Sunday, 4 December 2016

PAU2016 - PERHIMPUNAN TERAKHIR BUAT UMNO....


Satu-satunya perkara yang paling mudah difahami daripada ucapan penggulungan Najib Razak semalam ialah PRU 14 bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

PAU2016 kemungkinan merupakan perhimpunan UMNO yang terakhir sebelum PRU 14 diadakan.

Dalam ucapan penutup Perhimpunan UMNO itu, Najib dilihat banyak memuntahkan peluru yang dirasakan akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya.

Subsidi RM20 ribu untuk rumah, pemberian BR1M melalui Ketua-Ketua UMNO Bahagian, bantuan RM300 ribu untuk penubuhan koperasi bagi aktiviti peruncitan dan janji penyelesaian beberapa masalah berkaitan Felda yang akan diumumkan dalam waktu terdekat adalah antara petanda pilihanraya bakal semakin dekat waktunya.

Selain itu, Najib turut mendapat ikrar daripada daripada  Zahid Hamidi, Hishammuddin dan pemimpin sayap-sayap untuk memberikan yang terbaik bagi kemenangan UMNO dan BN kali ini.

Najib juga turut melontarkan serangan kepada DAP dan memberi bayangan mahu dibawa oleh semua peringkat sebagai bahan kempen yang utama. Ia tentu saja akan diperkukuhkan lagi melalui dakapan erat kepada Pas melalui perhimpunan Rohingya pagi ini dan selepas itu, media-media utama serta televiseyen, meskipun makin menurun edarannya dan tidak lagi ditonton ramai, akan memperbesar-besarkannya lagi beritanya untuk memberi imej lebih Islamik kepada Najib.

Dalam masa yang sama, Najib telah mempamerkan perseteruannya yang tiada bandingannya terhadap Tun Mahathir di mana beliau hanya memanggil bekas Perdana Menteri sebagai "kamu, kamu, kamu" saja. 

Najib jelas tidak lagi menunjukkan rasa hormatnya kepada Tun Mahathir. Berbeza dengan Tun Mahathir yang turut diserang dan dimusuhi oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj suatu ketika itu dahulu, tetapi beliau tetap menghormati Bapa Kemerdekaan itu, jauh sekali pernah memanggilnya dengan panggilan "kamu, kamu, kamu."

Ia dengan sendirinya memberi maksud bahawa Najib mahukan seluruh pimpinan UMNO turut sama membuang rasa hormat dan menyerang habis-habisan Tun Mahathir yang kini merupakan Pengerusi PPBM.

Dalam konteks UMNO, tidak dinafikan bahawa Najib tidak lagi berdepan masalah dan gangguan secara dalaman. Semua musuh-musuhnya sudah dapat disingkirkannya dan ia paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya.

Sementara sokongan tidak goyah, hakikatnya masih ramai rakyat yang tertanya-tanya, apa jadi selepas pilihanraya nanti?

Apakah dengan subsidi rumah RM20 ribu, bantuan RM300 ribu untuk koperasi, BR1M disampaikan oleh pimpinan UMNO bahagian dan perlaksanaan projek-projek besar dengan kerjasama negara China itu bakal memberi keselesaan atau menghimpit lagi kehidupan mereka melalui kemungkinan cukai GST dinaikkan dan semakin banyak subsidi dihapuskan?

Jika GST tidak dinaikkan dan subsidi tidak dihapuskan lagi, di mana kerajaan mahu memperolehi wang bagi mengurus kerajaan selepas itu?

Yang lebih menakutkan ialah bagaimana pula gaya kepimpinan Najib dan tingkah laku Rosmah selepas menang nanti, adakah makin mewah dan boros atau tidak?

Siapa pula yang bakal menjadi menteri dan anggota kabinet nanti? Apakah menteri-menteri yang dianggap "bodoh" dan hanya tahu mengampu, membodek dan selalu menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan-kenyataan pra-matang masih kekal atau digugurkan?

Semua ini antara yang menjadi perkiraan bagi rakyat. Tindakan Najib tidak lagi menghormati Tun Mahathir sehingga memanggilnya dengan panggilan "kamu" mungkin boleh dianggapnya sebagai haknya, tetapi jangan lupa, masih rakyat yang menyanjung tinggi bekas Perdana Menteri itu.

