Thursday, 8 December 2016

SELEPAS 13 DIS INI, LUPAKANLAH PAS, BIAR RAKYAT MENGHUKUM MEREKA


PPBM dijangka akan menganggotai Pakatan Harapan secara rasmi pada 13 Disember ini. Ia sekaligus menjadikan gabungan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu mampu muncul sebagai pencabar utama kepada BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Berdasarkan ucapan Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, PRU 14 mungkin hanya beberapa bulan saja lagi daripada sekarang. Najib tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pembubaran Parlimen sehingga UMNO perlu bersidang sekali lagi kerana momentum persediaan pilihanraya yang sudah dipasakkannya akan menjadi anti-klimaks.

Oleh itu, Pakatan Harapan dengan keanggotaan empat parti sedia ada dan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan Warisan di Sabah tidak perlu berlengah lagi untuk melancarkan gerak kerja bagi menumbangkan BN dan seterusnya muncul menjadi kerajaan yang baru.
Selain kerana pengaruh Tun Mahathir yang tetap gigih untuk menjatuhkan Najib dengan pelbagai gaya serangannya, kebencian rakyat pada tahap gaban kepada Perdana Menteri ketika ini dan ia sentiasa meningkat hari demi hari, tidak banyak lagi yang mampu dilakukan oleh BN untuk mempertahankan kuasa mereka.

Hampir tidak ada lagi segmen dalam masyarakat yang suka kepada Najib. Beliau lebih banyak dipersenda, diperlekeh dan dipermain-mainkan oleh rakyat di serata pelusuk negara yang menandakan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya.

Kegusaran rakyat selama ini kepada parti-parti pembangkang ialah mengenai tiadanya kesepakatan dan sering berbalah sesama mereka. Rakyat memang ingin menolak dan menghumban UMNO dan BN ke gaung yang dalam, tetapi dalam masa yang sama tertanya-tanya tentang kekukuhan Pakatan Harapan yang dianggap sebagai pengganti kerajaan sedia ada.

Dengan PPBM sebagai komponen terbaru Pakatan Harapan, selepas 13 Disember itu, mereka perlu terus bergerak ke hadapan untuk meyakinkan rakyat tentang kemampuan dan kesepakatan yang ada. Pengaruh dan pengalaman Tun Mahathir pasti juga memberi markah tambahan dalam hal ini.

Jika Pakatan Harapan dapat meyakinkan perkara itu kepada rakyat serta bersama kebencian sedia ada kepada Najib, Rosmah dan sebahagian besar menteri-menteri yang tidak berguna serta selalu membuatkan rakyat sakit telinga, percayalah gabungan itu akan disambut  dengan sokongan yang lebih terbuka oleh rakyat.

Lupakanlah Pas dan biarkan parti itu mengecil dengan sendirinya melalui tindakan dan gerak kerja Pakatan Harapan yang lebih kukuh dan sentiasa bersama di tengah-tengah hari demi hari sehingga ke hari pembuangan undi.

Apa berlaku kepada Pas seterusnya, pulangkan kembali kepada parti itu untuk membuat keputusan. Jika Pas merasakan Pakatan Harapan lebih diyakini, dia boleh datang untuk berunding dan bergerak bersama-sama bagi mengalahkan UMNO dan BN, tetapi tentunya dengan syarat bahawa ia perlu menerima semua semua parti dalam gabungan itu seadanya.

Pas tidak boleh lagi hanya memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan PKR saja misalnya, tetapi enggan walau tersenyum dengan DAP dan Amanah. Menerima Pakatan Harapan bermakna menerima semua komponen di dalamnya.
Kiranya Pas melihat Najib "lebih kacak dan bergaya", maka parti itu juga boleh beralih dan menjalin kerjasama dengan UMNO dan BN. Jika menang, bolehlah lebai-lebai pemimpin Pas mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri atau kiranya BN kalah pula, sekurang-kurangnya dapatlah membimbing para pemimpin UMNO yang sudah kehilangan jawatan agar lebih mendekatkan diri kepada Tuhan dan akhirnya mudah-mudahan diberikan syurga sebagai balasan.

Setelah Pakatan Harapan mengukuhkan kerjasama sesama mereka dan bergerak untuk menawarkan perubahan, seandainya ketika itu Pas tetap juga mahu bersendirian dengan blok ketiga dan Gagasan Sejahteranya, rakyat pasti dapat menilai dan melihat wajah sebenar mereka.

Di ketika rakyat amat benci dan ingin menolak kerajaan kleptokrasi yang menyebabkan ribuan juta ringgit hilang, tetapi di dalam negara ia dilindungi dengan berbagai-bagai cara untuk mengelakkan pendakwaan, namun hanya di luar negara satu demi satu pendedahan dan tindakan, rakyat pasti tertanya-tanya kenapa Pas tidak ingin bersama-sama ke arah kebaikan?

Dalam keadaan itu nanti, mampukah blok ketiga atau blok pengacau itu terus bertahan atau mereka juga bakal kena humban sama?  (SH 08/12/2016).

85 comments:

  1. Amin.pakatan harapan..menang PRU14
    Amin..ya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Punasihat,

      Mcmana ni??? Kena minta tambah dedak baru boleh kerja kuat untuk hancurkan Pakatan.

      Delete
    2. KEOADA KAWAN KAWAN SEMUA,
      CUKUPLAH, PAS MENIPU ORANG MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN ALQURAN DAN HADITH, UMNO MENIPU ORANG MELAYU UNTUK MENCURI HARTA NEGARA.
      CUKUPLAH. FAHAMLAH.

      Delete
    3. Anon 00:37,
      Terima Kasih kerana menyusun petikan ucapan nik aziz.

      Kumpulan inilah yg membawa ajaran sesat kapada umat melayu dirantau ini.

      Kpd Anon Unknown, sila teliti 20 petikan diatas, jgn jadi 'bodoh sombong' jika nak 'tonjol nama' disini.
      Jgn jadi 'bodoh tak boleh diajar cerdik tak boleh ditumpang'.
      Pas adalah parti ajaran sesat kerana mengguna agama mencari laba dunia.

      Delete
    4. Walaupun sudah 59 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dari kalangan perwakilan DAP tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu sehingga memaksa parti itu menyediakan alat penterjemah semasa berlangsung Persidangan Kebangsaan parti itu pada Ahad.


      Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata parti telah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan perkhidmatan menterjemah untuk mengatasi permasalahan tersebut

      “Walaupun semua debat hari ini menggunakan bahasa kebangsaan, tapi pada persidangan kebangsaan kali ini parti telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat menterjemah kepada perwakilan yang memerlukannya.

      “Ciri ini akan digunakan pada setiap persidangan kebangsaan bermula dari tahun ini. Jika ada keperluan, kita akan tambah lagi,” katanya.

      Walau bagaimanapun kenyataan Anthony berkenaan perbelanjaan RM20,000 itu telah dipadamkan untuk mengelak parti dipalit dengan imej negatif.

      Dalam rakaman di bawah, kenyataan Anthony telah dipadamkan selama 1 minit dari minit 4:41 sehingga ke minit 5:19 untuk mengelakkan aib parti berkenaan penggunaan bahasa Kebangsaan tersebut.

      Delete
    5. Kebanyakan orang Melayu bersetuju jika pas dan umno mahu bersatu semula dalam Barisan Nasional setelah ditendang dahulu.
      Memang orang Melayu kena bersatu. Lebih lebih lagi orang Melayu dahulu dan sekarang sudah lama lemah dan tiada kekuatan dalam melayari bahtera kerajaan yang telah sekian lama diberi amanah oleh rakyat jelata.


      Kerajaan umno BN lemah dek para pemimpin yang pentangkan diri sendiri, satu sama lain asyik duduk kumpul harta ratusan juta setiap satu kepala setelah diberi amanah menjadi pemimpin..
      Bukan setakat asyik duduk kumpul harta, malah sudah banyak harta kerajaan dijual kepada orang china dari Negara china, semacam mahu menjual Negara ini kepada china.

      Atas sebab itulah para pemimpn Pas kelihatan kurang minat untuk bersatu dengan umno, kecuali bersatu, macam bersatu protes kezaliman dan kekejaman kerajaan Myanmar terhadap orang Islam dalam himpuan Rohiya baru baru ini.

      Akan tetapi pas kelihatan tiada minat langsung untuk bersatu memerintah Negara bersama umno, kerana Islam melarang tolong menolong dalam kemungkaran.

      Oleh itu, pressiden Pas datuk Seri haji Abdul Hadi Awang cuba mengambil pendekatan baru, iaitu cuba jadi penasihat sepertimana yang anjurkan oleh Islam bahawa nasihat menasihati harus dijadikan pegangan.

      Lebih labih lagi nasihat menasihat satu sama lain, apa tah sesama Melayu yang masih mengaku beriman adalah suatu usaha yang mulia harta terhadap mereka yang melakukan kezaliman.

      Pendekatan baru yang cuba digunakan oleh presiden ini telah mendapat bantahan kebanyakan orang Melayu yang faham Islam hanya diotak sahaja.

      Manakala mereka yang faham Islam dihati bersetuju dan bersedia bila bila masa jika diminta bantuan agar para pemimpin yang kejam dan zalim itu agar sedar diri dan bertaubat nasuha.

      Inilah rintangan dakwah yang dilakukan oleh Pas. Miskipun ia mendapat tentangan banyak penjuru , akan tetapi ia mesti diteruskan kerana ianya merupakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam pengertian syar’ie.

      Ia juga adalah lafaz islam secara khusus yang diertikan sebagai syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia.

      Pada penulis Pas adalah merupakan satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan mengembangkan Islam dari 73 puak yang berpecah dalam islam.

      Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah melalui Firmannya yang bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya” (surah A’li Imran ayat 104)

      Allah SWT melarang dan meminta jangan kamu menjadi seperti orang orang Yahudi sepertimana firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang (Yahudi dan Nassrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar” (surah A’ li Imran ayat 195).

      Delete
    6. aci : ane .. capertia..
      ane : wey..nek
      aci : kudicertia...
      ane : wey..nek
      aci : chit .. apero weyna weynek
      ane : na kale mela potey tar lek, ee lek.
      aci : chit badua .. poo.dah

      Delete
    7. tau dak kenapa ada cina tak fasih bm
      sebab kerajaan bn lah yg membenarkan sistem sekolah vernakular
      lagi nak salahkan org lain?

      Delete
    8. Anon 10:11 kamu mesti ingat bukan semua orang bodoh. Jangan campuradukan agama dengan politik. PAS dengan politik yang kurang matang,kamu akan menghina agama islam jika dikaitkan.
      PAS willing to stoop so low or PAS really just up to that kind of standard.
      Please stop being punasihat kalau sendiri pun kencing tidak lurus.
      Please stay behind the religion line bcoz everytime u cross over into politic world u make me puke.

      Delete
  2. Pi mampos ah dgn PAS, pemimpin PAS semua kaki belit. Konon nak satu kan ummah , pala hotak depa laa. Ini semua pasal habuan !
    kejadah ulamak pas ni semua duduk bawah tempurung, satu benda pun tak tau. Buat malu agama islam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy harap ilmu U-turn dan cah keting geng lebai gunakan disaat akhir.. keh3

      Delete
    2. Satukan umat ada makna tuuuu....

      Delete
  3. pastikan juga tuan2 politik kamu melantik kuasa pemutus dan kemudian didaftarkan agar ia terikat pada undang-undang pertubuhan.

    Cukup-cukuplah tuan2 politik ini berkhianat dan memperguna antara satu sama lain.

    Jangan lagi bersifat bagaikan binatang buas yang dikurung didalam satu kandang yang kecil.

    Rundingan sebaik-baiknya pembahagian kerusi mengikut hearaki berlandaskan Hak Bangsa Melayu dan Kedudukan Agama Islam.

    Jadikan kisah memualkan di PRN Sarawak tempoh hari sebagai pengajaran (tiada lagi bertindih kerusi).

    Sejujurnya undi kelompok si jahil yg sombong itu tidak cukup untuk tuan2 politik itu mendapatkan kuasa pemerintahan pusat.

    Maka suka aku meninggalkan pesan - tiada manusia yang waras dan berilmu akan berkata, gabungan yang tiada kuasa pemutus didalamnya adalah lebih baik dari gabungan yang tercantik kuasa pemutusnya.

    Ingatlah kamu - manusia merancang tetapi perancangan Allahswt jua yang pasti akan berjaya.

    Apakah aku mendatangkan fitnah kepada tuan2 kamu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita share PETIKAN KATA-KATA TAN SRI RAFIDAH AZIZ
      (dari Blog Celah Gelegar):

      SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menafikan penglibatannya dalam mana-mana komplot menjatuhkan sesiapa dan usaha mengambil alih kerajaan.

      Menurutnya, beliau kini sedang merenung nasib negara mutakhir ini yang sungguh dahsyat.

      “Saya tidak ikut serta dalam komplot merancang untuk menjatuhkan sesiapa atau mencuba untuk mengambil alih kerajaan.

      "Saya sendirian duduk di rumah memikirkan betapa dahsyatnya negara saya sekarang,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

      Malah katanya, masyarakat hari ini melihat betapa segala yang dibina dengan susah payah sebelum ini dirosakkan.

      “Orang melihat hakisan dan kerosakan sistem serta institusi. Kita melihat mereka yang diamanahkan jawatan kelihatannya mencabuli kepercayaan itu. Kita juga melihat golongan muda kecewa.

      “Apa yang dibina dengan susah payah sebelum ini telah dihakis dan dirosakkan malah negara kita telah mula masuk senarai paling buruk dan negatif di dunia,” katanya.

      Beliau juga menyentuh soal pelbagai bentukan undang-undang yang digubal untuk ‘membentuk’ rakyat negara ini.

      “Kita semua manusia. Kesempurnaan itu bukan manusia hanya yang Maha Berkuasa. Tapi kita boleh menjadi manusia yang lebih baik dan terbaik bukannya paling teruk.

      “Ia menunjukkan betapa buruknya keadaan sekarang apabila kita tak mampu mengurus diri sendiri tapi perlukan segala bentuk ‘undang-undang’ untuk digubal,” katanya. - SH

      Delete
    2. Lagi perkongsian PETIKAN KATA-KATA TAN SRI RAFIDAH AZIZ
      (dari Blog Celah Gelegar):

      Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz bagaikan tidak percaya apabila jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, 13 Disember ini, dibatalkan.
      Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau seolah-olah tidak percaya apabila membaca berita itu, tetapi malangnya pembatalan jemputan kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, adalah benar kerana tidak ada kerusi disediakan untuk mereka.
      “Bukankah mereka telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh DYMM YDP Agong? Dan atas alasan itu sahaja berhak dijemput. Tiada sesiapa yang boleh menyoal dan menidakkan pendirian politik mereka.. atau sesiapa jua!
      “Mengapa jadi begini? Adakah kehadiran mereka dianggapkan oleh pihak-pihak tertentu akan mencemarkan majlis? Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dan sebagainya adalah sebenarnya membawa kesipuan/embarassment kepada apa jua majlis. Tidakkah begitu?
      “Tidakkah ini menunjukkan kecetekan kematangan dan kehilangan kesopanan dan tiada tamadun? Dan tidak tahu menghargai jasa seorang yang telah, semasa beliau menerajui kerajaan.. telah mengharumkan nama Malaysia dan rakyatnya,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.
      Rafidah mempersoalkan mengapa wujud unsur-unsur dendam peribadi dalam urusan rasmi seperti itu, sedangkan pada masa lalu, ketua pembangkang juga diberi tempat dalam acara rasmi kerajaan.
      “Janganlah jatuh ke kancah dendam dan benci membenci. janganlah segala-galanya dipolitikkan. Pemimpin harus lebih matang …dan berdiri mengatasi perkara-perkara yang menunjukkan fikiran cetek.
      “Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah… dan manusia sebenarnya tiada upaya untuk menentang kuasa Allah.
      “Meluat dan jelak saya melihat apa yang sedang berlaku. Cukup memalukan dilihat oleh dunia. Sebuah negara yang dihormati dunia telah tersungkur oleh salah tadbir urus dan diejek serta dipandang rendah oleh dunia,” katanya. - ismaweb

      Delete
    3. Apa nak di katakana lagi ?? Kita kini mempunyai PM dan para menteri yang sudah tidak mempunyai kemaluan lagi . Bebal , muka tebal , hipokrat , kleptokrat , penyamun ,penjangak ..

      Kepada Tan Sri Rafidah ... yang 'tersipu sipu ' tu bukannya Mahathir atau Siti Hasmah , sebaliknya adalah Najib dengan Rosmah !!

      Mengapa tidaknya ??? pada usia 90 tahun , Siti Hasmah masih 'elegant' .
      Bandingkan dia dengan Rosmah .... Bulat , pendek , jalan terhenggek henggek ....tak silap di gelar hippo walau pun tuboh di baluti pakaian berharga ribu ribu , dengan beg berjenama Birkin serta beralaskan kasut Prada .. tapi tetap tiada ""UUUUMMMPPHHH"" kerana semuanya di beli dengan duit curi ..!!

      Delete
    4. Anon 138 & 139 tu dh sah Beruk yg sama

      Dapat pisang Rosmah siap diamlah dia nnt

      Delete
    5. Bukan binatang buas tetapi ULAR..MA BUAS Lanatullah.

      Delete
    6. Pisang najib.

      Delete
    7. Unknown.
      Really sorry this blog is not suitable for you. We all eat rice not dedak. Do not waste ur comment here coz we dont think its funny but rather idiotic n stupid full of dedak.
      Come to think of it actually it was not ur fault bcoz u are trying ur best to participate in a human dialoque. Those zoo keeper who let u out are to be blame. My advice is go back before they lock the gate.

      Delete
  4. Apa nak diharap pada PAS tu

    Dah lingkup nanti terhegeh2 la dia dtg mintak sedekah

    Tak pun kena jual bak penasihat 25 persen..

    ReplyDelete
  5. PAS adalah parti kedua paling besar selepas UMNO - wajar sekali tuan2 kamu merasa bimbang sekiranya PAS tidak lagi mahu menjadi tunggangan seperti waktu lalu.

    Soalnya sekarang adakah tuan2 kamu sanggup berlaku jujur sesama mereka ?

    Dan mulai bertahaluf siasyi dengan berlandaskan Kedudukan Agama Islam dan disertai Hak Bangsa Melayu di tanah ini .

    Sekiranya urusan yang paling utama ini tuan2 kalian mampu jayakan .. in shaa Allah itulah tanda kejayaan yang direhdai Allahswt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kah Islam ala PAS ?????
      Islam PAS hanya Islam POLITIK. Tak lebih dari itu

      20 Fatwa Terkenal Mursyidul Am PAS Yang Wajib Orang PAS Hafal

      1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

      2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


      3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
      - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.


      4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
      - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

      5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

      6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

      7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
      - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

      8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

      9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
      - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

      10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

      Delete
    2. 11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
      - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

      12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
      - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

      13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
      - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

      14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
      - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


      15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
      –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

      16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
      – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

      17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
      – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


      18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
      – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

      19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
      – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


      20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
      - jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

      Delete
    3. PAS hanya PENTINGKAN Parti sahaja , Bukan Islam . Tak ada satu Ulamak2 PAS yang berani teguh kesongsangan Nik Aziz dan Hadi Awang .
      PAS ibaratkan Parti Ajaran Sesat.

      Delete
    4. Cakap besar saja pas ni tu yg kena terajang dgn DAP.
      Kalau tak silap aku dah 3 kali pas jadi janda...
      La ni dok otek otek umno pula sebab dah gila talak. Maklumlah hidup menjanda ni tentulah haus dan gersang...sebab dah lama tak dapat nafkah batin. Maklumlah dah biasa menikmati hidup berumah tangga penuh dgn pengalaman yg dirasa...
      Pernah rasa konek melayu, cina, india dan benggali.


      Delete
    5. Bro Zack kesian Unknown. Dia makan lada terasa pedas.

      Delete
  6. Kenapa nak undi PAS kalau ahli2 MP dan adun PAS suka ponteng, suka jalan2 bersiar2 dari buat kerja, suka fitnah dan mencaci maki dan mengkafirkan saudara seagama? Apakah sumbangan politik PAS kepada rakyat setelah Almarhum TGNA tiada? RUU 355? Tu pindaan milik kerajaan BN yang PAS dok smenyibuk nak baca kat dalam dewan tapi malas nak bentang. PAS berjaya memakmurkan Negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu? Kalau makmur setakat buat perhimpunan besar2an ahli2 PAS dan kemudian hulur tin milo untuk kutip derma? Ya, memang makmur! Kalau memajukan negeri dengan menebang pokok2 balak tanpa mengira kesan kemusnahan keatas alam sekitar? Ya, itu kerja PAS. So, apa alasan yang sahih untuk rakyat mengundi PAS dan meletakkan pimpinan2 PAS kedalam Parlimen dan Dewan undangan? Untuk Ponteng parlimen? Untuk menganiaya rakyat negeri? Untuk buat tugu banjir tapi rumah bantuan mangsa banjir banyak tertangguh? kalau itu adalah matlamatnya, maka memang wajib kita undi PAS TETAPI matlamat rakyat adalah untuk memakmurkan dan memajukan negara dan penduduk Malaysia. Maka atas matlamat itu, undi PAS adalah satu pembaziran. Dan pembaziran itu adalah kerja2 setan. I rest my case, your Honor!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepenggal pas perintah kedah
      serata pelusuk negeri kotor sampah tak kutip
      lebai adun pas x pentingkan kebersihan
      mana prinsip islam kamu

      Delete
  7. Silap bro
    Pas mana parti terbesar
    Penyokong nya terdiri dari walaun pantai Timur yg belah pantai barat semua dah amanah

    ReplyDelete
  8. Insya Allah, Kelantan di bawah Datuk Husam Musa akan pastikan PH berkuasa. Kami anak2 Kelantan di luar negeri akan turun membantu. Rimas dan rasa menyampah dgn perangai munafik lebai2 ni dlm politik tanah air.

    ReplyDelete
  9. Begitulah kalau nak mempolitikkan agama.

    ReplyDelete
  10. PAS sekarang bagai katak bawah tempurung

    ReplyDelete
  11. Betoi tu anon 22:40
    La ni apa yg ada pada umno dah ada pada lebai2 ni.
    Dulu bila umno cakap pasai bangsa, lebai2 ni kata assabiyah dan dlm islam kata tak bagi. Tapi la ni lebai2 tu dah pandai main assabiyah.
    Dulu umno kata pelan2 buat hukum hudud tapi puak2 lebai blh hukum dosa sampai ada lebai2 ni jatuhkan kafir pada umno. La ni lebai2 ni pulak boleh accept sbb dh berkawan dgn umno.
    Dulu bukan main kata umno toghut tapi la ni nak berkawan dgn toghut malah nak jd tuan penasihat pulak.
    APA PUNYA NGAPLA LA LEBAI2 NI. AKU BENGANG SANGAT KAT LEBAI2 NI SBB BOLEH SENANG2 KATA ORG NI KAFIR LAH FASIK LAH. SAMPAI ADA ORG KAMPONG AKU ADA YG CERAI BERAI DAN GADUH2 TAK TEGOQ SAPA. ADA LEBAI2 NI MINTAK MAAF KAT KAMI ANAK2 ORG UMNO? MMG BETOI MUNAFIK POLITIK LEBAI2 NI.
    HAMPA TOKSAH BAGI SOKONG LAH KAT LEBAI2 NI. NAK UNDI, UNDI UMNO JA. SELAGI LEBAI2 NI TAK MINTA MAAF SECARA TERBUKA JGN HARAP AKU NAK BG SOKONGAN KAT DEPA WALAUPUN LEBAI2 NI SOKONG UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai2 bongkak

      Delete
    2. 'Nak undi undi umno ja'
      Hei Anon 23:05 kau mabuk kah atau gila. ABU (anything but umno) sekarang tambah anything but umno and pas pis pus.

      Delete
  12. ulamak Melayu ramai otak kat anu...berbini ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak tapi cakap macam ulaq.
      Ulaq melengkaq2
      Ulaq jilat balik muntahnya.

      Delete
  13. PAS sudah tidak lantang dengan UMNO. Beri syarat pula pada PPBM jika nak bersama.

    Syamsul debat boleh kagum dengan selamba land DSN, walhal hakikatnya suara rakyat itu adalah satu protes.

    Parti PAS tidak protes terhadap DSN dan sudah jelas menyokong UMNO.

    Tun M protes DSN kemudian protes UMNO. Tun M tidak mengatakan mahu menumbang PAS tapi PAS beriya mahu bekerjasama dengan UMNO.

    Tapi SR juga masih menunggu jawapan dari TGHA.



    ReplyDelete
  14. Tan Sri Rafidah Aziz seorang menteri cerdek yang Malaydia pernah ada.Beliau bersama-sama Tun Mahathir membangunkan Malaysia sehingga terkenal diseluruh dunia.Najib seorang PM Malaysia yang amat dibenci rakyat dan nama busuknya terkenal diseluruh dunia.Antara Tun dengan Najib bezanya seperti langit dengan bumi.Tun tetap disanjung dan dipuja walau pun untuk berjuta tahun lagi.Dan kepada Tan Sri Rafidah...kami rakyat Malaysia tetap rindu kepada ketegasan beliau semasa dalam kabinet Tun....seorang menteri yang sukar dicari ganti.

    ReplyDelete
  15. Hidup Tun M Kutty !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun hati kau tak ikhlas tapi aku ameenkan cakap kau dan ternyata benar2 Allah panjangkan usia Tun M, Alhamdulillah !!!

      Delete
  16. Golongan warak tidak suka kepada Mahathir.Bakal agung disanjung kerana kewarakannya.Allah memperingatkan manusia agar jangan menyembah makhluk dan segala ciptaanNya.Di negeri Siam, raja adalah bayangan Tuhan.Di Tanah Melayu raja adalah ketua agama.Sekiranya perintah Allah dipatuhi dan Al-Quran difahami,maka tidak ada insan yang ingin menjadi sultan atau agong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar ....Saidina Umar menangis bila dilantik jadi khalifah sebab takut akan tanggungjawab dan hukum Allah yg berat ke atas pemimpin.

      Tapi sekarang ramai pemimpin memuja Dollar dan ada yg dah jadi billionaire.

      Pemimpin akhir zaman yg hidup kerana wang dan kuasa.

      Delete
  17. lidah2 kamu bagaikan anak panah yang meluncur dari busurnya - sarat dengan celaan, adu domba dan fitnah.

    Lalu kamu menjadi jauh lebih rendah sifatnya dari kawanan lembu yang meragut rumput apabila terlupa pada keadaan tuan2 kamu.

    Katanya tuan2 kalian sedang bertahaluf siasyi dari 3 puak dan bakal menjadi 4 puak didalamnya.

    Lalu tidak kelihatan siapa diantara tuan2 kamu yang menggenggam kuasa pemutusnya - kemudian kamu terus menerus tertipu dengan pendustaan tuan2 kalian.

    Simpan sebentar ceritera betapa zalimnya UMNO, tahan dirimu seketika dari meneruskan cercaan terhadap PAS.

    Sekarang sila jawab kepadaku - diantara tuan2 kamu siapa diantara mereka yang diberikan bai'ah sebagai pemegang kuasa pemutus ?

    Hey, manusia-manusia yang jahil lagi menyombong diri sedar lah akan setiap dari kamu hanya memiliki satu undi untuk di berikan kepada tuan2 politik kalian.

    Dan undi2 dari kalian terlalu jauh untuk mengangkat tuan2 kamu sebagai pemerintah pusat.

    Marilah aku ajarkan bagaimana mahu mengajak golongan yang berilmu, berakal dan beriman agar lembut hatinya untuk menyertai "perjuangan" kalian.


    1. Jalannya adalah dengan tuan2 kamu melantik kuasa pemutus didalam gabungan mereka.

    2. Hentikan segala cercaan hanya dengan berpandukan khabar yang kamu tidak mengetahui melainkan sedikit.

    3. Batasilah lidah2 kamu dari menjadi penyambung fitnah dan adu domba.

    4. Serulah kepada si orang awam dengan memperlihatkan "kebaikan" bukan "keburukan".

    Sekarang siapa diantara kalian yang mampu menjawap pertanyaan ku ?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebel la kau sowang sowang
      Tak kose nak layan kau
      Piiiiraaaah

      Delete
    2. kemana hilangnya lidah2 kamu yang begitu gemar mencela,mengadu domba dan memfitnah para Umara', para ulama, para ilmuan dan mereka2 yang membantah kepada tuan2 politik kamu?

      bukankah lidah2 kamu begitu lancar didalam berhujah ?

      bukankah lidah2 kamu begitu hebat di dalam membina prasangka ?

      bukankah lidah2 kalian bagaikan pedang terhunus hatta didalam urusan yang kamu tidak mengetahui melainkan sedikit.

      Bukankah lidah2 kamu begitu lancang menjatuhkan hukum ?

      Lalu apakah pertanyaanku sebelum itu membuatkan lidah2 kamu tiba-tiba menjadi kelu ??

      Delete
    3. ni macik,..dari 1981 pacik ni wat hal,..ni contoh kata2 dia


      Saudara-saudara sekelian percayalah,

      Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


      Percayalah saudara-saudara sekelian,

      Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.



      da lama dah pacik ni wat hal,.
      .menhukum org ikut sedap lidah dia,.
      elok macik pi nasihat dia baik2,...mana tau ketemu jodoh ke nanti,bule la bahas panjangkan
      ..alhamdulillah,..

      sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi

      Delete
    4. Sudah sudah lah menipu rakyat..
      Dlm masjid cakap berdegar degar menentang kemunkaran.....

      Keluar dari masjid berpeluk bercumbu dengan perasuah, penyamun, penipu wang/harta rakyat..

      Delete
    5. Hello Unknown.
      Kau tanya dimanakah lidah kami. Jawapannya masih didalam mulut dan untuk merasa makanan.
      Begiti juga lidah kamu masih didalam mulut tetapi lidah kamu untuk menjilat.
      Sebab kau ni penjilat tegar asalkan dapat dedak.
      Hei bahlol walaupun kau cuba mengunakan ayat ayat kau seakan puisi tetapi ia tetap berbau taik sebab kami semua cerdik pandai.
      Umngok lah Pas lah. Piraaakkkk.

      Delete
  18. Replies
    1. Anon 0105 tu la nakhoda sewel tu

      Hujah main Goreng je

      Asalkan duit haram masuk..

      Delete
    2. Unknown ini samada 'penulis upahan' untuk cari makan ATAU otak sewel tak ada kerja dok rumah. Kacau org suka suka saja.

      Delete
    3. Mengapa apabila aku membawakan cermin untuk kamu melihat ke dalam sifat dan keadaan tuan2 politik kamu, lalu kemudian kamu bagaikan org mabuk berhujah tak tentu hala ?

      Bukankah kamu mahu menumbangkan pemerintah yang zalim, perasuah dan segala macam kemungkaran yang dibawa oleh pemerintah ini ?

      Nantikan sahaja "peluang" terakhir kalian apabila khabar masuknya PPBM ke dalam Pakatan Harapan - apakah disediakan satu lagi kerusi Majlis Presiden atau dilantik kuasa pemutusnya sesuai dengan syariat yg ditetapkan Allahswt. Aku yakin,kalian Muslim dan masih berakal.

      Cukuplah sejarah lalu yang memperlihatkan kamu diperbodoh dan ditunggang oleh tuan2 politik itu yang membuatkan sebuah bahtera lalu dilengkapi dengan 3 Nakhoda didalamnya - lalu ia karam dan membuka aib pengkhianatan diantara tuan2 kamu.

      Aku sayangkan Agamaku aku cintakan Bangsaku - inilah dua asbab utama mengapa aku memberikan ingatan kepada kalian.

      Kembalilah kalian dan dapatkan kembali ilmu,akal dan iman, maka itulah yang terbaik sekiranya kamu benar-benar tunduk pada syariat.

      Delete
    4. pacik 1981 y buat hal tu ape cite macik?,..,katanya bule syahid kalo perang ngan puak2 tu,..puak2 muslim y berlainan ideoglogi politik,...

      tapi tgok pacik tu elok plak pegang tangan,berpeluk mesra atas pentas,...ni sape y tipu sape?,...kata bule syahid,...mcm 30 tahun kena spin je,...

      macik pun kaki spin jugak ke?,...bg cermin?,..mabuk x tentu hala?,...3 nakhoda?,..mcm hipokritos je,...soalan kat atas macik x jwb pun,...acane nak terima teori macik ni,...pung pang pung je,..poyo je lebih macik ni,...

      Delete
    5. perlukah kamu "melihat" ke belakang untuk terus mengadu domba pada masa kini dan masa hadapan ?

      Benar Tuan Guru Haji Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan itu dan natijahnya berlaku insiden Memali.

      Aku hanya mengajak kamu untuk mengenali sifat dan keadaan tuan2 politik yg kamu redhai, agar kamu tidak jatuh ke dalam sifat taasub kepada tuan2 itu.

      Ingatlah sahabat jangan "bertanding" siapa diantara tuan2 kamu atau pemerintah - yang mana lebih membawa mudharat.

      Sebaliknya pastikan siapa diantara tuan2 kamu atau pemerintah - yang mana lebih tunduk pada Syariat Allahswt.

      Keadaan kamu bagaikan kisah Lebai Malang - yang menang tetapi tergadai Hak Bangsa dan Agama.

      Impian kamu bagaikan angan si Mat Jenin - akhirnya terancam Hak Agama dan Bangsamu.

      Mahu berlayar ke lautan luas, tetapi tidak mengetahui siapa Nakhodamu, maka bersiap-sedia untuk "mati" sekali lagi.

      Tidak kah kamu mendapat sedikitpun pelajaran dari sakitnya "kematian" yg pernah dirasakan apabila karamnya Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif ?

      Delete
    6. "perlukah kamu "melihat" ke belakang untuk terus mengadu domba pada masa kini dan masa hadapan ?"

      ini y macik tanye,..sudah tentu saya memandang ke belakang melihat sejarah akibat dari tindakan pemimpin2 sebelum ini,..bg sy mencari kepastian dalam membina masa depan untuk generasi mendatang,..mana mungkin sy mahu menyokong membuta tuli kepada sesuatu pihak tanpa sy selidiki sejarah pelakuan pihak terbabit dan akibat nya pada masa kini,....sy bukan bodoh seperti macik,...

      "Benar Tuan Guru Haji Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan itu dan natijahnya berlaku insiden Memali."

      ini pengakuan macik sendiri y sy copy dari atas,...adakah perlu sy menyokong pihak y melakukan pepecahan sesama ummah,sehingga melibatkan kehilangan nyawa manusia,..seperti pengakuan macik di atas?,...sy percaya,..sejarah mungkin berulang,..jd untuk ape sy perlu menerima teori membuta tuli macik,..sedangkan sejarah telah membuktikan pada kita,...

      dan menyentuh pada pendapat macik,..."Tidak kah kamu mendapat sedikitpun pelajaran dari sakitnya "kematian" yg pernah dirasakan apabila karamnya Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif ?",...sy belum pernah mati jd sy xdpt nyatakan bagaimana sakitnya saat kematian,...dan bg sy Pakatan Rakyat tidak pernah mati,..cuma sekarang ia di naiktaraf kepada Pakatan Harapan,..kerana berpunca dari pengkhianatan dari pihak y tidak teguh pada kata2 sendiri,..dan cuma pandai bermain tarik tali,menyalahkan pihak lain,..sehingga kini bersekongkol dgn puak2 y dikata harus di perangi sehingga syahid,...

      jadi perlukah sy menerima pihak y selalu memutarbelit fakta sehingga berlaku pepecahan,...bg sy ini tidak baik untuk bakal anak cucu sy di masa depan,..kerana sy tidak mahu peristiwa hitam 30 tahun lepas berulang,...

      Delete
  19. siapa sokong tun m kutty mohamad sila andkat tangan?

    ReplyDelete
  20. raja2 pun nampaknya dah menyampah dengan kerenah tun m kutty mohamad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aku kesah??

      Delete
    2. Anon 01:39 Biarlah raja2 menyampah tapi cubalah sentuh Tun Mahathir kalau ko berani.

      Delete
    3. Jika sentuh Tun Mahathir saperti istihar perang.

      Delete
    4. aku lebih sayang dan sanjung tun M dari raja2 tu

      Delete
    5. 19.57 aku pun.

      Delete
  21. Eh bosan betul aku dengan sianon Unknown ni,merepek panjang menjela ...aku rasa dia ni jelmaan Universiti Newcastle la ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...agaknya dia yg menyamar graduan new castle, sebab itu saya beri dia graduan kelly caste di batu gajah dekat rumah saya.
      Cakap merapu macam org....

      Delete
    2. Belum tengok muka makcik unknown tu lagi pun aku dah temuntah. Kalau tengok mukanya tah macam mana aku pitam agaknya.

      Delete
  22. Walau bagaimana garangnya saekor harimau tetapi malangnya apabila ianya terlupa/buta dengan sangkar perangkap,maka tewaslah binatang ini.sekarang mesti ikut cakap orang yang menangkapnya.Bagitulah yang terjadi pada presiden pas dimana telah diprogream dan pluang kaemasaan untuk dicucuk hidung.diambil tindakan makamah dan denda bagitu tinggi.sabaliknya apabila rayuan dibuat gugur semua denda tadi.sekarang body sudah tergadai akibat budi.lu orang fikirlah sendiri,siapa yang mahu lepas tali yang telah berada ditanggan.

    ReplyDelete
  23. Saya berbeza pendapat dgn pemunya blog. Saya fikir Najib akan tunggu selewat lewat yang di benarkan undang2 bagi mengadakan PRU14.

    Dia mseti sedarUmno/Bn amat lemah sekarang. Dia fikir PPBM/Amanah belom begitu kuat.

    Umno/Bn ada berbagai masalah perpaduan antara parti2 komponen. KCA asyik nak bertegang. MIC pun dulu bersuara. Begitu jugak Gerakan. Berkaitan Hudud.

    Saya rasa Najib blom pasti menang Pru14. Keputusan di Pru13 amat merunsingkan nya. Tambah pulak skandal 1MDB.

    Mungkin dia pun pegang pendirian ambik kesempatan apa sahaja selagi boleh - "make hay while the sun still shines".

    ReplyDelete
  24. Ayoh pakatan teruskan perpaduan jgn ungkit perkara remeh tetapkan nekad yg satu tumbangkan bn dan kuburkan umno terutamanya perasuah penyangak penyamun anjing2 yg bermaharaja lela lupakalah jubah dan serban kerana lebih banyak merosakan perpaduan yg penting bn umno dpt ditumbangkan itulah doa rakyat yg ditindas dan dihina

    ReplyDelete
    Replies
    1. kewajipan utama tuan2 politik kamu adalah untuk memutuskan sesama mereka akan pemegang jawatan Presiden Pakatan Harapan.

      Dan kemudian kamu akan dapati lebih banyak dari golongan marhean yang berilmu,berakal dan beriman tidak lagi tertumpu kepada UMNO dan Barisan Nasional.

      Cukuplah kamu diperbodoh dan ditunggang diatas kejahilan dan kesombongan diri.

      Menerusi komen2 awk jelas kelihatan tiada menjadi masalah andai DAP yg memegang kuasa pemutus didalam Pakatan Harapan.

      Maka syorkan kepada kamu agar tuan2 politik kamu turut bersetuju untuk melantik DAP sebagai Presiden Pakatan Harapan.

      Persoalan Kuasa Pemutus bukan urusan yang remeh, ia adalah tunjang agar para pengikutnya tidak lagi berlaga kepala sesama mereka.

      Apakah tuan2 politik itu akan terus memperbodohkan sekalian pengikutnya ??

      Atau apakah tuan2 politik itu akan berlaku jujur dengan melantik Kuasa Pemutus dari kalangan mereka.

      Delete
    2. Makcik unknown ada aku kesah??

      Delete
  25. PAS masih berharap dapat banyak kerusi di Pru14. Mereka memang ada jentera pilihanraya yang kira baik sejak dah lama. Ha nya kurang berkesan di Pru13. Mangkin begitu sekarang akibat penubuhan Harapan.

    Najib nampak nya amat berharap kpd kerja sama dgn PAS. Tak tahu betul ke tak berita RM90 juta di beri kpd PAS. Tapi Najib hingga sanggup menghadiri demo pasal Rohingya, suatu tindakan berdemo yg sangat tidak bijak, tak pernah di buat Perdana Menteri mana mana negara di dunia, setahu saya. Di gambar memegang tangan Hadi di demo itu.

    Soal nya: banyak kah pengaruh PAS sekarang? Banyak kerusi ke PAS boleh dapat di Pru14? Saya fikir tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tahu kenapa dia pegang tangan hadi, itupun hadi No 2 dan zahid No 3 ?? Tahu tak pa. Lepas PRU, zahid laku ke lagi ? Masing2 boleh jawap !

      Delete
    2. Umno dan pas keduaduanya sudah sakit.sudah tua dan tidak segagah mada muda dulu. Ibarat harimau sarkas, mengaung saja kuat, kuku sudah patah.
      Kita bersatu sesama kita, gergasi tua ini pasti tumbang.

      Delete
    3. Lepas Pru14, Pas satu kerusi pun tarak.
      Selangor lingkup, Kelantan Umno ambilalih.
      Pada aku, Hadi@Pas boleh "go to hell..."

      Delete
  26. orang berlagak alim kalau berbahasa dengan mengata orang lain kamu nampak nyata merendahkan maruah orang, pergi mampus lah

    ReplyDelete
  27. Aku dah lama kata benda yang sama. Pas tidak diperlukan lagi. Kalau kamu mahu undi jugak Pas, lebih baik saja undi Umno. Kan Umno lebih Islam. Najib sendiri yang cakap. Jadi kalau Umno dan Pas bertanding, aku pangkah Umno. Heii nanti dulu. Jangan lupa sekarang ada jugak PPBM dan Amanah. Lagi bes aku pangkah mereka drpd pasangan Umno dan Pas. Cantikkk !

    ReplyDelete
  28. Bagi aku, pilihan mudah. Masa Mahathir dulu, senang aku dapat kerja. Senang kawan aku semua cari makan. Hidup ok. Tak kata mewah atau senang. Kalau kerja kuat boleh hidup senang. Sekarang, ptuhh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang tahun2 zaman Mahathir mentadbir dulu aku dapat bertukar kerja 5 kali. Alhamdulillah tiap kali tukar kerja aku dapat offer gaji yg lebih tinggi dari gaji sebelumnya.

      Sekarang aku tengok ramai budak2 graduan U menganga menganggur dan kerja sementara sebab tak dapat kerja. Hingga ada yg jual nasi lemak Anak Dara.

      Kemudian ada pulak pemimpin bodoh nak cover kelemahan tadbirnya yg gagal mengurangkan pengangguran negara kata "bagus" sebab graduan tu tak memilih kerja.

      Kemudian galakkan pula graduan bawa teksi uber. Cuba dia suruh anaknya jual nasi lemak Anak Dara dan suruh bawa teksi uber??? Memanglah senang nak cakap sebab yg kena tu anak orang bukan anak dia.

      Haram jadah bangsat Ptuuuuiiihh!!!!!

      Delete
  29. fikirkanlah, jika kita memilih pembangkang dan mereka menang, kebimbangan kita mungkin sementara...

    tapi jika kita pilih pemerintah sekarang, kebimbangan kita mungkin dalam masa yang panjang..

    ReplyDelete
  30. Gua sudah kata dulu lagi.
    Pas ini tidak boleh dipercayai.
    Kalau jumpa Najib, Hadi dan Ular
    Pukul Hadi dulu baru Najib kemudian Ular.
    Ertinya, Pas lebih teruk dari Umno dan Ular.

    ReplyDelete
  31. Hoi PAN Imayam...dah berapa bagi deadline ni? lepas 13 december apa pulak? Nak tunngu PAS sampai Hari Valentine 2017?
    ...PAS tak hingin lansung dengan Pakatan Hopeless!! bagilah 'deadline' 44x pun!!

    ReplyDelete
  32. Tinggalkanlah Pas, biarkan mereka dengan pimpinan ulamaknya. Mereka nampaknya menuju semula ke era pra-80an dulu, iaitu nak letak calon PRU pun payah, kalau masuk PRU pun ramai yang hilang wang pertaruhan!

    Kalau dalam pakatan yang kukuh dulu iaitu PR, Pas boleh khinat, inikan pula satu pakatan yang dilihat agak longgar sekarang, mana mungkin Pas berpegang 100% pada janji mereka, sementelah selagi dipimpin Hj Hadi. Apa nak takut lawan calon mereka yang bakal kehilangan wang pertaruhan pilihanraya??? Sama lah juga macam mana2 pilihanraya lawan 3 penjuru lain yang penjuru ke 3 ialah calon bebas, apakah PR atau PH sekarang perlu takut? Anggaplah Pas sebahagian dari calon bebas, yang ada parti...

    ReplyDelete
  33. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete