Wednesday, 4 January 2017

"PEMAKAN DEDAK ADA DI MANA-MANA" DAN MENYANGGAH HUJAH PENGARAH KOMUNIKASI BN


Tidak dinafikan bahawa tindakan bekas Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohd Zin bersara awal adalah disebabkan terlalu kecewa dan tidak ingin terus menanggung dosa, meskipun tempoh perkhidmatannya masih berbaki kira-kira dua tahun lagi.

Kecewanya beliau bukan atas sebab-sebab peribadi, tetapi kerana keinginan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan seolah-olah telah dihalang oleh pihak lain yang lebih tinggi berbanding dirinya.

Sebagaimana dipetik daripada portal FMT, Bahri berkata, "Saya kecewa kerana kes siasatan SRC International tidak boleh dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak menghadapi sebarang masalah.

"Bukan saja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada 30 juta rakyat Malaysia."

Kepada Sinar Online pula, Bahri memberitahu, "Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan. Tindakan ini diambil kerana saya kecewa dan berdosa sangat kepada 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, saya rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pun tak boleh, apatah lagi terus berkhidmat."

Lebih dari itu, sebagaimana yang dilaporkan media dua tiga hari yang lalu, Bahagian Operasi Khas SPRM juga sekarang ini semakin dikecilkan saiznya dengan beberapa pegawainya dipindahkan ke bahagian-bahagian lain.

Maka, di mana seriusnya SPRM di bawah kendalian Dzulkifli Ahmad selaku Ketua Pesuruhjaya yang baru mahu membanteras aktiviti jerung-jerung besar yang masih bebas berkeliaran dengan tindakan terbaru itu?
Masihkah Dzulkifli ingat dan berpegang kepada warkah terbukanya sempena 100 hari menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilafazkan dengan penuh semangat pada 8 November 2016 lalu?

Mereka yang jujur, ikhlas dan benar-benar berkhidmat untuk negara serta tiada kepentingan peribadi atau terghairah dengan dedak, jika berada di kedudukan Bahri, pasti akan turut merasa kecewa.

Ia seolah-olah memperlihatkan usaha gigih dan kejujuran mereka terhadap negara langsung tidak diambil kira.

Sudahlah  sebelum ini, ketika melakukan penyiasatan, tugas mereka diganggu dengan serbuan dan rampasan komputer oleh pihak berkuasa yang lain, hasil penyiasatan terhadap kes yang dianggap "straightforward" juga menjadi sia-sia akhirnya.

Hanya pemakan dedak yang tidak berasa apa-apa jika mereka diperlakukan seperti Bahri.

Yang lebih menarik, UMNO dan BN melalui Pengarah Komunikasi Strategiknya, Abdul Rahman Dahlan bukan saja pantas menjawab, bahkan secara terbuka menyangggah apa yang diluahkan oleh Bahri itu.

Ia dengan sendirinya menggambarkan Abdul Rahman yang mewakili UMNO dan BN seolah-olah tidak sealiran dengan pegawai kerajaan yang jujur, amanah dan benar-benar mahu berkhidmat untuk kebaikan negara.

Antaranya Abdul Rahman cuba menggambarkan SPRM hanya berperanan menyiasat dan tugas pendakwaan terletak sepenuhnya di tangan Peguam Negara dan pengasingan kuasa itu bertujuan mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa mereka.

Kata beliau, "Tujuannya ialah untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah lagi kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.

"Kuasa mendakwa diberikan kepada Peguam Negara dan kuasa menghukum diberikan kepada hakim atau mahkamah. Ini dibuat supaya ada elemen "Check and balance" atau "semak dan imbang" dalam sistem perundangan bagi mengelak mana-mana pihak dari menyalahguna kuasa mereka untuk menganiaya.

"Maknanya kalau pihak penyiasat mempunyai niat untuk menganiaya orang yang disiasat, maka pihak yang mendakwa boleh menghalang niat tidak baik itu.

"Kalau pihak penyiasat dan pendakwa pula bersengkokol untuk menganiaya orang yang disiasat dengan mendakwa orang yang disiasat itu, maka pihak mahkamah (hakim) boleh menjadi penghalang kepada niat buruk mereka itu."

Abdul Rahman juga berkata, tiada pendakwaan bermakna tiada kes.

Benarkah tiada pendakwaan semata-mata kerana tiada kes atau disebabkan faktor-faktor lain yang hanya Peguam Negara saja mengetahuinya?

Kepada Abdul Rahman juga,  apakah dalam penyiasatan kes  Najib Razak yang menerima kemasukan RM42 juta daripada SRC International, benar-benar tidak ada kes serta terdapat sebarang elemen atau niat untuk menganiaya dan bersekongkol di antara pihak yang menjalankan tugas itu?

Melainkan jika terdapat kes yang benar-benar kukuh dan "straightforward", apakah untungnya bagi pegawai kerajaan mempunyai niat jahat atau cuba menjatuhkan Perdana Menteri sedangkan mereka bukan ahli politik?

Bukankah lebih baik dan selamat jika mereka berdiam diri dan awal-awal lagi tidak melakukan penyiasatan?

Bukankah kerana sayangkan negara, inginkan kebenaran serta takut kepada Tuhan saja, maka seseorang itu sangggup mengambil risiko menyiasat dan mencadangkan pendakwaan terhadap Perdana Menteri?

Sehubungan itu, dalam kes SRC International, antara Bahri yang mengetuai Bahagian Operasi Khas SPRM dengan Peguam Negara yang baru dilantik setelah penjawat lamanya dibuang secara mengejut, siapakah yang sebenarnya bersekongkol?

Abdul Rahman juga cuba memberi gambaran seolah-olah tindakan Bahri yang berasa kecewa kerana kes SRC International tidak dibawa ke mahkamah sebagai tidak rasional kerana pandangan pihak yang menyiasat tidak semestinya betul.

"Hanya kerana Peguam Negara tidak bersetuju dengan rumusan beliau, tidak bermakna Peguam Negara telah melakukan kesalahan dan tidak mempunyai integriti. Saya bagi satu contoh dalam konteks kes yang dihadapkan ke mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan.

"Jika seorang yang dituduh dibebaskan oleh mana-mana mahkamah dan pihak pendakwa tidak berpuas hati dan membawa kes itu ke mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan, kes itu selalunya diadili oleh tiga atau lima orang hakim secara serentak.

"Hakim-hakim yang bijaksana ini kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap fakta-fakta kes yang sama yang dihujah oleh pihak pendakwa dan pihak pembela dalam mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan.

"Ada masanya keputusan mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan ialah dua satu (2-1) atau tiga dua (3-2).

"Kenapa mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam menghakimi kes yang sama?

"Patutkah kita melemparkan tuduhan bahawa hakim yang tidak bersetuju itu adalah seorang hakim yang telah dibeli atau hakim yang tidak ada integriti? Sudah tentu tidak. Kita terima dan redho dengan keputusan mahkamah seadanya.

"Jadi kalau begitu, kenapa Dato Bahri merasakan pandangan beliau terhadap kes SRC itu yang betul dan pandangan Peguam Negara terhadap fakta kes yang sama adalah salah?

"Kalau hakim-hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan, yang kita anggap bijaksana dan terhormat, boleh mempunyai pandangan berbeza keatas kes yang sama, kenapa pula kita mahu mempertikaikan pandangan berbeza dari Peguam Negara terhadap kes yang sama?"

Sekali lagi ternampak jelas bahawa Abdul Rahman hanya mahu mengelirukan rakyat dengan hujah-hujah yang dilontarkannya. 

Adakah pandangan berbeza hakim yang bertiga atau berlima boleh disamakan dengan Peguam Negara yang hanya membuat keputusan seorang diri, lebih-lebih lagi jika beliau baru saja dilantik mengisi jawatan itu oleh Perdana Menteri secara mengejut di tengah-tengah ribut siasatan sedang dijalankan?

Kenapa tidak dikekalkan saja Peguam Negara yang lama jika benar-benar percaya dengan perbezaan pandangan?

Lebih dari itu, jika Abdul Rahman benar-benar meyakini kebijaksanaan hakim dan kebebasan mereka membuat keputusan, beliau seharusnya mencadangkan agar kes SRC International yang melibatkan Najib itu dibawa ke mahkamah untuk diadili oleh hakim yang bijaksana, bukannya diputuskan tiada kes oleh Peguam Negara tanpa perbicaraan?

Akhirnya, seperti jawapan ringkas Bahri sebelum beliau dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan penuh menjawab pelbagai persoalan mengenai persaraannya, termasuk hujah-hujah Abdul Rahman, "Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun di jabatan-jabatan kerajaan.

"Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pemakan rasuah. Pengamal rasuah jangan cuba nak jadi juara di luar sana."

Syabas Bahri, rakyat tidak sabar untuk menanti langkah seterusnya. (SH 04/01/2017).

123 comments:

  1. In sha Allah Tuan Punasihat akan kemukakan nama nama Lebai Lebai yg pakar untuk menerajui jawatan yg kosong dlm SPRM.....
    ha ha ha ha!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia konooooonnya negara Islam....tapi bermain taik rasuah dan wang haram sampai jadi negara ke2 tertinggi rasuah. Islamlah sangaaaattt...

      Satu dunia bercakap pasal skandal wang haram kita tapi kita satu M'sia senyap sunyi.....tak bunyi apa.

      Elok pulak negara kapir lagi kuat melawan rasuah. Dia orang pulak yg buat money trail.....jejak duit kita yg hilang.

      Kalo ikan bilis terlibat dengan duit haram ditangkap sumbat jel tapi bapak jaws terrrlepasss gitu jer.......itulah petanda sistem perundangan kita dah nazak.

      Kalo betul nak tegakkan undang2 tak kiralah undang2 Islam atau sivil.......sila bawak ke mahkamah kes duit rakyat yg hilang tu. Kemudian ditunjuk semua bukti2 hitam putih yg sahih.....segala transaksi bank, kertas2 laporan, panggil semua saksi2.....dan diadili semua hal dengan teliti sebagaimana yg sepatutnya ikut undang2 dan mahkamah......sama macam kes yg dikenakan atas ikan2 bilis.

      Dalam mahkamah tu nanti kalo tak salah akan terbuktilah tak salah....kalo salah terimalah padahnya. Tapi kalo tak salah....nak takut apa sampaikan orang tanya sikit pon tak boleh.....sampai dibawak orang yg bertanya tu ke balai??

      Sebenarnya kita di bawah ni nampak mainan wayang kulit ni tapi tuan2 besar yg di atas tu yg membodohkan diri dia orang suruh kita ni percaya dengan cerita toyol dan badak.

      Pelik tapi benar.....M'sia satu masa dulu dihormati dunia......bolehkan tak reti jaga duit.....boleh lesap berbilion2 yg hingga hari ni terus senyap.......tak pulak dicari mana perginya duit yg lesap tu dan tak pulak rasa bersalah pada rakyat.

      Tak sangka pulak rupanya M'sia ni ada toyol jin aprit sontot yg boleh lesapkan duit macam magik.....dah tu berbilion pulak tu. 7 keturunan boleh bersenang lenang.....walau kaki sontot tapi langkah panjang.

      Delete
    2. Pemakan dedak jebon dan rosmah ketot bekerjasama dengan peminum kencing lobai hadi mereng.....
      Cantik....sama sama asobiyyah.
      Memainkan isu perkauman.
      Dulu lobai hadi kata nabi tak mengaku umat kalau asobiyyah..
      Sekarang itu kerja lobai hadi...
      Takabbuurrr....

      Delete
    3. Sejarah putusnya hubungan PAS dan DAP di atas sebab perjuangan hukum syariah ISLAM di Kelantan..


      Setelah serangan bertali arus DAP terhadap PAS, Majlis Ulama mengusulkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dalam muktamar diterima sebulat suara atas beberapa perkara asas. Antaranya:

      1. DAP melanggar perjanjian ‘agree to disagree’ yang dipersetujui.

      2. Tahluf siyasi yang diputuskan Majlis Syura Ulamak (MSU) berkaitan kesepakatan dalam urusan teras tidak melibatkan urusan kepercayaan dan anutan aqidah umat ISLAM.

      Ulama PAS lulus usul putus hubungan dengan DAP

      3 Jun 2015.. GOMBAK – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

      Usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik disambut dengan laungan ‘takbir’ oleh semua perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-54, hari ini.

      Sejurus usul tersebut dikemukakan, seorang perwakilan dari Dewan Ulama PAS Perak, Nor Azli Musa menyokong usul tersebut susulan serangan bertali-arus pemimpin DAP terhadap peribadi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

      “Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP.. bukan dengan PKR atau PR.. sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR.

      “Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden kita, yang menjadi ayah kita.

      “Apakah kita sebagai anak-anak dalam PAS tiada perasaan? Sanggup menyerahkan PAS dan presidennya dinodai oleh DAP? Kita sedar bahawa keberaniaan DAP ini bersumberkan kepada sikap sesetengah daripada kita yang tidak wala kepada presiden dan parti,” katanya..

      List kronologi serangan terhadap PAS dan Tuan Guru Haji Hadi sebelum Dewan Ulama mengusulkan putus hubungan dengan DAP.

      1. Pada 18 Okt 2014 – DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan PAS kekal memperjuangkan hukum syariah di Kelantan malah menyuarakan pandangan jika golongan ulama kekal di dalam PAS maka DAP akan keluar PR, jika golongan LIBERAL menguasai PAS maka DAP akan kekal dalam gabungan.

      2. Pada 30 Mac 2015 – DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan alasan yang sama. Jelas isunya berkaitan Undang-undang hudud di Kelantan.

      3. Pada 15 Dis 2014 – Bekas Ahli jawatanKuasa PAS Pusat AJKPP mendedahkan terdapat perjanjian sebelum PRU 13 di antara PAS dan DAP berkaitan perjuangan teras Parti masing-masing. Perjanjian ‘Agree to disagree’ ditandatangani atas persetujuan bersama.

      4. Pada 24 Mac 2015 – DAP melalui Setiausahanya Lim Guan Eng membuat keputusan melalui CEC memutuskan hubungan dengan Presiden PAS kerana meneruskan agenda PAS memperkasakan mahkamah syariah dengan membawa usul pindaan RUU 355 bagi negeri Kelantan.

      5. 03 Jun 2015 – Setelah DAP Sabah dan Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS dan DAP pusat melalui CEC pula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Dewan Ulama PAS Pusat membawa Usul supaya PAS memutuskan hubungan tahluf siyasi kerana DAP telah melanggar perjanjian *agree to disagree* serta tindakan awal mereka memutuskan hubungan dengan PAS dan Presiden PAS di dalam muktamar PAS..

      Delete
    4. Boleh berambuslah dgn Pas. Apa bezanya?? Cuma menjadi alat untuk perkuatkan saja regime penyamun saja. Sejauh mana ikhlasnya kaki samun tu?? Kalau nawaitu sudah tak betul tentulah dari akar umbi hingga ke pucuknya pun tak betul.

      Delete
    5. Keputusan bodoh muktamar pas. Kata pas for all.. baru dap menetang sket dah putus hubungan. Islam kote hangpa la pas oii..sepatutnya hangpa kena bersabar kan org yg ada ugama mcm hangpa kena byk bersabar istiqamah...nasihat org pandai kena batang kote sendiri terus putus haid...pas parti pembohong bersiri, dunia dia dlm sarban dia..

      Delete
    6. Bahri kena banyak berhati-hati mulai dari saat ini sebab di khuartiri nasib nya berada di dalam tong simen,, harap maklum sajalah..........!!

      Delete
  2. Baru hang kenal siapa bosssss.

    Nasib baik ko tak jadi mata baboon macam Anwar.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi ko banggalah Ada boss Yang mahazalim...

      Delete
    2. Aku lagi bangga ada boss perompak yang dapat jalan pintas jadi billionaire dengan segera.

      Delete
    3. Sapa nak sokong pencuri dengan lobai yang mempertahankannya...angkat tangan..
      Lobai hadi asobiyyah perkauman..
      Dapig...perkauman la tu...

      Delete
    4. Aku pun bangga bila madey anak beranak ada kepentingan dlm lebih dp 400 buah syarikat.
      Madey memang seorang bapa yg deddykasi.

      Delete
    5. Lagi bangga billionaire segera Malaysia. Bangun je tido dah ada duit berbilion dalam akaun. Duit akaun peribody penuh tapi duit rakyat hilang lesap. Memang seorang manusia yg berdeddykasi. Tak ada tolok banding deddykasinya.

      Delete
  3. Salam bro, saya lagi suka tengok Roman Reign bergusti dari membaca komen si Rahman ni.
    His comments, most of the time, is insulting one intilligence.

    ReplyDelete
  4. Kita harus bebas dari menzalimi diri Kita sendiri. Untuk mengdapat habuan yang sedikit,Kita akan rugi yg besar di sini Dan di Sana. Dalam satu dekad atau dua dekad, Kita semua akan membayar pada harga yg tinggi Dan mahal diatas nafsu sorang wanita yg ingin gah pangkat, gelaran Wang intan permata.sesungguhnya lelaki punya 9 akak Dan 1 nafsu tetapi wanita punya 9 nafsu Dan 1 akal..Dan sesungguhnya lobai2 juga termasuk dlm golongan yg kedua.. Hidup Malaysia.. Kesian kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah sasar, sepatutnya di sasarkan kpd keluarga yang mempunyai saham DLM lebeh dp 400 buah syarikat, ITU baru dlm Malaysia.

      Delete
    2. Haramjadah dulu melalak kat putra merdeka sekarang nak salak kat sini.

      Delete
    3. Inilah contoh nyata yg dinyatakan Dato Bahri tu ya tuan2 sekalian:

      "Pemakan dedak ada di mana2"

      Dalam jabatan kerajaan
      Tepi jalan
      Malah dalam blog2 pun dah banyak

      Macam beruk 0933 ni.. Beruk yg begayut kat tiang tol dalam cubaan bodohnya nk mengalih tiang gol

      Delete
  5. Allow me to add to what you wrote, dear Shah:

    First, the case of 1MDB and SRC International and related stories are not just being the concern of Malaysians - various parties overseas for some time now are looking at it and some have in fact taken the necessary actions to be followed by other actions. Hence, that person from Kota Belud or something and people like him can say anything but these have very little value to those in the know.

    Second, the case of dear Bahri and for that matter the MACC as a whole brings out the picture that in Malaysia and elsewhere the importance of having the right environment or context for any good intention to come to a fruitful end. In Malaysia with context marred by corrupt personalities and co opted institutions has time and again shown that Malaysia can only move on when a new rightful context comes about.

    Yes, that MACC new head can say this and that about what he aspires to do and people like him all over the country can also say this and that as to what Malaysia and Malaysian are supposed to do to have Malaysia to be great again - but all this are merely angan-angan Mat Jenin when there is no strong foundation to underlie it all. My do'a for you Bahri in regard to your health issues and all that you endeavor to do from now on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ni cakap omputih..cakap Melayu la..

      Delete
    2. Najib pun ckp Omputih, Wak Jed pun berbuih kat UN lagi tu. 1145 ni dok bawah tempurong nombor beraper?

      Delete
    3. Kamu memang dunggu, bahasa senang pun tak faham. Agak2 kamu macai kuat makan dedak.

      Delete
    4. Simple english tu...tak paham suruh anak baca kan

      Delete
    5. Bukan saja simple english pun tidak faham. Sebenarnya bahasa malaysia pun tidak faham.
      Dubok tu binatang mcm mana dia nak faham. Oops salah cakap sebab anjing pun binatang tapi boleh faham cakap manusia. Dubok ni agaknya terlampau liar dan banyak makan bangkai jadi bodoh.

      Delete
  6. Syabas Tuan Bahri!...kerana tak jadi badut.

    Your integrity is intact. Kes SRC adalah satu kes yang "straightfoward". Hanya AG Pandi yang bengkok dan alasan yang diberi oleh AG berhubung kes ini terlalu bodoh untuk diterima akal yang waras....totally absurd. Seperti mana juga kes melibatkan MO1...AG Pandi menjadi pendakwa dan hakim sekali gus.

    Tuan Bahri...diharap tuan tidak akan berdiam diri menegakkan kebenaran. Tebus maruah Malaysia yang hancur lebur dan berbau busuk kerana MO1.

    Kerajaan Malaysia masakini langsung tiada integriti. Kesemua menteri (UMNO, MCA, MIC) mementingkan kleptokrasi dari bercakap benar dan jujur kepada rakyat...bahkan institusi Mufti pun dijangkiti penyakit "dedak" yang merebak tanpa segan dan silu.

    Kita sebagai rakyat, bertanggung jawab untuk mengembalikan martabat negara dan bangsa....anda tahu apa yang mesti anda lakukan...Nyahkan Kerajaan Kleptokrasi!...Kita berhak menentukan masa depan dan kesejahteraan seperti yang pernah kita kecapi suatu masa dulu.

    Sesungguhnya AG Pandi sengaja membutakan mata dan hatinya. Nampaknya Raja Cash bertahta dihati beliau...mudah mudahan beliau hidup tenang dan tidur nyenyak.

    Seluruh dunia melihat bukti MO1 seorang pencuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah akan buka pekung busuk perompak titik peluh rakyat tu satu persatu. Macam mana besar sekalipun kuasa dia tapi tetap tak dapat nak halang kuasa Allah.

      Delete
    2. Saudara putrakraken,

      Appandi kandasamy tu bukannya sengaja membutakan mata

      Tapi memang sengaja najip cari beruk yg dh sedia buta mata hati dan jiwa serta dah di'kasi' siap2 umpama sida2 istana maharaja cina utk menggantikan tan Sri ghani tu dulu

      Beruk yg dh ditambat pd pangkal pokok kelapa dan sentiasa bersedia pada bila2 masa utk memetik buah bagi tuannya

      Delete
    3. Tuan Putera.

      Masih ingat Tun M pernah ceritakan bahawa Najib pernah berkata 'cash is King' dan Najib tidak pernah menafikan mengeluarkan kalimah tersebut?

      Rupa2nya Najib telah mengetahui dan menyedari di akhir zaman ini memang ramai manusia termasuklah ahli agama yang sanggup menjatuhkan taraf manusiawi mereka menjadi haiwan demi wang. Ada kebenaran di sebalik kata2 Najib dan benar juga wang daripada Najib adalah berfungsi sebagai dedak, menjadikan manusia bertaraf haiwan.

      Cuma Najib dan para pemakan dedak lain tidak tahu bahawa dalam sejarah dunia ini tidak pernah seorang pun yang bergelar 'King' yang memerintah keseluruhan umat manusia.

      Ini King of Cash hanya berfungsi dan mampu memerintah sebahagian manusia dan tidak kesemuanya.

      Dedakians memang menyembah wang dan demikian King Of Cash berjaya menjadikan mereka sebagai 'rakyat2nya'.

      King of Cash ini akan dijatuhkan juga oleh mereka yang tidak menjadikan wang@dedak sebagai raja, dengan izin dan kehendak 'The Almighty King of the Universe'.

      In shaa Allah, semakin masa berlalu semakin dekat tempoh untuk ia berlaku.

      Delete
    4. Allah telah pun membuka pekong tersebut DG menyenaraikan beratus2 buah syarikat anakberanak madey.

      Delete
    5. Pekong penyamun bau hapak sampai ke swiss, singapore, US dan saentero dunia. Ada yg mengaku terima upah bermilion2 dan masuk jel singapore. Tapi kat sini buat bodoh macamlah orang sama bongok macam dia.

      Delete
    6. Hai busuknya bau Dubok 1749. Bangkai brand apa yang kau makan ?
      Oh brand 'pengkhianat negara'.Patutlah

      Delete
  7. Dia ingat malaysia ni tahap kota belud kot.

    ReplyDelete
  8. Pemakan dedak akan keluar malam..lepas jam 10 penuh la merapu kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun dah ada sekor dua yg keluar awal mencari rezeki mematuk dedak ni bro

      Gamaknya duit byk abis buat blanja skolah anak2 tu yg awal dh buat kerja tu huhu

      Halal haram dia tolak tepi janji perut kembong

      Delete
    2. Pemakan dedak jebon dah smah ketot beserta peminum kencing lobai hadi.

      Delete
    3. Pemakan dedak buat kecoh kat kat sini , dapat lah 5 - 10 hengget
      Nama pon makan dedak

      Delete
  9. Subhanallah, tuan telah menemui keamanan didalam diri tuan setelah tuan melangkah keluar dari pejabat sprm. Iman dan keamanan . Kepada tuan Bahri saya mendoakan tuan seisi keluarga sentiasa didalam pelindungan dan rahmat Allah. Saya percaya apabila tuan sujud kepada Nya, akan terasa ketenangan didalam hati tuan.

    ReplyDelete
  10. Tahniah dato demi kejujuran sanggup tinggalkan kemewahan yg haram tetap haram tetapi bagi pendedak dan penjilat duit haram akan mengatan babi itu pun halal demi utk pertahankan pemimpin yg rasuah penyamun dan pencuri duit rakyat nanti ada pula ulamak hebat akan mempertahankannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA pasal ko tak siasat anak madey yg billionaire bidan terjun tuh.

      Delete
    2. Apa ko tak pegi repot polis hal ni?? Buat apa ko memekak sini jer?? Pegi start motor ko pegi balai buat repot pasal anak mahathir. Kalo takut nak pegi sorang....ajak mak ko temankan. Tak pon atok ko pon boleh teman.

      Kalo dah bijak sangat beranikanh diri. Jangan ikut orang yg cakap macam guruh meletop letop nak saman....nak saman....tapi tak saman2 sampai sudah. Pastu bagi alasan tahap tadika sebab tak jadi saman. Nenek aku pon tergelak dengar alasan kartun tu.
      Haaaaaktuiiii !!!

      Delete
    3. 1757 ni bukan dubok tapi bangsat yang merayau tepi jalan. Salah masuk blog bro Din. Biarkanlah, cuma cari tumpang nasib mau dapat dedak.
      Who knows maybe he will be spoted as pengampu terbaik. Penuhlah dedak di mulut dan naik pangkat jadi pengkhianat rakyat.

      Delete
  11. Buat Dato Bahri,

    Kami mendoakan agar dato sekeluarga dilindungi Rahmat, kesejahteraan & keselamatan hendaknya

    Pepatah menyebut tak dapat tanduk telinga dipulas

    Orang jahat memang main c4 & tong simen je kerjanya

    Perjuangan memang penuh liku2nya

    Namun percayalah dato bahawa Allah bersama2 org yg benar, berfikir, berkata2 dan bertindak yang benar sahaja

    Yang cakap dan buat mcm ular kejap konar sana konar sini nanti kita pakat ketuk dengan buluh tumpat ramai2

    ReplyDelete
  12. temberang ja, cerita saja buat apa, bertindak la skrg kalu demi rakyat tak payah nak ugut2, bodooh punya kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembohongan apakah ini wahai Sinar Harian??

      GAMBAR DI ATAS ADALAH GAMBAR OGOS 2015, BUKAN GAMBAR BARU ==== klik, lihat gambar & baca

      http://www.sinarharian.com.my/.../saya-yakin-bukan-sprm...

      KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal sejak Mei tahun lalu.
      Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ia adalah pilihan peribadi Bahri tanpa paksaan mana-mana pihak.

      Menurut Azam, Bahri bagaimanapun memilih untuk menamatkan khidmatnya pada 3 Januari 2017 walaupun beliau dijadualkan bersara tiga tahun lagi.

      Delete
    2. Sokong lah peyamun tarbus tu. Moga pink bibir ko nanti. Comel cun.....

      Delete
    3. 11.10 apa bahalol ko ni......setakat gambar jer lama tapi berita tu berita terkini.

      Kalo keluar berita pasal diri ko hari ni tapi suratkaba bubuh gambar ko tahun 2015 pon tetap gambar muka ko kan.......dia takkan jadi muka aaron aziz atau orang lain kan???

      Tak perlulah semata satu berita.....orang kena start kereta pergi cari orang tu untuk ambik gambar terbaru dia.

      Apa ko ingat setiap hari berita najib keluar.....setiap berita tu terbitkan gambar terkini dia ke??? Kalo macam tu hari2 jurugambar kena ambik gambar terbaru najib.

      Yg penting berita tu sah terkini. Gambar tak jadi pasal. Kalo tak ada fakta duk diam2 jer....tak sape panggil ko komen. Bab gamba pon nak jadikan isu.
      Bodoh...!!


      Delete
    4. 11.10...gambar ic ko tahun brapa?

      Delete
    5. Somoga dihinakan org yg kaki penipu.


      Delete
  13. Saya melihat tindakan Dato Bahri meletakkan jawatan dan memberi kenyataan berkenaan adalah sebenarnya tindakan 'simbolik' untuk memaklumkan kepada rakyat semua bahawa negara kita dikuasai oleh geng penyamun.

    Ia juga sebagai satu tanda protes di atas pengkhianatan mereka yang memegang amanah, bukan sahaja Jebon Kelepet tetapi juga Pandir Ronggeng.

    Ini adalah kerana daripada segi amanah dan sumpah jawatannya, Dato Bahri tidak melanggar apa2 amanah, sumpah mahupun bidang tugasnya.

    SPRM tiada kuasa mendakwa. SPRM hanya mampu siasat dan serah bukti kepada AG. Keputusan untuk mendakwa ataupun tidak adalah hak mutlak AG. Dato Bahri tiada saham di dalam keengganan AG untuk membuat pendakwaan.

    Ertinya Dato Bahri tidak melanggar apa2 sumpah dan amanahnya.

    Masih ingat si Unknown berkata (atau lebih tepat lagi mengeluarkan fatwa) sebesar-besar jihad adalah melaporkan kepada SPRM? Sungguh lucu sekali.

    Tindakan Dato Bahri jelas menunjukkan bahawa apabila ia berkenaan si Jebon Kelepet, SPRM memang tidak mampu berbuat apa-apa. Maka membuat laporan ke atas si Kelepet ini jelas perbuatan sia-sia.

    Maka sebesar-besar jihad kita rakyat Malaysia pada hari ini ialah menjatuhkan Najib yang mencuri dari rakyatnya sendiri dan sekaligus kesemua pemakan dedak yang menjadi batu penghalang daripada proses keadilan dijalankan. Mereka ini juga perlu menghadapi proses keadilan tersebut.

    Sama2lah kita berusaha. In shaa Allah pihak yang bathil akan tumbang juga di akhirnya. Aamiin.

    Mereka hanya diberi tempoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.

      Didoakan hanya org yg takwa akan menang.
      Bermakna org fasik akan kalah.

      Delete
  14. Hukum makan dedak adalah haram. Jd beringatlah pegawai kerajaan. Jgn ambil mudah menyangka Allah akan mengampunkan dosa menyebabkan kita menzalimi hak rakyat. Jgn jawab bg pihak yg Maha Esa. Mungkin Allah tak akan ampunkan. Mungkin Allah ampunkan. Dosa yg tak disengaja dan yg disengaja adalah dua dosa yg berbeza di pandangan Allah.

    ReplyDelete
  15. 09:33

    400 syarikat? Blh tuan senaraikan syarikat2 tersebut mengikut pendaftaran di ROS. Jika gagal berhenti lah menjadi pengikut iblis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari sendiri lah ,

      Hampir kesemua blog ada

      Delete
    2. 14.27 pi la lapor polis. Ada masalah? Madey tak ada power lagi, nothing to hide

      Delete
    3. Nothing to hide dah jadi everything to hide. Tanya tak boleh, debat tak boleh, bincang di parlimen pun tak boleh. Semua tak boleh. Yg boleh angguk dan patuk dedak saja. Cakap macam petir berdentam-dentum, air liur bersepai tapi buatnya tidak.
      Nothing to hide kepala bana!!

      Delete
    4. Suka hati aku nak lapur kepada polis ke dak. Kalau aku salah jangan lupa saman tau.

      Delete
    5. Sendiri takut nak saman org.....ada hati nak suruh org saman ko pulak???

      Kahkahkah

      Delete
  16. may peace be with you

    ReplyDelete
  17. 'Kalau orang kata persaraan dipaksa sebagaimana dkatakan orang, tidak betul, tidak ada, dia (Datuk Bahri) bersara atas pilihan sendiri. Semasa sebelum bulan Jun lagi, dalam lebih kurang bulan Mei dia sudah mengemukakan persaraan dia," katanya kepada Astro AWANI.

    AZAM DALAM MASA YANG SAMA MENAFIKAN LAPORAN SEBUAH PORTAL BERITA YANG MEMETIK KENYATAAN DATUK BAHRI MENYATAKAN BAHAWA BELIAU MEMBUAT KEPUTUSAN ITU KERANA MERASAKAN TELAH MENGECEWAKAN 30 JUTA RAKYAT MALAYIA.

    “KAMI TELAH MENGHUBUNGI BELIAU DAN BELIAU MENAFIKAN ADA MEMBERIKAN KENYATAAN SEBEGITU KEPADA PORTAL BERITA BERKENAAN.” Bahri telah berkhidmat dengan agensi pencegahan rasuah itu sejak lebih 30 tahun lalu.

    http://www.astroawani.com/.../keputusan-pegawai-kanan...

    ReplyDelete
  18. Mereka kekal di dalam neraka jahanam selama lama nya.. Abadan2 kerana kerosakan yg telah mereka timpakan kepada orang lain..sesungguhnya janji Allah itu benar.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah! Pemakan dedak Tun Mamak dah keluar dari SPRM. Memang Najib tengah cuci badan kerajaan dari pemakan dedak Tun Mamak. Kalau barua ni dah letak jawatan Macam mana Tun Mamak nak selamatkan Lim Guna Eng seperti yang di janjikan? Kah Kah Kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuci duit rembat samun rakyat tu.

      2.6b masuk akaun sape??

      Duit SRC hilang 42m dalam zaman pentadbiran sape?? Yg pegi pinjam duit KWAP tu sape......mak ko ke??

      Bermilion duit bayar kat Aabar ciplak tu Tun M ke yg bayar??

      Yg dulu macam petir kata nak saman WSJ tu apa tak saman2..??

      Boleh tak ko jangan bodohkan sangat diri tu......kang mak ko jugak yg malu ada anak bengap macam ko.

      Delete
    2. Bro 1333 jangan habis tenaga pada khalid samad celup tu. Biar saya ajar cara melayan penkhianat rakyat tu. Begini.
      Woi khalid samad celup,pengkhianat rakyat. Go home to rest, and make sure you rest in peace(RIP) no matter how hard you try you cannot become human being. You will forever be/remain animals di dunia dan akhirat.
      Just to remind you incase you forgot. Dedak is only for animals.

      Delete
    3. Saja nak ingatkan teman2 seperjuangan, 'Khalid Samad' ini adalah nama samaran Kejora. Dulu di Blog Putra Merdeka, si Pengecut/Penipu ini juga kekadang pakai nama samaran 'Suharli Masrop', 'Arni Dari Malaysia' & "Mamak Biawak Tua'.

      Delete
    4. Tatang Ka dan Pak Othaman....
      Ini kejora kalo masuk sini kita sama2 kasi hantam sama dia.........such an annoying four-legged creature...!!

      Salam perjuangan.....


      Delete
  20. khalid samat...clear hang adalah anjing najib !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing najib dan barua lebai hadi...

      Delete
    2. Khalid ni dah banyak mkn duit haram... Dah jd darah daging... Betul najib sedang mencuci baden kerajaan untuk mencuci dirinya sendiri

      Delete
  21. Terima kasih Dato Bahri
    seorang insan yg berintegriti
    bukan wang jawatan dicari
    Negara dan bangsa lekat dihati

    Moga dilindungi Allah selalu
    Rezeki bukan hanya di situ
    mencegah mungkar tidaknya malu
    rezeki Allah pelbagai penjuru

    Dato Bahri tidak keseorangan
    jom kesini kita alukan
    John Doe ada, Tok Rahman dan Othaman
    kita tenyeh si Rahman Dahalan

    biar di kata 'cash is king'
    semua yang ada dia nak jinjing
    but not realising Allah is watching
    lepas PRU dia terkencing

    Bagaimana kuat dia merancang
    di Negara sendiri tak dapat dihalang
    Rancangan Allah lebih gemilang
    Pengkhianat bangsa pasti kecundang

    yang kenen Tun 400 syarikat
    reportlah polis samanlah cepat
    kemahkamah kita janganlah lambat
    tak saman, jadilah 'nothing to hide

    pendedak tegar mula berhujah
    mulut berbuih rakyat tak endah
    bukti ada siasat pun sudah
    nak dakwa si Pandir kata tak payah..

    Dato Bahri, jom lah ke blog
    PutraKraken, Mali Mulung, Tajul dah ada berlonggok
    bro & sis yg lain kerap menjenguk
    jom sama2 kita tenyeh pendedak2 bongok!







    ReplyDelete
    Replies
    1. As always u deliver clearly what is being discussed and rakyat's sentiment in simple pantun
      Thx

      Delete
    2. Hehehe..

      Tak terjumpa lagi nakhoda sewel tu nak spin mcmana cerita ni

      Delete
    3. Bro Tajul
      Nakhoda kapal korek dah pencen agaknya.
      Bijih timah dah tak der permintaan lagi......

      Delete
  22. Aku tak suka BN tapk aku tak suka korang hina seseorang dgn binatang. Cukup dgn komen pedas tapi bertamadun supaya kita bina rakyat
    Maysia yg lebih baik dibwh kerajaan yg lbh baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pro madey memang di ajar begitu,

      Delete
    2. Habis bila kena hina dgn BN, masih nak cakap bertamudun? Ingat lagi tak "BN menang rakyat senang", "harga barang tak naik bila ada gst"?..."keluar rumah awal elak tol", "makan nasi goreng tanpa gst", "buat 2 kerja", "jadi drebar uber".....ini bukan penghinaan? Nak bagi muka lagi? Kita ada hak nak hina mereka balik. Apa caranya, terpulang pada individu. Kpd anon 14.32...kalau dah kenyang dedak, dok diam2.

      Delete
    3. Betul 1513. UMNuBeEnD kempen bhw produk parti mereka terbaik, tapi ia penuh penipuan, Rakyat bagi kontrak 5 tahun. Mereka pun dapat kontrak kuli PENTADBIR selama 5 Tahun.
      Tapi masalahnya , mereka dgn gah nak jadi PEMERINTAH selama2 nya. 60 tahun dah fail, asyik tuduh cina la, apa lagi la.
      Hal Haji, Pegangan Islam pun mereka dah lantik diri jadi Sheriff.
      Mekayu yg bermahzab Bahlul Sunglap Wal Jammah ni pantang dengar bunyi mcm Arab sj, ketar lutut, takut tak dpt masjm syurga. Lupa Allah tiada pengantara.
      Bagi rakyat susah, tabur BRIM,sbb mereka tahu Mekayu senang makan budi termasuk dedak basi dan taek low rebus
      Media perdana terutama tv3 terlebih suku, kerja dia selimut bangkai gajah, sita otak, gadai moral
      Bingai Rakus sgt dah, Rakyat Melayu yg bertamadun dh tiada pilihan lagi.

      Delete
    4. Saya setuju saranan 12.49. Amat malang bila manusia pengkeplet di samakan dgn haiwan spt babi ular dan buaya. Binatang2 tu tak bersalah, mereka dicipta dgn peranan tersendiri di alam semesta. Saya rasa hinaan spt barua, bangsat dan anak haram sudah memadai.

      Delete
    5. 12:49
      Manusia ni kalo dah teruk tarafnya lebih rendah dari binatang,pasal seteruk2 binatang pun dia tak buat maksiat, tak songlap duit dan tak menipu...anjing yg korang rasa jijik tu, bila mati tak masuk neraka bro...

      Delete
    6. 1249 terpulanglah pada kau. Ini timbangan masing masing. Kalau kau mahu layan bangsat bangsat ni semua kau buatlah. Cuba kamu teliti kembali komen komen mereka,sudah jelas komen pengkhianat rakyat.
      Spin,twist n turn,without fact,off topic,racist,unreasonable ,etc.
      No human being of a sound mind would do that. If it is not animal then what is it please tell me. If oneself is willing to stoop so low then he/she must prepared to be comdamn. Condamn comes in many forms and for these pengkhianat rakyat i put them at par with animals. So i will not go round the bush. Dedak is for animal. Period

      Delete
  23. Kepada penjawat awam dan bekas penjawat awam, bersuara lah, jangan takut, ....ingat dunia, ingat juga akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok Arab bersuara bagi pehak kami,
      Yahudi laknat bersuara bagi pehak ko.

      Delete
    2. Tok Arab tarbus, mmg 1434 ni dh taksub...bunyi Arab sikit, dia kait dgn syurga. bagi dia Allah ada perantara. Mahzab Bahlul Sunglap Wal Jammah. Taek Low lintas dia telan. Reaksi balas najis dlm dagingnya menghasilkan melatah yg tidak rasionak bila berhujah. Suhu punggungnya pun dijangka akan naik mendadak selepas ini. Kesian , kan?

      Delete
    3. Tok arab naik private jet, kau naik kapcai...kah kah kah...you are pathetic 14.34...so laughable, really OMG ...

      Delete
    4. Tok Arab kaya jual minyak naik private jet.
      Madey sakau duit negara naik private jet.

      Delete
    5. Nqjib da rombongan kemuarga naik private jet, bil hantar rakyat bayar. haha bingai sgt 1537 ni. Otaknya mesti dipenuhi lendir taek low yg me.ghalang sel otak bersambung. Akal dh disita, moral digadai. Peningkatan suhu dipunggung ko akan meningkat lepas ni. Ia reaksi biasa apabila terdapat taek dan dedak basi dlm perut ko. kesian, kan?

      Delete
    6. 15.37...tok arab kaya apa? Telaga minyak pon dah gadai. Sah tak pernah baca bloomberg atau financial times.

      Delete
    7. 14.34 ko ingat asal arab jer sume Islam ke?? Ko baru keluar dari hutan ke??

      Berlambak arab kapir ada kat mesir, lebanon,dubai,,bahrain dll. Zaman Rasulullah pun bukan sume tok arab Islam tau tak???

      Dulu2 ko tak sekolah ke.....atau ko lari dari sekolah?? Tak der pengetahuan.....negatif -000.00000.

      Delete
  24. Sblm bawa ke ag, laporan siasatan dibentang kpd kumpulan pakar krn tindakan yg akn diambil adalah mo1. Kumpulan Pakar yg nasihatkan utk dilanjutkan ke ag utk pendakwaan. Kalu tak salah, pegawai kata tiada kes dan ditutup. Ag angguk je. Jgn lupa kronologi kes. Kita tunggu apa tawaran jawatan utk bahari selepas bersara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakar Putar kot 1320. Sudah2 la syok sendiri..urat malu ko putus kan? Kesian

      Delete
  25. Rahman Dahlan berkata:

    "Kuasa mendakwa diberikan kepada Peguam Negara dan kuasa menghukum diberikan kepada hakim atau mahkamah. Ini dibuat supaya ada elemen "Check and balance" atau "semak dan imbang" dalam sistem perundangan bagi mengelak mana-mana pihak dari menyalahguna kuasa mereka untuk menganiaya.

    "Maknanya kalau pihak penyiasat mempunyai niat untuk menganiaya orang yang disiasat, maka pihak yang mendakwa boleh menghalang niat tidak baik itu.

    "Kalau pihak penyiasat dan pendakwa pula bersengkokol untuk menganiaya orang yang disiasat dengan mendakwa orang yang disiasat itu, maka pihak mahkamah (hakim) boleh menjadi penghalang kepada niat buruk mereka itu."

    - Ini 'check and balance' versi Kota Belud. Cakap guna lubang kunyit. Selain menasihati kerajaan dalam hal-ehwal berkaitan kerajaan, tugas Peguam Negara juga hendaklah memastikan prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) hendaklah sentiasa dilaksanakan dan dipatuhi dalam apa jua keadaan. Rukun Negara Ke 3 dan 4 iaitu 'Keluhuran Perlembagaan' dan 'Kedaulatan Undang-Undang' dengan jelas menyatakan 'upholding the law' merupakan teras kedaulatan sesebuah negara. Negara kita tidak mengamalkan konsep 'rule of the jungle' di mana yang kuat dan berkuasa bebas dari dikenakan tindakan undang-undang.
    Jika rumah seseorang dimasuki perompak dan hasil siasatan mendapati terdapat banyak bukti yang jelas lagi nyata yang jiran sebelah rumah disyaki terlibat, adalah menjadi 'great injustice' jika pihak pendakwaan tidak membawa si polan dan si polan ke mahkamah untuk dibicarakan. Tiada keadilan dapat diberikan kepada mangsa kerana peguam negara ENGGAN mendakwa maka tempanglah sistem perundangan sesebuah negara. Si pesalah terlepas bebas dan bebas untuk melakukan jenayah lagi. Hukuman juga tidak boleh sewenang-wenangnya dijatuhkan jika tiada perbicaraan di mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa madey dulu lagi teruk, org tak salah pun dipenjarakan.

      So apa lagi mau komplain.


      Delete
    2. Kota belud...what do you expect?

      Delete
    3. 1415. Kalau ada bukti sebab apa tak dakwa? Yg bangkai gakah nampos dlm bilik ko tu tgk jugak. K9ntrak Tadbir Puak UMNuBenD masih ada , apa lagi tunggu. Rakyat bayar hari2 , mcm mcm cukai utk UMNuBenD Tadbir, ingat kerja Tadbir bukan berlagak Perintah. Ini pun susah nak hadam, sebab sel otak diselubungi Taek Low kering.

      Delete
    4. ralat 1530 tuju pada 1438

      Delete
    5. Dasar pemakan dedak...buta hati
      Dasar peminum kencing hadi.. Buta perut..bermodalkan perkauman...

      Delete
    6. 14.38 dah buat repot polis??

      Delete
  26. Insallah allah makbulkan doa rakyat malaysia..pecat dan tamat najib bn umno

    ReplyDelete
  27. Hari ni hari bersejarah..1USD = RM 4.50, sama tahap 1998! Cuma bezanya pada 1998 matawang indon, thailand, spore pun jatuh. Hari ni matawang kita jer jatuh, org lain tak. Petanda ekonomi kita ni makin teruk. Macai2 tak faham apa berlaku.

    ReplyDelete
  28. Dulu kota Belud ada KFC lama ke bangun an baru ada bangunan baru ada seven e tp masalah banjir kat pekan kota Belud X dapat diatasi .. Rahman Dahlan Adui Phalui ..Urang UMNO percaya dia atau macai dedak sila ikut ..Kami akan buang dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow?! Kota Belud ada KFC?!. Yg ramai tahu situ byk KFD saja.
      *Kentucky Fried Dedak

      Delete
    2. Ada KFC??? Ada ker duit nak beli?

      Delete
    3. McDedak ada?

      Delete
  29. Kalau dulu ramai yang tension awal lalu masuk parti isle tapi waktu itu sudah berlalu. Kini pihak yang keluar dari party berkenaan lebih dari jumlah yang masyuk.

    Sekarang politik baru. Ramai yang melihat Puak Pakatan ada harapan di depan. harapan di belakang dah ditinggalkan/dilupakan.

    Mungkin ada pertaruhan: 1. mamat ini akan pergi Jordan 2. mamat ini akan diraikan sebagai ikon dan di heret sana sini seperti yang dilalui oleh ikona-ikona sebelumnya.

    TQ superman Dap -- vision anda lebih jitu dari 2020, wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangkai gajah 1MDb mampos dlm bilik UMNuBenD t jgn lupa. Dh hanyir sedunia ni.

      Delete
    2. Asobiyah perkauman...
      Lobai hadi kata nabi tak mengaku umat...

      Delete
    3. Nampaknya Visi Superman Dap -- melaise screw melaise -- akan jadi realiti lebih awal dari Visi si Ultra Melaise!

      Kebetulan atau karma?

      kah kah kah

      Delete
    4. 1617, malaise nak fikir, otak bingai akal sita mmg patut discrew pun. Ko tentu tiada masaalah dgn usaha membangunkan bangsa Melayu yg dah jd Mekayu. Ataupun mungkin ko ni ada rasa gelisah nk ditamatkan kontrak Tadbir UMNBeenD? Tip, jika ada tanda panas dipunggung segera hentikan makanan kebiasaan tu.

      Delete
  30. Puak2 berkeris akan masuk neraka berbondong2 kerana mereka taghut Dan amal asobbiyah. Puak2 parti cap bulan akan berbondong2 masuk syurga dgn bidadari menanti.. Jika pangkah parti lobai.. Undi lobai masuk syurga...jaminan lobai kapla a.k.a lobai maksum.. Tak tau syurga mana...kesian kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg masok sana, ketayap masok poket blkg. Ini mubgkin sebahagian rehersal masuk syurga kat pekan golok tu, kot?

      Delete
  31. I really feel sorry 4 this kota belud character, a smart guy. How come he's so dump. Maybe overdose of dedak. What dedak can do to a person. Stop eating animal feed. It's non-halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is ok to play dumb sometimes and all the times....to fit into the crowd that elected you...kih kih kih

      Delete
  32. Matahari blm benam, jin2 dedak keluar awal hari ni...claim overtime kot

    ReplyDelete
  33. mcm mana la nasib Malaysia ni. BN dan PAS bersekongkol,najib semakin berani di sebabkan oleh gejala “nasehat menasehati” PAS. sekurang2nya kesian la dgn rakyat malaysia ni. yg makan dedak, yg wala` mintak tlg la jadi rasional. kita sama2 nak jatuh gaung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampa jgn main tuduh2 makan dedak la, curi duit 1MDB la.
      Mana bukti hampa
      Bagi 4 org saksi baru kami caya.
      Kalau setakad cakap2 saja, lebih baik hampa pi pekena teh tarik kat kedai mamak lagi baik

      Delete
    2. 4 saksi pala utoh.

      Delete
    3. 19.06 DOJ tak main cakap kalo tak der bukti. Lepas siasat baru dia orang buat kenyataan. Pihak swiss mintak kerjasama Malaysia nak siasat pasal duit haram tapi ditolak. Singapore dah sumbat orang2 yg terlibat dengan duit 1mdb masuk jel.

      Kat Msia ni nak tanya pon tak boleh. Sebut pon tak boleh. Macam mana nak siasat semua disekat.
      Bangang!!

      Delete
  34. Duhai Pro Pro Dedak

    UKIMAK LU

    ReplyDelete
  35. Check balance....kikikikiki!!!!

    ReplyDelete
  36. Dengan tergelincirnya matahari hari ni maka gerombolan jinjilat dan pemakan dedak berperisa taek low akan mula shift sat lagi. Seperti juga zombie tak berakal.saki baki ini perlu dibasmikan,.spt perosak biasa.

    ReplyDelete
  37. Tak sia sia bijan lantik si rahman yang lebih genius dari mat maslan ni jadi jurucakap umno.

    Pintar sungguh dia putar belit.

    Mesti bangga org kampung dia ada ahli parlimen seperti ini.

    ReplyDelete
  38. Pencen aeal Bahri tdk merubah atau membantu sprm kerana itulh agenda utk buat dia keluar awal dari sepatutnya. Dia sepatutnya kekal didalam, tugasnya menyiasat bukn mendakwa, maka tak prlu emosi. Keluarpun apa guna❔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sprm mmg xakan berubah tapi persepsi masyarakat pd sprm yg akan berubah

      Yang kekal di dalam tu dh terang2 la tpaksa jd buta kayu mengenangkan utang Keta n umah xhabis lagi n anak2 masih skolah

      Apa yg nk disiasat kalau 2 kali submit docs pd appandi pun kena tolak buta2 je

      Yg penting dia makan nasik n bukannya dedak macam kau

      Delete