Tuesday, 22 November 2016

KESIAN UMNO....


Selepas perhimpunan Bersih 5 yang terbukti mendapat sambutan cukup ketara daripada rakyat berbilang bangsa, bersungguh benar nampaknya UMNO mahu bekerjasama dengan Pas. 

Dalam waktu terdekat ini saja sudah dua pemimpin UMNO menyuarakan perlunya kerjasama itu demi perpaduan Melayu kononnya.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, seruan ke arah kerjasama itu yang sebenarnya hanya untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kalah pilihanraya pasti lebih berdegar-degar lagi dentum-dentamnya.
Kesian...walaupun berkuasa sudah lama dan wang pula ada beribu-ribu juta, tapi masih lagi merintih-rintih mengharapkan cinta lama...

Malangnya, Pas sehingga ini belum tergerak hati lagi untuk menerima gamitan cinta daripada UMNO, sang kekasih lama itu.
Pemimpin-pemimpin Pas bukan saja menolak untuk bergabung, bahkan bekerjasama pun tak mahu juga.

Malah, diminta pula UMNO dibubarkan dan semua ahli-ahlinya disyaratkan masuk Pas sebagai cara untuk bersama.
Kehkehkeh.....(SH 22/11/2016).

72 comments:

  1. Ini semua wayang belakang tirai..bak kata gegarvaganza..ada dedak ada lagi..dua2 tak boleh dipercayai parti jual agama dan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,,, Menganalisa kemungkinan kerjasasama antara PAS dan Umno sama sekali bukan untuk meredhakan Nasionalisma? Mudahnya bagi yang menuduh secara umum tanpa disertakan bukti bukti dan hujah meredhakan nasionalisma hanya kepada ulasan kemungkinan kerjasama yang dilihat dari beberapa sudut seperti berubahnya prinsip Umno daripada Nasionalisma kepada Islam yang syumul dan dari sudut keperluan PAS memilih antara dua kemudharatan.Kesemua aspek ini sebenarnya ada dalam Islam dalam menjamin kesinambungan amalan Islam, jadi di mana haramnya yang mahu dihalalkan?


      Mentahnya pemikiran pendakwa seolah olah dia benar benar mahir dan tahu mengenai ajaran Islam tapi hampeh dan sampah.Islam menggariskan pelan tindakan yang cukup untuk semua situasi, tiada haramnya kalau terpaksa memilih antara dua kemudharatan dan jika tiada kemudharatan maka tiada pilihan yang perlu bermakna kalau PAS mendapati tidak perlu memilih, maka tak ada pilihan dan tak ada kerjasama dengan Umno, tetapi kalau PAS terpaksa memilih antara PH dan Umno sudah tentu analaisa yang saya buat menunjukkan PAS perlu memilih Umno tapi tetap ada syaratnya .Jadi di mana haram yang nak dihalalkan itu, di mana meredhakan nasionalisma?

      Dasar PAS tetap sama, Al quran sunnah, dan ijmak ulamak diutamakan dari pemikiran manusia.Dalam hal memilih antara dua kemudharatan, apa yang dibentang sedikitpun tidak lari dari apa yang diputuskan oleh ulamak sejak lama dulu, bukan baru dan bukan juga pendapat peribadi berdasarkan pemikiran sendiri.

      Sedangkan kalau Umno terus meletakkan akal fikiran manusia sebagai panduan mereka, tidak ada kerjasama yang boleh dijalin dan kalau Umno mahu menerima panduan agama sebagai ikutan, syarat yang diberi oleh ATGNA akan terpakai, PAS akan bubar dan semua pakat masuk Umno.Benda mudah macam tu pun susah nak faham?

      Tetapi seperti yang saya kata kemungkinan ini kelihatan sukar berlaku kerana ramai ahli Umno merupakan pemikir pemikir yang pakar dan tidak berminat dengan apa yang termaktub dalam panduan agama.Sudah tentu dalam keadaan ini kerjasama adalah sukar tetapi sebagai jemaah Islam yang menjaga Islam, mungkin pada satu peringkat PAS tidak ada piiihan selain bekerjasama samada dengan Umno atau PH.Pilihan yang lebih baik antara keduanya ialah Umno, maka tidak ada apa apa yang harampun kalau kerjasama dibentuk dengan satu MOU yang meletakkan kepentingan memelihara Islam dari dihina atau dicemar.

      Haram apa ke bendenya yang nak dihalalkan? Mungkin kalau PAS menjalin kerjasama dengan PH ia tak akan jadi haram, dan barang diingat PAS masih lagi ada kerjasama dengan PKR, apa itu juga meredhakan nasionalisma dan menghalalkan apa yang diharamkan ugama?

      Menuduh secsra umum itu mudah tetapi tidak mengambarkan sipenuduh seorang yang bertanggungjawab dan boleh didengar tuduhannya.......

      Delete
    2. KERJASAMA adalah satu amalan mulia yang diperintahkan oleh Allah dalam kita menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.

      Salah satu kerjasama yang penting ialah kerjasama politik atau disebut “Tahaaluf Siyasi.” Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan contoh-contoh terbaik dalam melaksanakan kerjasama politik terutama dengan orang bukan Islam.

      Ketika umat Islam diwajibkan bersatu padu di atas dasar Islam (hablillah), umat manusia secara umum diperintahkan supaya saling berkenalan (taaruf), yang menunjukkan perlunya ada hubungan kemanusiaan sesama insan.

      Dalam sejarah, Tahaaluf yang berlaku dalam peristiwa al-Fudhul untuk menentang kezaliman,

      Tahaaluf dengan Abu Talib untuk melaksanakan dakwah,

      Tahaaluf dengan Muth’im bin Adi untuk memelihara keselamatan pendakwah,

      Tahaaluf dengan Yahudi dalam Sahifah Madinah untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan Madinah dan tahaluf dalam Perjanjian Raidhwan dengan Quraisy untuk diadakan gencatan senjata, telah menunjukkan bagaimana keharusan dan prinsip dalam tahaaluf.

      Adapun beberapa peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. menolak tahaaluf dengan Abu Lahab untuk berkompromi tentang akidah,

      menolak tahaaluf dengan Bani Amir kerana tidak mahu memberi komitmen untuk menyerah pemerintahan kepada orang tidak beriman dan

      menolak tahaaluf dengan Bani Syaiban kerana mengelakkan gerakan Islam terjerumus ke dalam perangkap musuh, telah memberikan garis-garis sempadan dalam kita mengadakan hubungan atau kerjasama politik dengan pihak lain.

      Satu prinsip terpenting dalam tahaaluf siasi yang dilaksanakan ialah ia mesti memberikan keuntungan kepada Islam. Mustahil kita melakukan sesuatu tahaaluf yang tidak menguntungkan, apatah lagi merugikan Islam Islam.


      Maka dalam hal ini, saya gariskan beberapa prinsip asas yang mesti menjadi panduan setiap kali kita membawa cadangan untuk melakukan kerjasama politik.

      Pertama, Islam hendaklah menjadi pemimpin dalam kerjasama politik. Tidak boleh sama sekali Islam dipimpin. Sesiapa yang mempunyai kecenderungan untuk bersama sama dengan PAS, mesti menerima PAS sebagai pemimpin.

      Kedua, kerjasama mestilah dibuat atas dasar Islam. Dasar-dasar lain yang bercanggah dengan Islam tidak boleh diterima dalam kerjasama politik. Kita mungkin boleh bertolak ansur untuk menerima “persepakatan” dalam kepentingan bersama yang selari dengan Islam seperti menentang kezaliman, mencegah rasuah dan seumpamanya.

      Tetapi kita tidak akan bertolak ansur untuk menggadai dasar Islam.

      Ketiga, semua kerjasama yang dirangka mesti membawa keuntungan kepada Islam. Kerjasama yang terang-terangan merugikan Islam, mencabar kemuliaan Islam atau menentang Islam tidak akan wujud sama sekali.

      Sebagai sebuah gerakan Islam, apabila kita mahu menjadikan tahaaluf sebagai satu srategi politik, maka kita mesti memastikan ia berjalan mengikut landasan syariat.

      Tidak boleh kita berhujah semata-mata atas dasar “diluluskan oleh Muktamar.” Kerana Muktamar PAS sendiri adalah terikat dengan sumber hukum PAS iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias.


      membawa maslahat dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip;

      mengakui kepemimpinan Islam dan tidak menjejaskan prinsip perjuangan;

      tidak berwalak kepada sekutu pakatan dan tidak reda dengan pegangan mereka


      Kita telah bersama Barisan Nasional (BN) (1973-1977), Harakah Keadilan Rakyat (HAK) (1986), Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) (1988-1996), Barisan Alternatif (BA) (1998-2008), Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015), dan kini kita memimpin Gagasan Sejahtera untuk menyatukan kekuatan pembangkang mengikut prinsip tahaaluf yang digariskan oleh Islam.

      PAS sentiasa terbuka untuk menerima semua kumpulan Islam supaya bersatu di bawah Gagasan Sejahtera berdasarkan prinsip Islam. PAS juga boleh menerima mana-mana kumpulan bukan Islam yang bersedia untuk menerima kepemimpinan Islam, mengakui perjuangan Islam dan sanggup untuk bersama-sama mempertahankan Islam.

      Tidak ada ruang kerjasama bagi kumpulan yang menentang dan mengkhianati Islam!

      Delete
    3. Assalamualaikum...
      Kenyataan terbaru Anuar Musa boleh mengecutkan perut ramai penentang Najib terutamanya dari PH atau lebih khusus PAN sebabnya kerjasama PAS dan Umno boleh menyelamatkan kerajaan persekutuan Umno dan peluang untuk PH atau PAN menguasai Kelantan akan hancur.Siapa tidak takut?Kalau segala taburan dan rekaan cerita Husam kuasa 10 akan berkubur begitu saja.Walau bagaimanapun PAS tidak mudah melatah dengan taktik pujukan Anuar Musa kerana PAS cukup tahu PAS tidak sama dengan Umno.


      Oleh itu apa yang Anuar Musa kata PAS dan Umno mempunyai persamaan buat masa sekarang tidak benar sama sekali.Dasar PAS adalah menjunjung Islam dengan erti meletakkan AL Quran, sunnah dan ijmak ulamak di atas pemikiran manusia sedangkan Umno dasarnya pragmatis yang sekular yakni meletakkan akal manusia mengatasi petunjuk agama.

      Sebab itu kita lihat sekarang Umno tetap berpegang dengan ajaran Islam dalam setengah hal dan menolak perintah Islam dalam hal yang lain terutama dalam hukum jinayah serta penduan individu supaya tidak rasuah atau menindas dengan kuasa yang ada.Umno memilih untuk ikut akal dalam bab hukum jinayah dan tarbiyah individu supaya jangan rasuah dan menindas orang yang tak sehaluan.Itu beza yang jelas antara PAS dan Umno tetapi persamaannya, kedua dua pihak masih seagama yang boeh memungkinkan PAS dan Umno jadi sama di masa hadapan.

      Untuk recalled, walaupun Umno tak mahu ikut Islam seluruhnya, Umno masih menguat kuasakan undnag undang Islam dalam beberapa aspek kehidupan.Undang undang munakahaq terutama melibatkan nikah kahwin masih lagi teguh dengan undang undang Islam, undang undang pesaka masih lagi ikut undang undang yang ditetapkan Islam dan yang terbaru undang undang perbankan Islam sudah dikuatkuasakan untuk orang Islam dan pilihan untuk bukan Islam.

      Sambil itu pemantauan kepada amalan Islam juga bagus, Umno mengujudkan satu pasukan dalam KDN yang diberi kuasa untuk memantau dan mengawal penerbitan dan penjualan Al Quran menyebabkan kita semua boleh yakin dengan Quran yang kita baca dan beli.Pengawalan bahan makanan halal ditugaskan kepada JAKIM yang juga boleh kita harapkan untuk lebih yakin setiap kali kita membeli belah.

      Begitu juga memantauan ajaran sesat, semuanya disediakan Umno tetapi bila sampai kepada undang undang jinayah dan perlakuan rasuah dan penindasan kedapa penentang mereka, Umno tak mahu ikut Islam.Di sinilah kerosakan yang besar yang dilakukan oleh Umno, bukan Najib seorang sahaja tetapi kerosakan itu bermula dari Mahathir, orang yang kuat menentang Najib hari ini sehingga sanggup bercakap sampah bahawa siapa yang tak mahu joint PH dan Bersatu untuk lawan Najib dianggap makan dedak Najib.Ngok punya kenyataan, tak siuman langsung.

      Berbalik kepada kenyataan Anuar Musa, suka dinyatakan PAS dan Umno masih tak sama dan boleh jadi sama hanya dengan satu syarat, syarat yang pernah dinyatakan oleh ATGNA ia itu Umno kena masuk Islam seluruhnya.Kalau ini berlaku, maka seperti kata ATGNA kita akan bubar PAS dan masuk UMNO keseluruhannya.

      Itu syarat mutlak yang masih terpakai sehingga hari ni tetapi sebagai relatifnya, kalau Umno masih gagal menukarkan dirinya kepada Islam sepenuhnya dan ini merupakan kemungkinan yang besar memandangkan kepakaran yang dalam Umno lebih kepada kepakaran sekular, maka PAS mungin juga akan berada pada situasi memilih dua keadaan mudharat dan yang kurang mudharat akan jadi pilihan.

      Apa dia dua keadaab mudharat? Situasi politik hari ini, Umno dan PH serta bersatu merupakan dua keadaan mudharat yang terpaksa dihadapi PAS, jadi PAS terpaksa memilih antara keduanya.PH dan bersatu tidak menunjukkan minat untuk menjadikan Islam sebagai panduan carahidup, dan kita bimbang kalau mereka berjaya menjadi kerajaan, banyak perkara perkara yang sudah dilaksanakan Umno dalam Islam akan dihapuskan.Mungkin tiada lagi pemantauan penerbitan dan penjualan Al Quran, pemantauan produk halal dan mungkin juga akan ada pindaan hukum kepada hukum kekeluargaan Islam yang melibatkan rukun rukun nikah yang amat penting kepada penjagaan nasab keturunan kita orang Islam, siapa tahu!



      Delete
    4. Tak payah laaa tulis panjang panjang pasal perpaduan melayu, pasal islam (aku tak baca pon, sekali imbas jerrr). Umno dan pas tak relevan lagi, masing2 nak survive jerr. Ekonomi skrg tunggang langgang, dua parti ni tiada penyelesaian...baik buang terus.

      Delete
    5. Ada artikel sangkut dgn PAS ja.. mamat 9:33 atas ni mcm org kena sawan babi..

      Mcm budak diploma buat assignment, copy dari internet, langsung x baca dah.. trus print bagi pensyarah.. alhirnya dpt markah 0/25.

      Dia ingat pensyarah bodo piang gamaknya.

      Delete
    6. Komen panjang -/panjang tak guna, bangsa dan agama adalah jualan paspisdumbngok tapi bab ekonomi kantoi mantoi, bab perpaduan maysarakat majmuk gagal harbi.Ada akai pikiaq sendiri.

      Delete
    7. Anon 9.33,

      'Dasar PAS tetap sama, Al quran sunnah, dan ijmak ulamak diutamakan dari pemikiran manusia.Dalam hal memilih antara dua kemudharatan, apa yang dibentang sedikitpun tidak lari dari apa yang diputuskan oleh ulamak sejak lama dulu, bukan baru dan bukan juga pendapat peribadi berdasarkan pemikiran sendiri.'

      1. Apakah pendirian PAS pada hari ini tentang isu 1MDB? Ini adalah isu pelaburan besar negara bukan peribadi.
      2. Apakah pendirian PAS dalam isu isu permasalahan rakyat seperti gst, rasionalisasi harga minyak/barang keperluan asas dan bermacam lagi? Apa tindakan pihak PAS?

      Delete
    8. Nabi kita pernah berkata: Diakhir zaman, akan ada umat ku menjual agama dengan mendapat keuntungan yg sedikit.
      (1) dulu berbagai ayat quran dan hadis dibca kpd pengikut melayu, sampai sibodoh dikampung bercerai berai akibat umno dan pas(dosa ini pun kamu masih tak tertanggung)
      (2) orang pas masih lagi tak pi solat jumaat di masjid kerajaan disetengah kampung.

      Allah maha esa telah tunjuk kpd umat melayu di malaysia.
      Satelah kamu mengkafirkan orang umno.....kamu tak secara tak sedar pi berbaik dg Dap kafir harbi?

      Sekarang satelah dapat dedak besar....kamu cari puls ayat quran dan hadis supaya sesuai dg matlamat kamu sekarang untuk berbaik dg umno.

      KAMU BOLEH MENIPU ORG MELAYU YG BODOH, KAMU TAK BOLEH MENIPU ALLAH.

      Matlamat kamu bukan pemerentahan cara islam, tapi matlamat kamu hanya kuasa, join umno dapat jadi menteri, dapat gaji besar, peluang nuat duit besar.

      Delete
    9. Menyatukan umat, jangan mimpi di siang harilah wahai orang UMNO dan PAS,
      kalaulah parti yang kecil seperti UMNO dan PAS tak boleh disatu-padukan, inikan nak satukan Melayu yang berbagai species.
      Ada Melayu Islamic, Melayu Secular, Melayu Atheist, Melayu Liberal, Melayu LBGT, Melayu Urban, Melayu Ulu, Melayu Fascist, Melayu Anarchist, Melayu Korup dll
      Semua dah tahu pemimpin UMNO dan PAS sendiri yang tamak kuasa dan mengamalkan politik kotor yang memepecah-belahkan UMNO dan PAS kepada PKR, Bersatu, Team B, UMNO Baru, UMNO Lama, PAN dll .
      Tutup cerita, satukan ahli PAS dan UMNO dahulu sebelum bermimpi hendak satukan Melayu dan Malaysia.
      Orang dah bosan dengan slogan dan cerita2 kejayaan seperti buat masjid dan terbitkan Al-Quran. Tiada gunanya terbitkan Al-Quran dan membina masjid sekiranya Al-Quran diputar-belit dan masjid yang dibina itu digunakan untuk tujuan politik sehingga ramai yang yang tidak selesa datang masjid mendengar khutbah dan majlis ilmu yang berbau politik dan kadang ketika melaknat orang yang tidak sekufu dengan mereka seperti orang2 yang berlainan agama, fahaman politik dan mahzab.

      Delete
    10. lupakanlah parti penjual agama tu.Memang dah tak boleh pakai!
      Kelate pun tumbang trip ni guu.

      Delete
    11. Masjid kerajaan dia tak pergi. Tapi golok dia tetap pergi kochak..

      Delete
    12. Dalam media massa pimpinan PAS kata tak mahu bekerjasama dengan Umno..
      Disebalik tabir dalam gelap ada pimpinan PAS bersundal dengan pimpinan UMNO sejak PRU2008 lagi.

      Apa tugas Nasikrudin Mat Kisah bekas Tim Preseden PAS di Putrajaya???

      Sudah sudah lah bermain wayang menipu rakyat dan penyokong bawahan.

      Dato Husam Musa sudah kena pecat kerana mendedahkan pembohongan pimpinan PAS Pusat.

      Wala' dan jilat jadi mainan pimpinan PAS selepas ketiadaan almarhum TGNA.

      Delete
    13. Anon 12:20.. Kalau awak mahu masjid yang tiada khutbah politik, pergi solat Jumaat di Masjid India,KL atau Masjid Hanafi, Sentul atau Masjid Tabligh Seri Petalin KL.

      Delete
    14. Woi kengkawan..kalo yang tuleh panjang-panjang payongkan PasPisPus tu korang bolayan jer..kasi skrol ke bawah lagi baik..korang bace pon tak nambahkan minda pon..ayat copy paste..tu jer standard diorang!!

      Delete
    15. Anuar musa kata "gabungan Umno & Pas membuatkan PH kecut perut" kakahkah. Majoritinya org kelate je yg masih sokong Pas. Selagi org2 tua kelate ramai yg masih hidup...selagi itulah Pas menang di kelantan. Jenis spesis Pas totok. Beli tiket ke syurga boleh dapat bidadari..yabedabedu! Utk makluman org2 atasan Pas, rakyat dah ramai sedar iaitu:

      UMNO = parti jual bangsa
      PAS = parti jual agama

      Memang amat sesuai bergabung.

      Delete
  2. Harap Jamil Khir dipanah petir. Berbagai kemungkaran yang diamalkannya dan dia berlindung di sebalik agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tah2 ko yg kena panah peti ... tak tergamak ambo nak goyak sobab mulut ambo ni masin.

      Delete
    2. Mu dok atas rumah rakit pun dah senang hati.
      Berak senang. Mandi pun senang.
      Kalau susoh hati mu boleh pi golok.
      Golok tu syurga pas

      Delete
    3. Mulut mu masin sebab dok asik make ike masin cecoh budu !

      Delete
    4. Otak pun budu patutlah bodoh nak mampus

      Delete
    5. Anon 10:54 itu tanda darah tinggi kronik, tak lama lagi mampus la tu

      Delete
    6. Memang mulut dia masin sebab selalu pi menjilat kat golok tu.

      Delete
    7. Takyah kat golok bro..kat KB tu pon adaaa..tak caye?? Cer tanya budak biol apa name tuh..Kelli's Castle? New Castle?? Tah..tak kuasa nak ngingatnyer!

      Delete
  3. Nampak jelas Tuhan tunjuk yang orang melayu sebenarnya menganut agama palsu ciptaan tok guru.Sebab itu,adalah biasa bila ostad,ostazah,agamawan,dan orang warak pecah amanah.Al-Quran telah menyebutnya.Bacalah dengan teliti.Elok sangatlah UMNO dibubarkan dan semua masuk PAS.Lagi senang bila semua munafik duduk dalam satu kapal.

    ReplyDelete
  4. Cerita lama diulang2, untuk menubuh kerajaang perpaduang..pemimpin kecil berperang perang, apa agaknya komen sihadi awang,mungkin sedang mengira uang, nak jadi apa lantaklah korang, yang penting aku senang..boleh pegi berjalang jalang...kesian sungguh pengikut yg malang, ini semua cuma satu wayang..wayang yg sentiasa diulang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk Kira duit sampai KOMA, terimalah kifarah dari Allah SWT atas dosa2nya memakan duit suhabat dan gaji buta.

      Delete
  5. Saya sokong pas dan umno joint venture. Jadi akan ada satu lawan satu, lebih senang bungkuskan ke dua dua parti ni.

    ReplyDelete
  6. Parti bukan agama!Jangan sampai menunggang agama untuk kepentingan parti walhal kelakuan dan peradaban tidak mencerminkan umat Islam sekadar untuk memenangi hati rakyat untuk mengundi parti mereka.Aku rasa rakyat sekarang ni taklah bebal untuk memilih parti mana untuk diundi pada PRU nanti cuma jangan terlalu taksub dengan parti yang menghidangkan bab bab agama....Fikir2 kan lah terutama yang bercerita pasal agama tapi tak lebih untuk meraih sokongan untuk parti mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Bila baca hadis2..sahabat nabi semakin berilmu semakin merendah diri. Tetapi ostad2 PAS semakin berilmu semakin meninggi diri. 3 perkara yg ada pada mereka:

      1) kafirkan org yg tak join dgn mereka
      2) suka maki2 & mencarut
      3) bab memantat ostad2 ni champion!

      Adakah Ilmuan2 Islam & Agamawan2 itu sepatutnya memiliki 3 ciri2 di atas?

      Delete
  7. Parti umno ini memamang dah nazak pemimpinnya yg penuh dg rasuah sombong bongkak hidup kayaraya dan membiarkan ahlinya org melayu merempat macam peminta sedekah kalau tak percaya tengoklah ahli2 umno org melayu dibandar dan kampong jadi inilah masanya nak tumbangkan umno tetapi klu nak jount dgn parti lagi satu ini tak tahulah kerana parti ini pun lidah bercabang dan tak boleh dipercayai dulu boleh sokong bersih la ni haram pulak jadi jgn berharap sangatlah pd parti yg kononnya islam tu fikir2kanlah

    ReplyDelete
  8. Ceh..Hadi Awang percaya UMNO 500% Ruu355 akan dibacakan kali ke 2 di PARLIMEN..anak buah ckp laen..Pemimpin Tertinggi ckp laen..hahaha mahu pulak dilantik jd ketua.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabutan bukan togel
      nombor bukan nomor
      boleh bukan bisa
      kerana bukan kerna
      pesakit bukan pasien
      datuk bukan mbah
      afdal bukan afdol
      beritahu bukan baratu
      talipon bukan nelpon
      haiwn bukan haiwan
      kadam bukan khodam
      sembahyang bukan ritual
      tanpa bukan tampa
      jampi bukan pelet
      mentera bukan santet

      pokoknya kelapa sawit, buahnya tembikai.

      Delete
    2. setan indon nie, ajak org jadi syirik

      Delete
  10. Elok tu depa bergabung..sekor jual ugama,sekor jual bangsa..dua2 haramjadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. si jamil ni dah takut, takut masuk lokap.
      banyak penyelewengnya akan disiasat sprm
      apabila pembangkang ambilalih kerajaan nanti.
      kah... kah... kah...

      Delete
    2. Aku hairan kenapa anjing umno si datuk sri jamban tak dikenakan sosma pula.
      Bukankah dia nak mencincang orang. Bukankah dia yg kata darah dibayar darah.
      Buat kenyataan kat tv pula tu!!!!
      Hebat sungguh umno skrng ni.
      Boleh hukum orang sesuka hati. Boleh lepas orang sesuka hati.
      Haiyaaaaa.. ini mcam tatak butul lah.

      Delete
    3. Si Jamil tu dudah kecut perut takut bn tumbang. Tak dapat jadi menteri lagi, dedak tak dapat lagi. Apa yg dapat makan minum percuma di hotel sungai buluh akibat makan duit a....y.....
      Kelulusan agama takut Allah?, kelulusan bidang lain jahil?
      Fikir fikirkan lah...

      Delete
    4. Orang mcm jamil ni layak ker bergelar ulama
      Sejak dia jadi menteri najib ni makin besar perut dia aku nampak.

      Delete
  11. Saya punya mual mengalahkan seratus perempuan yang sedang mengandung! Menyampah serta meluat serta mengiang telinga mendengar 'telatah' dari juak-juak yang serba-sebi tak tahu malu.

    Kepada pendukung Pakatan Harapan, cukuplah membuang masa dengan PAS ni. Kukuhkan kedudukan dengan parti yang betul-betul mahu perubahan dan mulakan gerak untuk memberitahu rakyat jelata niat serta tujuan perjuangan anda!

    ReplyDelete
  12. PAS dan UMNO bergabung?...bekerjasama?
    Apa nak gaduh...masing masing dah kena cerai dari rakan kerana kecurangan dan perselingkuhan....biarkanlah mereka.

    PAS yang mejaja agama...melabelkan diri mereka sebagai kumpulan agamawang (bukan agamawan)

    UMNO sarang pencuri...MO1 ketua pencuri.

    Rakyat dapat melihat segala tingkah laku mereka kerana mereka berasmara ditempat awam....bukan berkhalwat lagi.

    Sebagai rakyat yang celik...bukan sukar nak menilai PAS dan UMNO....keduanya tiada nilai langsung!...worthless!...lebih kepada menjijikan.

    Masanya adalah sekarang untuk kita bertindak menukar kerajaan....Tukarlah kepada mereka yang dapat membela rakyat...bukan pencuri atau agamawang.

    We have to change and move on....forget about the past...it stinks and stings us all. The time is NOW!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 2.6 bilion% pendapat putrakraken.

      Delete
    2. Lebih baik demo tu berkahwin drp dok berzina

      Delete
    3. Haiyaaaa...byk syok punya sandiwara.
      Sudah lama bercinta kahwin laaaa
      Apa mau tunggu lagi. Orang kampong pun sudah tau maaa

      Delete
    4. dua persatuan yang tidak relevan, satu jual dan punahkan bangsa, satu lagi jual dan celarukan agama. kalau bergabung memang sahih akan jual negara disebabkan kebodohon dan keangkuhan mereka.

      Delete
  13. Saya cadang TGHA serta Nik Aduh saja yang masuk UMNO. Dua ni orang 'kuat' PAS sudah buat UMNO macam menerima 'sejuta' ahli. TAK GITU!

    ReplyDelete
  14. Gambar diaorang dah menjelaskan segalanya..
    Gambar Jamil Khir,atas:"Marilah berkerjasama wahai saudara seislamku.."
    Gambar Idris Ahmad,bawah:"Poodahh...atau Piirahh..."

    ReplyDelete
  15. tuan2 dan puan2,
    takkan pasal 2.6 bil tu bagaikan marahkan nyamuk maka kelambu dibakar, agak2 la buat pertimbangan tu. dah masyuk pun 140 bil dan sdg plus, plus, plus Bn majukan negara.
    Anggap je yang keluar tu hanya wujudkan team B atau team 2 Umno juga batang tubuh tu walau dijenamakan. Korang sokong pun jadi kuli juga mana ada ubah kecuali dari makan gaji buka perniagaan baru berubah itu pun kalau berjaya dan kalau tidak tang tu juga lah. Korang sokong dah tentu yang atas ni buat banyak duit .... nak selamatkan Malaysia .... poorah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masyuk pun 140 billion?

      Tu bukan duit masuk la bangang. Tu duit Malaysia keluar namanya.

      Kau kalau dah bangang sangat toksahlah mengada2 nak merapu meraban kat sini.

      Delete
    2. Eh mcm tak biasa pulak jumpa macai2 Umno yg bangang. Biasalah En. Tajul...statement dari bdk2 SRP yg bermimpi nk jd menteri besar. Dah "masyuk" rm140 billion??? Kahkahkah..win statement ko!

      Delete
  16. Pas nak kerjasama dgn PPBM ,sebab tu ramai ahli Pas keturunan Cina join Bersih/PPBM baru ni.Mahathir sangat teruja sehingga sanggup membelanjakan hampir setengah juta sewa jet utk pulang dari Sudan.Belanja Mahathir utk join Bersih/PPBM setengah juta ,patutnya duit tersebut gunakan utk sponser semua ahli PPBM utk datang Bersih,kan lebih elok?.

    ReplyDelete
  17. Nmpak gaya mcm jadi je bergabung tu cuma msti ada sikit2 syarat2 yg diaorang tngh bincang...kalau brgabung ke x umno dgn pas tu..kita sume pasrah je lah..moga2 allah tolong kita nanti. .x semestinya diaorang bergabung bn blh menang besar. ..semuanya ketentuan allah...satu je jgn lah merayu2 pada pas nt lg besar kepala diaorng..diaorang akan rasa cam penting sgt. ..tunjukkan kita pun blh menang tanpa sokongan diaorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat RM90 juta lah.
      Sudah bayar apa lagi mau?

      Delete
  18. bersih5 dah selesai dan berjaya.
    baju merah dah berdemontrasi di malaysiakini.
    pas pula bila nak saman sarawak report.
    setidak2nya berdemontarsilah di sarawak report
    membantah pas tak terima rm90juta tu.
    agak akulah pas tunggu hadi@biawak mampus tak...

    ReplyDelete
  19. 12:43 Aaa...May...mang ea. lagi pun dah bagai2 kena kata dek penyokong pembangkang jadinya ikut logik mana boleh terima balik saranan pembangkang. Mudahnye begini ko dah hamun kau2 dgn diarang lepas tu nak ajak dia balik meja runding. Mlm sikit la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama kau tak bekokok waghih buangan ye?

      Dedak dah habis la tu.

      Delete
  20. Umno dan pas dah kena serangan bakteria duit. Kerana duit semua ok. Haram jadi halal dan sebaliknya. Betul pandangan Pas rosakkan agama dan Umno rosakkan melayu. Hari2 terakhir Umno dan Pas. Penyokong anda hanya daripada pemakan dedak.

    ReplyDelete
  21. Wah, orang yang kata, "PAS rela dikencing UMNO" sekarang dah pusing 180° nampaknya. Bagus la. Harap-harap bertaubat lah namanya itu.

    Jangan nanti UMNO hanya perlu kocak tin Milo dengan hanya isian syiling sahaja korang punya lutut tidak jadi lemah sudah lah.

    Beginilah PAS, untuk korang tengok benda ni dalam kerangka yang betul.

    Kat Peru nan jauh tu, xde pemimpin pun nak dinampakkan bersama dengan kleptokrat paling agung dunia masakini.

    PAS kena tanya diri sendiri sama ada orang-orang PAS berasa malu atau tidak, walau pun bukan orang UMNO, dengan layanan "x ambo" yang dia terima kat sana tu? Kami bukan orang UMNO atau PAS, walau pun sebahagian daripada kami kafir harbi, berasa malu.

    PAS juga kena tanya pada diri sendiri sama ada pemimpin kita benar-benar berupaya untuk berasa malu atau tidak dengan layanan "x ambo" yang dia terima kat sana tu? Tanya pada diri sendiri kenapa orang seperti itu x reti makna malu?

    Rasa-rasanya pemimpin-pemimpin kat Peru tu pun dah tahu makna istilah "menggalas biawak hidup". Hanya orang-orang UMNO seperti Mat Keriau, Anu Musang dan ribuan lagi yang buat-buat mekdono dengan kejijikan istilah itu demi dedak.

    Jangan lah hang termakan dengan pelawaan kerjasama dalam apa bentuk pun mereka itu. Itu adalah pelawaan orang hidung x mancung, pipi tersorong-sorang.

    Tiada siapa pun sanggup berkerjasama dengan UMNO sekarang melainkan gerombolan baju merah. Kalau lah PAS mahu jua terima pelawaan UMNO itu bermakna martabat PAS telah jatuh hina setaraf dengan martabat gerembolan baju merah.

    Setahu kami PAS sebenarnya berprinsip dan mulia, iaitu selari dengan kehendak-kehendak agama Islam yang mereka anuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni meletihkan tu pasal dok cela sbb fed-up takdo solja main peranan bogoseh punggok maria & ambiga. skrg ni siapo cari siapo, pas dah pokak kan telingo kalu suara sumbang dtg dari Mahathir & the grup.

      Delete
  22. PutraKraken 11.29..komen/bahas anda terbaik..harap2 ini akan berlaku secepat mungkin..aaaminn.

    ReplyDelete
  23. Elok umno bersama pas..Pas pun dah tak dapat undi bukan melayu lagi..sebahagian penyokong pun dah lari kpd Amanah..begitu juga penyokong umno lari kpd Bersatu...sama2 lemas..sama2 dapat derma...sama2 takut nak saman

    ReplyDelete
  24. Satu cadangan yang baik iaitu PAS bergabung dgn UMNO dlm BN.

    Memudahkan rakyat memilih dlm PRU14 nanti bila satu lawan satu BN vs PH.

    Sudah sudahlah main wayang Musang Berjanggut menipu rakyat yg sedang menderita sekarang ini.

    ReplyDelete
  25. Umno n Pas have failed miserably...Both r no longer relevant to rakyat

    ReplyDelete
  26. Aku mmg harap umno pas dan semua masyarakat melayu bergabung supaya dapat halau bangsa lain terutamanya keturunan dapigs dan specis mata sepet ni. Specis ni mana2 yg dia hinggap bawak penyakit. Tanya lah sapa2. Terajang keluar saja specis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh ngggos? Leceh. Kalau takde DAP nanti UMNO takde modal nak takut2 orang Melayu totok macam ko.

      UMNO amat memerlukan DAP LEBIH drp Melayu memerlukan UMNO.

      -Jerronggos Jonggang..

      Delete
  27. Kalau bergabung .. macam mana pulak dengan * amanat bj hadi * .. makan diri sendiri .. jangan terbelit sudah .. dedak dedak dedak .. dapat mencuci segalanya ..

    ReplyDelete
  28. Dunia hari ni..katak pun teringin nak jadi PM

    ReplyDelete
  29. Betul tu tuan. Tak padan dengan pendik
    Masuk umno kena terajang. Masuk pas pun kena tendang.

    ReplyDelete
  30. parti politik yg kalau tidak utk membela rakyat dgn ikhlas patut dibubarkan. apakah nama parti tersebut? sendiri cari...jawapan.

    ReplyDelete
  31. Yang satu terdesak ,yang satu bersikap angkuh ,Elok kita kuburkan dua dua parti hipokrit ni dlm PRU nanti

    ReplyDelete