Wednesday, 2 November 2016

MOGA PAS KEKAL ISTIQAMAH


Pendirian baru Pas sejak sehari dua ini tentunya amat dialu-alukan oleh semua pihak yang mengharapkan akan wujud perubahan dan pembaharuan dalam negara selepas PRU 14 akan datang.

Setelah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin seakan berubah nada dengan mengatakan parti itu sedia bersama parti-parti pembangkang lain untuk bertanding satu lawan satu menentang BN asalkan penyatuannya  atas dasar agama Allah, kini Presiden Pas, Hadi Awang pula bersuara hampir sama.

Kata Hadi, Pas sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu bagi tujuan mengalahkan BN pada pilihanraya umum akan datang.
Selain mengatakan sedia berunding ke arah itu, Hadi cuma mahukan "jangan kacau rumah kami".

Meskipun berkata, "jangan kacau rumah kami", yang penting ialah Hadi dalam masa yang  sama masih terbuka kepada perundingan dengan parti-parti lain dan  tetap dengan pendirian untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Berbanding sebelum ini, pendirian Hadi sekarang nampaknya mula menunjukkan perubahan yang positif. Ini bukan saja membawa berita melegakan kepada pihak pembangkang, malah juga kepada harapan rakyat yang rata-ratanya sudah jemu dengan pemerintahan  UMNO dan BN serta berperdana-menterikan Najib Razak.

Jika semua pihak dalam pembangkang terbuka kepada perundingan, harapan untuk mencapai kata sepakat tentunya lebih cerah berbanding dengan masing-masing membawa haluan sendiri.

Kini, terserahlah kepada semua pimpinan parti pembangkang untuk berlapang dada dan berunding dengan terbuka serta memikirkan keutamaan yang paling penting bagi semua pihak ialah menyelamatkan negara dari pemerintahan Najib, UMNO dan BN yang semakin tidak tentu hala dan menyusahkan rakyat jelata.

Selain itu, kebaikan lain sekiranya Pas sedia bersatu dengan parti-parti pembangkang lain untuk berdepan satu lawan satu dengan BN ialah ia dengan sendirinya menutup cerita parti itu pernah terhutang budi atau menerima apa-apa sumbangan kewangan daripada Najib.

Setuju dengan muafakat satu lawan satu untuk menumbangkan BN akan menjadikan sama ada saman Pas terhadap Sarawak Report diteruskan atau sebaliknya tidak lagi penting kepada rakyat untuk mengetahuinya. 

Cuma, diharapkan agar  Pas kekal istiqamah dan tidak berubah-ubah lagi selepas kenyataan Hadi ini. (SH 02/11/2016).

124 comments:

  1. Harapnya Haji Hadi tidak buat uturn lagi,jika benar kata hati bagai yang di pertuturkan beliau bertuah lah kita rakyat malaysia yang menginginkan PM baru yang bijak pandai dan apa yang lebih penting pemerintahan tidak di kontrol bini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong beri laluan saya nak ketawa kah kah kah kah kah doa PAS boleh kekal relevan jgn sama sama umno masuk lubok sama sudah la ..

      Delete
    2. Bila Hj Hadi sudah sedia bekerjasama dgn pembangkang2 yg lain dgn SATU LAWAN SATU......kita harap DAP dan parti2 yg lain jangan sentuh tentang agama Islam yg dulunya menjadi PUNCA petelingkahan dgn pihak PAS.

      Harap semua pihak pembangkang dapat beri KERJASAMA yg KUAT dan PADU.

      Anda semua pemimpin rakyat yg bekerja UNTUK RAKYAT. Jadi harap semua pembangkang tak kira simbol apa sekali pun BERSEPAKAT dan BERMUAFAKATLAH demi rakyat.

      Semoga BERJAYA...!!

      Delete
    3. Saudara 22.54, kita bagi satu peluang pada PAS utk istiqamah dgn lafaz katanya. Mungkin kali ni mereka betul2 istiqamah dan tak u-turn lagi. Tapi lepas ni kalau dia org u-turn lagi, janganlah kita harapkan apa2 dari mereka lagi.

      Delete
    4. Jangan ada lagi ejen ejen umno/bn dalam PAS mengatur pertemuan dan rundingan disebalik tabir/dlm gelap antara Presden umno dgn Presden PAS mcm pru2008 dan pru2013 lalu...

      Usul RUU355 dibawah kerajaan yang rasuah dan merompak harta rakyat ibarat mengambil wudu' dalam kolam kumbahan najis yang tidak dapat membersihkan orang yg berwudu disitu...

      Delete
    5. amboi............... sekali hadi buka mulut, semua pakat setuju dan bergembira?

      mereka ni pakar uturn dan auta


      baik kalah dari bersekongkol dengan PAS.

      ceh, ada pengomen dah beri nasihat awal pada DAP agar jangan sentuh hukum Islam sebab nak jaga hati PAS.....kah kah kah kah

      sekadar penyegar memori;
      babi atas bukit
      anjing
      munafik
      tak suka keluar
      baju sedondon
      penasihat kerajaan
      jirat
      ........sesuatu berdering dalam kepala?

      Delete
    6. Hadi@BapakMunafik
      ni macam tau-tau saja
      Pas nak melingkup
      selepas Pru14 nanti.
      Sr dah saman ke belum?

      Delete
    7. umno + PAS = hampeh
      no need them in our gov.... hancuq mesia cenggini
      tak firm.... slow & takde kualiti
      get lost

      Delete
    8. Apa yg perlu ditakutkan..Semuanya ditakdirkan oleh Allah..kita berusaha dan doa..bukan kerana kehebatan kita..Allah yg berkuasa atas segalanya..Tak perlu takut..Jadilah positif..Kita perlu berubah ..sebelum nak lihat orang lain berubah..satu lawan satu pru14..hati kita tidak penting..sakit jiwa ke..terkilan ke..tak penting..Yang penting pru14..Kita perlu bersatu..Pas telah positif..Kenapa kita negatif..bersyukur dengan perubahan ini..Ayahanda Tun berusaha kita jangan pulak mengagalkannya..orang ikut kata kita kita marah pulak..pengundi melihat..Apa yg kita hendak sebenarnya..Puas kan hati kita..itu bukan pejuang..Jangan cuba jadi hero tapi tak kemana..Allah itu perancang yg hebat..Kita perlu bersyukur baru Allah makbulkan doa kita seterusnya..

      Delete
    9. Apa yg perlu ditakutkan..Semuanya ditakdirkan oleh Allah..kita berusaha dan doa..bukan kerana kehebatan kita..Allah yg berkuasa atas segalanya..Tak perlu takut..Jadilah positif..Kita perlu berubah ..sebelum nak lihat orang lain berubah..satu lawan satu pru14..hati kita tidak penting..sakit jiwa ke..terkilan ke..tak penting..Yang penting pru14..Kita perlu bersatu..Pas telah positif..Kenapa kita negatif..bersyukur dengan perubahan ini..Ayahanda Tun berusaha kita jangan pulak mengagalkannya..orang ikut kata kita kita marah pulak..pengundi melihat..Apa yg kita hendak sebenarnya..Puas kan hati kita..itu bukan pejuang..Jangan cuba jadi hero tapi tak kemana..Allah itu perancang yg hebat..Kita perlu bersyukur baru Allah makbulkan doa kita seterusnya..

      Delete
    10. Boleh bersatu dengan PAS, syarat utama PAS kena buang Anak Awang yang kaki ponteng dan makan gaji buta, Anak Awang ini ulamak separuh masak yang tak ada hakikat ilmu, jahil tentang mana kena dahulukan, majlis ilmu atau urusan Negara.
      Kalau dia beriya sangat jadi tok guru dan syok sendiri dengan majlis ilmunya dan majlis tahnik (bukan tanik calsberg) PAS kena suruh dia duduk rumah.

      Delete
    11. Assalamualaikum,, Mula mula dulu ketika RUU 355 dihantar ke parlimen untuk dibentangkan, ada segelintir manusia berperangai beruk dan babi yang berjoget sambil menuduh TGHH dikencing Jibby kerana RUU 355 dibiarkan tergantung di parlimen.Kemudian RUU 355 diupkan oleh Azalina untuk dibentangkan oleh TGHH di Parlimen dan ketika itu timbul pula dakwaan TGHH nak bersatu dengan Umno untuk menolong Jibby.


      Tetapi sekarang ini apabila Azalina berkata Parlimen mungkin tak punyai masa untuk membahaskan RUU 355, muncul pula geng berjoget lambak ini menuduh kononnya TGHH kena kencing lagi oleh Jibby dan Umno sehingga ada yang berkata dia tak sama sekali redha kena kencing oleh Jibby.Cantik!

      Pak Subky Latiff bagitahu kita semua, Umno bukan kencing TGHH tapi kencing ALLAH.Itulah hakikatnya kepada penuduh penuduh TGHH kena kencing, sebab yang dikencing itu ialah ALLAH.Justifikasinya mudah, RUU 355 yang dibentangkan itu bukan hak milik TGHH tapi hak milik ALLAH, sesiapa yang menentang, mempersenda dan bermain main dengannya sebenarnya menentang, mempersenda dan bermain main dengan ALLAH.

      Jangan seronok sangat menuduh TGHH kena kencing, sebab tak ada kesanpun.TGHH tak rugi apa apa kalau Umno mahu kencing, sebab yang dikencing nantinya ialah ALLAH, bukan TGHH.Bagi TGHH dan PAS, kita sudah ada hujah di hadapan ALLAH nanti, tapi bagi mereka mereka yang menuduh dan Umno sendiri, apa hujah kamu?

      Delete
    12. Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu hanya akan mengadakan rundingan dengan pihak yang tidak ada rekod buruk dengan mereka dalam sejarah Pakatan Rakyat.

      Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini Nik Abduh juga menjelaskan kenyataan dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam tidak menyebut DAP dalam persediaan mereka menerima formula satu lawan satu menghadapi BN.

      Sebaliknya kata anak bekas menteri besar Kelantan itu Abdul Hadi membuat kenyataan merujuk kepada pihak yang tidak pernah mengganggu "rumah tangga" PAS.

      “Seperti yang Abdul Hadi kata semalam, perbincangan PAS adalah dengan parti yang tak kacau rumah tangga PAS.

      “Apa yang media sebut akan ada kerjasama dengan Pakatan Harapan itu adalah kenyataan media, bukan (daripada) Abdul Hadi," katanya.

      Menurut Nik Abduh beliau sendiri melihat klip video jawapan diberi Abdul Hadi berkenaan dan ia "pendek saja" selain menyatakan pihak berkenaan tidak mengacau "rumah tangga" PAS.

      “Kenyataan itu merujuk kepada parti-parti yang tak kacau rumah tangga PAS. Jadi kita tahu siapa yang kacau (rumah tangga PAS) dahulu,” katanya.

      Delete
    13. Assalamualaikum,,, Buktikan PKR itu jemaah Islamiah atau PAN itu jemaah Islamiah yang lengkap dalam erti merangkumi seluruh aspek kehidupan.Atau buktikan Umno itu jemaah Islamiah atau apa apalah.cabaran ini ditujukan kepada mereka mereka yang menafikan PAS sebagai jemaah Islamiah dan mengganggap PAS cuma sebuah parti politik yang gagal memerintah Terengganu dan Kedah.


      Buktikan juga di Terengganu tak ada peningggalan jasa PAS sampai hari ni, Tiada penghapusan tol jambatan Sultan Mahmud, tiada komplek pernigaaan Paka dan Bukit Kuang serta tiada pasar borong di Kemaman serta pasar Binjai.Itu sebagai tambahan saja tapi yang utama ialah buktikan samada PKR atau PAN atau Umno itu jemaah Islam yang lengkap dan besar sebelum mengatakan PAS tidak jaga Islam dan hanya sebuah parti poitik yang gagal.

      PKR sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355 serta menekankan kepada keadilan Islam, tapi setakat mana tindakan PKR dalam menuju keadilan Islam itu, apakah dengan qazaf sahaja keadilan Islam itu tertegak? bagaimana pula kes sekedudukan antara perempuan Muslim dan lelaki kafir? Apakah itu tidak termasuk dalam keadilan Islam?

      Bolehkah kita terima PKR sebagai jemaah Islam dengan penegasan mereka mengenai keadilan Islam tapi megambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355.Kalau RUU 355 itu melampau dan cuma usul persendirian, apa pula sumbangan PKR untuk menjaga Islam dari terus di hina oleh LGBT, Liberal dan gadis Islam terus dizinai oleh lelaki bukan Islam?

      Begitu juga dengan PAN yang mendakwa progresif itu, di mana ciri ciri jemaah Islamiah yang dihendaki oleh Nabi terdapat dalam PAN? Adalah kerana mereka berbaik dengan DAP yang menentang Hudud itu sudah boleh diterima PAN sebagai jemaah Islamiah?

      Umno pula sudah jelas menerima Islam separuh dan menolak separuh yang lain.Ibadat ibadat perseorangan Umno cukup hebat,Masjid masjid antara yang tercantik di dunia, tetapi bila tiba untuk perlaksanaan hukum, Umno kata Hukum ALLAH itu tidak boleh dipakai di Malaysia sebaliknya hukum penjajajah yang lebih bersifat yahudi dan nasrani sesuai digunakan di Malaysia.Jemaah Islam kah ini?Bolehkah mereka jaga Islam kalau besifat begini?Bolehkah anak gadis muslim diselamatkan dari dizinai oleh pemuda bukan Islam?

      Cuba tanya diri kita sendiri, apakah jawabannya!

      Untuk perhatian, setakat ini cuma PAS satu satunya yang memiliki ciri ciri jemaah islamiah yang lengkap serta satu satunya jemaah yang berusaha meletakkan had atau sempadan kepada anak gadis melayu dari dizinai oleh pemuda bukan Islam, samada berjaya atau tidak masih belum dapat dipastikan. Tapi itulah kedudukan terbaik kita setakat ini, mengaku atau tidak.........

      Delete
    14. Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad didapati bersalah memfitnah bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.


      Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hassan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak telah permohonan Khalid untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan beliau bersalah dan perlu membayar ganti rugi kepada Hassan kerana memfitnah.

      Pada 6 Ogos tahun lalu, barisan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan Khalid dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM200,000 kepada Hasan sebagai ganti rugi am.

      Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Khalid untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar RM100,000 sebagai ganti rugi teruk kepada Hasan.

      Hasan memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan NGO pimpinannya, JATI.

      Delete
    15. Assalamualaikum,, Rasanya budak sekolah menengah pun faham maksud mursyidil am PAS, TGHJ mengenai persetujuan PAS untuk 1 lawan 1 pada PRU 14 nanti, tapi macam biasalah puak puak PAN ni buat pekak badak juga.NIzar Jamaluddin Naib pengerusi PAN Perak boleh pula cabar PAS untuk sertai Bersih 5.0 kalau betul betul serius nak bersama pembangkang.Bodoh ker apa Nizar boleh abaikan syrarat yang TGHJ bagi?


      Syarat TGHJ cukup jelas, malah kata TGHJ PAS terpaksa letakkan syarat ini kerana pada masa lalu tiada syarat yang diberi yang akhirnya membawa kepada apa yang berlaku sekarang.Kenapa Nizar begitu bebal nak faham syarat TGHJ? Dan sebaliknya menunjukkan muka tak tahu malunya dengan mendakwa PAS terdesak kerana bimbang kalah di Kelantan.

      Begitulah wajah wajah yang ada dalam PAN, tidak mahu menerima syarat PAS sebaliknya mengambil kesempatan untuk mengheret PAS menyertai bersih bersama sama golongan liberal dan LGBT.

      Itulah sikap pekak badak pemimpin PAN dalam usaha untuk memartabatkan Islam sebagai carahidup.Mereka langsung tak mahu baca atau mendengar syarat yang diberikan oleh TGHJ yang sama dengan syarat TGHH sebelum ini iatu bersatu dengan tali ALLAH dan kerjasama dengan meletakkan Islam dihadapan, bukannya bersatu dengan Bersih 5.0 yang sarat dengan puak liberal dan penyokong LGBT.

      Sudah sudahlah buat perangai pekak badak tu, bukan mereka tak tahu jatidiri orang PAS kerana mereka pernah bersama PAS, jatidiri yang cukup yakin dengan peringatan ALLAH bahawa setiap kemenangan itu diberi oleh ALLAH dan jika kalah itu juga diambil kembali oleh ALLAH.Yang lain lain tak menjejaskan keyakinan orang PAS.

      Delete
    16. Assalamualaikum,,, Nak didakwa Hudud itu zalim, tak munasabah kerana undang undang sivil yang sedang berjalan lagi zalim kepada penjenayah,lebih jauh zalim dari Hudud.Justifikasi LKS dan LGE menentang Hudud dan RUU 533 bukan zalim walaupun mereka sering meggunakannya sebagai alasan menolak Hudud dan RUU 355.Jadi kalau bukan Zalim, apa dia?


      Jawabannya tersirat kepada kecintaan LKS dan LGE kepada orang orang Islam yang gemarkan arak dan zina.PAda mereka Hudud dan RUU 355 tidak adil kepada orang Islam yang suka minim arak dan suka berzina.Kuat sungguh LKS dan LGE mempertahankan orang Islam yang serupa ini tanpa sedar mereka sebenarnya menghina Islam itu sendiri.
      Ajaran Islam mengandungi larangan berzina dan minum arak, tidak boleh diubah kerana Islam adalah agama yang datang dari penciptanya bukan ciptaan manusia yang boleh diubah.kalau LKS dan LGE tak boleh terima Islam, itu hak mereka tetapi mereka tiada hak untuk mengubah Islam mengikut selera mereka.

      Mereka seharusnya menghormati Islam yang melarang perbuatan zina dan mengharamkan arak dengan qatie bukan menentang. Amat tidak malulah bagi seorang yang bukan beragama Islam masuk campur urusan agama Islam dengan alasan nak pertahankan orang Islam.

      Bodoh bin Pianlah manusia manusia spesis ini dan lebih bodoh kalau ada orang Islam yang menyokong mereka kerana yang patut dsokong ialah agama Islam itu sendiri.Kepada penggemar putar belit pula dinasihatkan kalau nak beit kenyataan seseorang itu, belajar dulu dari TV 3 atau Utusan Malaysia, jangan belit secara terang terangan dengan menambah sesuatu yang tidak dimuatkan dalam kenyataan orang tersebut kerana perbuatan itu akan cepat akan melondehkan putar belit yang dilakukan.Harap maklum........

      Delete
    17. Assalamualaikum,,,

      Amanat Hadi bermaksud kita bukan tentang UMNO kerana namanya UMNO tetapi kerana UMNO itu sekular, enggan kembali kepada Islam dalam semua aspek kehidupannya.itulah Amanat Hadi yang diviralkan sejak sekian lama.Tapi sedarkah kita Amanat Hadi juga bermaksud kita tentang semua parti yang serupa Umno yakni parti yang tak mahu menerima Islam.



      Ada satu bahagian parti yang sekular seperti Umno yang juga lawan umno kononnya Umno tu korup, melakukan ketirisan yang besar terutama di zaman PM Najib yang turut melakukan penyelewengan besar menerusi 1MBD dan banyak lagi kerakusan .Itu slogan penentangan parti parti ini yang juga sekular malah liberalnya lebih dari Umno.Kesemuanya tak berminat dengan Islam maka mesejnya jelas, Kita( PAS) tentang juga parti parti ini seperti kita tentang Umno.

      Kita tegaskan, penentangan kita kepada Umno sedang melalui satu fasal yang lembut sebab Umno juga sedang berlembut dengan kita, bukan bermaksud kita percaya dengan Umno.Kita kata Najib sedang menunjukkan satu pertunjukan yang lembut seperti sudah bercakap pasal iman dan taqwa, kita tidak kata Najib berubah.

      Cuma pencinta pencinta parti sekular dan liberal yang lawan Umno kata kita kata Najib sudah berubah, Umno sudah berubah.Kenapa susah sangat nak faham? Atau mereka tak nak faham selagi kita tidak bersetuju dengan pakatan mereka.Mereka tak nak faham kenyataan yang PAS tidak akan bersama PAN, pengkianat.

      Tetap mereka tetap dengan perangai mereka sedangkan Amanat Hadi dengan jelas memberitahu mereka bahawa kita tentang Umno kerana tolak Islam, maka sepatutnya mereka juga faham maksud tersebut turut melibatkan parti parti mereka yang tolak atau cuba menliberalkan Islam.Malah penegasan TGHH baru baru ini bahawa mana mana parti yang nak berpakat dengan PAS mesti menerima Islam turut bermaksud seperti Amanat Hadi!

      Delete
    18. Haha.. besok Utusan dan kengkawan jek sikik isu hudud, walaunta2 ni melompat mcm kera dan beruk la. Jolok sikik negara Islam, hidup rasulullah, syiah, wahabi, kawin dua, qunut..haha.... trus meroyan. Biasala..bigot2 dunia ketiga.

      Bukan payah mana sgt nak bodohkan umat Islam.

      Delete
  2. Pakatan kena bagi hukum baiah pula pada haji hadi dan gang untuk masuk pakatan semula, supaya tak berlaku klu klik dgn najib, agak2 boleh patuh atau tidak mereka, kedua kena buat akuan sumpah samada menerima dedah 90juta dari najib......hahaha kena istikarah dulu nak terima pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat hukum baiah mentalak 100 ke isteri pun Adi Awe akan langgar, apalagi srtakat talak 3. Kalau dahulu beliau sanggup menghukum dan menjatuhkan kapir kepada UMNU, sedangkan Rasulullah yang berdakwah sebegitu lama pun tidak pernah mengkafirkan umatnya, inikan pula nak mempercayai Adi Awe yang mempunyai trek rekod u-turn paling tinggi dan paling banyak melanggar perjanjian. Kalau mahu selamat dan menyelamatkan Malaysia maka anggap sahaja lah yang Adi Awe ini sebagai "Bapa Munafik" seMalaya, pengkhianatan dan u-turn memang makanan beliau.

      Delete
    2. Awas sibertrooper penembak beruk adakah agent umnonok atau sibodoh bangang yang menjadi virus jahat untuk merosakkan permulaan baik barisan rakyat..celakalah engko.

      Delete
    3. Monkey 07:14,

      Kan beruk belaan PAS dah kena tembak. Beruk tak perlu risau kerana politik di Malaya ni hanya untuk manusia yang bijak dan ada pertimbangan serta berhati-hati dengan lebai munafik pujaan walaun. Trm kasih beruk kerana response....

      Delete
  3. Saya sudah lama berpendapat bahawa PAS akan berpecah sekali...kali ini lebih teruk... jika Haji Hadi mengistihar secara sokongan PAS kepada UMNO-Najb. Sudah tentu masih ada ramai dikalangan kepimpinan PAS dan penyokong mereka yang tidak mahu nama Party... dan oleh kerana PAS menggunakan Agama Islam sebagai tonggak perjuangan, emej Agama juga akan turut tercemar akibat bersekongkol dengan UMNO-Najib yang bergelumang dengan 'najis' 1MDB-Jho Low yang mahsyur.

    Jika nada Mursyidul Am dan President PAS telah berubah dengan bersetuju Pembangkang lawan UMNO-Najib, satu-lawan-satu... maka ia adalah pertanda baik untuk kemuliaan Agama Islam, Bangsa & Agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas Split version 2.0 already started. A stark difference in opinion between No 1 and 2. And this time the ulamas are evenly split unlike during ver 1.0 where Amanah did not have tacit ulama backing. So Hadi has realised this and now trying to scurry to please the unpleased !

      Delete
  4. Ek eleh. Pas akan kluk klek atau u turn. Pimpinan pas ramai jiwa umno. Huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munafik Agama...bole terima ag ker kesaksian mereka!!

      Delete
    2. munafik agama ramai dalam puak sekular liberal wal sosialis main lendir tanpa nikah, kedarah arak, berjudi, main bontot...masuk kristian pun dah ramai..dasar cenderung dakwah kapiaq.

      Delete
  5. KECEWA...KECEWA....KECEWA...

    Saya malam ini ingin melahirkan rasa dukacita yang amat perit sekali sebaik sahaja mendapat khabar PAS akan bersatu dengan pembangkang. Ramalan saya amat tepat belaka apabila sudah mengetahui PAS ni memang terkenal dengan pusingan U (U turn) sejak dulu lagi. PAS sudah tidak sedar atau pun mungkin mendapat dedak yang lebih tinggi daripada UMNO. Wahai PAS? Tidak cukupkah dengan dedak yang disumbangkan kepada mu sebelum ini? Rm 90 juta amat cukup malah boleh membeli beberapa jet peribadi. Amat jelaslah PAS mengejar dunia berbanding akhirat. PAS sanggup berpaling tadah kpd pembangkang disebabkan diberi dedak yg lebih tinggi kadarnya drp dedak yg diberikan drp UMNO. Sedih saya. Sedihnya saya kerana PAS lah boleh diharapkan bersatu dengan UMNO utk melawan pembangkang. Tetapi tidak kusangka menjadi U turn.

    Nukilan Alumni Newcastle University yang Berduka Cita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kau nak dukacitakan?

      Takut najip tombang ke?

      Delete
    2. Dalam ni ramai yg menyamar org pembangkang tapi org BN..Ada yg mula terikut gaya BN..pecah perintah..Tak cerdik..ego lebih..last Najib juga menang..lepas tu marah..Pru14 satu lawan satu..tiada pilihan..orang sentimental pergi jauh jauh..sikit merajuk..

      Delete
  6. Qada & Qadar 22:54 adalah benar tggu la saat memasuki gelanggang tahu la mereka berpimpin tgn dgn umno maka berpusing kepala la bahwa ini semua permainan sandiwara sbb hanya blog2 dapat dikena pasti apa hasrat sebenar pkr, pan & ppbm. Kenapa tak menyahut atau ajak la mereka sertai Bershit baru tahu kesediaan/kemahuan mereka saperti diharapkan.
    Minta ketawa sebentar kah kah kah sampai korang tak sadar2 sesudah Pas dimalukan sekian lama sejak bekerjasama dgn Anwar tunggangan DAPig dgn Bershit 2. Tahu dah satu ja ternyata akhir2 ni Pkr & Pan takda solja nak giatkan rencah politik jalanan. Kenapa mengharap sgt kan balaci Cina DAPig akan 100% turun padang menurut perintah Maria Chin serta pemuka Melayu Mahathir & Penglipur lara Muhamad Sabu masih tak cukup GAH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ayat walaun si Arie Hassan aje. Boleh dikenal pasti dari tutur kata yang silang pukang dan komentar merapu beliau.

      Delete
    2. Berlembut sama babi DAP berkeras sesama Islam dasar puak harapan hopeless bodoh sombong.

      Delete
    3. Tu je la modal pecacai amno

      Dap
      Kafir
      Fitnah
      Yahudi

      Lain modal tarak

      Padahal yg kepala penyamun bukan Cina bukan kapir bukan yahudi pun

      Tapi biasalah

      Orang bodoh memang cakapnya begitu

      Delete
    4. org bodoh mana reti menaip keyboard serupa awak.

      Delete
    5. En tajul arifin, lagi satu modal murah UMNGOK, DAP adalah komunis. Cina adlh komunis.

      Delete
    6. Mau jadi macam melayu Singapork ker?

      Delete
  7. Jangan takut dengan puak jahat umngok sebab memang diketahui jahat, tapi kita patut berhati-hati dengan puak u-turn sebab kita akan mudah tertipu bila berpura-pura berprinsip sebelum u-turn.

    ReplyDelete
  8. Bangsa yg bangsat adalah bangsa yg membutakan mata dan memekakkan telinga bila tanahairnya dijual pada org asing oleh bangsanya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 02:09,,,,,,
      Sifat ini lah sebahagian besar dimiliki oleh bangsa melayu hari ini.
      Sedih.....bangsa melayu boleh dibeli dgn wang ringgit....pemimpin jahat dianggap baik bila diberi wang....munafik dipanggil ulama bila berjanggut dan berserban.
      Sedangkan setiap hari solat menyembah Tuhan, mengaku islam.....jiwa kacau tiada pedoman.

      Delete
    2. Siapa sekarang yang melakukan tsunami cina sebelum PRU ?? Apa lagi yang kau mahu kasi sama China apabila China kata mahu ?? Apa pasal Utusan tak tanya sekarang ni ??

      Delete
  9. Penulisan politik korup ...shame be with you ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama kamu indah, fikiran kamu tidak seindah nama. Kamu telah menjatuhkan hukum ikut fikiran kamu yg sesat. Orang jahat kamu sangka orang itu baik.
      Fikiran kamu korup diserang virus.

      Delete
    2. Nama kamu pula lagi indah seperti namaku. Tetapi fikiran kamu sudah diliwat oleh lebai malang dan pak pandir yang telah disundal akibat terlalu sangat percayakan tok bugis pekan temberang !

      Delete
  10. Penulisan politik korup ...shame be with you ...

    ReplyDelete
  11. Jangan kacau rumah kami..
    JANGAN KACAU KELANTAN
    Kalau kelantan pun kami kalah, malu le kami, kami dah tak ada rumah..

    ReplyDelete
  12. Jangan kacau rumah kami..
    JANGAN KACAU KELANTAN
    Kalau kelantan pun kami kalah, malu le kami, kami dah tak ada rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor pun belum tentu selamat untuk PgayR. UMNO senang menunggu peluang. Dedak BRIM akan menjadi senjata ampuh. Prk Sg. Besar sebagai pengajaran.

      Delete
  13. Pi mandi dengan kencing UMNO/BN dulu untuk buang apajua benda tak baik....dah tersepit konar cakap lain lak. Pi lah bunkoi PAS tu.....

    ReplyDelete
  14. Ape2 je lah janji najib mesti dijatuhkan..makin lama makin melampau..

    ReplyDelete
  15. Mungkin pas dah nampak nasibnya akan menjadi spt bn yg akan kehilangan bnyk kerusi dlm pru akan dtg...sudah lah kerusi parlimen sekarang terkurang kerana PAN..pas mungkin mempunyai jentera pilihanraya yg baik tapi tanpa sokongan rakyat yg semakin benci bn, pas takkan ambil jalan yg salah dengan menyokong bn..cuma diharapkan setiap kata wajib dikota, dan setiap janji mesti ditepati..jgn pula ucapan hadi ini sekadar kencingan sahaja..

    ReplyDelete
  16. Baguslah klu PIS dah sedar diri. Bukti kan dgn hadir Bersih 5. Tapi aku tetap tak kan bg undi aku kpd PIS lepas ni. Penipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menipu manusia dan menipu tuhan.

      Delete
    2. Yer ker ko dapat firasat dari tuhan mana..fatihah lintang pukang.

      Delete
  17. Hadi ni sudah masuk perangkap najib kut,kis pil kuda kena saman dihukum bayar denda yang tinggi,lepas membuat rayuan sikit pun denda tak tersangkut.macam ada plot dengan jalan cerita.mungkin dah masuk perangkap sebelah kaki,jangan bagi tekanan sangat nanti dia potong kaki pula.

    ReplyDelete
  18. Adakah kita sanggup menggadaikan masa depan negara dengan mempercayai golongan2 yang sudah beberapa kali khianat dan mungkir janji kepada rakyat? PAS sama seperti UMNO adalah golongan2 yang tidak layak memerintah apatah lagi untuk mentadbir negara. Kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan negara akan lebih terjamin dengan kebinasaan UMNO dan juga PAS. Kedua2 parti totok dan taksub ni harus ditolak oleh rakyat. Rakyat dan negara tidak memerlukan parti2 politik yang mempergunakan agama dan bangsa untuk meraih undi.

    Menjaja sentimen agama dan bangsa adalah perbuatan hina dan ianya tidak sepatutnya ada dalam politik Malaysia di alaf baru ini. Umum patut sedar bahawa tidak wujud pertembungan kaum (cina nak menguasai melayu) yang di canangkan oleh UMNO dan tidak ada juga konspirasi sulit untuk memurtadkan umat Islam yang diheboh2kan oleh PAS. Kedua2 parti ini adalah parti yang "cikai" yang hanya mampu meraih undi bukan melalui keupayaan serta kebolehan mereka untuk memerintah tetapi mereka meraih undi dengan menakut2 umat islam melayu dengan dongeng2 serta cerita2 tahyul.

    PAS dan UMNO sudah "run its course" in our political development. Its about time we ditched these filthy losers in the drain of history, only to be look at again once awhile, to remind us of our bleak "jahiliyah" history when UMNO and PAS used to dominate the people through "ignorance and fear mongering". Lets say "bye-bye" to PAS and UMNO, once and for all. Goodbye and smell you later or never!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  19. Hj.Hadi, Tun Mahathir dan DSAI ketiga mereka ada aura tersendiri ...kesepakatan mereka menjadikan regim Rosmah akan tumbang secara total pada PRU 14 nanti..ini fakta!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar ya karisma aura mrk tersendiri. Hadi Awang tidak. Pas hancur di tangan Hadi.

      Delete
    2. satu umor dah over due satu lagi gay tua karisma apa?

      Delete
  20. Bila tok ketua lebai pembohong bersiri berkata2 ..sepatah ayatnya..sepuluh patah saya tak percaya..

    ReplyDelete
  21. Cakap 'ketua' PAS ni asyik pusing-pusing. Buat loya tekak mendengarnya.

    ReplyDelete
  22. Percayakah kau sama Hadi ni ? Lagi baik depa pi bikin lawak badut. Lagi lumrah drpd makan dedak !

    ReplyDelete
  23. Hadi adalah seorang munafik.Jangan percaya dengan orang munafik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi ker pahala ko untuk Hadi?

      Delete
  24. Hadi ni tak boleh pakai langsung. Dia mungkin ada agenda lain memandangkan najib tidak lagi memerlukan Pas kerana sudah kembali kepada MCA yang boleh menguruskan segalanya dengan China untuk menutup bangkai najib ! Pas dan Hadi boleh terjun masuk longkang ! kah kah kah !

    ReplyDelete
  25. Sebagai pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat pada dua PRU terdahulu, apa yang dilakukan Haji Abd Hadi Awang dan geng Talibannya pada hemat saya bukan sebarangan kesalahan yang boleh dimaafkan. Mengangkat diri sebagai 'ulama', menjual jenama 'pewaris Anbia' selain memasarkan partinya 'PAS for All' kepada rakyat berbilang bangsa dan agama SECARA MUSLIHAT DEMI KUASA adalah perbuatan khianat yang besar malahan menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang benar (tiada muslihat, tiada paksaan).

    Sekiranya benar Hadi dan geng Talibannya mahu menegakkan Islam di Malaysia perkara ini sebenarnya sudah lama tercapai. PAS sudah 60 tahun dipersada dakwah negara. Kerja-kerja dakwah mereka sepatutnya berkembang dan berkesan manakala pengaruh mereka sepatutnya kini sangat besar. Namun yang berlaku adalah sebaliknya khususnya geng Taliban mengambil alih kepimpinan. Kaedah dakwah mereka makin hari makin mundur kebelakang.

    Jika dahulu sebahagian besar pendakwah PAS atau 'tabligh' akan ke serata corok kampung dan pendalaman berdakwah, namun kini lebai-lebai PAS lebih senang duduk di kerusi atau sofa empuk di dalam masjid, majlis ilmu dan pejabat kerajaan dan menantikan jemaah datang kepada mereka. Kerja-kerja masuk kampung kini diambil alih Mubaligh Kristian. Tidak hairan agama Kristian semakin berkembang bukan sahaja di kawasan suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak malah di kalangan orang asal Semenanjung dan bangsa Melayu.

    Mubaligh Kristian yang masuk kampung dan melakukan ziarah rumah ke rumah adalah anak-anak muda yang cantik rupa paras, bersih tubuh badan, elok juga pemakaiannya selain tinggi santun pekerti mereka. Ini amat berlawanan dengan sebahagian besar lebai-lebai yang buruk penampilan dan aqlak mereka terutamanya yang gemar mencela dan merendahkan sesama Muslim. Kaedah Mubaligh Kristian tadi lebih mirip cara Pesuruh Allah berdakwah sedangkan lebai-lebai PAS semakin keras, kasar dan menekan, dakwah ala Taliban dalam percakapan dan perbuatan mereka.

    Dakwah PAS sepatutnya juga lebih berjaya kini ketika PAS semakin mesra dengan UMNO dan Murshidul Amnya pula dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Islam tajaan Putrajaya. PAS tidak perlu bersusah-susah bertanding pilihanraya dan tidak pon perlu menang kerusi DUN dan Parlimen untuk berdakwah dan menegakkan Islam. Majlis Syura, Majlis Ulama dan Majlis Harian tidak cukup anggota, tenaga dan masa untuk berdakwah khususnya pada masa kini ketika negara dilanda begitu banyak musibah sosial.


    Kesempatan kemesraan Hadi-Najib yang dikatakan seperti adik beradik itu sepatutnya memberikan ruang yang amat besar kepada lebai-lebai PAS, khususnya yang gemar 'sampul' setiap kali selepas tazqirah, usrah dan kuliah, untuk masuk ke jabatan-jabatan kerajaan Persekutuan berdakwah.

    Kita sedia maklum Malaysia berada dalam kolompok 10 tertinggi dunia pengamal rasuah. Malaysia juga 10 tertinggi dunia statistik kemalangan maut. Selain itu Malaysia juga antara tertinggi pengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Cukup dengan tiga isu tadi lebai-lebai PAS tidak akan habis bercakap, tazqirah/usrah mereka tidak akan habis berjalan (selain pendapatan mereka tidak akan putus) ketika berdakwah kepada kakitangan kerajaan yang berjumlah lebih 1 juta itu dan rakyat yang berjumlah 30 juta.

    Malang sekali ini tidak berlaku. PAS tidak mahu dakwah. Hadi dan geng Talibannya hanya mahu kuasa. Dengan kuasa mereka mampu menghukum. Mereka merasakan diri mereka berada di maqam tertinggi ketika mereka malas dan gagal menyebarkan ilmu (dakwah). Fikirkan, apakah mereka ini layak berada di kedudukan menjatuhkan hukum, termasuk menjawat tugas Pengubal Undang-Undang (ahli Parlimen dan DUN)? Jika tidak maka bertanding PRU adalah perbuatan sia-sia.

    (bersambung)

    ReplyDelete
  26. PAS pernah memegang tampuk kuasa eksekutif di empat negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Selain Perak, ketiga-tiga negeri yang dipandu pemimpin tidak menunjukkan hasil yang baik sebelum dan ketika ini. Mereka memunggah hasil bumi serakus Regim. Mereka kurang perduli kebajikan rakyat yang hidup susah dan tertekan. Mereka tidak mampu mengurangkan kadar masalah sosial dan jenayah dadah, seksual, curi-rompak dikalangan umat Islam. Adakah dengan mengangkat mereka ke jawatan penting kerajaan menjadikan negeri dan negara lebih baik dan berjaya? Jika mereka berjaya menguasai Pulau Pinang dan Selangor, kedua-dua negeri ini juga akan mengalami nasib yang sama.

    Cakap-cakap satu lawan satu bukan hanya untuk PRU. Kita bercakap soal menentukan pentadbiran Persekutuan dan Negeri, soal menentukan dasar-dasar kerajaan, soal penyatuan dan kesepakatan kaum-kaum, soal kemakmuran ekonomi, soal pembangunan seimbang bandar dan luar bandar, soal keselamatan sosial dan sempadan, soal pendidikan dan kesihatan, soal kebebasan dan keharmonian. Ini semua ditentukan oleh pemenang PRU.

    Bagaimana negara akan mendapat dasar-dasar yang baik lagi bermanfaat jika rakyat (samada rela atau terpaksa) mengangkat wakil-wakil yang gemar u-turn, suka berlawan arus, mengelak mesyuarat penting, ponteng sesi bahas, selain gemar pendekatan maki hamun cerca cela dan panas baran?


    Bagaimana satu kerajaan gabungan akan berfungsi dengan baik sekiranya ada sebahagian daripadanya mengangkat matlamat Presidennya lebih tinggi dari mandat rakyat, yang tidak mampu membedakan peranan sebagai wakil parti dan wakil rakyat, yang gagal membedakan tanggungjawab sebagai ahli parti dan kerajaan/Dewan?

    Secara peribadi kepercayaan saya kepada geng Taliban terhakis sepenuhnya selepas kemangkatan Almarhum Nik Abd Aziz Nik Mat dan tragedi PR. Pesanan saya kepada parti-parti pembangkang sedia ada kukuhkah saf anda tanpa perlu berharap apa-apa dari PAS. Jika PAS sadar kedudukan dan nilai dirinya ia tidak perlu kenakan syarat-syarat untuk bekerjasama menumpaskan Regim. PKR-DAP-Amanah-Bersatu sudah cukup kuat untuk menjatuhkan Najib dan Regimnya sekiranya sekarang mereka sudah bersatu hati, bersepakat dalam semua perkara, tiada lagi 'setuju untuk tidak setuju' dan muafakat dalam isu-isu penting negara. Saya melihat tanpa PAS Pakatan Harapan masih mampu menumbangkan Regim selagi PAS tidak 'mengila babi' meletakkan calon dikerusi-kerusi ditandingi PKR-Amanah-Bersatu.

    Melihat perkembangan mutakhir ini Hadi barangkali sedar panas baran dan sifat angkuhnya membinasakan parti. Makin ramai jemaah menjarakkan diri dari geng Taliban. Pengundi bandar tekad tidak akan memilih PAS manakala pengundi atas pagar dan ahli UMNO yang kecewa lebih senang dengan Amanah dan Bersatu. Sekiranya PAS masuk bertanding tanpa sokongan PH atau UMNO peluang untuk menang hampir tiada. Rakyat tidak sejahil lebai-lebai dalam menilai siapa lebih baik dan lebih layak berada di kerusi kerusi dakwah dan kerusi kuasa.


    'Ulama' yang angkuh merasakan parti mereka mampu bersendiri kini tersungkur, dan mengharap tangan PKR atau UMNO untuk memapah mereka. Selepas drama RUU355 tidak berjaya, lebai-lebai yang terpukul dan terkencing dengan janji manis Najib, terpaksa menadah muka menahan celaan jemaah sendiri. Dipatuk di lubang yang sama sekali lagi adalah satu pekerjaan paling bodoh, maka mereka terpaksa u-turn lagi dan kembali mengharap ehsan PH.

    Sekiranya saya di kerusi ketua pembangkang - pisang tidak akan berbuah dua kali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Terbaik.

      Delete
    2. Kalau hanya Umno dan Pas bertanding di kawasan saya, saya takkan gi mengundi. Dua2 parti ni sama jahatnya.

      Delete
    3. Saya sokong Tuan 09.58...sekiranya Umno dan Pas bertanding dikawasan saya GOMBAK SELANGOR saya dgn sengaja rosakkan undi..

      Delete
    4. Sangat setuju 90juta%

      Delete
    5. aik ... mana pegi 10% tu?

      Delete
    6. lu jgn. mimpi lebih pakaton harapun bungkos di pantai timur.

      Delete
    7. mana dapat E AH taip panjang menjalar siap sambung lagi 1/2 dan 2/2 salin dan terap kot.

      Delete
    8. maaf,aku tak akan undi pakatan hopeless kecuali calon pas bertanding.

      Delete
    9. aku pong, partai carca merba.

      Delete
  27. Jgn percaya dgn hadi munafiqun laknat ni. Yg keluar dari mulut dia hanya racun dan bisa sahaja

    ReplyDelete
  28. Yang jadi batu api orang yang sama..jgn.terperangkap..mungkin sb umno.

    ReplyDelete
  29. BOLEH DIPERCAYAI kaaaaa...... ???......

    ReplyDelete
    Replies
    1. VANA VOLEY - ITU AJI VOHONG

      Delete
  30. Selagi hadi dan kuncu2 ada.. Pas tak boleh dipercayai.. Pas akan buat sampai Islam dipandang lemah dan hina.. berpura2 nakkan hudud.. tapi sebenarnya untuk pecah belahkan pembangkang.

    ReplyDelete
  31. Saya setuju 100% dengan pendapat Keluangman. PAS kata jangan kacau rumah depa bermaksud Kelantan lah tu. Baik ada makna dan tak ikhlas . Kalau macam tu Amanah tak ada ruang la bertanding d Kelantan. Fikir2 lah wahai peneraju utama Bersatu dan Pakatan Harapan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Kat ganu tu takda sapa kacau, tapi Napa hanya mampu presideng sepenggal aje.lawak oh lawak...mula dah cari alasan untuk kejatuhan kelantan ke tangan umngok.Salahkan kapir tapi isley kapir-mengkafir u-turn.

      Delete
    2. Mohong Ralat sikit
      Rumah Kat ganu tu takde siape kacau, tapi Nape hanye mampu presideng sepenggal je. lawak oh lawak...mule dah cari alasang untuk kejatuhang kelantang ke tangang umngok.Salahkang kapir tapi isley kapir-mengkafir u-turn.

      Delete
    3. Suasana di Kelantan atau Terengganu lain pertembungan hanya di antara PAS dan UMNO sahaja..ini realiti. Kalau UMNO tumbang bererti PAS menjadi Kerajaan begitulah sebaliknya. Parti parti serpihan yang wujud sekarang spt. cendawan selepas hujan tak usah berangan sangat jentera tak hebat mana penyokong ciput ibarat nafsu lebih kemampuan tak ada..baik cari ubat kuat dulu..hehehe.

      Delete
    4. Jika AMANAH juga masuk bertanding di Terengganu dan Kelantan, apa akan terjadi kepada PAS agaknya. PAS akan kalah teruk, itulah hakikatnya.

      Delete
    5. Saudara rasai suasana setempat bukan baca blog seteru terus buat andaian.Ada parti baru dituboh tak ada cawangan.

      Delete
  32. Sudahlah jangan percaya dgn parti ini pemimpinnya cakap macam hindu mabuk tak tahu cakap apa masing2 nak nak tunjuk hebat pada aku potong ayam pun tak percaya dgn parti yg berlandaskan islam tetapi cakap tak serupa bikin jadi DAP PKR AMANAH jgnlah terpedaya dgn mereka biarkan siluncai terjun dgn labu2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lebih suka
      kalau ph tiada pas.
      nanti dekat pru14
      mereka buat hal
      takkan hura hara nanti.
      kan hadi tu ularmak munafik.
      berhati-hatilah ph.
      adanya keadilan, dap,
      amanah dan bersatu
      sudah mencukupi.

      Delete
    2. RE: "Selain mengatakan sedia berunding ke arah itu, Hadi cuma mahukan "jangan kacau rumah kami"."

      Hadi Sang Takfir! mu dah lama sangat mengacau rumah Melayu dengan pengumpatan dan fitnah - mengkafirkan orang Mukmin!!!

      Delete
    3. geng geng dapig and mat sabu marah benor dgn.hadi sampai tiada maaf bagimu..hebatttt!

      Delete
    4. Indahnya bahasa penyokong Hadi Awang ni. Belajar dari ularmak taraf dunia lah kata kan... Huhu

      Delete
    5. aku tak belajar dari hadi aku belajar dari mat sabu..sekarang ko boleh lihat bahasa mereka terhadap hadi dlm.blog ini..aku hanya sebut 'dapig' itu pun ko dah melalak.

      Delete
  33. Ketika Hadi tidak mau bersama ko orang maki bila Hadi mau bersama ko orang maki jugak..sedey..hu hu hu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lebai2 munafik peralatkan Islam.

      Delete
  34. Kenyataan Hadi buat ramai termasuk Budin terpancut pra matang! Kah Kah Kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni khalid memanjang je mencarut2 bila bcakap

      Mengalahkan org gila talak bahasa kau ni

      Delete
    2. Macam la ko tak pernah mencarut ee..leeh.

      Delete
  35. Pak Hadi telah diliwat oleh UMNO di Parlimen apabila RUU355 yang bergiliran nombor empat dipermulaan sidang Parlimen kini langsung diketepikan. Sekarang dia hendak kembali kepada pihak pembangkang. Apakah dia berpaling tadah lagi dan bermesra dengan UMNO apabila terima lebih banyak roti canai kelak, 90 keping roti canai mungkin dah habis makan.

    ReplyDelete
  36. Undi Pas = Undi Umno

    ReplyDelete
  37. admin ada lagi isu terkini? ...

    ReplyDelete
  38. BERSATU akan menjdi UMNO baharu. Dasar parti adalah mirip. Slps pembangkang memenangi PRU14 nnti, BERSATU akan menerajui kerajaan. PKR DAP AMANAH akan ditendang oleh BERSATU. Percayalah..mana blh duduk lama. Dasar tiap2 parti adlh berbeza.

    ReplyDelete
  39. Walaun-walaun bodo dalam PAS ni tak habis-habis mengungkit pasal jentera pilihan raya. Kalau ramainya petugas atau penampal poster boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah parti memenangi pilihanraya maka sudah tentu Pahang, Trengganu dan Kedah sekarang ini milik mutlak PAS. Tetapi kenapa mereka kalah teruk di PRU lepas..??? Semuanya kerana sabotaj dan kelemahan kempen tempatan dan sikap degil Presiden Pengkapir Umah PAS yang tidak mahu mendengar atau mengambil sebarang nasihat dan iktibar dari akar umbi menyebabkan mereka hanya menang poster tapi kampung tergadai. Walaun tetap walaun bak kata pepatah 10 jong berlabuh, anjing tetap bercawat ekor jua. Itulah standard Melayu Islam yang susah untuk mentafsir Islam itu sendiri sehingga tiada apa yang baik daripada Islam yang boleh mereka teladankan.

    ReplyDelete
  40. I would say good bye to PAS...ma'a salamah...you owed me answer to this direct and plain question i.e. Bila nak saman Sarawak Report berkenaan RM90 juta tu? Saja tanya jangan marah....kah kah kah

    ReplyDelete
  41. Hairan beribu ribu hairan, masih ada penyokong PH yang percaya si hadi ini !!!!!!

    Wahai para penyong PH, bangun la dari tidur kamu, hadi sudah jadi damaged beyond repairs, tak boleh pakai lagi. Dia kena kencing UMNO, sekarang kamu semua begitu gembira menjemput di kencing oleh hadi, apa sudah terjadi ini.

    Apa yang si hadi sedang lakukan ini adalah semata-mata memberi tekanan kepada BN kerana azalina telah mengatakan bahawa RUU yang di kemukakan oleh hadi mungkin tidak dapat dibentangkan kali ini. Niat dia begitu jelas, takan kamu semua penyokong PH tidak boleh nampak.

    ReplyDelete
  42. tertggl bas artikel yg lepas,

    salin dan tekap

    Macai-Macai ProTun menyebar luas gambar-gambar lawatan Perdana Menteri ke China bersama dua anak lelakinya Riza Aziz dan Norashman Najib. Ubun-ubun belum keras macai-macai ProTun ada hati untuk mempertikaikan tindakan Najib Tun Razak.

    Mereka terlupa Mantan Perdana Menteri pujaan mereka, Mahathir Mohamed pernah membuat lawatan ke negara yang sama. Siap bergambar di Tembok Besar China. Turut berada di dalam gambar adalah Marina Mahathir, anak perempuan Mahathir.

    Aik … boleh pulak? Siapa Marina Mahathir di dalam Kerajaan pada masa itu? Menteri kah? Timbalan Menterikah? Dutakah atau Pegawai Tinggi Kerajaan? Untuk perhatian macai-macai ProTun, Presiden Indonesia, Jokowi juga pernah membawa dua anak beliau ketika lawatan rasmi ke Jepun.

    Mereka pergi naik jet komersial kah? Bayar sendiri kah?

    ReplyDelete
  43. Ke mana lagi istiqamah boleh pergi kecuali bakul sampah apabila keadaan kewangan tidak mengizinkan, lalu mengharap belas ehsan dari orang lain, seperti UMNO.

    Maka dalam keadaan yang terdesak itu besar kemungkinan PAS akan menjadi "hamba" kpd UMNO.

    Asyik bercakap pasal hudud/ruu 24j aje tidak dapat menyelesaikan apa-apa. Hasilnya hanya lah keadaan "soru miss" seperti yang dialami PAS sekarang.

    Dah tiba masanya untuk PAS beristiqamah di atas bumi nyata.

    ReplyDelete
  44. Terlalu sibuk dengan perkara ruu 355...
    Sahaja..

    PAS tak ada keluarkan bajet 2017 mereka ke..? untuk rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku hanya iktiraf kalau
      RUU355 dikemukakan oleh Raja-Raja Melayu.
      RUU335 Pas@HadiMunafikUlarmak punya
      BOLEH JALAN...
      BOLEH BELAH...
      GO TO HELL...
      GO TO MAMPUS...
      Selepas PRU14 Pas boleh ditalqin.
      Sebab: Pas khianati undi aku.

      Delete
    2. ish ish ishhh bernilai undi kau yek. caya la.

      Delete
    3. 17:46 hang boleh gubal Ruu355 untuk Raja Raja Melayu...chat yuk.

      Delete
    4. Anon 10:46.
      Boleh, tak ada hal punya.
      Kau pula seeloknya pergi jilat jubur Hadi@MunafikUlarmak tu.
      RUU355 Pas dah tak lakulah.
      Azalina kiv kaw-kaw....

      Delete
    5. Maaf.
      Sebenarnya Anon 18:46.

      Delete
  45. Udah udah lah tu pemimpin memikirkan yang terbaik untuk persembahan PRU 14 pencacai asyik berkelahi mana mungkin untuk menghadapi Regim Korup.

    ReplyDelete
  46. Jahat-jahat umngok, semua tahu umngok jahat sejahatnya menindas rakyat.

    Beza dengan puak u-turn

    Membantu puak jahat kemenangan dan menjadi punaisehat kepada puak kleptokrasi terpimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah klepto .. klepta .. klaka kot .. tak kan kelakar pulok.

      Delete
    2. Selangor dah bentangkan Bajet2017.
      Kelantan bila lagi?...

      Delete
    3. Bajet gone end tak nak sebut ke?

      Delete