Antara kejayaan dan sumbangan terbesar Tun Mahathir ialah kejayaannya mengeluarkan negara daripada krisis ekonomi melalui tindakan luar jangka dan tidak popular yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Sehubungan itu,  masih ramai yang merasakan Tun Mahathir masih mampu memberi sumbangan idea dan buah fikiran untuk kebaikan negara jika kerajaan baru mengambil alih nanti.

Bersama PAU2016 mungkin yang terakhir sebelum PRU 14 diadakan, dorongan untuk menjadikan piliharaya akan datang sebagai detik penamat berakhirnya kuasa UMNO dalam negara ini tetap juga membuak-buak.

Keyakinan bahawa ada sinar yang lebih baik melalui kerajaan baru lebih menyerlah berbanding jika Najib, UMNO dan BN terus kekal memegang kuasa, segala-galanya dirasa bakal mengundang lebih petaka secara sengaja. (SH 04/12/2016).

57 comments:

  1. AMINNNN!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat mmg tidak bodoh. Tapi sistem pilihanraya dan agensi2 kerajaan banyak memihak kpd BN, boleh dirogol dan dicabul sesuka hati BN.

      Maka mana ada pegawai gomen berani melawan? Mmg rezeki dari Allah. Tapi bila melawan, sama mcm tabur pasir dlm periuk sendiri.

      Walauto dan ulamak2 PAS pun x tahan dgn dedak berjuta ni. Bukan mereka x cerdik, tapi leboh baik berpura2 bodoh jika ini lebih menguntungkan. Maka kitab2 agama dijadikan pelapik punggung sajalah demi meraih habuan balak dan dunia.

      Tiada gunanya berlagak benar jika hanya menyusahkan diri dan keluarga. Prinsip perlu ditukar dgn wang dan projek.

      Delete
    2. kalu betoi amno hilang kuwasa, ahhamdulillah, syukog byk-byk. selagi bapak bangsat amno perintah, mlayu terbangsat dan hilang maruah terus terusan sampe mampuih.
      kalu bangsat amno masih kekal pegang kuwasa, budaya bodek ampu dan jilat akan terus kekal sampe depa mampuih..

      Delete
    3. kau ni jenis yahudi bangsat tak ada adap mungkin keluarga kau pun jenis biadap2..

      Delete
    4. hang pulak jenis mlayu haramjadah yg beradap sampe mampuih..
      atau hang anak menteri amno yg mana satu,aku tak kata pun kat hang..

      Delete
  2. Dlm dewan dgn kat luar tak sama..najib syok sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok bersanding di stadium plak.lepas ni apa lagi

      Delete
  3. Din,
    Semoga umnobn terkubur...
    depa nak janji apa pun rakyat tak akan terima lagi
    bab imdb, tak berani sebut langsong, bab Tun M nak tau tak berani sebut langsong, suruh tun saman kononnya, yg dia janji nak saman hari selasa tu apa jadi ?
    perwakilan umno hanya pandai jilat aja sepanjang pau, apa pun tak ada.
    rakyat dah meluat dng lakonan perwakilan yg makan dedak and sokong pencuri.
    rakyat susah, depa tak sebut pun...macam nie nak suruh pangkah umnobn ??? Tuuuiiihhhhh......
    laknatullah wahai najib and pemimpin umnobn !!!
    you will know next election....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh sial2 anak didik yahudi dan dapigs laknat..pru14 takdir penentu siapa yg di pihak benar..

      Delete
    2. Lebih sial lagi penyamun yang bawa lari berbilion-bilion duit rakyat seperti mana yang disebut-sebut dalam perbicaraan di Singapura.

      Upah tali barut orang Singapura yang buat kerja haram tu saja dah bermilion-milion. Tu belum kira duit yang dipulun dek penyamun lagi.

      Delete
  4. sungguh pun saya amat berharap agar PRU akan d adakan sapertimana termaktub dlm perlembagaan, namun dlm hati kecil saya mengatakan bahawa ia nya tidak akan d adakan. ini lah saja jln keluar najib n rosmah drpd mengalami keadaan hina n d pasongkan.

    misi tun m utk mendedahkan kerakusan najib/rosmah dlm menyongelap wang rakyat makin d percayai olih warga terbanyak. rasa marah n meluat rakyat rehadap pasangan klepet ini makin menyerlah.

    saya percaya orang yg mengalami 'stress' yg amat sangat akan memerlukan bantuan ubat utk tidur.

    jika pres elect trump d pengaruhi olih penasihat2 nya utk mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan campur tgn dlm tindakan DOJ k atas orang2 yg dekat dgn pasangan klepet ini, maka percaya lah yg hayat politik najib akan berakhir 'sooner rather than later'.

    ini lah yg amat d geruni olih najib n rosmah.

    once d 'leader' of d free world decides 2 keep a safe distance away from another so called democratic leader, than u know that u r cooked. PERIOD!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. and toasted.

      Delete
    2. .... and burnt beyond repair

      Delete
    3. Setuju 100% dengan ulasan pak Rahman jpc

      Delete
  5. Saya risaula tuan admin..kita.ni.berdentam dentum dalam blog tapi nanti bila keluar keputusan masih berpihak kepada BN.....masih ramai melayu kat luar sana ibarat katak dalam tempurung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sedara cakap. Jadi sama2 buat kerja. Balik kampung, ceritalah hal sebenar kat org kampung. Saya dah buat setahun lebih dah. Jgn lupa cerita rm90 juta jugak.

      Delete
    2. Masalah satu lawan satu ..amat penting..realiti dan fantasi..3 penjuru lupakan saja..BN akan menang..Ramai yg bermimpi disiang hari..degil..ego..Itu yg Najib yakin sangat tu..Tiada pilihan..satu lawan satu.

      Delete
    3. setuju Anon 15:54. Yg jadi masalah ialah Pas dan PH gagal bersepakat dlm isu satu lawan satu. Saya rasa pertembungan 3 penjuru tidak dpt dielakkan dikebanyakan kerusi yg dipertandingkan. Ni yg Najib mahu melalui bantuan Pas yg dilihat sebagai penghalang dan pengacau.
      Kalau senario ni berlaku, saya berani cakap Najib bukan saja menang tapi boleh menang dgn majoriti 2/3.
      Masa tu saya tak berani nak pikir apa yg akan terjadi kpd negara kita jika Najib kekal berkuasa dgn bantuan Pas. Mungkin saya kena merempat dinegara lain mencari rezeki.
      Pandangan Anon 15:54 perlu dipandang berat

      Delete
    4. ya..memang patut merempat kt negara lain bg makhluk yg tak pernah bersyukur..klu boleh hijrah lah ke mynmar bersama saudara seislam kita rohingya..

      Delete
    5. Bersyukur duit rakyat hilang....syukur hutang negara berbilion2....syukur org miskin yg curi buah utk anak2 ditangkap tapi bapak penyamun terlepas.

      Syukur kita ditipu oleh silap mata tukang samun.....nampak macam real bersih lagi suci tapi ekor bermain tahik. Syukur rakyat miskin dikenakan GST. Syukur bangsa sendiri tipu bangsa sendiri tapi salahkan cina.

      Hakkktuiiii!!

      Delete
    6. Kalau risau banyakkan berdoa. Yakin dengan janji Allah doa orang yang teraniaya tiada hijab dengan Allah.

      Saya pula yakin si Najib dan konco2nya akan tumbang seperti nangka busuk tapi masih lagi di setiap kata2 itu saya letakkan kalimah 'in shaa Allah, aamiin' sebagai tanda saya bukan setakat memberi ulasan, bahkan saya berdoa juga.

      Pasangan Kelepet ini dan konco-konconya tetap akan jatuh juga, in shaa Allah, aamiin..

      Delete
  6. Aamiiinnn ,mudah2an insyaAllah ini adalah perhimpunan k'jaan Dumbno yg terakhir..lepas ni berkuborlah ia dgn pengampu &pemakan dedaknya!

    ReplyDelete
  7. Pemberian BR1M melalui ketua bahagian umno???....Duit tu dari umno ke?....Lahnattullah puak2 tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo maksudnya ketua bhgn akan pastikan penyokong2 umno yg dpt br1m

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ini bermaksud salah guna kuasa yang jelas.

      Kalau BRIM diberikan melalui ketua UMNO Bahagian maka sewajarnyalah hanya ahli dan penyokong UMNO sahaja yang bayar GST.

      Yang dikaut begitu banyak digunakan pukat harimau, yang diberikan balik sedikit sahaja dan itu pun ahu digunakan pula saluran politik.

      Makin dahsyat penyalahgunaan kuasa dan pelakuan merosakkan sistem oleh pasangan kelepet ni.

      In shaa Allah akan tumbang juga nanti. Aamiin

      Delete
    4. Yg ini saya setuju. Ahli amno yg masih sokong amno shj yg patut byr gst

      Delete
  8. Rakyat Malaysia ni terutamanya Melayu masih bodoh. Dapat BRIM terus lupa akan kemarahan kepada Najib. Mula kelabu mata time memangkah. Dah terantuk pun masih tak sedar diri. Berdasarkan pengamatan saya dalam PRU 13 dan sikap mereka sekarang, tak mustahil Umno/BN akan menang untuk kesekian kalinya.

    ReplyDelete
  9. Amat sedeh dengan penghinaan Najib terhadap YAB Tun.Saya sentiasa mendoakan semuga Najib dan umno dapat dikalahkan dengan seteroknya.InshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAU patutnya jadi tempat untuk menyampaikan hasrat, pendapat dan permintaan rakyat. PAU patutnya jadi medan untuk menyampaikan suara rakyat bawahan bukan jadi medan untuk mengutuk dan menjual cerita pihak lawan. Kenapa habiskan masa dgn cerita orang??

      Kenapa tunjukkan sangat nak jual cerita pihak lawan supaya dapat MERAIH simpati dan UNDI rakyat??

      Kenapa tak cerita apa kejayaan yg dah dicapai oleh UMNO sejak 2009. Bukan plan yg belum dicapai atau masih dalam perancangan tapi plan2 yg SUDAH DICAPAI kejayaannya. Bukankah itu lebih baik dijadikan bukti sebab kenapa rakyat perlu undi BN.

      Satu lagi cara yg lain ialah buat acara debat secara live dgn pihak pembangkang terutama Tun M. Kemudian tunjukkan semua BUKTI2 SAHIH hitam putih yg boleh patahkan hujah Tun M. Buktikan apa yg Tun M cakap tu semua salah. Jalan begini lebih berkesan utk meraih undi rakyat dari pong pang pong pang jual cerita orang.
      Tak gitu???

      Delete
  10. maka golongan yg jahil dan sombong itu terus ditunggang oleh tuan2 politiknya melalui lidah2 alam maya. Telunjuknya lurus, kelingkingnya berkait.

    Nantikan sahaja bagaimana tuan2 politik kamu berkhianat sesama mereka demi merebut kerusi DUN dan Parlimen untuk ditandingi.

    Tiada yang diluar tabii apabila mereka akan bertanding sesama sendiri -

    sejarah jelik yang terukir pada PRN Sarawak kekal sebagai pengajaran kepada marhean yang mahu berfikir. Bagaimana tuan2 kamu boleh bertanding sesama sendiri ?? 😇😂

    Rakaman episod memualkan pada PRU Sungai Besar dan Teluk Intan menjadi sempadan buat marhean yg berakal dan mahu menggunakan akalnya.

    Si MB Selangor "mengucapkan" selamat maju jaya kepada parti yg menganggotai kerajaan negeri, tetapi memberi sokongan logistik dan kempen untuk "musuh" kepada parti yg "melahap" kuasa bersamanya di Selangor yakni PAS.

    Sesungguhnya inilah seburuk-buruk kepimpinan buat si marhean yg jahil lagi menyombong diri.

    Semoga tuan2 politik kamu bekerja keras untuk mencari alasan "munasabah" yg lebih fantastik dan futuristik sebagai bekal sekiranya mereka terus kempunan untuk menjadi pemerintah pusat.

    Alasan klise yg berpuluh tahun digunakan eloklah disimpan - kerana kamu sedang berhadapan dengan generasi baru si jahil (khabarnya generasi ini digelar sebagai generasi X) .. hehe 😂😂😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan jahil dan sombong ada ramai dlm parti politik Pas. Sebab tu senang kena kencing dgn puak2 lebai jual agama peralatkan Islam utk kepentingan diri.

      Delete
    2. Unknown 14.11 nak tulis gaya bahasa org berpelajaran, nak berbunga bunga...isi kosong. Nah aku tanya kau direct...sapa derma 2 6b?

      Delete
    3. Nakhoda!!!!lama tak dengar citer? Dah pandai kaaa atau masih bangang macam dulu?

      Delete
    4. Golongan jahil dan sombong juga ada di dalam UMNO.

      Sekiranya kejahilan dan kesombongan itu berada di pihak yang diperintah ia tidak akan begitu merosakkan. Tapi sekiranya ia berada di pihak pemerintah ia akan membawa kerosakan yang banyak.

      Mereka membuat kemungkaran dan kejahatan berturut-turut dan bermegah-megah dengan perbuatan mereka semata-mata kerana mereka memegang kuasa. Semakin hari graviti penyalahgunaan kuasa mereka semakin berat.

      Hakikatnya, perbuatan ini adalah pelakuan 'merasa aman dari kemurkaan Allah'.

      Reseipi terbaik untuk mereka menuju kehancuran.

      In shaa Allah, dah semakin singkat tempoh yang mereka ada. Aamiin..

      Delete
    5. Lama dah si nakhoda sewel ni tak berkokok

      Dh dapat duit haram besar agaknya haritu maka jenuhla berjoli kayak

      Ni dedak dah abis maka kena la buat kerja

      Hujah cap Ayam lagi mau sembang lebat

      Bodoh

      Delete
  11. Biar apa pun pandangan penyokong UMNO, hakikat nya penyamun tetap MO1, Jho Low, Riza Azizdan kawan2 mereka, perbelanjaan yg tidak berhemah oleh kerajaan menyebabkan rasuah berleluasa dikalangan pegawai atasan kerajaan yg di pilih oleh menteri2, hakikatnya negara kita di cop sebagai kerajaan kleptokrasi, imej terburuk negara dari hasil penyamun MO1. Dan dari mereka2 yg tanpa rasa malu atau rasa bersalah masih menyokong perbuatan keji ini. Ini lah perangai keji dari golongan ini yg di beri kpd seluruh rakyat. Perbuatan keji yang harus kita tentang dengan hati dan undi kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. menuduh tanpa bukti adalah fitnah.

      2. Menuduh bersama bukti tetapi tidak dibawa kemuka pengadilan adalah bodoh.

      3. Menuduh tetapi kemudian mendakwa sipolan yg tiada kena mengena adalah bodoh.

      4. Menuduh dan kemudian mendakwa si polan yang tiada kena mengena di bawah akta yang tidak berkaitan adalah bodoh.

      Pokoknya dimana pertuduhan terhadap Najib,jho low, Riza Aziz dan mereka yg berkait didalam dakwaan rompakan berbillion ringgit melalui 1MDB?

      tidak didalam makamah Malaysia dan lebih ajaib tiada juga di dalam makamah luar negara ..

      Sejujurnya kalian telah lama jatuh didalam keempat-empat sifat yang aku tuliskan diatas.

      Masih mahu "beriman" dengan khabar yg dibawa oleh tuan2 politik kamu ?? 😂😂

      Delete
    2. Ni la yg dikata melayu buta mata buta hati..masih baca utusan ke...takkan tak tau berbakul report dah dibuat tapi dibakulkan sampahkan si apandi ali...masih tak tau tindakan undang2 yg tlh istanbul di luar negara la melayu katak di bawah tempurung...ckpla mcamanapun selagi duduk baca utusan melayu mmg x kemana..akal takada..maafla ya..kasar sikit

      Delete
    3. Menghalang dibawa ke mahkamah walaupun ada bukti adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas.

      Masa untuk tamatkan kekuasaan si penjahanam ini.

      Delete
  12. Tindakan undang2 yg tlh diambil..kesilapan ejaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pakai undang2 rimba..mana tau pasal undang2..demo haram kuning contoh macam bapak kau orang punya undang2..

      Delete
    2. demo kuning ada permit la hoi katak puru dlm gelas kaca lutsinar
      cuma x ble pi dataran merdeka aje
      apahal plak dgn geng baju merah kuang ajaq samseng taik kucing tu

      Delete
  13. Aku tak kisah kepada golongan pencacai najib yg bermati matian mempertahankan bosnya walaupun enggan mengaku, pasal diakhirnya sejarah akan menceritakan kebenaran..Tun tetap dikenang sebagai bapa pemodenan walaupun sudah tidak berkuasa lg, najib apabila ko tidak berkuasa lagi, agak agak apa gelaran ko ye..jgn sampai diludah dan dikencing anak cucu udah ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun tu bapak penghkhianat melayu lah ngok..tak ada respek langsung..cakap tak serupa bikin..bikin tak serupa cakap..dgn dapigs boleh pula berdakap..dasar tua x sedar diri..

      Delete
    2. kesian kat bapak n mak hang dapat anak haram jadah seharam jadah najis tu....pengkhianat tuk 3juta(??) kaum umno laknatullah tapi negarawan/pejuang bangsa tuk 27 juta rakyat Malaysia yang lain....la ni citer byk2 pun x guna hang suh tuhan hang tu buat pilihanraya esok....

      Delete
    3. Anon 16:12, bukan tun yg tua tak sedar diri tapi kamu org muda yg lupa diri..udah le makan dedak tu..otak kamu jadi bebal.

      Delete
  14. Tgkla tu..mcm samseng

    ReplyDelete
  15. Tak payah.layan la melayu macam.ni..buang masa je..lets vote selain bn..tak sabar nak tunggu pru14 :)

    ReplyDelete
  16. No general election next year. That pirate's intention of saying so is mainly for diversion purposes... The GE can be as late as August 1918. We have been told lies after lies by the pirate and his gang. This time may be the same thing. But this does not mean that Bersatu and PH are not to do all to have the rakyat to understand that the rakyat has no one else to blame but themselves in case they want the same pirate and his gangs to be in the government. Truly most people get what they deserve most of the time?

    ReplyDelete
  17. Bilamana dan ketikamana PRU14 akan berlangsung...yang pasti PRU14 akan tiba masanya.

    Sudahkah anda bulatkan pikiran?
    Sokong Kleptokrasi atau singkirkan durjana pengkhianat negara?
    Tak kira siapa dipihak lawan BN...kita perlu sokong kerana hanya ini yang dapat menyelamatkan negara.

    Sementara waktu ini...UMNO dan BN sedang nazak...biarkanlah mereka...lagi banyak mereka bercakap dan bertindak...segalanya akan memakan diri. Begitu juga dengan PAS...kalau Hadi dan PAS amat cenderung untuk berasmara dengan UMNO...mereka juga tergolong dalam kumpulan Kleptokrasi dan samseng.

    Satu perkara yang meruncing dan perlu perhatian ialah...pemberian BR1M melalui ketua bahagian UMNO....pasti ini akan mengundang penyelewengan dan ketidakadilan kerana rakyat akan diperasugut untuk memnyokong UMNO...Apakah ini SOP kerajaan dan Kementerian Kewangan menyalurkan pembayaran melalui saluran diluar mekanisma?...Awas dengan tindakan ini.

    Inilah yang amat membimbangkan...selagi MO1 berkuasa beliau akan sewenang wenangnya memerasugut rakyat...dan menyalahgunakan sumber kewangan kerajaan.

    Kita tahu MO1 Pencuri...tak kan kita biarkan pencuri menguasai duit kita?

    Fikirkanlah!

    ReplyDelete
  18. Sekarang kebanyakkan orang-orang berapi-api nak sokong pembangkang namun sebelum PRU apabila BN beri beras,gula,minyak dan wang RM50 hati mereka pun cair.........!!

    ReplyDelete
  19. Insyallah..berkuburlah..umno.dan balaci balacinya amin..ya allah
    Keris PPBM

    ReplyDelete
  20. Melayu yg p pau tu adalah golongan yg dah layu. Tunjuk muka untuk tunggu d pilih jd calon. Kalah pun x pa. Janji duit utk agihan memancing undi dan berkempen berkepok dlm peti besi rmh. Calon tu pun x undi diri sendiri.
    Tangan dah gatal nak celup dakwat tahan lama tu. nak tuntaskan apa yg ada dlm hati dan fikiran. Lg cpt lg baik. Isu tgh panas.
    Rmh umno mmg dah aman sbb ahli rmh dah kecil. Yg tinggai cuma yg ketagih dedak.
    Jumpa 10 org semua menyampah dgn bijan. Tunggu yg ke 11 pun sama. Tak dan nak buka mulut, depa dah buka dulu. Dengaq sj la. Lepak kedai kopi pun x dak yg buka siaran langsung pau. Nak kata petanda pun x tau la. Blh pikiaq sendiri. Pakar ekonomi dan politik pun takut nak komen betui dlm tv. Takut x digelar pakar lg dah utk masuk tv.

    ReplyDelete
  21. Sokonglah Najib dan Hadi,....anda pasti ke surga.Rosmah akan menyambut mu di pintu surga.

    ReplyDelete
  22. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete