Thursday, 15 December 2016

KENAPA SAMPAI JADI BEGINI?


Kes 1
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda atau ANAK dan bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman diisytiharkan muflis setelah gagal membayar gantirugi sebanyak RM500 ribu berikutan kalah dalam saman yang difailkan oleh Felda terhadapnya.

Pada 20 Julai 2009, Felda telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan Angkatan Edaran Sdn Bhd kerana kandungan sebuah buku "Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long" yang dianggap memfitnah agensi tersebut.

Disebabkan gagal membayar gantirugi itu, Felda akhirnya telah memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan.
Ketika menerbitkan buku tersebut, Mazlan adalah Presiden ANAK dan AJK Pas Pusat, tetapi kemudian membuat keputusan menyertai Amanah.

Di sebalik Amanah yang kini bertindak melancarkan tabung untuk membantu Mazlan, persoalan yang timbul ialah di mana usaha Pas untuk membantu beliau?

Apakah Pas seolah-olah sudah lupa bahawa selama berpuluh tahun sebelum ini, Mazlan berjuang bersama parti itu dan sumbangannya dalam menarik sokongan masyarakat Felda kepada Pas tentulah juga bukan sedikit?

Tidak terdetikkah di hati pemimpin-pemimpin Pas, setidak-tidaknya atas nama persaudaraan Islam, untuk turut sama membantu Mazlan, walaupun beliau kini sudah bersama Amanah?


Kes 2
Selepas PRU 2013, Za'aba Ibrahim, bekas Exco Pemuda Pas Johor telah bersetuju agar namanya digunakan oleh parti itu sebagai plaintif dalam petisyen untuk mencabar keputusan pilihanraya bagi kawasan Parlimen Pulai.

Beliau ketika itu bersetuju namanya digunakan kerana Pas turut bersetuju untuk menanggung semua kos dalam petisyen tersebut.

Namun, pada Januari 2014, Mahkamah Rayuan telah menolak petisyen itu dan Za'aba diarahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM50 ribu dan tarikh akhirnya untuk membuat pembayaran ialah pada 17 Januari 2017.
Kegagalan membayar denda itu menyebabkan Za'aba kini berdepan dengan kemungkinan untuk diisytiharkan muflis.

Yang menjadi masalah sekarang ialah Pas enggan bertanggungjawab terhadap kos yang terpaksa dibayar oleh Za'aba itu hanya kerana beliau bukan lagi ahli Pas, sebaliknya sudah menyertai Amanah.

Pesuruhjaya Pas Johor, Dr, Mahfodz Mohamed mengesahkan bahawa Pas tidak akan membantu Za'aba kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.

Dia tidak lagi ahli Pas, jadi mengapa kita perlu bantu beliau? Jika dia masih ahli Pas, kita akan bantunya, kata Dr Mahfodz lagi.

Soalnya, adil dan wajarkah sikap Pas itu? 

Apakah Pas tidak sedar bahawa Za'aba bersetuju namanya digunakan adalah kerana taat kepada parti itu dan ketika petisyennya ditolak pada 2014 juga, beliau masih lagi merupakan ahli Pas?

Dalam kedua-dua kes, di mana keadilannya?

Kenapa kedua-dua mereka diperlakukan sebegini rupa dan apakah Pas sebagai parti yang berjuang atas nama Islam, tiada langsung sifat belas dan timbang rasa kepada mereka? (SH 15/12/2016).

63 comments:

  1. PAS ni memang parti ajaran sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sah sesat.

      Delete
    2. Parti takdak duit.. reti la.. parti takdak duit... tak percaya check account peribadi.. ehhhh salah.. check account persatuan...

      Delete
    3. pas pus pis- g belah la..

      Delete
    4. Sesat tu x kot tp mcm balas dendam lah...patut kalau atas dasar islam x blh balas2 dendam ni..lbh kurang nk padankan muka mazlan dgn zaaba tu sb masuk parti amanah..entahlah pas ni pun da x mcm zaman nik aziz. .kalau lah nik aziz ada lg..tentu pas x jd mcm skg ni..

      Delete
    5. 90j tu banyak....sedekah lah sikit tolong bekas ahli.
      Orang tua tua melayu cakap duit keluarga jika tak kena cara tadbir urus akan 'bersayap tujuh,....apa maksud bersayap tujuk...kawe pun tak reti....nik abduh reti kok.

      Delete
    6. pas takde duit???? r u sure???
      takkan la kot.... ahli PAS berjuta kot
      sorang bg singgit pon dah boleh cover dah duit denda tu

      Delete
    7. Ketika PANtaik memerlukan pertolongan penaung dia DAPig duk diam jer..tak kan tak boleh tolong PANtaik sayap kita kot...mat sabun jom mengadap Lim Gone End.

      Delete
    8. Perlu fikir panjang2 jangan asyik marah pada PAS. Anda perlu tau kedua2 mereka tu bukan sikit bagi malu dan caci pada PAS bila keluar dan masuk Amanah.Ibarat kata orang, bukan saja kencing dan berakkan periuk PAS malah dengan perbuatan keluar PAS seperti hendak 'mem bunuh ' parti PAS pula !

      Ibarat orang suami isteri bila dah bercerai, janganlah pula hebuhkan pada umum cerita2 dalam kelambu !.Tujuannya apa ?...Nak bagi malu dan jangan ada sesiapa sudi berkahwin dengan salah seorang, kan ?

      Mereka berdua yang menerima musibah tu tentu pernah ditarbiyah semasa bersama PAS tentang perjungan, tentang balasan orang yang lari ' dari perjuangan ,tentang orang yang khianat pada jamaah dan tentang balasan yang akan di terima...

      Soal nak bantu pada ' musuh politik ' pula bukan tak boleh. Tapi ada maruah ke yang berkenaan nak minta tolong pada orang yang dicaci sana sini ?.

      Ada orang PAS yang gatal mulut kata: Inilah balasan orang yang lari meninggalkan perjuangan yang mereka agung2kan suatu masa dulu. Wallahu'alam.

      Delete

  2. Masa susah minta tolong PAS.
    Masa senang duk hentam PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong,mcm babun perangai,korang parti pan tart hari2 serang pas,pastu ajak pas gabung...oi bodo,klau aku pun aku fuck klau hari2 kutuk da ssh minta tolong,mkn kaki boley lah..puihhh

      Delete
    2. Lihatlah semua, betapa sopan dan indahnya bahasa anon 23:56 ahli PAS seumur hidup tu yang amat menepati ajaran ibu bapanya dan Tuan Guru ulama tersohor di rantau ini.

      Delete
    3. Bkn hentam saja2..tp hentam nk suruh ahli PAS sedar..yg PAS ni bkn parti maksum,jadi ahli PAS ni bkn Tiket automatik masuk syurga..
      Yg lebih penting kita boleh tgk gerak tari pemimpin PAS ni memperkudakan agama untuk kepentingan politik..

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. Arni pergi jual pukimak kau kat chow kit

      Delete
    6. Anon 23.56 tu orang parti Islam. Kalau nak masuk syurga, ikutlah cara anon 23.56 tu bercakap. Itu contoh terbaik tu.

      Delete
    7. poodah la ulamak tersohor, bila nak komen ttg ekonomi, politik dan sosial negara bolehland nie...poodah la tgk muka timbalan presideng pas masa solid gold lotery rohingya tempoh hari..kasihan pas pis pus...kalah la hampa election nie...tu gua musang apa cite ular mak tersohor ka? pppooodddaaahhhh la lu..

      Delete
    8. anon 5.04....ooo kena ikut ehhh orang parti islam...rasanya kalau ikut lagi teruk dari akhlak orang kafir...mahupun yahudi...mengaku je islam....perangai...emmm...pikir laaa sendiri...

      takpe...nanti rakyat dengan sendiri akan menjauhi geng2 PIS nih...akan jadi parti kampung...termasuk di kelantan dan terengganu...

      Delete
    9. Pan*** pandai maki orang bila kena maki balik kata itu contoh ahli parti Pas...hoi haram jadah ko jer maki boleh maki orang 24 jam dalam blog budin ni.

      Delete
    10. Duit tabung derma ahli ahli kemana pergi???? Takkan untuk buncitkan perut dan ubat tegangkan ##### geng cai presden je kottt...

      Delete
    11. 10.39 lu tolong baca dulu apa yg komen 5.04 tu. Itu perli Anon 23.56 tau tak. Cuba baca apa yg Anon 23.56 komen. Anon 00.12 pun hantar komen perli 23.56.

      Kalau nak tembak pun, baca dulu habis2 dan fahamkan maksud orang. Bukan main tembak orang melulu saja. Jangan terburu-buru tau nak tembak orang saja.

      Delete
  3. Itu pun ahli2 pas masih tak sedar diri lagi...lembu.. lembu.
    Nasib kau lah lembu.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin PAS hanya berminat tolong UMNO aje, maklum lah dedak punya pasal. Ahli2 parti lain terutama nya Amanah pi mampus ah.
    Ini lah perangai ulamak serban 20kg yang sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benggali pun pakai serban juga.
      Berjanggut juga.
      Tapi mereka ni tak pernah masuk pas
      Mereka pun tak makan dedak macam pas.

      Delete
  5. hahaha,padan muka pengkhianat ag,minta la tolong kat mat sabun tu,,kihkih

    ReplyDelete
  6. Memangla tuan Budin...ibarat pekerja berhenti atau berhijrah ke organisasi lain..segala kos pening sakit takkan nak harapkan majikan lama tanggung ...betul tak pengumpamaan saya ni hehe...mari undi selain BN atau PAS..selamat malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ingat ini ialah persetujuan bersama dibuat ketika waktu di dalam PAS. Ini bukan soal kes tanggungan rawatan sakit. Ini agreement atau persetujuan atas satu2 tindakan antara 2 pihak.

      Umpama satu pengurus tadbir telah mencuri duit syarikat di mana dia bekerja pada Januari 2015 tapi pada Disember 2015 pengurus tadbir tu berhenti kerja. Pada 2016 pihak syarikat tengok duit hilang RM260,000, jadi syarikat tu pun buat laporan polis.

      Soalan:- Disebabkan laporan dibuat pada 2016, manakala pengurus tu dah berhenti kerja pada 2015, jadi apakah dia tak boleh didakwa? Sedangkan kejadian tu berlaku pada masa dia masih menjadi seorang kakitangan di syarikat itu. Macam mana??

      Pandangan saya, sepatutnya ada persetujuan atau agreement bertulis hitam-putih antara 2 belah pihak. Supaya jika berbangkit satu2 hal di kemudian hari maka agreement tu tadi menjadi pegangan dan rujukan tanpa dolak-dalik.

      Delete
    2. Dah jadi PANkianat terhegeh hegeh lagi muka tak malu...mat sabun boleh bantu kan kan kan bodoh!!!

      Delete
    3. 12.24 hakkkktuiii !!!

      Delete
  7. 90juta Wang haram nak makan sendiri ka piss and shit tak kan tak Gerakan hati??makan lah duit haram tu lebai oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haram pun tok2 guru pas telan juga. Mulut saja kata haram tapi hati kata halal.
      Pas ni sahabat syaitan.
      Syaitan boleh menjelma jadi ulama

      Delete
  8. Rohingya nak tolong....melayu tak nak tolong.

    ReplyDelete
  9. Insyallah pribumi dan harapan menang pru 14

    ReplyDelete
  10. Pas..Pis...Pus
    Suka sangat dgn kencing (piss)
    Sampai jd biul lobai2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang pas mmg minum air kencing
      Siap taruh ice dgn lemon lagi

      Delete
    2. Peram satu malam

      Esok minum sebagai tuak

      Kat kelantan ada banyak

      Delete
    3. Hak alaaa puak pan tart.

      Delete
    4. Mencarut jelah yg kau tau. Mengucap tak reti.

      Delete
  11. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  12. 90 JUTA ..TAKKAN NAK BINA PONDOK.TERBAKAR NANTI OI..PAS PIS PUS

    ReplyDelete
  13. Pemimpin pas cite pasal akhlak rasulullah, contohi baginda pada pengikut2nya tapi mereka sendiri berperangai seperti yahudi dari segi percakapan dan perbuatan..ketahuilah, islam itu bukan persatuan tetapi akhlak kamu..walaupun kamu ahli parti apa pun tapi akhlak berpaksi islam,kamu la islam sejati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suluh diri jugak babi Dapig celaka.

      Delete
  14. PAS tidak sesekali akan goyah oleh fitnah saudara saudara sekelian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 08.03,

      Apakah fitnah ke atas PAS? Coba senaraikan.

      Apa PAS kafirkan umno satu fitnah juga?

      Delete
    2. Kslau tak gotah takkan ada yg keluar parti. Ingat..pokok kelapa pun akan tumbang kalau akar2nya dah mereput

      Delete
    3. anon 8.03....tak yah cakap pakai kepala lutut...pakai akal...semua orang tahu...ni zaman teknologi moden...bukan zaman tok kadok...semua maklumat ada dihujung jari...

      nak tipu orang kampung dan orang felda boleh laaa....rakyat dah makin cerdik sekarang...

      Delete
    4. Cerdik???..taik kucing.. meh pansai.

      Delete
    5. Pas dapat 1 negeri je. Itu saja kejayaannya

      Delete
  15. Selepas Nik Aziz meninggal, sayang sekali PAS da hilang arah...

    ReplyDelete
  16. RM90 juta duit pencen selepas PRU 14.

    ReplyDelete
  17. Tak dak ISTIQAMAH..

    ReplyDelete
  18. Dah bercerai ngan isteri n hari2 dok kata isteri kita tu mmg kaki tak betul...

    Dah kahwin lain n selalu puji isteri baru...

    Then nak minta tolong bekas isteri yg hari dok kutok tu.... huhuhuhu...

    ReplyDelete
  19. Bagai senjata makan tuan, ibarat belati menghiris jari - demikianlah keadaan PAS pada waktu ini.

    Dahulu jemaahnya dijadikan anak' panah untuk memfitnah,mengadu domba terhadap UMNO dan kerajaan. Dadanya diisi kebencian, lidahnya dilentur setajam mata pedang, perilakunya dibentuk sekeras besi.

    Maha Suci Allahswt - kini anak' panah itu telah mampu berdiri dan berlari lalu bercerailah ia dari busurnya.

    Lebih manis anak' panah itu kini punyai tuan yang baru (gerombolan non muslim yg memusuhi UMNO dan BN).

    Maka barang siapa yang kelihatan hatta bertemu mata dengan musuh tuannya, termasuklah ia juga menjadi musuhnya tanpa pengecualian.

    Hey, anak' panah itu tidak bersalah apabila ia mempraktikkan segala apa yg telah ditanam didalam dadanya, diasahkan lidahnya dan dikeraskan perilaku - ironinya "musuhnya" itu adalah bekas busurnya sendiri.

    Dan anak' panah itu juga memiliki gelarnya - AMANAH.

    Benar-benar anak' panah ini berpegang teguh tanpa meninggalkan sedikitpun dari apa yang telah diajarkan oleh bekas BUSUR nya (PAS).

    Namun anak' panah ini lupa hakikat - tidak mungkin sang guru menumpahkan segala ilmunya terhadap anak didiknya.

    Apakah ini adalah kifarah ??

    ReplyDelete
  20. PAS?? Nak gelak sket bole......

    ReplyDelete
  21. Dulu lobai hadi kata tak akan masuk lobang 2x. Tapi skrg tak kisah kalau ter masuk lobang banyak kali.

    Pening ka apa lobai2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dolu2 dia kata umno tu kapir. Makan sembelihan umno tu haram. Sekarang apa macam???

      Delete
    2. Sekarang rembat sama la...ha5

      Delete
  22. Dapig mesti mau tolong maa..pan manyak tolong kita.

    ReplyDelete
  23. Nama pun ahli parti Islam tapi beri komen mengalah yg bukan Islam??? Lepas PRU 14 ni PAS akan mampos terus dari arena politik Malaysia!!!!!!!

    ReplyDelete
  24. Pas now adalah pas chai yakni macai umnok. Hanya guna siku n lutut. Akai takdak. Ada sijil pas boleh masuk syurga maa. Itu fatwa sheikh azli taliban. Jgn main2. Tak heran ahli pas boleh cakap fuck. Depa ikut hadi ajar. Anjing babi broker barua pengkhianat boleh dihapus. Ni bhs baik lebai hadi awe. Khalass

    ReplyDelete
  25. Amboi byk nye mazlan kena. Rm500k? Felda isa doraemon ni tamak sgt. I rasa kalu mazlan ni kena rm30k pon dah kiok. Kesian. Tak leh diskaun ker? Dio baru belajar nk menulis. Ya tuhan selamatkan mazlan. Aminnn

    ReplyDelete
  26. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete