Tuesday, 13 September 2016

SSK, TOKOH PELAWAK NEGARA!!


Sejak adanya Salleh Said Keruak dalam kabinet kerajaan lebih setahun yang lalu, ramai antara kita sebenarnya tidak memerlukan lagi Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Sepahtu dan lain-lain pelawak untuk menghiburkan hati.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Salleh sudah cukup terasa menggelikan hati, malah kadang-kadang mampu membuatkan kita ketawa atau senyum selama berhari-hari.

Kenyataan terbaru beliau berkaitan WSJ berikutan pendedahannya berhubung perbelanjaan mewah Rosmah Mansor sebanyak RM24 juta antara tahun 2008 hingga 2015 untuk pembelian pakaian, kasut dan barang-barang kemas, amat-amatlah  menggelikan hati.
Salleh menyarankan WSJ yang berpangkalan di Amerika Syarikat agar meletakkan calon dalam pilihanraya umum datang kerana mendakwa akhbar tersebut mempunyai minat dan kecenderungan mendalam terhadap hal ehwal politik Malaysia.

Mereka berkelakuan seperti ahli politik dan berkempen, bukannya sebagai media yang boleh dipercayai dan bebas, tambahnya lagi.

Kenyataan Salleh kali ini bukan saja membuat manusia terasa geli hati dan ketawa, bahkan haiwan di hutan dan ikan-ikan di lautan boleh jadi sama-sama terdampar kegelian.

Mana tidaknya, dalam usaha untuk mempertahan, membela dan membodek Najib, Salleh nampaknya sanggup sehingga berkata apa saja.

Kerapkali kata-katanya tidak menggambarkan kedudukannya sebagai menteri, tapi cuma bercakap untuk menampakkan seolah-olah beliau dilihat bekerja oleh Najib.

Sebab mengapa pendedahan demi pendedahan oleh media antarabangsa, khususnya WSJ lebih tertumpu kepada Malaysia dan tidak negara-negara lain adalah kerana salah Najib juga. Ia bukan salah sesiapa.

Jika Najib dapat mengawal isterinya sepertimana Tun Razak membatasi Tun Rahah atau seperti Tun Mahathir mengawal Tun Siti Hasmah, tidak berkawan dengan Jho Low, tidak menubuhkan 1MDB dan tidak menerima wang ribu-ribu juta melalui akaun peribadinya, barangkali tumpuan terhadap Malaysia hanyalah biasa-biasa saja.

Apa yang didedahkan oleh WSJ ialah kerana wujud kesalahan yang dilakukannya. Dalam kes pembayaran menggunakan kad kredit Najib sebanyak RM24 juta misalnya, maklumat berkenaan tentu saja dalam pengetahuan syarikat kewangan tertentu dan tidaklah mustahil WSJ turut dikongsi maklumat itu.

Apa yang perlu Salleh lakukan ialah menjawab dan membuat penafian berfakta, atau menggesa Najib menyaman jika ia fitnah dan bukannya dengan melencongkan hujah dengan meminta WSJ bertanding dalam pilihanraya.

Itu kelakar namanya bahhh....

Dengan meminta WSJ bertanding dalam pilihanraya, ia samalah seperti meminta Utusan atau TV3 turut bertanding meletakkan calon di Selangor, Pulau Pinang atau Kelantan.

Maka, selayaknya Salleh dianugerahkan Tokoh Pelawak Negara dalam UMNO - dulu, kini dan selamanya. (SH 13/09/2016).

93 comments:

  1. Tokoh Pelawak Bangsat Negara. Pelawak yang paling haram jadah sekali. dia ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUUUL ................

      Delete
    2. yang bangsat puak2 kau orang..otak dah beku tak boleh berfikir waras..

      Delete
    3. Anon 17:18...otak sapa yang beku?...otak ahli umno macam kau ni la yang beku...tak boleh berfikir....nanti salleh cakap kentut najib bau bunga kasturi...kau percaya la?...kau ni ada otak...tapi tak ada akal...

