Thursday, 17 November 2016

TIDAK SETUJU DENGAN ZAHID HAMIDI, HANYA BAJU MERAH YANG MESTI DIARAH BATALKAN PERHIMPUNAN


Setelah Najib Razak melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya pertembungan fizikal antara kumpulan baju kuning dengan baju merah pada Sabtu ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah amaran terakhir agar kedua-dua pihak membatalkan perhimpunan yang dirancang itu.

Zahid berkata, membatalkan kedua-dua perhimpunan adalah penyelesaian terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan, sambil memberi amaran kepada penganjur bahawa tidak akan ada kompromi sekiranya mereka meneruskan perhimpunan tersebut.

"Tindakan akan diambil terhadap kedua-dua kumpulan, sama ada baju merah atau baju kuning. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, kedua-duanya perlu membatalkan perhimpunan.

"Jika tidak ada perhimpunan baju kuning, maka tidak akan ada juga bantahan balas daripada baju merah," tegas Zahid lagi.

Bukan saja saya, bahkan tentu juga ramai yang tidak setuju dengan pendirian Zahid ini. Zahid seharusnya melihat isu perhimpunan 19 November itu daripada awal lagi dengan pertimbangan yang adil dan saksama, bukan semudah itu memberi amaran kepada kedua-dua belah pihak.

Idea mengadakan perhimpunan pada 19 November ini adalah idea Bersih 2.0 dan mereka sudah pun mengadakan empat perhimpunan sebelum ini.

Tarikh yang dipilih juga sudah diputuskan lama sebelum ini. Permohonan kepada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman juga sudah dibuat.
Sebaliknya Baju Merah hanya muncul selepas penetapan tarikh perhimpunan dibuat dan ia semata-mata bertujuan untuk melakukan tindakan balas terhadap apa yang dilakukan oleh Bersih. 

Jelas di sini bahawa baju merah berniat jahat dan bertujuan melakukan gangguan. Dalam beberapa program jelajah anuran Bersih juga, niat dan perlakuan baju merah itu lebih jelas lagi di mana mereka bukan saja melakukan gangguan secara terbuka, bahkan menunjuk-nunjuk aksi ganas dan kebal dipukul yang seolah-olah memang untuk "cari gaduh"  matlamatnya.

Jika baju kuning ingin mengadakan perhimpunan, adalah tugas polis menjaga keselamatan serta memastikan agar undang-undang berkaitan sentiasa dipatuhi. Mereka hanya ingin mengadakan perhimpunan aman serta bertujuan meluahkan perasaan terhadap beberapa isu berkaitan kerajaan serta negara dan perkara itu bukan saja dibenarkan oleh undang-undang, bahkan merupakan acara normal bagi rakyat di seluruh dunia.

Tetapi apa tujuan baju merah berhimpun?

Mereka hanya ingin menunjukkan tindakan balas, mengampu Perdana Menteri dan mungkin juga disebabkan ada sedikit-sebanyak dedak yang diterima.

Maka, dalam hal ini yang perlu diminta  untuk membatalkan perhimpunan ialah baju merah saja, sebaliknya biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman dan dengan pengawasan oleh pihak polis.

Sudah pasti, sebagaimana perhimpunan anjuran Bersih sebelum ini, oleh kerana tiada gangguan dan provokasi oleh pihak-pihak luar, maka ia telah berjalan dengan aman  dan tenteram. 

Mungkin yang menjadi masalah di sini dan sering dijadikan alasan ialah kerana tiadanya kebenaran daripada DBKL untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk Bersih 2.0 mengadakan perhimpunannya.

Sebagaimana biasa, alasan yang sering dipakai juga ialah kenapa tidak Bersih mengadakan perhimpunan di stadium atau tempat yang tertutup?

Dalam hal ini, penganjur sudah pun memohon untuk menggunakan Dataran Merdeka dan setelah ia ditolak, mereka kemudian memaklumkan hanya akan berada di jalan-jalan sekitarnya sahaja. Kawasan Dataran Merdeka tidak diganggu sama sekali.

Di mana-mana dunia sekalipun, perhimpunan aman dan meluahkan  perasaan biasanya memang diadakan di jalan-jalan raya dan tempat terbuka supaya ia lebih didengari oleh rakyat jelata dan bertujuan supaya pemimpin yang disasarkan lebih terasa kesannya.

Lagi pun stadium amat terhad bilangan yang boleh menyertainya dan ia lebih sesuai untuk perlawanan bola dan konsert yang memerlukan tiket untuk memasukinya. Di seluruh dunia, begitulah lumrahnya, perhimpunan rakyat tempatnya adalah jalanraya.

Jika perhimpunan aman menentang Malayan Union dahulu hanya diadakan di stadium dan bukan di jalanraya, apakah UMNO mampu wujud di dunia ini?

Oleh yang demikian, Zahid dan pihak polis harus menyedari bahawa perhimpunan awam secara aman memang tempatnya di jalanraya, bukan di stadium.

Tugas menjaga keselamatan adalah tanggungjawab pihak polis. Menghalang pihak lain iaitu baju merah daripada turut mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama atau bertembung dengan tarikh yang telah dipilih oleh Bersih adalah sebahagian usaha menjaga keselamatan yang menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menjaganya.

Tanpa baju merah, baju kuning akan berhimpun dengan aman dan lancar. Sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pasukan polis, Zahid seharusnya  memahami punca permasalahan dan cara mengatasinya.

Punca masalah adalah baju merah, bukan baju kuning. Kenapa mesti kedua-duanya diberi amaran agar membatalkannya?

Biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman pada 19 November ini dan Zahid sewajibnya mengeluarkan larangan kepada baju merah daripada turut sama mahu berhimpun pada tarikh tersebut. 

Mereka berhimpun hanya untuk melakukan gangguan, kekerasan dan menunjukkan kesamsengan semata-mata. Amaran Jamal bahawa peserta baju merah dalam keadaan "lapar" pada Sabtu ini dan tidak dapat menjamin tiadanya kejadian tidak diingini daripada mungkin berlaku menjelaskan lagi niat buruk mereka.

Baju merah sepatutnya diberi tarikh lain untuk mengadakan perhimpunan atau jika mereka mahu mengadakannya pada 19 November juga, ia mestilah di tempat yang jauh dengan baju kuning. Jika mereka berhimpun pada tarikh lain, katalah seminggu atau sebulan selepas tarikh perhimpunan Bersih 5 atau di tempat yang lain, sudah pasti tiada sesiapa akan melakukan gangguan.

Kenapa susah sangat Zahid memberi amaran atau arahan sedemikian? (SH 17/11/2016).

54 comments:

  1. tolong toleh kebelakang..sudah 4 demo haram..apa yang kesudahan akhirnya..aman ke kalau pijak gambar pemimpin..pecah kereta polis..rosak kemudahan awam..jangan mengarut lah..aman konon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 20:10
      Perrrrgh....... Mabok dedak ke

      Delete
    2. Pak jamal detected..

      Delete
    3. Ajak budak mabuk ni join "https://invokemalaysia.org/volunteer/"

      Baguih gak.

      Delete
    4. 20.10 si anon ni sengal kot. Kau cubalah topup talipon kau tu dan nengok pc kuning dan merah. Aku pun tak sokong sangat demo ni. Tapi kalau dah terpaksa sangat aku ikut kuninglah. Cakap pun beradap taklah merapu. Merah ni kalau bukan jamal, boleh jugak aku consider. Tapi pasai jamal tongkol bangang ni ..naik muntah aku tengok muka dia.

      Delete
    5. Tengok dlm gambar di atas tu. Shima bapok pun adaa

      Delete
    6. Baju merah sepatutnya bersama-sama bergabung dengan Baju kuning untuk berhimpun menjatuhkan MO1

      Delete
    7. Kalo bersih 5 hari sabtu..keluarkan arahan baju merah hari ahad...perkara mudah..tapi pemimpin otak bengap..bertujuan untuk menghalang baju kuning secara halus..

      Delete
    8. Sy akan ke Bersih 5 esok, Insya Allah, kerana Sy seorang patriot. Anda bagaimana?

      Delete
    9. Anon 20 : 10
      Lu baru balik goyang ke ?
      Stim ubat goyang tak ilang lagi kut
      Dah ilang stim nanti
      Lu bukak kamus MALAYSIA
      Naper Ada nya demo berturut turut
      Buku sheakepear Bab 20 Jilid 16
      Perengan 19 : 11

      Delete
  2. Saya tak pandai cerita panjang cuma yg saya lihat dapat rasa UMNO dan kerajaan hari ini dah rosak punca kepimpinan berakhlak korup dan barisan pelapis dan pemimpin kanan lain adalah lemah,masalah ,tiada bijaksana dan mendewakan kebendaan.rakyat orang melayu wajib sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please don't be offended. It doesn't take one to have any education at all to know that when a sitting PM aka Pirate-Bugis lied before being caught with his pants down money indeed found in his PRIVATE BANK ACCOUNT......outright LIAR!

      Second, 42 cool million RM from SRC International, not daylight ROBBERY then what?

      Three, then the whole bunch of THIEFS including OXFORD grad KJ can be so dumb defending the plunder and abuse by the No. 1 MO1 bloody Mother-of-All-Thieves....small wonder the 100 Million KBS (KJ's Ministry) corruption case has gone 'DEAFENING' SILENT!

      Four and hundreds of other BLUNDERS by this KLEPTOCRATIC Government, the reason to bring them down is more URGENT than ever!

      UMNO is DEAD in the SHIT-PILE, period!

      Delete
  3. Bagus sgt ke perangai pemimpin tu?

    ReplyDelete
  4. Anon 20.10,
    Ya itu dulu waktu reformasi dan puak PAS yang mengila dgn demo tak nafi byk haru biru..tapi sebagai pemerintah wajib sedar bila rakyat yg celik dari ditipu dah tak ada tempat nak meluahkan rasa tak puas hati jadi ini la tempatnya..semua saloran tidak boleh lagi diguna kalau kita buat aduan dah kena siasat lepas tu OSA tak akan diam saja sampai najib pelingkup habis.Paling tak puas hati sepatutnya Najib biar siasatan tulus dijalankan keatasnya dan 1MDB dia jgn masuk campur..bila terbukti bersih ok kita terima ini dak ganggu siasatan pecat AG dll..nampak tak betul dan jahat ini yg buat rakyat byk benci dgn najib tapi tiada tempat kita tuntut keadilan..jadi tunggu negara terlingkup guna otak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haru biru masa Bersih 4 siapa buat hal dol?

      Delete
    2. Siapa lagi kalau tak mangkok jamal dengan baju merah samseng..itu pun bodoh ka

      Delete
    3. KJ ada sebut Najib berkecuali sementara siasatan 1MDB, SRC dll berjalan....sekarang anda lihat gelagat KJ bagaimana?

      Delete
  5. Suruh aje kumpulan baju merah buat perhimpunan seminggu awal atau seminggu lewat.

    Tak usah bertembung.

    Kalau batalkan baju kuning bermakna Zahid memehak kumpulan baju merah sebab itulah tujuan sebenar kumpulan itu. Dan mungkin arahan pihak atasan utk jadi penyebab.

    ReplyDelete
  6. Jamal Janji 'Habuan Besar' Untuk Pengikutnya Jika Dicekup Polis?


    Hanya tiga hari menjelang demonstrasi jalanan pada 19 November ini, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan habuan 'besar' kepada ahli kumpulan Baju Merah yang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan itu.

    Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu berkata, ganjaran itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat turun padang pada Sabtu ini.

    "Ia juga sebagai simbol pengorbanan mereka dan menghargai perjuangan ahli kumpulan Baju Merah," katanya.

    Jamal juga mengakui persiapan telah dilakukan dan jentera Baju Merah sudah bersedia untuk berdepan kumpulan Bersih.

    "Kami telah menggerakkan jentera di seluruh negara yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum termasuk anak muda, belia dan profesional," katanya.

    Dianggarkan 300,000 penyokong Baju Merah akan hadir bagi menentang dan menyekat pergerakan Bersih 5.

    "Kalau nak tahu dimana kami akan berkumpul, tanya kumpulan Bersih dimana mereka berkumpul, kerana gerakan Baju Merah akan berada di setiap lokasi di mana Bersih berada," katanya.

    Sebanyak 38 peguam akan ditempatkan di setiap lokasi kumpulan Bersih sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Perutusan Khas Menjelang Himpunan Gergasi Merah menentang Bersih 5 di sini, pada Rabu.

    Selain itu Jamal turut menyatakan hasratnya untuk bertembung dengan beberapa pemimpin pembangkang lain seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Lim Kit Siang, Muhammad Sabu, Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    "Saya ingin bersalaman dengan Tun Mahathir," katanya.

    Beliau juga menghormati nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tidak meneruskan perhimpunan itu namun tetap dengan pendirian kumpulan itu untuk meneruskan perjuangan lapor

    Ready n steady geng kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. kutty tak join bersih..ia pigi obesi..hehehe.

      Delete
    2. Ketawa pun mcm monyet...cermin2lah muka ko tu dulu sebelum nak ketawa kat orang. Tengok muka ko tu rata ke tidak

      Delete
    3. "Habuan besar" tu sponsor dari siapa?

      Delete
    4. Bro 21:54

      Monyet pun ciptaan Allah, apa bentuk sekali pun biar lah.

      Apa kata macam MANGKUK....errr MANGKUK JAMBAN....ahhhh itu lah dia yang sengih macam MANGKUK JAMBAN...kan melengkung!

      Delete
  7. Baju merah tu apa benda kalau bukan t shirt merah biasa je? Lain daripada Bersih, baju merah bukan persatuan yang telah didaftar dalam buku ros.

    Pada aku baju merah lebih teruk daripada mat rempit. Mat rempit, walaupun bukan persatuan yang terdaftar dalam buku ros, sekurang-kurangnya mereka tidak sengaja-sengaja cari gaduh melalui provokasi macam baju merah.

    Memang komedi lah zahid apabila meletak baju merah sama taraf dengan Bersih. Walhal kita tahu baju merah tu bukan persatuan, tetapi jelas tanpa suluhan lagi, samseng-samseng yang diupah oleh UMNO untuk mencari gaduh dengan Bersih. Lagi komedi lah dia nak tengok masalah ini dalam kerangka governance yang betul kalau dia sendiri pun ada kes pukul yang telah setel di luar. Dia dah hilang dia punya martabat sebagai seorang yang berakhlak sebelum dia jadi dpm lagi. Hakikatnya, hanya UMNO sahaja yang selesa duduk di bawah ketiak kaki-kaki pukul.

    Beginilah, x kira siapa: kalau kuning, merah atau mat rempit melakukan jenayah/melanggar undang-undang tangkap lah mereka.

    ReplyDelete
  8. Ini la standard menteri2 yg ada.
    Sepatutnya menteri2 ni lihat siapa yg jd samseng dan pengacau.
    Lihatlah tingkah laku si Jamal kontol yg samseng dgn mengganggu majlis2 org. Samseng dibiarkan
    Pengacau majlis org dibiarkan
    Mana mata kamu .
    Apa...kamu pun masih nak samseng lagi ka.
    Sudah2 la pak menteti woii..
    Ape cerita kes kau pukul budak itu hari??
    Patutpun dibiarkan budak2nya jd samseng sana sini..rupanya pak menterinya pong ada pengslsman samsrng jugak..
    He5
    2 x 5 ripanya.

    ReplyDelete
  9. Kuning berjuang untuk membersihkan pilihan raya. Baju merah yang menentangnya tentulah berjuang untuk pilihan raya yang kotor. Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka merah bersetuju dengan tuduhan baju kuning bahawa Kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya.

    Melalui ugutan tunjuk perasaan baju merah sudah secara tidak langsung mengambil alih kuasa Kerajaan. Saya ucap tahniah kepada Jamal kerana sudah jadi de facto PM Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Sokong hujah budin. Alasan yang diberikan mereka serta pihak mereka dangkal.

    ReplyDelete
  11. cina boleh berdemo sbb cina berdemo secara aman dan makmog. walau depa dpt biaya dari yahudi,walau depa dpt biaya dari adek beradek depa singapork.walau
    terang-terang nak derhaka pada dymm dan kerajaan malaisa,dan bersikap biadap.
    sbb cina bkn rasis tapi komeneh.

    mlayu saja yg tak boleh nak angkat palak kalu jalan pon kena gostan.
    kerajaan umno mmg menjaga mlayu saja cina kerajaan tidak jaga.
    mlayu kalu beckp kurang ajar polis tangkap boh dlm jel.
    kalu cina kurang ajar pon tak salah sbb cina tak pelasan, suroh minta maap saja.selesai dgn baek.
    antara baju kuning dan baju merah..
    baju kuning baik, baju merah jahat.
    patut tak patut hangpa buat le apa yg patut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang buat cerita lama yang kaki rasuah umngok dok cerita untuk tipu mealyu macam hang ...boleh pi melingkup pasai dok tidok memanjang

      Delete
  12. 23:02, skrg sudah spai masa bersih tak boleh terus ajenda 5 dan seterusnya sbb alasan perhimpunan haram, 10 tahun boleh sbb Amerika boleh kacau sbb Soros boleh cucuk jarum, skrg rasanya Amerika tak kacau sbb Trump tak sebulu dgn Soros dan harap Trump boleh tahan spai 2 penggal. Dgn itu perhimpunan yg dianggap haram akan kena tindakan tegas tangkap dan masuk balai, ikat jamin boleh balik, lagi sekali kena tangkap akan dijelkan beberapa bln atau tahun. Kalau mahu punya rekod tak baik boleh teruskan cuma mungkin susah sikit sbb sykt siasat latar blkg. Jadi fikir2kan tak paksa tak tahan berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahkamah kata tak haram.
      Permohonan peniaga di tolak oleh hakim.

      Delete
    2. najib suroh lihat arab spring. satu pemulaan untok sabuah kehancuran..

      arab spring contoh yg jauh..
      memali contoh yg dekat dan lekat d hati mlayu.
      ini yg d kata kuman seberang laut nampak jelas,gajah depan mata bwat tak nampak..
      memali jaman tun m.
      kalu tun m masih lg jd pm malaisa tentu beliau lebih tahu apa yg patut d lakukan.
      mlayu memali tak bwat demo pon gomen kata penganas.sbb amno lihat mlayu bangsa bangsat, tidak mahu pake bangsa mlayu.sbb bangsa mlayu tak boleh pake.
      mlayu jd lembu d cocok hidung..
      cina jd babi yg bebas telepas dlm kandang.bila tejadi pencemaran. mlayu juga yg salah sbb tak tahu nak mnjaga persekitaran..

      Delete
    3. Rasuah dan pecah amanahlah yg menjadi punca kehancuran sebuah negara.

      Pemimpin yg rasuah dan pecah amanah difirmankan Allah dalam Al-Quran. Ia merupakan dosa yg berat.

      Punca dari rasuah dan pecah amanahlah yg menyebabkan negara hilang kemakmuran,,mundur dan kacau bilau.

      Delete
    4. mat jib belajo dari kutty.

      Delete
    5. Memali urusan tun musa hitam, beliau sudah terima balasannya.
      Baca sejarah sikit jgn nak dengar fitnah dari orang pas.

      Delete
  13. Mafia itu saja yg dapat saya rumuskan melihat gelagat Baju merah. Adakah umno sudah merupai seperti mafia.

    ReplyDelete
  14. Mafia walaupun penjenayah mereka tetap ada kod etikanya.

    Jamal ni lebih kepada Rottweiler je. Yg tua2 ganyut tu chihuahua.

    Kena lempar dgn batu terus lari bercawat ekor macam kat Ampang haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terlintas pada ketua samseng di Ampang tu bahawa buku 5 yang kena batang hidungnya sebenarnya datang dari "hand of God".

      Delete
  15. zahid takut jamal tenggelam dalam lautan kuning..
    orang umno sendiri pun sudah meluat kena kuda dgn baju merah..

    ReplyDelete
  16. Beribu-ribu rakyat Korea keluar jalanraya mendesak Presiden Korea letak jawatan, beribu-ribu doktor muda demonstrasi di kota London, beribu-ribu rakyat muda Amerika keluar jalanraya menolak Trump... ada ekonomi mereka jatuh?

    ReplyDelete
  17. Anak sendiri zahid pon viral peluk vavi...
    Padan dgn perangai bapak macam vaavee.. org nak tuntut keadilan bukan nak bakar putrajaya.

    ReplyDelete
  18. Jangan dihalang Baju Merah berhimpun sama kerana rakyat seluruh M'sia ternanti-nanti apakah pula aksi komedi yg bakal dipersembahkan mereka di Bersih 5 ini..Inilah pentas sebenar bagi mereka menonjolkan bakat pelawak mereka..Go,Merah..Go..!!!

    ReplyDelete
  19. Mahathir hanya beritahu dia diluar negara kalau dia ada dia serba salah kalau terlibat nanti jadi hal kena tanggung, rasanya dia ada tapi menyuruk sambil memantau dikaca TV sebab sebenarnya dia takut ke luar negara terutama US atas kenyataan menyelar Jewish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 07.10,...
      Kamu ini pariah...

      Delete
    2. Pariah??? Madey elek mana ok kalu ada kan baik...
      Lu piki lah sendiri bro .... bro

      Delete
    3. Saya sadar Jamal main silap mata bersih demo dia pun demo kesudahan demo2 ni terus kerajaan sekat tapi kalau Jamal tak buat demo tiba tiba mahu sekat bersih agak janggal. Skrg dua dua tak boleh demo dan kerajaan berpeluang sekat terus menerus tiada lagi bersih dimasa depan. Bagus juga tidak menyusahkan orang ramai. Mentelah kalau daripada Demokrat menang sudah pasti Soros cucuk jarum supaya hak asasi dipermainkan lagi kononnya Malaysia kejam dan sebagainya. Skrg rasanya Republikan pimpinan Trump bukan lagi sahabat Soros dan Najib selesa sebab Amerika tidak berminat menganggu hal ehwal negara luar negara melainkan yang terang2 mahu berkonfrantasi dgnnya. Kalau Trump menang penggal kedua bermakna 9 tahun Malaysia aman tanpa gangguan Amerika.

      Delete
  20. Dear Shah, there is really no need for you to go on and on in your posting about the need for those against Bersih to just let Bersih be. This is because all along those who are against Bersih have never wanted Bersih 5 to take place tomorrow. In short, no matter what one says or one begs them understand they shall never want to understand and not because they are not capable of understanding what Bersih 5 is trying to do.

    To cut to the chase, first that Merah group and those behind it tried all sorts of ways for some weeks now to stop Bersih 5 from taking place. And when they appear to have failed in doing so, these parties try to do it by saying that since that Merah group is going to cause problems tomorrow Bersih 5 is not to take place!

    Trust me, these people have really nothing but contempt for the Malaysians and in particular the Malays who they claim to represent and whose lives are actually these days worse than ever before while the few comprising the Malay power elite continue to prosper like there is no tomorrow. It seems in their view the Malays are so stupid and incapable of knowing the truth on their own! So, we shall see tomorrow whether they are right in believing that the Malays are like what they think of.

    Related to this, within the last one or two days people are told that there is a possibility that tomorrow may turn ugly!

    Well, have we got news for them? The life of Malaysians for years now and this especially true in this past one year plus is already so ugly. Economically we are worse us. And as if that is not enough, the rest of the world is laughing at us for the incredulous position that we are in. So, what a little bit more ugliness tomorrow? After all, the world may finally come around to do all that they can for and with us once they can no longer bear seeing their friends in Malaysia suffering in the hands of the tyrants and dedak eaters.

    All in all, it seems Malaysia is whatever the latter groups want to dispense with. Let there be no more illusions for us and the rest of the world of this after tomorrow. Time to show the truth? We owe it to our children, their children and so on and so forth. Sons and daughters of Malaysia, where will you be tomorrow November 19th 2016?

    ReplyDelete
  21. I for one will be there with all our malaysian brothers and sis. c you all.


    ReplyDelete
  22. Baju kuning ke dan baju merahke,semuanya menghabih ke boreh jer.....ada baiknya korang kolabrasi buat kerja amal, kutip bekas polistren dan botol air mineral kat sg.gombak dan sg. kelang ada faedahnya...Ini terpekik-terlolong, waste the time jer!

    ReplyDelete
  23. Niat pertemuan banu kuning itu adalah ikhlas untuk rakyat semoga allah permudahkan yg bangangnya baju merah laknatullah ini menjadi umpan penyamun dan penyangak jadi janganlah nak salahkan baju kuning kerana baju kuning tidak ada dedakkkkkk he he bukan ke begitu

    ReplyDelete
  24. Himpunan bersih bukan tujuan menentang kerajaan tetapi untuk menentang parti umno yang semakin klepet..fahamilah wahai dedakman sekalian

    ReplyDelete
  25. Hari ini dan semalam banyak pemabuk dedak masuk ke blog anti 1mdb menjadi pengacau dan bekerja keras,tak sedar kah mereka semua indon totok sedang menjahanamkan malaysia sekarang? Melayu mudah lupa tanah air di gadai bangsa lain untuk di perintah.

    ReplyDelete