Wednesday, 16 November 2016

PESANAN BERSIH MENJELANG PERHIMPUNAN 19 NOVEMBER


 Tiga hari sahaja lagi menuju perhimpunan BERSIH yang kelima dalam sejarah panjang perjuangan menuntut pilihan raya yang adil, penambahbaikan institusi dan usaha memperbaiki negara yang sudah lama rosak.

Masuk kali kelima rakyat Malaysia bakal berhimpun Sabtu ini untuk mendesak perubahan melalui jalan yang dibenarkan dalam undang-undang, dengan membangkitkan kesedaran orang ramai bahawa negara tidak boleh ditadbir pencuri, perompak dan penyamun.

Perhimpunan Sabtu ini bukanlah perhimpunan yang menjanjikan huru-hara dan boleh menggulingkan kerajaan dalam masa yang begitu singkat.

Ia bertujuan mendidik dan menyampaikan mesej perubahan kepada seluruh pelosok negara.

Itu sebabnya kenapa kita adakan konvoi menelusuri segenap ceruk kampung dan pekan, agar rakyat Malaysia tahu dan tidak terus tertipu.

Perhimpunan Sabtu ini bukanlah seperti sebuah perlawanan bola sepak antara pasukan merah melawan pasukan kuning.

Samseng-samseng Umno memang dijangka akan menimbulkan kekacauan dan mengganggu perjalanan perhimpunan BERSIH, namun sebenarnya mereka sendiri pun tidak tahu apa yang mereka perjuangkan.

Ketua mereka, Datuk Seri Jamal Yunos, tempoh hari telah terbukti tidaklah kebal pun sebenarnya.

Kita telah melihat bagaimana beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit mahu melarikan diri dari kekecohan yang berlaku di Ampang. Seluruh negara telah ketawa melihat gelagat Jamal dan juak-juaknya.

Namun Jamal bukan musuh kita. Kita tidak turun ke jalan raya untuk melawan Jamal dan samseng-samseng Umno ini. Kita bukannya berhimpun untuk menunjukkan kekuatan atau bertanding siapa lebih ramai.

Kita turun ke jalan raya kerana berdiam diri berhadapan rasuah dan salah guna kuasa bukan lagi satu pilihan.

Kita berhimpun kerana kita punya hak untuk membantah rasuah dan salah guna kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal mega yang telah memberi gelaran ‘kleptokrasi’ kepada negara.

Jamal hanya menjadi galang ganti agar kita lupa dan tidak memberi tumpuan kepada musuh nombor satu rakyat Malaysia masa kini iaitu tidak lain perdana menteri sendiri.

Kita harus terus memberi fokus kepada skandal mega melibatkan Najib Razak, dan memberi fokus kepada tuntutan-tuntutan Bersih, yang tidak lain hanya mahukan sebuah Malaysia yang lebih baik untuk generasi anak cucu.

Kita berhimpun Sabtu ini untuk sebuah ‘Malaysia Baru’. Kita tidak perlu takut untuk menuntut perubahan, untuk memperbaiki negara yang kian rosak.

Kita tidak perlu takut dengan Jamal dan samseng-samsengnya. Kita pasti pihak polis akan memastikan keamanan dan keteraturan perhimpunan BERSIH buat kali kelima ini.

Tahun lalu kita telah menyaksikan bagaimana pihak polis begitu cekap sekali memastikan keamanan protes selama 34 jam, yang kumpulan samseng Baju Merah yang diberi makan oleh Umno ini hanya muncul pada saat-saat akhir.

Kita justeru berharap pihak polis akan bersiap sedia untuk berdepan provokasi jahat oleh juak-juak Jamal yang akan terus cuba mengalihkan fokus perhimpunan BERSIH daripada tujuan-tujuan yang telah kita nyatakan.

Sabtu ini saya harap rakyat Malaysia akan membuang jauh rasa takut dan resah mereka, dan turun beramai-ramai bagi menuntut sebuah Malaysia yang lebih baik.

Turun beramai-ramai. Satukan Tenaga. Malaysia Baru.

MARIA CHIN ABDULLAH 
Pengerusi BERSIH 2.0.

29 comments:

  1. jgn pijak2 dan baya servis buat sampah ditepi tengah jalan ye silakan ramai2 turun jgn tak turun.

    ReplyDelete
  2. Tn Budin,
    Saya berharap kali ini lebih ramai melayu turun utk membuktikan kita seharusnya tidak selalu ditipu oleh pemimpin pemimpin penyamun UMNO ini yang asyik berlindung dgn slogan perjuangan utk melayu tapi dapat kuasa bagi taukey cina utk projek kaya anak bini.Macam najib dan jho low.Mereka mahu kekal dgn kemewahan dunia dgn menguna kebodohan melayu yg mudah ditipu dan digula gula habuan murahan seperti mana anon anon yg tak sedar masih memuja BN dan Najib cerita perjuangan dan cina nak kuasa adalah dongeng penyamun penyamun dlm umno utk kekal dgn kemewahan dunia.

    Pada yang bukan melayu tu cuba kawal diri dan tak payah tunjuk emosi nak pijak gambar sesiapa atau tunjuk isyarat lucah..kita berhimpun dgn AMAN jangan kita terjerat dgn provokasi baju merah JAMAL JAMBAN..kerana mereka mencari kesempatan menimbul guru hara supaya akta zalim yang rejim najib buat iaitu Akta NSC atau majlis keselamatan boleh di guna pakai yang akhir merugikan lagi rakyat kerana ada alasan melewatkan PRU...jadi selamat berdemostrasi secara AMAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sahlah tukang cakap bangsa Cina lohong.

      Delete
    2. Anon 21:39....kau tukang cakap sapa lak?....Tukang cakap penyamun harta rakyat ke?

      Delete
    3. anon 21.50..yang demo haram dapat sponsor Dari yahudi kenapa senyap..bersih adalah tali barut yahudi laknat..

      Delete
    4. 00.21....Org yg merembat berbilion duit rakyat....kemudian tipu rakyat dgn cerita dongengnya...sekat kebebasan bersuara, sape berani bersuara disoal, ditangkap.....gunakan kuasa dan akta sebagai BENTENG utk lindungkan pekong penyelewengannya.....kerah rakyat macam kuli batak bayar hutang negara.....kemudian perjudikan nasib rakyat utk lepaskan tengkuknya sendiri.....org ini LEBIH YAHUDI dari yahudi sebenar. Kenapa ko senyap tak tegakkan kebenaran dan tak bela nasib rakyat yg ditipu??

      Jangan cakap fitnahlah....2 bank di Singapura dah tutup. Perbicaraan di Singapura dah berjalan dan org yg bersalah terlibat dgn duit haram 1MDB pon sedang dibicarakan.....takkan fitnah lagi?? Di sini berita2 perbicaraan tu tak diwar-warkan....didiamkan jer.

      Tolak kerjasama dgn siasatan Swiss.....kenapa tak nak bagi kerjasama?? Bukan ke kita nak tau sape dalang yg lesapkan duit rakyat tu??.....Apasal tak nak ambik tau?? Nak biar jer jerung terlepas dgn duit rakyat yg berbilion tu ye....sedangkan rakyat miskin curi buah sikit utk anak pon ditangkap.

      Celikkanlah mata ko.

      Delete
    5. Anon 00:21,
      Jika kamu beragama islam,gunalah sebaiknya pancaindera yg Allah berikan kpd kamu. Buka lah mata kamu seluasnya dan lihat apa yg telah najib buat kpd negara kamu. Negara ini tempat anak cucu kamu nak hidup.
      Kamu mungkin dapat sedikit habuan 'dedak basi gred 3' yang sesuai untuk babi.
      Anak cucu kamu boleh dapat lagi ke? TAK MUNGKIN. Sebab negara kita sedang munuju kehancuran ekonomi akibat perbuatan kader kader al masih addajal dari umno.

      Delete
  3. Yang pijak2 tu kumpulan merah, tiada agenda untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Tujuan mereka hanya satu, mempertahankan MO1 walau pun mereka tahu dia songlapkan duit negara melalui 1MDB. Ini skandal besar perlu ditangani dengan betul, yang salah harus didakwa dan jika didapati bersalah wajib dipenjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulak dah, oo dia sarung jersi kuning, takpa kali tahan & siasat (itu hari amoi ka pijak, ada kah minah turut serta merah setahunya semua balak)

      Delete
    2. Alamak 21:37 .. bukannya awak tak tau ? kebanyakan yang memakai baju merah tu adalah mat rempit . Dalam gerombolan macam ni , mana bolih bawa sekali minah rempit .. nanti "tersepit " , tak kenal pulak siapa bapak nya >>>>

      Delete
    3. Yg aku hairan tu yg tua tua bangka pun ikut sama.
      Mana pergi akal fikiran si tua kutuk ni.
      Sepatutnya orang tua bagi nasihat kpd yg muda.
      Ini tidak. Dah tua nak mampus pun boleh ikut serta jadi samseng dgn datuk sri jamban ni.
      Ada yg pakai kopiah putih lagi.
      Elok sgtlah tu

      Delete
    4. Dedak punya pasal yg tua ganyut, yg berkopiah berserban pun boleh gelap mata sanggup sepak terajang org.

      Delete
  4. SETUJU BETUL������, TANGKAP YANG SELEWENG DUIT 1MDB. DAKWA DIA, KALAU BERSALAH MASOKKAN SAJA KEPANJARA. SHOK RASA HATI JIKA BERLAKU PETKARA INI. HORRAY!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangkap yg tua kutuk tu sama. Kalau yg muda2 tu sebat dgn rotan 5 kali yg tua bangka tu sebat 100 kali.
      Tak padan dgn tua langsung tak malu kat orang

      Delete
    2. anon 19.34..macam Lembu..bodoh lagi bingai.. tak guna otak..apa puak2 dia kata itu yg di ulang..macam yahudi..

      Delete
    3. 09.27...... ko yg yahudi gelap hati dah tak boleh nampak rakyat Msia kena tipu.

      Bangang tak guna otak. Pegi bukak berita Singapura online le baca pasal bicara mahkamah org yg terlibat dgn duit haram 1MDB tu......tengok berapa upah yg dia org dapat masa buat kerja haram tu.

      Berita tu dlm English. Kalo ko tak paham bukak kamus. Usaha jadi cerdik sikit.....jangan bangang manjang jer, tak pandai2.

      Delete
    4. Pembetulan bukan 09.27....yg betul 00.27.

      Delete
  5. SETUJU BETUL������, TANGKAP YANG SELEWENG DUIT 1MDB. DAKWA DIA, KALAU BERSALAH MASOKKAN SAJA KEPANJARA. SHOK RASA HATI JIKA BERLAKU PETKARA INI. HORRAY!!!!!

    ReplyDelete
  6. Ok siap sedia untuk ke perhimpunan bersih 5

    ReplyDelete
  7. MARI KITA KELUAR BERAMAI RAMAI.

    ReplyDelete
  8. Saya cukup tidak faham dengan kebodohan setiausaha umno dan ketua penerangan depa. Ahli umno bebas menyertai kumpulan baju merah. Umno tidak akan menahan. Jika baju kuning itu haram adakah baju merah halal sehingga ahli depa blh ikut serta.Ini lah akibat terlalu zalim sehingga dah jadi bodoh. Saya taknak sebut nama pondan tu sebab dengan kumpulan perempuan pun dia nak cari gaduh. Kena sebiji dari ketua wanita MCA diam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa baju kuning haram tapi baju merah halal untuk disertai?

      Itulah tanda yang boleh kita lihat kepimpinan yang ada sekarang ni betul atau tidak.

      Delete
  9. Peserta bersih di ingatkan supaya sentiasa berhati2 katika berada berhampiran dengan barisan baju merah pengacau....pastikan anda semua memfokuskan kamera atau kamera handphone anda kepada baju merah dalam mode video supaya dapat merakamkan sebarang provakasi baju merah..jangan leka...pastikan lantik grup pemantau yg bertugas lengkap dgn video camera dan buat sesi taklimat ...1 ambil video 5 atau 6 orang sebagai anggota pengiring...dan tugas boleh tukar ganti...Fikirkan dan pastikan lokasi2 yg berisiko....jika ada walkie talkie pun lebih baik..semoga peserta bersih mendapat perlindungan dari ALLAH dari syaitan baju merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sahihnya ALLAH tidak akan tolong pengkhinat2 negara dari dajal2 kuning yang bersekongkol dengan kafir dan yahudi laknatullah yg hendak menghuru-harakan negara..

      Delete
    2. takpa jesus akan bersama-sama kami. LOL, tak heran sama lu punya Allah, gua punya jesus anak allah lagi power.

      melayu kapir harbi

      Delete
    3. 00.54 lu sokong baju kuning tu gua respect sebab gua pun macam tu, tapi tolong jangan mainkan sentimen agama di sini. Jangan hina atau bandingkan agama2 yg ada.

      Fokus utama ialah pemimpin yg pecah amanah, negara yang rosak tapi bukan pasal agama.

      Delete
    4. 00.33....yg sahihnya Allah takkan tolong org yg samun duit rakyat...pastu munafiq berlakon macam tak de apa2 yg jadi. Bermewah2 dgn keluarga atas duit yg dirompak....kemudian menghukum rakyat yg persoalkan dosa selewengnya.

      Jangan harap Allah nak halalkan duit haram hasil rompak.

      Delete
  10. inalilahi wainalilahi rojiun, Haji Syed Akhbar Ali Syed Kutty (SAA) telah kembali kerahmatullah tepat pada pukul 11.40PM malam tadi di Wad Kelas 2 HKL kerana serangan angin ahmar. harap maklum.

    ReplyDelete
  11. TOKSAHLAH SOKONG BERSIH TU...BERARAK TERPEKIK TERLOLONG BUKAN ADA MANFAAT NYER PON...WASTE THE TIME JER....KALU MEREKA BERJAYA PON DGN TUNTUTAN MRK PON,YG DAPAT GANJARAN NANTI IALAH MADEY AND SON...LKS AND SON...NUAR&FAMILY DAN JUAK-JUAK AND KRONI...YOU ALL TUKANG SORAK(MARHEAN)DAPAT HABUK JER NANTI....TRUST ME

    ReplyDelete