      Delete
    4. Saudara Budin,

      Rasa nya x bole nak salah kn salleh beruk ni sebab akal nya mungkin menafsir yg semua abjad singkatan tu adalah PARTI POLITIK...BN, PPBM, PAS, PKR, DAP, MIC, MCA, WSJ, DOJ, PPB, CIA, FBI. Sebab tu dia sarankan wsj kemukan calon utk PRU14. #redhajelah

      Delete
    5. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. Kahkahkah...boleh x Salleh Kerak Keruk ni bagi satu link yg WSJ ada buat kempen @ ada statement yg menunjukkan WSJ berminat dgn politik Malaysia. Ni lg sorg..bodoh & bangang tu tolong simpan dlm laci sket..jgn tunjuk semua atas meja. Malu anak2 Salleh Kerak Keruk berbin kan & berbinti kan nya.

    ReplyDelete
  3. Spin salleh spin. WSJ cakap pasal kes songlap duit rakyat melalui 1MDB. kamu spin kata WSJ mencampuri urusan politik pulak. Bodoh betul kamu ni salleh (atau kamu memang nak sabotaj Najib secara halus)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia pandai, Najib tak pilih dia jadi MENTERI. Kan semua MENTERI dalam kabinet naji ssemua otak sama macam saleh ni..

      Delete
    2. Mengamput dia pandailah

      Delete
    3. Pemerintahan Najib merupakan Zaman gelap dalam sejarah Malaysia, mesti ramai akan kencing atas kubur pasangan tu bila mereka mati termasuk salleh keruakkkk.

      Delete
  4. Bro, tak payah WSJ saya pun boleh...
    Hehe...

    ReplyDelete
  5. Hmmm....orang kota belud....

    ReplyDelete
  6. Bro, tak payah WSJ saya pun boleh...
    Hehe...

    ReplyDelete
  7. Bro, tak payah WSJ saya pun boleh...
    Hehe...

    ReplyDelete
  8. Biarlah apa yang Tuan budin fikirkan tentang salleh bakaruak ini? bagi kami orang2 kampung memang seronok dan terhibur bula menonton video Salleh Bakaruak,Fendi lawyer dan seangkatan nya berjoget dan melompat di jalan raya macam beruk mat yeh,apapun mereka ini merupakan pelawak2 asli pujaan kami.

    ReplyDelete
  9. Hoi pak salleh keruakk...

    Tunggu apa lagi? Kalau betul wsj buat fitnah,saman la WSJ.

    Masih nak tunggu hari Selasa lagi ke?
    Buat malu je.

    ReplyDelete
  10. Bahlol nyerrrrrrr

    ReplyDelete
  11. This beats Hassan Malek hands down.

    Secondly, a fitting replacement to 3.85 CGPA Mad Maslan whom gone awol?

    3 - He's trying very very hard to outdo Anak si Dahlan, Nazri botak, Anuar Moose, dan yang sebaris dengan menteri menteri bangang.....

    Oh my these current stooges never fail to be amusing, in a silly sense to be precised!

    ReplyDelete
  12. Aku nak pindah ke bulan....

    ReplyDelete
  13. Org dari ulu dan baru duduk di putrajaya ni memang tak reti apa pun agaknya dia ini pun mimpi disiang hari jadi tukang anggok je semua betul kesian kesian org dari hutan masuk bandar nak tunjuk lagak ha ha ha ha janji hidup

    ReplyDelete
  14. Org dari ulu dan baru duduk di putrajaya ni memang tak reti apa pun agaknya dia ini pun mimpi disiang hari jadi tukang anggok je semua betul kesian kesian org dari hutan masuk bandar nak tunjuk lagak ha ha ha ha janji hidup

    ReplyDelete
  15. WSJ dari Amerika...jangan cari pasal suruh mereka letak calon. Nanti mereka letak Obama (yang time tu sudah pencen) baru tahu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak Obama Najib jogetlah .... dapat geng pukul bola golf hari hari ..

      Delete
  16. memang sah puak2 pembangkang bodoh2 belaka walau pun belajar sampai ke U..pelik bila rejim kau orang mati2 tanpasoal sokong apa akhbar yahudi fitnah walau tak ada bukti yang sahih..ramai sangat ejen2 yahudi dan barat di kalangan puak2 pembangkang..tak perlu buang masa saman laknat2 yahudi ni dan kuncu2 nya di malaysia..bila mereka di sokong orang dalam sendiri maka bertambah bongkaklah mereka..tiada lawak sikit pun kata beliau..malah memperli puak2 rejim pembangkang tidak berterusan melempar fitnah dan menjadi ejen akhbar bangsat wsj..sudah lah tu puak2 haram..tunggu lah pru14 kalau rasa dah kuat pengaruh sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. marahNya...kita org lg tak sabar menunggu pru 14...satu lg hari ni selasa kan? samanlah kat us ada masa lg nI...ada berani?

      Delete
    2. Woi sedara! Kalau sedara hebat gaya umpama peguam negara, cuba jawab dan tulis kat sini apa yang salahnya diketengahkan WSJ tu dengan fakta sedara.....Ni gua nampak sedara macam mabuk tak tentu pasal knape???Otak tu dah cantik Allah letakkan di kepala janganlah sedara letak otak sedara kat kepala lutut!!!!Pi minum air penerang hati lah sedara biar jangan nampak bebal sangat!!!!

      Delete
    3. 17.35....bodoh piang

      Delete
    4. Anon 17:35, harapkan pagar ,pagar makan padi, tetiba suruh national geographic kaji burung keruak? Adakah patut?

      Delete
    5. Tidak akan lebih melayu Dan lebih Islam jika tidak mahu menghukum penyamun berbangsa melayu beragama Islam malah akan meletakkan kedudukkan melayu lebih rendah kedudukan Dari yahudi kapir.

      Delete
    6. Mat rempit felda, apa tau?

      Delete
    7. Ape ke bangang? ape kejadah menarik yg nak dijatuhkan Yahudi Malaysia ni? Kan Najib kawan baik Obama, bersalam pulak dengan PM Israel? Takkan diorg nak jatuhkan rakan sendiri? Hmm

      Delete
  17. Rupa-rupanya dialah yang hendakkan orang luar mencampuri urusan dalaman Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Nampak sangat salleh keruak ini tak cerdik. Kerana kuat menyalak cai ini dilantik jadi menteri.

    ReplyDelete
  19. Najib memang sengaja pilih orang2 yg tidak cerdik menjadi menteri supaya mudah dia control bahalol2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu kan rasanya .. bilamana "si bahalol" memerintah golongan yang merasa dirinya "si bijak",

      hampir segala urusan dlm fardhu kifayah dan fardhu ain, hak golongan si bijak berjaya ditunaikan oleh si bahalol yg memegang kuasa sesuai dengan tuntutan syariat.

      dunia nak terbalik,hampir menuju ke hari penghabisan, apabila "si bijak" dipimpin oleh "si bahalol", dan "si bijak" itu hanya mampu merebut segala nikmat sambil lisannya mencela,mengadu domba,berkeluh kesah,dan menjadi tunggangan si kafir yg juga merupakan golongan yg cerdik seperti mereka.

      "si bijak" itu juga tidak upaya selain dari bertempik kepada si bahalol tanpa tindakan (katanya semua sistem dikuasa oleh si bahalol)..lalu apa yg tinggal kepada mereka2 yg mengaku sebagai "sicerdik" yg sedang berjuang tak pernah lelah (hatta dijalanan,di tepi longkang,berpanas,berhujan,berlegar di alam maya)..

      in shaa Allah, rujukan melalui PRN serawak dan PRU Sungai Besar dan Kuala Kangsar.. tiada akan berlaku perubahan besar keputusannya pada PRU yg ke-14 kelak.

      apakah perlu "si bijak" itu menunggu sehingga PRU ke 15 dan seterusnya ? apa ni saudara .. malulah puluhan tahun dipimpin oleh "si bahalol" .. erm apapun kena ucap terima kasih juga pada si bahalol yg berkuasa ..
      kerana awak tak mungkin berjaya menjadi "si cerdik" jika si bahalol tidak menyediakan sistem pembelajaran antara yg terbaik di dalam dunia.

      hehe... selamat petang yer.

      Delete
    2. 18.39...52% rakyat tolak si bahlul...kalau bukan kerana penbahagian kerusi yang tak adil, si bahlol dah lama tumbang

      Delete
    3. yer ker ... malangnya itulah waktu "terbaik" dan lebih malang sistem PRU untuk menubuhkan kerajaan bukan bersandarkan undi popular.

      Masa berjalan dan kebanyakkan marhean kembali menjadi "si bahalol" .. sila rujuk PRN Sarawak dan PRU Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

      Kesiankan .. hehe ..

      Delete
    4. 19.57...engkau dan mak bapak engkau mempunyai hak untuk diperbahlolkan oleh pemimpin engkau. Begitu juga orang sarawak, sg besar dan k kangsar, malah semua orang di seluruh negara. Hak di tangan masing2. Aku dan mak bapak aku tak mahu guna hak itu, iaitu hak untuk diperbahlol dan diperbodohkan oleh pemimpin. Sebab tu kitorang baca wsj, bloomberg, cnn, cnbc, bbc, etc, supaya menjadi cerdik dan bijak. Dan kitorang tak tengok rtm atau tv3, tak baca utudan dan BH.

      Delete
    5. 18.39.....kau bahlol.

      Delete
    6. kelakar kan ... bila si bijak tanpa malu malah berbangga mengakui betapa bijaknya dia disertai kaum kerabat dan golongan dimana dia berada.

      tetapi perlu juga diingat betapa "hinanya" si bijak itu apabila hampir seluruh haknya ditunaikan oleh si bahalol yg "memimpin" tangan sekalian si bijak itu ..

      tiada nilai menjadi si bijak andai "dipimpin" dan dipenuhi keperluannya sebagai marhean oleh majoriti si bahalol (erm, bukankah sistem demokrasi tanah ini tertubuhnya sebuah kerajaan melalui undi DUN dan PARLIMEN)..

      maka aku tidak malu ... seharusnya kamu yg si bijak tidak akan mampu mendongak ke langit, andai berselisih pada si bahalol.. hehe

      Delete
    7. 21.54...orang macam kau memang muka tak malu pon

      Delete
    8. Ermm..aku x pelik kalau PRU14 ni pembangkang kalah sebab nya selagi ramai rakyat yg ada mentaliti mcm ANON 18:39...mmg selama2nya la Umno berkuasa. Undi hak individu.Dah cuba terangkn dgn secara ilmiah & secara kasar. Tapi tetap ahli2 umno masih benak nak faham situasi yg kian meruncing. Besar harapan agar terbuka lah hati mereka melihat segala kepincangan..Amin

      Delete
    9. Betul tu 22.04, umno suka orang bodoh, kerena meteka inilah yang memperkasakan umno

      Delete
    10. Walaupun macamana cerdiknya kamu menipu kebenaran akan membodohkan kamu wahai si pencacai ameno..jika tidak di dunia, diakhirat pasti jua..

      Delete
  20. dan jangan pula "sibijak" itu mengatakan hanya di zaman najib berkuasa "sibahalol" yg memegang kuasa,

    kerana di zaman tun gelar yg popular adalah "si zalim"

    di waktu paklah digelar "sleeping prime minister" hanya mengikut pada pasukan di tingkat 4 dimana KJ adalah dalangnya.

    namun si cerdik dari zaman ketiga2 PM ini tidak pernah merasa cukup dengan segala nikmat .. mereka membentak pada ujian hidup dari Allahswt lalu kemudian meletakkan asbabnya yg paling utama hasil dari kezaliman,kebodohan dan lepas tangan si pemerintah.

    dan tiba2 sahaja "sibijak" merasa rindu dan berkeluh hiba demi pada pemerintahan perdana menteri yg telah berlalu.. kata2 si bijak "zaman PM sebelum najib adalah lebih baik".

    percayalah sesudah berlalunya najib dan naiknya PM yg baru .. "si bijak" akan kekal mencela,memfitnah,mengadu domba sambil berkata

    "zaman PM yg lalu lebih baik untuk ku" .. demikianlah keadaan "si bijak" yg tidak bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brader,ko citer apa ni..?skang ni ko nak ckp yg rakyat kena sanjung melangit " si bahlol" tu dan pejamkan mata apa saja jenayah dan kesalahan yg terang2 "si bahlol" tu buat..?nak ikot jd "bahlol" mcm kau jgk ke anon 1854..? Jilat najib tu byk2.. komen kau ni boleh dpt 2 guni dedak..BAGERO!

      Delete
    2. apa yg cuba aku sampaikan hanya supaya sekalian si bijak agar "bijak" menggunakan lisannya.

      jangan menjadi golongan yg suka mencela dan memanjangkan adu domba serta fitnah.

      jangan mempercayai tanpa usul periksa.

      jangan pula menjadi tunggangan si kafir.

      sila gunakan akal dan dipandu ilmu.

      kenapa lebih mempercayai lidah si kafir dari siasatan PAC dan SPRM ?

      dan andai benar segala khabar yg dibawa WSJ, sepatutnya kamu yg bersyahadah "memberatkan" kepada si kafir itu pembuktian yg melebihi dari keraguan.

      lucunya golongan yg merasa dirinya "bijak", begitu senang menjadi tunggangan pada kehendak si kafir.

      tiada nilaikah .. tiada diajarkah bahawa saudaramu adalah mereka yg seakidah

      tidak berhargakah nikmat yg kamu kecapi hidup didalam pemerintahan saudara seakidah ?

      tiada seorang dari kalangan politikus,empunya blogger, atau yg punyai kedudukan yg dipandang tinggi dan yg bermain kuasa di tanah Melayu ini, yg mahu "meminta" pembuktian dari lidah si kafir (WSJ). supaya boleh dijadikan asas pendakwaan di dalam makamah untuk mensabitkan Najib dan isterinya.

      lalu apa hasilnya jika kamu hanya bertempik dan bergelombang dadanya menahan amarah hanya dengan luahan kata-kata kesat dan menjadi penyambung lidah si kafir itu ?

      Delete
    3. 20.21 si kafir DOJ dan FBI dah tunjuk bukti. Si kafir spore pon dah beku akaun berkaitan 1mdb. Kau tak tau baca omputih, sebab tu kau tak tau.

      Delete
    4. 20.21 ni jenis dapat rm50 dari umno pon happy terguling agaknya. Nak guna bahasa kiasan, tapi hakikatnya bengap. Orang kota belud kot.

      Delete
    5. erm, andai benar sudah kukuh buktinya (melampaui keraguan) .. bukan saman sivil yg menjadi medan menghukum dan mengembalikan keadilan,tetapi dengan prosiding jenayah.

      4 penama dan MO1 tidak kebal di tanah U.S .. dan FBI tidak terlalu tolol untuk membazirkan "bukti" lalu menyerahkan pada DOJ hanya demi menyita aset dan harta tanpa menghukum.

      harap saudara tidak terpedaya dengan penipuan gerak kehendak si kafir.

      Hmm .. saya dah jangka "pembuktian" yg si bijak maksudkan adalah dengan tindakan saman sivil DOJ .. tak apa lah .. saudara boleh berpegang pada saman sivil itu sebagai "bukti" yg najib dan isteri menyonglap berbillion rm melalui 1mdb ..

      sebenarnya lucu juga apabila hadirnya "rombongan" politikus dari tanah Melayu yg turut memfailkan saman sivil atas alasan bagi pihak rakyat Malaysia di US.. bukankah DOJ juga berbuat perkara yg sama ?

      Delete
    6. 21.23....prosiding jenayah belum mula. Sistem kehakiman US berbeza dengan sistem kita. Nak tunjuk pandai.....pirah

      Delete
    7. 21.23 apa kau merapu? Prosiding DOJ dengan prosiding mathias chang + husam tak sama la...apahal bengap sangat. Kalu tak tau, pi baca....kalu tak tau baca omputih, pi dok diam diam

      Delete
    8. Ha ha nak tunjuk pandai, terbongkar bodoh si 21.23 ni....

      Delete
    9. Nak buat macamana...kebodohan adalah hak, dan umno suka mereka yang bodooooooo

      Delete
    10. Saudara/saudari 21.23, nasihat saya kepada anda ialah lihat dulu pada faktanya. Baca betul betul dokumen saman DOJ, dan dokumen saman Husam Musa dan Mathias Chang. Baca betul betul, faham betul betul, baru buka mulut. Walau pon anda nampaknya umno totok, tapi tidak bermakna anda tak bijak. Tetapi kebijakan boleh dipertikaikan, apabila seseorang itu cakap tidak berpandukan fakta. Faham, baru tulis. Kalau tulis tanpa faham, boleh...tapi bukan di sini, pergi ke mykmu, ramai orang seperti anda di sana. Berkubanglah di sana.

      Delete
    11. Kepada ANON 20:21

      Bukan rakyat malaysia tidak mensyukuri nikmat yg sedia ada. Mereka semua bersyukur nikmat yb sedia ada. Isu yg cuba blog ini ketengahkan ialah isu PERMASALAHAN & KEPINCANGAN oleh pemimpin2 umno. Ada ke dlm blog ni entry dia berkaitan x bersyukur dgn nikmat yg ada? Kenapa masih lg nak SPIN kepada perkara lain saudara? Adakah dikenakan GST itu satu nikmat yg perlu disyukuri oleh rakyat setelah 59thn merdeka? Sy cuba terangkn secara ringkas..ini bukan isu nikmat tidak disyukuri. Jika saudara bertegas atas pendirian saudara itu hak saudara. Besar harapan agar ada lah satu peristiwa yg akan menimpa saudara supaya menjadi asbab terbuka mata & hati saudara melihat KEPINCANGAN yg ada..Amin

      Delete
    12. Kalau dia tak spin, cam nerrr dia nak berhujah? Kan dah sedia maklum, tahap ni jerr macai umno...spin, tukar topik, tanya lain jawab lain, itulah trademark macai umno....macam pemimpin dia orang jugak lerrr

      Delete
    13. Kepada 2021
      Mohon la kepada pm saman dan menyanggah dgn fakta tuduhan2 yg dibuat pada pm.. Isteri dan 1mdb..
      Itu yg ditunggu2 semua rakyat.. Takpun mohon tuan anon yg saman bagi menjawap tuduhan bagi pihak pm.. Isteri dan 1mdb.. Sbb tuan sgt yakin mereka tak bersalah..

      Delete
    14. Anon 2021. Bukan tak percaya laporan Auditor General dan MACC. Tapi laporan Auditor General dah diOSAkan. Mesti ada "SOMETHING TO HIDE". Manakala Att. Gen. pula mengarahkan siasat MACC diberhentikan. SOMETHING TO HIDE?

      Manakala org yg melaporkan salahlaku ditangkap. Yg "buat salah" tiada tindakan diambil.

      Delete
  21. Agak-agaknya Salleh Said Keruak ni perli kut. Hahahaha. Takkan ler sampai begitu sekali dia nak tonjolkan 'kepandaian' dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perli apa nya?
      Karabau mana pakai akal. Hidung pun sanggup kena cucuk. Tuan dia arah apa saja pun dia akan ikut. Dia akan buat.

      Syarat ada dedak.


      Biasalah si karabau.Berkubang dalam lumpur. Di situ mandi di situ juga kencing berak.Minum pun air tu juga.

      Sekarang si karabau dah minta DOJ letakkan calon. Maka sah lah dia sendiri yg minta campur tangan negara asing dlm menentukan arah tuju politik Malaysia.

      Delete
  22. Aku tgk muka si keruk ni,teringin sgt aku nak kakikan muka dia..serius gais..ntah knp naluri batin ni rs menyirap tgk muka dia di TV,paper dan media sosial..

    ReplyDelete
  23. ini muka mentericai
    sanggup jadi pecacai asalkan dapat habuan
    lebih pertahankan hak peribadi dari hak rakyat
    inilah jenis manusia cilako

    ReplyDelete
  24. Saleh keruak orang Sabah
    Duduk KL dia mengelabah
    Dapat jawatan terus berubah
    Orang biasa jadi bedebah

    Bila cakap dia merapu
    Suruh WSJ masuk PRU
    Tugas sudah macam penyapu
    Bersihkan bos setiap waktu

    Ketua Mantari dua tahun sahaja
    Belumlah banyak mengumpul harta
    PM Mahathir gantikan dia
    Mahathir dikecam dendam didada

    Wahai Saleh malulah Sabah
    Rakyat Sabah sudah menyampah
    Seluruh negara kau disumpah
    Nasib mulut tak masuk terompah

    Amerika jahat nak masuk campur
    Kuasa asing Melayu nak lebur
    Memang si Saleh tembirang betul
    Obama main golf, Najib terpacul..





    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah keruak. Negeri kau pun huru hara dgn campur tangan orang asing.

      Baru baru ni 3 orang lagi kena culik oleh bandit bandit philippines. Apa yg kau buat untuk negeri kau sendiri?

      Daripada datang ke semenanjung semata mata untuk jadi karabau lebih baik kau balik untuk jadi manusia semula di negeri kelahiran kau tu.

      Bodoh punya keruak.

      Delete
  25. Kesian anon 20.21. Nampak macam cerdik,bahasa nampak macam gen x. Tapi sayang akalnya singkat. Nampak macam nak psiko orang lain konon menyambung lidah kafir demi saudara seakidah. Ustaz yang ajar dia sempat ajar bab munakahat aje tapi belum sempat ajar bab muamalat dia dah kena tendang keluar kelas. Mencuri itu hukumnya haram,menyeleweng dana awam hukumnya haram....adakah kerana saudara seakidah makanya perbuatan salah itu menjadi halal. Insaflah anon 20.21.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencuri sememangnya haram .. namun khabar dari lidah si kafir bukan "pembuktian".

      menyatakan Najib dan isteri berbelanja jutaan dollar hanya dengan fahaman andai Najib tidak menyaman, maka khabar dari lidah si kafir itu benar adalah pertimbangan yg terlalu mudah.

      telah aku nyatakan kamu seharusnya "memberatkan" pada lidah si kafir itu agar membawakan bukti2 kukuh (bukan dengan kenyataan "melalui semakan dokumen terkini oleh WSJ") .. asasnya lidah si kafir itu perlulah menyiarkan "dokumen" yg mereka semak dan teliti.

      Bukan menjadikan lidah si kafir itu sebagai "bukti"

      mudah bukan andai kamu benar2 punyai akal dan ilmu.

      Delete
    2. Cai umno tak percaya kpd siasatan fbi..kalau fbi kata pembangkang yg curi cepatlah cai percaya..tak timbul lagi lidah kafir..jenis pembelit..kalau tak percaya mintaklah najib cabar fbi/wsj/sr...teloq mana?..saleh pun kerana tak berani nak cabar kenyataan wsj dia cabar wsj tanding pilihanraya..menteri ni dah abis cedik..orang2 umno memang penakut dan bodoooh..

      Delete
    3. Jadi nak kena tunggu lidah akhbar Utusan Malaysia ke? Kalau mcm tu sampai kiamat xkn jumpa. Hari pertama DOJ keluarkn report 1mdb..seluruh berita terkemuka dunia keluarkn berita ini. Hanya TV3 suku je x kuarkn cerita ini. Kenapa ya? Wartawan TV3 suku amik cuti ya time tu? Saje nak tanya..jgn marah hihihi

      Delete
    4. 20.21 ni memang gen x....gen x naik unta

      Delete
    5. Dah lali dgn cai dedak ni punya komen..nak bela bos "bahlol" demi dedak seciput,komen pon mcm bangang..saudara seagama lah,kafir yahudi lah,perjuangan islam lah tu semua dah basi..pencacai ni ketinggalan bas..kau kena fahami dan tilik siapa yg sebenar beserta dgn KEBENARAN RAHMAT ILAHI..jgn kau pandai mentafsir mengikut cerminan hati yg penuh rasa tamak duniawi..
      kat sini bkn ko punye page la "bahlol" !! Website yg sesuai dgn pencacai murahan mcm anon2137 ni salah satu cth myKMUT..disana byk penyembah NAJIB sdg bertafakur memuji2 kehebatan najib mengalahkan amalan terpuji ZIKRULLAH..
      Cai,ini nasihat..jgn kau perguna dan merosakkan ugama dgn aliran yg mengelirukan umat..jgn cuba jd perosak..

      Delete
  26. Betul pelawak terhebat. Pelawak nomber 1 Malaysia

    ReplyDelete
  27. Kau nengok muka pun dah tau dia ni bebal al bodoh. Dia ni nampaknya mendahalui walaupun diikuti rapat oleh rahman dahlan. So kenalah bagi statement yg paling bodoh utk kekal sebagai menteri yg terbodoh dalam kabinet yg hampas. Syabas salleh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka dia sebiji mcm karabau. Kalau balik ke kota belud dah tentu kena buat korban oleh orang kampong

      Delete
  28. Saleh nu kuat onani..sb itulah otak dia was was. Sbnarnya dia pun tak tahu apa dia sembang. Itulah bahananya menteri kuat onani..air mani pancut ke lubang jamban, mana dia tahu hormat zat sendiri..lidah time bertutur pn tak selari dgn otak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa imelda Marcos berbelanja sakan dia masih kulup belum bersunat.

      Delete
  29. Sdra budin.....teringat lagu pak pandir..yang remeh temeh
    OH PUJI LAH AKU
    AMPULAH AKU
    SENANG HIDUPMU
    ADA TANGAN TADAH
    ADA MARUAH CAMPAK.

    ReplyDelete
  30. Sapa yg boleh sampaikan kat salleh bangang ni,tolong la ya. Bagi tau dia aku nak sangat lempang muka dia yg mcm kerbau tu. Kalau ada rezeki dia,nak jugak aku pijak sekali kat muka hodoh otak lembu nya tu.
    Dasar salleh binatang peliharaan jibon.
    DASAR PENYAMUN NEGARA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkecai berai lah maruah si Keruak ni - inteleknya sudah tidak berguna untuk memelihara negara kita!

      Delete
  31. Kalau RM dah berbilion-bilion maka kita tunggu hari selasa yang berbilion-bilion pula.lawak oh lawak...

    ReplyDelete
  32. Kita akan menjadi lebih melayu dan lebih Islamik bila kita tidak menangkap dan mendakwa penyamun-penyanggak berbangsa melayu @ beragama Islam.

    ReplyDelete
  33. Kenyataan WSJ mengenai jumlah RM24 juta tu mungkin jumlah yang di belanjakan di luar Negara saja dan yang di bayar menggunakan kad kredit . Kita harus sedar pembayaran dengan kad kredit semuanya melalui system kewangan antarabangsa kerana perbankkan Malaysia tidak meyediakan kad kredit sendiri . Visa dam Mastersard berpengkalan di Amerika dan Canada .

    Bagaimana dengan perbelanjaan sebanyak RM45 juta di gedung Jakel dari 2009 hingga 2015 ???

    Adakah berita yang di tulis olih WSJ ( akhbar yahudi/kafir harbi ) setakat ini yang banyak dongeng serta tidak betul ?? Dari penelitian saya semuanya memang betul dan benar saperti di beritakan .

    Itu doctor bengong Salleh Crook mencabar WSJ letak calon di Malaysia ?? Sampai ketahap ini otak dengkel di tonjolnya .. Ngapa tak suroh je Media UMNO letak calon di Amerika ?
    Oh yes , dikhabarkan , Hillary Clinton ada menerima sumbangan dari 1MDB melalui Jho Lo disalurkan menerusi LD Foundation . Akibatnya , rating Clinton menjunam hingga Clinton sesak dada .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sebaliknya si Keruak mahu masuk Congress Amerika, dia kena balik belajar di High School, sekolah menengah diorang terdahulu.

      Delete
  34. nampaknya salleh keruak tahi ni nak merampas gelaran menteri paling bodoh yg sudah lama disandang oleh ahmad maslan

    ReplyDelete
  35. Kenapalah umngok jadi pondan bachul takut menyaman laporan WSJ & SR? Apakah kebangangan umngok bila hal-hal pencalonan calon pru/prk ITU urusan parti umngok, hal-hal pembaziran badak dan bininya memang akan jadi suatu isu hangat yang akan disiarkan media luar negara.Berita yang WSJ & SR siarkan pun tidak disiarkan di RTM & utusex meloya dan sewaktu dengannya, apakah cakap-cakap bangang INI sekadar mendapat title bangang Dari rakyat celik maklumat.

    ReplyDelete
  36. Berapa lama lagi si mat keriau ini mahu membela mr & mrs klepto adalah suatu persoalan yang menarik.

    Yang lain dah songap tak bermaya. Mereka dah sedar bahawa pasangan yang mereka cuba bela selama ini is a goner, a hopeless case, an indefensible proposition, an untenable situation, atau dalam bahasa ibunda, mereka hanya menegakkan benang basah - kerja sia dan bukan main sikit punya kerja-kerja menongkah arus.

    Tapi mat keriau ini sudah pasti lain daripada lain. Nak kata bengong tak lah bengong sebab dah masuk U, tapi masih mahu mempertahankan benda yang tak boleh di pertahankan lagi.

    Nampak-nampaknya dia ni sorang saja lah yang x boleh membayangkan apa kah kesudahan kepada kemelut mr & mrs klepto ini, walhal kita tahu, walaupun kasar, gambaran apakah yang menunggu pada hari-hari akhir bagi pasangan mr & mrs klepto itu walaupun mereka kekal di singgahsana putrajaya sepanjang hayat mereka.

    Mungkin dia mempunyai visi tentang apa yang mungkin dia dapat jika dia mati-mati mempertahankan mr & mrs klepto. Lebih jelas lagi lah visi mat keriau apabila kawan sekampungnya si rahman dahlan nampak-nampaknya akan tersisih daripada salahsilah kerajaan akibat keceluparannya apabila menamakan mo1 baru-baru ini.

    Nampak sangat prinsip mat keriau ialah "aku akan dapat apa yang aku idamkan walaupun disekeliling aku jadi padang jarak padang tekukur".

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete