Saturday, 22 October 2016

BAJET 2017 OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016, MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN!!


Walaupun cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dan penuh intergriti.

Insiden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan dan bukannya sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN.

Beliau seharusnya menumpukan ucapannya hanya untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya seperti berucap dalam kempen pilihanraya atau di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO.

Mengambil banyak masa untuk mencela dan menghentam wakil pembangkang ketika membentangkan bajet untuk faedah 30 juta rakyat, lebih-lebih lagi dengan dakwaan sandiwara dan pengkhianat, adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.

Menyindir sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis kepada pihak pembangkang dengan nada bergurau dan sambil tersenyum sepertimana yang biasa dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika mereka membentangkan bajet masing-masing suatu ketika dahulu, memang merupakan lumrah yang dapat diterima umum.

Malah, jika kita imbas kembali, sindiran dan kata-kata sinis Tun Mahathir dan Anwar kepada pembangkang ketika itu semuanya dapat diterima dengan senyum ketawa oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Ini kerana mereka sedar ia sekadar guaraun untuk menceriakan suasana semata-mata.

Tetapi Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk menyerang pembangkang, malah serangan dan hentamannya tidak ubah seperti pengkhutbah yang pincang.

Najib menasihatkan rakyat berjimat cermat dan tidak makan di restoran mahal, sebaliknya hanya membeli "nasi lemak anak dara", tetapi adakah beliau pernah menasihati isteri dan keluarganya daripada tidak bermewah dalam berbelanja?

Dalam hal ini, memang wajar Ahli-Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan. Najib yang lebih dulu melanggar etika dengan berperangai tidak sewajarnya. Jika perkara yang sama berlaku di Jepun, Taiwan dan negara-negara Eropah, sudah pasti mereka juga akan meninggalkan dewan sebagai tanda bantahan.

Hanya dengan meninggalkan dewan, Najib dapat diberitahu bahawa tindakannya membuat dakwaan semberono, adalah sesuatu yang salah. Sebelum mahu mengusik atau menyindir pembangkang, Najib sepatutnya banyak belajar daripada Tun Mahathir dan Anwar atau mengambil sedikit masa menonton kembali video pembentangan bajet oleh kedua-dua tokoh tersebut yang pernah menjadi menteri kewangan cemerlang sebelum ini.

Lagi pula, wakil-wakil pembangkang juga hanya keluar dewan setelah "dihalau" oleh Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia yang meminta mereka berbuat demikian jika tidak sedia mendengar pembentangan oleh Najib itu.

Jadi, siapa yang salah?

Nombor satu paling salah ialah Najib dan kedua, Pandikar yang gatal mulut menghalau mereka, sama seperti  gatalnya  mulut beliau suatu ketika dahulu mengadu kepada Tun Mahathir mahu meletakkan jawatannya, tapi kemudian tidak cukup kekuatan dengan sendiri punya pendirian.

Dalam aspek yang lain, sebelum mahu mencela dan menghentam orang lain, Najib juga seharusnya sedar siapa dirinya yang sebenar. Beliau mesti selalu melihat-lihat cermin menonton wajahnya  sendiri.

Hakikatnya, Najib bukan saja sedang terperosok dengan pelbagai isu melibatkan diri, isteri dan keluarganya, malah skandal kewangan yang terkait dirinya adalah yang terbesar dalam dunia ketika ini.

Beliau masih kekal berkuasa hanya kerana menguasai semua instrumen penting dalam negara, tetapi di luar negara, seluruh dunia sedang menyaksikan satu demi satu tindakan penguatkuasaan sedang diambil berkaitan 1MDB yang mana beliau sendiri berkuasa dan berperanan penting di dalamnya.

Jadi, tindakan keluar dewan sambil menuntut pengakuan tentang MO1 daripada Najib memang sesuatu yang wajar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kes melibatkan beliau dan keluarganya belum lagi berakhir dan jauh sekali untuk terus dilupakan.

Tambahan lagi, semua hal berkaitan 1MDB langsung tidak dibenar  untuk dibincangkan di Parlimen.

Selain itu, Najib juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terburuk Asia 2016 oleh sebuah portal kewangan antarabangsa, AsiaFinance. Bermakna, Bajet 2017 semalam dibentangkan oleh seseorang yang terburuk, bukan terbaik.

Maka, bersama semua itu, jauh lebih mengaibkan jika Ahli-Ahli Parlimen pembangkang,  masih sanggup mendengar sampai habis ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Najib yang bukan saja sudah disahkan sebagai terburuk, tetapi juga sebenarnya telah sifar wibawa dan intergriti dalam dirinya. (SH 22/10/2016).

85 comments:

  1. Media2 arus perdana sengaja mainkan isu konon2 nya pembangkang itu biadap dan memekik-mekik dlm dewan. Najib tahu lumrah pembangkang suka menimbulkan kekecohan sejak dulu lg. Mmg sengaja dia memanjangkn sindiran yg menyakitkan hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet terburuk untuk rakyat tetapi terbaik untuk geng tuang presideng amanat sebab duduk.diam tunggu dedak

      Delete
    2. Anakanda Tun Razak tuuuuu.....

      Delete
  2. Bila dah syiok bercakap, dia terlupa yang dia sudah tidak dapat menyelamatkan ekonomi negara dari terus jatuh. Jadi apa yang boleh buat ialah dengan teruskan untuk syiok sendiri. Di tambah pula akan muncul panglima setia mempertahankan kehebatan pembentangan budget ekonomi ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet mengarut dan membosankan rakyat jelata.......!!

      Delete
    2. Makcik2 dan pakcik2 happy gila dengar BRIM dinaikkan.
      Tak tahunya ekonomi Msia dah makin ke laut.

      Atas kertas semuanya nampak bagus.
      Dana tah ada tah tidak.

      Nak langsaikan hutang negara pun payah.
      Nikan pulak segala-gala peruntukan nak dinaikkan.
      Duit yg lesap tu pun tak berganti.
      Senyap bisu terus.

      Pelaburan kurang, kilang banyak tutup.
      Ramai dibuang kerja.
      Yg keluar U pun susah dapat kerja.
      Tu sebab jual nasi lemak Anak Dara.

      Nak korek duit tang mana nak penuhi bajet impian tu??
      Bunyi gah meletup-letup.
      Korek duit dari mana?
      Setakat kutip GST pun tak cukup.
      Nak mintak derma lagi ke?

      Delete
    3. Perdana menteri yg terburuk dalam sejarah Malaysia.
      Belum pernah seorang perdana menteri di Malaysia sebelum ini diaibkan oleh pembangkang.
      Apa pertunjuknya?
      Hanya orang berakal sahaja yg dapat berfikir.

      Delete
  3. Bajet tu dihiaskan dgn peningkatan tu peningkatan ni. Padahal kalo dok kaji 3 4 kali, makin menyusut. Lihatlah bajet di IPTA. Makin menyusut. Pandai ea najip ni. Yg hamPAS tu duk diam je..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam si mat hias nasi goreng dia dalam kuali

      Delete
    2. Ribut2 di kubang pasu
      Itulah dia wajah MOI yg tak tahu malu..

      Delete
  4. i have had enough of najib lanun
    dgr suara dia pun saya tukar channel atau mute sound tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua rakyat Msia dah menyampah tgk najib berucap di mana2. Tapi yg hairannya mp2 dari parti hamPAS boleh duk melanguk dgr bajet kelentong ketua penyamun. Inilah antara simptom lebai2 dah ditabur dedak haram. Dari bodoh jd bengap.

      Delete
    2. Dah mmg hamPAS, mmg hamPAS sajalah. Nak cakap apa lagi..

      Delete
  5. Bajet ni kalu nak kencing orang kota belud boleh laaa

    ReplyDelete
  6. Husni telah bersedia untuk berucap semasa pembentangan bajet.

    Menurut Husni kata-kata dan ucapannya ada dari hati dan akal nya sendiri.

    Mungkin pandangan Husni sesuatu yang baik untuk kita semua


    Good luck Husni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husni ka apa ka.. tgk perut dulu. Kalo kurus dan x buncit, mmg ok la.

      Kalo boyot kecik atau besar, sori la ye..

      Delete
  7. Dalam perhimpunan agong umno nanti.... Kita akan didendangkan dengan lagu "ANAK KECIL BERMAIN API"

    Melayu haramjadah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanjawan syok sendiri. Pembentang yang tidak lagi bermaruah. Sapa nak dengaq. Tak laku dah. Jom ramai2 kita jd ahli PPBM.

      Delete
  8. Tuan Shah....
    Antara hal pembangkang keluar dewan dengan berbilion2 wang rakyat DIROMPAK.......mana yang lebih BESAR IMPAKNYA KEPADA NEGARA...???

    ReplyDelete
  9. Buat pertama kali sejak aku mula berkhidmat dengan gomen,.....kat opis,seorang pun tak menonton Belanjawan Najib 2017 a.k.a BeRANJAUwan 2017.TV ditutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kerja dgn gomen..gaji gomen yg bayar..kenapa tak kerja comp kroni puak kau..jenis manusia tak bersyukur..makan harta haram..

      Delete
    2. Anon 23:04
      Gomen bayar gaji untuk bekerja..bukan untuk tengok belanjawan menteri kewangan terburuk tu atau menjilat pungkok pm..yg dok buat perkara tu la yg makan haram..bangang la ko ni..

      Delete
    3. duit rakyat.....kerajaan cuma urus.

      Delete
    4. Ada kerja ada gaji. Penat lelah kerja dia gomen kenala bayar. Bila kerja dah dibuat bayarla gaji. Takkan free pulak. Apa pulak makan harta haram? Bukan mencuri merompak.

      Delete
    5. Woi 23:04,

      Ko ni bangang sbb makan dedak ke hape? Keje gomen tu tak bermakna keje dengan umngok macam ko..kalo PH menang pilihanraya pon..orang gomen tak kene buang kecuali kepala-kepala kaki makan dedak dan rasuah jer kene tendang..tu biasa la..takyah tukar parti pemerintah..tukar PM pon ramai kepala-kepala penyamun kene tendang..orang taknak tengok belanjawan tu maknanye rakyat dah menyampah..termasuk ramai yang keje gomen..ko tu bukan keje gomen pon..mane ko tau orang gomen menentang dalam diam..pi main jauh-jauh la..nyebok jer!!

      Delete
    6. 23.04 duit gaji bayar perkerja gomen tu bukan duit gomen. Itu ialah DUIT RAKYAT ko tau tak??

      Ko ingat asal gomen ditubuhkan dalam satu2 negara dgn tetiba jer gomen tu ada duit selonggok ye?? Ko ingat duit tu jatuh dari langit ker?

      Kalau tak rakyat yang hasilkan duit takkan gomen ada duit. Tujuan gomen kutip GST tu utk janakan pendapatan negara. Tujuan nak cari duitlah tu. Kalau tak hasil dari rakyat dan laburkan duit rakyat......dari mana pulak datangnya duit gomen? Dari mengemis mintak derma ker??

      Tolonglah cerdik sikit.....sedap mulot jer kata org makan duit haram.

      Delete
    7. TERBAEEK la abang 23:51.

      Delete
    8. Ko ingat kerja gomen mesti sokong politik gomen ke...

      Dasar lembu cucuk hidung.

      Delete
    9. si*l la ko 2304..pk la sket nk bidas pun..bengang je aku tgk komen bodo ko tu

      Delete
    10. Satu saja, kejelah kat mana pun. Jangan buat muka dan perangai bigot.

      InsyaAllah gaji berkat. Moga2.

      Delete
    11. Hambek kau 23.04!
      Tu belom aku lagi yg sumpah seranah kau!
      Bodoh..otak letak dilubang taik. Kau tak payah jd org, jd tong gas lg elok boleh bg khidmat kt mamusia yg ada otak tak mcm kau!

      Delete
    12. Anon 23:04 ni mungkin salah sekor lembu berbaju merah yg dok sokong membabi buta jamal ikan bakar tahi hidung masin.

      Delete
  10. Tepat dan mantap saperti paku terakhir keatas keranda umno...

    ReplyDelete
  11. Baca analisa tuan OSTB pasal bajet. Memang tak masok akal, mengarut punya bajet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Outsyed mmg blog power giler. Kalo x, masakan boleh jadi org rapat dgn Tun.

      Delete
  12. Tepat dan mantap saperti paku terakhir keatas keranda umno...

    ReplyDelete
  13. yang mp haram jadah pembangkang bawa poster bukan kah itu provokasi..perangai gangster macam ni lah..yang sokong pun puak2 bodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah fungsi parlimen tu dah tak berjalan dgn lurus dan berat sebelah.....maka itulah alternatif yg tinggal....angkat placard sebagai ganti soal, debat.

      Bila pembangkang bukak mulut.....mulalah dipotong.

      Contohnya dah banyak kali usul 1MDB dan usul duit rakyat yg lesap ditolak dlm parlimen. Sedangkan itulah perkara yg jadi tanda soal dalam kepala rakyat Malaysia.

      Rakyat tunggu jawapan nak tahu tentang dalang 1MDB dan ke mana wang yg lesap tu pergi?.....Tapi bila perkara ni dibangkitkan di parlimen ia akan cuba dipotong, dicantas pendek dan dinoktahkan dengan pantas.

      Soal tak boleh, tanya tak boleh, debat tak boleh.....jadi apa lagi alternatif yg tinggal??? Semua dah diharamjadahkan!!

      Delete
    2. Yg sokong kepala penyamun kelentong lg bodoh bertingkek2. Belanjawan menipu rakyat. Hanya puak2 yg bengap akan percaya.

      Delete
    3. Bang 23:31,

      Ko jangan layanlah si bahalol 23:14 tuh..dia baru bangun dari tido sbb kenyang makan dedak kot.

      Delete
    4. 2314 tu lulusan SRP saja. Itu pun nak berlagak pandai sgt dah.
      Woiiii bengong pi baca buku byk2lah

      Delete
    5. aku nasihat kan spe2 sokong kerajaan skg ni tgk la cite tamil..plot cite same...kerajaan korup...polis pun sme...gangster cam jamal leh uat hal...mother f**ke* la woi...abes rakyat ko tindas

      Delete
  14. Kita x boleh bt pe kt dia.kita kutuk dia caci dia dia tetap berkuasa sebagai perdana menteri walaupun kita benci dia mnapun.kita tgklah raja kita di sini x akan campur tangan tntang skandal dia.itu saja saya nk sampaikan

    ReplyDelete
  15. Lebih baik bawak poster dari bawak bala untuk seluruh rakyat malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro. Lagi baik duit negara dah kurang sebab ekonomi lembab dari duit negara kurang sebab dirompak samun.

      Delete
    2. Aiik 23:25..cara ko cakap macam bunyi Tuang Presideng Ahdidapatwang lak aku dengo..PAS dah jadi hamPAS daa..

      Delete
    3. Kita benci dia pun x suka dia itulah dia si botak tu selagi si botak tu jd prdana menteri kita.anon kna faham maksud saya tu dari anon 23:59.saya pun benci si botak tu selagi dia pegang prdana menteri dh nk bt mcm mna monarki kita x boleh campur tangan tntang hal dia.maknanya dia lg brkuasa dari raja kita sepatutnya raja kita patut brkuasa sbb si jibby ni ketua kerajaan.negara kita ni bkn mcm negara maju seperti netherland great britain.david cameron bekas premier British meletak jawatan sbb isu Brexit david cameron x nk nnti parti dia akan kalah dlm pilihan raya jika dia sokong european union lagi.tetapi perdana menteri kita pelik x nk ltk jawatan dgn muka x malu satu dunia tahu hal dia.dacing dulu dgn sekarang contra dulu mmprjuangkan org Melayu skrng mmperjuangkan dewa dewi cacai si botak

      Delete
    4. Duit malaysia kat sempadan siam pun tak laku dah.
      Bagus sgtlah ekonomi malaysia skrng ni.

      Delete
    5. Saudara Anon 00:15,

      Membenci dalam hati sahaja tidak memadai. Walaupun kita rakyat marhaen yang serba lemah tetapi kebencian perlu dizahirkan supaya pemerintah sedar dan sedar dirinya itu dipilih oleh rakyat marhaen. Kata benci tapi setiap majlis yang dihadiri oleh pembesar atau ketua yang menyokong dasar menindas, kita semua pakat hadir sama. Bantuan bencana banjir yang tak seberapa dan kena beratur lama baru dapat pun kita sanggup tunggu. Bila masa pemerintah nak sedar. Dengan bangga dia umum dan masuk paper, radio dan tv "INILAH KERAJAAN KITA YANG PRIHATIN DENGAN NASIB RAKYAT". RM250 je. Nak ganti pintu depan dan pintu bilik-bilik yang kembang kena air pun tak lepas. Orang macam itu wajarlah diboikot supaya dia cepat sedar. Susah sangat ke nak boikot? Bukan boleh kena tangkap pun kalau tak pergi. Ini bukan hasutan tapi sekadar cadangan. Kalau saudara 00:15 ada cadangan yang lebih bernas, kita kongsilah. Sekurang-kurangnya kita taklah berputus asa memperjuangkan yang hak dan menghapuskan yang batil.

      Sekian, terima kasih.

      Delete
  16. erm, selamat malam sahabat.

    benarkah bajet 2017 adalah yang paling buruk dalam sejarah ?

    Bukankah pembentangan bajet setiap tahun, ia merupakan Bajet yang terburuk .. hehe.

    Seluruh MP dari Pakatan Harapan dan PPBM adalah politikus berhati serigala.
    Mereka hanya pedagang yang sedang berjual-beli - berpaksi untung dan rugi.

    Tanggungjawab mentadbir urus negara bukan urusan mereka - tugasnya hanya untuk merebut kuasa sebanyak mungkin.

    Tanyakan kepada si jahil yang sombong itu berkait perihal sipemerintah, maka tiada satu kebaikan atau nikmat yang akan mereka akui melainkan hanya -

    1.celaan,keluh kesah,rintihan,adu domba fitnah dan prasangka buruk.

    Maka kamu akan mendapati keadaan si jahil yg sombong itu adalah yang paling celaka nasibnya berbanding dari mana2 golongan yg di zalimi di muka bumi ini.

    sekiranya datang mana2 marhean dari seluruh pelosok dunia ini yg mengadu akan nasibnya - maka tenangkan hatinya dengan berkata -

    sekiranya kamu merasa kamulah yang paling terainaya,maka ketahuilah kamu akan keadaan "suatu golongan yang jauh lebih buruk keadaannya dari apa yg pernah kamu rasakan".

    Maka taajublah mereka yg mendengar apakah masih ada yang jauh lebih celaka nasibnya ..

    Adapun golongan yg paling celaka nasibnya itu tidak mereka ditimpakan dengan peperangan, kebuluran, penyakit, kebodohan, kemiskinan,kezaliman -

    tetapi golongan itu ditimpakan dengan azab matinya hati mereka dari sifat syukur, ditarik keberkatan terhadap nikmat, dihimpit dadanya dengan rintihan, dibasahkan lidahnaya dengan ucapan dan doa yg kesat,adu domba dan fitnah.

    Mereka itulah golongan yang paling malang dan celaka nasibnya. mendengar akan keadaan golongan itu maka si polan yg mendengar pun melafaz rasa Syukur kehadrat Allahswt kerana dan kembali tenang hatinya.

    Satu persoalan yg bermain di benak ku .. apakah kamu sekalian si jahil yg sombong itu telah jatuh kedalamnya ??




    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap tak ada fact....

      Delete
    2. Setiap leteran anon nakhoda sgt sesuai ditujukan kpd lebai2 politikus berhati serigala dlm Pas terutamanya tuang presideng kaki ponteng mrk yg peralatkan Islam dulu, kini dan selamanya..

      Delete
    3. Lama saya xberi apa2 komen di sini

      Tp bila nakhoda sewel bekokok balik, saya xboleh diam

      Memang belanjawan tu macam taik. Umum je peruntukan tambah padahal peruntukan dipotong/lupus terus. Rujuklah mana2 jabatan kerajaan semua cakap benda yg sama

      Tapi untuk beruk bodoh mcm nakhoda sewel ni kalau najip suruh dia makan taik pun dia akan makan

      Delete
  17. EERRMMM..kena GST..syukor..bil letrik naik..syukor..rega minyak naik..syukor..bayaq nursery anak mahai..syukor..belanja beli barang dapoq tinggi..syukor..rega daging lembu time raya naik sampai RM35..syukor..cukai pintu rumah naik..syukor..patut la pala cek ni rasa cam nipih ja..kena cukoq rupanya..BIOL PUNYA 23:49!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di pasar kg pandan daging sekilo skrng ni RM36.00
      Kepala butuh ko lah 23:49
      Lain kali kalau nak bercakap buat homework terlebih dahulu!!!

      Delete
    2. Errrrmmmm nakhoda kapal korek....hapa kemenda ni....ko nak suruh bersyukor?? Ko teruskanlah dgn syukor kerana duit rakyat dirembat.

      Syukorlah pecah amanah ni didiamkan. Tak der pengadilan. Sampai sekarang pon tak tahu manahu mana hilangnya duit rakyat tu.

      Ko syukorlah sebab rakyat ditipu dgn alasan bodoh dan memperbodohkan rakyat.

      Bersyukorlah ko wang haram difatwakan jadi halal toyyiban....!! Wang rakyat yg lesap tu dah jadi rezeki halal pada Penyamun & Co.

      Pasal nak BERSYUKOR ko biakan penyamun, perompak bermaharajalela....merembat dan terus merembat..

      Takkan nak tunggu sampai kering wang negara baru nak sedar woiii......masa tu dah terlambat dah. Ko nak jadikan Malaysia macam Filipina ker? Marcos dah lama padam pon ekonomi Filipina tak pulih2 lagi.

      Nak bersyukor pon kena tengok keadaanlah. Kalau nak menghalalkan kemungkaran semata nak bagi penyamun perompak senang....tak payahlah nak bersyukor. Dia dah tentu kaya tapi rakyat yg kayap.

      Guna kepalalah sikit woiii...!!

      Delete
    3. Sabar bro 00.20....tak perlu layan lagi budak nakhoda 23.49. Dia tu tahap budak felda, selalu melalut kat sini. Se ekor lagi tak perlu lauan budak newcastle fake.

      Delete
    4. Mamat nakhoda tu mmg bangang. Mamat newcastle lagi bangang nk mampos...

      Delete
    5. Sorang walaunta Pas dan sorang lg macai Umno.

      Undi Pas = Undi Umno

      Delete
    6. erm, selamat malam sahabat. khabar mengenai negara ini dirompak oleh pemerintah bukan merupakan kisah baru. ia adalah skrip yg diulang sejak dari zaman 70an lagi. kamu hanyalah penerus kepada sifat golongan marhean yang berkhianat terhadap nikmat, mencela terhadap ujian.

      Kamu merintih dengan segala macam kesulitan di dalam urusan hidupmu - kemudian kamu fitnahkan ia adalah berasbabkan kerana kebodohan,kezaliman si pemerintah sepenuhnya. apakah kamu wajib diselubungi dengan segala macam kelazatan dunia sebelum kamu memberikan "redhamu" terhadap si pemerintah ??

      Namun kamu berkhianat apabila ditanya tentang segala nikmat yg masih ada untukmu,dengan sombong kamu berkata - ia (segala macam nikmat) adalah hasil dari usahaku dan hak aku sebagai marhean di tanah ini,seolah-olahnya segala nikmat yang kamu begitu cintai itu tanpa adanya asbab dari sipemerintah. inilah maksudku akan golongan yang jauh dari sifat syukur.

      Kamu mungkin boleh terus menipu diri sendiri - dengan lafaz yang mengambil separuh dan menyembunyikan sebahagian lagi yakni - syukurku hanya kepada Allahswt -.

      Sedangkan lafaz itu adalah bersifat Hakikat - bagaimana pula hendak kamu dustakan ASBAB nya ??

      Firman Allahswt - tiada syukur kepada-Ku sebelum kamu bersyukur diantara kamu terlebih dahulu.

      Bagaimana sifatnya syukur sesama manusia ??.

      Hmm, sebagai marhean urusan fardhu kifayahmu terlaksana diatas salah satu ASBABnya datang dari sipemerintah. Pernahkah kamu menunaikan hak sipemerintah diatas asbab ia menunaikan hak kamu si marhean ??

      Silakan kami untuk "menukar" pemerintahan melalui kuasa undi yg ada padamu - tetapi ingatlah golongan yang tiada sifat syukur akan kekal dengan sifat Khawarij - Pencela sipemerintah -.

      Sehingga kamu tanpa sedar akan membuka aibmu sendiri - dengan rintihan "inilah pemerintah yang paling zalim, sambil kamu merindui kepada pemerintah sebelumnya".

      Hehe, bukankah kini kamu semua sedang merindui akan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad - sedang diwaktu itu kamu juga merupakan golongan yang mencela sipemerintah.

      telah datang keadaan dimana mereka yang mengajak dan menyeru supaya si marhean agar bersyukur diberi gelar sebagai sebodoh2 golongan. sedang si pencela diberi gelar semulia-mulia sifat. nauzubillah.













      Delete
    7. tolong jangan buruk sangka,

      aku memang ada niat untuk untuk undi umno pada hari terakhir umno memerintah.

      hang jangan sesekali berteori aku tak sokong umno.

      Delete
    8. Nakhoda sewel bekokok lagi

      Dia pura2 bsyukur dgn belanjawan baru ni

      Padahal dia antara beruk yg paling cemas skg sbb dh byk tanda2 biasiswa dedak nak sampai ke peringkat hujung

      Org bodoh mmg mcmtu

      Delete
  18. Syabas ahli parlimen pembangkang. Tindakan anda mencerminkan kemarahan rakyat. Bagi ahli parlimen PAS pula yang tak nak keluar dewan ramai ramai, kami faham, anda semua mungkin mempunyai 9 alasan; atau pun 90 alasan; atau mungkin juga 90 juta alasan dan sebab musabab kenapa anda mahu mendengar sampai habis ucapan bajet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah: Mungkin kerana dedak RM90 juta.
      Selepas Pru14, harap Pas satu kerusi pun tarak.
      Kelantan Bn/Umno atau Ph/Amanah ambil.
      Pergi mampus Hadi dan konco-konconya.
      Pas mengkhianati undi aku...
      Pas mengkhianati undi aku...
      Pas mengkhianati undi aku...

      Delete
  19. Tuan Shahbudin,

    Syabas, satu lagi ulasan terbaik!

    ReplyDelete
  20. Bodoh punya artikel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko dah tau bodoh nape ko masuk sini?? Mak ko ada suruh masuk blog ni ker?? Tak sape jemput ko datang sini. Tapi ko yg gatal menceroboh kat blog ni. Pergilah merambus bertenggek kat blog pro perompak. Buat apa buang masa kat sini. Ko yg bodoh.

      Delete
    2. Bodoh kepala bapak@mak kau.
      Kau yang bodoh campur bangang...

      Delete
    3. Kepada anon 0416,

      Sila komen Panjang sikit Dan dengan isi (reka pun xapa sbb kami Tahu beruk mcm kamu mmg guna fakta rekaan shj) takut2 nnt xboleh nak claim dedak.

      Dedak bukan free maka bersungguh2lah buat kerja

      Ke memang dasar pengikut amno keja malas ada dedak baru jalan?

      Delete
  21. Pasal mcm budak2 isunya, ye ye dia kena marah ye ye dia kena marah padan muka ye ye padan muka, mcm ini la isu yg di ceritakan yg sebenar tak payah la di ceritakan, elok lah wakil2 bodoh dilantik, trg2 nak politikkan isu MO1 didewan mulia, kalau di rally bersih5 bawa isu ni sesuai juga, apa bodoh murah punya politician.

    ReplyDelete
  22. Face the fact...

    Budget paling teruk !!!

    Terlalu galak untuk golongan penjawat awam dan B40 (majority adalah Melayu) untuk tanggung hutang seumur hidup.

    Tak ada peruntukkan untuk turunkan harga barang.

    Tak ada peruntukkan untuk menambah perkerjaan kecuali suruh rakyat jadi pemandu Teksi (Uber.... Mana perginya "MyTeksi" yg dibuat rakyat Malaysia)

    Dari mana punca source... dari 2.1 juta pembayar cukai aje (yg lain tak bayar cukai ke?). Berapa hasil dari petronas? Dan yang lainnya.... nak pi bayar hutang 1MDB ke?

    ReplyDelete
  23. Ini baru betul komen ya mana pergi duit tu atau mau divert baya 1mdb daridapa komen yg tak berfaedah baru lah buka mata pd yg msh tak faham apa yg sdg berlaku ... Teruskan komen sebegini hendaklah siapa yg baca mereka akan fikir fikirkan, Admin wujudkan ruang tak apa isu supaya msg2 berhujah/komen yg berisi drpd sela menyela sbb tak dtgkan hasil. Yg ini sekrg2nya pembaca boleh telitikan maksud/sampaikan komen ini.

    ReplyDelete
  24. Memang betul kata Mahathir, kerajaan takda dana.
    Petunjuk: PERMATA kesayangan Rosmah takda peruntukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la heran bin ajaib mana dtg duit 85juta pula tu byknya ... atas kertas ja kot.

      Delete
    2. Maaf ya, aku terover look.
      Rupa-rupanya PERMATA dapat RM85 juta.
      Salah kata Mahathir, kerajaan takada dana.
      Banyak Mahathir ooii... menimbun-nimbun.

      Delete
    3. Yang pasti bajet Rosmah@Permata didahulukan. Yang lain-lain tu pergi mampuslah. Cuba periksa bajet Rosmah@Permata tahun lalu (2016), ada baki atau pun sudah licin licau. Rafizi, boleh siasat tak dan bagi penjelasan...

      Delete
  25. Kalau tengok budget kali ini rayat yg bodoh pangjah bn umno kena tipu tak ada yg untungkan dpt brim nilainya rm3 sehari utk dibelanjakan duit yg lain gst pemimpin rasuah panyangak penyamun ini akan sapu yg lain akhirnya org melayulah yg bodoh ditipu apa yg mereka dapat gigit jarilah sampai bilalah agaknya org melayu nak sedar diri bodohnya org melayu kesian hidup dgn brim

    ReplyDelete
  26. Kalau tengok budget kali ini rayat yg bodoh pangjah bn umno kena tipu tak ada yg untungkan dpt brim nilainya rm3 sehari utk dibelanjakan duit yg lain gst pemimpin rasuah panyangak penyamun ini akan sapu yg lain akhirnya org melayulah yg bodoh ditipu apa yg mereka dapat gigit jarilah sampai bilalah agaknya org melayu nak sedar diri bodohnya org melayu kesian hidup dgn brim

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kamu kelihatan tidak lagi mempromosikan tuan politik kamu iaitu DAP .. apakah tuan kamu bukan lagi pemegang kuasa "Presiden" didalam Pakatan Harapan ??

      Delete
  27. Saya rasakan kita mesti serahkan pemimpin kita untuk menyatukan semua pembangkang dalam satu perjuangan..Biarlah mereka yg ambil peranan itu.Kita mesti bersabar untuk perjuangan kita ini..Jangan berlebih sangat kita mengutuk pihak pembangkang yg lain..ingat formula Anwar Mahathir pun ditakdirkan Allah berlaku ada sebabnya..Ini kan pula sahabat yg pernah bersama sama..bersabar sedikit itu perjuangannya..Saya yakin BN mahu pembangkang berpecah..Dan sangat takut org seperti saya berada dicelah anda semua..Mereka juga berlakon sebagai pembangkang yg anti pembangkang yg lain..hanya tujuan..Pembangkang berpecah..Nasihat saya pada admin..bersabar apa apa boleh berlaku..seperti kata ayahanda Tun ..Pembangkang tiada pilihan...bersatu..Itu pun masih sanggup berkorban..jangan tanya pada org lain..kita perlu berkorban dahulu seperti ayahanda Tun..

    ReplyDelete
  28. Menyampahnya aku bila tengok Najib ketika dia membentangkan Bajet 2017 di Parlimen. Tersenyum-senyum dan tersengeh-sengeh macam kerang busuk...

    ReplyDelete
  29. Apakah bodoh punya org 2020 cuma ditambah TN50 dan 1mdb disabotaj, mudah2an akan Allah swt beri balasan pada org2 yg jahat mulai skrg tak kira semua peringkat dari atas hingga ke pencacai/pemuja blog2 pembangkang, ya Allah pada kau juga kami dibelah kepimpinan M'sia kami serahkan yg berusaha membuat kebaikan tapi ramai yg kufur nikmat yg telah kau berikan melalui kepimpinan ini, hanya kau juga maha pembalas. Amin ya rabbil alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB disabotaj?

      Dah makan dedak haram pun masih nak jual nama tuhan lagi?

      Esok kot mati tak sempat taubat

      Delete
  30. Bro yg membangkang yg aftif di brog2 adalah 75% drpd 100% akan tetapi yg tongong menyokong kerajaan aftif diblog samada pro & anti kerajaan hanyalah 1% drpd 100% tu pasal Najib masih lagi kehadapan biarlah apa saja ko selar mereka2 ni penyokong senyap ...bagai2 la diselar mereka tetap pengundi setia kerajaan yg tahu erti kesyukuran dan keamanan. Jadi eloklah belajar berbanyak2 bersabar yg diibarat 1 iggt ko derma ikhlas maka yakinlah 100 iggt rezeki yg dtg saperti ajaran Nabi kita yg penting yakin usaha dan banyak beramal soleh. Contoh ada kawan2 saya dan terdengar juga yg byk bergaji rendah, sederhana dan tinggi tapi disebabkan lalai/lagha dlm soal penglibatan politik lbh byk menyelar tahu2 byk rintangan mereka2 ini terima, duit hilang, brg perkakas rumah terbeli mahal sebab percaya sgt pada jenama disangka berkualiti tapi cepat rosak, kereta hilang/selalu meragam, diri dan keluarga selalu sakit, selalu ditipu kwn dan sdr mara, sering gagal bila mohon kerja dan mohon pinjaman, dapat menantu yg menyusahkan/bercerai berai, beristeri atau bersuami yg curang, anak2 terlibat dlm genjala social terlibat dadah dan arak dan menyusahkan org tua, sdr, kwn2 dan org sekeliling. Sebabnya mereka2 kebykkan tidak reti bersyukur dan buka la minda banding lah sejujurnya antara negara jiran mahu negara jauh M'sia la negara yg amat perihatin dgn rakyat selama Bn Umno memerintah ... cuba sdr2 nama negara mana yg lebih hebat penjagaan terhadap rakyat, yang tahu negara yg walaupun percuma bagai perubatan, pelajaran atau lain2 tetapi cukainya amat tinggi melebihi 40% dari gaji/upah diterima. Adalah elok/molek sdr2 brek emosi selangkah kebelakang dan melangkah kehadapan dgn berlapang dada agar kehidupan ini lebih bahagia drpd memikir kenapa org atas tu senang ja pelahap duit/reta sesuka hati, tak semua mereka2 ini dari apa yg sdr2 sangkakan, tetapi kita2 ni la kena tanya kemana arah yg dituju demi masa dan setiap masa yg berlalu dipenuhi dgn amalan samada keberuntungan diakhirat nanti atau dan masa yg berlalu tak dapat diulang semula dan apakah himpunan yg kita memperolehi samada sejahterakah kita ni nanti apabila nyawa dihujung hidup.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu hidup hanya sementara. Dari mula zaman Arwah Onn Jaafar, Tunku, Razak, Hussein, hidup skrg lagi Mahathir, Abdullah selalu ditakut2kan M'sia bangkrap dimulai daPIG adik Kuan Yew Kit Siang dan ironinya Melayu Zombie menyambung isu ini sebenar kita2 ni la yg bangkrap drpd amalan wajib yg patut kita penuhi terhadap Allah taala yg kita leka dan persia2kan.

    ReplyDelete

  31. Selamat siang

    ini adalah dasar dana global, kami memberikan pinjaman per pendanaan proyek tahunan 100% dengan pinjaman aman dan tidak aman yang tersedia kami dijamin dalam memberikan layanan keuangan untuk banyak klien kami dengan paket pinjaman fleksibel kami pinjaman dapat diproses dan dana ditransfer ke peminjam dalam waktu sesingkat mungkin kita beroperasi di bawah persyaratan yang jelas dan mudah dipahami dan kami menawarkan pinjaman kepada semua jenis untuk tertarik klien perusahaan perusahaan dan semua jenis organisasi bisnis, individu swasta dan investor real estate hanya menghubungi kami dengan nama di bawah Jika Anda sedang melihat bagaimana mendapatkan pinjaman hubungi kami kami dapat membantu Anda keluar EMAIL: globalfundfoundation9@gmail.com
    BBM: D8633B93

    ReplyDelete