Thursday, 5 January 2017

LAWAK SEORANG KSU


Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Irwan Siregar Abdullah mengumumkan penerima BR1M yang tidak memiliki kereta akan diberi kemudahan untuk menggunakan bantuan berkenaan bagi membeli kereta Proton Iriz.

Ia akan dilaksanakan tahun ini, katanya.

Kata Irwan Siregar lagi, dengan pembelian kereta itu, mereka kemudian boleh menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Uber atau Grabcar.

Selain itu, Irwan Siregar juga memberitahu, pihaknya akan menstruktur semula  BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan melalui wang tersebut.

Kita juga sedang mengkaji bagaimana BR1M  boleh digunakan untuk latihan untuk memulakan perniagaan.
Perghhh....banyaknya kegunaan BR1M.

Untuk beli kereta,  beli makanan, beli barangan keperluan dan untuk latihan sebagai persediaan memulakan perniagaan.

Sudah tentu, penerima BR1M juga akan menggunakannya untuk membayar bil utiliti, tambah nilai telefon, mengisi minyak kenderaan dan macam-macam lagi.

Pendeknya, wang BR1M boleh digunakan untuk pelbagai keperluan dalam kehidupan seharian.

Tetapi, berapa bantuan BR1M yang rakyat dapat?

Jumlahnya ialah antara RM450 hingga RM1200.

Soalnya, bolehkah dengan jumlah bantuan sebegitu kecil, BR1M digunakan untuk macam-macam tujuan seperti yang disebut oleh Irwan Siregar itu?

Bagaimana juga untuk membeli Proton Iriz dengan wang BR1M itu? Bolehkah dengan wang antara RM450 hingga RM1,200, ia dijadikan bayaran pendahuluan membeli Iriz?

Berapa pula bayaran ansuran bulanannya?

Lagi pula, baru minggu lalu Najib berbangga bahawa pertumbuhan ekonomi antara 4.3 hingga 4.4 peratus yang dicapai negara adalah sesuatu yang hanya boleh diimpikan oleh negara-negara maju.

Jika pertumbuhan ekonomi begitu bagus sehingga melebihi negara-negara maju, mengapa hanya tawaran menjadi pemandu Uber dan Grabcar saja yang mampu ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat?

Berikut pula ialah komen Rafizi Ramli mengenai cadangan Irwan Siregar yang juga merupakan Pengerusi 1MDB:-

NAJIB PERLU NAIKKAN BANTUAN BR1M KEPADA RM40,000.

Saya tertarik dengan idea Tan Sri Irwan Siregar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi 1MDB yang dipetik dalam satu laporan mencadangkan penerima BR1M yang tidak mempunyai kereta menggunakan BR1M untuk membeli kereta Proton Iriz supaya mereka boleh menjadi pemandu Uber atau Grabcar. 

Dengan cara ini, menurut laporan Malaysiakini itu http://www.malaysiakini.com/news/368232 , mereka boleh menjana pendapatan.

Cadangan itu boleh dilaksanakan dan sudah tentu akan berjaya sekiranya Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan bayaran BR1M daripada RM1,200 (penerima e-Kasih atau pendapatan isirumah bawah RM1,200), RM1,000 (orang tua), RM900 (pendapatan isirumah antara RM3,000 dan RM4,000) atau RM450 (orang bujang berpendapatan bawah RM2,000) kepada RM40,000 setiap penerima BR1M.

Saya telah menyemak harga Proton Iriz dan mendapati ia berharga RM40,000 sebuah.

Jika BR1M diberikan pada kadar sekarang (antara RM450 hingga RM1,200 sahaja), penerima BR1M hanya mampu membayar ansuran bulanan sebanyak maksimum dua bulan sahaja. Mereka hanya sempat menjadi pemandu Uber dan Grabcar selama 2 bulan sahaja.

Peruntukan untuk BR1M juga perlu ditambah dari RM5.3 bilion setahun (angka 2015) untuk 7.4 juta penerima kepada RM 296 bilion setahun (7.4 juta penerima X RM40,000).

Saya yakin cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini akan berjaya menjadikan Malaysia mencatat rekod baru sebagai negara paling ramai pemandu Uber dan Grabcar.

Saya memilih untuk menjawab cadangan Tan Sri Irwan Siregar ini secara sinis dan menyindir kerana beliau juga dipetik berkata bahawa ekonomi negara adalah kukuh tetapi dipengaruhi oleh pandangan negatif. Saya ingin memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa cadangan-cadangan seperti “orang miskin boleh buat dua kerja dengan menjadi pemandu Uber” (Dato’ Seri Najib) dan “guna BR1M untuk beli kereta Proton Iriz jadi pemandu Uber” yang menyebabkan pelabur dan orang ramai hilang keyakinan dengan pengurusan ekonomi negara.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Kadang-kadang macam menonton program Maharaja Lawak pun ada bila mendengar begitu banyak yang boleh digunakan dengan wang bantuan BR1M sebagaimana yang disebut oleh Irwan Siregar itu. (SH 05/01/2016).

74 comments:

  1. Irwan siregar pala utoh..bodek kuat..pundek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka Irwan ni pun dah asal didesign macam Monyet. Elok sangat la Allah Taala bubuh perangai pun mcm monyet.

      Subhanalloh. Mmg sekufu sungguh.

      Delete
    2. RM450---RM1200 untuk beli Proton Iriz, yang cakap confirm giler punya orang, hanya dapat 4biji tayar Proton Iriz sahaja,,kecuali MO1 tambah RM20,000 seorang baru boleh cerita......!! Lagi pun MO1 bukan tak ada duit punya orang dah berapa banyak dia mentekedarah wang Negara dan Rakyat.......!!

      Delete
    3. Proton iris bayar muka RM sifar, so APA yg korang menyebok macam org di wad Hosp Yg. Rambutan.

      Menamg korang dah bankrapsi isu. Semua isu budak2 sekolah pun boleh sanggah ,debunk DG mudah saja.

      Delete
    4. Ini lah padahnya bila terkena "mendrem" nasikangkang+dedak, semua jadi bangang dan bengong!!!

      Ke guaner Din?

      Delete
    5. Anon 07.38 jangan berlagak pandai sedangkan pada hakikatnya anda paling bonggok,walaupun tiada bayar wang deposit namun setiap bulan nak bayar pakai Pasir ke??

      Delete
    6. "didesign macam monyet" wakakaka

      Delete
  2. Najib menjadi menteri kewangan dan penasihat 1mdb. Kedua-duanya juga ada irwan serigar.
    Nampaknya najib memang bijak memilih kakitangan untuk bekerja dibawahnya.
    Bukan mudah nak mendapatkan manusia berotak lembu di zaman ini tapi najib berjaya mendapatkannya.
    Makanya malaysia boleh berubah menjadi seperti sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama xnampak

      How are u, bro?

      Semoga sihat sentiasa

      Delete
    2. Dia tu nampak saja sihat.
      Tapi dah sasau, dah gila.
      Selayaknya duduk kat Tg.Rambutan...

      Delete
    3. Patutlah pelabur asing ramai dah lari, Malaysia diperintah oleh orang2 gila.

      Delete
  3. Kah2...masuk angin keluar asap la
    Duit diberi...tapi..secara rahsia..duit ditatik balik.

    Bijak...bijak...keling ni.
    Specis ni kalau lidah tak berbelit mmg tak sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiya..lu salah tembak la bro.

      Dari nama dia, dia orang Batak Karo, Siregar, Nasution itu nama suku Batak. kalau kulitnya hitam manis, mungkin mamanya orang Timur2 atau Flores atau Papua

      Kesian Mamak !

      Delete
  4. Duit BRIM Boleh beli jet peribadi...

    ReplyDelete
  5. Org jimat skrg....tak naik teksi dah. Tanya drebar teksi kat kl, nak dapat rm100 sehari pon payah. Yg bawak uber pagi sampai malam boleh la dapat lebih sikit. Yg dok pi klia pon majoriti ada customer tetap. Jam 4 pagi pon kena ambik, nak jaga hati customer. Org putrajaya mana naik teksi.

