Friday, 4 November 2016

HADI BERTEMU MUHYIDDIN 8 NOVEMBER


Beberapa jam setelah Hadi Awang mengeluarkan kenyataan pada 2 November lalu bahawa Pas kini terbuka kepada perundingan satu lawan satu dengan parti-parti pembangkang bagi menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, ia segera mendapat reaksi positif daripada PPBM.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Pas dalam tempoh terdekat bagi tujuan tersebut.

Pas telah menyatakan persetujuan ke arah itu serta tarikh pertemuan juga sudah ditetapkan, kata Muhyiddin lagi.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga memberitahu, PPBM turut dijemput menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dalam tempoh terdekat ini.
Pada tarikh 2 November itu juga adalah hari PPBM mengumumkan barisan pimpinan tertingginya dan mengadakan mesyuarat khas buat kali pertama di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Difahamkan, dalam mesyuarat itu Muhyiddin telah memaklumkan keinginan Hadi untuk mengadakan perbincangan bagi tujuan kerjasama dan tarikh yang telah ditetapkan untuk beliau bertemu Presiden Pas itu ialah pada 8 November ini.

Dalam mesyuarat itu juga diputuskan bahawa pada pertemuan pertama ini ia hanya perlu melibatkan Muhyiddin dengan Hadi saja, kemudian baru disusuli dengan perbincangan yang mungkin melibatkan antara lapan hingga sepuluh pimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Ternampak bahawa sebelum Hadi mengeluarkan kenyataan "sudah lama membuka pintu untuk satu lawan satu", parti itu turut mengorak langkah yang seiring ke arah perbincangan dan perundingan.

Mungkin selepas ini Pas akan turut mengadakan perbincangan dengan PKR dengan tujuan yang sama. Walaupun terlihat sukar untuk Pas mengadakan perundingan dengan Amanah dan seperti menutup pintu untuk berbincang dengan DAP, jalinan kerjasama dengan PPBM dan PKR sekurang-kurangnya sudah memadai untuk merealisasikan formula satu lawan satu.

Ini kerana Pas tidak mungkin bertembung dengan DAP kerana kedua-duanya bertanding di kawasan yang berbeza. DAP tidak mengacau kerusi Pas selama ini dan sekiranya Pas setuju tidak mengganggu kerusi DAP, masalah kedua-duanya boleh dianggap selesai meskipun tidak mahu bertemu dan berunding.

Kalau pun barangkali timbul masalah ialah kerusi untuk Amanah, tetapi dengan Amanah merupakan komponen Pakatan Harapan, jalan tengah masih boleh diusahakan.

Sekali lagi, moga-moga Pas kekal istiqamah dan tidak berubah-ubah. Diharapkan juga tiada lagi kenyataan-kenyataan seperti "Pas ingin menjadi kuasa ketiga dalam negara", "Pas mahu bertanding di kerusi-kerusi DAP" atau "Pas menolak untuk bekerjasama bagi menjatuhkan Najib dan kerajaan".

Pertemuan awal Muhyiddin dengan Hadi pada 8 November ini amat dinanti-nantikan dan semoga memberi hasil yang positif dan membanggakan. (SH 04/11/2016).

69 comments:

  1. Harap2 mudin nasihatkan lobai amanat , kalau nak gubal/kuatkuasakan undang-undang pis hendaklah berkuasa diputrajaya.Jangan buang masa nak jadi punahsehat kepada umngok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa nasihatkan, jangan suka buat u-turn dan label-melabel.

      Delete
    2. Ini copy paste analisa dari blog Qaddafi:

      Pakatan Rakyat telahpun terkubur dek kerana keangkuhan Pas enggan menerima nasihat rakan Pakatan bahkan Pas sendiri berpecah kerananya sehingga tertubuhnya Amanah, lalu apabila mereka ingin cuba kembali setelah berjaya merosakkan Pakatan Rakyat, ada pimpinan Pakatan Harapan teruja dan menerimanya begitu sahaja?

      Tidak Boleh! Pas mungkin rela "dikencing" Umno berkali kali namun adakah pemimpin Pakatan Harapan rela untuk dikencing Pas buat kali kedua?

      Jangan begitu, Pakatan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya itu tinggi,bayangkan jika Pas bersama Pakatan berhadapan BN pada Pru14, Pakatan dan BN masing masing mendapat jumlah kerusi yang hampir sama dan Pas memenangi beberapa kerusi yang menjadikan mereka ada kuasa penentu "king maker" untuk membentuk kerajaan, dibimbangi mereka akan sekali lagi memporak perandakan pembangkang dengan meminta kedudukan yang tidak selayaknya untuk mereka jika Pakatan ingin mendapatkan sokongan mereka, dan akan berpaling kepada Umno sekiranya Pakatan enggan menurutinya, bukankah ini akan merugikan Pakatan itu sendiri?

      Pas juga punyai rekod lama khianat sebelum pilihanraya dimana telah berlaku pertindihan calon di kerusi milik PKR menyebabkan PKR kalah disemua kerusi tersebut termasuklah BN berjaya merampas dun Kota Damansara.

      Kedua analisis senario ini adalah berasas apabila Pas juga mempunyai rekod sebagaimana didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang sewaktu beliau menjadi naib presiden Pas tidak seberapa lama dahulu bahawa beliau dihubungi pemimpin tertinggi Pas untuk membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menubuhkan kerajaan perpaduan melayu islam bersama Umno pada ketika itu.

      Delete
    3. Akibat terlalu syookkk bermain dicelah kangkang umno, tak perasan dan tak kisah kena kencing berbelas belas kali spt yg diakui oleh Naib Presiden PAS.....hahaha hihihihi!
      Geli gelemam aku rasa!!!

      Delete
    4. Pru14.pilihan hanya satu.bersatu.Satu lawan satu..semua pemimpin parti pembangkang ada penasihatnya..Telah dikaji akan hakikat ini..satu lawan satu amat penting..Maka mereka terpaksa tarik tali antara satu sama lain..untuk dapat kerusi pertandingan yg lebih..ikut kuota kerusi pembankang .BN telah mula dapat baca strategi ini..mereka mula gelabah dan takut..pecah dan perintah amat penting..itu yg anda lihat ramai komen bn yg menyamar pembangkang disini..semakin banyak dan semakin menjela ayatnya..pecah dan perintah..ini mainan BN..Pas faham hakikat ini dan parti lain lain pun begitu..Hadi kurang bercakap untuk elak digunakan oleh BN..Tapi hakikatnya satu lawan satu amat penting..KM Sarawak boleh buat keputusan bersama BN Atau tidak..yg kuat pru14 akan dia ikuti survival sarawak..itu yg saya maksudkan..Faham..Allah maha perancang dan tiada sesiapa pun yg hebat disini kecuali Allah yg esa..Satu lawan satu..Perancangan itu adalah kesitu..Takdir Allah.. dan usaha kita perlu bersatu..Tiada pilihan..Komen negatif akan bertambah..tunjukkan betapa kasutnya BN disini..perang saraf BN..shhh ramai org BN menyamar disini..Hati hati..Hanya jauhari yg kenal permata atau kaca..shhhh org BN datang..

      Delete
    5. Hadi@UlarmakMunafik ni
      lidah bercabang macam biawak
      tak boleh pakai punya.
      Konco-konconya lagi teruk.
      Terutama Nas@FilmBiru & Nik@Bodoh.
      Jangan jumpalah Muhyiddin.
      Cukuplah dengan Keadilan, Dap
      Amanah, Bersatu dan Warisan.
      Atau lain-lain yang bukan Pas.
      Luruskan saf jangan gaduh-gaduh
      Pru14 nanti pasti menang tanpa Pas.

      Delete
    6. Pakatan Harapan dah kuat.
      Pas tidak berguna lagi.
      Tak kuat ke kalau dah ada;
      mahathir
      anwar
      mahyuddin
      wan azizah
      shafie
      lim kit siang
      mat sabu
      azmin ali
      rafizi ramli
      lim guan eng
      nurrul izah
      bla... bla... bla...

      Delete
    7. bn/umno pun kuat juga.
      kerana ada;
      najib
      zahid
      sallehkeruak
      hishammuddin
      matmaslan
      nazriaziz
      azalina
      nohomar
      rahmandahlan
      nurjazlan
      plus
      jamal@ikantongkol
      ali@bontotdance
      plus coming soon
      punahsihat
      hadi@awangkenit.
      kah... kah... kah...

      Delete
    8. Anon 19:48.
      Jangan lupa Husam dan Mukriz.

      Delete
  2. ..Dan jika calon pembangkang menang atas tikit satu lawan satu pun, Najib yang mempunyai banyak dedak akan mengumpan setiap calon lawan yang menang melompat ke BN mungkin dengan tawaran RM 10juta, 20juta, 50juta, 100juta setiap seorang. Ini yang akan menjadi kebimbangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemberi dedak makan bilion-bilion, pendedak makan jota-jota...lu pikiaq sendirilah....kahkahkahkah

      Delete
    2. Dah menang bermaksud..dah berkuasa..Tak perlulah harapkan dedak lagi.tak sempat pun fikir..yg penting lari..lari..lari..waktu tu..cuba nak takut pembangkang..tapi sebenar BN yg ketakutan..

      Delete
    3. Pru14 satu lawan satu..Tiada pilihan..Gagal akan gagal lah pembankang.Semua pemimpin pembangkang tahu..Tun tahu hakikat ini..Kajian saintifik menunjukkan hampir mustahil pembangkang menang kiranya tak bersatu dlm pru14..satu lawan satu..org yg bijak akan faham hakikat..ini. yg cuba tak setuju.kebanyakannya org BN yg menyamar pembangkang.cuba nak takut pembangkang..pecah dan perintah.tapi sebenar BN yg ketakutan..strategi akhir mereka tak menjadi pecah belahkan pembangkang..Sarawak telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka..bila bila boleh berubah..Kebijaksanaan Tun dan bijak pandai lain..akan pastikan ini tak berlaku..kita akan lihat banyak komen negatif..shhh..itu org BN..

      Delete
    4. Merapu meraban majoriti ke org Sarawak hanya segelintir je yg membangkang yg skrg ni hidup segan mati tak mahu. Faham.

      Delete
  3. Ada peluang bentang tapi minta tangguh, lain hari sedondon, lain hari lagi monteng dan lain hari lagi beramanat label melabel jelek.jgn lupa dia cakap tak nak ke POTARJAYA dan berminat menjadi penasihat kepada umngok.

    ReplyDelete
  4. Kalau Pas. PIS..Pus banyak songeh..dan perasan dia paling berpengaruh serya banyak syarat...lupakanlah mereka. Buang masa saja melayan lebai2 yg mabuk tu. Lebih baik kuatkan saf PH yang ada dan tumpukan gerak-usaha utk menarik pengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Biarkan parti isle munafik itu dengan surga mereka.

      Delete
    2. Jgn cerita syurga neraka, politik dimana2 didunia hanya cerita dunia sahaja, awak tertggl bas ke? Apa tak lagi cerita halal dan haram .. sendiri timbang selama dah belajar dan faham, politik mana ada kejujuran, jadi munafiq tiada dikamus politik sbb matlamat halalkan cara saperti nakhoda kita mantan yang berjuang skrg ni. Tak gitu.

      Delete
  5. Perancangan manusia tidak kemana
    Walaupun jauh di negeri China
    Pemimpin khianat pelbagai warna
    Orang yg zalim tidak sempurna

    Walau sejuta dedak diberi
    Doa rakyat kepada Ilahi
    Jika Allah selamatkan negeri
    Bermillion dedak tidak kan jadi

    Duhai tn guru yg bijaksana
    bersama PPBM sebangsa se agama
    Bergaduh Amanah tidak kemana
    Pemimpin khianat tolak bersama

    Kita doakan berjalan lancar
    Dapat bersama seiring sejajar
    Perbuatan munafik jauh tersasar
    Pengkhianat negara mesti diajar..



    ReplyDelete
  6. Muhyiddin sewajarnya menjemput dan memberi keutamaan kepada PAS untuk lebih berperanan dan mendekati secara mesra dengan beberapa pemimpin kanan parti itu.

    PAS yang selalu dipinggirkan oleh semua parti yang didampinya sebelum ini perlu juga diberi lebih kepercayaan dan penghargaan.

    Semua pihak perlu lebih dahulu memahami PAS sebelum meminta PAS memahami mereka.

    ReplyDelete
  7. Muhyiddin sewajarnya menjemput dan memberi keutamaan kepada PAS untuk lebih berperanan dan mendekati secara mesra dengan beberapa pemimpin kanan parti itu.

    PAS yang selalu dipinggirkan oleh semua parti yang didampinya sebelum ini perlu juga diberi lebih kepercayaan dan penghargaan.

    Semua pihak perlu lebih dahulu memahami PAS sebelum meminta PAS memahami mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is there something you know that we do not?

      More ever the need to understand PAS than vice-versa, care to elaborate?

      Whomever 'kafir mengkafir kan sesama muslim', doa lakhnat melakhnat, doa pecah perut for example, care to comment?

      UMNO (though its sickening to even mention UMNO) is seen as 'kafir' for continuation/association with the colonial's legacy and Laws (only because dorang kafir) but PAS working so ever closely with DAP, OK?

      Too long a list to write-up PAS's u-turn/s and what not that we're seeing PAS hung unto ISLAM only for its survival or rather a superficial front.....errr dah saman 90 Juta?

      One fine example of an ulamak (May Allah forgive his soul) giving the benefit of the doubt defending the BUGIS-THIEF-OF-THE-CENTURY over the thief's denial before finally by his own admission that MONEY did indeed landed in his PRIVATE BANK ACCOUNT yet, the ulamak did not make out any statement/s or retraction/s for his support giving wide-reaching perception that even ulamak condoned such thievings??? And, still remember the THIEVING becomes DONATION and eventually morphed into a series transformation of creative but silly and stupid LIES? And PAS did nothing!?!

      On the fighting front there should be Plan B or C with the possibility of PAS not within the fraternity in getting UMNO-BNajib to be send to its demise.

      My take on this meeting.......,

      Not to be banking on HIGH HOPE, so that when we don't set a reasonable or even high expectation.....if things doesn't work out, we won't be DISAPPOINTED, period!

      Salam

      MLN

      Delete
    2. Well said definitely absolutely 100% correct.

      Delete
    3. Apabila kita ingin mencari satu titik perdamaian, penyatuan dan satu kerjasama saling mempercayai dan menghormati bukanlah dengan cara mencari titik titik perbezaan untuk dimelodikan semula.

      Ini adalah medan politik yang menyatakan dengan jelas, kawan dan lawan bukan selamanya...tembok berlin lagi boleh dipecahkan inikan pula sekadar sepakterajang politik yang memenuhi, mengisi dan mempengaruhi perubahan, pertukaran dan posisi pemimpin dari semasa ke semasa.

      PAS mendahului semua parti lain dalam memenangi sebuah kerajaan negeri dan faktor paling kuat membantu DAP dan PKR mula bertapak... Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit untuk tunjuk bodoh sombong dan samseng dengan PAS secara keterlaluan.

      Mula memahami PAS, bermula dengan menghentikan segala hentaman dan provokasi ke atas PAS terutama dari DAP.

      Delete
    4. Tiada pilihan..bersatu.satu lawan satu..Biarlah pemimpin tertinggi yg berbincang secara teratur ..Kita perlu positif suasana penyatuan ini..cari kebaikan bukan cari keburukan..yg komen negatif tentang penyatuan ini..selalunya org BN menyamar pembangkang..pecah perintah..Strategi BN..uturn..karpet ke..tak penting..Jiwa ,terkilan kita,puashati kita..tak penting..sentimental..jiwang..bukan senarai membuat keputusan politik..Ini untuk negara..pejuang dahulu yg 100 kali dasyat dari cubaan dan digunakannya akan terus korban hati dan perasaannya..untuk penyatuan dan kemenangan..komen negatif selalunya pelakunya org BN yg dalam ketakutan akan penyatuan Pembangkang..shhh Bn sedang ketakutan..biarkan..biarkan..

      Delete
  8. Peribahasa dahulukala menyatakan ;

    Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri china,

    Tapi sekarang telah diubah...

    Nafikan DOJ dengan berkerjasama dengan negara China.

    Apakah mudin dapat sekolahkan tukang yahadi bawang segala kemunafikun umngok?

    ReplyDelete
  9. Berhati2 dan jangan terpedaya dgn lebai2 mabuk tu. Kita kena ingat apa kata2 yg keluar dr mulut lebai2 Pas..Pis..Pus ni...
    Lebai Tuan Ibrahim Tuan Man pernah kata "mereka akan jadikan pas parti yg berharga...BN akan cari pas...Pembangkang akan cari pas...masa itu Pas sangat berharga"
    Ingat pula kata2 lebai Hadi "pas tak akan sekali2 bekerjasama dgn parti Amanah yg khianat pada Pasa dan tak akan kerjasama dgn parti Dap yg menentang hukum islam"
    Lihat pula kata2 lebai Nik Abduh "kita akan bekerjasama dgn siapa sahaja samada dgn Umno atau dgn parti pembangkan asalkan meteka memenuhi kehendak Pas"
    Ini saja sudah cukup menggambarkan betapa Parti Pas..Pis..Pus ini parti yg tidak boleh dipercayai.

    So...hati2...dan jangan buang masa melayan kerenah parti yg dinahkoda oleh pemimpin2 yg bodoh dlm politik.

    Note: INGAT KITA MENGHORMATI MEREKA KERANA AGAMA MEREKA TAPI DLM BAB POLITIK MEREKA TERLALU BODOH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan elokla awak terus jadi pemuda mana2 parti drpd komen disini agar byk org boleh dgr apa yg awak fikir pandai tu ... lagi berkesan.

      Delete

    2. Dan saya cadangkan elokla awak 04.23 terus jadi punahsihat mana2 parti drpd komen disini agar byk org boleh dgr apa yg awak fikir pandai tu ... lagi berkesan.

      Delete
    3. ppbm kalau kerjasama dgn pas akan terhakis kredibiliti parti baru itu.
      pas x ble dipercayai

      Delete
    4. anon 17:28.
      anda betul.
      pas lidah bercabang
      macam ular@biawak.
      umno pun tak macam tu.
      teruk & dahsyat...

      Delete
  10. Saya ucapkan selamat maju jaya pada dua org ni, walau bagaimana pon saya sceptical terhadap PAS. Harap2 PAS boleh buktikan one and for all yg mereka takkan main kayu 3 dgn bersatu dan umno. Main masak2 chopstick 2 dgn DAP pon dah kira ok. Dgn org lain main balun dgn 1 kayu golf pon aku tak kisah.

    ReplyDelete
  11. sebelum jumpa nanti.... siapkan baju melayu utk tuan hj ......sedondon utk dipakai di hari pertemuan tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinis kamu nih......lawak giler!

      Satu jer......warna pink dah di guna-pakai lain colour lah....

      Delete
  12. ni seme mainan PAS la wei. x caye tengok bila najib blk dri cina, berubah pulak nada lebai2 nih.

    ReplyDelete
  13. Kerjasama antara PAS dgn BERSATU diharap mjadi realisasi. Kedua2 parti memiliki ideologi yg sama. Bahkan kedua2 mereka adlh parti berhaluan kanan. Dgn kerjasama antara PAS-BERSATU, PKR-DAP-AMANAH akan tergugat krana ketiga2 parti tersebut adlh brrhaluan sosialis (pengganas komunis). Dan ini menguatkn lg naluri sy bhw kerjasama BERSATU dgn pembangkang lain adlh tidak kekal lama suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  14. Jgn kacau rumah bermaksud kerusi yang dipegang Pas kekal 1 lwn 1 dan hanya kerusi yang berpeluang dimenangi dan pernah dimenangi diserahkan pada Amanah dimana Pas tidak bertanding dan kekal tidak mahu terlibat dalam sebarang acara menurunkan Najib dgn cara tidak betul saperti anjuran perhimpunan bersih seumpamanya. Ini pun diatas persetujuan perjumpaan 8 Nov nanti barangkali akan terjadi juga pertantingan 3 penjuru sekiranya mana2 samada pkr, pan, ppbm mahu pun dap (melalui proxy saperti Dyana) bertanding di "rumah" yang dimaksudkan itu.

    ReplyDelete
  15. Saya agak 'jengkel' apabila Parti Politik yang baru (entah boleh hidup lama ke tidak!) asyik sibuk mengetengahkan barisan pucuk pimpinan. Sebut 'ahli' saja tak boleh ke?

    ReplyDelete
  16. Pas berebut2 kerusi dengan PPBM. Jedua2nya berjuang kerana Melayu. So, kalau nak selamat Pas kena beri separuh kerusi yang ditandingi dalam PRU13 kepada PPBM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko fikir cerita Nujum Pak Belalang ke, 1 utk ko 1 utk aku, 2 utk ko 2 utk aku, piraah ini politik la bro merebut KUASA

      Delete
    2. Dalam banyak2 kerusi tu ada jugak yg pis pus tidak pernah menang.habis Pru/prn cuma yg ada statitik naik turun undi, APA salahnya yg susah menang tu bagi aje Kat bersatu.Manalah tau bersatu mampu bertahan lebih dari sepenggal.

      Delete
    3. bersatu lawan di semua kerusi umno bn

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin,

      Ni balau Indon nombor ekor dah terlepas dalam blog ni.

      Kasi flying kick sama dia, Admin.

      Delete
    2. Nombor pukimak kau. Kami dlm blog ni tak makan duit haramlah. Lahanat punya lndon.!!!

      Delete
    3. Admin sedang rehat agaknya tak perasan Indon sesat jual eko sambil beramal - Amal pala hotak dia.

      Delete
  18. Janganlah kita percaya dgn pertemuan ini dan mengharapkan sesuatu kerana parti ini tidak boleh dipercayai terutama pemimpinnya ketua pemuda dan ketua penerangannya yg tak sedar diri apa pun parti DAP dan Amanah adalah lebih ikhlas perjuangannya yg ditakuti parti ini menjadi ajen kpd umno dan bn kerana dedak jadi jangan percayalah parti ini biarkan dia sama umno mca dan gerakan

    ReplyDelete
  19. Klu diberi pilihan:

    1. HH vs LKS. Aku pilih LKS
    2. Ahmad Yaacob vs LGE. Aku pilih LGE
    3. Nik Beduh vs Zairil. Aku pilih Zairil
    4. PIS vs UMNGOK. Aku rosakkan undi

    Sorry aa... Tiada tanda2 parti lebai malang ni boleh berubah sblm PRU14. Pemimpin DAP lg aku percaya dr ularmak dan gang ostad yg tak sedar diri dan ada record mengkhianat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama

      Delete
    2. aku pun serupa.
      pegi mampus pas...

      Delete
    3. Cina kafir lebih mulia
      jika dibandingkan dengan
      Melayu Islam jenis Pas...

      Delete
  20. Ko Cino bukit melalak kat sini watpe. Pegi browse di goblog DAPig tu ... boleh, memekah ja berambus ko dari sini. Fahammmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello... Lobai malang dah menyalak kat sini. Belajar dr ularmak taraf dunya ke?!

      Delete
  21. Agak-agak si Abduh boleh tidur lena tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. O'nge Kelate demi mengenangke jaso arwah pok nik maso hidup dok selalu tarbiah kito ngaji .. lagi pun buruk baik biyo le o'nge kito Pah perintah, mu pese sanak sodaro maro kito jange bagi undi kat parti dule tu, sobob diyo o'nge dah jadi barua cino bukit. Apo lagi Nik Adduh ni comey kelakuan diyo kalu dibandingke si Husam perampok tu habih tanah kito digadai pado cino bukit.

      Delete
    2. Di dalam bab agama pok ni pandai. Tetapi dlm bab politik pok nik masih bodoh lagi.

      Delete
    3. Kenape Mat Sabu kata awat semua Melayu2 ni bodoh dok sokong lagi (yang menangkan undi adalah majoriti yang dikata bodoh) kecuali semua majoriti tu pandai serupa Zack Armstrong. Tu pasal kenal sadar hakikat ada tinggi ada rendah ada pandai yg sedikit ada bodoh yang byk soalnya berapa undi .. itu yang penting bukan soal pandai atau bodoh.

      Delete
    4. Admin sedang rehat agaknya tak perasan Indon sesat jual eko sambil beramal - Amal pala hotak dia.

      Delete
  22. Bertemu dan berbincang pekara biasa. Mana-mana pemimpin parti boleh lakukan dalam usaha mendisiplinkan parti gabungan supaya berpegang pada satu manifesto.

    Cuma yang menjadi perkara luar biasa bila pemimpin utama parti PAS yang sebelumnya mahu bertanding semua kerusi tiba-tiba bikin u-turn kononnya mereka menyokong formula satu laean satu untuk kalah kan BN.

    Boleh kah kita mempercayai kewibawaan nya ? Sudah lupa kah kita tentang tuduhan kononnya segelintir pemimpin PAS telah mendapat dedak dari Najib yang dianggarkan RM90juta...? Hadi begitu serious mahu menyaman pihak yang menuduh tapi sampai sekarang buat senyap saja.

    Pada kebiasaan nya orang yang telah diberi rasuah akan lakukan kerja khianat seperti yang diperintah oleh sipemberi rasuah.

    Bolehkah pemimpin PH mempercayai dan membiarkan PAS menjadi musuh dalam selimut ?

    Sama seperti Najib. Bolehkah kita mempercayai kewibawaan beliau dalam urusan memberi projek mega kepada kerajaan Cina tanpa unsur rasuah didalam perjanjiannya sedangkan kita semua sedia maklum Najib bersungguh menutup skandal 1MDB menjadi rahsia kerajaan sehingga hari ini?

    Berbincang dengan pemimpin parti PAS bukan salah. Mencurigakan pemimpin PAS sebagai musuh pun bukan satu kesalahan.

    Biarpun mereka mengakui sebagai orang islam namun kita sedia tahu bahawa orang islamlah jadi perompak, penyamun, penipu dan jual agama dalam negara.

    Berbincang lah dari subuh sehingga kesubuh. Tapi setiap kali berbincang pasti ada pian A. Dalam masa yang sama mesti merangka plan B juga tanpa diketahui oleh orang plan A. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun rasa sangat heran.
      Segala perjanjian dengan Cina tu
      sudah dibincangkan oleh kabinet Najib ke.
      Tidak perlu kelulusan parlimen ke.
      Atau Najib pandai-pandai buat sendiri ke.
      Bukankah semuanya itu melibatkan
      keseluruhan rakyat Malaysia.
      Kalau terjadi apa-apa musibah
      siapa yang akan bertanggungjawab.

      Delete
    2. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mustapa Mohamed, ada ikut sama ke?

      Delete
  23. Dulu, setiap kali PRU aku undi Pas.
    Kini, kalau Pas bersama PH aku undi BN/UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana pemimpin pas flip flop.
      pas telah dihina sebegini rupa.
      tidak pernah berlaku sejak pas wujud.
      padan muka korang semua ahli pas.
      jilatlah bontot hadi tu sampai licin...

      Delete
    2. jilatlah bontot hadi tu sampai licin...
      kek... kek... kek...

      Delete
    3. Kini, Pas dah jadi anjing kurup...

      Delete
  24. Jom bukak hijab politik.. (pas yg kukenal) KALAUPUN BERSAMA PH. yg akan terjadi adalah.. (1) ahli2 PH akan beri undi kpd pas dan berkempen untuk pas TAPI hanya segelintir org2 pas akan mengundi logo selain logo pas.. (2) PH akan kerugian beberapa peratus undi non muslim yg pernah dicop (#?&"! :') oleh pimpinan pas dan akan jadi modal kempen kpd MCA dan MIC. kel3) berapa kebarangkalian jumlah kerusi yg sanggup pas lepaskan kepada parti2 baru seperti bersatu dan amanah terutama tganu, kelantan dan kedah. (4) berapa peratus kemungkinan pas akan meninggalkan pakatan dgn membawa kerusi menyertai umno untuk memerintah malaysia atas nama melayu islam. (5) Berapa tahap 'kebengkekan' ahli pas kerana presiden mereka tidak dilantik PM. Dgn kedudukan selepas muhyiddin, anwar ibrahim dan mungkin husam musa..?.. at last saya setuju dgn stand pimpinan AMANAH kelantah. DI KELANTAN kita akan lawan 3 penjuru, wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar dan benar belaka.
      Takda yang tidak benar.
      Ingat tu Muhyiddin.
      Wan Azizah, Mat Sabu
      Azmin Ali dan Shafie
      juga harus waspada.
      Forget about Pas.
      Ular dan biawak tak
      boleh dibuat kawan.
      Pas tu kan ular dan biawak...

      Delete
    2. Pas@Hadi gunakan agama
      untuk kepentingan parti...

      Delete