Thursday, 20 October 2016

AKTA 355, NAJIB TAK MAHU?


Persoalan sama ada Akta 355 melalui usul persendirian oleh Hadi Awang akan diberi peluang untuk dibahaskan atau tidak, seharusnya tidak sukar untuk difahami, termasuk oleh ahli-ahli Pas sendiri.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia berkata, perkara itu terserah kepada kerajaan menentukannya seperti terkandung di bawah Peraturan Mesyuarat 15.

Katanya, meskipun usul itu sudah dimasukkan dalam aturan mesyuarat, namun ia masih perlu menunggu urusan melibatkan kerajaan selesai terlebih dahulu.

Dan urusan atau akta melibatkan kerajaan pula, tambahnya, masih boleh disisipkan dalam tempoh 24 jam sebelum ia dibentangkan.
Sehubungan itu, tegasnya, beliau tidak mempunyai kuasa sama sekali untuk menentukan usul mana yang perlu didahulukan atau dikeluarkan dalam aturan mesyuarat.

Kerajaan yang berhak membuat keputusan. Kalau kerajaan tak mahu sesuatu usul, sama ada daripada pembangkang mahupun kerajaan daripada dibahaskan, maka ia tidak akan akan dibahaskan, meskipun saya sebagai Speaker mahu berbuat demikian, kecuali  kalau Peraturan 15 itu diubah, tambah Pandikar Amin lagi.

Penjelasan Pandikar Amin ini cukup jelas untuk difahami bagi dikaitkan dengan usul Akta 355 oleh Hadi Awang. Oleh kerana ia bukan urusan kerajaan, sebaliknya adalah usul persendirian, maka terserah kepada kerajaan sama ada mahu memberi laluan atau tidak.

Siapakah yang berhak memberi kata putus mewakili kerajaan dalam hal ini?

Ia tidak lain ialah Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua kerajaan. Sebagaimana Najib memberi laluan pada Jun lalu kepada Hadi Awang untuk membentangkannya bagi kali pertama, hanya beliau yang berhak memberi laluan sekali lagi.

Kalau Najib mahu, jalanlah usul Hadi itu. Jika Najib tak mahu atau kata nanti dulu, tertangguhlah ia di situ.

Segala-galanya terserah kepada Najib untuk memberi kata putusnya.

Agak-agaknya Najib mahu atau tidak Akta 355 ini? Pernah kita dengar apa pendirian Najib mengenainya? (SH 20/10/2016).

58 comments:

  1. Najib takut bini. Hadi takut Najib.

    Walaun2 tolol Pas dah kena kencing dgn tuang presideng lebai pembohong bersiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RUU355 hanya lah berkaitan dgn urustadbir mahkamah syariah yg menjadi tanggungjawab kerajaan yg memerintah pada hari ini (goverment of the day) dan tak ada kena mengena dengan perubahan dasar untuk keluar dari sistem sekular.

      Sangat pelik geng Lebai Musang Berjanggut pergi jaja seluruh negara menipu rakyat kononnya kalau tak sokong usul RUU355 jadi rosak iman dan jadi kafir kerana menentang hukum Allah SWT.

      Ini lah bahayanya kalau semua benda nak dijadikan modal politik, semuanya celaru harubiru bila mabuk dedak-nasi kangkang.

      Delete
    2. Petua kalau tidak mahu kena kencing :
      JANGAN SEKALI-KALI POLITIKKAN SENTIMEN
      1. AGAMA
      2. BANGSA

      Delete
    3. Assalamualaikum, Saya sokong kenyataan Mursyidul PAS bahawa PAS tak rugi apa apa kalau RUU ditolak.Kejayaan membentangnya di parlimen sudahpun dikira kejayaan bagi PAS yang bersungguh sungguh mengikut kemampuan dan saluran yang ada untuk memartabatkan hukum Allah.RUU 355 yang dibentangkan di parlimen bukan untuk PAS tetapi untuk Islam dan orang orang Islam seluruhnya.Ianya sudah melampaui parti parit politik, jadi sebarang pendirian bersama oleh mana mana parti untuk menolak RUU 355 tidak seharusnya diikuti oleh mana mana MP yang beragama Islam.


