Wednesday, 12 October 2016

PENDAKWAAN DI SWITZERLAND SEHARUSNYA LEBIH MENAKUTKAN NAJIB


Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) kini dilapor sedang mempertimbangkan untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank Ltd, susulan tindakan penyekatan oleh agensi kawal selia, Finma atau Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland terhadap bank tersebut.

Falcon Bank telah diarahkan oleh Finma untuk menyerahkan kepada agensi kawal selia itu wang sejumlah RM10.55 juta  yang disifatkan sebagai keuntungan haram hasil daripada dana 1MDB.

Bagi tujuan kemungkinan pendakwaan itu, OAG telah meminta Finma untuk menyediakan sesalinan keputusan yang menguatkuasakan sekatan terhadap Falcon Bank itu bagi mereka membuat analisis mengenainya.

Jika OAG turut memulakan prosiding jenayahnya, bermakna sudah tiga negara iaitu Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland telah bertindak berkaitan dana yang berasal daripada 1MDB.

Di Singapura, dua buah bank iaitu Falcon dan BSI AG telah diarah tutup kerana kesalahan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram tentang dana 1MDB, manakala di Amerika pula tindakan pembekuan aset dan hartanah yang dipercayai daripada wang syarikat pelaburan itu, turut sudah dimulakan.

Berbanding tindakan pendakwaan yang telah diambil oleh Amerika Syarikat dan  Singapura sebelum ini di mana Najib Razak masih boleh "bersilat"  dan mengatakan ia tidak membabitkan atau tiada kena-mengena dengan dirinya, prosiding jenayah oleh OAG terhadap Falcon Bank ini seharusnya lebih membimbangkan beliau.
Ini kerana dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Finma terhadap Falcon Bank selama ini, ia bukan saja berkaitan dana daripada 1MDB sebanyak RM15,200 juta yang disalurkan melalui bank itu, tetapi juga berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib serta RM2,030 juta yang kemudian dikembalikan.

Semua urusniaga itu dilakukan melalui Falcon Bank yang merupakan milik IPIC. Sebagaimana yang diketahui umum, IPIC turut mempunyai urusniaga dengan 1MDB berkaitan pengeluaran bon.

Najib berkali-kali mengatakan wang yang diterimanya adalah derma daripada anak Raja Arab dan ia juga dipulangkan kepada orang yang sama kerana tidak habis digunakan.

Dalam kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pula, jelas disebut wang berkenaan yang dimasukkan ke akaun peribadi Malaysian Official 1 adalah berpunca daripada 1MDB. Tidak disebut sama sekali wang tersebut berpunca daripada anak Raja Arab atau Timur Tengah.

Menteri UMNO, Abdul Rahman Dahlan kemudian mengesahkan MO1 adalah Najib serta menempelak dengan mengatakan hanya orang bodoh saja yang tidak mengenali siapa MO1 yang sebenar sebagaimana yang disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika itu.

Sehingga ini, Finma tidak memberikan butiran lengkap mengenai pemindahan wang melalui Falcon Bank ke dalam akaun Najib itu.

Namun, segala-galanya mungkin terbongkar apabila OAG memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Bank, terutama tentang penderma sebenar yang begitu murah hati kepada Najib itu.

Apakah benar wang tersebut berpunca daripada anak Raja Arab dan kemudian dikembalikan semula sebahagian besarnya kepada anak Raja Arab yang sama juga?

Bagaimana jika butiran yang ada di Switzerland  nanti menunjukkan wang itu tiada kaitan langsung dengan mana-mana Pak Arab, sebaliknya daripada individu yang ada kaitan dengan 1MDB?

Atau bagaimana jika bukti yang ada menunjukkan wang itu diterima daripada orang lain dan  dikembalikan kepada penama yang lain, bukan penderma yang asal?

Mungkinkah dalam prosiding jenayah terhadap Falcon Bank itu nanti, Najib turut dipanggil untuk memberi keterangan?

Bolehkah beliau "bersilat"  lagi?

Maka, khabar prosiding jenayah oleh OAG itu mahu tidak mahu, adalah satu lagi berita yang menakutkan buat Najib. (SH 12/10/2016).

70 comments:

  1. Kalo kes Altantuya boleh selamat, mustahil dgn 1mdb Najib boleh resign.

    Tugas Najib bila dah terkepung checkmate nanti adalah mudah saja. Mesia ni rakyatnya tongong. Just minta maaf saja, lps tu teruskan kerja mcm biasa. Pembangkang sumer akan jadi lumpuh dan menggelupor serta merta.

    Raja2 cuma melancap saja. Fungsi raja ialah makan free dan hidup meeah atas kutipan cukai dan zakat drpd rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penasihat Lebai Musang Berjanggut menyeru penyokong penyokong menghadhiri solat hajat perdana untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan PM bijaN selaku amirulmukminin yg dipilih secara sah dalam PRU13 yg lalu.
      Adalah haram bagi sesiapa yg menentang PM selaku amirulmukminin yg sah.

      kah kah kah kah. .....
      Lawak gilerrrr.

      Delete
    2. 14:05 kamu punya bahasa mmg puitis sehingga aku terjumpa perkataan baru iaitu melancap,hahhaha kau punya komen memang Terbaikkk!!

      Delete
  2. ceghita kenangan mengusik jiwa ... lena di buai mimpi.

    ReplyDelete
  3. Yang di luar sana, banyak negara yang menyiasat kemana hilangnya duit 1MDB.

    Tapi yang amat pelik, disini sedikit pun tidak siasatan kemana hilangnya duit 1MDB malahan dikatakan tiada kes.

    InsyaAllah, kalau pembangkang menang pada PRU akan datang,kita siasat dan bogelkan siapa yang mencuri wang rakyat.
    Rakyat sudah tidak sabar dengan kerenah mereka ini yang terus memberi alasan dan mengagalkan penyiasatan keatas syarikat rakyat Malaysia, 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabnya orang melayu Malaysia ni ramai yang bodoh..Nak kena tunggu yang bodoh2 ni semua mati barulah boleh ada pembaharuan ?
      Sementara tu najib haramjadah akan terus gunakan kekuasaan nya untuk rembat duit dari melayu yang bodoh2 ni.

      Delete
  4. Mohon suaka politik, cabut lari bawa anak bini atau bunuh diri adalah langkah terbaik buat mo1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spot on bro. Well said.. bravo.

      Aku rasa, pd tahap ini, membunuh diri adalah satu ibadah paling mulia utk Najib dan anak beranaknya.

      Tu blom SPRM pegi gagau di setiap rumah menteri2 dan bekas2 lagi. Entah berapa trillion duit cash dan tongkol emas boleh dikumpul.

      Delete
    2. Duit rampasan jgn lupa bro. SPRM boleh bedak senyap-senyap. Tak ada sapa nak check duit yang dirampas tu.
      Kalo rampas mercun, anak-anak orang Kastam yg meriah main nercun. Sorang seguni setiap kali raya.

      Delete
  5. Bagi rakyat yang mahu jawapan dan kebenaran kaatas skandal 1MDB..mungkin jalan pendakwaan oleh OAG Switzerland boleh membantu bagi mendedahkan penyelewengan,pengkianat dan perompak no 1 negara.

    Pun begitu bagi sesetengah rakyat pula ada yang masih menganggap isu ini ada lah isu tiada kaitan dgn mereka walau pun negara terpaksa menangung beban penyelewengan wang yg bernilai berbillion billion ringgit yg mana belanja utk kebajikan pembangunan serta kesejahteraan rakyat terpaksa dikorbankan. Sekiranya kita ada perasan sayangkan negara dan berpegang kuat dengan syariat Islam yg memandang jijik kepada pemimpin tidak amanah dan zalim sudah tentu perkara perkara penyelewengan terutama melibatkan harta negara wajib diutama kerana melibat hak awam.

    Kita terutama orang islam dimalaysia dilihat setiap masa bergelut konon mencari ilmu agama dan konon nya nak mengamal kelakuan sunnah nabi tapi dlm masa yang sama ramai diantara melayu islam tak sedar yang negara negara kafir seperti Switzerland,Singapore,Sweden,Finland dan sebagainya mempunyai amalan etika seharian yang islamik contoh ketegasan dalam siasatan wang haram,kerajaan sentiasa bersikap ketulusan dan masyarakat madani atau civil society yang tinggi , malangnya kita beriman kepada ajaran islam tapi etika islam tiada kerana masih ramai yang boleh diam dan menerima pemimpin tiada amanah dan menyeleweng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jelas alasan demi alasan akan dicari dan dibuat demi melindungi diri orang yang bertanggungjawab. Orang ini akan cuba basuh tangan dan kakinya dari berkait dengan skandal wang haram terbesar ini.

      Kambing hitam akan dicari bagi mengganti diri untuk menggalas semua taik skandal yang terpalit.

      Sebolehnya akan dikatakan kegagalan dan kerugian sebuah institusi perniagaan tapi bukan kerana penyelewengann dan penipuan.

      Seboleh-boleh cerita skandal ini akan cuba ditutup rapi dari tersebar luas dalam media arus perdana kebangsan supaya tidak sampai ke pengetahuan dan pemahaman orang2 kampung di luar-luar bandar. Cerita yg dikeluarkan dalam media arus perdana pun hanyalah secuit saja.

      Kepura-puraan munafiq akan diteruskan umpama tidak ada apa2 yang serius berlaku.

      Inilah senario negara kita yang sangat berlainan berbanding senario negara2 luar yang amat memandang serius kepada satu-satu penyelewengan.

      Wallahualam.

      Delete
  6. Boleh ke pembangkang memenangi PRU14? Kekuatan parti BN masih tetap x dpat dinafikan. Kita duk sibuk cerita pasal DSN dgn kes Switzerland, bagaimana pula kes safie apdal mengaku psal duit berjuta di sabah? Korang x nk bncg ke?

    Nukilan Istimewa Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang shafei ngaku? Boleh bagi link?

      Delete
    2. Pegi bincang kat mykmu@mykemut. Bincang hal2 bodoh dgn jalil backer. Sampah

      Delete
    3. Sokong 15.31...sampah patut berada bersama sampah di mykmu

      Delete
    4. 1530, ni link dia.http://captainmgs.blogspot.my/2016/10/gempar-bukti-dokumen-shafie-apdal.html?m=1

      Kpd alumni newcastle@ kellie's castle, dato syafie bkn ngaku ea...bukak mata tu. Tgok pakai mata. Bkn pakai hidung

      Delete
    5. Sy anon 1545 td, mohon jgn ler makan babi buta suatu berita khususnya mamat newcastle @perasan pandai. Kalo berita tu x pihak pd hang, hang confirm kata berita tu palsu le ape ler konspirasi cina komunis ler...kalo berita tu pihak pd hang, kemain lg duk sebar...

      Delete
    6. ha, begitu cara pemikiran tu Cikgu Murni, budak2 muda tak boleh diharap, org tuwa saperti Hj Bakhil mmg la boleh Cikgu Murni harapkan, tak gitu penonton ... tabik buat buat mu Alumni Newcastle.
      Gelojoh sgt la puak2 ni pepehal tggu je le pru14. Tapi takpa sementara tu mainkan rekod lama spai sengau bunyinya nanti.

      Delete
    7. Tolong JANGAN PANGGIL mamat biul tu alumni newcastle boleh...???

      JANGAN TERPEDAYA dgn TEMBERANG dia. Panggil mat KELLIE'S CASTLE dah. Lagi dipanggil newcastle lagi kembang telornya.

      Mat Kellie's Castle tu lebih sesuai dgn cara sewel dia mengulas satu2 topik.

      Delete
    8. Budak Newcastle yg keje Petronas tu ke? Mmg la ramai keje Petronas kaki buli mcm UMNO. Balik UK, org cakap geordie pun x tau. Lawak kambing sungguh.

      Delete
    9. Eleh, New Castle kat Kelantan tu (new=baru; castle=Kota). Aku lagi terror: Dari A Star.

      Delete
    10. Kalau kita baca komen kellie's castle tu, aku tengok dia jenis yg melulu menyondol2 dgn tak kaji habis dulu hal yg nak dikomen tu. Dgn sikit yg dia tahu, itulah yg dijadikan point.

      Delete
    11. Wahai Dubok 1513 diamlah. Bodoh dan bangang punya comment. Siapalah nak percaya komen kau. Kami ni cerdik cerdik. Pergilah cakap ditempat lain.

      Delete
    12. Xada mananya dia ngaji Tinggi tu. Bohong je lah. Level jamal kurap je otak dia tu.

      Delete
  7. Saya rasa ramai jugak yang takut. Yerr laa, kalu duit masuk melalui elektronic banking, semua data ada back up, tak boleh padam. Boleh check sapa dapat berapa. Saya doakan AG swiss cepat2 buat dakwaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab semua black n white tak pernah ditunjuk sebagai bukti sahih untuk melepaskan diri dari tuduhan rakyat atas penyelewengannya.

      Dia lebih rela dirinya dipenuhi dgn berbagai spekulasi dan persoalan negatif, ditohmah, dimaki-hamun, dihina-hina oleh orang.

      Bukankah elok ditunjukkan semua bukti transaksi bank dan bukti2 sahih untuk membersihkan nama dan mengembalikan maruah diri???
      Secara tak langsung juga akan MEMATIKAN semua fitnah dan cerita negatif yg ada dan mengembalikan KEPERCAYAAN rakyat.

      Tapi terbukti semua yg patut dibuat tidak dilakukan malah yg kita nampak terlalu banyak berdalih, mengelak dan berbohong saja.

      Delete
  8. Rajin betul orang2 umno pi saudi. Zahid pi sana 5 hari. Ada derma lagi kot?

    ReplyDelete
  9. Ya allah Ya tuhan ku hapuskan lah semua Melayu Yahudi pengkhianat durjana lakhanatullah ini yang telah mengkhianat rakyat Malaysia ini.Aamiin,Aamiin,Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hapuskan, matikan, jahanamkan sekali barua umno di mykmu. Kalau boleh mati dalam kemalangan. Aminnn..

      Delete
    2. Sia2 saja berdoa. Doa baik2 utk diri engkau pun tuhan x makbul. Ini sibuk doa org mati pulak.

      Berapa ramai ulamak berdoa utk Yahudi dan Amerika jahannam.. doa ulamak pun tuhan x pedulik. Inikan doa engkau yg ntahapehapentah.

      Delete
    3. Doa kan Dubok 1513@kellie's castle mampus. Ha itu akan dimakbul kan.

      Delete
  10. 16.30 pada Najib ka? Atau penyokong pembangkang atau duwa2 sekali.

    ReplyDelete
  11. Sy tahu kalian marah pd sy. Kalian kutuk sy. Kalian maki hamun sy. Sy akui kebodohan sy. Sy bkn ape. Cume tkut dgn masalah mendtg pd negara. Kita memerlukn pemimpin yg bertanggubjawab spt Dato Najib. Bkn nya sy tak yakin dgn kebolehan pembangkang. Lihatlah Selangor. Isu air sampai skrg dipolitikkn oleh PKR. Begitu jg Penang, azan tdk dibenarkn berkumandang. Panji kekuatan negara terletak pd UMNO. Sudah 60 thn UMNO pegang negara. Masihkah kalian meragui kebolehan UMNO?

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University@ Kellies Castle University (nama timangan kalian padaku)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..bertanggungjawab songlap berbillion. Bininya, anak tirinya shopping hasil duit curi macam esok nak kiamat. Itu yang kau mahukan? Drpd melalak mcm anjing kat sini lebih baik kau tolong kemas brg rosmah. Diorang dah panas bontot nak cabut lari pg kazakhstan. Kau tak nak ikut ke?

      Delete
    2. Kau dah akui kebodohan kau. Terima kasih. Now...shut the hell up.

      Delete
    3. Utk perhatian Kellie's castle alumni (tempat jin bertendang)...Azan tak dibenarkan berkumandang di Penang?? Jangan nak buat fitnah buta2 ye. Bukan saja azan, kuliah agama kat masjid pun boleh didengar dari jarak 1/2 km dari rumah. Dari mana kau dapat info rubbish ni? Aku duduk Penang la. Kalau tak tau apa2, lebih baik shutup!

      Delete
    4. Syor buat mamat "Ermm... Nakhoda" + mamat "Graduate Kellie's Castle"...

      Apa kata, hangpa CREATE blog sendiri. Siyan tengok kat hangpa; masih HURUNG MENEMPEL pd blog2 yg memaparkan realiti 'pahit' sebenar, (dan yg lebih menyakitkan hati2 hangpa adalah...) ramai pulak pengunjung2nya; membuatkan hati2 hangpa jadik tak keruan kerana tak bersetuju. Komen2 hangpa kan bertujuan utk memberi pencerahan, mendidik, membela sang pemerintah federal...

      Mana tahu... dgn adanya blog sendiri & dgn niat suci murni hangpa tuh, angka pengunjung2nya melebihi daripada angka pengunjung klip 'Pen-Pineapple-Apple-Pen' & seantario Malaya dapat 'dicerahkan'...???

      Tp, wallahua'lam lah kan... Kot2 nawaitu komen2 hangpa sememangnya adalah utk memperdaya, memperbodoh2kan hingga menyerlahkan kejahilan cara pemikiran hangpa2 sendiri.., atau barangkali, dah jadik periuk nasik & ianya kemestian... itu sbb masih gak jadik langau2 berkampung di sini...

      Delete
    5. Tengok tu. Sampai hati kalian menyuruh saya shut my mouth. Inikah demokrasi? Inikah kebebasan hak bersuara? Bukankah kalian selalu melaungkan 'Kami nak hak bersuara'. Bukankah kalian selalu melafazkan 'Kerajaan sepatut beri kebebasan kami bersuara'. Sebab tu lah kalian mempertahankan BERSIH. Apabila kalian dihalang oleh Baju Merah, kalian marah. Bilaku bersuara sepatah, kalian menyuruh saya shut up. Berlaku adillah pengikut2 pembaangkang sekalian. Belum lg kalian mendpt kuasa menjadi kerajaan.

      Nukilan Ikhlas Alumni Kellies Castle University (tempat jin bertandang menurut kalian)-hakikatnya Newcastle University

      Delete
    6. Woi biawak....ada perbezaan di antara hak untuk bersuara dan hak untuk merapu. Paham?

      Delete
    7. Ya. Saya tahu ada perbezaan antara kedua-duanya. Dulu semasa kalian bangkit memfitnah kerajaan adakah kalian kata itu adalah hak utk memfitnah atau hak bersuara atau hak merapu? Adilkah kalian? Adilkah? Apabila kalian melontarkn kata2 kpd kerajaan, kerajaan sudah cukp baik buat kalian. ISA dihapuskan. Semata2 kerana kalian. Berikan kalian hak bersuara. Apabila saya berkata sepatah dua, kalian kata saya merapu....
      Janganlah kalian bersikap begitu. Kalian janganlah over confident BN UMNO kalah teruk PRU14 nnti....

      Nukilan Ikhlas Alumni Kellies Castle University (tempat jin bertandang menurut kalian)-hakikatnya Newcastle University

      Delete
    8. Woiii Kellie's Castle,
      Sape kata azan pakai speaker tak dibenarkan di Penang???

      Adik aku duduk kat KONDO N PARK, Batu Uban, 11700 Gelugor, Penang........dan tak jauh dari situ ada Universiti Sains Malaysia (USM).

      Di USM ni ada surau yang berdekatan dengan jalan besar. 5 kali sehari aku boleh dengar dengan jelas bilal surau USM azan pakai speaker. Tak payah tengok jam pun kami di Kondo N Park ni boleh tahu masuknya waktu solat dengan berpandukan azan dari USM tu je. Orang Penang semua tahu.

      Tolong simpan bangang kau boleh tak Kellie's Castle, tak tahu buat cara tak tahu, jangan nak memandai-mandai buat cerita bohong cam tukang samun!!!

      Delete
    9. Wah confirm u are an idiot kelli's castle. I thought u were sent as BN cybertrooper but in fact you are not. Yea I pity u a lot for being dumb. My advice to u is stop watching tv3suku n stop reading star, berita harian,utusan n sewaktu dengannya ok. I have noticed you turned from dumb to dumber.

      Delete
    10. Aku rasa la kan.. dari gaya bahasanya..

      Graduan perasan

      Nakhoda sewel

      Waghih xbenegeri


      ..ni semuanya org yg sama. Konarla ikut mana pun. Sebab dia bsusah payah nak menegakkan benang basah padahal isi tarak semua goreng bin auta je.

      Ke sekadar cubaan nak claim dedak triple? Biasalah kan pengerusi PAC pun cari makan jugak apatah lagi pematuk dedak mcm kau ni nk Tipu claim

      Delete
    11. Nooocastle, nakhoda kapal karam dan lain2......Kesian org yg sama tapi menyamar dgn macam2 nama semata nak menegakkan benang basah. kahkahkah.

      Delete
    12. Whoever or whatever comments from that guy(newcastle),ini buat beliau:Anda hanya dihujung jari saya dan pada semua yg membela penyelewengan anda semua juga dihujung hari saya.

      Delete
    13. Maaf typo error:anda yg bela penyelewengan juga dihujung jari saya.

      Delete
  12. Penuh sesak penjara malaysia kalau najib letak jawatan..najib & rosmah masuk penjara maximum security sg buloh, jho low, riza aziz, shahrol halmi, nik faisal, joanna yu, cheah tek kuang, penasihat yg hancurkan negara habibur rahman, irwan serigar, paul stadlen..ini semua suruh diorang pilih penjara mana yg diorang suka. Macai kaki jilat pun kasi tangkap sekali..haha

    ReplyDelete
  13. hmm, sekalian manusia yg jahil kelihatan begitu megah dan teruja, persis di waktu pengumuman saman sivil DOJ tempoh hari - maka sekali lagi air di tempayan mereka curahkan ketika mendengar dentuman kilat di awan mendung.

    Dan seperti selalu lidah mereka kembali basah dengan segala macam celaan dan fitnah, bagaikan si mabuk yang lupa jalan pulang.

    hmm, jangan terlalu gelojoh mengikut nafsu kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui melainkan sedikit.

    Pernahkah kamu ditinggalkan pesan agar -dahulukan akalmu sebelum kamu dahulukan lisanmu-

    kenapa kamu kelihatan begitu "bijak" dan mendahului usaha "ikhlas" dari non muslim yang sedang memberi pertolongan kepada golongan yg jahil seperti kamu.

    Mereka baru mula berjalan kamu sudah kelihatan berlari - hmm, teringat aku satu adegan di kaca TV, si perempuan muda bersama anjing kecil peliharaannya, baka Chi Hua Hua barangkali.

    ia kelihatan begitu teruja dan berlari-lari serta melompat-lompat ketika ia melihat dan merasakan tuannya ingin membawanya keluar bersiar, walaupun waktu itu si perempuan yg manis wajahnya baru sahaja mahu memulakan langkah,

    hmm maafkan aku karena, tafsiranku yg begitu. Ia benar-benar kelihatan sama seperti keadaan kalian.

    1MDB adalah kisah yang benar-benar menguji akal,ilmu dan iman.

    Benarlah janji Allahswt inilah zaman dimana fitnah akan datang bergulung, mereka-mereka yang menjadikan si kafir sebagai penolongnya maka (kamu redha padanya dan mereka juga kelihatan "redha" kepadamu),yang menjadikan lisannya lebih tajam dari mata pedang (kata2 celaan,adu domba dan fitnah).. inilah golongan yang telahpun ditelan gelombang fitnah.

    aku juga teruja untuk melihat bagaimana pengakhiran kisah yg bercampur baur diantara yg benar dan fitnah berkait perihal 1MDB.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai najib, apa pasal takut nak terus terang. Selindung ayat pusing2 selang seli selit ayat quran. Manusia macam kau penakut nak tulis inikan pulak nak tegur najib.

      Delete
    2. Syor buat mamat "Ermm... Nakhoda" + mamat "Graduate Kellie's Castle"...

      Apa kata, hangpa CREATE blog sendiri. Siyan tengok kat hangpa; masih HURUNG MENEMPEL pd blog2 yg memaparkan realiti 'pahit' sebenar, (dan yg lebih menyakitkan hati2 hangpa adalah...) ramai pulak pengunjung2nya; membuatkan hati2 hangpa jadik tak keruan kerana tak bersetuju. Komen2 hangpa kan bertujuan utk memberi pencerahan, mendidik, membela sang pemerintah federal...

      Mana tahu... dgn adanya blog sendiri & dgn niat suci murni hangpa tuh, angka pengunjung2nya melebihi daripada angka pengunjung klip 'Pen-Pineapple-Apple-Pen' & seantario Malaya dapat 'dicerahkan'...???

      Tp, wallahua'lam lah kan... Kot2 nawaitu komen2 hangpa sememangnya adalah utk memperdaya, memperbodoh2kan hingga menyerlahkan kejahilan cara pemikiran hangpa2 sendiri.., atau barangkali, dah jadik periuk nasik & ianya kemestian... itu sbb masih gak jadik langau2 berkampung di sini...

      Delete
    3. Cuba perasankan...

      Dia selalu sebut "benarlah janji Allah" tapi TAK PERNAH sertakan mana2 hadis sahih mahu pun kalamullah dlm Al-Quran sebagai dalil naqli...

      Permain2kan agama...???

      Delete
    4. Bertopengkan agama utk memperdaya...

      Delete
    5. erm, selamat malam sahabat .. aku hanya memperingatkan akan janji Allahswt terhadap hambaNya - dalilnya kalian perlu cari sendiri.

      di setiap celaan yg kamu lemparkan kepada sipemerintah tidak sesekali akan menaikkan darjatmu. bahkan ia membuatkan kamu lebih hina dari pihak yang kamu celakan.

      lihatlah keadaan bakal "pemerintah" yang kamu berikan bai'ah mu (jatuh taasub).. mereka (politikus berhati Serigala) kelihatan jauh lebih membawa kebinasaan.

      Sedang urusan yang paling utama pun kamu rela didustakan - sesungguhnya tiada tahalluf siasyi menurut kepada syariat selagimana tiada kuasa pemutus yakni Presiden@Ketua@Nakhoda.

      Disaat kamu begitu teruja dan menyangka sedang "berjuang" menentang sebuah pemerintahan yang zalim - dalam masa yang sama tanganmu rakus berebutkan segala macam nikmat untuk diri dan keluarga.

      apakah masih ada nikmat dibawah pemerintahan yg zalim ?

      aneh sekali kamu tiba-tiba menjadi terlalu dungu dengan memberi bai'ah kepada pemerintah yang jauh lebih zalim.

      Tidak cukupkah pelajaran untuk kamu jadikan pedoman terhadap apa yang politikus berhati Serigala kerjakan di negeri-negeri yg mereka kuasai?

      "redha" gerombolan non muslim kepada kamu setelah kamu melutut dan menurut kepada mereka dengan membuang batas agama dan bangsamu.

      Namun kamu tidak mendapat bai'ah mereka .. sebagaimana UMNO diberi bai'ah didalam Barisan Nasional, maka dengannya syariat Islam dan amanah bangsa secara zahirnya berada didalam kehendak umat islam.

      Apakah sama keadaan kami dengan keadaan kamu ?

      Kesucian iktiqadmu "sesuci" iktiqad kepercayaan mereka.

      1. mereka menuntut agar baitulmal turut menyerahkan hasil zakat untuk manfaat si non muslim.

      2. Mereka menuntut agar kalimah Allah dan kalimah yang lain turut digunakan untuk mereka (sedangkan mereka kekal menyekutukan-Nya)

      3. Mereka melafaz qalam-Nya (petikan ayat suci Al-Quran) demi keuntungan politik dan mereka kekal tidak beriman (bersyahadah).. malah kamu menyahut dengan lafaz kalimah Allahuakbar?? .. Allahu (sebak tatkala aku mengenang kembali).

      4. mereka bebas keluar masuk ke dalam rumah Allahswt demi survival politik (sehingga mereka naik mimbar lalu memberikan "sepatah dua kata") dan mereka kekal sebagai si kafir, nauzubillah kemudian kamu khusyuk mendengar.

      Apakah sama keadaan kami dengan keadaan kamu ?

      Amanah dan hak bangsamu terhadap daulatnya tanah Melayu ini adalah bersifat "samarata total" terhadap amanah dan haknya bangsa mereka.

      1. mereka menuntut agar dibatalkan keistimewaan dalam apa juga yg melibatkan hak dan amanah bangsamu.

      2. Mereka mendakwa bangsamu juga adalah "pendatang" sebagaimana keadaan mereka yang "didatangkan" secara rela mahupun paksaan dari penjajah.

      3. di saat kamu "meraikan" kejayaan dengan doa dan syukur ke hadrat Allahswt - mereka juga "meraikan" kejayaan dengan memanggang 5 ekor babi sebagai habuan kepada para dewa, tanda syukur mereka. (kisah kejayaan PRU 2008).

      Apakah sama keadaan kami dengan keadaan kamu ?

      Ingatlah wahai sahabat, "berpautnya" politikus berhati serigala bukan atas sifat tahaluf siasyi, mereka hanya membawakan pendustaan yg jelas nyata.

      sesungguhnya begitu besar rahmatNya ke atas tanah ini bukan turun secara tiba-tiba melainkan asbabnya di atas sifat syukur bangsa Melayu terhadap pemerintahnya.

      Kamu berbangga dengan ilmu yg ada padamu -sedangkan sebelumnya kamu bersifat jahil - tolonglah berhenti, sebelum kamu lupa kembali kepangkal jalan.









      Delete
    6. Itu jer jwpnnya; dalilnya carik sendiri...???

      Kah...! Kah...! Kah...!

      Delete
    7. Ya Allah geli hati nya mamat Dubok 2203 ni.(dalilnya cari sendiri) Memang sah dari planet lain.Ini barulah keturunan sejati umgnok. Kah kah kah

      Delete
    8. Anon 22.03,
      Nak juga masuk blog ni ,tapi tulis pun berpusing pusing macam mamat lapar todi,lepas tu tulis panjang menjela isi yang aku faham nak sama dengan cerita prono untuk geng geng monopos ,sudah la henti la cerita mengarut kamu tu.

      Delete
    9. Memandangkan dia dah register si langau tetap dlm blog nih... tukar nickname rujukanlah - drpd "mamat nakhoda" kpd "mamat DALIL CARIK SENDIRI"

      Delete
    10. erm, sengaja aku membiarkan kamu kembali berusaha untuk menggunakan akal, apakah begitu sukar untuk mencari dalil .. semoga kamu berjaya.

      Sejujurnya aku datang untuk kamu berfikir. agar tidak lagi kamu ditunggang akibat dari kejahilan dan kebodohan diri sendiri.

      juga aku doakan agar kamu "berjaya" untuk memelihara lidah. hehe

      Delete
    11. Hehehe.. Pendek je yg last tu Nakhoda sewel ni bermadah pujangga?

      Manalah dia dapat nak selitkan apa2 ayat Quran/hadis? Sebab dia xbelajar agama pun. Dia belajar temberang je.

      Org yg belajar agama & menjiwainya xakan jd bangsa penegak benang basah.

      Dlm erti kata lain bodoh nak mampos.

      Delete
    12. Graduan Kellie's castle tak payahla sebok suruh org gunakan akal. Ko yg patut berusaha kembali gunakan akal.

      Cerita ko yg org tak boleh laungkan azan kat Penang tu jelas cerita bohong kan. Auta putar alam.

      Siapa yg patut kembali gunakan akal? Lain kali jangan merapu cam mabok todi.

      Pakai macam2 nama....kellie's castle la, nakhoda la. Ni la akibat kempunan nak masuk U tapi tak lepas.

      Delete
    13. erm, selamat pagi sahabat .. membaca komentar balas kalian saban waktu, membuat aku berfikir alangkah malangnya jika termasuk dari kalangan kamu.

      namun, imaginasi kalian seringkali tidak terikat kepada ilmu,akal dan iman, hanya bersifat taasub, maaf.

      kini aku satu di dalam tiga ? sahabat yg kamu gelarkan student Newcastle dan Waghih (orang nogori).

      jika aku ingin melihat kamu kekal didalam kejahilan ini, maka boleh saja aku mengiyakan, tetapi aku selagi boleh tidak mahu menjadi seperti kalian. aku dan dua sahabat yg lain itu, bukan orang yang sama.

      Hehe, pernah salah seorang dari kalian "menuduh" aku hanyalah si bodoh dari sekolah pondok, dan kini aku "dituduh" pula tiada langsung ilmu agama.

      Yang paling mencuit hati, kalian masih tidak mampu untuk "mengenali" siapa Nakhodamu ...kamu juga tidak mampu membantah setiap kali aku "memperlihatkan" keadaan kamu,melainkan kamu hanya mampu mencela dan mengadu domba pada aku, hehe sahabat, aku bukan sesiapa, aku hanya menyampaikan.

      sangat menyayat hati melihat keadaan kalian, mendakwa memiliki tubuh yang "sihat dan kuat" tetapi mempunyai tiga kepala, hmm dan mungkin bakal menjadi 4 kepala.

      Tunggu saja saatnya apabila politikus berhati serigala sekali lagi berkhianat sesama mereka, dan kamu sebagai si pentaasub akan menjadi anak panahnya. Hehe





      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Ya Allah YA tuhan ku kau Hapuskanlah,hancurkanlah musnahkan lah semua Melayu Yahudi lakhanatullah pengkhianat durjana anak bangsa ini yang telah menginayakan rakyat Malaysia terutamanye orng melayu Islam ini Ya allah Ya tuhan ku.Bala kanlah ,azapkanlah bersama mak bapak pengkhianat durjana ini ,anak bini pengkhianat durjana ini,zuriat serta keturunan pengkhianat durjana lakhanatullah ini Ya Allah YA tuhan ku.Rakyat negara ini dihujani dgn beban yang begitu membebankan Ya Allah ya tuhan ku akibat perbuatan pemerintah pengkhianat durjana lakhantullah yang tidak Amanah serta mengkhianati rakyat negara ini.Zalimi lah Peminpin Melayu Yahudi pengkianat durjana lakhanatullah ini ya tuhan ku dgn tanpa belas kasihan lagi dari doa rakyat terinaya ini.Sebagai rakyat yang sudah tidak ada lagi belas ehsan lagi terhadap peminpin melayu yahudi pengkhianat durjana lakhanatullah ini Ya Allah Ya tuhan.Amiin Aamiin Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yahudi mana yg mengkhianat malaysia ni?

      Siapa melayu yahudi?

      Doa pun bunyi org kalah Judi je merabannya

      Delete
  16. Sikit pun najib tak takut. Hati dia dah hitam. Dah takde rasa apa dah. Saman ke ..hamun ke ..sikit pun dia tak peduli. Dia ni nampak je pandai tapi sebenarnya bodoh yg amat. Dahlah bodoh ..sombong lak tu. Adik beradik dia pun sama je. Janganlah tertipu dengan nazir ke ..nazim ke ..semuanya penyangak. Semua subahat. Kita doalah pembalasan yg adil kat najib dengan adik beradik dia.

    ReplyDelete
  17. Sebagai PM, DS Najib boleh dikatakan tidak bersalah ttp sebagai Menteri Kewangan, tindakan dan keputusan DS Najib tertakluk pada akta AMLA atau AMLATFA.DS Najib perlu disiasat dibawah akta ini.Saya rasa BNM mengetahui kesalahan ini dan Mantan Peguam Negara pun sedia maklum.
    Harap jika Pembangkang menang tipis PRU14, siasatan terhadap DS Najib perlu dijalankan.Bagi pemimpin UMNO khususnya akar umbi, anda semua kena sedar bahawa UMNO berada dipenghujungnya jika DS Najib terus kekal sebagai Presiden.MCA dan MIC perlu nyah dari BN dan menjadi sahabat/rakan bersekutu kpd parti PPBM jika ingat parti anda masih diterima rakyat.Setiap hari, rakyat Malaysia semakin meluat dan menyampah tentang cakap2 menteri2 DS Najib dan berita yang dihebahkan oleh stesen TV yg memihak pd kerajaan.

    ReplyDelete
  18. Kita harus ingat 1MDB adalah agensi yg bersih telus hebat dan canggih agaknya US Singapura n Switzland saj nak burukan nama malaysia kerana begara ini bebas dari rasuah dah tu ini negara islam takan nak seleweng duit rakyat pula bukan ke begitu hidup malaysia

    ReplyDelete
  19. Syaitan dari luar negeri suka buat propaganda .

    ReplyDelete