Wednesday, 30 November 2016

UCAPAN PERTAMA ZAHID HAMIDI RASMI SAYAP2 UMNO HAMBAR DAN MENGECEWAKAN


Sejak malam hingga pagi ini, ramai kawan-kawan dalam UMNO menghubungi saya untuk memberi komen mengenai ucapan pertama Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, malam semalam.

Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan ucapan Zahid yang disifatkan hambar, mengecewakan, malah kadangkala boleh dianggap merapu.

Ucapan beliau dianggap tidak berapa kena dalam konteks merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO dalam suasana parti sedang kritikal dan dalam persiapan meghadapi PRU 14. Zahid seolah-oleh keliru tentang apa sepatutnya beliau lakukan.

Penampilan Zahid bukan saja dilihat tidak dapat menandingi apa yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin dan  Timbalan-Timbalan Presiden UMNO sebelum ini, malah ada yang menganggap ucapan beliau semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu jauh lebih baik lagi.

Bukan saja dari segi isi, malah cara Zahid menyampaikan ucapannya bagaikan serba-serbi tak tak menjadi.

Dengan prestasinya yang hambar dan mengecewakan itu, ramai yang mengatakan Zahid telah melepaskan peluang keemasan untuk menonjolkan wibawanya yang sebenar.

Kata kawan-kawan yang nakal pula, Hishammuddin tentu senyum-senyum saja dengan prestasi Zahid itu

Dari segi isi ucapan Zahid,  mari kita baca ulasan peguam Hanif Khatri mengenainya yang dipetik daripada laman Facebooknya. (SH 30/11/2016).

ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!

1. Pada 29.11.2016, Timbalan Perdana Menteri, ZAHID HAMIDI telah dipetik oleh MALAYSIADATELINE.COM sebagai berkata :

"Dan ingatlah semua bahawa sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita.",

"Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwala' hanya di bibir.", dan

"Wala' saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita."

2. Wahai ZAHID HAMIDI, sebagai peringatan kepada semua terutamanya kepada diri saya sendiri :

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menjalankan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan suatu hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil" (Al-Quran; An-Nisa : 58)

“Hai orang-orang yang beriman, bertawakkallah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang jujur.” (Al-Quran; At-Taubah: 119)

“Siapa saja yang dianugerahkan Allah sebagai pemimpin, tetapi dia tidak berbuat sesuatu untuk kebaikan umatnya (malah sebaliknya menipu dan menzalimi umatnya ), Allah akan mengharamkan surga untuknya.” (Hadith Riwayat : Bukhari)

"Orang yang paling sakit siksaan di hari kiamat adalah pemimpin yang zalim (curang).” (Hadith Riwayat : Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud). 

 “Sesudahku nanti akan ada pemimpin-pemimpin yang berdusta dan berbuat zalim, siapa yang membenarkan kedustaannya dan membantu kezalimannya, maka ia tidak termasuk golongan dari umatku dan aku juga tidak termasuk darinya dan ia tidak akan datang ketelaga (yang ada di surga).” (Hadith Riwayat : Nasa’i dari Ka’ab).

3. JUSTERU, Wahai Zahid Hamidi, kalaulah Rakyat (atau ahli UMNO sekalipun) harus terima pengataan anda, bahawa NAJIB RAZAK hendaklah diterima dan disokong semata-mata kerana "sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita (UMNO)", TANPA HAK untuk SOAL keBATHILan dan keZALIMan, maka adakah anda, ZAHID HAMIDI menidakkan peringatan ALLAH S.W.T. dan RASULNYA kepada umat Islam (sebahagian kecil daripada peringatan yang mana adalah seperti yang dipetik di atas) ?? !!!

4. Saya yakin anda, ZAHID HAMIDI, semestinya lebih arif daripada saya dalam soal hukum-hakam dan tuntutan agama, maka, INGATLAH:

ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

67 comments:

  1. cucu tok selampit30 November 2016 at 10:50

    HIDUP NAJIB, MATI UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu....tu sebab berbilion duit rakyat hilang pon tak kesah beb......sebab dah Allah menghendakkinya begitu kannnn.....jadi terima ajerlah takdir berbilion duit negara dah lesap.

      Allah jugak menghendaki dan mentakdirkan Firaun jadi Raja Mesir........tapi yg peliknya kenapa pulak Nabi Musa as. menentang Firaun.......dan Allah selamatkan Nabi Musa as. tapi Allah lemaskan Firaun dalam Laut Merah.......apa pasal jadi cam tu...??

      Allah jugak menghendaki dan mengizinkan takdir Namrud jadi Raja tapi kenapa Nabi Ibrahim as. menentang Namrud...?? Kemudian Allah swt hantar nyamuk kepada Namrud untuk hentikan kezalimannya.

      Allah jugak mengkehendaki kejadian babi dan anjing......tapi kenapa Allah bagi hukum babi dan anjing itu najis mughallazah.....dan org Islam dilarang makan babi dan anjing....jugak wajib disamak kalo tersentuh.

      Jadi jelaslah......Allah suruh manusia gunakan hukum yg ditetapkan Allah dan akal yg dibagi Allah utk bezakan yg mana benar dan yg mana batil.....mana yg halal dan mana yg haram.

      Itu sebab pada zaman Rasulullah saw tiap masalah guna timbang tara. Sebelum keputusan dibuat masalah tu akan disiasat dulu dgn teliti.......dipanggil saksi....dibicarakan....kemudian baru diputuskan oleh Rasulullah saw dgn adil ikut hukum Allah. Bukan berserah jer bulat2 pada takdir konon dah Allah nak jadikan macam tu....

      Jangan kita nak jadikan takdir Allah itu sebagai SEBAB......kerana Allah dah utuskan kita RasulNya....AlQuran....hukum-hakam, firman2 Allah swt....hadis2 Nabi saw dan AKAL yg ada upaya untuk berfikir dan tulang 4 kerat untuk USAHA.....bukan hidup dgn tak payah guna akal dan duduk meriba tangan jer....

      Delete
    2. Mana zahid baca ni dari rakyat utk pemimpin asyik hampa juga karang cerita ikut selera sudah sudah la bertaubat la sebelum terlambat.

      Delete
    3. Anon 8.00 hang peduli apa orang nak hantar komen ka dak. Org ada bagi susah kat hang ka? Ada perabih beraih hang ka? Atau ada perabih duit mokpok hang ka? Org punya suka nak komen apa. Yg hang dok susah tu pasai pa?

      Peduli apa Zahid baca atau dak. Kami nak bagi penjelasan kat org yg ada akai. Yg tak dak akai boleh blaaaah.

      Hang pi suruh orang yang curi duit tu tobat. Cerita ikut selera hotak hang. Org cakap pasai apa nak salahkan takdir? Bukan Allah suruh guna akai ka?

      Esok kalau rumah hang kena pecah perompak masuk hang jangan repot polis naaaa. Hang terimalah itu memang dah takdir hang.

      Kalau anak hang gagal SPM, tak dapat masuk U pun, hang terimalah memang Allah takdirkan anak hang bodoh.

      Tak payah pakai akai bro.
      Jadi lembu saja.

      Delete
  2. Dari cucu tok selampit

    Apabila Shamsher Singh Thind, wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng mengelarkan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Ayam pada Konvensyen DAP bertarikh 09/11/2016, masih belum kedengaran mana-mana pemimpin Parti Cap Bunga Raya yang kononnya cintakan Tun Dr Mahathir membela Mantan Perdana Menteri 22 tahun itu.

    Seburuk-buruk MIC dan MCA seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir ketika memuji DAP baik, belum pernah seorangpun pemimpin-pemimpin MIC, MCA mahupun UMNO yang mengelarkan Tun Dr Mahathir sebagai Bapa Ayam mahupun pelacur.

    Mana hero jaguh debat antara planet-planet galaksi, Syed Saddiq Palladium, mana jaguhan berkotak-kotak Ezam Mohd Noor, mana PERKASA, mana anak beliau sendiri yang kek hari jadi masih disuapkan oleh bapa beliau untuk keluar mempertahankan maruah Tun apabila dihina sebegini rupa. Dengan DAP, keseluruhan parti Cap Bunga Raya menikus dan telur tertelan masuk ke dalam kerandut!

    Nasib baiklah Tun Dr Mahathir tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan kerana Parti Cap Bunga Raya bukan parti komponen Pakatan Harapan, kata setiausaha organisasinya, Anthony Loke Siew Fook. Kalau tidak entah apa sumpah seranah dikeluarkan ke atas orang tua itu oleh perwakilan DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun heran bila Shamsher Singh Thind Mahathir sebagai Bapa Ayam
      Saya rasa smapai kini masih belum kedengaran mana-mana pemimpin Parti Bunga yang kehadapan untuk membela Mahathir.

      Harap ada dikalangan Parti Bunga seperti Mukhriz, anak Mahathir yang mana sepatutnya kena buat macam anak Tajudin yang mengamok kat Parlimen. Walaupun kena tangkap tapi dia dah tunjukkan sikap Anak Jantan. Tabik.....

      Apatah lagi DAP sekor ni, lagilah nak kena tunjuk Anak Jantan.

      Delete
    2. Kesian sungguh pada pecacai yang merayu rayu supaya Tun dibela apabila singh berkicau.

      Suka sungguh mereka apabila orang Islam difitnah, nak masuk lubang tanah dengan Singh tu kot..

      Delete
    3. Tun ada class, PPBM ada class, mereka tak perlu layan komen tahap form 3 macam si Singh tu buat. Pengikut2 Tun pun tak layan. Itu bezanya PPBM dengan umno. Malah ahli2 DAP pun tak layan si singh tu, sebab mereka cerdik, tahu isu sebegini tahap taik kucing jer, buang masa. Tak perlu bawa pengikut dan ahli keluarga mengamuk nak tumbuk orang tu orang ni, itu cara kutu kampung.

      Delete
    4. Ada beza anak jantan moden dgn anak jantan kampung. Ajak org bergaduh bkn kelibat anak jantan. Zaman skrg kita berdebat secara berhemah berasaskan fakta, secara ilmiah, itu baru anak jantan. Ano 11.01 mentaliti kau masih di kurun 15. Tak pa lah, itu hak kau.

      Delete
    5. Cucu. Tok Setan
      Adakah suara Singh ni mewakili suara DAp?...Tun pun tahu singh kawan umono ni lepaskan geram...Singh kaciwa tak dapat jadi pemimpin DAP...macai2 umuno

      Delete
  3. Kan Tun M dah nyatakan yg beliau tak kisah dgn gelaran yg diberi. Dari dulu lgi pelbagai gelaran diber terhadap beliau. Hakikatnya berjuta rakyat masih menghormati beliau. Semoga Allah merahmati Tun. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sapa sebenarnya nak hormat bapa pengkhianat bangsa melayu..memang patut pun bagi macam2 gelaran..

      Delete
    2. Anonymous 30 anda hanya melepaskan geram dan dendam yg menyelubongi jiwa anda terhadap TDM yg pastinya masih menjadi hero dan pemimpin sejati bagi rakyat Malaysia...

      Delete
    3. 16.38....tak sape nak hormatkan bapak penyamun. Mana perginya duit yg dirembat tu??

      Singapore dah jalan bicara kat court. Dah ada pengakuan org yg salah.....kat sini nape senyap bro??

      Delete
  4. Hahaha.... Tun cakap dalam hati dia. Bagilah aku gelaran apa pun, 22 tahun aku memerintah dan yang penting dari persepsi orang luar terhadap orang Malaysia tinggal atas pokok kepada antara yang dihormati dimata dunia.
    Rakyat bukan lembu belaan mereka ya. Di kedai kopi di kampung2 pun sudah sedar bahawa Umno sekarang 'membunuh' orang melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes and the Presidenthief M01 the other day passed a remark to look so 'tough?' ie " I make no apologies..."

      Out of the blue sky came something to stun the bugis-pirate's nuts and hey presto....Maria Chin had to be released!

      His days are numbered and that is a guarantee!

      Delete
    2. "Rakyat bukan lembu belaan mereka ya. Di kedai kopi di kampung2 pun sudah sedar bahawa Umno sekarang 'membunuh' orang melayu."
      Poorah ... piraah perasantan la awak ni, bajet 2017 memang banyak utk marhean di kg2 bro ... bro

      Delete
    3. Anon 12.45
      Sape lagi yang nak ngundi kalau tak orang kampung ye dok? Orang bandor sume udoh tau doh. Ada yang bace berita luor negeri, ramei yang bace berita orang putih. Deme tau le cerita sebenor.

      Tinggae orang kampung yang korang bebenor membaca. Reti baca utusan dan nengok tv3 je le......bukan reti benor nak baca orang putih. Tu pun bukan le semua ari2 bace suratkabor.

      Kome tau, mok, ayah dan opah aku kalau aku tak cerita yang sebenor manakan deme tau. Tapi mujor le sekarang ni deme doh paham.

      Delete
    4. Anon 12:45 .
      Pleaseeeeee... janganlah terloncat loncat dgn bajet 2017 tu .

      Baca dan perati betul2 bajet tu ...
      Total bajet angggaran 267 billion ringgit .
      Belanja mengurus 220 billion ringgit .
      Belanja pembangunan 47 billion ringgit .

      47 billion utk pembangunan ??? 1MDB hangus 50 billion pun habuk tarak !

      Teliti lagi bajet tu ... deficit lebih 40 billion .. makna nya wang utk pembangunan tidak ada , orang India bilang 'ilek ' .
      Apa Najib nak buat ?? Jual 'Bond' ? Tak ada manusia mahu belilah , nama Malaysia sudah hampeh .
      Tak caya ?? lihat saya index bursa , hari hari turun . Lihat saja ringgit , hari hari turun .
      Mengapa ?? Why ?? Sebab para pelabur 'buang' semua stock mereka .. those investors just do not have anymore trust in our system .!!!

      Delete
  5. Kesian zahid,
    Dia tahu kisah yang sebenar tentang najib.
    Dia tahu najib melesapkan duit 1mdb.
    Tetapi dia terpaksa menyembunyikan apa yang dia tahu semata-mata kerana tidak mahu dipecat seperti muhyidin dan hilang peluang untuk jadi pm.
    Zahid juga tahu apa yang ada dalam fikiran perwakilan tentang najib.
    Sekiranya isu 1mdb disentuh, maka umpama "percikkan api keatas petrol".
    Untuk itu dia terpaksa bercakap isu-isu lain hingga terpaksa merapu.
    Semua pemimpin umno sedar sokongan terhadap umno diakar umbi telah beralih arah. Umpama air laut, yang tenang diatas tapi deras dibawah.
    Pergilah kemana-mana tempat yang ada orang berkumpul dan jika berbual tentang politik, mesti keluar ungkapan negatif tentang najib. Semua tunggu pru14 untuk beralih arah.
    Malangnya semua pemimpin umno tidak berani menentang najib, malah mereka sanggup mempertaruhkan umno demi mempertahankan najib.
    Pemimpin umno terpaksa berbohong dan menipu diri sendiri yang umno masih ada sokongan dari ahli akar umbi pengundi.
    Media arus perdana dimanipulasi sepenuhnya untuk kawal keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joe

      The stinks goes all the way from Malaysia to North America!

      People are talking but nothing you can be proud of....Malaysia is leveled to a pile of shit....all because of the theft of this magnitude by one bugis-pirate and Zahid and the goons in UMNO especially Oxford educated KJ could not simply wrap their brain around this nuisance, period!

      Delete
    2. Nak kesian kat zahid tu buat apa?
      Dia belajar agama. Dia tahu hukum hakam tapi dia pula menyokong pemimpin yg mengamalkan rasuah.

      Zahid ni penipu besar. Agama hanya pakaian saja bagi dia.

      Dia pun makan dedak jugak.

      Nak percaya ker lagi kpd orang mcm zahid komedi ni?

      Masih kah kita nak sandarkan harapan kpd pemimpin semacam ini.???

      Delete
  6. Zahid, zahid..memang le semua Allah takdirkan, tapi kalo pemimpin dah tak amanah dan tak ikut quran..kenalah bertindak..bila hal rohingya tau plak ko nak berdemo..kan itu juga Allah takdirkan..kata ngaji skolah agama, lemahnya pengetahuan ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iman tak boleh dibeli
      ngaji sekolqh agama ka
      anak tok imam ka
      iman adalah tggjawab diri sendiri
      dah zahid pilih sokong najib
      terimalah balasan dunia dn akhiratak perlu kesian pun

      Delete
    2. hina sungguh penjilat2 dapigs..

      Delete
    3. Kerana dedak tuhan pun sanggup si zahid ni tipu.

      Delete
  7. Ingat perkara ni. Bukan semua yg Allah izinkan bersama keredhoanNYA. Jgn semuanya diletakkan atas takdir. Kita tak tahu apa yg akan berlaku. Yg pasti kita wajib menentang kebatilan. Akal adalah anugerah Allah yg sgt hebat. Gagal membezakan hak dan batil itu bodoh namanya. Menyokong kebatilan pulak menempah tempat di neraka.

    ReplyDelete
  8. musim bodek...tak kan tak paham.

    ReplyDelete
  9. Sejarah politik org seperti ini penuh dengan sifat bermuka-muka. Siapa yg kenal lama dengan dia ini tahu Pendirian Politik dia bagaikan lalang mudah ditiup ke sana ke mari untuk kuasa politik. Cara perjuangan dalam dirinya hanya menanam tebu di bibir. Kalau dia ingin sesuatu dari sekian org, dia angkat menjulang org itu utk kepentingan dirinya.

    Bila dia senang dia gigit balik. Segala budi baik dibalas dengan tuba.Semasa Najib pertama kali memegang jawatan Menteri Pertahanan pada awal tahun 90an, Dia ini adalah Setiausaha Politik Najib. Dia punyai hubungan baik dengan Rosmah dan ini satu kelebihan utama pada dirinya. Tapi Najib tahu dia ini sebenarnya siapa...

    Politik ini cuma mementaskan drama, ahli politik ini ramai yg cuma pelakon saja. Tidak selari mulut dan hati. Penonton yg gembiira cuma yang kaya, yg miskin kehidupan yg sepit menjadi kehidupan seharian adalah drama berat.

    ReplyDelete
  10. ‘Super Ego’ Sudah Lupa Dua Jasa Besar Keluarga Najib

    Penulis pernah menulis perihal peristiwa ini satu masa dahulu ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang menyelamatkan nyawa politik Tun Dr Mahathir Mohamad apabila nyaris tersingkir dari kerusi Presiden UMNO di tangan Tengku Razaleigh Hamzah.

    Cuma pada kali ini ada sesuatu yang lebih menarik apabila bukannya Najib sahaja yang menyelamatkan Dr Mahathir tetapi bapanya juga iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ke-2 negara ini.

    Semalam dalam satu program khas ‘Soal Jawab’ bersama Najib yang kini menjadi Perdana Menteri, beliau berkata Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang mempunyai ‘super ego’ yang besar. Menurutnya, jika bekas Perdana Menteri itu bertarung, dia akan sentiasa mahukan kemenangan dan tidak boleh kalah.

    “Kalau dia bertarung, dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya, dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya,” kata Najib dalam progam itu yang disiarkan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016.

    Dr Mahathir bukan hanya ‘super ego’ malahan lupa daratan apabila tidak ingat langsung akan jasa bapa Najib dan Najib sendiri dalam memastikan roh politik Dr Mahathir terus hidup sehingga ke hari ini.

    Kejadian pada malam 23 April 1987, satu perhimpunan diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur yang merupakan antara hotel terawal di Kuala Lumpur.

    Ketika itu suasana amat genting dan tegang perebutan jawatan Presiden antara Tengku Razaleigh atau Ku Li dan Dr Mahathir. Hilton adalah markas Dr Mahathir dan Hotel Regent di Jalan Imbi adalah markas Ku Li.

    PAU dan pemilihan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada keesokan hari. Ketika itu dikatakan Dr Mahathir hampir nyawa-nyawa ikan mahu tewas.

    Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya.

    Ketika itu, Najib sanggup hadir atas permintaan Dr Mahathir untuk menyokong beliau dan akhirnya Dr Mahathir berjaya menang pemilihan Presiden dengan jarak yang amat nipis sebanyak 43 undi iaitu 761 berbanding 718.

    Dalam cerita melibatkan Tun Razak pula, Dr Mahathir dibenarkan masuk kembali ke dalam UMNO oleh Tun Razak selepas dipecat dan dilantik sebagai Menteri penuh dan Dr Mahathir digambarkan sebagai seorang ‘anak emas’ Tun.

    Banyak pihak kini menganggap ia adalah satu kesilapan untuk membawa masuk Dr Mahathir semula ke dalam UMNO pada tahun 1971 selepas dipecat dulu.

    Mengapa Dr Mahathir enggan menubuhkan parti PPBM pada masa itu dan mengharapkan sokongan?

    Kerana beliau tahu pada masa itu, beliau tidak akan berjaya tanpa sokongan ahli-ahli UMNO.

    Betapa beliau lupa jasa Najib dan bapanya sehingga tergamak Dr Mahathir mencipta dakwaan tidak berasas untuk menjatuhkan Najib biarpun beliau sudah sepatutnya puas menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hasil kejayaan sokongan oleh Tun Razak dan Najib.

    Dakwaan Najib memang tepat bahawa Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang ‘super ego’. Jasa orang lain yang menyelamatkan dirinya, mudah sahaja dicampak ke tepi dengan sia-sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat2 yakin dan pasti...
      Penulis cerpen panjang ini adalah
      Si keruak tu....
      Macam ku kenal je....

      Delete
    2. SIALLL punya keruak

      Delete
    3. Keruak punya SIALLL !!!

      Delete
    4. keruak sial punya

      Delete
    5. yang sial puak2 tajaan yahudi soros dan laknat dapigs..

      Delete
    6. Pergi mamposlah kau keruak

      Delete
    7. korang kata sialan tu sebab yg diperkatakan keruak tu benar2 belaka ... bro .. bro

      Delete
    8. Anon 13.32
      Tolong jawab di mana duit rakyat yg dilesapkan tu??

      Jangan heboh cakap pasal Mahathirlah. Cakap pasal duit hak rakyat tu dulu. Cakap pasal hal pecah amanah dulu.

      Bukan sikit2 tapi berbilion-bilion duit rakyat hilang lesap dirompak.

      Negara2 lain duk heboh jalankan siasatan, prosiding mahkamah tapi kita di sini senyap sunyi. Tanya pun tak boleh.

      Apa hal nak sibuk cakap hal Mahathir, pasal PPBM? Lagi baik cakap hal tanggungjawab, amanah atas duit rakyat, duit negara tu dulu !!

      Delete
    9. Tun razak pilih Mahadir kerana kebolehan mahadir yg dapat dihidu oleh Tun razak...Tun razak tak pernah pesan jangan tangkap anak dia kalau merompak

      Delete
    10. Apa kurangnya dgn Mahathir ??

      Zahid Komedi bersekongkol dgn Anwar pun Mahathir jawatan menteri .

      Pak Lah kaki tidor bersekongkol dgn Ku Li dan Musa Hitam pun Mahathir bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterunya kerusi PM .

      Delete
  11. Apa pula main nama Allah nii. UMNO tak ada org lain kah? Jib dah kantoi satu dunia...takkan nak logik Allah pilih, maka Allah kantoi. Hello Melayu UMNo, yime to smell the kopi.

    ReplyDelete
  12. As long as there are still so many of such person in this country, there will be no change in Malaysia. Hence, this country shall only get worse from where it is now. And only when we have hit bottom leading to the presence of very few of such persons around, a new Malaysia will emerge. But for now it sadly appears that that political party and the country as a whole is not yet deserving of a different set of leaders - the ones whose words, deeds and intention revolve upon making Malaysia truly the land with limitless blessing from Allah swt.

    ReplyDelete
  13. 1st thing is we need to be specific. Identify the cause and everyone needs to shout shit is shit. The least we can do, then remove the shit, Not just by sitting and do nothing.

    ReplyDelete
  14. Bak kata org N9.....
    Kok DAH BANGANG tu TOTAP BANGANG. Bilo bab jibon ni takdir sajo,kono terimo.

    KEPALO AYAH KAU NGAJAR....DASAR PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abih tu cam mano, dah tak do hujah laie. Tak yo ea yang itu yo yang bolom cakap laie kan. Jadi cakap yolah.

      Sok kalau sakit, tak payah poie sepital do. Duk rumah, terimo yo takdir Allah.

      Ha cam tulah orang yang bijak pandai ngajar kito. Elokla tu. Jangan lupo yo koba-an kek bebudak kito sumo ni fatwa baru ni.

      Delete
  15. Lagi nak cakap pasal apa tak kan nak cakap jangan rasuah menyamun menipu tangan org umno penuh dengan kerja2 tersebut nak cakap pasal agama akhlak org umno penuh dgn samseng tumbuk zunar di penang anak org umno gaduh diparlimen muka tak malu pemimpin umno pakai baju merah jadi samseng buat gaduh makan duit haram jadi bercakap dgn org2 yg tidak berakhlak maka itulah dia org2 umno nilailah mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu maknanya makin sempit politik org umno
      tak lama lagi bukak isu perkauman la ketuanan la
      jasa2 tun razak la
      (kaitan dgn genting tak sentuh pun)

      Delete
  16. Tiada perkataan baik untuk bajib semah bn umno..jahanam dan hancurlah hendaknya..
    Gemilang..pakatan harapan...

    Rakyat mesti terus desak dan provok...umno bn...

    KERIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggulah pru14..sapa yang hancur..yang kuat fitnah..kuat boho nag..tali barut yahudi..dapigs..pengkhianat bangsa melayu..terimalah kehancuran..

      Delete
    2. Hello bro 16.57 yg Singapore arah 2 bank BSI ditutup tu fitnah ke??

      Yg dia org tangkap org yg terlibat dgn pengendalian duit haram 1mdb tu kemudian bicara dalam mahkamah tu fitnah ke??

      Dalam prosiding mahkamah Singapore tu org yg terlibat bagi tau hakim dia orang terima upah bermilion2 untuk buat kerja kotor tu pun fitnah juga ke?

      Yg org bersalah tu kena masuk jel 18 bulan tu fitnah juga ke bro.

      Lu pegi baca berita suratkabar Singapore la baru lu tau yg sebenar bro.

      Tapi lu kena faham Englishlah bro. Kalau tak lu kena bukalah kamus bro.

      Delete
  17. Speech Only meant for the Dumbos in UMNO......
    Those with even an ounce of brain should ignore this desperado

    ReplyDelete
  18. Kelebihan UMNO utk PRU 14.
    -Pemimpin hilang kewibawaan dlm mengenalpasti 'United Malay National Organization atau United Mohd Najib Organization'
    -Ahli@akar umbi diumpamakan oleh pimpinan 'Seperti katak dibawah cawan kristal'.
    Umno x perlu gusar akn sokongan AHLI kpd pimpinan yg ada,mereka pasti akn memberi sokongan yg padu,cubalah Tanya ahli umno yg diperingkat bawahan pastinya mereka mendambakan pemimpin seperti Dato Jamal,ahmad maslan,tajudin pasir salak,hishamuddin tun Hussin,hassan malek,shabery cik,isa samad,kak ijat dll.
    Apa lah sangat dato seri Shafie tu..
    Muhyiden,tun m,dato mukriz x de pengaruh pun.
    Pemimpin umno mesti truskan 'melungkupkan cawan kristal kpd ahli umno' kerana ahli umno mmg sekadar suka melihat saja kejadian diluar 'cawan kristal'..
    Selamat maju Jaya umno.

    ReplyDelete
  19. Apa Sudah Jadi?! Sepatutnya Najib dah bukan PM lagi! Kan ke surat deklarasi cacat akal 1.4 juta dah di hantar kepada agong? Kenapa rakyat tak percaya ni?

    Kan ke Tun Mamak dah anjurkan Bersih 5 dengan bantuan Soros! Kenapa taka de 1.4 juta orang kat Bersih 5? (tak sampai 10% 1.4 juta pun. Apa sudah jadi? Kenapa Najib masih PM? Bila Najib nak kena tangkap? Kan ke Singapura dah buat siasatan 1MDB? Tapi tak pulak singapura sebut nama Najib dalam kes mahkamah tu.Cuma blaci balaci kat Mlaysia macam Budin aja yang nak kaitkan kes tu dengan Najib. Kenapa ya? Kenapa Claire Rewcastle pulak yang takut pergi ke singapura?

    Dan soalan cepu mas ialah bila DOJ nak tangkap Najib ni? Tun Mamak kata Najib kalau pergi Amerika mesti kena tangkap! Tak kena tangkap pun! Cuma balaci balaci dan Zombie saja yang percayakan Tun Mamak. Kah Kah Kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doj dan FBI ada procedure dia....bukan main carca marba macam negara dunia ketiga. Kerja mereka ada kualiti. Lagi pun banyak negara terlibat. Kau katak, tak faham cara org tahap world class buat kerja. Kau baca kes RICO ketua mafia teflon don baru kau faham. Itu pun kalau kau tau baca omputih.

      Delete
    2. Pemilik nama khalid samad samada bengong ato buat2 bengong untuk menafikan najib terlibat dengan rompakan 1mdb....kerana mahkamah singapura tidak sebut nama najib jadi najib tidak merompak....kalau khalid samad bebal merompak di JB adakah mahkamah singapura akan sebut nama khalid?....khalid tak tahu perkembangan politik sabah...pengaruh shafei menjadikan Umuno ato Untuk melayu No Otak haru biru....kerana kuat sokongan kpd najib 295000 melayu merah tak muncul di Padang Merbok semasa demo anti bersih..hehehe..khalid kebengongan..cian nye

      Delete
    3. Hei khalid somad...singapore siasat rompakan 1mdb ato penggubahan wang haram hasil rompakan 1mdb?...ape beza siasat penggubahan wang haram 1mdb dengan siasat rompakan 1mdb?...biasanye bila tanye soalan macai2 bebal takut nak jawap...yg bebal memang tak boleh jawap...kokok jer lebih..hehehe

      Delete
    4. Khalid Samad yang ini masih hidup dalam zaman Lanun purba. Apa yang ketua Lanun ckp ke.a ikut.

      Delete
    5. Soalan cepu mas sebiji soalan bangang....saman civil sebagai permulaan jer.

      The fatboy Jho lo has filed defence meaning there will be spilling the beans, no, err spilling some shits to begin with.

      Do you think for a moment DOJ releasing conversation transcript between M01 & the Fatboy is just for the sake of it?

      You don't think fatboy is also trying to cut deals either way....?

      Bugis-Pirate is just a chicken-shit in animal farm dude...he will get roasted, eventually!

      You anak si Samdol aka Samad pun just a fake id perhaps...can gloat all you like but Najib is being slow-boiled like a frog thrown into a slow-boil pot.

      Itu sebab si mangkuk ksamad ni 3B-B-S ie BangangBebalBingai-Bodoh-Sombong.....kamu ingat Najib akan terus jadi PM sampai kiamat ke bongok?

      Delete
  20. Bila sebut taqdir kita tidak boleh lagi pertikai ketentuan tuhan...tapi dosa pahala syurga neraka dan perbicaraan di masyhar menentukan buruk baik dan ketaatan seseorang kpd tuhannye...manusia dituntut berbuat baik dan memilih yg baik...yg membelit dengan alasan taqdir untuk melindungi yg jahat dan mungkar adalah pendusta yg dibenci tuhan.....

    ReplyDelete
  21. Astaga Jahid komedi...kamu sekolah ugama tapi jahil jugak bab qadha dan qadar tuhan....manusia yg dipilih tuhan bukan mesti terlepas dari dosa bila buat yg mungkar.....semua yg berlaku mengikut ketentuan dan kehendak ilahi...tetapi manusia diberikan kuasa memilih antara jahat dan baik melalui kurnian otak...jadi manusia dipertanggongjawabkan keatas setiap perbuatannye yg akan diadili dan dihisab di masyar....orang gila saje terlepas dari dosa perbuatan jahat....jahid komedi kena belajar semula bab taqdir tuhan...

    ReplyDelete
  22. Disini ramai yang memberi komen samaada pro atau kontra. Tetapi di blog-blog yang kuat menyokong Najib langsung tak benarkan komen.
    Apakah petandanya ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua2 kaum aristokrat kaya raya UMNO gemar hidup dalam alam pura2 nereka. Cai Lanun mereka diupah dedak utk sanggah dan ugut rakyat yg tak mau tgk sandiwara purbakala. Mereka masih tinggal dizaman tmadun Jahiliah.

      Delete
  23. Dia lupa baca terjemahan surah asSyam ayat 9-10..

    ReplyDelete
  24. Dulu pun sblum manusia dicipta ada kes camni. Dulu ada org yg lagi baik dari najib. Lagi alim.. Lagi amanah.. Lagi hebat taqwanya.. Yg Allah angkat beliau jadi pemimpin.. Iaitu azazel.. Beliau diangkat jadi pemimpin kaumnya.. Diangkat pula naik ke langit sbagi ganjaran amal.. Sehingga jauh diatas langit.. Tetapi takkala beliau tidak ikut apa yg Allah kehendaki, beliau dilaknat Allah atas pilihan beliau yg salah.. Dan beliau dinamakan 'iblis yg dilaknat'.

    Bukan soal Allah pilih sbg pemimpin.. Tapi soal kepatuhan pada kehendak Allah.. Beza adam dgn iblis adalah mengaku salah..

    ReplyDelete
  25. That guy the DPM mentioned such since when his time come to be the country's Crime (instead of Prime) Minister, what the current Crime Minister has done to country by embezzling billions of 1MDB funds and subverting the government's instruments of power such as the MAAC and the Attorney General Office shall then be his practices too!

    These people are so predictable.

    ReplyDelete