Sunday, 20 November 2016

AL-FATIHAH BUAT SAHABAT BLOGGER DIN TURTLE YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


Seorang blogger terkenal dan aktif menulis mengenai politik semasa, khususnya tentang 1MDB, Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang tadi (Ahad).

Allahyarham dilaporkan mengadu keletihan dan lenguh badan, lalu meminta isterinya yang baru balik kerja menyapukan minyak panas ke badannya. Tidak lama kemudian, beliau tiba-tiba menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri kesayangannya.
Jenazah dijangka akan dikebumikan pada jam 10 pagi Isnin di tanah perkuburan    Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.

Saya beberapa kali sempat bertemu dan berbual-bual dengannya sebelum ini, malah kerap terjumpa dalam beberapa program melibatkan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Beliau seorang yang baik hati, ramah, tidak sombong, suka bergurau dan amat menyenangkan sebagai seorang kawan.

Sesungguhnya pemergian Din Turtle ini membuatkan kita rasa kehilangan dan merindui tulisan serta kritikannya.

Al-fatihah buat Allahyarham Din Turtle dan takziah kepada keluarganya, mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. (SH 20/11/2016).

77 comments:

  1. Sedih kerana kehilangan seorang blogger yang berwibawa.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.Salam takziah kepada keluarga.AL Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Saudara admin tolong delete article nurul hudah lahanat ni

      Delete
    3. Setuju dgn 23:42. Kupasan dan tulisannya berfakta serta meyakinkan. Kerana itu diharapkan muncul blogger yg berani di samping blogger berani sedia ada menyalurkan maklumat mengenai 1mbd dan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa najib razak dan sekutunya.

      Delete
    4. Nurul hudah ..jgn nanti kau mati aib. Bertaubatlah. Hormati pendiriam arwah.
      Semoga Allah tempatkan arwah bang din bersama sama org yg beriman ..ameen

      Delete
    5. Ya Allah, ptut sy tggu2 entry trbaru din xde, al fatihah. Smoga allahyarham dtempatkn brsma dgn org soleh.

      Delete
  2. Al-Fatihah. Saya tak kenal arwah tapi sebab dah lama baca blog dia, terasa mcm kenal dia. Ini kehilangan yg besar. Selamat tinggal saudara Din. Moga tenang di sana.
    Kamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahiwainnalillahirojiun.
      Saya selalu baca ulasan2 blog Din Turtle......jugak selalu hantar posting ke blog beliau.

      Blog Din Turtle ada 2. Satu yg sudah diblock.....dan lagi satu beliau buat blog yg sama seperti yg diblock dgn meletak nama Blog Din Turtle Original. Beliau mengupas satu2 persoalan 1MDB dgn terperinci.

      Semoga dgn sumbang baktinya membuka satu kebenaran kpd umum itu diberkati dan dibalas Allah Taala dgn kebaikan di akhirat....ameen.

      Kita harap akan lahir lebih ramai lagi blogger2 yg boleh mencelikkan mata rakyat.

      Salam Takziah kpd keluarga Din Turtle dan semoga tabah dan redha.

      Al-Fatihah.....

      Delete
  3. takziah buat keluarga Din.. antara blog yang selalu aku baca, "blogger rakyat". semoga semangat arwah terus hidup dikalangan pencinta kebenaran

    ReplyDelete
  4. Alfatihah buat Alllahrayham serta salam takziah buat semua ahli keluarga beliau. Saya adalah salah seorang pembaca setia blog beliau khususnya yang terkait dengan isu 1MDB. Tulisan beliau kaya dengan hujah hujah bernas dan berfakta, cukup jelas dan mudah untuk difahami. Pastinya saya akan merindui tulisan beliau selepas ini dan muga muga "pata tumbuh hilang berganti" kerana negara Malaysia memerlukan blogger yang berkualiti seperti Allahyarham ini.

    Muga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semuga aman damai beliau di alam sana.

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya beliau adalah seorang pejuang dalam bentuk penulisan,,beliau telah banyak menyumbang untuk menegakkan kebenaran pada sistem demokrasi di Negara ini,,semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan Para Anbiya dan orang-orang sholih,,Amiiiin

    ReplyDelete
  6. Innalillah..takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian Allahyarham..kita kehilangan blogger yang lantang bersuara demi kebenaran walaupun blog beliau sentiasa dianiayai oleh SKMM. Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa tak kira yang besar atau kecil dan ditempatkan bersama roh mukmin yang diredhaiNya. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  7. Truly sad to hear of his passing away.. gonna miss his writings..

    may your soul rest in peace alwaz brother and thanx for all that u were..

    ReplyDelete
  8. Innallillah hiwainilaihi raji'un .

    Takziah kepada ahli keluarga beliau .

    A man who hold upright when he think it is right ; which he think it is right !
    Semuga roh nya di cucuri rahmat yang berkekalan .

    Al Fatihah .

    ReplyDelete
  9. Takziah buat keluarga Allahyarham Shaifudin. Blogger rakyat yang berjiwa pejuang tulen yang sentiasa berani menegakkan kebenaran.... semoga semangat arwah terus hidup dikalangan pencinta kebenaran,

    ReplyDelete
  10. Takziah daripada saya kepada keluarga arwah.Sudah menjadi kelaziman untuk menjenguk blog beliau setiap hari.

    ReplyDelete
  11. Hadiah Al Fatihah kepada beliau.. Perjuangan beliau akan diteruskan. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. InnSyaa Allah

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Inilah posting terakhir beliau

    http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/11/tahniah-rakyat-bersih5-anda-memberi.html?m=1

    Saya mulai terbuka mata terhadap penyelewengan najip dan kuncu2nya melalui penulisan beliaulah. Ulasan dan kupasan beliau berserta analisis yang amat terpeinci tidak dapat ditandingi sesiapa kerana semuanya berdasarkan fakta yang nyata.

    Satu kehilangan besar buat perjuangan. Jasa beliau yang menulis tanpa mengharapkan balasan (jauh sekali dedak) dalam mendidik, membimbing dan mencelikkan sehingga blognya pernah diblok dek said keruak akan dikenang selama-lamanya.

    Duhai insan, budimu abadi..

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  13. Saya adalah seorang peminat yang sentiasa menanti tulisan beliau mengenai isu politik semasa.Kini kita telah kehilangan seorang penulis dan pejuang yang sentiasa berani berkata benar walaupun pahit hingga blog beliau yang lama telah disekat hingga akhir hayatnya. Semoga ALLAH S.W.T mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  14. Inilah kali pertama saya melihat wajah arwah. Terima kasih tuan blog kerana kongsikan gambar beliau.

    Saya sama seperti ramai di sini memang pembaca blog beliau. Bagaikan tak percaya beberapa jam selepas posting terakhir beliau telah pergi meninggalkan kita.

    Saya boleh katakan DinTurtle sememangnya sangat cekap mentafsir perangai buruk Najib. Malah sejak Najib dilantik sebagai PM lagi beliau dah nampak permainan kotor Najib. Banyaklah polisi2 Najib yang ditafsirkan sebagai tidak pro melayu. Sikit demi sikit hak melayu ditarik. Najib sebenarnya dah lama meninggalkan melayu.

    Akhirnya Pru13 mengajar nya. Cina pun rupanya menyampah dengan Najib. Padahal punyalah lekeh Najib ampu Cina sebab ingatkan boleh menang besar. Itupun masih tak sedar diri walau undi popular dah melayang. Sejak tercetusnya scandal 1mdb barulah terhegeh2 Najib cari melayu untuk melindungi perbuatan terkutuknya.

    Walaupun arwah tak sempat melihat Najib tersungkur dikalahkan dengan hinanya (itu pasti terjadi) di pru14, namun dari posting terakhir petang tadi beliau telah menzahirkan kegembiraan dan kemenangan rakyat atas kejayaan Bersih 5.

    Akhir kata, harimau mati meninggalkan belang, Dinturtle pergi meninggalkan semangat juang. Marilah kita zahirkan perjuangan beliau memartabatkan semula bangsa, agama dan negara seperti di era Tun Mahathir. Kita layak mendapat kerajaan yg bersih tak kira siapa pun memerintah.

    Kita berjuang sehingga Najib akhirnya lari lintang pukang menyelamatkan diri jika tidak merengkuk dalam penjara. Kita harus tunjukkan pada dunia yang bangsa kita masih ada maruah dengan menyingkirkan kerajaan kleptocrat Najib dan Rosmah.

    Alfatihah buat pejuang DinTurle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah buat Din Turtle.
      Betul INI pertama Kali Saya lihat wajahnya. Semoga keluarganya bersabar Dan ALLAH mempermudahkan Segala urusan.

      Delete
    2. Apa yang ditulis oleh saudara NFH di atas adalah sama apa yang dilalui dan dirasakan oleh saya. Saya sangat bersedih kerana kehilangan blogger yang sangat berintegriti. Semoga arwah diampunkan segala dosanya dan dimasukkan ke syurga oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah.

      Delete
  15. Takziah. Moga Allah ampunkan dosa dosa beliau dan kita semua nanti. Kupasan beliau tentang politik Msia pada saya telah membawa kita untuk lebih mudah memahami apa yg berlaku untuk kita buat penilaian. Terima kasih kpd beliau dan moga ilmu2 yg bermenafaat yg telah disampaikannya akan membantu beliau di sana. aamiin.

    ReplyDelete
  16. Takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya. Perginya sebagai seorang pejuang. Jasamu dikenang..Alfatihah.

    ReplyDelete
  17. takziah pada arwah din...perjuangan mu akan tetap diteruskan oleh yang masih ada...

    ReplyDelete
  18. Aa Salam.
    Sdra Dinturtle telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah. Diharap yg masih hidup teruskan perjuangan Alahyrham sehingga berjaya. Saya berharap ada usaha utk memastikan kehidupan dan kebajikan isteri dan anak anaknya terjaga dan terbela. Tentu ramai pembaca blog dinturtle yg ingin menyumbang.
    Doa saya semoga Allahyarham kebali ke Rahmatnya dalam keadaan tenang dan suci. Amin.

    ReplyDelete
  19. Al Fatihah..
    Dunia blogging tidak boleh menafikan peranan Din Turtle setanding dengan blogger ternama lain.

    Semoga intipati perjuangannya yang baik dapat dimanafaat dan diteruskan.

    ReplyDelete
  20. Perginya seorang pejuang mata pena adalah kehilangan kepada kita semua.Diharapkan kepada blogger yg lain, tuan admin khasnya teruskan perjuangan utk berbakti kpd negara Malaysia tercinta dgn semangat & ketabahan yg tinggi. Didoakan moga Allahyarham tenang di sana. Alfatihah..

    ReplyDelete
  21. Perginya seorang pejuang mata pena adalah kehilangan kepada kita semua.Diharapkan kepada blogger yg lain, tuan admin khasnya teruskan perjuangan utk berbakti kpd negara Malaysia tercinta dgn semangat & ketabahan yg tinggi. Didoakan moga Allahyarham tenang di sana. Alfatihah..

    ReplyDelete
  22. Al-Fatihah... Really sad to know about his passing. Saya peminat setia blog arwah. Semoga semangat perjuangan beliau yang tidak boleh dibeli dengan dedak, menjadi inspirasi kita semua. May Allah blessed your soul...

    ReplyDelete
  23. Salam takziah buat keluarga beliau.
    Dunia ni aneh, org yg suka buat onar umurnya panjang sdgkan org baik matinya awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tidak aneh saudara.

      Allah itu Maha Mengasihani. Allah masih beri peluang kepada najip untuk mengaku kesalahannya dan bertaubat.

      Namun jika dah diberi masa Dan peluang untuk bertaubat tapi masih ingkar maka bakal menerima nasib yang samalah dia seumpama firaun ditelan Laut Merah.

      Wallahualam.

      Simpati saya dan rakan2 lain buat keluarga Allahyarham

      Delete
  24. Al Fatihah.... Moga rohmu dicucuri rahmat di sisi sang pencipta... Hamba adalah salah seorg peminat setia blogmu Din Turtle.....
    Semoga pengorbananmu dlm penulisan dikurniakan ganjaran yg mulia oleh ALLAH SWT.....Moga rohmu akan tenang di sana.... Aamiin.....

    ReplyDelete
  25. Blogosphere politik Malaysia gempar dengan pemergian beliau secara tiba-tiba. Suasana yang dulunya bersemangat tiba-tiba suram dan hambar. Sumbangan beliau dalam perjuangan politik beliau melalui blog tersangatlah besar. Kehilangan beliau selepas ini amatlah dirasai.
    Salah seorang blogger yang paling komited dan bersemangat dalam tulisannya menentang kemungkaran meninggalkan kita buat selama-lamanya. Alfatihah untuk Allahyarham. Belasungkawa untuk keluarga dan sahabat terdekat beliau.
    Semacam tidak dapat percaya. Beliau pergi terlalu awal. Mungkin tuhan lebih menyayanginya. Dalam penulisannya, beliau seolah-olah seperti seorang yang aktif dan sentiasa sihat. Pastinya beliau amat dirindui selepas ini. Semoga damai Abang Din disana. Alfatihah..

    ReplyDelete
  26. Perginya seorang wira yg tak didendang.

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

    ReplyDelete

  27. انا لله وانا اليه راجعون

    Semoga Allah ampunkan dosanya dan rahmatinya, muliakan pemergiannya, diluaskan kuburnya dan dimandikan dengan air2 salju yang dingin dan suci. Semoga dibangkitkan bersama hamba2Nya yang beriman.

    Seorang pejuang yang komited di atas apa yang dipercayainya benar dan bukan demi habuan duniawi.

    Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Aamiin

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Bagi mereka yang berumur dan mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik atau yang tidak pernah melakukan pemeriksaan berkala, berhati-hati lah apabila mengguna minyak panas kerana darah akan menjadi cair secara tiba-tiba.

    Selalu nya mereka yang sangka mereka sihat dan jarang sakit yang berbuat begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor nenek kau yang ajar sapu minyak panas darah jadi cair? LOL, tuan blog boleh tlg rekomen mamat baghal ni untuk nobel prize, ada gak rakyat malaysia yang berkaliber, masuk kategori manusia bodoh melantun-lantun.

      Delete
    2. abaikan aja, jgn gado2 mungkin dia tersilap maklumat, pepehal takziah buat keluarga dan byk bersaba dgn kehilangan insan tercinta dan byk berjasa moga ditempatkan kalangan para syuhada. Amiin.

      Delete
  30. انا لله وإنا إليه راجعون
     
     اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأدْخِلْهُ
    الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

    Salam takziah utk keluarga Allayarham, saya mengikuti blog beliau sejak sdr Shahbudin membuat pautan diblognya. Tulisan beliau penuh fakta bukannya auta. Kita kehilangan seorang blogger yg prolifik. Beliau tidak pernah memaki hamun apa tah lg menggunakan kata kata kesat dlm hujahnya. Senoga Allah merahmati arwah atas jasanya memberi maklumat dan ilmu kepada audien.

    ReplyDelete
  31. Innalillahirajiun.
    ALFATIHAH.....Semoga rohnya ditempatkan di kalangan
    orang-orang yang beriman.


    Susahlah nak masuk blog-blog.
    Takda lagi BLOGLIST DINTURTLE.
    Selalunya saya gunakan bloglist arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERHATIAN UTK MAKLUMAN SEMUA.....

      BLOG LIST DIN TURTLE masih boleh diguna utk access ke blog2 lain.

      Saya rasa Allahyarham Din dah buat blog2 yg ada dalam Blog Listnya tu dapat masuk secara automatik apabila blog2 tersebut keluarkan posting yg baru.

      Alhamdulillah syukur kita kerana masih ada jasa Allahyarham Din Turtle yg memberi bakti berterusan kepada kita.

      Moga Allahyarham diberi pahala yg berterusan atas hasil kerjanya yg memudahkan org ramai dan moga dirahmati Allah ke atas rohnya.....ameen.

      Delete
    2. Saya Anon 11.03.
      Maaf saya dah tersilap pandang.
      Rupanya apabila saya periksa lagi sekali saya dapati Blog List Din Turtle bukan dibuat secara automatik.

      Mohon maaf atas kesilapan saya ini.

      Apa pun kita doakan Allahyarham Din dicucuri rahmat Allah....ameen.

      Delete
  32. Rakyat Diperbodoh21 November 2016 at 08:30

    انا لله وإنا إليه راجعون
     
     اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأدْخِلْهُ
    الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

    Semoga roh allahyarham ditmptkn di klgn org2 yg bertaqwa, di klgn org2 yg beriman & di klgn org2 yg beramal soleh. Aamiiin...

    Salam takziah buat keluarga allahyarham...

    ReplyDelete
  33. Innalillahiwainnahirrojiun.....
    Salam takziah buat seluruh keluar Din Turtle.
    Banyak bersabar dg ketentuan Allah ini.
    Redholah dg Allah.

    ReplyDelete
  34. alfatihah smoga roh beliau dicucuri rahmat insyaAllah.

    ReplyDelete
  35. Saya tak tahu nak tulis apa. Sampai pagi ni air mata sy masih mengalir. Antara blog yg selalu sy baca, disamping blog tuan, sotb dan a kadir jasin. Alfatihah utk beliau.

    ReplyDelete
  36. Al Fatihah..semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman Aamiin...

    ReplyDelete
  37. Walaupun saya banyak mengkritik beliau kerana membangkitkan isu 1MDB tapi hari ini saya sedekahkan Alfatihah buat beliau . Aamiin. Esa Adam

    ReplyDelete
  38. Innalillahhirajiun semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg soleh diharapkan keluarga allahyarham menerima takdir ini begitulah dia allah lebih sayang dan biarkanlah manusia yg rakus dgn kuasa rasuah itu hidup dgn nafsunya dan madih tak sedar diri

    ReplyDelete
  39. انا لله وإنا إليه راجعون

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأدْخِلْهُ
    الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

    Hilang sudah tulisan dan kupasan yang mudah difahami. Blogger yg amat bijak menuturkan tulisannya. Semoga rohnya dirahmati Allah. Aamiiin.

    ReplyDelete
  40. saya akan senentiasa mensedekah kan al fathiha kpd arwah.

    beliau telah berjaya 'berjihad' melalui intelek.

    sungguh pun baru berkenalan beliau tidak segan silu meminta bantuan saya mengenai ECRL berdasarkan pengalaman yg saya pernah alami sebagai pegawai kanan kerajaan.

    artikel2 nya penuh fakta yg susah pendedak najib mampu patah.

    kita tidak mungkin akan dapat tahu punca kematian sebenar jika 'autopsy' tidak d buat.

    dalam dunia 'espionage' banyak yg terancam n akhir nya 'mati katak'.

    minta maaf jika fikiran saya ini meracau n liar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suka meracau silalah berwaspada dengan suntikan air jampi yang boleh mencairkan darah. apasal lah dulu guna bomtangan letupkan altantuya, kalau guna air suntikan yang boleh mencairkan darah kan lebih senang, tak yah lah mamat polis tu merempat lari ke kem pelarian australia. LOL. anyway RIP Din Turtle

      Delete
    2. maaf lupa lak nak tandatangan...

      yang benar,
      bekas pegawai kiri kerajaan (Jusa 1)

      Delete
  41. Innalillahi wainna illahirojiuun...alfatihah.... salam takziah buat keluarga allahyarham...kehilangan yg amat terasa walau tidak mengenali..namun sentiasa mengikuti penulisan yg penuh fakta......

    ReplyDelete
  42. Alfatehah buat saudara Din Turtle dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

    Sebagai seorang pengikut blog Allahyarham...amat terkejut dan sedih atas pemergian Allahyarham.

    Innalillahi wainna illaihirojiuun...segalanya tentuan Allah yang maha kuasa.

    Namun perjuangan Allahyarham dalam blog amat kita hargai...perjuangan menentang kemungkaran dan rasuah.

    Wahai saudaraku Shaifuddin Mahmud @ Din Turtle...semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mu dan menerima mu diantara pejuang kebenaran...amiiin.

    Perjuangan murni mu akan kami galas seterusnya dengan daya dan keupayaan kami.

    Alfatehah.

    ReplyDelete
  43. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Din Turtle.. semuga roh arwah digolongkan dikalangan org2 beriman. Amat terasa akan kehilangan arwah. Setiap melayari blog beliau..semuga arwah tenang disana..Insya Allah ...Alfathiha ..Aaminn..

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum
    Satu kehilangan rasanya bila mengetahui arwah din telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya. secara peribadinya saya memang tidak mengenali arwah tetapi sentisa menunggu untuk membaca setiap keluaran penulisan beliau.Hanya sekali saja dulu saya pernah bermesej diFacebook untuk bertanya kenapa blog Dinturtle asal di sekat. Dan beliau telah mengajar saya bagaimana untuk mebolehkan saya membaca kembali blog beliau, rasanya itulah kenangan dan ilmu yang saya tidak dapat lupakan hingga kini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas saudara ku din dan diltakan dikalangan para anbia dan orang beriman. Untuk keluarga arwah salam takziah saya ucapkan.

    ReplyDelete
  45. Assalam.Alfatiha .Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan solehin.Kehilangan besar kepada dunia siber. Amin.

    ReplyDelete
  46. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali.

    ReplyDelete
  47. Jesus loves you more Abang Din.

    ReplyDelete
  48. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT...diampunkan segala dosanya dan dibukakan pintu Jannah untuknya...aamiin..

    Tiada dapat diungkap rasa kesedihan nenek atas kehilangan mu ...kau seperti lilin membakar diri untuk menerangi kegelapan..
    Tenang dan damailah kau disana...
    Allah telah mempermudahkan jalan mu menuju kepadaNya...Alfatihah..

    ReplyDelete
  49. RIP din turtle ...

    ReplyDelete
  50. The good die young.

    I shall continue to miss his blog postings which were mark with clarity and honesty in expressions. Truly he was the special one.

    In case there is effort by any party to turn some of his postings into a book, I will be happy to contribute a little.

    Though I am still very sad and try to comfort myself with one remark or another I am happy to note that before he passed away his very last posting was pointing towards a future that he and many of us want to have for Malaysia.

    May Allah swt reward you and your love ones accordingly.

    ReplyDelete
  51. Amat berdukacita atas pemergiannya,baru tahu tdi pgi..stiap hari pgi & ptg buka blog Allahyarham..semoga rohnya dcucuri rahmat & salam takziah buat keluarga Allahyarham, drp.suffian & fmily Brunei darussalam

    ReplyDelete
  52. Innalillahiwainnailaihiroji'un. Moga2 Allah swt merahmatinya dan menempatkan rohya bersama-sama para solehin dan syuhada'.

    Sedih dan terasa amat sgt pemergianya

    ReplyDelete
  53. pertama kali melihat wajah..setelah jasad bertemu tanah
    blog penuh realiti berpijak dibumi
    salam takziah dan Al Fatihah
    -kaseh Ku-

    ReplyDelete
  54. ALFATEHA UTK ARWAH DAN DIDOAKAN SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH JUA.TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGANYA.SATU KEHILANGAN YANG AMAT DIRASAI.HARAP KEGIGIHANYA DAN KEBERANIANUNTUK KEADILAN DAN MENCARIKEBENARAN AKAN DITERUSKAN OLIH PARA BLOGGER.SEMOGA KATA 2 PENGHARGAAN PADA ARWAH DPT DISAKSIKAN OLIH WARISNYA.DAN SEKIRANYA ADA CADANGAN UNTUK INFAK PADA AHLI KELUARGANYA HARAP DIWARKAN DALAM BLOG IN.

    ReplyDelete
  55. Bro DT, itu panggilan aku sepanjang aku mula menghantar komen ke blog arwah sedari arwah berada di dalam kelompok pro-UMNO sehinggalah kini pro-Rakyat. Diakui, tulisan arwah secara tepat menyentuh hati nurani rakyat marhaen Malaysia. Arwah merupakan salah satu blogger yang mendahulukan pemikiran dan perasaan rakyat bawahan. Tulisan arwah dengan olahan bahasa sebagai org biasa memudahkan pemahaman rakyat dengan putar belit 1MDB dan pelbagai lagi kerenah pemerintahan Najib n co. Terima kasih Bro DT.

    Tulisanmu santapan tiap hari,
    Kini, sudah terhenti,
    Hilangmu tiada ganti,
    Kekal kau di hati kami,
    Terima kasih atas jasa diberi,
    Untukmu blogger rakyat sejati,
    Semoga di sana Syurga menanti,
    InsyaAllah

    Al-Fatihah

    "Terima kasih Bro DT"


    ReplyDelete
  56. Al Fatihah Arwah Bro Din dan salam takziah buat keluaga Din. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  57. Apabila saya mengetahui pemergian arwah Din Turtle, saya duduk tergamam seketika bagaikan tak percaya berita sedih ni. Sedih takde peluang lagi baca blog DT khususnya mengenai 1MDB.
    Kalau ada masa terluang, saya akan jenguk blog DT kalau-kalau ada topik 1MDB yg hendak dibincangnya. Topik yg saya paling minati ialah apa-apa saja yg berkaitan dgn 1MDB.
    YB Rafizi pernah berkata bukan mudah menerangkan isu IMDB sebab isu ni kompleks dan perlukan masa utk memahaminya. Kalau tak pandai terangkan, lagi keliru pening kepala dibuatnya. Tetapi arwah DT berjaya menerangkan isu 1MDB dalam bahasa yg mudah difahami.
    Apa yg cuba diterangkan oleh arwah DT adalah amat jelas dan masuk akal. Setelah baca, saya percaya kita akan tahu isu IMDB boleh meninggalkan kesan yg mendalam kpd rakyat Malaysia. Dgn adanya blogger seperti arwah DT, rakyat lebih mengetahui apa itu 1MDB.
    Pemergian arwah DT amat dirasai. Nak buat macam mana, Allah lebih menyayanginya. Diharap usaha murni arwah DT diberkati oleh Allah. Rest in peace Shaifuddin Mahmud Din Turtle.

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  59. Saya juga adalah pembaca setia Dinturtle. Sesungguhnya perjuangan beliau benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Insha Allah, saya akan meneruskan legasi perjuangan beliau demi alif ba ta.

    Din, krtikanmu, teguranmu benar-benar datang dari hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbalan. Perjuanganmu tidak mampu dibeli oleh wang ringgit. Malah, engkau lebih suka memilih untuk meneruskan perjuangan daripada berhenti menulis kerana wang ringgit. Pilihanmu memang tepat, Din.

    Din, aku rindukan tulisanmu. Biarpun kekadang engkau menggunakan bahasa yang agak kasar sedikit. Tapi tak mengapa, kerana aku faham susahnya nak melentur buluh yang dah keras.

    Din, aku nak kau tau bahawa perjuangan kau tak sia-sia. Kau telah menyedarkan beribu-ribu umat melayu dari khayalan. Insha Allah, keputusan PRU-14 nanti, adalah cerminan daripada usaha keras kau selama ni kerana ramai orang melayu telah sedar dari lena yang panjang. Akan tiba masanya untuk Tsunami Melayu memberi kejutan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

    Al-Fatihah buat Dinturtle Si Pejuang Melayu.

    ReplyDelete
  60. Innallillahiwainnaillahirojiun Semoga roh arwah ditempatkan diantara para solihin.aamiin. Pemergian arwah adalah satu kehilangan besar pada masyarakat melayu dan amat sukar diganti. Kita akan merindui tulisannya.

    ReplyDelete