    ReplyDelete
  6. amat sayang sekali. budak mu'alaf yg pintar ini n atas daya usaha sendiri, tlh berjaya d nobatkan sebagai 'the three wise men' dlm perkhidmatan awam, mungkin akan mengakhiri kerjaya nya dlm keadaan tidak d hormati.

    dgn kenyataan nya yg pelik2 kebelakangan ini, dia tlh mencemar nama baik jawatan. nampak sangat dia tlh menjadi 'kaki bodek' tegar n tlh memilih utk timbul n tengelam (swim or sink) bersama najib.

    saya tak bolih fikir apa akan jadi pd diri nya apabila kerajaan bertukar tgn kelak.

    bagi mengelak drpd tuduhan CBT,ada lah d harap kan yg beliau sedia/sudah menyimpan nota2 arahan yg d terima drpd najib bagi melaksanakan tugas2 nya selaku KSP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Rahman...
      Time Tun M dulu tak pernah ada orang2 tinggi dalam gomen yg macam badut sarkis.

      Kalo menteri2 kabinet zaman Tun M dulu rakyat tabik hormat. Bawah Tun M cakap kena ada asas, kena ada fakta.....kalo merapu tak tentu hala memang kena sebijik dengan Tun.

      Tun M bukan malaikat....jauh sekali Nabi....sebagai manusia yg tak maksum Tun ada jugak buat silap tapi silap Tun M taklah sampai menggadai nasib rakyat, wang rakyat dan negara. Jasa Tun lebih besar dari silapnya......hanya yg bangang jer cuba nak nafikan jasa Tun.

      Lain masa sekarang dah mengalahkan maharaja lawak.

      Delete
    2. Bro....dengar cerita ramai penjawat awam kena frame akhir2 ni demi menutup bau bangkai yg busuk dan alih perhatian.
      Ikut arahan kena, tak ikut arahan pun kena juga.
      Sebab tu ramai yg bersara awal.

      Delete
    3. Raja lawak selebriti sudah semakin menyusut dan merunam sejak akhir2 ini. Sebabnya ada kehadiran menteri2 komedi akhir2 ni. Lawak2 mereka sungguh natural.

      Delete
    4. Nora bagi 5 bintang yeay!!

      Delete
    5. Bro Tajul.....bukan 5 bintang tapi dah tak cukup bintang nak bagi.......komedi yg berkualiti tinggi tu bro.......

      Delete
    6. Pak rahman jpc.

      Cuba tukar sudut pandangan nescaya pak rahman akan melihat kebarangkalian lain pula.

      Kekadang bukan carrot yang menjadi dorongan orang2 sepeti Irwan untuk merapu tetapi 'stick'.

      Dengan penangkapan bbrp pegawai besar penjawat awam kes rasuah ada kebarangkalian Irwan lebih takutkan stick daripada terpesona dnegan carrot.

      Barnagkali juga ia terpesona denga carrot yang dijanjikan selepas persaraan.

      Apa pun yang pasti orang-orang seperti ini akan menjadi cacing kepanasan apabila Najib tumbang kelak.

      Ia tetap akan berlaku juga, in shaa Allah. Aamiin.

      Delete
  7. Bukan kah umno sudah 60 tahun patutnya bersara wajib. Mari lah kita ramai2 mengiringi mereka mereka berjalan keluar dari putrajaya pada hari terahkir nanti ke mahkamah dan seterusnya kepenjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat UMNO sahaja, Pas pun sudah sampai masa nya untuk bersara wajib. Selepas bersara wajib boleh lah kedua dua president ni berkawan dengan si tambi yangsedang mabuk tody tu.

      Delete
    2. Dia tak minum tody bro
      Dia layan CHIVAS REGAL ( whisky ) & ROYAL SALUTE ( brandy )

      Delete
  8. Pendedak tegar spt kata BAHRI bekas bos Bahagian Operasi Khas SPRM.

    ReplyDelete
  9. Kpd mentree2 kabinet seluruh malaysia (persekutuan&negeri),,sy nak mintk derma RM1000 tiap sorang Buat modal niaga..dpt untung,sy pulangkan balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak brim tiap bulan la. Sebulan RM1000/- baru blh sokong BN. Kalau setahun RM650 ja...toksah nak harap aku pangkah BN.

      Delete
  10. nape ksu yg bekap najib.. mentri2 vangangers dh x relevan ke? kalo dh maen ksu.. maknenye najib dh kesorangan.. pejadah bayaq elaun menteri mahal2.. sekor pn xbekap.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri2 semua busy joli sakan dan berjudi skg ni.

      Opis kosong.

      Kena la si malaun sekor ni tlg jawab.

      Delete
    2. Menteri kabonat...

      Delete
  11. Can this pundek give his bright ideas how to improve the ringgit after falling to the lowest since 1998...if no..then this proved that this pundek is a real pariah.

    ReplyDelete
  12. Makan dedak rasuah belake umno bn nih
    Insyallah doa rakyat makbul..hapus dan lenyap najib bn umno

    ReplyDelete
  13. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana telah diberikan BR1M. Saya amat bersetuju sama sekali idea KSU dengan idea mempelbagaikan kegunaan BR1M. Jelaslah BR1M seharusnya digunakn untuk belanjawan yang bermanfaat bukanlah dibelanjakan dengan membeli barangan yg membazir seperti eksos besar. Bahkan rakyat juga digalakkan berjimat cermat agar nilai BR1M sentiasa mencukupi.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kellies Castle.....memang brim tu cukup untuk pelbagai kegunaan. Banyak betul brim tu. Rakyat yg terima brim tu setahun tak payah keje......memang mencukupi.

      Kalo ko cerdik.....cuba kira berapa GST yg dibayar dalam setahun masa beli barang keperluan rumah, minyak kereta, servis kereta, pakaian dan sesekali bawak family makan di restoran.....KFC, Pizza Hut....sesekali bawak family berjalan, sewa hotel dan lain2. Cuba ko bandingkan dengan jumlah brim yg ko dapat dengan GST yg ko bayar dalam setahun......mana jumlah yg besar......brim atau GST??

      Delete
    2. Kellie castle pala utoh..sembang bodoh piang..KO g bodohkan kaum sekufu ko yg cerodik buah pelior..kesian kan? Bangang

      Delete
    3. Ada lagi graduan perasan ni..

      Dengan tahap 'kebijaksanaan' anda, kami yakin bahawa jangankan universiti, malahan masuk kelas memasak pun kamu akan fail

      Delete
    4. Kellie castle
      Makan dedak gak ek
      Pi sambung lagi study tu
      Ambik account & economy bior bijak buat kira kira

      Blajor sampai newcastle
      Balik balik makan dedak
      Orang cam ko ni yang makin menjahanam kan kerajaan
      Otak keldai lagi bagus dari otak ko ni

      Delete
    5. Kellie bangang.....1+1 berapa?
      Jawabnya pelempang....nak?

      Delete
    6. 1.25.....tak der mana newcastle university......Kellie's Castle kat Batu Gajah Perak tu adalah.

      Delete
    7. anak haram newcastle asshole university alumni..mana uk or ozzie? mmg ko nie tolol anak bangkai,

      bapak lu la..ko ingat brim bram brom bapak tiri lu bagi ada bilion ke?

      Delete
    8. new castle... kota baru nk eksyen la konon tu. Jgn ini sj bahasa english yg baru brlajar. Tak kenyang3 mkn taek. Bingai tk ada ubat 2344 tu

      Delete
  14. BR1M beli kapcai boleh laaa...second hand punya

    ReplyDelete
  15. 7.5 juta ketua keluarga/perkerja mkn BR1M. Rakyat Malaysia berjumlah 30 juta. Tapi hanya maximum ketua keluarga pun tak sampai 10 juta.
    BETUL? atau hampir dgn Betul? Setuju?
    FAKTANYA 75% Rakyat perlukan BANTUAN (termasuk penghinaan bodoh spt usul cebur Grabcar, Nasi Lemak dan sebodoh lain pd pembayar PTPTN)
    Jija dirumus, bila 75% Rakyat lumpuh, Malaysia dh jadi Negara sgt MISKIN.
    Ini nyata sebab kepincangan dlm Pentadbiran oleh UmnuBeEnd skrg.
    Fakta ini sentiasa diselimutkan oleh media perdana kolot dgn bantuan ahli akademik kangkong,ulamak asyok,dan penjilat2 bangkai gajah 1mdB.
    Masih terlalu ramai Melayu yg hnya pilih utk jd Kayu. Kesian, kan?
    ...kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita Nasional Malaysia (Bernama) dah jadi semakin kolot semakin merapu.
      Dulu tagline Baru dan Benar
      Sekarang tagline Baru Benar2 menipu.

      Delete
  16. BR1M rm1200 mana cukup nak pi las vegas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tukang kira si siregar dan kellie castle tu
      Gerenti cukup
      Sampai hujung dunia pon cukup dengan 1200 tu

      80 puluh belas ratus kali boleh minum teh tarik kat LON DON

      Delete
  17. Kalau ksu negara punya idea yang sebegitu, tak hairan kalau KSN KKLB boleh situduh rasuah berjuta RM. Mengenai KSN KKLB, apa pula kata menterinya pula. Rakyat dah meluat bila rasuah berleluasa, dari menteri sampai kakitangan bawah. Tunggu apa, kalau negara lain menteri patut malu dan bertanggungjawab sama. RESIGN!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Revolusi pun sudah boleh.

      Delete
    2. Betul 0040 dan 849. Kalu Jepun ug kapir atau atheist pun dia dh samurai tali perut sendiri. Kalau Korea dia dh lompat tanoa parachute dari bangunan 60 tingkat. Tapi bagi Yg mengaku melayu beradap, mengaku islam tu, lagi songlap kuat ada. Kesian kan?

      Delete
  18. Ada sedikit kelainan sikap pada masyarakat melayu sekarang ini.
    Contohnya bila ada penyamun merompak rumah mereka, seluruh keluarga menyumpah seranah pada penyamun tersebut. Tidak menghalalkan segala barang yg kena rompak.
    Tetapi pelik sungguh bila penyamun besar merompak harta negara mereka berbillion ringgit mereka boleh buat tak apa. Mungkin mereka tak tahu akibat yg akan mereka tanggung sampai keanak cucu mereka. Negara mereka kehilangan hasil kerana terpaksa bayar hutang berpuluh tahun dan peruntukan pembangunan terpaksa dipotong. Separuh subsidi terpaksa dikurangkan mengakibatkan harga barang melambung naik. Mereka boleh rilex tanpa rasa marah.
    Hairan sungguh ya? Mereka sokong pula supaya penyamun itu boleh merompak negara mereka lagi.
    Ada Doctor Psycology disini yg boleh beri pendapat?

    ReplyDelete
  19. Kalu duit BR1M beli raket badminton logik juga.
    Pi training tuk wakili negara rampas piala Uber, lagi k kot.

    ReplyDelete
  20. Dengan BR1M rakyat akan mampu:
    1. Beli Iriz
    2. Barang makanan/keperluan
    3. Latihan memulakan Perniagaan(dlm kajian lagi...huhu)
    .....perrgh banyak...dan
    Besar nya!!!
    Apa yg besar?
    AUTA. Tu je.
    Ingat tu rakyat....dgn 1200 hinggit setahun, anda mampu dapat semua tu....bersamaan 100 sebulan....bersamaan...3.33sen sehari!!
    WOW! Dasyat kan AUTA ni...tu je la utk rakyat yg terima br1m ni.

    ReplyDelete
  21. Aku tak sabor tunggu pru 14
    Dah menyampah dengan kerapu kerapu yang merapu ni
    Selagi BN memerintah selagi tu rakyat makin marana dan terus menderita , rakyat terus menerus di kencing oleh menteri menteri dedak dan media electronic pro BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakan dedak jebon/rosmah ketot berganding dengan peminum kencing lobai hadi mereng.....
      Canntiiikkk

      Delete
    2. Bila Najib menghebohkan dia Bugis pergi ke Sulawesi di beri anugerah Bugis entahapekebende, nampak perasaan melayu nya kurang.

      Bila dia lantik seorang bukan Melayu tetapi keturunan India Muslim sebagai Ketua Setiausaha Negara - tak pernah berlaku sebelom itu, dan penama melangkah 1-2 pegawai lebih kanan dari nya - nampak lagi semangat Melayu nya tak kuat.

      Bila Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, jawatan yg ke2 paling tinggi dalam PTD, seorang India ("bin Abdullah" yang memeluk agama Islam), maka nyata lah Najib kurang semangat Melayu.

      Tak tahu lah jika Najib sengaja mahukan orang2 seperti itu - seperti pelawk KSU Kementerian Kewangan - bagi tujuan2 tertentu nya. Dia Menteri kewangan, pegang kuasa besar di atas wang Kerajaan.

      Tapi kita tahu Najib bergelumang dengan tuduhan menyeleweng 1MDB dan menyonglap berbilion Ringgit masuk akaun dia, anak tiri dia, kroni dia - "misappropriation of 1MDB funds and money laundering", kata DoJ USA berkaitan tindakan mahkamah mereka merampas harta anak tiri dan kroni Najib di US.

      Delete
  22. Dalam tahun baru ini, teruskan membahalolkan diri dengan kata-kata yang bodoh dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin !

    ReplyDelete
  23. Kalau semua orang dah mampu beli kereta apa kejadahnya nak guna grabcar dan uber lagi.

    ReplyDelete
  24. Masalah berpunca dari Najib nak ambil hati Cina untuk dapat undi untuk Umno/BN yg dah merudum di PRU13, hingga nyaris lingkup, dapat majoriti ha nya lk 20 kerusi.

    Hingga sanggup dia tak mengaku Melayu, mengaku dia "Bugis, jugak pendatang". Takda maruah langsung. Dahtu, di ketepikan nya DEB. Di buang nya Kementerian Kemajuan Ushawan yang membantu pengushawan Bumiputera. Buang ISA, buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi hak dan kepentingan Melayu.

    Dapat tsunami Cina jugak dia di PRU13. Tambah pulak sekarang skandal 1MDB dah di ketahui di seluruh pelusuk kampung. Mungkin tsunami Melayu pulak di PRU14.

    ReplyDelete
  25. musim org umno berlumba-lumba menunjukkan kebodohan tahun 2017 sudah bermula

    ReplyDelete
  26. MasyaAllah

    Meluap darah baca berita ni. Ini ke dalam kepala hotak seorang KSU?...Kementerian Kewangan pulak tu.

    Banggang, paloi, tolol...berapa banyak BR1M yang rakyat dapat?...Kalau rakyat dah tak mampu nak beli kereta sebab pendapatan tak mencukupi...camne nak bayar ansuran bulanan kereta nanti? Bank mana nak bagi loan dengan orang pendapatan yang sedemikian?...Kementerian nak bagi guarantor ke?...Bongok! serupa 1MDB...pinjam lepas tu songlap...hutang tak terbayar...last last kerajaan tanggung...Ketua songlap masih dok situ jugak....Damned you.

    Kalau memang dah tak mampu...memang tak mampu. Jangan KSU nak suruh ikat batu dikaki dan terjun sungai...Bongok!... tak ubah macam umpan orang makan daging dalam kandang harimau lapar....Bodoh!...Paloi!.

    KSU macam ni dalam Kementerian Kewangan?...patut pun ekonomi hancus. KSU jangan bagi statement politik cam ni....kamu tu penjawat awam. Buat kerja...ingat sumpah jawatan.

    KSU is the most powerful...he can have the cake and eat it too...just like the recent KSU who has million in cash and bullion. Mampos ko, orang macam ni....you are worst kind.

    MO1 dan jentera kerajaan dan GLC hanya tahu berhutang dan berbelanja untuk keseronokan diri. That is the legacy of MO1.

    Bongok, bahalol, tolol, paloi

    Orang kampung selalu kata: School high high, Stupid never finish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong pendapat ini

      Delete
    2. Sokong pendapat PutraKraken.

      Bila dah baca statement KSU bangang tahap gaban ni pasal BRIM boleh digunakan utk beli Iriz dan macam2 lagi, aku terpikir betapa bangangnya KSU ni. Saranan yg dicadangkan langsung tak boleh pakai. Macam mana orang ni boleh layak pegang jawatan KSU?

      Orang beli kereta berdasarkan kemampuan bukan kerana ada BRIM terus boleh memiliki kereta baru. AKu tak paham kenapa KSU bangang ni boleh mengaitkan BRIM boleh beli kereta baru.

      Setahu aku bank tak peduli langsung mengenai BRIM sebagai syarat luluskan permohonan loan beli kereta. Syarat penting ialah pendapatan pemohon. Kalau tak mampu nak buat macam mana...memang tak layak beli kereta jawabnya.

      Aku nak lihat bank bodoh mana yg boleh luluskan pinjaman loan berdasarkan BRIM. Tak payah tunjuk slip gaji. Asalkan dpt BRIM, boleh beli kereta baru boleh jadi pemandu ubercar...bunyinya macam senang sangat beli kereta baru.

      Saya menganggap tujuan utama pemberian BRIM diadakan ialah meringankan beban penerima BRIM. Kos sara hidup semakin meningkat. Beban hutang semakin banyak. Dgn adanya BRIM, rasa beban dpt dikurangkan sdt sebyk. Aku ada dengar dari rakan2 aku sendiri, BRIM digunakan utk langsaikan hutang tertunggak. Bile dpt BRIM terus bayar butang, itulah kerja rakan2 aku. Mana ade peluang beli makanan dan barang keperluan apatah lagi nak beria2 beli kereta baru.

      Nampak gaya KSU bangang ni tidak memahami penderitaan yg ditanggung oleh kita semua. Kenapa ada golongan tertentu layak terima BRIM?
      Sebabnya pendapatan rendah. Statement KSU bangang ni tak bertanggung jawab langsung.

      Dahlah kehidupan rakyat semakin susah, disaran pulak beli kereta baru jadi pemandu ubercar yg akan menambahkan lagi beban tanggungan rakyat. Memang sahlah KSU ni memang bangang lagi bodoh nak mampus.

      Delete
  27. jap jap. kejap.... uber ni dah halal ke di malaysia???? mcm mana dgn teksi?

    ReplyDelete
  28. Ya john doe 9:27 "apabila Najib tumbang kelak.

    Ia tetap akan berlaku juga," in shaa Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
  29. KSU pun dah macam Kambing Suruhan Umngok..kesian2...

    ReplyDelete
  30. menteri 2 dlm kabinet najib sememangnya bodoh2 belaka

    ReplyDelete
  31. Anon 7.38 bila beli kereta tanpa bayar muka, bermakna berlakunya mark up loan...atau mungkin ada rebat yang digunakan sebagai duit muka ( selalunya kereta buatan tahun lepas ), maka sendirinya bayaran bualanan akan tggi.
    Jika dah semua jadi pemandu grab car...sapa nak jadi penumpang ni, berapa ramai penumpang dapat untuk tampung bayaran bulanan...kos minyak...tol...kos penat lelah.
    Kesudahnya tak ada hutang buat hutang, dah lah hutang yang sedia ada tinggi bagi setiap rumah di malaysia...di ajar buat hutang lagu.
    Senonim betul hutang dengan kerajan najib ni ye...fikir dulu yg anon 7.38

    ReplyDelete
  32. Ini ksu bangang..

    Bnm kan dah perketatkan peraturan loan..

    Ikut logik la..ada ke bank nak approve loan kepada penerima brim?

    Jika camni la mentaliti golongan2 pentadbir...jgn harap la rakyat nak hidup senang

    ReplyDelete
  33. Lepas ni tak bg tunai..Kerajaan akan bagi barang keperluan dikata bernilai RM 1200.00 tp sebenarnya nilainya rm600.00 je....Ini semua akai penyamun

    ReplyDelete
  34. Mamat bangang ni jugak la yg cakap orang miskin beli barang yang takde GST..

    Dia cadang lagi penerima brim ( yg sudah tentu termasuk dalam kategori miskin ) beli iriz jadi driver uber...

    Dia ni bodo nak mampos ke? Tayar kereta takde gst? Insurans? Maintenance service? Semua tu takde gst ke?

    Subsidi petrol? Ke iriz guna air kencing dia je? Tak tau pulak aku..

    ReplyDelete