandang, semua melihat
    Diberi kuasa jangan khianat
    Wang negara jangan dirembat
    Malam tahun baru bersamalah rakyat..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Fan Tun walau terrrrkena tempias "lesing" baru2 ni tapi masih beroperasi macam biasa.

      Syabas bro.....pantun berisi yg dinanti2 oleh kami setiap hari.

      Salam Perjuangan bro.

      Delete
  43. sdr budin,

    maaf kalau saya kata yg kita perlu realistic.jgn lah kita 'menunggu buah yg tak akan gugur'.

    saya sering membuat perbandingan dgn Indonesia d bawah kepimpinan pak joko sekarang.

    KPK Indonesia bebas n ketua2 mereka d lantik olih DPR setlh menjalani proses ujian n temuduga secara intensif. hayat mereka hanya 5 tahun saja.

    d Malaysia semua peg2 sprm adalah kakitangan kerajaan. perbezaan nya amat ketara sekali. ia nya sudah tentu akan bolih lebih berkesan jika d letak d bawah parliament.(more independent)

    apa pun kita wajib memberi dokongan d atas usaha sprm sekarang. bagi 'hard targets' termasuk najib/rosmah, biar lah kita tunggu peralihan kuasa kpd pasukan yg baru.'tidak lari gunung d kejar'.

    selaku mantan pegawai kerajaan, saya amat sedar tentang keterbatasan 'span of powers' serta 'discretionary powers' yg ada pd mereka.

    bila KP sprm kata ahli2 politisi tidak akan terlepas, kita perlu memberi peluang utk dia kotakan janji2 nya. biarlah dia menumpu hanya kpd politis d pihak pembangkang atau politisi'ikan bilis' dulu kerana saya berpendapat perbuatan rasuah ujud d kedua dua belah pihak n wajib d hapuskan tanpa mengira fahaman politik mereka. wallahu 'aklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan guna alasan 'span of powers' untuk tidak bekerja jujur.

      Jika terus begitu, tahukah anda gaji yg diterima setiap bulan itu duit haram? Beri pula makan minum kepada anak isteri di rumah.

      Jika sudah tahu ada pecah amanah & jika betul ada keterbatasan untuk bertindak, terus berhenti kerja! Sebab takut hilang pangkat & jawatan maka terus guna alasan "keterbatasan" itu??? Tiada kerja lain ke yg boleh mohon selepas itu?

      Amat jijik alasan itu rahman jpc.

      Ketahuilah penoreh getah lebih halal hasil duit titik peluhnya berbanding semua penguatkuasa yg menggunakan alasan "keterbatasan".

      Delete
    2. Yang tua kita hormati yg muda kita sayangi. Mgkn Kita berbeza pendapat, tp Kita kena jaga adap Kita di hadapan org yg lebih tua dr. Kita. Maaf ye semoga Allah taala permudahkan urusan tuan.amin.

      Delete
    3. Terima kasih Pak Rahman.....satu ulasan yg baik.

      Bagi saya setuju atau tak setuju itu hak masing2.........tak der paksaan. Apa pon tahniah Pak Rahman kerana keluar ke arah jalan yg lebih cerah.

      Setiap negara ada korupsi.........bezanya kecik atau besar jer.

      Doa kita..........moga Allah lindungkan tanahair kita dari korupsi dan penyelewengan amanah rakyat........amin ya Allah.


      Delete
    4. Terima kasih labu labi atas doa itu. Saya suka labu labi yg sekarang.

      Komen saya di atas rasanya tiada unsur carut marut atau kurang ajar pada yg tua. Itu ulasan jujur dari saya.

      Apa yg saya tulis itu, saya sendiri lakukannya. Bumi Allah ini luas, jika di situ bukan rezeki kita, cari di tempat lain.

      Jangan guna alasan sedemikian untuk menutup kekurangan diri atau menutup kemungkaran depan mata. Malukah jika hilang jawatan tinggi??? Tetapi tidak malukah secara tidak langsung menutup kemungkaran yg ada di depan mata?

      Delete
  44. Berani ke SPRM nak tangkap menteri atau Anuar Musa dan Isa Samad

    ReplyDelete
  45. Salam sejahtera semua.

    Saya kira di dalam blog ini saya kesan 2 projib yang muncul anon. Unknown dan seorang lagi saya mohon utk gelarkannya saujana (for obvious reason). Saya percaya ia bukan kejora kerana ia baik bahasanya sedangkan Kejora pula...

    Saujana kelihatan marah sungguh kepada labu labi disebabkan antara lain labu labi suka menyebut benda2 milik para ibu sedangkan ini adalah kegemaran Kejora. Sekiranya saujana dan kejora adalah individu yg sama, maka ini adalah perbuatan munafiq. Marah pada satu bahagian dan cinta pada bahagian lain pula. Bersangka baik kpd saujana, maka saya kira keduanya adalah individu yg berlainan.

    Saya akui labu labi banyak bercakap kotor dan menghina, tetapi 2 malam lepas apabila saya membela labu labi saya tidak membela perbuatannya itu tetapi membela perbuatan takfir ke atasnya.

    Alasan pembelaan saya ialah hukum fiqh yang berbunyi 'menghina seorang Muslim itu perbuatan fasiq dan mengkafirkannya perbuatan kafir'.

    Di dalam saya membela perbuatan takfir ke atas labu labi tidak pula saya pertahankan perbuatan fasiqnya. Isunya berlainan dan di antara keduanya tak perlulah dibahaskan mana yang lebih berat.

    Adakah saya menyokong carut marut dan caci maki? Saya masih ingat di dalam blog ini saya pernah meminta tuan Budin padamkan komen carutan dan cacian. Di Putra Merdeka bbrp kali saya bangkitkan jauhi mencarut.

    Sekiranya ada protun yg mencarut adakah ia kesilapan saya dan lain-lain yang tidak mencarut? Sila beri dalil bahawa perbuatan itu adalah tanggungan saya dan rakan2 lain pada ketika kami tidak pernah menyokong mahupun membela perbuatan itu.

    Saya telah dituduh menyamar sbg labu labi dan dituduh muncul anonymous untuk mencarut. Keduanya tak betul dan saya nafikan. Kalau nak cabar mana satu di antara keduanya sila bersumpah laknat terlebih dahulu.

    Yang menuduh tidak mahu bersumpah dan tidak pula menarik pertuduhan. Biarlah, kerana yang penting ialah kebenaran telah dibuktikan.

    Seorang anon juga suka menuduh saya mencaci dan menghina. Ia telah banyak kali berlaku. Tuduhan ini saya tidak pernah layan disebabkan bagi saya ia tak betul dan remeh. Tetapi disebabkan tindakan saujana semalam dan komen2 yang perangat nama saya selepas itu maka hari ini saya bawa tajuk ini untuk dibahaskan secara ilmiah.

    Kepada anon tersebut (pernah muncul sbg G dan barangkali juga saujana) sila buktikan tuduhan anda itu, di manakah saya membuat komen mencaci dan menghina di dalam blog ini. Malah saya katakan kamu sebenarnya yang suka membuat komen mencaci dan menghina. Mari kita bahaskan topik ini.

    G juga pernah sebut tentang intellectual discourse. Kali ini saya bukan meja kepada G dan semua projib untuk bahas isu ini. In shaa Allah saya tak lari dari medah perbahasan (kalau lambat jawab ketahuilah saya ada urusan keluarga yang penting. Semalam ia berterusan dari sebelum asar sehingga tengah malam dan sebab itu saya tidak muncul untuk menjawab anon yang petik dan perangat nama saya).

    Malah selain saya bbrp nama lain turut dituduh perkara yg sama. Saya berani jamin fan tun dan the phantom juga tidak pernah mencaci dan menghina.

    Ada pula yang lain2 saya kurang pasti sebab tak semua komen saya baca dan yang saya baca pula tak semuanya saya ingat. Labu labi saya dah akui pun itu kekhilafannya.

    Berbeza dengan projib termasuk unknown yang tidak akan mengakui kesalahan puak sendiri saya tidak segan untuk mengakui kebenaran labu labi memang banyak kali membuat kekhilafan ini.

    So Mr anon, pls appear and prove urself. (Itulah sebabnya saya tidak gemar mereka yang mahu berdiskusi secara ilmiah tapi masih muncul anonymous. Identiti pun bercelaru bgmn mahu berdiskusi. Tapi disebabkan kejadian semalam maka saya teruskan juga kali ini).

    Silakan menjawab. Unknown, saujana, G dan sesiapa sahaja drpd geng projib dipersilakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara John doe.
      Salaam.
      Saya akui saudara labu labi jika mencoret bahasanya mmg kasar. Saya juga bukan nak pertahankan beliau,cuma tentu ada kemarahan yg menjadi kan beliau begitu....ok. Tetapi beliau tetap ada perkara yg di sampaikan...cuma caranya agak keterlaluan.
      Menurut berita sahih ni ada satu manusia yg mmg kamcing abis dgn kak mah. Jika beliau duduk ngan kak mah anda tau apa yg di bualkan dan yg terkeluar dari mulut kak mah? Lebih mual dari apa yg di coretkan labulabi....paham tu kan? Tak percaya? Takpe...pergi cari Dt Ibrahim, tanya kat dia....tau tak sejarah brahim ni? Org yg memulakan kejatuhan KM melaka.
      Sekadar berkongsi info je....
      Lagi satu,pak rahman tu ada banyak info ttg ajib n kak mah. Dapat berbual dgn org lama, mcm2 kita boleh tahu....kekadang agak memeranjatkan jua! Tapi tetap FAKTA.
      Ada sapa2 biasa dengar pasal Pak Dak,org kedah? Hehe..
      Baru kejap tadi dapat berbual pasal kes felda...dgn org yg paling hampir dgn tertuduh. Aduh!! Betul2 suprise alasan beliau....tapi alasan lah...kan! Kenapa pohon bergoyang? Sbb ada beruk kat atas tu.....hahaha

      Sekian.

      p/s Ingat ye...sayang negara berjuang lah,sayang bangsa berkata2 lah. Walau sebaris ayat,tapi membina bukan mencerca!
      Bye my friends....
      Salam hormat.

      Delete
    2. Salam sdr,

      Terima kasih kerana respon. Betul saya setuju berbanding dengan kerosakan yang Najib dan Rosmah sedang lakukan hari ini apalah sangat bahasa kasar si labu labi itu.

      Walaubagaimanapun kekasaran itu tidak diperlukan pun untuk menyampaikan apa yang sdr labu labi ingin sampaikan. Perkara ini malah pernah disentuh oleh pak rahman jpc dalam blog ini.

      Sdr juga tak perlu bimbang, saya tidak mencemuh kawan sendiri mahupun pihak lawan (melainkan sebagai membalas sebarang cemuhan dan tuduhan ke atas saya) dan rekod menunjukkan saya telah menjadikan diri saya sebagai perisai mempertahankan sdr labu labi ketika ketidakadilan berlaku ke atasnya.

      Kepada labu labi mohon untuk tidak lagi menggunakan bahasa kasar sebegitu terutama ke atas orang yang bertaraf 'messenger' sahaja (kalau sekadar membalas balik itu saya fahamlah).

      Kekadang kekasaran akan dibalas kekasaran dan kalau kita pastikan bukan kita yang mula berkasar in shaa Allah kita takkan sesal kemudian.

      Hanya kerana kekasaran itu kini saya, the phantom, fan Tun dan lain-lain juga dituduh menggunakan cacian di dalam komen kami.

      Sekali lagi saya tampil untuk bela diri, 2 rakan ini dan lain-lain yg turut dituduh semata-mata di atas pelakuan sdr labu labi.

      Lebih malang untuk tuan blog apabila ada komen yang memberi kredit kpd blog ini kerana banyak sokongan dan respon kemudian ada pula balasan bahawa apa guna komen banyak apabila semua komen protun bertaraf mencaci semata-mata.

      Kepada projibs, sejujurnya saya menunggu komen balas daripada kalian semua ke atas saya memandangkan saya sudah banyak kali dituduh membuat komen yang menghina dan mencaci. Saya malah dituduh mencarut di sebalik anonymous.

      Kini apabila saya membuka seluas-luas ruang untuk kalian menembak saya walaupun di sebalik anonymous satu komen balas dan satu pembuktian pun tidak dibawa walaupun selepas lima jam berlalu.

      Saya telah dituduh Yahudi kerana kononnya suka berbohong. Apabila saya bukakan seluas-luas ruang untuk penuduh kemukakan bukti atau dalil tuduhan satu pun tidak muncul.

      Kini kalian mungkin faham mengapa saya beberapa kali bangkitkan hal kalian semua telah menjadi anonymous. Terimalah fakta ia adalah langkah ke belakang di dalam menunjukkan sokongan ke atas najib, disebabkan yang menuduh itu tidak dapat dikenalpasti siapakah orangnya untuk membolehkan 'intellectual discourse' (terma yang sdr G gunakan) dilangsungkan dengan beradab.

      Malah Unknown yang saya anggap pertahanan terakhir projibo di dalam blog ini juga turut memilih untuk menjadi anonymous.

      Saya terpaksa membuat assumption bahawa kesemua tuduhan2 ke atas saya tersebut hanya main-main.

      Sekali lagi salam jumaat buat semua kawan mahupun lawan.

      John Doe (melalui hp isteri)

      Delete
    3. Salam anon 1438 Dan john doe, semoga Allah taala permudahkan urusan tuan berdua.

      Delete
    4. Saya 14.38.
      Amat memahami penerangan anda. Saya kerap membaca komen2 bernas anda dan tahniah saya ucapkan. Kita bukan berbincang atau menulis mengikut kehendak kita semasa. Tetapi utk kebaikan supaya mereka2 yg kurang paham itu benar tau masalah sebenar.
      Saya pernah jugak menegur tuan shahbudin ni...saya agak terkejut kebelakangan ini komen2 yg disiarkan amat memalukan. Langsung tiada membawa apa2 makna,seolah2 mengaibkan seseorang itu wajib!
      Buat pengetahuan tuan....saya tak kutip maklumat tepi jalan utk di nukilkan disini. Cuma saya bersyukur,apa yg saya dapat adalah dari sumber yg tepat,malah kadang2 mereka yg benar2 terlibat!
      Sbb itu saya berpendapat najib perlu pergi, agar pemulihan sistem dan ekonomi mampu di ubah. Selagi tidak maka berputarlah di dlm round about!
      Saya berfikiran seorang pemimpin perlu:
      1 Berani
      2.Amanah
      3.Berkata Benar
      4.Bertanggungjawab
      ...di dalam urusan mentadbir negara yg berbilang kaum ini.
      Salam hormat.

      p/s tanya rocky sapa yg bayar hutang2nya dan porsche cayenne tu dtg dari mana......hehe

      Delete
    5. Salam sdr labu labi

      Terima kasih dan semoga doa itu kembali kepada saudara juga.

      Delete
  46. Amanah adalah tanggungjawap yg berat. Mereka yg memikulnya bersedialah dihadapan Allah Rabbuljalil.

    ReplyDelete
  47. Rasuah politik susah nak cekup sbb ia melibatkan pulus. Pulus jam apa mau mkn. Sbb yg nak menangkapnya ada kepentingan dgn ahli2 politik yg rasuah tu. So, jgn hairan lah kalau ahli politik yg rasuah lambat diambil ti dakkan. Silap2 terlepas begitu ja

    ReplyDelete
  48. Tungguuuu sehingga kucing bertanduk.bilis buat sambal sodap...jaw terlepas.Air Sabah...tiada kes RASUAH.Bangun pagi tiba tiba duit jatuh dari langgit

    ReplyDelete
  49. Bilis babe.... ikan kering...... ikan jerung mana berani, ikan paus mana berani....

    ReplyDelete
  50. Bro Din
    Pd pendapat sy komentar disini semua pong pang setiap hari tp terlupa perkara asas yg paling penting. Yg patut kita fight sekarang ialah Bebaskan pentadbiran negara dari kuasa politician. Parti politik kena cari dana mereka sendiri dgn business dll.

    Public fund takkan selamat selagi pentadbiran negara dikawal oleh politician. Mark my words...jika mo1 jatuh sekalipun rasuah dan salahguna kuasa akan tetap berlaku hanya berlainan skala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .
      Buat lah bisness sendiri dan yang meluluskan projek ia lah Menteri yang tentu-tentu mengutamakan kroni.

      Perlaksanaan undang-undang yang bebas dan diberi kuasa penuh terus kepada Parlimen.

      Selagi duduk bawah PM baik PM BN atau Pakatan Pembangkang selagi itu lah ikut percaturan kepentingan parti.

      Delete