Tuesday, 13 December 2016

SURAT PALSU MENGESAHKAN LAGI NAJIB-ZAHID TIDAK SEBULU?


Munculnya surat palsu yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tidak lebih hanya merupakan pengesahan hubungan makin renggang dan tidak sebulu antara kedua-kedua pemimpin itu.

Beberapa pemimpin dan veteran UMNO melihat apa yang berlaku ini hampir menyerupai episod yang pernah terjadi antara Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dahulu.

Anwar dahulu beberapa kali mengulangi taat setianya kepada Tun Mahathir, manakala Tun Mahathir pula, setiap kali ditanya mengenai hubungannya dengan Anwar, tidak pernah lupa mengatakan Anwarlah bakal penggantinya.

Namun, akhirnya hubungan mereka terlerai jua akhirnya.

Begitu juga dengan Najib dan Zahid. Sementara Najib mengatakan beliau menaruh kepercayaan penuh kepada Zahid dan tidak bimbang dengan kelibat Timbalan Perdana Menteri itu berada di belakangnya, Zahid pula tidak henti-henti menunjukkan beliau seorang yang taat setia serta wala' kepada Najib.

Hakikatnya, sebagai bekas Setiausaha Politik pada 1987 lagi dan  mempunyai hubungan begitu lama dengan Najib, Zahid tidak perlu berlebih-lebihan ingin menunjukkan kesetiaannya, kecuali ada simpang lain sedang bersarang di hatinya.

Kemunculan surat palsu itu dengan jelas tidak menunjukkan kecenderungan pihak pembangkang terlibat mengenainya, walaupun Najib dan Zahid cuba menjurus ke arah itu. Tindakan Najib dan Zahid berbuat demikian lebih untuk melindungi masalah dan kerenggangan yang sedang berlaku antara mereka.

Bagi pihak Pakatan Harapan dan PPBM, mereka ternyata lebih gembira jika Najib terus kekal kerana timbunan isu yang melingkarinya lebih memudahkan lagi untuk UMNO dan BN dikalahkan dalam pilihanraya akan datang nanti.

Oleh itu, tiada sebab sama sekali untuk mereka mencipta dan mengedarkan surat palsu itu.

Beberapa pihak yang arif mengenai UMNO mendakwa, munculnya surat palsu itu adalah berikutan tindakan Zahid sebelum Perhimpunan Agung lalu yang mengusulkan agar pindaan perlembagaan parti segera dibuat untuk mewujudkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO.

Cadangan itu, walaupun mendapat reaksi positif daripada beberapa Ahli MT UMNO, tetapi Najib dikhabarkan memperlihatkan sikap dingin terhadapnya.

Sementara Najib mungkin melihat kelonggaran perlembagaan itu akan memudahkannya untuk menukar pengisi jawatan bagi menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO yang sekarang dipegang oleh Zahid pada bila-bila masa yang diperlukannya nanti, Zahid pula mengharapkan dengan pindaan yang mengesahkan kewujudan jawatan itu dalam perlembagaan UMNO, ia lebih menyelamatkan untuk menghadapi pemilihan UMNO selepas pilihanraya nanti.

Bagaimanapun, dengan tindakan Zahid mengemukakan cadangan pindaan itu secara tergesa-gesa membuatkan Najib merasakan timbalannya itu lebih memikirkan untuk menyelamatkan kedudukannya semata-mata berbanding berusaha gigih membantunya memastikan UMNO dan BN memenangi PRU 14.

Satu lagi perkara yang membuatkan Najib mula berwaspada terhadap Zahid ialah berikutan penyokongnya yang secara terbuka mula gelojoh dan tidak sabar-sabar mahu melihat Timbalan Perdana Menteri itu mengambil alih kerusi Perdana Menteri.

Mereka mula bercakap bahawa Najib sudah terlalu membebankan UMNO dan keberadaannya tetap menyukarkan BN untuk memenangi pilihanraya, biar bagaimana sekali pun sokongan dalam UMNO ditunjukkan kepada Najib.

Berbanding Najib, kumpulan itu berhujah bahawa Zahid yang tidak mempunyai isu berat, lebih mudah lagi memimpin parti menjelmakan kemenangan buat UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Dengan masing-masing, Najib dan Zahid menyalahkan pembangkang atas kemunculan surat palsu itu serta senada mengatakan ia bertujuan untuk merenggangkan hubungan mereka, kedua-duanya kini secara tidak langsung sedar hubungan mereka tidak lagi sebaik dan serapat dulu.

Sama seperti Tun Mahathir dan Anwar dahulu, hubungan Najib dan Zahid juga hanya menunggu masa saja untuk terlerai.  (SH 13/12/2016).

45 comments:

  1. Tahu apa? Minta minta perkara ni betul betul benar! Inilah politik Malaysia/Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada tuan empunya blog, Tuan Shahbudin:-

      Sebagai bekas ahli Umno, adakah tuan percaya pilihanraya di Malaysia ini TELUS & ADIL sejak zaman tun M hingga sekarang?

      Tolong jawab dengan jujur soalan saya di atas. Terima kasih.

      Delete
    2. Semenjak Umno di pimpin oleh MO1, ia menuju kepada kehancuran dan kemusnahan dari masa ke semasa...!!

      Delete
  2. Mmg wajar Zahid ambik alih kedudukan pm memandangkan najib telah merosakkan negara begitu parah. Dpd terus dirosakkan lebih baik ditendang saja najib tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak boleh bro... bukan senang nak memahami perjalanan negara abad ke-21 nie klu kurang ilmu, kurang kemahiran bahasa, cer bace ciri2 kemahiran yang perlu ada bg generasi abad ke-21... kena tahu teknologi, sebutan terma2 kena tepat, reti guna, takat smartphone worrior tak cukup bro, itu bukan maju nameny...

      dari segi nak baca ekonomi, ku rasekn ia lebih kurang yg ade sekarang.. lain yg pakar cakap, lain yang disampaikan, lain yang dia paham, lain pulak yang dia laksanakan.. ini semua ke arah kegagalan total...

      ayahando pun tak dapek nak control bodony juak2 nie, sobab samo naik jo bodonyo.. yang elokny, sama2 kito sodar diri... yg reti, yg memajukan perlu diangkat... yg tak reti, beri laluan kpd yg reti dan beretika... klu takat KJ mmg reti, tp tak beretika dan dah sebati kerosakkan dan tak boleh dipulihkan...

      dulu dah ada mukris, ditolak... padan la muko...

      yang ianya... kita perlu sukat baju kek badan sendiri la... tak ilang bisa ular klu menyusur akar...

      yang salah, kena insaf mentara hayat dikandung badan... jika belangsung jauh, bertambah rosak nnti...

      Delete
    2. Zahid ni as good as paklah saja.
      Dia tak boleh jadi PM pun. Apa yg dia reti?
      Shima bapuk lagi lah teruk. Lagi tak guna.

      Nenek dia Onn jaafar tubuhkan parti negara nak tumbangkan umno.

      Bapa dia hussein onn pun keluar drp umno untuk menyertai semangat 46 hingga ke akhir hayat mati pun di luar umno.

      Kau jgn nak ubah sejarah dan landscape politik Malaysia lah Shima bapuk!!!

      Kau putar belit kot mana pun rakyat tetap ingat siapa Datuk Onn Jaafar. Dia juga menentang umno sehingga ke akhir rakyat.

      Hishamuddin Tun Hussein Onn@Shima bapuk adalah sebesar besar penipu.

      Delete
    3. Kona la kot mana pun.
      Sapa pun naik dalam BN.
      Yang pasti umno dan BN sudah tidak relevan lagi.
      Sekian harap maklum.

      Delete
    4. Siapa nak support Toyol Negara tu melainkan orang yg tidak ada pelajaran saja

      Delete
    5. Kenapa ramai yg menggelar hishamuddin tu bapuk. Adakah kerana tutur katanya yg lemah lembut atau sememangnya beliau seorang bapuk?

      Delete
  3. Kalau najib turun, saya mahu ahmad maslan sebagai PM!!!hip hip hooray!

    ReplyDelete
    Replies
    1. said keruak nak letak mana?

      Delete
    2. Keruak balik kamponglah bela karabau.

      Delete
    3. Antara seekor serigala dan seekor hyena, mana puak yang lebih mengancam?

      Delete
    4. Karabau lah..

      Delete
    5. Bukan la... puak yg paling mengancam negara ialah babi...Babi Negara ...hahaha

      Delete
    6. Ahmad Maslan...
      Kah5
      Kada haqon ako
      Basurah kada suah bujur
      Timbai hantalor tambuk ja ka muhanya.

      Delete
  4. mungkinkah sama dengan saranan Tan Sri Muhyiddin menyarankan supaya pemilihan parti diadakan mengkut jadual dan tidak ditangguhkan

    ReplyDelete
  5. Salleh keruak dah padam ke hilang dah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia balik kampong di kota belud hantar atap zink, papan dan tangki air kpd pengundi.
      Itulah cara keruak berpolitik.

      Delete
  6. Hahaha...tertitpu shj korang ni...sebagai penasihat pm najib...aku yg plan smua ni biar korg smua tumpu pd isu2 yg remeh temeh ni....padan muka ko shah...ko termakan juga plan2 aku slama ni...bagusnya pm najib dia ikut smua plan2 yg kami rancang....sengaja kami timbulkan isu2 yg melekakan korg smua...apa kami nak risau lagi...pas dah ada bersama kami...korg ingat korg boleh perintah malaysia....sorrryyyy.....1000 tahun lagi pun umno tetap perintah...ko nak tahu knp....simple...korg pembangkang boleh BERSATU KE MCM BN...pooorahhh....3 or 4 penjuru tetap kami dah plan...menganga lah korg lg....hahaha...korg ni pembangang syok sendiri....ko tengoklah hal 1mdb....ko ingatrakyat nak percaya....sorrryyyy.....rakyat bersama kami.....bersihhhh....hahaga...sikit je yg dtg tu.....hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12.05 Kau bodoh ...siapa yg nak ikut kau

      Delete
    2. 12.47 jangan reply cakap ejen penyamun. Saya dah berenti layan meka semua contoh mcam Unknown, lagi sorang tu tukang carut dan ada lagi sorang yang gila hahaha.

      Sebenarnya meka ni sorang dua saja tapi meka komen banyak2 kali. Kalau dilayan lagi banyak meka hantar komen.

      JANGAN BALAS komen dia orang tu. Biarkan meka jadi anjing menyalak sorang2. Itu lebih baik dari kita layan meka ni.



      Delete
    3. Plan kepale ko.. plan rembat duit rakyat pun kantoi... bodo po beruk anon 12.05

      Delete
  7. Latest dari reuters: mahkamah US tidak membenarkan ahli keluarga j low menuntut harta yg dirampas DoJ. Minggu lepas mereka tidak dibenarkan untuk file motion melanjutkan perbicaraan ke bulan januari 2017. Jelas harta2 tersebut sudah ditafsir sebagai harta curi. What's next? Kalu Tun ada di majlis hari ni, pasti dia senyum lebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harta hasil samun wang rakyat Malaysia.

      Delete
    2. RM 2.6 billion tu beb !! tu yang DoJ punya list saja .
      Yang tak masuk US DoJ punya list tak tahu berapa lagi ??

      Riza Aziz punya list pun tak tau berapa ada ??
      Najib dengan RM tiada ke keinginan untuk memcuba petisen DoJ ??

      Bagaimana pula dengan dua pak Arab tu ??

      Delete
  8. Kalau BN tumbang..menteri menteri UMNO tu ...stay atau cabut luar negara..cuba teka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 13:37...Yang mungkin mahu menerima mereka saya kira..Zimbabwe aje! Yang lain nak mampus cepat boleh sebab sekarang ni tengah islammampusbiar!

      Delete
    2. Pendapat aku, mereka cabut lari pasal mereka ni takde integriti tak spt negara Jepun dan Korea. Dia org ni jenis yg berani buat tapi tak berani tanggung terutamanya MO1. Suruh berhenti tak nak berhenti...degil sangat.

      Delete
    3. Kalau tumbang aku nak tengok sekor2 menteri tu di tahan didlm bilik gelap 3-5 thn. Biaq depa rasa balik undang2 yg depa buat.

      Delete
  9. Saya ingin ambik kesempatan meminta korang semua yg belum daftar sebagai pengundi,segeralah daftar sebagai pengundi di pejabat pos atau secara online. Negara mesti diselamatkan demi masa depan anak2 dan cucu-cicit kita semua. Ayuh daftarlah sebagai pengundi beramai2.

    ReplyDelete
  10. antara tanda golongan yang jahil dan menyombong diri - mereka akhirnya akan berdiam diri apabila datangnya kebenaran yg Haq lalu membatalkan pada "kebenaran" yg disuap oleh tuan2nya.

    Terlalu banyak kisah tersimpan didalam lipatan sejarah yang memperlihatkan betapa akhirnya si jahil yang sombong itu akhirnya berdiam diri apabila hadirnya kebenaran yang sebenar.

    Antara "kebenaran" yg mengisi didalam dada golongan seperti ini.

    Kerajaan Zalim !! - ironinya si jahil itu tidak pernah risau pada keselamatan jiwa dirinya,anak isterinya, kaum kerabatnya sahabat handainya dari diceroboh oleh sebuah kerajaan yang zalim.

    Kerajaan Bakal Mem-bankrup-kan Negara !! - ironinya si jahil itu tidak pernah risau pada segala wang ringgit dan harta warisannya dari dirampas oleh sebuah kerajaan yang Bankrup.

    Kerajaan Perasuah !! - ironinya majoriti dari si jahil itu tidak pernah berdepan keadaan terpaksa memberikan rasuah demi untuk berurusan dengan sebuah kerajaan yang ditadbir oleh perasuah.

    Kerajaan Memeras Duit Rakyat !! - ironinya si jahil itu tangan2nya begitu rakus mencari sesuatu untuk diri dan anak isteri dan kaum kerabatnya bahkan kebanyakkan dari mereka begitu galak menyemai impian untuk masa depan dengan banyaknya bekalan berupa wang ringgit dan harta benda di bawah sebuah kerajaan yang memeras duit si jahil.

    Lalu mengapa si jahil yang menyombong diri itu kekal bersifat demikian tanpa mahu mengambil sedikitpun pengajaran ?

    Maha Suci Allahswt - apabila telah datang sesuatu kebenaran yang Haq lalu mereka berpaling darinya, maka ketahuilah sesungguhnya Allahswt (Tuhan Yang Maha Esa) tidak lagi menjadi penolong kepada hamba-Nya yg berpaling dari kebenaran yg Haq, bahkan dibiarkan mereka menjadi lebih jahil dan menyombong diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak form 3 pun boleh tulis macam ni. Harta j lhow dah kena rampas di mahkamah LA...kau paham maksudnya?

      Delete
    2. 17.25 JANGAN LAYAN atau reply komen Unknown ni. Saya dah stop baca komen dia dan berenti balas komen dia.

      Lagi kita layan lagi panjang dan berkali-kali dia hantar komen kat sini. Apa pun yang kita terangkan, dia tetap dengan teori dan pendapat buta-tuli dia.

      Maka dengan itu ada baik kita berenti dari melayan orang macam unknown ni. Biar dia salak lolong sorang2.

      Delete
    3. aku tidak sedikitpun berasa teruja dengan hujah balas dalam setiap peringatan yg aku telah sampaikan.

      Kerana niatku hanya untuk memberi ingatan diatas asbabnya Agama dan Bangsa.

      Kalian yang penuh dengan dakwaan dan cercaan terhadap umara', ulama,ilmuan dan marhean yg membantah kepada tuan2 politik kamu.

      Sekiranya kamu punyai hujah yg benar dan lebih kukuh maka aku tidak segan untuk turut membenarkan (mengikuti).

      Kamu benar-benar kelihatan bersungguh untuk menumbangkan kerajaan yang zalim - namun setiap kali tuan2 kamu tersungkur menyembah bumi.

      Sesungguhnya Allahswt yang memberikan kerajaan pada hambanya - baik atau buruk kerajaan itu bergantung pada sifat syukur rakyat dibawah kerajaan yg terbina.

      Kembalilah pada Allahswt - lantiklah terlebih dahulu kuasa pemutus didalam Pakatan Harapan (Presiden).

      Kemudian bermimpi dan berusahalah untuk menjadi sebuah kerajaan.

      Apakah aku mendatangkan sesuatu yang tidak kamu gemari ??

      Delete
    4. Ma'af Unknown ... tapi komen anda hampir menyamai ayat ayat kempen jihadist supaya ta'at setia kepada Abu Bakar Al-Baghdadi .

      Itu pun jikalau anda sedar siapa dia manusia bernama Abu bakar Al- Baghdadi ini ??

      Delete
    5. Dia bukan tahu pun dia duduk dlm kumpulan kumpulan al-baghdad nie, konon kepimpinan khalifah.. nie geng daesh, geng isis..kateny ulat makan daun..dia sendiri tak tau ape yg dia cakap... bahasa nak puitis bagai... korang tak lemas ke ckp stail mcm nie.. nak tegelak pun ade..

      Delete
  11. Umno dah kucar kacir. Surat tu mesti org umno sendiri yg buat. Samada bijan atau zahid. Bijan nak singkirkan zahid sbb zahid tak sabar nak ganti bijan. Org umno sendiri bg tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid mungkin memikirkan kepentingan parti melebehi kepentingan Najib. Najib sudah menjadi daging busuk bukan sahaja kepada UMNO dan BN malahan kepada agama dan negara.

      Delete
    2. Mana ada zahid atau sesapa lg dalam amno tu yg nk memperjuangkan parti (agama dan bangsa Toksah cakapla)

      Semua nak nyelamatkan tembolok sendiri je

      Delete
  12. Kerja bijanlah tu

    ReplyDelete
  13. Sapa boleh sahkan khairy hadir dalam majlis pertabalan agong yanv baru?

    Kalau tiada sah beliau tiada di dalam negara:)

    ReplyDelete
  14. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete