Saturday, 8 October 2016

RELAKSLAH KHALED...


Walaupun cuba berselindung, Menteri Besar Johor, Khaled Nordin nampaknya seperti terganggu dan mula resah dengan kehilangan majoriti dua pertiga BN di negeri itu berikutan penyertaan Adun Jorak, Dr. Shahruddin Md Salleh kepada PPBM.

Katanya, kehilangan majoriti dua pertiga bukanlah suatu masalah kerana BN masih membentuk kerajaan yang kuat serta memiliki majoriti yang selesa untuk mentadbir negeri itu.

"Kita tidak dalam keadaan yang lemah kerana kita masih memiliki majoriti yang besar dan selesa, bukan semata-mata bergantung kepada nombor.

"Sesetengah kerajaan kerajaan negeri turut tiada majoriti dua pertiga, tetapi tetap berjalan tanpa masalah.
"Parlimen juga sudah lama tiada majoriti dua pertiga, begitu juga Perdana Menteri, namun tiada pun dunia nak kiamat," demikian antara ulasan Khaled berhubung perkembangan terbaru yang berlaku di Johor.

Relakslah Khaled....kenapa semacam saja reaksi dan ulasan kali ini sehingga mengaitkan negeri-negeri lain, Parlimen dan Perdana Menteri yang juga tidak memiliki majoriti dua pertiga serta kaitan  dengan kiamatnya dunia?

Simpanlah sikit resah dan gelisah itu. Tidakkah selama ini beliau dikenali sebagai pemimpin yang tenang dan "cool"?

Dunia akan kiamat atau tidak dalam waktu terdekat atau sama ada kehilangan majoriti dua pertiga di Johor itu akan menyebabkan UMNO bakal berkubur di negeri kelahirannya sendiri, tiada siapa pasti. Ia adalah ketentuan Tuhan. Ia mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku. Tarikh berlakunya adalah rahsia Tuhan.

Tetapi apa yang Khaled harus sedar, sebelum dunia kiamat juga akan berlaku beberapa petunjuk yang dikenali sebagai tanda kecil dan tanda besar. Selalu disebut sebagai kiamat kiamat kecil dan kiamat besar, sebelum berlakunya kiamat yang sebenar.

Kiamat tidak berlaku secara mengejut, melainkan diperturunkan dahulu petanda kecil dan besar itu.

Begitu juga dengan manusia, dalam  proses biasa sebelum seseorang itu diambil nyawanya, ada tanda-tanda yang  tertentu seperti sakit, uzur, terlantar di hospital dan sebagainya.

Kalau sakit dan uzur, tetapi tidak berubat, maka cepatlah matinya. Jika rajin berubat dan menjaga kesihatan, mungkin tarikh kematian dapat dilewatkan. 

Apa yang berlaku di Johor sekarang, anggaplah ia sebagai tanda-tanda kiamat kecil atau sakit yang sedang dialami oleh UMNO dan BN di negeri itu. Adalah salah untuk menganggap ia bukan masalah atau merasakan kiamat tidak mungkin berlaku.

Perubahan dan pertukaran kerajaan adalah perkara biasa di mana-mana celah dunia sekali pun. Jika kerajaan-kerajaan Islam yang gemilang di zaman silam pun boleh tumbang, hilang dan akhirnya hanya tinggal dalam catatan sejarah, berlakunya kiamat kepada UMNO tentulah juga bukan sesuatu yang mustahil.

Kecuali Tuhan, kita tidak tahu bila kiamat sebenar bagi UMNO dan BN di Johor, tetapi tanda-tanda yang berlaku sekarang adalah iktibar yang tidak harus diabaikan.  (SH 08/10/2016).

45 comments:

  1. din, memamng betoi, khaled nie nampak gabra sangat.
    cuba nak selindung ketakutannya.
    memamng confirm din, rakyat hanya tunggu masa aja, bersatu memamng pilihan 80% rakyat malaysia islam.
    bungkuih la lepas nie, suruh khaled nie continue sokong najib bangsat and pencuri serta perasuah no 1 dalam dunia, then dia tau lah lepas nie rakyat akan pangkah parti mana.
    biarlah najib bangsat and seluruh ahli umno seronok dng 6K ahli umno baru, tapi yg dok keluaq umno depa tak sebut pun, ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat pun dah fed up. Umno dah jadi pelindung kepada rasuah.

      Umno bukan lagi pelindung rakyat marhaen seperti dulu.

      Delete
    2. Salah satu petanda dunia hampir kiamat ialah apabila kemungkaran, rasuah dan wang haram dibiarkan menjadi satu perkara biasa.

      Bila yg haram dikatakan halal, itulah salah satu petanda dunia hampir kiamat.

      Delete
    3. Siapa yg pertahankan rasuah ni kalau bukan umno.
      Tok uban johor tu awal2 lagi dah dapat RM1 juta.

      Mat maslan tiga suku dapat RM2 juta

      Delete
    4. Eh kan BN bleh menang dgn 35% undi PRU. Banyak lagi cawangan UMNO dlm jabatan kerajaan. Xdak satu pun resigned.

      SPRM OK, SPR OK, POLIS OK, TENTERA mcm biasa, Risda, Felcra, Felda terus sokong padu. Itu blom pejabat zakat, pejabat mufti.. 1.6 juta pekerja gomen, dah gerenti pangkah UMNO punya.. tu blom kira pekerja gomen negeri dan kerajaan tempatan lagik..

      Yg penting, sultan dan raja terus kaya dan dijamin pendapatan derang dlm perlembagaan. Ini pun dah cukup kuat utk menidakkan BN tumbang. Raja2 x akan sanggup biarkan BN tumbang.. sbb bisnes derang cukup kuat pertalian dgn BN. Tanpa BN, payah raja dan kerabat nak berniaga..kahkahkah.. jgn buat buta dan pekak plak Khaled ooi..

      Delete
  2. Relax la, tun baling gelas pon tak pecah. Muhydin tak ada pengaruh di johor. Lagi pon umno ada blue osen strategy...strategi lautan haru biru...kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor bukan kubu kuat umno ke. Tempat lahir umno. Kat tangga istana etc etc. Bukan hishamudin pun dari sana ke. Takkan khaled dah gabra. Umno bukan parti keramat ke. Pasai apa nak takut lak. Tak kuat sangat kot umno ni macam presiden dok claim

      Delete
    2. PPBM tu diasaskan oleh orang tua nyanyuk.....awat dengan orang tua nyanyuk pun nak ketaq ka??

      Delete
    3. Ketaq lah tu. Teloq pun dah terperosok ke dalam

      Delete
    4. Tolong la kekalkan kepala lanun bugis tu sampai 2018 untuk memimpin lanun-lanun lain, tolong la ya.

      Kalau ditukar nanti pening kepala nak atur strategi baru.

      Trima Kaseh

      Delete
    5. Anon 17:00,,rasanya yang nyayuk tu kau sebab tak tahu mem bezakan yang mana Intan dan yang mana kaca,, yang mana perasuah dan yang mana memajukan Negara .....!!

      Delete
  3. UMNO ni ape nk risau sgt...UMNO je pun...bukannya agama pun..pertahankan parti mcmpertahankan agama pulak. Tak leh langsung kacau UMNO. Lpas tu relate ngan DAP. Konon2 nya DAP ni pengganas ler komunis ler. Takkan hanya semata-mata DAP ni berideologi sosialis, terus dilabel pengganas. Yg lawoknya blh pulak bg konspirasi kata kalau pembangkang menang, BERSATU akan tendang DAP dgn PKR kerana ideologi sayap berbeza. Cukup2 lah tu conspiracy theorist UMNO oii..Tak de mslh pun kalau DAP ngan PKR tu tukar haluan sayap masing2..Tak mustahil pun kalau DAP tu tukar dari haluan kiri ke haluan kanan. PAP kat singapore dulu cmtu jugak. Haluan kanan. Still pakai ideologi sosialis. Cuma tukar skit kpd sosialis konservatif. Ak nk tgok apa mamat lulusan Newcastle ni komen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12.01,
      Saya nak panjang sikit saudara punya celote..depa(UMNO najib/Kak jat lembu) kata kalau pakatan harapan menang atau Barisan rakyat menang (plus Bersatu) DAP control, Cuba lihat DAP menang paling banayk 45 karusi itu saja kawasan majoroti cina dan semua parti melayu pembangkang campur Bersatu kalau menang 130 kerusi jadi macam cuba kasi tahu aku tang mana DAP boleh control 130 kerusi melayu ini. Depa kata melayu dalam politik melayu berpecah cina untung sudah la jangan nak tipu melayu la..ya melayu banyak parti tapi depa bersatu dibawah satu pakatan bersama DAP hanya satu dan melayu ada 3 atau 4 bersatu dalam pakatan plus Bersatu mana ada pecah...yang pecah tu UMNO sekarang banyak ahli dah keluar secara sengap masuk bersatu ...walau pun pemimpin atas yang beriman dengan najib aka rosmah masih kekal ini la perpecahan abadi yang depa takut dan tipu kata melayu berpecah.

      Tapi nak buat macam mana UMNO masih dok ingat orang melayu lemah matamatik termasuk la lulusan Newcastle..jadi sampai kiamat pun dok menipu dengan alasan sama,,saya duduk Penang sejak kecil DAP dah perintah dekat 2 penggal tidak pula DAP nak tukar perlembagaan atau undang undang tubuh Negeri pulau pinang digubal sejak zaman BN perintah dan tak da pun ...azan diharamkan( UMNO buat fitnah kotor) peruntukan mesjid masih tak dikacau...Peniaga yang dulu diroboh premis depa sudah diberi lesen dan berniaga semula...tanah tanah yang kalut kata kampong melayu semua sebenarnya asal tanah persenderian taukey cina yang makamah sendiri keluar perintah..jadi apa lagi UMNO penang nak menipu.Kamu ingat senang ka nak pinda perlembagaan dan undang undang tubuh negeri.

      Sudah la kasi tau depa kalau hidup dan perjuangan hanya untuk kekal kuasa supaya keluarga dan geng geng dan ketua ketua dalam UMNO saja boleh kaya lebih baik pergi mampos tak guna untuk bangsa dan agama.

      Delete
    2. Ntah pelik la umngok ni, bila tertekan je main isu perkauman,takut takutkan pakcik makcik kat kampung..yg pencacai umngok ngaji kat luar negeri lebih bongok dari yg tempatan punya...aku tgk elok je obama perintah us, rasanya dia tu kulit hitam..org kafir pun x guna isu perkauman berbanding umngok yg mengaku islam...alahai so low..

      Delete
    3. Kerana jat lembu ni lah harga daging di pasar2 kl dah jadi RM35 sekilo.
      Biji hanglah jat

      Delete
  4. Shahbudin,
    Memang betul la perubahan kedudukan dijohor tiada yang mengugat BN tapi khaled kena ingat Johor adalah tiang seri UMNO yang sejak tahun 1957 mengekal rekod 2/3 majoroti dengan keadaan sekarang cukup jelas ia memberi satu pukulan moral kepada pembangkan dan satu pukulan "D'moralise"(menjatuhkan moral) kepada UMNO. Sekarang masih terdengar ura ura beberapa Adun sedang berkira kira untuk tunggalkan UMNO yang terlalu korup dan busuk ..tunggu saja la Khaled.

    Terdengar juga dinegeri lain seperti Perak dan Terengganu serta pahang akan berlaku penghijrahan ...orang dah meluat nak buat camna hi hihi hi.

    ReplyDelete
  5. Komen lah apa nak komen pun pi mai pi mai akhir nya DAP jugak yang suka terbahak-bahak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 13.05,
      Biaq pi la depa nak terbahak bahak...daripada asyek dok menipu melayu rembat duit rakyat sana sini...lagi pun hang tu jangan dok jadi bodo dengaq cakap kak jat lembu asyik dok gempaq DAP kontrol...ha ha ha ha.

      Delete
    2. Anon 13.05,
      DAP nak ketawa ka..nak guling guling seronok ka dia punya pasal la bukan dia boleh perintah pun kalau dengan 45 - 55 kerusi...apa yang en roslan cakap satu kenyataan ...langau langua BN mula akan naik angin satu badan pasal komen selalu namapak macam bodoh ja hi hi hi hi ....

      Delete
    3. Ada jugak anak murid kpd lulusan newcastle ni mencelah. Ko ni risau sgt psal DAP pasai pe? DAP tu parti je. Skrg ni kalo DAP bungkuih cmne pun, non Muslim ttap conquer ekonomi..alergic sgt ngan DAP. Ak rs species2 ni mgkin slalu tgok citer perang kut. Lpas tu relatekn ngan 13 mei....ak rs ler....

      Delete
    4. Yang kau takut sangat dengan DAP ini apa kejadah nya anon 13.05 ...lama sangat kut otak kena tipu dengan geng geng pemimpin perasuah UMNO. kah kah kah

      Delete
    5. 13.05, skit skit DAP, yg MCA tu apa kejadahnya..guna le otak udang ko tuh..racist x bertempat ko ni..

      Delete
    6. Melayu tak takut dap. Apa nak ditakutkan? Yang takut ialah umno. Kalau mereka dap bersama PH tubuh kerajaan, pentadbiran dan dasar kena ikut perlembagaan. Lagi pon kalau mereka makan rasuah atau salah guna kuasa, pastinya terbongkar, sebab penjawat awam melayu, polis pon melayu, majoriti bank di malaysia pon milik glc (melayu jugak), pejabat AG melayu, sprm melayu, bank negara melayu...semua melayu berkuasa. Ingat dap bodo kerrr? Nak takut apa?

      Delete
    7. Jgn ler kata DAP mentadbir ikut perlembagaan. Mamat2 species nakhoda dan newcastle ni dah dibrainwash dgn media konon2 nya DAP ni mencabar perlembagaan negara, raja-raja.

      Delete
    8. Yg dok kena tangkap dgn sprm skrng ni cina dap ker?

      Muka2 Melayu saja yg sprm dok tangkap. Ratusan juta duit simpan kat rumah.

      Emas pun berkilo kilo. Semua tu hasil rasuah pengarah2 dan pegawai2 kerajaan saja.

      Cina ada ker?

      Delete
    9. Melayu takut kat dap sebab Melayu kuat makan rasuah.
      Melayu tahu rasuah tu haram tapi Melayu sapu juga.
      Inilah Melayu2 UMNO hari ni.
      Lepas tu nak kata kat cina.

      Delete
    10. Pegawai kerajaan minta dua bulan gaji? Awat sikit sangat. Mintalah 30 Bulan ker. At au buat macam member- member di Sabah. Ambik la sendiri. Berapa juta hendak. Se juta ke dua juta ker. PM pun kata negara kit a tak Akan bankrap.

      Delete
  6. Tanda2 sudah ada. Lambat berubat, lagilah cepat tibanya. Kalau berubat, jgan ala kadar. Cari puncanya dan potong terus. Itu kalau nak betul2 berubat bukan main wayang kulit aje.

    ReplyDelete
  7. So much for bangsa Johor..orang akan lebih hormat bangsa Johor jika bangsa Johor berani bangkit melawan kemungkaran UMNO..tp..nampaknya..sama je bangsa Johor ni..setakat hebat kat stadium jer lar...

    ReplyDelete
  8. Mana wujud bangsa johor... Rakyat johor adalah..

    ReplyDelete
  9. Diya cuba maintain silap cakap kono nyah keluwau, tak gitu Mr Khaled. Takpa boleh ganti calon lain yang setia agar tidak merosakkan kekuatan.

    ReplyDelete
  10. Korang tak perasan ker berapa ramai player bangsa johor yg bermain untuk team bola johor...cer kira..
    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan...kat bangku simpanan pun tak ada.

      Delete
  11. Eh korang jangan permainkan Si Khalid. Nanti Si Jamal datang kerjakan kau. Tapi yang sorang lagi tu yang suka pakai unipom askar dengan cermin mata yang disapu dengan cat hitam tu nampaknya dah tak nampak hidung lagi. Kalau kedua-duanya datang dunia boleh kiamat dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah kipidap tu pi bertapa nak minta dedak turun byk byk...

      Delete
  12. Kalau tengok kat sebelah kanan blog ni banyaknya buku2 yg ditulis mengenai keburukan2, kegagalan2, kelemahan2 dsbnya ttg Najib, takde sesapa yg beli dan baca ke? krn sampai la ni Najib masih lagi memegang jawatan PM tu dgn kukuh sekali?

    Tun M pun telah berjaya mengumpul dana/dedak sbnyk RM5 bil dan melaburkan dedak tersebut keserata dunia, tapi Najib bukannya goyang sikit pun tapi makin nampak kukuh penguasaannya pada tampuk kerajaan.

    Mengapa jadi begini ye? Atau itu tandanya PH dah berantakan krn tidak ada kesefahaman sesama sendiri? Kalau begini bilanya UMNO dan BN dapat dikalahkan dlm PRU .. Bersih2 ni mmg utk mengabihkan simpanan dedak sajalah nampaknya, takkan dapat mencapai apa2 matlamat pun, hanya utk lepas gian berriadah beramai-ramai aje ..

    Pendapat peribadi akulah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 18.02,

      You are right, may be right coz you are plain dumb. Immature thought, lack of integrity and substance, indifferent about realities and tread kn fantasies. You have no concern about truth but indulge in falsities, ignore facts and thrive on fictions.

      Wallahuaklam

      Delete
  13. 18:11
    mcm c n p je hahahaha huhuhuhu hehehehe mind ur own telo.
    anyway 18:02 ur absolutely and definitely totally 100% correct.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pasti si anon 18:11 ni tak faham apa yg konon2nya dia tulis tu ..

      tapi 'Wallahuaklam' tu aku percaya dia benar2 faham ...

      Delete
  14. Bila tengok perangai JAMAL SI BAJU MERAH...aku terfikir samada aku juga salah seorang Dari nya sebab UMNO sifatnya tidak seperit perangai di baju merah...
    Dan aku pun bukan nya berperangai macam di baju merah Tu.
    So aku pun nak ucapkan SELAMAT TINGGAL UMNO.. sorry MARUAH aku yak sama macam MARUAH seorang Ketua Pemimpin Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, keluar juga dgn sendirinya org2 yg telah merosakkan imej parti dari dlm UMNO, sblm mrk terus merosakkan parti dgn lebih teruk dari dlm ...

      Amin ya rabbal alaminn ..

      Delete
    2. Yang tinggal dalam umno hanya orang2 yang suci lagi bersih, halal toiyyiban........yang tolak duit haram.......amanah, setengah sen duit rakyat pun tak hilang........tak menindas rakyat, rakyat tak rasa pun kos hidup naik.......tak berdusta, cerita tak bercanggah-canggah, tak berdalih-dalih, kalau disoal oleh reporter, jawab dgn lancar dan telus........bermaruah tinggi, berintegriti, dipuji dan dihormati oleh negara-negara luar.

      Terima kasih kerana menjadikan Msia negara yang dikagumi oleh negara luar.

      Delete
  15. ya yak ya rilek bro khaled jgn hang dok wat kelamkabut..
    kalu amno bungkuih pun hang mewah juge sampe mampuih ank cucu hang pun pakat hidup dlm kemewahan juga turon temuron kalah menang adat le..
    jgn sebot padai kiamat.sbb kita taktau bila nak kiamat..lmbt lg kot..
    anakadam bila sampe umo 60 kiamat dekat sangat dah..
    yg kalah cuma amno..awk boleh join lain parti atau tuboh parti baharu..kalu mlayu takmau joint..hang bwat parti untok bangsa johor saja..ada ku kesah..

    ReplyDelete
  16. Aku doakan dlm pru14 nanti DAP dpt kuasai Johor dan ambil alih kerajaan itu lagi baik mana melayu yg bodoh tajut dekat DAP belajarlah sedikit Penang DAP pefintah tu lagi baik dari GERAKAN yg perintah sama je org cina juga tetap DAP lagi baik betulkan hidup DAP

    ReplyDelete
  17. Aku doakan dlm pru14 nanti DAP dpt kuasai Johor dan ambil alih kerajaan itu lagi baik mana melayu yg bodoh tajut dekat DAP belajarlah sedikit Penang DAP pefintah tu lagi baik dari GERAKAN yg perintah sama je org cina juga tetap DAP lagi baik betulkan hidup DAP

    ReplyDelete