      Yang perlu sebagai seorang Islam, MP yang beragama Islam mesti menyokong RUU 355 selaras dengan fatwa mufti wilayah dan seruan mufti Perak agar semua MP beragama Islam mengundi menyokong bukan menentang.

      Oleh itu mana mana MP Islam yang mengundi menentang RUU 355 atas alasan itu pendirian parti masing masing maka dengan jelas mereka sebenarnya menjual agama sendiri dengan alasan patuh kepada keputusan parti sebabnya mana satu yang lebih patut dipatuhi parti atau agama?

      Dari itu, ujian sebenar kepada keyakinan atau iman para MP akan diadakan ketika pengundian RUU 355 dijalankan, sama samalah kita tunggu.

      Delete
    4. Ada dua perkara yang ingin aku sentuh dalam tulisan kali ini. Pertama tentang apa yang patut pengundi lakukan terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang berkecuali atau menolak RUU 355 apabila diundi di Parlimen nanti. Kedua ialah tentang sikap PAS terhadap ajakan untuk berunding atau bersatu menentang BN.


      Kedua-dua perkara tersebut saling berkait. Bagi aku, PAS mesti bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang menolak RUU 355. Hatta sekiranya kerusi Permatang Pauh mengambil keputusan berkecuali atau menolak RUU355, maka pada PRU14 nanti PAS mesti bertanding di situ tanpa kompromi. Golongan ini mesti ditentang di mana sahaja mereka berada.

      Apa guna mereka dibiarkan menang kalau kemenangan itu boleh menguatkan suara musuh-musuh Islam. Begitu juga sikap PAS terhadap rundingan dengan BERSATU atau PKR. Memang benar hari ini Majlis Syura Ulama belum membuat keputusan tentang rundingan dalam kalangan pembangkang. Sedikit hari lagi segalanya akan dimuktamadkan.

      PAS bersikap tidak gelojoh dalam membuat keputusan. PAS sentiasa berhemah dan berhikmah. Namun, selepas pembentangan RUU 355 nanti, semuanya akan lebih jelas terang tak perlu bersuluh. PAS akan tahu nanti siapa yang boleh dijadikan kawan dan siapa kekal menjadi lawan. Tiada yang dapat berselindung lagi.

      Bangkai gajah tak akan dapat ditudung dengan nyiru. Masakan Si Belang dapat berlindung di balik lalang sehelai. Semuanya nanti akan bersemuka di gelanggang yang cerah. Apa yang diharapkan oleh akar umbi PAS dan ummah umumnya ialah Ahli-Ahli Parlimen dan parti masing-masing memahami dan mengutamakan tuntutan syariat Islam. Kesatuan dalam tuntutan syariat akan memudahkan jiwa-jiwa yang terlibat dibawa ke meja rundingan.

      Motif tulisanku kali ini adalah untuk menyatakan hajat dan maksud akar umbi PAS khususnya dan ummah umumnya agar difahami oleh mereka yang berhasrat untuk menawan Putrajaya.

      Delete
    5. Selain PAS, tendensi mereka adalah menjaga undi-undi bukan muslim. Masing-masing takut akan jerkah marah bukan muslim. Takut rakan non-muslim tarik diri daripada menjadi rakan ‘tentera bersekutu’. Takut undi mereka berpecah. Maka peluang untuk mendapat kuasa terjejas. Hasrat menguasai Putrajaya gagal. Tinggal angan-angan kosong. Jawatan PM dan Menteri yang mula difaraidkan sesama mereka berantakan. Golongan inilah menjadi penentu kejayaan RUU 355.


      UMNO ( termasuk BERSATU dan WARISAN) – Ada 87 Ahli Parlimen muslim. Jenis jaga hati MCA, MIC, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak. Ada yang mengugut. Ada yang memberi tekanan. Ada yang nak letak jawatan sebagai menteri. Ada yang berura-ura untuk tinggalkan BN.

      UMNO tahu majoriti Melayu/Islam menyokong RUU 355. Daripada peringkat mufti, NGO Muslim, tokoh-tokoh agama hinggalah kepada rakyat jelata, ramai yang sudah bersuara menyokong RUU 355 itu. Penulis percaya sebahagian besar MP UMNO juga menyokongnya. Cuma mereka tak berani mendahului parti. Masing-masing sayangkan kuasa, jawatan dan gaji beribu. Kalaulah semua itu diletakkan di atas neraca kasih sayang, pastinya dacing itu lebih berat berbanding kecintaaan terhadap firman dan hukum-hukum ar-Rahman.

      PKR – Ada 15 Ahli Parlimen muslim. Perangai hampir sama sahaja dengan UMNO; bezanya mereka belum ada kuasa di Putrajaya. Cita-cita mereka tinggi melangit. Nak Putrajaya dan nak jawatan PM. Hampir separuh daripada ahli mereka juga bukan Islam. Justifikasi yang dicipta sama sahaja dengan citra UMNO. Sama-sama berteka-teki macam UMNO.

      PAN – Ada 7 Ahli Parlimen muslim. Jenis pelari kerusi perampas markaz. Parti yang terbina atas politik dendam dan kecewa. Kemenangan dan kebahagiannya adalah apabila dendam terbalas. Sebab itu mereka bertempik dengan wajah ceria apabila RUU 355 diturunkan dari agenda 4 ke agenda 7. Itu baru turun agenda. Lebih-lebih lagi sebagai khadam DAP; semua orang sedia faham tentang ini. Bukti mulut, bukti nyata, semua bukti ada. Sudah cukup.

      DAP – Ada 2 Ahli Parlimen muslim.. Penulis tak mahu ulas panjang. DAP adalah mereka . Mereka adalah DAP.

      PBB – Ada 10 Ahli Parlimen. Dari awal lagi, Presidennya, Adenan Satem beritahu akan menolak RUU 355 atas faktor Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa, adat dan budaya. Aduhai, besarnya bangsa daripada Allah.

      PAS – Ada 14 Ahli Parlimen yang menyokong penuh. BEBAS – Ada 1 Ahli Parlimen iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim – juga menyokong RUU 355.

      Jumlah semua 136 undi Islam. RUU 355 hanya perlu minimum 112 undi. Berjayakah? Tok Guru kita senyum sahaja apabila diajukan soalan itu. Semua penyokong kepimpinan ulama tersenyum. PASTI.

      Kepada semua, penulis turunkan petikan makna al-Quran ini. Terpulanglah kepada mereka, ahli dan penyokong mereka nak ulas macam mana. Penulis tidak memerlukan ulasan kalian. Bermonologlah di depan Allah secara langsung. Susunlah segala metafora. Allah Maha Mendengar hujahmu dan apa sahaja niat di hatimu. PASTI.

      Allah SWT berfirman:
      "Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS. Ali 'Imran: Ayat 177)

      "Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan."(QS. At-Taubah: Ayat 9)

      Delete
    6. PAS disalahkan dengan sehabis kesalahan hingga sepertinya PAS itu telah tiada satu betulnya. Memulas apa yang sempat dipulas, tak sempat pulas kepala dipulasnya kaki supaya PAS sakit.

      Yang mereka hendaknya apabila PAS sakit, akan ikut sahaja apa orang buat dan suruh. Nak suruh PAS ikut semua yang mereka mahu, jika tidak ikut mereka tetap pulas dan pulas, begitulah sikap jahat pembenci PAS.

      Apabila PAS tak ikut, siang malam dok bersyair kata PAS lemah, PAS nak hancur, PAS tak berguna, tapi waktu yang sama, PAS diajak bersatu untuk tumbangkan BN. Kalau dah kata PH tu kuat, tak perlulah ajak PAS bersama.

      PAS dari dulu lawan Umno kerana Umno tolak Islam, sekarang ini pun PAS tidak bersama PH kerana di dalamnya ada DAP yang jelas menolak RUU 355, juga di dalamnya ada PAN yang sokong apa sahaja DAP buat.

      Dulu burukkan PAS kerana mahu berUG dengan Umno, bila sampai sekarang menunggu, sehingga tinggal tengkorak kering pun PAS masih tak berUG, PAS disalahkan pula kerana nak bentangkan RUU 355.

      RUU 355 jadi kambing hitam untuk salahkan PAS.

      Masa untuk menilai hampir tiba, ada yang dah jelas perdirian menolaknya, ada yang masih belum buat keputusan, dapat atau tidak majoritinya nanti, seluruh rakyat akan menilai ahli parlimen masing-masing.

      Namun pasti jawapan bagi yang mengundi setuju, akan berkata ini adalah usaha untuk laksanakan sebahagian syariat Islam, yang tidak bersetuju pula akan kandang salahkan RUU 355 dengan pelbagai salahnya. Mencurahkan semua lauk kerana benci kepada yang memasaknya.

      PAS hanya menunaikan janjinya dengan Allah, untuk tinggikan syiarnya, itu prinsip PAS. PAS tidak peduli lagi sidaun keladi, Insya-Allah RUU 355 pasti dibentangkan, ikut hati mati, tak ikut pun mati.

      Delete
    7. Sudah2lah memperalatkan Islam dan menjual nama Allah oleh parti lebai politikus2 berhati serigala dlm Pas. Umat Islam dan org melayu tk boleh ditipu lg kecuali para khodam lebai2 pemakan dedak.

      Berhentilah nk jadi tuhan dan wakil tuhan yg suka menghukum sana sini rakyat marhaen tp ketua penyamun negara disokong.

      Delete
    8. Iqamatuldeen wa siasah ad dunya bih..dirikan agama dan tadbirlah dunia ini dengan agama(Nas al-Iman Mawardi).

      Delete
    9. Jgn jd khadam lebai2 penjual agama peralatkan Islam utk kepentingan diri dan politik yg sempit.

      Lebai2 yg tadbir kelantan dah terpalit skandal merompak balak negeri secara haram. Ketua2nya yg dituduh mkn dedak haram 90juta duit curi rakyat terbesar di dunia semua diam menikus. Dajjal peralatkan Islam tak boleh diharap.

      Delete
    10. Pas parti politik peralatkan Islam yg byk menternak ularmak2 suu akhir zaman.

      Delete
    11. Politik yang luas politik liberal lahhh depan belakang bole sapu halal haram tolak tepi syurga neraka apa peduli, main lendir tanpa kahwin, lgbt kasi bebas cisss pengotor puak laknatullah.

      Delete
    12. Iman lebai2 politikus berhati serigala dpt dibeli murah harganya 90juta hasil dari rompakan terbesar dunia. Islam digadaikan.

      Pas parti politik dajjal penjual agama berkiblatkan demokrasi sekular liberal dulu, kini dan selamanya.

      Delete
    13. Negara lgbt terkenal di dunia dan sekutu rapat israel laknatullah tpt amanat arwah mursyidul am Pas mtk dikebumikan. Pengasas rawatan Islam bila sakit gi jauh2 byr mahal2 mtk kafir harbi rawat.

      Pas penternak ularmak2 suu akhir zaman.

      Delete
  2. jenayah najib sendiri antara awal dibicarakan ukut hukum syariah.... pas.... another round bite the dust!

    ReplyDelete
  3. Din,
    kelaut gamaknya usul tu. Nampak sangat kena kencing

    ReplyDelete
  4. RUU 355 hanya akan di laksanakan apabila PAS memerintah Negara,,otherwise lupakan saja niat mu itu aduhai Pak Lebai.....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 355 tu akan di muatnaik semula bila dekat nak PRU nanti....utk pancing undi.

      Delete
    2. 355 tidak membantu kita untuk menawan Putrajaya mana boleh sebut dekat pru.

      Delete
    3. Pas dan umno gunakan hal ni utk tarik undi melayu sebab benda ni libatkan hal agama yg menarik minat mereka.

      Delete
    4. Anon 06.10 jangan lurus bendul sangat. 355 tu hal yg akan menarik perhatian org Melayu sebab berkaitan dgn agama. Jadi tentu perkara 355 tu org melayu sokong dan dgn itu dapatlah dia org pancing undi Melayu supaya undi sama ada pas atau bn.
      Ada paham? Tolong jangan bengap sangat.

      Delete
    5. Selagi ada Melayu yang bodoh selagi itu lah termakan umpan Ruu355 ni. Benda lain yang lebih besar tak nampak.

      Delete
    6. Sebahagian besar melayu menolak RUU 355 dan kesemua kapiaq menolak RUU 355 so majoriti akan alih Putrajaya...siapa yang bengap???

      Delete
    7. Baguslah kalau dapat kalih putrajaya...yessss!!

      Delete
  5. MO1 dapat derma putera raja arab saudi. YDP pas dapat derma MO1.
    Dah terima RM 90j, hidung dah kena cucuk. Usul tu cuma nak gula-gulakan ahli UMNO dan PAS sahaja. Bukan dengan niat nak buat sangat pun. Tak ada pun kedengaran wakil pas dlm parlimen mendesak usul disegerakan. Nampak sangat.
    Esok kita akan dengar BELANJAWAN IKAT PERUT 2017 oleh MO1. Semoga rakyat Malaysia bersorak sakan. Pemakan dedak akan berebut2 menyokong. Harapan dapat jadi penasihat dan perunding MO1 yang bayarannya sangat lumayan. Hidup MO1!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Kena kencing lagi ker ni....???

    ReplyDelete
  7. Tak berani najib nak sokong hudud. Kalau lepas akta hudud nanti tangan najib kena potong pulak kalau terbukti dia menyamun duit rakyat. Bersatu pun bertambah kuat day by day. Sokong hudud dan pengundi cina akan lari. Siapalah pulak nak sokong umno nanti. Org umno sendiri pun dah tak sokong parti.

    ReplyDelete
  8. Sori lari tajuk tapi adik betul2 rindu kat nik amar 'just chop like this'... ngan mat maslan CGPA 3.8 hahaaa....

    ReplyDelete
  9. Ko o'ang percaya Sarawak report 90k tu kalu tak betul elok la ko tumpang dosa percuma ... kalu yg dah sada tu jgn buat2 lagi kalu bila sebut sunat meninggal presedeng tu gaimana ea nak minta maaf. O'ang putih penyakit ea dah berjangkit pada sotongah o'ang bagi diyo o'ang dosa pahla tiada di benak diya .. they never believe heaven but hell always waiting them. Tu pasal hampa2 semua ni o'ang sotongah bermakna o'ang tiga suku (3/4)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarawak report tu kira betul la .....Sampai hari ini PAS tak berani saman lo....yang berdosa apa lagi PAS guna agama macam UMNO guna melayu..hi hi hi..bodo betul la. Halo lu tiga suku longkang.

      Delete
    2. Waghih buangan tu memang bodoh

      Dia byk mkn dedak

      Org lain mkn nasik

      Delete
  10. Saya mendapat komen drp kalian tentang post2 saya sebelum ini. Ada yg mempertikaikan lulusan saya dr Newcastle University disebabkan kemahiran bahasa Inggeris saya. Konon2 nya kesilapan grammar saya semalam menimbulkan syak dan wasangka buruk terhdp kelulusan saya. Walhal saya mendapat IELTS band 8 ketika itu. Saya bukanlah tidak boleh berbahasa Inggeris. Cumanya saya sejak kecil sudah ditanamkan dengan bahasa Melayu bahasa bangsa saya. Inilah yg diajarkan saya semasa menjadi ahli UMNO. Sikap kemelayuan saya yg sudah tersemat di hati mneyebabkan saya tidak mahu menulis dalam bahasa Inggeris walaupun ditanya kalian dalam bahasa Inggeris. Ini mmebuktikan saya berjiwa UMNO yg menanamkn sikap anti penjajah. Berkaitan dgn RUU, kenapa Dato Najib tidak membentangkan usul tersebut? Sebabnya usul tersebut akan diserahkan kpd bakal PM ke-7 iaitu Dato Rosmah. Beliau akan membawa usul RUU nanti. Oleh itu, janganlah kalian mempolitikkan agama. Begitu juga hentikanlah mempolitikkan agama.

    #Hidup UMNO
    #Rosmah bakal PM

    Pengakuan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu ngaku blaja obesi

      Skg purak2 kata ielts band 8


      Lantaklah kau nk kata ielts kau band 100 ke band rock ke, kalau dah penipu tu penipu la jugak namanya kau ni

      Delete
    2. Kellie's Castle....Apa pun aku tetap tak caya ngan ko.
      BM is just an excuse....

      Delete

    3. Alahai mamat/minah 00.31.

      Stop bullshitting to yourself, will you?

      Kalau bangga sangat dengan BM dan kemelayuan kau tu, mengapa tak sebut nama Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan tempat kau belajar dulu?

      Mengapa nak dijaja nama umiversiti penjajah omputih tu?

      You are nothing but a fake.

      Delete
  11. PAS sudah kena main. Punggung PAS sudah kena raba. Ahli-ahli PAS masih kurang cerdik. Begitu mudah diperalatkan dan diperkudakan UMNO

    ReplyDelete
  12. Ko cakap apa pun yg pasti pru14 yg betul bertaji berlawan Bn Pas dan Dap yg lain skrg ni pun sudah hidup segan mati tak mahu pasai pkr pan dan ppbm amat kurang ahli apolagi peminat yg mahu undi depa. Cakap la apa2 rasuah ka, gila kuasa ka, main agama ka, gunakan/bodohkan org ka, pasai biasa yg dok cakap2 ni secara langsung org yg kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau kalah? Dah pilihanraya umum dah ke?

      Org tgh takut mmg mcm kau ni ayatnya

      Delete
  13. najib dah kowtim dgn lebai hadi..
    lagu RUU355 tok lebai hadi akan jadi lagu wajib pru14 untuk menipu pengundi..
    lagu hudud tak laku sekarang sebab sudah berkarat..orang dah jemu mendengarnya..

    ReplyDelete
  14. Ahli PAS begitu 'ghairah' siap buat solat hajat (bukannya tak baik) bahawa usul RUU355 tu pasti akan dibentangkan pada hari Isnin.

    Sekarang kita tunggu dan lihat reaksi mereka.

    ReplyDelete
  15. Persetankan RUU 355 kalau mahu Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punahsehat Kat POTARJAYA kot.

      Delete
  16. Hari ini hari jumaat. Namun saya ingin mengutarakan pendapat saya mengenai isu yang dikaitkan dengan orang melayu muslim.....BUKAN AGAMA ISLAM.

    1. Saya berpendapat Jabtan Agama Islam, Jakim, Yapeim, majlis fatwa, institusi mufti adalah REDUNDANT.

    2. Realitinya, kita perlu Jabatan agama Islam di peringkat wilayah Malaya, sabah dan Sarawak untuk memberi nasihat hal hal agama kepada muslim tanpa menyentuh agama lain. Dakwah boleh dikembangkan melalui counselling dan ceramah berkenaan terkini. Ingatlah, hukum hakam agama islam bersifat global dan universal. Zaman bersilih ganti, hala tuju, perkembangan teknologi....sudah tentu perlu tindakan yang terkini dan relevant namun hukum hakam masih sama.

    3. Financiak resources dan fund allocations on these religious departments and agdncies running yi billions should be used for rakyat's welfare, health, education etc.

    4. I was born some 60 years ago, had local and overseas education. I have seen the 'conditions and state of muslims in malaysia today bukannya lebih baik dan informed, malah lebih teruk dan tak bertamaddun...confused, abused, unintelligent, not open minded....all because of rigid interetation of religion. They abuse religion to strengthen their political pisitions, want respect but their actions are to the contrary. All lives being dictated and regimented.....in the name of religion. Quranic verses and hadiths indiscriminatingly abused to show their superficial knowledge of religion so much so controversial fatwas, rulings are issued without thinking implications to the rakyat.

    5. I am committed to islam, accept quran as true source of laws governing my life. Will only accept "complete" hadiths as guideline, not those picked up from here and there to convince its truth and or falsity.

    Finally, I yearn for the days when we have no controversies in our lives, no insults from non muslims, rakyat remain united and feeling the real democracy at work.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  17. Inilah tuang presideng bawang, mendidik dengan melabel jelek, selain ITU dia cuma mahu menghukum dengan lebih berat kesalahan rakyat marhaen.Kesusahan rakyat marhaen dan kesalahan ikan jerung @ mo1 dia buat2 tak tahu.Ada peluang bentang dia tangguh, nasib baik tidak monteng bentang Kat jepung.

    ReplyDelete
  18. Bukak buku 555 lagi bagus. Boleh hutang dan boleh bayar balik. Errrr, bayar balik ???

    ReplyDelete
  19. kesian walaunta,kena kencing berkali-kali,kena kencing dgn najib/rosmah,kena kencing lagi dgn lobai-lobai dedak 90juta.

    'membalak bersama ulermak/isle'

    RASUH TU REZEKI.

    ReplyDelete
  20. Maka kelak akan terkedulah politikus berhati serigala tatkala sampai masanya RUU undang-undang syariah dibahas dan diundi kelak.

    cepat atau lambat, jujur atau dusta, berani atau takut, berhemah atau gelojoh, sinarnya makin kelihatan.

    Diantara PAS dan UMNO bakal bertaut kembali atas nasab agama dan bangsa.

    Biarkan politikus berhati serigala itu terus berkiblatkan undi non muslim.

    Tak apalah bai'ah mereka untuk habuan non muslim.

    semoga PAS tidak lagi berkhianat kepada UMNO.

    Semoga UMNO tidak lagi menipu daya kepada PAS.

    Biarkan si marhean yg jahil terus menerus ditunggang oleh politikus berhati serigala - itu fitrah diantara si bijak yg khianat terhadap si jahil yang menyombong diri.

    UMNO juga diikat dan terikat - namun kuasa pemutus tetap berada didalam genggaman, gunakan ia sebaik mungkin untuk menjayakan usul tuan Haji Hadi Awang (seorang ulama dan Presiden)

    semoga Allahswt memberikan jalan keluar dari terus tunduk kepada kehendak non muslim di dalam Barisan Nasional.

    Pas tiada permasalahan didalam perkara RUU 355 ini. Doakan saja yang terbaik buat UMNO - itu lebih mulia.

    Tidaklah mereka yang mengaku si muslim itu menjadi lebih mulia dengan mengambil jalan mengadu domba terhadap kesulitan yg dihadapi didalam pembentangan usul RUU ini.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruu 355 dan Hudud wajib dikuatkuasakan utk walaun2 dan ahli2 Pas dulu. Kes hudud yg pertama ialah perompak2 balak haram di kelantan.

      Yg memfitnah org jual pil kuda, barua dsb dihukum juga walaupun dia seorg ularmak. Baru seluruh rakyat Msia memahami apa itu hudud Allah sebenarnya.

      Delete
    2. Pas parti politikus berhati serigala peralatkan Islam. Umno parti penyamun jual Melayu.

      Undi Pas = Undi Umno

      Delete
    3. Banyaklah alasan khadam kapiaq.

      Delete
    4. Khadam lebai jual agama belajar memfitnah dari tuan guru dan ostad2 politikus berhati serigala Pas.

      Sesiapa yg mengkritik parti peralat Islam akan dituduh sokong kafir spt dlm amanat Hadi. Dulu kafirkan Umno skrg Pas pun dah jd kafir. kahkahkah

      Pas parti politik menyesatkan akidah org Islam. Lebai2 politikus berhati serigala menipu Allah dan ahli2 parti dulu, kini dan selamanya..

      Delete
    5. Sebut agama dikatakan peralatkan Islam...binawe...toghut.

      Delete
    6. Lebai2 politikus berhati serigala dan para khadam mrk peralatkan Islam. Dulu tuduh unno kafir, toghut skrg berpelukan dgn umno. Pas parti politik dajjal menyesatkan akidah umat Islam/org melayu.

      Delete
  21. Kalau issue Hudud di keluarkan dari agenda parti agama (PAS). Lubang kubur PAS makin hampir. Tunggu hendak di kambus sahaja.

    ReplyDelete
  22. tak setuju sangat dgn knytaan mursyidul am pas yg baru ni...kalau tak dapat dilaksanakan RUU ni pun tak apa...asalkan dapat masuk parlimen dan dibentangkan...habis tu buat apa pecah kepala buat RUU ni...baik tak payah buat...tak payah jadi parti yg menegakkan hukum agama...umpama hantar anak ke sekolah...periksa tak lulus pun tk apa asal ambil periksa...susah kalau pemimpin kurang ilmu ni...kelam kabut...tapi secara jelas pas sudah tidak sebaik dulu...hari ini makin kabur perjuangan pas...sbb org hebay semuanya tersisih sudah....yg baru ini....umpama airbatu yang baru keluar dari petiais...baru keluar keras...lama lama mencair...itu lah pas hari ini..

    ReplyDelete
  23. Apakah bodoh punya org 2020 cuma ditambah TN50 dan 1mdb disabotaj, mudah2an akan Allah swt beri balasan pada org2 yg jahat mulai skrg tak kira semua peringkat dari atas hingga ke pencacai/pemuja blog2 pembangkang, ya Allah pada kau juga kami dibelah kepimpinan M'sia kami serahkan yg berusaha membuat kebaikan tapi ramai yg kufur nikmat yg telah kau berikan melalui kepimpinan ini, hanya kau juga maha pembalas. Amin ya rabbil alamin

    ReplyDelete
  24. Bro yg membangkang yg aftif di brog2 adalah 75% drpd 100% akan tetapi yg tongong menyokong kerajaan aftif diblog samada pro & anti kerajaan hanyalah 1% drpd 100% tu pasal Najib masih lagi kehadapan biarlah apa saja ko selar mereka2 ni penyokong senyap ...bagai2 la diselar mereka tetap pengundi setia kerajaan yg tahu erti kesyukuran dan keamanan. Jadi eloklah belajar berbanyak2 bersabar yg diibarat 1 iggt ko derma ikhlas maka yakinlah 100 iggt rezeki yg dtg saperti ajaran Nabi kita yg penting yakin usaha dan banyak beramal soleh. Contoh ada kawan2 saya dan terdengar juga yg byk bergaji rendah, sederhana dan tinggi tapi disebabkan lalai/lagha dlm soal penglibatan politik lbh byk menyelar tahu2 byk rintangan mereka2 ini terima, duit hilang, brg perkakas rumah terbeli mahal sebab percaya sgt pada jenama disangka berkualiti tapi cepat rosak, kereta hilang/selalu meragam, diri dan keluarga selalu sakit, selalu ditipu kwn dan sdr mara, sering gagal bila mohon kerja dan mohon pinjaman, dapat menantu yg menyusahkan/bercerai berai, beristeri atau bersuami yg curang, anak2 terlibat dlm genjala social terlibat dadah dan arak dan menyusahkan org tua, sdr, kwn2 dan org sekeliling. Sebabnya mereka2 kebykkan tidak reti bersyukur dan buka la minda banding lah sejujurnya antara negara jiran mahu negara jauh M'sia la negara yg amat perihatin dgn rakyat selama Bn Umno memerintah ... cuba sdr2 nama negara mana yg lebih hebat penjagaan terhadap rakyat, yang tahu negara yg walaupun percuma bagai perubatan, pelajaran atau lain2 tetapi cukainya amat tinggi melebihi 40% dari gaji/upah diterima. Adalah elok/molek sdr2 brek emosi selangkah kebelakang dan melangkah kehadapan dgn berlapang dada agar kehidupan ini lebih bahagia drpd memikir kenapa org atas tu senang ja pelahap duit/reta sesuka hati, tak semua mereka2 ini dari apa yg sdr2 sangkakan, tetapi kita2 ni la kena tanya kemana arah yg dituju demi masa dan setiap masa yg berlalu dipenuhi dgn amalan samada keberuntungan diakhirat nanti atau dan masa yg berlalu tak dapat diulang semula dan apakah himpunan yg kita memperolehi samada sejahterakah kita ni nanti apabila nyawa dihujung hidup.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu hidup hanya sementara. Dari mula zaman Arwah Onn Jaafar, Tunku, Razak, Hussein, hidup skrg lagi Mahathir, Abdullah selalu ditakut2kan M'sia bangkrap dimulai daPIG adik Kuan Yew Kit Siang dan ironinya Melayu Zombie menyambung isu ini sebenar kita2 ni la yg bangkrap drpd amalan wajib yg patut kita penuhi terhadap Allah taala yg kita leka dan persia2kan.

    ReplyDelete