Tuesday, 6 December 2016

INI BARU BETUL2 SANDIWARA NAMANYA!!

Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. 

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan  tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar,  U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan  beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada. 

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua  yang menyokong turut "basah" dibuatnya. (SH 06/12/2016).

87 comments:

  1. Baru padan dengan muka Haji Hadi tu kena tipu kering2 oleh Najib.Solidariti konon!!...cheh...sama2 kita tengok apa kata Haji Hadi selepas ni,malu weh!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaakakaka.......aku tak taulah nak gelak ke nak nangis ke?? Dah agak dahhhhh......
      Ye ye berdentam-dentom cakap meletop macam petir....nampak cam tegas giler.....last2 kakakakahhh.......

      Kenapa tak berani protes putuskan hubungan diplomatik ....macam dgn Israel....mana Malaysia ada hubungan diplomatik dgn Israel.

      Betullah macam kata org tua2.....kalo dengar bunyi guruh di langit jangan dibuang air dalam tempayan....belum tentu lagi hujan nak turun. Kadang bunyi jer lebih petir meletop bendentom tapi lepas tu tak de apa yg jadi pon.

      Hadoiiii kelakar betollah lawak sarkis ni.....wakakakakah...

      Delete
    2. As a saying goes: Empty barrel makes the most noise. Periodm

      Delete
    3. Oiiiii najib kokok berderai derai ekor bergelumbangan taik.
      Pengecutttttt...

      Delete
    4. Tv3 suku..tv3 suku..tv3 suku
      Lepas pru 14 nanti tutup tv3 suku ni!!!
      Pengkhianat kpd agama bangsa dan negara.
      Tutup tv3 suku ni.

      Delete
    5. Tanda tanda manusia dikatagorikan sebagai MUNAFIK, Bila berjanji dia munkir, bila bercakap dia bohong.

      Delete
    6. Pemimpin Haprak yang kita ada di Malaysia,,daripada Celik mata hingga nak tidur malam kerja nya nak menipu rakyat

      Delete
    7. Waahhh...bukan main hebat UMNO & PAS di himpunan solidatori ummah untuk rohingya. PM Najib berucap berdegar-degar saja macam tin kosong, tapi tanpa action macam NATO (No Action Talk Only). Sewaktu Muslim Bosnia disembelih pada tahun 90an, Tun Mahathir sendiri datang ke negara itu bersama ratusan komando Malaysia memberi bantuan dan pulang membawa bersama beratus anak2 yatim Bosnia ke tanah air untuk diberi perlindungan. Ketika warga Palestin disembelih oleh rejim Zionis Israel, Tun Mahathir menghantar isterinya, Tun Hasmah mengetuai misi bantuan kemanusian ke Gaza.

      Adakah Najib, Rosmah atau Hadi Awang berani berbuat sedemikian.....??? Semua rakyat ingin sekali melihat Najib bersemuka & berhadapan Tun Mahathir bagai anak jantan...!!!

      Delete
    8. Kebanyakan orang Melayu bersetuju jika pas dan umno mahu bersatu semula dalam Barisan Nasional setelah ditendang dahulu.
      Memang orang Melayu kena bersatu. Lebih lebih lagi orang Melayu dahulu dan sekarang sudah lama lemah dan tiada kekuatan dalam melayari bahtera kerajaan yang telah sekian lama diberi amanah oleh rakyat jelata.


      Kerajaan umno BN lemah dek para pemimpin yang pentangkan diri sendiri, satu sama lain asyik duduk kumpul harta ratusan juta setiap satu kepala setelah diberi amanah menjadi pemimpin..
      Bukan setakat asyik duduk kumpul harta, malah sudah banyak harta kerajaan dijual kepada orang china dari Negara china, semacam mahu menjual Negara ini kepada china.

      Atas sebab itulah para pemimpn Pas kelihatan kurang minat untuk bersatu dengan umno, kecuali bersatu, macam bersatu protes kezaliman dan kekejaman kerajaan Myanmar terhadap orang Islam dalam himpuan Rohiya baru baru ini.

      Akan tetapi pas kelihatan tiada minat langsung untuk bersatu memerintah Negara bersama umno, kerana Islam melarang tolong menolong dalam kemungkaran.

      Oleh itu, pressiden Pas datuk Seri haji Abdul Hadi Awang cuba mengambil pendekatan baru, iaitu cuba jadi penasihat sepertimana yang anjurkan oleh Islam bahawa nasihat menasihati harus dijadikan pegangan.

      Lebih labih lagi nasihat menasihat satu sama lain, apa tah sesama Melayu yang masih mengaku beriman adalah suatu usaha yang mulia harta terhadap mereka yang melakukan kezaliman.

      Pendekatan baru yang cuba digunakan oleh presiden ini telah mendapat bantahan kebanyakan orang Melayu yang faham Islam hanya diotak sahaja.

      Manakala mereka yang faham Islam dihati bersetuju dan bersedia bila bila masa jika diminta bantuan agar para pemimpin yang kejam dan zalim itu agar sedar diri dan bertaubat nasuha.

      Inilah rintangan dakwah yang dilakukan oleh Pas. Miskipun ia mendapat tentangan banyak penjuru , akan tetapi ia mesti diteruskan kerana ianya merupakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam pengertian syar’ie.

      Ia juga adalah lafaz islam secara khusus yang diertikan sebagai syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia.

      Pada penulis Pas adalah merupakan satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan mengembangkan Islam dari 73 puak yang berpecah dalam islam.

      Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah melalui Firmannya yang bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya” (surah A’li Imran ayat 104)

      Allah SWT melarang dan meminta jangan kamu menjadi seperti orang orang Yahudi sepertimana firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang (Yahudi dan Nassrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar” (surah A’ li Imran ayat 195).

      Delete
  2. Ini semuanya wayang...
    PAS Umno nak tunjuk baik, nak bela etnik rohingya jerit sana jerit sini.
    Esok bangun tido menyesal minta maaf.
    PAS kena main lagi.
    Kah..kah...kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

      Hmmmmmmm habis setakat ni sajalah. Noktah.

      Macam duit yang lesap tu jugalah. Habis setakat tu saja. Terus senyap. Noktah.

      Delete
    2. Samalah dgn hadi anak tok awang tu penipu besar

      Delete
    3. Tok hadi penggali kubur

      Delete
    4. Apalah org kita ni, tau kutuk org je, tau tak mimpin negara tu mcmana x mudah bagai di ckpkan mungkin Najib antar Gnrl tu utk jlnkn diplomasi dulu x kan suma rahsia negara, apa tindakan suma nak Cite pada rakyat, kalau Najib bodoh x Allah pilih dia jadi pemimpin, kita yg bodoh ni je komen th apeape tah ,

      Delete
    5. Mangkok 0252 nak diplomasi panggil duta dan buat official protest bkn antar panglima nak perang dgn Myanmar. Allah antar firaun juga tpi dihukum juga awat bijan hang kebal sangat ka kaki kepit

      Delete
    6. 02.52 sempitnya fikiran ko. Tolong perbesarkan sikit hotak ko.

      Patutlah berbilion duit rakyat hilang pon tak kesah.....sebab dah Allah menghendakinya jadi cam tu.....tak gitu??? Jadi terima ajerlah takdir berbilion duit negara dah lesap.

      Allah jugak menghendaki dan mentakdirkan Firaun jadi Raja Mesir........tapi yg peliknya kenapa pulak Nabi Musa as. menentang Firaun.......dan Allah selamatkan Nabi Musa as. tapi Allah lemaskan Firaun dalam Laut Merah.......apa pasal jadi cam tu...??

      Allah jugak menghendaki dan mengizinkan takdir Namrud jadi Raja tapi kenapa Nabi Ibrahim as. menentang Namrud...?? Kemudian Allah swt hantar nyamuk kepada Namrud untuk hentikan kezalimannya.

      Allah jugak menghendaki kejadian babi dan anjing......tapi kenapa Allah bagi hukum babi dan anjing itu najis mughallazah.....dan org Islam dilarang makan babi dan anjing....jugak wajib disamak kalo tersentuh.

      Jadi jelaslah......Allah suruh manusia gunakan hukum yg ditetapkan Allah dan akal yg dibagi Allah utk bezakan yg mana BENAR dan yg mana BATIL.....mana yg HALAL dan mana yg HARAM.

      Itu sebab pada zaman Rasulullah saw tiap masalah guna timbang tara. Sebelum keputusan dibuat masalah tu akan disiasat dulu dgn teliti.......dipanggil saksi....dibicarakan....kemudian baru diputuskan oleh Rasulullah saw dgn adil ikut hukum Allah. Bukan berserah jer bulat2 pada takdir konon dah Allah nak jadikan macam tu....

      Jangan kita nak jadikan takdir Allah itu sebagai SEBAB......kerana Allah dah utuskan kita RasulNya, Al-Quran, hukum-hakam, firman2 Allah swt, hadis2 Nabi saw dan AKAL yg ada upaya untuk BERFIKIR dan tulang 4 kerat untuk USAHA.....bukan hidup dgn TAK PAYAH guna akal, duduk MERIBA tangan dan SALAHKAN takdir jer....

      Delete
    7. Anon 2:52 tu jelas penyamaran Kejora. Padan muka & kepala dia kena letuk & balun berbenjol-benjol.

      Delete
  3. Kenapa PAT pula yang pergi? bukan Menteri Luar? Pegawai Wisma Putra sila jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah tanda pentadbiran negara kita sudah kucar kacir di perintah oleh "bukan ahlinya". Mungkin sudah satu wire short.
      Apa kena dg PAT menjadi wakil kerajaan?
      PAT itu menteri? Atau kita sudah berperang?
      Kononnya Gen Macarthur?
      Gila...

      Delete
    2. Sebab Myanmar diperintah oleh Junta. So dihantarnya tentera untuk membaiki hubungan.

      Dulu lagi saya pernah cakap perhimpunan ini hanya satu sandiwara.

      Akhirnya apabila dihantar PAT untuk membaiki hubungan kata2 saya itu terbukti melampaui sebarang keraguan munasabah.

      Hipokrit tahap tertinggi. Sampaikan pembunuhan kaum seagama juga dijadikan modal politik.

      Betul-betul merasa aman dari kemurkaan Allah.

      Allah tidak lalai daripada apa2 yang mereka kerjakan.

      Delete
    3. Salam Sdraku John Doe.

      Pada 24 November baru baru ini, satu Usul berhubung isu kekejaman ke atas Rakyat Rohingya telah dibawa oleh pihak pembangkang untuk dibahaskan di Parlimen. Beberapa wakil Pembangkang dari Amanah, PKR dan DAP telah mendesak untuk Speaker Dewan Parlimen membenarkan isu ini di bahaskan tetapi telah ditolak oleh Speaker.

      Namun dng amat dukacitanya tiada seorangpun ahli Parlimen Umno-BN atau Pas bersuara menyokong usul tersebut dibenarkan untuk dibahas. Malah alasan Speaker Pendekar Lapok ketika itu menolak usul itu ialah kerana tidak mahu campur tangan ehwal Negara lain.

      Anehnya lebih kurang seminggu selepas itu, Umno-BN bersama Pas menyertai Himpunan Solidariti dengan Rakyat Rohingya di Stadum Tasik Titiwangsai.
      Klentong & sandiwara apanie, Najib oii....???

      Semalam Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah hadir dalam himpunan solidariti Ummah untuk Rohingya yang dihadiri 30,000 orang di Stadium Tertutup Taman Tasik Titiwangsa. Najib seperti biasa mendabik dada nak tunjuk hero..tau2 kena lesing dgn seorang wanita, pemimpin Myamnar agar tidak melanggar dasar tidak campur tangan Asean.

      Bahkan di portal2 Indonesia, teruk Najib kena balun kerana kecupalaran bibir merahnya mendesak Presiden Jokowi ikut selera dia menghimpun rakyat & menghentam pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi.

      Tindakan Najib nyata tak layak jadi pemimpin negara.

      Delete
    4. Bro john doe..

      In addition to the above, bear in mind that....

      Malaysia is the current Asean chairman, and has been warned by opposition politicians that its failure to be proactive in providing humanitarian assistance to the boat refugees and to pressure Myanmar to stop persecuting the Rohingya minority would render its chairmanship useless.

      Malaysia has been turning away refugee boats and preventing them from coming ashore, drawing international and domestic criticism. The United Nations has reminded Malaysia and other countries in the region of international obligations to rescue the migrants and to prevent their refoulement if they faced persecution at home.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Perhimpunan Umno dengan Pas tempoh hari terpekik terlolong sampai terkeluar urat tekak kira wayang depan mata rakyat jer lah. Kalau Myanmar Times tak keluarkan cerita pasal ni sampai ke sudah rakyat percaya opera cina Najib Razak dan Hadi Awang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab kita JANGAN BERGANTUNG pada berita2 dari MEDIA DALAM NEGARA saja.

      Rajin-rajinlah buka media2 dalam internet dari Singapura (The Straits Times), media2 dari US, UK, Australia dan lain2 sebab mereka ni semua ada kebebasan bersuara, jadi laporan2 mereka lebih terperinci dan detail.

      Ada antara berita2 yang dikeluarkan oleh mereka tu TIDAK dikeluarkan di Malaysia.

      Jangan kita jadi KATAK bawah TEMPURUNG mudah DIPERBODOHKAN orang dengan cerita bohong nak cover line. Kembangkan PENGETAHUAN kita rajin-rajinlah cari berita2 dari media2 luar negara dan buat perbandingan guna logik akal atau common sense.

      Delete
    2. Mengucap byk2. Jgn buat tuduhan seblum ada bukti. Berdosa. Kata2 x bleh d tarik balik. Fitnah mkn diri oi. Takutkn azab Allah SWT

      Delete
  5. Agaknya dah selau main org? Sekarang sendiri kena main padan muka.

    ReplyDelete
  6. La ni nampak dok usong Pak Lah pulak....boleh caya ke tu?...kemarin Mukhriz dah buka rashia ada jumpa Khairy pada tahun 2015 yang lalu secara sulit.Dalam perbincangan Khairy ada menyatakan yang beliau tak percaya dengan penjelasan Najib mengenai IMDB.Kata Khairy beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri KBS jika Najib tak lepaskan jawatannya.Tak kan Pak Lah tak tahu ini semua??...Hai agak2nya Najib caya lagike kepada siKhairy ni??....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada siapa yg percaya penjelassan najib berkenaan 1mdb... 2.6b...40m...yg pura pura percaya hanya yg dah dpt duit haram...

      Delete
  7. Au Ta punya Bugis, konon pewira.....konon......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm paklah juga pi minta maaf kat china dulu

      Delete
    2. Itu kerja budak tingkat 4. Konon cerdik nak jadi Pm.
      Buat malu bapak mertua.
      Saya hairan orang umno boleh percaya kpd manusia saperti ini untuk jadi pemimpin akan datang.
      Kes seorang perempuan nasuk lokap,sudah panik, macam mana nak tadbir sebuah negara?

      Delete
  8. Aku rasalah,agaknya selepas berdemo hari tu dan selepas Najib membaca komen YAB Tun beliau terasa malu dan bersalah......lebih2 lagi bila terfikirkan dah banyak dah negara2 maju didunia ni yg tak sukakan beliau,takkanlah negara semundur Myamar ni pun akan jadi musoh beliau....sebab tulah beliau cepat2 hantar wakil tu!!...bijak,bijak Najib....sian ko Hadi kena tipu kering!!...sedar2la Hadi woi..

    ReplyDelete
  9. sekali lagi umno dan pas memperbodohkan orang2 melayuu & islam....wallaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. majoriti rakyat tahu ia sandiwara
      kami x ambik pot pun
      yg hadir pun puak rohingya
      geng bebudak tahfiz bg ramai
      kami tlg rohingya dah lama sejak 2012 lagi

      Delete
  10. ini lah pemimpin pembela umat islam.....panglima bugis wasata apalah...dan ularmak dunia aldedak...

    ReplyDelete
  11. Cok sana cok sini last2 melayu jadi abu . Haha. Dah kena sakit dengki. Bila2 melayu bole kena replace dengan bangsa lain kalau bercakar aje. Otak mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang salah tetap salah tak kira bangsa apa. Apakah kalau melayu buat onar kita kena diam sebab dia melayu. Dan jika ada bangsa lain yang kritik melayu kita kena lawan sebab kritik bangsa kita.
      Cara yabg saudara fikirlah menyebabkan melayu terus layu dibumi sendiri.
      Sebab itulah anak2 melayu banyak terlibat dalam jenayah terutama dadah sebab tak nak ambik peduli sebab dia melayu.
      Marah kat cina tapi nak beli barang pergi beli kedai cina.

      Delete
    2. Marah rakyat pada najib bukan sebab perbezaan fahaman politik.
      Tapi duit 1mdb yang hilang dan tidak tahu kemana. 1mdb bukan milik abu atau samy atau ah chong. Tapi 1mdb adalah dijamin oleh kerajaan yang hutangnya akan ditanggung oleh hasil negara.
      Audit 1mdb diOSAkan dan ada dimasukan 2.6b + 400m dalam akaun najib.
      Jawapan najib derma dan salah masuk? Jawapan yang teramat mudah yang jelas menipu dan memperbodohkan orang ramai.
      Orang seperti ini mesti ditentang dan tidak layak menjadi pemimpin.
      Saya melayu.. saya amat malu bila bangsa lain memperlekehkan bangsa melayu. Terasa hina. Kita agongkan bangsa melayu sebagai beragama islam. Islam itu suci. Tapi apa yang kita tunjuk dan pamerkan pada orang bukan islam???

      Delete
    3. Mari kita sama sama bergerak tanpa upah menberi penjelasan kpd yg belum tahu atau ragu ragu siapa sebenar umno dan pas. Ini pengorbanan kita sebagai rakyat malaysia.

      Delete
    4. 2X Najib buat lawak bodoh memaksa orang ketawa minggu ini. Pertama di Kueh PAU UMNO & kedua di Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya hingga mendapat balunan dari seorang wanita bernama Aung San Suu Kyi, dan juga balunan2 warga Indonesia kerana memaksa Presiden Jokowi mengikut rentak-lawak bodohnya..

      THIS IS WHAT REALLY MAKES MALAYSIA PROUD:
      Unlike Najib, we are proud our country’s stand-up comedian, Harith Iskander is set to become the world’s funniest person in the final of the international competition "Laugh Factory Funniest Person in the World" in Helsinki, tonight. Although Harith will be facing stiff challenge, he stands a good chance of winning the final as he topped the chart among the 20 semi-finalists last Sunday.

      Delete
  12. Dah memang dasar manusia perompak penipu penyangak..tapi masih ada yg mengangkat pemimpin yg mcm ni...sedih sedih sedih dgn nasib kits dan anak cucu kita sekarang ni

    ReplyDelete
  13. Najib...buat kerja untuk bangunkan negara tak tahu.
    Yang dia tahu cari publisiti murahan..
    # Keluarkan produk 1malaysia yang tidak berfaedah.
    #Jual nama bapa
    # curi duit negara untuk beli sokongan.
    # menambah hutang negara dari 200b menjadi 600b..
    Orang miskin pun tak nak pergi k1rm dan kl1m, hanya bazir duit negara.
    Lebih baik naiktaraf kelinik kesihatan, panjangkan tempoh rawatan hingga malam dan buka dihujung minggu. Sebabnya setiap kali pergi klinik kesihatan terpaksa tunggu lama dan sesak. Sedangkan dekat klinik 1malaysia boleh dikira dengan jari orang yang pergi. Ubat yang diberi tak ada kualiti dan tidak sesuai dengan penyakit. Hanya nak nama itu "najib yang tubuhkan".
    Semua menteri kabinet sokong najib sebab tak perlu buat kerja. Mulut rakyat ditutup dengan BR1M.
    Contoh; landasan berkembar dari gemas ke jb, najib tak nak buat. Alih-alih nak buat keretapi laju dari singapura ke kl. Dalam masa yang sama kata nak tranformasi pengangkutan awam yang tidak dipeduli oleh pemimpin terdahulu. Tren laju tu mahal kot. Mana mungkin rakyat biasa boleh naik.
    Nak tunjuk hebat.. tapi hebat kebas dan perbodohkan rakyat

    ReplyDelete
  14. PM Malaysia munafik besar!!! Macam mana malaon ni berbohong tentang isu 2.6 billion tu, macam ni la juga PM Najib ni main wayang. Depan rakyat berdegar degar siap dengan nama Islam dan Allah lagi, tapi dibelakang, lain jadinya. Nak pertahankan PM munafik besar macam ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jangan kutuk Najid! Kang marah Harussani ngan Fatul Bari kat ko kang... kah kah kah

      Delete
    2. pm.....SIALLLLLL!!!!!

      Delete
  15. Errr....pas tau ke dak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau kot...tak paham omputih. Myanmar Times tak dak edisi klate

      Delete
  16. Kalau patung kayu pinochio apabila dia menipu semakin panjang hidungnya.....tapi aku tengok Najeeb ni mulut dan bibir dia dah macam itik serati dahulunya, sekarang ni dah macam bibir burit tua bentuknya. Kalau tak percaya lihat betul-betul, pastinya anda semua akan setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 19.22
      Komen ko yg terburuk pernah aku baca dalam blog nih. He he sabar bro

      Delete
    2. Ni dah betul2 marah ni. marah semarah marahnya..

      Delete
  17. Muka depan mingguan meloya ahad lps..."apa nak jadi..jadilah!!!!" ...begitu garangnya ajib

    ReplyDelete
  18. Myanmar baru batok sikit....tersentit kepala palir najib masuk je dalam...pahlawan kunun...pondan...comfirm.muka tkde maruah

    ReplyDelete
  19. Dia ni penipu. Cakap macam mana pun semuanya tipu. Tengok muka pun muka penipu. Hari2 dah jadi amalan untuk menipu. Yg lebih teruk lagi dari menipu dah jadi pencuri. Lepas mencuri taktaulah apa lagi. Kita doakanlah Allah bukakan hati dia yg hitam tu. Semoga sempat bertaubat

    ReplyDelete
  20. Tabek hormat saya kepada sdr Joe Harry.Penjelasan yang cukup bernas berisi....saya pun sangat2 terkilan dan hairan dengan segelintir rakyat Malaysia ini yg sudah pastinya Melayu yang saya maksudkan amat susah untuk memahami dan menyedari dengan apa yang sedang berlaku dalam Negara buat masa ini,mereka seolah2nya tak kesah dan sanggup menerima apa saja asaikan mereka dapat habuan dari Kerajaan seperti BRIM...betullah macam yg Najib kata rakyat suka BRIM...mereka macam mabok denngan BRIM dan sanggup melupakan segala perbuatan jahat Najib.Saya percaya bukan mereka tidak sedar akan segala kemungkaran Najib ,tetapi sengaja buat2 tak nampak demi sedikit gula2 yg telah ditaburkan.Itulah MELAYU pada hari ini!!....yg telah hilang semangat juangnya dan telah menjadi hina dina!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mudah mudahan tidak sampai ko diBUGHAHkan oleh orang alim berkedudukan itu kerana ko menolak pemimpin dari kelabnya... kah kah kah

      Delete
    2. Jamal Jamban tak selindung nak hantar orang orang dia gi Dubai kemudian tukar CASH!

      Si Pirate Bugis keparat terang terang waktu PAU lepas dia kata 1200 jemaah setahun dihantar ke mekah....

      Kalau RASUAH dorang dah berani cakap camtu jer....apa ke benda lain seperti temberang, menipu, kelentong, mencuri, songlap, tibai dll dorang segan nak buat?

      These bunch of crooks has reached a point of no return...bermaksud mereka got no choice but made a pact with the devils....literally!

      Well, only because AGC, PDRM, SPRM, BNM are all on a leash....what more can you say othan GE14 MUST BE A TOTAL SPRING CLEAN TO SAVE TANAH AYER KU!

      Delete
  21. http://www.mmtimes.com/index.php/national-news/nay-pyi-taw/24063-president-military-chiefs-meet-to-smooth-myanmar-malaysia-ties.html

    ReplyDelete
  22. Nak ingatkan kepada pemimpin Pakatan dan Tun M bagi pihak UMNO sedang merancang sesuatu bila menjelang PK14...jauhi sebarang bentuk dana dan pemberian wang...risikan!!!

    ReplyDelete
  23. Curi untuk hidup dosa tolak tepi. Siapa kritik tangkap dan dakwa, inilah kerja baru KPN melindungi najib. Bukan fitnah tapi fakta, Tun yang kata dia curi sampai sekarang tak jawab2, ashik bohong tiap hari tidak takut dosa.

    ReplyDelete
  24. Bukan mudah nak jatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang...Najib DAN Umno sedang merancang sesuatu seperti apa yang berlaku pads perhimpunan bersih 5...risikan!!!

    ReplyDelete
  25. Apakah pertubuhan haram @ kongsi gelap bukan merupakan musuh bagi PAKATAN HARAPAN sedangkan anasir ini subur membiak sekian lamanya dan amat selesa dengan suasana sedia ada sehingga terdapat ketua mereka dianugerahkan gelaran kebesaran?!... kah kah kah

    ReplyDelete
  26. Apalah yg boleh diharapkan dari seorang pm yg takut bini..

    ReplyDelete
  27. Najib si penyamun terpekik terlolong lepas tu senyap2 pergi songlap harta negara...puih..

    ReplyDelete
  28. Berita pasal Potret Dihina dengan selip[ar & sluar dlm.
    Demonstrasi makan diri ni!!!!

    ReplyDelete
  29. Ya allah..moga beri rahmat..menang pakatan harapan..amin

    ReplyDelete
  30. Lobai2 kena kencing lagi...
    Ha5
    Lobai hadi mmg suka air kencing

    ReplyDelete
  31. Akan ada musibah terjadi pada pemuka & pemuja taksub dan kebarangkalian sanak saudara kaum kerabat laman ini nanti .... semoga tabah mengharungi ujian ini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Are you hinting DT's demise is a precedent? You cannot discount the fact that Yaser Arafat and Mahmoud Al Mabhouh were taken down with high precision in Ramallah & Dubai respectively.

      Ajal yes, but DT were becoming a threat in a sense. So, Bro SDC, take heed to Cik Minah's advice tempohari.

      Desperate person & desperate government will employ all apparatus to the max!

      Tak salah untuk berhati hati.

      Delete
  32. Ajib....siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal ko,ko tipu idup2 lobai2 lontoih tu.

    ReplyDelete
  33. 2336
    Hadi bukan dari kelate tapi mat ganu totok,kerjayanya sekarang menjadi pelakon untuk membangkitkan kemarahan penyokong dan pengundi parti pas sahaja.

    ReplyDelete
  34. Orang kata takda telor. Tapi aku kata ada telor ..... telor busuk !! Habis mamat pegang tangan kena londeh sama tonggeng !

    ReplyDelete
  35. Ya Allah Ya Tuhanku Kau musnahkanlah pemfitnah2 dalam blok ini. Aamiin

    ReplyDelete
  36. fitnah apa 1604...ulat dlm tanah pun dh tahu kebusukan kerajaan malaysia laani. Tongkoi Taek Low yg kamu masih hang nak jilat jugak..kesiaaaann

    ReplyDelete
  37. "Itu hanya lawatan biasa sempena persaraan beliau ke negara serantau dan sahabat. Military Diplomacy. Xde kena mengena dgn politik."
    Kenyataan dari MINDEF.

    Bloggers kena laa bijak sket.

    ReplyDelete
  38. Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya benar berita yg dipaparkan dlm blog ini fitnah Kau turunkanlah bala Mu ke atas mereka yg memulakan fitnah ini. Aamiin.

    ReplyDelete
  39. Ko org pkir psl najib jek..mahadir tu korg xthu,rm100 billion dia selit duit kerajaan ko xthu kn...korg x caya ckp wa,lu org ngok jek mst lobang mahadir bocor nye kt rakyat..ko org ngok anak2 dia smua ade harta brjuta2 tu smua time dia jd pm la nye duit,disedut tp simpan kt anak2 dia..asal usul mahadir org susah der...najib da tentu asal org senang,bpak dia bekas pm..rosmah sblm janda n sblm kwin gn najib da tentu jutawan byk bisnes ada kilang itu ini...tu korg x thu kn...jd x psl2 korg smua wat dosa fitnah org.lain la kita duk kt malaysia kebulur mcm kt somalia ke,smua ckup time dpt mkn ade umah keter smua kn..biar jd org yg pkir sdlm2 nye sblm nk ckp..ni ckp main lps jek sbb kt online bleh korg komen2 cmni camtu..

    ReplyDelete
  40. Confirm jib kincing Eddie Ah Wang...tak perlu pusing mikitary diplomacy bullTaek Kow...kesian , banyak juga melayu Islam yg masih bingai

    ReplyDelete
  41. Baca buku sejarah dan byk buku lain ttg fitnah yg kuasa us reka utk buat rakyat benci pemimpinnya sendiri.
    Kita dari kecil d ajar d sekolah ttg betapa hebatnya org putih ni..
    Reka hampir semua benda
    Jajah hmpir semua negara
    Dan skrgpun kita masih percaya amerika x akn memfitnah kita
    Amerika baik, amerika nk tolong gulingkn kerajaan kita
    Amerika nk tlg kita
    Amerika nak selamatkn kita
    BACA DULU BUKU THE PROPAGANDA WAR
    Sebelum kita terlewat, baca buku ni
    Baca kisah Ghadafi d fitnah Amerika
    Yg amerika reka2 cerita ttg ghadafi
    Ghadafi jahat, pembunuh, perosak
    Last last bila tersedar, dah terlewat

    ReplyDelete
  42. Ingat, bukan korang semua yg first tulis semua yg teruk2, guna bahasa yg tak baik, crita sana crita sini
    Cakap x berbayar, free
    Dulupun bapa2 kita buat benda yg sama
    Mcm2 tuduh mahathir masa beliau menjadi pemimpin,
    Skrg tiba pula giliran najib
    Fikir dulu sebelum nk tulis
    Memang skrg x berbayar, x berbalas, x ada apa2 yg pelik terjadi pada kalian,
    Tapi Allah SWT Maha Melihat dan Maha Mengetahui
    Jgn sesekali samakan firaun yg mengaku Tuhan dgn org2 yg mengucap 2 kalimah shahadah dan sembahyang, yg sujud pada AllahSWT
    JANGAN SAMAKAN ORG2 YG MENGAKU ALLAH SWT RABNYA DAN NABI MUHAMMAD SAW DGN KAFIR YAHUDI
    Allah SWT sahaja yg menilai amalan kita
    Semoga kita semua dan semua manusia d muka bumi ini d berikan taufik dan hidayahNya ...Aaminn

    ReplyDelete
  43. Nabi Muhammad SAW mengajar ummatnya utk berdoa yg baik2 pada diri sendiri dan untuk org lain sebab doa kita d aminkan malaikat. Dan malaikat juga akn doakan apa2 yg kita doakn utk org lain sama utk kita juga. Maknanya malaikat akan ulangi semua doa yg kita ucapkn utk diri kita sendiri.
    Nabi Muhammad SAW amat kasih pada semua manusia iaitu kita semua sebab kita ummahnya. Semua manusia bermaksud yg islam atau tidak.
    Nabi Muhammad SAW sedih bila seorg bukan islam meninggal tanpa kalimah.
    Makanya, kita perlu kasih pada semua, musuh atau rakan2 kita. Sama sahaja.
    Jika mereka buat silap, maafkn sebagaimana kita sendiri boleh maafkn kesilapan yang kita telah lakukan
    Doakn semoga Allah SWT memberi kita semua hidayahNya.
    Doakan utk srmua manusia.
    Dakwah dan tegur cara berhikmah...

    ReplyDelete
  44. Hidup kita d kira mengikut amalan kita sendiri.
    Biarlah kita akhiri hidup kita dgn kata2 yg dpt menenangkn orang sekeliling kita, hatta pada musuh sekalipun.
    Genghis Khan di hadirkn utk mmbunuh semua manusia d sepanjang perjalannnya dari cina ke baghdad. Tidak ada satu pun makhluk walaupun seekor binatang yg d biarkn hidup oleh tenteranya.
    Ummat Islam D Baghdad di kala itu lalai sehinggakn dicritakn dlm sejarah bahawa semua mereka bersembahyang raya lewat ke tengahari kerana meraikn perarakan sultan.
    Hidup mreka mewah, otak bijak, dan d critakn pokok2 berbuah d luar musim
    Namun mreka d bunuh dgn kejam
    Dan juga d khabarkn Ghenjis khan memeluk islam?
    Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui
    Juga kisah Firaun
    Dikala kaum musa hidup mewah, mreka juga lalai
    Maka Allah SWT hadirkn Firaun
    Adakah sebagai balasan?
    TAK KISAH APA YG BERLAKU DAHULU
    Yang penting sekarang
    Apakah kata2 yg kita ucapkn d senangi Allah SWT?
    Bahasa dakwah kita d terima Allah SWT
    CARA KITA DI AJAR OLEH NABI SAW?

    ReplyDelete
  45. Nabi Muhammad SAW mengajar ummatnya utk berdoa yg baik2 pada diri sendiri dan untuk org lain sebab doa kita d aminkan malaikat. Dan malaikat juga akn doakan apa2 yg kita doakn utk org lain sama utk kita juga. Maknanya malaikat akan ulangi semua doa yg kita ucapkn utk diri kita sendiri.
    Nabi Muhammad SAW amat kasih pada semua manusia iaitu kita semua sebab kita ummahnya. Semua manusia bermaksud yg islam atau tidak.
    Nabi Muhammad SAW sedih bila seorg bukan islam meninggal tanpa kalimah.
    Makanya, kita perlu kasih pada semua, musuh atau rakan2 kita. Sama sahaja.
    Jika mereka buat silap, maafkn sebagaimana kita sendiri boleh maafkn kesilapan yang kita telah lakukan
    Doakn semoga Allah SWT memberi kita semua hidayahNya.
    Doakan utk srmua manusia.
    Dakwah dan tegur cara berhikmah...

    ReplyDelete
  46. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  47. Halo,
    nama saya ialah Siti Aminah dari Indonesia, saya cadangkan semua orang di sini harus berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang sebenar dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang kerana berada dalam hutang.

    Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat seorang kawan yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat handal iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam Kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut apabila memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik supaya orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Alicia Radu

    Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda mesti menganggap diri anda sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain selepas anda menerima pinjaman anda.

    ReplyDelete
  48. Hai teman-teman. Nama saya Asep Darjat. Saya adalah warga negara Indonesia
    Saya sangat senang dan sangat berterima kasih kepada Bunda Deborah Avant. Saya baru saja mendapatkan pinjaman saya dan cepat dan aman Anda bisa mendapatkan pinjaman Anda juga. Kirim email kepadanya jika Anda memerlukan pinjaman dalam bentuk apa pun melalui
    email: avantloanson@gmail.com
    WhatsApp: +6281334785906

    ReplyDelete
  49. Selamat siang untuk semua, nama saya Steven Nesty Binti, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini sehingga semua pencari pinjaman akan berhati-hati tentang pemberi pinjaman di internet

    Setelah beberapa waktu mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya ditipu dan kehilangan Rp 10,7 juta, untuk seorang pria di Afrika.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan teman saya Ny. Tieka Melawati (tiemelaw@gmail.com) yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Deborah, Manajer Kantor Pinjaman AVANT, jadi teman saya meminta saya untuk memproses pinjaman saya dengan Bu Debora. Jadi saya menghubungi Ibu Deborah melalui email: (avantloanson@gmail.com) dan juga di WhatsApp: +6281334785906

    Saya mengajukan pinjaman sebesar IDR 380 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, Saya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari satu setengah jam, uang pinjaman saya dimasukkan ke dalam rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya telah dikreditkan dengan IDR380 juta. Saya sangat senang bahwa akhirnya Tuhan telah menjawab doa saya dan dia telah memberi saya keinginan hati saya.

    Semoga Tuhan memberkati Mrs. Deborah untuk memberikan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. Deborah melalui email: (avantloanson@gmail.com) atau melalui WhatsApp: +6281334785906 untuk pinjaman Anda

    Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian sejati hidup saya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (nestybintisteven@gmail.com) Salam

    ReplyDelete