Saturday, 17 September 2016

WALAU MIRIP DAN INGIN KALAHKAN UMNO, PPBM TAK HARUS JADI MACAM UMNO


Ketika ini PPBM sedang giat mendaftarkan ahli-ahlinya di seluruh negara. Penyelaras di peringkat negeri turut sudah dilantik, begitu juga wakil di peringkat bahagian-bahagian.

Pendaftaran secara dalam talian pula dijangka akan beroperasi pada minggu hadapan. Dalam masa yang sama, difahamkan 200 ribu borang keahlian yang dicetak pada peringkat pertama sudah pun kehabisan dan terpaksa diulang cetak.

Di Kuala Lumpur, pada hari pertama pendaftaran saja,  sebanyak 9000 borang telah diambil. Di mana-mana, tergambar ramai yang teruja dan tidak takut-takut untuk menyertai PPBM. 

Di Rembau saja, difahamkan seramai 2150 ahli baru PPBM dapat didaftarkan pada hari pertama pendaftaran.

Di media sosial pula, ternampak begitu meriah dan ceria wajah-wajah yang mendaftar sebagai ahli PPBM. Sebahagian besarnya adalah bekas ahli-ahli UMNO, ada yang pernah aktif di peringkat bahagian dan ada juga yang selama ini hanya merupakan ahli biasa saja.

Ramai kalangan profesional yang terdiri daripada akauntan, eksekutif bank, ahli perniagaan, doktor, peguam dan lain-lain turut mendaftar sebagai ahl PPBM. Ada di antara mereka adalah bekas ahli UMNO dan ada juga yang tidak pernah menjadi ahli-ahli mana-mana parti, tetapi sentiasa menyokong UMNO dan mengundi BN setiap kali pilihanraya.

Rata-rata mereka yang menunjukkan gambar masing-masing selepas mendaftar sebagai ahli PPBM, kelihatan amat bangga, cerita dan gembira dapat berbuat demikian. Barangkali ketika mereka menjadi ahli UMNO dahulu pun, perasaannya tidak sama seperti mereka menjadi ahli PPBM sekarang ini.

Dengan itu, tidak mustahil PPBM dapat mendaftar antara 350 ribu hingga 500 ribu ahli dalam tempoh dua tiga bulan ini. 

Bangganya mereka menjadi ahli PPBM ialah kerana mereka yakin ia merupakan suatu sumbangan untuk menyelamatkan negara. Dengan hanya pendaftaran RM2, yuran keahlian juga RM2 untuk setahun atau RM100 bagi keahlian seumur hidup, kemungkinan Najib dapat disingkirkan, BN dapat dikalahkan dan negara dapat diselamatkan adalah lebih tinggi berbanding jika masih kekal bersama UMNO.

Oleh kerana PPBM mirip UMNO, bertujuan menyaingi UMNO dan untuk mengalahkan UMNO, maka tidak dapat dielakkan kebarangkaliannya majoriti ahli-ahli PPBM nanti ialah bekas ahli-ahli UMNO juga.

Begitu juga, pemimpin di peringkat pusat, negeri dan bahagian-bahagian, tidak mustahil sebahagian besarnya nanti turut merupakan bekas pemimpin-pemimpin UMNO. Keadaan itu memang sukar dielakkan kerana mereka memang lebih berpengalaman, memahami politik dan ada kelebihan tertentu berbanding sesiapa yang tidak pernah terlibat secara langsung dalam politik.

Bagaimanapun, oleh kerana PPBM ingin menyaingi dan mengalahkan UMNO, mereka harus menjadi lebih baik berbanding UMNO. Tidak semua bekas pemimpin UMNO, apabila menyertai PPBM, mesti diberikan jawatan, kedudukan dan keistimewaan dalam parti.

Tidak semua juga, di antara mereka itu harus diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang mewakili PPBM. Peranan bekas-bekas pemimpin UMNO dalam PPBM lebih baik hanya untuk menguat dan memperkukuh PPBM berdasarkan pengalaman dan ilmu politik yang mereka semata-mata. Mungkin dengan kedudukan mereka dapat menarik lebih ramai meminati PPBM.

Namun, peluang memang jawatan dan bertanding mesti lebih banyak diberikan kepada golongan profesional tempatan yang ada nama, dikenali ramai, berwatak baik dan memiliki ciri-ciri kepimpinan yang boleh diterima umum.

Jika pun bekas-bekas pemimpin UMNO mahu diberi peluang bertanding semula atas tiket PPBM, koutanya tidak harus melebihi 30 peratus. Selebihnya mesti muka-muka baru dan profesional yang tidak pernah menjadi bertanding sebelum ini.

PPBM juga tidak harus meniru budaya UMNO yang meletakkan semua Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan lain-lain penjawat kanan sebagai keutamaan untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya. 

Jika ada ahli biasa atau dari kalangan ahli jawatankuasa yang lebih baik kedudukannya dalam masyarakat, berkelayakan serta lebih diterima, keutamaan haruslah diberikan kepada mereka itu. Pemegang jawatan dalam PPBM tidak seharusnya berkecil hati, merajuk dan mensabotaj ketika pilihanraya diadakan jika tidak dipilih untuk bertanding, lebih-lebih lagi yang pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Semua pihak mesti sedar matlamat PPBM ialah untuk mengalahkan UMNO dan menyingkirkan Najib. Oleh itu, PPBM kena jadi lebih baik di mata rakyat. Untuk tampil lebih baik, berkorban atau sedia dikorbankan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Hanya dengan ada yang sedia berkorban, terkorban atau dikorbankan, barulah PPBM benar-benar mampu menampilkan calon yang lebih baik berbanding UMNO dan dengannya juga,  kejayaan lebih mungkin dapat dicapai.

Walaupun PPBM adalah mirip UMNO, tetapi jangan jadi macam UMNO dan jangan juga sesekali meniru budaya UMNO. (SH 17/09/2016).

41 comments:

  1. Benar,hanya satu sy minta.stabilkan ekonomi bumiputera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Semua pemimpin yang menerajui PPBM wajib konsisten bersikap RENDAH DIRI. Kalu orang putih kata DOWN TO EARTH. Jangan takut nak kotorkan baju, nak kotorkan tangan, jangan rimas nak duduk tempat2 biasa, gerai2 dan sebagainya. Pandai-pandailah bawa diri, bergaul dgn semua lapisan rakyat terutama rakyat bawahan, mereka inilah yang memerlukan pemimpin yang baik.

      2. IKHLAS kerana Allah Taala. Anda ikhlas dgn Allah, Allah akan permudahkan jalan anda, insya-Allah. Jangan mudah nak mainkan nama Allah sedang hati tak lurus. Allah maha mengetahui semua NAWAITU kita.

      3. AMANAH dan TELUS kerana di sinilah letaknya MARUAH PEMIMPIN. Rakyat sekarang semakin tebal syak-wasangkanya setelah banyak disajikan dgn masalah2 yang tidak berjawab dan juga kejadian2 "pelik" yang berlaku tanpa sebab yang konkrit. Oleh demikian rakyat menjadi semakin "SUSPICIOUS" atau curiga kpd satu2 hal dan perkara.

      4. TEPATI JANJI kerana itulah perkara pokok tuntutan rakyat sebagi bukti pemimpin buat kerja dgn bersungguh dan sempurna.

      5. Lantik pemimpin yang BERWIBAWA, yang memang boleh BEKERJA, BERBAKTI, BERJASA kepada rakyat. Bukan pemimpin kayu yang bekerja utk penuhkan akaun sendiri dan keluarga saja.

      6. Lantik pemimpin yang ada LOGIK AKAL, yang ada COMMON SENSE sebab rakyat sekarang ramai yang berpelajaran tinggi, jadi tolonglah jangan buat LAWAK BADUT bagi fakta yang tak masuk akal sebab rakyat tahu nak pikir.

      7. KAWAL ISTERI dan keluarga jangan nak berlebihan, tak payah nak lebih sudu dari kuah. Yang rakyat lantik jadi pemimpin tu SUAMI bukan isteri atau keluarga anda. Jadi para isteri pemimpin tolong paham sikit kedudukan anda. Tolong contohi TUN SITI HASMAH ALI, walau berpelajaran tinggi, isteri PM pada suatu ketika dulu, tapi tak pernah berlebihan over hingga sekarang Bonda Tun dihormati masyarakat.

      Ayuh kita BERSATU !!!

      Delete
    2. Setuju dengan 21.27....kepada pemimpin Bersatu, bila jumpa rakyat, jangan diiringi macai2 kiri kanan depan belakang, macam ADUN umno sekarang. Kita nak jumpa pemimpin, tapi macai2 umno perasan kita nak jumpa dia, siap hulur nak salam gaya VIP, entah siapa mereka kita pon tak kenal. Melebih lebih, meluat tengok. Kepada bini bini, buat cara bini, tak payah bagi ucapan atau nasihat kalau orang tarak mau dengar. Jangan lebeh lebeh.

      Delete
    3. mr budin..
      mirip rupe harap takmirip gaya dan kelaku..
      makan jgn sembarang..ckp juge jgn sembarang..sbb teraju dtg dari mereka yg kena tendang..dulu depa pun mentekedarah melantak-lantak juge..agaknya depa nak tobat kot..
      kalu nak tobat baguih le yob.. tobat bagus-bagus..
      asai tumbang amno.. asai mlayu dpt maruah.. asai mlayu ttp jd mlayu..
      mlayu tiap-tiap tawon mng sorak kg kena gadai.. sampe 58 tawon mng sorak semedang...
      harap-harap jgn jd mcm malu kot tepi gantang..telepaih mulot boya dia msk mulot naga..
      jgn jd ayam jantan ..atau jd ayam hutan yg nyaring kokok ekog penoh dgn taik..

      Delete
    4. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal akan membawa perpecahan undi Melayu bukan sahaja pada BN, namun kesan perpecahan undi itu turut dirasai pembangkang pada PRU14 nanti.


      Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, kehadiran Bersatu di sisi pembangkang hanya akan menyebabkan pertambahan komponen di pihak pembangkang.

      Katanya, Bersatu berkemungkinan akan mewujudkan pertandingan melebihi dua penjuru dalam merebut kerusi pada PRU14 nanti.

      "Bersatu terlalu bergantung kepada undi pembangkang yang sedia ada. Ia sekaligus akan melenyapkan identiti Bersatu sebagai parti yang boleh berdikari dan berpengaruh.

      “Bersatu juga perlu menentukan matlamat perjuangannya dalam pembangkang . Sekiranya mereka berada dalam kelompok pembangkang, bagaimanapun tidak dapat peruntukan kerusi untuk bertanding dalam PRU, objektifnya tidak akan tercapai,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

      Kata Md Shukri, Bersatu perlu mempamerkan usaha agresif dalam memenangi hati ahli parti secara total.

      Katanya, dengan melengkapkan matlamat perjuangan, Bersatu akan mampu mengekalkan kesetiaan ahli terhadap parti, selain boleh menarik lebih banyak sokongan terhadap parti itu.

      “Sekiranya mereka dapat bertanding pada PRU, memang berkemungkinan akan ada lonjakan undi (daripada rakyat) kepada pembangkang.

      “Bagaimanapun ia hanya akan berlaku sekiranya Bersatu benar-benar pamerkan prestasi yang baik dan kepimpinan mereka diterima oleh masyarakat,” jelasnya.

      Tambah Md Shukri lagi, Bersatu juga perlu mengelakkan persepsi ‘parti orang merajuk’ dengan menampilkan identiti dan kekuatannya yang tersendiri.

      "Bersatu di kalangan orang muda, sambutannya cukup baik. Pengundi Bersatu kemungkinannya banyak di kawasan bandar. Di kawasan luar bandar Bersatu nampaknya kurang impak.

      “Pengundi bandar ini bukan pengundi bersifat tradisi, mereka lebih melihat kepada perubahan yang dibawa oleh parti,” katanya lagi.

      Kata Md Shukri lagi, Bersatu perlu mengekalkan momentum pertambahan keahlian mencecah 500,000 sekiranya mahu parti itu dihormati oleh parti politik lain di negara ini.

      Menyifatkan angka tersebut sebagai angka signifikan bagi keahlian sesebuah gerakan, kata Md Shukri, ia boleh menguatkan kredibiliti parti selain mengukuhkan kestabilan parti.

      Delete
    5. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. Saya lebih suka wakil rakyat dipilih dikalangan ahli2 yg berkelayakan dan dikawalselia prestasi masing2 oleh ketua2 cawangan dan bahagian. Tugas ketua2 cawangan dan bahagian ialah menyenaraikan org2 yg layak utk menjadi wakil rakyat utk sepenggal dan digilirkan berdasarkan KPI. Ini bermakna sesiapa pun tidak akan terlalu berkuasa atau berpeluang mengumpulkan kekayaan semasa berkhidmat. Saya yakin org2 melayu yg haprak meskipun berkebolehan besar dlm politik tidak akan tertarik utk menjadi wakil rakyat atau menjawat apa2 jawatan sebab tidak ada keuntungan utk dirinya melainkan cuma menjadi "hamba" rakyat.

    ReplyDelete
  3. Doa khusus buat Parti Bersatu
    Rabbi fanfa'na bibarkatihim,
    wahdinal husna bihurmatihim,
    wa amitna fi thoriqotihim,
    wa mu'afatin minal fitani........
    Istajib du'a ana Ya Rabb.......
    ===========

    ReplyDelete
  4. Baguih sungguh Budin. Nasihat dan Ingatan yg baguih.

    Namun sia-sia. Gua kenal sgt dgn org2 UMNO ni. Apatah lagi bekas2 high profile dan top gun. Integriti berterabur. Kalo boh 30%, alamat melingkup la BERSATU.

    PAS pun boleh lingkup dgn selam, inikan pula persatuan bekas 'ahli UMNO'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan Bersatu blacklist dulu pemimpin umno yang tak boleh join. Masalah umno ialah pemimpin, bukan ahli biasa.

      Delete
    2. Cadangan yg baik. Katak makhluk pemusnah

      Delete
    3. Pkr pun bekas ahli umno jugak...yg penting jika bersatu nak jadi umno, dia tau bhw dia jugak akan menerima nasib yg sama seperti sekarang..kuasa sebenar ditangan rakyat..

      Delete
    4. 19:31, sbb tu lihatlah PKR pun selalu juga terbawa2 perangai UMNO.

      Kuasa di tangan rakyat? Apa maksud tuan? Boleh xplain sikik?

      Sefaham saya, itu cuma ayat2 cliche utk terus membodohkan org ramai. Nampak mcm benar, tapi banyak silap mata muslihatnya. Ini ayat sama mcm mengucap, tiada tuhan melainkan Allah, hakikatnya cakap di mulut ja. Buih2 mcm sapi hirup ayaq sabun.

      Kuasa rakyat hanya 1 hari saja, iaitu hari mengundi. Lps tu menderita 4-5 tahun, tunggu mengundi pulak. Lps mengundi, kalah meng, nsib rkyt tetp cm hramjadah jugak. Bukan hari2 rakyat berkuasa. Kita ambil contoh GST, rakyat berkuasa bila ya.. sapa rakyat berkuasa boleh tolak GST? Camana rakyat berkuasa tu.. hihi.

      Delete
    5. 21:06, kuasa rakyat bukan pada undi sahaja,pada pemikiran dan pada penolakan yg batil..sebagai org islam tuan pasti tahu kepentingan berjemaah bukan? Gst tu satu isu yg dipolitik kan sahaja..andai kata parti lain memerintah pun, tetap ada juga..mungkin kadarnya yg kurang..kalo bab shahadah tu saya setuju..ramai yg ucap sahaja tapi x tahu..kalo stakat hakikat je memang x cukup, mesti ada syariat, tariqat dan makrifatnya..baru le cukup...rakyat berkuasa bukan mcm superman tuan..boleh terbang terbang..cukup le sekadar menolak pemimpin yg zalim..kalo x dapat tolak, dapat ingatkan pun dah cukup..

      Delete
  5. Semekom, harap2 tak ujud ahli yg mengikut kelakuan Jamal Dan Ali tinju yg akan menjatuhkan nama parti. Walaupun dikata berjuang untuk melayu. Tetapi lebih kepada budaya samseng yg membuatkan kaum lain takut untuk mendekati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya jamal dgn ali tu berbesan. Sama2 makan taik rosmah

      Delete
  6. What Bersatu needs to do:

    1. Convince the rakyat that it will be 1 on 1 contest in the next GE. The chinese are waiting for answers. They dont mind voting in corrupt umno leaders again in a 3 corner fight, what is there for them to lose.

    2. Convince the malays that ex umno leaders, the tainted ones, will not be accepted in Bersatu, ever. People are being cynical now, that if umno tumbang, their leaders will join Bersatu wholesale.

    If they can do these 2 things, half the battle is already won.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg x leh join PH tu.. bagi dia 3-4 pilihan:

      1. Bersara dan duduk diam2 dari politik.

      2. Buang daerah atau buang negeri. Hantar ke Antartika.

      3. Potong kepara saja jika dah sampai level Nazri Aziz, Ibrahim Ali, Ahmad Maslan, Ramesh Rao, Chegu Bard, Ronnie Liu, Arul PSM, Din Ayam menantu Hadi, Nik Abduh, Siku Lengan Tontonwi, Keruak, Rizal Mansor, Saipol Jubur, Ali dan Jamal PakTongkol. Yg betina pun sama.. jika sampai level Shahrizat Azalina Purtan. Hantar derang beramai2.. pergi bukak negeri baru di sana atau di mana2.

      4. Kirihara «» atau berhenti bernapas.. kahkahkah.. disembowelment ni adalah sebaik2nya..

      Delete
  7. senang saja utk mencari penjawat yg cucuk utk menyertai kerajaan.

    IKUT SAJA CARA JOKOWI.

    stlh memenangi pilpres, beliau menyerahkan kpd tim khas utk mengemukan cadangan bagi semua jawatan dlm cabinet.

    selain parti pendukung,setiap lapisan rakyat n NGO bebas utk mengemukan candidate.

    banyak yg bolih kita pelajari drpd system democracy Indonesia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filipino Duterte ok gak.. tapi hati2 ya.. negara dunia ketiga.. penuh tipu muslihat..

      Delete
  8. salam

    sudah tiba masanya pemilihan semua jawatan d peringkat pusat mengambil kira seorang ahli parti.mereka yang memilih akan memilih secara lansung dan tidak mempunyai wakil.

    andaikan bersatu mempunyai ahli 100k. presiden parti dan juga semua jawatan pusat akan d undi d setiap bahagian masing secara kolektif.bukan wakil yang akan mengundi.

    kalau nak rasuah pun dia kena rasuah semua ahli sbb semua akan mengundi presiden parti.bukannya d kecikkan lagi menjadi bahagian ke apa ke yang mengundi tapi secara lansung oleh ahli parti.

    susah...tak rasanya..kita masih boleh mengira..contoh bahagian kuala selangor mempunyai ahli 3000 orang n 2200 memilih calon A, undi itu akan d tambah dengan bahagian lain.

    bukan bahagian yang mengambil undi tapi setiap calon berupaya untuk menang.rasuh perlu d lakukan secara besar besaran untuk menang.

    setakat rasuah ketua bahagian,dia baru bawa satu undi...bagilah 1juta sekali pun tapi dia tetap bawa satu undi untuk setiap jawatan..

    barulah rasuah boleh d banteras dalam parti....

    gie7

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Din
    Kaw.Selayang d mana blh dpt borang parti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. SENARAI NAMA DAN NO TELEFON WAKIL PENDAFTAR KEAHLIAN PARTI PRIBUMI BERSATU (PPBM) NEGERI SELANGOR

      1. SABAK BERNAM
      Salleh - 016 966 6901

      2. GOMBAK
      Hamdan - 012 283 3764
      Hanizam - 017 205 3902

      3. AMPANG
      Fara - 011 3223 6993

      4. PANDAN
      Mohd Hairi - 019 261 6261

      5. HULU LANGAT
      Mohd Rais - 018 289 8659

      6. SERDANG
      Maria@Noredah - 012 295 1358

      7. PUCHONG
      Saripudin - 012 674 2750

      8. PETALING JAYA
      Shaid - 011 322 00777

      9. SUBANG USJ
      Mohd Tarmizi - 016 228 9560

      10. SHAH ALAM
      Zaimi - 012 386 6159
      Kairol - 017 664 5302

      11. KAPAR
      Eranee - 012 245 0446

      12. KLANG
      Syarulnizam - 018 283 0365

      13. SEPANG
      Rushdan - 019 311 5252

      14. BANGI
      Major M Rahim - 019 273 1581

      15. KUALA LANGAT
      Rosnizan - 012 353 3445

      16. KUALA SELANGOR
      Mann Ahmad - 019 683 3032

      17. KELANA JAYA
      Shakirien - 019 490 8055

      18. HULU SELANGOR
      Badrulhisham - 017 255 3428

      19. SELAYANG
      Mohd Azizan - 012 388 5799

      20. SG. BESAR
      Muhamad Zahir - 017 213 0629

      Rakan-rakan mohon sediakan:-

      A) Yuran Pendaftaran - RM 2
      B) Yuran Tahunan - RM2
      C) Yuran ahli seumur hidup - RM100 (Pilihan)
      D) Kad Keahlian - RM10 (Pilihan)
      E) Photostat salinan K/P

      Sekian terima kasih.

      Delete
  10. senang aje.
    jgn sesekali korup
    klu korup.. buang masa ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu yang mati sahaja tak korup..kalau Melayu tak korup duit atau nafsu atau civilization, Melayu pasti korup iman...Contoh orang yang tak beriman, bila Pinjam duit dari Bank, famiy, kawan2, PPTN dan Mara, tapi tak ada Niat nak bayar. Yang paling dasyat, ada yang buat haji tapi hutang-puitang PPTN, Mara, Family, bank tak bayar..apa Melayu ingat dah hebat sangat dapat pergi Haji..tetamu Allah konon, kalau begitu, Abu Jahal dan sekutunya lagi hebat, hari buat Haji, tawaf keliling kaabah berbogel

      Delete
  11. Yang Baru jadi ahli tu jangan termimpi2 pakai kereta mewah....Rumah banglo... Bini 10....projek atas angin....!!!...kalau rasa nak mcm tu pergi ke parti najib!!!!

    ReplyDelete
  12. Among those accepted to be members and leaders of PPBM, one can bet some will turn their back just before the GE14 - and go back to where they came from! Just to show to the world that PPMB is good for nothing and the likes. But aren't we all prepared for this game of theirs? In fact, we are prepared for more for the Malaysia that is worth fighting for.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thats expected. But people are immune to the katak syndrome already.

      Delete
  13. jangan lupa ada calon yang menang nanti akan pi masuk amno
    pakar beli calon memang adda pada amno
    yang ada banyak dedak
    susah nak pastikan calon yang tidak akan belot

    ReplyDelete
  14. Pastikan diri sebelum masuk PPBM adalah bukan seorang:
    1.Kleptokrasi
    2.Diktaktor
    3.Penabur&pemakan dedak
    4.Penari tonggeng
    5.Bangang 3.85
    6.Penipu selambe
    7.Takot bini
    8.Kayak sipelompat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapan2 sikap tu ada pd semua melayu sejati kita. Tiada yg terkecuali. Kalo x buat berdepan, akan buat kat belakang. Sapa berani nafikan??

      Takkan la Cina dan India yg nak masuk PPBM pulak.

      Delete
    2. 21.11 cam ni lah...pilih yang paling minima dari kelapan lapan sifat tu.

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Kita jangan happy sangat,kerana Najib/rosmah memang jahat,mereka tahu jika mereka kalah,salah saorang dari mereka kena hukum ganttong/kes altantuya.Disebabkan inilah mereka akan sedaya upaya nak servive,umpama orang dlm kelemasan,sanggup berpaut pada seketul najis untuk hidup,tiba2 najib jadi alim,rosmah prihatin kanak2(sedangkan anaknya sendiri ditinggalkan).Sekarang ini pehak SPR telah dibeli,gerry-manderring sedang dilakukan,umpamanya,di lembah pantai anggota polis telah ditukarkan dari kawasan cina yg bn tak boleh menang kat parlimen lembah.pantai,dengar ceritanya,parlimen pagoh sekarang ini,spr sedang sebuk membawa pengundi2 umno ka kawasan pagoh,sementara pengundi pagoh ditukarkan katempat cina.

    saya amat berharap,"bersatu/PH",cepat2 bekerjasama dengan "bersih" kerana mereka ada data2 pilihanraya.

    Tak guna tuan2,kita asyik siok sendiri dgn kemasukkan ahli beramai2,sedangkan najib/rosmah tipu kita kaw-kaw.

    jangan lupa,lantik pertugas2 mendapatkan data pengundi2 PR13,PR12 dan dapatkan latest data dari "spr".dapatkan sebanyak mungkin,jika terdapat pemindahan cepat2 dapatkan pengundi2 tersebut....


    JIKA SEMUA telah DIBUAT,sebelom PR14,SUBMIT data2 tipu ini,ka mahkamah..

    jangan tunggu bubar parlimen,baru tergedik-gedik nak dapatkan data...

    INGAT tuan/puan semua,najib/rosmah tak boleh kalah PR14 ni....risikonya amat tinggi.Najib dah buat strategy seperti bapaknya ..mageran.."MKN"..sekarang ini najib sengaja menternak..jamal pak tongkol..dan ali tinju..akan digunakan nanti jika apa2 berlaku pada PR14 nanti...jangan layan sangat pada mereka2 itu.

    ReplyDelete
  17. Lihatlah di singapura berapa ramai pemimpinnya yg phD holders. Kita memerlukan ramai pemimpin seperti Rafizi.pemimpin yg berilmu dan berpendidikan serta miliki sufat taqwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sekali-kali korang samakan negara Singapura dengan negara Malaysia.Kita mungkin perlukan lebih ramai penari bontot tonggeng punggung atau kita lebih perlukan pencium keris paling panjang lebar pemotong kek pulut terbesar didunia.Kalau korang rasa di singapura lebih bagus sila pindah ke sana.Hidup umngok

      Delete
    2. Pemegang scandal holder Dan penakot istihar harta pun OK.

      Delete
  18. Aku taknak gado gado isi borang ppbm walaupun aku sokong amat. Tp niat aku ialah, nk tengok dulu bagaimana gaya gerak ppbm. Kalau dh sarat gn org taik umno besar kemungkinan peel perangai buruk umno akan menguasai ppbm. Dan tak mustahil ppbm jugak rosak sebagaimana rosaknya umno skrg ni. Anjing, kalau dh biasa mkn tahi, dimana2 pun kalau tak makan dihidunya jua. Harapan aku amat besar pf ppbm, agar tapislah ketat2 ahli umno yg mohon masuk ppbm ni. Kelak nanti ppbm serupa je mcm umno. Rasuah, riak takbur dgn pangkat dan kuasa itu perangai diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saje, ahli2 biasa dari umno bole join. Menteri2, ketua pemuda, ketua cawangan hatta ajk kecil umno skalipun DIHARAMKAN join PPBM. Kalau bagi lahanat2 negara ni join, alamatnya MALAPETAKA!!!

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete