Friday, 2 December 2016

SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITU MELAYU DIBODOH-BODOHKAN....


PRU 14 adalah peluang untuk orang-orang Melayu menjadi cerdik dan membuktikan mereka tidak bodoh. Caranya ialah dengan menolak UMNO dan BN serta memastikan parti itu tidak lagi berkuasa di negara  ini.

Selagi UMNO dan BN berkuasa, khususnya selagi Najib Razak yang sudah dikenali dunia sebagai pemimpin kleptokrat menjadi Perdana Menteri buat negara ini, maka selagi itulah orang-orang Melayu terus diperbodohkan atau cuba dibodoh-bodohkan.

Seperti pengundi bukan Melayu dan mereka di bandar yang sudah menunjukkan perubahan, pengundi Melayu juga harus bergerak ke arah yang sama. Jika tidak, acara dan pesta membodoh-bodohkan Melayu itu akan berterusan dan diulang berkali-kali untuk menutup kelemahan dan rompakan terhadap khazanah Melayu itu sendiri.

Ucapan perasmian Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mengatakan PRU 14 akan datang adalah pilihan antara kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Melayu dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, adalah jelas suatu tindakan cuba membodoh-bodohkan orang Melayu.
Lebih dahsyat lagi apabila Najib turut menakut-nakutkan orang Melayu bahawa sekiranya UMNO kalah dan hilang kuasa, semua institusi kerajaan seperti MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lainnya akan lenyap serta pupus, seterusnya menjadikan masa depan mereka tiada lagi pembelaan.

Bagi mereka yang waras, boleh berfikir dengan baik atau tidak mengalami strok otak, tentu saja dengan mudah tidak percaya menolak kata-kata Najib itu. Ini kerana mana mungkin DAP yang hanya bertanding 54 kerusi, mampu menjadi begitu berkuasa dalam negara ini, waima sekiranya mereka menang semua kerusi yang ditandingi sekali pun.

Dengan  Pakatan Harapan yang di dalamnya turut ada PKR, Amanah dan tidak lama lagi, PPBM juga akan turut serta, di mana logiknya kata-kata Najib bahawa DAP akan menerajui gabungan itu?

Lagi pula, tidak seperti BN yang hanya UMNO dianggotai oleh Melayu, sebaliknya PKR, DAP, Amanah dan PPBM, semuanya ada Melayu di dalamnya?

Tidakkah ia dengan sendirinya menjadikan kedudukan Melayu dalam Pakatan Harapan lebih meluas dan merata?

Lihat saja di Selangor, apakah DAP yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu?

Juga tidak masuk akal dan jelas mahu membodoh-bodohkan Melayu apabila Najib mengatakan MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lain institusi akan turut lenyap serta pupus jika UMNO hilang kuasanya.

Di Selangor dan Pulau Pinang, sudah berapa banyak pejabat agensi kerajaan yang berkaitan Melayu dan Islam telah  ditutup atau diarahkan berpindah ke negeri lain?

Selama ini, siapa yang menjahanamkan MARA, Felda dan Felcra dengan pelbagai ciri-ciri rompakan dan amalan rasuah sehingga agensi-agensi itu lebih merupakan tempat pemimpin Melayu memperkayakan diri sendiri berbanding membantu rakyat yang dalam kesempitan?

Adakah MARA, Felda dan Felda benar-benar menjadikan Melayu kaya dan berharta atau hanya isteri, isteri muda dan anak-anak pemimpin Melayu yang bermaharalela menjadikan agensi-agensi itu sebagai lubuk mengaut kekayaan mereka?
Menjelang PRU 14 akan datang, orang-orang Melayu mesti fokus kepada isu yang sedang berlaku dalam negara dan jangan biarkan mereka terus diperbodohkan lagi oleh pemimpin sendiri. Isu di depan mata  kita ialah rasuah yang berleluasa dan penyonglapan wang negara yang berlaku tanpa hadnya.

Menakut-nakutkan kononnya Melayu terancam dan DAP menguasai kerajaan hanyalah pelindung untuk menutup kedurjanaan  dan bagi mengelakkan kesalahan mereka diadili oleh kerajaan yang baru nanti.

Bukan DAP atau bimbangnya institusi Melayu dan Islam yang menjadi ketakutan mereka. Mereka hanya ingin berkuasa dan terus merompak lagi, sambil mengharapkan kesalahan mereka tidak akan diadili sampai bila-bila.

Jika pemimpin yang sama terus berkuasa, mereka pasti akan merompak dan menyamun lagi. Menolong dan membantu rakyat hanyalah merupakan agenda yang ke 69 dalam hati dan perjuangan mereka.

Lima tahun lagi apabila tiba hampir pilihanraya dan kegiatan penyonglapan mereka diperkatakan di merata-rata, mereka akan kembali menakut-nakutkan lagi dengan perkara yang sama - Melayu terancam dan DAP akan menguasai negara ini sambil sudah mula pandai berdoa dan berjubah kononnya agar Tuhan menyelamatkan negara ini.

Akhirnya Melayu terus mundur dan ketinggalan dan hanya kelompok pemimpin yang kaya raya mengaut segala milik negara. Tiada apa-apa perubahan dan kemajuan untuk rakyat, malah di sebalik negara kita merupakan pengeluar utama kelapa sawit dunia, pemimpin yang ada hanya menutup mata daripada memastikan minyak masak pada kadar yang munasabah harganya.

Sebab itu, PRU 14 adalah peluang untuk Melayu menjadi cerdik dan tidak lagi membiarkan mereka terus diperbodoh-bodohkan. Sekarang adalah peluang terbaik untuk melakukan perubahan dan membodohkan pula pemimpin durjana yang membawa kerosakan kepada negara.

Jika orang Melayu mula menjadi cerdik dengan tidak takut mengalahkan UMNO dan BN, pemimpin seterusnya tidak mungkin berani lagi membawa retorik-retorik bodoh untuk mendapatkan undi.  Kita harus mulakannya dengan menunjukkan kecerdikan itu tanpa ragu-ragu lagi. (SH 02/12/2016).

82 comments:

  1. Tak kisah andai agensi2 melayu yg dinyatakan tiada lagi. Agensi2 tersebut adalah agensi2 yg gagal. Agensi2 tersebut diganti dengan agensi baharu yang lebih cekap. Kalau kereta sudah beyond economic repair, apa salahnya buang dan beli baharu?
    Babijan terdesak meraih simpati dengan mengeluarkan sentimen perkauman. Jadi siapa yang merosakkan impian perpaduan masyarakat oleh pemimpin2 terdahulu termasuk ayahnya? Salahkah kalau babijan digelar BAPA KEHANCURAN NEGARA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Odin,
      Saya setuju dengan kamu , sepatutnya kalau pemimpin pemimpin umno melakukan tanggungjawab dengan AMANAH dan ikhlas dan prosedur DEB serta Wawasan 2020 tidak disalah pakai untuk melakukan ketirisan bagi kesenangan kelopok pelahap pemimpin umno sudah lama masyarakat melayu ditahap membanggakan.

      Sepatutnya kalau ikut jadual pembangunan DEB dan fasa pembangunan Malaysia..sekarang ini bukan lagi masa dimana kita masih berkeloh kesah bercakap pasal pembangunan melayu , pasal cina mengugat melayu ,pasal melayu merempat dan sebagainya disebabkan sepanjang lebih sedekat lalu pemimpin peminpin umno sudah ubah hala tuju kepada menjadi penyamun harta rakyat maka orang melayu hingga kini tak berubah terhenti pembangunan mereka sejak tahun tahun 90 han.

      Justeru alasan cina dan DAP sebagai ancaman saja lah yang ada untuk menutup kedurjanaan mereka yang gagal kepada bangsa melayu disamping mengekalkan kegiatan merompak harta negara melalui projek projek kementerian yang ada...disamping orang melayu terus dibodoh dan di paria selamanya.

      Delete
    2. Umno sgt memerlukan DAP lebih dari Melayu memerlukan Umno..utk terus memperbodohkan org melayu dulu, kini dan selamanya..

      Delete
    3. Majoriti orang Melayu-Islam sedang diperbodohkan oleh Presiden PAU (PAS And UMNO).

      Kedua duanya telah terkena "mendrem nasi kangkang"

      Delete
    4. Secara logiknya pada masa sekarang 95% bangsa cina di Malaysia telah menyokong DAP. Ini bermakna bermusuh dengan DAP secara tak langsung telah memusuhi bangsa cina.

      Kalau cina telah beralih arah sejak PRU 13 lalu yang telah menyebabkan Kerajaan UMNO/BN hilang undi popular.

      Cuba bayangkan peralihan pengundi Melayu hanya 5 hingga 10% sahaja kepada parti bukan BN, tentunya PRU 14 nanti BN hanya mampu menang sorak sahaja.

      Ini bermakna Kerajaan baharu dari parti BNUKAN BN akan menguasai Kerajaan Malaysia.

      Delete
  2. Just look singapura!...semasa penubuhan singapura, lee kwan yew begitu baik dan sopan-santun bila dtg melawat kawasan melayu/islam,dtg dengan mesra dan bersongkok. Tetapi bila berkuasa dan kuat,org melayu dilayan seperti manusia kelas dua, dinafi hak dan peluang mereka.

    Itulah yg terjadi bila bukan islam berkuasa,berlaku ketidakadilan dan dinafikan hak org islam seperti rohingya di myammar.

    Sedarlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai aje kata Melayu Singapore tertekan la itu ini la, Melayu Singapore sendiri majoritinya bahagia saja pun. Saya ramai saudara mara di sana. Diajak berpindah ke sini, laju aje mereka jawab tak mahu. Masalahnya macai tengok negara orang dengan mata perkauman dia..mata yang dah ditutup oleh Umno.

      Delete
    2. betul tu malayu singapura sebijik macam rohingya, kebanyakan rohingya yang merempat kat kl tu sebenarnya orang melayu singapura yang dihalau dari pulau tu, rumah diorang kena bakar, anak bini kena rogol dik cina singapura. LOL.

      Delete
    3. Sudah sudahla anon 10.30..cukup cukupla gunakan isu Perkauman kalau gagal.justifikasikan segala.kemungkaran rompakan yg dilakukan.oleh kaum melayu itu.sendiri...says juga pro.melayu tapi saya sudah tidak sanggup lagi.melihat segala dosa.segala kekotoran the dilakukan kaum.melayu.itu.sendiri..takpelah.kali ini biar cina yg.memerintah sekalipun klu itu yg.lebih baik..selebihnya kita serah kepada allah..insyaallah

      Delete
    4. Kalau Melayu tertinggal dan terpinggir, jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Melayu walaupun di mana berada, UK, Singapore, US dan Australia masih dibelenggu mentality Melayu Kuno. Hidup hanya untuk makan, kahwin dan beranak pinak.

      Perancangan masa depan dan keluarga tiada dalam kamus hidup Melayu. Mentaliti beranak ramai2, supya mak bapak boleh hidup senang di masa tua, dengan PAU anak2 yang berkerja adalah perangkap maut Melayu untuk terus jadi miskin dan mengharap subsidi.


      Dengan gaji yang kecil dan anak sampai 7 orang, orang Melayu abaikan pelajaran dan kebajikan anak2. Akhirnya, anak2 pun senasib dengan mak bapak. Terperap di PPR dan miskin sampai 7 keturunan.

      Bangsa yang minority seperti Malbari dan Punjabi berjaya dalam bisnes dan pelajaran tanpa ada parti politik sperti UMNO, MIC dan MCA yang membantu mereka. Mereka rerjaya kerana kebanyakan ibu-bapa dari kaum Malbari dan Punjabi ada visi untuk masa depan anak mereka. Kebajikan dan pelajaran anak2 mereka dipentingkan dulu.



      MELAYU KENA UBAH MENTALLITI MELAYU KUNO, TIDAK MENGHARAP BANTUAN ORANG LAIN DAN ADA VISI UNTUK MAJU

      Delete
    5. 10.30 tak pernah pi spore, tapi nak berbicara tentang negeri orang. Melayu spore world class la wehhh, boleh speaking, boleh dapat kerja kat sydney, hong kong, london, new york. Melayu spore tak ada tongkat, tak kafir org islam lain, tapi boleh maju setaraf warga world class lain. Mereka skrg bersyukur betapa bertuahnya mereka kerana tiada umno di spore. Berapa ramai melayu spore minta kerakyatan msia? Aku rasa 3 org jerrr...m nasir, papa rock dengan aaron aziz. Itu pon aku tak sure samada mereka tu rakyat msia.

      Delete
    6. Ano 10.30 ...."just look singapura" is grammatically wrong...it should be "just look at singapore", or "take a look at singapore". You can also say "i cannot look at singapore, how to look, never been there, holed up in my den whole life".

      Delete
  3. Aku cadangkan para pemimpin2 yg korup dan pemimpin2 yg menyokong pemimpin yg korup ini supaya tidak diundi lg dlm PRU14 nnt. Mereka2 ini perosak dan pelindung perosak dlm negara kita

    ReplyDelete
  4. Azan pun tidak dibenarkan dilaungkan,jika bukan islam berkuasa apatah lagi perkara-perkara penting orang melayu dan islam yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10.37,
      Jangan hang pekak di penang tempat aku Azan sampai hari ini dialaungkan tak kira pagi Petang yang aku tak dengaq laungan sami dan padri...jangan dok gabra pasai najib penyamun dok menipu.

      Delete
    2. anon 10.37....

      dah dah laaa memperbodohkan diri sendiri...kamu dok dalam gua mana??? tak payah tabur fitnah...tak pasal pasal dapat dosa memfitnah...

      anon 11.13 dari penang dah terangkan...azan dilaungkan...

      Delete
    3. Anon 11:30, 10:37,
      Kamu masih nak menyokong umno lagi? Kamu tak tahu kah apa yg najib dan geng umno buat pada negara kamu? Kamu ads mata? Ada telinga?....orang tua kampung yg tak sekolah pun pandai berfikir....

      Delete
    4. Anon 1037 tu semedang je dok dlm disko, dangdut n karaoke mana la dia nk dgr azan

      Delete
    5. Kat Penang, masa bawah BN, masjid2 yg kecik di sekitar dibiarkn uzur dan kotor. Mungkin sbb peruntukan kecil. Sekarang, semua masjid2 tua ni dah dipulihkan, dicat baru, bersih dan nampak segar. DAP sgt berusaha utk ambik hati org islam. Umno hya banyak retorik.

      Delete
    6. tak sangka ada lagi macai bodoh piang percaya azan tak boleh dilaungkan
      aku dok padang tembak
      subuh pun depa azan dgn jelas dan kuat
      apa la punya org
      tak makan nasik tp makan fitnah kut

      Delete
    7. Kau ni Penabur Fitnah Tahap Dewa, azan boleh dilaungkan di Singapore tapi tanpa loud speaker. Itulah Sunnah. Zaman Nabi, walaupun tanpa loud speaker, semua Muslim solat di Masjid

      Di Malaysia, walaupun azan dilaungkan pakai loud speaker, hatta di Kelantan dan Marang, yang datang masjid cuma orang tua dan budak2 tabligh. Sad but true, Iman di lantik Kerajaan pun jarang datang bersolat masjid.

      Di kampong2, lagi hampeh dan memalukan, azan cuma kedengaran pada waktu isya dan magrib sahaja. Zuhur, Asar dan Subuh tak ada yang datang masjid untuk laungkan azan dan solat. Inikah amalan Islam yang diagung2kan oleh UMNO dan Mufti

      Delete
    8. Apa guna azan dilaungkan pakai loud speaker, boleh dengar sampai 10 KM, tapi yang dating solat cuma 3 saf.

      Masjid diperjiranan opis aku, PPR ada 6 block, penduduk sekitar 10 ribu, 90% peratus Melayu, azan pakai loud speaker 5 kali sehari, Jemaah Magrib cuma 50 orang. Zuhor dan Asar cuma 10 orang. Majoritinya Bangla, Indon dan Rohinya dan budak Tabligh. Tanpa mereka, masjid di Malaysia jadi rumah usang tak berpenghuni.

      Inilah bukti usaha UMNO yang dimegahkan dalam menaikkan syiar Islam, buat masjid besar2, tapi amalannya kosong. Macam bunga Raihan, zahir Nampak cantik, tapi tiada baunya !

      Delete
    9. Zaman dulu dulu loud speaker tak ada, tapi islam berkembang ke asia, eropah, afrika, serata dunia. Apa guna baca sejarah islam kat sekolah tapi tak boleh pikir?

      Delete
  5. ini lah akibat kalau kita berayah kpd orang yg jelas menunjukan ciri2 seorang munafik.(saya berani memberi komen sedemikian olih kerana saya tlh d arah utk menjadi peg bertugas semasa tun menjalani rawatan d London).

    najib tlh menuntut d 'public schools' d UK yg saya percaya tidak menyediakan makanan khas utk penuntut2 yg beragama islam. olih demikian apa yg d sediakn olih sekolah terpaksalan d makan semua.

    pihak JPA tlh cuba memperkenalkan program utk membiayai penuntut melayu/islam k 'public schoo;s' agar mereka akan lebih senang d terima olih 'ivy league' uni saperti OXCAM.

    program tersebut tlh d berhentikan olih kerana mereka berasa amat tertekan kerana isu makanan yg tidak d sediakan secara halal. anak saudara saya adalah salah seorang mangsa d mana fikiran nya terganggu hingga sekarang.

    olih demikian kita perlu berhati hati apabila najib mula mendekati agama n bertutur se olah olah beliau lah 'muslim' yg terbaik.

    jika beliau sudah bertukar cara hidup n meninggalkan perkara yg d larang olih agama, syukurlah. namun, saperti penagih dadah, tabiat yg sudah menjadi darah daging amat sukar utk d tinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah lah selit komen jadi cacai petugas tun di london, kami semua pun benci ngan jib and mah. setiap komen ada saje selitan syok sendiri.

      Delete
    2. oi bodoh, najib pi private boarding school lah kat uk nun, anak aku belajaq kat katolik school kat london pun boleh dapat makanan halal bongok. pi london bekerja jadi cacai konon, otak kosong gak, kau nio biar betul. kau rasa kat uk tu sekolah paksa student2 dia makan babi ke? BODOH

      Delete
    3. Kalau ya pun tak payah la maki-maki. Komen la elok-elok. Bahasa dan tata susila menunjukkan upbringing. Orang yang guna kata-kata kesat dan maki hamun ni biasanya have a very bad upbringing. Orang macam ni tak boleh masuk majlis..

      Delete
    4. Anon 11:33,
      Dengan gaya bahasa yg kamu cakap kamu bukan golongan intelek. Anak kamu pi belajar uk?....bapa borek anak rintik.
      Spm pun tak lepas.
      Kamu aji adi punya macai...

      Delete
    5. anon 12.22 golongan intelek nenek kau? SPM gred 3. bodoh, 2 x 5 ngan bapak bahlol kau!

      Delete
    6. makan babi pu ok, apa salah nya, orang cina kat malaysia sihat dan lagi pandai dan rajin dari orang melayu.

      Delete
    7. jangan salah faham. 'public school' d Uk serupalah mcm MCKK d mana ia nya 'full board n lodging'.

      saya pernah d tugaskan sebagai attache' pelajaran selama 5 tahun d UK n berkongsi maklumat yg bebar.

      terpulang kpd sesiapa utk mempercayai nya.
      mengguna kata2 kesat tidak akan dpt menukar kebenaran.

      Delete
    8. Duit rasuah dan pelacur, Melayu rembat dan muntah kedarah tanpa rasa geli-geliman. Munafiklah Melayu !!

      Tak makan babi bukan sebab ajaran agama, tapi sebab Melayu didik BABI tu najis. Tapi pemakan bangkai dan najis tahi babi seperti udang, kerang, ikan keli dan ketam, sedap pulak, tambah2 lagi mesak lemak cili padi

      Delete
    9. Sabar sdr rahman pjc...yg educated macam saya sentiasa tunggu tulisan sdr yg berpengalaman luas, terima kasih kerana berkongsi pengalaman/ ilmu. Biar kan kecaman org yg mungkin belajar tinggi tapi tak educated; gaya bahasa pun kita dah tau DNA kutu kampung dia org tu tebal mana. Terus menulis... looking forward to your insider's insights of things...it is a previlege to read your comments.

      Delete
    10. Bodoh dan jahil murakab betul anak sedara kamu tu. Pergi UK pakai cable bawah laut? Otak Lemau, baru tak ada nasi lemak dah stress dan longlai jiwa raga

      Bercakap pakai otak, apa perasan Melayu Kuno kalau student Sabah dan Serawak yang belajar di UITM mintak beacon dan egg untuk breakfast . Mesti Melayu Kuno bunuh budak2 tu sebab tiada respek dengan budaya Melayu.

      British Negara secular, tiada unsur2 agama dibenarkan di sekolah. Pelajaran agama termasuk tidak diajar di sekolah.

      Halal berlambak2, makan fish and chips atau pun dan salad pun boleh,

      Tapi Melayu jumud dan lemau, hanya makan hanya makanan dimasak oleh Melayu dan dijamin halal oleh JAKIM, kalau begitu jangan pergi UK atau Negara kafir , pergi Indon atau Arab Saudi.

      Mana pegawai kedutaan Malaysia yang menjaga kebajikan student di UK, makan gaji buta?

      KUTU Kampung
      Paddington, West End
      London

      Delete
    11. kutu kampong 22:12. d jemput membaca ulasan say betul2 betul.

      1)anak saudara saya tlh d pilih olih JPA utk melanjutkan pengajian nya dlm jurusan A level d'public school' bukan d atas kehendak nya sendiri.

      2)jangan d bandingkan UK (London) pd awal tahun 7puluhan dgn sekarang. najib menuntut d Malvern college n hishamuddin d Cheltenham college. ini adalah kawasan 'rural' d 'midlands' d mana amat sukar utk menemui kedai makanan halal ketika itu.(mungkin tiada)

      saya sendiri tlh mengalami nya apabila mengikuti kursus d Royal Institute Of Public Administration London(RIPA) n d hantar k cheltenham utk 'practical training'.
      d tempatkan d 'bed n breakfast' d mana tiap2 sarapan pagi saya terpaksa makan roti atau kippers. makan siang n mlm hanya lah 'fish n chips' yg mungkin d goreng dgn minyak yg tak halal. utk hidup saya terpaksa berselawat n mkn juga.

      Paddington tidak jauh drpd bryanston sq n Malaysia hall d mana makanan halal Malaysia senang d perolihi.

      juga d sepanjang edgware rd ada berpuluh kedai menjual n menyediakan mkn yg halal. jadi tiada masaalah bagi kaum muslimim.

      saya menceritakan keadaan d era 7puluhan. mungkin ketika itu sdr d bangku sekolah rendah lagi. jadi perbandingan bukan 'apel dgn apel'.

      sekian.



      Delete
    12. Maafkan saya, saya tidak bersetuju yang makanan haram seperti ham, black pudding, beacon dan segala2 benda yang haram menyebabkan kita jadi syaitan dan pemakan rasuah. Mat Saleh hari2 makan benda haram, tapi moral dan etika mereka lebih Islam dari dari Melayu.

      Petty Corruption tu ada di mana2, tapi di Malaysia, rasuah menjadi amalan harian. Tanpa rasuah, semua tak jalan, semua tidak lulus dan semua tergendala.

      Semua Melayu boleh terima budaya rasuah walaupun berjilbab atau berserban 20 hasta.

      Rasuah dan semua wrongdoings di Malaysia adalah disebab salah dan kelemahan Mak Bapak, Mufti dan Tammaddun Melayu. Kalau mak bapak makan rasuah, sudah pasti anak dia pun sama.

      Budaya Melayu tidak merasakan rasuah itu satu perbuatan keji seperti makan babi, melacur, mencuri, LBGT & minum arak. Berlainan dengan budaya orang Putih, RASUAH ITU MENYAMUN. Pemakan rasuah adalah PENYAMUN.

      Rasuah ini sudah menjadi sebahagian budaya Melayu, cuba tanya bebudak yang umur 7 tahun ke 10 tahun kampong atau Flat PPR, apa cita2 mereka. Ramai yang mahu jadi Polis, Kastam, JKR, Imigresen dan Menteri,mudah jadi kaya, dapat duit luar.

      Tanya mereka kenapa mereka tidak suka menjadi askar, jawaban mereka, askar miskin dan tak banyak duit luar. Tu pasal sekarang, askar2 Malaysia adalah orang Iban. Kalau Melayu yang jadi askar, mereka adalah benar golongan Melayu yang baik moralnya dan bersemangat keperiwaan.

      Lihatlah, betapa akrabnya rasuah dan Melayu, budaya rasuah adalah BUDAYA MELAYU yang telah ditanam dari kecil lagi.

      Kutu Kampung
      42, Great Smith Street,
      Westminster, London, SW1



      Delete
  6. Orang Melayu ni cakap je besar.Tapi bila tiba saat mengundi umno jiga yang diundi,ini ketana mereka ni susah untuk mengubah kepercayaan yang telah lama tertanam dalam fikiran mereka.Satu lagi mereka ni amat pemalas untuk berfikir panjang2,pendek kata main pakai redah saja......itulah Melayu!!.....

    ReplyDelete
  7. Di Singapura sbb ramai Cina yg jadi pemimpin. Di Msia calun pemimpin ramai Melayu. Jgn lah tipu rakyat. Buang dulu penyamun2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makang Melayu kecek Melayu boleh hah tapi kalao songlap wang negara, berdengki khianat hah jangen sebut orang mukmin sekalipun. Dah menjelma jadi wali syaitan kaum Iblissiyah!!!

      Delete
  8. Skit skit DAP, mcm dah xde modal lain lg si najib ni..kalo otak ko dah rasis letak je la jawatan PM tuh,negara malaysia ni berbilang kaum, as PM u, kena jaga perpaduan kaum dinegara ni..bukan DAP je cina,MCA pun cina gak..awat la bengong sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku terlebih takut pada tipu helah Bangsatwan2 Pengkhianat Melayu dari dosa2 manusia biasa yang melanda diriku... karena Pengkhianat Melayu narcissist ini diorang berazam untuk memusnahkan Agama & Kemanusiaan bani Adam.

      Delete
  9. Tahniah!...UMNO tetap mimpi disiang hari atau "delusional"...atau syok sendiri...begitulah kerenah insan terdesak...azab sebelum dicabut nyawa.

    Najib dengan terpekik terlolong...meracuni minda melayu...bukan semua melayu...hanya melayu pemyokong UMNO tapi bukan semua ahli UMNO...kerana banyak ahli UMNO kini tidak lagi sejiwa dengan UMNO Najib. Rata rata pemimpin atasan UMNO berucap bagaikan mabuk todi...namun ada juga pemimpin yang masih berpijak dibumi nyata...

    Contoh...Datuk Ayub Rahmat dari Kemelah, Johor..Petikan dari
    The Star:http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/02/stop-asking-malays-to-pledge-loyalty-to-umno--delegate-tells-party/

    "It is time Umno stopped asking the Malays to pledge loyalty to the party, said a Johor delegate."

    "Datuk Ayub Rahmat (pic), who is Kemelah assemblyman, said it was the party that should feel indebted to the Malays for its existence and not the other way round."

    “Umno came into existence because of the Malays. Umno owes its success to the Malays.

    “We shouldn’t forget that Umno has remained in power for so long because of the Malays."

    “In fact, it is time Umno stopped reminiscing about what it has done for the Malays,” he said in his speech while the debating presidential policy speech at the 2016 Umno General Assembly here, Friday."

    Saya ingin unjurkan kepada Datuk Ayub supaya meninggalkan UMNO....kerana saranan Datuk tak akan diterima oleh ketua pencuri. UMNO bukan lagi tempat untuk pejuang tanahair.

    Najib...walau ko pekik dan lolong segenap pelusuk...semua orang dah tahu yang ko seorang PENCURI.

    Wahai Melayu...tanpa UMNO Najib Malaysia akan lebih makmur. Adakah tanpa UMNO melayu akan jadi kapir serta merta? Bumiputra akan hilang hak istimewa serta merta?...Perlu diingat...KITA SENDIRI YANG MENENTUKAN NASIB KITA DAN ANAK BANGSA KITA...DAP dan MCA tiada beza...UMNO yang rosak kita buang sama sekali.

    ReplyDelete
  10. Najib meniupkan api sentimen perkauman dalam ucapan dasarnya. Cina DAP dijadikan ogre yang sungguh hodoh dan menakutkan. Sungguh hipokrit dia ni. Yang dia jual tanah-tanah orang Melayu kat China pasal nak bayar hutang. Stesen janakuasa bagai tu tak apa pula. Pergi China melutup cium kaki Cina tu okay pula. Hipokrit giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap2 siap minum air basuhan kaki

      Macam pengikut ayah pin

      Delete
  11. Ucapan yang bernas, tapi melayu tetap BN... sebab Melayu takut perubahan...

    ReplyDelete
  12. those who say that the Malays will lose everything to the chinese if the oppo come to power is actually INSULTING the institution of the Raja Raja Melayu
    do you think the Raja Raja Melayu will ever let a treacherous thing like that to happen to tanah ayer? over my dead body they would titah
    The Malays should trust their Raja Raja Melayu instead of their corrupt malay leaders

    ReplyDelete
  13. Rakyat terus dibodohkan umno bajib semah

    Guling umno bn bajib semah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kau yang terguling beruk..

      Delete
  14. Saya percaya jika umno hilang kuasanya, dana-dana dari agensi berkaitan kerajaan akan sampai kepada mereka2 yg berhak kerana tiada lagi penyelewengan dan salah guna kuasa dek kerana mengikut telunjuk pemimpin2 tamak dlm umno. Penyelewangan2 yg lalu juga mungkin boleh diambil tindakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah agama....duit anak yatim pun sapu....

      Delete
  15. Saya percaya jika umno hilang kuasanya, dana-dana dari agensi berkaitan kerajaan akan sampai kepada mereka2 yg berhak kerana tiada lagi penyelewengan dan salah guna kuasa dek kerana mengikut telunjuk pemimpin2 tamak dlm umno. Penyelewangan2 yg lalu juga mungkin boleh diambil tindakan

    ReplyDelete
  16. Adakah Melayu akan hilang kalau tiada UMNO....????
    Sungguih hairan, adakah UMNO itu ALLAH.......?????
    Najib kata, dia jadi perdana Menteri di atas
    KETENTUAN ALLAH.
    Penyokong-penuokong Umno kata, Mahyiddin disingkir
    keluar itu KETENTUAN ALLAH.
    Harga gula, minya makan, petrol, dll naik KETENTUAN
    ALLAH. Apasal bila Melayu tak mahu undi UMNO
    terus ugut akan sengkek dan hilang dari muka bumi.
    Bukankah semua ini KETENTUAN ALLAH...????

    ReplyDelete
    Replies
    1. umno untuk melayu...pakatan haprak untuk tali barut yahudi..tak faham2..

      Delete
    2. Umno penyamun..Utk Melayu No Otak

      Delete
    3. Umno utk melayu..
      United
      Menyamun
      Najib
      Organization

      Delete
    4. 16:01 siapa tali barut Yahudi. Hidup Melayu tapi,Jho Low, Yahudi (Goldman Sach), Banyak Cina Singapore, Arab dan satu dunia bangsa lain yang untung ikut kebas duit kita. Siapa yang bagi, lain tak lain orang UMNO. UMNO untuk melayu. Tetapi duit bukan untuk Melayu. Kenapa semua diam.Memalukan.

      Delete
  17. Jangan takut klu umno hancur dlm pru14 barulah org melayu boleh hidup bebas dan badaya saing yg takut umno tumbang tu ialah pemimpin umno mereka ini pertahankan Jho low yg sapu duit rakyat pemimpin2 umno kaya raya hidup mewah anak bini hidup bergaya jadi bagaimana kehidupan ahli umno mereka papakedana hidup merempat rumah buruk peminta sedekah hidup dgn motor cabuk pemimpin hidup dgn kereta mewah rumah mewah anak sudah itu anak bini tidak berakhlak jadi samseng tidak bertudung ganas jadi sampai bila org melayu ini ingin ditipu dikikis oleh pemimpin umno bodoh punya melayu umno bangang melayu kedian melayu umno

    ReplyDelete
  18. MELAYU BODOH ADALAH MELAYU YANG ADA TAHIT LALAT KAT HIDUNG DAN PNJILAT KAHAK MADIR..KIKIKIKIKI

    ReplyDelete
  19. Betul tu, dulu mahadir kata nuar itu ini,,,la ni p jilat semula ludah dia, nak tya admin sedap ke?? manusia hipokrit xda prinsip shittt

    ReplyDelete
  20. Sesak melihat apabila semua benda cuba dinampakkan lebih "keislaman" cthnya budak2 kecil diwajibkan memakai tudung wlupun belum akil balikh tp dalam masa sama pihak pemerintah ataupun mana2 yg berkuasa melakukan rasuah dosa merata rata..sungguh2 hipokrit pemerintahan sekarang

    ReplyDelete
  21. Sanggup jadi penjilat nadir dari cium bontot najib puihhhh

    ReplyDelete
  22. Apakah tindakan susulan kerajaan Malaysia selepas pembicaraan 1MDB di mahkamah Singapura baru-baru ini?

    Bukankah dalam proceeding bicara nama-nama seperti 1MDB dan Jho Low tanpa segan dan silu disebut dalam mahkamah?

    Bukankah dalam proceeding bicara dinyatakan tanpa segan dan silu puluhan juta dana 1MDB dalam dolar Singapura telah dikebas?

    Kenapakah setakat ini kerajaan Malaysia x ambil pusing langsung tentang pembicaraan penyonglapan dana 1MDB di mahkamah Singapura itu?

    Bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kembali wang-wang 1MDB yang telah disonglapkan di Singapura itu?

    Atau kerajaan Malaysia boleh menyaman individu-individu dan bank-bank Singapura yang mencuri atau bersubahat dalam pencurian wang 1MDB itu?

    Di manakah kesiuman PM yang x ambil pot langsung tentang pencuri yang telah masuk ke dalam rumah yang merompak, dan pada masa yang sama tergamak cakap berdegar-degar tentang pemerintahan kerajaan pembangkang?

    Oi orang-orang UMNO kat PWTC, duit yang kena curi tu duit nkorang jugak tau?

    Walhasilnya ialah nkorang juga akan bayar balik hutang disebabkan pencurian tersebut.

    Tanya Tuan Presiden dengan soalan-soalan seperti yang telah saya nyatakan di atas sebab peluang untuk kalian buat demikian wujud di pentas PWTC sekarang.

    Wahai orang-orang UMNO, dah berapa kali kalian dengar retorik pemerintahan pembangkag ke atas negara ini dan dah berasa jelik?

    Memang jelik kerana ucapan Tuan Presiden kalian itu hanyalah tabir yang menutupi masalah sebenar 1MDB.

    ReplyDelete
  23. Nyibuk je masuk blog.ni..

    ReplyDelete
  24. PAU UMNO dingin. Orang dah tak ambil pot agaknya. Patutlah dr awal umum perhimpunan tertutup. Bila pemilihan pulak????

    ReplyDelete
  25. Memang tepat jangkaan saya yang DAP akan menjadi parti terkuat selepas BN. Dan ini telah berlaku selepas Najib mengambil alih BN dan melemahkan lagi MCA. Masa Badawi dulu Pas yang lebih kuat daripada DAP. Tetapi sekarang kegagalan BN sudah menyerlah dengan memberi ruang kepada DAP menjadi semakin degeruni. Inilah sebab najib semakin cemas, takut dan tidak boleh terlepas dari menyebut nama DAP dan Tun Mahathir. Era najib telah membolehkan Mahathir bergabung dengan DAP. Apalah sangat jika dibandingkan antara Najib dengan Hadi. Nothing !!

    ReplyDelete
  26. Hidup mati MELAYU, KETENTUAN ALLAH tapi,
    hidup mati UMNO ditentukan oleh MELAYU.
    Tiada umno, Melayu masih tetap boleh hidup.
    Jadi jangan biarkan diri diperkuadakan oleh
    umno untuk tembolok pemimpin-pemimpinnya.
    Pemimpinya kaya raya berjam tangan Richard
    Mills, hanbag Hermes, minyak wangi Clive Christian Imperial Majesty, berkereta Porche.....orang umno
    yang menangis-ngais mengaminkan doa Najib,
    dapaT APA...........?????
    Sedikit dedak.
    Mara, Fama,Felda semua sudah hangus dikerjakan
    Najib. Apa yang anda nak harapkan lagi....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. taik kau lah..banyak sangat telan taik babi dapigs..cakap pun merepek..

      Delete
    2. Komen2 drp penentang najib sopan beradab dan penuh dgn fakta dan hujah. Sebaliknya komen2 drp penyokong najib spt 18:43. I rest my case!

      Delete
  27. Orang UMNO serkarang,
    Kepercayaan kepada Najib,
    Kestiaan kepada 1MDB dan RM,
    Keluhuran CASH IS KING,
    Kedaulatan PAS,
    Kekurangansopan dan rasis.

    ReplyDelete
  28. apalah puak pakatan haprak sibuk sangat dengan PAU umno..ini bukan urusan kau..tak ada kena mengena pun..takut sangat ke nak hadapi pru14 sampai kutuk macam nak gila..jaga pakatan kau orang tu nanti bila kecundang kata macam2 tipu..

    ReplyDelete
  29. Dr mahathir, muhyidin dan lain2 mantan pemimpin dr umno rupa2nya dah lama tipu melayu. Harap2 mereka sempat taubat dan baiki kesalahan.

    ReplyDelete
  30. Bagus sgt ke najib ni..??cita2 tinggi tp menekan rakyat..persidangan utk menunjukkan siapa yg lebih handal membodek,kuat menjilat,kuat mengipas..hambar!ditambah pula ucapan presiden yg dah takde modal lain..ketandusan idea..sangap bebeno..terdesak dan mendesak org melayu..presiden cap ayam..
    tahun demi tahun takat tu je mentaliti pemimpin umno najib ni..takde langsung agenda intelektual memajukan orang melayu..bosan! Menyakitkan hati!!tambah pulak kutu babi umno najib da mula menyerang dlm artikel ni..huhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada jawapan siapa penderma rm2.6b. Tiada jawapan kurangkan pengangguran dan kos sara hidup rakyat. Tiada jawapan selesaikan masalah penurunan nilai ringgit. Tiada jawapan kes2 berkaitan 1mdb di spore. Jadi, kena laaa tukar taktik, serang tun. Tapi tak menjadi. Semua taktik gagal.

      Delete
    2. kau boleh pergi mampus..tak payahlah menyibuk hal parti lain..kau boleh sokong parti berkiblatkan yahudi dan dapigs..

      Delete
    3. Pasai ape hang yg mereng anon 1839. Maki hamun. Besa bodo.

      Delete
    4. Biasa lah bro,kebykn nya cytro macai umno ni baru keluar dari tangki najis..keluar2 je dah diasuh membenci mahathir,padahal dia xpnah tahu siapa itu mahathir,dan perjalanan hidup beliau..budak2..malas membaca,dgr ckp orang lps tu menyalak mcm org gila..diberi upah dedak,menyalak lah dia..mindset diorang pertahankan presiden demi dedak,digaul pulak dgn najis..baru ada ummpph!!
      Kecik2 xmau mampus bila da besar jadi macai menyusahkan orang..!
      Kau boleh nyah dari blog ni..ni bkn bloag my kemut..!

      Delete
  31. Cash is king...bila kecundang nanti, tiada lagi cash, credit pun tarak, penyokong lari jauh jauh. Harap2 org PAS paham konsep cash is king secara meluas, dan sertai Pakatan.

    ReplyDelete
  32. Malayu di lembukan oleh umno

    ReplyDelete
  33. Perhimpunan agung umno adalah perhimpunan melayu2 umno bongok, bebal, pemakan dedak, penyokong penyangak, penjual tanah air dan memperbodoh kan orang2 melayu...kesian melayu sentiasa di tipu oleh melayu umno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah.mmg.Bebal tu dah tak.bole.diajar..akal.letak.kat.lutut.mcm.si.jamal.jamban

      Delete
  34. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  35. Kabar baik!!!

    Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
    pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

    Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Email saya: teddyteddy2234@gmail.com

    ReplyDelete