Tuesday, 20 December 2016

SIAPA NASIHAT SIAPA?

Sebagaimana yang dilaporkan media, Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah di pejabatnya di Putrajaya.

Lembaga yang bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM itu dipengerusikan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas ahli DAP yang kini sudah beralih menjadi penyokong dan pendokong setia kepada Perdana Menteri.

Apa agaknya yang dibincangkan dalam pertemuan selama 30 minit itu?

Sebagai Perdana Menteri, apakah "nasihat"  Najib kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tersebut?

Sebagai penasihat kepada hal-hal yang berkaitan ketelusan dan akauntabiliti mengenai rasuah pula, apakah  "nasihat" anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, khususnya Tunku Aziz kepada Najib?

Siapa yang menasihat dan siapa yang dinasihat?

Atau kedua-dua pihak saling nasihat-menasihati antara satu sama lain?

Berdasarkan wajah cerita masing-masing dalam foto yang ditunjukkan, agaknya kita sudah boleh menaruh harapan bahawa hasil pertemuan itu akan membawa penurunan kepada indeks rasuah negara di tahun-tahun berikutnya nanti.

Hmmmmm.....(SH 20/12/2016).

57 comments:

  1. Hanya utk baiki persepsi rasuah oleh kerajaan NAJIB..tungku aziz hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tungku Aziz, how are you? Hope you can twist your tonque again ha ha ha . Ultra Twist Malay. Tungku Kitol!!!

      Delete
    2. tungku aziz idola ku, aku benci mamaks...

      Delete
    3. Pertemuan selama 30 minit......hmmmmm 30 minit tu kira settle halal toiyyibanlah tu. Tak der apa yg serius....semua ok....semua bersih lagi suci.

      Masa itu emas. 30 minit pon boleh jadi.

      Delete
    4. “We Now Live In a Nation Where Doctors Destroy Health,

      Lawyers Destory Justice, Universities Destroy Knowledge, The Press Destroys Information, Religion destroys Morals, and Banks Destroy The Econamy.”

      -Chris Hedges

      http://www.silverdoctors.com/gold/gold-news/jim-willie-us-dollar-funeral-at-hand/

      Delete
  2. Kira kes 1MDB jatuh halallah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kait buah nangka
      Mata aku nampak sendiri
      Buah nya jatuh ke tanah
      Tapi sekali kerdip jer
      Buah nya ilang dahhhh

      Fail kes M O 1 COMFIRM kira BURNNNN !!!

      Kes tutup

      Delete
    2. Kawan....kes dah lama bezaman tutup. Telah disuci bersihkan tanpa perbicaraan, bukti dan saksi.

      Delete
  3. Bukannnnnnnn..
    Salah tuuuuuu..
    Hanya utk bg nasihat, cadangan dan idea iaitu mcmana nak lindungi dan lepaskan penyamun dr kes rasuah yg telah dilakukan oleh penyamun.

    ReplyDelete
  4. Tikus baiki labu..ulat baiki apple...hmmm..selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunjungan tu macan orang sihat ziarah pesakik di hospital jer....Orang yang sihat bagi petua macam2 pada pesakit, tapi dia sendiri pun ada penyakit kencing manis atau darah tinggi !. Silap2 yang ziarah tu pun ada penyakit ' 3 serangkai ' !

      Kalau dalam isitlah ' berita ' kisah tu tak jadi berita pun...Dah biasa berlaku !

      Delete
  5. Apabila Stalin jatuh koma,ketua KGB nya telah meludah Dan memaki hamun dia,tetapi apabila Stalin sedar dari koma,ketua KGB nya ialah orang pertama yang mencium tangan Stalin...sejarah senantiasa berulang Dan akan terus berulang. Apparatus gomen akan di gunakan bagi mengekalkan kuasa. Kehilangan kuasa bulan lah opsyen...kerana akibatnya penjara yang sangat lama Dan mati sebagai banduan selepas lama di lupakan.

    ReplyDelete
  6. Ayatollah hadi alsyiahi sokoonggg
    Takabbuuurrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mullah tonton pay per view al tontowi pun sokong...
      Takabbuuurrr

      Delete
  7. Saya suka ini macam cerita KELUARGA 69. Sapa nasihat sapa.....hahaha. kelakar, lucu....hahaha

    ReplyDelete
  8. Tunku Aziz ni bukanlah kita nak menghina tapi lebih sesuai berkerja sebagai penyelia tandas tandas awam diseluruh negara ataupun mungkin dgn persetujuaan Najib boleh dijadikan penyelia jamban dijabatan Perdana Menteri. Jawatan selain daripada yang ini, rasanya tak ada yang sesuai buar beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong..2017 kita calonkan dia.. Dengar cerita orang kampung dah meluat dengar cakap merepek dia kat tv. Takebear

      Delete

  9. Musim penyamun berkeliaran la masa ni. Ada yg Cuba 40B melalui DIEG, ada yg cuba bslun 2.9B melalui splash, itu tak masuk lagi kajian terowong dasar laut dan banglo telajak murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penasihat ekonomi gaji seringgit, elaun 15 juta tu masuk katogari mana boss?

      Delete
    2. Balun jangan tak balun bro.sprm boleh amik statement utk semua kes yg bro ni cakap Dari dia.lapur bro jangan tak lapur.

      Delete
  10. Siapa boleh nampak apa yang x kena?

    Selalunya mana-mana badan pencegah rasuah kalau nak bertandang kat mana-mana badan maka seboleh-bolehnya badan yang ditandangi itu mestilah bersih dari memberi atau menerima rasuah. Jika badan yang ditandangi itu dah terpalit dengan rasuah, maka badan itu pun mestilah tersipu dengan kehadiran lembaga penasihat pencegahan rasuah itu, gitu kan?

    Beginilah, agaknya apakah Robert Mugabe akan buat jika lembaga ini berkunjung ke pejabatnya? Dua kemungkinan akan berlaku: sebab tersipu, maka Mugabe akan menyorok, atau Mugabe berasa marah lalu menghalau lembaga keluar dari opis.

    Kat Malaysia lain - lembaga mampu berselfie dengan badan. Kalo gitu lebih afdal jika lembaga dijolokkan dengan nama Lembaga Cari Makan.

    Kah kah kah.

    ReplyDelete
  11. Betul anon 12:25..semua CARI MAKAN..

    ReplyDelete
  12. Pembetulan..anon 21:25 bukan 12:25!

    ReplyDelete
  13. Tiada apa yg positif daripada pertemuan tersebut. Hanya memperbaiki strategi menyelamatkan MO1. Buang masa dan duit rakyat bayar gaji dan elaun pm serta ahli lembaga!
    Krisis defisit keyakinan semakin kritikal. PM klepto mana boleh dipercayai lagi. Hidup Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hellllooo kunjungan ni hanya tujuan utk photo ops saja
      setengah jam apa ble buat
      shake hands
      baris utk photo session
      shake hands again
      dah 30 min
      ini hanyalah utk memperbaiki imej najib saja
      sorry ler kami ble see thru this lakonan


      Delete
  14. dua drpd ahli adalah kenalan baik saya.

    saya dgn berseloroh mengatakan kpd salah satu drpd mereka agar selamat menghapuskan 'petty coruption' kerana utk mega corruption najib sendiri akan menangani nya.

    saya juga secara tidak langsung mengingatkan nya bahawa dosa orang yg bersubahat sama saja dgn pelaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bau mulut busuk disini! :) ..... penyakit kronik masuk bakul angkat sendiri .... LOL

      Delete
    2. 23 50

      Apa masalah kau ?

      Delete
    3. 00.06

      Apa pula masalah kau ? LOL

      Delete
    4. anon 23:50,

      saya bercakap benar. sila patah kan hujah saya dgn fakta2 kontra.

      saya sedang menunggu sama ada panel penasihat ini akan memohon utk mengadap DYMM AGONG yg baru utk mendapat 'legitemacy' yg baru.

      Delete

    5. Skrip drama kat Zimbabwe


      Delete
    6. Pak Rahman.....betol dosa orang yg bersubahat sama dgn pelaku.....macam 23.50 tu.

      Busuknya bau hapak toyol dollar.

      Delete
    7. Bagus la suka cakap benar Tuan Rahman,

      Pilihanraya di Malaysia ini TELUS & ADIL ke sejak zaman Tun M hingga sekarang?

      Tolong cakap benar juga.

      Delete
    8. anon 09:58

      sebelum saya memberi respon sila beri pencerahan dari segi mana yg sdr fikir PRU kita telus/tak telus n adil/tidak adil. tk.

      Delete
  15. Sprm nasihat najib, pastu dengar cakap najib...ooo patut le kes 2.6b tak setel setel..

    ReplyDelete
  16. Tunku Aziz patut jaga cucu.

    ReplyDelete
  17. Kalau betul berani dan betul-betul ikhlas letak lah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah bawah YDP Agung.

    Ikut Sultan pergi balik mesjid sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YDP Agong baru benci tun mamak doh. anyway Agong bukan Agung ....

      Delete
    2. Tak jadi hal doh.

      Delete
  18. Panel penasihat kekurangan 3 ahli yang sangat berkaliber. Isa Samat, Shahrizad & Khir Toyol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.

      Penagih dan pelajar sekolah di beri taklimat mengenai kesan dan bahaya dadah oleh mereka yang dulu pernah terlibat dengan dadah.

      Barulah berkesan.

      Delete
  19. Total mockery..

    ReplyDelete
  20. Najib ini orang yang dah putus urat malunya.

    Ia terang2 tertangkap melakukan kesalahan apabila wang berbillion dan berpuluh juta ada di dalam akaunnya tanpa boleh dibuktikan berasal-usul yang sah.

    Tetapi disebabkan sudah putus urat malu maka dia boleh buat muka selamba berjumpa SPRM.

    Entah apalah 'nasihat' yang ia berikan kepada SPRM. Barangkali 'peringatan' supaya 'buat kerja betul-betul'.

    Setuju dengan pak rahman jpc. Kita tunggu dan lihat apa akan dilakukan SPRM apabila Malaysia sudah ada YDPA yang baru.

    Apa pun secara ikhlas saya tidak salahkan SPRM apabila tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan tangan mereka juga terikat dengan peruntukan undang-undang.

    Dan AG Ronggeng yang menjadi batu penghalangnya.

    Tunggu sahajalah apabila kuasa itu dicabut daripada tangan mereka apa yang akan berlaku.

    Tak lama dah. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja putus urat malu,tetapi juga putus urat kentut..he he.

      Delete
  21. Apa kah tujuan sabenar "kunjungan hormat" Lembaga Penasihat Rasuah itu?

    Masakan di Britain pun media masih laporkan pasal Najib dan 1MDB, tidak percayakan masalah itu sudah selesai -

    The Guardian:

    Exclusive: diplomatic cable said an investigation into mysterious $700m found in Najib Razak’s bank account had not absolved him of corruption

    A diplomatic cable has revealed the British embassy questioned whether Malaysia prime minister Najib Razak had been cleared of corruption as he claimed.

    The British embassy in Kuala Lumpur has questioned a claim by the Malaysian prime minister, Najib Razak, that his country’s anti-graft agency had cleared him of corruption, according to a diplomatic cable seen by the Guardian.

    ReplyDelete
  22. Jangan percaya akhbar-akhbar luar negara ni.Mereka hanya coba menjatuhkan kerajaan yang dipimpin orang Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya....percaya pada utusan, tv123,harakah...BONGOK!!!

      Delete
  23. Tunku Aziz? Hahahaha...cukuplah, aku nak gelak aje.

    ReplyDelete
  24. Yang menunggu rombongan dan kumpulan rombongan yg datang 2x5 saja aku garu belakang kau kau garu belakang aku yg penting kita sama2 untung rakyat yg mengundi pedulikan janji katung kita penuhhhhh bukan ke begitu

    ReplyDelete
  25. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah bertemu dengan Pengerusi Lembaga Punahsihat 1MDB.

    PUNAHSIHAT...itu kata kuncinya.

    Get Lost!

    ReplyDelete
  26. berani saya nyatakan bahawa 'panel penasihat' ini langsung tiada taring. lebih2 lagi apabila ia nya d pimpin olih 'tunku' yg tiada pendirian yg jelas. apa yg nampak jelas ia lah beliau lebih mementingkan 'glamour' kerana dpt mendampingi pengamal korupsi mega yg sedang berkuasa.

    rakan saya dlm panel tersebut memaklumkan bahawa mereka sedang mengkaji semula system n process perolihan d perbendaharaan n bertanya sama ada saya bolih memberi input. ini adalah kerana saya pernah mengetuai seksyen 'procurement policy's situ.

    saya maklumkan bahawa saya tiada keberatan tetapi bukan d era kepimpinan najib.

    takut nanti d tuduh 'sasamikin, cakap tak serupa bikin'.

    kerajaan baru nanti (insya'allah) harus mencontohi komissi pemberantasan korupsi (KPK) Indonesia. organisai mereka lebih mantap n dgn kepimpinan pak jokowi yg amat anti korupsi usaha mereka akan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  27. amno dah 60 tawon dlm kajian nak martabatkan isle dgn mlayu, dok lagutu juge.depa kata gagak d rimba tak sepadan dgn merak kayangan.
    contoh gagak tiada taraf darjat jd mcm haramjadah.
    kalu merak kayangan yg tinggi taraf dan darojat pun jd mcm haramjadah juge.
    tapi takpa bila dah kata buat kajian kita tungu sapadia yg mampuih dulu.
    yg buat kajian atau yg kena kajian.

    kalu yg dok mengkaji mampuih boleh serah pada orang laen pulak yg nk mengkaji, sbb orang mampuih tak bisa lg nak membuat kajianya..
    kalu yg kena kajian mampuih .kajian keatas orang mampuih masih bisa d buat kajian keatasnya..
    bangganya menjd mlayu dlm tanah mlayu d malaisa. walau sebagai kulibatak cina.

    ReplyDelete
  28. Mungkin perjumpaan sama sama memberi nasihat ?

    Nasihat bagaimana sama sama cari makan serta makan bersama ...

    ReplyDelete
  29. Heran juga saya mengapa ada yang asyik mengeji (serta memuji) Tun Mahathir seorang mamak ..
    Apa kurangnya dengan Ketua Pencacai Najib , Khalid Abu Bakar ..dia pun berdarah mamak .
    Apa kurangnya dengan Ali Hamsa , Serigar ?

    Jangan lupa dengan manusia kesayangan Rosmah , Azeez merangkap pengurusi Tabung haji ?

    ReplyDelete
  30. Lembaga penaSIHAT ke lembaga penaSAKIT

    ReplyDelete
  31. Mungkin Bagi nasihat dan idea baru yg lebih canggih macamana nak samun lebih banyak supaya boleh terlepas.agak nya lah!!

    ReplyDelete